Anda di halaman 1dari 8

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN PAGAR MUSEH, Tel : 011-65735388


09700 KARANGAN,
KEDAH DARUL AMAN Email : kba5022@moe.edu

MINIT MESYUARAT PANITIA PJK


Bil 1 Tahun 2021

Tarikh : 27 Januari 2021 (Rabu)


Masa : 2.00 petang
Tempat : Google Meet
Pengerusi : Pn.Rashedah Binti Md Darisah

Kehadiran : 1. Pn. Noor Hasliza bt Hashim


1. En. Nazari bin Md Saad
3. Pn. Hajjah Farizah bt Shaharani
5. Pn. Hjh. Roziyahtol Haliyah binti Ismail
8. En. Ahmad Jafri b. Umat
10.Pn. Hjh. Zarina bt Mohamad Roozi
11. En. Mohd Nizar b. Abu Bakar
12. Pn. Atikah binti Ismail
14. Pn. Siti Hajar bt Yusof
19. Pn. Rashedah bt Md Darisah
21. Pn. Nuur Issla bt Jamaluddin
22. Pn. Zarina bt. Harun

Tidak Hadir Bersebab : Pn. Nadia bt Yahya

I. PERUTUSAN PENGERUSI

1. Mengalu-alukan kehadiran semua guru sambil mengucapkan terima kasih


kerana dapat meluangkan masa menyertai mesyuarat dan terus bersemangat
dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan hati yang
terbuka terutama dalam menghadapi situasi norma baharu.
2. Ucapan tahniah dan terima kasih untuk barisan pentadbir dan semua guru
kerana telah memberi kerjasama dan komitmen yang baik sehingga terutama
dalam situasi PdPR yang telah berlalu pada tahun 2020.
3. Mohon para guru belajar menerima tanggungjawab dengan sepenuhnya
dengan ikhlas serta berintegriti kerana guru bukan sahaja sebagai pendidik
malah sebagai pemegang amanah penting dalam menjayakan modal insan.
(Pengerusi mengulang pesanan Guru Besar dalam mesyuarat Kurikulum yang
lalu)
4. Dalam situasi Pandemik Covid sekarang, para guru perlu lebih bersedia
menerima dan menyerap segala tekanan yang datang agar segala masalah yang

1
melanda dapat ditangani dengan baik. (Pengerusi mengulang pesanan Guru
Besar dalam mesyuarat Kurikulum yang lalu)
5. Bersyukur dan sentiasa ikhlas dalam menjalankan tugas dan sentiasa gembira
dalam menghadapi tugasan yang telah diamanahkan. (Pengerusi mengulang
pesanan Guru Besar dalam mesyuarat Kurikulum yang lalu)
6. Mengingatkan guru agar sentiasa menjaga kesihatan diri dan mengikut SOP
yang telah ditetapkan sepanjang menghadapi situasi Covid 19 yang sedang
melanda negara ketika ini. (Pengerusi mengulang pesanan Guru Besar dalam
mesyuarat Kurikulum yang lalu)
7. Bekerja dengan hati dan perasaan yang ikhlas kerana keikhlasan dalam
melakukan pekerjaan akan menjadikan kita lebih tenang. (Pengerusi
mengulang pesanan Guru Besar dalam mesyuarat Kurikulum yang lalu)
8. Mengharap dan bergantung hanya kepada Allah bukan kepada manusia
kerana hanya Allah sahaja yang menentukan segalanya. (Pengerusi
mengulang pesanan Guru Besar dalam mesyuarat Kurikulum yang lalu)
9. Pengerusi mengulang pesanan Guru Besar dalam mesyuarat Kurikulum yang
lalu berkenaan 5 Minit PPPM - 5 Aspirasi Sistem Pendidikan Malaysia:

i. Akses

ii. Kualiti

iii. Ekuiti

iv. Perpaduan

v. Kecekapan.

Aspirasi Murid :

i. Pengetahuan

ii. Kemahiran Berfikir

iii.Kemahiran Kepimpinan

iv.Kemahiran Dwibahasa

vi.Identiti Nasional

Makluman

10. Menyentuh semula mengenai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


(PPIM) yang kini telah memasuki gelombang ketiga. (Pengerusi mengulang
pesanan Guru Besar dalam mesyuarat Kurikulum yang lalu)

11. Tumpuan gelombang ketiga antaranya ialah untuk mencapai tingkat yang
lebih tinggi dalam PISA ,meningkatkan inovasi dan prestasi pendidikan agar

2
boleh berdaya saing bersama negara-negara yang lebih maju dalam pendidikan
pada peringkat global. (Pengerusi mengulang pesanan Guru Besar dalam
mesyuarat Kurikulum yang lalu)

Makluman

II. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Pn. Setiausaha membentang minit mesyuarat yang lalu untuk disahkan.


. Cadangan : Pn. Nuur Issla Binti Jamaluddin
Sokong : En Mohd Nizar Bin Abu Bakar
Makluman

III. PERKARA BERBANGKIT

12. Berkaitan perkara, pelaporan PBD 2021 untuk akhir tahun 2020 telah dihantar
kepada semua waris secara dalam talian bermula 30 November 2020. Semua
kelas telah berbuat demikian sebelum sesi persekolahan 2020 berakhir.

Makluman

IV. KURIKULUM

13. Visi dan Misi Sekolah. Visi dan Misi sekolah adalah merujuk kepada Visi dan
Misi KPM, JPN dan PPD, yang telah diselaraskan sebelum ini.Puan Pengerusi
berharap setiap kelas perlu mempamerkan Visi dan Misi sebagaimana yang
telah dimaklumkan sebelum ini.
14. Walaupun situasi Covid yang melanda menghalang segala kemungkinan untuk
kelas dibuka sepenuhnya untuk masa terdekat ini, namun para guru diminta
bersedia untuk kehadiran murid pada bila-bila masa yang akan dimaklumkan
kelak.

Tindakan: Guru Kelas

Visi- Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.

Misi-Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk

Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Makluman

15. Pengesahan AJK Panitia PJK - AJK Panitia PJK adalah seperti yang
tersenarai dalam buku Panduan dan Perancangan Sekolah Tahun 2021 yang
telah diedarkan kepada semua guru dalam mesyuarat Kurikulum Kali 1 untuk
makluman serta tindakan.

3
16. Tugas-tugas Panitia PJK - Merujuk kepada tugas-tugas yang telah
disenaraikan dan ditetapkan dalam takwim/buku berkaitan tugas-tugas guru
yang boleh dirujuk di bilik guru.
17. Secara rasminya guru-guru telah dilantik sebagaimana yang tersenarai dalam
jawatankuasa yang telah dinyatakan dalam buku panduan tersebut. Berharap
agar jawatankuasa yang telah dilantik dapat menjalankan tugas dengan baik
bersesuaian dengan kekangan Covid yang sedang melanda sekarang ini.

Makluman

18. Post Mortem PBD 2021- Pengerusi menzahirkan ucapan tahniah dan terima
kasih kepada semua guru Panitia PJK atas kerjasama menyiapkan Pelaporan
PBD untuk tahun 2021 umumnya.
19. Meminta agar menyemak semula pencapaian murid dan melakukan intervensi
sekiranya perlu agar TP murid dapat ditingkatkan kepada TP 3 dan ke atas.
20. Pengurusan Panitia- Pengurusan Panitia untuk Tahun 2020 agak mencabar
akibat situasi Covid yang melanda, namun untuk tahun 2021, ianya diharap
dapat dikemaskini dan diperbaiki dari masa ke masa.
21. Perancangan aktiviti dan segala program yang tergendala pada tahun 2020
boleh dirancang semula untuk tahun 2021 mengikut kesesuaian dan situasi
yang melanda negara sekarang ini.

Tindakan: J/kuasa Panitia PJK

22. Ketetapan mesyuarat panitia adalah seperti sebelum ini iaitu mesyuarat panitia
pertama perlu dilaksanakan selepas Mesyuarat Kurikulum Pertama, namun
mesyuarat panitia seterusnya (2-4) hendaklah dilaksanakan sebelum
Mesyuarat Kurikulum 2-4 dijalankan. Ini akan memudahkan setiap panitia
untuk memberi laporan setiap kali mesyuarat kurikulum dijalankan.
23. Minit mesyuarat perlu berkualiti (berpandukan data), bukan pernyataan
kosong semata.
24. Mesyuarat panitia perlu memberi fokus berkaitan Pembelajaran Abad ke-21,
PLC, dan PBD.Perkara-perkara tersebut perlu dibincangkan berdasarkan
SKPMg2 dan ketetapan tertentu perlu dicari dalam melakukan setiap aktiviti
panitia.
25. Dalam situasi sekarang mesyuarat panitia boleh dilaksanakan mengikut
kesesuaian tanpa mengabaikan SOP yang telah ditetapkan demi memutuskan
rantaian Covid yang sedang melanda negara ketika ini.
26. RPH juga perlu dibincang dan ditetapkan dalam mesyuarat panitia agar ia
dapat diselaraskan pada peringkat sekolah. Antara perkara penting yang perlu
dimasukkan dalam RPH adalah objektif, aktiviti dan refleksi.
27. PBD dan cara pentaksiran juga perlu diselaraskan oleh panitia untuk
memudahkan penilaian terhadap murid pada masa akan datang.
28. SKPMg2- Untuk SKPMg2, PPS yang telah dilantik sebelumnya masih
dikekalkan kecuali jika terdapat perubahan kepada ketua panitia.
29. Fokus kepada Standard 4 yang melibatkan perkara berkaitan Pdpc, RPH dan
juga buku rekod mengajar.
30. Puan Pengerusi memaklumkan semua sekolah telah menubuhkan pasukan
pelaksana standard sebagaimana yang diminta oleh pihak yang

4
bertanggungjawab. Ucapan terima kasih kepada setiausaha SKPMg2 kerana
telah melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan baik walaupun di musim
PKP/B.
31. Segala eviden yang berkaitan perlu dikemas kini dan disimpan di tempat yang
bersesuaian agar ianya mudah diperoleh sekiranya diperlukan khasnya untuk
tujuan pemantauan.
32. Mengikut PKP, standard 4 perlu diberi perhatian yang lebih kerana ia
mempunyai sedikit perubahan terutama berkaitan eviden yang perlu
direkodkan.
33. Pastikan eviden-eviden tersedia dari awal tahun agar ianya tidak tertangguh
dan merumitkan perjalanan pentaksiran pada masa akan datang.
34. RPH juga perlu merujuk kepada Standard 4 (4.1-4.6) secara lebih terperinci,
diteliti satu persatu dan perlu mempunyai pembelajaran terbeza.
35. RPH masih perlu ditulis lengkap walaupun ianya berjalan secara PdPR dan
BDR.

Tindakan: Semua guru Panitia PJK

36. KSSR- KSSR semakan telah memasuki tahun kelima. Ini bermaksud
pernyataan band telah ditukar kepada Tahap Penguasaan (TP) bagi Tahun 1-5.
37. Subjek PK dan PJ diajar oleh guru yang sama.
38. Berharap guru-guru tidak menghadapi kekeliruan dalam memahami semua
perkara tersebut.
39. Guru yang telah menghadiri kursus KSSR Tahun 5 untuk tahun 2020 secara
atas talian diminta mengadakan kursus dalaman masing-masing sekiranya
masih belum berbuat demikian sehingga mesyuarat ini dijalankan.

Makluman

40. Ujian/Penilaian/Peperiksaan- Untuk Tahap 1 peperiksaan telah dimansuhkan


bermula tahun 2019. Tiada peperiksaan bermaksud tiada Peperiksaan
Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun. Tumpuan guru adalah
untuk menjalankan Pdpc dan mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan tanpa terikat dengan peperiksaan.
41. Untuk murid Tahap 2, mereka dijadualkan akan menghadapi Ujian Mac,
Peperiksaan Pertengahan Tahun pada Mei dan Peperiksaan Akhir Tahun akan
dilaksanakan pada bulan Oktober (tertakluk kepada perubahan).
42. Penilaian sebenar untuk Tahap 1 bergantung kepada guru subjek mengikut
ketetapan yang akan dibuat nanti. Bergantung kepada guru tetapi jika terdapat
persoalan daripada pihak-pihak tertentu seperti para waris umpamanya , guru
yang terlibat perlu bersedia untuk mengatasinya.
43. Dalam hal ini eviden adalah sangat penting agar tidak timbul keraguan kepada
mereka yang menghadapi kemusykilan.
44. Berdasarkan situasi PdPR sekarang, penilaian masih boleh dilakukan dengan
syarat Pdpc berlaku secara audio atau voice mail yang digunakan.Soalan-
soalan berkaitan pentaksiran dan ujian untuk Tahap 2 perlu disediakan oleh
guru mengikut subjek masing-masing. .
45. PBD- Perlu direkodkan TP dan tarikh direkodkan setiap kali murid ditaksir.

5
Makluman

46. PBS,PBD, PAJSK -PBS seperti yang telah sedia maklum adalah satu
pentaksiran yang holistik yang merangkumi Akademik dan Bukan
Akademik.Akademik melibatkan perkara yang berkaitan dengan Pentaksiran
Pusat (PP) dan Pentaksiran Sekolah (PS) atau Penilaian BIlik Darjah (PBD).
47. Analisis PBD secara terperinci boleh dirujuk kepada Buku Panduan
Pengurusan Sekolah 2021 pada muka surat 22 dan 23.
48. Bukan Akademik pula adalah perkara yang berkaitan dengan Pentaksiran
Aktiviti Jasmani ,Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran
Psikometrik.
49. Tapak offline /Dokumen Transit atau seumpamanya perlu sentiasa
dikemaskini, iaitu sebanyak 2 kali setahun agar pengisiannya dapat
diselenggarakan dengan baik. Pengisian yang dibuat hendaklah mengikut
tarikh yang telah ditetapkan.
50. Ruang markah untuk penggal perlu diisi kerana jika dibiarkan kosong,
pemperosesan data tidak dapat dijana dengan baik. Pentaksiran offline adalah
berdasarkan kepada format dan taklimat yang telah diterima dan dijalankan
selama ini. Laporan hendaklanh disediakan mengikut ketetapan yang telah
dipersetujui bersama.(Mac dan Mei- PBS offline)

Makluman

51. Buku Rekod Mengajar- Penulisan RPH untuk BDR atau PdPR mengguna
pakai surat pekeliling KPM bilangan 3/2020.
52. RPH hendaklah dilakukan secara lengkap (mengikut PAK 21) , pastikan TP
yang hendak di capai untuk panduan penjaminan kualiti.
53. Rekod perkembangan murid seeloknya direkodkan dan dikepilkan dalam RPH
untuk memudahkan rujukan guru dan mereka yang akan berurusan berkaitan
perkara tersebut jika perlu.
54. Pdpc hari pertama 2021 pada 20 Januari telah bermula dengan sesi pengurusan
kelas dan urusan penyediaan modul yang bersesuaian untuk sesi PdPR yang
telah mula dilaksanakan pada hari ini, 24 Januari 2021
55. RPH untuk hari pertama dan seterusnya perlu dihantar mengikut jadual yang
telah ditetapkan. Penghantaran buku rekod yang lengkap untuk kali pertama
tahun 2021 adalah pada 04 Februari 2021.
56. Buku rekod pengajaran yang dihantar hendaklah lengkap. Antaranya perlu ada
RPT, RPH, sasaran kerja,murid, senarai nama murid dan segala perkara lain
yang berkaitan.(rujuk senarai semak yang dilampirkan bersama RPH masing-
masing).

Tindakan: Semua guru Panitia PJK

57. Stor Sukan -Pn. Pengerusi berharap agar Stor Sukan dikemaskini dan
dimurnikan dengan lebih baik. Perlu menyediakan buku catatan keluar masuk
dan penggunaan bilik.

6
58. Kunci bilik stor sukan perlu ada satu simpanan di pejabat dan hendaklah
dilabelkan.

Tindakan:Semua guru Panitia PJK

59. Kewangan (PCG)- PCG akan dirujuk kepada PT dan untuk urusan
perbelanjaan para guru melalui panitia PJK boleh membuat anggaran
berdasarkan kewangan tahun 2019 kerana untuk tahun 2020 rujukan sukar
untuk dilakukan memandangkan kekangan Covid membatasi corak
perbelanjaan yang sebenarnya.
60. Mohon para guru panitia PJK agar dapat menggunakan sumber kewangan
yang diperoleh mengikut SOP dan berbelanja secara berhemah serta tidak
bertangguh hingga ke hujung tahun.
61. Setiap pembelian hendaklah direkodkan dan pastikan ada pulangan yang
diharapkan daripada setiap ringgit yang digunakan.

Makluman

62. BBM- BBM penting untuk melancarkan Pdpc para guru. Oleh yang demikian
guru-guru digalakkan untuk terus memberi komitmen dalam penggunaan
BBM yang berkesan waima melalui sesi PdPR sekalipun.
63. Berkaitan PAK 21 , penggunaan BBM turut dititikberatkan kerana ia adalah
pemangkin ke arah Pdpc yang lebih berkesan.Rancang kewangan dengan baik
untuk faedah murid khususnya.
64. Alatan sukan atau BBM Pendidikan Kesihatan yang dibeli dan penggunaannya
hendaklah direkodkan oleh panitia terlibat.Maksimakan penggunaan BBM
yang dibeli.
65. LDP- Cadangan LDP untuk Tahun 2021

i. PLC- Team Building


ii. PAK21- Februari 2021
iii. Google Classroom 1&2- Mac & Oktober 2021
iv. Pengurusan Surat & Penanda aras April 2021
v. Motivasi- Guru Cemerlang
vi. Permainan Tradisional- Julai 2021
vii. Strategi Pemulihan- September 2021
viii. Program Penanda aras

66. Segala aktiviti yang dirancang tertakluk kepada perubahan dan situasi yang
yang bersesuaian.
67. PKB-. Perkara berkaitan PKB boleh dirujuk kepada Buku Panduan
Pengurusan Sekolah 2020. Begitu juga dengan penghantaran RPH untuk
Tahun 2021, mengikut jadual yang telah ditetapkan. (Rujuk Buku Panduan
Pengurusan 2021).
68. Seperti biasa buku RPH hendaklah dihantar pada setiap hari Khamis minggu
semasa atau selewat-lewatnya hari Ahad minggu berikutnya.Jadual
pencerapan adalah mengikut jadual yang terdapat dalam buku Panduan
Pengurusan Sekolah 2021.Namun begitu pihak pentadbir berhak untuk
mencerap pada bila-bila masa yang dirasakan bersesuaian.

7
69. RPH yang lengkap perlu dihantar pada 4 Februari 2021 kepada Pn. Guru
Besar.
70. Keselamatan- Semua guru Panitia PJK dinasihatkan menjaga kesihatan dan
keselamatan diri terutama pada musim Pandemik Covid ini. Patuhi arahan
pihak kerajaan umumnya dan KPM khususnya dan segala SOP yang telah
ditetapkan.

Tindakan: Semua guru

V. HAL- HAL LAIN

71. Puan Pengerusi berharap agar Penggunaan Buku Teks dapat dimaksimakan
kerana pentaksiran adalah berdasarkan kepada buku tersebut.
72. Mohon semua guru Panitia PJK untuk ingatkan murid tentang penjagaan buku
teks, membalutnya dengan baik dengan menggunakan plastik dan salotape ,
bukan stapler kerana ia akan merosakkan fizikal buku tersebutJadual PdPR
yang baru akan dikeluarkan nanti dan boleh diguna pakai bermula pada 31
Januari 2021.Jadual Pdpc yang telah diedarkan sebelum ini terpaksa
ditangguhkan terlebih dahulu memandangkan sesi persekolahan secara
bersemuka masih tiada jawapannya lagi.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

En Ahmad Jafri Bin Umat Pn Rashedah Binti Md Darisah


(S/U Panitia PJK SK Pagar Museh) (Ketua Panitia PJK SK Pagar Museh)

Anda mungkin juga menyukai