Anda di halaman 1dari 30

1.

0 Pendahuluan

1.1 Pengenalan
Bahasa merupakan alat komunikasi terpenting dalam kehidupan
manusia. Kata-kata yang dibentuk dalam bahasa diungkap melalui satu
sistem yang dapat difahami secara lisan mahupun tulisan.Kesemua ini
terungkap dalam perututuran, gerak laku mahupun perbuatan. Kadang-kala,
bahasa agak sukar difahami sehingga ianya memerlukan satu bentuk kajian
melalui disiplin yang tertentu untuk memahaminya.
Salah satu bidang ilmu yang mengkaji bahasa ialah sosiolinguistik.
Fishman (1972) mendefinisikan sosiolinguistik sebagai kajian tentang sifat-
sifat khusus bagi variasi bahasa, fungsi bahasa dan pemakaian bahasa dalam
jalinan interaksi serta perubahan antara ketiga-tiganya dalam masyarakat
penutur bahasa tersebut. Salah satu aspek sosiolinguistik iaitu bahasa dan
penggunaannya. Bahasa yang bersifat hetorogen senantiasa mempamerkan
perbezaan dalam penggunaannya. Dengan kata lain, terdapat pelbagai ragam
dalam bahasa (Hudson 1980: 48).
Dalam komuniti yang ada kelas tinggi dan rendah, terdapat perbezaan
bahasa yang digunakan oleh golongan atasan, golongan kelas menengah
dan golongan bawahan. Di negara barat, terdapat ‘literary standard’ untuk
golongan atasan, ‘local dialects’ untuk golongan bawahan dan ‘colloquial
standard’ untuk kelas menengah. Di sini jelas berlaku perbezaan penggunaan
bahasa. Malahan jika kita melihat konteks negara Malaysia, terdapat
perbezaan penggunaan bahasa walaupun ia tidak melibatkan kelas komuniti
yang ketara. Perbezaan di Malaysia wujud mungkin disebabkan oleh
penempatan, pekerjaan, keturunan dan gaya hidup. Perkara-perkara sebegini
mempengaruhi penggunaan bahasa seseorang individu.

1.2 Objektif Kajian


Objektif utama kajian ini sebenarnya untuk memahami dan mengkaji
dengan lebih mendalam makna dialek, laras dan gaya bahasa yang terdapat
di Malaysia secara umumnya.
1.3 Batasan Kajian
Kajian penulisan ini hanya berkisar mengenai dialek, laras bahasa dan
gaya bahasa yang digunakan oleh komuniti di Malaysia yang menyentuh
tentang memahami makna dan penggunaannya.

1.4 Kaedah Kajian


Untuk menyempurnakan tugasan ini, kami telah menggunakan kaedah
penyelidikan iaitu mendapat bahan rujukan di Perpustakaan Negeri Sarawak
dan Dewan Bahasa dan Pustaka cawangan Sarawak. Selain itu kami turut
mendapat pandangan pensyarah dan bahan daripada internet sebagai
tambahan.

2.0 Definisi Konsep

2.1 Norma
Menurut kamus Komprehensif Bahasa Melayu terbitan Oxford, norma
membawa maksud nilai tara untuk mengukur sesuatu.

2.2 Variasi Bahasa


Kepelbahagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor teknikal bahasa
iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa.

Menurut Dr. Ismail Bin Draman, perbezaan bentuk-bentuk bahasa yang


digunakan bagi maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu.

Halliday (1968) menjeniskan variasi bahasa kepada dua aspek iaitu :

 Pengguna - orang yang menggunakan sesuatu bahasa, dan

 Penggunaan - Kesesuaian jenis bahasa yang digunakan dengan


kaedah atau situasi bahasa itu digunakan.
2.3 Dialek
Menurut kamus komprehensif Bahasa Melayu terbitan Oxford, dialek
membawa maksud bahasa yang digunakan hanya di daerah tertentu
sahaja; bahasa daerah; loghat atau pelat.

Menurut Halliday (1964) variasi bahasa yang wujud berkaitan dengan


pengguna, yakni tempat asal seseorang ialah dialek. Menurutnya lagi,
dialek atau kelainan dialetik ialah kelainan bahasa berdasarkan identiti
pengguna bahasa.

Menurut Abdul Wahid Mahmood (1994 yang dirujuk daripada Mario A,


Pei dan Frame Graynor (1950) ) istilah dialek ialah variasi atau kelainan
bahasa daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan
penutur.

2.4 Laras
Menurut Kamus Dewan edisi empat, laras membawa maksud variasi
bahasa berdasarkan penggunaannya (mis sbg bahasa klasik, bahasa
istana, bahasa sains dll), ragam bahasa.

Dalam linguistik laras bahasa ialah subset sesuatu bahasa yang


digunakan untuk tujuan tertentu.

Menurut Nik Safiah Karim (1982) laras merupakan konvensi sosial.


Sesuatu laras digunakan untuk keadaan atau situasi tertentu. Tegasnya,
laras ialah bentuk bahasa yang wujud akibat situasi sosial yang berlainan.
Menurutnya lagi laras bahasa didefinisikan sebagai gaya atau cara
penggunaan sesuatu bahasa (1988).

Menurut Ure dan Ellis (1977) menganggap laras sebagai jenis-jenis


bahasa yang digunakan mengikut situasi yang berlainan

2.5 Gaya Bahasa


Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009) Gaya bahasa ialah merujuk kepada
pemilihan kata, frasa dan ayat yang digunakan oleh pengarang bagi
menyampaikan ceritanya.

Menurut Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2005b: 9), secara umumnya
gaya bahasa yang bermacam-macam yang terdapat dalam karya
penulisan kreatif dan bukan kreatif itu dapat dikelompokkan kepada lima
jenis, iaitu gaya bahasa perbandingan, pertentangan, pengulangan,
pertautan, dan penyirnaan.

3.0 Norma dan Variasi Bahasa


Norma dan variasi bahasa merupakan aturan dan kepelbagaian bahasa
bergantung kepada penutur bahasa serta mengambil kira budaya, bahasa, sosial
dan etnik. Dalam pandangan sosiolinguistik, bahasa tidak sahaja dipandang sebagai
gejala individual tetapi merupakan gejala sosial. oleh itu, sebagai gejala sosial
bahasa dan cara penggunaan bahasa tidak hanya ditentukan oleh faktor-faktor
linguistik tetapi juga faktor nonlinguistik. Maka variasi bahasa terjadi di atas sebab
faktor sosial dan faktor situasi. berdasarkan kedua-dua faktor ini, variasi bahasa
membentuk bahasa tersendiri.

Menurut Fishman:
Sosiolinguistik adalah ilmu yang mempelajari ciri dan fungsi pelbagai variasi
bahasa serta perhubungan bahasa dengan ciri dan fungsinya dalam sesuatu
mengikut atau bahasa. Sesuatu bahasa mempunyai sistem atau sub- sistem yang
difahami oleh semua pendengar sesuatu bahasa itu. Bagaimanapun individu tertentu
walau berada mengikut homogen, wujud bahasa konkrit atau ‘parole’ yang tidak
seragam yang menyebabkan sesuatu bahasa itu menjadi beragam atau bervariasi.
Variasi diberi padanan ‘variaty’dan bukannya ‘variation’.
Variasi bahasa merupakan sejenis ragam bahasa yang diguna pakai
bersesuaian dengan situasi yang digunakan bersesuaian dengan situasi dan fungsi.
Ianya berlaku atas sebab adanya kegiatan interaksi sosial yang wujud dalam
masyarakat atau penutur yang beragam.Sekiranya penutur sesuatu bahasa itu
bersifat homogen samada dari segi etnik, status sosial atau kerjaya, variasi tidak
akan wujud. Variasi atau ragam bahasa sudah sedia wujud untuk memenuhi
fungsinya sebagai alat interaksi dalam kegiatan masyarakat yang beraneka ragam.
Variasi bahasa mempunyai dua pandangan. Pertama, variasi yang dilihat sebagai
akibat adanya ragam sosial penutur bahasa. Kedua, variasi bahasa ada untuk
memenuhi fungsinya sebagai alat interaksi dalam kegiatan masyarakat.

Menurut Chear dan Agustina (1995)

Variasi bahasa dibezakan dari segi penutur, pemakaian, formaliti dan sarana.
Variasi bahasa juga boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu idieolek, dialek
kawasan atau loghat dan dialek sosial. Penggunaan bahasa pula dibahagi kepada
bahasa formal dan tak formal.

Contoh bahasa formal :- Bahasa Baku dan Bahasa Diraja atau Bahasa Istana.

Contoh bahasa tak formal :- Bahasa Mesra, Bahasa Slanga, Bahasa


Basahan, Bahasa pasar, Bahasa Halus, Bahasa Kasar, Dialek dan
sebagainya.

Variasi bahasa mempunyai jenis-jenisnya tersendiri. Antara jenis variasi


bahasa iaitu:

A. Variasi Penutur
• Dialek
• Idieolek
• Kronolek atau dialek tempatan
• Sosiolek atau dialek sosial

B. Variasi Usia
C. Variasi Jantina
D. Variasi Kerjaya

E. Variasi Susun Lapis Masyarakat


• Arkrolek
• Basilek
• Vulgar
• Slanga
• Kolokial
• Jargon
• Agor

F. Variasi Penggunaan
G. Variasi Keformalan

H. Variasi Sarana
• Variasi Daerah
• Variasi Sosial
• Variasi Stilistik

Daripada satu variasi satu bahasa, satu variasi itu dipilih sendiri mewakili
bahasa tersebut dan variasi ini telah menjadi ukuran apabila hendak merujuk kepada
sifat umum bahasa itu. Contohnya Bahasa Melayu standard merupakan variasi yang
digunakan apabila, orang-orang daripada berbagai-bagai dialek berkumpul bersama
hanya untuk memahami sesuatu. Oleh kerana bahasa standard itu sendiri
merupakan norma, maka penggunaan bahasa itu masih diizinkan sedikit sebanyak
variasi.

4.0 Dialek

4.1 Konsep Dialek


Perkataan 'dialek' berasal daripada bahasa Yunani iaitu 'dialektos' iaitu
perkataan yang pada mulanya digunakan dalam hubungannya dengan bahasa
Yunani pada waktu itu. Dialek ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang
dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa. Dialek
mempunyai bentuk tertentu, dituturkan dalam kawasan tertentu dan berbeza
daripada bentuk yang standard/ baku dari segi sebutan, tatabahasa, dan
penggunaan kata-kata tertentu, tetapi perbezaannya tidaklah begitu besar untuk
dianggap sebagai satu bahasa yang lain. Dialek selalunya digunakan dalam situasi
formal atau rasmi, namun terdapat kecenderungan pengguna bahasa yang
mencampurkan unsur dialek dalam penggunaan pada situasi formal.

Berdasarkan kajian Abdul Hamid Mahmood dalam karyanya yang bertajuk Dialek
Terengganu: satu tinjauan ringkas, memetik Ayatrohaedi, 1979:1 menyatakan istilah
dialek berasal daripada Yunani iaitu dialektos yang pada mulanya digunakan dalam
hubungan dengan keadaan bahasa di tempat itu. Sementara di Yunani terdapat
perbezaan-perbezaan kecil di dalam bahasa yang digunakan oleh penduduknya
masing- masing, tetapi sedemikian jauh hal tersebut tidak sampai menyebabkan
mereka merasa mempunyai bahasa yang berbeza.

Norazila ( 1986: 129 ), pula menjelaskan bahawa sesuatu bahasa atau dialek
berbeza daripada bahasa atau dialek lain akibat daripada pengaruh alam dan
persekitaran yang berlainan. Menurut beliau lagi perbezaan ini boleh dilihat
menerusi sistem bunyi dan Leksikal.

Abdul Hamid Mahmood (1990:217), memetik Mario Pei mentakrifkan dialek


sebagai variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan
penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa. Dialek mempunyai bentuk tertentu
yang dituturkan dalam kawasan tertentu dan berlainan daripada bentuk bahasa
baku, baik dari segi sebutan, tatabahasa ataupun penggunaan kata-kata tertentu.
Kelainan tersebut tidaklah begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang
lain. Dapatlah dikatakan bahawa dialek dituturkan oleh sekumpulan masyarakat
dalam satu-satu kawasan untuk tujuan komunikasi dalam kehidupan seharian
mereka.

Di samping itu Kamus Dewan ( 2005:348) mendefiniskan dialek sebagai satu bentuk
bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial
berbeza daripada bahasa standard, loghat, pelat negeri dan lain-lain.Seterusnya Nik
Safiah Karim ( 1993:27) menerusi Monograf Simposium Dialek mentakrifkan dialek
sebagai variasi bahasa yang dibezakan mengikut penggunanya. Tiap-tiap dialek
dialek mempunyai ciri-ciri tersendiri yang membezakannya dengan dialek-dialek
yang lain.

Sementara J.K. Chamber (1990:3) berpendapat dialek ialah satu bentuk bahasa
yang substandard, berstatus rendah dan bersifat kedesaan, rata-rata ia dikaitkan
dengan masyarakat tani, kelas pekerja atau golongan-golongan lain yang tidak
bertaraf tinggi. Beliau juga mengaitkan dialek dengan bentuk-bentuk bahasa yang
yang dituturkan oleh penduduk yang tidak mempunyai bentuk tulisan.

Manakala Kamaruddin ( 1997:4) pula menerangkan dialek bagi sesuatu bahasa itu
dapat dibahagikan kepada dua iaitu dialek daerah dan dialek sosial. Dialek daerah
adalah antara satu kawasan dengan satu kawasan yang lain terdapat perbezaan
dari segi dialek pertuturannya. Perbezaan dialek dalam pertuturan akan ketara pada
suatu kawasan yang luas. Namun begitu dialek-dialek yang berhampiran akan
mempunyai banyak persamaan berbanding yang terletak berjauhan. Sering kali
berlaku perbezaan yang sangat banyak dan menyebabkan para penutur sukar untuk
memahami dialek yang dituturkan antara satu sama lain.

4.2 Faktor-faktor Dialek


Faktor-faktor yang menimbulkan dialek terdiri daripada faktor-faktor geografis,
politik, penjajahan, perdagangan, masa, dan seumpamanya. Faktor politik
contohnya telah membahagi-bahagikan negara ini kepada unit-unit politik yang lebih
kecil yang mewujudkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri
Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, dan Kelantan, yang akhirnya
menimbulkan pelbagai dialek.
Dialek-dialek tempatan di Semenanjung Malaysia sebenarnya ialah variasi
daripada bahasa Melayu. Dalam satu-satu dialek tempatan di Malaysia, terdapat
pula ideolek-ideolek, iaitu kelainan pengucapan yang disebabkan oleh perbezaan
individu, dan kelainan stilistik yang terjadi sebagai akibat perbezaan konteks. Semua
kelainan ini disebut dialek, tetapi penutur-penuturnya masih boleh saling
bersefahaman antara satu sama lain. Fonemena seperti inilah yang telah menarik
perhatian ahli-ahli bahasa untuk membuat kajian mendalam terhadap dialek-dialek
tersebut.
Terdapat beberapa unsur yang membezakan sesuatu dialek dengan dialek yang
lain, antaranya ialah;

Unsur Huraian Dan Contoh Ayat


Sebutan Perkataan `air' disebut dalam pelbagai dialek seperti ayaq, ayo.

Tatabahasa Struktur ayat pasif dalam dialek Kelantan misalnya boleh


menyebabkan berlaku salah faham,
Contoh ayat:
'Saya ke hospital untuk disuntik oleh doktor' akan menjadi
"Saya gi
spital cocok doktor"
Kosa Kata Contohnya, berlari dalam dialek Kelantan disebut hungga,
manakala mendung disebut sebagai jo'ong. Bekwoh (dialek
Kelantan) sama maksudnya dengan makan gulai di Terengganu
yang membawa maksud kenduri. Manakala orang Melaka pula
memuji dengan perkataan 'jangok' (cantik/ suka berhias)
Kata Ganti Diri Contoh ambo dan kawe (dialek Kelantan bermaksud saya),
hang (dialek utara bermaksud kamu)

4.3 Dialek-Dialek Utama Di Malaysia


Keunikan budaya masyarakat Malaysia juga boleh diketahui melalui pelbagai
bahasa dan dialek. Bahasa merupakan satu cara berkomunikasi. Terdapat pelbagai
bahasa di negara kita seperti bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Tamil.Dialek
pula wujud apabila sekelompok manusia mengubah suai bahasa mengikut budaya
tempatan. Misalnya, terdapat pelbagai dialek dalam bahasa Melayu seperti yang
diterangkan berikut:

4.3.1 Dialek Johor-Riau


Dialek ini digunakan di hampir semua bekas jajahan empayar Johor-Riau di
Semenanjung. Dialek Johor-Riau kini menjadi asas kepada pembentukan Bahasa
Melayu standard di Malaysia. Ciri utama dialek ini adalah akhiran ‘a’ yang dibunyikan
sebagai ‘ě’.
Contoh: Saya - disebut sayě
Apa – disebut Apě

4.3.2 Dialek Negeri Sembilan


Penutur bahasa Melayu di Negeri Sembilan telah dipengaruhi bahasa Minang. Ini
disebabkan negeri itu mempunyai sejarah panjang dengan Suku Minangkabau dari
Sumatera.
Contoh : Koba - kata/menyatakan
Den dah Koba'an, jangan poei kek topi sungai tu. Kan dah Kono.
Goba - selimut
Sapo punyo goba ini, dah koto?

4.3.3 Dialek Perak


Terdapat dua pecahan kecil dalam dialek Melayu Perak (Tengah dan Selatan)
Sebagaimana dialek Johor-Riau, Dialek Perak juga tidak mengikut sebutan baku ‘a’
seperti yang terdapat dalam Ejaan Standard Johor-Riau Perak Selatan Perak
Tengah.
Contoh; Saya- Sayě/ Sayěě /Saye

Bagaimanapun terdapat sedikit perbezaan kata antara dialek Perak dengan Bahasa
Melayu Standard seperti Bahasa Melayu Perak Selatan Perak Tengah.
Contoh: Kamu -Koměě /Kome , Kota -Kotěě/ Kote

4.3.4 Dialek Utara (Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak Utara)
Selain berbeza sebutan, terdapat juga perbezaan kata yang jelas antara dialek Utara
dengan Dialek Johor-Riau. Ciri utama dialek ini adalah sebutan ‘a’ dihujung kata
yang dibunyikan secara baku. Ejaan Standard Dialek Utara Saya -Saya (mengikut
sebutan baku) Dia- Dia (mengikut sebutan baku) Mana- Mana (mengikut sebutan
baku) Huruf ‘r’ di akhir kata diganti dengan bunyi ‘q’.
Contohnya: Bergetar-Bergetaq Ul,ar- Ulaq ,Telur- Teloq

4.3.5 Dialek Kelantan


Dialek Kelantan merupakan dialek Melayu yang paling banyak mempunyai beza
sebutan dari dialek-dielak Melayu di Semenanjung. Selain beza sebutan, dialek
Kelantan juga mempunyai banyak perkataan yang berbeza. Ciri utama dialek
Kelantan adalah penggantian huruf ‘n’ dan ‘ng’ di belakang kata dengan huruf ‘e’
(sama dengan bunyi e dalam kata Beca)
Contoh: Kawan- Kawe ,Bulan -Bule

4.3.6 Dialek Terengganu


Gaya percakapan penutur dialek Terengganu sama seperti dialek Kelantan.
Bagaimanapun ianya berbeza dari segi sebutan. Ciri utama dialek Terengganu
adalah penambahan huruf ‘g’ bagi kata-kata yang berakhiran dengan ‘n’.
Contoh: Makan -Makang, Ikan -Ikang

4.3.7 Dialek Pahang


Gaya penuturan sama seperti penutur dialek Kelantan dan Terengganu. Tetapi
berbeza sedikit dari segi sebutan. Penuturnya lebih cenderung menggunakan dialek
Johor-Riau . Keadaan ini berlaku kerana Pahang di satu masa dahulu adalah
sebahagian dari jajahan kerajaan Johor-Riau-Lingga.
Contoh : Aok - awak ,Ampuh - sempat

4.3.8 Dialek Sarawak


Bahasa Melayu Sarawak merupakan dialek yang paling besar perbezaannya dengan
dialek-dialek Melayu lain di Malaysia. Dialek Sarawak mempunyai keunikannya yang
tersendiri. Kepelbagaian bangsa dan komuniti di Sarawak menyebabkan wujudnya
pelbagai dialek dikalangan penuturnya. Namun Bahasa Melayu menjadi bahasa
majoriti masyarakat setempat. Dialek ini juga banyak dipengaruhi oleh Bahasa
Melayu Brunei, Bahasa Iban, Bidayuh, Melanau dan bahasa suku-suku di Filipina.
Contoh : Saya- Kamek ,Awak / kamu -Kitak
Contoh Ayat : Kamek datang dari Sarawak( saya datang dari Sarawak)

4.3.9 Dialek Sabah


Bahasa Melayu Sabah tidaklah banyak berbeza dengan bahasa Melayu
Semenanjung berbanding bahasa Sarawak. Bilangan orang Melayu-Brunei yang
bukan majoriti tidak dapat mempengaruhi pertuturan Bahasa Melayu di Sabah.
Keadaan ini menyebabkan suku-suku asli di Sabah menjadi bahasa Melayu
Standard sebagai bahasa pemersatu antara mereka. Bagaimanpun, mereka
menggunakan sebutan baku yang bunyinya seperti Bahasa Indonesia. Di samping
itu terdapat juga kata pinjaman dari bahasa suku kaum di negeri itu.
Contoh : Bah,kamu pigi lah dulu ( kamu pergilah dulu)
Awal lagi bah ni ( masih awal lagi)

Walaupun budaya masyarakat kita berbeza, namun kita masih boleh hidup dalam
keadaan harmoni. Negara kita menjadi teladan kepada negara lain yang mempunyai
masyarakat majmuk. Variasi dialek yang pelbagai bukan penghalang dalam
penyatuan bangsa dan budaya yang menjadi kebanggaan negara kita hingga ke hari
ini.

5.0 Laras Bahasa

5.1 Definisi Laras Bahasa


Laras bahasa memainkan peranan penting terhadap masyarakat di Malaysia dalam
pelbagai urusan kehidupan. Laras bahasa adalah salah satu daripada aspek
sosiolinguistik iaitu mengenai bahasa dan penggunaannya. Bahasa sentiasa
mempamerkan perbezaan dalam penggunaannya yang boleh dikatakan sebagai
ragam bahasa. Dalam ilmu sosiolinguistik, ragam bahasa di istilahkan
sebagai register atau laras (Hudson, 1980) iaitu satu istilah teknik untuk
menerangkan perlakuan bahasa (linguistik behaviour) seseorang individu apabila
bahasa digunakan. Jelaslah bahawa laras bahasa ialah subset sesuatu bahasa yang
digunakan untuk tujuan tertentu.
Penggunaan bahasa yang berbeza-beza ini membentuk laras. Laras
merupakan satu unsur yang penting bagi memperluas dan memperkembang
sesuatu bahasa. Bahasa akan menjadi luwes dan berkembang apabila digunakan
dalam pelbagai situasi dengan pelbagai tujuan dan maksud. Bahasa juga
mempunyai fungsi-fungsi tersendiri iaitu sebagai penyampai maklumat,penyataan
mental dan emosi, pengikat kumpulan sosial, lambang kumpulan sebaya dan
sebagainya. Justeru, pemilihan laras yang selari dengan sesuatu bidang selalunya
ditekankan untuk membolehkan bahasa digunakan dengan betul dan menepati
fungsinya. Kemampuan sesorang menggunakan laras bahasa yang betul dan tepat
mengikut situasi dan keadaan membolehkan segala maklumat yang disampaikan
lebih mudah difahami dan dapat berkomunikasi dengan lebih berkesan.
Menurut Nik Safiah Karim (1989), laras bahasa bermaksud gaya atau cara
penggunaan sesuatu bahasa. Sesuatu laras bermaksud sesuatu variasi bahasa
yang boleh dipilih daripada sekumpulan variasi yang ada pada bahasa tersebut.
Laras sebagai variasi bahasa yang dipilih dikaitkan dengan pelbagai kegunaan.
Dalam aktiviti berbahasa, laras penting kerana ketidaktepatan penggunaan laras
bahasa akan menjadi ketara apabila terdapat penggunaan bentuk-bentuk yang tidak
sesuai. Abdullah Hassan (1997), menyatakan laras ialah ciri gaya penceritaan yang
istimewa digunakan untuk sesuatu jenis bidang. Ciri-ciri istimewa tersebut
membolehkan kita segera menjangkakan atau mengetahui apa-apa topik serta tajuk
utama sesuatu teks sebaik-baik sahaja kita membaca ayat yang pertama.
Hymes dan Gumperz (1980), pula mendefinisikan laras sebagai gaya
percakapan dalam situasi tertentu. Jika laras berbeza, maka situasi pun akan turut
berbeza dan begitulah sebaliknya. Laras merupakan satu konvensi sosial. Sesuatu
laras tertentu digunakan untuk keadaan atau situasi yang tertentu. Justeru, dengan
memilih laras yang tidak sama untuk situasi yang berlainan, anggota sesuatu
masyarakat dapat menunjukkan bahawa mereka sedar akan situasi-situasi sosial
yang berlainan yang wujud di sekitar mereka (Kamaruddin Haji Hussin,(1995).
Tegasnya, laras ialah bentuk bahasa yang wujud akibat situasi sosial yang
berlainan. Seseorang anggota masyarakat dapat mengunakan beberapa laras
dalam situasi sosial yang berbeza mengikut konteks yang betul. Sebagai contoh,
laras semasa bercakap dengan rakan sejawat tentang hal-hal pekerjaan, laras
semasa bercakap dengan orang yang berjawatan, laras semasa bersama keluarga
dan kaum keluarga dan laras bahasa dalam majlis formal.
Pada umumnya, laras bahasa berbeza berdasarkan bidang yang hendak
diperkatakan seperti bidang ketenteraan, sains, komersial dan lain-lain. Oleh itu,
ayat-ayat dalam laras tertentu mengandungi kata-kata serta ungkapan yang
berlainan. Laras merupakan fenomena sosial kerana selain elemen linguistik, laras
juga boleh dimanifestasi melalui tingkah laku orang yang bercakap, gerak geri
tangan dan intonasi suara. Namun demikian, penanda utama laras ialah ciri-ciri
linguistik yang wujud dalam sesuatu laras.
Sebagai contoh, laras bahasa yang digunakan oleh dua orang sahabat dalam
situasi formal berbeza dengan laras bahasa yang digunakan oleh mereka dalam
situasi tidak formal. Kata ganti nama diri “aku” dan “engkau” tidak digunkan oleh
mereka dalam situasi formal. Dalam situasi yang lain pula, tajuk yang kan
dibicarakan juga akan menentukan laras bahasa yang digunakan. Sebagai contoh,
laras bahasa undang-undang seperti istilah defendan, plaintif, kes, dan sebagainya
akan digunakan dalam perbualan antara peguam dengan penguam. Sewajarnya,
laras bahasa untuk membicarakan sesuatu yang berkaitan dengan undang-undang
adalah berbeza dengan laras bahasa yang digunakan untuk membicarakan hal-hal
politik, agama, ekonomi dan sains. Setiap bidang ini mempunyai laras yang berbeza
dan perbezaan itu ketara dari segi penggunaan istilah dan gaya penyampaian.
Jelaslah bahawa pengguna bahasa perlu bijak memilih laras bahasa yang sesuai
dengan penggunaan bahasa mengikut situasi dan konteks agar sesuatu maklumat
dapat disampaikan dan diterima dengan lebih berkesan.
Halliday (1946), mengenal pasti tiga pemboleh ubah yang menentukan
laras bahasa iaitu bidang, tenor dan mod. Bidang merujuk kepada perkara yang
diperkatakan, manakala tenor merujuk kepada penutur yang terlibat dan hubungan
antara mereka dan mod merupakan saluran komunikasi tersebut, sama ada secara
lisan atau tulisan. Kesemua elemen bahasa seperti kosa kata, sintaksis, fonologi,
morfologi dan ciri-ciri paralinguistik seperti tekanan, nada dan intonasi adalah
berbeza antara satu laras dengan laras yang lain. Beliau juga menyebut laras
bahasa berbeza daripada dialek kerana dialek berbeza dari segi isi, manakala laras
berbeza dari segi bentuknya. Dalam erti kata lain, seseorang penutur akan
mengubah laras bahasanya bergantung kepada situasi iaitu dengan siapa dia
bercakap, suasana bentuk percakapan dan ia bergantung sama ada dalam bentuk
lisan atau tulisan.
Laras bahasa juga dikaitkan dengan kemajuan sesebuah masyarakat. Abdul
Hamid Mahmood (2001), menyatakan semakin banyak laras bahasa yang terdapat
dalam bahasa sesebuah masyarakat itu, masyarakat itu semakin maju. Masyarakat
yang maju sudah mempunyai laras bahasa yang cukup lengkap untuk
memperkatakan pelbagai konsep ilmu dan hal-hal yang berkaitan dengan kemajuan.
Laras ialah variasi bahasa yang mempunyai ciri-ciri khusus dalam pengunaan.
Laras membantu membezakan situasi formal dan tidak formal.Laras bahasa ialah
konsep linguistik. Hubungan yang lebih jauh daripada hubungan bahasa dan situasi.
Pemilihan kata-kata mewakili bidang tertentu dan mencerminkan perbezaan antara
satu bidang dengan bidang yang lain.

5.2 Ciri-Ciri Laras Bahasa


5.2.1 Ciri-ciri Keperihalan Sesuatu Peristiwa Bahasa
Sesuatu laras bahasa boleh dianalisis dari segi ciri-ciri Keperihalan
(contextual features) dan ciri-ciri Linguistik. Menurut Ure dan Ellis (1977), ciri-ciri
keperihalan dapat dibahagikan kepada dua iaitu situasi luaran dan situasi
persekitaran. Situasi luaran bermaksud latar belakang sosial dan kebudayaan
sesuatu masyarakat bahasa yang merangkumi struktur sosial dan keseluruhan cara
hidup yang menentukan perlakuan sesuatu anggota masyarakat. Sebagai contoh,
huraian tentang laras bahasa Melayu lama hendaklah dikaitkan dengan situasi
istana, istilah laras bahasa istana dan tradisi sastera lisan. Demikian juga, laras
bahasa ucapan rasmi hendakalah mengambil kira bentuk sapaan, teknik berucap
dan bentuk penutup ucapan yang sesuai.
Situasi persekitaran pula mencakupi aspek-aspek yang terlibat secara
langsung dalam penggunaan bahasa. Antara aspek-aspek persekitaran yang dapat
menghasilkan kemunculan laras bahasa yang berlainan iaitu; Cara penyampaian
pula merupakan bentuk perhubungan yang digunakan termasuklah jenis bahasa,
peserta yang terlibat dalam sesuatu peristiwa bahasa dan jangka masa penggunaan
bahasa itu. Perhubungan sosial merupakan bentuk perhubungan yang berlaku
antara penerbit dan pembaca akhbar, buku, majalah atau media yang lain.
Perhubungan pula merupakan merupakan perhubungan antara individu secara
terus. Dalam perhubungan peribadi iaitu kata ganti diri seperti aku, engkau dan
kamu sebagai contohnya digunakan.
Sesuatu perkara atau bahan yang diperkatakan menggunakan laras bahasa
yang berbeza yang juga bergantung kepada isi yang hendak disampaikan kepada
pihak yang lain. Perkara yang dibincangkan berkisar daripada yang umum kepada
perkara yang abstrak dan kompleks. Bahasa diperlukan untuk melaksanakan atau
mewujudkan peristiwa dan keperluan tertentu. Sebagai contohnya bahasa
diperlukan untuk menyatakan maksud atau perasaan, bahasa digunakan dalam
upacara yang tertentu seperti pertunangan,perkahwinan. Bahasa juga digunakan
untuk memberi arahan, memujuk dan sebagainya. Dalam setiap situasi sosial,
terdapat penggunaan bahasa, peserta yang terlibat dan fungsi peristiwa tersebut
dalam sesuatu masyarakat.

5.2.2 Ciri-ciri Linguistik


Ciri-ciri linguistik bermaksud unsur -unsur sistem bahasa itu sendiri, aitu dari
aspek bunyinya, aspek perkataannya serta aspek frasa dan ayatnya. Tiap-tiap laras
dapat dikenali melalui penggunaan ciri-ciri linguistic tertrntu iaitu aspek bunyi, aspek
ayat dan aspek perkataan. Aspek bunyi membezakan satu laras dengan laras-laras
lain terutama laras betuk lisan. Manakala, aspek perkataan merujuk kepada
penggunaan khusus dalam bidang –bidang tertentu yang menjadi ukuran jenis
laras. Aspek ayat pula dilihat dari segi binaan,, susunan dan panjang pendeknya
menjadi laras berbeza-beza.
Di samping itu, ciri-ciri linguistik membuat penganalisisan sesuatu laras
daripada beberapa dimensi. Dari satu segi, ciri-ciri linguistik dilihat berkait rapat
dengan faktor sosial seperti latar belakang orang yang menulis atau bercakap,
hubungan penulis dengan pembaca atau pendengar dengan topik yang bicarakan.
Dari sudut yang lain pula, sifat-sifat bahasa itu sendiri yang bersifat luwes dan
pragmatis yang menyebabkan wujudnya aspek-aspek kehadiran dan ketidakhadiran
sesuatu ciri, kekerapan kehadiran dan suasana struktur tertentu.

5.3 Faktor-Faktor Kewujudan Laras Bahasa


Terdapat faktor-faktor kewujudan laras bahasa. Laras merupakan bentuk
bahasa yang wujud akibat situasi sosial yang berlainan. Antaranya ialah bangsa,
jantina, status sosial, pendidikan, kerjaya dan disiplin ilmu. Manakala menurut Dell
Hymes (1966) kewujudan kepelbagaian laras pula ialah disebabkan oleh pemula,
penerima, bentuk mesej, cara penyampaian, jenis bahasa, tajuk dan latar.
Selain itu, kedudukan sosial dan pendidikan juga mempengaruhi kewujudan
laras bahasa.Penutur yang berpendidikan tinggi mempunyai laras bahasa yang
berbeza berbanding dengan penutur yang berpendidikan rendah. Sebagai contoh,
laras bahasa seiorang guru lebih tinggi jika dibandingkan dengan penutur yang
berkerja sebagi nelayan. Keperlbagaian dan ketiggian laras bahasa ini dipengaruhi
oleh latar belakang kerjaya sesorang individu tersebut sama ada dari aspek sosial,
pengalaman, ilmu pengetahuan dan pembacacan, Begitu juga kedudukan sosial,
kerabat diraja menggunakan bahasa istana, manakala golongan rakyat biasa akan
menggunakan bahasa kebanyakan.
Tajuk perbincangan juga akan menentukan laras bahasa yang perlu
digunakan.Contoh, jika berbicara tentang tentang undang - undang, maka segala
kosa kata dan istilah yang digunakan adalah terhad atau khusus, iaitu berkaitan
dengan undang - undang sahaja. Contohnya, plaintif, dependen, hukuaman
mandatori, akta dan sebagainya. Penggunaan laras bahasa yang sesuai mengikut
bidang dapat memudahkan komunikasi antara dua penutur dalam urusan kerjaya
mereka. Namun begitu, penutur perlu bijak menngunakan laras bahasa mengikut
konteks dan situasi untuk mengatasi masalah ketirisan maklumat atau jurang
maklumat iaitu maklumat tidak dapat disampaikan dengan berkesan malahan tidak
difahami oleh seseorang penutur lain seperti komunikasi antara doktor dan
pesakitnya. Doktor perlu menggunakan istilah yang mudah difahami oleh pesakit
dan bukannya menggunakan istilah atau laras bahasa perubatan. Seorang pesakit
tidak memahami penerangan doktor tentang penyakitnya kerana tidak memahami
laras bahasa perubatan yang digunakan.
Selain itu, aspek gangguan turut mempengaruhi penentuan laras bahasa
Melayu. Laras akan berubah ecara tidak langsung apabila wujudnya unsur
gangguan daripada bahasa ibunda dan dialek daerah. Contoh, orang Cina dan
orang India menggunakan laras bahasa melayu yang telah dipengaruhi oleh bahasa
ibunda mereka. Orang Terengganu pula akan menggunakan laras bahasa yang
berbeza dengan Orang Kelantan. Perbezaan laras bahasa antara masyarakat
majmuk ini akan mengembangkan laras bahasa sesorang penutur amnya dan
perkembangan laras bahasa melayu amnya.
Faktor seterusnya ialah cara penyampaian penutur bahasa tersebut. Cara
penyampaian bergantung kepada situasi dan bidang tertentu. Sebagai contoh,
ketika memberikan ceramah Motivasi, penutur seharusnya menggunakan Laras
Himbauan iaitu sejenis bahasa bujukan. Bahasa bujukan berfungsi untuk
menghimbau, mengajak, memanggil, meminta, memohon atau menyeru supaya
pendengar atau pembaca bersetuju untuk berubah kearah yang lebih baik dan
berfikiran positif. Kesesuaian laras bahasa dari aspek istilah dan kosa kata yang
digunakan dalam penyampaian ceramah ini akan menarik minat pendengar untuk
mengikuti ceramah tersebut.
Sikap penutur juga boleh mempengaruhi kelainan laras bahasa yang
digunakan.Penutur yang menyampaikan ketika berasa sedih, marah, sombong dan
angkuh biasanya akan menggunakan cara pertuturan dan bentuk bahasa yang
berbeza jika dibandingkan dengan penutur yang dalam keadaan tenang, gembira
dan penyayang. Jelaslah bahawa emosi seseorang penutur mempengaruhi laras
bahasa yang digunakan ketika berkomunikasi.
Kepelbagaian faktor penentu ini secara tidak langsung mewujudkan variasi
laras bahasa sama ada dari segi ciri-ciri keperihalan sesuatu peristiwa bahasa atau
dari aspek linguistik. Jumlah bahasa yang wujud dalm setiap masyarakat
menggambarkan pengalaman bahasa masyarakat tersebut. Hal ini kerana
kemuunculan laras-laras bahasa selari dengan bahasa yang diungkapkan dan
pengalaman penutur dalam kehidupan seharian.

5.4 Jenis-jenis Laras Bahasa


Secara umumnya, laras bahasa membayangkan konteks penggunaan bahasa
yang berdasarkan hubungan,bidang dan wahana. Menurut Asmah Hj. Omar (1983)
jika sesuatu laras itu diteliti berdasarkan bidang,maka laras tersebut ditandai oleh
dua ciri sahaja iaitu istilah-istilah yang mewakili bidang itu dan juga gaya
pengungkapannya atau ’phraseology’.
Masyarakat dalam pelbagai taraf sosial dan akademik menggunakan laras
bahasa yang berbeza mengikut kesesuaian penggunaannya. Segala urusan dalam
kehidupan akan menjadi lancar dengan adanya pelbagai jenis laras bahasa.
Penggunaannya perlu disesuaikan agar memenuhi ciri-ciri bagi sesuatu laras
bahasa tersebut. Laras bahasa dalam satu bidang ilmu berlainan dengan laras
bahasa dalam bidang ilmu yang lain. Seseorang penutur yang menuturkan sesuatu
bahasa boleh menggunakan pelbagai jenis variasi bahasa dan boleh memilih dan
menggunakannya sesuai dengan laras-laras bahasa yang berlainan dalam bidang-
bidang atau disiplin ilmu yang tertentu. Jumlah laras bahasa sesebuah masyarakat
atau individu bergantung kepada fungsi bahasa sosial tersebut dalam budaya
sesebuah masyarakat
Abdullah Hassan (1997), telah membahagikan Laras bahasa kepada
beberapa jenis seperti Laras Umum,Laras Undang-undang, Laras Sains, Laras
Agama,Laras Himbauan, Laras Klasik, Laras Kreatif, Laras Bahasa Kanak-
kanak,Laras Teknikal dan Laras Bahasa Iklan. Oleh yang demikian, dapat difahami
bahawa fungsi sosial bahasa menentukan variasi atau laras bahasa yang akan
digunakan.

5.4.1 Laras Umum


Laras umum digunakan untuk menerangkan sesuatu topik kepada pembaca
atau pendengar yang bukan pakar dalam bidang tersebut. Ciri-ciri laras umum ialah
tidak mengandungi istilah teknikal, menggunakan ayat yang berstruktur mudah dan
tidak banyak menggunakan kata atau perkataan pinjaman. Laras umum digunakan
dalam semua jenis media seperti radio, televisyen, akhbar, majalah, buletin dan
seumpamanya.
Sebagai contohnya:
SEPANG: Deraian air mata dan tangis sedu menyambut kepulangan
pelakon remaja, Salsabila Yunan, 15, yang pulang semalam selepas
menghilangkan diri mengikut kekasihnya ke Pulau Lombok, Indonesia, sejak
tujuh bulan lalu. .........Petikan: Akhbar Harian Metro,24 Februari 2010 .

5.4.2 Laras Sains


Dalam bidang sains, konsep-konsep sains merupakan huraian terhadap
sesuatu formula menunjukkan Bahasa Melayu mampu mencapai tahap tinggi dan
bersifat saintifik. Ciri-ciri laras Bahasa Sains ialah bersifat ilmiah, formal, objektif dan
tidak menggunakan bahasa kiasan. Maklumat yang diberikan juga berdasarkan
kajian dan fakta. Oleh itu, laras bahasa Sains menunjukkan kejelasan dan ketepatan
fakta. Laras bahasa ini banyak menggunakan istilah sains dan mementingkan
teknikal. Banyak penggunaan istilah-istilah pinjaman daripada bahasa Inggeris.
Malah, lebih banyak penggunaan kata nama dan ragam ayat pasif.

Sebagai contohnya:
“Air hujan secara semulajadinya berasid sedikit kerana tindak balasnya
dengan gas karbon dioksida dalam atmosfera untuk membentuk asid
karbonik. Nilai PH air hujan ialah 5.6”.

5.4.3 Laras Teknikal


Laras teknikal juga bermakna semua jenis teks dalam semua jenis bidang
kepakaran sama ada sains tulen (matematik, kimia dan fizik), teknologi
(kejuruteraan, seni bina, perubatan dan elektronik), sains sosial, muzik serta
kepakaran yang lain.Ciri-ciri laras teknikal ialah seperti banyak mengandungi istilah
khusus dalam bidang tertentu,mengandungi ilustrasi (gambar rajah, jadual, graf,
peta dan simbol), struktur ayat mengandungi subjek dan penerang, mengandungi
ayat yang mendefinisikan makna istilah, tidak banyak mengandungi unsur bahasa
perlambangan dan bunga-bunga bahasa serta tidak mengandungi ayat-ayat yang
boleh ditafsirkan dengan pelbagai makna dan cara. Laras teknikal digunakan dalam
buku teks, jurnal, laporan dan penerbitan persatuan-persatuan profesional.
Sebagai contoh;
Enjin Campro DOHC asas dikeluarkan dalam 2 sesaran enjin iaitu 1.6L
(S4PH) dan 1.3L (S4PE). Semasa peringkat pembangunannya, enjin ini
dipasang pada Proton Waja yang digunakan khas untuk ujian jalan raya. Enjin
ini mula digunakan pada Proton Gen-2.

5.4.4 Laras Undang-undang


Laras Undang-undang pula merupakan sejenis laras teknikal tetapi
mempunyai ciri kelainan yang tersendiri iaitu; tidak mengandungi gambar, gambar
rajah,jadual, simbol, peta dan lain-lain, struktur ayatnya terdiri daripada prinsip
undang-undang diikuti oleh syarat-syarat dan diakhiri dengan keputusan undang-
undang dan terdapat bentuk frasa sendi nama yang tidak digunakan dalam teks
teknikal yang lain. Laras undang-undang digunakan oleh pakar perundangan
termasuk peguam, hakim dan pendakwa apabila mereka menulis dan bercakap
tentang undang-undang.
Sebagai contohnya;
Defenden membantah pada awal prosiding kerana tidak bersetuju dengan
cadangan plainitif untuk mengemukakan saksi-saksi yang dikatakan tidak
relevan dengan perbicaraan berkenaan.

5.4.5 Laras Agama


Laras Agama pula merupakan apa-apa teks yang diungkapkan menggunakan
laras agama yang boleh jadi perkara agama, buku agama atau apa-apa jenis
agama. Ciri-ciri Laras Agama ialah terdapat unsur bahasa klasik terutama pada kosa
katanya terdapat istilah agama yang khusus bagi sesuatu agama dan banyak
mengandungi bentuk cerita, kias dan ibarat. Laras ini mengandungi istilah agama
daripada bahasa Arab. Manakala, struktur ayatnya banyak dipengaruhi struktur
bahasa Arab. Laras agama turut diselitkan dengan petikan daripada al-Quran dan
hadis.
Sebagai Contoh:
Wahai Tuhan kami,kami meminta daripada Engkau kesejahteraan dalam
agama, kesihatan tubuh badan, keberkatan rezeki, keampunan sebelum mati,
rahmat pada kala mati, dan keampunan selepas mati. Wahai Tuhan kami,
senangkanlah kami waktu menghadapi kematian dan lepaskan kami dari
neraka dan anugerahi kami kemaafan pada waktu perkiraan.

5.4.6 Laras Himbauan


Laras Himbauan ialah sejenis bahasa bujukan. Istilah bujukan dan pujukan
merupakan perkara yang berbeza. Bahasa Bujukan berfungsi untuk menghimbau,
mengajak, memanggil, meminta, memohon atau menyeru supaya pendengar atau
pembaca bersetuju lalu mengambil tindakan untuk melakukan sesuatu. Bahasa
Pujukan merupakan bahasa menghibur orang yang merajuk. Namun begitu,
keduanya iaitu bujukan dan pujukan merupakan Laras Himbauan. Contoh Laras
Himbauan ialah khutbah, kempen, pujukan, rayuan dan doa. Fungsi utama Laras
Himbauanialah untuk mendorong atau menarik perhatian orang supaya melakukan
sesuatu perbuatan yang berbentuk positif ataupun negatif.
Laras Himbauan mempunyai ciri-ciri seperti banyak menggunakan perkataan
yang membawa makna ’ajak’ atau ’tegah’, banyak menggunakan contoh, kes dan
cerita yang selaras dengan tajuk, menampilkan faedah-faedah sesuatu perbuatan,
menampilkan akibat buruk sesuatu perbuatan dan juga bentuk bahasa peribadi yang
menggunakan ganti nama orang pertama menjadi ciri utama laras ini. Laras
Himbauan terdapat dalam bentuk lisan dan tulisan. Contoh Laras Himbauan dalam
bentuk teks bertulis khutbah, ucapan rasmi, doa dan iklan. Oleh hal yang demikian,
Laras Bahasa Himbauan merupakan gaya bahasa rasmi dan bukan gaya pertuturan.
Sebagai contohnya;
Doa selepas solat yang sering dibaca oleh orang-orang yang beragama Islam
setelah selesai menunaikan solat sama ada solat wajib atau sunat. Ertinya:
“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang segala puji
bagi Allah Tuhan Pentadbir seluruh alam. Pujian yang melengkapi nikmat-Nya,
dan pujian yang menambahkan kelebihan-Nya, wahai Tuhan kami, bagi-Mu
segala puja-puji sebagaimana patut kerana kebesaran zat-Mu dan agung
kekuasaan-Mu”.

5.4.7 Laras Klasik


Laras Klasik terdapat dalam karya-karya Melayu lama seperti dalam hikayat
dan kitab-kitab kuno. Dengan perkataan lain,laras klasik merupakan bahasa Melayu
lama. Antara contoh karya lama ialah Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu.
Laras Klasik mempunyai ciri-ciri seperti; teks asal ditulis dalam tulisan Jawi, tidak
menggunakan tanda bacaan dan tidak menggunakan perenggan, banyak
menggunakan struktur ayat pasif, terdapat penggunaan kata praklausa atau kata
pembuka ayat yang tidak digunakan lagi dalam bahasa moden seperti arakian,
hatta, kalakian, empunya dan persetua. Laras Klasik juga mengandungi kosa kata
bahasa istana dan juga tidak terdapat imbuhan asing untuk pembinaan istilah sains
dan teknikal seperti dalam bahasa Melayu moden, iaitu eka, dwi, mono, bi dan pra.
Sebagai contohnya:
Hatta berapa antaranya maka rangga dan Raden Aria pun datanglah dari
benua Keling itu. Maka dipersembahkan oranglah kepada Seri Betara
mengatakan Raden Aria dan Rangga sudah datang. Petikan: Kassim Ahmad
(1971) Hikayat Hang Tuah,hlm 106.

5.4.8 Laras Kreatif


Laras Kreatif atau Laras Sastera digunakan dalam karya kreatif sama ada
dalam bentuk prosa (cerpen, novel), puisi (pantun, sajak, gurindam), drama (pentas,
radio, televisyen dan filem) dan juga peribahasa. Laras Kreatif mempunyai ciri-ciri
sebagaimana berikut; menggunakan struktur ayat aktif dan ayat pasif, menggunakan
bentuk dialog (perbualan) sebagai contohnya dalam drama, menggunakan bahasa
perlambangan dan kiasan, bersifat kreatif-imaginatif iaitu menggunakan bahasa
kiasan,tidak terdapat ciri-ciri khusus bahasa teknikal dan penggunaan ilustrasi
seperti rajah, jadual, carta, peta dan gambar. Juga terdapat unsur ambiguiti
(ketaksaan) dari segi penggunaan kata dan penggunaan struktur ayat. Laras Klasik
juga terdapat penyimpangan (deviasi) dari segi fonologi, morfologi dan sintaksis. Di
samping itu juga Laras Klasik menggunakan alat-alat stilistik untuk tujuan
menimbulkan kesan contohnya menggunakan unsur imejan.
Sebagai Contoh:
Dari belahan jendela,saya lihat ada rama-rama yang hinggap di pagar. Dalam
sekejap,ia singgah pula di celah pandan yang baru muncul. Kemudian ia
terapung-apung. Cantik sekali. Ah, rama-rama. Entah siapa yang akan
bertandang! Atau siapa dari masa lalu yang akan datang kembali? Kini sayap
itu tersangkut di daun kantan yang panjang. Atau adakah dia yang tiba-tiba
muncul? Oh, adakah dia yang menjelma menjadi rama-rama? Petikan:Cerpen
Tiba-tiba Ada Mawar dalam Jiwa.

5.4.9 Laras Bahasa Kanak-kanak


Laras Bahasa Kanak-kanak mempunyai ciri-ciri seperti; kosa katanya terdiri
daripada kata akar, kata nama konkrit, kata kerja dan kata adjektif. Kosa katanya
kurang berbanding dengan kosa kata untuk orang dewasa, bilangan imbuhan yang
digunakan terhad, dan imbuhan untuk membentuk kata abstrak tidak terdapat dalam
laras ini, struktur ayat yang banyak digunakan ialah struktur ayat aktif bentuk
tunggal. Manakala, bahasa perlambangan langsung tidak digunakan dan begitu juga
dengan bentuk bahasa yang berbunga-bunga.
Sebagai contoh;
Suatu ketika dulu, ada seekor arnab dan seekor kura-kura berselisih pendapat
tentang siapa yang boleh berlari lebih pantas. Kemudian mereka mengambil
keputusan untuk menyelesaikan perselisihan itu dengan mengadakan satu
perlumbaan. (Petikan Cerita Arnab dan Kura-Kura)

5.4.10 Laras Iklan


Laras bahasa iklan merupakan bentuk bahasa yang digunakan dalam
bidang perniagaan dengan tujuan memperkenalkan barang yang hendak
diniagakan. Disebabkan kemajuan dalam dunia perniagaan,jenis perniagaan juga
pelbagai,persaingan dalam dunia perniagaan banyak menyebabkan perhubungan
antara pengguna dan penjual menjadi bertambah sukar,maka pengiklanan barang-
barang perniagaan memerlukan laras bahasa perniagaan atau iklan yang betul dan
sesuai. Tujuannya untuk memastikan barang-barang yang hendak dijual itu diketahui
oleh para pengguna. Laras Bahasa Iklan pula terdapat dalam bentuk lisan dan
tulisan.
Fungsi utama laras ini untuk memperkenalkan dan menjual barangan atau
perkhidmatan yang diiklankan. Laras Bahasa Iklan mempunyai ciri-ciri
seperti;terdapat penggunaan unsur grafik dan ilustrasi yang sangat ketara pada iklan
yang bercetak,terdapat penggunaan gambar bergerak dan muzik dengan jelas pada
laras iklan pandang-dengar iaitu dalam filem dan televisyen,struktur ayatnya pendek
dan banyak menggunakan ayat tunggal,menggunakan unsur retorik atau manipulasi
bahasa secara berkesan,menggunakan ungkapan istilah dan juga menggunakan
pelbagai kaedah untuk memujuk atau menarik perhatian pengguna seperti kaedah
umpan,pujukan,kemesraan,gesaan dan doa. Mesej yang hendak disampaikan
melalui iklan harus mempunyai pelbagai strategi yang membawa ke arah pengaruh
yang positif (Asmah Haji Omar,1988).
Sebagai contohnya:
Tawaran Hebat!Separuh harga. Hanya dua minggu sahaja iaitu bermula 1 Mac
hingga 14 Mac 2010. Tawaran Hebat. Potongan hebat 20%-70%. ,Jualan
Penghabisan stok. Beli Satu, Percuma Satu, Keutamaan Kami Adalah
Pelanggan. Bateri X Lebih Berkuasa dan Tahan Lama

Laras bahasa sangat penting kepada kita semua dan kepada masyarakat di
Malaysia pada amnya. Laras bahasa ialah penggunaan bahasa secara khusus
mengikut bidang penggunaannya atau pola penggunaan bahasa yang lazim
mengikut keadaan tertentu. Sesuatu laras bahasa boleh diteliti dari segi ciri
keperihalan dan ciri linguistik. Masyarakat dalam pelbagai taraf sosial dan akademik
menggunakan laras bahasa yang berbeza mengikut kesesuaian penggunaannya.
Sebahagian laras merupakan laras baharu seperti laras bahasa Sains Komputer.
Sewajarnya, laras-laras itu haruslah dipelajari sebagai suatu kemahiran untuk
meningkatkan penguasaan kosa kata dan istilah dalam pelbagai bidang. Kelebihan
ini akan mennigkatkan kebolehan dan kecekapan berbahasa dengan laras bahasa
yang betul mengikut situasi dan konteks.

Segala urusan dalam kehidupan akan menjadi lancar dengan adanya


pelbagai jenis laras bahasa. Penggunaannya perlu disesuaikan agar memenuhi ciri-
ciri bagi sesuatu laras bahasa tersebut. Laras bahasa dalam satu bidang ilmu
berlainan dengan laras bahasa dalam bidang ilmu yang lain. Seseorang penutur
yang menuturkan sesuatu bahasa boleh mempunyai pelbagai jenis variasi bahasa
dan boleh memilih dan menggunakannya sesuai dengan laras-laras bahasa yang
berlainan dalam bidang-bidang atau disiplin ilmu yang tertentu. Oleh itu, penutur
bahasa Melayu haruslah mengenali laras-laras bahasa Melayu. Malah hendaklah
tahu membezakan antara laras tersebut, ciri-ciri utama laras tertentu, terutama laras
formal dan juga laras tidak formal supaya tidak mengalami masalah menggunakan
laras sesuai dengan situasi.
6.0 Gaya Bahasa
Gaya bahasa adalah cara bagaimana pengarang mengungkapkan pemikiran
atau idea melalui bahasa-bahasa yang khas di dalam tulisannya. Dalam
penggunaannya, gaya bahasa sangatlah beragam di antaranya adalah gaya yang
berdasarkan makna yang disampaikan, struktur ayat, dan pilihan kata. Selain itu,
gaya bahasa melibatkan juga intonasi dan bunyi suara yang berbagai-bagai. Gaya
bahasa dapat digolongkan kepada 4 kumpulan iaitu: gaya bahasa perbandingan,
gaya bahasa pertentangan, gaya bahasa pertautan dan gaya bahasa pengulangan.
Bagi memudahkan perbandingan, pengkaji telah menghasilkan bahan dalam bentuk
jadual.

6.1 Gaya Bahasa Perbandingan

Bil. Jenis Makna Contoh


1. perumpamaan Perbandingan dua hal yang Bagai kambing dihalau
pada hakikatnya berkaitan dan ke air. (hal orang yang
yang sengaja dianggap sama. enggan disuruh atau
Biasanya, dinyatakan dengan diajak mengerjakan
kata seperti, bak, bagai, ibarat, sesuatu)
laksana dan umpama.
2. Metafora Perbandingan yang implisit. Bilakah anda bertemu
Jadi, tanpa kata pembanding di dengan lintah darat itu?
antara dua hal yang berbeza.
3. Personifikasi Perbandingan yang menuliskan Peluru mengoyak-
benda-benda mati menjadi ngoyak dada musuh.
seolah-olah hidup, dapat Matahari mulai
berbuat, atau bergerak. merangkak ke atas
4. Alegori Pada umumnya, alegori Mendayung bahtera
menganding sifat-sifat moral rumah tangga.
manusia. (perbandingan yang utuh
bagi seseorang dalam
rumah tangga)

6.2 Gaya Bahasa Pertentangan


Bil. Jenis Makna Contoh
1. Hiperbola Menyatakan sesuatu dengan Keringatnya menganak
berlebih-lebihan. sungai.
Suaranya menggelegar
membelah angkasa.
2. Litotes Menyatakan kebalikan Tapi, maaf kami tak
daripada hiporbola, iaitu dapat menyediakan
menyatakan sesautu dengan apa-apa. Sekadar air
memperkecil atau untuk membasahkan
memperhalus keadaan. tekak saja yang ada.
3. Ironi Menyatakan makna yang Bagus benar ucapanmu
berlawanan atau bertentangan, itu sehingga menyakitkan
dengan maksud menyindir. hati.
4. Antonomasia Penyebutan terhadap Sssssttt, lihat! Si
seseorang berdasarkan ciri cerewet datang. Kamu
khusus yang dimilikinya. semua tidak perlu
bertanya.
5. Oksimoron Pengungkapan yang Memang benar
mengandungi pendirian atau musyawarah itu
pendapat terhadap sesuatu merupakan wadah untuk
yang mengandungi hal-hal mencari kesepakatan.
yang bertentangan. Namun tidak menjadi
wadah penentangan
para pesertanya.
6. Paradoks Pengungkapan terhadap suatu Walaupun ia tinggal di
kenyataan yang seolah-olah kota besar, kota
bertentangan, tetapi metropolitan, hiburan
mengandungi kebenaran. ada di mana-mana, ia
bercerita padaku tentang
kesepian.
7. Kontradiksio Pengungkapan yang Malam ini gelap gelita,
memperlihatkan pertentangan tanpa kerlip kunang-
dengan yang sudah dikatakan kunang yang sebentar
lebih dulu sebagai nampak dan sebentar
pengecualian. hilang.

6.3 Gaya Bahasa Pertautan

Bil. Jenis Makna Contoh


1. Metonimia Memakai nama ciri atau nama Ayah suka menghisap
hal yang ditautkan dengan gudang garam.
orang, barang atau hal, sesuai (maksudnya rokok)
dengan penggantinya.
2. Sinekdok Menyebutkan nama bahagian Sudah seminggu Rahim
sebagai pengganti nama tidak nampak batang
keseluruhannya atau hidungnya. (Padahal
sebaliknya. yang dimaksud bukan
hanya batang hidung)
3. Alusio Menunjuk secara tidak Menggantang asap saja
langsung ke suatu peristiwa kerjamu sejak tadi.
atau hal dengan menggunakan (Membual/ beromong-
peribahasa yang sudah umum omong)
atau mempergunakan pantun
yang isinya sudah dimaklumi.
4. Eufemisme Kiasan halus sebagai Orang itu memang
pengganti ungkapan yang bertukar akal.
terasa kasar dan tidak (Pengganti akal)
menyenangkan.

6.4 Gaya Bahasa Perulangan

Bil. Jenis Makna Contoh


1. Perulangan Mengulangi kata dalam ayat. Yang kaya merasa
dirinya miskin,
sedangkan yang miskin
merasa dirinya kaya.
7.0 Penutup

7.1 Kesimpulan
Dalam kajian sosiolinguistik, banyak perkara yang boleh diperkatakan iaitu
hal-hal yang ada kaitan dengan bahasa itu sendiri. Antaranya ialah dialek, laras
bahasa dan gaya bahasa. Secara lebih luas, sosiolinguistik mengkaji seluruh aspek
kehidupan manusia termasuk konteks bahasa digunakan oleh masyarakat yang
menuturkannya. Oleh sebab berlaku mobiliti masyarakat dari satu tempat ke satu
tempat yang lain, maka berlakulah penyebaran bahasa yang digunakan oleh
masyarakat di tempat yang baharu. Keadaan ini melahirkan dialek, kepelbagaian
bahasa dan laras bahasa tertentu
Dalam kajian ini, kami telah menerangkan serba sedikit maklumat berkaitan
norma dan variasi bahasa yang membincangkan tentang dialek, laras bahasa dan
gaya bahasa. Kajian menunjukkan bahawa penggunaan bahasa ini dipengaruhi oleh
beberapa faktor yang memungkinkan seseorang individu atau komuniti itu
mengubah penggunaan bahasanya bagi memudahkan komunikasi dan
penyampaian maklumat. Komunikasi dan penyebaran maklumat ini berlangsung
dalam berbagai-bagai gaya oleh masyarakat bergantung kepada dialek, laras dan
gaya bahasa. Di harapkan kajian ini dapat memudahkan lagi pemahaman terhadap
dialek, laras bahasa dan gaya bahasa yang digunakan oleh komuniti di Malaysia
sama ada secara lomunikasi ataupun penulisan.
Bibliografi:

Abdul Hamid Mahmood. (2001). Menguasai Bahasa Melayu Tinggi. Kuala Lumpur:
Affluent Master Sdn.Bhd.

Abdullah Hassan. (1997). Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu dan Esei-esei lain.
Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.,hlm.248-261. Harian Metro, 24 Februari
2010.

Asmah Haji Omar. (1992).Bahasa Iklan Perniagaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka. Kamaruddin Haji Husin. (1995) Laras Bahasa. Kuala Lumpur

Asmah Haji Omar (2008). Susur Galur Bahasa Melayu Edisi Kedua. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka

Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu dan Esei-esei lain. Shah Alam: Fajar Bakti
Sdn. Bhd.,hlm.248-261. Harian Metro, 24 Februari 2010

Dewan Bahasa.(1989). Pembakuan Bahasa Melayu: Falsafah, Sejarah dan aspek-


aspeknya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Halliday, M.A.K.(1968). The Users and Uses of Language, dalam Fishman (ed).
Readings in the Sociology of Language. The Hague: Mouton

Kamaruddin Haji Husin. (1995) Laras Bahasa. Kuala Lumpur: Utusan Publications
and Distributors Sdn.Bhd.

Ilangko Subramaniam, Noorulafiza Abdul Muthalib, Siti Nor Hamahida Zainal.


(2013). Penggunaan Bahasa Ibunda dalam Pengajaran Bahasa Melayu dalam
Kalangan Murid Peribumi di Sekolah Pedalaman Sarawak, Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu, Vol.4, Bil.1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Mohammed Azlan Mis. (2010). Pilihan Bahasa dan Lingua Franca Suku Kaum di
Sarawak, Jurnal Bahasa, Jld 10, Bil.1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
Nik Safiah Karim dan Norliza Jamaluddin.1990. Beberapa Persoalan Sosiolinguistik
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim. (1989). Laras Bahasa.Kuala Lumpur: Nurin Enterprise

Noor Azureen Hamid. (2013). Analisis Fonologi Autosegmental dalam Proses


Penyebaran Fitur Geluncuran Dialek Melayu Saribas, Jurnal Bahasa, Jld 13,
Bil.2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Nik Hassan Basri Nik Abdul Kadir (2005). Pengajaran Gaya Bahasa dalam Bahasa
Melayu, Jurnal Pengajian Melayu, Jld 16. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka

Siti Hajar Abdul Aziz (2009). Siri Pendidikan Guru: Bahasa Melayu II. Selangor
DarulEhsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

S. Nathesan (2008). Laras Bahsa Ilmiah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka

S. Nathesan. (2001). Makna dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai