Anda di halaman 1dari 34

1.

0 PENGENALAN

Penyuntingan menurut KBBI (2007), penyuntingan adalah proses,cara, perbuatan menyunting

atau sunting menyunting. Manakala, perkataan penyuntingan berasal daripada kata sunting.

Sunting membawa maksud pembetulan atau pembaikan karangan, buku, makalah dan

sebagainya. Penyuntingan pula ialah perbuatan menyunting. Orang yang melakukan kerja-

kerja penyuntingan dinamakan penyunting. Istilah lain bagi penyunting ialah editor.

Selain itu, Penyuntingan berasal dari kata dasar sunting. Kata sunting melahirkan

bentuk turunan menyunting (kata kerja), penyunting (kata benda), dan penyuntingan (kata

benda). Kata menyunting berarti menyiapkan naskah siap terbit dengan melihat dari sisi

sisematik penampilannya, isi, dan bahasa (menyangkut ejaan, diksi, dan struktur huruf). Orang

yang melakukan pekerjaan menyunting disebut penyunting. Sementara itu, penyuntingan

bermakna proses, cara, perbuatan, yang terkait dengan kegiatan sunting-menyunting.

Menyunting dapat didefinisikan sebagai kegiatan membaca kembali sambil meneliti

kesalahan-kesalahan yang terdapat dalam sebuah tulisan. Proses ini biasanya dilakukan oleh

diri sendiri terhadap tulisan sendiri atau penyunting terhadap tulisan orang lain. Kegiatan

penyuntingan dilihat remeh bahkan kini telah diabaikan. Padahal, pengalaman hampir semua

penulis besar mengungkapkan, proses penyuntingan adalah sebuah tahapan menulis yang

menjadi salah satu kunci kejayaan mereka sebelum mereka menjadi penulis ternama.

Berpandukan kepada Gaya Dewan (2018), terdapat empat bahagian bagi sesebuah buku

antaranya adalah, Kulit, Bahan Awalan, Bahan Teks dan Bahan Akhiran. Analisis ini hanya

memfokuskan kepada bahagian kulit buku sahaja. Lima buah buku bacaan umum telah dipilih

bagi menjalankan analisis ini.

1
2.0 KERANGKA KONSEP

Berikut adalah kerangka konsep yang telah digunakan bagi analisis ini:

2.1 KULIT DEPAN

2.1.1 Maklumat Asas

Maklumat asas pada kulit depan buku ialah:

(a) Judul

(b) Nama penulis, editor, penyusunan, penterjemahan, atau penceritaan semula tanpa

gelar atau pangkat.

i) Bagi karya yang ditulis, dikumpulkan atau diterjemah oleh tidak lebih

daripada tiga orang, ketiga-tiga nama penulis, editor penyusun, atau penulis

penterjemah (jika karya terjemahan) hendaklah dicetak.

ii) Bagi karya yang ditulis, dikumpulkan atau diterjemah oleh lebih daripada

tiga orang, nama penulis, editor, penyusun atau penterjemah yang utama

sahaja yang dicetak dan diikuti dengan et al.

(c) Nama pelukis (untuk buku bergambar kanak-kanak).

(d) Perkataan Sastera kanak-kanak untuk penerbitan buku kanak-kanak, kecuali buku

sekolah rendah.

(e) Perkataan Sastera remaja untuk pnerbitan buku remaja.

(f) Nama dan nombor siri untuk semua penerbitan bersiri.

(g) Logo penerbitan DBP.

2.1.2 Keterangan Lain

Keterangan lain seperti yang berikut boleh dimuatkan pada kilut depan sekiranya dapat

memberi maklumat tentang buku:

2
(a) Nama samara penulis.

(b) Keterangan tentang penulis.

(c) Keterangan tentang karya.

(d) Keterangan tentang ilustrasi.

(e) Keterangan tentang edisi

(f) Keterangan tentang jilid.

(g) Keterangan tentang siri.

(h) Nama editor, penyusun dan illustrator.

(i) Keterangan tentang editor.

(j) Keterangan tentang penyusun.

(k) Keterangan tentang illustrator.

(l) Keterangan tentang sumber bahan.

(m) Nama penterjemah.

(n) Keterangan tentang penterjemahan.

(o) Nama penulis kata pengantar, pendahuluan, atau kata alu-aluan.

(p) Nama projek atau penyelenggara projek.

(q) Logo institusi atau penerbit 3amara3.

(r) Maklumat untuk tujuan promosi.

2.2 KULIT BELAKANG

2.2.1 Maklumat Asas

Maklumat asas pada kulit belakang buku ialah:

(a) Blurb.

(b) Kod jalur

3
Maklumat asas pada kulit belakang buku bergambar kanal-kanak ialah:

(a) Blurb atau blurb berserta ilustrasi.

(b) Pembaca sasaran

(c) Notis hak cipta

(d) Data pengkatalogan-dalam-penerbitan dan ISBN.

(e) Kod jalur

2.2.2 Keterangan Lain

Keterangan lain yang boleh dimuatkan pada kulit belakang ialah:

(a) Biodata penulis sahaja atau biodata beserta fotograf penulis.

(b) Ilustrasi.

(c) Judul lain dalam siri atau bidang yang sama.

(d) Judul lain oleh penulis yang sama.

(e) Ulasan tentang buku.

(f) Biodata dan fotograf penulis (untuk buku bergambar kanak-kanak sahaja).

(g) Nama dan alamat pencetak (untuk buku bergambar kanak-kanak sahaja).

2.2.3 Bahagian Dalam Kulit Belakang (untuk Buku Bergambar dan Buku Aktiviti

Kanak-kanak Sahaja)

Bahagian ini digunakan untuk menempatkan bahan-bahan seperti kad, alat tulis, poster, dan

sebagainya bagi melengkapkan buku bergambar dan buku aktiviti kanak-kanak.

2.3 TULANG BELAKANG

2.3.1 Maklumat Asas

4
Maklumat pada tulang belakang buku ialah:

(a) Logo penerbitan DBP.

(b) Judul buku.

(c) Nama penulis.

Maklumat asas pada tuluang belakang buku bersiri ialah:

(a) Logo penerbitan DBP.

(b) Judul buku.

(c) Nama siri.

(d) Nombor siri atau jilid.

2.3.2 Logo

Logo penerbitan DBP hendaklah dicetak pada kulit depan dan tulang belakang.

2.4 JENIS KULIT

Kulit buku terbahagi kepada kulit lembut dan kulit keras.

2.4.1 Kulit lembut

(a) Kulit depan

(b) Kulit belakang

(c) Tulang belakang

2.4.2 Kulit Lembut Bersayap

(a) Kulit depan

(b) Sayap depan

Maklumat pada sayap depan buku umum boleh mengandungi:

5
i) Ulasan tentang buku.

ii) Judul lain oleh penulis yang sama atau siri yang sama atau bidang yang sama.

Maklumat pada sayap depan buku kanak-kanak ialah:

i) Keterangan tentang latar belakang karya.

ii) Judul lain oleh penulis yang sama atau siri yang sama atau bidang yang sama

(beserta fotograf).

iii) Synopsis cerita (untuk kumpulan cerita rakyat).

iv) Nota daripada penulis untuk pembaca.

(c) Sayap belakang.

Maklumat pada sayap belakang buku umum ialah:

i) Biaodata penulis sahaja atau biodata beserta fotograf penulis atau illustrator,

atau fotograf buku dalam siri atau bidang yang sama.

ii) Nama dan alamat lengkap penerbit.

Maklumat pada sayap belakang buku kanak-kanak ialah:

i) Sambungan 6amara6s cerita (untuk kumpulan cerita rakyat) dari sayap kulit

depan.

ii) Biodata penulis.

iii) Judul lain yang bakal terbit oleh penulis yang sama atau dalam siri yang sama

atau bidang yang sama.

(d) Kulit belakang

(e) Tulang belakang

2.5 KULIT KERAS

6
(a) Kulit depan

(b) Kulit belakang

(c) Tulang belakang

Buku kulit keras boleh juga diterbitkan berjaket.

2.6 KULIT KERAS BERJAKET

(a) Kulit depan

Judul buku dan logo sahaja dicetak pada kulit depan. Kod jalur dicetak menegak di

sudut kiri sebelah bahawah bahagian dalam kulit depan dengan jarak 12mm dari jidar

kaki.

(b) Kulit belakang

Tiada apa-apa maklumat pada kulit belakang.

(c) Tulang belakang

Maklumat pada jaket adalah seperti yang berikut:

(a) Jaket depan.

(b) Jaket belakang.

(c) Sayap depan dan sayap belakang jaket.

Maklumat pada sayap depan jaket mengandungi perkara berikut:

i) Keterangan tentang buku.

ii) Judul lain oleh penulis yang sama.

iii) Judul lain dalam siri yang sama.

iv) Ulasan tentang buku.

Maklumat pada sayap belakang jaket mengandungi perkara berikut:

7
i) Fotograf penulis.

ii) Biodata penulis.

iii) Biodata iustrator (jika berkaitan).

iv) Nama penerbitdan alamat lengkap.

(d) Tulang belakang

Maklumat pada tulang belakang jaket.

2.7 KOD JALUR

Kod jalur mengandungi maklumat tentang ISBN dan harga.

3.0 ANALISIS

Pada bahagian ini , buku-buku yang telah dipilih iaitu sebanyak lima buah buku bacaan umum

akan di analisis mengikut bahagian-bahagian yang telah ditetapkan iaitu, Kulit depan, Kulit

belakang, Tulang belakang dan Jenis kulit.

3.1 Kulit Depan

Kulit depan sesebuah buku adalah sangat penting dan melambangkan indentiti bagi seseorang

penulis serta penerbit. Kulit depan buku juga memainkan peranan yang sangat besar dalam

menarik minat seseorang pembaca untuk mendapatkan buku-buku tersebut. Perkara yang

menjadi keutamaan bagi seseorang pembaca selain daripada tajuk yang menarik kulit depan

buku yang unik serta menarik juga menjadi salah satu keutamaan bagi seseorang pembaca

ataupun pembeli. Oleh itu, dapat dilihat rata-rata buku yang diterbitkan akan mempunyai kulit

depan buku yang berwarna warni serta mengandungi gambar-gambar yang menarik bagi

8
menyentuh minat pembaca diluar sana bagi mendapatkan buku yang diterbitkan tersebut.

Berikut adalah bahagaian kulit depan buku bagi ke lima-lima bahan kajian yang telah

digunakan:

Rajah 3.1(a): Kulit Depan ‘Secawan Kopi daripada Guru’

9
Rajah 3.1(b): Kulit depan buku ‘#Henshin’

Rajah 3.1(c): Kulit depan buku ‘Sebelum Aku Bernikah’

10
Rajah 3.1(d): Kulit depan buku ‘Bicara Ini Untuk Murabbi’

Rajah 3.1(e): Kulit depan buku ‘Kerana Manisnya Ukhwah’

11
3.1.1 Maklumat Asas

Pada bahagian kulit depan buku terdapat beberapa perkara penting yang pelu ada pada kulit

depan tersebut antaranya adalah, Judul, Nama penulis, editor, penyusun, penterjemah atau

pencerita semula, Nama pelukis (untuk buku bergambar kanak-kanak), Perkataan Sastera

Kanak-kanak untuk penerbitan buku kanak-kanak, Perkataan Sastera Remaja untuk penerbitan

buku remaja, Nama dan nombor siri dan Logo penerbitan. Bagi buku bacaan umum pertama

yang dipilih seperti di rajah 3.1(a), menunjukkan bahawa pada kulit depan buku tersebut

terdapat judul buku yang digunakan iaitu ‘Secawan Kopi daripada Guru’. Manakala, terdapat

juga nama penyusun bagi buku tersebut iaitu disusun oleh Bahagian Pendidikan Guru dan

Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada bahagian kulit depan buku ini juga diletakkan nombor

siri bagi keluaran buku ini iaitu, buku ini merupakan siri yang kedua. Namun, pada bahagian

kulit depan buku ini tidak diletakkan logo penerbitan iaitu, buku ini telah diterbitkan oleh

Bahagian Pendidikan Guru.

Seterusnya jika dilihat pada buku bacaan umum kedua seperti di rajah 3.1(b), yang

bertajuk ‘#HENSHIN From Jahiliah To Jannah’, kulit depan buku ini mengandungi judul buku.

Nama penulis bagi buku ini juga disertakan pada kulit depan buku ini iaitu, penulisnya adalah

Aiman Banna. Logo penerbitan bagi buku ini juga turut disertakan pada bahagian kulit depan

buku ini yang diterbitkan oleh Inspirasee Publication. Bagi buku yang ketiga pula yang dirujuk

pada rajah 3.1(c), pada bahagian kulit depan buku ini terdapat judul buku iaitu, ‘Sebelum Aku

Bernikah, Memeluk Sempurna’. Buku ini juga turut meletakkan nama bagi penulis buku ini

yang bernama Hilal Asyraf. Bagaian kulit depan buku ini juga diletakkan logo penerbitan buku

ini iaitu, PTS Sdn.Bhd.

Beralih kepada buku yang keempat dirujuk pada rajah 3.1(d), buku ini juga turut

mempunyai judulnya iaitu ‘Bicara Ini Untuk Murabbi’. Nama penyusun bagi buku ini iaitu, M.

12
Amiro Safwan M. Kamil juga disertakan pada bahagian kulit depan ini dan logo bagi

penerbitan buku ini juga turut disertakan pada bahagian kulit depan buku ini. Terakhir adalah

buku yang dirujuk pada rajah 3.1(c), yang bertajuk ‘Kerana Manisnya Ukhwah’. Penulis bagi

buku ini adalah Wan Nadzipah Maharah dan penerbit bagi buku ini ialah Iman Publication.

Kulit depan buku ini dilihat mempunyai judul, Nama penulis, Logo penerbitan juga disertakan

dan buku ini juga terdapat nama siri yang diletakkan iaitu Siri Motivasi.

3.1.2 Keterangan Lain

Keterangan lain ini merupakan maklumat tambahan yang turut disertakan pada bahagian kulit

depan buku dan mempunyai sebab-sebab tertentu diletakkan pada kulit depan buku tersebut

sebagai memberi maklumat berkaitan buku tersebut. Perkara yang terdapat dalam keterangan

lain ini adalah seperti, Nama samara Penulis, Keterangan tentang Karya, Keterangan tentang

ilutrasi, Keterangan tentang edisi, Keterangan tentang jilid, Keterangan tentang siri, Nama

editor, penyusun atau illustrator, Keterangan tentang editor, Keterangan tentang penyusun,

Keterangan tentang illustrator, Keterangan tentang sumber bahan, nama penterjemah,

Keterangan tentang penterjemah, Nama penulis kata pengantar, pendahuluan atau kata alu-

aluan, Nama projek, Logo institusi atau penerbitan Bersama dan Maklumat untuk tujuan

promosi.

Bagi lima buku bacaan umum yang telah dipilih empat buah daripadanya mempunyai

keterangan lain pada bahagian kulit depan buku-buku tersebut. Bagi buku yang pertama yang

bertajuk ‘Secawan Kopi daripada Guru’ yang dirujuk pada rajah 3.1.2(a), pada kulit hadapan

buku tersebut terdapat keterangan tentang karya turut diletakkan. Seterusnya, buku kedua yang

dirujuk pada rajah 3.1.2(b), yang bertajuk ‘#HENSHIN From Jahiliah To Jannah’ buku ini

telah menggunakan nama samaran penulis dan maklumat untuk tujuan promosi.

13
Selain itu, buku yang ketiga yang dirujuk pada rajah 3.1.2(c), yang bertajuk ‘Bicara Ini

Untuk Murabbi’. Buku ini mempunyai keterangan seperti keterangan tentang sumber bahan

dan Nama penulis kata pengantar. Manakala, bagi buku yang terakhir yang bertajuk ‘Kerana

Manisnya Ukhwah’ yang dirujuk pada rajah 3.1.2(d), tersebut turut meletakkan nama penulis

kata pengantar bagi buku tersebut dan terdapat juga keterangan tentang siri iaitu Siri Motivasi.

Rajah 3.1.2(a): Keterangan tentang karya

14
Rajah 3.1.2(b): Nama samaran Penulis dan Maklumat untuk tujuan promosi

Rajah 3.1.2(c): Keterangan tentang sumber bahan dan Nama penulis kata pengantar

15
Rajah 3.1.2(d): Nama penulis kata pengantar dan Keterangan tentang siri

3.2 Kulit Belakang

Pada bahagian ini, akan dipamerkan bahagian kulit belakang bagi lima buku bacaan umum

yang telah dipilih bagi dianalisis. Kulit belakang bagi sesebuah buku juga turut mempunyai

pernannya yang tersendiri. Kebiasaanya bagi pengemar-pengemar buku mereka pertamanya

akan melihat kepada kulit depan dan seterusnya mereka akan beralih pada bahagian kulit

belakang kerana kebiasaanya mereka akan melihat kepada blurb buku tersebut menarik ataupun

tidak. Oleh itu, blurb merupakan sesuatu yang penting bagi sesebuah buku pada bahagian

belakang selain daripada perkara-perkara lain yang terdapat pada bahagian belakang buku.

Berikut adalah bahagian belakang buku bagi kelima-lima buah buku yang telag dipilih.

16
Rajah 3.2(a): Kulit belakang buku ‘Secawan Kopi daripada Guru’

17
Rajah 3.2(b): Kulit belakang buku ‘#HENSHIN From Jahiliah To Jannah’

Rajah 3.2(c): Kulit belakang buku ‘ Sebelum Aku Bernikah’

18
Rajah 3.2(d): Kulit belakang buku ‘Bicara Ini Untuk Murabbi’

Rajah 3.2(e): Kulit belakang buku ‘Kerana Manisnya Ukhwah’

19
3.2.1 Maklumat Asas

Pada bahagian kulit belakang sesebuah buku terdapat dua maklumat asas yang perlu ada pada

setiap buku iaitu, Blurb dan Kod jalur. Bagi buku-buku bacaan umum yang telah dipilih

sebanyak lima buah buku iaitu buku pertama yang dirujuk pada rajah 3.2(a) sehingga rajah

3.2(e) tersebut dilihat terdapat blurb dan kod jalur yang diletakkan pada bahagian kulit buku-

buku tersebut.

3.2.2 Keterangan Lain

Keterangan lain ini merupakan maklumat lain yang dimuatkan pada bahagian kulit belakang

buku. Keterangan lain adalah seperti biodata penulis atau biodata beserta fotograf penulis,

Ilutrasi, Judul lain dalam siri atau bidang yang sama, Judul lain oleh penulis yang sama, Ulasan

tentang buku, Biodata dan fotograf (bagi buku bergambar kanak-kanak) dan Nama serta alamat

pencetak.

Jika dilihat kepada lima buku yang telah dipilih, hanya tiga buah buku sahaja yang

mempunyai keterangan lain pada bahagian kulit belakang bukunya. Buku yang pertama yang

bertajuk ‘#HENSHIN From Jahiliah To Jannah’ yang dirujuk pada rajah 3.2.2(a). Pada

bahagian kulit belakang buku tersebut disertakan ulasan tentang buku. Bagi buku yang dirujuk

pada rajah 3.2.2(b), yang bertajuk ‘Sebelum Aku Bernikah,Memeluk Sempurna’ pada bahagian

kulit bekang buku tersersebut ditambah keterangan lain yang berkaitan dengan judul buku lain

yang ditulis oleh penulis yang sama.

Selain itu, untuk buku yang ketiga bertajuk ‘Bicara Ini Untuk Murabbi’ dirujuk pada

rajah 3.2.2(c). Pada bahagian kulit belakang buku tersebut selain daripada blurb dan kod jalur

turut juga disertakan ulasan tentang buku. Berikut adalah buku-buku yang dirujuk:

20
Rajah 3.2.2(a): Ulasan tentang buku

Rajah 3.2.2(b): Judul lain oleh penulis yang sama

21
Rajah 3.2.2(c): Ulasan tentang buku

3.3 Tulang Belakang

Bahagian tulang belakang bagi buku adalah sangat penting. Hal ini kerana bagi sesebuah buku,

jika tidak ada tulang buku maka ianya tidak akan dipanggil sebagai buku. Tulang buku juga

berfungsi sebagai rujukan bagi pembaca-pembaca kerna kebiasaan penyusunan buku di

perpustakaan mahupun di kedai-kedai buku tulang belakang buku yang akan dipamerkan kepda

pembaca ataupun pembeli. Maka, daripada tulang buku yang baik akan menarik minat pembaca

serta pembeli. Berikut adalah tulang buku yang terdapat pada lima buku bacaan umum yang

telah dipilih:

22
Rajah 3.3(a): Tulang belakang buku ‘Secawan Kopi daripada Guru’

Rajah 3.3(b): Tulang belakang buku ‘#HENSHIN From Jahiliah To Jannah’

Rajah 3.3(c): Tulang belakang buku ‘Sebelum Aku Bernikah,Memeluk Sempurna’

23
Rajah3.3(d): Tulang belakang buku ‘Bicara Ini Untuk Murabbi’

Rajah 3.3(e): Tulang belakang buku ‘Kerana Manisnya Ukhwah’

3.3.1 Maklumat Asas

Pada bahagian ini, memaparkan perkara asa yang perlu ada pada tulang belakang buku. Antara

maklumat asas tersebut adalah seperti, Logo penerbitan, Judul buku dan Nama penulis.

Manakala, bagi maklumat asas bagi buku yang bersiri pula ialah, Logo penerbitan, Judul buku,

Nama siri dan Nombor siri atau jilid.

Merujuk pada buku di rajah 3.3(a), pada bahagian tulang belakang bagi buku tersebut

hanya mempunyai judul buku sahaja. Bagi buku yang kedua pada rajah 3.3(b), menunjukkan

terdapat logo penerbitan, judul buku serta nama penulis juga turut dimuatkan pada bahagian

tulang buku tersebut. Seterusnya, rajah 3.3(c) yang bertajuk ‘Sebelum Aku Bernikah, Memeluk

Sempurna’ menunjukkan terdapat logo penerbitan disertakan pada bahagian yulang belakang,

24
Judul buku juga diletakkan dan nama penulis juga dimuatkan pada bahagian tulang belakang

buku tersebut.

Rajah 3.3(d) menunjukkan pada bahagian tulang belakang buku tersebut hanya

disertakan logo penerbitan dan judul buku sahaja. Buku yang kelima yang dirujuk pada rajah

3.3(e), memaparkan logo penerbitan buku tersebut. Judul bagi buku tersebut juga turut

dipamerkan dan tidak lupa nama penulis juga turut dimasukkan pada bahagian tulang belakang

buku tersebut. Namun terdapat sedikit kekurang pada buku ini kerana buku ini merupakan buku

yang bersiri. Akan tetapi, nama siri bagi buku ini tidak disertakan dibahagian tulang belakang

buku dan hanya memaparkan nama siri pada bahagian kulit depan buku sahaja.

3.3.2 Logo

Pada bahagian logo penerbitan ini, empat buah buku didapati mempunyai cetakan logo

penerbitan pada bahagian kulit depan dan pada bahagian tulang belakang buku. Namun,

terdapat sebuah buku sahaja yang tidak mempunyai cetakan logo penerbitan pada bahagian

kulit depan buku dan tulang belakang buku. Hal ini kerana, buku tersebut telah diterbitkan oleh

Bahagian Pendidikan Guru dan dibantu oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

3.4 Jenis Kulit

Bagi sesebuah buku yang menarik dan baik, jenis kulit juga memainkan peranan yang

tersendiri. Jenis kulit mengikut gaya dewan telah dibahagiakan kepada dua bahagian iaitu,

Kulit lembut dan Kulit keras. Dibawah Jenis kulit juga terdapat lagi dua tambahan jenis kulit

iaitu Kulit lembut bersayap dan Kulit keras berjaket.

25
3.4.1 Kulit Lembut

Terdapat tiga ciri yang telah ditetapkan dibawah jenis kulit lembut buku iaitu, Kulit depan,

Kulit belakang dan tulang belakang. Daripda lima buah buku bacaan umu yang telah dipilih,

hanya terdapat dua buah buku sahaja yang jenis kulitnya adalah jenis kulit lembut. Buku

tersebut adalah dirujuk pada rajah 3.4.1(a), yang bertajuk Kerana Manisnya Ukhwah’ dan

Sebuah lagi buku adalah dirujuk pada rajah 3.4.1(b), yang bertajuk ‘ Sebelum Aku Bernikah’.

Buku-buku tersebut memenuhi ketiga ciri-ciri dibawah jenis kulit lembut tersebut. Buku-buku

tersebut pada bahagian kulit depanya, Kulit belakang serta tulang belakangnya juga

menngunakan jenis kulit buku yang lembut. Berikut adalah buku-buku yang telah dipilih

menggunakan kulit lembut

Rajah 3.4.1(a): Kulit Lembut Buku ‘Kerana Maniasnya Ukhwah’

26
Rajah 3.4.1(b): Kulit lembut buku ‘Sebelum Aku Bernikah’

3.4.2 Kulit Lembut Bersayap

Kulit Lembut bersayap ini terdapat pada bahagian kulit depan buku. Pada bahagian sayap buku

tersebut kebiasaanya mengandungi, Ulasan tentang buku, Judul lain oleh penulis yang sama

atau siri yang sama atau bidang yang sama. Pada bahagian sayap belakang pula kebiasaannya

terdapat maklumat berkaitan, Biodata penulis sahaja atau biodata beserta fotografpenulis atau

illustrator, atau fotografbuku siri atau bidang yang sama serta Nama dan alamat lengkap

penerbitan.

27
Bagi buku pertama yang dirujuk pada rajah 3.4.2(a) tersebut menunjukkan pada

bahagian sayap depan buku tersebut terdapat sepotong hadis yang telah diriayatkan oleh

Abdullah Bin Amru Bin Al Ash. Ulasan serta judul lain berkaitan buku tidak desertakan pada

bahagian tersebut. Seterusnya pada bahagian sayap belakang pula, biodata penulis Nama dan

alamat lengkap penerbit juga tidak dinyatakan kecuali dengan hanya meletakkan kata-kata

yang dierik daripada Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz beserta gambar beliau dan Nama penuh

beluai sahaja dipaprkan pada bahagian sayap belakang buku tersebut.

Bagi buku yang kedua yang dirujuk pada rajah 3.4.2(b) yang bertajuk ‘#HENSHIN

From Jahiiah To Jannah’, jika dilihat pada bahagian saypa hadapan buku tersebut tertera

keterangan ringkas yang berbentuk peta minda berkaitan ulasan keseluruhan buku tersebut.

Manakala, bagi judul lain oleh penulis yang sama atau siri yang sama atau bidang yang sama

tidak sama-sekali disertakan pada bahagian sayap hadapan buku tersebut. Seterusnya adalah

pada bahagian sayap belakang buku. Pada bahagian ini, biodata ringkas serta fotograf penulis

juga diletakkan pada bahagian tersebut. Berikut adalah contoh sayap depan dan belakang yang

terdapat pada buku-buku tersebut.

28
Rajah 3.4.2(a): Sayap buku depan dan Sayap buku belakang

Rajah 3.4.2(b): Sayap depan dan Sayap belakang buku

29
3.4.3 Kulit Keras

Kulit keras mahupun kulit lembut, perkara tersebut bergantung kepada seseorang penerbit dan

penulis itu sendiri. Bagi buku yang menggunakan kulit jenis keras ini, buku tersebut akan tidak

mudah untuk rosak dan luaran buku tersebut juga kelihatan lebih kemas. Diantara lima buku

bacaan umum yang digunakan tersebut hanya sebuah buku sahaja yang menggunakan jenis

kulit keras.

Buku tersebut telah dirujuk pada rajah 3.4.3(a) yang bertajuk ‘Secawan Kopi daripada

Guru’. Buku tersebut menggunakan jenis kulit keras pada bahagian kulit depan, kulit belakang

serta tulang belakangnya. Kulit keras juga boleh dihasilkan dengan adanya jaket. Namun, bagi

buku ini hanyalaj jenis kulit keras sahaja.

Rajah 3.4.3(a): Buku Jenis kulit keras

30
3.4.4 Kod Jalur

Kod jalur berperanan sebagai mengandungi maklumat berkaitan ISBN dan harga. Jika dilihat

kod yang terdapat padanya adalah berbeza-beza mengikut buku dan perkara tersebut yang

membezakan jenis buku dan harga. Namun bagi kod jalur pada buku adalah sama bentuknya

dan fungsinya juga sama. Berikut adalah kod jalur bagi kelima-lima buku yang telah

digunakan.

Rajah 3.4.4(a): Kod Jalur bagi buku ‘Secawan Kopi daripada Guru’

Rajah 3.4.4(b): Kod jalur bagi buku ‘Sebelum Aku Bernikah’

31
Rajah 3.4.4(c): Kod jalur bagi buku #HENSHIN From Jahiliah To Jannah’

Rajah 3.4.4(d): Kod jalur bagi buku ‘Kerana Manisnya Ukhwah’

Rajah 3.4.4(e): Kod jalur bagi buku ‘Bicara Ini Untuk Murabbi’

32
4.0 Kesimpulan

Setelah analisis pada bahagian kulit dilakukan terhadap lima buah buku bacaan umum

tersebut, didapati bahawa terdapat buku yang memetuhi sebagaimana yang telah ditetapkan

oleh Gaya Dewan (2018). Namun terdapat juga buku yang mengikut kreativiti penulis dan

penerbit itu sendiri bagi mempamerkan hasil mereka.

Selain itu, buku yang dianalisi juga tidak mempunyai kretiria-kretiria yang berbeza

berbanding Yang telh ditetapkan oleh Gaya Dewan (2018). Hal ini kerana, penerbit mahupun

penulis bagi buku tersebut mereka tidak menggunakan Gaya Dewan (2018), sebagai rujukan

malah mereka menerbitkan karya mereka mengikut permintaan pembacaa.

33
Rujukan

Gaya Dewan Edisi Ketiga, 2018. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

34

Anda mungkin juga menyukai