Anda di halaman 1dari 7

SYARAHAN RASUAH DIHINDARI KEMAKMURAN

DINIKMATI

Indah berbalam si awan petang,


Berarak di celah pepohon ara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Assalamualaikum wbt,

Salam sejahtera dan salam keluarga Malaysia,saya


titipkan buat anda semua. Seawal Nabi Adam
diciptakan saat itulah penerokaan ilmu bermula.
Dengan membaca segala petanda kebesaran Yang
Maha Esa, maka terbinalah ketamadunan manusia.
Sekalung apresiasi kepada jurangan pembawa acara
yang berseri, kombinasi kehakiman yang berintergrit,
kelompok pendidik yang bestari seterusnya hadirin dan
hadirat yang dikasihi.
“Rasuah dihindari kemakmuran dinikmati.” Begitulah
mauduk syarahan yang akan saya kupas satu per satu
sebentar sahaja lagi.
Sebelum bahtera belayar alangkah moleknya jika kita
sama-sama merungkai definisi tajuk syarahan yeng
telah termeterai. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka edisi Keempat, Rasuah ialah penerimaan atau
pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk
seseorang individu kerana melakukan atau tidak
melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan tugas
rasmi. Suapan boleh terdiri daripada
wang,hadiah,bonus,perkhidmatan,jawatan,upah
mahupun undi.
Menurut Profesor Syed Husin Al-Attas pula
mentakrifkan rasuah sebagai sesuatu yang mencakupi
penyuapan,pemerasan dan napotisme iaitu merujuk
kepada pelantikan saudara mara yang tidak layak untuk
sesuatu jawatan.

Hadirin yang saya hormati,

Firman Allah S.W.T. didalam Surah Al-Baqarah ayat 188


yang sungguh indah :
Maksudnya: Dan janganlah kamu memakan harta di
antara kamu dengan jalan yang batil dan janganlah
kamu menyuap dengan harta itu kepada para hakim,
dengan maksud agar kamu dapat memakan
sebahagian harta orang lain itu dengan jalan
dosa,padahal kamu mengetahuinya.

Pokok pangkalnya, rasuah mampu memporak-


perandakan nusa dan bangsa lalu meranapkan
sesebuah peradaban agung yang maju serta terkenal di
seantero dunia. Mari kita selusuri sejarah lampau
sebuah negara yang gah lagi masyhur dengan sistem
pentadbirannya yang mantap. Siapa yang tidak kenal
dengan Kesultanan Melayu Melaka, sebuah kerajaan
yang cukup dikagumi dan disanjungi. Namun tahukah
anda punca kejatuhan kerajaan Kesultanan Melayu
Melaka ke tangan penjajah asing yang rakus dan tamak
mahukan hasil bumi tanah air kita? Ya, rasuahlah
jawapannya. Peristiwa pada tahun 1511 ini wajar
menjadi satu iktibar jelas bahawa rasuah dan
penghiatan boleh melemahkan sesebuah kerajaan
serta meruntuhkan ketamadunan negara .

Justeru itu, tidak hairanlah yang rasuah ini merupakan


musuh nombor satu negara yang telah disuarakan oleh
kerajaan sejak dahulu lagi. Namun mampukah pokok
perbincangan kita pada hari ini dapat dihapuskan
dalam kalangan rakyat tempatan yang menjadi gunting
dalam lipatan jika pihak atasan juga bersikap hangat-
hangat tahi ayam dalam melakukan sesuatu tindakan?

Hadirin dan Hadirat yang saya hormati,


Isu rasuah ini tidak boleh dipandang enteng kerana
amalan duri dalam daging ini jika dibiarkan akan
mengakibatkan produktiviti negara terjejas teruk. Hal
ini terbukti melalui statistik yang menunjukkan
peningakatan tangkapan rasuah yang meningkat setiap
tahun mulai tahun 2005 hingga tahun 2007. Pada
tahun 2005 jumlah tangkapan rasuah yang dapat
dicatatkan ialah 485 kes dan meningkat kepada 578 kes
pada tahun 2006. Kes ini terus meningkat pada tahun
2007 iaitu sebanyak 590 kes. Keadaan ini berlaku
kerana, perasuah dan penerima rasuah yang dilantik
untuk pelbagai jawatan sama ada pekerja biasa
mahupu berkemahiran tinggi yang diberikan kepada
mereka yang tidak berkelayakan.

Malah, rasuah juga mengancam keselamatan rakyat


dan negaradari segi sektor perniagaan dan pembinaan
bahan yang tidak berkualiti. Serta melemahkan sistem
pemerintahan dan menyebabkan lahirnya pemimpin
yang tidak berkualiti. Hujah saya yang terakhir ialah
amalan rasuah dalam masyarakat akan memberi imej
negara yang buruk pada mata dunia. Sekiranya
perbuatan keji ini menjadi satu budaya akan
menyebabkan kita dinggap bangsa yang tidak bermoral
dan hina. Dalam masa yang sama, pelabur- pelabur
juga akan turut kehilangan keyakinan terhadap
kestabilan politik dan wawasan pemimpin dalam
menjamin pulangan dalam pelaburan mereka. Dengan
kata lain, negara kita akan dipencilkan oleh masyarakat
antrabangsa. Akhirnya kitalah nanti yang hidung tak
pemancung, pipi tersorong-sorong, menagih simpati
pelabur-pelabur antarabangsa ini.

Indikator yang seterusnya, rasuah juga menyebabkan


pengagihan kemakmuran negara yang tidak seimbang.
Natijahnya, golongan yang kaya akan bertambah kaya
sedangkan kais pagi makan pagi,kais petang makan
petang ini akan terus dipinggirkan daripada mendapat
hak yang sepatutnya. Terdapat perkaitan yang rapat
antara gejala dan kemiskinan, ini kerana ¾ daripada
negara –negara yang miskin, dimana rakyatnya
berpendapatan kurang 1 dolar Amerika sehari. Jika
rasuah terus bermaharajalela, golongan marhaen akan
terbeban dengan kos sara hidup yang semakin
meningkat seperti cukai dan prasarana.
Warga dewan yang saya hormati sekalian,

Untuk menghapuskan rasuah, kita perlulah


memberikan penekanan kepada si penerima, kerana
dialah kunci yang menyebabkan berlakunya salah laku
itu. Bak kata lidah pendeta, kalau tiada angin, masakan
pokok bergoyang. Kalau tidak ada penerima, maka
pemberi dengan sendirinya berkurang lalu hasrat
untuk menjadikan Malaysia negara yang sifar rasuah
mampu dicapai.

Tuntasnya, penerima perlulah mempersiapkan diri


dengan benteng yang kukuh yang mampu menagkis
segala godaan. Pengetahuan agama dan moral yang
tinggi serta tahap keimanan yang kental mampu
menahan diri daripada dibutakan oleh tarikan rasuah.
Sampai disini sahaja syarahan saya kali ini. Sebelum
saya mengundur diri, izinkan saya memberikan
serangkap pantun:-
Bersama putri terusik sukma,
Sambil mendengar siulan cecawi,
Rasuah dibendung usaha bersama,
Di mata dunia menjulang pertiwi.
Wabillahitaufiq wal hidayah wassalamualikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai