Anda di halaman 1dari 2

BORANG TEMU BUAL

1.APAKAH PENDAPAT ANDA TERHADAP AMALAN PENGGUNA BIJAK?

Pada pendapat saya, amalan pengguna bijak merupakan individu yang bergelar consumer dan
mengaplikasikan beberapa langkah sebelum melakukan pembelian atau perbelanjaan untuk
mendapatkan barangan atau perkhidmatan bagi mengelakkan kerugian.

2.MENURUT PANDANGAN ANDA,MENGAPA SEORANG PENGGUNA BIJAK PERLU MEMBUAT


PERBANDINGAN HARGA SESUATU BARANGAN SEBELUM MEMBUAT PEMBELIAN?

Pada pendapat saya, perbandingan harga terhadap sesuatu barangan perlu dibuat sebelum
melakukan sesuatu pembelian bagi mengelakkan diri daripada ditipu. Tidak dapat dinafikan bahawa
terdapat sesetengah peniaga yang ingin mengambil keuntungan yang tinggi dan meletakkan harga
yang tidak masuk akal kepada pengguna. Sekiranya pengguna melakukan perbandingan harga
terlebih dahulu, mereka dapat mengetahui perbezaan harga yang diletakkan oleh peniaga.

3.NYATAKAN AMALAN PENGGUNA BIJAK YANG SERING ANDA AMALKAN SEBAGAI SEORANG
PENGGUNA?JELASKAN.

Amalan pengguna bijak yang sering kali saya amalkan ialah membeli barangan yang berkualiti. Bagi
saya barang yang berkualiti akan memberi manfaat kepada diri saya di mana ia adalah lebih tahan
lama dan berbaloi dengan harga yang ditetapkan. Sekiranya barangan atau perkhidmatan yang
disediakan adalah mahal namun mempunyai kualiti yang rendah, saya berpendapat bahawa ia
adalah tidak berbaloi dan akan mempertahankan hak saya sebagai seorang pengguna.

4.APAKAH KEPENTINGAN KEPADA SEORANG PENGGUNA APABILA MENGAMALKAN AMALAN


MENYENARAIKAN TERLEBIH DAHULU BARANGAN YANG HENDAK DIBELI?

Apabila mengamalkan amalan menyenaraikan barangan yang hendak dibeli terlebih dahulu,
pengguna dapat lebih berjimat dan tidak bersifat melulu ketika sedang berbelanja. Hal ini demikian
kerana pengguna akan membeli barangan yang telah disenaraikan terlebih dahulu mengikut bajet
yang telah ditetapkan.
5.RAMAI PENGGUNA YANG LEBIH MEMILIH MENGGUNAKAN BARANGAN YANG BERKUALITI
WALAUPUN TERPAKSA MEMBAYAR PADA HARGA YANG TINGGI?APAKAH ANDA JUGA MEMILIH
BARANGAN YANG BERKUALITI?JELASKAN PANDANGAN ANDA MENGAPA ANDA MELAKUKANNYA?

Ya. Saya juga memilih barangan yang berkualiti. Namun demikian, saya kurang bersetuju dengan
pemikiran memilih barangan yang berkualiti dan terpaksa membayar dengan harga yang tinggi. Saya
berpendapat bahawa barangan yang berkualiti tidak semestinya mahal dan harganya seharusnya
berpatutan.

6.APAKAH FAKTOR ANDA MEMILIH UNTUK MANGAMALKAN AMALAN PENGGUNA BIJAK DALAM
PEMBELIAN HARIAN ANDA?

Faktor utama ialah bagi menguruskan perbelanjaan dengan lebih bijak dan berjimat. Faktor lain ialah
supaya tidak mudah ditipu oleh peniaga.

7.ANTARA FAKTOR YANG DISETUJUI RAMAI PENGGUNA ADALAH MENGAMALKAN AMALAN


BERBELANJA SECARA BIJAK DAPAT MENGURANGKAN PENGGUNA MENGELUARKAN PERBELANJAAN
LEBIH DARIPADA KEMAMPUAN KEWANGAN.JELASKAN PANDANGAN ANDA?

Saya bersetuju dengan pernyataan di atas. Dengan berbelanja secara bijak, perbelanjaan yang
melebihi kemampuan dapat diatasi oleh pengguna dengan mengamalkan ciri-ciri pengguna yang
bijak.

Anda mungkin juga menyukai