Anda di halaman 1dari 11

INSTITUT PERGURUAN KOTA BHARU

LARAS BAHASA
DEFINISI LARAS BAHASA

1. Laras bahasa merujuk kepada cara atau gaya penggunaan sesuatu bahasa
menurut situasi bahasa itu digunakan dan bidang yang diperkatakan.

2. Dalam amalan berbahasa, seseorang pengguna bahasa sering memilih variasi


bahasa yang sesuai dengan situasi tertentu. Sebagai contohnya, seseorang
pengguna bahasa akan menggunakan bahasa yang rapi, bertatasusila, dan jelas
dalam situasi formal atau rasmi. Sebaliknya, dalam situasi tidak rasmi,
pengguna bahasa tersebut akan menggunakan bentuk bahasa yang bersahaja atau
bahasa tak formal.

3. Seseorang pengguna bahasa juga akan menggunakan bentuk bahasa yang


sesuai dengan bidang yang diperkatakan. Misalnya, untuk memperkatakan
bidang ekonomi, seseorang pengguna bahasa akan menggunakan kosa kata
atau ungkapan yang berkaitan dengan bidang ekonomi seperti inflasi,
penawaran, persaingan, unjuran, monopoli, pasaran, saham, indeks
komposit, Bursa Malaysia, pasaran hadapan, urns niaga, kadar
faedah, para pelabur, harga tidak berubah, dan sebagainya.

4. Dalam penggunaan bahasa, variasi bahasa pilihan yang sesuai dengan bidang dan
situasi bahasa dikenal sebagai laras bahasa. Pengetahuan tentang laras bahasa
amat penting kerana seseorang pengguna bahasa yang cekap akan memilih laras
bahasa yang sesuai dengan situasi tertentu. Penggunaan laras bahasa yang
salah menggambarkan ketidaksempurnaan penguasaan bahasa seseorang.

5. Sebagai contohnya, seorang pengguna bahasa yang menyampaikan ucapan rasminya


dengan bahasa basahan dan bahasa pasar memperlihatkan bahawa dirinya tidak
cekap berbahasa kerana penggunaan bahasanya menyalahi hukum dan budaya
bahasa tersebut.

1
INSTITUT PERGURUAN KOTA BHARU

6. Selain itu, taraf kemajuan sesuatu bahasa juga diukur menerusi jumlah laras
yang wujud dalam bahasa berkenaan. Hal ini demikian kerana kemunculan
laras-laras bahasa barn adalah selari dengan perkembangan sosial dan
kebudayaan sesuatu masyarakat. Kemajuan dan pembaharuan dalam bidang
sains dan teknologi, politik, ekonomi, dan budaya akan memberikan kesan
kepada laras bahasa masyarakat tersebut, iaitu jumlah laras bahasa akan
bertambah Berta menjadi lebih rencam.

7. Hal ini dapat dilihat dengan membandingkan bahasa Melayu klasik dengan
bahasa Melayu moden. Laras bahasa Melayu klasik sangat terhad sementara
bahasa Melayu moden berkembang pesat dengan memiliki laras bahasa yang
banyak dan pelbagai.

8. Menurut Nik Safiah Karim, penggunaan laras bahasa yang berlainan ditentukan
oleh dua faktor utama, iaitu ciri keperihalan sesuatu peristiwa bahasa dan ciri
linguistik.

9. Ciri keperihalan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu situasi luaran dan
situasi persekitaran.

10. Situasi luaran merujuk kepada latar belakang sosial dan


kebudayaan pengguna sesuatu bahasa. Sebagai contohnya, bahasa klasik
dikaitkan dengan suasana di istana manakala bahasa slanga dikaitkan dengan
golongan remaja yang banyak dipengaruhi oleh budaya rock.

11. Situasi persekitaran pula melibatkan aspek-aspek yang terlibat secara


langsung dalam penggunaan bahasa. Antara situasi persekitaran yang
mempengaruhi seseorang pengguna bahasa termasuklah:

(a) cara penyampaian;


(b) bahan yang diperkatakan;
(c) hubungan sosial dan peribadi antara pengguna bahasa; dan
(d) fungsi sosial perlakuan bahasa.

12 Cara penyampaian merujuk kepada bentuk perhubungan yang digunakan, iaitu

2
INSTITUT PERGURUAN KOTA BHARU

sama ada wacana itu disampaikan secara lisan ataupun tulisan. Dalam hal ini,
bahasa lisan amat berbeza daripada bahasa tulisan.

13 Dalam bahasa tulisan, terdapat pelbagai variasi, seperti teks ucapan, laporan,
rencana, karya kreatif, Wan, dan surat kiriman. Masing-masing mempunyai cara
penyampaian yang berlainan.

14 Cara penyampaian juga termasuk situasi sesuatu wacana disampaikan. Misalnya,


bahasa ucapan yang disampaikan dalam majlis formal yang dihadiri oleh orang
kenamaan tentu berbeza daripada bahasa ucapan yang digunakan dalam majlis
tidak formal yang dihadiri oleh orang biasa.

15. Bahan yang diperkatakan bermaksud isi kandungan dalam sesuatu wacana atau
secara umumnya merujuk kepada bidang yang dibicarakan. Bidang yang
diperkatakan inilah yang menentukan penggunaan kosa kata, istilah, jenis, dan
ragam ayat dalam sesuatu wacana.

16 Sebagai contoh, jika wacana itu berkaitan dengan bidang sains, maka ragam ayat
pasif banyak digunakan untuk memberikan fokus kepada perkara yang
dibicarakan. Sebaliknya, jika wacana itu ialah wacana sukan yang memaparkan
ulasan selari perlawanan bola sepak, maka ragam ayat aktif dengan jenis ayat
tunggal yang pendek banyak digunakan. Hal ini demikian supaya pendengar atau
penonton siaran secara langsung dapat memahami dan menghayati peristiwa
sukan itu dengan berkesan.

17 Hubungan sosial dan peribadi antara pengguna bahasa merujuk kepada


hubungan yang wujud antara penghasil wacana dengan penerima wacana. Jika
penerima wacana itu terdiri daripada khalayak yang rapat hubungannya dengan
penghasil wacana, maka penghasil wacana akan menggunakan bahasa yang
bersifat mesra dan tak formal. Sebaliknya, jika penerima wacana terdiri daripada
mereka yang tidak dikenali atau diketahui mempunyai kedudukan yang tinggi,
maka penghasil wacana akan menggunakan bahasa bersifat formal.

3
INSTITUT PERGURUAN KOTA BHARU

18 Fungsi sosial perlakuan bahasa pula bermaksud penggunaan bahasa itu


bertujuan untuk menghasilkan maksud atau perasaan tertentu seperti dalam hal
menyampaikan pelajaran di bilik darjah, memberikan arahan, melahirkan perasaan
march, ataupun mengijabkabulkan pasangan yang mendirikan rumah tangga
dalam upacara pernikahan. Fungsi sosial atau tujuan penggunaan bahasa yang
berbeza ini akan menyebabkan berlakunya penggunaan laras bahasa yang
berlainan.

19 Ciri-ciri linguistik yang membezakan laras-larasbahasa dapat ditinjau daripada


aspek bunyi, kosa kata, frasa, dan ayat.

20 Contoh aspek bunyi yang dapat mempengaruhi sesuatu laras bahasa adalah
seperti pada penggunaan sebutan kecik untuk perkataan kecil, pulak untuk pula,
dan ambik untuk ambil Penggunaan yang sedemikian memperlihatkan bahawa
laras bahasa yang digunakan ialah bahasa basahan.

21. Kosa kata merupakan unsur yang terpenting danmenjadi penanda laras bahasa
Sesuatu laras bahasabiasanya dikenal menerusi kosa kata yang digunakan.
Sebagai contohnya, penggunaan perkataanperkataan seperti penyerang,
pemain tengah, sayap kiri, gol, separuh masa pertama, penjaga garisan, dan
ofsaid menunjukkan bahawa laras yang dimanfaatkan ialah bahasa sukan,
khususnya dalam permainan bola sepak.

22. Selain itu, aspek kosa kata yang menentukan laras bahasa juga dapat dilihat
daripada penggunaan kata-kata pinjaman serta penggunaan unsur kolokasi.
Sebagai contoh, kata-kata pinjaman daripada bahasa Arab banyak digunakan
dalam laras agama manakala laras sains banyak menggunakan kata-kata
pinjaman daripada bahasa Inggeris

23. Daripada aspek unsur kolokasi pula, penggunaan ungkapan yang berkolokasi
dengan laras bahasa tertentu dapat dilihat dalam penggunaan ungkapan
tendangan percuma yang hadir dalam laras sukan, sajak kabur yang terdapat
dalam laras sastera, dan sebermula maka tersebutlah perkataan yang hadir
dalam laras bahasa klasik.

4
INSTITUT PERGURUAN KOTA BHARU

24. Sesuatu laras bahasa juga dapat dilihat daripada aspek ayat yang digunakan.
Dalam hal ini, aspek ayat yang terlibat termasuklah jenis, ragam, dan susunan
ayat. Sebagai contoh, laras undang-undang banyak menggunakan ayat majmuk
campuran yang penuh dengan frasa dan klausa penerang serta keterangan.
Sebaliknya, laras bahasa klasik banyak menggunakan jenis ayat majmuk yang
panjang serta berbelit-belit, ragam ayat pasif, dan susunan ayat songsang

Terdapat tokoh bahasa yang membahagikan laras kepada beberapa bahagian.


Misalnya Halliday melihat laras daripada tiga dimensi, iitu tajuk wacana, cara
penyampaian, dan gaya penyampaian.

Tiga Dimensi Laras (Halliday)

Tajuk wacana Merujuk kepada bidang yang diperkatakan


seperti biologi, perubatan, suka, enidikan,
matematik dan sebagainya.

Bidang-bidang ini menentukan kosa kata


dan istilah serta jenis ayat dan ragam ayat
yang digunakan.

JIka wacana merupaan wacana ilmiah,


maka ragam ayat pasif banyak digunakan
untuk memberikn fokus kepada perkara
yang dibincangkan.

Sebaliknya, jika wacana merupakan


ulasan selariperlawanan bola sepak ,
rragam ayat aktif dengan ayat tunggal
yang pendek-pendek banyak digunakan
supaya sesuai dengan tempo perlawanan

5
INSTITUT PERGURUAN KOTA BHARU

bola sepak berkenaan.

Cara penyampaian Sama ada wacana berkenaan


disampaiakan secara lisan atau tulisan.

Jika lisan, sama ada ia merupakan


wacana syarahan atau ucapan,
perbahasan dan khutbah atau doa?

JIka tulisan sama ada ia esei, laporan,


surat rasmi atau surat peribadi,
memorandum atau iklan?
Gaya penyampaian mengimbangi sama ada suatu ucapan
berkenaan disampaikan dalam situasi
formal atau tak formal.

Misalnya, ucapan, adakah ucapan itu


disampaiakn dalam majlis yang formal
yang dihadiri oleh orang-orang kenamaan
atau dif-dif?

JENIS-JENIS DAN CIRI-CIRI LARAS BAHASA


Laras bahasa dapat digolongkan kepada dua golongan besar, iaitu laras biasa dan
laras khusus.

6
INSTITUT PERGURUAN KOTA BHARU

Laras biasa ialah laras khusus yang digunakan untuk masyarakat umum seperti bidang
hiburan (laporan sukan, berita sukan), pengetahuan dan penerangan (syarahan,
rencana), maklumat dan pemujukan (rencana, iklan).

Laras khusus pula merujuk kepada kegunaan untuk khalayak khusus seperti ahli-ahli
atau peminat dalam bidang tertentu dan pelajar-pelajar (rencana, laporan, buku).

Pembeza utama yang membezakan antara laras biasa dengan laras khusus ialah:

kosa kata

tatabahasa

gaya

LARAS BAHASA BIASA


Laras bahasa biasa ialah laras yang tidak melibatkan
bidang tertentu. Antara cirinya termasuklah penggunaan
kosa kata dan tatabahasa yang mudah difahami, iaitu tiada
istilah teknikal dan kurang kata pinjaman. Struktur ayatnya
mudah, ringkas, dan padat.

7
INSTITUT PERGURUAN KOTA BHARU

Laras bahasa biasa terbahagi kepada dua iaitu laras bahasa formal dan laras biasa tak
formal

Gaya ayat sederhana, ringkas dan padat.

Laras bahasa biasa terbahagi kepada formal dan tak formal.

Laras Bahasa Biasa


Formal/Rasmi Tak Formal
Digunakan dalam majlis rasmi, surat Berlaku proses pengguguran dalam ayat-
kiriman dan sebagainya. ayat yang diucapkan sama ada
pengguguran subjek, predikat, atau objek.

Contoh Contoh

Muhd Syawal Wahed bin Muhammad aku PEMBELI Ikan sendiri bela, sendiri
nikahkan dikau dengan Nur Hafiza binti tangkap, sendiri jual, apa pasal banyak
Nordin dengan mas kahwinnya 22 ringgit mahal?
setengah, tunai.
PENIAGA Encik mau ingat, bela punya
ikan mau kasi makan. Sekarang, ikan
punya makan banyak mahal. Lagi, saya
bukan tangkap sendiri, saya upah orang.

LARAS BAHASA
KHUSUS

LARAS BAHASA LARAS BAHASA LARAS BAHASA


SUKAN AGAMA SAINS

PERSAMAAN
INSTITUT PERGURUAN KOTA BHARU

Segala fakta yang di sampaikan dapat difahami oleh semua orang

Penyampaian setiap laras bahasa sesuai dengan keadaan semasa.

Memudahkan urusan dalam sesuatu bidang.

Laras bahasa sukan Laras bahasa agama Wacana laras bahasa


biasanya disampaikan mengandung istilah sains disampaikan secara
dengan gaya yang agama daripada formal dan objektif.
bersahaja dan jelas. bahasa Arab. Segala maklumat yang
diberikan berdasarkan
Selain menggunakan kata- Struktur ayatnya banyak kajian dan fakta.
kata umum yang senang dipengaruhi oleh struktur
difahami, wacana ini juga bahasa Arab. Wacana ini juga
diselitkan dengan kosa memperlihatkan
Wacana ini digunakan penggunaan perkataan
kata berkaitan dengan untuk menerangkan yang tepat dengan
sukan atau bidang sukan sebarang topik yang meninggalkan kata-kata
tertentu seperti menang,
tewas, pertandingan,
PERBEZAAN
ada kaitannya dengan yang mubazir.
agama termasuklah Kebanyakan kata yang
latihan, atlet, kejohanan tentang akidah, fiqah, digunakan ialah kata
terbuka, suku akhir, kisah kisah Nabi dan nama manakala kata
pemain perseorangan, pars sahabat, serta adjektif jarang-jarang
beregu wanita, pilihan kadangkala diselitkan digunakan. Selain itu,
ketiga, pusingan kedua,
LARAS BAHASA LARAS BAHASA
dengan petikan LARAS
wacana ini BAHASA
juga
pasangan bukan pilihan,
SUKAN daripada Al Quran dan
AGAMA SAINS
menggunakan kosa kata
dan sebagainya. Hadis. dan formula/rumus yang
Selain itu, wacana ini berkaitan dengan bidang
kerap menggunakan kiss sains seperti fotosintesis,
ibarat. herbivor, karnivor,
omnivor, tenaga kinetik,
gas karbon dioksida, asid
karbonik, hujan asid,
9 sulfur dioksida, asid
sulfurik, pH, 50 2 , 503,
H2SO4, dan sebagainya.
INSTITUT PERGURUAN KOTA BHARU

contoh

LARAS BAHASA LARAS BAHASA LARAS BAHASA


SUKAN AGAMA SAINS

Kem badminton Malaysia "syurga" dalam bahasa Air hujan, secara semula
melalui hari yang buruk Arab disebut sebagai jadinya, berasid sedikit
pads Kejohanan Terbuka "al-Jannah" yang kerana tindak balasnya
Korea 2005 apabila Sairul bermaksud sebuah taman dengan gas karbon
Amar Ayob menjadi satu- yang indah, dipenuhi dioksida dalam
satunya pemain negara dengan pelbagai nikmat atmosfera untuk
yang layak ke suku dan keselesaan. membentuk asid
akhir, itu pun selepas Menurut syarak, karbonik. Nilai pH air
mengalahkan rakan "syurga" ialah sebuah hujan ialah 5.6. Di negara-
senegara, Mohd. Roslin tempat yang dipenuhi negara maju, nilai pH air
Hashim. Harapan untuk nikmat yang disediakan hujan mungkin
melihat dua lagi wakil oleh Allah SWT. untuk berkurangan sehingga
perseorangan negara, hamba-hambaNya yang 4.1.
Muhd. Hafiz Hashim clan beriman dan beramal
Kuan Beng Hong berada soleh selepas mereka
dalam kelompok lapan dibangkitkan semula
pemain terbaik ticlak pada hari akhirat. Allah
kesampaian apabila SWT ada menjelaskan
kedua-duanya terkandas kewujudan syurga dalam
di pusingan ketiga. al-Quran melalui Surah Ali
Imran ayat 133 yang
bermaksud:

10
INSTITUT PERGURUAN KOTA BHARU

11

Anda mungkin juga menyukai