Anda di halaman 1dari 2

Petua Tradisional Untuk

Mengubati Bisul Dan Juga Buasir


http://jagung.890m.com

Ubat Bisul

Pada kebiasaannya bisul tumbuh pada bahagian badan sekitar punggung. Namun
terdapat juga bisul yang tumbuh pada bahagian badan seperti paha dan
belakang. Bisul ni agak menyakitkan, terutama apabila bila tumbuh di bahagian
punggung yang akan menyukarkan kita duduk. Bila kita hendak tidur malam,
sesetengah orang akan berasa berdenyut-denyut pada bahagian yang ditumbuhi
bisul.

Bisul yang tumbuh akan membengkak, kerana mengandungi nanah dan darah
kotor yang dicemari kuman.

Untuk mencegah dari ditumbuhi bisul, banyakkan memakan makanan yang


membersihkan darah seperti karot, tomato, sayuran hijau, buah-buahan serta
makanan yang mengandungi vitamin C.

Sekiranya anda ditumbuhi bisul:

• Tampalkan ubi keledek yang telah ditumbuk pada bisul.


• Asahkan kulit mempelam pada pasu dan sapukan pada bisul.
• Tampalkan bawang merah yang telah ditumbuk.
• Jika bisul diperingkat serius tampalkan bunga rumput (terdapat di kedai-
kedai India atau India-Muslim).

Ini Pula Ubat Buasir

Apa itu buasir? Buasir adalah pembengkakan yang berlaku pada saluran darah
“vein directum”. Apa kebenda tu saya pun kurang pasti. Yang pastinya buasir ni
keluar darah apabila kita buang air besar. Pada peringkat yang lebih teruk,
akan keluar sesuatu seperti lendir pekat berwarna merah darah melalui dubur
(memang bercampur darah).
Masalah buasir jika diajukan pada perubatan moden, potonglah jawabnya. Jika
sesiapa yang terkena buasir sebelum menyerah diri kepada klinik moden,
cubalah dulu rawatan tradisional.

Sediakan ramuan ini:

1. Dua genggam daun inai.


2. Kunyit hidup (sebesar ibu jari pun dah cukup).
3. Sebiji buah delima yang masak (ambil kulitnya sahaja).

Ramuan di atas di kisar bersama dengan air panas dan kemudiannya di tapis.
Minumlah dengan sukatan secawan sebanyak 3 kali sehari.

Boleh juga amalkan minum air rebusan pokok belimbing tanah (belimbing
bukit). Pokok ini direbus keseluruhannya termasuk akar, batang, dan daun.

Pesakit buasir hendaklah:

• Amalkan makan sayur kangkung setiap hari, jika ada kesan sampingan
kangkung pada angin badan, masukkan halia dan bawang putih ke dalam
masakan kangkung.
• Banyakkan memakan buah-buahan dan sayuran yang mempunyai
kandungan serat yang tinggi supaya melembutkan najis.
• Kurangkan memakan makanan yang pedas.
• Elakkan dari melakukan aktiviti seperti mengangkat beban yang
terlampau berat, atau senaman yang memberi tekanan pada bahagian
abdomen (aktiviti seumpama ini menyebabkan kita berada dalam
keadaan meneran dan ini tidak bagus bagi pesakit buasir).

Blog rasmi Jagung,


http://jagung.890m.com

Anda mungkin juga menyukai