Anda di halaman 1dari 2

LATIHAN 2

Pemahaman - Prosa Moden


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kadang-kadang aku kesian juga dengan emak. Tekun benar dia. Malah tapai ubi
sudah menjadi mata pencariannya. Sejak aku kecil, emak dan bapa sudah berniaga
tapai ubi. Aku membesar berkat hasil jualan tapai ubi. Aku belajar berkat hasil jualan
tapai ubi. Bukan aku sahaja, seluruh adik-beradikku hidup atas berkat usaha emak dan
bapa membuat tapai ubi untuk dijual.
“Buat tapai ubi tak boleh bagi orang tahu!” kata emak ketika menabur ragi di atas
ubi rebus di dalam sebuah dulang besar. Aku akur dengan petua emak. Aku hanya
diam.
“Jangan kena kotoran atau minyak,” sampuk bapa pula yang sedang memotong
daun pisang untuk dijadikan pembungkus tapai. Kadang-kadang bapa menggunakan
daun rambai. Bapa tidak mahu menggunakan plastik kerana keaslian tapai akan hilang.
Rasanya kurang enak. Baunya tidak wangi lagi.
“Tak boleh bising-bising,” bisik emak pula. Aku hanya membatu mendengar
petua yang sama sejak aku kecil.
Tapai-tapai yang berbalut daun pisang itu dimasukkan ke dalam bakul. Dahulu,
bapa meletakkan bakul itu di atas para. Kini, rumah kami tidak berpara lagi, sudah
besar hasil jualan tapai buatan emak. Bakul itu hanya diletakkan di bilik khas di
hujung dapur. Ditutup dan diperam seharian sebelum matang untuk dimakan.
Sebenarnya untuk dijual. Itu punca rezeki emak dan bapa, juga kami sekeluarga.

Dipetik daripada Legasi Tapai Ubi,


antologi Bintang Hati Tingkatan 3,
Dewan Bahasa dan Pustaka.

1. Tiga petua perlu diamalkan ketika membuat tapai ubi kecuali


A. tidak boleh bising-bising.
B. tidak boleh menggunakan plastik.
C. tidak boleh kena kotoran atau minyak.
D. ditutup dengan rapat dan diperam seharian sebelum matang.

2. Pilih pernyataan yang benar berdasarkan petikan di atas.


A. tapai perlu ditutup dan diperam semalaman di bilik khas di hujung dapur.
B. tapai yang disiap perlu dibalut menggunakan daun mengkuang.
C. rasa tapai kurang enak sekiranya menggunakan daun rambai.
D. para rumah Parjo sudah dirobohkan kerana menyimpan hasil tapai.

Disediakan oleh : Meganathan Lachimanan


SMK Sungai Karangan
3. Bapa tidak menggunakan plastik untuk membalut tapai adalah seperti yang
berikut kecuali
A. kerana keaslian tapai akan hilang
B. kerana kurang enak.
C. kerana baunya tidak wangi.
D. kerana hasil jualan tapai akan berkurangan.

4. Di manakah peristiwa dalam petikan cerpen tersebut berlaku?


A. di rumah Parjo.
B. di kedai bapa Parjo.
C. di syarikat bapa dan emak Parjo.
D. di ruang tamu.

5. Latar masyarakat yang tidak terdapat dalam keseluruhan cerita ini ialah
A. masyarakat yang tidak menghormati orang tua.
B. masyarakat yang gigih berusaha.
C. masyarakat yang taat akan perintah ibu bapa.
D. masyarakat yang penyabar.

Disediakan oleh : Meganathan Lachimanan


SMK Sungai Karangan

Anda mungkin juga menyukai