Anda di halaman 1dari 2

KESALAHAN TATABAHASA

LATIHAN 1

Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan bahasa tersebut
dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.

Bil Ayat Jawapan kenyataan


1 Setiap petang, Puan Azlina menjual Keledek goreng Hukum DM
goreng keledek di hadapan rumahnya.
2 Hamzah marahkan abangnya yang Marah akan Kata adjektif yang membawa
sudah dua tahun tidak pulang ke maksud emotif harus diikuti
kampung. oleh kata sendi akan
3 Sudah berminggu saya tidak bersua berminggu-minggu Kata bilangan himpunan
muka dengan anak Pak Hassan itu.
4 Semua pelajar-pelajar asrama itu Semua pelajar Jika ada kata bilangan, maka
diminta berkumpul di dewan kata nama tidak perlu
utama seawal pukul 8.00 pagi. digandakan
5 Mahani sangat suka akan biskut yang dibakar oleh kakaknya Ayat pasif orang ketiga
kakaknya bakar.
6 Mereka-mereka yang diculik berada Mereka Kata Mereka tidak boleh
dalam keadaan selamat. dibilang
7 Semua butir rancangan akan dicatat Semua rancangan Penjodoh bilangan tidak
dalam minit mesyuarat. diperlukan untuk
menghitung kata nama
abstrak.
8 Saya mendapat pengetahuan yang daripada Kata dari digunakan untuk
banyak dari buku yang tempat dan waktu.
saya baca. Kata daripada digunakan
untuk orang,
perbandingan, asal kejadian,
benda abstrak, dan untuk
menunjukkan keanggotaan.
9 Buku cerita itu ada dengan Salmah. pada Kata di digunakan untuk
tempat sahaja.
Kata pada digunakan untuk
masa, orang, binatang,benda
abstrak, dan benda konkrit
tertentu.
10 Apakah benar kata-katamu itu? Adakah Adakah digunakan untuk
mendapat jawapan ya atau
tidak. Apakah digunakan
untuk mendapat jawapan
tentang nama binatang,
benda dan perbuatan.
11 Kain ini bukan cantik. tidak Bukan digunakan apabila frasa
nama menjadi predikat. Tidak
digunakan apabila frasa
adjektif dan frasa kerja
menjadi predikat.
12 Kami bukan membaca buku. tidak Bukan digunakan apabila frasa
nama menjadi
predikat. Tidak digunakan
apabila frasa
adjektif dan frasa kerja
menjadi predikat.
13 Baju-baju di kedai itu cantik-cantik cantik Kata nama yang diulang sudah
belaka. membawa makna jamak,
maka kata adjektif tidak perlu
diulang.
14 Aminlah pemain yang paling paling handal/ Apabila kata adjektif
terhandal terhandal berawalan ter- digunakan
sebagai penerang, kata
penguat tidak diperlukan atau
sebaliknya.
15 Kami tidak boleh datang kerana hujan. dapat Dapat lebih sesuai digunakan
dalam hubungan dengan
keupayaan atau kemampuan.

Anda mungkin juga menyukai