Anda di halaman 1dari 4

LARAS BAHASA BAHASA MELAYU

Definisi Laras Bahasa


Umumnya dapat diterangkan sebagai cara penggunaan sesuatu bahasa. Asmah Hj.Omar (1984), berpendapat
bahawa laras bahasa ialah khusus dalam penggunaan bahasa menurut bidang penggunaannya.

Laras bahasa boleh didefinisikan sebagai gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. Sesuatu laras bermaksud variasi
yang ada pada tiap-tiap penutur. Laras bahasa biasanya berubah-ubah mengikut situasi. Ciri-ciri laras yang
penting ialah perbendaharaan kata, susunan ayat dan frasa yang digunakan. Sesuatu laras tertentu digunakan untuk
keadaan atau situasi tertentu. Daripada suatu segi, dapat dikatakan bahawa dengan memilih laras yang tidak sama untuk
situasi-situasi yang berlainan, anggota masyarakat dapat menunjukkan bahawa mereka sedar akan situasi-situasi sosial
yang berlainan yang wujud di sekitar mereka.

Jenis-jenis Laras Bahasa Berserta Contoh

1.Laras Biasa

Laras ini merupakan penggunaan bahas yang tidak membabitkan sebarang bidang ilmu atau konteks khusus. Ia biasanya

digunakan dalam perbualan seharian. Oleh itu, laras biasa tidak mengandungi istilah atau pola yang khusus.

Contoh : Hai Mat ! Nak ke mana tu? Tak singgah dulu?

2.Laras Bahasa Perniagaan

Biasanya digunakan dalam dunia korporat, khususnya bidang perusahaan, perindustrian, perakaunan, perbankan,

perniagaan dan perdagangan.


Contoh: Bank Simpanan Nasional (BSN) mencatatkan prestasi di luar
jangkaan apabila mengaut keuntungan sebelum cukai bagi
setengah tahun pertama, lebih RM70 juta dan mengatasi

keuntungan sebanyak RM 47.754 juta bagi tahun lalu

v Laras jenis ini kebiasaanya digunakan untuk mengiklankan jenama barangan yang ingin dijual. Gaya bahasa yang

digunakan biasanya memujuk pendengar supaya membeli barangan menerusi cara penyampaian yang menarik sekali.

v Ayat yang digunakan pendek-pendek dan tidak gramatis.

v Mempengaruhi penguna untuk membentuk tanggapan tertentu , atau mengubah sikap dan melakukan tindakan.

v Digunakan dalam iklan, tender, laporan dan sebagainya , disokong pula oleh gambar, lukisan, grafik, ilustrasi dan sebagainya.

v Iklan dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti berikut:

(a) Kaedah Umpan: Beli Satu, Percuma Satu

(b) Pertanyaan: Sakit Pinggang? Sapulah Dengan Minyak Angin Z.

3.Laras Bahasa Akademik

Laras akademik boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian berdasarkan bidang ilmu yang diperkatakan.

Antaranya laras sains, laras ekonomi, laras sastera dan sebagainya. Laras ini kemudiannya terbahagi pula kepada

beberapa sub-bidang yang terdapat dalam sesuatu bidang akademik. Misalnya, dalam bidang sains, terdapat laras kimia,

biologi dan fizik.


Dalam bidang akademik, laras yang digunakan mudah dikesan dengan kehadiran istilah-istilah teknikal dan khusus yang

berkaitan dengan bidang berkenaan.

Contoh dalam bidang ekonomi : Perubahan dalam pola guna tenaga merupakan gejala yang umum dalam proses

pembangunan ekonomi. Lebihan buruh daripada sektor pertanian yang mempunyai daya pengeluaran marginal yang

rendah semakin ramai diserap ke dalam sektor industri yang mempunyai daya pengeluaran yang tinggi.

Contoh laras sains dalam bidang biologi : Sel-sel kelenjar kolon merembeskan mukus yang berfungsi dalam melicinkan

pergerakan kandungan kolon ke arah rektum. Tidak terdapat enzim yang dirembeskan di bahagian kolon. Cecair yang

dirembeskan bersifat alkali.

Contoh laras bahasa sains dalam bidang geokimia : Sejauh mana pencarian OH atau H20 pada permukaan bergantung

pada pH, seperti yang ditunjukkan dalam rajah 8.11 dan seperti yang diramalkan daripada persamaan 8.21.

4.Laras Bahasa Undang-Undang

Merupakan salah satu daripada laras ilmiah yang terdapat dalam bahasa Melayu sejak zaman dahulu lagi. Bagaimanapun,

pada hari ini, laras undang-undang lebih bersifat moden dan banyak menggunakan istilah teknikal.

Contoh : Defenden membantah pada awal prosiding kerana tidak bersetuju dengan cadangan plainitif untuk

mengemukakan saksi-saksi yang dikatakan tidak relevan dengan perbicaraan berkenaan.

Contoh: Barangsiapa yang:-

a)memberikan kepadanya dirinya sendiri @ menyiksa mana-mana orang lain bertentangan dengan peruntukan

seksyen 14 dengan memberikan kepadanya dadah berbahaya yang ditetapkan di bahagian 3 dan 4 dari jadual pertama

atau

b) dijumpai berada di mana-mana premis yang telah di khaskan atau di gunakan untuk mana-mana tujuan seperti yang

telah di tetapkan dalam seksyen 13 supaya mana-mana dadah berbahaya tersebut boleh diberikan atau atu di hisap atau

dengan kaedah lain olehnya adalah bersalah atas suatu kesalahan terahdap akta ini dan jika disabitkan hendaklah di denda

tidak lebih dari lima ribu ringgit atau di kenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih daripada 2 tahun.

5.Laras bahasa media

Laras media massa kurang mementingkan gaya atau nahu, khususnya penggunaan imbuhan dan kata hubung.

Berita sebagai satu wacana mempunyai struktur teks yang tersendiri, lain daripada struktur teks cereka, dan lain pula

daripada struktur teks esei dan karya ilmiah.

Wartawan atau pengarang akhbar menggunakan bahasa untuk menjelaskan sesuatu menurut cara yang paling mudah

diterima sesuai dengan selera sebilangan besar pembaca akhbar.

Tiga ciri penting yang harus ada dalam berita akhbar yang baik ialah:

o Pertama - bahasa yang digunakan mudah.


o Kedua - gaya tulisan yang jelas dan

o Ketiga - isi tulisan mestilah tepat. Oleh sebab akhbar diterbitkan untuk orang ramai, maka bahasa akhbar haruslah sesuai

dengan bahasa kegunaan orang ramai.

Bahasa yang digunakan bersahaja dan bersifat melaporkan sesuatu peristiwa yang berlaku. Bahasanya juga ringkas dan

mengandungi berita yang maksimum untuk dipaparkan kepada pembaca dan penonton

Contoh : Perak menjuarai kejohanan bola sepak Piala Malaysia 1998 selepas menewaskan Terengganu dengan jaringan

tipis 1-0 di Stadium Nasional malam tadi.

Ayat yang panjang, mengandungi beberapa klausa, menggunakan petikan, metafora, kiasan, istilah teknik, dan sebagainya

haruslah dielakkan.

6.Laras Bahasa Sastera

Memperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif.

Bahasanya boleh dalam bentuk naratif, deskriptif, preskriptif, dramatik dan puitis.

Beberapa ciri bahasa sastera:

a kreatif dan imaginatif: kabur mesej

b. mementingkan penyusunan, pengulangan, pemilihan kata

c. puitis dan hidup,: monolog, dialog, bunga-bunga bahasadan sebagainya.

d. menggunakan bahasa tersirat: perlambangan, kiasan, perbandingan, peribahasa, metafora, simile, personifikasi, ilusi,

ambiguiti dan sebagainya.

e. terdapat penyimpangan tatabahasa atau manipulasi bahasa.

Contoh : Apabila berbicara mengenai kesusasteraan, kita sebenarnya akan membincangkan beberapa aspek seperti tema,

kronologi, mesej yang ingin disampaikan, watak dan perwatakan unsur termasuk personifikasi dan metafora.

Contoh novel : Perkarangan tempat menunggu di Unit Kecemasan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia kelihatan

lengang. Qasdina yang sudah hampir 15 minit tiba, sekadar menyepikan diri di deretan bangku-bangku kosong yang

terdapat di situ. Air matanya sudah lama kering. Penantiannya bagaikan tiada jawapan.

7.Laras Bahasa Agama

Mengandungi istilah agama daripada bahasa Arab

Struktur ayatnya banyak dipengaruhi struktur bahasa Arab

Diselitkan dengan petikan daripada al-Quran dan hadis.

Contoh (doa) : Wahai Tuhan kami,kami meminta daripada Engkau kesejahteraan dalam agama, kesihatan tubuh badan,

keberkatan rezeki, keampunan sebelum mati, rahmat pada kala mati, dan keampunan selepas mati. Wahai Tuhan kami,

senangkanlah kami waktu menghadapi kematian dan lepaskan kami dari neraka dan anugerahi kami kemaafan pada waktu

perkiraan.
8.Laras Bahasa Sukan

Berkaitan dengan aktiviti-aktiviti dan kegiatan sukan.

Contoh : Sistem liga merupakan satu-satunya format pertandingan yang paling digemari oleh pihak penganjur dan para

peserta dalam permainan sukan berpasukan. Dalam sistem ini setiap pasukan akan bertemu seberapa banyak yang

mungkin dengan pasukan yang lain bergantung kepada bilangan ahli kumpulan masing-masing.

9.Laras Bahasa Sains Komputer

Mengandungi istilah-istilah berkaitan dengan peranti komputer dan siber.

Contoh : Aktiviti penyelenggaraan komputer peribadi (PC) sering dianggap remeh, kerana sifatnya yang agak

membosankan meskipun aktiviti ini penting. Seperti perkakasan, senggaraan secara berterusan juga perlu untuk perisian

,sisitem operasi

(OS), program dan data.

Anda mungkin juga menyukai