Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH AGAMA TAMAN BUKIT PERDANA

BATU PAHAT, JOHOR

KERTAS KERJA

PROGRAM GOTONG ROYONG PERINGKAT SEKOLAH

1443 H/ 2021 M

TARIKH: 24 OKTOBER 2021 (AHAD) & 26 OKTOBER 2021 (SELASA)

MASA: 8.30 PAGI – 12.00 TENGAH HARI

TEMPAT: DI KAWASAN SEKOLAH

1
1.0 PENDAHULUAN
Sesi persekolahan bagi tahun 2021 bakal bermula. Bagi memastikan
keselesaan para pelajar untuk mengikuti proses pembelajaran di Sekolah
Agama Taman Bukit Perdana berada pada tahap optimum, maka kebersihan
dan keceriaan kawasan persekitaran sekolah perlu dititikberatkan. Bagi
merealisasikan hasrat murni ini, satu Program Gotong-royong akan dijalankan di SA
Taman Bukit Perdana pada 24 Oktober 2021 dan 26 Oktober 2021.
Program gotong-royong ini melibatkan usaha padu oleh seluruh
kakitangan sekolah yang terdiri daripada para guru, staf-staf sokongan serta
murid-murid. Tidak terkecuali para ibu bapa serta masyarakat setempat yang
turut sama membantu mengerah keringat demi kemajuan sekolah. Fokus utama
bagi program gotong-royong pada kali ini adalah untuk membersih dan
menceriakan kawasan sekolah dan keceriaan kelas serta membuat SOP norma baru di
bawah bimbingan guru kelas masing-masing. Kawasan-kawasan lain yang turut
terlibat dalam program gotong royong pada kali ini adalah:
1. Dewan dan pentas
2. Surau dan Stor
3. Bilik Rawatan/ Isolasi
4. Bilik Skim Pinjaman Kitab
5. Bilik Peperiksaan
6. Pusat Sumber Sekolah
7. Bimbingan dan Kaunseling
8. Tandas Guru dan Murid-murid
9. Kelas
10. Persekitaran Sekolah

2.0 OBJEKTIF
2.1 Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang
bersih.

2.2 Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum.


2.3 Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara pelajar, ibu
bapa, pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan

2
dengan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah.
2.4 Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadap
kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah
disediakan.
2.5 Bekerjasama menambahbaik Standard Operating Procedures (SOP) norma baru
di kawasan persekitaran sekolah dan di dalam kelas.

3.0 MASA PROGRAM DIJALANKAN

Tarikh: 24 Oktober 2021 (Ahad) & 26 Oktober 2021 (Selasa)

Masa: 8.30 Pagi – 12.00 Tengah Hari

Tempat: Di Kawasan Sekolah

Pakaian: Pakaian Sukan

4.0 SKOP TUGASAN

Bi Nama Bidang Tugas Masa


l
1 Khairulnizam Bin Mohd Yatim Ukur/ potong karpet letak di 8.30-9.30
pentas dan PSS
2 Ahmad Ezzuddeen Bin Yusoff Ukur/ potong karpet letak di 8.30-9.30
pentas dan PSS
3 Darmetafsiah Binti Adeha Surau 8.30-9.30
4 Nurul Husna Binti Ruslan Bilik Rawatan 8.30-9.30
5 Nurul Husna Binti Ruslan Bilik Isolasi 8.30-9.30
6 Muhammad Shaffiq Bin Johari Bilik Skim Pinjaman Kitab 8.30-9.30
7 Marhaida Binti Mohamad Nor Bilik Peperiksaan 8.30-9.30
8 Faridah Binti Kasron Pusat Sumber Sekolah 8.30-9.30
9 Zalina Binti Mohamed Bimbingan dan Kaunseling 8.30-9.30
10 Khairulnizam Bin Mohd Yatim Dewan dan pentas 8.30-9.30
11 Ahmad Ezzuddeen Bin Yusoff Dewan dan pentas 8.30-9.30
12 Muhammad Shaffiq Bin Johari Bilik air murid dan bilik wuduk 10.00-12.00
serta persekitaran sekolah
13 Semua Guru Bilik guru, bilik GB dan bilik air 10.00-11.00
14 Semua Guru Kelas masing-masing 11.00-12.00

3
5.0 KOS ANGGARAN

Peralatan SOP RM100


Alat Pembersihan RM200
Jamuan RM150
Lain-lain RM50
JUMLAH RM500

6.0 AHLI JAWATANKUASA


Pengerusi : Rosmidah binti Dikon (Guru Besar Sekolah Agama Bukit Perdana)
Naib Pengerusi : 1. Faridah binti Kasron
(GPK Akademik)

2. Marhaida binti Mohamad Nor

(GPK Kokurikulum)

3. Khairulnizam bin Mohd Yatim


(GPK Hal Ehwal Murid)
Penyelaras : Zalina binti Mohamed
Setiausaha : Nurul Husna binti Ruslan

Ahli Jawatankuasa : Muhammad Shaffiq bin Johari

: Darmetafsiah binti Adeha


: Ahmad Ezzuddeen Bin Yusoff
: Semua Guru dan Ahli BKS

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………… …………………………………

4
Zalina binti Mohamed Marhaida binti Mohamad Nor

(Penyelaras Program) (Penolong Kanan Kokurikulum)

SA Taman Bukit Perdana SA Taman Bukit Perdana

Anda mungkin juga menyukai