Anda di halaman 1dari 4

KEJOHANAN ANTARA TEKNIK (KAT)

PERINGKAT ZON KELANTAN / TERENGGANU


PERATURAN AM

1.0. NAMA KEJOHANAN


1.1. Kejohanan ini dinamakan “KEJOHANAN ANTARA TEKNIK [KAT]
PERINGKAT ZON KELANTAN /TERENGGANU

2.0. PENGELOLAAN
2.1. Kejohanan Antara Teknik [KAT] Peringkat Zon Kelantan / Terengganu
dikelolakan oleh SMT Pengkalan Chepa & SMT Bachok.

3.0. TARIKH KEJOHANAN


3.1. 12 hingga 15 Mei 2010

4.0. ACARA YANG DIPERTANDINGKAN


4.1 Bola Sepak
4.2 Bola Jaring
4.3 Sepak Takraw
4.4 Ragbi
4.5 Sofbol (P)
4.6 Bahas Bahasa Inggeris
4.7 Rekacipta & Inovasi

5.0 KELAYAKAN PESERTA


5.1 Penyertaan terbuka kepada semua pelajar Sekolah Menengah Teknik dan
Vokasional di negeri Kelantan & Terengganu.
5.2 Pemain/ peserta yang hendak didaftar bermain mewakili pasukannya
hendaklah dalam kalangan pelajar-pelajar yang sedang belajar dan
berdaftar sebagai pelajar di sekolah berkenaan sahaja seperti:
5.2.1 Pelajar yang sedang mengikuti Kursus Sepenuh Masa Aliran
Teknik dan Vokasional.
5.2.2 Pelajar yang sedang mengikuti Aliran Kemahiran Kursus Dua
Tahun.
5.3 Pemain-pemain berikut adalah TIDAK LAYAK dan TIDAK BOLEH
didaftarkan sebagai pemain untuk sekolah berkenaan , jika:
5.3.1 Pelajar tersebut sedang mengikuti Kursus Kemahiran Jangka
Pendek tiga (3) bulan, enam (6) bulan atau satu (1) tahun.
5.3.2 Pelajar tersebut sedang mengikuti program khas seperti projek
link (kerjasama dengan pihak swasta atau agensi luar).
5.3.3 Pelajar yang sedang mengikuti kursus program pelajar sekolah
menengah akademik yang mengambil satu (1) atau dua (2) mata
pelajaran di SMT.
5.3.4 Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di Tingkatan Enam.

1
Peraturan Am
Kejohanan Antara Teknik (KAT)
Peringkat Zon Kelantan / Terengganu
5.4 Pihak Pengelola berhak membuat semakan kelayakan peserta pada bila-
bila masa dan mana-mana pasukan yang gagal mematuhi peraturan ini
akan menyebabkan pasukan itu tersingkir daripada pertandingan.

6.0 PENDAFTARAN PESERTA


6.1 Pendaftaran Pemain atau Peserta mestilah menggunakan Borang
Pendaftaran Rasmi T03 yang disediakan oleh Pihak Pengelola. Borang
tersebut hendaklah dihantar kepada Jawatankuasa Pengelola sekurang-
kurangnya seminggu(1) sebelum pertandingan bermula.
6.2 Sebarang pindaan kepada Borang Pendaftaran Rasmi T03 atau
pendaftaran pemain baru hendaklah dilakukan semasa mesyuarat
pengurus-pengurus pasukan. Selepas mesyuarat tersebut sebarang
pindaan adalah TIDAK DIBENARKAN.
6.3 Seorang pemain TIDAK LAYAK BERMAIN jika namanya tidak
didaftarkan di dalam Borang Pendaftaran Rasmi T03.
6.4 Pendaftaran penyertaan bagi setiap jenis sukan/acara hendaklah melalui
Pengetua Sekolah masing-masing.

7.0 BILANGAN PESERTA DAN PEGAWAI


7.1. Bilangan peserta/pegawai bagi setiap kontinjen/zon adalah seperti
berikut:

BIL ACARA PENGURUS JURULATIH PENGADIL PESERTA JUMLAH

1 Ketua Kontinjen - - - - 1
2 Bola Sepak 1 1 1 16 19
3 Bola Jaring 1 1 1 12 15
4 Ragbi 1 1 1 15 18
5 Sepak Takraw 1 1 1 8 11
6 Sofbol 1 1 1 13 16
7 Bahas Bahasa Inggeris 1 - 1 4 6
8 Inovasi & Rekacipta 2 - - 4 6
JUMLAH KESELURUHAN 8 5 6 72 92

8.0 PERATURAN TEKNIK/SISTEM PERTANDINGAN


8.1 Jawatakuasa Induk akan menetapkan sistem pertandingan bagi tiap-
tiap acara yang akan dipertandingkan dalam kejohanan ini.

9.0 TEMPOH PENGELOLAAN/ JADUAL PERTANDINGAN


9.1 Pihak pengelola akan menetapkan tarikh dan tempat kejohanan.
9.2 Semua jadual pertandingan bagi semua jenis sukan/acara termasuk
tarikh, masa dan tempat akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola.

10.0 PENANGGUHAN
10.1 Tarikh, masa dan tempat pertandingan yang telah ditetapkan /
dijadualkan sama sekali tidak boleh diminta tangguh atau diubah oleh
pasukan-pasukan yang mengambil bahagian.

2
Peraturan Am
Kejohanan Antara Teknik (KAT)
Peringkat Zon Kelantan / Terengganu
10.2 Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa mutlak untuk
menangguh atau mengubah sesuatu perlawanan dengan diberitahu
terlebih dahulu atau diputuskan dengan kadar segera.
10.3 Mana-mana perlawanan yang ditangguhkan menurut Per. 10.2. di atas,
maka jawatankuasa teknik dan pertandingan bagi permainan berkenaan
hendaklah menetapkan semua perlawanan yang ditangguhkan itu.

11.0 TARIK DIRI ATAU GAGAL BERMAIN


11.1 Semua pasukan dilarang untuk menarik diri dalam pertandingan ini.
Sekiranya berlaku, semua keputusan perlawanan sebelum ini akan
terbatal dan pasukan akan dikenakan tindakan tatatertib yang akan
ditentukan oleh Lembaga Tatatertib.

12.0 KEMUDAHAN
12.1 Jawatankuasa pengelola hanya akan bertanggungjawab untuk
menyediakan padang permainan sahaja.
12.2 Pakaian seragam, jersi, peralatan peserta dan sebagainya adalah menjadi
tanggungjawab kontinjen masing-masing.
12.3 Setiap pasukan dikehendaki menyediakan sebiji (1) bola untuk kegunaan
perlawanan dan akan dikembalikan selepas tamat.

13.0 PELANTIKAN PEGAWAI KEJOHANAN


13.1 Pegawai Teknik, Hakim, Pengadil , Penjaga Masa dan sebagainya bagi
tiap-tiap sukan/acara akan dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola.

14.0 RAYUAN/ BANTAHAN


14.1 Sebarang rayuan atau bantahan bolehlah dibuat oleh Pengurus Pasukan
secara bertulis kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Pertandingan
dalam tempoh tidak melebihi 1 jam selepas tamatnya perlawanan
berkenaan dan disertai dengan RM 200.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus
Sahaja) sebagai wang pertaruhan. Wang tersebut tidak akan
dikembalikan jika bantahan itu ditolak.
14.2 Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan mengenai perkara-
perkara fakta yang dibuat oleh pengadil. Keputusan pengadil adalah
muktamad.

15.0 LEMBAGA TATATERTIB


15.1 Lembaga Tatatertib adalah terdiri daripada lima orang iaitu:
15.1.1 Pengerusi Zon / wakil
15.1.2 Pengerusi Pengelola / wakil
15.1.3 SetiaUsaha Zon / wakil
15.1.4 Dua (2) orang Pengetua /wakilnya yang tidak terlibat dengan
perkara yang akan dibincangkan.
15.2 Lembaga Tatatertib bertanggungjawab untuk :
15.2.1 Mengambil tindakan mengenai disiplin pelajar, guru dan
pegawai-pegawai kejohanan bagi semua perkara kejohanan yang
dijalankan seperti berikut :
3
Peraturan Am
Kejohanan Antara Teknik (KAT)
Peringkat Zon Kelantan / Terengganu
15.2.1.1 Memberi amaran
15.2.1.2 Menggantung penyertaan bagi jangka masa tertentu
15.2.1.3 Menyingkirkan daripada keseluruhan kejohanan
15.2.1.4 Mengarahkan pemain, guru dan pegawai dihantar
pulang
15.2.1.5 Menghantar laporan kepada Jawatankuasa Induk
supaya mengambil tindakan tatatertib sejajar dengan
tindakan disiplin mengikut hukuman yang digunapakai
Persatuan Sukan Kebangsaan.

16.0 HADIAH DAN SIJIL PENYERTAAN


16.1 Hadiah dan sijil penyertaan akan disediakan oleh Jawatankuasa
Pengelola.
16.2 Sijil Penyertaan akan diberikan kepada semua peserta yang mengambil
bahagian.
16.3 Pingat-pingat pemenang disediakan mengikut bilangan penyertaan
dalam setiap acara yang dipertandingkan.

17.0 SISTEM PEMARKAHAN


17.1 Johan Keseluruhan KAT akan ditentukan melalui kaedah berikut:
17.1.1 Sekolah yang mengumpul jumlah mata tertinggi.
17.1.2 Pemenang setiap pertandingan [Bola sepak, Bola jaring, Ragbi,
Sofbol, Sepak takraw dan Bahas Bahasa Inggeris] akan diberi mata
seperti berikut:
 Johan : 5 mata
 Naib Johan : 3 mata
 Ketiga : 2 mata
 Keempat : 1 mata
17.1.3 Jika tiada pertandingan dalam menentukan tempat ke-3/ke-4,
pasukan yang tewas di peringkat separuh akhir akan mendapat 2
mata.
17.1.4 Mata pemenang piala plate tidak diambilkira.
17.1.5 Jika terdapat zon yang mengumpul jumlah mata yang sama,
mana-mana pencapaian terbaik akan diambilkira.

18.0 PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN


18.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan
diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola. Keputusan adalah muktamad.

Disediakan oleh:
Penyelaras Permainan
Zon Kelantan / Terengganu
Tahun 2010

4
Peraturan Am
Kejohanan Antara Teknik (KAT)
Peringkat Zon Kelantan / Terengganu

Anda mungkin juga menyukai