Anda di halaman 1dari 35

UP3 Laras Bahasa

Nur Ardini Jian Abdullah @ Elmie Jian


jelmie@unimas.my
082 592675 / 019 8460539

1
Objektif Pengajaran/Pembelajaran:
 
 Mendedahkan pelajar kepada pengertian “laras” dan
kepentingan mempelajarinya.
 Meningkatkan kepekaan pelajar kepada faktor-faktor yang
mempengaruhi penggunaan bahasa dalam masyarakat.
 
Kandungan Modul
 
 Definisi dan konsep “laras”
 Konteks sosial yang menentukan dan membezakan laras-laras
 Ciri-ciri linguistik sesuatu laras dan jenis-jenis laras bahasa
 Perbandingan antara laras-laras

2
TEKS
Menegakkan keadilan dan kebenaran merupakan ciri-ciri orang yang Laras agama
beriman. Ciri ini merupakan perjanjian yang telah diikat oleh Allah
s.w.t. dengan manusia muslim
Ketika Melaka mahu mengatur gerak tanpa ketua jurulatih K. Devan,
skuad itu mula dihimpit malang apabila TMFC berjaya menghasilkan Laras sukan
gol seawal minit kedua selepas rembatan kencang Nazzab Hidzan dari (bola sepak)
luar kotak penalti terlepas dari tangkapan penjaga gol, Kamaruzzaman
Hasan.
ADVANCED Micro Devices (AMD) membangunkan cip baru
menggunakan teknologi silikon germanium, teknologi yang sama
seperti yang digunakan oleh syarikat IBM. Cip baru AMD dikatakan Laras sains
lebih menjimatkan tenaga dan berprestasi tinggi. (teknologi)

Tatkala itu Bendahara pun hendak masuk mengadap baginda


diiringkan oleh segala pengawal dan pertuanan. Maka Bendahara pun Laras Bahasa Melayu
sampailah pada antara kedai Hang Tuah itu. lama/klasik
Konsonan yang dilambangkan dengan huruf K diucapkan sebagai
hentian glotis atau seolah-olah hentian glotis berlaku sebagai penutup
suku kata. Sebagai contoh, kata-kata seperti cetek dan cedok diucapkan Laras bidang
linguistik
dengan sebutan [cete?] dan [cedo?].

3
LARAS BAHASA
 pola penggunaan bahasa yang lazim digunakan dalam situasi-situasi
tertentu.
 dibezakan dengan yang lain berdasarkan aspek linguistiknya, misalnya dari
segi pemilihan perkataan, jenis ayat dan gaya (style) yang digunakan (ciri-
ciri linguistik inilah yang membezakan satu laras dengan laras yang lain)
 dipelajari untuk komunikasi yang berkesan
Ure dan Ellis (1977, dlm. Nathesan,1995:15)

 sebagai suatu variasi bahasa yang terbentuk berdasarkan konteks


penggunaannya dalam masyarakat
 berbeza daripada “dialek” yang merupakan variasi bahasa yang wujud
antara penutur kerana batasan geografi (penutur-penutur yang berasal dari
pelbagai tempat menuturkan dialek yang berbeza)
Halliday (1968, dipetik daripada Nathesan,1995:12

RINGKASNYA...
4
Laras
variasi
bahasa

berdasarkan konteks
penggunaannya dalam
masyarakat

5
Laras “dialek”
 variasi bahasa yang wujud antara penutur
kerana batasan geografi
 penutur-penutur yang berasal dari pelbagai
tempat menuturkan dialek yang berbeza

6
Kemunculan pelbagai laras dalam sistem
komunikasi masyarakat adalah kerana
fungsi bahasa yang pelbagai dan kerana
keperluan masyarakat untuk
mengungkapkan buah fikiran dalam
bidang tertentu.
Halliday (1968, dipetik daripada Nathesan,1995:12

Contoh:

penyampaian berita ≠ penyampaian kuliah ≠ ucapan

Cara penyampaian sama, iaitu secara lisan


namun, berbeza dari segi penggunaan
perkataan dan gaya penyampaian kerana
tujuan dan audiensnya berbeza”

7
Variasi-variasi bahasa ini juga wujud kerana bidang atau perkara
yang diperkatakan juga berbeza.

Laras perundangan ≠ laras berita


Laras perundangan: Laras bahasa berita:
i. bercirikan penggunaan istilah i. untuk tatapan umum
ii. gaya bahasa hanya difahami oleh ii. gaya bahasanya tidak terlalu berat
individu dalam bidang tersebut dan mudah difahami

Contoh: Contoh:
Perintah pengemukaan bagi perkara PAPAR 26 Mac - Pengunjung dari luar
jenayah 23. kawasan Papar terutama bagi penggemar
(1) Jika suatu permintaan dibuat oleh belacan pasti tidak akan melepaskan
pihak berkuasa yang berkenaan suatu peluang untuk mendapatkannya dengan
Negara asing yang ditetapkan supaya singgah di pasar tamu pekan ini setiap kali
apa-apa benda tertentu atau perihalan berkunjung ke daerah itu.
sesuatu benda di Malaysia dikemukakan
bagi maksud mana-mana perkara jenayah Pasar tamu daerah itu yang diadakan lima
di Negara asing yang ditetapkan itu, hari seminggu iaitu pada Rabu hingga
Peguam Negara atau orang yang dilantik Ahad turut dikunjungi penduduk dari
olehnya dengan sewajarnya boleh kawasan sekitar sepert Beaufort, Sipitang
memohon kepada mahkamah untuk dan Kuala Penyu.
mendapatkan suatu perintah di bawah
subseksyen (3). © Utusan Melayu (M) Bhd , 27 Mac 2018

8
laras ilmiah teks sains tulen ≠ laras ilmiah teks sains sosial.

Teks sains tulen Teks sains sosial

Contoh: Contoh:

Pada tahun 1665, seorang ahli sains Salah satu sistem lambang yang digunakan
Inggeris yang bernama Robert Hooke (1635 oleh masyarakat penutur untuk
- 1703) mengkaji kepingan nipis tisu menyampaikan buah fikiran mereka ialah
tumbuhan dengan menggunakan mikroskop melalui bahasa kiasan. Bahasa kiasan ialah
buatannya sendiri. Dalam pemerhatiannya, bahasa yang maknanya tidak seratus
Robert Hooke mendapati bahawa daripada peratus dibawa oleh makna perkataan-
kepingan tisu tumbuhan itu terdapat banyak perkataan yang mendirikannya, yakni jika
bentuk seperti kotak-kotak halus (fine box- perkataan-perkataan itu ditakrifkan satu
like shapes). Bentuk seperti kotak-kotak persatu mengikut makna kamusnya.
halus tersebut mengingatkan beliau kepada Dengan itu dalam bahasa kiasan, sesuatu
bilik-bilik kurungan di dalam penjara yang perkataan, frasa atau ayat mempunyai
dikenali sebagai 'sel'. Oleh itu, beliau maksud yang berlainan daripada makna
menamakan bentuk seperti kotak-kotak harfiah perkataan-perkataan yang
halus tersebut sebagai 'sel-sel' mendirikannya (Asmah Hj. Omar, 2005).

9
Gaya bahasa i. Penggunaan istilah-istilah
khusus bagi bidang yang
laras ilmiah diperkatakan dalam teks.
didasari oleh
ciri-ciri ii. Ungkapan-ungkapan
penulisan yang epistemik
saintifik
iii. Ungkapan operasional
(Asmah, 2006:45-47)

10
Penggunaan istilah-istilah khusus bagi bidang
yang diperkatakan dalam teks.

dalam penulisan akademik, perkataan-perkataan yang biasa perlu


didefiniskan untuk mengelakkan kekaburan (ambiguity)

Misalnya perkataan ‘kemiskinan:


i. Kemiskinan merupakan suatu fenomena yang sering dihadapi oleh semua
negara di dunia. Kemiskinan berlaku apabila seseorang atau sesebuah isi rumah
hanya mampu memperoleh keperluan minimum terhadap aspek ekonomi, sosial,
politik dan budaya bagi menikmati kehidupan yang boleh diterima di dalam
sesebuah masyarakat. Isu kemiskinan telah mendapat perhatian sejak dahulu
dan berbagai-bagai agenda diperkenalkan dan dipersetujui untuk mengatasinya.
(laras akademik-sosial)

ii. Keadaan ekonomi yang tidak menentu menyebabkan paras kemiskinan rakyat di
negara ini meningkat sebanyak 30 peratus. Paras kemiskinan yang diukur dari
segi pendapatan seisi keluarga terbahagi kepada tiga tahap iaitu hampir miskin;
RM658-RM1200, miskin; RM417-RM657 dan miskin tegar; kurang daripada
RM416.
(laras akademik-ekonomi)
11
Ungkapan-ungkapan epistemik
ungkapan-ungkapan yang menggambarkan aspek-aspek
tertentu dalam membina ilmu daripada pihak penulis akademik

Contoh:
i. Merujuk kepada Pendekatan/Kaedah
- Dari segi sejarah kuno, kita bercakap tentang penyebarannya dari tanah asalnya ke
kawasan-kawasan yang sekarang ini kita kenal sebagai kawasan bahasa Melayu.
- Menurut Ralph Linton, penggolongan yang menggunakan ciri-ciri jasmani itu merupakan
penggolongan ras.

ii. Menjelaskan Makna/Maksud


- Zaman sejarah dimaksudkan sebagai zaman adanya pencatatan sejarah yang disokong
oleh tradisi turun-temurun.
- Kawasan bukan tradisional pula ialah kawasan yang wujudnya adalah berdasarkan migrasi
orang-orang dari kawasan tradisional. Hal ini bermakna bahawa kawasan bukantradisional
ialah kawasan di luar dunia Melayu.

iii. Mengandaikan
- Jika berita ini ditulis dalam abad ketujuh Masihi, keadaan ini bermakna bahawa penyebaran
bahasa Melayu di pulau-pulau itu sudah bermula dengan lebih awal.

iv. Kepastian/Keyakinan
- Jelas bahawa penggunaan variasi bahasa yang demikian terbatas kepada lingkungan
tertentu. Dipercayai bahawa teori inii boleh diterapkan untuk menerangkan difusi bahasa
dalam rumpun-rumpun yang lain. 12
Ungkapan-ungkapan Operasional

Ungkapan operasional diwujudkan dalam


menggambarkan langkah-langkah yang diambil
ketika menjalankan penyelidikan.

Contoh:
i. Penyelidikan ini dijalankan untuk melihat taraf kecekapan
bahasa penuntut. Pertama, ... Kedua...,

ii. Pemilihan informan dihadkan kepada mereka yang


menetap dalam komuniti berkenaan. Kriteria-kriteria yang
digunakan dalam pemilihan informan ialah:
a...
b...
c....

iii. Beberapa hipotesis telah dikemukakan dan


dibincangkan. Hipotesis yang pertama ..., hipotesis
kedua...

13
Faktor-faktor Penentu Bentuk Laras dan
Jenis-Jenis Laras Bahasa
Laras ialah satu bentuk gaya bahasa yang khusus untuk tujuan tertentu
dan bentuk bahasa ini ditentukan oleh konteks penggunaannya atau
lingkungan “keperihalan keadaan”
(Malinowski, 1923; Ellis dan Ure, 1977; Halliday, 1968 and 1977, dipetik daripada Nathesan,1995:14-17).

Tajuk wacana (Field)


Lingkungan keperihalan ini
mencakupi aspek-aspek Cara penyampaian (Mode)
berikut:
Gaya Wacana (Discourse style)

Tujuan sesuatu perlakuan bahasa (Role)


14
Tajuk wacana (Field)
 Tajuk merujuk kepada “bidang atau bahan” yang diperkatakan.
Dalam bidang tertentu, terutamanya dalam penulisan ilmiah,
penggunaan istilah diperlukan untuk mengungkapkan makna yang
spesifik untuk tujuan kajian
Perkamusan

Kosa kata kamus ini memuatkan entri istilah pelbagai bidang yang diambil daripada kamus
atau glosari yang terbit daripada rangka kerjasama MABBIM atau entri istilah yang ditulis
oleh pakar bidang di laur MABBIM.
(laras linguistik-bidang linguistik)

Sistem Perkumuhan Manusia

Sel-sel kelenjar kolon merembeskan mukus yang berfungsi dalam melicinkan pergerakan
kandungan kolon ke arah rektum. Tidak terdapat enzim yang dirembeskan di bahagian
kolon.
(laras sains-bidang sains perubatan)

Pasaran Saham Dunia

Keseluruhan jumlah dagangan di Papan Utama jatuh kepada 2.534 bilion saham bernilai
RM5.523 bilion berbanding 2.893 bilion saham bernilai RM7.390 bilion minggu
sebelumnya. (laras rencana-bidang ekonomi)
15
Cara penyampaian (Mode)
 Cara ini merujuk kepada media perlakuan bahasa, yakni lisan,
tulisan, bahasa isyarat dan sebagainya.. Dalam erti kata yang
lain, cara sesuatu maklumat disampaikan. Hal ini melibatkan
faktor-faktor seperti siapa yang menulis, kepada siapa dan
tentang apa.
 

Contoh:
“Walaupun penyakit itu tidak berbahaya, namun saya berharap dengan
sumbangan yang dilakukan Yayasan Sime Darby dalam program
pemuliharaan badak sumbu Sumatera akan membuahkan hasil dan
memberi sinar harapan kepada spesies berkenaan.”
(penyampaian lisan)
 
Ruam lampin merupakan masalah kulit yang paling kerap dialami oleh
kebanyakan anak kecil khususnya bayi. dapat sebahagian daripada ruam
boleh menjadi serius sekiranya tidak diatasi dengan betul.
(penyampaian tulisan)

16
Gaya wacana (Discourse style)
 Gaya wacana merujuk gaya formal atau tidak formal. Tahap hubungan antara
penyampai dan audiensnya atau antara individu yang terlibat dalam suatu
interaksi akan menentukan gaya. Misalnya, gaya formal lebih sesuai untuk
interaksi antara pensyarah dan pelajarnya. Sebaliknya, gaya kurang formal
lebih sesuai untuk berucap di majlis-majlis keramaian.

“Tuan Yang Dipertua, kita semua perlukan “Selamat petang ayah dan ibu, abang long, kak ngah,
kehidupan yang berkualiti dengan alam sekitar adik Erra dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Saya
yang bersih. Malangnya, udara kita sudah ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
tercemar dan sungai-sungai yang menjadi sumber ribuan terima kasih kerana sudi hadir pada majlis hari
air bersih juga tercemar.” lahir saya. Saya sangat gembira kerana kita dapat
berkumpul dan bermesra pada hari ini.”

(gaya bahasa lisan formal) (gaya bahasa lisan tidak formal)


Oleh kerana bumi berbentuk sfera, setiap garis Hebat! Dengan setiap belian 5kg serbuk pencuci XX,
lintang merupakan satu bulatan. Bulatan ini percuma satu rak berus gigi bermutu tinggi. Ditawarkan
menjadi semakin kecil berhampiran dengan dalam 5 warna yang menarik untuk semua jenis bilik
kutub. Garisan yang utama ialah Garisan mandi. Dapatkan sekarang selagi stok masih ada!
Khatulistiwa.

(gaya bahasa penulisan formal) (gaya bahasa penulisan tidak formal)

17
Tujuan sesuatu perlakuan bahasa (Role)
 Hal ini merujuk kepada tujuan sesuatu acara dilangsungkan atau
tujuan sesuatu penulisan dihasilkan. Tujuan ini juga akan
menentukan gaya bahasa yang bersesuaian untuk digunakan dalam
konteks tertentu.
Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, tujuan memulakan
Yang Berhormat Wakil rakyat kawasan Tanjung Karang, ucapan – formal
Yang Berusaha Pengetua Sekolah Menengah Sri Jati
Para hadirin yang dihormati,
Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera

Menurut kajian yang dijalankan, kehilangan atau kepupusan tujuan menyampaikan


pelbagai spesies tumbuhan dan haiwan dalam persekitaran semula maklumat – formal
jadi dunia adalah pada tahap yang sangat membimbangkan.

“Hendak gulung dah? Amboi tak dan hampar tikar lagi, dah nak tujuan menyindir dalam
suruh gulung dah! Amboi, macam mana saya nak buat ni?” jenaka – tidak formal
 
Tiba-tiba saja hatinya meronta-ronta untuk mengekori gadis itu. tujuan menyampaikan
Tulah, lambat sangat, macam superstar... langsung kena tinggal. cerita – tidak formal
Padan muka kau!

18
Ciri-ciri Linguistik Laras Bahasa

Terdapat dua perkara yang membezakan


laras-laras dari segi linguistik

Struktur dan
Perbendaharaan
susunan ayat
kata
(sintaksis)

Struktur ayat
tunggal (pendek)
Ayat Biasa dan Ayat Aktif dan
dan ayat
Ayat Songsang Ayat Pasif
majmuk
. (kompleks)

19
JENIS AYAT CONTOH AYAT
(a) Ayat Biasa dan Ayat Songsang i. Kakak ke Melaka Sabtu lalu. (ayat biasa)
Ketiga-tiga ayat di atas memberi penekanan yang ii. Ke Melaka, kakak Sabtu lalu. (ayat songsang
berbeza, yang ditimbulkan oleh susunan struktur ayat dengan pendepanan predikat)
yang berbeza. iii. Sabtu lalu, kakak ke Melaka. (ayat songsang
  dengan pendepanan kata keterangan)

Penekanan diberi kepada:


 subjek/pelaku iaitu siapa yang ke Melaka Sabtu
lalu.
 tempat iaitu ke mana kakak Sabtu lalu.
 masa iaitu bila kakak ke Melaka.

(b) Ayat Aktif dan Ayat Pasif i. Universiti Malaysia Sarawak menjuarai
 Keempat-empat ayat di atas memberi penekanan pertandingan Debat Diraja semalam. (ayat aktif :
yang berlainan, oleh sebab penggunaan struktur ayat laras rasmi)
yang berlainan. ii. Teori ini diperkenal oleh Grice pada tahun 1967
  dengan membahagikan ujaran kepada dua
Ayat tersebut dibentuk dengan menggunakan struktur bentuk. (ayat pasif biasa: laras ilmiah)
ayat yang berbeza, iaitu: iii. Semua pelajar tertidur tadi. (ayat pasif menerima
 struktur ayat aktif dalam ayat (i) penekanan –ter : laras bahasa lisan)
 struktur ayat pasif biasa dalam ayat (ii) iv. Kucing itu kena pukul.
 ayat pasif ter- dalam ayat (iii) dan, (ayat pasif menerima penekanan –kena : laras
 struktur ayat pasif kena- dalam ayat (iv). bahasa lisan)

20
JENIS AYAT
(c) Struktur ayat tunggal (pendek) dan ayat majmuk (kompleks)
 
i. Struktur ayat pendek dan ringkas
Contoh
Proses globalisasi ekonomi terus menjadi fokus perdebatan dalam kalangan negara-negara
membangun.
(Globalisasi dan Bahasa Melayu, Dewan Bahasa, Februari 2003)

ii. Struktur ayat kompleks


Contoh
Sukarelawan Dewan bertindak sebagai saudara atau keluarga angkat yang akan memainkan
peranannya sebagai aset bagi mendedahkan mereka kepada cara hidup masyarakat Malaysia
dengan memperkenalkan bahasa, sastera, kesenian, kebudayaan, adat istiadat, makanan, tempat
pelancongan dan sebagainya.
(Dewan Bahasa, Januari 2003)

Pecahan ayat
 Sukarelawan Dewan bertindak sebagai saudara atau keluarga angkat.
 Mereka memainkan peranannya sebagai aset.
 Sukarelawan Dewan mendedahkan mereka kepada cara hidup masyarakat Malaysia.
 Mereka memperkenalkan bahasa, sastera, kesenian, kebudayaan, adat istiadat, makanan, tempat
pelancongan, dan sebagainya.
21
Ciri-ciri Linguistik Laras Bahasa

Terdapat dua perkara yang membezakan


laras-laras dari segi linguistik

Struktur dan
Perbendaharaan
susunan ayat
kata
(sintaksis)

Struktur ayat
tunggal (pendek)
Ayat Biasa dan Ayat Aktif dan
dan ayat
Ayat Songsang Ayat Pasif
majmuk
. (kompleks)

22
2. Perbendaharaan Kata
 
Perbendaharaan kata khusus sesuatu bidang membezakan sesuatu laras
bahasa dengan laras bahasa yang lain. Setiap laras mempunyai
perbendaharaan kata ataupun kosa kata yang berlainan mengikut bidang
yang tertentu.
 
Contoh:
i. Keseluruhan jumlah dagangan di Papan Utama jatuh kepada 2.534
bilion saham bernilai RM5.523 bilion berbanding 2.893 bilion saham
bernilai RM7.390 bilion minggu sebelumnya.
(laras ekonomi)

ii. Leukemia ialah barah sel darah. Sel darah diproses oleh tulang sum-
sum, tisu lembut di tengah kebanyakan tulang. Dalam kes leukemia,
tulang sum-sum menghasilkan terlalu banyak sel darah putih dan
kadangkala sel ini tidak ‘bertugas’ dengan betul. Sel ini terus
‘membiak’, sedangkan pembiakan sel ini sepatutnya berhenti. Malah,
sel ini juga berkembang lebih cepat daripada sel lain. Sel abnormal ini
kemudian akan mengatasi jumlah sel darah putih, sel darah merah dan
platelet.
(laras sains perubatan)
23
Gaya Bahasa Lisan dan Gaya Bahasa Tulisan
Gaya bahasa (style) merujuk kepada bentuk bahasa yang digunakan dalam pertuturan atau
penulisan untuk menimbulkan kesan-kesan tertentu (Nathesan, 1995).

Terdapat dua bentuk gaya bahasa


yang dikenal pasti berdasarkan cara
penyampaiannya (mode)

gaya bahasa lisan gaya bahasa tulisan


(spoken language) (written language)

- gaya yang terdapat dalam laporan berbentuk


akademik dan laporan akhbar.
- mewujudkan suasana yang kurang formal dan - mewujudkan suasana yang “formal” dalam
bersifat lebih peribadi. teks/penulisan apabila digunakan.
- memanfaatkan faktor luaran (non-linguistics) - Dalam erti kata yang lain, “gaya buku” yang terikat
dalam menyampaikan komunikasi yang berkesan. dengan hukum tatabahasa dan bahasa standard.
- Penutur boleh menggunakan gerak badan untuk - Satu ciri penting gaya tulisan ialah ketenunan teks
menyampaikan komunikasi yang berkesan. (koheren dan kohesi) iaitu cara sesuatu idea
- Penggunaan dialek juga dibenarkan. disampaikan secara berkesinambungan dalam satu
perenggan dan antara perenggan.
- Komunikasi yang disampaikan secara lisan juga
tidak perlu memikirkan tentang ketenunan teks. - Dalam penulisan teks, ketenunan ini dapat
dihasilkan dengan menggunakan kata penghubung
seperti “bagaimanapun”, “Sebaliknya”, “justeru” dan
contoh: gaya yang digunakan dalam pengucapan sebagainya.
umum dan syarahan agama. - Ketenunan melalui perujukan juga boleh
diwujudkan melalui pengulangan leksis (perkataan
atau frasa).
24
 Ketenunan melalui kata hubung
Masalah pengedaran dadah di negara ini masih berleluasa walaupun hukuman
mati mandatori dikenakan kepada mereka yang didapati bersalah mengedar
dadah. Walaupun ditangkap dan dihukum mati atau ditahan di bawah undang-
undang yang ada, mereka masih sanggup menanggung risiko. Hal ini
demikian kerana hasil kekayaan yang mereka perolehi daripada aktiviti
pengedaran dadah ini tidak terjejas. Disebabkan hal itu, kerajaan telah
meluluskan Akta Dadah Berbahaya (Perlucutan Harta), 1988 yang berkuat
kuasa pada 10 Jun 1988.
 (Dipetik daripada Laporan Dadah, 1994:30)

Ketenunan melalui perujukan


Tanpa lidah kita dapat mengetahui lazat atau tidak sesuatu makanan. Lidah
membolehkan kita merasa sesuatu yang manis, pahit, masam, dan masin.
Perhatikan lidah rakan anda atau lidah sendiri dengan menggunakan cermin.
Lidah diselaputi sel-sel deria yang disebut tunas-tunas rasa. Tunas-tunas
inilah yang bertanggungjawab menerima rangsangan daripada bahan-bahan
yang larut dalam air liur. Tunas rasa merupakan kumpulan sel yang khusus
untuk mengesan sesuatu rasa tertentu. Bahan kimia yang larut dalam air
merangsang tunas rasa.
(Dipetik daripada Nathesan, 1995:68)

25
Lazimnya, gaya bahasa dalam sesuatu laras tergolong
kepada dua jenis gaya bahasa ini (formal dan tidak
formal). Namun, ada laras yang menggunakan gaya
bahasa yang berbentuk “separuh formal”.
 
Contoh:

Apabila menyampaikan kuliah akademik,


pensyarah akan menggunakan gaya lisan
supaya dapat menarik perhatian pelajar. Pada
masa yang sama, gaya bahasa agak formal
kerana bahan yang disampaikan berbentuk
ilmiah.

26
Laras
Memorandum

Laras
Laras iklan Undang-
undang

Jenis-Jenis
Laras
Bahasa

Laras
Laras Minit
Pengucapan
Mesyuarat
Awam

Laras Laporan

27
Latihan Ringkas 1
Kenal pasti perkataan-perkataan yang berfungsi menjalin
ketenunan dalam teks berikut:
 
Menurut kajian, kepekatan fluorida dalam air yang paling
sesuai untuk mencegah kerosakan gigi ialah 1 mg
fluorida per liter air. Bagaimanapun, bukan semua orang
setuju agar fluorida ditambahkan ke dalam bekalan air.
Hal ini demikian kerana belum diketahui kesan buruk
meminum air berfluorida dalam jangka masa yang
panjang. Di samping itu, penambahan fluorida ke dalam
bekalan air meningkatkan perbelanjaan. Bukan semua
bekalan air digunakan untuk minum. Oleh itu, jika air
berfluorida digunakan untuk membasuh pakaian dan
tujuan lain, perkara ini merupakan satu pembaziran.
 
(dipetik dan diubah suai daripada Nathesan, 1995:68)
28
Latihan Ringkas 2

1. Salinan Petisyen tersebut akan dibekalkan oleh pihak yang


bertandatangan di bawah ini kepada mana-mana pemiutang atau
penyumbang Syarikat tersebut dengan membuat bayaran yang
ditetapkan.
Laras Undang-undang

2. Berdasarkan kajian yang dijalankan, sebanyak 93.5 peratus peserta


berpuas hati dengan ceramah dan bengkel yang telah dijalankan oleh
pihak penganjur. Para peserta juga mencadangkan supaya tempoh kursus
ini dapat dilanjutkan lagi pada masa hadapan.
Laras Laporan

3. Tuan-tuan dan puan-puan,


Menerusi penubuhan ASNITA, diharap agar pertumbuhan industri saham
amanah ini mampu memberi sumbangan bererti kepada pembangunan
ekonomi negara dan memungkinkan kita keluar daripada kegawatan
ekonomi yang dialami sekarang.
Laras Pengucapan Awam
29
Samb. Latihan Ringkas 2

4. Hotlink Pelan Mudah, Pertama di Malaysia! Call-me Bonus! Dapatkan SMS dengan
Percuma! Satu lagi yang pertama daripada Hotlink Pelan Mudah – Call-me Bonus.
Lebih banyak panggilan diterima, lebih banyak SMS percuma diperoleh. Senang dan
jimat.
Laras Iklan Perniagaan

5. PENDAWAI ELEKTRIK
Mahir/separuh mahir diperlukan segera. Bandar Baru Sri Petaling. Gaji RM1000-2,200.
Penginapan disediakan. Berminat sila hubungi 03-12345678 / 03-98765432 (Tini).
Laras Iklan Pemberitahuan - Jawatan Kosong

6. Kalakian habislah sekalian tabib, bomoh dari jauh-jauh datang mengubatkan


baginda, usahkan sembuh, makin pula bertambah-tambah kesakitannya. Maka
apabila dilihat oleh Perdana Menteri akan hal yang demikian lalu dipanggilnya
beberapa ahli nujum lihatkan apalah gerangan ubat mata baginda itu. Maka
sembah seorang ahli nujum, “Adapun akan ubat baginda itu sukarlah beroleh dia
akan tetapi jikalau dapat bunga bakawali, jangankan mata yang baharu rosak,
jikalau mata anak yang di dalam perut ibu itu pun sembuh olehnya, namun
diletakkan sahaja bunga itu di atas perut ibunya.”
Laras Bahasa Melayu lama @ Laras Bahasa Melayu Klasik

30
Laras Bahasa Melayu Lama
Gaya bahasa Melayu lama amat ketara
perbezaannya dengan gaya bahasa Melayu yang
terdapat dalam teks pada masa kini.

Gaya bahasa zaman silam menggambarkan


konteks sosial dan perihal serta budaya
masyarakat pada ketika itu.

31
Ciri-ciri khusus teks BM lama/klasik

Ayat-ayat bahasa klasik biasanya panjang dan “Hatta tujuh hari tujuh malam, siang sama malam
berbelit-belit. Ada antara ayat tersebut yang serupa, tiada terhenti lagi sehingga kelam-kabut kabur
panjangnya empat hingga lima baris. kala, siang pun seperti malam tiada tertentu lagi, dan
segala gunung-ganang dan emas lapis suasa seperti
burung terbang lajunya itu.”

Ayat-ayat teks klasik ini biasanya dimulai dengan ‘syahadan’, ‘hatta’, ‘maka’, ‘alkisah’, ‘sebermula’ dan
kata-kata penghias yang biasanya tidak mempunyai sebagainya
makna yang tertentu. Perkataan-perkataan ini
berfungsi sebagai penyedap atau pemula ayat
sahaja.

Terdapat banyak perkataan usang/ kuno yang sudah ‘sejenang’ (sekejap), ‘sekonyong-konyong’ (tiba-tiba),
tidak lagi digunakan dalam bahasa Melayu moden ‘apakah gerangan’ (kenapa), ‘unggas’ (burung) dan
lain-lain lagi

Oleh sebab kebanyakan cerita tradisional Melayu ‘durja’ (rupa), ‘beradu’ (tidur), ‘bersiram’ (mandi) dan
tertumpu kepada kisah golongan raja dan sebagainya
bangsawan, terdapat juga perkataan-perkataan yang
dikenali sebagai “bahasa istana” digunakan dalam
kalangan keluarga diraja
Terdapat perkataan yang mengandungi unsur dialek Jawa - lelucon, lelakon dan kedayan
(loghat) daerah dalam teks klasik yang ceritanya Arab - ‘alhamdulillah’ (syukur kepada Allah), ‘insya-
terbit dari daerah-daerah tertentu di Semenanjung Allah’ (jika diredhai Allah) ‘astaghfirullah’ (Ya Allah,
Malaysia, Indonesia (Jawa) dan Arab ampunilah aku/juga sebagai kata seruan
menunjukkan rasa hairan atau terkejut)

32
Ciri-ciri khusus teks BM lama/klasik

Terdapat struktur ayat a. Bentuk ayat yang songsang “Maka segeralah dipangku baginda oleh isteri
yang pelbagai dalam apabila predikat (cerita ayat) baginda Puteri Mayang Mengurai.”
teks Melayu klasik. mendahului subjek (benda Dalam bahasa Melayu moden ayat ini boleh
Banyak ragam ayat ayat). ditulis sebegini: “Isteri baginda Puteri Mayang
klasik ini berbeza Mengurai pun memangku baginda.”
daripada ragam ayat
bahasa Melayu moden
b. Ayat aktif dalam bahasa “Maka disuruh baginda bongkar pada segala
Melayu moden ditulis dalam hulubalangnya tetapi tidak juga terbongkar.”
bentuk pasif dalam bahasa Ayat ini sebenarnya bermaksud “Baginda
klasik. memerintahkan hulubalang-hulubalang baginda
membongkar benda tersebut tetapi gagal.”

c. Pola “pun…lah” banyak “Awang Lutung pun melompatlah sambil


terdapat dalam teks Melayu berteriak-teriak.”
klasik. Pola ini jarang Ayat ini bererti: “Awang Lutung pun melompat
digunakan dalam bahasa sambil menjerit.”
Melayu moden.

d. Terdapat unsur perulangan “Maka Tun Beraim Bapa pun mudiklah ia dan
yang tidak perlu dalam teks sampailah ia ke pantai Manggang.”
Melayu klasik. Selalunya Dalam bahasa Melayu moden, ayat ini boleh
unsur ini digunakan apabila ditulis: “Tun Beraim Bapa pun mudik hingga
perkataan jenis kata nama sampai ke pantai Manggang.”
telah pun digunakan
sebelumnya.

33
Sesi Soal Jawab

34
35

Anda mungkin juga menyukai