Anda di halaman 1dari 1

NOTA SYAIR BURUNG NURI Bentuk dan Ciri-ciri Syair

Maksud (a) Terdiri daripada lapan rangkap.


(b) Berisi empat baris dalam setiap rangkap.
Rangkap 1 (c) Semua baris merupakan maksud.
Penyair menceritakan sebuah warkah yang ditulis (d) Bilangan katanya tiga hingga enam patah kata
oleh seorang yang dipandang hina sehinggakan kata- sebaris.
kata yang ditulisnya itu mungkin dianggap salah (e) Terdiri daripada sepuluh hingga tiga belas suku
berdasarkan buah fikirannya yang kurang sempurna. kata sebaris.
(f) Bentuknya terikat.
Rangkap 2
Menurut penyair, seseorang itu dianggap hina jika dia Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi
tidak berakal, bersikap kurang sopan, berakhlak (a) Inversi. Contohnya, Dituliskan sahifah supaya
rendah, dan hidup dalam keadaan miskin. nyata.
(b) Simile. Contohnya, Laksana cermin jatuh ke batu.
Rangkap 3 (c) Sinkope. Contohnya, Sajak dan nazam banyak tak
Penyair juga memohon maaf sekiranya perkara yang kena.
ditulis daripada perasaan kecewanya itu (d) Repetisi. Contohnya, Hanyutlah badan ke sana ke
menghasilkan kata-kata yang kurang menarik dalam mari.
warkah tersebut. (e) Asonansi. Contohnya, Bermula warkah surat
rencana.
Rangkap 4 (perulangan vokal a).
Penyair menulis lembaran yang jelas tentang adab (f) Aliterasi. Contohnya, Gundahlah fikir tiada
kepada pasangan yang sedang bercinta agar mereka tertentu.
tidak kecewa dan menjadikan surat sebagai saluran (perulangan konsonan t).
meluahkan perasaan.
Nilai
Rangkap 5 (a) Kesedaran.
Penyair menceritakan nasib malang yang (b) Merendah diri.
ditempuhinya secara berulang kali sehingga boleh (c) Rasional.
membawa kemudaratan dan menyebabkan dirinya (d) Hemah tinggi.
sentiasa dalam keadaan sedih dan kecewa.
Pengajaran
Rangkap 6 (a) Kita sepatutnya bersikap merendah diri .
Penyair mengisahkan kehidupannya terumbang- (b) Kita haruslah insaf akan kesalahan yang telah
ambing tanpa arah tuju, tidak terurus hingga dilakukan.
melupakan makan dan minum. (c) Kita janganlah mementingkan percintaan dalam
kehidupan.
Rangkap 7 (d) Kita tidak boleh berputus asa.
Namun penyair tersedar bahawa tiada guna hidup (e) Kita janganlah bertindak mengikut kata hati.
dalam kekecewaan sehingga boleh menyebabkan
kehidupannya menjadi hancur.

Rangkap 8
Penyair sedar apabila berada dalam keadaan yang
sangat kecewa boleh menyebabkan fikirannya tidak
waras. Sekiranya dituruti perasaan kecewa itu,
penyair berfikir lebih baik mati daripada hidup dalam
keadaan sebegitu.

Tema
Adab dalam kehidupan seseorang.

Persoalan
(a) Kepentingan memiliki ilmu pengetahuan dan
berakhlak mulia.
(b) Kekecewaan yang boleh merosakkan kehidupan
seseorang.
(c) Kebijaksanaan dalam mengawal diri ketika
bercinta.
(d) Rasional dalam berfikir dan membuat tindakan.

Anda mungkin juga menyukai