Anda di halaman 1dari 2

Apa Itu Kuasa Minda

http://jagung.890m.com

Pernahkah anda didedahkan tentang kuasa minda dan kehebatannya? Tahukah


anda bahawa selain dari kekuatan fizikal dan kekuatan berfikir, manusia
dikurniakan dengan sejenis kekuatan hebat yang tidak kelihatan? Keupayaan
“supernatural” sesetengah orang yang seolah-olah “membatalkan” hukum fizik,
seperti kebolehan melihat tempat-tempat yang jauh, kebolehan melakukan
telepati, menggerakkan objek tanpa menyentuh (telekinesis), membaca fikiran
seseorang, kuasa memukau (hipnosis), mencipta ilusi dan sebagainya, adalah
contoh-contoh apa yang dikatakan kuasa minda. Ada orang menggelarkan kuasa
jiwa, kuasa super, dan macam-macam gelaran yang diberikan. Mengarut?
Jangan terlalu awal membuat kesimpulan. Jangan lekas menidakkan sesuatu
perkara yang anda tidak ada ilmu pengetahuan mengenainya.

Banyak kajian yang dibentangkan oleh pakar-pakar seluruh dunia, tentang


kekuatan misteri ini. Namun rasanya kita masih belum dapat memahami secara
mendalam mengenai kekuatan misteri ini melainkan hanya sedikit sahaja.
Dewasa ini kita banyak didedahkan dengan hasil kajian tentang potensi
kekuatan kuasa misteri ini, yang mana ia boleh dimanfaatkan untuk kejayaan
manusia. Ada yang percaya, tidak kurang juga yang menyangkal, tambahan pula
perkara yang tidak kelihatan adalah sangat sukar untuk kita mempercayai.

Namun jika kita menyangkal kewujudan kuasa misteri ini hanya kerana ianya
tidak kelihatan oleh pandangan mata, bagaimana pula dengan nyawa? Setiap
dari kita semestinya percaya bahawa kita mempunyai nyawa. Tetapi pernahkah
kita “melihat” nyawa itu? Bagaimanakah rupa bentuk nyawa itu? Banyak
perkara yang mana kita memperakui kewujudannya, walaupun kita sendiri
tidak pernah melihat. Bagaimana rupa bentuk kuasa elektrik? Atau pernahkah
kita melihat kuasa magnet yang menarik besi atau logam? “Kuasa / tenaga” itu
sendiri pun hanya mampu kita menyebutnya sahaja, tetapi kita tidak mampu
melihatnya. Walaupun tidak pernah melihat “tenaga” namun kita sering
berkata “aku sudah tidak bertenaga lagi”.

Menolak kewujudan tentang sesuatu kerana kita tidak pernah lihat, samalah
keadaannya seperti orang-orang yang mentertawakan “idea gila” adik-beradik
Wright yang suatu masa dahulu cuba melakukan sesuatu untuk terbang di
udara. Jika tidak kerana “idea gila” mereka dahulu, mungkin hari ini kita masih
belum kenal apa itu “kapal terbang”.

Saintis telahpun mencipta alat yang dipanggil EEG, singkatan dari


“Elctroencephalography” yang mana alat ini digunakan untuk mengukur
kegiatan gelombang otak manusia. Gelombang otak manusia biasanya
dikelaskan kepada 4 tahap iaitu beta, alfa, theta dan delta, mewakili tahap
kesedaran seseorang. Pada kesedaran normal, otak manusia berada pada tahap
gelombang beta iaitu ferekuensi getaran 14-30 sesaat. Pada tahap alfa, iaitu
semasa otak berada dalam ketenangan dan santai, ferekuensinya adalah 8-12
getaran sesaat. Pada masa ini banyak idea-idea kreatif tercetus.

Peringkat theta adalah suatu peringkat dimana seseorang itu berada di tahap
ketenangan yang sangat tinggi, kesedaran pada dunia luar sudah tiada,
sebaliknya kesedaran itu diarahkan kepada kesedaran diri yang sangat dalam.
Seseorang yang melalui peringkat ini mungkin menemui jatidiri yang sebenar,
meggerakkan pancaindera keenam yang juga akan mengaktikan kebolehan
luarbiasa. Disaat ini mungkin segala doa akan terkabul serta-merta. Ukuran
ferekuensi tahap theta adalah 4-7 getaran sesaat.

Manakala tahap delta iaitu pada ferekuensi 1-3 getaran sesaat menunjukkan
seseorang itu sedang tidur…

Alat EEG telah digunakan untuk mengukur gelombang otak seseorang semasa
melakukan meditasi, dan didapati kebanyakan orang yang melakukan meditasi
berada pada tahap gelombang otak alfa.

Perkara di atas hanyalah sebahagian kajian yang dijalankan saintis. Ini mungkin
juga bererti kuasa minda dan potensi luarbiasa itu bukanlah suatu perkara yang
dongeng semata-mata, cuma kita belum cukup pengetahuan untuk menjelaskan
kewujudannya dan memahami bagaimana ia boleh terjadi. Semoga suatu hari
nanti, dengan adanya kajian secara saintifik akan menterjemahkan, memberi
kefahaman kepada kita tentang potensi sebenar keupayaan manusia yang
penuh dengan kemungkinan.

Jagung

http://jagung.890m.com

Anda mungkin juga menyukai