UNIT PEMBELAJARAN 1
Objektif Pengajaran/Pembelajaran:
Mendedahkan kepada pelajar tentang konsep kesantunan dan kepentingan aplikasinya
dalam komunikasi dan perhubungan.
Mendedahkan aspek sistem sapaan dan rujukan hormat untuk memberi kefahaman
dalam penggunaan kata panggilan yang sesuai dengan konteks budaya dan kedudukan
individu dalam masyarakat.
Kandungan Modul
1. Konsep kesantunan
2. Kesantunan berbahasa dalam konteks sosial dan lingkungan penggunaannya
3. Sistem sapaan dan rujukan hormat
Pengenalan
Tingkah laku berkomunikasi berkait rapat dengan martabat kehidupan manusia. Ketiadaan
kemahiran berkomunikasi merupakan satu kecacatan sosial yang boleh merencatkan
perhubungan sesama manusia. Kemahiran perhubungan interpersonal amat penting dikuasai
kerana kita sentiasa berdepan dengan manusia yang terdiri daripada individu yang berbeza;
mempunyai keunikan peribadi; mempunyai keegoan dan harga diri yang pelbagai; serta
prinsip hidup dan world view yang tersendiri. Lazimnya proses berkomunikasi boleh
mewujudkan kesan seperti berikut:
Sebaliknya, komunikasi berkesan boleh dimanfaatkan untuk mengurus diri peribadi dan
sebagaiasasuntukberkerjasamasertamewujudkankeselarasan sosial sejagat.
2. Komunikasi Mata
i. digunakan untuk membantu mendapatkan persepsi dan fahaman yang lebih tepat
mengenai “mesej” yang cuba disampaikan oleh teman berbicara.
ii. boleh membantu mengekalkan ritma perbualan.
iii. boleh mengesan minat atau daya tumpuan teman berbicara.
iv. komunikasi yang tidak membabitkan pertembungan mata biasanya ditafsirkan sama
ada kurangnya rasa keyakinan diri atau tiada rasa hormat kepada teman berbicara.
Misalnya:
mata bergerak ke sana ke mari dan pandangan tidak menumpu kepada teman
berbicara, tandanya penutur itu tidak berminat untuk berbicara dengan kita
atau tentang topik yang dibicarakan
mendengar dengan penuh minat, tetapi mata disempitkan dan dahi berkerut,
tandanya dia berminat, tetapi tidak menaruh kepercayaan
ketika berbicara mata berkelip-kelip lebih pantas daripada biasa, kemungkinan
besar dia sedang berdusta
ketika berbicara mata memandang ke arah lain, atau melihat dagu, hidung,
bibir, dahi atau leher, tandanya seseorang itu berminat, tetapi malu atau berasa
tidak tenteram
Contoh
berpeluk tubuh menggambarkan ketegasan atau tidak mahu mengubah
pendirian/keputusan, serta tidak bersedia menerima pandangan/pendapat
orang lain
badan condong ke hadapan dalam keadaan santai sambil tersenyum,
menandakan sifat mesra, bersikap terbuka, bersedia mendengar atau
menerima pendapat orang lain
berpeluk tubuh dan bersilang kaki, menggambarkan sifat agresif, defensif dan
tidak berminat untuk bertolak ansur
berdiri sambil mencekak pinggang dan sering menarik seluar ke atas, kaki
terbuka luas, dan ketika duduk tangan diletakkan di atas paha dengan badan
Salinan Pelajar (FBK)
3
condong ke hadapan, menandakan keadaan siap sedia/tidak sabar untuk
bertindak
berdiri sambil mencekak pinggang, lambat menjawab dengan tangan bertaut
di hadapandanseringmenyuarakan‘mm..mm.’,‘ohya!’,‘aa…aa’, dan
sebagainya, bermakna seseorang itu berasa dirinya lebih berkuasa dan
berkedudukan lebih tinggi daripada teman berbicara
menutup mulut dengan tanggan sambil berkata-kata, menggambarkan rasa
tidak berkeyakinan, mungkin berdusta, ragu-ragu dan berkecenderungan
untuk memutar belit kenyataan/fakta
Senyuman atau sentiasa kelihatan tersenyum menandakan sifat seseorang manusia yang
berfikiran terbuka dan mesra serta berupaya mewujudkan suasana perhubungan interpersonal
yang positif dan berkesan. Di samping itu, mimik muka seperti berikut amat penting untuk
menjaga keharmonian semasa berkomunikasi;
5. Sifat Suara
Sifat suara yang menarik boleh membantu meneruskan minat atau keinginan orang lain
untuk berinteraksi dengan anda. Sifat suara juga dapat menggambarkan kesungguhan,
kegembiraan dan kesedihan dan seterusnya mempengaruhi penghantaran dan penerimaan
mesej.
Anda harus belajar mengawal nada, sebutan dan lenggok suara (intonasi). Menggunakan
pelbagai nada suara merupakan asas bagi menarik minat dan mewujudkan keselesaan
perasaan orang lain. Lontaran suara yang jelas dan berbaur dengan perasaan yang ikhlas
akan memberi impak kepada percakapan anda. Dengan lontaran suara dan vokal yang
jelas, bertenaga dan nada yang sesuai serta diiringi dengan perasaan bersahaja, keyakinan
anda akan tergambar dengan jelas dan menjadi asas kepercayaan orang lain terhadap anda.
7. Memberi Perhatian
Perhatian yang wajar sejak bermulanya perbualan dapat memberi dorongan kepada teman
bicara untuk terus berkomunikasi. Amalkan petua-petua berikut:
wujudkan pertembungan mata
betulkan kedudukan badan
berikan maklum balas yang wajar
bertanya untuk mendapatkan penjelasan
Pengetahuan dalam perkara ini merupakan refleksi kesopanan seseorang yang berkait
rapat dengan sistem nilai/norma masyarakat yang terterap dalam sesuatu bahasa. Ada
dua cara/bentuk bahasa yang dianggap sopan untuk menyebut perkara-perkara yang
menjadi tabu dalam berbahasa;
i.Eufemisme/KiasanHalus
Eufemisme merupakan bentuk bahasa yang lebih halus dan manis untuk
menggantikan perkataan asal yang dianggap kasar/kesat. Eufemisme juga digunakan
sebagai pemanis bahasa untuk menjaga hati dan perasaan seseorang yang
mendengar/teman bicara. Berikut merupakan contoh penggunaan eufemisme dalam
masyarakat Melayu:
Buang air besar (berak)
Buang angin (kentut)
Panjang tangan (pencuri)
Anak itik (anak angkat)
Bulan kesiangan (anak dara tua)
Tempat keras (ada puaka/penunggu)
Anak gajah (terlalu gemuk)
Menurut kepercayaan tradisional golongan tertentu, nama haiwan berbisa, ganas dan
perosak tanaman khususnya, tidak boleh disebut dengan nama asal untuk mengelak
kesan buruk atau keaiban yang boleh didatangkan oleh haiwan-haiwan berkenaan.
Misalnya:
Bentuk bahasa berikut pula digunakan agar tidak menambah berat lagi suasana sedih,
sakit, marah dan sebagainya.
Contoh:
Ayah sudah pergi mendahului kita.
Ibu sedang uzur.
Abas naik angin mendengar sindiran ibu mertuanya.
Bentuk bahasa ini juga digunakan untuk mengungkapkan tentang kematian dengan
perkataan yang berbeza dan khusus.
Orang yang sudah meninggal dunia diberi perkataan khusus mengikut status/golongan
dalam masyarakat. Misalnya;
ii. Sirkumlokusi(berbelitdanberkias)
Sirkumlokusi merupakan perbahsaan yang panjang, berbelit-belit dan berkias untuk
melembutkan suasana dan perasaan orang yang mendengar atau dibawa berbicara.
Contoh:
“Lelaki…apabila kita sudah dianu-anu, silap-silap badan kita pula yang
menjadi anu-anu, apabila sudah jadi anu-anu, malu kita sekeluarga, berdosa
besar pula tu!” (Ibu berbahasa dengan anak yang mengandung anak luar
nikah)
Contoh:
“Berhati-hati masuk ke hutan tu. Pak Belang (harimau) tengah mengganas
sekarang!”
“Benih padi di tapak semaian Pak Uda habis dimakan cek ti (tikus)”.
Kesesuaian
bentuk penggunaaan bahasa yang sesuai dari segi skop yang diperkatakan,
persekitaran, tahap pengetahuan, penerimaan dan bentuk hubungan antara
penutur berkenaan.
Nilai
sikap terhadap sesuatu bentuk penggunaan bahasa
i. Positif - santun dan sempurna
ii. Negatif - kasar/menyinggung kewibawaan orang lain
iii Neutral - pada tahap biasa/tidak menggugat perasaan orang lain
Pertautan (koheren)
penggunaan bahasa yang yang mewujudkan pemahaman yang baik dan rapi serta
mudah difahami oleh penerima (wujud kesinambungan antara idea/ayat).
Misalnya:
“Maafkan saya Encik.Encik nak jumpa siapa?Boleh saya tolong?”
“CikSuriani…saudari perlu isikan borang ini dengan lengkap sebelum
membuat pembayaran di kaunter nanti.”
Misalnya:
“Maafkan saya puan/cik/saudara/saudari…boleh saya berjumpa dengan Puan
Adeline?
“Encik…saya nak tumpang tanya. Pukul berapa kami dikehendaki berkumpul
di Padang Merdeka esok?”
AmatJuhariMoain (1985) telah membahagikan sistem sapaan kepada empat bentuk yang
utama, iaitu;
1. Sapaan yang lengkap dengan kata rujukan kehormat, gelaran atau pangkat yang
disandang dan nama peribadi yang lengkap.
2. Sapaan ringkas yang menyebut nama gelaran dan pangkat dengan atau tanpa
nama peribadi.
3. Sebutan senarai orang yang disapa dari pangkat yang paling kanan hingga
pangkat paling bawah.
4. Penggunaan kata ganti nama diri.
Dalam bahasa Melayu, beberapa angkubah sosial harus dipertimbangkan ketika hendak
menggunakan kata ganti nama diri untuk menyapa seseorang. Antara angkubah tersebut ialah
umur/generasi, pangkat/darjat (panggilan hormat), status dan jarak sosial. Berikut disenaraikan
beberapa kata ganti nama diri yang sering kita gunakan.
Penggunaan ini perlu dilihat kepada kesesuaian faktor suasana dan hubungan antara
penutur, misalnya saya untuk situasi rasmi, manakala aku untuk situasi tidak rasmi.
KGND I Cara Sapaan Terhadap Diri dan Orang-Orang yang Disapa Secara
tunggal Formal, Hormat atau Bersahaja
Saya kata ganti nama diri pertama yang digunakan untuk merujuk diri secara
halus dan hormat/formal semasa berbicara dengan semua
golongan/status/usia manusia (kecuali dalam komunikasi dengan
raja/sultan, gunakan patik)
boleh digunakan dalam konteks penulisan seperti surat, memo, laporan,
pengakuan, dan perakuan/pengesahan.
Aku kata ganti nama diri pertama yang digunakan dalam situasi tidak formal
dan bersahaja terhadap rakan karib
digunakan terhadap orang lebih rendah kedudukan daripada si penutur
dalam masyarakat Sarawak, ‘aku’ digantikandengan ‘kamek/mek’untuk
menunjukkan rasa hormat kepada teman berbicara
biasanya digunakan sewaktu berdoa kepada tuhan
KGND I Cara Sapaan Terhadap Diri dan Orang-Orang yang Disapa Secara
jamak Formal, Hormat atau Bersahaja
Kami kata ganti nama pertama (jamak) khusus untuk merujuk dan
Kita kata ganti nama pertama (jamak) untuk merujuk dan merangkumkan
semua manusia yang hadir dalam sesuatu interaksi, termasuk penutur
sendiri
digunakan juga untuk menyatakan adanya unsur persamaan keanggotaan
atau kekerabatan menurut jurai etnik/kaum/bangsa
Dalam komunikasi rasmi, KGND II tunggal yang umum digunakan bagi orang yang
tidak mempunyai gelar ialah tuan, encik, puan, cik, saudara, dan saudari. KGND tuan
dan puan khusus digunakan dalam laras surat atau memorandum.
Untuk menyapa orang yang bergelar pula KGND yang digunakan perlu diselaraskan
dengan gelar yang dimiliki oleh orang berkenaan. Contohnya tuanku, Tun, Tengku dsb.
KGND II seperti awak, engkau dan kamu pula sering digunakan dalam konteks biasa,
yang bukan rasmi atau formal. Penggunaan ini perlu dilihat kepada kesesuaian faktor
suasana dan hubungan antara penutur.
KGND II Cara Sapaan Terhadap Diri dan Orang-Orang yang Disapa Secara
tunggal Formal, Hormat atau Bersahaja
Encik sapaan hormat terhadap lelaki yang lebih tinggi statusnya daripada penutur
sapaan untuk lelaki yang sebaya dengan penutur
tidak digunakan untuk merujuk diri penutur
seelok-eloknya sebut nama diri sahaja
Saudara panggilan yang bersifat rasmi untuk lelaki sebaya atau lebih muda
sapaan untuk lelaki yang baru dikenali, kakitangan bawahan atau setaraf
dengan penutur
sapaan untuk lelaki yang masih muda dan dimuliakan
Saudari panggilan yang bersifat rasmi/formal untuk wanita yang sebaya atau lebih
muda
Salinan Pelajar (FBK)
11
sapaan untuk wanita yang baru dikenali, kakitangan bawahan atau setaraf
dengan penutur
sapaan untuk wanita yang masih muda dan dimuliakan
Tun, Toh, panggilan kepada orang yang mempunyai gelar yang dianugerahkan oleh
Tan Sri, ketua negara (Yang di-Pertuan Agong) dan ketua negeri (Raja, Sultan dan
Puan Sri, Yang Dipertua Negeri)
Datuk, Dato’,
Dato’ Seri
Awak kata ganti nama diri kedua yang digunakan dalam kalangan penutur yang
sama status/kedudukan
digunakan dalam perhubungan yang akrab/rapat
dalam masyarakat Sarawak, ‘awak’ digantikandengan ‘kitak’untuk
menunjukkan rasa hormat kepada teman berbicara
Engkau kata ganti nama diri kedua yang boleh digunakan terhadap seseorang yang
lebih rendah umur/status daripada penutur sendiri
sapaan pemesra terhadap rakan karib
digunakan dalam situasi bersahaja
Kamu kata ganti nama kedua (jamak) khusus untuk merujuk sebilangan manusia
yang hadir semasa berinteraksi
digunakan oleh golongan yang berada pada status/kedudukan/usia yang
lebih tinggi untuk menyapa teman berbicara
tidak sesuai untuk menyapa seseorang secara individu, walaupun dia
berada pada status/kedudukan/usia yang lebih rendah
KGND II jamak pula merujuk kepada pihak yang menjadi fokus komunikasi yang
jumlahnya lebih daripada seorang. Bentuk-bentuknya ialah:
KGND II Cara Sapaan Terhadap Diri dan Orang-Orang yang Disapa Secara
jamak Formal, Hormat atau Bersahaja
Bentuk singkatan -nya boleh digunakan di hujung kata lain, contoh: ...bukunya.
Sapaan beliau digunakan secara khusus untuk merujuk kepada orang yang berumur
dan berwibawa seperti pemimpin, guru, ketua masyarakat, pegawai, ibu bapa, dan
warga tua yang dihormati dalam masyarakat.
Harus difahami bahawa sapaan beliau tidak digunakan untuk menyapa golongan
pesalah, penjenayah atau musuh masyarakat/negara.Sapaan beliau tidak sesuai
digunakan untuk kanak-kanak dan golongan remaja kerana mereka masih berada
pada tahap yang rendah dalam masyarakat.
Sapaan baginda digunakan secara khusus untuk merujuk golongan seperti raja,
sultan, permaisuri raja serta pemangku raja.
Raja Muda, Tengku Mahkota, Raja Duli Yang Teramat Mulia Tuanku
Di-Hilir Perak Yang Teramat Mulia Tuanku
Peraturan Berbahasa
AsmahHj. Omar (2007) merumuskan bahawa terdapat 3 peraturan berbahasa, iaitu:
i. Peraturan Linguistik
- menitikberatkan ketepatan bentuk dan binaan bahasa
- bentuk dan binaan tersebut termasuklah sebutan, intonasi dan tatabahasa
- kepatuhan terhadap peraturan-peraturan bahasa bertujuan untuk menjaga kejelasan dan
kesempurnaan mesej atau maklumat yang disampaikan, demi mencapai persefahaman
pada tahap paling tinggi (terutamanya dalam penggunaan bahasa yang berkaitan dengan
urusan dan majlis rasmi)
- dalam peraturan ini, penggunaan bahasa perlu disesuaikan dengan faktor hubungan
(antara pembicara dengan khalayak), faktor suasana (rasmi atau tidak rasmi), faktor
bidang dan faktor media (lisan atau bukan lisan).
Peranan bahasa dalam pembentukan kebudayaan dan ketamadunan manusia dapat diringkaskan
sebagai:
media pemerolehan dan pengembangan ilmu
alat pendidikan dan pemasyarakatan (sosialisasi)
pengikat persefahaman dan perpaduan
Kesantunan Berbahasa menjadi prasyarat yang amat penting difahami dan diamalkan demi
membolehkan pelaksanaan dua peranan utama manusia di muka bumi, iaitu
menyeru ke arahkebaikan (amarma‟ruf)
mencegah kemungkaran (nahi mungkar)
Dalam situasi ini bahasa standard (High Culture Language) digunakan dengan ragam
bahasa yang memaksimumkan pematuhan kepada peraturan-peraturan bahasa dari sudut
linguistik, sosiolinguistik dan pragmatik.
Dalam situasi ini dialek/bahasa daerah (Low Culture Language) digunakan kerana
mudah difahami dan lazimnya boleh menimbulkan suasana mesra dan intim. Aktiviti
perbahasaan lebih bersifat persendirian, peribadi/persahabatan. Justeru, situasi ini
tidak tertakluk kepada peraturan linguistik. Walau bagaimanapun, peraturan
sosiolinguistik dan pragmatik masih perlu dipatuhi.
Budi Bahasa
- adab tertib dalam hubungan interpersonal yang merangkumi gerak laku, penggunaan
bahasa yang sopan dan situasi mental semasa berbicara
Adab Tertib
- merujuk kepada perlakuan yang menggambarkan akhlak yang baik dan terpuji
Budi Pekerti
- merujuk kepada perlakuan seseorang yang berlandaskan peraturan dan norma yang
dipandang mulia oleh masyarakat
Sopan santun
- membawa makna halus atau refined dari segi tingkah laku
Etika
- berkaitan dengan kepatuhan terhadap prinsip moral atau akhlak dalam hubungan
interpersonal
Etiket
- menunjukkan tingkah laku yang sopan santun semasa menampilkan diri dalam
hubungan interpersonal
Rujukan
AmatJuhariMoain. (1985). Sistem Panggilan dalam Bahasa Melayu: Satu Analisis
Sosiolinguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
AsmahHj. Omar. (2007). KesantunanBerbahasadalamPengurusanPentadbirandan
Media. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
AwangSariyan. (2007). Santun Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Aziz Salleh. (2005). Teknik Berkomunikasi dan Berinteraksi Yang Efektif. Shah Alam:
Karisma Publication Sdn. Bhd.
Maimunah Osman. (2000). Komunikasi Berkesan: Hubungan Interpersonal. Kuala Lumpur:
Institut Tadbiran Awam Negara.
Abd.Rahim Abd.Rashid & Yap Kim Fat. (1995). Bahasa Melayu: KomunikasiBerkesan
danPengucapanUmum. Selangor: Siri Pendidikan Longman.
Abdul Halim A. Karim. (1992). Pengucapan Awam. Sungai Petani: Institut Tadbiran Awam
Negara.
Latihan 1
Arahan: Pilih jawapan yang paling tepat.
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, II dan IV
D II, III dan IV
3. Gaya bahasa yang digunakan dalam suasana intim bisasanya mempunyai unsur-unsur
senda gurau yang boleh mewujudkan rasa hormat dan kemesraan, seperti
4. Salah satu pernyataan yang berikut tidak benar tentang penggunaan Kata Ganti
Nama(KGN) Diri dalam sistem sapaan dan panggilan hormat dalam bahasa dan
budaya Melayu.
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C I dan IV sahaja
D II dan IV sahaja
Latihan 2
Arahan: Tuliskan rujukan hormat yang sesuai digunakan untuk setiap gelaran/jawatan yang
berikut.
Latihan 3
1. Berikan tiga contoh penggunaan eufemisme dalam penggunaan tabu bahasa. (Anda
boleh merujuk kepada tabu bahasa dalam masyarakat anda sendiri)
a.
b.
c.
d.
e.
f.
g. __________________
2. Berikan dua contoh penggunaanS irkumlokusi dalam tabu bahasa. Sila tulis dalam
ayat lengkap.(Anda boleh merujuk kepada tabu bahasa dalam masyarakat anda
sendiri).
a.
b.
c.
d.
e.
a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.
Situasi 1
Anda bersama rakan anda berada di Pusat Pengajian Bahasa, UNIMAS. Anda ingin
bertemu dengan pensyarah kursus untuk memohon menukar slot kelas generik kerana
terdapat pertindihan jadual dengan kursus teras yang anda tidak sengajakan.
Situasi 2
Anda dan dua orang rakan anda berada di pejabat kolej kediaman.Anda dan rakan anda
ingin berjumpa dengan pengetua kolej untuk membincangkan beberapa masalah
penempatan pelajar di kolej yang anda duduki.
Situasi 3
Anda berada di kampus Barat.Anda ketinggalan bas kerana terlewat bangun dan sedang
berjalan tergesa-gesamenujuke depo bas.Anda ingin segera ke kampus Timur untuk
menghadiri kelas pada pagi tersebut.Terdapat 2 orang pemandu bas yang berada di situ.
Bagaimanakah cara anda untuk menangani situasi ini?