Anda di halaman 1dari 2

1.

0 PENDAHULUAN
Sejurus penamatan fasa 2 projek 1BestariNet pada 30 Jun 2019, Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan yang mana Google Classroom akan
menggantikan Frog VLE mulai tempoh interim sebagai platform digital pembelajaran.
Google Classroom hanyalah platform penghubung dalam talian yang membolehkan guru
menyiarkan pengumuman, berkongsi bahan pembelajaran, memberi tugasan serta
mengred tugasan pelajar. Bengkel Google Classroom dirancang bagi meningkatkan
kemahiran pengajaran dan pemudahcara (PDPc) guru-guru bahasa Melayu khususnya
dan pengurusan sekolah amnya dalam penggunaan ICT. Di atas kesedaran tentang
betapa pentingnya setiap guru-guru meningkatkan penguasaan ICT (Information &
Communication Technology) bagi menjalankan tugas pengajaran dengan lebih berkesan,
satu siri kursus kemahiran penggunaan Google Form akan dilaksanakan. Kursus ini akan
dikendalikan oleh guru yang telah mengikuti kursus Webinar semasa tempoh PKP yang
lalu.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Melahirkan guru-guru bahasa Melayu yang boleh menguasai penggunaan ICT
dengan lebih baik.
2.2 Membimbing guru-guru bahasa Melayu bagi mengaplikasikan penggunaan
Google Classroom dalam PDPc.

3.0 TARIKH PERLAKSANAAN

10 NOVEMBER 2020 (Selasa)

4.0 PENCERAMAH / MOTIVATOR

NAMA : MAHFUDZAH BINTI MOHD TARMUDI


NO I/C :
NAMA SEKOLAH : MAKTAB MAHMUD KULIM
JAWATAN/GRED : PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN / GRED DC41
5.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK
Penasihat : Puan Norasikin Bt Mohd Jaya (Pengetua)
Pengerusi : En Mohd Nasoha Bin Abd Wahab (PKP)
Timb. Pengerusi I : En Saiful Yazan Bin Hasan (PK Hem)
Timb. Pengerusi II : En Muhamad Azam Bin Abu Bakar (PK Ko)
Pengarah Program : En Muhammad Suffi Bin Mustafa
Setiausaha : Puan Zauyah Binti Saad
Bendahari : Puan Nur Izwani Herni Bt Mokti
Persiapan Tempat : Ustaz Ahadi Bin Ab.Hamid
Laporan dan Dokumentasi : Puan Nurulhuda Binti Wahab
Tugas-tugas Khas : Puan Nurul Haiza Bt Hashim

6.0 TENTATIF PROGRAM


10 NOVEMBER 2020 (SELASA)
2.00 Petang : Berkumpul di Bilik Mesyuarat Guru
2.30 Petang – 4.30 petang : Bengkel Google Form

7.0 PENUTUP
Semoga program yang dijalankan ini dapat meningkatkan kemahiran guru-guru dalam
penggunaan Google Classroom. Selain itu, peningkatan pencapaian sekolah akan dapat
dipertingkatkan dan melahirkan guru yang berdisiplin dan berpengetahuan.

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

……………………….. ……………………………
(Pn Zauyah Binti Saad) (Pn Norasikin Bt Mohd Jaya)
Setiausaha Pengetua
Panitia Bahasa Melayu Maktab Mahmud Kulim
Maktab Mahmud Kulim

Anda mungkin juga menyukai