Anda di halaman 1dari 1

Ulasan (halaman 89)

Kerangka Ulasan

Pendahuluan
Sebagai pengguna yang bijak, pelbagai perkara perlu diutamakan.

Isi
Isi Tersurat 1 Pembeli perlu menyediakan senarai semak
sebelum melakukan pembelian.

Isi Tersirat 1 Proses membeli-belah dapat dilakukan dengan


lebih pantas sekiranya sudah merancang
barangan yang hendak dibeli.

Isi Tersurat 2 Pembeli perlu membandingkan harga pelbagai


jenis barang sebelum melakukan pembelian.

Isi Tersirat 2 Periksa harga dengan membuat perbandingan


mampu membantu pembeli mendapatkan
harga terbaik dan seterusnya dapat berjimat
cermat.

Isi Tersurat 3 Pembeli digalakkan membuat bayaran secara


tunai dan tidak menggunakan kad kredit.

Isi Tersirat 3 Pembeli dapat menggelakkan terbeli barangan


yang tidak perlu dan berbelanja mengikut
kemampuan diri.
Penutup
Kesimpulannya, ciri-ciri pembeli bijak wajib kita praktikkan dalam kehidupan harian.

Ulasan :

Sebagai pengguna yang bijak, pelbagai perkara perlu diutamakan. Pembeli perlu
menyediakan senarai semak sebelum melakukan pembelian. Dengan itu, proses membeli-belah
dapat dilakukan dengan lebih pantas kerana tidak perlu berfikir tentang barangan yang hendak dibeli
sebaik tiba di pasar raya. Pembeli perlu membandingkan harga pelbagai jenis barang sebelum
melakukan pembelian. Periksa harga dengan membuat perbandingan mampu membantu pembeli
mendapatkan harga terbaik dan seterusnya dapat berjimat cermat. Pembeli digalakkan membuat
bayaran secara tunai dan tidak menggunakan kad kredit. Dengan itu, pembeli dapat menggelakkan
terbeli barangan yang tidak perlu dan berbelanja mengikut kemampuan diri. Kesimpulannya, ciri-ciri
pembeli bijak wajib kita praktikkan dalam kehidupan harian.

Anda mungkin juga menyukai