Anda di halaman 1dari 1

Tugasan Tema Isi

: :. :

Ciri-ciri pengguna yang bijak kepenggunaan i. membuat perbandingan harga ii. membeli barangan yang berkualiti iii. membuat senarai barang sebelum membeli

Marcapada, isu berkaitan dengan kepenggunaan saban waktu diuar-uarkan dalam media arus perdana malah sering menjadi polemik yang hangat diperdebatkan di negara kita. Justeru, semua pihak mestilah beriltizam dan komited untuk menjadi seorang pengguna yang bijak kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Persoalannya, apakah ciri-ciri pengguna yang bijak? Pada hemat saya, antara ciri yang paling dominan ialah membuat perbandingan harga. Hal ini demikian kerana, harga sesuatu barangan yang dibuat perbandingan terlebih dahulu dapat mengelakkan pengguna daripada eksploitasi peniaga yang bersifat lintah darah. Dengan berbuat demikian, pengguna yang bijak dapat memilih barangan pada harga yang lebih murah tetapi berkualiti. Sebagai contoh, seseorang pengguna tidak terlalu ghairah dengan pelbagai tawaran menarik daripada jualan murah yang dipromosikan. Sebaliknya, mereka perlulah membuat perbandingan harga barangan tersebut terlebih dahulu kerana biar alah membeli asal menang memakai. Tegasnya, pengguna yang membuat perbandingan harga terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli sesuatu barangan dapat dikategorikan sebagai pengguna yang bijak. Selain itu, membeli barangan yang berkualiti juga merupakan antara kriteria pengguna yang bijak. Saya berpendapat demikian kerana barangan berkualiti yang dibeli dapat memberi kepuasan yang maksimum kepada penggguna berbanding dengan barangan tiruan. Dalam konteks ini, pengguna yang membeli barangan yang berkualiti tidak peduli tentang harga sesuatu produk asalkan tahan lama. Cuba kita bayangkan, jika pengguna tidak membeli barangan yang berkualiti mungkin mereka akan terdedah kepada pelbagai risiko penipuan. Buktinya, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sentiasa menggalakkan pengguna supaya membeli barang yang berkualiti. Bagaikan sudah terang lagi bersuluh, pengguna yang mengutamakan pembelian barangan yang berkualiti dapat digolongkan sebagai pengguna yang bijak. Elemen-elemen pengguna bijak yang berikutnya ialah membuat senarai barang sebelum membeli. Analoginya cukup mudah. Senarai barang yang dibuat sebelum membeli akan banyak membantu pengguna daripada membeli secara boros dan membazir kerana perbuatan membazir itu adalah amalan syaitan. Hal ini bermaksud, seseorang pengguna seharusnya merancang pembelian terlebih dahulu agar mereka tidak mudah terpesona dengan pelbagai tawaran yang ada kalanya bersifat ada udang di sebalik batu. Realitinya pada hari ini, pengguna sudah kurang membuat senarai barangan untuk dibeli kerana mereka terpengaruh dengan kaedah beli-belah yang bersifat window shopping yang menjadi trend masyarakat pada hari ini. Justeru, saya optimis pengguna yang membuat senarai barangan terlebih dahulu sebelum membeli merupakan pengguna yang menepati ciri-ciri pengguna yang bijak. Natijahnya, setiap pengguna mestilah berusaha untuk menjadi pengguna yang bijak supaya tidak mudah dieksploitasi dan dimanipulasi oleh peniaga yang sentiasa mengintai peluang untuk mengaut keuntungan dengan cara yang tidak bermoral. Kita mestilah menggembleng tenaga untuk merealisasikannya kerana kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya!

Anda mungkin juga menyukai