Anda di halaman 1dari 352

Sunnah Dalam Menangani

Gangguan Makhluk Ghaib

Kapten Hafiz Firdaus Abdullah

1
Judul:
Sunnah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Ghaib

Penulis:
Hafiz Firdaus bin Abdullah
hafizfirdaus@hotmail.com
www.hafizfirdaus.com
SMS: 019-384 8467

© Hafiz Firdaus Abdullah.

Dianjurkan membuat salinan untuk tujuan pengajian ilmu. Tidak


dibenarkan mengulang cetak atau menyalin dengan apa cara jua untuk
tujuan komersil tanpa keizinan bertulis daripada penulis.

Cetakan Pertama: 2016

Penerbit:
Perniagaan Jahabersa
15, Jalan Dataran 3/3, Taman Kempas,
81200 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim,
Malaysia.

Tel: 07-235 1602, 235 1605


Fax: 07-235 1603
http://www.jahabersa.com.my

2
Kata Pembuka 11

Bahagian Pertama
Bab 1: Berkenalan Dengan Ruh 21
Ruh Ialah Makhluk Allah 23
Pertanyaan Tentang Ruh 25
Kedudukan Ruh Selepas Meninggal Dunia 27
Alam Barzakh 32
Apa Yang Dilakukan Oleh Si-Fulan? 33
Ruh Rasulullah 36
Kesalahan Anggapan Ruh Dapat Kembali Ke Dunia 37
Soalan: Bagaimana Ruh Ibu Saya Dapat Kembali
Ke Dunia? 37
Soalan: Suka Menonton Cerita Seram 41

Bab 2: Berkenalan Dengan Malaikat 45


Dicipta Sebelum Manusia Daripada Cahaya 47
Bentuk Malaikat 50
Nama-Nama Malaikat 53
Malaikat Jibrail 53
Malaikat Mikail 54
Malaikat Israfil 56
Malaikat Malik 58

3
Malaikat Munkar dan Nakir 58
Malaikat Harut dan Marut 59
Malaikat Raqib dan Atid 61
Mencintai Malaikat 62
Taat Kepada Allah 63
Solat Kepada Allah 63
Sentiasa Berzikir 65
Pemalu 67
Menyukai Ilmu 68
Soalan: Adakah Malaikat Memiliki Kebebasan
Memilih (Free Will)? 69
Soalan: Adakah Makhluk Lain Selain Manusia (Alien)? 71
Malaikat Dan Orang Beriman 76
Mendoakan Apa Yang Kita Doakan 76
Mendoakan Keampunan Kepada Kita 77
Berselawat Kepada Kita 78
Melaporkan Amal-Amal Soleh Kepada Allah 80
Menyampaikan Salam 82
Perkara Yang Dibenci Malaikat 83
Patung Dan Gambar 84
Mulut Busuk 86
Isteri Yang Enggan Bersama Suami 87
Muslim Saling Bergaduh 88

4
Mencela Para Sahabat Nabi 88
Gangguan Malaikat? 90
Malaikat Hanya Berbuat Baik 91
Malaikat Menjaga Manusia 93
Meraih Penjagaan Malaikat 95

Bab 3: Berkenalan Dengan Jin 97


Jin Dalam al-Qur’an Dan Hadis 98
Asal Usul Jin 100
Beberapa Ciri Fizikal Jin 104
Makanan Jin 107
Tiga Jenis Jin 108
Jin Boleh Menjelma 110
Soalan: Benarkah Dakwaan Dapat Melihat Jin? 117
Beberapa Ciri Istimewa Jin 121
Jin Mampu Terbang Hingga Ke Angkasa 122
Jin Mampu Menyampaikan Berita 122
Jin Tidak Berjisim Dan Mampu Mengubah Jisim 124
Jin Mampu Melakukan Pelbagai Kerja 129
Jin Dan Hubungan Seks 133
Seks Antara Jin Dan Manusia 135
Bolehkah Jin Lelaki Melakukan Seks Dengan
Manusia Perempuan? 136

5
Bolehkah Jin Lelaki Menikahi Manusia Perempuan? 137
Gangguan Jin Wanita? 138
Jin dan Islam 139
Sebaik-baik Jin… 139
Jin Soleh Dan Selainnya 142
Syurga Dan Neraka 146
Soalan: Jin Diperbuat Daripada Api, Lalu Diazab
Dengan Api? 147
Meminta Pertolongan Jin 148
Assalamu’alaikum Nabi Sulaiman! 149
Mencari Dompet Hilang 154
Ramalan Masa Depan 155
Mengetahui Sejarah Peribadi 156
Seni Mempertahankan Diri 157
Saka 160
Pertolongan Urusan Sesama Makhluk 164
Rasulullah Dan Pertolongan Jin 165
Perbezaan Antara Jin Dan Syaitan 169
Dalil Sikap Takbur Dan Mengajak Ke Neraka 171
Syaitan Dari Kalangan Manusia? 173
Syaitan Dari Kalangan Malaikat? 175
Kesimpulan 178
Gangguan Jin? 179

6
Gangguan Mimpi Buruk 180
Gangguan Perasaan dan Fikiran 182
Gangguan Secara Tidak Langsung 186
Gangguan Penyakit 189
Gangguan Seksual 192
Gangguan Rasukan 192
Gangguan Sihir 197
Gangguan Pukau 206
Gangguan Penyakit al-‘Ain 208
Soalan: Benarkah Rasulullah Pernah Disihir? 210
Soalan: Apakah Perbezaan Antara Gangguan
Jin Dan Gangguan Sihir? 220

Bahagian Kedua
Mencegah Gangguan Jin 223
Mencegah Gangguan Kerana Tarikan Seks 225
Soalan: Majlis Masuk Rumah Baru 230
Mencegah Gangguan Kerana Telah Diganggu 233
Soalan: Adakah Larangan Membunuh Ular
Hanya Khusus Di Madinah? 239
Mencegah Gangguan Kerana Dengki 241
Mencegah Gangguan Kerana Pernah
Berurusan Dengan Jin 246
Mencegah Gangguan Daripada Jin – Syaitan 249

7
Soalan: Hafiz dan Hafizah Diganggu Jin? 255
Mencegah Gangguan Sihir dan Pukau 257
Zikir Dalam Urusan Harian 261
Soalan: Selalu Berzikir Tetapi Tetap Diganggu 283
Soalan: Muzik Dan Gangguan Jin 286

Bahagian Ketiga
Bab 1: Merawat Gangguan Jin Dan Sihir 292
Pertama: Bukan Semua Gangguan Berpunca
Dari Jin Atau Sihir 294
Kedua: Tidak Ada Tanda Khusus Diganggu
Oleh Jin Atau Sihir 296
Ketiga: Rawatan Terbaik Ialah Pencegahan 298
Keempat: Meruqyah Diri Sendiri Dan Ahli Keluarga 301
Kelima: Meruqyah Dengan Surah Atau Ayat Lazim 304
Keenam: Boleh Meruqyah Dengan Mana-Mana
Surah Atau Ayat al-Qur’an 308
Ketujuh: Boleh Membaca Ruqyah Nabi 312
Kelapan: Tiga Syarat Ruqyah 317
Kesembilan: Awasi Fikiran Dan Gerak Hati 321
Kesepuluh: Siap Sedia Andai Jin Beraksi! 322
Kesebelas: Siapa Patut Hadir Ketika Rawatan? 325
Keduabelas: Bersabar 327

8
Bab 2: Ciri-Ciri Seorang Perawat Atau Peruqyah 329
Pertama: Tidak Serta Merta Menuduh Jin 329
Kedua: Meruqyah 332
Ketiga: Taklimat Sebelum Ruqyah 333
Keempat: Menyeru dan Berbicara Ringkas Dengan Jin 335
Kelima: Memukul Jin Dengan Cara Memukul Pesakit 336
Keenam: Tidak Menyentuh Pesakit Yang Bukan Mahram 340
Ketujuh: Tiupan, Ludah, Air Jampi, Asap Kemenyan 341
Kelapan: Mengajar Cara Ruqyah Dan Memberi Nasihat 343
Kesembilan: Mengambil Upah Atau Bayaran 344

9
10
‫اَّلل ال هر ْْحَ ِن ال هرِح ِيم‬
‫بِس ِم هِ‬
‫ْ‬
‫‪Kata Pembuka buku ini dimulakan dengan tiga buah hadis‬‬
‫‪yang mulia. Hadis Pertama, Rasulullah shallallahu 'alaihi‬‬
‫‪wasallam bersabda:‬‬

‫اَّللُ َعنْهُ ُك ْربَةً ِم ْن‬


‫س َّ‬ ‫َ‬ ‫ف‬‫َّ‬ ‫ن‬
‫َ‬ ‫ا‬ ‫ي‬
‫َ‬ ‫ُّن‬
‫ْ‬ ‫الد‬ ‫ب‬ ‫من نَ َّفس َعن م ْؤِم ٍن ُكربةً ِمن ُكر ِ‬
‫َْ ْ َ‬ ‫َْ َ ْ ُ‬
‫اَّللُ َعلَْي ِه ِِف الدُّنْيَا َو ْاْل ِخَرِة‪.‬‬ ‫ب يَ ْوِم الْ ِقيَ َامةِ‪َ .‬وَم ْن يَ َّسَر َعلَى ُم ْع ِس ٍر يَ َّسَر َّ‬ ‫ُكر ِ‬
‫َ‬
‫اَّللُ ِِف َع ْو ِن الْ َعْب ِد َما َكا َن‬ ‫اَّللُ ِِف الدُّنْيَا َو ْاْل ِخَرةِ‪َ .‬و َّ‬ ‫َوَم ْن َس َََت ُم ْسلِ ًما َس َََتهُ َّ‬
‫َخ ِيه‪.‬‬
‫الْعب ُد ِِف عو ِن أ ِ‬
‫َْ‬ ‫َْ‬
‫اْلَن َِّة‪.‬‬
‫اَّللُ لَهُ بِِه طَ ِري ًقا إِ ََل ْ‬ ‫س فِيهِ ِعلْ ًما َس َّه َل َّ‬ ‫ِ‬ ‫َوَم ْن َسلَ َ ِ‬
‫ك طَري ًقا يَلْتَم ُ‬
‫اَّللِ َويَتَ َد َار ُسونَهُ بَْي نَ ُه ْم‬
‫اب َّ‬ ‫ِ‬ ‫وت َِّ‬
‫اَّلل يَتْ لُو َن كتَ َ‬
‫ت ِمن ب ي ِ‬ ‫ٍ‬
‫اجتَ َم َع قَ ْوٌم ِِف بَْي ْ ُُ‬ ‫َوَما ْ‬
‫الر ْْحَةُ َو َح َّفتْ ُه ْم الْ َم َلئِ َكةُ َوذَ َكَرُه ْم َّ‬
‫اَّللُ‬ ‫الس ِكينَةُ َو َغ ِشيَتْ ُه ْم َّ‬ ‫ت َعلَْي ِه ْم َّ‬ ‫إََِّّل نََزلَ ْ‬
‫يم ْن ِعْن َدهُ‪.‬‬ ‫ِ‬
‫فَ‬
‫َوَم ْن بَطَّأَ بِهِ َع َملُهُ ََلْ يُ ْس ِر ْع بِِه نَ َسبُهُ‪.‬‬
‫‪Sesiapa menghilangkan daripada seorang mukmin satu‬‬
‫‪masalah daripada masalah dunia, Allah akan menghilangkan‬‬
‫‪daripada dirinya satu masalah daripada masalah akhirat. Sesiapa‬‬
‫‪memudahkan orang yang berada dalam kesulitan, Allah akan‬‬

‫‪11‬‬
memudahkan ke atasnya (dalam urusan) dunia dan akhirat.
Sesiapa yang menutupi aib seorang Muslim, Allah menutup
aibnya di dunia dan akhirat. Allah menolong seorang hamba
selagi hamba itu menolong saudaranya.

Sesiapa yang menempuh satu jalan dalam rangka mencari


ilmu, Allah mempermudahkan baginya jalan ke syurga. Tidaklah
berhimpun satu kaum di dalam salah satu masjid Allah, mereka
membaca al-Qur’an dan tadarus sesama mereka melainkan
diturunkan ke atas mereka ketenangan dan mereka diliputi
dengan rahmat serta dikelilingi oleh malaikat. Allah menyebut-
nyebut mereka kepada para malaikat yang berada di sisi-Nya.

Sesiapa yang memperlahankan amalannya (malas, sedikit


beramal) maka hubungan nasabnya tidak akan dapat
mempercepatkan amalannya. [Shahih Muslim, no: 4867/2699]

Hadis Kedua, al-Bara’ bin ‘Azib radhiallahu 'anh


menerangkan:

‫اَن َع ْن َسْب ٍع أ ََمَرََن ِِبتِبَ ِاع‬ َ َ‫اَّللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم بِ َسْب ٍع َوََن‬
َّ ‫صلَّى‬ ُّ ِ‫أ ََمَرََن الن‬
َ ‫َِّب‬
‫ص ِر الْ َمظْلُ ِوم َوإِبْ َرا ِر الْ َق َس ِم َوَرِد‬ ِ ِ
ْ َ‫يض َوإِ َجابَة الدَّاعي َون‬ ِ ‫اْلَنَائِِز َو ِعيَ َادةِ الْ َم ِر‬
ْ
...‫س‬ ِ ‫يت الْع‬
ِ ‫اط‬ ِ ‫الس َلِم وتَ ْش ِم‬
َ َ َّ

12
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menyuruh kami
dengan tujuh perkara dan melarang kami daripada tujuh
perkara. Baginda menyuruh kami (1) mengiringi jenazah, (2)
menziarahi orang sakit, (3) memenuhi jemputan, (4) menolong
orang yang dizalimi, (5) bersikap adil dalam pembahagian, (6)
menyebarkan salam dan (7) mendoakan orang yang bersin…
[Shahih al-Bukhari, no: 1163/1239]

Hadis Ketiga, Jabir bin Abdullah radhiallahu 'anh


menceritakan:

‫اَّللُ َعلَْي ِه‬


َّ ‫صلَّى‬ َِّ ‫ول‬
ِ ‫ت رج ًل ِمنَّا َع ْقرب وََْنن جلُوس مع رس‬
َ ‫اَّلل‬ َُ ََ ٌ ُ ُ َ ٌ َ ُ َ ْ ‫لَ َد َغ‬
‫اع ِمْن ُك ْم أَ ْن يَنْ َف َع‬
َ َ‫استَط‬ َ َ‫اَّللِ أ َْرقِي! ق‬
ْ ‫ َم ْن‬:‫ال‬ َّ ‫ول‬َ ‫ ََي َر ُس‬:‫ال َر ُج ٌل‬َ ‫َو َسلَّ َم فَ َق‬
.‫َخاهُ فَلْيَ ْف َع ْل‬
َ‫أ‬
Seorang lelaki disengat kala jengking sementara kami
saat itu sedang duduk bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam. Maka lelaki itu berkata: “Wahai Rasulullah,
ruqyahlah aku (agar sembuh)!” Rasulullah menjawab: “Sesiapa
yang mampu di kalangan kalian bagi memberi manfaat kepada
saudaranya, maka hendaklah dia melakukannya.” [Shahih
Muslim, no: 4076/2199]

Ketiga-tiga hadis ini memiliki satu pesanan umum yang

13
sama, iaitu hendaklah seorang muslim membantu seorang muslim
yang lain sekadar yang mampu. Salah satu bentuk bantuan yang
boleh diberikan – malah amat diperlukan – adalah bantuan
menjauhkan seorang muslim daripada gangguan makhluk ghaib.

Gangguan makhluk ghaib adalah sesuatu yang benar-benar


berlaku. Banyak kes histeria, rasukan dan gangguan yang tidak
dapat dijelaskan oleh akal mahupun sains. Ia sering kita baca di
akhbar dan dengar di media elektronik. Malah mungkin saja di
kalangan para pembaca yang pernah mengalami atau menyaksikan
sendiri kes-kes ini.

Secara lebih mendalam, terdapat dua ekstrim di kalangan


umat Islam dalam perkara ini. Ekstrim Pertama, tidak wujud
gangguan makhluk ghaib. Apa yang sebenarnya berlaku hanyalah
mainan fikiran, penyakit psikologi atau penyakit fizikal yang
disalah tafsir sebagai gangguan makhluk ghaib. Ekstrim Kedua,
semua gangguan, penyakit dan masalah disebabkan oleh makhluk
ghaib. Apa sahaja yang berlaku di luar kebiasaan, maka ia
disebabkan oleh gangguan makhluk ghaib. Berbahagialah mereka
yang berada di pertengahan antara dua ekstrim ini. Setiap kes
gangguan, penyakit dan masalah disiasat dan dinilai dengan baik
bagi menentukan sebabnya, kemudian dicari penyelesaiannya yang

14
tepat.

Apabila terbukti atau disangka kuat bahawa ia merupakan


gangguan makhluk ghaib, maka ia dirawat dengan cara-cara yang
selari dengan syari’at Islam. Cabarannya, tidak ramai yang
mengetahui cara rawatan daripada gangguan makhluk ghaib. Maka
atas cabaran inilah saya menulis buku ini, khas bagi memberikan
pengenalan tentang makhluk-makhluk ghaib, diikuti dengan
pencegahan serta rawatan daripada gangguan mereka.

Moga-moga dengan penulisan ini, saya dapat mencapai


pesanan yang disebut oleh ketiga-tiga hadis di atas. Orang yang
menjadi mangsa gangguan makhluk ghaib, dia menghadapi
masalah dan kesulitan. Moga dengan penulisan buku ini, saya
mencapai pesanan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: Sesiapa
menghilangkan daripada seorang mukmin satu masalah
daripada masalah dunia, Allah akan menghilangkan
daripadanya satu masalah daripada masalah akhirat. Sesiapa
memudahkan orang yang berada dalam kesulitan, Allah akan
memudahkan atasnya (dalam urusan) dunia dan akhirat.

Orang yang menjadi mangsa gangguan makhluk ghaib, dia


sebenarnya dizalimi oleh makhluk ghaib tersebut. Maka menjadi
tanggungjawab seorang muslim membantu seorang muslim yang

15
dizalimi. Saya berharap melalui buku ini, saya memenuhi arahan
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: … (4) menolong orang
yang dizalimi…

Rasulullah juga menganjurkan: “Sesiapa yang mampu di


kalangan kalian bagi memberi manfaat kepada saudaranya,
maka hendaklah dia melakukannya.” Alhamdulillah, kemampuan
saya ialah mengkaji dan menulis, moga hasil kajian dan penulisan
saya ini dapat memberi manfaat kepada semua.

Selain itu terdapat beberapa tujuan lain saya mengusahakan


buku ini. Pertama, agar umat Islam hanya takut kepada Allah.
Disebabkan tidak kenal kepada makhluk ghaib, maka di kalangan
umat Islam ada yang sebegitu takut kepada ciptaan Allah itu. Malah
ketakutan kepada makhluk ghaib melebihi ketakutan kepada Allah.
Ketakutan seperti ini dibisikkan oleh syaitan dan dia memang
menyukai apabila umat Islam lebih takut kepada makhluk ghaib
berbanding takut kepada Allah. Perhatikan firman Allah Subhanahu
wa Ta'ala ini:

ِ ُ‫ف أَولِياءه فَ َل ََتَافُوهم وخاف‬


‫ون إِ ْن ُكنْ تُ ْم‬ ِ
َ َ ُْ ُ َ َ ْ ُ ‫إََِّّنَا َذل ُك ُم الشَّْيطَا ُن ُُيَ ِو‬
.‫ي‬ ِِ
َ ‫ُم ْؤمن‬
Sesungguhnya mereka itu tidak lain hanyalah syaitan

16
yang menakut-nakuti (kamu) dengan kawan-kawannya, oleh itu
janganlah kamu takut kepada mereka tetapi takutlah kepada-Ku,
jika kamu benar-benar orang yang beriman. [Ali Imran 3:175]

Kedua, antara ciri orang Islam ialah beriman kepada yang


ghaib. Ini sebagaimana beberapa ayat pertama surah al-Baqarah:

‫ين‬ ِ َّ ِ ِ ِ ِ ‫ك الْ ِكتَاب ََّل ري‬ ِ


َ ‫) الذ‬2( ‫ي‬
َ ‫ب فيه ُه ًدى ل ْل ُمتَّق‬ َ َْ ُ َ ‫) ذَل‬1( ‫اَل‬
)3( ‫اه ْم يُْن ِف ُقو َن‬ ِ َّ ‫ب وي ِقيمو َن‬ ِ ِ ِ
ُ َ‫الص َل َة َوِمَّا َرَزقْ ن‬ ُ ُ َ ‫يُ ْؤمنُو َن ِبلْغَْي‬
Kitab (Al Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya;
petunjuk bagi mereka yang bertakwa. (iaitu) mereka yang
beriman kepada yang ghaib, mendirikan solat dan menafkahkan
sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka. [al-
Baqarah 2:1-3]

Antara perkara-perkara ghaib ialah kewujudan makhluk-


makhluk ghaib. Makhluk-makhluk ghaib ialah apa yang tidak dapat
dilihat dengan mata kasar atau diukur secara pasti oleh ilmu sains.
Ada tiga makhluk ghaib iaitu ruh, malaikat dan jin. Kewujudan
makhluk-makhluk ghaib ini adalah berdasarkan sekian banyak ayat
al-Qur’an dan hadis sahih Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.
Meskipun kita tidak dapat melihat, mendengar atau menyentuh
mereka, kita tetap mempercayai kewujudan dan peranan mereka

17
sepenuhnya hasil daripada keimanan kita kepada apa yang Allah
dan Rasul-Nya khabarkan kepada kita.

Apabila kita dapat mengenali makhluk-makhluk ghaib ini


secara mendalam serta mempelajari ciri-ciri mereka, ia akan
menambahkan lagi keimanan kita kepada Allah Subhanahu wa
Ta'ala. Kita akan teruja dengan kehebatan dan keagungan Allah
dalam mencipta makhluk-makhluk ghaib ini.

Ketiga, apabila telah mengenali makhluk-makhluk ghaib ini


serta cara-cara licik mereka mengganggu manusia, sudah tentu kita
akan membina perisai supaya tidak menjadi mangsa. Apakah
perisai itu? Ia tidak lain ialah zikir kepada Allah, mengikuti sunnah
Rasulullah dan menjalani kehidupan yang selari dengan syari’at
Allah. Justeru pengenalan kepada gangguan makhluk ghaib secara
tidak langsung akan membawa kita lebih dekat kepada Allah dan
menjalani kehidupan yang lebih selari dengan kehendak Allah.

Keempat, ramai yang jahil dalam amalan meruqyah dan


menganggap ia adalah kemampuan orang-orang tertentu sahaja.
Melalui buku ini, saya berharap lebih ramai orang yang arif dalam
amalan meruqyah. Paling kurang, setiap suami dan ayah mesti tahu
cara meruqyah supaya dapat merawat ahli keluarga – termasuk
dirinya sendiri – seandainya diganggu oleh makhluk ghaib.

18
Kelima, wujud sebahagian perawat yang merawat dengan
cara yang mensyirikkan Allah, menjerumuskan pesakit kepada
bid’ah dan khurafat serta melakukan penipuan wang ringgit. Ini
mudah berlaku disebabkan pesakit dan ahli keluarganya yang tidak
tahu apa-apa tentang gangguan makhluk ghaib dan rawatannya, lalu
memberikan kepercayaan penuh kepada perawat. Diharapkan buku
ini dapat memberikan ilmu yang secukupnya tentang gangguan
makhluk ghaib, pencegahan dan rawatan supaya orang ramai dapat
mengelak dari perkara-perkara di atas.

Buku ini dibahagikan kepada beberapa bahagian. Bahagian


Pertama memberi pengenalan kepada tiga jenis makhluk ghaib,
iaitu ruh, malaikat dan jin. Kemudian dikenal pasti jenis manakah
yang mampu mengganggu manusia. Setelah dikenal pasti, maka
Bahagian Kedua menerangkan cara-cara mencegah gangguan
makhluk ghaib tersebut. Akhirnya Bahagian Ketiga menghuraikan
langkah-langkah rawatan serta ciri-ciri seorang perawat yang
bagus.

Buku ini saya beri judul Sunnah Dalam Menangani


Gangguan Makhluk Ghaib. Sunnah yang dimaksudkan ialah
sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Jika kita mengkaji
hadis-hadis baginda, akan ditemui banyak keterangan tentang

19
kewujudan makhluk ghaib, ciri-ciri serta peranan mereka dan cara-
cara mereka mengganggu. Melalui hadis-hadis ini juga kita dapat
mempelajari bagaimana Rasulullah mencegah gangguan makhluk
ghaib dan merawat sesiapa yang terkena gangguan makhluk ghaib.
Sebegitu banyak mutiara yang terkandung dalam sunnah baginda
ini sehingga tidak perlu seseorang itu akan mencari atau mengambil
pasir sebagai gantinya.

Akhir kata, saya berdoa kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala


agar buku ini dapat memberikan manfaat kepada para pembaca.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang menjayakan penulisan
ini. Apa-apa pembetulan atau maklumbalas, sila hubungi saya di
emel hafizfirdaus@hotmail.com

Hafiz Firdaus bin Abdullah

28 Sept 2016

20
Bahagian Pertama

Bab 1:

Berkenalan Dengan Ruh

Ruh ialah makhluk yang berada di dalam jasad manusia. Ia


ditiup masuk ketika manusia berada di dalam kandungan ibunya
(janin) sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

َ‫ص َار َو ْاْلَفْئِ َدة‬ ِ ‫ُُثَّ س َّواه ونَ َفخ فِ ِيه ِمن ر‬
َّ ‫وح ِه َو َج َع َل لَ ُك ُم‬
َ ْ‫الس ْم َع َو ْاْلَب‬ ُْ َ َُ َ
َ ‫قَلِ ًيل َما تَ ْش ُك ُرو‬
.‫ن‬

Kemudian Dia menyempurnakan (air mani itu menjadi


janin) dan meniupkan ke dalamnya ruh-Nya dan Dia menjadikan
bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi) kamu
sedikit sekali bersyukur. [al-Sajdah 32:09]

Setelah ditiup masuk, al-Qur’an dan hadis yang sahih tidak


menyebut di manakah kedudukan ruh di dalam jasad manusia. Apa
yang didiamkan oleh dua sumber wahyu ini, hendaklah juga kita
mendiamkannya. Seandainya sesuatu perkara ghaib itu adalah

21
penting untuk dunia dan akhirat, pasti Allah dan Rasul-Nya akan
menerangkan kepada kita. Oleh itu usah membuang masa
memikirkannya atau membaca daripada sumber-sumber yang tidak
lebih hanyalah teka-teki.

Ruh ditarik keluar ketika manusia meninggal dunia. Selain


itu, ruh juga mungkin keluar apabila manusia tidur, dengan
kehendak Allah. Perhatikan ayat berikut:

ِ
ُ ‫فَيُ ْم ِس‬ ‫ت ِِف َمنَ ِام َها‬ ِ ‫اَّلل ي تَ و ََّّف ْاْلَنْ ُف‬
‫ك‬ ْ ُ‫ي َم ْوِتَا َوالَِِّت ََلْ ََت‬
َ‫سح‬ َ َ َ َُّ .
ِ ‫َج ٍل ُم َس ًّمى إِ َّن‬ ِ
َ ‫ِِف ذَل‬
‫ك‬ َ ‫ُخَرى إِ ََل أ‬ ْ ‫ت َويُْرس ُل ْاْل‬َ ‫ضى َعلَيْ َها الْ َم ْو‬ َ َ‫الَِِّت ق‬
‫ت لَِق ْوٍم يَتَ َف َّك ُرو َن‬ٍ ‫َْلَي‬
َ
Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan
(memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya;
maka Dia tahan jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan
kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu
yang ditentukan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat
tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir. [al-Zumar
39:42] Berdasarkan ayat di atas, ruh juga disebut sebagai nafs yakni
jiwa atau nyawa.

22
Ruh Ialah Makhluk Allah

Di sisi Ahli Sunnah wal Jamaah, ruh ialah salah satu


makhluk ciptaan Allah. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

ِ ‫اَّلل خالِق ُك ِل َشي ٍء وهو الْو‬


.‫الْ َق َّهار‬
ُ ‫اح ُد‬َ ََُ ْ ُ َ َُّ ‫قُ ِل‬
Katakanlah: “Allah adalah Pencipta segala sesuatu dan
Dia-lah Tuhan Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” [al-Rad
13:16]

Dalam ayat yang lain Allah menegaskan:

ٍ
.‫وكِيل‬ ٍ ِ َّ
ٌ َ ‫اَّللُ َخال ُق ُك ِل َش ْيء َوُه َو َعلَى ُك ِل َش ْيء‬
Allah menciptakan segala sesuatu dan Dia memelihara
segala sesuatu. [al-Zumar 39:62]

Kedua-dua ayat ini bersifat umum, bererti semua yang ada


– termasuklah ruh – merupakan makhluk Allah.

Di sisi sebahagian aliran sufi dan tasawuf yang


menyimpang, mereka berkeyakinan ruh bukanlah makhluk ciptaan
Allah tetapi merupakan sebahagian daripada Allah. Mereka
berhujah dengan ayat berikut, ketika Allah hendak mencipta
manusia yang pertama:

23
‫ص ٍال ِم ْن َْحٍَإ‬ ِ ِ ‫ك لِلْ َم َلئِ َك ِة إِِّن‬ َ َ‫َوإِ ْذ ق‬
َ ْ‫صل‬
َ ‫َخال ٌق بَ َشًرا م ْن‬ َ ُّ‫ال َرب‬
ِِ ِ ِ ِِ ٍ
‫ين‬
َ ‫فيه م ْن ُروحي فَ َق ُعوا لَهُ َساجد‬ ‫ت‬ُ ‫) فَِإذَا َس َّويْتُهُ َونَ َف ْخ‬28( ‫َم ْسنُون‬
.)29(

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para


malaikat: “Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang
manusia daripada tanah liat kering (yang berasal) daripada
lumpur hitam yang diberi bentuk. Maka apabila Aku telah
menyempurnakan kejadiannya dan telah meniupkan ke
dalamnya ruh-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan
bersujud. [al-Hijr 15:28-29, lihat juga al-Sajdah 32:09]

Berdasarkan ayat: “…dan telah meniupkan ke dalamnya


ruh-Ku…”, mereka berfahaman bahawa ruh yang ada di dalam
manusia merupakan sebahagian daripada Allah. Berpijak daripada
ayat inilah timbul kefahaman sesat bahawa manusia yang sudah
mencapai maqam (kedudukan) yang tinggi boleh bersatu dengan
Allah sehingga tidak perlu lagi beramal ibadah. Mereka mendakwa:
“Allah ialah saya dan saya ialah Allah, oleh itu Allah tidak perlu
beribadah kepada Allah!”

Di sinilah letaknya bahaya sebahagian besar ilmu sufi dan


ilmu tasawuf. Mereka mendakwa kononnya belajar ilmu makrifah

24
bagi mengenal Allah dan beribadah bagi mendekati Allah. Namun
tujuan utama mereka belajar ilmu itu ialah bagi bersatu dengan
Allah. Meskipun sudah bersatu, mereka tetap makan, minum dan
pergi tandas bagi membuang hajat. Ini ialah syirik dan penghinaan
ke atas Allah. Maha Suci Allah daripada dakwaan mereka.

Adapun firman Allah: “…dan telah meniupkan ke


dalamnya ruh-Ku…”, maksudnya yang sebenar ialah ruh ciptaan
Allah (makhluk Allah). Ia umpama Salina yang berkata: “Ini buku
saya.” Ia bukan bererti buku itu sebahagian daripada jasad Salina,
tetapi bererti ia milik Salina. Atau Hazman yang berkata “Ini esei
saya.” Ia bukan bererti esei itu sebahagian daripada jasad Hazman,
tetapi bererti ia karya Hazman.

Pertanyaan Tentang Ruh

Pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, ada


yang bertanya kepada baginda tentang ruh. Maka ayat berikut
adalah jawapannya:

‫وح ِم ْن أ َْم ِر َرِّب َوَما أُوتِيتُ ْم ِم َن الْعِْل ِم‬ ُّ ‫وح قُ ِل‬


ُ ‫الر‬ ُّ ‫ك َع ِن‬
ِ ‫الر‬ َ َ‫َويَ ْسأَلُون‬
ً ِ‫إََِّّل قَل‬
.‫يل‬

Dan mereka bertanya kepadamu tentang ruh.


Katakanlah: “Ruh itu termasuk urusan Tuhan-ku dan tidaklah

25
kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit.” [al-Isra’ 17:85]

Maksudnya, ruh merupakan urusan Allah Subhanahu wa


Ta'ala. Ia bukanlah urusan manusia sehingga manusia boleh
membuat kenyataan, teori dan cerita-cerita sendiri.

Seterusnya Allah berfirman: “…dan tidaklah kamu diberi


pengetahuan melainkan sedikit.” Maksudnya, manusia tidak
diberi pengetahun tentang ruh melainkan sedikit. Apakah sedikit
pengetahuan yang Allah berikan kepada kita tentang ruh?
Pengetahuan yang sedikit itu ialah apa yang Allah nyatakan dalam
al-Qur’an dan apa yang disampaikan oleh Rasul-Nya sebagaimana
yang tercatat dalam hadis-hadis yang sahih.

Berdasarkan ayat 85 surah al-Isra’ ini, hendaklah para


pembaca sekalian membataskan diri kepada al-Qur’an dan al-
Sunnah yang sahih apabila berbicara tentang ruh. Jangan dihiraukan
apa-apa pandangan, tulisan dan cerita tentang ruh jika ia tidak
berasal daripada dua sumber wahyu ini, meskipun yang
menyampaikannya ialah orang-orang yang masyhur mahupun para
penggali kubur. Ingat, kebenaran dalam Islam tidak diukur
berdasarkan kemasyhuran.

Demikian juga, jika apa-apa persoalan tentang ruh


didiamkan oleh dua sumber wahyu ini, bererti ia tidak penting untuk

26
diketahui oleh manusia. Justeru apa yang didiamkan oleh al-Qur’an
dan al-Sunnah yang sahih, hendaklah juga didiamkan oleh kita.
Tidak perlu bertanya atau memikir-mikirkannya.

Kedudukan Ruh Selepas Meninggal Dunia

Sebelum ini kita telah mempelajari ayat-ayat al-Qur’an yang


menerangkan ruh ditiup masuk ke dalam jasad manusia di peringkat
janin ketika dalam kandungan ibu. Setelah itu ruh sentiasa di dalam
jasad manusia kecuali apabila tidur, di mana ia boleh keluar dengan
kehendak Allah. Ke manakah ruh itu apabila ia keluar? Tidak
diketahui penjelasan yang sahih. Apa yang diketahui ialah, ia keluar
dengan kehendak Allah dan menuju ke tempat yang dikehendaki
oleh Allah.

Apabila sudah tiba masanya, ruh ditarik keluar untuk kali


terakhir dan pada saat itu, jasad atau manusia itu meninggal dunia
(mati). Persoalannya, ke manakah ruh manusia setelah meninggal
dunia? Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ada menjelaskannya
seperti berikut:

Ruh Para Nabi berada di dalam syurga, di tingkatan yang


paling tinggi. Ia disebut sebagai al-Rafiq al-‘Ala yang bermaksud
teman-teman – yakni para Nabi dan Rasul – di kedudukan tertinggi
di syurga. Apabila Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sakit

27
yang membawa kepada kewafatannya, baginda berdoa:

.‫َعلَى‬
ْ ‫ْاْل‬ ‫َْلِ ْق ِِن ِِب َّلرفِ ِيق‬
ْ ‫اللَّ ُه َّم ا ْغ ِف ْر ِِل َو ْار َْحِِْن َوأ‬
Ya Allah! Ampunilah aku, rahmatilah aku dan jadikanlah
aku bersama al-Rafiq al-‘Ala. [Shahih Sunan al-Tirmizi, no:
3418/3496]

Ruh Para Syuhada, yakni muslimin dan muslimat yang


berjuang di medan perang demi meninggikan kalimah Allah lalu
gugur syahid, ruh mereka berada di dalam syurga, di dalam burung-
burung hijau yang berterbangan di syurga. Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam mengkhabarkan hal ini:

ِ ‫اَّلل أَرواحهم ِِف جو‬ ٍ ‫ُصيب إِخوانُ ُكم ِِب‬ ِ


ْ ‫ف طٍَْْي ُخ‬
‫ض ٍر‬ ْ َ ْ ُ َ َ ْ َُّ ‫ُحد َج َع َل‬ ُ ْ َ ْ َ ‫لَ َّما أ‬
‫ب ُم َعلَّ َق ٍة ِِف ِظ ِل‬ٍ ‫اْلَن َِّة ََتْ ُكل ِم ْن ِِثَا ِرَها و ََتْ ِوي إِ ََل قَنَ ِاديل ِم ْن ذَ َه‬
ْ ‫تَ ِرُد أ ََْنَ َار‬
َ َ ُ
.‫ش‬ ِ ‫الْ َع ْر‬
Tatkala saudara-saudara kalian gugur dalam Perang
Uhud, Allah menjadikan ruh mereka berada di dalam perut
burung hijau yang akan mendatangi sungai-sungai syurga
(untuk minum), makan sebahagian daripada buah-buahannya,
serta kembali ke pelita-pelita emas yang tergantung dalam
naungan ‘Arasy.

28
‫ َم ْن يُبَ لِ ُغ‬:‫يب َمأْ َكلِ ِه ْم َوَم ْشَرِِبِ ْم َوَم ِقيلِ ِه ْم قَالُوا‬ ِ
َ ‫فَلَ َّما َو َج ُدوا ط‬
‫َحيَاءٌ ِِف ا ْْلَن َِّة نُْرَز ُق لِئَ َّل يَ ْزَه ُدوا ِِف ا ْْلِ َه ِاد َوََّل يَنْ ُكلُوا ِعنْ َد‬
ْ ‫إِ ْخ َوانَنَا َعنَّا أ َََّن أ‬
‫ب؟‬ ِ ‫ا ْْلر‬
َْ
Kemudian tatkala mereka merasai keenakan makanan
mereka, minuman mereka dan tempat rehat mereka, mereka
berkata: “Siapakah yang akan menyampaikan berita kepada
saudara-saudara kita tentang kita, bahawa kita sedang hidup di
syurga dengan mendapat rezeki? Supaya dengan itu mereka tidak
akan menahan diri daripada jihad dan tidak akan undur daripada
berperang?”

‫َب‬
َّ َ ‫اَّللُ{ َوََّل ََْت َس‬ َ َ‫اَّللُ ُسْب َحانَهُ أ َََن أُبَلِغُ ُه ْم َعْن ُك ْم ق‬
َّ ‫ال فَأَنْ َزَل‬ َّ ‫ال‬
َ ‫فَ َق‬
}‫َحيَاءٌ ِعْن َد َرِبِِ ْم يُْرَزقُو َن‬ َِّ ‫الَّ ِذين قُتِلُوا ِِف سبِ ِيل‬
ْ ‫اَّلل أ َْم َو ًاًت بَ ْل أ‬ َ َ
Maka Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman, “Akulah
yang akan menyampaikan khabar kalian kepada mereka.” Lalu
Allah turunkan ayat: “Dan janganlah kamu menyangka orang
yang terbunuh pada jalan Allah itu mati, tetapi mereka itu hidup
di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.” (Ali Imran 3:169)
[Shahih Sunan Abu Daud, hadis no: 2158/2520]

Ruh Orang-Orang Yang Beriman berada di dalam burung

29
yang bertenggek di pohon-pohon syurga. Mereka hanya di pohon
syurga, tidak terbang bebas sebagaimana ruh orang yang gugur
syahid. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

َّ ُ‫اْلَن َِّة َح ََّّت يَْب َعثَه‬


‫اَّللُ َعَّز َو َج َّل‬ ْ ‫إََِّّنَا نَ َس َمةُ الْ ُم ْؤِم ِن طَائٌِر ِِف َش َج ِر‬
.‫ام ِة‬ ِ ِِ
َ َ‫إِ ََل َج َسده يَ ْوَم الْقي‬
Sesungguhnya ruh orang-orang beriman tidak lain
berada di dalam burung di pohon syurga sehinggalah Allah
‘Azza wa Jalla membangkitkannya (mengembalikannya) ke
jasadnya pada Hari Kiamat. [Shahih Sunan al-Nasa’e, no:
2046/2073]

Adapun ruh orang beriman yang melakukan dosa-dosa kecil


dan besar, maka ia berada di dalam kubur dan diazab sekadar dosa
yang telah dilakukan atau sehingga Allah mengampunkannya. Satu
contoh ialah hadis berikut di mana ‘Abdullah ibn ‘Abbas
radhiallahu 'anhuma menerangkan:

َ ‫اَّللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم بَِق ْ َْبيْ ِن فَ َق‬


‫ إِ ََّنُ َما لَيُ َع َّذ َِب ِن َوَما‬:‫ال‬ َّ ‫صلَّى‬ َ ‫َِّب‬ ُّ ِ‫َمَّر الن‬
‫َح ُد ُُهَا فَ َكا َن ََّل يَ ْستََِتُ ِم ْن الْبَ ْوِل َوأ ََّما ْاْل َخ ُر فَ َكا َن‬ ِ
َ ‫يُ َع َّذ َِبن ِِف َكبِ ٍْي أ ََّما أ‬
.‫َّميم ِة‬
ِ ِ ِ
َ ‫َيَْشي ِبلن‬
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam melintasi dua kuburan,

30
lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya kedua-duanya sedang
diseksa (dalam kubur) dan kedua-duanya diseksa bukan kerana
dosa besar. Yang satu diseksa kerana tidak menjaga kebersihan
ketika kencing, sementara yang satunya suka menimbulkan
permusuhan antara dua orang dengan percakapan yang
berunsur fitnah.” [Shahih al-Bukhari, no: 211/218]

Ruh Orang Kafir. Adapun orang yang sudah disampaikan


kepadanya kebenaran Islam lalu tetap kafir, maka ruhnya diseksa
dalam kubur dan berterusan sehingga ke Hari Akhirat. Sementara
ruh orang-orang yang belum sampai kepadanya tentang Islam,
maka ia terserah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Demikianlah kedudukan ruh-ruh selepas ia ditarik daripada


jasad yang meninggal dunia. Persoalannya, bolehkah ruh-ruh orang
meninggal dunia ini datang mengganggu orang yang sedang hidup
sehingga menyebabkan rasukan, histeria dan lain-lain gangguan?
Ini akan kita kaji dalam bab seterusnya insya-Allah.

31
Alam Barzakh

Dalam bab sebelum ini, kita telah berkenalan dengan ruh


berdasarkan al-Qur’an dan hadis-hadis yang sahih. Kini kita sampai
ke soalan penting, bolehkah ruh orang yang sudah mati
mengganggu manusia yang masih hidup? Bolehkah ruh orang jahat
merasuki manusia sehingga menyebabkan histeria? Bolehkah ruh
ahli keluarga kembali ke rumahnya, sehingga penghuni rumah
seolah-olah terasa, terlihat dan terdengar kehadirannya?

Bagi menjawab soalan ini, saya kemukakan sebuah ayat al-


Qur’an dan sebuah hadis sahih sebagai dalil dan hujah. Dalam ayat
99-100 surah al-Mu’minun, Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

‫) لَ َعلِي أ َْع َم ُل‬99( ‫ون‬ ِ ‫ب ارِجع‬ ِ َ َ‫ت ق‬


ُ ْ ‫ال َر‬ َ ‫َح ََّّت إِذَا َجاءَ أ‬
ُ ‫َح َد ُه ُم الْ َم ْو‬
‫ت َك َّل إِ ََّنَا َكلِ َمةٌ ُه َو قَائِلُ َها َوِم ْن َوَرائِ ِه ْم بَْرَز ٌخ إِ ََل يَ ْوِم‬ُ ‫يما تَ َرْك‬
ِ ِ
َ ‫صاْلًا ف‬
َ
)100( ‫يُبْ َعثُو َن‬
Sehingga apabila datang kematian kepada seseorang
daripada mereka, dia berkata: “Ya Tuhanku kembalikanlah aku
(ke dunia) agar aku berbuat amal yang soleh terhadap yang telah
aku tinggalkan.” Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah

32
perkataan yang diucapkannya saja. Dan di hadapan mereka ada
dinding (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan.

Dalam ayat di atas, diterangkan keadaan orang-orang yang


sudah mati. Mereka berasa menyesal dan ingin kembali ke dunia
untuk beramal soleh. Akan tetapi keinginan ini terhalang oleh
sebuah dinding. Dinding itu menghalang mereka dari kembali ke
alam dunia sehinggalah Hari Kiamat. Dinding ini dikenali sebagai
Barzakh dan dari sinilah kehidupan selepas kematian disebut
sebagai Alam Barzakh.

Ayat di atas menjadi dalil bahawa ruh manusia yang sudah


mati tidak boleh kembali ke alam dunia. Ada dinding yang
menghalang mereka agar tetap di Alam Barzakh sehingga ke hari
Akhirat.

Apa Yang Dilakukan Oleh Si Fulan?

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah


menceritakan:

ِ َّ ُ‫ضر الْم ْؤِمن أَتَ ْته م َلئِ َكة‬


َ ‫الر ْْحَة ِِبَ ِر َيرةٍ بَْي‬ ِ
:‫ن‬
َ ‫فَيَ ُقولُو‬ َ‫ضاء‬ َ ُ ُ ُ َ ‫إِ َذا ُح‬
ٍ ‫ان ور‬ ٍ َِّ ‫ك إِ ََل رو ِح‬
ِ ‫اضيةً مر ِضيًّا َعْن‬
ِ ِ
.‫ن‬
َ ‫ضبَا‬ْ ‫ب َغ ِْْي َغ‬ َ َ َ‫اَّلل َوَرْْي‬ َْ ْ َ َ ‫اخ ُرجي َر‬
ْ
Apabila seorang mukmin menghampir saat kematiannya,

33
malaikat-malaikat rahmat datang kepadanya dengan membawa
sutera putih. Mereka berkata: “(Wahai ruh) keluarlah kamu
dalam keadaan reda dan diredai menuju rahmat Allah, bau
harum dan (kepada) tuhan yang tidak murka.”

ِ ‫يح الْ ِمس‬


ُ ‫ك َح ََّّت أَنَّهُ لَيُنَا ِولُهُ بَ ْع‬ ِ ِ
‫ضا َح ََّّت‬
ً ‫ض ُه ْم بَ ْع‬ ْ ِ ‫فَتَ ْخ ُر ُج َكأَطْيَب ر‬
ِ ‫السم‬ ِ
.‫اء‬ َ ‫َيْتُو َن بِه َِب‬
َ َّ ‫ب‬
Maka ruh itu (setelah dicabut oleh malaikat maut) keluar
dalam keadaan harum kesturi sehinggakan sebahagian mereka
(para malaikat rahmat) berebut dengan sebahagian yang lain
bagi membawanya sehinggalah sampai ke pintu langit.

‫ض؟ فَيَأْتُو َن‬ ِ ‫يح الَِِّت َجاءَتْ ُك ْم ِم ْن ْاْل َْر‬ ِ ِ‫ب َه ِذه‬
َ ‫الر‬ َ َ‫ َما أَطْي‬:‫فَيَ ُقولُو َن‬
.‫َح ِد ُك ْم بِغَائِبِ ِه يَ ْق َدمُ َعلَْي ِه‬ ِ ِِ
َ ‫َش ُّد فَ َر ًحا به م ْن أ‬ َ ‫ي فَلَ ُه ْم أ‬ ِِ
َ ‫اح الْ ُم ْؤمن‬
َ ‫به أ َْرَو‬
ِِ
‫ َماذَا فَ َع َل فُ َل ٌن؟ َماذَا فَ َع َل فُ َل ٌن؟‬:ُ‫فَيَ ْسأَلُونَه‬
Maka mereka (penduduk langit) berkata: “Alangkah
harumnya bau yang kalian bawa dari bumi!” Maka (ruh yang
baru dibawa itu) dipertemukan dengan ruh-ruh orang-orang
mukmin (yang berada di langit itu). Mereka lebih teramat
gembira (apabila saling bertemu) berbanding salah seorang
daripada kalian yang bertemu dengan orang yang sudah lama

34
hilang. Mereka bertanya (kepada ruh yang baru dibawa itu):
“Apa yang dilakukan oleh si fulan? Apakah yang dilakukan oleh
si fulan?” [Sebahagian daripada hadis yang panjang, Shahih Sunan
al-Nasa’e, no: 1810/1833]

Hadis di atas menerangkan keadaan ruh orang-orang yang


beriman apabila ia hampir dicabut dan setelah dicabut dari badan.
Alangkah baiknya keadaan ruh orang-orang yang beriman. Apabila
ruh yang baru dicabut itu bertemu dengan ruh-ruh lain yang sudah
lama dicabut yang kini berada di langit, ia ditanya: “Apa yang
dilakukan oleh si fulan? Apakah yang dilakukan oleh si fulan?”
Maksudnya, ruh-ruh yang sudah lama dicabut bertanya kepada ruh
yang baru dicabut berkenaan hal-ehwal orang-orang lain yang
masih hidup di dunia. Contohnya, ruh seorang ayah yang sudah
lama dicabut bertanya kepada ruh yang baru dicabut, apakah yang
sedang dilakukan oleh anaknya di dunia sekarang ini?

Pertanyaan-pertanyaan ini menjadi dalil bahawa ruh orang


yang sudah mati tidak mengetahui keadaan orang yang masih hidup.
Ia juga menjadi dalil bahawa ruh orang yang sudah mati – meskipun
dia seorang yang beriman – tidak dapat kembali ke dunia.
Seandainya mereka dapat kembali ke dunia, nescaya mereka
mengetahui khabar orang-orang yang masih hidup.

35
Berdasarkan ayat al-Qur’an dan hadis sahih di atas, dapatlah
disimpulkan bahawa ruh orang yang sudah mati tidak boleh kembali
ke alam dunia bagi mengganggu manusia yang masih hidup di alam
dunia. Ia tidak dapat kembali untuk apa jua urusan meskipun yang
baik seperti beramal soleh atau mengetahui khabar orang-orang
yang disayanginya.

Ruh Rasulullah

Termasuk dalam kesimpulan di atas ialah ruh Rasulullah


shallallahu 'alaihi wasallam. Baginda pernah menerangkan bahawa
pada Hari Kiamat kelak ada telaga khasnya untuk umatnya yang
bernama Telaga Haudh. Umatnya datang untuk minum, namun ada
sebahagian yang dihalang. Maka baginda bertanya:

ْ ‫ك ََّل تَ ْد ِري َما أ‬


!‫َح َدثُوا بَ ْع َد َك‬ ُ ‫إِ ََّنُْم ِم ِِن! فَيُ َق‬
َ َّ‫ إِن‬:‫ال‬
“Sesungguhnya mereka adalah daripada (umat)ku! (lalu
kenapa dihalang minum?)” Lalu dijawab: “Sesungguhnya kamu
tidak tahu perkara-perkara baru (bid’ah-bid’ah) yang mereka
buat sesudah kamu!” [Shahih al-Bukhari, no: 6097/6583]

Berdasarkan hadis ini, ruh Rasulullah juga tidak dapat


kembali ke alam dunia bagi mengetahui apa yang dilakukan oleh
umatnya.

36
Kesalahan Anggapan Ruh Dapat Kembali Ke Dunia

Merujuk kepada dalil-dalil al-Qur’an dan hadis-hadis di


atas, dapatlah diketahui kesalahan kepercayaan sebahagian
masyarakat yang menganggap ruh orang yang mati akan kembali ke
alam dunia pada malam pertama, malam ketiga, malam ke-40
(selepas kematian), malam Hari Raya dan malam-malam lain.

Selain itu dapat juga diketahui kesalahan sebahagian


kumpulan umat Islam yang bernasyid, berqasidah dan berselawat
dengan keyakinan bahawa ruh Rasulullah akan datang untuk turut
menghadiri majlis tersebut. Demikian juga kesalahan orang yang
mendakwa ruh Rasulullah atau ruh sekian-sekian tokoh agama
datang berjumpa dengannya sama ada dalam keadaan sedar atau
mimpi bagi menyampaikan hukum, ibadah dan zikir yang baru.
Semua itu tidak lain adalah tipu daya syaitan atau helah orang itu
bagi meraih kemasyhuran di kalangan pengikut-pengikutnya.

Soalan: Bagaimana Ruh Ibu Saya Dapat Kembali Ke Dunia?

Saya pernah menemui seorang ustaz yang dengan beberapa


bacaan jampinya, dapat menghadirkan ruh ibu saya yang sudah
meninggal dunia 2 tahun lepas. Saya dapat mengenal pasti itu ialah
ruh ibu saya kerana melalui persembangan kami, ruh itu dapat
menceritakan hal-hal lampau yang hanya diketahui oleh saya dan

37
ibu saya. Meskipun bersembang hanya dengan suara dan dalam
masa yang singkat, saya amat gembira lagi teruja kerana dapat
bersama ibu saya. Insya-Allah apabila ada kelebihan wang ringgit
(ustaz itu mengenakan bayaran yang tinggi), saya akan berjumpa
lagi dengan ustaz itu bagi bersembang lagi dengan arwah ibu saya.

Hanya saya tertanya-tanya, bagaimanakah ustaz itu dapat


menghadirkan ruh orang yang meninggal dunia? Terima kasih.

Jawapan:

Ruh orang yang sudah meninggal dunia tidak dapat kembali


ke dunia, apatah lagi untuk bersembang-sembang dengan orang
yang masih hidup di dunia. Mereka berada di Alam Barzakh, di
mana Barzakh itu ialah satu dinding yang menghalang ruh kembali
ke Alam Dunia. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

‫) لَ َعلِي أ َْع َم ُل‬99( ‫ون‬ ِ ‫ب ارِجع‬ ِ َ َ‫ت ق‬


ُ ْ ‫ال َر‬ َ ‫َح ََّّت إِ َذا َجاءَ أ‬
ُ ‫َح َد ُه ُم الْ َم ْو‬
‫ت َك َّل إِ ََّنَا َكلِ َمةٌ ُه َو قَائِلُ َها َوِم ْن َوَرائِ ِه ْم بَْرَز ٌخ إِ ََل يَ ْوِم‬ُ ‫يما تَ َرْك‬
ِ ِ
َ ‫صاْلًا ف‬
َ
)100( ‫يُبْ َعثُو َن‬
Sehingga apabila datang kematian kepada seseorang
daripada mereka, dia berkata: “Ya Tuhanku kembalikanlah aku
(ke dunia) agar aku berbuat amal yang soleh terhadap yang telah

38
aku tinggalkan.” Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah
perkataan yang diucapkannya saja. Dan di hadapan mereka ada
dinding (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan. [al-
Mu’minun 23:99-100]

Apa yang dihadirkan oleh ustaz tersebut kepada anda bukan


ruh ibu akan tetapi jin pendamping ibu anda. Jin ini disebut sebagai
qarin. Perhatikan hadis sahih berikut:

ْ ‫َح ٍد إََِّّل َوقَ ْد ُوكِ َل بِِه قَ ِرينُهُ ِم ْن‬


‫ َوإِ ََّي َك ََي‬:‫ قَالُوا‬.‫اْلِ ِن‬ ِ ِ
َ ‫َما مْن ُك ْم م ْن أ‬
ٍَْ‫َسلَم فَ َل َيْ ُمرِّن إََِّّل ِِب‬
.‫ْي‬ ‫أ‬َ‫ف‬ ‫ه‬ِ ‫اَّلل أَعانَِِن علَي‬ َّ َّ
‫َن‬ ‫أ‬ َِّ‫ي إ‬
‫َّل‬ ‫َي‬
َّ ِ‫ وإ‬:‫ال‬
َ َ‫ق‬ ‫؟‬ِ‫اَّلل‬
َّ ‫ول‬َ ‫َر ُس‬
ُ َ ْ ْ َ َ َ َ َ
“Tidak ada seorang jua daripada kalian melainkan dia
didampingi oleh qarin daripada makhluk jin.” Para sahabat
bertanya: “Engkau juga wahai Rasulullah?” Baginda menjawab:
“Ya, aku juga. Akan tetapi sesungguhnya Allah telah membantu
aku sehingga dia masuk Islam dan tidak menghasutku melainkan
dengan sesuatu yang baik.” [Shahih Muslim, no: 5034/2814]

Jin qarin ini telah mendampingi ibu anda sekian lama


(bahkan sejak ibu anda lahir) sehingga dia mengetahui semua rahsia
antara anda dan ibu anda. Apabila ibu anda meninggal dunia,
ruhnya ditarik ke Alam Barzakh.

Akan tetapi apabila ibu anda meninggal dunia, ia tidak

39
bererti jin qarinnya meninggal dunia atau ditarik ke alam lain. Jin
qarin itu masih hidup di alam dunia. Jin qarin inilah yang digunakan
oleh ustaz tersebut bagi menyamar sebagai ibu anda dan
bersembang-sembang dengan anda. Tentu saja jin qarin ini
mengetahui rahsia-rahsia antara anda dan ibu anda. Bahkan saya
percaya dengan bayaran yang berganda-ganda lebih tinggi kepada
ustaz tersebut, jin qarin itu boleh menjelma sebagai ibu anda dan
dapat dilihat oleh mata anda dan disentuh oleh tangan anda.

Di sini hendaklah dibezakan bahawa ibu anda tidak bersalah


kerana memiliki jin qarin. Ia tidak bererti ibu anda pernah
memelihara jin. Jin qarin hadir bagi semua manusia sebagaimana
jelas Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam hadis di atas. Ia
sengaja Allah hadirkan bagi setiap manusia sebagai satu bentuk
ujian.

Kadangkala jin qarin orang yang sudah meninggal dunia


hadir mengganggu orang yang masih hidup tanpa dipanggil. Ia
sengaja hadir bagi merosakkan aqidah orang yang masih hidup. Ini
kerana sebahagian orang apabila terasa diganggu oleh makhluk
ghaib, akan melakukan keyakinan dan/atau amalan yang salah bagi
merawat gangguan tersebut. Jin qarin yang mengganggu akan pergi
meninggalkan mangsa gangguannya, bukan kerana kaedah rawatan

40
tersebut betul tetapi kerana dia telah mencapai objektif bagi
merosakkan aqidah mangsanya.

Oleh itu amatlah penting bagi semua orang – termasuk saya


– bagi mempelajari dan mengamalkan kaedah-kaedah pencegahan
dan rawatan yang betul, sesuai dengan petunjuk al-Qur’an dan al-
Sunnah yang sahih. Ini kerana jin boleh mengganggu pada bila-bila
masa, tanpa dipanggil mahupun dijemput.

Soalan: Suka Menonton Cerita Seram

Saya suka menonton cerita seram. Cerita yang paling


menyeramkan ialah dari negara Thailand dan Korea. Dalam cerita-
cerita ini, kerap kali ruh orang yang meninggal dunia, disebut dalam
bahasa Inggeris sebagai spirits atau ghost datang mengganggu
orang yang masih hidup. Saya ingin tahu dalam kehidupan sebenar
(bukan cerita-cerita), apakah ini boleh berlaku?

Jawapan:

Ya, ia boleh berlaku. Hanya yang datang menggganggu itu


bukan ruh orang yang meninggal dunia akan tetapi jin pendamping
orang yang meninggal dunia. Jin ini disebut sebagai qarin dan inilah
yang dimaksudkan sebagai spirits atau ghost dalam cerita-cerita
tersebut.

41
Tentang jin qarin ini, Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam telah menjelaskan:

ْ ‫َح ٍد إََِّّل َوقَ ْد ُوكِ َل بِِه قَ ِرينُهُ ِم ْن‬


‫ َوإِ ََّي َك ََي‬:‫ قَالُوا‬.‫اْلِ ِن‬ ِ ِ
َ ‫َما منْ ُك ْم م ْن أ‬
ٍَْ‫َسلَم فَ َل َيْ ُمرِّن إََِّّل ِِب‬ ِ َّ ‫ي إََِّّل أ‬ ِ َ َ‫اَّللِ؟ ق‬
.‫ْي‬
ُ َ ْ ‫اَّللَ أ ََعانَِِن َعلَْيه فَأ‬
َّ ‫َن‬ َ ‫ َوإ ََّي‬:‫ال‬ َّ ‫ول‬
َ ‫َر ُس‬
“Tidak ada seorang jua daripada kalian melainkan dia
didampingi oleh qarin daripada makhluk jin.” Para sahabat
bertanya: “Engkau juga wahai Rasulullah?” Baginda menjawab:
“Ya, aku juga. Akan tetapi sesungguhnya Allah telah membantu
aku sehingga dia masuk Islam dan tidak menghasutku melainkan
dengan sesuatu yang baik.” [Shahih Muslim, no: 5034/2814]

Oleh itu semua manusia memiliki jin qarin, baik dia sedar
atau tidak, baik dia mahu atau tidak mahu. Ia Allah hadirkan bagi
setiap manusia sebagai satu bentuk ujian. Apabila seseorang itu
meninggal dunia, jin qarinnya tidak meninggal dunia. Jin qarin ini
pula pelbagai sikapnya. Ada yang baik dan ada yang nakal atau
jahat sehingga suka mengganggu orang lain yang masih hidup.

Sebagai orang beriman, kita menyakini kehadiran jin-jin


yang mungkin mengganggu kita. Jin suka mengganggu orang yang
jauh daripada Allah, membenci orang yang dekat kepada Allah.
Oleh itu marilah kita mendekatkan diri kepada Allah dengan selalu

42
berzikir kepada-Nya, yakni dengan beribadah, membaca al-Qur’an
dan mempraktikkan sunnah Rasul-Nya, Muhammad shallallahu
'alaihi wasallam dalam kehidupan harian.

Ketahuilah bahawa mempelajari hadis-hadis Rasulullah dan


berusaha mempraktikkannya dalam kehidupan seharian adalah satu
bentuk zikir kepada Allah. Ini kerana orang yang ingat (zikir)
kepada Allah akan ingat kepada manusia yang paling dikasihi oleh
Allah, lagi dibimbing, dipelihara dan diangkat darjatnya oleh Allah.
Manusia itu ialah Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam. Maka
disebabkan ingatan kita kepada Allah, kita ingat kepada Rasulullah
dan berusaha bagi mempelajari tentang baginda (hadis-hadisnya)
dan mempraktikkan sunnah-sunnah baginda.

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

َّ ‫ُس َوةٌ َح َسنَةٌ لِ َم ْن َكا َن يَ ْر ُجو‬


‫اَّللَ َوالْيَ ْوَم‬ َِّ ‫ول‬
ْ ‫اَّلل أ‬
ِ ‫لََق ْد َكا َن لَ ُكم ِِف رس‬
َُ ْ
.‫كثِْيا‬ َّ ‫ْاْل ِخَر َوذَ َكَر‬
ً َ َ‫اَّلل‬
Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri
teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap
(rahmat) Allah dan (mengharapkan kedatangan) Hari Kiamat
dan dia banyak berzikir kepada Allah. [al-Ahzab 33:21]

Oleh itu jangan terlalu kerap menonton cerita-cerita seram.

43
Siapa tahu pada satu masa kelak, cerita-cerita seram itu benar-benar
berlaku ke atas diri anda. Gunakan masa lapang yang ada bagi
mendekatkan diri kepada Allah dengan selalu berzikir kepada-Nya,
yakni dengan beribadah, membaca al-Qur’an dan mempraktikkan
sunnah Rasul-Nya dalam kehidupan harian.

44
Bab 2:

Berkenalan Dengan Malaikat

Salah satu jenis makhluk ghaib yang patut kita berkenalan


dengannya ialah malaikat. Beriman kepada malaikat merupakan
salah satu daripada rukun iman sementara berkenalan lebih lanjut
dengan malaikat dapat meningkatkan lagi keimanan kita
kepadanya. Selain itu ia juga dapat menjawab soalan sama ada
malaikat memiliki pengaruh dalam mengganggu manusia seperti
rasukan, penyakit dan histeria.

Malaikat ialah kata jamak (plural) daripada kata mufrad


(singular) Malak. Dalam al-Qur’an dan hadis-hadis yang sahih,
tidak diterangkan sejarah asal usul malaikat. Apabila Allah dan
Rasulullah tidak menerangkannnya, bererti ia bukanlah sesuatu
yang penting untuk kita tahu. Justeru usah diberi perhatian kepada
cerita-cerita asal-usul malaikat yang kadangkala disampaikan oleh
penceramah atau penulis buku.

Lebih penting, malaikat bukanlah anak Allah. Masyarakat


dahulu sering menyandarkan malaikat sebagai anak perempuan
Allah. Ada juga yang berkata malaikat ialah anak lelaki dan anak

45
perempuan Allah. Semua ini adalah tidak benar. Maha Suci Allah
daripada memiliki anak, baik lelaki mahupun perempuan. Apa yang
benar, malaikat ialah salah satu daripada sekian banyak makhluk
ciptaan Allah. Allah Subhanahu wa Ta'ala menegaskan:

ِ ‫اَل ع َّما ي‬ ِ ِ ٍ ِ
‫ص ُفو َن‬ َ َ َ ‫ي َوبَنَات بغَ ِْْي علْ ٍم ُسْب َحانَهُ َوتَ َع‬ َ ‫َو َخَرقُوا لَهُ بَن‬
ٌ‫احبَة‬ ِ ‫ََّن ي ُكو ُن لَه ولَ ٌد وََل تَ ُكن لَه ص‬ ِ ‫السماو‬
ِ ‫ات َو ْاْل َْر‬ ِ
َ ُ ْ َْ َ ُ َ َّ ‫ض أ‬ َ َ َّ ‫يع‬ ُ ‫) بَد‬100(
َّ ‫) َذلِ ُك ُم‬101( ‫َو َخلَ َق ُك َّل َش ْي ٍء َوُه َو بِ ُك ِل َش ْي ٍء َعلِ ٌيم‬
‫اَّللُ َربُّ ُك ْم ََّل إِلَهَ إََِّّل‬
.)102( ‫شي ٍء وكِيل‬ ٍ ِ
ٌ َ ْ َ ‫اعبُ ُدوهُ َوُه َو َعلَى ُك ِل‬ ْ َ‫ُه َو َخال ُق ُك ِل َش ْيء ف‬
Dan mereka berbohong (dengan mengatakan): “Allah
mempunyai anak lelaki dan perempuan” tanpa (berdasar) ilmu
pengetahuan. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi daripada sifat-
sifat yang mereka berikan. (Padahal) Dia-lah Pencipta langit dan
bumi. Bagaimana Dia mempunyai anak padahal Dia tidak
mempunyai isteri? Dia menciptakan segala sesuatu dan Dia
mengetahui segala sesuatu.

(Yang memiliki sifat-sifat yang) demikian itu ialah Allah


Tuhan kamu; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain
Dia; Pencipta segala sesuatu, maka sembahlah Dia dan Dia
adalah Pemelihara segala sesuatu. [al-An’aam 6:100-102]

46
Dicipta Sebelum Manusia Daripada Cahaya

Meskipun tidak diketahui asal-usul malaikat, kita


mengetahui bahawa malaikat sudah ada sebelum manusia yang
berada di bumi ini. Perhatikan ayat berikut:

.ً‫خلِي َفة‬ ِ ‫ك لِْلم َلئِ َك ِة إِِّن ج‬


ِ ‫اع ٌل ِِف ْاْل َْر‬
‫ض‬ َ َ‫َوإِ ْذ ق‬
َ َ َ َ ُّ‫ال َرب‬
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para
malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang
khalifah (Nabi Adam) di muka bumi.” [al-Baqarah 2:30] Apabila
Allah berfirman kepada malaikat tentang perancangannya bagi
mencipta manusia di bumi, bererti malaikat sudah ada sebelum
manusia.

Selain itu, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam


menerangkan bahawa malaikat dicipta daripada cahaya:

ِ ِ ِ ُّ ‫اْل‬ ِ ِ ِ ِ
َ ‫ان م ْن َما ِرٍج م ْن ََن ٍر َو ُخل َق‬
ُ‫آدم‬ َْ ‫ت الْ َم َلئ َكةُ م ْن نُوٍر َو ُخل َق‬ْ ‫ُخل َق‬
ِ ِ
.‫كم‬
ْ ُ َ‫ف ل‬َ ‫ِمَّا ُوص‬
Malaikat diciptakan daripada cahaya, jin diciptakan
daripada api yang menyala-nyala dan Adam diciptakan daripada
sesuatu yang telah disebutkan (ciri-cirinya) untuk kalian. [Shahih
Muslim, no: 5314/2996]

47
Apabila dikatakan malaikat diperbuat daripada cahaya,
tidaklah bererti malaikat itu dapat kita lihat dengan mata kasar
sebagai sesuatu yang bersinar atau bercahaya. Apa yang benar,
malaikat tidak dapat dilihat oleh mata manusia.

‫اَّللُ َعلَْي ِه‬


َّ ‫صلَّى‬ َِّ ‫ول‬ َّ ‫إِ َّن َعائِ َشةَ َر ِض َي‬
َ ‫اَّلل‬ ُ ‫ال َر ُس‬َ َ‫ ق‬:‫ت‬ْ َ‫اَّللُ َعنْ َها قَال‬
َّ ‫ َو َعلَْي ِه‬:‫ت‬ ِ ُ‫ َي َعائِش ه َذا ِج ِْْبيل ي ْق ِرئ‬:‫وسلَّم ي وما‬
ُ‫الس َلم‬ ُ ْ‫ فَ ُقل‬.‫الس َل َم‬
َّ ‫ك‬ ُُ َ َ َ ً َْ َ َ َ
.‫ تَرى َما ََّل أَرى‬.ُ‫كاتُه‬
َ َ َ‫اَّللِ َوبََر‬
َّ ُ‫َوَر ْْحَة‬
Bahawasanya A’isyah, (isteri Rasulullah) berkata,
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pada satu hari pernah
berkata kepadanya: “Wahai A’isyah, ini ada malaikat Jibrail
menyampaikan salam kepadamu.” Aku katakan: “Wa ‘alaihis
salam Warahmatullahi Wabarakaatuh. Anda dapat melihat apa
yang aku tidak melihatnya.” [Shahih al-Bukhari, no: 3484/3768]

Pun begitu, sebahagian haiwan dapat melihat malaikat.


Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:

ِ ِ ْ َ‫اَّلل ِمن ف‬ ِ ِ ‫إِ َذا ََِسعتُم ِصي‬


‫َت َملَ ًكا‬ ْ ‫ضله فَِإ ََّنَا َرأ‬ ْ ََّ ‫اسأَلُوا‬ْ َ‫اح الديَ َكة ف‬ ََ ْْ
ِ َ‫اْلِما ِر فَتَع َّوذُوا ِِب ََّّللِ ِمن الشَّيط‬
َ ‫ان فَِإنَّهُ َرأَى‬ ِ ِ
.‫ش ْيطَا ًَن‬ ْ ْ َ َ ْ ‫يق‬ َ ‫َوإِذَا ََس ْعتُ ْم ََن‬
Jika kalian mendengar ayam berkokok, maka mohonlah
kurnia Allah kerana pada saat itu ayam tersebut melihat

48
malaikat. Dan jika kalian mendengar keldai meringkik, maka
mohonlah perlindungan Allah daripada syaitan kerana pada saat
itu keldai tersebut melihat syaitan. [Shahih al-Bukhari, no:
3058/3303]

Atas tujuan tertentu, malaikat dengan izin Allah dapat


menjelma sebagai manusia. Perkara ini pernah berlaku kepada
Maryam ibu Nabi Isa, sebagaimana yang tercatat dalam al-Qur’an:

)16( ‫اَن َش ْرقِيًّا‬


ً ‫ت ِم ْن أ َْهلِ َها َم َك‬ ِ
ْ ‫اب َم ْرََيَ إِذ انْتَ بَ َذ‬ ِ َ‫واذْ ُكر ِِف الْ ِكت‬
ْ َ
ِ ِِ ِ ‫فَ َّاَتَ َذ‬
.)17( ‫شرا س ِوًَّي‬
َ ً َ َ‫َّل ََلَا ب‬ َ ‫ت م ْن ُدوَن ْم ح َج ًاِب فَأ َْر َسلْنَا إِلَيْ َها ُر‬
َ ‫وحنَا فَتَ َمث‬ ْ
Dan ceritakanlah (kisah) Maryam dalam Al Qur'an, iaitu
ketika dia menjauhkan diri daripada keluarganya ke suatu tempat
di sebelah timur, maka dia mengadakan tabir (yang
melindunginya) daripada mereka. Lalu Kami mengutus ruh Kami
(Jibrail) kepadanya, maka ia menjelma di hadapannya (dalam
bentuk) manusia yang sempurna. [Maryam 19:16-17]

Oleh itu kita beriman bahawa malaikat boleh menjelma


sebagai manusia. Namun jelmaan ini hanya dengan izin Allah atas
urusan yang dikehendaki Allah. Adapun dakwaan segelintir orang
bahawa dia dapat melihat malaikat atau malaikat menjelma
kepadanya sebagai manusia, maka itu hanyalah dakwaan kosong

49
lagi penipuan di atas nama agama. Bahkan tidak aneh jika yang
sebenarnya dia lihat atau menjelma ialah jin syaitan.

Bentuk Malaikat

Dengan izin Allah, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam


pernah melihat malaikat Jibrail. Baginda menjelaskan:

‫اح يُنْ ثَ ُر ِم ْن‬


ٍ َ‫ت ِمائَِة َجن‬
ُّ ‫يل ِعْن َد ِس ْد َرةِ الْ ُمْن تَ َهى َعلَْي ِه ِس‬ ِ ِ ُ ْ‫رأَي‬
َ ‫ت ج ْْب‬ َ
.‫وت‬
ُ ُ‫ُّر َوالْيَاق‬
ُّ ‫يل الد‬ِ َ ‫يش ِه الت‬
ِ ‫ِر‬
ُ ‫َّهاو‬
Aku melihat Jibrail di sisi Sidratul Muntaha, ia memiliki
enam ratus sayap yang bertaburan dari bulunya, warna-warni
mutiara dan yaqut. [Musnad Ahmad, no: 3720/3915 dengan sanad
hasan] Dalam riwayat lain, baginda menerangkan pernah melihat
malaikat Jibrail dengan 600 sayap. [Shahih al-Bukhari, no:
4479/4857]

Sebenarnya, malaikat yang berbeza memiliki jumlah sayap


yang berbeza-beza jumlahnya. Ada yang memiliki dua sayap, tiga
sayap, empat sayap dan ada yang memiliki lebih daripada itu. Allah
menerangkan hakikat ini:

ِ ‫اع ِل الْ َم َلئِ َك ِة ُر ُس ًل أ‬


ِ‫ضج‬ ِ َّ ‫اط ِر‬ ِ َ‫اْلم ُد ََِّّللِ ف‬
‫ُوِل‬ َ ِ ‫الس َم َاوات َو ْاْل َْر‬ ْ َْ

50
‫اَّللَ َعلَى ُك ِل َش ْي ٍء‬
َّ ‫اْلَلْ ِق َما يَ َشاءُ إِ َّن‬
ْ ‫يد ِِف‬
ُ ‫ع يَِز‬ َ ‫َجنِ َح ٍة َمثْ ََن َوثَُل‬
َ ‫ث َوُرَِب‬ ْ‫أ‬
.‫دير‬ِ
ٌ َ‫ق‬
Segala puji bagi Allah Pencipta langit dan bumi, Yang
menjadikan malaikat sebagai utusan-utusan yang mempunyai
sayap, masing-masing (ada yang) dua, tiga dan empat. Allah
menambahkan pada ciptaan-Nya apa yang dikehendaki-Nya.
Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. [Fatir
35:01]

Meskipun malaikat memiliki sayap, ia tidaklah bererti


malaikat memerlukan udara untuk bergerak dan terbang. Ia
hanyalah merupakan salah satu ciri malaikat. Malaikat dapat
bergerak pantas di ruang angkasa dan lebih tinggi dari itu (lapiasan-
lapisan langit di atas) meskipun di sana tidak ada udara.

Selain itu malaikat juga bersaiz besar. Rasulullah


shallallahu 'alaihi wasallam pernah menerangkan:

‫الس َم ِاء إِ ََل‬


َّ ‫ي‬ ِِ ِ ِ َّ ‫رأَي ته مْن هبِطًا ِمن‬
َ َْ‫الس َماء َس ًّادا عظَ ُم َخ ْلقه َما ب‬ ْ َ ُ ُ ُْ َ
ِ ‫ْاْل َْر‬
.‫ض‬

Aku melihatnya (Jibrail) turun dari langit, saiznya sangat


besar sehingga memenuhi ruang di antara langit hingga bumi.

51
[Shahih Muslim, no: 259/177]

Dalam sebuah hadis yang lain, baginda menjelaskan:

‫اَّللِ ِم ْن َْحَلَ ِة الْ َع ْر ِش إِ َّن‬


َّ ‫ك ِم ْن َم َلئِ َك ِة‬ٍ َ‫ث َعن مل‬
َ ْ َ ‫ُحد‬
ِ ‫أ ُِذ َن ِِل أَ ْن أ‬
َ
ٍ ‫ي َش ْحم ِة أُذُنِِه إِ ََل َعاتِِق ِه م ِسْيةُ سْب ِع ِمائَةِ َع‬
.‫ام‬
َ َ َ َ َ َْ‫َما ب‬
Aku telah diberi izin (oleh Allah) bagi menceritakan
tentang ciri satu malaikat daripada malaikat-malaikat Allah yang
bertugas membawa Arasy. Sesungguhnya, jarak antara hujung
telinga dengan bahunya adalah perjalanan tujuh ratus tahun
(penerbangan burung). [Shahih Sunan Abu Daud, no: 4102/4727]

52
Nama-Nama Malaikat

Jika sebelum ini kita telah mengenali malaikat secara


umum, berikut saya perkenalkan beberapa malaikat yang namanya
secara khusus disebut dalam al-Qur’an dan hadis yang sahih. Para
pembaca sekalian perlu memberi perhatian kepada bab ini kerana
ada yang berbeza dengan apa yang biasa dipelajari pada zaman
sekolah dahulu.

Sebagai contoh, ramai yang mengenali Izrail sebagai nama


malaikat yang mencabut nyawa manusia. Akan tetapi penamaan ini
tidak memiliki bukti dari al-Qur’an mahupun hadis yang sahih. Apa
yang sahih, ia hanya dikenali sebagai Malaikat Maut, sebagaimana
hadis berikut daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Malaikat Maut diutus
kepada Musa ‘alaihi salam… [Shahih al-Bukhari, no: 1253/1339].

Malaikat Jibrail

Jibrail adalah malaikat yang selalu mendampingi


Rasulullah, membawa wahyu, mengajarkan al-Qur’an dan lain-lain
lagi. Ibnu ‘Abbas menerangkan:

53
‫َّاس ِِب ْْلَِْْي َوَكا َن‬ ِ َّ ‫اَّللِ صلَّى‬
ْ ‫اَّللُ َعلَْيه َو َسلَّ َم أ‬
ِ ‫َج َوَد الن‬ َ َّ ‫ول‬ ُ ‫َكا َن َر ُس‬
‫الس َلم َكا َن يَلْ َقاهُ ِِف ُك ِل‬ َّ ‫يل َعلَيْ ِه‬ ِ ِ ِ َ ‫َجوَد َما يَ ُكو ُن ِِف َش ْه ِر رَم‬
َ ‫ضا َن إ َّن ج ْْب‬ َ َْ ‫أ‬
‫اَّللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم‬ َِّ ‫ول‬ُ ‫ض َعلَْي ِه َر ُس‬ ِ ٍ
َّ ‫صلَّى‬
َ ‫اَّلل‬ َ ‫َسنَة ِِف َرَم‬
ُ ‫ضا َن َح ََّّت يَْن َسل َخ فَيَ ْع ِر‬
.‫ن‬
َ ‫الْ ُقرآ‬
ْ
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah orang
yang paling pemurah berbuat kebajikan kepada orang ramai
terutama pada bulan Ramadhan. Sesungguhnya setiap tahun
Jibrail ‘alaihissalam selalu menemui baginda pada bulan
Ramadhan (tiap-tiap malam) sehingga akhir bulan. Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam memperdengarkan bacaan Qur'an
kepadanya. [Shahih Muslim, no: 4268/2308]

Malaikat Mikail

Nama malaikat Mikail dapat kita kenali melalui ayat al-


Qur’an:

َ ‫يل َوِمي َك‬


َّ ‫ال فَِإ َّن‬
‫اَّللَ َع ُد ٌّو‬ ِ ِ ِِ ِِ ِ ِ ِ
َ ‫َم ْن َكا َن َع ُد ًّوا ََّّلل َوَم َلئ َكته َوُر ُسله َوج ْْب‬
.‫كافِ ِرين‬ ِ
َ َ ْ‫لل‬
Sesiapa yang menjadi musuh Allah, malaikat-malaikat-
Nya, rasul-rasul-Nya, Jibrail dan Mikail, maka sesungguhnya

54
Allah adalah musuh orang-orang kafir. [al-Baqarah 2:98]

Mikail juga turut berperanan mengajar Rasulullah membaca


al-Qur’an dengan beberapa cara bacaan atau yang lain. Baginda
menerangkan:

‫يل َع ْن ََيِ ِيِن‬ ِ ِ ِ َّ ‫يل َعلَْي ِه َما‬ِ ِ ‫إِ َّن ِج ِْب‬


ُ ‫الس َلم أَتَيَاّن فَ َق َع َد ج ْْب‬ َ ‫يل َومي َكائ‬
َ ْ
.‫ف‬ ٍ ‫ اقْ رأْ الْ ُقرآ َن علَى حر‬:‫الس َلم‬ َّ ‫يل َعلَْي ِه‬ِ ِ َ ‫وِمي َكائِيل َع ْن يَسا ِري فَ َق‬
َْ َ ْ َ ُ ‫ال ج ْْب‬ َ ُ َ
ٍ ‫ف َش‬
‫اف‬ ٍ ‫ف فَ ُك ُّل حر‬ ٍ ‫ است ِزده است ِزده ح ََّّت ب لَ َغ سب عةَ أَحر‬:‫ال ِمي َكائِيل‬ َ َ‫ق‬
َْ ُ ْ َ َْ َ َ ُ ْ َْ ُ ْ َْ ُ
.‫اف‬ٍ ‫َك‬
Sesungguhnya Jibrail dan Mikail ‘alaihimassalam telah
datang kepadaku. Jibrail duduk di sebelah kananku sedangkan
Mikail duduk di sebelah kiriku. Jibrail ‘alaihissalam berkata:
“Bacalah al-Qur'an dengan satu cara bacaan.” Mikail berkata:
“Ajarkan dia lagi, ajarkan dia lagi hingga tujuh cara bacaan,
setiap satunya adalah baik lagi cukup.” [Shahih Sunan al-Nasa’e,
no: 932/941]

Ada riwayat yang menerangkan Mikail bertanggungjawab


menguruskan rahmat, tumbuh-tumbuhan dan hujan [Musnad
Ahmad, no: 2353/2483 dengan sanad hasan]. Akan tetapi itu adalah
kata-kata orang Yahudi apabila bersoal jawab dengan Rasulullah

55
sehingga tidak dapat dijadikan dalil yang muktamad.

Malaikat Israfil

Nama malaikat ini pernah disebut oleh Rasulullah


shallallahu 'alaihi wasallam ketika membaca doa iftitah dalam
Qiamulailnya:

ِ ‫السماو‬ ِ ِ ِ ِ‫ب جْبائِيل وِمي َكائ‬


‫ض‬ِ ‫ات َو ْاْل َْر‬ َ َ َّ ‫يل فَاطَر‬ َ ‫يل َوإ ْسَراف‬َ َ َ َ ْ َ َّ ‫اللَّ ُه َّم َر‬
‫يما َكانُوا فِ ِيه َُيْتَلِ ُفو َن ْاه ِدِّن‬ ِ‫ب والشَّهادةِ أَنْت ََت ُكم بي عِب ِاد َك ف‬
َ َ ْ َ ْ َ َ َ ِ ‫َع ِاَلَ الْغَْي‬
َ ُ َ
ِ ٍ ِ
.‫شاء إِ ََل صراط ُمستَقي ٍم‬ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ‫لِما‬
ْ َ ُ َ َ‫ك َِتْدي َم ْن ت‬ َ َّ‫ك إِن‬َ ‫اْلَِق ِبِِ ْذن‬
ْ ‫ف فيه م ْن‬ َ ‫اختُل‬ْ َ
Ya Allah tuhan Jibrail, Mikail dan Israfil, (tuhan)
pencipta langit dan bumi, (tuhan) yang mengetahui perkara
ghaib dan nyata, Engkaulah yang memutuskan antara hamba-
hamba-Mu tentang apa yang mereka perselisihkan. Dengan izin-
Mu, tunjukkanlah aku kebenaran daripada apa yang
diperselisihkan itu. Sesungguhnya Engkaulah yang memberi
petunjuk kepada sesiapa yang Engkau kehendaki ke jalan yang
lurus lagi benar. [Shahih Muslim, no: 1289/770]

Ali bin Abi Thalib pernah berkata:

‫يل َوَم َع ْاْل َخ ِر‬ِ ِ ِ َ ‫قِيل لِ َعلِ ٍي وِْلَِّب بَ ْك ٍر يَ ْوَم بَ ْد ٍر َم َع أ‬


ُ ‫َحد ُك َما ج ْْب‬ َ َ

56
.‫ف‬
َّ ‫الص‬
َّ ‫ال يَ ْش َه ُد‬ َ َ‫ك َع ِظ ٌيم يَ ْش َه ُد الْ ِقت‬
َ َ‫ال أ َْو ق‬ ٌ َ‫يل َمل‬ِ‫ِمي َكائِيل وإِسراف‬
ُ َْ َ ُ
Pada perang Badar, (Rasulullah) berkata kepada Ali dan
Abu Bakar: “Bersama salah seorang daripada kalian berdua (ada
malaikat) Jibrail, sedangkan Mikail bersama yang lainnya. Dan
Israfil adalah malaikat agung yang ikut menyaksikan
peperangan (atau baginda mengatakan) ikut menyaksikan
barisan perang.” [Musnad Ahmad, no: 1192/1257 dengan sanad
yang sahih]

Ada yang berkata Israfil berperanan meniup sangkakala


pada Hari Kiamat kelak. Riwayat ini dikemukakan oleh Imam Ibnu
Jarir al-Thabari ketika menafsirkan ayat 49 surah Yasin. Namun
Imam al-Bukhari telah menyatakan riwayat tersebut tidak sahih,
sebagaimana yang dikemukakan oleh Imam al-Iraqi dalam Takhrij
Ahadits al-Ihya’, no: 4451. Selain itu apabila Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam menerangkan tentang sangkakala, baginda tidak
menyebut nama malaikat peniupnya. Baginda bersabda:

‫َصغَى‬ ِ ِ ‫َكيف أَنْعم وقَ ْد الْتَ َقم‬


ْ ‫ب الْ َق ْرن الْ َق ْر َن َو َح ََن َجبْ َهتَهُ َوأ‬
ُ ‫صاح‬ َ َ َ َُ َ ْ
‫ََسْ َعهُ يَْن تَ ِظ ُر أَ ْن يُ ْؤَمَر أَ ْن يَْن ُف َخ فَيَنْ ُف َخ؟‬
Bagaimana mungkin aku dapat berasa gembira
sementara (malaikat) peniup sangkakala telah memasukkan

57
sangkakala ke mulut, telah menundukkan dahinya dan
menyiapkan pendengarannya menanti perintah (daripada Allah)
bagi meniup? [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 3166/3243]

Malaikat Malik

Beliau ialah malaikat penjaga neraka sebagaimana yang


tercatat dalam al-Qur’an:

َ ‫َماكِثُو‬
.‫ن‬ ‫ال إِنَّ ُك ْم‬
َ َ‫ك ق‬ ِ ‫ك لِيَ ْق‬
َ ُّ‫ض َعلَيْ نَا َرب‬
ِ
ُ ‫َو ََن َد ْوا ََي َمال‬
Dan mereka (ahli neraka) menyeru (kepada malaikat
penjaga neraka): “Wahai Malik! Biarlah hendaknya Tuhanmu
mematikan kami (kerana kami tidak tahan menderita)!” Malik
menjawab: “Sesungguhnya kamu tetap kekal dalam azab!” [al-
Zukhruf 43:77]

Adapun penamaan Ridzuan sebagai malaikat penjaga


syurga, maka kesahihan hadis-hadis yang dijadikan sandaran
memerlukan semakan lanjut.

Malaikat Munkar dan Nakir

Mereka berdua ialah malaikat yang bertanya soalan-soalan


di dalam kubur. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
menerangkan:

58
ِ َ‫ان أَسود ِان أ َْزرق‬
ِ
‫ال‬
ُ ‫ان يُ َق‬ َ َ َ ْ ‫َح ُد ُك ْم أ ًََتهُ َملَ َك‬
َ ‫ال أ‬ ُ ِ‫إِذَا قُِ َْب الْ َمي‬
َ َ‫ت أ َْو ق‬
ِ
.‫َّكْي‬
ِ ِ ‫ِْل‬
ُ ‫َحدُهَا الْ ُمنْ َك ُر َو ْاْل َخ ُر الن‬
َ
Apabila mayat atau salah seorang daripada kalian (yang
meninggal dunia) dikebumikan, akan datang kepadanya dua
malaikat yang gelap kebiruan, salah seorang daripadanya digelar
Munkar manakala seorang lagi digelar Nakir. [Shahih Sunan al-
Tirmizi, no: 991/1071]

Malaikat Harut dan Marut

Mereka berdua ialah malaikat yang mengajar manusia ilmu


sihir.

Pada zaman itu, orang ramai menuduh Nabi Sulaiman


sebagai ahli sihir yang kafir kerana kemampuan beliau menguasai
dan memerintahkan jin. Maka kedua-dua malaikat ini turun dengan
perintah Allah bagi menerangkan perbezaan – teori dan praktikal –
antara ilmu sihir yang diamalkan oleh syaitan dan mukjizat yang
Allah berikan kepada Nabi Sulaiman.

Namun sebelum menerangkan ilmu sihir tersebut, kedua-


dua malaikat ini memberi amaran bahawa ia boleh menjadi satu
bentuk fitnah ke atas manusia. Sesiapa yang menjauhi ilmu sihir
bererti dia beriman sementara sesiapa yang mempelajarinya,

59
meskipun bagi melawan sihir yang jahat, bererti dia kafir. Ini kerana
semua sihir melibatkan kerja jin dan jin-jin tersebut tidak akan
melakukan apa-apa kerja melainkan terlebih dahulu dilakukan
perkara-perkara yang membatalkan keislaman seseorang seperti
kencing di atas al-Qur’an, sujud kepada tengkorak dan
menyembelih haiwan atas namanya.

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

ِ ‫ي علِمو َن النَّاس‬
َ ‫ي بِبَابِ َل َه ُار‬
‫وت‬ ِ ْ ‫الس ْحر وَما أُنْ ِزَل َعلَى الْملَ َك‬
َ َ َ َ ُ َُ
‫َح ٍد َح ََّّت يَ ُقوََّل إََِّّنَا ََْن ُن فِتْ نَةٌ فَ َل تَ ْك ُف ْر فَيَ تَ َعلَّ ُمو َن‬ ِِ ِ
َ ‫وت َوَما يُ َعل َمان م ْن أ‬
َ ‫َوَم ُار‬
.‫ي الْمرِء وَزْوِج ِه‬ ِِ ِ
َ ْ َ َ َْ‫منْ ُه َما َما يُ َف ِرقُو َن به ب‬
Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang
diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil iaitu
Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu)
kepada seorangpun sebelum mengatakan: “Sesungguhnya kami
hanya fitnah (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir.” Maka
mereka mempelajari daripada kedua malaikat itu apa yang
dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang
(suami) dengan isterinya. [al-Baqarah 2:102]

60
Malaikat Raqib dan Atid

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman dalam al-Qur’an:

ُ ‫) َما يَلْ ِف‬17( ‫الش َم ِال قَعِي ٌد‬


‫ظ‬ ِ ‫ي وع ِن‬ ِ ِ ِ
َ َ ِ ‫إِ ْذ يَتَ لَ َّقى الْ ُمتَ لَقيَان َع ِن الْيَم‬
.)18( ‫عتِي ٌد‬ ِ ِ ِ ٍ ِ
َ ‫يب‬ٌ ‫م ْن قَ ْول إََّّل لَ َديْه َرق‬
Semasa dua malaikat menerima dan menulis segala
perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah
kanannya dan yang satu lagi di sebelah kirinya. Tidak ada
sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang
dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas
(Raqib) yang sentiasa sedia menulisnya (Atid). [Qaf 50:17-18]

Para ilmuan berbeza pendapat sama ada Raqib dan Atid


adalah nama malaikat atau peranan malaikat. Ini adalah perbezaan
pendapat yang masyhur sehingga boleh diterima kedua-duanya.
Allah sahaja yang lebih mengetahui.

Demikianlah nama-nama malaikat yang disebut dalam al-


Qur’an dan hadis-hadis yang sahih. Adapun selain itu berserta
peranan-peranan mereka, hendaklah disemak kesahihannya. Ilmu
tentang malaikat merupakan salah satu daripada Rukun Iman, maka
hendaklah ia berdasarkan ilmu yang benar, bukan cerita-cerita yang
biasa tersebar di kalangan masyarakat.

61
Mencintai Malaikat

Dalam ayat 98 surah al-Baqarah, Allah Subhanahu wa


Ta'ala berfirman:

َ ‫يل َوِمي َك‬


َّ ‫ال فَِإ َّن‬
‫اَّللَ َع ُد ٌّو‬ ِ ِ ِِ ِِ ِ ِ ِ
َ ‫َم ْن َكا َن َع ُد ًّوا ََّّلل َوَم َلئ َكته َوُر ُسله َوج ْْب‬
.‫كافِ ِرين‬ ِ
َ َ ْ‫لل‬
Sesiapa yang menjadi musuh Allah, malaikat-malaikat-
Nya, rasul-rasul-Nya, Jibrail dan Mikail, maka sesungguhnya
Allah adalah musuh orang-orang kafir. [al-Baqarah 2:98]

Ayat ini menceritakan sikap orang kafir di mana mereka


memusuhi Allah, para malaikat dan para rasul. Lawan kepada sikap
memusuhi ialah sikap mencintai. Justeru berdasarkan ayat ini dapat
ditangkap maksud di sebaliknya, iaitu sikap orang yang beriman
ialah mereka mencintai Allah, para malaikat dan para rasul.

Jika tidak kenal, maka tidak cinta. Oleh itu dalam bab ini,
saya akan terus memberikan pengenalan tentang malaikat kepada
para pembaca sekalian. Pengenalan ditumpukan kepada beberapa
ciri istimewa malaikat.

62
Taat Kepada Allah

Ciri istimewa malaikat ialah mereka sentiasa taat kepada


Allah. Mereka tidak derhaka mahupun merungut kepada apa jua
yang diperintahkan Allah kepada mereka. Ciri ini diterangkan
dalam al-Qur’an:

.‫ن‬
َ ‫يُ ْؤَمرو‬ ‫اَّللَ َما أ ََمَرُه ْم َويَ ْف َعلُو َن َما‬
َّ ‫صو َن‬
ُ ‫ََّل يَ ْع‬
ُ
(Malaikat) yang tidak menderhakai Allah terhadap apa
yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan
apa yang diperintahkan. [al-Tahrim 66:06]

Solat Kepada Allah

Malaikat juga solat kepada Allah. Mereka solat beramai-


ramai dalam jumlah yang hampir memenuhi ruang di langit. Hakim
bin Hizam berkata: Ketika Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam bersama para sahabatnya, tiba-tiba baginda bertanya:
“Apakah kalian mendengar apa yang aku dengar?” Mereka
menjawab: “Kami tidak mendengar apa-apa.”

Baginda melanjutkan:

ِ ‫ وما فِيها مو‬، ‫ط‬


‫ض ُع قَ َدٍم‬ ِ ِ َّ ‫ط‬ ِ ‫ََسع أ‬ ِ
ْ َ َ َ َ َّ ‫ َوَما تَُل ُم أَ ْن تَئ‬،‫الس َماء‬ َ ‫َطي‬ ُ َْ ‫إِّن َْل‬

63
.‫قَائِم‬ِ ِ ٌ َ‫إََِّّل َو َعلَْي ِه َمل‬
ٌ ‫ َوإ َّما‬،‫ك َّإما َساج ٌد‬
“Sesungguhnya aku benar-benar mendengar suara
gemuruh di langit dan ia tidak dicela melakukan itu. Tidak ada
sejengkal ruangpun melainkan di situ ada malaikat yang sedang
sujud atau berdiri (melaksanakan solat).” [Riwayat al-Thahawi
dalam Syarh Musykil al-Atsar, no: 1134 dan al-Thabarani dalam al-
Mu’jam al-Kabir, no: 3122. Dinilai sahih oleh al-Albani dalam
Silsilah Ahadits al-Shahihah, no: 852]

Para malaikat juga solat berjamaah sebagaimana hadis


berikut. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bertanya:

ِ‫اَّلل‬ َ ‫ ََي َر ُس‬:‫ف الْ َم َلئِ َكةُ ِعنْ َد َرِِبَا؟ فَ ُقلْنَا‬


َّ ‫ول‬ ُّ ‫ص‬ُ َ‫ص ُّفو َن َك َما ت‬ ُ َ‫أَََّل ت‬
‫اصو َن‬ُّ ‫وف ْاْل َُو َل َويََََت‬ ُّ ‫ يُتِ ُّمو َن‬:‫ال‬
َ ‫الص ُف‬ َ َ‫ف الْ َم َلئِ َكةُ ِعْن َد َرِِبَا؟ ق‬ُّ ‫ص‬ُ َ‫ف ت‬ َ ‫َوَكْي‬
.‫ف‬ ِ ‫الص‬
َّ ‫ِِف‬
“Kenapa kalian tidak berbaris (dalam saf) sebagaimana
malaikat berbaris di sisi Tuhan mereka?” Para sahabat bertanya:
“Ya Rasulullah! Bagaimanakah malaikat berbaris di sisi Tuhan
mereka?” Baginda menjawab: “Mereka menyempurnakan
barisan awal (pertama) dan merapat-rapatkan barisan.” [Shahih
Muslim, no: 651/430]

64
Malaikat adalah makhuk yang neuter, tidak memiliki jantina
lelaki mahupun wanita. Maka saf bagi mereka adalah sama, iaitu
yang paling hadapan adalah yang paling baik. Adapun kita manusia,
maka saf terbaik bagi lelaki adalah yang paling hadapan sementara
saf terbaik bagi wanita adalah yang paling belakang. Rasullullah
menjelaskan hal ini:

‫وف النِ َسا ِء‬


ِ ‫آخرها وخْي ص ُف‬ ِ ِ ِ ‫وف‬
ُ ُ ْ َ َ َ ُ ‫الر َجال أ ََّوَُلَا َو َشُّرَها‬
ِ ‫خْي ص ُف‬
ُ ُْ َ
.‫َو َُلَا‬ ِ
َّ ‫آخ ُرَها َو َشُّرَها أ‬
Sebaik-baik saf kaum lelaki adalah di hadapan dan
seburuk-buruknya adalah di belakang. Dan sebaik-baik saf
wanita adalah di belakang dan seburuk-buruknya adalah yang di
hadapan. [Shahih Muslim, no: 664/440]

Sentiasa Berzikir

Malaikat ialah makluk yang sentiasa bertasbih kepada


Allah. Apabila tidak diperintahkan dengan sesuatu urusan atau tidak
melaksanakan solat, mereka bertasbih kepada Allah. Mereka
bertasbih tidak henti-henti, tanpa jemu.

ِ‫ض ومن ِعْن َده ََّل يستَ ْكِْبو َن عن ِعبادتِه‬ ِ َّ ‫ولَه من ِِف‬
َ َ ْ َ ُ ْ َ ُ ْ َ َ ِ ‫الس َم َاوات َو ْاْل َْر‬ َُْ َ
ِ
ُ ِ‫) يُ َسب‬19( ‫َوََّل يَ ْستَ ْحس ُرو َن‬
َ ‫حو َن اللَّْي َل َوالن‬
)20( ‫َّه َار ََّل يَ ْف َُتُو َن‬

65
Dan kepunyaan-Nyalah segala yang di langit dan di bumi.
Dan sesiapa yang di sisi-Nya (yakni para malaikat), mereka tiada
mempunyai rasa angkuh bagi menyembah-Nya dan tiada (pula)
berasa letih. Mereka selalu bertasbih malam dan siang tanpa
henti-henti. [al-Anbiya’ 21:19-20]

.‫ن‬
َ ‫يَسأ َُمو‬ ِ َ ‫ك يُسبِ ُحو َن لَهُ ِِبللَّْي ِل والن‬ِ ِ ‫فَالَّ ِذ‬
ْ ‫َّهار َوُه ْم ََّل‬ َ َ َ ‫ين عْن َد َرب‬
َ
Maka mereka (malaikat) yang di sisi Tuhanmu bertasbih
kepada-Nya di malam dan siang hari, sedang mereka tidak jemu-
jemu. [Fushshilat 41:38]

Apakah tasbih yang dibaca oleh para malaikat? Ikuti hadis


berikut bagi mengetahui jawapannya.

‫َي الْ َك َلِم‬ُّ ‫اَّللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم ُسئِ َل أ‬


َّ ‫صلَّى‬ َِّ ‫ول‬ َّ ‫ أ‬:‫َع ْن أَِّب َذ ٍر‬
َ ‫اَّلل‬ َ ‫َن َر ُس‬
.ِ‫اَّللِ َوِِبَ ْم ِده‬
َّ ‫ ُسْب َحا َن‬:ِ‫اَّللُ لِ َم َلئِ َكتِ ِه أ َْو لِعِبَ ِاده‬
َّ ‫اصطََفى‬ ْ ‫ َما‬:‫ال‬ َ ْ‫أَف‬
َ َ‫ض ُل؟ ق‬
Daripada Abu Dzar bahawasanya Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam pernah ditanya: “Apakah perkataan yang paling
utama wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: Apa yang dipilih
oleh Allah bagi para malaikat-Nya dan hamba-hamba-Nya,
(iaitu): Subhanalhahi wa bihamdihi (Maha Suci Allah dan
Maha Terpuji Dia).” [Shahih Muslim, no: 4910/2731]

66
Inilah bacaan zikir terbaik yang Allah pilih untuk para
malaikat-Nya dan para hamba-Nya. Oleh itu amatlah baik jika para
pembaca melazimkan diri dengan zikir ini pada bila-bila masa
seperti ketika menunggu bas, menunggu kemasukan
guru/pensyarah ke kelas, sebelum tidur (selepas membaca doa
tidur) dan tersekat dalam kesesakan lalu lintas. Janganlah setiap
masa lapang yang ada dihabiskan dengan melihat telefon.

Pemalu

Sungguhpun malaikat amat hebat dengan ketaatan kepada


Allah, solat dan zikir, mereka bukanlah makhluk yang sombong
atau berasa hebat. Sebaliknya mereka sangat pemalu dan merendah
diri. Pernah sekali Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
berbaring di rumahnya dengan kain yang tersingkap sehingga
ternampak betisnya. Apabila Utsman ibn Affan datang ziarah,
Rasulullah segera duduk dan membetulkan kainnya yang tersingkap
itu. Lalu A’isyah bertanya, kenapa tiba-tiba baginda berubah
daripada baring ke duduk dan menutup betisnya yang tersingkap?
Baginda menjawab:

َ ِ‫الْم َلئ‬
.ُ‫كة‬ ِ ِ ِ ِ ‫أَََّل أ‬
َ ُ‫َستَحي م ْن َر ُج ٍل تَ ْستَحي مْنه‬
ْ
Wahai A’isyah, bagaimana mungkin aku tidak malu

67
kepada manusia yang para malaikat pun berasa malu
kepadanya? [Shahih Muslim, no: 4414/2401]

Menyukai Ilmu

Antara ciri malaikat ialah mereka menyukai majlis-majlis


ilmu dan para penuntut ilmu. Mereka akan menaungi para penuntut
ilmu dengan sayap-sayap mereka. Tentu saja ilmu yang
dimaksudkan ialah apa yang berasal dari al-Qur’an dan al-Sunnah.
Dalam sebuah hadis baginda bersabda:

‫ضا ِِبَا‬ ِ ِ ِ‫إِ َّن الْم َلئِ َكةَ لَتَضع أَجنِحتَها لِطَال‬
.‫طَلَب‬
َ ً ‫ب الْعلْ ِم ِر‬ َ َ ْ َُ َ
Sesungguhnya para malaikat benar-benar meletakkan
sayapnya kepada para penuntut ilmu yang reda dengan apa yang
mereka cari (pelajari). [Musnad Ahmad, no: 17404/18098 dengan
sanad hasan]

Demikian beberapa ciri istimewa para malaikat Allah. Moga


dengan pengenalan ringkas ini, kita orang-orang yang beriman
bertambah mencintai para malaikat. Mencintai mereka kerana
Allah, mencintai mereka kerana ciri-ciri istimewa mereka,
mencintai mereka agar kita juga dapat meneladani mereka.

68
Soalan: Adakah Malaikat Memiliki Kebebasan Memilih (Free
Will)?

Dalam ayat 30 surah al-Baqarah, Allah Subhanahu wa


Ta'ala berfirman:

‫ََت َع ُل‬ ِ ِ ‫اعل ِِف ْاْلَر‬ ِ ِِ ِ ِ ِ َ ُّ‫ال َرب‬ َ َ‫َوإِ ْذ ق‬


َْ ‫ض َخلي َفةً قَالُوا أ‬ ْ ٌ ‫ك ل ْل َم َلئ َكة إّن َج‬
‫ال‬
َ َ‫ك ق‬ ِ ِ ِ ِ ِ ‫فِيها من ي ْف ِس ُد فِيها ويس ِف‬
َ َ‫س ل‬ُ ‫ك الد َماءَ َوََْن ُن نُ َسب ُح ِبَ ْمد َك َونُ َقد‬
ُ ْ ََ َ ُ َْ َ
َ ‫إِِّن أ َْعلَ ُم َما ََّل تَ ْعلَ ُمو‬
.‫ن‬

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para


malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang
khalifah di muka bumi.” Mereka berkata: “Mengapa Engkau
hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan
membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal
kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan
mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku
mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” [al-Baqarah 2:30]

Berdasarkan ayat ini, apabila malaikat bertanya: “Mengapa


Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang
akan membuat kerosakan padanya…” dan kemudian menyatakan:
“…padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau
dan mensucikan Engkau” ia memberi isyarat seolah-olah mereka

69
ada kebebasan memilih. Yakni, bebas memilih soalan untuk ditanya
kepada Allah serta bebas memilih pandangan untuk dinyatakan
kepada Allah.

Oleh itu, adakah malaikat memiliki kebebasan memilih


(free will)?

Jawapan:

Jawapannya, dan Allah sahaja yang lebih mengetahui yang


sebenar, bahawa malaikat berada dalam dua keadaan. Pertama
ialah apabila malaikat diberikan sesuatu perintah oleh Allah, maka
mereka mentaatinya tanpa ragu mahupun bangkangan. Mereka
tidak memiliki kebebasan memilih. Ini sebagaimana firman Allah:

.‫ن‬
َ ‫يُ ْؤَمرو‬ ‫اَّللَ َما أ ََمَرُه ْم َويَ ْف َعلُو َن َما‬
َّ ‫صو َن‬
ُ ‫ََّل يَ ْع‬
ُ
(Malaikat) yang tidak menderhakai Allah terhadap apa
yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan
apa yang diperintahkan. [al-Tahrim 66:06]

Kedua ialah apabila malaikat tidak diberi apa-apa perintah,


maka mereka memiliki kebebasan memilih dan kebebasan itu
mereka gunakan untuk solat, zikir dan apa-apa amal makruf yang
diredai Allah Subhanahu wa Ta'ala. Mereka tidak menggunakan
kebebasan itu bagi memilih perbuatan mungkar atau sia-sia (lagha).

70
Adapun pertanyaan dan kenyataan mereka: “Mengapa
Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang
akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah,
padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan
mensucikan Engkau?”, maka ia termasuk dalam kategori amal
makruf kerana mereka bertanya dalam rangka tidak mahu melihat
adanya makhluk Allah yang melakukan kemungkaran.

Terdapat beberapa dalil lain yang menunjukkan bahawa


apabila malaikat tidak diberikan sesuatu perintah khusus oleh Allah
Subhanahu wa Ta'ala, mereka memilih melakukan amal-amal
makruf seperti mendoakan manusia, meminta ampun dan
berselawat. Ini akan dijelaskan dalam bab seterusnya insya-Allah.

Soalan: Adakah Makhluk Lain Selain Manusia (Alien)?

Apabila malaikat bertanya: “Mengapa Engkau hendak


menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat
kerosakan padanya…”, saya tertanya-tanya: Bagaimanakah
malaikat mengetahui bahawa manusia akan melakukan kerosakan
di bumi? Bukankah di permulaan ayat 30 surah al-Baqarah tersebut,
Allah baru saja menerangkan perancangan-Nya menjadikan
manusia?

71
Jawapan:

Ada pendapat yang mengatakan, para malaikat bertanya


dengan merujuk kepada makhluk jin yang sudah Allah cipta
sebelum manusia. Makhluk jin itu pula banyak melakukan
kerosakan. Maka para malaikat bimbang manusia yang bakal Allah
cipta itu juga akan bersikap seperti jin.

Namun saya pula cenderung mengatakan, dan Allah sahaja


yang lebih mengetahui yang sebenar, pertanyaan tersebut memberi
isyarat bahawa manusia di bumi ini bukanlah yang pertama Allah
ciptakan. Mungkin saja sebelum itu Allah ada mencipta manusia
dan meletakkannya di planet lain, di galaksi lain. Manusia tersebut
telah dikenali sikapnya oleh para malaikat, maka berdasarkan itulah
mereka bertanya kepada Allah kenapa hendak menjadikan manusia
di planet bumi pula.

Dalam beberapa hadis yang sahih, diterangkan bahawa


Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah melihat beberapa
manusia yang sedang diazab dalam neraka. Azab yang berbeza bagi
kesalahan yang berbeza. Siapakah manusia tersebut? Tentu ia
bukan dari planet bumi kerana Hari Kiamat serta balasan syurga dan
neraka belum dilaksanakan ke atas manusia di planet bumi.

Salah satu hadis yang dimaksudkan ialah, sabda Rasulullah

72
shallallahu 'alaihi wasallam:

.َ‫ت أَ ْكثَ َر أ َْهلِ َها النِ َساء‬ ُ ْ‫ط َوَرأَي‬ ُّ َ‫َّار فَلَ ْم أ ََر َكالْيَ ْوِم َمْنظَرا ق‬
َ ‫ت الن‬ ُ ْ‫َوَرأَي‬
ً
‫ يَ ْك ُف ْر َن‬:‫ال‬َ َ‫ يَ ْك ُف ْر َن ِِب ََّّللِ؟ ق‬:‫يل‬ ِ ِِ ِ َ َ‫اَّللِ؟ ق‬
َ ‫ ق‬.‫ ب ُك ْفره َّن‬:‫ال‬ َّ ‫ول‬ َ ‫ َِلَ ََي َر ُس‬:‫قَالُوا‬
‫ك‬َ ‫َت ِمْن‬ ْ ‫ت إِ ََل إِ ْح َد ُاه َّن الد‬
ْ ‫َّهَر ُُثَّ َرأ‬ َ ‫َح َسْن‬ ْ ‫اْل ْح َسا َن لَ ْو أ‬ ِْ ‫الْ َع ِشْي ويَ ْك ُفر َن‬
ْ ََ
!‫ط‬ ُّ َ‫ك َخ ْ ًْيا ق‬ ِ
َ ْ‫ت من‬ ُ ْ‫ َما َرأَي‬:‫ت‬ ْ َ‫َشيْ ئًا قَال‬

“Aku melihat neraka dan aku tidak pernah melihat


pandangan (yang lebih dahsyat) seperti pada hari itu. Aku
melihat kebanyakan penghuninya adalah wanita.”

Para sahabat bertanya: “Kenapa wahai Rasulullah?”


Baginda menjawab: “Ia kerana kekufuran mereka.” Para
sahabat bertanya lagi: “Apakah lantaran kekafiran mereka
kepada Allah?” Baginda menjawab: “(Bukan, tetapi kerana)
mereka mengkufuri perlakuan dan kebaikan suaminya.
Sekiranya kamu berbuat baik kepada salah seorang daripada
mereka selama setahun penuh, lalu dia melihat sesuatu yang
tidak baik pada kamu, dia akan berkata: ‘Aku tidak melihat
kebaikan sedikit pun padamu’.” [Shahih al-Bukhari, no:
4798/5197]

73
Selain itu perhatikan ayat 29 surah al-Shura:

‫ث فِي ِه َما ِم ْن َدابٍَّة َوُه َو‬ ِ ‫السماو‬


ِ ‫ات َو ْاْل َْر‬
َّ َ‫ض َوَما ب‬ ِِ ‫وِمن‬
َ َ َّ ‫آَيته َخ ْل ُق‬
َ ْ َ
ِ
.‫دير‬ ِ ِِ
ٌ َ‫َعلَى ََجْعه ْم إ َذا يَ َشاءُ ق‬
Dan antara ayat-ayat (tanda-tanda kekuasaan)-Nya ialah
menciptakan langit dan bumi dan makhluk-makhluk melata yang
Dia sebarkan pada keduanya. Dan Dia Maha Kuasa
mengumpulkan semuanya apabila dikehendaki-Nya. [al-Shura
42:29]

Makhluk-makhluk melata bermaksud makhluk yang


bergerak di atas anggota yang menyentuh permukaan seperti
manusia yang dua kakinya menyentuh permukaan, kucing yang
empat kakinya menyentuh permukaan dan ular yang seluruh
badannya menyentuh permukaan. Malaikat dan jin tidak termasuk
dalam kategori makhluk melata.

Menarik untuk diperhatikan bahawa Allah tidak menyebut


makhluk melata ini sebagai berada di bumi sahaja, akan tetapi
menyebut bahawa ia disebarkan antara kedua-dua langit dan bumi.
Ini memberi isyarat kewujudan makhluk-makhluk asing (manusia?)
di planet lain.

Semua ini selari dengan sifat Allah sebagai al-Khaliq, iaitu

74
Yang Maha Mencipta. Allah mencipta daripada tiada kepada ada
secara berterusan, daripada awal hingga akhir tanpa dibatasi oleh
waktu. Jika dikatakan Allah hanya mencipta manusia di bumi ini, ia
memberi isyarat bahawa sifat al-Khaliq itu hanya terhad kepada
Adam di bumi ini. Maha Suci Allah!

Apa yang benar, Allah sentiasa mencipta apa sahaja yang


Dia kehendaki. Hanya ciptaan-ciptaan Allah itu berada di luar ilmu
dan cakupan manusia buat masa ini.

75
Malaikat Dan Orang Beriman

Antara kelebihan dan keistimewaan malaikat ialah ia


memberi perhatian kepada beberapa urusan orang-orang yang
beriman. Dalam bab ini, saya akan menerangkan beberapa perhatian
khusus malaikat kepada kita, moga dengan itu kita lebih
bermotivasi melakukan apa yang disertai bersamanya para
malaikat.

Mendoakan Apa Yang Kita Doakan

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

‫ك يُ َؤِم ُن‬
ٌ َ‫ب عِنْ َد َرأْ ِس ِه َمل‬ ِ ‫د ْعوةُ الْمرِء مستَجابةٌ ِْل‬
ِ ‫َخ ِيه بِظَ ْه ِر الْغَْي‬ َ َ ْ ُ َْ َ َ
.‫ِِثْلِ ِه‬
‫ك ِب‬
َ َ‫ي َول‬ ِ َ َ‫علَى دعائِِه ُكلَّما دعا لَه ِِبَ ٍْي ق‬
َ ‫ آم‬:‫ال‬ ْ ُ ََ َ َُ َ
Doa seseorang untuk saudara (seagama)nya yang tidak
hadir bersamanya adalah mustajab. (Ini kerana) di sisi kepalanya
terdapat malaikat yang mengaminkan doanya. Setiap kali dia
mendoakan kebaikan saudaranya, malaikat itu akan berucap:
“Amin dan bagimu kebaikan yang serupa.” [Shahih Sunan Ibn
Majah, no: 2886/2895]

Dalam hadis di atas dapat kita pelajari bahawa malaikat

76
memberi perhatian kepada apa yang kita doakan dari dua aspek.
Pertama, malaikat itu mengaminkan doa tersebut. Kedua, malaikat
itu mendoakan hal yang serupa atau semisal untuk kita. Oleh itu
hadis ini memberi motivasi kepada kita bagi memperbanyakkan doa
kepada ibu bapa, ahli keluarga, saudara-mara, sahabat handai dan
umat Islam seluruhnya. Apa jua kebaikan yang kita doakan,
malaikat akan mendoakan hal yang sama kepada kita. Hadis ini juga
membetulkan sikap sebahagian kita yang hanya mementingkan diri
sendiri dengan hanya mendoakan kebaikan untuk diri sendiri.

Mendoakan Keampunan Kepada Kita

Malaikat tidak saja mendoakan kebaikan kepada kita, tetapi


juga mendoakan agar Allah mengampunkan dosa-dosa kita. Ini
dapat kita pelajari daripada ayat berikut:

‫ات يَتَ َفطَّْر َن ِم ْن فَ ْوقِ ِه َّن َوالْ َم َلئِ َكةُ يُ َسبِ ُحو َن ِِبَ ْم ِد‬
ُ ‫الس َم َاو‬
َّ ‫اد‬
ُ ‫تَ َك‬
ِ َّ ‫اَّلل هو الْغَ ُفور‬ ِ ِ ‫رِبِِم ويَستَغْ ِفرو َن لِمن ِِف ْاْل َْر‬
.‫حيم‬
ُ ‫الر‬ ُ َ ُ ََّ ‫ض أَََّل إ َّن‬ َْ ُ ْ َ ْ َ
Hampir saja langit itu pecah dari sebelah atasnya (kerana
kebesaran Allah) dan malaikat-malaikat bertasbih serta memuji
Tuhannya dan memohonkan ampun bagi orang-orang yang ada
di bumi. Ingatlah, bahawa sesungguhnya Allah Dia-lah Yang
Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [al-Syura 42:05]

77
Dalam ayat di atas, para malaikat tidak hanya sibuk
bertasbih, tetapi mereka juga …memohonkan ampun bagi orang-
orang yang ada di bumi. Marilah kita mencontohi sikap mulia ini
dengan sering memohon ampun kepada Allah untuk ibu bapa, ahli
keluarga, saudara-mara, sahabat handai dan umat Islam seluruhnya.

Berselawat Kepada Kita

Abi Umamah al-Bahili radhiallahu 'anh berkata:

‫َح ُد ُُهَا َعابِ ٌد َو ْاْل َخ ُر‬ ِ ِ َّ ‫اَّللِ صلَّى‬ ِ ِ ِ


َ ‫اَّللُ َعلَْيه َو َسلَّ َم َر ُج َلن أ‬ َ َّ ‫ذُكَر لَر ُسول‬
‫ض ُل الْ َع ِاَل َعلَى الْ َعابِ ِد‬ ْ َ‫ ف‬:‫اَّللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم‬
َّ ‫صلَّى‬ َِّ ‫ول‬
َ ‫اَّلل‬ ُ ‫ال َر ُس‬ َ ‫ فَ َق‬.ٌ‫َع ِاَل‬
.‫كم‬ ِ ْ ‫َك َف‬
ْ ُ ‫ضلي َعلَى أ َْد ََن‬
Disebut kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
tentang dua orang lelaki, seorangnya ahli ibadah sementara yang
lain ahli ilmu. Maka bersabda Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam: Keutamaan ahli ilmu di atas ahli ibadah adalah seperti
keutamaan aku di atas orang yang paling rendah antara kalian.

‫اَّللَ َوَم َلئِ َكتَهُ َوأ َْه َل‬


َّ ‫ إِ َّن‬:‫اَّللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم‬
َّ ‫صلَّى‬ َِّ ‫ول‬
َ ‫اَّلل‬ ُ ‫ال َر ُس‬ َ َ‫ُُثَّ ق‬
‫صلُّو َن َعلَى‬ ْ ‫ي َح ََّّت الن َّْملَ َة ِِف ُج ْح ِرَها َو َح ََّّت‬ ِ ِ َّ
َ ُ‫وت لَي‬ َ ُ‫اْل‬ َ ‫الس َم َوات َو ْاْل ََرض‬
.‫اْلَْْي‬
َ ْ ‫َّاس‬ ِ ‫ُم َعلِ ِم الن‬

78
Kemudian Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
melanjutkan: Sesungguhnya Allah, para malaikat-Nya serta
penduduk langit dan bumi bahkan semut yang ada di dalam
sarangnya sampai ikan paus di lautan, mereka benar-benar
berselawat ke atas orang yang mengajarkan kebaikan kepada
manusia. [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 2609/2685]

Selawat Allah bererti pengurniaan rahmatnya kepada


manusia sementara selawat para malaikat bererti mendoakan
kebaikan dan keampunan kepada manusia. Merujuk kepada hadis
di atas, para malaikat berselawat – yakni mendoakan kebaikan dan
keampunan – kepada orang-orang yang mengajarkan kebaikan
kepada manusia lain. Mengajarkan kebaikan tidak semestinya
bekerjaya sebagai guru, pensyarah dan ustazah, tetapi merangkumi
semua usaha menyampaikan ilmu yang bermanfaat, sama ada
sedikit atau banyak. Pun begitu, hendaklah dipastikan terlebih
dahulu bahawa ilmu yang akan disampaikan itu adalah sahih dan
betul, bukan sekadar cerita-cerita dan petua-petua yang masyhur
tersebar.

Hadis ini juga menerangkan keutamaan orang yang


menuntut, mengamal dan menyebarkan ilmu di atas orang yang
beribadah. Ini kerana orang yang beribadah hanya membawa

79
manfaat kepada dirinya seorang sementara orang yang berilmu,
mengamalkannya dan menyebarkannya membawa manfaat kepada
dirinya dan orang lain.

Selain itu seorang ahli ibadah kadangkala beribadah tanpa


ilmu sehingga dia melakukan bid’ah yang disangkanya sunnah.
Berbeza dengan ahli ilmu, dia mampu membezakan antara sunnah
dan bid’ah, mengamalkan sunnah dan meninggalkan bid’ah.

Dalam hadis-hadis lain turut diterangkan bahawa para


malaikat berselawat kepada orang yang makan sahur pada bulan
Ramadhan, orang yang berselawat ke atas Rasulullah dan
menziarahi orang sakit.

Melaporkan Amal-Amal Soleh Kepada Allah

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

ِ‫ي ت عاقَبو َن فِي ُكم م َلئِ َكةٌ ِِبللَّي ِل وم َلئِ َكةٌ ِِبلنَّها ِر وََيت ِمعو َن ِِف ص َلة‬
َ ُ َْ َ َ ََ ْ َْ ُ َ ََ
‫ين َِبتُوا فِي ُك ْم فَيَ ْسأَ َُلُْم َوُه َو أ َْعلَ ُم ِبِِ ْم‬ ِ َّ
َ ‫ص ِر ُُثَّ يَ ْع ُر ُج الذ‬
ِ ‫الْ َفج ِر و‬
ْ ‫ص َلة الْ َع‬
ََ ْ
َ ‫صلُّو‬ ِ ِ
.‫ن‬ ُ َ‫صلُّو َن َوأَتَ ْي ن‬
َ ُ‫اه ْم َوُه ْم ي‬ َ ُ‫اه ْم َوُه ْم ي‬
ُ َ‫ف تََرْكتُ ْم عبَادي فَيَ ُقولُو َن تََرْكن‬
َ ‫َكْي‬
Para malaikat malam dan malaikat siang silih berganti
mendatangi kalian, mereka berkumpul saat solat Subuh dan solat
Asar. Kemudian malaikat yang menjaga kalian naik ke atas

80
sehingga Allah bertanya kepada mereka – padahal Allah lebih
mengetahui keadaan mereka (para hamba-Nya): “Dalam
keadaan apakah kalian tinggalkan hamba-hamba-Ku?” “Para
malaikat menjawab: “Kami tinggalkan mereka dalam keadaan
sedang mendirikan solat. Begitu juga saat kami mendatangi
mereka, mereka sedang mendirikan solat.” [Shahih al-Bukhari,
no: 522/555]

Para malaikat mendatangi kita dua kali dalam sehari,


mereka memiliki syif siang dan malam. Mereka bertukar syif pada
saat masuknya waktu solat Subuh dan solat Asar. Malaikat syif
siang bertugas dari waktu Subuh hingga Asar sementara malaikat
syif malam bertugas dari waktu Asar hingga Subuh keesokan hari.
Apabila bertukar syif, malaikat yang bertugas sebelum itu akan
membawa naik ke langit laporan amal-amal kita kepada Allah.

Laporan apakah yang kita ingini dibawa oleh malaikat


kepada Allah? Apakah laporan bahawa kita asyik menonton filem
Korea di internet, mengaibkan kawan-kawan, bersembang kosong
di gerai dan membaca novel cinta? Atau laporan kita ialah solat
pada awal waktu, membaca al-Qur’an dua muka surat, membantu
kawan yang kehilangan beg dan gotong-royong membersihkan
rumah jagaan orang tua?

81
Menyampaikan Salam
Antara orang yang diberi perhatian oleh malaikat ialah
mereka yang berselawat dan memberikan salam kepada Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam. Malaikat-malaikat ini akan
menyampaikan salam tersebut kepada baginda di Alam Barzakh.
Perhatikan hadis berikut:

.‫الس َل َم‬
َّ ‫ي يُبَ لِغُ ِوّن ِم ْن أ َُّم ِِت‬ ِ ِ ‫إِ َّن ََِّّللِ م َلئِ َكةً ِِف ْاْلَر‬
َ ‫ض َسيَّاح‬ ْ َ
Sesungguhnya Allah memiliki malaikat di bumi yang
senantiasa berkeliling bagi menyampaikan kepadaku salam
daripada umatku. [Musnad Ahmad, no: 3484/3666 dengan sanad
yang sahih]
Oleh itu marilah kita memperbanyakkan selawat dan salam
kepada baginda, ia akan disampaikan terus kepada baginda oleh
para malaikat. Namun perlu diingat, selawat dan salam adalah satu
bentuk ibadah dan doa, maka lakukanlah ia dengan penuh
kekhusyukan dan pengamatan. Konsert-konsert “Malaysia
Berselawat” bukanlah ibadah, ia sekadar hiburan bagi orang-orang
yang jahil. Sebaik-baik selawat dan salam kepada Rasulullah ialah
apa yang kita baca setiap hari dalam solat, iaitu ketika duduk
tasyahud akhir.
Hadis ini juga membetulkan amalan masyarakat kita yang
suka memesan “kirim salam kepada Nabi” kepada sesiapa yang
akan ke Madinah. Ini adalah amalan yang sia-sia.

82
Perkara Yang Dibenci Malaikat

Malaikat ialah makhluk mulia yang menyertai kita apabila


kita melakukan perkara-perkara yang selari dengan syari’at Islam.
Dalam bab sebelum ini, kita telah mempelajari bagaimana malaikat
mengaminkan doa kita, mendoakan apa yang kita doakan,
berselawat kepada kita dan melaporkan amal-amal soleh kita
kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Bahkan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah


menerangkan kepada para sahabatnya bahawa seandainya mereka
duduk lebih lama bersama beliau dalam majlis ilmu atau berzikir,
nescaya mereka akan dapat berjabat tangan dengan para malaikat
yang turut hadir ketika itu. Baginda bersabda:

‫ومو َن َعلَى َما تَ ُكونُو َن ِعْن ِدي َوِِف‬ ِِ ِ ِ


ُ ‫َوالَّذي نَ ْفسي بيَده إِ ْن لَ ْو تَ ُد‬
ِ
ِ ِ ِ ِ
ْ ُ ‫صافَ َحْت ُك ْم الْ َم َلئ َكةُ َعلَى فُ ُرش ُك ْم َوِِف طُُرق‬
.‫كم‬ َ َ‫الذ ْك ِر ل‬
Demi Allah yang jiwaku berada di Tangan-Nya, sungguh
jika kalian berterusan melakukan apa yang kalian lakukan di
sisiku (mendengar pelajaran agama) dan berzikir, nescaya para
malaikat akan menjabat tangan kalian di tempat tidur kalian dan

83
perjalanan kalian. [Shahih Muslim, no: 4937/2750]

Berdasarkan hadis ini juga, dapat kita pelajari bahawa


malaikat tidak menyertai orang-orang yang membuat perkara
mungkar (yang berlawanan dengan majlis ilmu dan zikir) seperti
menderhakai ibu bapa, memutuskan silaturahim, mengaibkan orang
lain, tuduh-menuduh kepada pemimpin, enggan menutup aurat dan
berpacaran. Ada beberapa perkara lain yang secara khusus dibenci
oleh malaikat. Marilah kita semak seterusnya.

Patung Dan Gambar

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

.‫صا ِوير‬ ِ ِِ ِ
ُ َ َ‫ت‬ ُ ‫ََّل تَ ْد ُخ ُل الْ َم َلئ َكةُ بَيْ تًا فيه ََتَاث‬
‫يل أ َْو‬
Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada patung
dan gambar. [Shahih Muslim, no: 3948/2112]

Patung dan gambar yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah


apa yang menyerupai makhluk-makluk bernyawa, baik yang masih
hidup atau sudah mati, baik dalam bentuk sepenuhnya atau
sebahagian sahaja.

Contoh patung ialah piala-piala sukan yang ada pemain


beraksi di atasnya, patung-patung hiasan dan anak-anak patung

84
yang disimpan oleh orang dewasa. Contoh gambar pula ialah
lukisan manusia dan haiwan, baik lukisan berwarna atau lakaran
hitam putih, sama ada yang bergantung di dinding atau sekadar
hiasan tirai dan baju. Ada sebahagian ilmuan yang menyatakan
bahawa menayang gambar-gambar foto termasuk dalam kategori
ini, kerana ia termasuk dalam kategori gambar.

Malaikat tidak masuk kerana mereka membenci patung dan


gambar. Manusia yang membuat patung dan gambar cuba meniru
makhluk-makhluk yang Allah cipta dan ini sudah tentu satu
kesalahan yang besar. Pengecualian diberikan kepada anak-anak
patung yang dijadikan mainan oleh kanak-kanak (bukan orang
dewasa). Dalam sebuah hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam
Shahihnya, no: 5665/6130, A’isyah radhiallahu 'anha
menerangkan:

‫اَّللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم َوَكا َن ِِل‬


َّ ‫صلَّى‬ ِ ِ‫ات ِعْن َد الن‬ ِ َ‫ُكْنت أَلْعب ِِبلْب ن‬
َ ‫َِّب‬ َ َُ ُ
‫اَّللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم إِ َذا َد َخ َل‬
َّ ‫صلَّى‬ َِّ ‫ول‬ ُ ‫ فَ َكا َن َر ُس‬.‫َب َمعِي‬ ِ
َ ‫اَّلل‬ َ ْ ‫ب يَلْ َع‬
ُ ‫ص َواح‬ َ
.‫َب َمعِي‬ ََّ ِ‫يَتَ َق َّم ْع َن ِمْنهُ فَيُ َس ِرُِبُ َّن إ‬
َ ْ ‫ِل فَيَ لْ َع‬
Aku pernah bermain bersama anak-anak perempuanku
(patung/dolls) dekat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan aku
juga mempunyai teman-teman yang biasa bermain denganku.

85
Apabila Rasulullah masuk, mereka bersembunyi daripada
baginda, sehingga baginda memanggil mereka supaya kembali
bermain bersamaku.

Mulut Busuk

Malaikat terganggu dengan mulut yang berbau busuk.


Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengingatkan:

َ‫اث فَ َل يَ ْقَربَ َّن َم ْس ِج َد ََن فَِإ َّن الْ َم َلئِ َكة‬


َ ‫ُّوم َوالْ ُكَّر‬ َ َ‫َم ْن أَ َك َل الْب‬
َ ‫ص َل َوالث‬
ِ ِ
َ ‫تَتَأَذَّى ِمَّا يَتَأَذَّى مْنهُ بَنُو‬
.‫آد َم‬

Sesiapa yang makan bawang merah, bawang putih atau


bawang bakung (bebawang yang bunganya warna putih, Crinum
defixum), maka jangan sekali-kali dia mendekati masjid kami
kerana sesungguhnya para malaikat terganggu (dengan baunya)
sebagaimana juga manusia (terganggu dengan baunya). [Shahih
Muslim, no: 876/564]

Oleh itu sesiapa yang makan bawang hendaklah terlebih


dahulu membersihkan mulut sebelum memasuki masjid. Perhatikan
bahawa jika dengan bau bawang malaikat sudah terganggu,
bayangkan jika mulut seseorang itu busuk dengan bau rokok. Pasti
para malaikat tidak akan mendekatinya.

86
Apabila dikatakan malaikat tidak menyertai, tidak masuk ke
rumah atau terganggu, yang dimaksudkan ialah malaikat rahmat
yang mendoakan kita dan berselawat kepada kita. Adapun malaikat
yang mencatat amal-amal dan malaikat yang diperintahkan oleh
Allah seperti Malaikat Maut, mereka tetap hadir pada setiap saat
atau apabila diperintahkan.

Terdapat beberapa perbuatan lain yang menyebabkan


malaikat bukan saja menjauhinya tetapi mendoakan laknat kepada
pembuatnya. Mari kita semak beberapa hadis berikut:

Isteri Yang Enggan Bersama Suami

Apabila seorang isteri diajak oleh suami untuk bersama


melakukan seks lalu ajakan ini ditolak oleh isteri tanpa alasan yang
munasabah, maka isteri akan dilaknat oleh malaikat dari malam itu
sehinggalah ke pagi. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
menegaskan:

ِِ ِ
‫ضبَا َن َعلَيْ َها لَ َعنَ ْت َها‬
ْ ‫ات َغ‬ ْ َ‫الر ُج ُل ْامَرأَتَهُ إِ ََل فَراشه فَأَب‬
َ َ‫ت فَب‬ َّ ‫إِ َذا َد َعا‬
.‫صبِح‬ ِ
َ ْ ُ‫الْ َم َلئ َكةُ َح ََّّت ت‬
Jika seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur
(untuk berhubungan seks) lalu dia (isteri) menolak dan malam
itu suami marah kepadanya, maka para malaikat melaknat

87
isterinya sehingga pagi. [Shahih al-Bukhari, no: 2998/3237]

Berbeza jika isteri memiliki alasan yang munasabah seperti


sedang haid atau tidak sihat, maka malaikat akan memaafkannya.

Muslim Saling Bergaduh

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengingatkan:

‫يدةٍ فَِإ َّن الْ َم َلئِ َكةَ تَلْ َعنُهُ َح ََّّت يَ َد َعهُ َوإِ ْن‬ ِ
َ ‫َخ ِيه ِِبَد‬
ِ ‫َشار إِ ََل أ‬
َ َ ‫َم ْن أ‬
ِ ‫َكا َن أَخاه ِْلَبِ ِيه وأ‬
.‫ُم ِه‬
َ َُ
Sesiapa yang mengacukan besi (yakni pedang, tombak
atau senjata) kepada saudara semuslimnya, maka para malaikat
akan melaknatnya sehingga dia menurunkannya kembali,
meskipun dia saudara seayah dan seibu. [Shahih Muslim, no:
4741/2616]

Pengecualian diberikan jika mereka mengacukan senjata


sebagai latihan meningkatkan ketangkasan dan kehandalan, maka
ia dimaafkan oleh para malaikat.

Mencela Para Sahabat Nabi

Para sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ialah


mereka yang hidup bersama baginda. Mereka telah mengorbankan
keluarga, nyawa dan harta untuk sama-sama membina serta

88
menyebarkan Islam. Sayang sekali, ada yang berburuk sangka
kepada para sahabat ini berdasarkan kisah-kisah sejarah tidak benar
yang disebarkan oleh musuh-musuh Islam. Lalu tanpa disedari
mereka mencela para sahabat, padahal Rasulullah telah memberi
amaran:

.‫ي‬ ِ ْ‫أ‬ ِ ‫َص َح ِاّب فَ َعلَْي ِه لَ ْعنَةُ هللا َوامللَئِ َك ِة َوالن‬


َ ‫ََجَع‬ ‫َّاس‬
َ ْ ‫بأ‬
َّ ‫َم ْن َس‬
Sesiapa yang mencela para sahabatku, maka baginya
laknat Allah, para malaikat dan seluruh manusia. [Riwayat al-
Thabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, no: 12709, dinilai sahih oleh
al-Albani dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah, no: 2340]

89
Gangguan Malaikat?

Kini kita tiba ke soalan penting dalam kajian terhadap


gangguan mahluk-makhluk ghaib ke atas manusia: Apakah
malaikat boleh mengganggu manusia sehingga menyebabkan
penyakit, histeria dan rasukan?

Soalan ini menjadi lebih penting apabila kita mengetahui


bahawa malaikat adalah satu makhluk ghaib yang sangat dekat
dengan manusia, sebegitu dekat sehingga ia dapat mengetahui niat
dan perancangan manusia sebelum ia dilaksanakan. Perhatikan
hadis berikut:

ِ ‫ت الْم َلئِ َكةُ ر‬ ِ َّ ‫اَّللِ صلَّى‬


‫ب َذ َاك‬ َ َ ْ َ‫ قَال‬:‫اَّللُ َعلَْيه َو َسلَّ َم‬ َ َّ ‫ول‬ ُ ‫ال َر ُس‬ َ َ‫َوق‬
‫وها‬ ِ َ ‫ص ُر بِِه فَ َق‬
َ ُ‫ ْارقُبُوهُ فَِإ ْن َعملَ َها فَا ْكتُب‬:‫ال‬ َ ْ‫يد أَ ْن يَ ْع َم َل َسيِئَةً َوُه َو أَب‬
ُ ‫َعْب ُد َك يُِر‬
ِ َِّ ِ ِِ
َ َ ‫وها لَهُ َح َسنَةً إَّنَا تَ َرَك َها م ْن‬
.‫جَّراي‬ َ ُ‫لَهُ ِبثْل َها َوإِ ْن تََرَك َها فَا ْكتُب‬
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda bahawa
para malaikat pernah berkata: “Wahai Tuhan! Orang itu
berkeinginan melakukan perbuatan jahat” (padahal Allah lebih
mengetahui tentangnya).

Maka Allah berfirman: “Perhatikan dia. Jika dia

90
melakukannya, maka tuliskan sekadar kejahatan yang
dilakukannya. Akan tetapi jika dia meninggalkannya, maka
tuliskan baginya satu kebaikan kerana tidaklah dia
meninggalkan kejahatan itu melainkan kerana Aku.” [Shahih
Muslim, no: 185/129]

Perhatikan perkataan malaikat: “Orang itu berkeinginan


melakukan perbuatan jahat”, ini menunjukkan bahawa malaikat
dapat mengetahui niat dan perancangan manusia sebelum ia
dilaksanakan.

Malaikat Hanya Berbuat Baik

Meskipun malaikat sangat hampir dengan manusia dan


dapat mengetahui gerak hati manusia, tidaklah bererti malaikat akan
mengganggu manusia sehingga menyebabkan rasukan, histeria dan
penyakit. Jika dirujuk kepada semua dalil-dalil al-Qur’an dan hadis
yang sahih tentang malaikat sebagaimana yang telah dikemukakan
dalam bab-bab sebelum ini, malaikat hanya berbuat baik.

Mereka hanya mentaati perintah Allah dan apabila tidak


menerima apa-apa perintah, mereka hanya solat, berzikir, berdoa
dan melakukan amal-amal makruf. Apabila berinteraksi dengan
manusia, khususnya orang-orang yang beriman, malaikat hanya
mengajak kepada kebaikan. Hadis ini menjadi rujukan:

91
ٌ ‫ان فَِإ َيع‬ ِ َ‫آدم ولِلْمل‬
ِ َ‫ك لَ َّمةً فَأ ََّما لَ َّمةُ الشَّيط‬ ِ ِ ِ ِ
‫اد‬ ْ َ َ َ َ ‫إ َّن للشَّْيطَان لَ َّمةً ِببْ ِن‬
‫يق ِِب ْْلَِق فَ َم ْن‬ ِ َ‫ك فَِإيعاد ِِب ْْل ِْي وت‬ ِ َ‫َّر وتَ ْك ِذيب ِِب ْْل ِق وأ ََّما لَ َّمةُ الْمل‬ ِ
ٌ ‫صد‬
ْ َ َْ ٌ َ َ َ َ ٌ َ ِ ‫ِبلش‬
ِ‫اَّلل ومن وج َد ْاْلُخرى فَ ْلي ت ع َّو ْذ ِِب ََّّلل‬ َِّ ‫وج َد َذلِك فَ ْلي علَم أَنَّه ِمن‬
َ ََ َ ْ َ َ ْ َ َ ََّ ‫اَّلل فَ ْليَ ْح َم ْد‬ ْ ُ ْ َْ َ َ َ
.} ‫اء‬ ِ ‫الرِجي ِم ُُثَّ قَرأَ{ الشَّيطَا ُن يعِ ُد ُكم الْ َف ْقر ويْمرُكم ِِبلْ َفحش‬ ِ َ‫ِمن الشَّيط‬
َّ ‫ان‬
َ ْ ْ ُُ َ َ َ ْ َ ْ َ ْ ْ
Sesungguhnya bagi anak Adam (manusia) ada sentuhan
syaitan dan sentuhan malaikat. Adapun sentuhan syaitan, ia
mengajak kepada keburukan dan mendustakan kebenaran.
Manakala sentuhan malaikat, ia mengajak kepada kebaikan dan
menegakkan kebenaran.

Maka sesiapa yang merasai sentuhan kebaikan,


ketahuilah bahawa ia daripada Allah (melalui perantaraan
malaikat) dan hendaklah dia memuji Allah (dengan menyebut
Alhamdulillah). Sesiapa yang merasai sentuhan sebaliknya
hendaklah dia meminta perlindungan Allah daripada syaitan
(dengan menyebut A’uzubillahi minash syaitan).

Kemudian baginda membacakan ayat: “Syaitan menakut-


nakutkan kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat
al-Fahsha (kejahatan). (al-Baqarah 2:268)” [Shahih Sunan al-
Tirmizi, no: 2914/2988]

92
Oleh itu malaikat tidak mengganggu manusia sehingga
menyebabkan rasukan, histeria dan penyakit kerana semua ini
termasuk kemungkaran yang menyelisihi sikap malaikat yang
hanya melakukan amal-amal makruf.

Malaikat Menjaga Manusia

Malaikat bukan sahaja tidak mengganggu manusia,


sebaliknya mereka menjaga manusia daripada gangguan. Allah
Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

.ِ‫اَّلل‬
َّ ‫ي يَ َديْهِ َوِم ْن َخلْ ِف ِه َْْي َفظُونَهُ ِم ْن أ َْم ِر‬
ِ َْ‫ات ِم ْن ب‬ ِ
ٌ َ‫لَهُ ُم َعقب‬
Bagi tiap-tiap manusia ada malaikat penjaganya yang
silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang
mengawas dan menjaganya (daripada sesuatu bahaya) dengan
perintah Allah. [al-Ra’d 13:11]

Khusus pula bagi orang-orang yang beriman kepada Allah:

‫استَ َق ُاموا تَتَ نَ َّزُل َعلَْي ِه ُم الْ َم َلئِ َكةُ أَََّّل‬ ِ َّ ِ


ْ َّ‫اَّللُ ُُث‬
َّ ‫ين قَالُوا َربُّنَا‬ َ ‫إ َّن الذ‬
‫) ََْن ُن أ َْولِيَا ُؤُك ْم ِِف‬30( ‫وع ُدو َن‬ ِ ِ
َ ُ‫ََتَافُوا َوََّل ََْتَزنُوا َوأَبْش ُروا ِِب ْْلَنَّة الَِِّت ُكنْ تُ ْم ت‬
‫اْلَيَاةِ الدُّنْيَا َوِِف ْاْل ِخَرِة َولَ ُك ْم فِ َيها َما تَ ْشتَ ِهي أَنْ ُف ُس ُك ْم َولَ ُك ْم فِ َيها َما‬ ْ
)31( ‫َّعو َن‬ ُ ‫تَد‬

93
Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan
keyakinannya dengan berkata: “Tuhan kami ialah Allah”,
kemudian mereka beristiqamah di atasnya, akan turunlah
malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (yang berkata):

“Janganlah kamu bimbang dan janganlah kamu


berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan
beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. Kamilah
penolong dan pembela (Auliya’) kamu dalam kehidupan dunia
dan pada Hari Akhirat; dan kamu akan beroleh - pada Hari
Akhirat - apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan
beroleh - pada hari itu - apa yang kamu cita-citakan
mendapatnya.” [Fussilat 41:30-31]

Perhatikan ayat: “…malaikat penjaganya yang silih


berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas
dan menjaganya…” Perhatikan juga ayat: “Kamilah penolong dan
pembela (Auliya’) kamu dalam kehidupan dunia…”

Kedua-dua potongan ayat ini menunjukkan satu peranan


malaikat yang amat penting, iaitu memelihara kita daripada
pelbagai ancaman bahaya. Seandainya bukan kerana pemeliharaan
dan penjagaan malaikat, sudah tentu kita akan ditimpa pelbagai
musibah semisal rompakan, kezaliman dan gangguan, baik daripada

94
makhluk yang dapat dilihat secara zahir mahupun makhluk yang
tidak dapat dilihat (ghaib).

Jika seseorang itu diganggu, ia bukanlah bererti malaikat


penjaga itu cuai atau tewas, akan tetapi mereka diperintahkan oleh
Allah “memberi ruang” kepada gangguan tersebut. Tujuannya tidak
lain ialah kerana Allah ingin menguji hamba-Nya yang diganggu
itu, apakah dia bersabar dan meminta pertolongan Allah atau
sebaliknya. Sila rujuk semula ayat 11 surah al-Ra’d di mana Allah
menerangkan bahawa penjagaan malaikat adalah “…dengan
perintah Allah.”

Meraih Penjagaan Malaikat

Di sini timbul persoalan, bagaimanakah seseorang itu


memperolehi penjagaan daripada malaikat? Jawapannya,
hendaklah dia beristiqamah dengan al-Qur’an dan al-Sunnah yang
sahih. Ini sebagaimana firman Allah dalam ayat di atas:

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan


keyakinannya dengan berkata: “Tuhan kami ialah Allah”,
kemudian mereka beristiqamah di atasnya, akan turunlah
malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa…

Hendaklah dia beragama berdasarkan ilmu seperti rajin

95
menelaah ayat-ayat al-Qur’an berserta kitab-kitab tafsirnya,
mengkaji hadis-hadis sahih berserta syarahannya. Hanya dengan
ilmu yang benar, dia dapat mentauhidkan Allah sepenuhnya,
beribadah dengan benar dan memperbanyakkan amal-amal soleh.

Istiqamah dalam agama tidak mungkin dapat dicapai jika


dia sekadar melazimkan diri dengan ustaz-ustazah selebriti kerana
kebanyakan yang dipelajari hanyalah petua-petua kurafat dan kisah-
kisah dongeng. Istiqamah juga tidak akan tercapai dengan
mengikuti konsert-konsert selawat dan nasyid kerana semua itu
hanyalah hiburan.

96
Bab 3:

Berkenalan Dengan Jin

Kita teruskan siri kajian mengenali makhluk-makhluk ghaib


bagi mengenal pasti siapakah yang mampu dan lazim mengganggu
manusia sehingga menyebabkan penyakit, rasukan dan histeria.
Tujuan pengenalan bukanlah untuk bersahabat dengan makhluk
ghaib pengganggu tersebut, tetapi mengenali ciri-cirinya dan cara
ia mengganggu agar mudah dicegah dan dirawat.

Jika sebelum ini kita telah berkenalan dengan ruh dan


malaikat, kini kita berkenalan dengan jin pula. Dari aspek bahasa,
jin bermaksud sesuatu yang tersembunyi dan terhalang. Daripada
perkataan ini lahir perkataan janin, iaitu embrio yang tersembunyi
dalam rahim seorang ibu. Dalam sebuah hadis, Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam menyebut (‫جنَّةٌ ِم ْن النَّا ِر‬
ُ ‫الص ْوُم‬
َّ ) puasa
sebagai junnah dari neraka, bererti orang yang lazim berpuasa di
akhirat kelak amal-amal puasanya akan menjadi penghalang
baginya memasuki neraka. [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 695/764]

97
Jin Dalam al-Qur’an Dan Hadis

Terdapat banyak ayat al-Qur’an dan hadis sahih yang


menerangkan tentang kewujudan jin. Salah satu ayat yang masyhur
tentang jin dalam al-Qur’an adalah:

ِ ‫لِي عب ُد‬
.‫ون‬ ‫س إََِّّل‬ ِْ ‫اْلِ َّن و‬
ُْ َ َ َ ْ ‫ت‬
ْ‫ن‬ ‫اْل‬ ُ ‫َوَما َخلَ ْق‬
Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan
supaya mereka menyembah-Ku. [al-Zariat 51:56].

Bahkan dalam al-Qur’an terdapat sebuah surah khusus yang


dinamakan surah al-Jin. Ia dimulai dengan firman Allah Subhanahu
wa Ta'ala:

ً ‫اْلِ ِن فَ َقالُوا إِ ََّن ََِس ْعنَا قُ ْر‬


‫آَن َع َجبًا‬ ْ ‫استَ َم َع نَ َفٌر ِم َن‬ ِ ‫قُل أ‬
ََّ ِ‫ُوح َي إ‬
ْ ُ‫ِل أَنَّه‬ ْ
ِِ ِِ َ‫الر ْش ِد ف‬ ُّ ‫) يَ ْه ِدي إِ ََل‬1(
)2( ‫َح ًدا‬ َ ‫آمنَّا به َولَ ْن نُ ْش ِرَك بَربنَا أ‬
َ
Katakanlah (hai Muhammad): Telah diwahyukan
kepadaku bahawasanya sekumpulan jin telah mendengarkan (al-
Qur'an) lalu mereka berkata: “Sesungguhnya kami telah
mendengar al-Qur'an yang menakjubkan; (yang) memberi
petunjuk kepada jalan yang benar lalu kami beriman kepadanya.
Dan kami sekali-kali tidak akan mempersekutukan seorangpun
dengan Tuhan kami.” [al-Jin 72:1-2]

98
Sayang sekali segelintir umat Islam yang menganggap diri
mereka “moden”, “saintifik” dan “hanya merujuk kepada al-
Qur’an” menolak kewujudkan makhluk jin. Alasan mereka,
kehadiran jin tidak dapat dikesan melalui mana-mana deria manusia
mahupun oleh alat-alat pengesan yang canggih. Oleh itu mereka
mendakwa, jin yang disebut-sebut dalam al-Qur’an bukanlah
makhluk akan tetapi satu sifat buruk yang ada pada manusia.

Dakwaan atau kekeliruan mereka ini dapat ditolak dengan


dua hujah. Pertama, jika makhluk jin dapat dikesan oleh deria atau
alat pengesan, maka ia tidaklah dinamakan jin! Ini kerana jin
bermaksud sesuatu yang tersembunyi dan terhalang, maka ia
sememangnya tidak dapat dikesan oleh deria manusia atau mana-
mana alat yang canggih. Bahkan sebaliknya, ia dapat melihat kita
sementara kita tidak dapat melihatnya. Perhatikan firman Allah
ini:

ُ ‫إِنَّهُ يََرا ُك ْم ُه َو َوقَبِيلُهُ ِم ْن َحْي‬


.‫تَرْوََنُم‬
ْ َ ‫ث ََّل‬
Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat
kamu dari suatu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka.
[al-A’raaf 7:27]

Kedua, mendakwa jin sebenarnya adalah sifat jahat yang

99
ada dalam manusia bertentangan dengan ayat-ayat al-Qur’an.
Sebagai contoh seandainya jin adalah sifat jahat, ia tidak akan
beribadah kepada Allah sehingga bertentangan dengan ayat 56
surah al-Zariat di atas. Bahkan apabila jin mendengar al-Qur’an
dibacakan, ia akan membenci dan menolaknya, bukan menyukai
dan beriman kepadanya sebagaimana yang diterangkan dalam ayat
1-2 surah al-Jin di atas.

Oleh itu yang benar, jin wujud sebagai satu makhluk yang
tersendiri. Antara mereka ada yang Muslim, ada yang bukan Islam
dan ada yang mengajak manusia menjauhi Allah, menyesatkan dari
jalan-Nya dan derhaka kepada-Nya. Golongan jin yang terakhir
inilah yang disebut sebagai syaitan. Perkara ini akan dijelaskan
dalam bab akan datang insya-Allah.

Asal Usul Jin

Diulangi satu manhaj (metodologi) atau disiplin penting


apabila berbicara urusan agama, iaitu jangan menerima apa-apa
hukum, pengajaran, pandangan, petua atau cerita melainkan ia
memiliki rujukan kepada al-Qur’an dan hadis. Tidak cukup sekadar
hadis, akan tetapi hendaklah daripada hadis yang diketahui
sumbernya dan dinyatakan darjat kekuatannya. Ini kerana pada
masa kini banyak tersebar hukum, pengajaran, pandangan, petua

100
dan cerita agama yang tidak memiliki asal usul, bahkan
bertentangan dengan ajaran murni al-Qur’an dan hadis yang sahih.

Tidak ketinggalan ialah apa yang berkaitan dengan jin.


Banyak cerita tentang asal usulnya, sifat dan ciri-cirinya, padahal
semua itu tidak terdapat dalam al-Qur’an mahupun hadis yang
sahih. Jika sesuatu perkara tentang jin adalah penting untuk agama
dan kehidupan dunia serta akhirat kita, Allah Subhanahu wa Ta'ala
akan menjelaskannya dalam al-Qur’an atau melalui lisan Rasul-Nya
Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam. Jika Allah tidak
menjelaskannya, bererti ia tidak penting untuk diketahui. Bertanya
dan mencari-cari maklumat lanjut tentangnya adalah satu kesia-
siaan.

Tentang asal usul jin, tidak banyak yang Allah jelaskan


melainkan sekadar ia dicipta daripada api. Allah berfirman:

ِ ‫السم‬
.‫وم‬ ‫ان َخلَ ْقنَاهُ ِم ْن قَ ْب ُل ِم ْن ََن ِر‬
َّ َ‫اْل‬
ْ ‫َو‬
َُّ
Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam)
daripada api yang sangat panas. [al-Hijr 15:27] Dalam sebuah ayat
yang lain:

.‫ََن ٍر‬ ‫ان ِم ْن َما ِرٍج ِم ْن‬


َّ َ‫اْل‬
ْ ‫َو َخلَ َق‬

101
Dan Dia menciptakan jin daripada api yang menyala-
nyala. [al-Rahman 55:15] Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
juga telah bersabda:

ِ ِ ِ ُّ ‫اْل‬ ِ ِ ِ ِ
َ ‫ان م ْن َما ِرٍج م ْن ََن ٍر َو ُخل َق‬
ُ‫آدم‬ َْ ‫ت الْ َم َلئ َكةُ م ْن نُوٍر َو ُخل َق‬ْ ‫ُخل َق‬
ِ ِ
.‫كم‬
ْ ُ َ‫ف ل‬َ ‫ِمَّا ُوص‬
Malaikat diciptakan daripada cahaya, jin diciptakan
daripada api yang menyala-nyala dan Adam diciptakan daripada
sesuatu yang telah disebutkan (ciri-cirinya) untuk kalian. [Shahih
Muslim, no: 5314/2996]

Selain dicipta daripada api, jin juga telah dicipta sebelum


manusia. Perhatikan semula ayat 27 surah al-Hijr di atas: Dan Kami
telah menciptakan jin sebelum (Adam)…

Jin juga memiliki zuriat keturunan, berdasarkan ayat


berikut:

…ُ‫وذُ ِريَّتَه‬ ِ ِِ ِْ ‫َكا َن ِمن‬


َ ُ‫اْل ِن فَ َف َس َق َع ْن أ َْم ِر َربه أَفَتَتَّخ ُذونَه‬ َ
Ia adalah daripada golongan jin, maka ia menderhakai
perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan
zuriatnya… [al-Kahf 18:50] Meskipun demikian, Allah tidak
menerangkan bagaimana proses jin memperolehi zuriat.

102
Akhir sekali, jin juga mengalami kematian berdasarkan doa
yang pernah dibaca oleh Rasulullah:

‫س‬ ‫ن‬
ْ ِْ ‫اْلِ ُّن و‬
‫اْل‬ ْ ‫و‬ ‫وت‬ ‫َي‬
َ ‫َّل‬
َ ‫ي‬‫ذ‬ِ َّ‫أَعوذُ بِعَِّزتِك الَّ ِذي ََّل إِلَه إََِّّل أَنْت ال‬
ُ َ َ ُ ُ َ َ َ ُ
.‫ن‬
َ ‫ََيُوتُو‬
Aku berlindung dengan kekuasaan Engkau (Ya Allah)
yang tiada sembahan selain Engkau, yang tidak pernah mati
sedangkan jin dan manusia mati. [Shahih al-Bukhari, no:
6835/7383] Pun begitu, Allah dan Rasulullah tidak menerangkan
tentang umur dan cara kematian makhluk jin. Maka ia adalah
perkara-perkara yang tidak perlu ditanya atau dicari jawapannya.

103
Beberapa Ciri Fizikal Jin

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

ُ ‫إِنَّهُ يََرا ُك ْم ُه َو َوقَبِيلُهُ ِم ْن َحْي‬


.‫تَرْوََنُم‬
ْ َ ‫ث ََّل‬
Sesungguhnya ia (jin) dan pengikut-pengikutnya melihat
kamu dari suatu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka.
[al-A’raaf 7:27]

Dalam ayat di atas Allah menerangkan satu hakikat penting


iaitu manusia tidak boleh melihat jin dalam keadaannya yang asal.
Manusia hanya dapat melihat jin apabila ia menjelma menjadi
manusia, ular, anjing atau apa-apa haiwan lain. Apabila ada orang
yang mendakwa dia dapat melihat jin dalam keadaannya yang asal,
maka dia berdusta berdasarkan kesaksian ayat 27 surah al-A’raaf
ini.

Pengecualian diberikan kepada Rasulullah shallallahu


'alaihi wasallam kerana antara tugas baginda ialah berdakwah
kepada jin. Maka antara mukjizat yang Allah berikan kepadanya
ialah dapat melihat jin dalam bentuknya yang asal. Dalilnya ialah
hadis berikut daripada Abdullah ibn Mas’ud radhiallahu 'anh:

104
‫ات لَيْ لَ ٍة فَ َف َق ْد ََنهُ فَالْتَ َم ْسنَاهُ ِِف ْاْل َْوِديَِة‬ َِّ ‫ول‬
َ َ‫اَّلل ذ‬
ِ ‫ُكنَّا مع رس‬
َُ ََ
.‫ت ِِبَا قَ وٌم‬ ٍ
َ ‫ فَبِتْ نَا بِ َش ِر لَيْ لَة َِب‬:‫ال‬
َ َ‫ ق‬.‫يل‬ ِ ِ :‫ فَ ُقلْنَا‬.‫اب‬ ِ
ِ ‫الشع‬
ْ َ ‫استُط َْي أ َْو ا ْغت‬
ْ َ ‫َو‬
…kami pernah bersama Rasulullah pada suatu malam,
lalu kami kehilangan baginda sehingga kami mencarinya di
lembah-lembah dan lereng-lereng pergunungan. Maka kami
berkata: “(Mungkin) jin membawanya pergi atau membunuhnya
secara sembunyi-sembunyi.” Maka kami bermalam dengan
malam yang terasa amat buruk yang pernah dirasai oleh sesiapa
(disebabkan kehilangan Rasulullah).

ِ‫اَّلل‬
َّ ‫ول‬َ ‫ ََي َر ُس‬:‫ال فَ ُق ْلنَا‬َ َ‫َصبَ ْحنَا إِ َذا ُه َو َج ٍاء ِم ْن قِبَ َل ِحَر ٍاء ق‬ ْ ‫فَلَ َّما أ‬
.‫ت ِِبَا قَ وٌم‬ ٍ ِ
َ ‫اك فَلَ ْم ََن ْد َك فَبِتْ نَا بِ َش ِر لَيْ لَة َِب‬
َ َ‫فَ َق ْد ََن َك فَطَلَبْ ن‬
ْ
Tatkala waktu pagi, tiba-tiba baginda datang dari arah
Hira'. Kami berkata: “Wahai Rasulullah, kami telah
kehilanganmu lalu mencarimu, kami tidak menemuimu sehingga
kami bermalam dengan malam yang terasa amat buruk yang
pernah dirasai oleh sesiapa.”

ِ ُ ْ‫ت َم َعهُ فَ َقرأ‬ ِْ ‫اعي‬ ِ ‫ أَ ًَتِّن د‬:‫ال‬


:‫ال‬
َ َ‫ ق‬.‫الْ ُقرآ َن‬
ْ ‫ت َعلَْيه ْم‬ َ ُ ‫اْل ِن فَ َذ َهْب‬ َ َ ‫فَ َق‬
.‫ق بِنَا فَأَرا ََن آ ََثرُهم وآ ََثر نِْياَنِِم‬
َ َ‫فَانْطَل‬
ْ َ َ َْ َ َ

105
Rasulullah menjawab: “Seorang dai daripada kalangan
jin mendatangiku, maka aku pergi bersamanya. Aku
membacakan al-Qur'an kepada mereka.” Lalu baginda bangun
pergi bersama kami bagi menunjukkan jejak-jejak mereka dan
bekas unggun api (camp fire) mereka. [Sebahagian hadis daripada
Shahih Muslim, no: 682/450]

Dalam hadis di atas, Rasulullah dapat melihat jin yang


datang kepadanya dan juga kumpulan jin yang baginda bacakan al-
Qur’an kepada mereka. Walau bagaimanapun para sahabat baginda
tidak dapat melihat jin-jin tersebut sehingga tidak sedar apabila
Rasulullah hilang pergi berdakwah kepada mereka.

Beberapa Ciri Fizikal Jin

Disebabkan kita tidak dapat melihat jin, kita tidak tahu


bagaimanakah ciri-ciri fizikal jin. Jika dikaji ayat-ayat al-Qur’an
dan hadis-hadis yang sahih, akan ditemui beberapa gambaran
ringkas tentang ciri-ciri fizikal jin. Antaranya, jin memiliki hati,
mata dan telinga berdasarkan ayat berikut:

‫وب ََّل يَ ْف َق ُهو َن ِِبَا‬


ٌ ُ‫س ََلُْم قُل‬ ِْ ‫اْلِ ِن و‬
ِ ْ‫اْلن‬ ِ ِ ِ
َ ْ ‫َولََق ْد ذَ َرأْ ََن ْلَ َهن ََّم َكث ًْيا م َن‬
.‫ن ِِبَا‬َ ‫ص ُرو َن ِِبَا َوََلُْم آ َذا ٌن ََّل يَ ْس َم ُعو‬
ِ ‫ي ََّل ي ب‬
ُْ ٌ ُ ‫َوََلُْم أ َْع‬
Dan sesungguhnya Kami jadikan isi neraka Jahannam

106
kebanyakan daripada jin dan manusia, mereka mempunyai hati,
tetapi tidak dipergunakannya memahami (ayat-ayat Allah) dan
mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya melihat
(tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga
(tetapi) tidak dipergunakannya mendengar (ayat-ayat Allah). [al-
A’raaf 7:179]

Jin juga memiliki suara. Allah pernah berfirman kepada


Iblis yang berasal daripada kalangan jin:

َ ِ‫صوت‬
…‫ك‬ َ ِ‫ب‬
ْ ‫ت ِمنْ ُه ْم‬ ْ ‫استَ ْف ِزْز َم ِن‬
َ ‫استَطَ ْع‬ ْ ‫َو‬
Dan hasutlah sesiapa yang kamu sanggupi antara mereka
dengan suaramu… [al-Isra’ 17:64]

Apabila jin tanah bergerak, ia meninggalkan kesan


sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis di atas: Lalu beliau
bangun pergi bersama kami bagi menunjukkan jejak-jejak
mereka… [Shahih Muslim, no: 682/450]

Makanan Jin

Apabila pergi berdakwah kepada golongan jin dan


membacakan ayat-ayat al-Qur’an kepada mereka, jin-jin itu
bertanya tentang jenis makanan untuk mereka. Maka baginda
menjawab:

107
‫اَّللِ َعلَْي ِه يَ َق ُع ِِف أَيْ ِدي ُك ْم أ َْوفَ َر َما يَ ُكو ُن‬ ِ
ْ ‫لَ ُك ْم ُك ُّل َعظْ ٍم ذُكَر‬
َّ ‫اس ُم‬
.‫كم‬ ِ ِ ٌ َ‫َْلْما وُك ُّل ب ْعرةٍ َعل‬
ْ ُ ‫ف ل َد َواب‬ ََ َ ً
Bagi kalian, daging ialah setiap tulang yang diperolehi
oleh tangan kalian, yang telah disebut nama Allah ke atasnya
sementara setiap najis haiwan menjadi makanan untuk haiwan
tunggangan kalian. [Sebahagian hadis daripada Shahih Muslim,
no: 682/450]

Berdasarkan hadis ini, dapat kita fahami bahawa jin juga


makan. Hanya kita tidak tahu bagaimana secara terperinci mereka
memakan tulang tersebut. Berdasarkan hadis ini juga kita dapat
mengetahui bahawa jin juga memiliki haiwan tungganggan
tersendiri yang tidak kita lihat dengan mata kasar. Memandangkan
tulang dan najis haiwan ialah bahan makanan mereka, Rasulullah
melarang kita membersihkan diri (istijmar) dengan
menggunakannya.

Tiga Jenis Jin

Secara umumnya wujud tiga jenis jin sebagaimana jelas


Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

ٍ َ‫اَ ْْلِ ُّن ثََلثَةُ أ‬


ٌ ‫ف ََلُْم أَ ْجنِ َحةٌ يَ ِطْيُو َن ِِف ا َْلََواء َو ِصْن‬
‫ف‬ ٌ ْ‫ ِصن‬:‫صنَاف‬
ْ

108
ِ َّ‫حي‬
ٌ ‫ب َو ِصْن‬
.‫ف ُْيَلُّو َن َويَظْ َعنُو َن‬ ٌ ‫ات َوك َل‬
ٌ َ
Ada tiga jenis jin, (pertama) jenis bersayap yang terbang
di udara, (kedua) jenis yang wujud sebagai ular dan anjing dan
(ketiga) jenis yang duduk setempat (di tanah) dan bergerak.
[Riwayat al-Hakim dalam Mustadrak, no: 3661; dinilai sahih oleh
al-Albani dalam Misykat al-Mashabih, no: 4148]

Tentang jin yang mampu terbang ini, Allah pernah


mengkhabarkan perihal mereka yang suka mencuri perbicaraan
malaikat di langit terbawah:

َّ ِ‫اع َد ل‬
‫لس ْم ِع فَ َم ْن يَ ْستَ ِم ِع ْاْل َن ََِي ْد لَهُ ِش َه ًاِب‬ ِ ‫وأ َََّن ُكنَّا نَ ْقع ُد ِمنْ ها م َق‬
َ َ ُ َ
.‫ص ًدا‬
َ‫ر‬
َ
Dan sesungguhnya kami (golongan jin) dahulu dapat
menduduki beberapa tempat di langit bagi mendengar-dengar
(berita-beritanya). Akan tetapi sekarang sesiapa yang (mencuba)
mendengar-dengar (seperti itu) tentu akan menjumpai panah api
yang mengintai (bagi memanahnya). [al-Jin 72:9]

Dalam ayat yang lain:

ِ ِ ِ ‫السم ِاء ب روجا وزيَّن‬


‫اها‬
َ َ‫) َو َحفظْن‬16( ‫ين‬ َ َ َ ً ُُ َ َّ ‫َولََق ْد َج َع ْلنَا ِِف‬
َ ‫َّاها للنَّاظ ِر‬

109
ِ ِ ٍ ِ
ٌ ِ‫اب ُمب‬
‫ي‬ ٌ ‫الس ْم َع فَأَتْ بَ َعهُ ش َه‬ ْ ‫) إََِّّل َم ِن‬17( ‫م ْن ُك ِل َشيْطَان َرجي ٍم‬
َّ ‫اس َََت َق‬
)18(
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan bintang-
bintang (di langit) dan Kami telah menghiasi langit itu bagi
orang-orang yang memandang(nya), dan Kami menjaganya dari
tiap-tiap syaitan yang terkutuk kecuali syaitan yang mencuri-curi
(berita) yang dapat didengar (daripada malaikat), lalu ia dikejar
oleh semburan api yang terang. [al-Hijr 15:16-18]

Oleh itu apa yang kadangkala kelihatan sebagai “tahi


bintang” atau “falling star” di langit, maka itu sebenarnya adalah
rejaman api kepada jin yang cuba mencuri dengar perbicaraan
malaikat di langit terbawah. Justeru jika masyarakat Barat berkata
“Make a wish” apabila terlihat tahi bintang, maka kita pula akan
segera ingat kepada kekuasaan Allah dan ayat-ayat al-Qur’an di atas
apabila terlihat tahi bintang.

Jin Boleh Menjelma

Jin boleh menjelma menjadi makhluk yang manusia lihat


dan kenali. Dalam hadis sebelum ini, Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam bersabda:

110
ٍ َ‫اَ ْْلِ ُّن ثََلثَةُ أ‬
ٌ ‫ف ََلُْم أَ ْجنِ َحةٌ يَ ِطْيُو َن ِِف ا َْلََواء َو ِصْن‬
‫ف‬ ٌ ‫ ِصْن‬:‫صنَاف‬ ْ
ِ َّ‫حي‬
ٌ ْ‫ب َو ِصن‬
.‫ف ُْيَلُّو َن َويَظْ َعنُو َن‬ ٌ ‫ات َوك َل‬
ٌ َ
Ada tiga jenis jin, (pertama) jenis bersayap yang terbang
di udara, (kedua) jenis yang wujud sebagai ular dan anjing dan
(ketiga) jenis yang duduk setempat (di tanah) dan bergerak.
[Riwayat al-Hakim dalam Mustadrak, no: 3661; dinilai sahih oleh
al-Albani dalam Misykat al-Mashabih, no: 4148]

Hadis ini menunjukkan jin boleh menjelma menjadi haiwan


dan jelmaan yang paling lazim ialah sebagai ular dan anjing. Jin
juga boleh menjelma sebagai manusia sebagaimana riwayat berikut
daripada Abu Hurairah radhiallahu 'anh:

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah


mewakilkan padaku menjaga zakat Ramadhan (zakat fitrah).
Maka ada seorang yang datang, menumpahkan makanan dan
mengambilnya. (Setelah berjaya menangkapnya) aku berkata:
“Demi Allah, aku akan mengutarakan perbuatan kamu ini
kepada Rasulullah!”

Namun dia berkata: “Aku ini benar-benar dalam keadaan


memerlukan. Aku memiliki keluarga dan aku sangat
memerlukan ini.” Abu Hurairah berkata: “Aku membiarkan

111
(orang itu pergi).” Pada (esok) pagi, Nabi bertanya: “Wahai Abu
Hurairah, apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?” Aku
menjawab: “Wahai Rasulullah, dia mengadukan bahawa dia
dalam keadaan amat memerlukan dan juga mempunyai keluarga.
Oleh itu aku kasihan kepadanya dan aku melepaskannya.”
Nabi bersabda: “Dia telah berdusta padamu dan dia akan
kembali lagi.”

(Abu Hurairah melanjutkan) Aku tahu bahawa dia akan


kembali lagi sebagaimana yang Rasulullah katakan. (Pada
malam berikutnya) aku mengawasi, ternyata dia datang,
menumpahkan makanan dan mengambilnya. (Setelah berjaya
menangkapnya) aku berkata: “Demi Allah, aku akan
mengutarakan perbuatan kamu ini kepada Rasulullah!”

Namun dia berkata: “Biarkanlah aku, aku ini benar-


benar dalam keadaan memerlukan. Aku memiliki keluarga dan
aku tidak akan kembali selepas ini.” Abu Hurairah berkata: “Aku
berasa kasihan kepadanya, lalu melepaskannya.”

Pada (esok) pagi, Nabi bertanya: “Wahai Abu Hurairah,


apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?” Aku menjawab:
“Wahai Rasulullah, dia mengadukan bahawa dia dalam keadaan
amat memerlukan dan juga mempunyai keluarga. Oleh itu aku

112
kasihan kepadanya dan aku melepaskannya.” Nabi bersabda:
“Dia telah berdusta padamu dan dia akan kembali lagi.”

Pada (malam) ketiga, aku terus mengawasinya. Dia


datang, menumpahkan makanan lalu mengambilnya. (Setelah
berjaya menangkapnya) Aku mengatakan: “Aku akan
mengutarakan perbuatan kamu ini kepada Rasulullah. Ini sudah
kali ketiga, engkau katakan tidak akan kembali namun masih
kembali.”

Dia berkata: “Biarkan aku. Aku akan mengajar kamu


satu kalimat yang dengannya Allah akan memberi manfaat
untukmu.” Aku bertanya: “Apakah itu?” Dia menjawab:

َّ {‫ك فَاقْ َرأْ آيَةَ الْ ُك ْرِس ِي‬ ِ


ْ ‫اَّللُ ََّل إِلَهَ إََِّّل ُه َو‬
‫اْلَ ُّي‬ َ ‫ت إِ ََل فَر ِاش‬ َ ْ‫إِ َذا أ ََوي‬
‫َّك‬ ٌ ِ‫اَّللِ َحاف‬
َ ‫ظ َوََّل يَ ْقَربَن‬ َّ ‫ك ِم ْن‬
َ ‫ك لَ ْن يََز َال َعلَْي‬ َ َّ‫}ح ََّّت ََتْتِ َم ْاْليَةَ فَِإن‬
َ ‫وم‬ُ ُّ‫الْ َقي‬
.‫صبِح‬
َ ْ ُ‫َشْيطَا ٌن َح ََّّت ت‬
“Apabila engkau hendak tidur di katilmu, bacalah ayat
kursi Allahu laa ilaha illa huwal hayyul qoyyum … hingga
engkau selesaikan ayat tersebut. Ini kerana sesungguhnya Allah
akan senantiasa menjagamu dan syaitan tidak akan
mendekatimu hingga ke waktu pagi.”

113
Aku melepaskannya dan pada (esok) pagi
Rasulullah bertanya padaku: “Apa yang dilakukan oleh
tawananmu semalam?” Abu Hurairah menjawab, “Wahai
Rasulullah, dia mendakwa bahawa dia akan mengajarku satu
kalimat yang dengannya Allah akan memberi manfaat untukmu,
lalu aku melepaskannya.”

Rasulullah bertanya: “Apakah itu?” Dia berkata


kepadaku: “Apabila engkau hendak tidur di katilmu, bacalah
ayat kursi Allahu laa ilaha illa huwal hayyul qoyyum … hingga
engkau selesaikan ayat tersebut. Ini kerana sesungguhnya Allah
akan senantiasa menjagamu dan syaitan tidak akan
mendekatimu hingga ke waktu pagi.” Sementara adalah kami
amat bersemangat bagi melakukan apa-apa amal kebaikan
(sehingga berasa gembira apabila menerima pengajaran ini).

Maka Rasulullah bersabda:

ِ ‫اطب مْن ُذ ثََل‬


‫ث لَيَ ٍال‬ ِ
ُ ُ َ‫ تَ ْعلَ ُم َم ْن َُت‬.‫وب‬
ٌ ‫ك َوُه َو َك ُذ‬ َ ‫أ ََما إِنَّهُ قَ ْد‬
َ َ‫ص َدق‬
!‫ ذَ َاك َشْيطَا ٌن‬:‫ال‬
َ َ‫ ق‬.‫ ََّل‬:‫ال‬
َ َ‫ََي أ ََِب ُهَريْ َرةَ؟ ق‬
“Adapun di kala itu dia berkata benar, namun asalnya dia
memang pendusta. Engkau tahu siapa yang bercakap denganmu
sampai tiga malam itu, wahai Abu Hurairah?” Aku menjawab:

114
“Tidak.” Rasulullah menjelaskan: “Itu adalah syaitan.” [Shahih
al-Bukhari, jld. 8, ms. 102 secara mu’allaq]

Dalam riwayat di atas kita dapat pelajari bagaimana jin


syaitan dapat menjelma sebagai manusia. Jelmaannya begitu sangat
menyerupai manusia tulen sehingga Abu Hurairah tidak dapat
membezakannya walau telah menangkap dan berbicara dengannya
selama tiga malam berturut-turut.

Apabila berbicara, jin syaitan lazimnya berdusta melainkan


apa yang dibenarkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.
Dalam kes ini hanya satu perkara yang dibenarkan oleh Rasulullah,
iaitu amalan membaca Ayat Kursi sebelum tidur akan menyebabkan
Allah Subhanahu wa Ta'ala memelihara pembacanya dan syaitan
akan menjauhinya sehingga ke waktu pagi.

Berdasarkan riwayat ini juga, ada yang berpendapat jin


menjadi lemah apabila menjelma menjadi makhluk yang dapat
dilihat oleh manusia. Ini berdasarkan kejayaan Abu Hurairah
menangkap jin tersebut selama tiga malam berturut-turut apabila ia
menjelma sebagai manusia.

Pendapat ini tidak semestinya benar kerana dalam sebuah


hadis lain, seorang sahabat pernah bergelut dengan seekor ular besar
yang merupakan jelmaan jin. Pada akhirnya, kedua-dua sahabat dan

115
ular tersebut terbunuh [Shahih Muslim, no: 4150/2236]. Seandainya
benar jin menjadi lemah apabila menjelma, nescaya sahabat itu akan
berjaya mengalahkan ular tersebut.

Apa yang benar, jin terdiri daripada pelbagai jenis dengan


ada yang kuat dan ada yang lemah, baik apabila dalam keadaan asli
atau apabila menjelma.

Berdasarkan riwayat Abu Hurairah ini juga, jin boleh


menjelma menjadi manusia soleh semisal sekian-sekian imam,
syaikh atau wali yang terkenal lalu memberikan sekian-sekian
pengajaran agama. Jelmaannya begitu hebat sehingga tidak dapat
dikesan perbezaannya. Apa yang boleh dilakukan ialah menyemak
pengajarannya dengan al-Qur’an dan hadis-hadis yang sahih.

Demikian juga, jin tidak boleh menjelma sebagai


Rasulullah. Akan tetapi jin boleh menjelma sebagai seseorang yang
memakai jubah dan serban, lalu disangka oleh orang ramai bahawa
itu ialah Rasulullah. Ini boleh berlaku kepada kumpulan-kumpulan
yang berkeyakinan Rasulullah akan hadir bersama mereka apabila
mereka melakukan sekian-sekian majlis bid’ah seperti zikir
nyanyian, selawat nyanyian dan qasidah. Maka awasilah!

Timbul soalan, kenapakah syaitan mencuri makanan?


Apakah syaitan makan seperti manusia makan? Jawapannya,

116
syaitan mencuri bagi menimbulkan fitnah dan permusuhan sesama
manusia. Apabila simpanan zakat fitrah itu telah sedia untuk
diagihkan pada 1 Syawal lalu ditemui kekurangan pada jumlahnya,
akan timbullah soalan dan sangkaan kenapa ia berkurang. Maka
bermulalah tuduh menuduh serta permusuhan antara sesama umat
Islam. Justeru hendaklah berwaspada terhadap permainan kotor
syaitan ini.

Soalan: Benarkah Dakwaan Dapat Melihat Jin?

Ada sebahagian orang mendakwa, mereka mampu melihat


jin dalam keadaan asal ciptaannya. Benarkah?

Jawapan:

Ini adalah satu pendustaan kerana Allah Subhanahu wa


Ta'ala telah menyatakan:

ُ ‫إِنَّهُ يََرا ُك ْم ُه َو َوقَبِيلُهُ ِم ْن َحْي‬


.‫تَرْوََنُم‬
ْ َ ‫ث ََّل‬
Sesungguhnya ia (jin) dan pengikut-pengikutnya melihat
kamu dari suatu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka.
[al-A’raaf 7:27]

Berdasarkan ayat ini, Abu Ameenah Bilal Philips telah


menukil hujah beberapa ilmuan Islam ke atas mereka yang

117
mendakwa dapat melihat jin. Antara lain beliau menulis:

Sebahagian ilmuan masa lalu seperti al-Syafi’e, al-Nahas dan

Ibn Hazm menjadikan ayat ini sebagai dalil bahawa hanya Rasulullah

shallallahu 'alaihi wasallam yang boleh melihat jin. al-Baihaqi

meriwayatkan dalam kitabnya Manaqib al-Syafi’e daripada al-Rabi’

bahawa al-Syafi’e berkata: “Kita akan menolak sesiapa yang mendakwa

telah melihat jin daripada menjadi saksi, kecuali jika dia seorang

Rasul.”

Ibn Hajar al-Asqalani (dalam Fath al-Bari) mengulas lanjut

dengan berkata: “Kenyataan (al-Syafi’e) ini merujuk kepada orang yang

mendakwa telah melihat mereka (jin) dalam keadaan asal mereka itu

dicipta. Adapun dakwaan telah melihat (jin) dalam keadaan jelmaan

binatang maka ia tidak patut ditolak, disebabkan banyaknya laporan

bahawa jin menjelma dalam pelbagai bentuk (haiwan). Firman Allah:

Sesungguhnya ia (jin) dan pengikut-pengikutnya melihat kamu…

secara khusus merujuk kepada keadaan asal ciptaan mereka.

al-Qurtubi (dalam al-Jami’ li Ahkam al-Qur’an) menukil

kenyataan al-Nahas: “Firman Allah: … dari suatu tempat yang kamu

tidak boleh melihat mereka… menunjukkan bahawa jin tidak dapat

dilihat kecuali dalam misi seorang Rasul supaya ia menjadi bukti

kebenaran kerasulannya. Allah ‘Azza wa Jalla mencipta mereka (jin)

118
dalam dunia ghaib dan mereka hanya boleh dilihat jika mereka

menjelma dari keadaan asal. Ini (kemampuan Rasulullah melihat jin

dalam keadaan asal) adalah satu mukjizat yang hanya berlaku pada

zaman para Rasul, salam dan selawat ke atas mereka semua.”

Ibn Hazm al-Zahiri (dalam al-Fishal fi al-Milal) berkata:

“Mereka (jin) melihat kita sementara kita tidak melihat mereka. Allah

Subhanahu wa Ta'ala telah berfirman: Sesungguhnya ia (jin) dan

pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu

tidak boleh melihat mereka. Jika Allah ‘Azza wa Jalla telah

menerangkan kepada kita bahawa kita tidak dapat melihat mereka

(jin), maka sesiapa yang mendakwa melihat jin atau mendakwa pernah

melihat jin adalah seorang pendusta. Melainkan jika dia daripada

kalangan para Rasul, salam dan selawat ke atas mereka semua, kerana

itu adalah satu mukjizat bagi mereka.” [The Exorcist Tradition in

Islam (tesis PhD St. David’s College, UK, 1997), ms. 55-56. Teks dalam

kurungan adalah tambahan saya.]

Jika seseorang itu bersungguh-sungguh mendakwa dapat


melihat jin, maka hakikatnya bukanlah dia yang mampu melihat
tetapi jin itu yang menjelmakan dirinya supaya dapat dilihat. Ini
disengajakan oleh jin bagi memberi pengaruh palsu kepada orang
itu konon dia hebat, memiliki karamah (keramat) dan berada di

119
maqam (kedudukan) yang tinggi. Apabila sudah terpengaruh, orang
itu akan mula meninggalkan syari’at Islam seperti tidak solat,
mengamalkan zikir-zikir tersendiri dan menghalalkan apa yang
asalnya haram.

Oleh itu para pembaca sekalian janganlah teruja dengan


dakwaan orang yang konon dapat melihat jin. Apa yang benar
hanya dua, sama ada orang yang mendakwa itu menipu atau jin
yang sengaja menampakkan diri kepadanya agar dia tertipu.

120
Beberapa Ciri Istimewa Jin

Jika para pembaca masih ingat bab lepas (Beberapa Ciri


Fizikal Jin) dan mencermati dalil-dalil al-Qur’an dan hadis yang
dikemukakan, tentu akan menemui dua ciri istimewa makhluk jin.
Pertama, jin boleh menculik manusia dan menyembunyikan
mangsa culikan daripada pandangan manusia lain meskipun di
kawasan yang lapang. Dalam masyarakat kita, biasa disebut bahawa
“Dia telah diculik oleh kaum bunian” di mana bunian itu adalah
daripada spesis jin.

Ini ada benarnya, berdasarkan hadis di mana Rasulullah


shallallahu 'alaihi wasallam pergi berdakwah dan membacakan al-
Qur’an kepada beberapa jin sementara para sahabat tercari-cari
baginda dan tidak jumpa. Padahal baginda bersama kumpulan jin
itu ada berhampiran saja. Berdasarkan kisah sahih tersebut, terbukti
jin boleh menculik manusia dan menyembunyikan mangsa culikan
daripada pandangan manusia.

Akan tetapi ini tidaklah bererti bahawa dalam setiap kes


kehilangan manusia, baik dewasa atau kanak-kanak, kita terus
menuduh bahawa mereka telah diculik oleh jin. Secara purata, boleh

121
dikatakan dalam seratus kes kehilangan, hanya satu yang benar-
benar diculik oleh jin.

Jin Mampu Terbang Hingga Ke Angkasa

Kedua, jin mampu terbang bukan sahaja di ruang udara


bumi akan tetapi lebih jauh sehingga ke langit terbawah. Ini
berdasarkan ayat-ayat al-Qur’an yang menerangkan para jin yang
mencuri dengar perbicaraan malaikat di langit terbawah akan
dikejar atau direjam dengan api. Rejaman ini boleh kita nampak dari
bumi dan biasa disebut sebagai “tahi bintang” (falling star).

Hendaklah diingatkan bahawa semua ini berlaku di ruang


angkasa. Ada pendapat yang mengatakan petir di bumi merupakan
rejaman api kepada jin. Pendapat ini salah kerana petir berlaku di
ruang udara bumi dan bukannya ruang angkasa.

Jin Mampu Menyampaikan Berita

Sekali sekala Allah sengaja membiarkan terlepas jin-jin


yang mencuri perbicaraan malaikat di langit sebagai ujian kepada
manusia di bumi. Jin tersebut mencuri dengar dan mendapat
maklumat perkara yang akan dilaksanakan oleh malaikat di bumi,
lalu mereka (jin) mengkhabarkannya kepada tuan-tuan mereka yang
terdiri daripada bomoh, pawang, tukang tilik nasib, ahli sihir dan

122
sesiapa lain yang mendakwa mengetahui perkara ghaib yang akan
datang.

A’isyah radhiallahu 'anha, isteri Rasulullah pernah


bertanya: “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya orang yang
mendakwa mengetahui ilmu ghaib lazimnya mengkhabarkan
kami dengan sesuatu, kemudian kami dapati ia adalah benar!”
Rasulullah menjawab:

‫يد فِ َيها‬ ِ
ُ ‫ِن فَيَ ْق ِذفُ َها ِِف أُذُ ِن َوليِ ِه َويَِز‬ ِْ ‫اْل ُّق َُيْطَ ُفها‬ ِ
ُّ ِ ‫اْل‬ َ َ ْ‫تِل‬
َْ ُ‫ك الْ َكل َمة‬
.‫ك ْذبٍَة‬
َ َ‫ِمائَة‬
“Ia adalah kalimah (perkara) benar yang diambil oleh
seorang jin (daripada malaikat di langit terbawah) lalu dibisikkan
kepada telinga pengikutnya, kemudian dibuat tambahan padanya
dengan seratus kedustaan.” [Shahih Muslim, no: 4134/2228]

Oleh itu andai ditemui seseorang yang dapat menceritakan


hal-hal ghaib, maka ketahuilah dia memelihara jin dan memperolehi
cerita tersebut daripada jin. Akan tetapi ingat, dalam seratus perkara
yang diceritakan, hanya satu yang benar.

Atas nota yang sama, jika ditemui seseorang yang dapat


mengetahui hal-hal peribadi anda, maka ketahuilah bahawa orang
itu memelihara jin dan jin peliharaannya itu telah berhubung dengan

123
jin qarin anda dan bertanyakan hal-hal peribadi tersebut. Setiap
orang memiliki jin pendamping yang disebut qarin. Perhatikan
hadis berikut:

ْ ‫َح ٍد إََِّّل َوقَ ْد ُوكِ َل بِِه قَ ِرينُهُ ِم ْن‬


‫ َوإِ ََّي َك ََي‬:‫ قَالُوا‬.‫اْلِ ِن‬ ِ ِ
َ ‫َما مْن ُك ْم م ْن أ‬
ٍَْ‫َسلَم فَ َل َيْ ُمرِّن إََِّّل ِِب‬ ِ َّ ‫ي إََِّّل أ‬ ِ َ َ‫اَّللِ؟ ق‬
.‫ْي‬
ُ َ ْ ‫اَّللَ أ ََعانَِِن َعلَْيه فَأ‬
َّ ‫َن‬ َ ‫ َوإ ََّي‬:‫ال‬ َّ ‫ول‬
َ ‫َر ُس‬
“Tidak ada seorang jua daripada kalian melainkan dia
didampingi oleh qarin daripada makhluk jin.” Para sahabat
bertanya: “Engkau juga wahai Rasulullah?” Baginda menjawab:
“Ya, aku juga. Akan tetapi sesungguhnya Allah telah membantu
aku sehingga dia masuk Islam dan tidak menghasutku melainkan
dengan sesuatu yang baik.” [Shahih Muslim, no: 5034/2814]

Jin Tidak Berjisim Dan Mampu Mengubah Jisim

Antara ciri istimewa jin ialah mereka mampu bergerak


cepat. Tidak sekadar itu, mereka mampu membawa benda yang
besar lagi berat sambil bergerak dengan cepat. al-Qur’an pernah
mengemukakan kisah Nabi Sulaiman yang ingin memindahkan
singgahsana (throne) Ratu Saba’ dari Yaman ke Palestin. Nama ratu
ini masyur disebut sebagai Balqis tetapi tidak diketahui
kesahihannya. Nabi Sulaiman bertanya kepada pembesar-
pembesarnya, siapakah yang dapat melakukan tugasan tersebut.

124
Maka:

َ ‫وم ِم ْن َم َق ِام‬ ِ َ ِ‫اْلِ ِن أ َََن آت‬


ْ ‫يت ِم َن‬ ِ َ َ‫ق‬
‫ك َوإِِّن‬ َ ‫يك بِه قَ ْب َل أَ ْن تَ ُق‬ ٌ ‫ال ع ْف ِر‬
.‫ي‬ ِ ٌّ ‫علَي ِه لََق ِو‬
ٌ ‫ي أَم‬ َْ
Berkatalah Ifrit dari golongan jin: “Aku akan
membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat
dudukmu dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah bagi
membawanya, lagi amanah.” [al-Naml 27:39]

Berdasarkan ayat ini, dapat diperlajari beberapa perkara lain


tentang jin. Pertama, jin wujud dalam keadaan tanpa jisim. Hanya
dalam keadaan ini ia dapat bergerak pantas. Seandainya dalam
keadaan berjisim, pergerakannya akan terhalang oleh rintangan
udara sehingga tidak dapat bergerak pantas dari Palestin ke Yaman,
kemudian dari Yaman kembali ke Palestin.

Kedua, jin mampu mengubah sesuatu yang berjisim kepada


keadaan tidak berjisim, kemudian mengubahnya semula ke keadaan
berjisim. Ini berdasarkan ayat di atas, apabila jin mampu membawa
singgahsana Ratu Saba’ dari Yaman ke Palestin dalam masa yang
amat pantas.

Ketahuilah bahawa singgahsana Ratu Saba’ bukanlah


sekadar sebuah kerusi kecil, akan tetapi merupakan kerusi yang

125
besar, mewah dan agung (‘azhim). Ini seperti yang dikhabarkan
oleh burung Hud-Hud kepada Nabi Sulaiman:

ِ‫ع‬ ٍ ِ ‫إِِّن وج ْدت امرأَةً َتَْلِ ُكهم وأُوتِي‬


.‫ظيم‬
ٌ َ ٌ ‫ت م ْن ُك ِل َش ْيء َوََلَا َع ْر‬
‫ش‬ ْ َ َ ُْ َْ ُ َ َ
Sesungguhnya aku menjumpai seorang wanita yang
memerintah mereka dan dia dianugerahi dari segala sesuatu dan
mempunyai singgahsana yang agung. [al-Naml 27:23]

Dalam riwayat-riwayat sejarah pula diterangkan bahawa


apabila Ratu Saba’ dan rombongannya bertolak ke Palestin untuk
berjumpa Nabi Sulaiman, dia telah mengunci singgahsananya itu
dengan rapi.

Lalu bagaimanakah jin dapat mengeluarkan singgahsana


yang agung itu dari istana Ratu Saba’? Kemudian, bagaimana pula
jin dapat membawa singgahsana yang agung itu ke Palestin dalam
masa yang amat pantas, tanpa terkesan dengan rintangan udara dan
tarikan graviti?

Penjelasannya ialah dengan cara mengubah sesuatu yang


berjisim kepada keadaan tidak berjisim, memindahkannya,
kemudian mengubahnya semula ke keadaan berjisim. Dalam ilmu
fizik, ia disebut sebagai teletransportation atau singkatan teleport.
Ia sesuatu yang biasa dilihat dalam filem-filem sains fiksyen,

126
namun merupakan kemampuan hakiki sebahagian makhluk jin.

Merujuk kepada ayat 39 surah al-Naml di atas, jin tersebut


mampu mengubah singgahsana Ratu Saba’ kepada keadaan tidak
berjisim, memindahkannya dari Yaman ke Palestin, kemudian
mengubahnya semula ke keadaan berjisim di hadapan Nabi
Sulaiman.

Ini juga dapat menjelaskan bagaimana dalam perbuatan


sihir, jin dapat memindahkan paku-paku atau apa-apa objek lain
yang memudaratkan ke dalam tubuh mangsanya. Ia juga
menjelaskan bagaimana dalam Pembedahan Batin, batu karang
atau tumor (ketumbuhan) dapat dikeluarkan dari organ dalaman
tanpa sebarang kesan atau parut pada badan pesakit. Kejadian-
kejadian ini memang memusykilkan pakar-pakar dari kalangan
manusia, namun merupakan sesuatu yang mudah bagi sebahagian
jin.

Ketiga, jin yang berbeza memiliki kepantasan bergerak


yang berbeza. Apabila jin Ifrit menceritakan kemampuannya
membawa singgahsana Ratu Saba’ dari Yaman ke Palestin dalam
tempoh masa …sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu…,
maka perhatikan pula ayat seterusnya:

127
َ ‫يك بِهِ قَ ْب َل أَ ْن يَ ْرتَ َّد إِلَْي‬
‫ك‬ ِ َ‫ال الَّ ِذي ِعْن َدهُ ِعلْم ِمن الْ ِكت‬
َ ِ‫اب أ َََن آت‬ َ َ‫ق‬
َ ٌ
.‫ك‬
َ ُ‫طَرف‬
ْ
Berkata pula seseorang yang mempunyai ilmu
pengetahuan dari Kitab Allah: “Aku akan membawanya kepada
kamu sebelum matamu berkelip (dalam sekelip mata)!” [al-Naml
27:40]

Dalam kitab-kitab tafsir, dikatakan bahawa orang itu ialah


jurutulis Nabi Sulaiman. Akan tetapi tidak pula diterangkan
bagaimana jurutulis itu – yang merupakan seorang manusia –
mampu memindahkan singgahsana Ratu Saba’ sekelip mata.

Penulis berpendapat, yang berkata itu bukanlah seorang


manusia tetapi seorang jin yang berilmu tentang Kitab Allah. Dia
mampu memindahkan singgahsana Ratu Saba’ sepantas sekelip
mata, lebih pantas berbanding jin Ifrit.

Ini menunjukkan jin yang berbeza memiliki kepantasan


yang berbeza. Secara lebih luas, ia juga menunjukkan bahawa jin
yang berbeza memiliki ciri kekuatan dan kemampuan yang
berbeza-beza.

128
Jin Mampu Melakukan Pelbagai Kerja

Termasuk keistimewaan makhluk jin ialah mereka mampu


melakukan pelbagai kerja besar dan kecil. Nabi Sulaiman ‘alaihis
salam adalah satu-satunya orang yang Allah kurniakan kekuasaan
mengawal jin dan menjadikan mereka pekerjanya. Allah
Subhanahu wa Ta'ala mengkhabarkan keistimewaan ini:

ِ ‫اْلو‬
‫اب َوقُ ُدوٍر‬ ٍ ِ ِ‫ي عملُو َن لَه ما ي َشاء ِمن ََما ِريب وََتَاث‬
ََْ ‫يل َوج َفان َك‬
َ َ َ َ ْ ُ َ َُ َ َْ
ٍ ‫ر ِاسي‬
.‫ات‬َ َ
Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang
dia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi, patung-
patung dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam,
serta periuk-periuk besar yang tetap di tempatnya. [Saba’ 34:13]

Walau bagaimanapun hendaklah diperingatkan bahawa


kebolehan menggunakan khidmat jin untuk apa jua tujuan hanyalah
khusus kepada Nabi Sulaiman. Ini adalah keistimewaan yang Allah
kurniakan kepada kerajaan Nabi Sulaiman sahaja berdasarkan doa
beliau:

ِ ٍ ‫ب ا ْغ ِفر ِِل وهب ِِل م ْل ًكا ََّل ي ْن بغِي ِْل‬


َ َّ‫َحد ِم ْن بَ ْعدي إِن‬
‫ك‬ َ ََ ُ ْ ََ ْ
ِ ‫ال ر‬
َ َ َ‫ق‬
.‫اب‬ َ ْ‫أَن‬
ُ ‫ت الْ َوَّه‬
129
“Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku dan
kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan yang tidak akan ada
pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya
Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurnia-Nya.” [Shod 38:35].
Justeru ia hanya khusus bagi Nabi Sulaiman, tidak kepada sesiapa
jua selepas beliau.

Bahkan tidak juga kepada Rasulullah. Pernah pada satu


ketika sedang solat, Rasulullah menangkap jin yang datang
mengganggunya. Baginda terfikir untuk mengikat jin tersebut,
namun oleh kerana teringat kepada doa Nabi Sulaiman di atas,
baginda melepaskannya. Perhatikan hadis berikut daripada Abu
Hurairah radhiallahu 'anh bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam pernah menerangkan:

ِ ِْ ‫إِ َّن ِع ْف ِريتًا ِمن‬


‫ص َلِِت فَأ َْم َكنَِِن‬ َ ‫ت الْبَا ِر َحةَ ليَ ْقطَ َع َعلَ َّي‬
َ َّ‫اْل ِن تَ َفل‬ ْ
ِ ِ
‫ت أَ ْن أ َْربُطَهُ َعلَى َسا ِريٍَة ِم ْن َس َوا ِري الْ َم ْسجد َح ََّّت‬ ِ َّ
ُ ‫َخ ْذتُهُ فَأ ََرْد‬ َ ‫اَّللُ مْنهُ فَأ‬
‫ب ِِل ُم ْل ًكا ََّل يَْن بَغِي‬ ِ ِ
ْ ‫ َرب َه‬:‫ت َد ْع َوَة أَخي ُسلَْي َما َن‬
ِ
ُ ‫تَ ْنظُُروا إِلَْيه ُكلُّ ُك ْم فَ َذ َك ْر‬
.‫اسئًا‬ِ ‫ فَرد ْدتُه خ‬.‫ِْلَح ٍد ِمن ب ع ِدي‬
َ ُ ََ َْ ْ َ
Sesungguhnya Ifrit dari kalangan jin baru saja
menggangguku, bagi memutuskan solatku, lalu Allah
menjadikan aku dapat menundukkannya. Maka aku

130
menangkapnya dan merancang hendak mengikatnya pada salah
satu tiang di antara tiang-tiang masjid supaya kalian semua dapat
melihatnya. Namun aku teringat kepada doa saudaraku (Nabi)
Sulaiman:

“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku sebuah


kerajaan yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian
daripadaku.” Maka aku lepaskannya dalam keadaan hina.
[Shahih al-Bukhari, no: 3170/3423]

Perhatikan hadis ini bagaimana Allah Subhanahu wa Ta'ala


menguji Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dengan
menjadikan baginda mampu menangkap jin Ifrit. Ifrit ini pula
adalah dari jenis jin yang kuat sehingga mampu memindahkan
singgahsana (throne) Ratu Saba’ dari Yaman ke Palestin dalam
masa yang amat singkat (rujuk ayat 39 surah al-Naml di atas).
Namun apabila teringat doa Nabi Sulaiman (rujuk ayat 35 surah
Shod), baginda melepaskan jin tersebut kerana ia merupakan
sesuatu yang tidak dibolehkan kepada sesiapa jua selepas Nabi
Sulaiman.

Justeru ayat 35 surah Shod dan hadis sahih di atas menjadi


dalil bahawa sesiapa jua selepas Nabi Sulaiman tidak boleh
memelihara, menyimpan atau mengikat jin. Jika ditemui seseorang

131
yang memelihara, menyimpan atau mengikat jin, baik jin muslim
atau selainnya, maka ketahuilah bahawa apa yang dilakukan itu
bertentangan dengan al-Qur’an dan Sunnah. Orang itu melakukan
kesalahan besar dalam agama meskipun dia bergelar ustaz atau
berpakaian seperti ustaz.

132
Jin Dan Hubungan Seks

Makhluk jin juga memiliki jantina lelaki dan perempuan


serta mereka juga memiliki zuriat. Dalilnya ialah ayat al-Qur’an
berikut ini:

ِْ ‫س ي عوذُو َن بِ ِرج ٍال ِمن‬ ِْ ‫ال ِمن‬ ِ


.‫رَه ًقا‬ ُ ‫اْل ِن فَ َز ُاد‬
َ ‫وه ْم‬ َ َ ُ َ ِ ْ‫اْلن‬ َ ٌ ‫َوأَنَّهُ َكا َن ر َج‬
Dan bahawasanya ada beberapa orang lelaki di kalangan
manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki di
kalangan jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan
kesalahan. [al-Jin 72:06]

Dalam ayat di atas, Allah menyebut jin dari jantina lelaki.


Ini memberi pengertian bahawa di sana terdapat juga jin dari jantina
perempuan. Seandainya jin hanya satu jantina seluruhnya (neuter)
maka tidak perlu disebut jin lelaki. Memadai disebut jin sahaja
secara umum.

Dalil lain ialah doa sebelum memasuki tandas. Anas bin


Malik radhiallahu 'anh menceritakan bahawa apabila Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam hendak memasuki tandas, baginda
membaca doa:

133
ِ ِ‫اْلَبائ‬
.‫ث‬ ِ ْ ‫ك ِمن‬ ِ ُ ‫اللَّ ُه َّم إِِّن أ‬
َْ ‫و‬ َ ‫اْلُبُث‬ ْ َ ‫َعوذُ ب‬
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau
daripada jin/syaitan lelaki dan jin/syaitan perempuan. [Shahih al-
Bukhari, no: 139/142]

Jika perkataan jin merujuk kepada jin lelaki, maka perkataan


jini (jiniyyah) merujuk kepada jin perempuan. Dalam sebuah hadis,
sahabat Rasulullah yang masyhur bernama Umar bin al-Khaththab
radhiallahu 'anh pernah berjumpa dengan seorang pawang yang
telah masuk Islam dan meninggalkan amalan jahiliyah tersebut, lalu
bertanya:

ِ
َ ُ‫ك بِِه جنِيَّ ت‬
‫ك؟‬ َ ْ‫ب َما َجاءَت‬
ُ ‫فَ َما أ َْع َج‬
Maka apakah perkara paling aneh yang pernah
disampaikan kepada kamu oleh jini kamu? [Shahih al-Bukhari,
no: 3577/3866], bermaksud jin perempuan peliharaan dia dahulu.

Adapun anak-anak atau zuriat keturunan jin, maka ia


berdasarkan ayat berikut:

…ُ‫وذُ ِريَّتَه‬ ِ ِِ ِْ ‫َكا َن ِمن‬


َ ُ‫اْل ِن فَ َف َس َق َع ْن أ َْم ِر َربه أَفَتَتَّخ ُذونَه‬ َ
Ia adalah dari golongan jin, maka ia menderhakai
perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan

134
zuriatnya… [al-Kahf 18:50]

Meskipun ayat-ayat al-Qur’an dan hadis-hadis


menerangkan hakikat jin yang memiliki jantina lelaki dan
perempuan serta zuriat, sumber-sumber wahyu yang suci lagi sahih
ini tidak pula menerangkan tentang pernikahan, kehidupan
rumahtangga, hubungan seks dan kelahiran mereka. Apa yang
didiamkan oleh Allah dan Rasul-Nya, bererti ia tidak penting untuk
kita mengetahui tentangnya.

Seks Antara Jin Dan Manusia

Ketika menerangkan nikmat bidadari-bidadari syurga


kepada para penghuni syurga, Allah Subhanahu wa Ta'ala
berfirman:

ٌّ ‫َج‬
.‫ان‬ ‫س قَبْ لَ ُه ْم َوََّل‬ ِ ِ
ٌ ْ‫ََلْ يَطْمثْ ُه َّن إن‬
Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum
mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka)
dan tidak pula oleh jin. [al-Rahman 55:74] Perkataan tidak pernah
ْ َ ‫)ي‬
disentuh adalah terjemahan sopan kepada perkataan Arab (َّ‫ط ِمثْ ُهن‬
yang sebenarnya bermaksud tidak pernah melakukan hubungan
seks yang menghilangkan keperawanan.

Ayat ini telah mendapat perhatian khusus para ulama’,

135
khasnya para ahli tafsir. Secara zahir ia hanya menerangkan salah
satu daripada sekian banyak nikmat di dalam syurga. Akan tetapi
secara mendalam ia menerangkan beberapa perkara.

 Pertama, manusia lelaki dan jin lelaki boleh melakukan


hubungan seks dengan bidadari syurga.

 Kedua, manusia lelaki dan jin lelaki memiliki alat kelamin yang
sama sehingga boleh melakukan hubungan seks dengan
bidadari yang sama. Allah dan Rasul-Nya tidak pernah
menerangkan bahawa dalam syurga disediakan bidadari yang
khusus untuk manusia lelaki dan bidadari yang berbeza untuk
jin lelaki.

 Ketiga, manusia lelaki dan jin lelaki akan berasa nikmat apabila
bersama bidadari syurga, bererti manusia lelaki dan jin lelaki
memiliki citarasa dan tarikan seksual yang sama.

Tiga perkara ini mengarah kepada dua perbincangan lanjut


di kalangan para ulama’:

Bolehkah Jin Lelaki Melakukan Seks Dengan Manusia


Perempuan?

Berdasarkan ayat 74 surah al-Rahman di atas, jumhur


(kebanyakan) ulama’ berpendapat jin lelaki boleh melakukan

136
hubungan seks dengan manusia perempuan. Paling tidak, jin lelaki
berasa tertarik dengan manusia perempuan, memandangnya,
menyentuhnya dan memeluknya. Atas dasar ini jugalah,
kebanyakan mangsa gangguan jin adalah dari kalangan manusia
perempuan berbanding manusia lelaki.

Bolehkah Jin Lelaki Menikahi Manusia Perempuan?

Dipercayai perkara ini benar-benar pernah berlaku. Hanya


dari sudut hukum Islam, ia tidak dibolehkan kerana perkahwinan
hanyalah dibolehkan sesama jenis, yakni manusia lelaki dengan
manusia perempuan, jin lelaki dengan jin perempuan. Lebih dari itu,
tujuan pernikahan ialah mewujudkan suasana sakinah, mawaddah
dan rahmah. Mustahil ini tercapai jika berlaku pernikahan antara jin
dan manusia. Hukum ini adalah berdasarkan ayat berikut:

‫اجا لِتَ ْس ُكنُوا إِلَيْ َها َو َج َع َل‬ ِ ِ ِِ ‫وِمن‬


ً ‫آَيته أَ ْن َخلَ َق لَ ُك ْم م ْن أَنْ ُفس ُك ْم أ َْزَو‬
َ ْ َ
َ ‫ت لَِق ْوٍم يَتَ َف َّك ُرو‬
.‫ن‬ ٍ ‫ب ي نَ ُكم موَّد ًة ور ْْحةً إِ َّن ِِف َذلِك َْلَي‬
َ َ َ َ َ َ َ ْ َْ
Dan antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia
menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya
kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-
Nya di kalanganmu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada
yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum

137
yang berfikir. [al-Rum 30:21]

Gangguan Jin Wanita?

Timbul persoalan, bolehkah jin perempuan berasa tertarik


dengan manusia lelaki, memandangnya, menyentuhnya,
memeluknya dan mengada hubungan seks dengannya? Jawapan:
Ya, boleh! Maka manusia lelaki hendaklah turut memerhatikan tiga
langkah di atas bagi menjauhi gangguan jin perempuan.

138
Jin dan Islam

Kita telah banyak berkenalan dengan makhluk jin sejak


beberapa bab yang lepas. Kali ini kita akan sentuh satu persoalan,
apakah jin memiliki agama? Apakah mereka hidup taat sepenuhnya
kepada Allah sepertimana malaikat, atau hidup bebas tanpa apa-apa
tanggungjawab agama?

Persoalan ini dapat dijawab dengan ayat berikut di mana


Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

ِ ‫لِي عب ُد‬
.‫ون‬ ‫س إََِّّل‬ ِ ِْ ‫ت‬
ُْ َ َ ْ‫اْل َّن َو ْاْلن‬ ُ ‫َوَما َخلَ ْق‬
Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan
supaya mereka menyembah-Ku. [al-Zariat 51:56]

Berdasarkan ayat ini, tujuan ciptaan jin adalah sepertimana


ciptaan manusia, iaitu agar kedua-dua spesis ini mentauhidkan
Allah, menyembah Allah dan beribadah kepada-Nya.

Sebaik-baik Jin…

Pernah dengar kata ungkapan: Sebaik-baik jin adalah


bersamaan seburuk-buruk manusia? Ungkapan ini bukanlah ayat
al-Qur’an, hadis Rasulullah atau pesanan ulama’. Ia hanyalah

139
ungkapan kebiasaan masyarakat kita. Marilah kita menilai sejauh
mana betul atau salah ungkapan ini.

Dalam al-Qur’an terdapat sebuah surah yang Allah namakan


Surah al-Jin. Allah Subhanahu wa Ta'ala mulakan surah ini dengan
firman-Nya:

ً ‫اْلِ ِن فَ َقالُوا إِ ََّن ََِس ْعنَا قُ ْر‬


‫آَن َع َجبًا‬ ْ ‫استَ َم َع نَ َفٌر ِم َن‬ ِ ‫قُل أ‬
ََّ ِ‫ُوح َي إ‬
ْ ُ‫ِل أَنَّه‬ ْ
ِِ ِِ َ‫الر ْش ِد ف‬ ُّ ‫) يَ ْه ِدي إِ ََل‬1(
)2( ‫َح ًدا‬ َ ‫آمنَّا به َولَ ْن نُ ْش ِرَك بَربنَا أ‬
َ
Katakanlah (wahai Muhammad): Telah diwahyukan
kepadaku bahawasanya sekumpulan jin telah mendengarkan (al-
Qur'an) lalu mereka berkata: “Sesungguhnya kami telah
mendengarkan Al Qur'an yang menakjubkan, (yang) memberi
petunjuk kepada jalan yang benar. Lalu kami beriman kepadanya
dan kami sekali-kali tidak akan mempersekutukan seorangpun
dengan Tuhan kami.” [al-Jin 72:1-2]

Allah berfirman lagi dalam surah yang lain:

ِْ ‫ك نَ َفرا ِمن‬
‫ض ُروهُ قَالُوا‬ َ ‫اْل ِن يَ ْستَ ِم ُعو َن الْ ُق ْرآ َن فَلَ َّما َح‬ ِ َ ‫وإِ ْذ‬
َ ً َ ‫صَرفْ نَا إلَْي‬ َ
‫) قَالُوا ََي قَ ْوَمنَا إِ ََّن ََِس ْعنَا‬29( ‫ين‬ ِ ِ ِ ِ ِ َّ ِ ِ
َ ‫أَنْصتُوا فَلَ َّما قُض َي َول ْوا إ ََل قَ ْومه ْم ُمْنذر‬
‫اْلَِق َوإِ ََل‬ ْ ‫ي يَ َديْ ِه يَ ْه ِدي إِ ََل‬ ِ ِ ‫كِتاِب أُنْ ِزَل ِمن ب ع ِد موسى م‬
َ َْ‫صدقًا ل َما ب‬ َ ُ َ ُ َْ ْ ًَ

140
‫اَّللِ َو ِآمنُوا بِِه يَ ْغ ِف ْر لَ ُك ْم ِم ْن‬ ِ ‫) َي قَومنَا أ َِجيبوا د‬30( ‫طَ ِر ٍيق مست ِقي ٍم‬
َّ ‫اع َي‬ َ ُ َْ َ َْ ُ
)31( ‫اب أَلِي ٍم‬ ٍ ‫ذُنُوبِ ُكم وَُِيرُكم ِمن َع َذ‬
ْ ْْ َْ
Dan (ingatlah) ketika Kami hadapkan serombongan jin
kepadamu (wahai Muhammad) bagi mendengar (bacaan) al-
Qur'an, maka tatkala mereka menghadiri pembacaan(nya),
mereka berkata (sesama mereka): “Diamlah kamu (untuk
mendengarnya).” Ketika pembacaan telah selesai mereka
kembali kepada kaum mereka (bagi) memberi peringatan.

Mereka berkata: “Wahai kaum kami, sesungguhnya kami


telah mendengar kitab (al-Qur'an) yang telah diturunkan
sesudah Nabi Musa, yang membenarkan kitab-kitab yang
sebelumnya lagi memimpin kepada kebenaran dan kepada jalan
yang lurus. Wahai kaum kami, terimalah (seruan) orang (yakni
Muhammad) yang menyeru kepada Allah dan berimanlah
kepada-Nya, nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosa kamu
dan melepaskan kamu dari azab yang pedih.” [al-Ahqaf 46:29-31]

Jika dibaca dengan cermat ayat-ayat di atas, pasti kita akan


teruja dengan sikap makhluk jin yang begitu tertarik dengan al-
Qur’an, khusyuk mendengar pembacaannya, segera beriman
kepada pengajarannya, mengakui peranannya sebagai petunjuk dan

141
bersungguh-sungguh menyampaikan tentang al-Qur’an kepada
kaum mereka yang belum mengenalinya.

Nah! Cuba bandingkan dengan sikap manusia terhadap al-


Qur’an. Sebahagian besar manusia tidak peduli tentang al-Qur’an,
tidak mahu membacanya, jahil terhadap erti dan pengajarannya,
segan bagi menceritakan tentangnya, jarang-jarang
mempraktikkannya dalam kehidupan, membacakannya kepada
orang mati, meniup sana-sini sebagai petua, menggantungnya
sebagai tangkal pelaris dan menjadikannya sebagai hantaran
perkahwinan.

Lalu bagaimana mungkin dikatakan Sebaik-baik jin adalah


bersamaan seburuk-buruk manusia? Ini adalah ungkapan yang
tidak benar, bahkan merupakan satu bentuk keangkuhan manusia ke
atas diri sendiri dan tuduhan dusta ke atas jin.

Jin Soleh Dan Selainnya

Di kalangan manusia ada yang muslim dan ada yang tidak.


Di kalangan manusia yang muslim pula ada yang soleh dan ada
yang tidak. Ada yang mengikuti jalan Muhammad shallallahu
'alaihi wasallam, yakni mengikuti sunnah Rasulullah tanpa
dikurangi, ditambah atau diubah-suai. Ada pula yang mengikuti
jalan-jalan lain yang menyelisihi dan menjauhi jalan Muhammad

142
sehingga mereka menjadi bergolongan-golongan dengan nama dan
ciri-ciri tersendiri. Perhatikan ayat-ayat al-Qur’an berikut ini:

‫السبُ َل فَتَ َفَّر َق بِ ُك ْم‬


ُّ ‫يما فَاتَّبِ ُعوهُ َوََّل تَتَّبِ ُعوا‬ ِ ِ ِ َّ ‫َوأ‬
ً ‫َن َه َذا صَراطي ُم ْستَق‬
َّ ‫َع ْن َسبِيلِ ِه َذلِ ُك ْم َو‬
َ ‫صا ُك ْم بِِه لَ َعلَّ ُك ْم تَتَّ ُقو‬
.‫ن‬

Dan bahawa ini adalah jalan-Ku yang lurus maka ikutilah


ia dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain) kerana
jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang
demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu
bertakwa. [al-An’aam 6:153]

ِ ‫اَّللِ علَى ب‬
‫ص َْيةٍ أ َََن َوَم ِن اتَّبَ َع ِِن َو ُسْب َحا َن‬ ِ ِِ
َ َ َّ ‫قُ ْل َهذه َسبِيلي أ َْد ُعو إِ ََل‬
ِ ِ َِّ
.‫ي‬َ ‫اَّلل َوَما أ َََن م َن الْ ُم ْش ِرك‬
Katakanlah (Wahai Muhammad): “Inilah jalan
(agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku (para
sahabat baginda) mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah
yang nyata. Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-
orang yang musyrik.” [Yusuf 12:108]

‫ت ِمنْ ُه ْم ِِف َش ْي ٍء إََِّّنَا أ َْم ُرُه ْم‬ ِ ِ ِ َّ ِ


َ ‫إ َّن الذ‬
َ ‫ين فَ َّرقُوا دينَ ُه ْم َوَكانُوا شيَ ًعا لَ ْس‬
.‫ن‬َ ‫اَّللِ ُُثَّ يُنَ بِئُ ُه ْم ِِبَا َكانُوا يَ ْف َعلُو‬
َّ ‫إِ ََل‬

143
Sesungguhnya orang-orang yang memecah-belah
agamanya dan mereka (terpecah) menjadi beberapa golongan,
tidak ada sedikitpun tanggungjawabmu (wahai Muhammad)
terhadap mereka. Sesungguhnya urusan mereka hanyalah
(terserah) kepada Allah, kemudian Allah akan memberitahukan
kepada mereka apa yang telah mereka perbuat. [al-An’aam 6:159]

‫ين فَ َّرقُوا ِدينَ ُه ْم َوَكانُوا ِشيَ ًعا‬ ِ َّ ِ ِ ِ


َ ‫َوََّل تَ ُكونُوا م َن الْ ُم ْش ِرك‬
َ ‫) م َن الذ‬31( ‫ي‬
)32( ‫ب ِِبَا لَ َديْ ِه ْم فَ ِر ُحو َن‬ٍ ‫ُك ُّل ِح ْز‬
Dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang
mempersekutukan Allah, iaitu orang-orang yang memecah-
belahkan agama mereka dan mereka menjadi beberapa
golongan. Tiap-tiap golongan berasa bangga dengan apa yang
ada pada golongan mereka. [al-Rum 30:31-32]

Demikianlah juga dengan jin.

Mereka mengaku sendiri sebagaimana yang tercatat dalam


al-Qur’an:

.‫قِ َد ًدا‬ ‫ك ُكنَّا طََرائِ َق‬ ِ ِ َّ ‫وأ َََّن ِمنَّا‬


َ ‫الصاْلُو َن َوِمنَّا ُدو َن َذل‬ َ
Dan sesungguhnya di kalangan kami ada orang-orang
yang soleh dan di kalangan kami ada (pula) yang tidak demikian

144
halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza. [al-Jin
72:11]

Oleh itu jin bukanlah lebih buruk mahupun lebih baik


berbanding manusia. Mereka seperti manusia dengan ada yang
soleh dan sebaliknya, ada yang berada pada jalan yang lurus dan
sebaliknya. Jika para pembaca sekalian telah memahami hakikat
ini, akan jelas nampak kesalahan mereka yang menggunakan
khidmat jin atas alasan ia adalah jin Muslim. Ini kerana jin Muslim
itu pelbagai ragamnya sepertimana manusia Muslim, ada yang
jujur, ada yang dusta, ada yang amanah, ada yang khianat. Jika
manusia Muslim yang dapat dilihat air mukanya masih sukar untuk
dinilai sikap jujur dan amanahnya, bagaimana pula dengan jin
Muslim yang tidak dapat dilihat?

Jin Muslim itu pelbagai tahapnya sementara jin yang benar-


benar soleh lagi taat kepada Allah dan Rasul-Nya akan
membacakan ayat ini kepada sesiapa yang meminta khidmatnya:

ِْ ‫س ي عوذُو َن بِ ِرج ٍال ِمن‬ ِْ ‫ال ِمن‬ ِ


.‫رَه ًقا‬ ُ ‫اْل ِن فَ َز ُاد‬
َ ‫وه ْم‬ َ َ ُ َ ِ ْ‫اْلن‬ َ ٌ ‫َوأَنَّهُ َكا َن ر َج‬
Dan bahawasanya ada beberapa orang lelaki di kalangan
manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki di
kalangan jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan

145
kesalahan. [al-Jin 72:06]

Jin muslim yang soleh juga akan menerangkan bahawa


keizinan menggunakan khidmat jin hanya untuk Nabi Sulaiman,
tidak bagi sesiapa lain selepas kewafatan Nabi Sulaiman.

Syurga Dan Neraka

Pada Hari Akhirat kelak, jin akan diadili oleh Allah


sepertimana manusia dan diberi ganjaran syurga atau azab neraka.
Dalil jin akan masuk syurga ialah ayat yang menerangkan bahawa
jin akan memperolehi bidadari syurga sebagaimana manusia:

ٌّ ‫َج‬
.‫ان‬ ‫س قَبْ لَ ُه ْم َوََّل‬ ِ ِ
ٌ ْ‫ََلْ يَطْمثْ ُه َّن إن‬
Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum
mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka)
dan tidak pula oleh jin. [al-Rahman 55:74]

Dalil jin akan masuk neraka ialah firman Allah:

ِْ ‫و‬
ِ ْ‫اْلن‬ ِْ ‫ولََق ْد َذرأْ ََن ِْلهنَّم َكثِْيا ِمن‬
.‫س‬
َ ‫اْل ِن‬ َ ً َ ََ َ َ
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka
Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia. [al-A’raaf 7:179]

146
Soalan: Jin Diperbuat Daripada Api, Lalu Diazab Dengan Api?

Bukankah jin dicipta daripada api, lalu bagaimana mungkin


api mengazab api?

Jawapan:

Ciptaan jin daripada api hanya pada awalnya (jin pertama)


sebagaimana manusia pertama pada awalnya dicipta daripada
tanah. Adapun selepas itu, jin tidak lagi diperbuat daripada api
sebagaimana manusia tidak lagi diperbuat daripada tanah. Masing-
masing makhluk berkembang-biak dengan sistem tersendiri.

Apabila sekepal tanah dibaling kepada manusia, dia akan


terasa sakit. Asal usul manusia daripada tanah tidaklah
menyebabkan dia tidak berasai kesakitan apabila dibaling atau
dihempap dengan tanah. Demikian juga apabila api menyentuh jin,
baik di dunia atau akhirat, jin juga akan berasa sakit.

Di sini juga terserlah kesalahan pihak yang merawat kes


rasukan jin dengan merendamkan mangsa ke dalam air ais, dengan
alasan kononnya air yang sejuk dapat menghalau atau mematikan
jin yang diperbuat daripada api. Padahal jin biasa terbang di
angkasa sehingga ke langit terbawah sementara suhu di angkasa
berganda-ganda lebih sejuk berbanding air ais di bumi.

147
Meminta Pertolongan Jin

Apabila berbicara tentang jin, satu persoalan yang lazim


berlegar adalah: Apakah hukum meminta pertolongan jin? Soalan
ini memerlukan penjelasan yang mendalam dan ia dimulakan
dengan penjelasan tentang dua bentuk pertolongan:

Bentuk Pertama adalah pertolongan yang merupakan hak


Allah Subhanahu wa Ta'ala semata-mata. Antaranya, meminta
diampunkan dosa, meminta dilapangkan rezeki, meminta kebaikan
dalam perkara yang akan datang, meminta petunjuk dalam hal ghaib
seperti mencari barang yang hilang dan meminta keselamatan
daripada gangguan makhluk ghaib. Pertolongan seperti ini hanya
boleh diminta daripada Allah dan diharapkan keberhasilannya
daripada Allah.

Sesiapa yang mintanya daripada sesama makhluk, baik


daripada manusia atau jin, baik daripada ustaz atau jin muslim,
maka dia telah melakukan kesalahan yang besar. Bahkan boleh juga
membawa kepada hukum mensyirikkan Allah.

Bentuk Kedua adalah pertolongan yang merupakan urusan


sesama makhluk, seperti meminta tolong rakan mengangkat barang,

148
meminta pensyarah menjelaskan masalah pembelajaran, meminta
doktor merawat penyakit, meminta ustaz meruqyah penyakit dan
meminta polis menjaga keselamatan rumah daripada pencuri. Bagi
pertolongan seperti ini, dibolehkan meminta pertolongan sesama
makhluk namun harapan keberhasilannya hendaklah ditujukan
kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Contohnya, boleh meminta doktor merawat penyakit namun


keyakinan serta harapan sembuh daripada penyakit itu hendaklah
ditujukan kepada Allah. Doktor hanyalah sebab atau sarana
sementara hasilnya tetap bergantung kepada kuasa, kehendak dan
rahmat Allah.

Minta tolong seperti ini juga dibolehkan selagi ia tidak


melibatkan yang haram, seperti meminta tolong rakan bagi
menzalimi rakan yang lain, merasuah pensyarah bagi mendapatkan
kelulusan peperiksaan dan bersubahat dengan doktor bagi
mendapatkan cuti sakit, padahal tidak sakit.

Assalamu’alaikum Nabi Sulaiman!

Jika sudah difahami dua bentuk pertolongan ini serta


perinciannya, maka lebih mudah untuk kita memahami hukum
meminta tolong kepada jin. Berdasarkan bentuk pertolongan
pertama, tidak boleh meminta pertolongan jin bagi melindungi

149
daripada gangguan makhluk halus. Ada petua-petua yang berlegar
di kalangan masyarakat bahawa kononnya apabila hendak masuk
hutan maka berilah salam kepada Nabi Ilias. Apabila hendak
belayar di laut maka berilah salam kepada Nabi Nuh. Apabila
hendak bermalam di tempat terpencil maka berilah salam kepada
Nabi Sulaiman.

Jika disemak petua-petua ini, apakah hikmah memberi


salam kepada nabi-nabi tersebut padahal mereka sudah lama wafat?
Jawapannya, meskipun nabi-nabi tersebut sudah wafat tetapi jin
qarin yang mendampingi mereka belum wafat. Ingat, setiap
manusia – termasuk para nabi – ada jin qarin sebagaimana hadis
yang telah kita pelajari sebelum ini: “Tidak ada seorang jua dari
kalian melainkan dia didampingi oleh qarin dari makhluk jin.”
[Shahih Muslim, no: 5034/2814]

Justeru dengan memberi salam kepada para nabi apabila


memasuki hutan, laut atau tempat terpencil, orang itu secara tidak
langsung ingin meminta pertolongan jin qarin nabi tersebut
daripada gangguan jin-jin yang lain. Di sini berlaku beberapa
kesalahan aqidah: (1) Kita sepatutnya meminta pertolongan Allah
dan bukannya pertolongan jin dalam hal ghaib, (2) Meminta
pertolongan jin bererti membesar dan mengagungkan mereka di

150
atas Allah, (3) Jin-jin akan berasa dibesarkan lalu mereka
membisikkan ketakutan dalam hati orang tersebut sehingga dia
semakin berulang-ulang memberi salam dan mengharapkan
perlindungan daripada jin qarin nabi terbabit.

Poin ketiga inilah yang dimaksudkan dalam ayat al-Qur’an


berikut:

ِْ ‫س ي عوذُو َن بِ ِرج ٍال ِمن‬ ِْ ‫ال ِمن‬ ِ


.‫رَه ًقا‬ ُ ‫اْل ِن فَ َز ُاد‬
َ ‫وه ْم‬ َ َ ُ َ ِ ْ‫اْلن‬ َ ٌ ‫َوأَنَّهُ َكا َن ر َج‬
Dan bahawasanya ada beberapa orang lelaki di kalangan
manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki di
kalangan jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan
kesalahan. [al-Jin 72:06]

Di sini juga berlaku apa yang disebut sebagai bersenang-


senang antara jin dan manusia. Jin memperoleh kesenangan apabila
disebut, diseru dan dipohon perlindungan oleh manusia sementara
manusia memperoleh kesenangan apabila dilindungi dan diberikan
bisikan perasaan selamat oleh jin. Inilah yang dijelaskan dalam
kitab-kitab tafsir terhadap maksud ayat:

ِْ ‫استَ ْكثَرُُْت ِمن‬


ِ ْ‫اْلن‬ ِ ِْ ‫َجيعا َي معشر‬ ِ
‫ال‬
َ َ‫س َوق‬ َ ْ ْ ‫اْل ِن قَد‬ َ َ ْ َ َ ً َ ‫َويَ ْوَم َْْي ُش ُرُه ْم‬
‫ت‬ َّ ‫َجلَنَا الَّ ِذي أ‬
َ ْ‫َجل‬ ٍ ‫ضنَا بِبَ ْع‬
َ ‫ض َوبَلَغْنَا أ‬ ُ ‫استَ ْمتَ َع بَ ْع‬
ْ ‫س َربَّنَا‬ ِْ ‫أ َْولِيَ ُاؤُهم ِمن‬
ِ ْ‫اْلن‬ َ ْ

151
.‫علِيم‬ ‫ك َح ِك ٌيم‬ َّ َ‫ين فِ َيها إََِّّل َما َشاء‬
َ َّ‫اَّللُ إِ َّن َرب‬
ِِ
ٌ َ َ ‫َّار َمثْ َوا ُك ْم َخالد‬
ُ ‫ال الن‬
َ َ‫لَنَا ق‬
Dan (ingatlah) hari di waktu Allah menghimpunkan
mereka semuanya, (dan Allah berfirman): “Hai golongan jin,
sesungguhnya kamu telah banyak (menyesatkan) manusia”, lalu
berkatalah kawan-kawan mereka dari golongan manusia:

“Ya Tuhan kami, sesungguhnya sebahagian daripada


kami telah mendapat kesenangan dari sebahagian (yang lain)
dan kami telah sampai kepada waktu yang telah Engkau tentukan
bagi kami.”

Allah berfirman: “Neraka itulah tempat tinggal kamu,


sedang kamu kekal di dalamnya, kecuali kalau Allah
menghendaki (yang lain).” Sesungguhnya Tuhanmu Maha
Bijaksana lagi Maha Mengetahui. [al-An’aam 6:128]

Assalamu’alaikum…!

Pernah saya dan seorang rakan kerja menginap di hotel,


masing-masing kami dengan bilik tersendiri. Ketika hendak
memasuki biliknya, dia mengucapkan “Assalamu’alaikum!”
dengan nada yang agak kuat. Esok pagi apabila kami bersarapan,
saya bertanya: “Semalam bagi salam kat siapa? Kuat benar.” Dia
menjawab: “Saya bagi salam kepada sesiapa yang ada dalam bilik

152
itu.” Saya bertanya lagi: “Siapa ada dalam bilik tu?” Dia menjawab:
“Hm…mana tahu…jin agaknya!” Saya berkata: “Jika benar ada jin,
bagi salam untuk berkawan dengan dia ke?” Dia menjawab:
“Eh…bukan nak buat kawan, tetapi sekadar supaya dia tidak
ganggu saya malam itu.” Saya berkata lagi: “Secara tidak langsung
kamu minta tolong jin supaya tidak ganggu kamu. Tanpa sedar, ini
sudah dikira meminta pertolongan jin!”

Seterusnya saya menjelaskan kesalahan meminta


pertolongan jin dan berkongsi tunjuk ajar Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam apabila singgah di satu tempat. Baginda bersabda:
Sesiapa yang singgah di satu tempat lalu berdoa:

.‫ق‬
َ َ‫َخل‬ َّ ‫اَّللِ الت‬
ِ ‫َّام‬
‫ات ِم ْن َش ِر َما‬ َّ ‫ات‬ِ ‫أَعوذُ بِ َكلِم‬
َ ُ
“Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang
sempurna daripada apa saja keburukan yang Dia cipta”,

nescaya tidak akan memudaratkannya sesuatu apa jua


sehingga dia meninggalkan tempat itu. [Shahih Muslim, no:
4881/2708]

153
Mencari Dompet Hilang

Satu kepercayaan sebahagian masyarakat kita ialah


berjumpa dengan ustaz, bomoh atau pawang bagi mencari dompet
atau apa-apa yang hilang. Tahukah anda bagaimana ustaz itu
mencarinya? Dia memiliki jin peliharaan dan mengutus jin itu
bertanya kepada jin qarin orang yang kehilangan itu, lalu jin qarin
akan memberitahu di mana dompet itu tercicir, tersalah letak atau
siapa yang mengambilnya. Apabila dompet ditemui, orang yang
kehilangannya akan mula memuja dan mengagungkan ustaz
tersebut, padahal yang sebenarnya diagung-agungkan ialah jin-jin
yang terlibat dalam pencarian itu.

Akhirnya dia akan kerap berjumpa dengan ustaz itu


bertanyakan pelbagai masalah lain seperti ramalan masa depan dan
rahsia orang-orang lain termasuklah pasangan hidupnya. Di sini
aqidahnya kian hari kian merosot sehingga berlaku apa yang disebut
dalam ayat: …maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan
kesalahan. [al-Jin 72:06] Oleh itu berjumpa dan bertanya kepada
ustaz, bomoh atau pawang tentang sesuatu perkara ghaib termasuk
dalam kategori meminta pertolongan jin yang dilarang oleh Islam.

154
Ramalan Masa Depan

Kadangkala apabila berjumpa dengan tukang tilik nasib,


didapati apa yang dia ramalkan berlaku pada masa akan datang
benar-benar berlaku. Ini menyebabkan orang yang tidak tahu
bagaimana tukang tilik nasib itu “beroperasi” akan berasa takjub
kepadanya dan mula mengagungkannya. Sebenarnya berjumpa dan
bertanya dengan tukang tilik nasib termasuk dalam kategori
meminta pertolongan jin. Ini kerana tukang tilik itu tidak
mengetahui apa-apa nasib – termasuk nasib dirinya sendiri –
melainkan apa yang diberitahu oleh jin peliharaannya. Perhatikan
hadis berikut:

A’isyah radhiallahu 'anha pernah bertanya kepada


Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: “Wahai Rasulullah!
Sesungguhnya orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib
lazimnya mengkhabarkan kami dengan sesuatu, kemudian kami
dapati ia adalah benar!” Rasulullah menjawab: “Ia adalah
kalimah (perkara) benar yang diambil oleh seorang jin (daripada
para malaikat di langit terbawah) lalu dibisikkan kepada telinga
pengikutnya, kemudian dibuat tambahan padanya dengan
seratus kedustaan.” [Shahih Muslim, no: 4134/2228]

155
Mengetahui Sejarah Peribadi

Pernah berjumpa dengan seseorang buat pertama kali,


namun orang itu boleh menceritakan pelbagai sejarah peribadi
anda? Dia dapat menerangkan di mana anda berada semalam,
membongkar aib yang pernah anda lakukan tahun lepas atau apa
perbincangan dalam telefon pintar anda. Tentu memeranjatkan.
Bagaimanakah dia mengetahui semua itu?

Caranya ialah dia memiliki jin peliharaan atau


menggunakan jin qarinnya sendiri untuk bertanya dan mendapatkan
semua maklumat dan sejarah peribadi daripada jin qarin anda.
Setiap orang ada jin yang mendampinginya, disebut sebagai jin
qarin: “Tidak ada seorang jua dari kalian melainkan dia
didampingi oleh qarin dari makhluk jin.” [Shahih Muslim, no:
5034/2814]

Oleh itu jika ada seseorang yang dapat menceritakan sejarah


peribadi anda, usah menganggap dia seorang yang hebat. Orang itu
hanya menggunakan pertolongan jin. Janganlah pula anda
bersahabat dengan dia bagi mempelajari cara-cara mengetahui
sejarah peribadi orang lain kerana tindakan tersebut (mencari
sejarah peribadi orang) adalah dilarang dalam Islam. Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam menegaskan:

156
ِ ‫اْل ِد‬
‫يث َوََّل ََتَ َّس ُسوا َوََّل ََتَ َّس ُسوا‬ َْ ‫ب‬ ُ ‫إِ ََّي ُك ْم َوالظَّ َّن فَِإ َّن الظَّ َّن أَ ْك َذ‬
ً ‫اَّللِ إِ ْخ َو‬
.‫اَن‬ َّ ‫ضوا َوُكونُوا ِعبَ َاد‬ُ ‫اس ُدوا َوََّل تَ َدابَُروا َوََّل تَبَا َغ‬ َ َ‫َوََّل ََت‬
Jauhilah kalian dari tindakan berprasangka buruk,
kerana prasangka buruk adalah sedusta-dusta ucapan.
Janganlah kalian saling mencari berita keburukan orang lain,
saling memata-matai, saling mendengki, saling membelakangi,
dan saling membenci. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang
bersaudara. [Shahih al-Bukhari, no: 5604/6064]

Di sini sekali lagi kita dapat melihat bagaimana orang yang


menggunakan pertolongan jin …maka jin-jin itu menambah bagi
mereka dosa dan kesalahan. [al-Jin 72:06]

Seni Mempertahankan Diri

Sebahagian seni mempertahankan diri, umpama sebahagian


persatuan silat, menggunakan khidmat jin bagi memberikan
kekebalan diri, kemampuan bergerak pantas, melompat tinggi dan
menghancurkan lawan. Pun begitu, tidak ada persatuan
mempertahankan diri yang akan mengaku mereka menggunakan
khidmat jin. Mereka mendakwa menggunakan ilmu-ilmu tertentu
seperti ilmu batin, ilmu bawah sedar, ilmu tenaga dalam, ilmu
maqam ketujuh, ilmu alam ketiga dan pelbagai lagi.

157
Penggunaan khidmat jin dapat dikenali melalui beberapa
cara, seperti:

1. Menyendiri (berkhalwat) di tempat terpencil dalam tempoh


tertentu dengan sekian-sekian amalan zikir, selawat dan
puasa. Amalan khalwat dan zikir ini tidak pernah diajar oleh
Islam mahupun diamalkan oleh Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam, tetapi diajar dan diamalkan oleh persatuan
mempertahankan diri tersebut bagi memperoleh khidmat jin
tertentu.

Bezakan bahawa Rasulullah pernah berkhalwat di gua


Hira’, akan tetapi itu berlaku sebelum baginda diangkat
menjadi Rasul. Maka ia bukan sebahagian daripada syari’at
Islam. Bezakan juga bahawa meskipun zikir-zikir itu
menyebut nama-nama Allah, akan tetapi ia dilakukan bukan
kerana Allah tetapi sebagai pra-syarat bagi dapatkan
pertolongan jin.

2. Kekebalan diri dan beberapa pergerakan yang dilakukan


tidak mirip dengan ciri-ciri fizikal manusia. Sementara
kekebalan dan pergerakan tersebut mirip dengan ciri-ciri
fizikal jin sebagaimana yang telah kita pelajari dalam
beberapa bab yang lepas.

158
3. Kehebatan tersebut hanya untuk pertunjukan kepada orang
ramai dan mempertahankan diri sendiri (self defence). Ia
tidak digunakan bagi membantu Islam dan umatnya, seperti
membantu umat Islam di Palestin, Syria, Iraq dan di
pelbagai lokasi lain di mana umat Islam dizalimi. Ini kerana
jin yang membantu bukanlah menginginkan kebaikan,
sebaliknya menginginkan keburukan dan kesyirikan
daripada orang-orang yang meminta khidmatnya.

Dalam kes ini, jin memperoleh kesenangan daripada


manusia apabila manusia berzikir, berselawat dan berpuasa
untuknya. Sementara manusia memperoleh kesenangan daripada jin
dengan bantuan kekebalan diri dan pergerakan badan yang
menakjubkan. Maka masuklah jin dan manusia tersebut dalam
firman Allah ini:

Dan (ingatlah) hari di waktu Allah menghimpunkan


mereka semuanya, (dan Allah berfirman): “Hai golongan jin,
sesungguhnya kamu telah banyak (menyesatkan) manusia”, lalu
berkatalah kawan-kawan mereka dari golongan manusia:

“Ya Tuhan kami, sesungguhnya sebahagian daripada


kami telah mendapat kesenangan dari sebahagian (yang lain)
dan kami telah sampai kepada waktu yang telah Engkau tentukan

159
bagi kami.”

Allah berfirman: “Neraka itulah tempat tinggal kamu,


sedang kamu kekal di dalamnya, kecuali kalau Allah
menghendaki (yang lain).” Sesungguhnya Tuhanmu Maha
Bijaksana lagi Maha Mengetahui. [al-An’aam 6:128]

Saka

Pak Long bekerja sebagai penoreh getah. Setiap hari dia akan

keluar menoreh pukul 5 pagi apabila hari masih gelap. Demi menjaga

keselamatan dirinya daripada patukan ular atau serangan binatang

buas, Pak Long telah berjumpa seorang bomoh dan mintakan

perlindungan daripadanya. Dengan harga RM500, bomoh itu

mengutuskan seorang jin bernama “Nijayas” bagi mendampingi dan

menjaga Pak Long. Pra-syaratnya, hendaklah Pak Long menyembelih

seekor ayam setiap awal bulan untuk Nijayas.

Sejak hari itu, Nijayas mendampingi Pak Long dalam semua

urusannya seperti di ladang getah, di rumah, di pasar, bahkan sampai

ke pintu pagar masjid apabila Pak Long menunaikan solat Jumaat.

Pernah pada satu pagi Pak Long diserang babi hutan ketika sedang

menoreh. Ketika babi hutan itu berada kira-kira 5 kaki dari Pak Long,

tiba-tiba ia terpelanting jauh. Ia bangun dan terus melarikan diri tanpa

160
menoleh belakang. Pak Long tersenyum tenang kerana mengetahui

Nijayas telah menjaganya dari serangan babi hutan tersebut.

Sejak hari itu juga, Pak Long menyembelih seekor ayam untuk

Nijayas pada setiap awal bulan. Meskipun ketika menyembelih Pak Long

menyebut “Bismillah”, akan tetapi tujuan menyembelih bukanlah

kerana Allah tetapi kerana Nijayas. Pak Long melakukannya dalam

kegelapan pagi supaya ahli keluargnya tidak berasa musykil dengan

tindakannya itu. Ayam itu kemudiannya dilemparkan ke dalam semak di

tepi ladang getahnya. Pak Long perhatikan ayam itu tidak diusik

langsung oleh Nijayas, tetapi Pak Long tidak berani bertanya kenapa.

Setelah sekian lama, Pak Long tiba-tiba jatuh sakit dan selepas

seminggu terbaring atas katil, dia meninggal dunia. Dia tidak sempat

untuk berjumpa bomoh yang pernah dia jumpa satu masa lalu bagi

mengembalikan Nijayas. Nijayas tetap berada di samping Pak Long

apabila dia menghembuskan nafas yang terakhir.

Tanpa tuan, Nijayas memerhati di kalangan ahli keluarga Pak

Long untuk dia jadikan tuan yang baru. Kelihatannya semua ahli

keluarga Pak Long memiliki penghayatan agama yang baik. Akan tetapi

perhatian Nijayas tertumpu kepada anak sulong Pak Long yang

bernama Azlan kerana antara semua anak-anaknya, Azlan yang paling

banyak amalan-amalan bid’ahnya. Azlan memang kuat beribadah, akan

161
tetapi ibadah sunnah amatlah sedikit sementara ibadah bid’ah amatlah

banyak. Nijayas pula memang suka kepada amalan yang nampak seperti

Islamik tetapi pada hakikatnya adalah bid’ah yang dilarang oleh Islam.

Sejak saat itu Nijayas mendampingi Azlan. Dia mengikuti Azlan

dari kampung ayahnya (Pak Long) sehingga ke rumah Azlan di Kuala

Lumpur. Hanya Azlan tidak tahu ada jin yang mendampinginya, justeru

tidak menyembelih seekor ayam pada setiap awal bulan. Ini

menyebabkan Nijayas menjadi marah dan setelah beberapa bulan

tanpa sembelihan ayam, Nijayas mula mengganggu Azlan dan isteri

serta anak-anak Azlan.

Contoh di atas ialah apa yang disebut sebagai saka.

Tanpa sedar, seseorang ahli keluarga mungkin mewarisi jin


yang dipelihara oleh orang-orang tuanya. Orang tua itu pula pada
asalnya tidak tahu bahawa memelihara jin atau menggunakan
pertolongan jin bagi menjaga keselamatannya adalah sesuatu yang
dilarang oleh Islam. Baginya, melakukan ritual zikir atau
menyembelih sebagai pra-syarat mendapatkan pertolongan jin
bukanlah satu kesalahan dalam agama. Padahal zikir-zikir tersebut
– meskipun menyebut nama Allah – dilakukan untuk jin tersebut
dengan lafaz, cara dan bilangan yang tidak diajar oleh Islam.
Demikian juga, seekor ayam mungkin disembelih dengan menyebut

162
“Bismillah” tetapi tujuan sembelihan hanyalah bagi memenuhi
persyaratan jin tersebut. Semua ini adalah kesalahan yang disukai
dan diingini oleh jin tersebut.

Apabila meninggal dunia, jin peliharaannya akan diwarisi


oleh salah seorang ahli keluarganya dan akan mula mengganggu
ahli keluarga tersebut apabila permintaannya tidak dipenuhi.

Inilah yang dimaksudkan oleh firman Allah: Dan


bahawasanya ada beberapa orang lelaki di kalangan manusia
meminta perlindungan kepada beberapa lelaki di kalangan jin,
maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan. [al-
Jin 72:06]

Jika sebahagian orang-orang tua kita meminta dan


menggunakan pertolongan jin demi menjaga keselamatan diri
sendiri ketika bekerja di ladang dan lombong, orang-orang masa
kini pula meminta dan menggunakan pertolongan jin sebagai
pengawal peribadi (bodyguard) demi menjaga keselamatan diri,
perniagaan dan harta benda mereka. Semua ini adalah satu
kesalahan dalam Islam.

Demikian beberapa bentuk meminta atau menggunakan


pertolongan jin yang lazim berlaku di kalangan masyarakat kita.

163
Pertolongan Urusan Sesama Makhluk

Sebelum ini saya telah jelaskan bahawa meminta


pertolongan ada dua bentuk, pertama yang merupakan hak Allah
semata-mata maka tidak boleh memintanya daripada sesama
makhluk. Kedua ialah urusan sesama makhluk, maka boleh
meminta pertolongan sesama makhluk asalkan ia tidak melibatkan
perkara yang haram sementara keberhasilan permintaan itu hanya
diharapkan daripada Allah.

Apakah dengan ini bermaksud boleh meminta pertolongan


jin dalam urusan sesama makhluk seperti merawat penyakit,
melakukan pembedahan batin, melawan orang jahat dan
mengangkat barang berat?

Segelintir ilmuan Islam ada yang berkata boleh dalam


perkara kebaikan dan taqwa, asalkan tidak melibatkan apa yang
haram seperti memuja jin tersebut, menyembelih ayam serta
kambing untuknya atau untuk menzalimi orang lain. Mereka
berhujah berdasarkan keumuman ayat:

‫اْل ُِْث َوالْ ُع ْد َو ِان َواتَّ ُقوا‬


ِْ ‫وتَ َعاونُوا َعلَى الِْ ِْب والتَّ ْقوى وََّل تَ َعاونُوا َعلَى‬
َ َ َ َ َ َ
.‫اب‬ ُ ‫اَّللَ َش ِد‬
ِ ‫يد الْعِ َق‬ َّ ‫اَّللَ إِ َّن‬
َّ
Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan)

164
kebaikan dan taqwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat
dosa dan pelanggaran. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah,
sesungguhnya Allah amat berat seksa-Nya. [al-Maidah 5:02]

Namun pendapat yang lebih benar ialah tetap tidak


menggunakan pertolongan jin dalam urusan sesama makhluk,
meskipun dalam perkara kebaikan dan taqwa. Dalilnya ialah sikap
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam seperti yang akan
dijelaskan seterusnya.

Rasulullah Dan Pertolongan Jin

Dalam bab-bab yang lepas kita telah mempelajari


bagaimana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dapat melihat
jin, berinteraksi dengan mereka dan bahkan dapat menangkap jin
yang kuat dengan izin Allah. Baginda menjalin hubungan yang baik
dengan jin, mengikuti mereka untuk berdakwah dan membacakan
ayat-ayat al-Qur’an kepada mereka.

Sementara itu dalam sirah baginda, timbul beberapa


keadaan di mana pertolongan dan khidmat jin akan membawa
manfaat yang besar kepada baginda dan Islam. Seandai baginda
mengisyarat dengan jari sahaja, pasti sekumpulan jin akan datang
menawarkan perkhidmatan mereka. Namun di sebalik semua itu,
baginda tidak meminta atau memanfaatkan pertolongan jin. Antara

165
keadaan yang saya maksudkan:

 Isteri baginda A’isyah radhiallahu 'anha pernah difitnah


melakukan perkara sumbang dalam satu perjalanan. Hakikat
sebenar tidak diketahui oleh Rasulullah kerana ia termasuk
perkara ghaib. Boleh saja baginda meminta pertolongan jin bagi
mengetahui kejadian yang sebenar, namun baginda tidak
melakukannya.

 Dakwah baginda serta umat Islam saat itu sentiasa dalam


bahaya akibat perancangan jahat musuh-musuh Islam. Boleh
saja baginda meminta pertolongan jin bagi mengetahui apakah
perancangan musuh-musuh Islam pada masa itu atau yang akan
datang, tetapi baginda tidak melakukannya.

 Kehidupan baginda sentiasa terancam, sehingga pernah diracuni


dan disihir. Namun baginda tidak pernah mengambil jin sebagai
pendamping yang menjaga baginda (bodyguard).

 Baginda bersama para sahabatnya kerap bermusafir, sama ada


atas tujuan dakwah atau perang. Musafir-musafir ini tidak lepas
dari ancaman bahaya baik oleh binatang buas atau musuh-
musuh Islam. Satu contoh musafir yang amat bahaya ialah
ketika baginda dan Abu Bakar berhijrah dari Mekah ke

166
Madinah, sementara musuh-musuh baginda mengekori dari
belakang. Baginda tidak memberi salam kepada sekian-sekian
Nabi atau Rasul mahupun meminta perlindungan jin ketika
dalam perjalanan.

 Baginda serta umat Islam zaman itu melalui pelbagai


peperangan seperti Perang Badar, Perang Uhud, dan Perang
Ahzab. Dalam semua peperangan itu, baginda tidak meminta
pertolongan jin. Bahkan baginda juga tidak meminta
pertolongan jin bagi menjadikan diri baginda kebal sehingga
pernah luka sehingga berdarah ketika Perang Uhud.

 Baginda pernah jatuh sakit sehingga terasa keperitan sakit itu.


Namun baginda tidak meminta pertolongan jin bagi melakukan
pembedahan batin atau apa-apa rawatan lain.

Dalam contoh-contoh di atas, boleh saja Rasulullah


shallallahu 'alaihi wasallam meminta pertolongan jin. Bahkan
baginda boleh meminta pertolongan jin Muslim yang soleh tanpa
perlu baginda memberi upah “sembelihan kambing” kepada
mereka. Namun baginda tidak melakukan semua itu meskipun
menghadapi saat-saat genting seperti dalam Perang Uhud.

Sikap Rasulullah ini menjadi dalil bahawa meskipun

167
seseorang itu mendakwa memiliki hubungan yang baik dengan jin,
dia tetap menahan dirinya daripada meminta apa-apa pertolongan
daripada jin. Ini kerana meminta pertolongan jin, meskipun dalam
urusan kebaikan sesama manusia, termasuk dalam pengertian
bersenang-senang antara jin dan manusia yang diancam oleh ayat
berikut:

‫َّار‬
ُ ‫ال الن‬
َ َ‫ت لَنَا ق‬ َّ ‫َجلَنَا الَّ ِذي أ‬
َ ‫َج ْل‬ ٍ ‫ضنَا بِبَ ْع‬
َ ‫ض َوبَلَغْنَا أ‬ ُ ‫استَ ْمتَ َع بَ ْع‬
ْ ‫َربَّنَا‬
.‫علِيم‬ ِ َ َّ‫اَّلل إِ َّن رب‬ ِ ِ ‫َمثْ وا ُكم َخالِ ِد‬
ٌ َ ‫ك َحك ٌيم‬ َ َُّ َ‫ين ف َيها إََّّل َما َشاء‬ َ ْ َ
“Ya Tuhan kami, sesungguhnya sebahagian daripada
kami (manusia) telah mendapat kesenangan dari sebahagian
(yang lain, yakni jin) dan kami telah sampai kepada waktu yang
telah Engkau tentukan bagi kami.” Allah berfirman: “Neraka
itulah tempat tinggal kamu, sedang kamu kekal di dalamnya,
kecuali kalau Allah menghendaki (yang lain).” Sesungguhnya
Tuhanmu Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. [al-An’aam
6:128]

168
Perbezaan Antara Jin Dan Syaitan

Setelah membaca dan mengkaji sekian banyak tentang


makhluk jin, pasti ada pembaca yang tertanya-tanya: “Apakah
perbezaan antara jin dan syaitan?” Insya-Allah dalam bab ini saya
akan cuba menjawab dan menjelaskan persoalan ini.

Sebelum ini dalam bab Jin dan Islam telah diterangkan


bahawa jin menempuh jalan yang berbeza-beza dalam beragama.
Diulangi firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

.‫قِ َد ًدا‬ ‫ك ُكنَّا طََرائِ َق‬ ِ ِ َّ ‫وأ َََّن ِمنَّا‬


َ ‫الصاْلُو َن َوِمنَّا ُدو َن َذل‬ َ
Dan sesungguhnya antara kami ada orang-orang yang
soleh dan antara kami ada (pula) yang tidak demikian halnya.
Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza. [al-Jin 72:11]

Antara jalan yang berbeza-beza itu, ada golongan jin yang


memilih jalan yang paling kurang didasari dengan dua sikap.
Pertama: Sikap takbur, iaitu merasakan diri sendiri lebih hebat,
lebih bijak sehingga sombong daripada mentaati perintah-larangan
Allah dan Rasulullah. Kedua: Sikap mengajak makhluk lain ke arah
neraka sama ada dengan mengajak mereka kepada kekafiran,
kesyirikan atau kesesatan.

169
Apabila makhluk jin memilih jalan yang didasari oleh dua
sikap ini, maka mereka disebut sebagai syaitan. Antara para syaitan,
yang masyhur bernama iblis. Kemungkinan dia adalah ketua para
syaitan sebagaimana yang diisyaratkan oleh hadis berikut:

ِ ِ ِ ِ َّ ِ
ُ‫ث َسَر َاَيهُ فَأ َْد ََن ُه ْم مْنه‬ ُ ‫ض ُع َع ْر َشهُ َعلَى الْ َماء ُُثَّ يَْب َع‬َ َ‫يس ي‬َ ‫إن إبْل‬
ِ ِ
‫ َما‬:‫ول‬ ُ ‫ت َك َذا َوَك َذا! فَيَ ُق‬ ُ ْ‫ فَ َعل‬:‫ول‬ َ ‫ ََييءُ أ‬.ً‫َمْن ِزلَةً أ َْعظَ ُم ُه ْم فْت نَة‬
ُ ‫َح ُد ُه ْم فَيَ ُق‬
‫ي‬
َ َْ‫ت بَْي نَهُ َوب‬ُ ْ‫ َما تََرْكتُهُ َح ََّّت فَ َّرق‬:‫ول‬
ُ ‫َح ُد ُه ْم فَيَ ُق‬ ِ َ َ‫ ق‬.‫ت َشْي ئًا‬
َ ‫ال ُُثَّ ََييءُ أ‬ َ ‫صنَ ْع‬ َ
ِ ُ ‫ فَي ْدنِ ِيه ِمْنه وي ُق‬:‫ال‬ ِِ
!‫ت‬َ ْ‫ ن ْع َم أَن‬:‫ول‬ ََ ُ ُ َ َ‫ ق‬.‫ْامَرأَته‬
Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsananya di atas
air. Kemudian dia mengutuskan para tenteranya (bagi memfitnah
manusia). Antara para tentera itu, mereka yang memiliki
kedudukan yang paling hampir dengannya ialah yang paling
hebat dalam membuat fitnah.

Salah seorang dari tentera itu datang dan berkata: “Saya


telah melakukan sekian-sekian!” Iblis menjawab: “Kamu belum
melakukan apa-apa.” Kemudian datang seorang tentera yang
lain dan berkata: “Tidaklah saya meninggalkan (orang yang saya
ganggu) sehinggalah dia menceraikan isterinya.” Iblis
menghampiri tentera itu dan berkata: “Anda hebat!” [Shahih
Muslim, no: 5031/2813]

170
Dalil Sikap Takbur Dan Mengajak Ke Neraka

Apabila Allah menyuruh para penghuni langit yang terdiri


daripada malaikat dan jin sujud kepada Adam yang baru dicipta
oleh-Nya, iblis bersikap takbur dengan mempersoalkan suruhan ini.
Allah merakamkan hal ini dalam al-Qur’an:

ِ
َ ‫ك َه َذا الَّذي َكَّرْم‬
‫ت َعلَ َّي؟‬ َ َ‫ال أ ََرأَيْت‬
َ َ‫ق‬
Iblis berkata (kepada Allah): “Khabarkanlah kepadaku,
inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku?” [al-Isra’
17:62]

Atas sebab soalan yang bersifat bangkangan ini, Allah


Subhanahu wa Ta'ala menghukum iblis dengan menghalaunya dari
langit:

‫ك ِم َن‬ ِ
َ َّ‫اخ ُر ْج إِن‬ َ َ‫ال فَ ْاهبِ ْط ِمنْ َها فَ َما يَ ُكو ُن ل‬
ْ َ‫ك أَ ْن تَتَ َك ََّْب ف َيها ف‬ َ َ‫ق‬
ِ َّ
.‫اغ ِرين‬
َ ‫الص‬
Allah berfirman: “Turunlah engkau dari (langit) ini,
kerana tidak patut engkau berlaku takbur di dalamnya; oleh
sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang
hina.” [al-A’raaf 7:13]

Apabila dihalau turun dari langit, iblis meminta agar dia

171
diberikan masa sehingga ke Hari Kiamat bagi mengajak makhluk
lain ke neraka. Dia berkata:

.‫ن‬
َ ‫يُْب َعثُو‬ ‫ال أَنْ ِظ ْرِّن إِ ََل يَ ْوِم‬
َ َ‫ق‬
Iblis berkata: “Berilah tempoh kepadaku hingga hari
mereka dibangkitkan (Hari Kiamat).”

Berkenaan sikap mengajak makhluk lain ke neraka, Allah


Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

‫اَت ُذوهُ َع ُد ًّوا إََِّّنَا يَ ْد ُعو ِح ْزبَهُ لِيَ ُكونُوا ِم ْن‬


َِّ َ‫إِ َّن الشَّيطَا َن لَ ُكم ع ُد ٌّو ف‬
َ ْ ْ
ِ ِ‫السع‬
.‫ْي‬ َّ ‫اب‬ ِ ‫َصح‬
َْ‫أ‬
Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka
jadikanlah ia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya);
sebenarnya ia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi
dari kalangan penduduk neraka. [Fatir 35:06]

Demikianlah beberapa dalil tentang dua sikap iblis secara


khusus dan syaitan secara umum. Para pembaca sekalian dijemput
mengkaji lebih lanjut buku saya 7 Tipu Daya Syaitan Ke Atas Umat
Islam terbitan Jahabersa.

172
Syaitan Dari Kalangan Manusia?

Terdapat beberapa dalil daripada al-Qur’an dan hadis yang


sahih bahawa syaitan boleh terdiri dari kalangan manusia.
Antaranya ialah firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

ِ ِْ ‫س و‬ ِ َ ‫اط‬ ِ ‫ك جع ْلنَا لِ ُك ِل نَِ ٍِب ع ُد ًّوا َشي‬ ِ


ُ ‫اْل ِن يُوحي بَ ْع‬
‫ض ُه ْم‬ َ ِ ْ‫ي ْاْلن‬ َ َ َ َ َ ‫َوَك َذل‬
ِ َ ‫ض ُز ْخر‬ ِ
.‫غرورا‬
ً ُ ُ ‫ف الْ َق ْول‬ ُ ٍ ‫إ ََل بَ ْع‬
Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu
musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya
membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang
indah-indah susunannya bagi memperdaya pendengarnya. [al-
An’aam 6:112]

Dalam surah terakhir al-Qur’an, kita biasa membaca:

‫) ِم ْن‬3( ‫َّاس‬ ِ ‫) إِلَِه الن‬2( ‫َّاس‬


ِ ‫ك الن‬ِ ِ‫) مل‬1( ‫َّاس‬ ِ ‫َعوذُ بِر‬
ِ ‫ب الن‬
َ َ ُ ‫قُ ْل أ‬
ِ‫اْلِنَّة‬
ْ ‫) ِم َن‬5( ‫َّاس‬
ِ ‫ص ُدوِر الن‬ ِ َّ
ُ ‫س ِِف‬ُ ‫) الذي يُ َو ْس ِو‬4( ‫َّاس‬
ِ ‫اْلَن‬
ْ ‫اس‬ِ ‫َش ِر الْ َو ْس َو‬
.)6( ‫َّاس‬ ِ ‫َوالن‬
Katakanlah: “Aku berlindung kepada Tuhan manusia,
Raja manusia, Sembahan manusia. Daripada kejahatan (bisikan)
syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan)

173
ke dalam dada manusia. (Syaitan yang berasal) dari jin dan
manusia. [al-Nas 114:1-6]

Sementara itu Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam


pernah menerangkan tentang kehebatan Umar bin al-Khaththab
radhiallahu 'anh:

ِ ِْ ‫س و‬ ِ ِِ ِ ِ
َ َ ‫اْل ِن قَ ْد فَ ُّروا م ْن‬
!‫عمر‬
ُ َ ِ ْ‫إِّن َْلَنْظُُر إ ََل َشيَاطي ْاْلن‬
Sesungguhnya aku dapat melihat syaitan manusia dan jin
sungguh-sungguh melarikan diri daripada Umar! [Shahih Sunan
al-Tirmizi, no: 3624/3691]

Terdapat dua tafsiran tentang manusia syaitan. Pertama, ia


adalah manusia yang telah dipengaruhi dan dihasut oleh syaitan dari
kalangan jin. Jin syaitan boleh merasuk manusia atau membisikkan
hati serta pemikiran manusia untuk bersikap takbur menentang
Allah dan Rasul-Nya, kemudian mengajak manusia ke neraka.
Kedua, ia adalah manusia yang memiliki dua sikap dasar syaitan,
iaitu takbur terhadap Allah dan Rasulullah serta mengajak manusia
ke arah neraka.

Oleh itu apabila kita berwaspada terhadap syaitan dan


meminta perlindungan Allah daripadanya, hendaklah diketahui
bahawa ia bukan sahaja jin syaitan tetapi juga manusia syaitan.

174
Syaitan Dari Kalangan Malaikat?

Mungkinkah syaitan terdiri dari kalangan malaikat?


Bukankah apabila Allah menyuruh para malaikat sujud kepada
Adam, antaranya ialah iblis?

Soalan seperti ini timbul kerana wujud salah faham terhadap


firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

ِ ِ َِّ ِ ِ ِ ِ
‫استَ ْك ََْب‬
ْ ‫يس أ َََب َو‬ ْ ‫َوإِ ْذ قُ ْلنَا ل ْل َم َلئ َكة‬
َ ‫اس ُج ُدوا ْل َد َم فَ َس َج ُدوا إَّل إبْل‬
.‫كافِ ِرين‬ ِ
َ َ ْ‫َوَكا َن م َن ال‬
Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat:
“Sujudlah kepada Nabi Adam.” Lalu mereka sekaliannya tunduk
memberi hormat melainkan iblis; ia enggan dan takbur dan
menjadilah ia dari golongan yang kafir. [al-Baqarah 2:34]

Salah faham ini dapat diluruskan dengan merujuk kepada


ayat lain di mana secara jelas diterangkan bahawa iblis adalah dari
jenis jin. Perhatikan ayat berikut:

ْ ‫اس ُج ُدوا ِْل َد َم فَس َج ُدوا إََِّّل إِبْلِيس َكا َن ِمن‬


ِ ِ‫اْل‬
.‫ن‬
َ َ َ
ِ ِ ِ
ْ ‫وإِ ْذ قُ ْلنَا ل ْلم َلئ َكة‬
َ َ
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman
kepada malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”; lalu mereka
sujud melainkan iblis; adalah ia dari jenis jin. [al-Kahf 18:50]

175
Selain itu kita mengetahui bahawa malaikat dicipta daripada
cahaya sementara jin dicipta daripada api. Dalam sebuah ayat yang
lain, iblis mengakui bahawa dia dicipta daripada api, menunjukkan
dia adalah dari jenis jin dan bukannya malaikat:

‫ال أ َََن َخ ْْيٌ ِمْنهُ َخلَ ْقتَِِن ِم ْن‬ َ ُ‫ك أَََّّل تَ ْس ُج َد إِ ْذ أ ََم ْرت‬
َ َ‫ك ق‬ َ ‫ال َما َمنَ َع‬
َ َ‫ق‬
ٍ ‫ََن ٍر و َخلَ ْقتَهُ ِم ْن ِط‬
.‫ي‬
َ
Allah berfirman: “Apakah penghalangnya yang
menyekatmu daripada sujud ketika Aku memerintahmu?” Iblis
menjawab: “Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai
Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia (Adam) Engkau jadikan
dari tanah.” [al-A’raaf 7:12]

Ada pun ayat 34 surah al-Baqarah dan yang semakna


dengannya, perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala yang ditujukan
kepada para malaikat tidaklah bererti iblis adalah dari jenis
malaikat. Ini kerana dalam kaedah bahasa Arab, apabila wujud dua
kumpulan di mana satunya besar dan satu lagi kecil jumlahnya,
perintah kepada kumpulan yang besar merangkumi kumpulan yang
kecil juga. Pada saat itu para malaikat membentuk kumpulan yang
besar manakala para jin membentuk kumpulan yang kecil. Maka
apabila perintah sujud kepada Adam ‘alahissalam diseru kepada

176
para malaikat, ia merangkumi para jin juga.

Besarnya kumpulan malaikat, atau jumlah mereka, telah


digambarkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sebagai:

ِ‫س َُم َّم ٍد بِي ِدهِ ما فِيه‬ ِ َّ ِ‫ وَْي ُّق ََلا أَ ْن تَئ‬،‫السماء‬ ِ
ْ َ َ َ ِ ‫ َوالَّذ ْي نَ ْف‬،‫ط‬ َ َ َ ُ َ َّ ‫أَطَّت‬
.ِ‫اج ٍد يُ َسبِ ُح هللاَ ِِبَ ْم ِده‬
ِ ‫كس‬ ٍ ِِ ِ ِ ِ
َ َ‫َم ْوض ُع ش ٍْْب إَّلَّ َوفْيه َجْب َهةُ َمل‬
Langit menggeletar dan sudah sememangnya ia
menggeletar. Demi diri Muhammad yang berada di Tangan-Nya,
tidak ada sejengkal ruang jua (di langit) melainkan terdapatnya
dahi malaikat yang sedang bersujud, bertasbih kepada Allah
dengan memuji-Nya. [Riwayat Ibn Marduyah, Shahih Jami’ al-
Shagheir, no: 1020]

Sebahagian ahli tafsir pula memberi penjelasan bahawa iblis


pada awalnya rajin beribadah dan berzikir kepada Allah
sebagaimana malaikat. Ia lazim bersama malaikat dan bersikap
seperti malaikat. Atas kelaziman inilah, Allah cukup memberikan
arahan kepada malaikat dan termasuk dalam arahan itu ialah iblis
meskipun ia asalnya daripada golongan jin. Namun selepas diberi
arahan tersebut (sujud kepada Adam), terzahirlah perbezaan di
mana malaikat semuanya taat dan segera sujud sementara iblis
bersikap takbur dan enggan sujud.

177
Sisi penghujahan yang lain, iblis sedia mengetahui hal ini.
Oleh itu apabila ditanyakan “Apakah penghalang yang
menyekatmu daripada sujud ketika Aku (Allah) memerintahmu?”,
iblis tidak menjawab “Aku tidak sujud kerana perintah hanya dituju
kepada para malaikat manakala aku daripada para jin.” Sebaliknya
iblis mengakui dia termasuk dalam perintah tersebut namun dia
enggan sujud kerana merasakan dirinya lebih hebat (takbur).

Kesimpulan

Kesimpulannya, syaitan ialah (1) sikap takbur terhadap


Allah dan Rasulullah serta (2) mengajak makhluk lain ke neraka.
Syaitan boleh terdiri dari jenis jin atau manusia. Tidak ada syaitan
dari jenis malaikat.

178
Gangguan Jin?

Kini kita tiba ke soalan penting dalam kajian terhadap


gangguan mahluk-makhluk ghaib ke atas manusia: Apakah jin
boleh mengganggu manusia sehingga menyebabkan penyakit,
histeria, rasukan dan pelbagai lagi?

Jawapannya: Ya.

Dalam bab-bab yang lepas, kita telah mempelajari


bagaimana jin ada yang muslim dan ada yang bukan. Antara jin
Muslim pula, ada yang bersungguh-sungguh dalam berpegang
kepada al-Qur’an dan al-Sunnah sementara ada pula jin yang
mengikuti jalan-jalan yang menyimpang dalam beragama. Antara
mereka, ada pula yang takbur terhadap perintah-larangan Allah
serta berperanan mengajak manusia ke neraka. Jin yang memiliki
dua sikap dasar ini disebut sebagai syaitan.

Para pembaca yang melompat terus ke bab ini diminta


mengkaji terlebih dahulu bab Perbezaan Antara Jin dan Syaitan.

Jin-jin yang menyimpang dan jin syaitan boleh mengganggu


manusia khususnya umat Islam supaya dengan gangguan itu
mereka dapat menarik manusia ke arah jalan yang sesat bersama

179
mereka atau ke arah neraka. Terdapat beberapa petunjuk al-Qur’an
dan al-Sunnah yang menerangkan tentang gangguan jin dan syaitan.
Marilah kita mengkajinya.

Gangguan Mimpi Buruk

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

ِ َ‫يف ِمن الشَّيط‬ ِ َِّ ‫ث فَب ْشرى ِمن‬


‫ان‬ ْ ْ ٌ ‫س َوََتْ ِو‬ ِ ‫يث النَّ ْف‬
ُ ‫اَّلل َو َحد‬ ْ َ ُ ٌ ‫الرْؤََي ثََل‬ ُّ
َّ ‫َح ُد ُك ْم ُرْؤََي تُ ْع ِجبُهُ فَلْيَ ُق‬
‫ص إِ ْن َشاءَ َوإِ ْن َرأَى َشيْ ئًا يَ ْكَرُههُ فَ َل‬ َ ‫فَِإ ْن َرأَى أ‬
.‫صلِي‬ ٍ ‫صه علَى أ‬
َ ُ‫َحد َولْيَ ُق ْم ي‬ َ َ ُ َّ ‫يَ ُق‬
Mimpi ada tiga jenis: (1) kabar gembira daripada Allah,
(2) cerita-cerita dirinya sendiri dan (3) rasa takut yang
ditimbulkan oleh syaitan.

Jika salah seorang dari kalian bermimpi dengan mimpi


yang menyenangkan dirinya, maka hendaknya dia
menceritakannya jika mahu.

Jika dia bermimpi tentang sesuatu yang dibencinya, maka


hendaklah dia tidak menceritakannya kepada seorang jua,
sebaliknya hendaklah dia segera bangun solat (apabila terjaga
atau teringat mimpi buruk itu).” [Shahih Sunan Ibn Majah, no:
3896/3906]

180
Dalam hadis di atas, Rasulullah menerangkan tiga jenis
mimpi.

 Pertama adalah mimpi yang baik lagi menggembirakan, maka


ia adalah daripada Allah. Mimpi seperti ini boleh diceritakan
kepada orang lain.

 Kedua adalah mimpi yang merupakan cerita-cerita dirinya


sendiri. Maksudnya, apabila seseorang itu asyik memikirkan
atau berbicara dengan sesuatu perkara, maka ia terbawa-bawa
sehingga ke mimpi dalam tidurnya. Contohnya, seseorang yang
asyik memikirkan kereta idamannya, maka dia bermimpi kereta
itu dalam tidurnya.

 Ketiga ialah mimpi yang menakutkan lagi dibenci (nightmare),


maka ia daripada syaitan. Maka jangan diceritakan mimpi itu
kepada sesiapa jua kerana ia hanya akan menyebabkan syaitan
itu merasakan dirinya hebat. Sebaliknya sebaik saja terjaga atau
teringat mimpi buruk itu, segeralah menunaikan solat seperti
solat tahajjud atau solat witir pada malam hari. Ini akan
menyebabkan syaitan tidak lagi mengganggu orang tersebut
kerana lagi diganggu, lagi dia mendekatkan diri kepada Allah.

Kerap kali apa yang berlaku ialah sebaliknya. Apabila

181
mendapat mimpi yang baik, ia disembunyikan. Apabila mendapat
mimpi yang buruk, ia dicerita-ceritakan. Maka datanglah petua-
petua menggantung tangkal pada diri sendiri atau dalam bilik tidur.
Cerita-cerita itu menyebabkan syaitan merasakan dirinya hebat
sementara keyakinan kepada tangkal sebagai pelindung mimpi
buruk menjayakan peranan syaitan menarik manusia kepada
neraka.

Gangguan Perasaan dan Fikiran

Jin bukan saja boleh mengganggu mimpi manusia tetapi


juga menggangu perasaan dan fikiran manusia. Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam menerangkan tentang “sentuhan”
syaitan:

ٌ ‫ان فَِإ َيع‬ ِ َ‫آدم ولِْلمل‬


ِ َ‫ك لَ َّمةً فَأ ََّما لَ َّمةُ الشَّيط‬ ِ ِ ِ ِ
‫اد‬ ْ َ َ َ َ ‫إ َّن للشَّْيطَان لَ َّمةً ِببْ ِن‬
‫يق ِِب ْْلَِق فَ َم ْن‬ ِ َ‫ك فَِإيعاد ِِب ْْل ِْي وت‬ ِ َ‫َّر وتَ ْك ِذيب ِِب ْْل ِق وأ ََّما لَ َّمةُ الْمل‬ ِ
ٌ ‫صد‬
ْ َ َْ ٌ َ َ َ َ ٌ َ ِ ‫ِبلش‬
ِ‫اَّلل ومن وج َد ْاْلُخرى فَلْي ت ع َّو ْذ ِِب ََّّلل‬ َِّ ‫وج َد ذَلِك فَلْي علَم أَنَّه ِمن‬
َ ََ َ ْ َ َ ْ َ َ ََّ ‫اَّلل فَلْيَ ْح َم ْد‬ ْ ُ ْ َْ َ َ َ
.} ‫اء‬ ِ ‫الرِجي ِم ُُثَّ قَرأَ{ الشَّيطَا ُن يعِ ُد ُكم الْ َف ْقر ويْمرُكم ِِبلْ َفحش‬ ِ َ‫ِمن الشَّيط‬
َّ ‫ان‬
َ ْ ْ ُُ َ َ َ ْ َ ْ َ ْ ْ
Sesungguhnya bagi anak Adam (manusia) ada sentuhan
syaitan dan sentuhan malaikat. Adapun sentuhan syaitan, ia
mengajak kepada keburukan dan mendustakan kebenaran.

182
Manakala sentuhan malaikat, ia mengajak kepada kebaikan dan
menegakkan kebenaran.

Maka sesiapa yang merasai sentuhan kebaikan,


ketahuilah bahawa ia adalah dari Allah (melalui perantaraan
malaikat) dan hendaklah dia memuji Allah (dengan menyebut
Alhamdulillah). Sesiapa yang merasai sentuhan sebaliknya
hendaklah dia meminta perlindungan Allah daripada syaitan
(dengan menyebut A’uzubillahi minash syaitan).

Kemudian baginda membacakan ayat: “Syaitan menakut-


nakutkan kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat
al-Fahsha (kejahatan). (al-Baqarah 2:268)” [Shahih Sunan al-
Tirmizi, no: 2914/2988]

Sentuhan syaitan wujud dalam pelbagai bentuk dan kesan.


Dalam hadis di atas, baginda memberi contoh sentuhan syaitan
dalam bentuk perasaan, yakni menakut-nakutkan seseorang
daripada bersedekah kerana kononnya ia akan menyebabkan
kemiskinan kepada pemberi sedekah.

Sentuhan juga wujud dalam bentuk menyuruh ke arah


kejahatan seperti zina atau perbuatan-perbuatan yang
menghampirkan diri kepada zina. Ini kerana dalam al-Qur’an,
perkataan al-Fahsha lazimnya merujuk kepada zina atau perbuatan-

183
perbuatan yang menghampirkan diri kepada zina.

Contoh lain sentuhan syaitan terhadap perasaan manusia


ialah berburuk sangka. Pada satu ketika, Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam sedang beriktikaf di masjid dan isterinya
Shafiyyah radhiallahu 'anha datang ziarah. Apabila baginda
menghantar Shafiyyah ke pintu masjid untuk pulang, dua orang
sahabat dari kalangan Ansar radhiallahu 'anhuma berlalu dan
nampak Rasulullah bersama seorang wanita. Mereka berdua tidak
tahu siapakah wanita tersebut kerana para isteri Rasulullah
memakai tudung yang juga menutupi muka.

Bagi mengelakkan salah faham, Rasulullah memanggil dua


lelaki tersebut dan menerangkan bahawa wanita yang bersamanya
ialah Shafiyyah, isteri baginda. Kedua-dua lelaki itu menjawab:
“Subhanallah!”, seolah-olah bermaksud: “Maha Suci Allah,
tidaklah kami sekali-kali berburuk sangka kepadamu wahai
Rasulullah!” Kemudian Rasulullah membalas:

َ ‫يت أَ ْن يَ ْق ِذ‬
‫ف‬ ِ ِ ِ
ُ ‫إِ َّن الشَّْيطَا َن ََْي ِري م ْن ا ِْلنْ َسان ََْمَرى الدَِّم َوإِِّن َخش‬
َ َ‫ِِف قُلُوبِ ُك َما َشًّرا (أ َْو ق‬
.‫ال) َشْي ئًا‬
Sesungguhnya syaitan bergerak dalam badan manusia
seperti aliran darah. Sesungguhnya aku bimbang ia

184
melemparkan keburukan atau sesuatu sangkaan dalam hati
kalian berdua. [Shahih Muslim, no: 4041/2175]

Contoh sentuhan yang lain ialah kisah Nabi Ayyub yang


telah kita baca sebelum ini:

ٍ‫ص‬
‫ب‬ ْ ُ‫ِن الشَّْيطَا ُن بِن‬
ِ ِ ِ َ ُّ‫واذْ ُكر َعْب َد ََن أَي‬
َ ‫وب إ ْذ ََن َدى َربَّهُ أَّن َم َّس‬ ْ َ
ٍ ‫و َع َذ‬
.‫اب‬
َ
Dan ingatlah akan hamba Kami Ayyub ketika dia
menyeru Tuhannya: “Sesungguhnya aku disentuh oleh syaitan
dengan kesusahan dan seksaan (kesakitan).” [Shad 38:41]

Syaitan telah menyentuh dan menganggu Nabi Ayyub


dengan perasaan kesusahan atau tekanan (stress) melalui penyakit.

Secara lebih luas, antara bentuk dan kesan sentuhan syaitan


ke atas manusia ialah perasaan gelisah (anxiety), kemurungan
(depression), kemarahan (temper), ketakutan (fear) dan was-was.
Oleh itu sesiapa yang melazimkan diri menelaah al-Qur’an, berzikir
kepada Allah dan mengamalkan sunnah Rasulullah dalam
kehidupan seharian, dia dalam keadaan tenang, gembira dan yakin
kerana syaitan menjauhinya dan malaikat pula menghampirinya.
Berbeza dengan orang yang menjauhi al-Qur’an dan sunnah
Rasulullah, sama ada kerana lalai atau tidak menyakininya

185
(mendustakan kebenaran), maka dia kerap disentuh oleh syaitan.

Selain mengganggu perasaan manusia, jin juga mengganggu


fikiran manusia. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
mengingatkan:

‫ول َم ْن َخلَ َق َك َذا َم ْن َخلَ َق َك َذا َح ََّّت‬ َ ‫َيِِْت الشَّْيطَا ُن أ‬


ُ ‫َح َد ُك ْم فَيَ ُق‬
.‫َّللِ ولْيَ نْ تَ ِه‬ ِ ِ ِ َ َّ‫ول من َخلَ َق رب‬
َ َّ ‫ك فَإ َذا بَلَغَهُ فَلْيَ ْستَع ْذ ِب‬ َ ْ َ َ ‫يَ ُق‬
Syaitan akan datang kepada salah seorang kalian dan
bertanya: “Siapakah mencipta itu? Siapakan mencipta ini?”
sehingga akhirnya ia bertanya: “Siapakah mencipta tuhan
kamu?”

Jika sudah sampai ke tahap itu maka mohonlah


perlindungan Allah (dengan menyebut A’uzubillahi minash
syaitan) dan berhentilah (daripada melayan soalan-soalan itu).
[Shahih al-Bukhari, no: 3034/3276]

Gangguan Secara Tidak Langsung

Adakalanya jin mengganggu tidak secara langsung. Contoh


yang lazim ialah jin mengganggu bayi dengan tangisan yang
berpanjangan. Melalui gangguan ini, ibu bapa bayi akan berasa
resah dan mula mencari penyelesaian tangisan bayi mereka dengan

186
mengikat tangkal pada bayi. Apabila jin melihat keyakinan ibu bapa
ialah kepada tangkal dan bukannya kepada Allah, maka ia berhenti
mengganggu bayi tersebut supaya dapat memberi gambaran palsu
bahawa apa yang dilakukan oleh ibu bapa itu adalah betul.

Gangguan ke atas bayi pernah dijelaskan oleh Rasulullah


shallallahu 'alaihi wasallam dalam hadis berikut. Abu Hurairah
radhiallahu 'anh berkata, Rasulullah bersabda:

ِ ٍ ِ
َ ‫َما م ْن َم ْولُود يُولَ ُد إََِّّل َوالشَّْيطَا ُن ََيَ ُّسهُ ح‬
َ ‫ي يُولَ ُد فَيَ ْستَ ِه ُّل‬
‫صا ِر ًخا‬
ِ َ‫س الشَّيط‬
.‫ان إِ ََّيهُ إََِّّل َم ْرََيَ َوابْنَ َها‬ ِ
ْ ِ ‫م ْن َم‬
َ ِ‫ َواقْ َرءُوا إِ ْن ِشْئ تُ ْم { َوإِِّن أ ُِعي ُذ َها ب‬:‫ول أَبُو ُهَريْ َرَة‬
‫ك َوذُ ِريَّتَ َها‬ ُ ‫ُُثَّ يَ ُق‬
} ‫الرِجي ِم‬ ِ َ‫ِمن الشَّيط‬
َّ ‫ان‬ ْ ْ
Tidaklah seorang bayi itu dilahirkan kecuali syaitan akan
menyentuhnya ketika dia lahir, sehingga mereka menangis keras
kerana sentuhan syaitan tersebut, kecuali Maryam dan bayinya
(Nabi Isa).

Kemudian Abu Hurairah berkata: Jika mahu bacalah


(doa yang dibacakan oleh Maryam tatkala melahirkan Nabi Isa):
“Dan aku mohon perlindungan untuknya serta keturunannya
kepada (pemeliharaan) Engkau (Ya Allah) daripada syaitan yang

187
direjam.” (Ali Imran: 3:36). [Shahih al-Bukhari, no: 4184/4548]

Kisah berikut pula menerangkan cara lain jin mengganggu


secara tidak langsung. ‘Abd Allah ibn ‘Abbas radhiallahu 'anhuma
menerangkan bahawa pernah seekor tikus menolak sebuah lampu
pelita sehingga tumbang di atas tikar yang sedang diduduki oleh
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Lalu terbakarlah tikar
tersebut sebesar saiz satu dirham. Melihat yang sedemikian
Rasulullah bersabda:

‫إِ َذا َِّنْتُ ْم فَأَطْ ِفئُوا ُس ُر َج ُك ْم فَِإ َّن الشَّْيطَا َن يَ ُد ُّل ِمثْ َل َه ِذهِ َعلَى َه َذا‬
.‫فَتُ ْح ِرقَ ُك ْم‬
Apabila kalian hendak tidur maka padamkanlah lampu
pelita kalian kerana sesungguhnya syaitan menunjuki ini (tikus)
kepada itu (lampu pelita) sehingga kalian terbakar. [Shahih Sunan
Abu Daud, no: 4567/5247]

Oleh itu syaitan boleh menghasut haiwan supaya


mengganggu rumah dan penghuninya, menghasut pencuri supaya
menceroboh sebuah rumah dan menghasut penjahat supaya
menzalimi seseorang.

Jika kita dapat memahami peranan jin dalam menghasut,


dapatlah kita memahami hadis berikut:

188
.‫اَّللِ فَِإ َّن الشَّْيطَا َن َّلَ يَ ْفتَ ُح َِب ًِب ُم ْغلَ ًقا‬
َّ ‫اس َم‬ ِ
َ ‫َوأَ ْغل ُقوا اْلَبْ َو‬
ْ ‫اب َواذْ ُك ُروا‬
Dan kuncilah pintu-pintu kalian dan sebutlah nama Allah
(dengan membaca Bismillah) kerana sesungguhnya syaitan tidak
dapat membuka pintu-pintu yang dikunci (dengan menyebut
nama Allah). [Shahih Muslim, no: 3755/2012]

Maksudnya, jin syaitan tidak akan menghasut pencuri untuk


pergi ke rumah seseorang, memecahkan kunci pintu rumah dan
memasukinya jika tuan rumah itu telah membaca Bismillah ketika
menutup pintu rumahnya.

Gangguan Penyakit

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:

‫ َه َذا الطَّ ْع ُن قَ ْد‬،ِ‫ول هللا‬


َ ‫ ََي َر ُس‬:‫يل‬
َ
ِ َ‫ ف‬.‫ون‬
‫ق‬ ِ ‫فَنَاء أ َُّم ِِت ِِبلطَّع ِن والطَّاع‬
ُ َ ْ ُ
.ُ‫اْلِ ِن َوِِف ُك ٍل ُش َه َداء‬
ْ ‫ َو ْخ ُز أ َْع َدائِ ُك ْم ِم َن‬:‫ال‬ ُ َّ‫ فَ َما الط‬،ُ‫َعَرفْ نَاه‬
َ َ‫اعو ُن؟ ق‬

“Kebinasaan umatku adalah dengan tikaman


(peperangan) dan wabak penyakit.” Maka seseorang berkata:
“Wahai Rasulullah, maksud tikaman sudah kami ketahui. Maka
apakah wabak penyakit?” Baginda menjawab: “Ia adalah
gangguan daripada jin. Dan (kematian) pada setiapnya

189
(mendapat darjat) syahid.” [Riwayat Ahmad dan al-Thabarani,
dinilai sahih oleh al-Albani dalam Irwa’ al-Ghaleel, jld 6, ms. 70
dan Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, no: 1403. Lihat juga Silsilah
al-Ahadits al-Shahihah, no: 1928]

Apabila ditimpa penyakit, Nabi Ayyub ‘alaihissalam


berkata sebagaimana yang dirakamkan dalam al-Qur’an:

ٍ‫ص‬
‫ب‬ ْ ُ‫الشْيطَا ُن بِن‬
َّ ِ
‫ِن‬ ِ ِ َ ُّ‫واذْ ُكر َعْب َد ََن أَي‬
َ ‫وب إ ْذ ََن َدى َربَّهُ أَّن َم َّس‬ ْ َ
ٍ ‫و َع َذ‬
.‫اب‬
َ
Dan ingatlah akan hamba Kami Ayyub ketika dia
menyeru Tuhannya: “Sesungguhnya aku disentuh oleh syaitan
dengan kesusahan dan seksaan (kesakitan).” [Shad 38:41]

Pada zaman Rasulullah, seorang wanita bernama Hamnah


binti Jahsy radhiallahu 'anha mengalami pendarahan istihadah
yang amat banyak. Apabila mengadu kepada Rasulullah, baginda
menerangkan bahawa:

ِ َ‫الشَّيط‬
.‫ان‬ ِ ‫إََِّّنَا ه ِذهِ رْكضةٌ ِمن رَكض‬
‫ات‬
ْ َ َْ َ َ َ
Sesungguhnya ia tidak lain hanyalah salah satu hentakan
daripada hentakan syaitan. [Shahih Sunan Abu Daud, no:
248/287]

190
Sabda baginda … salah satu hentakan daripada hentakan
syaitan menunjukkan hentakan atau pukulan syaitan ke atas
manusia adalah pelbagai, sehingga menyebabkan pelbagai jenis
penyakit. Kadangkala jin menyebabkan penyakit dengan
mengarahkan bakteria atau virus mengganggu kesihatan
mangsanya. Ini sebagaimana jin mengarahkan tikus supaya
menjatuhkan lampu pelita bagi menyebabkan kebakaran (rujuk
hadis sebelum ini). Jin juga boleh mengganggu kesimbangan sel-sel
badan sehingga menyebabkan ketulan (tumor) atau kanser.

Apakah tujuan jin mengganggu kita dengan penyakit?


Jawapannya, kebanyakan umat Islam akan berubat dengan cara
yang dilarang agama dan mengharapkan kesembuhan daripada
perawat dan ubat-ubatan. Di samping itu, ketika sakit mereka tidak
pula beribadah kepada Allah kerana tidak tahu cara-cara beribadah
ketika sakit. Kesalahan-kesalahan fiqh dan aqidah ini akhirnya
menjadi sebab manusia menjadi sesat dan/atau diazab dalam
neraka.

Para pembaca sekalian dijemput menyemak buku saya


Panduan Aqidah Dan Ibadah Ketika Sakit.

191
Gangguan Seksual

Dalam bab Jin Dan Hubungan Seks, telah diterangkan


bahawa jin juga memiliki jantina lelaki dan wanita, kesamaan atau
kemiripan alat kelamin dengan manusia dan kemampuan jin
melakukan hubungan seks dengan manusia.

Oleh itu antara bentuk gangguan jin kepada manusia ialah


dari aspek seksual seperti memeluk, meraba-raba dan melakukan
hubungan seks. Justeru tidak aneh jika seseorang itu ketika sedang
tidur merasakan dirinya disentuh, dicium, dipeluk, diraba-raba dan
sedang melakukan hubungan seks.

Gangguan Rasukan

Jin memiliki kemampuan merasuk manusia, yakni


memasuki tubuh badan manusia, duduk di dalamnya dan kemudian
mengganggu fikiran atau fizikalnya. Terdapat beberapa dalil yang
menunjukkan hal ini. Sebelum ini kita telah membaca hadis
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

َ ‫يت أَ ْن يَ ْق ِذ‬
‫ف‬ ِ ِ ِ
ُ ‫إِ َّن الشَّْيطَا َن ََْي ِري م ْن ا ِْلنْ َسان ََْمَرى الدَِّم َوإِِّن َخش‬
َ َ‫ِِف قُلُوبِ ُك َما َشًّرا (أ َْو ق‬
.‫ال) َشيْ ئًا‬
Sesungguhnya syaitan bergerak dalam badan manusia

192
seperti aliran darah. Sesungguhnya aku bimbang ia
melemparkan keburukan atau sesuatu sangkaan dalam hati
kalian berdua. [Shahih Muslim, no: 4041/2175]

Dalam sebuah hadis yang lain, Utsman bin Abi al-‘Ash


radhiallahu 'anh menceritakan:

ِ ِ‫اَّلل َعلَْي ِه وسلَّم َعلَى الطَّائ‬ َِّ ‫ول‬


‫ف َج َع َل‬ َ ََ َُّ ‫صلَّى‬َ ‫اَّلل‬ ُ ‫استَ ْع َملَِِن َر ُس‬
ْ ‫لَ َّما‬
‫ك‬ ِ ‫ فَلَ َّما رأَي‬.‫ي ع ِرض ِِل َشيء ِِف ص َلِِت ح ََّّت ما أَد ِري ما أُصلِي‬
َ ‫ت َذل‬ُ َْ َ َ ْ َ َ َ ٌْ ُ َْ
.‫علَْي ِه وسلَّم‬ َّ ‫صلَّى‬ َِّ ‫ول‬ ِ ‫رحلْت إِ ََل رس‬
َ َ َ َ ُ‫اَّلل‬ َ ‫اَّلل‬ َُ ُ ََ
Tatkala Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melantik
aku menjadi gabenor Kota Tha’if, sesuatu mula muncul
kepadaku dalam solatku sehingga aku tidak tahu apa yang
sedang aku solatkan. Apabila aku menyedari yang sedemikian,
aku bergerak (kembali bertemu) Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam.

َ‫ َما َجاء‬:‫ال‬ َ َ‫ ق‬.ِ‫اَّلل‬


َّ ‫ول‬
َ ‫ نَ َع ْم ََي َر ُس‬:‫ت‬ ِ ‫ ابْ ُن أَِّب الْ َع‬:‫ال‬
ُ ْ‫اص؟ قُل‬ َ ‫فَ َق‬
َِّ ‫ول‬
‫صلَ َوِاِت َح ََّّت َما أ َْد ِري َما‬
َ ‫ض ِِل َش ْيءٌ ِِف‬ َ ‫اَّلل َعَر‬ َ ‫ ََي َر ُس‬:‫ت‬ ُ ْ‫ك؟ قُل‬َ ِ‫ب‬
.‫ُصلِي‬
َ‫أ‬
(Apabila sampai, Rasulullah kehairanan lalu) bertanya:

193
“Ibn al-Ash?” Saya menjawab: “Ya wahai Rasulullah.” Baginda
bertanya lagi: “Apa yang membawa kamu ke sini?” Saya
menjawab: “Wahai Rasulullah, sesuatu muncul kepadaku dalam
solat-solatku sehingga aku tidak tahu apa yang sedang aku
solatkan.”

‫ص ُدوِر‬ ِ ‫ فَ َدنَو‬.‫ َذ َاك الشَّيطَا ُن ْادنُه‬:‫ال‬


ُ ‫ت َعلَى‬ ُ ‫ت مْنهُ فَ َجلَ ْس‬ ُ ْ ْ ْ َ َ‫ق‬
!ِ‫اَّلل‬
َّ ‫اخ ُر ْج َع ُد َّو‬
ْ :‫ال‬ َ َ‫ص ْد ِري بِيَ ِدهِ َوتَ َف َل ِِف فَ ِمي َوق‬
َ ‫ب‬ َ ‫ضَر‬
َ َ‫ ف‬:‫ال‬
َ َ‫ ق‬.‫قَ َد َم َّي‬
ِ ٍ ‫ث مَّر‬ ِ
.‫ك‬ َ ‫اْلَ ْق بِ َع َمل‬
ْ :‫ال‬ َ َ‫ ُُثَّ ق‬.‫ات‬ َ َ ‫ك ثََل‬ َ ‫فَ َف َع َل ذَل‬
Rasulullah bersabda: “Itu adalah syaitan, dekatlah
(kepadaku).” Maka aku mendekati dan aku duduk di atas tapak
kakiku (duduk bertinggung). Maka (Rasulullah) memukul
dadaku dengan tangannya dan meniup ke dalam mulutku dan
berkata: “Keluarlah wahai musuh Allah!” Baginda melakukan
sedemikian tiga kali. Kemudian baginda bersabda: “Teruskanlah
dengan kerja kamu (di Kota Tha’if).”

.‫بَ ْع ُد‬ ‫َح ِسبُهُ َخالَطَِِن‬


ْ ‫ فَلَ َع ْم ِري َما أ‬:‫ال ُعثْ َما ُن‬
َ ‫ال فَ َق‬
َ َ‫ق‬
Berkata Utsman: “Demi Allah, sesudah itu tidaklah aku
keliru lagi dalam solatku.” [Shahih Sunan Ibn Majah, no:
3538/3548]

194
Dalam sebuah riwayat yang lain, Ya’la bin Murrah
radhiallahu 'anh menerangkan:

‫ض الطَّ ِر ِيق َمَرْرََن ِِب ْمَرأ ٍَة‬ِ ‫ت َم َعهُ ِِف َس َف ٍر َح ََّّت إِذَا ُكنَّا بِبَ ْع‬ ُ ‫لََق ْد َخَر ْج‬
َِّ ‫ول‬ ٍ ِ
‫َصابَنَا‬ َ ‫َصابَهُ بََلءٌ َوأ‬ ٌّ ِ‫ص‬
َ ‫ِب أ‬ َ ‫اَّلل َه َذا‬ َ ‫ ََي َر ُس‬:‫ت‬ ٌّ ِ‫ص‬
ْ َ‫ِب ََلَا فَ َقال‬ َ ‫َجال َسة َم َع َها‬
ِ ِ ِ
ْ َ ‫مْنهُ بََلءٌ يُ ْؤ َخ ُذ ِِف الْيَ ْوم َما أ َْدري‬
.‫كم َمَّرًة‬

Aku pernah bersama (Rasulullah) dalam satu perjalanan


sehinggalah apabila kami berada di sebahagian jalan, kami
melintasi seorang wanita yang sedang duduk bersama anak
lelakinya. Lalu dia berkata: “Wahai Rasulullah, anak ini ditimpa
ujian dan daripadanya kami juga ditimpa ujian. Dia diserang
sawan (dengan terlalu kerap) sehingga aku tidak tahu dalam
sehari berapa kali ia berlaku.”

َّ ‫ي َو ِاسطَِة‬ ِ ِ ِ ِ َ َ‫ق‬
‫الر ْح ِل ُُثَّ فَغََر‬ َ َْ‫ فَ َرفَ َعْتهُ إِلَْيه فَ َج َع ْلتهُ بَْي نَهُ َوب‬.‫ ََن ِولينيه‬:‫ال‬
َِّ ‫اَّللِ اخسأْ ع ُد َّو‬ َِّ ‫ بِس ِم‬:‫ال‬ ِ ِ َ ‫فَاه فَنَ َف‬
!‫اَّلل‬ َ َ ْ َّ ‫اَّلل أَ ََن َعْب ُد‬ ْ َ َ‫ث فيه ثََل ًَث َوق‬ ُ
Rasulullah bersabda: “Hulurkanlah dia kepadaku.”
Maka budak itu diangkat kepada baginda (yang ketika itu sedang
duduk atas unta) dan baginda meletakkannya di antara dirinya
dan pertengahan pelana. Kemudian baginda membuka mulutnya
dan meniup ke dalamnya tiga kali sambil bersabda: “Dengan

195
nama Allah, saya hamba Allah. Pergilah wahai Musuh Allah!”

‫َخِ ِْبينَا َما‬ ِ ِ َّ ‫ الْ َقي نَا ِِف‬:‫ال‬


ْ ‫الر ْج َعة ِِف َه َذا الْ َم َكان فَأ‬ ْ َ ‫ُُثَّ ََن َوََلَا إِ ََّيهُ فَ َق‬
.‫فَ َعل‬
َ
Kemudian baginda mengembalikan budak itu kepada
ibunya dan berkata: “Temuilah kami di tempat yang sama ini
sekembalinya kami nanti dan khabarkanlah kepada kami
keadaannya.”

ٌ ‫ان َم َع َها ِشيَاهٌ ثََل‬ ِ ‫ك الْم َك‬ ِ


.‫ث‬ َ َ ‫ فَ َذ َهْب نَا َوَر َج ْعنَا فَ َو َج ْد ََن َها ِِف ذَل‬:‫ال‬
َ َ‫ق‬
‫ك ِِب ْْلَِق َما َح َس ْسنَا ِمْنهُ َشْي ئًا‬ ِ ِ ُّ‫ ما فَعل صبِي‬:‫ال‬
َ َ‫ َوالَّذي بَ َعث‬:‫ت‬ ْ َ‫ك؟ فَ َقال‬ َ َ َ َ َ ‫فَ َق‬
.َ‫اح َد ًة َوُرَّد الْبَ ِقيَّة‬
ِ ‫ انْ ِزْل فَخ ْذ ِمْن ها و‬:‫ال‬
َ َ ُ َ َ‫ ق‬.‫اج ََِتْر َه ِذهِ الْغَنَ َم‬
ْ َ‫اعة ف‬
ِ ‫الس‬
َ َّ ‫َح ََّّت‬
Ya’la bin Murrah berkata: Maka kami pergi (meneruskan
perjalanan) dan kami kembali, lalu kami mendapati ibu itu di
tempat tersebut bersama tiga ekor kambing. Rasulullah bertanya:
“Bagaimana keadaan anak kamu?” Ibu itu menjawab: “Demi
Allah yang mengutuskan kamu dengan kebenaran, kami tidak
mengesan apa-apa kelainan padanya sehinggalah ke saat ini.
Maka sudilah menerima kambing-kambing ini (sebagai upah).”
Rasulullah bersabda (kepadaku): “Turunlah dan ambillah satu
daripadanya dan kembalikanlah selebihnya.” [Musnad Ahmad,

196
no: 16889/17548]

Riwayat Ya’la bin Murrah ini memiliki beberapa jalan


periwayatan dengan lafaz yang sebahagiannya pendek dan
sebahagiannya panjang. Akan tetapi semua jalan periwayatan
tersebut memiliki kelemahan dalamnya, meskipun tidak ketara. al-
Albani berkata bahawa hadis ini dapat dikatakan sebagai bagus
(jayyid). Rujuk penjelasan beliau dalam Silsilah al-Ahadits al-
Shahihah, no: 485 dan 2918.

Demikianlah beberapa dalil yang membuktikan bahawa jin


boleh memasuki tubuh badan manusia, duduk di dalamnya dan
kemudian mengganggu fikiran atau fizikalnya. Inilah yang disebut
sebagai rasukan. Antara tanda rasukan ialah mangsa dapat membuat
gerakan fizikal yang jauh lebih kuat dari kemampuan manusia
biasa, membuat posisi badan yang tidak normal dan bercakap
dengan suara asing.

Gangguan Sihir

Sihir ialah kesepakatan antara tukang sihir dan jin bagi


melakukan sesuatu perbuatan jahat. Tukang sihir akan melakukan
beberapa tindakan jahat yang menghina Islam seperti pijak di atas
al-Qur’an, buang air kecil atau air besar di atas al-Qur’an, sujud
kepada tengkorak, berdoa kepada bangkai dan memaki hamun

197
Rasulullah.

Setelah berpuas hati dengan tindakan-tindakan itu, jin akan


melakukan sesuatu perbuatan jahat yang diarahkan oleh tukang
sihir seperti menghalang suami-isteri daripada melakukan
hubungan seks, melahirkan perasaan benci antara dua orang,
mengenakan penyakit aneh kepada seseorang dan menzalimi orang
lain.

Lebih jahat perbuatan yang diarahkan oleh tukang sihir,


lebih dahsyat tindakan-tindakan jahat yang disyaratkan oleh jin ke
atas tukang sihir tersebut. Inilah yang dimaksudkan dengan
“kesepakatan” antara tukang sihir dan jin.

Tukang sihir pula bertindak di atas permintaan


pelanggannya. Ada pelanggan yang meminta agar rakan pejabatnya
yang baru dinaikkan pangkat disihir dengan gangguan fikiran agar
dia tidak dapat melakukan kerja dengan betul. Ada pelanggan yang
meminta agar seorang isteri yang diminatinya disihir dengan
perasaan benci kepada suaminya agar mereka bercerai dan isteri itu
menikahinya. Atas sebab inilah sihir juga disebut sebagai “Buatan
orang”. Setiap permintaan ini ada yuran yang perlu dibayar oleh
pelanggan kepada tukang sihir. Justeru dalam cakupan yang lebih
luas, sihir boleh juga dikatakan sebagai kesepakatan antara

198
pelanggan, tukang sihir dan jin.

Dalam al-Qur’an terdapat sebuah ayat yang penting tentang


sihir, iaitu firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

ِ ‫اطي َعلَى م ْل‬ ِ


‫ك ُسلَْي َما َن َوَما َك َفَر ُسلَْي َما ُن‬ ُ ُ َ‫َواتَّبَعُوا َما تَْت لُو الشَّي‬
‫ي بِبَابِ َل‬ِ ْ ‫الس ْحر وَما أُنْ ِزَل َعلَى الْملَ َك‬ ِ ‫اطي َك َفروا ي علِمو َن النَّاس‬ ِ ِ
َ ََ َ ُ َ ُ ُ َ َ‫َولَك َّن الشَّي‬
‫َح ٍد َح ََّّت يَ ُقوََّل إََِّّنَا ََْن ُن فِْت نَةٌ فَ َل تَ ْك ُف ْر‬ ِِ ِ
َ ‫ت َوَما يُ َعل َمان م ْن أ‬ َ ‫وت َوَم ُارو‬ َ ‫َه ُار‬
‫ين بِِه ِم ْن‬ ِ َ ِ‫ي الْمرِء وَزْوِج ِه وَما ُهم ب‬ ِِ ِ
َ ‫ضار‬ ْ َ َ ْ َ َ َْ‫فَيَ تَ َعلَّ ُمو َن مْن ُه َما َما يُ َف ِرقُو َن به ب‬
ِ َِّ ‫أَح ٍد إََِّّل ِبِِ ْذ ِن‬
ُ َ‫اَّلل َويَتَ َعلَّ ُمو َن َما ي‬
ُ‫ضُّرُه ْم َوََّل يَْن َف ُع ُه ْم َولََق ْد َعل ُموا لَ َم ِن ا ْش َََتاه‬ َ
.‫ن‬ َ ‫س َما َشَرْوا بِِه أَنْ ُف َس ُه ْم لَ ْو َكانُوا يَ ْعلَ ُمو‬ ِ ٍ ِِِ ِ
َ ْ‫َما لَهُ ِف ْاْلخَرة م ْن َخ َلق َولَبئ‬
Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-
syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan
bahawa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman
tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan
itulah yang kafir (mengerjakan sihir).

Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang


diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil iaitu
Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu)
kepada seorangpun sebelum mengatakan: “Sesungguhnya kami
hanya fitnah (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir.”

199
Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa
yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang
(suami) dengan isterinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak
memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorangpun kecuali
dengan izin Allah.

Dan mereka mempelajari sesuatu yang memberi


mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi
sesungguhnya mereka telah mengetahui bahawa barangsiapa
yang membelinya (sihir), tiadalah baginya keuntungan di akhirat
dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan
sihir, kalau mereka mengetahui. [al-Baqarah 2:102]

Marilah kita mengkaji ayat ini secara ringkas. Firman Allah:


Dan mereka yakni orang-orang Yahudi mengikuti apa yang dibaca
yakni jampi-jampian sihir oleh syaitan-syaitan pada masa
kerajaan Sulaiman. Mereka – para syaitan – mengatakan
kemampuan Nabi Sulaiman menguasai dan memerintahkan jin
adalah kerana ilmu sihir yang diamalkan oleh Nabi Sulaiman.
Kononnya beliau telah menulis dan menyimpan ilmu-ilmu sihirnya
dalam beberapa kitab yang disimpan di bawah singgahsananya.

Sesiapa yang mengamalkan ilmu sihir, maka dia kafir. Maka


para syaitan ini menuduh Nabi Sulaiman telah kafir, lalu Allah

200
membela Nabi Sulaiman dengan menegaskan padahal Sulaiman
tidak kafir (kerana tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-
syaitan itulah yang kafir (kerana mengerjakan sihir).

Kemampuan Nabi Sulaiman menguasai dan memerintah


golongan jin bukanlah kerana ilmu sihir tetapi kerana mukjizat yang
Allah berikan kepadanya. Semua ini berlaku dengan izin Allah jua.
Perhatikan ayat berikut:

‫ي الْ ِقطْ ِر‬َ ْ ‫َسلْنَا لَهُ َع‬


َ ‫اح َها َش ْهٌر َوأ‬ ُ ‫يح ُغ ُد ُّوَها َش ْهٌر َوَرَو‬ ِ ‫َولِسلَْي َما َن‬
َ ‫الر‬ ُ
ِ
‫ي يَ َديْ ِه ِبِِ ْذ ِن َربِِه َوَم ْن يَِز ْغ ِمْن ُه ْم َع ْن أ َْم ِرََن نُذقْهُ ِم ْن‬ ِْ ‫وِمن‬
َ َْ‫اْل ِن َم ْن يَ ْع َم ُل ب‬ َ َ
‫السعِ ِْي‬
َّ ‫اب‬ِ ‫َع َذ‬
Dan bagi Sulaiman, Kami (tundukkan) angin yang (dapat
membawa) perjalanan di waktu pagi sama dengan perjalanan
sebulan dan perjalanan di waktu petang sama dengan perjalanan
sebulan. Dan Kami alirkan cairan tembaga baginya. Dan dari
kalangan jin ada yang bekerja di hadapannya dengan izin
Tuhannya. Dan sesiapa di kalangan mereka yang menyimpang
dari perintah Kami, Kami rasakan kepadanya azab neraka yang
apinya menyala-nyala. [Saba 32:12]

Sebahagian orang Yahudi benar-benar mengikuti syaitan-


syaitan tersebut dan mengamalkan ilmu sihir. Ini termasuklah orang

201
yang pernah menyihir Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Dia
seorang Yahudi yang bernama Labih bin al-A’sham dari Bani
Zuraiq. [Shahih al-Bukhari, no: 5321/5763]

Kembali kepada ayat 102 surah al-Baqarah, Allah


berfirman: Mereka yakni syaitan-syaitan itu mengajarkan sihir
kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang
malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut, sedang keduanya
tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum
mengatakan: “Sesungguhnya kami hanya fitnah (bagimu), sebab
itu janganlah kamu kafir.”

Para ahli tafsir berbeza pendapat tentang peranan sebenar


malaikat Harut dan Marut. Apa yang penulis kaji dan cenderungi
ialah kedua-dua malaikat ini diperintahkan oleh Allah untuk turun
bagi mengajar sihir agar dengan itu manusia dapat bezakan antara
mukjizat Allah dan sihir para syaitan. Pada ketika itu, orang ramai
menuduh Nabi Sulaiman sebagai ahli sihir kerana kemampuan
beliau menguasai dan memerintahkan jin. Maka kedua-dua
malaikat ini turun dengan perintah Allah bagi menerangkan
perbezaan – teori dan praktikal – antara ilmu sihir yang diamalkan
oleh syaitan dan mukjizat yang Allah berikan kepada Nabi
Sulaiman.

202
Ilmu sihir melibatkan pelbagai perbuatan jahat yang
menghina Allah dan para Nabi-Nya sehingga mengkafirkan
pelakunya. Mustahil Nabi Sulaiman melakukan semua itu.

Namun sebelum menerangkan ilmu sihir tersebut, kedua-


dua malaikat ini memberi amaran bahawa ia boleh menjadi satu
bentuk fitnah ke atas manusia. Tidak sekadar itu, ia juga boleh
mengkafirkan orang yang mengamalkannya. Setiap kali sebelum
mengajar ilmu sihir, kedua-dua malaikat ini berpesan:
“Sesungguhnya kami hanya fitnah (bagimu), sebab itu janganlah
kamu kafir.”

Di sini ada dua perkara penting untuk ditekankan. Pertama,


kedua-dua malaikat Harut dan Marut bukanlah malaikat yang telah
menderhaka kepada Allah lalu dibuang ke bumi (fallen angel)
sebagaimana yang disebut oleh sebahagian orang. Mereka berdua
tetap merupakan malaikat yang taat kepada Allah. Kedua, semua
bentuk ilmu sihir akan menyebabkan orang yang “bersepakat”
dalamnya menjadi kafir, baik sihir bagi berbuat jahat atau sihir bagi
melawan kejahatan, sihir bagi mengenakan penyakit dan sihir bagi
mengubati penyakit. Ini kerana semua bentuk sihir melibatkan
perbuatan-perbuatan menghina Allah, kitab-kitab-Nya, para Nabi-
Nya dan syariat Islam sehingga mengkafirkan pelakunya.

203
Meskipun diberi pesanan demi pesanan, sebahagian orang
tetap mempelajari ilmu sihir untuk tujuan-tujuan yang jahat.
Antaranya, mereka mempelajari dari kedua-dua malaikat itu apa
yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang
(suami) dengan isterinya. Sihir itu dilakukan atas pelbagai tujuan.
Namun yang paling kerap ialah sihir bagi menceraikan antara suami
dan isteri. Sebab itulah Allah menyebutnya secara khusus dalam
ayat ini.

Walau bagaimanapun, sehebat mana ilmu sihir yang mereka


pelajari dan amalkan, berjaya atau tidak, membawa mudarat atau
tidak kepada mangsanya, tetap bergantung kepada izin Allah. Ini
Allah tegaskan dalam rangkap berikut: Dan mereka itu (ahli sihir)
tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorangpun
kecuali dengan izin Allah.

Rangkap ini merupakan senjata utama bagi membenteng


diri daripada terkena sihir atau bagi mengubati diri daripada sihir.
Orang yang yakin bahawa sihir tidak terjadi melainkan dengan izin
Allah, akan terpelihara daripada terkena sihir. Seandainya dia
terkena sihir, dia yakin itu adalah dengan izin Allah sebagai satu
bentuk ujian ke atasnya. Dia tidak berkata “Aku telah disihir”
kerana itu akan menyebabkan tukang sihir dan jin-jinnya berasa

204
hebat. Sebaliknya dia berkata “Allah telah menguji aku dengan sihir
ini dan Allah jualah yang akan mengubati aku daripadanya”. Ini
merupakan satu penghinaan ke atas tukang sihir dan jin-jinnya.

Berbeza dengan orang yang takut kepada sihir. Setiap


sesuatu yang aneh berlaku akan disangka sebagai sihir.
Sehinggakan apabila dirinya digigit nyamuk, disangkakan dirinya
terkena gigitan sihir. Seandainya ada orang yang benar-benar ingin
menyihirnya, ia akan dapat dilakukan dengan mudah.

Allah menyambung ayat 102 surah al-Baqarah dengan


menyatakan keadaan sebenar orang-orang yang terlibat dengan
sihir: Dan mereka mempelajari sesuatu yang memberi mudharat
kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi sesungguhnya
mereka telah mengetahui bahawa barangsiapa yang membelinya
(sihir), tiadalah baginya keuntungan di akhirat dan amat jahatlah
perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka
mengetahui.

Ini kerana orang yang terlibat dengan sihir, baik pelanggan


atau tukang sihir, dia sebenarnya terlibat dengan jin-jin yang jahat.
Apabila permintaan jin-jin itu tidak dipenuhinya dengan betul,
sementara jin-jin itu pula pelbagai ragam permintaannya, jin-jin itu
akan mengganggu tukang sihir itu dan ahli keluarganya. Apabila jin

205
itu melihat tugasannya memberikan kepuasan kepada pelanggan,
dia akan memeras ugut dengan minta bayaran tambahan atau
bayaran setiap bulan. Oleh itu meskipun secara zahirnya kelihatan
pelanggan dan tukang sihir sebagai orang yang memberi arahan
kepada jin, pada hakikatnya mereka adalah hamba yang tertekan di
bawah kekuasaan jin.

Gangguan Pukau

Gangguan pukau ialah apabila seorang itu menghantar jin


peliharaannya memukau seseorang lain atau sekumpulan orang
lain. Pukau ialah satu bentuk rasukan di mana jin merasuk dalam
tubuh mangsa dan menyuruh mangsa berbuat sesuatu berdasarkan
kehendak tuan jin itu.

Contohnya apabila Haron hendak memecah masuk ke dalam


sebuah rumah, dia menghantar jinnya memukau semua ahli rumah
dengan cara menidurkan mereka. Apabila mereka semua tidur,
Haron dapat masuk ke dalam rumah secara mudah lalu mencari
serta mencuri barang berharga yang dikehendakinya. Haron tak
perlu tergesa-gesa atau “senyap-senyap” melakukan kerja jahatnya
kerana semua ahli rumah tetap tidur selagi jinnya memukau mereka
tidur. Apabila sudah mendapat apa yang dicarinya, Haron bersama
jinnya keluar meninggalkan rumah itu. Beberapa ketika kemudian,

206
semua ahli rumah terjaga dalam keadaan kehairanan bagaimana
pencuri dapat masuk dan menggeledah rumah tanpa mereka sedar
langsung.

Contoh lain, Haron berjalan-jalan di pasar malam yang


sesak. Tatkala orang ramai melihat-lihat barang jualan di gerai-
gerai, Haron melihat-lihat orang ramai dan barangan kemas mereka.
Haron mengenal pasti seorang makcik yang memakai gelang emas.
Haron mengikuti secara dekat dan menghantar jinnya memukau
makcik itu dengan cara dia akan membuka gelang-gelang emasnya
dan membiarkan ia jatuh ke bawah. Haron yang berada tepat di
belakang dengan pantas menangkap gelang-gelang itu dan
memasukkan dalam sakunya. Kesesakan orang ramai di pasar
malam itu menyebabkan tiada siapa yang nampak apa yang berlaku
sementara makcik yang berada di bawah pukauan itu tidak sedar
bahawa dia sendiri yang membuka gelang-gelang di tangannya.

Di sini pukau memiliki kesamaan dengan sihir di mana jin


yang mengganggu dihantar oleh manusia yang berperanan sebagai
tuannya. Bagi pukau, tuan yang mengutus jin berada dekat dengan
mangsa sementara bagi sihir, tuannya berada jauh dari mangsa.

207
Gangguan Penyakit al-‘Ain

Penyakit al-‘Ain adalah salah satu bentuk penyakit ghaib


yang berlaku kerana unsur hasad atau dengki. Ia disebabkan oleh
jin, seperti contoh-contoh berikut:

 Contoh Pertama: Apabila seorang yang bersih hatinya memuji


bayi yang comel, jin yang hadir di sekitar itu menjadi dengki
lalu mengganggu bayi dengan sesuatu penyakit.

 Contoh Kedua: Apabila seseorang yang kotor hatinya melihat


sesuatu yang indah umpama bayi yang comel, dia
mengharapkan berlaku keburukan sehingga jin pendampingnya
(qarin) melakukan keburukan yang diharap-harapkan pada bayi
itu.

 Contoh Ketiga: Orang yang memelihara jin akan menghantar


jinnya mengganggu sesiapa yang dia berasa dengki ketika
melihatnya, umpama bayi yang comel.

Penyakit al-‘Ain boleh berlaku kepada sesiapa jua tanpa


terhad kepada bayi comel. Ia boleh berlaku kepada wanita yang
cantik, lelaki yang tampan, keluarga yang duduk di rumah mewah
dan tuan punya kereta yang canggih. Asalkan seseorang itu
memiliki sesuatu yang menyebabkan orang lain berasa dengki,

208
maka penyakit al-‘Ain boleh berlaku.

Tidak ada ciri khusus penyakit al-‘Ain. Ia boleh jadi


penyakit fizikal seperti lemah badan, demam dan pengsan. Ia boleh
jadi penyakit mental seperti imaginasi bukan-bukan, histeria dan
mengamuk. Ia boleh jadi kedua-dua sekali, fizikal dan mental.

Satu contoh penyakit al-‘Ain yang berlaku pada zaman


Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah seperti berikut: Abu
Umamah menerangkan, ayahku – Sahal bin Hunaif mandi di
sungai, dia melepaskan jubah yang dipakai lalu dilihat oleh
‘Amir bin Rabi’ah. Sahal adalah seorang pemuda yang putih dan
cantik kulitnya (sehingga) ‘Amir bin Rabi’ah berkata kepada
Sahal: “Aku tidak pernah melihat kulit yang secantik ini, bahkan
kulit seorang gadis sekalipun.”

Kemudian Sahal diserang penyakit dan penyakit tersebut


bertambah parah. Seseorang pergi menemui Rasulullah dan
mengkhabarkan kepada baginda: “Sesungguhnya Sahal sakit,
dia tidak dapat datang bersama anda, wahai Rasulullah!”

Rasulullah lalu menziarahinya, lalu Sahal


mengkhabarkan tentang apa yang telah dilakukan oleh ‘Amir
terhadapnya. Rasulullah bertanya:

209
.ُ‫لَه‬ ْ‫ضأ‬ َ ْ ‫ت إِ َّن الْ َع‬
َّ ‫ي َح ٌّق تَ َو‬ َ ‫َخاهُ أَََّّل بََّرْك‬
َ ‫َح ُد ُك ْم أ‬
َ ‫َع َل َم يَ ْقتُ ُل أ‬
“Kenapa salah seorang dari kalian hendak membunuh
saudaranya? Tidakkah (sebaiknya) engkau mendoakannya agar
diberkati? Sesungguhnya penyakit al-‘Ain itu benar.
Berwudhulah kamu untuknya!”

‘Amir lantas berwudhu bagi (menyembuhkan) Sahal.


Setelah itu Sahal dan Rasulullah berangkat dengan keadaan
sihat. [Muwattha’ Imam Malik, no: 1471]

Dalam hadis di atas, Sahal dan ‘Amir tidak saling


bermusuhan. ‘Amir hanya teruja dengan kecantikan kulit Sahal lalu
memujinya. Namun pujian itu dijadikan sebab oleh jin pendengki
bagi mengganggu Sahal.

Nah! Jika pujian antara dua orang sahabat boleh


menyebabkan penyakit al-‘Ain, maka bagaimana pula pujian
daripada orang yang sememangnya berhati kotor!

Soalan: Benarkah Rasulullah Pernah Disihir?

Saya pernah membaca bahawa Rasulullah shallallahu


'alaihi wasallam pernah disihir. Saya juga membaca pandangan
yang menolak baginda pernah disihir. Sebabnya, Rasulullah
sentiasa dipelihara oleh Allah, selalu membaca al-Qur’an dan

210
berzikir sehingga tidak mungkin dikalahkan oleh sihir. Jika benar
baginda disihir, maka sia-sialah bacaan al-Qur’an dan zikir kepada
Allah.

Selain itu jika baginda pernah disihir, bererti ada ajaran


baginda selama tempoh terkena sihir itu yang salah atau boleh
dipersoalkan. Ini tentu menjejaskan peranan baginda sebagai
seorang Rasul Allah. Apa komen anda?

Jawapan:

Rasulullah ialah seorang manusia biasa yang merasa


kenyang dan lapar, sihat dan sakit, jaga dan tidur, cergas dan letih.
Sebagai manusia, baginda memakai baju besi apabila pergi
berperang, menggunakan pedang melawan musuh dan pernah
tercedera dalam peperangan. Kedudukan baginda sebagai seorang
Rasul Allah tidak menjadikan baginda berbeza dari manusia lain.

Demikianlah juga, baginda mengalami kesan racun apabila


makanannya diracun. Anas bin Malik radhiallahu 'anh
menerangkan:

ٍ‫اَّلل علَي ِه وسلَّم بِ َشاة‬ َّ َ ِ‫اَّلل‬ ِ َّ ‫أ‬


ْ َ‫َن ْامَرأًَة يَ ُهوديَّةً أَت‬
َ َ َ ْ َ َُّ ‫صلى‬ َّ ‫ول‬
َ ‫ت َر ُس‬
‫اَّللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم فَ َسأَ ََلَا‬
َّ ‫صلَّى‬ َِّ ‫ول‬ِ ‫مسموم ٍة فَأَ َكل ِمْن ها فَ ِجيء ِِبا إِ ََل رس‬
َ ‫اَّلل‬ َُ َ َ َ َ َ ُْ َ

211
.‫ك َعلَى ذَ ِاك‬ ِ َ‫اَّلل لِيسلِط‬َّ ‫ن‬
َ ‫ا‬‫ك‬َ ‫ا‬‫م‬ : ‫ال‬
َ ‫ق‬
َ ! ‫ك‬ َ ‫ل‬
َ ‫ت‬
ُ ‫َق‬
ْ ِ ‫ أَردت‬:‫ فَ َقالَت‬.‫عن ذَلِك‬
‫ْل‬
َ ُ ُ َ ُ َْ ْ َ َْ
ُ ْ‫ال فَ َما ِزل‬
‫ت أ َْع ِرفُ َها‬ َ َ‫ ق‬.‫ ََّل‬:‫ال‬َ َ‫ أَََّل نَ ْقتُلُ َها؟ ق‬:‫ال قَالُوا‬ َ َ‫ال َعلَ َّي) ق‬
َ َ‫ال أ َْو ق‬
َ َ‫(ق‬
.‫اَّللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم‬ َِّ ‫ول‬ ِ ‫ات رس‬ ِ
َّ ‫صلَّى‬
َ ‫اَّلل‬ ُ َ ‫ِِف ََلََو‬
Bahawasanya seorang wanita Yahudi mendatangi
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dengan (membawa
masakan) daging kambing yang telah diracun. Maka baginda
memakan sebahagian darinya (dan apabila terasa ia
mengandungi racun), baginda mengutus seseorang bagi
memanggil wanita itu kepadanya dan baginda bertanya tentang
daging yang diracun itu.

Wanita itu menjawab: “Aku ingin membunuhmu!”

Rasulullah membalas: “Allah tidak akan memberi


kekuasaan kepadamu atas yang sedemikian (atau baginda
berkata: atas diriku).”

Para sahabat berkata: “Patutkah kami membunuh dia?”

Baginda menjawab: “Jangan.”

(Anas melanjutkan): Aku melihat kesan racun itu sentiasa


ada di langit-langit mulut Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam. [Shahih Muslim, no: 4060/2190]

212
Kembali kepada soalan apakah baginda mungkin pernah
disihir? Jawapannya “Ya” kerana ia tercatat dalam hadis-hadis yang
sahih. Sihir ini diizinkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala atas
beberapa hikmah, antaranya:

 Membuktikan bahawa sihir itu benar wujud. Ini bagi menjawab


orang yang menafikan kewujudan sihir.

 Menunjukkan bahawa sihir itu boleh menimpa sesiapa jua,


apabila ia diizinkan oleh Allah. Ini bagi membetulkan anggapan
sebahagian orang yang merasakan agamanya begitu hebat
sehingga dia tidak mungkin terkena sihir.

 Menunjukkan bagaimana sihir berfungsi.

 Menunjukkan cara mengubati diri daripada sihir.

 Membukti kebencian sebahagian kaum Yahudi kepada


Rasulullah sehingga sanggup menyihir baginda.

Mari kita menyemak hadis tentang Rasulullah disihir bagi


mengetahui hikmah-hikmah di atas dengan lebih baik. A’isyah
radhiallahu 'anha menerangkan:

ُ ‫اَّللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم َر ُجلٌ ِم ْن بَِِن ُزَريْ ٍق يُ َق‬


َّ ‫صلَّى‬ َِّ ‫ول‬
ُ‫ال لَه‬ َ ‫اَّلل‬ َ ‫َس َحَر َر ُس‬
ِ ِ َّ ‫اَّللِ صلَّى‬
ُ‫اَّللُ َعلَْيه َو َسلَّ َم ُُيَيَّ ُل إِلَْيه أَنَّه‬ َ َّ ‫ول‬ ُ ‫ص ِم َح ََّّت َكا َن َر ُس‬ ُ ِ‫لَب‬
َ ‫يد بْ ُن ْاْل َْع‬
213
‫ات لَْي لَ ٍة َوُه َو‬ ٍ
َ َ‫َّيءَ َوَما فَ َعلَهُ َح ََّّت إِذَا َكا َن ذ‬
َ َ‫ات يَ ْوم أ َْو ذ‬ ْ ‫َكا َن يَ ْف َع ُل الش‬
.‫عا‬ ِ ِِ
َ ‫عنْدي لَكنَّهُ َد َعا َوَد‬
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah disihir
oleh seorang lelaki dari Bani Zuraiq, dikatakan orang itu ialah
Labid bin al-‘Asham. (Kesan sihir itu) memberikan khayalan
kepada Rasulullah bahawa baginda melakukan sesuatu padahal
baginda tidak melakukannya.

Sehinggalah pada satu hari atau malam ketika baginda


berada di sisiku, baginda berterusan berdoa dan berdoa.

‫استَ ْفتَ ْي تُهُ فِ ِيه؟ أ ًََتِّن‬


ْ ‫يما‬
ِ
َ ‫اَّللَ أَفْ تَ ِاّن ف‬
َّ ‫َن‬َّ ‫ت أ‬ ِ ‫َشعر‬ ِ
ْ َ َ ‫ ََي َعائ َشةُ أ‬:‫ال‬ َ َ‫ُُثَّ ق‬
‫َح ُد ُُهَا‬
َ ‫ال أ‬ َ ‫ فَ َق‬.‫َح ُد ُُهَا ِعْن َد َرأْ ِسي َو ْاْل َخ ُر ِعْن َد ِر ْجلَ َّي‬ ِ
َ ‫َر ُج َلن فَ َق َع َد أ‬
‫يد بْ ُن‬ ُ ِ‫ لَب‬:‫ال‬
َ َ‫ َم ْن طَبَّهُ؟ ق‬:‫ال‬ َ َ‫ ق‬.‫وب‬ َّ ‫ َما َو َج ُع‬:‫احبِ ِه‬
َ ‫الر ُج ِل؟ فَ َق‬ ِ ‫لِص‬
ٌ ُ‫ َمطْب‬:‫ال‬ َ
‫ف طَلْ ِع ََنْلَ ٍة‬ ِ ‫ ِِف م ْش ٍط وم َشاطٍَة وج‬:‫ال‬
َُ َُ ُ َ َ‫َي َش ْي ٍء؟ ق‬ ِ ‫ ِِف أ‬:‫ال‬ َ َ‫ ق‬.‫ص ِم‬َ ‫ْاْل َْع‬
.‫ ِِف بِْئ ِر ذَ ْرَوا َن‬:‫ال‬ َ َ‫ َوأَيْ َن ُه َو؟ ق‬:‫ال‬ َ َ‫ ق‬.‫ذَ َك ٍر‬
Kemudian beliau bersabda: “Wahai ‘Aisyah, apakah
kamu tahu bahawa Allah telah memberikanku jawapan tentang
(masalah khayalan) yang aku tanyakan kepada-Nya? (Aku
bermimpi) ada dua orang lelaki yang mendatangiku, salah

214
seorang duduk dekat kepalaku dan seorang lagi dekat kakiku.
Lalu berkata salah seorang itu kepada temannya: “Apakah
masalah orang ini?”

Dia menjawab: “Disihir.”

“Siapa menyihirnya?”

“Labid bin al-‘Asham.”

“Dengan apa dia menyihir?”

“Dengan sikat dan rambut yang terjatuh ketika disikat


serta mayang kurma jantan.”

“Di manakah semua itu?”

“Dalam Perigi Dzarwan.”

ِِ ‫اَّلل علَي ِه وسلَّم ِِف ََن ٍس ِمن أ‬ َّ َ ِ‫اَّلل‬


َ‫ فَ َجاء‬.‫َص َحابه‬ْ ْ َ َ َ ْ َ َُّ ‫صلى‬ َّ ‫ول‬ُ ‫فَأ ًََت َها َر ُس‬
‫وس‬ ِ ِ ‫اْلِن‬
َّ ‫َّاء أ َْو َكأ‬ َّ ‫ ََي َعائِ َشةُ َكأ‬:َ‫فَ َقال‬
ُ ُ‫وس ََنْل َها ُرء‬َ ُ‫َن ُرء‬ ْ ُ‫اعة‬ َ ‫َن َماءَ َها نُ َق‬
َّ ‫ قَ ْد َعافَ ِاّن‬:‫ال‬ َِّ ‫ول‬ ِ ‫الشَّي‬
ِ ‫اط‬
ُ‫اَّلل‬ ْ ‫اَّلل أَفَ َل‬
َ َ‫استَ ْخَر ْجتَهُ؟ ق‬ َ ‫ ََي َر ُس‬:‫ت‬ ُ ْ‫ قُل‬.‫ي‬ َ
.‫ت‬ ِ ِ ِ ِ ِ ‫فَ َك ِرهت أَ ْن أُثَ ِور علَى الن‬
ْ َ‫ فَأ ََمَر ِبَا فَ ُدفن‬.‫َّاس فيه َشًّرا‬ َ َ ُ ْ
Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
mendatangi perigi itu bersama sebahagian sahabatnya. Apabila
kembali, baginda bersabda: “Wahai Aishah, seakan-akan airnya

215
berwarna merah seperti perahan daun inai atau seakan-akan
hujung dahan pokok kurma, seperti kepala syaitan.”

‘Aisyah bertanya: “Wahai Rasulullah, tidakkah engkau


meminta ia dikeluarkan?” Baginda menjawab: “Allah telah
menyembuhkanku, maka aku tidak suka ia memberi pengaruh
buruk kepada orang ramai.” Kemudian baginda memerintahkan
agar perigi itu ditimbus. [Shahih al-Bukhari, no: 5321/5763]

Dalam hadis ini, kesan sihir yang dihadapi oleh Rasulullah


shallallahu 'alaihi wasallam hanyalah khayalan bahawa baginda
melakukan sesuatu perbuatan padahal baginda tidak melakukannya.
Apakah perbuatan itu? A’isyah menerangkannya dalam satu
riwayat lain:

‫اَّللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم ُس ِحَر َح ََّّت َكا َن يََرى أَنَّهُ َيِِْت‬


َّ ‫صلَّى‬ َِّ ‫ول‬
َ ‫اَّلل‬ ُ ‫َكا َن َر ُس‬
َّ ‫النِ َساءَ َوََّل َيْتِي ِه‬
.‫ن‬

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah disihir


sehingga baginda menganggap telah mendatangi isteri-isterinya
padahal baginda tidak mendatangi mereka. [Shahih al-Bukhari,
no: 5323/5765]

Oleh itu khayalan Rasulullah bukanlah sesuatu yang salah


kerana apa yang baginda khayalkan hanyalah mendatangi isteri-

216
isteri baginda yang sememangnya halal untuk baginda. Adapun
selain itu, semua urusan harian Rasulullah adalah seperti biasa. Apa
yang lebih penting, baginda tidak melakukan sesuatu yang haram
atau mensyari’atkan sesuatu yang salah mahupun baru. Justeru sihir
tersebut tidak memberi apa-apa pengaruh negatif kepada peranan
baginda sebagai seorang Rasul Allah.

Semua ini menafikan dan membatalkan anggapan: “jika


baginda pernah disihir, bererti ada ajaran baginda selama tempoh
terkena sihir itu yang salah atau boleh dipersoalkan. Ini tentu
menjejaskan peranan baginda sebagai seorang Rasul Allah.”

Berdasarkan kisah ini, dapat kita pelajari bagaimana


Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengubati dirinya daripada
sihir. Baginda hanya berdoa dan berterusan dalam berdoa sehingga
Allah menunjukkan cara untuk baginda mengatasi sihir tersebut.
Dalam sebahagian riwayat, dikatakan bahawa baginda bersama
para sahabat membaca surah al-Falaq dan al-Nas ketika di Perigi
Dzarwan sehingga terbuka simpulan-simpulan sihir. [Fath al-Bari,
syarah kepada hadis no: 5763]

Oleh itu sesiapa yang terkena sihir atau mempercayai


dirinya terkena sihir, hendaklah memohon kesembuhan daripada
Allah Subhanahu wa Ta'ala. Hendaklah berdoa tanpa putus asa

217
sebagaimana Rasulullah juga berterusan dalam berdoa kepada
Allah. Moga-moga Allah akan menyembuhkannya atau
menunjukkan kepada orang yang boleh mengubati secara jujur dan
benar. Sambil itu hendaklah meruqyah diri sendiri dengan membaca
surah al-Falaq dan surah al-Nas dengan penuh kefahaman dan
keyakinan.

Hadis ini juga menunjukkan bagaimana sihir berfungsi. Jin


yang bersepakat dengan ahli sihir hanya dapat mengenali
mangsanya melalui sisa tinggalan mangsa seperti rambut, kuku atau
pakaiannya yang belum dibasuh. Diriwayatkan bahawa Labid bin
al-‘Asham menghantar seorang kanak-kanak Yahudi berpura-pura
menjadi pelayan Rasulullah. Kanak-kanak itu mengutip rambut
Rasulullah yang jatuh ketika baginda menyikat rambut, atau
mengambil rambut yang terlekat pada sikat Rasulullah. Rambut itu
diserahkan kepada Labid untuk dia menjalankan sihirnya ke atas
baginda.

Tanpa rambut, kuku atau pakaian mangsa, amat sukar bagi


seorang ahli sihir menjalankan kerja jahatnya. Demikian juga, jika
seseorang itu sedang berubat daripada sihir dan perawatnya
meminta rambut, kuku atau pakaiannya yang belum dibasuh, maka
ketahuilah bahawa perawat itu menggunakan khidmat jin dan ilmu

218
sihir. Perawat itu sendiri ialah seorang ahli sihir dan dia mengutus
jinnya bagi melawan jin yang diutus oleh ahli sihir yang pertama.
Maka ia adalah sihir melawan sihir dan hukumnya adalah haram.

Rambut, kuku atau pakaian yang belum dibasuh boleh juga


digunakan untuk tujuan lain. Misalnya:

Encik Zakaria pergi berjumpa Ustaz Karim, meminta agar

rumahnya “dipagar” daripada sebarang gangguan. Ustaz Karim meminta

Zakaria memberikan segumpal rambutnya. Rambut itu dibahagikan

menjadi lima bahagian, empat daripadanya dimasukkan ke dalam empat

kantung kain yang berasingan bersama beberapa bahan lain yang

berperanan memelihara keutuhan rambut tersebut. Kembali ke rumah,

Zakaria menanam kantung-kantung itu di empat penjuru rumahnya

sebagaimana yang diminta oleh Ustaz Karim.

Satu bahagian rambut yang tersisa, Ustaz Karim berikan

kepada jin peliharaannya yang bernama Lawagnep. Lawagnep mengenal

pasti bau rambut tersebut. Setiap rambut memiliki bau tersendiri

yang hanya dapat dikenali oleh bangsa jin. Kemudian Lawagnep

mengikuti Zakaria ke rumahnya. Lawagnep dapat mengenal sempadan

rumah Zakaria berdasarkan posisi empat kantung yang ditanam pada

empat penjuru rumah. Kantung-kantung itu menjadi penanda sempadan

rumah yang perlu dikawal oleh Lawangnep.

219
Kisah Rasulullah disihir juga mengajar kita bahawa salah
satu cara mengubati sihir ialah mencari kantung yang dijadikan
penanda oleh ahli sihir. Kantung tersebut hendaklah dimusnahkan,
seperti membakarnya. Dalam kes Rasulullah, baginda menimbus
perigi yang mengandungi kantung tersebut.

Demikianlah beberapa hikmah dan pelajaran yang dapat kita


ambil dari pengalaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
disihir. Hakikatnya, baginda bukan dikalahkan oleh sihir namun
diizinkan oleh Allah untuk terkena sihir agar kita umat Islam dapat
mengambil hikmah dan pelajaran daripadanya.

Soalan: Apakah Perbezaan Antara Gangguan Jin Dan


Gangguan Sihir?

Jawapan:

Perbezaan antara gangguan jin dan gangguan sihir dapat


dibahagikan kepada beberapa aspek.

Aspek Tujuan Asal Mengganggu

Gangguan jin berasal dari kehendak jin itu sendiri. Jin itu
sendiri yang mahu mengganggu sama ada kerana terpikat dengan
manusia, pernah dizalimi oleh manusia, inginkan kehidupan seperti
manusia atau ingin menyesatkan manusia.

220
Gangguan sihir pula berasal dari kehendak manusia, lalu
manusia itu berjumpa dengan ahli sihir dan meminta dia melakukan
kemudaratan ke atas orang pilihannya. Ahli sihir itu kemudian
menghantar jin bagi melakukan kemudaratan tersebut.

Aspek Bentuk Gangguan

Bentuk gangguan jin bergantung kepada kehendak jin itu


sendiri. Jika jin itu inginkan kehidupan seperti manusia misalnya,
dia duduk di rumah manusia itu dan menikmati semua keselesaan
di rumah itu. Bentuk gangguan jin amatlah pelbagai kerana jin yang
berbeza akan mengganggu dengan cara yang berbeza mengikut
kesukaannya.

Bentuk gangguan sihir pula bergantung kepada kehendak


manusia yang menyihirnya. Sebagai contoh, jika Afiq jatuh cinta
kepada Haslina sementara Haslina sudah bersuami, maka Afiq
berjumpa ahli sihir dan meminta agar dihadirkan perasaan benci
dalam hati Haslina terhadap suaminya sehingga akhirnya dia
meminta cerai.

Aspek Rawatan

Bentuk rawatan bagi gangguan jin dan sihir adalah sama,


iaitu dibacakan ayat-ayat al-Qur’an, doa-doa yang diajar Rasulullah

221
dan mengharapkan kesembuhan daripada Allah. Khusus bagi
gangguan sihir, hendaklah mencari kantung yang dijadikan penanda
oleh ahli sihir untuk jinnya. Kantung penanda itu lazimnya ada
berdekatan rumah mangsa.

Jika dibanding antara rawatan gangguan jin dan sihir, maka


gangguan jin lebih mudah dirawat dan disembuhkan. Gangguan
sihir lebih sukar kerana jin yang mengganggu memiliki “tugasan”
atau assignment daripada ahli sihirnya dan akan cuba melaksanakan
tugasan tersebut sepenuhnya. Oleh itu rawatan daripada gangguan
sihir lazimnya mengambil masa yang lebih lama berbanding
rawatan daripada gangguan jin.

222
Bahagian Kedua

Mencegah Gangguan Jin

Dalam bab yang lepas kita telah belajar, berdasarkan dalil-


dalil al-Qur’an dan Hadis, bagaimana jin mampu mengganggu kita
dengan pelbagai cara. Dalam bab ini insya-Allah, kita akan belajar
cara-cara mengelakkan gangguan jin. Moga-moga dengan izin
Allah, kita semua terpelihara daripada sebarang bentuk gangguan
jin.

Sebelum itu ingin saya tekankan bahawa meskipun jin


mampu mengganggu kita, tidak bererti semua gangguan yang kita
alami adalah berasal daripada jin. Misalnya, jin boleh
mengakibatkan penyakit. Akan tetapi bukan semua penyakit yang
kita alami disebabkan oleh jin. Mungkin saja gaya hidup yang tidak
sihat dan gizi pemakanan yang tidak seimbang menjadi sebab kita
jatuh sakit.

Contoh lain, apabila terasa terhimpit ketika tidur, lazim


didakwa “Saya telah dihimpit jin” atau “Aku telah ditindih jin

223
ketika tidur”. Akan tetapi jika dicermati dakwaan ini, akan
ternampak kejanggalannya kerana jin adalah makhluk yang tidak
memiliki jisim. Oleh itu ia tidak memiliki berat yang boleh
menghimpit atau menindih manusia. Orang yang dirasuk jin
misalnya, ketika sihat berat badannya 60kg. Ketika dirasuk jin,
berat badannya tetap 60kg.

Apabila terasa dihimpit ketika tidur, apa yang sebenarnya


berlaku ialah ada bahagian otak yang telah terjaga (yakni
kesedaran) sementara bahagian otak yang lain masih tidur,
khususnya yang menggerakkan otot-otot. Oleh itu bahagian otak
yang sudah sedar ingin bergerak, akan tetapi bahagian otak yang
lain masih tertidur sehingga tidak dapat melakukan pergerakan. Ini
termasuklah bahagian yang mengawal lisan sehingga orang yang
terasa sedang dihimpit mendapati dirinya tidak dapat membaca
ayat-ayat al-Qur’an.

Baiklah, berikut disenaraikan bentu-bentuk gangguan jin


dan cara pencegahannya.

224
Mencegah Gangguan Kerana Tarikan Seks

Jangan terperanjat jika saya menyenaraikan gangguan ini


sebagai yang pertama. Sebabnya, banyak gangguan yang berlaku
kerana tarikan seks. Dalam Bab Jin Dan Hubungan Seks, saya
telah jelaskan bagaimana makhluk jin memiliki jantina lelaki dan
perempuan, dapat melakukan hubungan seks dan tertarik serta jatuh
cinta dengan manusia. Dalam kes ini, jin perempuan tertarik atau
jatuh cinta dengan manusia lelaki, jin lelaki tertarik atau jatuh cinta
dengan manusia perempuan.

Apabila sudah tertarik atau jatuh cinta, jin tersebut


mengikuti mangsa tarikannya ke mana jua. Ada juga yang merasuk
dan duduk di dalam tubuh badan mangsanya. Bentuk gangguan pula
pelbagai dan ini termasuklah berasa sedang melakukan hubungan
seks ketika sedang tidur.

Bagi yang sudah berkahwin pula, jin berasa cemburu dan


mengganggu dengan menggagalkan hubungan seks antara suami
isteri tersebut. Kes lazim, apabila saja hendak melakukan hubungan
seks, tiba-tiba suami diganggu dengan zakar (penis) yang tidak
boleh tegak sementara isteri diganggu dengan pendarahan di
vagina.

225
Bagi mencegah gangguan jin kerana tarikan, pertama
sekali hendaklah kita sedar bahawa mereka (jin) dapat melihat kita
sementara kita tidak dapat melihat mereka. Allah Subhanahu wa
Ta'ala berfirman:

ُ ‫إِنَّهُ يََرا ُك ْم ُه َو َوقَبِيلُهُ ِم ْن َحْي‬


.‫تَرْوََنُم‬
ْ َ ‫ث ََّل‬
Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat
kamu dari suatu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka.
[al-A’raaf 7:27]

Oleh itu hendaklah selalu berpakaian yang menutup aurat,


paling utama menutupi dari leher hingga ke kaki meskipun apabila
berseorangan dalam bilik. Sebahagian orang ada yang berpakaian
secara minimum apabila mereka berseorangan atau apabila sesama
jantina. Ingat, jin lelaki boleh melihat manusia perempuan tanpa
disedari. Jin perempuan boleh melihat manusia lelaki tanda
disedari. Pakaian yang serba minimum akan menaikkan daya
tarikan seksual jin tersebut.

Selain itu sebahagian manusia ada yang suka bergaya


apabila berseorangan. Baik lelaki atau wanita, mereka bergaya
sambil telanjang atau dengan pakaian dalam di hadapan cermin
dengan aksi-aksi yang mereka rasakan hebat dan seksi. Ada juga

226
yang bergaya lalu mengambil gambar-gambar sendiri (selfie).
Sekalipun mereka berseorangan apabila melakukan semua itu dan
gambar-gambar selfie yang diambil adalah untuk tatapan sendiri
sahaja, ada makhluk lain yang turut serta melihat, iaitu jin. Aksi-
aksi mereka menyebabkan jin akhirnya tertarik atau jatuh cinta
dengan mereka.

Sebenarnya berpakaian yang menutup aurat apabila


berseorangan atau sesama jantina merupakan satu sikap yang
terpuji. Perhatikan hadis berikut apabila Mu’awiyah bin Hayyadah
radhiallahu 'anh bertanya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam tentang aurat:

‫ك إََِّّل‬َ َ‫اح َف ْظ َع ْوَرت‬


ْ :‫ال‬ َ َ‫اَّللِ َع ْوَراتُنَا َما ََنِِْت ِمْن َها َوَما نَ َذ ُر؟ ق‬
َّ ‫ِب‬َّ َِ‫ََي ن‬
َِّ ‫ول‬
ُ‫اَّلل إِ َذا َكا َن الْ َق ْوم‬ َ ‫ ََي َر ُس‬:‫ت‬ ُ ‫ قُ ْل‬.‫ك‬ َ ُ‫ت ََيِين‬ ْ ‫ك أ َْو َما َملَ َك‬ َ ِ‫ِم ْن َزْو َجت‬
‫ال‬
َ َ‫ ق‬.‫َح ٌد فَ َل يََر َاها‬ َ ‫ت أَ ْن ََّل يََر َاها أ‬ ْ ‫ إِ ْن‬:‫ال‬
َ ‫استَطَ ْع‬ َ َ‫ض؟ ق‬ ٍ ‫ض ُه ْم ِِف بَ ْع‬ ُ ‫بَ ْع‬
ِ
ُ‫َح ُّق أَ ْن يُ ْستَ ْحيَا مْنه‬ َ ‫اَّللُ أ‬
َّ َ‫ ف‬:‫ال‬ َ َ‫َح ُد ََن َخالِيًا؟ ق‬ َِّ ‫ َي نَِِب‬:‫قُلْت‬
َ ‫اَّلل إِذَا َكا َن أ‬ َّ َ ُ
ِ ‫ِم ْن الن‬
.‫َّاس‬
“Wahai Nabi Allah! Berkenaan aurat kami, mana yang
patut kami tutup dan mana yang patut kami biarkan terbuka?”
Baginda menjawab: “Peliharalah aurat kamu kecuali dari isteri

227
kamu atau budak kamu.”

Aku (Mu’awiyah) bertanya lagi: “Wahai Rasulullah,


apabila antara sesama jantina (lelaki dengan lelaki atau wanita
dengan wanita)?”

Baginda menjawab: “Jika kamu mampu untuk tidak


memperlihatkannya kepada seorang pun, maka janganlah kamu
memperlihatkannya.”

Aku (Mu’awiyah) bertanya lagi: "Wahai Nabi Allah,


bagaimana apabila salah seorang dari kami bersendirian?”

Baginda menjawab: “Maka Allah lebih berhak untuk dia


berasa malu darinya berbanding sesama manusia.” [Shahih
Sunan al-Tirmizi, no: 2718/2794]

Dalam sebuah riwayat dikatakan bahawa:

ِ ِِ ِ
َ ‫ي فَِإ َّن َم َع ُك ْم َم ْن ََّل يُ َفا ِرقُ ُك ْم إََِّّل عْن َد الْغَائط َوح‬
‫ي‬ َ ‫إِ ََّي ُك ْم َوالت‬
َ ‫َّع ِر‬
ِِ ِ ‫ي ْف‬
ْ ُ ‫وه ْم َوأَ ْك ِرُم‬
.‫وهم‬ ُ ُ‫استَ ْحي‬ْ َ‫الر ُج ُل إِ ََل أ َْهله ف‬َّ ‫ضي‬ ُ
Janganlah kalian telanjang kerana sesungguhnya
bersama kalian ialah (malaikat) yang tidak berpisah dari kalian
kecuali ketika buang air besar dan ketika seorang lelaki
menyetubuhi isterinya. Oleh itu malulah kepada mereka dan

228
muliakanlah mereka. [Sunan al-Tirmizi, no: 2724/2800. Darjatnya
dhaif]

Apakah batas aurat yang patut ditutup apabila bersendirian


atau sesama jantina? Ada yang berkata ia hanyalah kemaluan depan
dan belakang. Saya berpendapat, yang lebih utama ialah berpakaian
yang menutup dari leher sehinggalah ke kaki. Pendapat ini adalah
berdasarkan dalil-dalil di atas, khususnya sifat jin yang …melihat
kamu dari suatu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka.
[al-A’raaf 7:27]

Kedua, apabila membuka dan menukar pakaian, bacalah


Bismillah. Apabila membuka pakaian untuk ke tandas, bacalah
Bismillah dan bacalah juga doa masuk tandas. Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam memesan:

ِ ِْ ‫ي‬
َ ‫آد َم إِذَا َد َخ َل أ‬
َ‫َح ُد ُه ْم ا ْْلََلء‬ َ ‫اْل ِن َو َع ْوَرات بَِِن‬ ِ ُ ‫ي أ َْع‬
َ َْ‫َس َْتُ َما ب‬
.ِ‫اَّلل‬
َّ ‫ول بِ ْس ِم‬َ ‫أَ ْن يَ ُق‬
Penghalang antara pandangan mata jin dan aurat Bani
Adam (manusia) adalah ketika seorang di kalangan kalian masuk
tandas, dia mengucapkan: Bismillah. [Shahih Sunan al-Tirmizi,
no: 551/606]

Ketiga, lazimkan diri membaca al-Qur’an, hadis-hadis

229
Rasulullah dan berzikir dalam pelbagai urusan harian. Jin jahat
tidak tertarik kepada sesiapa yang memenuhi fikiran dan hatinya
dengan kalam-kalam Allah, tertarik kepada sesiapa yang memenuhi
fikiran dan hatinya dengan apa jua yang berkaitan dengan seks.
Lazimkan diri membaca al-Qur’an di dalam rumah, khususnya
surah al-Baqarah kerana syaitan tidak masuk ke dalam rumah yang
lazim dibaca al-Qur’an oleh para penghuninya.

Soalan: Majlis Masuk Rumah Baru

Saya terbaca bahawa syaitan tidak masuk ke dalam rumah


yang dibaca surah al-Baqarah. Tidak lama lagi saya sekeluarga akan
berpindah ke rumah baru dan kami merancang membuat majlis
membaca surah al-Baqarah. Betulkah perancangan kami ini?

Jawapan:

Ya, syaitan tidak masuk atau lari dari rumah yang dibaca di
dalamnya surah al-Baqarah. Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam bersabda tentang hal ini:

ُ‫ت الَّ ِذي تُ ْقَرأ‬


ِ ‫ِمن الْب ي‬
َْ ْ ‫ََّل ََْت َعلُوا بُيُوتَ ُك ْم َم َقابَِر إِ َّن الشَّْيطَا َن يَْن ِف ُر‬
ِ ِ‫ف‬
.ِ‫يه سورةُ الْبَ َقرة‬
َ َ ُ
Jangan jadikan rumah kalian tempat perkuburan,

230
sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibaca di dalamnya
surah al-Baqarah. [Shahih Muslim, no: 1300/780]

Pesan baginda: Jangan jadikan rumah kalian tempat


perkuburan… ertinya lazimkan diri membaca al-Qur’an di dalam
rumah. Jika tidak dibaca, rumah akan menjadi umpama tempat
perkuburan kerana kubur bukanlah tempat disyari’atkan membaca
al-Qur’an. Antara semua surah al-Qur’an, yang paling utama ialah
surah al-Baqarah kerana … sesungguhnya syaitan lari dari rumah
yang dibaca di dalamnya surah al-Baqarah.

Hadis ini menganjurkan membaca al-Qur’an di dalam


rumah secara berterusan oleh semua ahlinya. Jika dibaca surah al-
Baqarah hanya pada hari memasuki rumah baru, maka syaitan
hanya akan lari pada hari itu dan akan datang kembali esok lusa.
Malah rumah anda hanyalah “hidup” pada hari pertama sementara
pada hari-hari berikutnya, ia adalah kawasan perkuburan.
Perhatikan pesanan Abu Hurairah radhiallahu 'anh ini:

ِ ِ ِِ ِ
‫ي‬ُ ‫ض ُرهُ الْ َم َلئ َكةُ َوَِتْ ُج ُرهُ الشَّيَاط‬ ُ ‫ت لَيَ تَّس ُع َعلَى أ َْهله َوََْت‬ َ ‫إِ َّن الْبَ ْي‬
ِِ ِ ِِ
ُ‫يق َعلَى أ َْهله َوَِتْ ُج ُره‬ ُ ‫ت لَيَض‬ َ ‫َويَ ْكثُ ُر َخ ْْيُهُ أَ ْن يُ ْقَرأَ فيه الْ ُق ْرآ ُن َوإِ َّن الْبَ ْي‬
ُ ‫ي َويَِق ُّل َخ ْْيُهُ أَ ْن ََّل يُ ْقَرأَ فِ ِيه الْ ُق ْرآ‬
.‫ن‬ ِ
ُ ‫ض ُرهُ الشَّيَاط‬
ِ
ُ ‫الْ َم َلئ َكةُ َوََْت‬
Sesungguhnya rumah akan terasa luas bagi penghuninya,

231
para malaikat akan mendatanginya, para syaitan akan menjauhi
dan kebaikannya akan bertambah jika Al Qur'an dibaca di
dalamnya.

Dan rumah akan terasa sempit bagi penghuninya, para


malaikat menjauhinya, para syaitan datang dan kebaikannya
berkurang jika di dalamnya tidak dibacakan Al Qur'an. [Sunan
al-Darimi, no: 3175. Sanadnya dinilai sahih oleh Husain Salim
Asad]

Oleh itu langkah yang benar ialah melazimkan diri


membaca al-Qur’an di dalam rumah. Bacalah dengan penuh
keimanan, penghayatan dan keinsafan. Ingat! Abu Jahal dan Abu
Lahab juga dapat membaca al-Qur’an, akan tetapi mereka
membacanya tanpa keimanan, penghayatan mahupun keinsafan.

232
Mencegah Gangguan Kerana Telah Diganggu

Apabila berbicara tentang jin, ramai yang akan menuduh jin


sebagai suka mengganggu manusia. Apa yang benar, kadangkala
manusia yang terlebih dahulu mengganggu jin sehingga mereka
mengganggu balik kerana marah atau membalas dendam.

Perhatikan bagaimana manusia masa kini membuka banyak


kawasan untuk tujuan pembangunan, padahal kawasan itu mungkin
saja merupakan kampung halaman sekumpulan jin. Maka jin itu
membalas balik dengan mengganggu orang-orang yang terlibat
dalam pembangunan tersebut atau mengganggu orang yang
mendiami kawasan tersebut.

Adapun secara individu, ada beberapa perkara yang perlu


kita perhatikan agar tidak mengganggu jin. Pertama, jangan terus
membunuh, mencedera atau menzalimi haiwan yang memasuki
rumah, pejabat, surau atau masjid. Ini kerana jin boleh menjelma
sebagai haiwan dan tindakan kita itu boleh menyebabkan jin
tersebut atau ahli keluarganya menyerang kembali. Perhatikan
hadis berikut dan ambillah iktibar daripadanya.

Abu al-Sa’ib, maula Hisyam bin Zuhri menceritakan


bahawa dia menemui Abu Sa’id al-Khudri di rumahnya. (Abu al-

233
Sa’ib berkata): Aku dapati dia sedang solat, maka aku duduk
menunggu sehingga selesai solatnya. Ketika itu aku mendengar
suatu pergerakan di pelepah kurma di satu penjuru rumah. Aku
menoleh dan apabila terlihat seekor ular di sana, aku terus
melompat (bangun) bagi membunuhnya. Akan tetapi (Abu Sa’id
al-Khudri) mengisyaratkan aku duduk, maka aku duduk kembali.

Tatkala selesai solat, Abu Sa’id menunjuk ke arah sebuah


rumah di perkampungan itu dan berkata: “Apakah kamu
nampak rumah itu?” Aku menjawab: “Ya.”

Abu Sa’id menjelaskan: “Pernah di rumah itu seorang


lelaki muda dari (keluarga) kami yang baru sahaja berkahwin.
Kami keluar bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ke
(Perang) Khandak dan lelaki muda itu biasa meminta izin kepada
Rasulullah untuk pulang ke rumahnya pada pertengahan hari
untuk bersama isterinya.

Pada satu hari, dia meminta izin (pulang ke rumah) dan


Rasulullah berpesan kepadanya: “Ambillah senjata kamu kerana
sesungguhnya aku bimbang keselamatan kamu dari (serangan
kaum Bani) Quraizah.” Maka lelaki itu mengambil senjatanya
kemudian pulang ke rumah.

Apabila sampai di rumah, didapati isterinya berdiri di

234
perkarangan rumah. Maka dia terus menuju kepada isterinya
dengan menghunuskan lembingnya bertujuan menikamnya
dengan lembing itu disebabkan kecemburuannya. Namun
isterinya berkata: “Tahanlah lembing kamu dan masuklah ke
dalam rumah sehingga kamu lihat apa yang menyebabkan aku
keluar dari rumah!”

Maka dia masuk ke dalam rumah dan apabila terlihat


seekor ular besar yang melingkar di atas tempat tidur, dia terus
menuju kepadanya dengan lembingnya dan menikam ular itu
dengannya. Kemudian dia keluar dan melemparkan lembingnya
ke tanah dengan ular itu masih tertikam padanya. Namun ular
itu menyerangnya kembali dan tidak dapat dipastikan siapa yang
mati terlebih dahulu, ular itu atau lelaki muda itu (tetapi kedua-
duanya mati diakhirnya).

(Abu Sa’id al-Khudri) berkata: Kami menemui Rasulullah


dan menceritakan apa yang berlaku kepadanya. Kami berkata:
“Mohonlah kepada Allah agar menghidupkan kembali (lelaki
muda itu) untuk kami!” Rasulullah bersabda: “Mohonlah
ampun untuk saudara kalian itu.” Kemudian baginda
melanjutkan:

235
ِ َ‫إِ َّن ِِبلْم ِدين ِة ِجنًّا قَ ْد أَسلَموا فَِإذَا رأَي تم ِمْن هم َشي ئا ف‬
‫آذنُوهُ ثََلثَةَ أ َََّيٍم‬ ً ْ ْ ُ ْ ُْ َ ُ ْ َ َ
ٌ ‫ك فَاقْ تُلُوهُ فَِإََّّنَا ُه َو َشْيطَا‬ ِ
.‫ن‬ َ ‫فَِإ ْن بَ َدا لَ ُك ْم بَ ْع َد ذَل‬
“Sesungguhnya di Madinah ada sekumpulan jin yang
sudah masuk Islam. Maka apabila kalian melihat sesuatu yang
aneh daripada mereka (seperti memasuki rumah kalian), maka
berilah izin kepada mereka selama tiga hari. Akan tetapi jika ia
tetap muncul kepada kalian selepas tiga hari, maka bunuhlah ia
kerana itu tidak lain adalah syaitan.

Dalam satu riwayat lain baginda bersabda:

ِ ‫إِ َّن َِل ِذهِ الْب ي‬


‫وت َع َو ِامَر فَِإ َذا َرأَيْتُ ْم َشْي ئًا ِمْن َها فَ َح ِر ُجوا َعلَْي َها ثََل ًَث‬ُُ َ
ِ ‫ال ََلم ا ْذهبوا فَ ْادفِنُوا‬ ِ
ُ َ ُْ َ َ‫ َوق‬.‫ب َوإََِّّل فَاقْ تُلُوهُ فَِإنَّهُ َكافٌر‬
.‫كم‬ ِ
ْ ُ َ‫صاحب‬ َ َ ‫فَإ ْن ذَ َه‬
“Sesungguhnya di rumah-rumah ini (di Madinah) ada
penghuninya. Maka apabila kalian melihat sesuatu daripadanya,
maka halaulah ia selama tiga hari. Jika ia keluar (maka ia baik)
namun jika tidak, maka bunuhlah ia kerana sesungguhnya itu
adalah (jin) kafir.” Kemudian baginda bersabda kepada mereka:
“Pergilah dan kebumikanlah saudara kalian itu.” [Shahih
Muslim, no: 4150/2236]

Berdasarkan hadis ini:

236
 Jangan terus membunuh haiwan yang masuk ke dalam rumah,
pejabat, surau, masjid atau mana-mana kediaman manusia.
Juga, jangan menzaliminya dengan apa jua cara.

 Jin boleh menjelma sebagai haiwan dan ada kemungkinan


haiwan yang masuk itu ialah jin.

 Jin boleh menjelma menjadi apa-apa haiwan yang dia sukai, dari
yang membahayakan seperti ular dan kala jengking sehinggalah
yang disukai ramai seperti kucing dan arnab.

 Apabila ada haiwan yang memasuki rumah, mintalah ia keluar.


Katakanlah kepada dia: “Dengan nama Allah, keluarlah dari
rumah saya ini.”

 Jika haiwan itu terlebih dahulu melakukan tindakan yang


membahayakan, maka boleh membunuhnya sebagai
mempertahankan diri sendiri dan ahli keluarga.

 Pilihan lain ialah meminta pertolongan pihak yang lebih arif


dalam mengendalikan haiwan, bagi mengeluarkan haiwan
tersebut dari rumah. Hendaklah berpesan agar jangan dibunuh
haiwan tersebut, tetapi menangkapnya dan membebaskannya ke
habitat yang sesuai untuknya.

Kedua, jangan membuang air kecil, air besar, sampah, air

237
panas atau meludah di merata-rata, khususnya lubang-lubang di
tanah. Boleh jadi apa yang kita buang itu terkena jin dan ia akan
menyerang balas atas gangguan tersebut.

Dalam sebuah riwayat, Rasulullah shallallahu 'alaihi


wasallam bersabda: “Jangan sekali-kali membuang air kecil
dalam lubang (di tanah).” Orang bertanya kepada Qatadah
(perawi hadis): “Kenapa dibenci daripada membuang air kecil di
dalam lubang?” Qatadah menjawab: “Dikatakan, lubang itu
adalah tempat tinggal jin.” [Sunan al-Nasa’e, no: 34/34. Riwayat
ini diperbincangkan darjat kekuatannya]

Ketiga, hendaklah lazim berzikir kepada Allah dalam


semua urusan harian. Hendaklah membaca doa masuk tandas
apabila hendak membuang air kecil atau besar, meskipun di tempat-
tempat yang bukan tandas. Hendaklah menyebut nama Allah
(Bismillah) apabila membuang sampah atau air panas. Dikatakan
bahawa zikir-zikir kepada Allah itu menjadi satu amaran awal
kepada jin dan mereka akan segera beredar dari tempat itu agar
tidak terkena bahan buangan tersebut.

238
Soalan: Adakah Larangan Membunuh Ular Hanya Khusus Di
Madinah?

Saya terbaca bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi


wasallam melarang membunuh ular yang masuk ke dalam rumah.
Soalan saya, adakah larangan ini khusus untuk ular di tempat
baginda (Madinah) atau umum di semua lokasi?

Jawapan:

Ya, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah


berpesan:

ِ َ‫إِ َّن ِِبلْم ِدين ِة ِجنًّا قَ ْد أَسلَموا فَِإ َذا رأَي تم ِمْن هم َشي ئا ف‬
‫آذنُوهُ ثََلثَةَ أ َََّيٍم‬ ً ْ ْ ُ ْ ُْ َ ُ ْ َ َ
ٌ ‫ك فَاقْ تُلُوهُ فَِإََّّنَا ُه َو َشْيطَا‬ ِ
.‫ن‬ َ ‫فَِإ ْن بَ َدا لَ ُك ْم بَ ْع َد َذل‬
“Sesungguhnya di Madinah ada sekumpulan jin yang
sudah masuk Islam. Maka apabila kalian melihat sesuatu yang
aneh daripada mereka (seperti memasuki rumah kalian), maka
berilah izin kepada mereka selama tiga hari. Akan tetapi jika ia
tetap muncul kepada kalian selepas tiga hari, maka bunuhlah ia
kerana itu tidak lain adalah syaitan.” [Shahih Muslim, no:
4150/2236]

Ada yang berpendapat hadis ini khusus untuk ular di

239
Madinah berdasarkan sabda baginda: … di Madinah ada
sekumpulan jin…. Maka mereka berpendapat ular atau apa-apa
haiwan yang ditemui dalam rumah di lokasi selain Madinah boleh
terus dibunuh.

Ada pula yang berpendapat hadis ini tidak khusus kepada


ular di Madinah sahaja. Dalilnya ialah sabda baginda: …
sekumpulan jin yang sudah masuk Islam. Oleh kerana pada masa
itu dakwah Rasulullah kebanyakannya tertumpu di Madinah maka
kebanyakan manusia dan jin tertumpu di Madinah sahaja. Apabila
dakwah Islam berkembang selepas kewafatan baginda, maka
manusia dan jin yang sudah masuk Islam tidak lagi terhad di
Madinah tetapi meluas ke pelbagai lokasi.

Penulis cenderung kepada pendapat kedua ini.

240
Mencegah Gangguan Kerana Dengki

Jika dibanding dengan jin, manusia telah Allah muliakan


dengan pelbagai kelebihan seperti akal, kehidupan yang baik dan
makan minum yang menyelerakan. Allah Subhanahu wa Ta'ala
menyatakan hakikat ini dalam firman-Nya:

ِ ‫ولََق ْد َكَّرمنَا ب ِِن آدم و َْحلْنَاهم ِِف الْ ِْب والْبح ِر ورزقْ نَاهم ِمن الطَّيِب‬
‫ات‬َ َ ْ ُ َََ ْ َ َ َ ْ ُ َ َ َ َ َ ْ َ
.‫يل‬
ً‫ض‬ ِ ‫ض ْلنَاهم علَى َكثِ ٍْي ِِمَّن خلَ ْقنَا تَ ْف‬
َ ْ َ ْ ُ َّ َ‫َوف‬
Dan sesungguhnya telah Kami memuliakan anak-anak
Adam (manusia), Kami angkut mereka di daratan dan di lautan,
Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan
mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan
makhluk yang telah Kami ciptakan. [al-Isra 17:70]

Dibanding dengan jin pula, mereka hidup di tempat yang


kotor dan semak. Bahkan dalam lubang-luang di tanah sehingga
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menegah kita daripada
membuang najis ke dalam mana-mana lubang di tanah.

Mereka makan tulang-tulang sisa makanan manusia dan


najis haiwan pula menjadi makanan haiwan mereka. Rasulullah
pernah menerangkan:

241
‫اَّللِ َعلَْي ِه يَ َق ُع ِِف أَيْ ِدي ُك ْم أ َْوفَ َر َما يَ ُكو ُن‬ ِ
ْ ‫لَ ُك ْم ُك ُّل َعظْ ٍم ذُكَر‬
َّ ‫اس ُم‬
.‫كم‬ ِ ِ ٌ َ‫َْلْما وُك ُّل ب ْعرةٍ َعل‬
ْ ُ ‫ف ل َد َواب‬ ََ َ ً
Bagi kalian (masyarakat jin), daging ialah setiap tulang
yang diperolehi oleh tangan kalian, yang telah disebut nama
Allah ke atasnya sementara setiap najis haiwan menjadi
makanan untuk haiwan tunggangan kalian. [Sebahagian hadis
daripada Shahih Muslim, no: 682/450]

Mereka – bangsa jin – tidak diutus dengan Nabi mahupun


Rasul serta tidak diturunkan sebuah kitab suci. Mereka mengikut
dakwah Rasulullah yang merupakan seorang manusia dan
mengikuti al-Qur’an yang diturunkan kepada Rasulullah.

Semua kelebihan ini melahirkan perasaan dengki dalam


sebahagian golongan jin. Perasaan dengki ini bukanlah sesuatu
yang baru, tetapi sudah muncul saat Allah Subhanahu wa Ta'ala
mencipta manusia yang pertama di bumi ini. Perhatikan ayat
berikut:

ِ‫وإِ ْذ قُلْنا لِلْم َلئِ َك ِة اسج ُدوا ِْلدم فَسج ُدوا إََِّّل إِبل‬
ْ ‫ال أَأ‬
‫َس ُج ُد‬ َ َ‫يس ق‬
َ ْ َ َ ََ ُْ َ َ َ
ِ َ َ‫) ق‬61( ‫ت ِطينًا‬ ِ
‫ت َعلَ َّي؟‬ َ ‫ك َه َذا الَّذي َكَّرْم‬
َ َ‫ال أ ََرأَيْت‬ َ ‫ل َم ْن َخلَ ْق‬
Dan (ingatlah) tatkala Kami berfirman kepada para

242
malaikat: “Sujudlah kamu semua kepada Adam”, lalu mereka
sujud kecuali iblis (yang merupakan jenis jin). Dia berkata:
“Apakah aku akan sujud kepada orang yang Engkau ciptakan
dari tanah (sementara aku Engkau ciptakan dari api)?”

Dia (iblis) berkata: “Terangkanlah kepadaku, inikah


orangnya yang Engkau muliakan atas diriku?” [al-Isra’ 17:61-62]

Atas kedengkian ini, sebahagian jin ada yang merasuk


manusia dan hidup di dalam manusia agar dengan itu dia dapat
menikmati semua kelebihan yang dimiliki oleh manusia. Ada jin
yang tidak merasuk, tetapi mengganggu semata-mata kerana
dengki. Ada jin yang mengikuti pandangan manusia, lalu apabila
ada manusia yang berasa dengki melihat kelebihan pada orang lain,
maka jin tersebut menggangu orang yang ada kelebihan itu
(penyakit al-‘Ain). Ringkasnya ada pelbagai bentuk gangguan jin,
semuanya semata-mata kerana dengki.

Oleh kerana itulah dalam surah al-Falaq yang kita minta


perlindungan daripada Allah, salah satu daripadanya ialah
perlindungan daripada pendengki:

ِ ‫) وِمن َش ِر َغ‬2( ‫) ِمن َش ِر ما خلَق‬1( ‫ب الْ َفلَ ِق‬


‫اس ٍق إِ َذا‬ ِ ‫َعوذُ بِر‬
ْ َ َ َ َ ْ َ ُ ‫قُ ْل أ‬
)5( ‫اس ٍد إِ َذا َح َس َد‬
ِ ‫) وِمن َش ِر ح‬4( ‫ت ِِف الْع َق ِد‬
َ ْ َ ُ
ِ ‫) وِمن َش ِر النَّفَّا ََث‬3( ‫وقَب‬
ْ َ َ َ

243
Katakanlah: “Aku berlindung kepada Tuhan Yang
Menguasai belahan subuh, dari kejahatan segala makhluk
ciptaan-Nya, dari kejahatan malam apabila telah gelap gelita,
dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus
pada simpulan-simpulan dan dari kejahatan pendengki apabila
dia (melaksanakan) kedengkiannya.” [al-Falaq 113: 1-5]

Cara mencegah gangguan kerana dengki? Banyakkan


membaca surah al-Falaq di atas. Lazimkan diri bersyukur kepada
Allah dengan banyak menyebut “Alhamdulillah” atas apa jua
nikmat, baik kecil atau besar. Apabila seseorang itu menyandarkan
nikmat kepada Allah, maka jin mengetahui bahawa semua itu
adalah milik Allah dan bukan untuk direbut atau diambil olehnya.
Berbeza dengan orang yang selalu merungut, maka jin seolah-olah
berkata: “Jika kamu tak mahu atau tak suka, aku datang
memanfaatkannya!”

Apabila kehilangan sesuatu nikmat, baik kecil atau besar,


janganlah menyebut “Cis!”, “Celaka!”, “Damn it!” atau apa-apa
perkataan sumpahan yang lain, sebaliknya sebutlah Bismillah.
Salah seorang sahabat Nabi menceritakan bahawa dia pernah
membonceng di belakang Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.
Tiba-tiba haiwan tersebut tergelincir lalu dia bersumpah:

244
“Celakalah syaitan!” Mendengar yang sedemikian, Rasulullah
menegur:

‫ك تَ َعاظَ َم َح ََّّت يَ ُكو َن‬ ِ ْ‫َّلَ تَ ُقل تَعِس الشَّيطَا ُن فَِإنَّك إِذَا قُل‬
َ ‫ت ذَل‬
َ َ ْ َ ْ
ِ ‫اَّللِ فَِإنَّك إِ َذا قُ ْل‬
‫صا َغَر‬
َ َ‫ك ت‬ َ ‫ت َذل‬ َ َ َّ ‫ول بُِق َّوِِت َولَ ِك ْن قُ ْل بِ ْس ِم‬ ِ ‫ِمثْل الْب ي‬
ُ ‫ت َويَ ُق‬ َْ َ
ِ ‫الذِب‬ ِ
.‫ب‬ َ ُّ ‫َح ََّّت يَ ُكو َن مثْ َل‬
Janganlah menyebut “Celakalah syaitan!” kerana
apabila engkau mengatakannya, syaitan akan membesar
sehingga sebesar rumah dan berkata “Demi kekuatanku!”
Sebaliknya sebutlah “Bismillah!” kerana apabila engkau
mengatakannya syaitan akan mengecil sehingga sekecil lalat.
[Shahih Sunan Abu Daud, no: 4330/4982]

245
Mencegah Gangguan Kerana Pernah Berurusan
Dengan Jin

Sesiapa yang pernah berurusan dengan jin, akan dikenal


pasti oleh jin tersebut, diikuti olehnya dan diganggu olehnya secara
berterusan. Ini merujuk kepada apa jua urusan, dari yang kecil
seperti bertanya kepada ustaz bagi mencari dompet yang hilang,
sehinggalah yang besar seperti meminta ahli sihir memisahkan
antara seorang suami dan isterinya.

Ini kerana apabila jin membantu seseorang atas sesuatu


urusan, dia (jin tersebut) tidak akan berpuas hati atau berasa cukup
dengan bayaran yang diberikan. Dia suka jika dirinya diingati,
dibesarkan dan ditakuti oleh orang yang pernah meminta
bantuannya satu masa dahulu lalu berterusan mengganggu orang
itu.

Misalnya, orang yang berjumpa ahli sihir atas satu


permintaan mungkin diminta bayaran menyembelih seekor ayam
jantan sahaja. Namun beberapa bulan kemudian, jin yang
bersepakat dengan ahli sihir tersebut akan memeras ugut orang itu
untuk berterusan menyembelih seekor ayam jantan setiap bulan.
Jika tidak, dia (jin) akan mengganggu orang itu atau ahli
keluarganya.

246
Sebelum ini penulis telah mengemukakan contoh
bagaimana Pak Long yang menggunakan khidmat Nijayas bagi
menjaganya. Apabila Pak Long meninggal dunia, Nijayas
mengikuti salah seorang ahli keluarga Pak Long dan
mengganggunya bersama ahli keluarganya kerana mereka tidak
memberikan upah bulanan seperti yang biasa diberikan oleh Pak
Long sebelum itu. Inilah yang disebut sebagai “saka”.

Oleh kerana itulah sejak awal Allah Subhanahu wa Ta'ala


telah mengingatkan kita untuk tidak meminta bantuan jin dalam apa
jua urusan:

ِ ِ ٍ ِْ ‫ال ِمن‬
.‫رَه ًقا‬ ُ ‫س يَ ُعوذُو َن بِ ِر َجال م َن ا ْْل ِن فَ َز ُاد‬
َ ‫وه ْم‬ ِ ْ‫اْلن‬ ِ
َ ٌ ‫َوأَنَّهُ َكا َن ر َج‬
Dan bahawasanya ada beberapa orang lelaki di kalangan
manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki di
kalangan jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan
kesalahan. [al-Jin 72:06]

Demikianlah juga, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam


tidak pernah memanfaatkan pertolongan golongan jin meskipun
baginda memiliki hubungan yang baik bersama mereka. Baginda
memiliki pelbagai keadaan yang genting dalam misi dakwahnya
dan pertolongan golongan jin memang akan sangat-sangat

247
membantu. Namun baginda tidak meminta pertolongan mereka.

Justeru salah satu cara mencegah gangguan jin ialah


mengelak dari berurusan dengan mereka, baik dalam hal-hal yang
kecil mahupun penting. Kadang seseorang itu tidak tahu dia
berurusan dengan jin. Contohnya, dia hanya berjumpa dengan
seorang ustaz bagi bertanyakan latar belakang calon bakal isterinya.
Ustaz itu yang menggunakan khidmat jin bagi menyemak latar
belakang calon tersebut. Maka di sini amatlah penting bagi setiap
Muslim melengkapkan dirinya dengan ilmu pengetahuan, khasnya
berkenaan makhluk-makhluk ghaib. Agar dengan ilmu itu kita
dapat membezakan antara haq dan batil.

Selain itu, melazimkan diri dengan berzikir kepada Allah


Subhanahu wa Ta'ala dalam urusan harian dapat menjadi benteng
yang mencegah gangguan jin.

248
Mencegah Gangguan Daripada Jin - Syaitan

Sebelum ini telah diterangkan bahawa jin ialah makhluk


sementara syaitan ialah sikap. Sebagai makhluk, jin memiliki
pelbagai sikap. Ada sebagai muslim yang soleh, ada sebagai muslim
yang mengikuti jalan-jalan tersendiri yang menyelisihi jalan
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Ada yang jahat sehingga
suka mengganggu makhluk lain. Ada yang lazim (1) menderhakai
perintah Allah dan Rasulullah serta (2) mengajak manusia ke
neraka. Jin dengan dua sikap yang terakhir inilah yang disebut
sebagai syaitan.

Dalam surah al-Zukhruf ayat 36-37, Allah Subhanahu wa


Ta'ala berfirman:

ٌ ‫اَن فَ ُه َو لَهُ قَ ِر‬


)36( ‫ين‬ ً َ‫ض لَهُ َشْيط‬ ْ ِ‫الر ْْحَ ِن نُ َقي‬ َّ ‫ش َع ْن ِذ ْك ِر‬
ُ ‫َوَم ْن يَ ْع‬
.)37( ‫ن‬ َ ‫السبِ ِيل َوَْْي َسبُو َن أ َََّنُْم ُم ْهتَ ُدو‬
َّ ‫ُّوَنُْم َع ِن‬
َ ‫صد‬ ُ َ‫َوإِ ََّنُْم لَي‬
Dan sesiapa yang membutakan diri (tidak
mengendahkan) pengajaran al-Quran (yang diturunkan oleh
Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya syaitan,
lalu menjadilah syaitan itu qarin baginya. Dan sesungguhnya
syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang
benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang

249
yang mendapat hidayah petunjuk. [al-Zukhruf 43:36-37]

Apabila manusia tidak mengendahkan ajaran al-Qur’an,


maka jin syaitan datang kepadanya dan menjadi pendampingnya
(qarin). Manusia yang dimaksudkan di sini tidak terhad kepada
orang belum Islam, tetapi juga kepada orang Islam. Ini kerana di
kalangan umat Islam ada yang tidak mengendahkan ajaran al-
Qur’an. Mereka menjadikan al-Qur’an hanya sebagai bacaan ketika
berlaku kematian, hantaran perkahwinan dan memeriahkan majlis-
majlis tertentu. Amat sedikit yang benar-benar membaca ayat-ayat
al-Qur’an, menelaah (tadabbur) maksudnya dan
mempraktikkannya dalam kehidupan harian.

Satu contoh tidak mengendahkan ajaran al-Qur’an ialah


berbuat baik kepada ibu bapa. Perhatikan firman Allah Subhanahu
wa Ta'ala berikut ini:

ْ ِ‫إ‬
.‫حسا ًَن‬
َ ‫اَّللَ َوََّل تُ ْش ِرُكوا بِِه َشْي ئًا َوِِبلْ َوالِ َديْ ِن‬
َّ ‫َو ْاعبُ ُدوا‬
Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan
janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan
hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa. [al-Nisa’
4:36]

Berdasarkan ayat ini, dapat difahami bahawa al-Qur’an

250
meletakkan amalan berbuat baik kepada ibu bapa di tangga kedua
selepas mentauhidkan Allah. Namun ada yang tidak mengendahkan
ajaran al-Qur’an ini dengan membiarkan ibu bapa mereka
kesunyian di kampung. Sepanjang hari tangan tidak pernah lekang
daripada telefon pintar. Semua orang dihubungi baik melalui
percakapan (voice), media sosial dan tulisan (text) kecuali ibu bapa.

Maka jin syaitan datang mendampingi orang seperti ini dan


membisikkan bahawa kesibukan itu adalah satu kebaikan kerana
kononnya agama mahukan umatnya berjaya dalam dunia. Akhirnya
berlakulah seperti yang disebut oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala:
Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka
dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa
mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Termasuk dalam maksud tidak mengendahkan ajaran al-


Qur’an ialah tidak mengendahkan sunnah Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam. Ini kerana al-Qur’an berulangkali memerintahkan
umat Islam mentaati Rasulullah sehingga orang yang tidak
mengendahkan Rasulullah menjadi orang yang tidak
mengendahkan al-Qur’an juga.

Contohnya, Rasulullah telah memberikan kita pelbagai


bacaan zikir dan mengajar cara, bilangan serta masa membaca zikir-

251
zikit tersebut. Pemberian ini termasuk dalam ajaran al-Qur’an:

َّ ‫اَّللَ إِ َّن‬
َ‫اَّلل‬ َّ ‫ول فَ ُخ ُذوهُ َوَما ََنَا ُك ْم َعْنهُ فَانْتَ ُهوا َواتَّ ُقوا‬
ُ ‫الر ُس‬
َّ ‫آًت ُك ُم‬
َ ‫َوَما‬
ُ ‫َش ِد‬
ِ ‫يد الْعِ َق‬
.‫اب‬

Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia


dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah.
Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah sangat keras
hukuman-Nya. [al-Hasyr 59:07]

Sayang sekali sebahagian umat Islam enggan menerima


zikir-zikir yang diberikan oleh Rasulullah. Sebaliknya mereka lebih
suka menerima zikir-zikir yang diberikan oleh syaikh-syaikh, tuan-
tuan guru, habib-habib dan ustaz-ustazah pilihan mereka. Ada yang
menerima zikir yang diberikan oleh Rasulullah, tetapi tidak
menerima cara, bilangan atau masa membaca yang diajar oleh
baginda. Misalnya, jika al-Qur’an [al-A’raaf 7:205] mengajar agar
zikir dibaca secara perlahan, rendah diri dan perasaan takut, mereka
pula membaca zikir secara kuat, nyanyian dan bersuka-ria di
konsert-konsert.

Maka jin syaitan datang mendampingi orang seperti ini dan


membisikkan bahawa amalan zikir mereka itu adalah satu kebaikan,
bahkan lebih baik berbanding apa yang diberikan oleh Rasulullah.

252
Akhirnya berlakulah seperti yang disebut oleh Allah Subhanahu wa
Ta'ala: Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu tetap menghalangi
mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka
bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Contoh ketiga, jin syaitan datang mengganggu individu atau


ahli keluarga yang tidak pernah atau jarang-jarang memberi
perhatian kepada ajaran al-Qur’an. Jin syaitan itu mengganggu
dengan mimpi buruk, penyakit fizikal dan mental, khayalan dan
rasukan. Jin syaitan itu mendampinginya dan mengganggu secara
berterusan.

Bagi merawat gangguan ini, seorang ustaz yang dianggap


“pakar perubatan Islam” dipanggil. Ustaz ini merawat dengan
memberi salam kepada Nabi Sulaiman, berselawat kepada Nabi
Sulaiman dan berdoa kepada Nabi Sulaiman. Ustaz ini juga
mengajar mangsa gangguan agar sering memberi salam kepada
Nabi Sulaiman, berselawat kepada Nabi Sulaiman dan berdoa
kepada Nabi Sulaiman. Sebabnya – jelas ustaz itu – jin takut kepada
Nabi Sulaiman sehingga akan menjauhi sesiapa yang sering
menyebut nama Nabi Sulaiman.

Apabila jin syaitan melihat mangsa gangguannya telah


mensyirikkan Allah dengan Nabi Sulaiman, maka dia tidak lagi

253
mengganggu supaya mangsanya akan menyangka bahawa mereka
orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Para pembaca sekalian hendaklah membezakan bahawa


qarin yang disebut dalam ayat 36 surah al-Zukhruf bukanlah qarin
yang disebut oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam
hadis baginda:

ْ ‫َح ٍد إََِّّل َوقَ ْد ُوكِ َل بِِه قَ ِرينُهُ ِم ْن‬


‫ َوإِ ََّي َك ََي‬:‫ قَالُوا‬.‫اْلِ ِن‬ ِ ِ
َ ‫َما مْن ُك ْم م ْن أ‬
ٍَْ‫َسلَم فَ َل َيْ ُمرِّن إََِّّل ِِب‬ ِ َّ ‫ي إََِّّل أ‬ ِ َ َ‫اَّللِ؟ ق‬
.‫ْي‬
ُ َ ْ ‫اَّللَ أ ََعانَِِن َعلَْيه فَأ‬
َّ ‫َن‬ َ ‫ َوإ ََّي‬:‫ال‬ َّ ‫ول‬
َ ‫َر ُس‬
“Tidak ada seorang jua dari kalian melainkan dia
didampingi oleh qarin dari makhluk jin.” Para sahabat bertanya:
“Engkau juga wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Ya, aku
juga. Akan tetapi sesungguhnya Allah telah membantu aku
sehingga dia masuk Islam dan tidak menghasutku melainkan
dengan sesuatu yang baik.” [Shahih Muslim, no: 5034/2814]

Justeru bagi orang yang tidak mengendahkan ajaran al-


Qur’an, baginya ada dua qarin. Pertama: Qarin yang mendampingi
sejak awal sebagaimana hadis Shahih Muslim di atas. Kedua: Qarin
yang mendampinginya apabila dia tidak mengendahkan ajaran al-
Qur’an. Apabila ada dua qarin yang mengganggu dengan pelbagai
jenis dan bentuk gangguan, bagaimana mungkin seseorang itu dapat

254
hidup tenang?

Oleh itu cara mencegah daripada gangguan jin syaitan ialah


melazimkan diri membaca al-Qur’an, menelaah (tadabbur)
maksudnya dan mempraktikkannya dalam kehidupan harian. Ini
termasuklah membaca hadis-hadis Rasulullah yang diketahui
sumber dan darjatnya, mengkaji maksudnya dan
mempraktikkannya dalam kehidupan harian.

Soalan: Hafiz dan Hafizah Diganggu Jin?

Dikatakan orang yang membaca al-Qur’an, menghafal al-


Qur’an dan berzikir akan terpelihara daripada gangguan jin. Apa
yang menghairankan saya, kerap terbaca kes histeria di asrama
sekolah-sekolah agama di mana para pelajarnya kerap membaca al-
Qur’an, menghafal al-Qur’an dan berzikir. Kenapa hal ini terjadi?

Jawapan:

Apabila berlaku kes histeria, ia tidak semestinya disebabkan


oleh rasukan jin. Histeria boleh berlaku kerana tekanan jiwa (stress)
yang tinggi. Jika dikaji masa berlakunya kes-kes histeria di asrama-
asrama sekolah, boleh dikatakan kebanyakannya berlaku apabila
menghampiri musim peperiksaan atau ketika peperiksaan sedang
berlangsung. Di kala ini, para pelajar berada dalam suasana tekanan

255
jiwa yang tinggi bagi mencapai kelulusan cemerlang.

Kadangkala ada faktor lain yang menyebabkan tekanan jiwa


seperti cabaran kehidupan remaja, putus cinta, berebut kekasih,
kesempitan kewangan dan masalah ibu bapa di kampung. Kerap
kali faktor-faktor ini berlaku serentak sehingga menimbun di atas
bahu pelajar. Sebahagian pelajar ada yang mampu mengurus
tekanan jiwa (stress management) sementara ada pelajar yang tidak
mampu sehingga ia diluahkan dalam bentuk letusan emosi =
histeria.

Tidak dinafikan bahawa histeria boleh disebabkan oleh


rasukan jin. Memang, sebahagian mangsa ada yang asalnya rajin
membaca al-Qur’an dan merupakan seorang hafiz atau hafizah.
Namun cabaran peperiksaan dan lain-lain yang menjadi tumpuan
utama pada saat itu menyebabkan dia tidak membaca al-Qur’an atau
tidak mengulang-semak hafalannya. Justeru pada saat itu, jin pantas
mengambil peluang mengganggunya.

256
Mencegah Gangguan Sihir dan Pukau

Senjata Pertama lagi utama bagi mencegah atau mengelak


sihir ialah keyakinan yang utuh bahawa sihir tidak akan terjadi
melainkan dengan izin Allah Subhanahu wa Ta'ala. Ini
sebagaimana firman Allah:

.ِ‫اَّلل‬ ‫َح ٍد إََِّّل ِبِِ ْذ ِن‬ ِ ِِ ‫ار‬


َ ‫ين به م ْن أ‬ِ َ ِ‫وَما ُهم ب‬
َّ َ ‫ض‬ ْ َ
Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat
dengan sihirnya kepada seorangpun kecuali dengan izin Allah.
[al-Baqarah 2:102]

Apabila Allah izinkan sihir itu menjadi, maka ia bukan


kerana kehandalan ahli sihir atau kekuatan jinnya, akan tetapi
kerana Allah ingin menguji kadar kesabaran mangsa dan cara
mangsa berubat dari sihir. Maksud ujian kesabaran dan ujian cara
berubat telah penulis jelaskan dalam buku Panduan Aqidah Dan
Ibadah Ketika Sakit.

Senjata Kedua bagi mencegah sihir ialah banyak berzikir


kepada Allah. Zikir ini pula terbahagi kepada dua jenis. Pertama
zikir-zikir umum seperti membaca Ayat al-Kursi, Surah al-Falaq,
Surah al-Nas, zikir selepas solat-solat fardhu, zikir dalam pelbagai
urusan harian dan mengikuti sunnah Rasulullah semampu boleh.

257
Diulangi bahawa menjadikan Rasulullah sebagai teladan, berusaha
mempelajari hadis-hadis baginda dan mengikuti sunnah baginda
dalam urusan harian termasuk satu bentuk zikir kepada Allah. Ini
berdasarkan firman Allah:

َّ ‫ُس َوةٌ َح َسنَةٌ لِ َم ْن َكا َن يَ ْر ُجو‬


‫اَّللَ َوالْيَ ْوَم‬ َِّ ‫ول‬
ْ ‫اَّلل أ‬
ِ ‫لََق ْد َكا َن لَ ُكم ِِف رس‬
َُ ْ
.‫كثِْيا‬ َّ ‫ْاْل ِخَر َوذَ َكَر‬
ً َ َ‫اَّلل‬
Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri
teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap
(rahmat) Allah dan (mengharapkan kedatangan) Hari Kiamat
dan dia banyak berzikir kepada Allah. [al-Ahzab 33:21]

Kedua zikir khusus yakni membaca surah al-Baqarah. Zikir


khusus ini merujuk kepada sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam:

َّ ‫َص َحابِِه اقْ َرءُوا‬ ِ ِ ِ ِ


‫الزْهَر َاويْ ِن‬ ْ ‫اقْ َرءُوا الْ ُق ْرآ َن فَِإنَّهُ َيِِْت يَ ْوَم الْقيَ َامة َشف ًيعا ْل‬
ِ َ‫ان ي وم الْ ِقيام ِة َكأ َََّنُما َغمامت‬ِ ِ ِ ِ ‫الْب َقرَة وس‬
‫ان أ َْو َكأ َََّنُ َما‬ ََ َ َ َ َ ْ َ َ‫ورَة آل ع ْمَرا َن فَِإ ََّنُ َما ََتْتي‬ َ َُ َ َ
‫َص َحاِبِِ َما اقْ َرءُوا‬ ِ َّ ‫اف َُت‬ ِ ِ ِ ِ
ْ ‫اجان َع ْن أ‬ َ َّ ‫ص َو‬ َ ‫َغيَايَتَان أ َْو َكأ َََّنُ َما ف ْرقَان م ْن طٍَْْي‬
ِ
.ُ‫يع َها الْبَطَلَة‬ ْ ‫ورَة الْبَ َقَرةِ فَِإ َّن أ‬
ُ ‫َخ َذ َها بََرَكةٌ َوتَْرَك َها َح ْسَرةٌ َوََّل تَ ْستَط‬ َ ‫ُس‬
Bacalah al-Qur’an kerana sesungguhnya pada hari

258
Kiamat kelak ia akan datang memberi syafa’at kepada para
pembacanya.

Bacalah al-Zahrawain, yakni surat al-Baqarah dan Ali


Imran, kerana kedua-duanya pada hari Kiamat kelak akan
datang, seperti dua awan atau dua teduhan (yang menaungi
pembacanya), atau seperti dua kelompok burung yang sedang
terbang dalam formasi membela pembacanya.

Bacalah surah al-Baqarah kerana membacanya akan


memperoleh keberkatan sementara meninggalkannya akan
menyebabkan penyesalan dan (pembacanya) tidak akan dapat
dikalahkan oleh tukang-tukang sihir. [Shahih Muslim, no:
1337/804]

Senjata Ketiga ialah memakan tujuh biji kurma Ajwa


setiap pagi atas keyakinan terhadap pesanan Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam:

‫ك الْيَ ْوِم ُس ٌّم‬ ِ ِ ‫ات عجوًة ََل يضَّره‬


َ ‫ِف َذل‬
ٍ ٍ
ْ ُ ُ َ ْ َ ْ َ ‫صبَّ َح ُك َّل يَ ْوم َسْب َع ََتََر‬
َ َ‫َم ْن ت‬
.‫َوَّلَ ِس ْحٌر‬
Sesiapa makan tujuh biji kurma ‘Ajwa setiap pagi maka
terpeliharalah dia pada hari itu dari racun atau sihir. [Shahih al-
Bukhari, no: 5327/5769]

259
Kemujaraban kurma ‘Ajwa adalah kerana berkat petunjuk
dan pengkhususan Rasulullah ke atasnya. Demikian juga
sebagaimana baginda telah mengkhususkan jumlah tujuh biji pada
setiap pagi. Keberkatan juga mungkin berasal dari keistimewaan
tanah Madinah yang menjadi tempat khas pokok-pokok kurma
‘Ajwa.

Adakalanya kurma ‘Ajwa tidak berkesan kepada orang yang


memakannya kerana terdapat bisikan kecil dalam hatinya yang
ingin menguji dan mencabar sama ada benar atau tidak sabda
Rasulullah. Bisikan inilah yang sebenarnya menghilangkan
kemujaraban kurma ‘Ajwa.

260
Zikir Dalam Urusan Harian

Dalam bab-bab sebelum ini ketika menerangkan cara-cara


mencegah gangguan jin, saya menganjurkan agar memperbanyak
dan melazimkan diri dengan zikir dalam urusan harian. Apakah
yang dimaksudkan dengan zikir dalam urusan harian?

Apabila disebut zikir ramai yang faham sebagai zikir


selepas solat. Zikir selepas solat memang sunnah yang sahih serta
patut diamalkan. Hanya zikir selepas solat yang lazim diamalkan di
Malaysia sudah diubah lafaz, bilangan dan cara amalan, maka ia
hendaklah disemak semula. Akan tetapi berzikir janganlah
dihadkan atau dibataskan kepada selepas solat sahaja. Ini kerana ada
banyak waktu antara solat-solat fardhu dan dalam tempoh itu jin
boleh ambil kesempatan mengganggu. Lebih berat ialah bagi wanita
dalam keadaan haid, apakah dia tidak akan berzikir selama
seminggu jika dia tidak solat selama seminggu?

Oleh itu ada satu lagi bentuk zikir yang patut diamalkan oleh
semua ialah zikir dalam urusan harian. Bagi memahami dengan baik
apakah zikir dalam urusan harian, marilah kita mengikuti aktiviti
harian Zarina dari waktu awal pagi hinggalah ke pejabat.

Ketika bangun tidur di awal pagi, Zarina berzikir dengan

261
membaca:

‫اَن بَ ْع َد َما أ ََماتَنَا َوإِلَْي ِه‬ ِ ِِ ْ


.‫ُّشور‬
ُُ ‫الن‬ ْ ‫اْلَ ْم ُد ََّّلل الَّذي أ‬
َ َ‫َحي‬
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami sesudah
mematikan kami (yakni tidur) dan kepada-Nya kami kembali.
[Shahih al-Bukhari, no: 5837/6312]

Ketika membuka baju untuk masuk ke tandas, Zarina


membaca Bismillah. Ini berdasarkan tunjuk ajar Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam:

ِ ِْ ‫ي‬
َ ‫آد َم إِذَا َد َخ َل أ‬
َ‫َح ُد ُه ْم ا ْْلََلء‬ َ ‫اْل ِن َو َع ْوَرات بَِِن‬ ِ ُ ‫ي أ َْع‬
َ َْ‫َس َْتُ َما ب‬
.ِ‫اَّلل‬
َّ ‫ول بِ ْس ِم‬َ ‫أَ ْن يَ ُق‬
Penghalang antara pandangan mata jin dan aurat Bani
Adam (manusia) adalah ketika seorang di kalangan kalian masuk
tandas, dia mengucapkan: Bismillah. [Shahih Sunan al-Tirmizi,
no: 551/606]

Ketika hendak memasuki tandas, Zarina membaca:

ِ ِ‫اْلَبائ‬
.‫ث‬ ِ ْ ‫ك ِمن‬ ِ ُ ‫اللَّ ُه َّم إِِّن أ‬
َْ ‫و‬ َ ‫اْلُبُث‬ ْ َ ‫َعوذُ ب‬
Ya Allah, aku berlindung kepada Kamu daripada jin lelaki
dan jin perempuan. [Shahih al-Bukhari, no: 139/142]

262
Seterusnya Zarina mengikuti sunnah Nabi dengan
membasuh anggota sebelah kanan terlebih dahulu, meskipun mandi
dengan air pancuran (shower):

‫اَّللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم يُ ْع ِجبُهُ التَّيَ ُّم ُن‬


َّ ‫صلَّى‬
َ ‫َِّب‬ ُّ ِ‫ َكا َن الن‬:‫ت‬
ِ
ْ َ‫َع ْن َعائ َشةَ قَال‬
.‫ِِف تَنَ ُّعلِ ِه َوتَ َر ُّجلِ ِه َوطُ ُهوِرهِ َوِِف َشأْنِِه ُكلِ ِه‬
Daripada A’isyah, dia berkata: “Menjadi kebiasaan Nabi
shallallahu ‘alaihi wasallam memulai dengan yang kanan ketika
memakai kasut, menyikat rambut, bersuci dan setiap urusan yang
lain.” [Shahih al-Bukhari, no: 163/168]

Setelah selesai mandi, Zarina keluar dari tandas dengan


membaca zikir:

.‫ك‬
َ َ‫غُ ْفران‬
َ
Aku mengharapkan keampunan-Mu (Ya Allah!). [Shahih
Sunan al-Tirmizi, no: 7/7]

Oleh kerana sedang haid pada hari itu, Zarina tidak


mengambil wudhu’ dan tidak solat. Seandainya dia mengambil
wudhu’, dia akan membaca selepas itu:

َّ ‫يك لَهُ َوأَ ْش َه ُد أ‬


ُ‫َن َُمَ َّم ًدا َعْب ُده‬ َّ ‫أَ ْش َه ُد أَ ْن ََّل إِلَهَ إََِّّل‬
َ ‫اَّللُ َو ْح َدهُ ََّل َش ِر‬

263
ِ َّ ‫اج َعلْ ِِن ِم ْن الت‬
.‫الْمتَطَ ِه ِرين‬
َ ُ ‫اج َعلْ ِِن م ْن‬ َ ِ‫َّواب‬
ْ ‫ي َو‬ ْ ‫ اللَّ ُه َّم‬.ُ‫َوَر ُسولُه‬
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah yang
Esa, tiada sekutu bagi-Nya dan aku bersaksi bahawa Muhammad
ialah hamba-Nya dan pesuruh-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku
dari kalangan orang yang bertaubat dan jadikanlah aku dari
kalangan orang-orang yang menjaga kebersihan diri (rohani dan
jasmani). [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 50/50. Dalam sanad hadis
ini ada perbincangan]

Ketika mengambil wudhu’, Zarina tidak membaca apa-apa


doa bagi setiap anggota yang dibasuh kerana ia bukanlah sunnah
yang sahih daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.

Setelah itu Zarina memakai pakaian biasa ke pejabat sambil


membaca zikir:

‫ب َوَرَزقَنِ ِيه ِم ْن َغ ِْْي َح ْوٍل ِم ِِن َوََّل‬ ِ ِِ ْ


َ ‫اْلَ ْم ُد ََّّلل الَّذي َك َس ِاّن َه َذا الث َّْو‬
.ٍ‫قُ َّوة‬

Segala puji bagi Allah yang telah memakaikan aku


dengan pakaian ini dan merezekikan aku dengannya, tanpa daya
dan kekuatan daripadaku. [Shahih Sunan Abu Daud, no:
3505/4023]

264
Kebetulan saat itu kedengaran azan Subuh dari surau
berdekatan. Maka Zarina menjawab kalimah-kalimah azan itu dan
apabila selesai, membaca doa selepas azan:

ِ ‫الص َلةِ الْ َقائِم ِة‬


َ‫آت َُمَ َّم ًدا الْ َو ِسيلَة‬ َّ ‫َّع َوةِ الت‬
َّ ‫َّام ِة َو‬ ِ ِ َّ ‫اللَّه َّم ر‬
َ ْ ‫ب َهذه الد‬ َ ُ
ِ ‫ضيلَةَ واب عثْه م َقاما ََمم‬ ِ ‫والْ َف‬
َ ‫ودا الَّذي َو‬
.ُ‫ع ْدتَه‬ ً ُ ْ ً َ ُ َْ َ َ
Ya Allah. Rabb Pemilik seruan (azan) yang sempurna ini,
dan Pemilik solat yang akan didirikan, berikanlah kepada
Muhammad wasilah (perantara) dan keutamaan, bangkitkanlah
beliau pada kedudukan terpuji yang telah Engkau janjikan.
[Shahih al-Bukhari, no: 579/614]

Setelah itu, Zarina teringat kepada pesan Rasulullah


shallallahu 'alaihi wasallam:

ِ ِ‫الْوال‬
ِ ُ ‫ضى الْ َوالِ ِد َو َس َخ‬
ِ ِ َّ ‫ط‬ ِ ‫الر‬
.‫د‬
َ ‫الرب ِف َس َخط‬ َ ‫ب ِِف ِر‬ َ ‫ِر‬
َّ ‫ضى‬
Keredaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa
manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa.
[Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 1821/1899]

Maka tanpa lengah, Zarina menghantar pesanan ringkas


(SMS) ucapan selamat pagi kepada ibu dan bapa di kampung. Moga
dengan itu Zarina mengharapkan harinya diredai Allah Subhanahu

265
wa Ta'ala.

Setelah itu Zarina duduk di katil dan membaca al-Qur’an


daripada telefon pintarnya. Ini amalan hariannya, meskipun hanya
sekadar 10 minit kerana teringat kepada perniagaan tanpa rugi yang
dijanjikan oleh Allah dalam firman-Nya:

‫اه ْم ِسًّرا‬ ِ َّ ‫اَّللِ َوأَقَ ُاموا‬ ِ ِ َّ ِ


ُ َ‫الص َلةَ َوأَنْ َف ُقوا ِمَّا َرَزقْ ن‬ َّ ‫اب‬َ َ‫ين يَْت لُو َن كت‬ َ ‫إ َّن الذ‬
ِ‫ضلِه‬ْ َ‫يد ُه ْم ِم ْن ف‬
َ ‫ورُه ْم َويَِز‬ ِ ِ ِ ِ
َ ‫ُج‬
ُ ‫) ليُ َوفيَ ُه ْم أ‬29( ‫ور‬ َ ُ‫َو َع َلنيَةً يَ ْر ُجو َن َتَ َارًة لَ ْن تَب‬
)30( ‫ور‬ ٌ ‫ور َش ُك‬ ٌ ‫إِنَّهُ َغ ُف‬
Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab
Allah (al-Qur’an) dan mendirikan solat dan menafkahkan
sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka
dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu
mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi. Supaya
Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan
menambah kepada mereka dari karunia-Nya. Sesungguhnya
Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri. [Fathir 35:29-
30]

Setelah itu Zarina membaca zikir di pagi hari sebanyak tiga


kali:

266
‫الس َم ِاء‬
َّ ‫ض َوََّل ِِف‬ ْ
ِْ ‫اَّللِ الَّ ِذي ََّل يضُّر مع‬
ِ ‫اَس ِه َشيءٌ ِِف ْاْل َْر‬ ََ ُ َ َّ ‫بِ ْس ِم‬
.‫الس ِميع الْ َعلِيم‬
ُ ُ َّ ‫َوُه َو‬
Dengan nama Allah – yang dengan nama-Nya – tidak ada
suatu jua kemudaratan di bumi dan tidak juga di langit, dan
Dialah yang MahaMendengar lagi Maha Mengetahui.

Ini berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi


wasallam:

َّ ‫اح ُك ِل يَ ْوٍم َوَم َس ِاء ُك ِل لَْي لَ ٍة "بِ ْس ِم‬


ِ‫اَّلل‬ ُ ‫َما ِم ْن َعْب ٍد يَ ُق‬
َ ‫ول ِِف‬
ِ َ‫صب‬
"‫يع الْ َعلِ ُيم‬ ِ َّ ‫السم ِاء وهو‬ ِ ِ ‫اَس ِه َشيءٌ ِِف ْاْل َْر‬ِ ِ
ُ ‫السم‬ َ ُ َ َ َّ ‫ض َوََّل ِف‬ ْ ْ ‫ضُّر َم َع‬ ُ َ‫الَّذي ََّل ي‬
.‫شيء‬ ٍ َ ‫ثََل‬
ٌ ْ َ ُ‫ضَّره‬
ُ َ‫ث َمَّرات ََلْ ي‬
Tidaklah seorang hamba mengucapkan tiga kali pada
waktu pagi setiap hari dan tiga kali pada waktu petang setiap
malam: “Dengan nama Allah – yang dengan nama-Nya – tidak
ada suatu jua kemudaratan di bumi dan tidak juga di langit, dan
Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”,
melainkan tidak akan memudaratkan dia suatu apa jua. [Shahih
Sunan al-Tirmizi, no: 3310/3388]

Kemudian Zarina memakai tudung labuh sambil sekali lagi


membaca zikir memakai pakaian. Zarina tidak memakai tudung

267
sebelum membaca al-Qur’an kerana ia bukanlah syarat bagi
membaca al-Qur’an. Ramai yang menjadikannya syarat, hanya
syarat itu kemudian menjadi alasan malas membaca al-Qur’an
kerana malas atau tidak memakai tudung pada saat itu.

Zarina memakai tudung labuh yang menutupi kawasan buah


dadanya kerana itulah yang sebenarnya diperintahkan oleh Allah:

ِ ‫ضن ِمن أَب‬ ِ ِ ِ


َ ‫صا ِره َّن َوَْيْ َفظْ َن فُ ُر‬
‫وج ُه َّن َوََّل‬ َ ْ ْ َْ ‫ض‬ ُ ‫َوقُ ْل للْ ُم ْؤمنَات يَ ْغ‬
َّ ِِ‫ض ِربْ َن ِِبُ ُم ِرِه َّن َعلَى ُجيُوِب‬
.‫ن‬ ْ َ‫ين ِزينَتَ ُه َّن إََِّّل َما ظَ َهَر ِمنْ َها َولْي‬ ِ
َ ‫يُْبد‬
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang
beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada
memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka
dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka
kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup
belahan dada dengan tudung kepala mereka. [al-Nur 24:31]

Zarina bersiap ke pejabat tanpa menggunakan apa-apa


solekan mahupun wangian (perfume). Solekan ialah tabarruj yang
dilarang oleh Islam kerana ia menarik perhatian orang kepada
pemakainya sehingga membawa fitnah, baik kepada pemakai
mahupun kepada pemerhati.

Demikian juga Islam melarang wanita daripada memakai

268
minyak wangi (perfume) kerana dibimbangi apabila berjalan di
kalangan orang lelaki yang bukan mahram, syaitan akan membisik
dalam dirinya agar berasa senang dan bangga dengan bau harum
dirinya. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengingatkan:

.ٌ‫َزانِيَة‬ ‫ت َعلَى قَ ْوٍم لِيَ ِج ُدوا ِم ْن ِر ِْي َها فَ ِه َي‬


ْ ‫ت فَ َمَّر‬
ٍ
ْ ‫أََُّيَا ْامَرأَة‬
ْ ‫استَ ْعطََر‬
Mana-mana wanita memakai minyak wangi lalu melintas
di kalangan orang ramai agar mereka mencium kewangiannya,
maka dia (seolah-olah) berzina. [Shahih Sunan al-Nasa’e, no:
5036/5126]

Bagi menjaga badan daripada bau yang tidak baik, Zarina


menggunakan bahan pencegah peluh (anti-perspirant) atau
pencegah bau badan (deodorant). Kedua-dua ini dibolehkan, malah
termasuk dalam keumuman menjaga kebersihan diri yang
dianjurkan oleh Islam. Semua ini (pakaian menutup aurat, tidak
bersolek dan tidak memakai wangian) termasuk juga satu bentuk
zikir kepada Allah. Ini kerana zikir secara bahasa bermaksud
“ingat” dan seseorang itu mengingati Allah apabila dia mengingati
suruhan dan larangan Allah.

Setelah bersiap, Zarina ke dapur untuk sarapan sarapan


bijirin (cereal) bersama susu segar. Zarina mulakan dengan bacaan

269
Bismillah sahaja kerana inilah yang sahih daripada Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam:

‫اَّللِ فَِإ ْن نَ ِس َي ِِف أ ََّولِِه فَلْيَ ُق ْل‬


َّ ‫َح ُد ُك ْم طَ َع ًاما فَلْيَ ُق ْل بِ ْس ِم‬
َ ‫إِذَا أَ َك َل أ‬
ِ ‫اَّللِ ِِف أ ََّولِِه و‬
.ِ‫آخ ِره‬ َّ ‫بِ ْس ِم‬
َ
Apabila salah seorang kalian hendak makan maka
sebutlah “Bismillah” dan jika terlupa untuk sebut pada awalnya
maka sebutlah “Bismillah fi awwalihi wa akhirihi” (Dengan
nama Allah pada awal dan akhirnya). [Shahih Sunan al-Tirmizi,
no: 1781/1858]

Ketika menuang bijirin ke dalam mangkuk, ada beberapa


yang terjatuh atas meja. Zarina meletak mangkuknya di tepi meja,
sama paras dengan permukaan meja dan kemudian menyapu bijirin
yang jatuh itu ke dalam mangkuk dengan tangannya. Tiada satu jua
yang ditinggalkan, melainkan semua dimakannya. Zarina teringat
kepada etika Rasulullah apabila makan sebagaimana yang
diterangkan oleh Anas bin Malik radhiallahu 'anh:

‫اَّللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم َكا َن إِذَا أَ َك َل طَ َع ًاما لَعِ َق‬َّ ‫صلَّى‬ َِّ ‫ول‬ َّ ‫أ‬
َ ‫اَّلل‬ َ ‫َن َر ُس‬
‫َح ِد ُك ْم فَ ْليُ ِم ْط َعْن َها اْلَ َذى‬ ْ َ‫ إِ َذا َس َقط‬:‫ال‬
َ ‫ت لُْق َمةُ أ‬ َ َ‫ال َوق‬
َ َ‫ ق‬.‫ث‬ َ ً‫َصابِ َعهُ الثَّل‬ َ‫أ‬
َ‫ فَِإنَّ ُك ْم َّل‬:‫ال‬ ِ ِ
َ َ‫ ق‬.َ‫ص َعة‬ْ ‫ت الْ َق‬ َ ُ‫ َوأ ََمَرََن أَ ْن نَ ْسل‬.‫َولْيَأْ ُكلْ َها َوَّلَ يَ َد ْع َها للشَّْيطَان‬
270
.ُ‫َي طَ َع ِام ُك ْم الََْْبَكة‬
ِ ‫تَ ْد ُرو َن ِِف أ‬
Bahawasanya apabila Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam makan, baginda menjilat jari-jarinya tiga kali.

Anas berkata, bahawa Rasulullah bersabda: “Jika


sesuatu makanan seseorang kalian jatuh, hendaklah (dia
mengambilnya) dan membersihkan apa-apa kotoran yang
melekat padanya lalu memakannya. Janganlah
meninggalkannya untuk syaitan.”

Anas melanjutkan: “(Rasulullah) juga menyuruh kami


menghabiskan apa-apa sisa makanan.” Baginda berpesan: “Ini
kerana kalian tidak tahu di bahagian manakah pada makanan
kalian terdapat keberkatan.” [Shahih Muslim, no: 3795/2034]

Zarina tidak makan banyak, sekadar satu mangkuk saiz


sederhana bijirin dan susu segar kerana teringat kepada pesan
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

‫ت يُِق ْم َن‬ َ ‫ب ابْ ِن‬


ٌ ‫آد َم أُ ُك َل‬ ِ ‫آد ِم ٌّي ِو َعاء َشًّرا ِم ْن بَطْ ٍن ِِبَس‬
ْ ً َ َ‫َما َم ََل‬
ِ ‫ث لِنَ َف‬
.‫س ِه‬ ٌ ُ‫ث لِ َشَرابِِه َوثُل‬
ٌ ُ‫ث لِطَ َع ِام ِه َوثُل‬
ٌ ُ‫صلْبَهُ فَِإ ْن َكا َن ََّل ََمَالَةَ فَثُل‬
ُ
Anak Adam tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk
berbanding perutnya. Cukuplah bagi anak Adam beberapa suap

271
yang dapat meluruskan tulang belakangnya (yakni memberikan
kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak dapat, maka (paling
maksimum hendaklah) sepertiga untuk makanan, sepertiga
untuk minuman dan sepertiga untuk pernafasan. [Shahih Sunan
al-Tirmizi, no: 2302/2380]

Setelah bersiap dan bersarapan, Zarina sudah bersedia untuk


keluar rumah dan memandu ke pejabatnya. Zarina menutup dan
mengunci pintu rumah sambil membaca Bismillah berdasarkan
petua Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

‫اَّللِ فَِإ َّن الشَّْيطَا َن َّلَ يَ ْفتَ ُح َِب ًِب ُم ْغلَ ًقا‬
َّ ‫اس َم‬ ِ
َ ‫َوأَ ْغل ُقوا اْلَبْ َو‬
ْ ‫اب َواذْ ُك ُروا‬
َِّ ‫خروا آنِي ت ُكم واذْ ُكروا اسم‬ ِ َِّ ‫وأَوُكوا قِرب ُكم واذْ ُكروا اسم‬
‫ضوا‬ُ ‫اَّلل َولَ ْو أَ ْن تَ ْع ُر‬ َ ْ ُ َ ْ َ َ ُ َ ‫اَّلل َو‬ َ ْ ُ َ ْ ََ ْ َ
.‫يح ُك ْم‬ ِ َ ‫َعلَْي َها َشْي ئًا وأَطْ ِفئُوا م‬
َ ‫صاب‬ َ َ
Dan kuncilah pintu-pintu kalian dan sebutlah nama Allah
(dengan membaca Bismillah) kerana sesungguhnya syaitan tidak
dapat membuka pintu-pintu yang dikunci (dengan menyebut
nama Allah). Ikatlah kantong-kantong air kalian dan sebutlah
nama Allah, tutuplah bekas-bekas makanan kalian dan sebutlah
nama Allah, walaupun (tutupan) itu sekadar meletakkan sesuatu
di atasnya dan matikanlah lampu-lampu pelita kalian. [Shahih
Muslim, no: 3756/2012]

272
Tiba-tiba Zarina teringat bahawa dia lupa membaca doa
selepas sarapan tadi. Maka tanpa lengah dia terus membaca:

‫اْلَ ْم ُد ََِّّللِ الَّ ِذي أَطْ َع َم ِِن َه َذا الطَّ َع َام َوَرَزقَنِ ِيه ِم ْن َغ ِْْي َح ْوٍل ِم ِِن َوََّل‬
ْ
.ٍ‫قُ َّوة‬

Segala puji bagi Allah yang memberi aku makanan ini


dan merezekikan aku dengannya, tanpa daya dan kekuatan
daripadaku. [Shahih Sunan Abu Daud, no: 3505/4023]

Zikir dan doa yang diajar oleh Rasulullah, hendaklah dibaca


pada masa dan bilangan yang diajar oleh Rasulullah. Namun jika
terlupa atau wujud sesuatu halangan, boleh terus membacanya
apabila teringat atau berkemudahan. Ketika berganjak dari pintu
yang baru dikuncinya, Zarina membaca doa keluar rumah:

.ِ‫َّلل‬
َّ ‫ِِب‬ ‫اَّللِ ََّل َح ْو َل َوََّل قُ َّوَة إََِّّل‬ َِّ ‫بِس ِم‬
ُ ْ‫اَّلل تَ َوَّكل‬
َّ ‫ت َعلَى‬ ْ
Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah.
Tidak ada daya dan kekuatan (bagiku) melainkan dengan izin
Allah).

Ini berdasarkan tunjuk ajar Rasulullah shallallahu 'alaihi


wasallam:

273
‫اَّللِ ََّل َح ْو َل‬
َّ ‫ت َعلَى‬ َِّ ‫ بِس ِم‬:‫ال‬
ُ ْ‫اَّلل تَ َوَّكل‬
ِ ِ ِ َّ ‫إِذَا خرج‬
ْ َ ‫الر ُج ُل م ْن بَْيته فَ َق‬ َ ََ
ِ ِ ِ ٍ ِ ِ ُ ‫ ي َق‬:‫ال‬
ُ‫يت فَتَ تَنَ َّحى لَه‬ َ ‫يت َوُوق‬َ ‫يت َوُكف‬ َ ‫ال حينَئذ ُهد‬ ُ َ َ‫ ق‬,ِ‫َوََّل قُ َّوةَ إََِّّل ِِب ََّّلل‬
‫ي َوُك ِف َي َوُوقِ َي؟‬ ِ ِ َ َ‫ف ل‬
َ ‫ك بَر ُج ٍل قَ ْد ُهد‬ َ ‫ َكْي‬:‫آخ ُر‬
َ ‫ول لَهُ َشْيطَا ٌن‬
ُ ‫ فَيَ ُق‬.‫ي‬ ِ
ُ ‫الشَّيَاط‬
Apabila seseorang itu keluar dari rumahnya dan
membaca: “Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah.
Tidak ada daya dan kekuatan (bagiku) melainkan dengan izin
Allah)”, dikatakan kepadanya pada saat itu: “Kamu telah
mendapat petunjuk, diberi kecukupan dan mendapat penjagaan”
sehingga syaitan-syaitan menjauhinya. Maka berkatalah satu
syaitan kepada syaitan yang lain: “Bagaimana kamu hendak
mengganggu orang yang telah mendapat petunjuk, kecukupan
dan penjagaan?” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 4431/5095]

Kemudian Zarina memakai sandal, dimulai dengan kaki


kanan diikuti dengan kaki kiri. Inilah sunnah Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam:

ِ ‫إِذَا انْتَ عل أَح ُد ُكم فَلْي ب َدأْ ِِبلْيمَن وإِذَا خلَع فَلْي ب َدأْ ِِب‬
‫لش َم ِال‬ َْ َ َ َ َ ْ ُ َْ ْ َ َ َ
.‫يعا‬ ِ ِ ِ ِ
ً ‫َولْيُ ْنع ْل ُه َما ََج ًيعا أ َْو ليَ ْخلَ ْع ُه َما ََج‬
Apabila salah seorang antara kamu memakai
sandal/kasut, maka mulailah dengan (kaki) kanan dan apabila

274
melepaskan kasut/sandal mulailah dengan (kaki) kiri. Pakailah
sandal/kasut secara bersamaan atau melepaskannya secara
bersamaan (jangan pakai sebelah kaki saja). [Shahih Muslim, no:
3913/2097]

Setelah memasuki kereta dan menghidupkan enjin, Zarina


membaca zikir berikut:

‫ي َوإِ ََّن إِ ََل َربِنَا‬ ِ ِ


َ ‫ُسْب َحا َن الَّذي َس َّخَر لَنَا َه َذا َوَما ُكنَّا لَهُ ُم ْق ِرن‬
َ ‫لَ ُمنْ َقلِبُو‬
.‫ن‬

Maha Suci Dzat yang telah menundukkan untuk kami


kenderaan ini, padahal tidaklah kami dapat menguasainya, dan
sesungguhnya kepada Tuhan kamilah kami akan dikembalikan.
[Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 3368/3446]

Zikir ini merupakan sebahagian daripada apa yang


diamalkan oleh Rasulullah apabila menaiki kenderaan. Zarina cuba
mengikuti sunnah Rasulullah secara keseluruhan namun
adakalanya sebahagian sunnah tidak dapat diikutinya secara penuh.
Hal ini tidak mengapa kerana baginda pernah berpesan:

ِ ِ َ‫فَِإ َذا ََنَي تُ ُكم عن َشي ٍء ف‬


‫َما‬ ُ‫اجتَنبُوهُ َوإِ َذا أ ََم ْرتُ ُك ْم ِِب َْم ٍر فَأْتُوا مْنه‬
ْ ْ َْ ْ ْ
.‫استَطَ ْعتُم‬
ْ ْ
275
Maka apabila aku melarang kalian daripada sesuatu
maka jauhilah ia dan apabila aku memerintahkan kalian dengan
suatu urusan maka lakukanlah ia semampu kalian. [Shahih al-
Bukhari, no: 6744/7288]

Adapun bacaan zikir sepenuhnya yang diamalkan oleh


Rasulullah adalah seperti hadis berikut: Daripada Ali bin Rabi‘ah,
dia berkata: Aku menyaksikan Ali bin Abi Thalib radhiallahu
'anh diberi haiwan untuk dia tunggangi. Apabila dia meletakkan
kakinya di pemijak kaki (sanggurdi), dia mengucapkan:
“Bismillah” tiga kali. Tatkala dia sudah berada di atas belakang
haiwannya, dia mengucapkan: “Alhamdulillah”. Kemudian dia
membaca:

‫ي َوإِ ََّن إِ ََل َربِنَا‬ ِ ِ


َ ‫ُسْب َحا َن الَّذي َس َّخَر لَنَا َه َذا َوَما ُكنَّا لَهُ ُم ْق ِرن‬
َ ‫لَ ُمنْ َقلِبُو‬
.‫ن‬

“Maha Suci Dzat yang telah menundukkan untuk kami


kenderaan ini, padahal tidaklah kami dapat menguasainya, dan
sesungguhnya kepada Tuhan kamilah kami akan dikembalikan.”

Kemudian dia mengucapkan: “Alhamdulillah” tiga kali


dan: “Allahu Akbar” tiga kali, diikuti dengan:

276
‫وب‬ ُّ ‫ت نَ ْف ِسي فَا ْغ ِف ْر ِِل فَِإنَّهُ ََّل يَ ْغ ِفر‬
َ ُ‫الذن‬ ُ ‫ك إِِّن قَ ْد ظَلَ ْم‬
َ َ‫ُسْب َحان‬
ُ
َ ْ‫أَن‬
.‫ت‬ ‫إََِّّل‬
“Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku telah menzalimi
diriku maka ampunilah aku kerana sesungguhnya tidak ada yang
dapat mengampuni dosa kecuali Engkau).”

Kemudian dia ketawa. Aku (Ali bin Rabi‘ah) bertanya:


Kenapa engkau ketawa wahai Amirul Mukminin?

Dia menjawab: Aku melihat Rasulullah shallallahu


‘alaihi wa sallam melakukan seperti apa yang aku lakukan
kemudian baginda ketawa. Aku bertanya: Kenapa engkau ketawa
wahai Rasulullah? Baginda menjawab:

‫ب ا ْغ ِف ْر ِِل ذُنُ ِوّب إِنَّهُ ََّل يَ ْغ ِف ُر‬


ِ ‫ال ر‬ ِ ِ ِ ِ ‫ك لَيَ ْع َج‬
َ َ َ‫ب م ْن َعْبده إذَا ق‬
ُ َ َّ‫إِ َّن َرب‬
.‫غ ْْي َك‬ ُّ
ُ َ ‫وب‬ َ ُ‫الذن‬
Sesungguhnya Tuhan-Mu sungguh berasa kagum kepada
hamba-Nya apabila (hamba-Nya) mengucapkan: “Wahai tuhan-
Ku, ampunilahku terhadap dosa-dosaku kerana sesungguhnya
tidak ada yang mengampuni dosa selain-Mu.” [Shahih Sunan al-
Tirmizi, no: 3368/3446]

Berzikir dalam urusan harian tidaklah bererti Zarina berzikir

277
dalam setiap suasana. Ada masa-masa yang sebenarnya tidak
dianjurkan berzikir. Apabila memandu misalnya, Zarina tidak
mendengar bacaan al-Qur’an kerana pada ketika itu, Zarina fokus
memandu dalam kesesakan pagi sehingga tidak dapat memberi
perhatian sepenuhnya kepada bacaan al-Qur’an. Ini merujuk kepada
firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

ِ ِ َ‫ئ الْ ُقرآَ ُن ف‬ ِ


.‫ن‬
ْ ‫استَم ُعوا لَهُ َوأَنْصتُوا لَ َعلَّ ُك ْم‬
َ ‫تُر َْحُو‬ ْ ْ َ ‫َوإ َذا قُ ِر‬
Dan apabila dibacakan al-Qur'an, maka dengarkanlah
baik-baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat
rahmat. [al-A’raaf 7:204]

Demikian juga, Zarina tidak mendengar nyanyian-nyanyian


zikir serta selawat kerana semua itu adalah bertentangan dengan
adab zikir yang ditekankan dalam al-Qur’an:

‫ضُّر ًعا َو ِخي َفةً َو ُدو َن ا ْْلَ ْه ِر ِم َن الْ َق ْوِل ِِبلْغُ ُد ِو‬
َ َ‫ك ت‬َ ‫ك ِِف نَ ْف ِس‬َ َّ‫َواذْ ُك ْر َرب‬
ِِ ِ
.‫ي‬َ ‫ص ِال َوََّل تَ ُك ْن م َن الْغَافل‬َ َ‫َو ْاْل‬
Dan berzikirlah akan Tuhanmu dalam hatimu dengan
merendah diri serta dengan perasaan takut (kerana menyebut
nama Allah yang maha agung) dan dengan tidak pula
menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah

278
engkau menjadi dari orang-orang yang lalai. [al-A’raaf 7:205]

Pun begitu jika ada kelapangan ketika memandu, zikir


kegemaran Zarina ialah apa yang menjadi kegemaran para malaikat,
iaitu:

.ِ‫اَّللِ َوِِبَ ْم ِده‬


َّ ‫ُسْب َحا َن‬
Maha Suci Allah dan Maha Terpuji Dia. [Shahih Muslim,
no: 4910/2731. Teks penuh hadis sudah dikemukakan sebelum ini.]

Sampai di pejabat, Zarina bersua dengan beberapa rakan


kerja yang sedang berjalan ke arah kafeteria untuk minum pagi.
Zarina mengucapkan “Assalamu’alaikum” kepada mereka sambil
tersenyum, namun meneruskan langkah ke mejanya. Zarina tidak
menyertai mereka kerana berdasarkan pengalaman sebelum ini,
topik persembangan mereka tidak menarik perhatiannya. Di tempat
kerjanya itu, hanya ada beberapa muslimat lain yang dipilih oleh
Zarina untuk bergaul dan berdamping rapat. Biarlah orang lain
menggelar dirinya “anti sosial”, Zarina tetap berpegang teguh
kepada firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

ِ َّ
‫يدو َن‬ُ ‫ين يَ ْدعُو َن َرَِّبُْم ِِبلْغَ َداةِ َوالْ َع ِش ِي يُِر‬
َ ‫ك َم َع الذ‬ َ ‫اصِ ْْب نَ ْف َس‬
ْ ‫َو‬
ِ ِ ْ َ‫يد ِزينَة‬
ُ ‫اك َعنْ ُه ْم تُِر‬
ُ‫اْلَيَاة الدُّنْيَا َوََّل تُط ْع َم ْن أَ ْغ َفلْنَا قَلْبَه‬ َ َ‫َو ْج َههُ َوََّل تَ ْع ُد َعْي ن‬

279
.‫فُرطًا‬‫ه‬
ُ‫ر‬‫َم‬
ْ ‫أ‬ ‫ن‬
َ ‫ا‬‫ك‬َ‫و‬ ‫اه‬
ُ ‫و‬ ‫ه‬
َ ‫ع‬
َ ‫ب‬
َ َّ
‫ات‬ ‫و‬
َ ‫َن‬
َ‫ر‬ِ ‫َع ْن ِذ ْك‬
ُ ُ َ َ
Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan
orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu
pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-
mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu
daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan
hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang
Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi
pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta dia menurut hawa
nafsunya dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui
kebenaran. [al-Kahf 18:28]

Namun ini tidak menjadikan Zarina bersikap sombong


terhadap rakan-rakan kerjanya yang lain. Sekadar memberi salam
dan berwajah ceria tetap diamalkan apabila bersua dengan sesiapa
jua, sebagaimana pesan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

.‫طَْل ٍق‬ ‫اك بَِو ْج ٍه‬ ِ ِ ِ


َ ‫ََّل ََْتقَر َّن م ْن الْ َم ْع ُروف َشْي ئًا َولَ ْو أَ ْن تَ ْل َقى أ‬
َ ‫َخ‬
Jangan kamu meremehkan apa jua kebaikan, sekalipun
kamu menemui saudaramu dengan wajah yang ceria. [Shahih
Muslim, no: 4760/2626]

Sebenarnya iklim kerja di pejabat menyebabkan Zarina

280
sekali sekala terlanjur juga dalam pergaulan bebas dengan lelaki
(ikhtilat) atau terikut dengan persembangan yang sia-sia (lagha).
Pada awalnya ia bermula dengan mesyuarat penting atau
perbincangan kumpulan (group discussion), namun secara
bertahap-tahap ia beralih atau bercampur aduk dengan ikhtilat yang
dilarang atau sesuatu yang lagha.

Apabila tersedar daripada keterlanjuran ini, Zarina segera


ingat kepada Allah dan mengucapkan A’uzubillahi minash syaitan
nirajim. Ini sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

‫يع َعلِ ٌيم‬ ِ ِ ِ َ‫ان نَزغٌ ف‬


ٌ ‫استَع ْذ ِِب ََّّلل إِنَّهُ ََس‬
ِ
ْ ْ َ‫َّك م َن الشَّْيط‬
ِ َ ‫وإَِّما ي ْن ز َغن‬
ََ َ
ِ َ‫ف ِمن الشَّيط‬
‫ان تَ َذ َّك ُروا فَِإ َذا ُه ْم‬ ِ ِ َّ ِ
ْ َ ٌ ‫ين اتَّ َق ْوا إِ َذا َم َّس ُه ْم طَائ‬
َ ‫) إ َّن الذ‬200(
.)201( ‫ن‬ ِ ‫مب‬
َ ‫ص ُرو‬ ُْ
Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari
syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah,
sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka
disentuh oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada
perintah larangan Allah) maka dengan itu mereka nampak (apa
yang benar, apa yang salah). [al-A’raaf 7:200-201]

281
Demikianlah beberapa contoh zikir dalam urusan harian
Zarina, daripada bangun tidur pada awal pagi sehinggalah ke
pejabat. Terdapat banyak lagi zikir yang tidak sempat saya berikan
di sini, seperti zikir ketika pulang ke rumah, zikir sebelum tidur dan
zikir apabila terjaga dari tidur.

Berdasarkan contoh-contoh ini, dapat kita simpulkan


bahawa zikir dalam urusan harian ialah:

1. Bacaan sebelum melakukan sesuatu perkara, seperti doa


sebelum masuk tandas.

2. Bacaan selepas melakukan sesuatu perkara, seperti doa bangun


tidur.

3. Mengikuti sunnah Rasulullah, seperti makan sepertiga perut.

4. Mentaati perintah Allah dan Rasulullah, seperti memakai


tudung yang labuh.

5. Mentaati larangan Allah dan Rasulullah, seperti tidak


menggunakan minyak wangi.

6. Tidak pura-pura berzikir dalam susana yang tidak kondusif


untuk berzikir, seperti ketika memandu dalam kesesakan.

7. Segera mengingati Allah apabila terlanjur melakukan sesuatu

282
yang dilarang atau sia-sia, seperti ikut bersembang dalam
perkara lagha.

Sekali imbas, kelihatan sukar menghafal sekian banyak


bacaan zikir dan doa lalu kemudian mendisiplinkan diri
mengamalkannya. Nasihat penulis, hafal satu doa dahulu –
misalnya doa bangun tidur – dan lazimkan diri mengamalkannya.
Jika sudah hafal dan lazim mengamalkannya, maka hafal doa kedua
pula – misalnya doa masuk tandas – dan lazimkan diri
mengamalkannya. Satu per satu, lama-lama akan hafal banyak zikir
dan doa serta biasa mengamalkannya dalam pelbagai urusan harian.
Jika hendak dihafal dan diamalkan semua serentak, memang sukar
dan menjadi alasan bagi syaitan membisikkan perasaan putus asa.

Pada masa kini ada aplikasi Hisnul Muslim yang boleh


dimuat turun dalam telefon pintar bagi rujukan dan hafalan yang
mudah. Ia menghimpunkan pelbagai doa dan zikir daripada sunnah
Rasulullah yang sahih bagi kegunaan harian mahupun keadaan
tertentu.

Soalan: Selalu Berzikir Tetapi Tetap Diganggu

Rakan saya merupakan orang yang banyak berzikir, tetapi


dia sering diganggu oleh jin. Beliau merupakan seorang yang soleh,
banyak beribadah – seperti berzikir – dan suka berbuat baik. Kenapa

283
jin masih mengganggu orang seperti ini?

Jawapan:

Ada dua kemungkinan kenapa jin sering mengganggu orang


seperti rakan anda. Pertama, mungkin zikir-zikir yang diamalkan
itu bukan sunnah, tetapi bid’ah. Zikir yang sunnah ialah:

 Lafaznya 100% seperti apa yang diajar atau diamalkan oleh


Rasulullah. Tidak diubah walau sehuruf atau sebaris,
termasuklah kata ganti “kami”, “saya”, lelaki dan perempuan.

 Ia dibaca secara perlahan, rendah diri, seorang diri dan khusyuk,


melainkan beberapa zikir yang disunnahkan secara kuat seperti
takbir Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha. Contohnya,
bagaimana anda tahu rakan tersebut banyak berzikir padahal
zikir itu sepatutnya secara perlahan dan berseorangan?

 Ia dibaca mengikuti bilangan dan waktunya. Misalnya jika


Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengajar sesuatu zikir
dibaca tiga kali pada waktu pagi dan petang, maka ia dibaca tiga
kali pada waktu pagi (selepas Subuh) dan petang (selepas Asar).
Jangan diubah kepada tujuh kali bacaan pada waktu malam.

Kedua, jika zikir dan ibadah menepati sunnah, maka


mungkin gangguan itu diizinkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala

284
sebagai satu bentuk ujian kepada orang tersebut. Ini kerana Allah
sentiasa menguji para hamba-Nya dan orang-orang yang soleh lagi
rajin beribadah tidak terkecuali daripada ujian ini. Bahkan mungkin
saja orang-orang seperti ini ujiannya lebih hebat. Perhatikan hadis
berikut:

Sa’ad bin Abi Waqash radhiallahu 'anh pernah bertanya:

ِ َ َ‫َش ُّد بََلء؟ ق‬


ُ‫ ْاْلَنْبيَاءُ ُُثَّ ْاْل َْمثَ ُل فَ ْاْل َْمثَل‬:‫ال‬ ً َ ‫َّاس أ‬ ِ ‫َي الن‬ ُّ ‫اَّللِ أ‬
َّ ‫ول‬َ ‫ََي َر ُس‬
‫صلْبًا ا ْشتَ َّد بََل ُؤهُ َوإِ ْن َكا َن‬ ِ ِ ِ ِ ِ ‫الرجل علَى حس‬
ُ ُ‫ فَِإ ْن َكا َن دينُه‬.‫ب دينه‬ َ َ َ ُ ُ َّ ‫فَيُ ْب تَ لَى‬
ِ ِ ِ ِ ِ ‫ِِف ِدينِ ِه ِرقَّةٌ اب تُلِي علَى حس‬
ُ‫ فَ َما يَْْبَ ُح الْبَ َلءُ ِِبلْ َعْبد َح ََّّت يََْتَُكه‬.‫ب دينه‬ ََ َ َ ْ
.ٌ‫ض َما َعلَْي ِه َخ ِطيئَة‬ ِ ‫َيَْ ِشي َعلَى ْاْل َْر‬
“Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berat
ujiannya? Baginda menjawab: “Para nabi, kemudian (orang
yang memiliki keutamaan) sepertinya, kemudian (orang yang
memiliki keutamaan) sepertinya.

Seseorang itu diuji berdasarkan kadar agamanya. Jika


agamanya kuat, ujiannya pun berat. Sebaliknya jika agamanya
lemah, dia diuji sesuai dengan kadar agamanya. Ujian-ujian ini
tidak akan berhenti menimpa seorang hamba sehingga dia
berjalan di atas muka bumi dengan tidak mempunyai kesalahan

285
(kerana dosa kesalahan telah dihapuskan oleh ujian-ujian
tersebut).” [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 2322/2398]

Oleh itu hendaklah orang yang diuji bersabar dengan ujian,


meneruskan – atau menambah – amal-amal sunnah yang dilakukan
dan merawat dirinya dengan apa yang halal lagi disyari‘atkan oleh
Islam. Lebih lanjut, sila semak buku penulis Panduan Aqidah Dan
Ibadah Ketika Sakit.

Soalan: Muzik Dan Gangguan Jin

Ada yang berkata bahawa bagi mengelak gangguan jin,


hendaklah menjauhi muzik. Saya hairan, apakah kaitan antara
muzik dan gangguan jin? Adakah jin meminati muzik sehingga
lazim mendampingi atau merasuk pendengar muzik?

Jawapan

Ya, betul. Hendaklah menjauhi muzik, baik sebagai pemain


atau pendengar, bagi mengelak gangguan jin. Demikian juga bagi
pesakit yang diganggu jin, hendaklah dia menjauhi muzik supaya
lebih mudah memperoleh kesembuhan.

Kaitannya adalah, muzik melalaikan pemain dan


pendengarnya daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Pendengar
muzik, fikirannya kerap berlegar tentang muzik sementara telinga

286
dan hatinya dipenuhi dengan muzik. Ia tidak terhad kepada irama
muzik, tetapi penyanyi muzik itu juga. Pendengar lelaki akan suka
menonton gambar, poster dan muzik video penyanyi wanita
sementara pendengar wanita pula akan suka menonton gambar,
poster dan muzik video penyanyi lelaki. Lebih kerap dari jarang,
penyanyi-penyanyi itu tidak menutup aurat dan menyanyi dengan
aksi dan suara yang mengghairahkan. Semua ini – muzik secara
audio dan visual – berperanan aktif menjauhkan pendengar
daripada Allah.

Pemain muzik pula, urusan hariannya banyak dihabiskan


berlatih bermain alat muzik. Latihan ini bukanlah mudah kerana ia
melibatkan fokus yang tinggi bagi memastikan hubungan yang
seragam antara minda, irama dan gerak tangan. Sebahagian pemain
muzik adalah juga pengubah muzik, maka sekali lagi banyak urusan
hariannya yang dihabiskan menulis lirik dan mengubah muzik.
Semua ini sekali lagi berperanan menjauhkan pemain muzik
daripada Allah.

Apabila seseorang itu jauh daripada Allah, maka terbukalah


peluang keemasan bagi jin datang mengganggu dan
mendampinginya. Ini berbeza dengan orang yang hampir dengan
Allah melalui ibadah, zikir dan sunnah-sunnah Rasulullah, maka

287
yang datang menjaga dan mendampinginya ialah para malaikat.

Sebelum ini dalam bab Zikir Dalam Urusan Harian,


diberikan contoh Zarina yang memulakan harinya dan meneruskan
pelbagai urusan hariannya dengan zikir kepada Allah. Bandingkan
pula dengan orang yang sejak bangun tidur terus memasang muzik,
mandi sambil dengar muzik, sarapan sambil dengar muzik,
memandu sambil dengar muzik …. sehinggalah tidur sambil dengar
muzik. Siapakah yang akan didampingi oleh malaikat dan siapakah
yang akan didampingi oleh jin pengganggu?

Apabila berbicara tentang pengaruh muzik yang melalaikan


daripada Allah, hendaklah diketahui bahawa ia termasuklah muzik
yang dianggap sebagai Islamik. Nasyid, qasidah dan nyanyian
selawat tetap memberi pengaruh yang sama, iaitu melalaikan
penyanyi dan pendengarnya daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Oleh kerana itulah pada zaman Rasulullah shallallahu


'alaihi wasallam, baginda tidak pernah menjadikan semua itu
(nasyid, qasidah dan nyanyian selawat) sebagai satu bentuk zikir
kepada Allah. Baginda selalu menganjurkan umat Islam berzikir,
namun anjuran itu tidak pernah dalam bentuk nyanyian dan muzik.
Selain itu, baginda juga sangat berkeinginan mendakwah anak-anak
muda yang belum Islam kepada Islam dan mengislahkan mereka

288
yang sudah Islam agar menjadi lebih baik. Namun baginda tidak
pernah menggunakan muzik (nasyid, qasidah dan nyanyian
selawat) sebagai salah satu bentuk dakwah dan islah.

Bahkan sebahagian nasyid, qasidah dan nyanyian selawat


mengandungi lirik atau kata-kata yang menyalahi Islam, syirik
kepada Allah dan berlebih-lebihan dalam memuji Rasulullah. Inilah
yang diperingatkan oleh ayat al-Qur’an berikut:

‫اَّللِ بِغَِْْي ِع ْل ٍم‬ ِ ‫يث لِي‬


َّ ‫ض َّل َع ْن َسبِ ِيل‬ ِ ِ ْ ‫َّاس من ي ْش َِتي ََلو‬
ُ ‫اْلَد‬ َْ َ َ ْ َ ِ ‫َوم َن الن‬
ِ

َ ِ‫َّخ َذ َها ُه ُزًوا أُولَئ‬


ِ ‫وي ت‬
ٌ ‫اب ُم ِه‬
.‫ي‬ ٌ ‫ك ََلُْم َع َذ‬ ََ
Dan antara manusia (ada) orang yang mempergunakan
perkataan yang tidak berguna bagi menyesatkan (manusia) dari
jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu
olok-olokan. Mereka itu akan memperoleh azab yang
menghinakan. [Luqman 31:06]

Mari kita menyemak maksud ayat di atas secara lebih


terperinci:

 “…mempergunakan perkataan yang tidak berguna…”


umpama nasyid, qasidah dan nyanyian selawat.

 “…bagi menyesatkan (manusia) dari jalan Allah…” yakni

289
dengan lirik yang menyalahi Islam, syirik kepada Allah dan
berlebih-lebihan dalam memuji Rasulullah.

 “…tanpa pengetahuan…” apabila yang mendendang nasyid,


qasidah dan nyanyian selawat itu ialah artis yang berjubah,
berserban dan berjambang, ramai yang menganggap ia adalah
betul dan baik. Justeru mereka menganggap liriknya juga adalah
betul dan baik tanpa menyedari dalamnya terkandung kata-kata
yang menyalahi Islam, syirik kepada Allah dan berlebih-lebihan
dalam memuji Rasulullah. Hampir semua yang terpengaruh
dengan nasyid, qasidah dan nyanyian selawat ialah orang awam
yang tidak berpengetahuan.

 “…menjadikan jalan Allah itu olok-olokan…” yakni


menjadikan nama-nama Allah, sifat-sifat-Nya, ayat-ayat-Nya
dan Rasul-Nya sebagai bahan mainan yang dapat dinyanyi-
nyanyikan. Atau boleh juga bermaksud menyindir jalan dakwah
Allah dan Rasul-Nya yang sebenar dengan mendakwa
kononnya nasyid, qasidah dan nyanyian selawat adalah lebih
baik kerana berjaya menarik perhatian orang ramai ke arah
Islam. Padahal apa yang benar, mereka hanya menarik orang
ramai kepada muzik dan hiburan.

 Mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan. Ini

290
adalah amaran serta peringatan yang tegas, bukan sahaja kepada
artis-artis yang suka bernasyid, berqasidah dan selawatan, tetapi
juga penganjur-penganjur acara hiburan tersebut. Ini kerana ada
yang menganggap majlis nasyid, qasidah dan nyanyian selawat
adalah sesuatu yang baik lalu menganjurkannya di stadium,
pejabat dan sekolah.

Kesimpulannya, hindarilah muzik dan hiburan kerana ia


melalaikan daripada Allah, menjauhkan para malaikat dan
mendekatkan jin-jin pengganggu.
Penting untuk ditambah, perkara ini tidak terhad kepada
muzik dan nyanyian. Apa-apa perkara yang melalaikan seseorang
itu daripada Allah secara berpanjangan pasti akan menjemput jin
menjadi teman rapatnya. Misalnya Ramli yang taksub kepada
pasukan bolasepak kegemarannya, Muhammad Choo yang
bersemangat mengembangkan perniagaannya, Salina yang khusyuk
menyiapkan tesis kedoktorannya dan Mohamed Din yang siang
malam bermain game dalam talifon pintarnya. Mereka semua ini
lalai daripada Allah secara berpanjangan sehingga membuka ruang
untuk jin datang mengganggu. Oleh itu apa saja yang dilakukan,
pastikan ia pada kadar sederhana tanpa melupakan hubungan
dengan Allah Subhanahu wa Ta'ala.

291
Bahagian Ketiga

Bab 1: Merawat Gangguan Jin Dan Sihir

Kini kita masuk ke bab merawat gangguan jin dan sihir. Bab
ini saya jelaskan dalam bentuk poin-poin atau langkah-langkah
rawatan. Harapan saya melalui bab ini ialah setiap orang dapat
merawat dirinya: seorang ayah dapat merawat anaknya, seorang
isteri dapat merawat suaminya, seorang adik dapat merawat
abangnya, seorang jiran dapat merawat jirannya, seorang guru dapat
merawat muridnya, seorang pelajar dapat merawat pensyarahnya
dan seorang rakan kerja dapat merawat rakannya.

Ini bukan sekadar harapan tetapi merupakan perkara yang


saya tekankan kerana sudah banyak kesalahan yang berlaku apabila
seorang pesakit itu pergi berjumpa ustaz, ustazah atau pakar
perubatan Islam bagi mendapatkan rawatan. Kesalahan bukan
sahaja dari aspek penipuan wang ringgit, tetapi juga terjebak dalam
keyakinan syirik, amalan bid’ah dan perbuatan mungkar.

Pun begitu, tentu saja masih ada ustaz, ustazah dan pakar
perubatan Islam yang tulen aqidahnya, sahih amalannya lagi

292
amanah sikapnya (AAA). Jumlah mereka amatlah sedikit. Moga
Allah memelihara mereka dan membantu mereka melaksanakan
amal soleh ini dengan cemerlang. Moga Allah menemukan orang
yang diganggu jin dan sihir dengan mereka ini bagi mendapatkan
rawatan. Insya-Allah dalam bab akan datang penulis akan
menjelaskan ciri-ciri seorang ustaz, ustazah dan pakar perubatan
Islam yang dimaksudkan.

Bagi makluman para pembaca, dalam bab ini penulis


menggunakan istilah “perawat” atau “peruqyah” bagi merujuk
kepada sesiapa jua yang merawat pesakit. Ruqyah bermaksud
jampi, peruqyah bermaksud orang yang menjampi dan meruqyah
bermaksud perbuatan menjampi.

Seandainya ada pembaca yang melompat terus ke bab ini,


diminta menyemak buku ini daripada awal. Melompat terus ke bab
ini hanya akan menimbulkan pelbagai tanda tanya dan kekeliruan.

293
Pertama: Bukan Semua Gangguan Berpunca Dari Jin Atau
Sihir

Meskipun dalam bab sebelum ini penulis telah menerangkan


pelbagai sebab jin mengganggu manusia, ia tidaklah bererti semua
gangguan yang dialami oleh manusia berpunca daripada jin atau
sihir. Bahkan boleh dikatakan dalam 10 kes, hanya satu atau dua
yang benar-benar melibatkan gangguan jin atau sihir. Selebihnya
berpunca daripada sebab-sebab lain seperti tekanan kehidupan
(stress), putus cinta, sakit fizikal, hormon yang tidak seimbang dan
psikologi yang taksub kepada jin.

Berikut penulis kongsikan dua contoh. Pertama, seorang


wanita berumur lewat 40an pernah menganggap dirinya diganggu
oleh jin. Dia kerap berasa dirinya berubah-ubah antara gembira dan
tenang kepada gelisah (anxiety) dan murung (depression). Ketika
berasa gelisah dan murung, dia beranggapan sedang diganggu oleh
jin.

Apabila dia menceritakan masalahnya ini kepada saya, saya


mencadangkan dia mengkaji di laman web apa yang disebut sebagai
kesan-kesan putus haid bagi seorang wanita (menopause). Beberapa
hari kemudian dia menghubungi saya, bersetuju bahawa apa yang
dialaminya ialah kesan-kesan putus haid dan bukan gangguan jin.

294
Kedua, seorang ibu muda pernah menceritakan bahawa dia
mengesyaki suaminya telah disihir oleh wanita lain di pejabat. Ini
kerana sejak akhir-akhir ini suaminya banyak berdiam dan
menjauhkan diri daripadanya. Saya bertanya kepada ibu muda itu,
apakah sejak mendapat anak dia telah membahagikan perhatian
yang sama antara anak dan suaminya? Dia menjawab tidak dan
mengaku terlalu memberi perhatian kepada anak. Dia berazam
untuk berubah. Seminggu selepas itu dia menceritakan bahawa
hubungan dia dan suami sudah kembali baik.

Oleh itu adalah selamat untuk disarankan bahawa apabila


seseorang itu menganggap dirinya diganggu oleh jin atau sihir,
hendaklah terlebih dahulu mendapatkan rawatan doktor kesihatan
atau pakar psikologi. Pun begitu, tetap juga dianjurkan merawat
dengan membaca ruqyah. Ini kerana ruqyah bukan sahaja untuk
gangguan jin dan sihir, tetapi juga untuk penyakit-penyakit fizikal.

295
Kedua: Tidak Ada Tanda Khusus Diganggu Oleh Jin Atau
Sihir

Seorang ustaz pernah berkata dalam siaran TV bahawa


antara tanda jin hadir di rumah seseorang ialah kelibat, iaitu secara
sepintas lalu nampak seseorang atau sesuatu di rumah. Tanda
kehadiran jin di bangunan tinggi seperti kondominium pula ialah
kedengaran bunyi perabot bergerak, tumbukan batu lesung dan biji-
biji guli yang bergolek dalam bangunan. Adapun tanda jin hadir
dalam diri seseorang ialah kerap mimpi ngeri, mimpi jatuh
bangunan, mimpi menyusukan bayi, bahu terasa berat dan sering
panas baran.

Apa yang benar, tidak ada tanda-tanda khusus seseorang itu


atau tempat tinggalnya diganggu oleh jin atau sihir. Ini kerana
apabila jin hendak mengganggu, dia boleh menganggu dengan apa
jua bentuk gangguan yang disukainya. Bentuk gangguan itu pula
boleh berubah-ubah antara pagi dan petang, antara hari ini dan esok.
Demikian juga dengan sihir, ia bergantung kepada apa bentuk
gangguan yang dipilih oleh orang yang menyihir.
Hanya apabila seseorang itu mengalami gangguan yang
dahsyat, barulah dapat dikatakan dia diganggu oleh jin atau sihir.
Contoh gangguan jin yang dahsyat ialah apabila seseorang itu
mengalami rasukan atau histeria sehingga memiliki kekuatan yang

296
melebihi lima atau enam orang. Manusia biasa tidak boleh memiliki
kekuatan seperti itu melainkan ada jin yang telah merasuk dalam
dirinya.
Contoh sihir yang dahsyat ialah ternampak sesuatu yang
menakutkan, terus di hadapan mata. Ia bukan secara kelibat atau di
hujung anak mata, tetapi betul-betul depan mata. Perhatikan
bagaimana ahli sihir Firaun mensihir Nabi Musa dan orang ramai:
ِ‫ع‬
.‫ظي ٍم‬ ‫وه ْم َو َجاءُوا بِ ِس ْح ٍر‬ ِ ‫ي الن‬
َ ُ ُ‫اس َ َْتَهب‬
ْ ‫َّاس َو‬ َُ ‫فَلَ َّما أَلْ َق ْوا َس َح ُروا أ َْع‬
Maka apabila mereka (ahli sihir Fir’aun) mencampakkan
(tongkat dan tali masing-masing), mereka menyihir mata orang
ramai dan menjadikan mereka gerun, serta mereka melakukan
sihir yang besar. [al-A’raaf 7:116]
Dalam kitab-kitab tafsir, dikatakan bahawa mata orang
ramai disihir sehingga mereka nampak tongkat dan tali-tali itu
umpama ular-ular besar yang menjalar sehingga amat
menggerunkan. Bahkan Nabi Musa turut menjadi gerun seperti
yang diterangkan dalam ayat yang lain:

.‫ُموسى‬
َ ً‫س ِِف نَ ْف ِس ِه ِخي َفة‬
َ ‫فَأ َْو َج‬
Maka Musa berasa takut dalam hatinya. [Ta-Ha 20:67]
Ular-ular itu nampak betul-betul depan mata, bukan secara
kelibat atau di hujung anak mata. Apabila berlaku sesuatu yang
dahsyat seperti ini, barulah dikatakan ia sihir.

297
Ketiga: Rawatan Terbaik Ialah Pencegahan

Rawatan yang terbaik tidak dicari ketika sudah diganggu jin


akan tetapi sebelum diganggu jin. “Cegah sebelum parah” ialah
slogan yang tetap benar dalam kes ini.

Justeru sejak awal hendaklah ditinggalkan kehidupan yang


dipenuhi dengan perkara-perkara mungkar dan sia-sia (lagha).
Hendaklah mengamalkan kehidupan yang selari dengan Islam,
dimulai dengan jiwa yang selalu mentauhidkan Allah, aqidah yang
bersih, ibadah-ibadah yang disyari’atkan (bukan bid’ah), mulut
serta hati yang berzikir kepada Allah dalam pelbagai urusan harian
dan melakukan amal-amal soleh.

Kehidupan seperti ini akan menyebabkan diri seseorang itu


tidak didampingi oleh jin-jin, tetapi oleh malaikat-malaikat yang
menjadi wali – yakni penolong, pembela dan penjaga. Perhatikan
firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

‫استَ َق ُاموا تَتَ نَ َّزُل َعلَْي ِه ُم الْ َم َلئِ َكةُ أَََّّل‬ ِ َّ ِ


ْ َّ‫اَّللُ ُُث‬
َّ ‫ين قَالُوا َربُّنَا‬ َ ‫إ َّن الذ‬
‫) ََْن ُن أ َْولِيَا ُؤُك ْم ِِف‬30( ‫وع ُدو َن‬ ِ ِ
َ ُ‫ََتَافُوا َوََّل ََْتَزنُوا َوأَبْش ُروا ِِب ْْلَنَّة الَِِّت ُكنْ تُ ْم ت‬
‫اْلَيَاةِ الدُّنْيَا َوِِف ْاْل ِخَرةِ َولَ ُك ْم فِ َيها َما تَ ْشتَ ِهي أَنْ ُف ُس ُك ْم َولَ ُك ْم فِ َيها َما‬ ْ
)31( ‫َّعو َن‬ ُ ‫تَد‬

298
Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan
keyakinannya dengan berkata: “Tuhan kami ialah Allah”,
kemudian mereka beristiqamah di atasnya, akan turunlah
malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (yang berkata):

“Janganlah kamu bimbang dan janganlah kamu


berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan
beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. Kamilah
penolong dan pembela (Auliya’) kamu dalam kehidupan dunia
dan pada Hari Akhirat; dan kamu akan beroleh - pada Hari
Akhirat - apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan
beroleh - pada hari itu - apa yang kamu cita-citakan
mendapatnya.” [Surah Fussilat 41:30-31]

Selain itu, rawatan terhadap gangguan jin tidak akan


berkesan jika seseorang itu tetap dalam kehidupannya yang lama.
Rawatan mungkin berjaya menghalau jin, namun jin yang sama
akan kembali mengganggu setelah satu tempoh.

Ambil saja contoh Azmin yang meminati pelakon dan


penyanyi perempuan dari Korea. Bilik tidurnya dipenuhi dengan
poster-poster artis perempuan Korea. Telefon pintarnya juga
dipenuhi dengan gambar dan video artis perempuan Korea. Hampir
selalu dia berkhayal bersama dengan mereka.

299
Pada satu hari, jin wanita bernama Nimzaakus telah
merasuk Azmin dan duduk di dalam badannya. Sejak itu Azmin
kerap mengalami rasukan, baik di rumah mahupun di pejabat.
Setelah diruqyah, Nimzaakus berjaya dihalau keluar dari badan
Azmin. Namun Azmin tetap tidak mengubah cara hidupnya. Maka
setelah seminggu, Nimzaakus kembali merasuk Azmin.

Oleh itu rawatan terhadap gangguan jin hanya akan berjaya


untuk jangka panjang jika seseorang itu mengubah cara hidupnya.
Mengubah dari kehidupan yang menjemput dampingan jin kepada
kehidupan yang menjemput dampingan malaikat.

300
Keempat: Meruqyah Diri Sendiri Dan Ahli Keluarga

Jika diyakini diganggu oleh jin atau sihir, maka boleh


meruqyah diri sendiri. Dianjurkan juga meruqyah sebagai
pencegahan daripada gangguan jin atau sihir. Demikian juga, boleh
meruqyah sesama ahli keluarga atau dalam lingkungan sendiri.
Inilah yang penulis maksudnya sebelum ini: seorang ayah
meruqyah anaknya, seorang isteri meruqyah suaminya, seorang
adik meruqyah abangnya, seorang jiran meruqyah jirannya, seorang
guru meruqyah muridnya, seorang pelajar meruqyah pensyarahnya
dan seorang rakan kerja meruqyah rakannya.

Tidak semestinya memanggil ustaz atau ustazah untuk


rawatan.

Tidak semestinya sudah menghafal ayat-ayat ruqyah. Boleh


merujuk dan membaca terus daripada al-Qur’an atau buku. Bahkan
boleh membaca melalui aplikasi al-Qur’an, hadis-hadis atau ruqyah
yang terdapat dalam smart phone.

Inilah yang dicontohkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi


wasallam dan ahli keluarganya. Rasulullah biasa meruqyah dirinya
sendiri sebagaimana hadis berikut:

‫اَّللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم َكا َن إِذَا أ ََوى إِ ََل فَِر ِاش ِه‬
َّ ‫صلَّى‬ َّ ‫ أ‬:َ‫َع ْن َعائِ َشة‬
َّ ِ‫َن الن‬
َ ‫َِّب‬
301
ُ‫َعوذ‬ ُ ‫َح ٌد َو قُ ْل أ‬ َّ ‫ث فِي ِه َما فَ َقَرأَ فِي ِه َما قُ ْل ُه َو‬
َ ‫اَّللُ أ‬ َ ‫ُك َّل لَْي لَ ٍة ََجَ َع َك َّفْي ِه ُُثَّ نَ َف‬
ِ‫َّاس ُُثَّ َيَْسح ِبِِما ما استطَاع ِمن جس ِده‬ ِ ‫ب الن‬ ِ ‫َعوذُ بِر‬ ِ ِ ِ
َ َ ْ َ َْ َ َ ُ َ َ ُ ‫بَرب الْ َفلَق َو قُ ْل أ‬
ٍ ‫ث مَّر‬ ِ ِِ
.‫ات‬ َ َ ‫ك ثََل‬ َ ‫يَْب َدأُ ِبِِ َما َعلَى َرأْ ِس ِه َوَو ْج ِه ِه َوَما أَقْ بَ َل ِم ْن َج َسده يَ ْف َع ُل َذل‬
Daripada A’isyah radhiallahu 'anh, bahawasanya
kebiasaan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam apabila hendak ke
tempat tidurnya pada setiap malam, akan menghimpun kedua
tapak tangannya, kemudian membaca dan meniup pada
keduanya surah “Qul huwallahu ahad”, surah “Qul
a‘uzubirabbil falaq”, dan surah “Qul a‘uzubirabin nas”,
kemudian mengusap dengan kedua tangannya itu apa yang
termampu dari tubuh badannya.

Baginda mulakan dari kepalanya, wajahnya dan apa yang


terjangkau daripada tubuh badannya. Baginda melakukan yang
sedemikian itu tiga kali. [Shahih al-Bukhari, no: 4630/5017]

Apabila ahli keluarganya sakit, Rasulullah meruqyah


mereka. Apabila Rasulullah sakit tenat sehingga tidak terdaya
meruqyah diri sendiri, mereka pula meruqyah Rasulullah.
Perhatikan hadis berikut:

ِ َّ ‫اَّللِ صلَّى‬ ِ
َ ‫اَّللُ َعلَْيه َو َسلَّ َم إِذَا َم ِر‬
‫ض‬ َ َّ ‫ول‬
ُ ‫ َكا َن َر ُس‬:‫ت‬
ْ َ‫َع ْن َعائ َشةَ قَال‬

302
ِ‫ات فَلَ َّما م ِرض مرضه الَّ ِذي مات فِيه‬ ِ َ‫ث علَيهِ ِِبلْمع ِوذ‬ ِِ ِ ‫أ‬
َ َ ُ َ ََ َ َ َ ُ ْ َ َ ‫َح ٌد م ْن أ َْهله نَ َف‬ َ
.‫ت أ َْعظَ َم بََرَكةً ِم ْن يَ ِدي‬ ِ ِِ ِ ِ ُ ‫جعلْت أَنْ ُف‬
ْ َ‫ث َعلَْيه َوأ َْم َس ُحهُ بِيَد نَ ْفسه ْل َََّنَا َكان‬ ُ ََ
Daripada A’isyah radhiallahu 'anha, dia berkata:
Kebiasaan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam apabila salah
seorang ahli keluarganya sakit, baginda membaca dan meniup ke
atasnya surah al-Mu‘awwidzat.
Tatkala baginda sakit – sakit yang membawa kepada
kewafatan baginda – aku yang membaca dan meniup ke atas
baginda. Dan aku mengusap dengan tangan baginda sendiri
disebabkan ia lebih besar keberkatannya berbanding tanganku.
[Shahih Muslim, no: 4065/2192]
Mungkin ada yang beranggapan: Rasulullah ialah manusia
pilihan Allah maka tentu dia layak meruqyah ahli keluarganya yang
sakit. Bagi manusia biasa seperti kami, tidak layak untuk meruqyah
melainkan dipanggil ustaz atau ustazah yang layak.
Anggapan ini ditolak dengan hujah bahawa apa yang
Rasulullah lakukan ialah contoh untuk diikuti oleh seluruh
umatnya. Ia bukanlah satu pengkhususan bagi Rasulullah sahaja.
Selain itu kita ada contoh di mana A’isyah – isteri Rasulullah – yang
meruqyah baginda, menunjukkan bahawa ia boleh dilakukan oleh
sesiapa saja.

303
Kelima: Meruqyah Dengan Surah Atau Ayat Lazim

Apabila dianjurkan meruqyah diri sendiri, sesama ahli


keluarga atau dalam lingkungan sendiri, ada yang keberatan kerana
tidak tahu apa yang sepatutnya dibaca sebagai ruqyah. Bahkan ada
yang menganggap ruqyah adalah bacaan rahsia yang hanya
diketahui oleh orang-orang istimewa!

Sebenarnya ruqyah hanyalah dengan membaca surah-surah


atau ayat al-Qur’an yang lazim. Tiga bacaan terbaik ruqyah ialah:

1. Tiga surah terakhir al-Qur’an yang dikenali sebagai al-


Mu‘awwidzat. Ia adalah surah-surah yang dimulai dengan “Qul
huwallahu ahad”, “Qul a‘uzubirabbil falaq”, dan “Qul
a‘uzubirabin nas”. Inilah yang diamalkan oleh Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam sebagaimana hadis-hadis di atas.

2. Ayat al-Kursi, iaitu ayat nombor 255 surah al-Baqarah. Ini


kerana dengan membaca Ayat al-Kursi, “…Allah akan
senantiasa menjagamu dan syaitan tidak akan
mendekatimu…” [Shahih al-Bukhari, jld. 8, ms. 102 secara
mu’allaq]

3. Surah al-Fatihah. Inilah surah yang paling lazim dibaca oleh


semua orang. Surah ini juga – dengan izin Allah – memiliki

304
kemujaraban bagi menyembuhkan penyakit, baik penyakit
fizikal atau penyakit gangguan jin dan sihir.

Sila rujuk hadis berikut di mana seorang sahabat telah


meruqyah seseorang yang mengalami penyakit gila. Tidak
diterangkan penyakit gila itu disebabkan oleh rasukan jin atau
selainnya. Hemat penulis, ia adalah kerana rasukan jin kerana
pesakit itu memiliki kekuatan yang dahsyat sehingga terpaksa
dirantai dengan besi. Apa yang penting dengan ruqyah ini, penyakit
gila itu telah Allah sembuhkan.

‫ أَقْ بَ ْلنَا ِم ْن ِعنْ ِد‬:‫ال‬


َ َ‫يم ِي َع ْن َع ِم ِه ق‬
ِ ‫َّم‬
ِ ‫ت الت‬ ِ ‫الص ْل‬
َّ ‫َع ْن َخا ِر َجةَ بْ ِن‬
ِ ‫اَّلل َعلَْي ِه وسلَّم فَأَتَ ْي نَا َعلَى ح ٍي ِمن الْعر‬ َِّ ‫ول‬
ِ ‫رس‬
.‫ب‬ ََ ْ َ َ ََ َُّ ‫صلَّى‬
َ ‫اَّلل‬ َُ
Daripada Kharijah bin al-Sholti al-Tamimi, daripada
pakciknya, dia berkata: Kami kembali daripada sisi Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam lalu kami mendatangi satu
perkampungan Arab (pendalaman).

َّ ‫ إِ ََّن أُنْبِْئ نَا أَنَّ ُك ْم قَ ْد ِجْئ تُ ْم ِم ْن ِعْن ِد َه َذا‬:‫فَ َقالُوا‬


‫ فَ َه ْل‬.‫الر ُج ِل ِِبٍَْْي‬
ِ ‫ِعْن َد ُكم ِمن دو ٍاء أَو رقْ ي ٍة؟ فَِإ َّن ِعْن َد ََن معتوها ِِف الْ ُقي‬
.‫ود‬ ُ ً ُْ َ َ ُ ْ ََ ْ ْ
Mereka berkata: “Sesunguhnya kami diberitahu bahawa
kalian datang dari sisi seorang lelaki (Rasulullah) yang memiliki

305
banyak kebaikan. Apakah di sisi kalian terdapat ubat atau
jampian? Ini kerana sesungguhnya di sisi kami ada seorang gila
yang diikat dengan rantai besi.”

‫ت َعلَْي ِه‬ ِ ‫ فَجاءوا ِِبعتوهٍ ِِف الْ ُقي‬:‫ال‬


ُ ْ‫ فَ َقَرأ‬:‫ال‬
َ َ‫ ق‬.‫ود‬ ُ ُ َْ ُ َ َ َ‫ ق‬.‫ نَ َع ْم‬:‫ فَ ُقلْنَا‬:‫ال‬ َ َ‫ق‬
.‫ََجَ ُع بَُزاقِي ُُثَّ أَتْ ُف ُل‬ ِ َ‫فَ ِاَتَةَ الْ ِكت‬
ْ ‫اب ثََلثَةَ أ َََّيٍم غُ ْد َوةً َو َع ِشيَّةً ُكلَّ َما َختَ ْمتُ َها أ‬
.‫ط ِم ْن ِع َق ٍال‬ َ ‫فَ َكأَََّّنَا نَ َش‬
Kami menjawab: “Ya”. Lalu mereka membawakan orang
gila yang dirantai itu. Aku (pakcik Kharijah) membacakan ke
atasnya surah al-Fatihah selama tiga hari, pagi dan petang.
Setiap kali selesai membaca (surah al-Fatihah), aku kumpulkan
ludah dan kemudian meludah (kepada orang gila itu). Maka (dia
sembuh) sehingga seolah-olah terbebas daripada ikatan
rantainya.

َِّ ‫ول‬
َّ ‫صلَّى‬
ُ‫اَّلل‬ َ ‫اَّلل‬ َ ‫َسأ ََل َر ُس‬
ْ ‫ ََّل َح ََّّت أ‬:‫ت‬ ُ ْ‫ فَأ َْعطَ ْوِّن ُج ْع ًل فَ ُقل‬:‫ال‬
َ َ‫ق‬
‫ت بُِرقْ يَ ِة‬ ِ ِ َ ‫ فَ َق‬.‫َعلَْي ِه َو َسلَّ َم‬
َ ْ‫ ُك ْل فَلَ َع ْم ِري َم ْن أَ َك َل بُِرقْ يَة َِبط ٍل لََق ْد أَ َكل‬:‫ال‬
.‫َح ٍق‬
Maka mereka memberikan aku hadiah, namun aku
katakan: “Tidak, (tunggu dulu) sehingga aku bertanya kepada
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam (sama ada boleh

306
menerimanya atau tidak).” (Setelah kembali kepada Rasulullah
dan bertanya, baginda menjawab): “Ambillah kerana demi
agamaku, ada orang yang mengambil (harta) melalui jampi yang
batil sementara engkau mengambilnya dengan jampi yang
benar.” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 3402/3901]

Berdasarkan hadis-hadis di atas, hampir semua orang boleh


meruqyah kerana penulis yakin, hampir semua orang sudah
menghafal surah atau ayat di atas. Bacalah dengan faham dan
khusyuk, yakinlah kepada kesembuhan daripada Allah, nescaya ia
akan berkesan.

307
Keenam: Boleh Meruqyah Dengan Mana-Mana Surah Atau
Ayat al-Qur’an

Selain surah dan ayat lazim di atas, dibolehkan meruqyah


dengan membaca mana-mana surah atau ayat yang lain. Ia bukanlah
satu kesalahan mahupun satu bid’ah. Ini kerana salah satu peranan
al-Qur’an ialah penyembuh (syifa’) dan mana-mana surah atau ayat
boleh dibacakan sebagai penyembuh. Firman Allah Subhanahu wa
Ta'ala:

ِ ِ ُ ‫ونُنَ ِزُل ِمن الْ ُقرآَ ِن ما هو ِش َفاء ور ْْحةٌ لِلْم ْؤِمنِي وََّل ي ِز‬
َ ‫يد الظَّالم‬
‫ي‬ َ َ َ ُ َ ََ ٌ َ ُ َ ْ َ َ
ِ
ً َ َ ‫إََّّل‬
.‫خسارا‬

Dan Kami turunkan dari al-Qur’an apa yang menjadi


penyembuh dan rahmat bagi orang-orang yang beriman
sementara bagi orang yang zalim, ia tidak menambah kecuali
kerugian. [al-Isra’ 17:82]

Oleh itu jika ditanya atau dipanggil perawat yang tulen


aqidahnya, sahih amalannya lagi amanah sikapnya, mungkin
mereka membaca surah atau ayat lain sebagai tambahan di atas
surah dan ayat lazim yang telah diterangkan sebelum ini.

Bagi meruqyah pesakit yang diganggu jin misalnya,


mungkin mereka membaca surah al-Jin secara keseluruhan.

308
Mungkin ada yang membaca ayat ini secara berulang-ulang di sisi
pesakit:

ِ ِ
.‫ن‬
ْ ‫أَفَ َحسْب تُ ْم أَََّّنَا َخلَ ْقنَا ُك ْم َعبَ ثًا َوأَنَّ ُك ْم إلَْي نَا ََّل‬
َ ‫تُر َج ُعو‬
Maka apakah kalian mengira bahawa Kami mencipta
kalian tidak lain untuk main-main sahaja dan bahawa kalian
tidak akan dikembalikan kepada Kami (untuk
dipertanggungjawabkan?) [al-Mu’minun 23:115]

Ayat ini memperingatkan jin yang mengganggu bahawa


Allah tidak mencipta dia untuk main-main atau sia-sia – yakni
sesuka hati mengganggu manusia – kerana di Akhirat kelak, dia
akan disoal dan dibalas oleh Allah atas gangguannya itu.

Bagi meruqyah pesakit yang terkena sihir, mereka mungkin


membaca tujuh ayat berikut yang asalnya menerangkan
kemenangan Nabi Musa ‘alahissalam ke atas ahli sihir Fir’aun,
kebatilan sihir mereka serta tindakan ahli sihir itu yang beriman
kepada Allah.

Ayat yang pertama:

َّ ‫اَّللَ َسيُ ْب ِطلُهُ إِ َّن‬ ِ ‫ال موسى ما ِجْئ تُم بِِه‬


َّ ‫الس ْح ُر إِ َّن‬
َ‫اَّلل‬ ْ َ َ ُ َ َ‫فَلَ َّما أَلْ َق ْوا ق‬
ِِ
.‫دين‬ ِ ‫ََّل ي‬
َ ‫صل ُح َع َم َل الْ ُم ْفس‬ ُْ
309
Maka setelah mereka melemparkan, Musa berkata: “Apa
yang kalian lakukan, itulah sihir. Sesungguhnya Allah akan
mendedahkan kepalsuannya. Sesungguhnya Allah tidak akan
menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan
kerosakan.” [Yunus 10:81]

Ayat yang kedua:

‫اح ٍر َوََّل يُ ْفلِ ُح‬


ِ ‫ف ما صنَ عوا إََِّّنَا صنَ عوا َكي ُد س‬
َ ْ َُ َ ِ‫َوأَلْ ِق َما ِِف ََيِين‬
ُ َ َ ْ ‫ك تَلْ َق‬
.‫ث أَتَى‬ ِ ‫الس‬
ُ ‫اح ُر َحْي‬ َّ
Dan lemparkanlah apa yang ada di tanganmu (wahai
Musa), nescaya ia akan menelan apa yang mereka (ahli sihir itu)
lakukan. (Katakanlah): “Sesungguhnya apa yang mereka
lakukan itu hanyalah tipu daya sihir. Dan tidak akan menang ahli
sihir dari mana saja mereka datang.” [Ta-Ha 20:69]

Ayat ketiga hingga ketujuh:

‫ف َما َيْفِ ُكو َن‬ ِ


ُ ‫اك فَِإذَا ه َي تَلْ َق‬
َ‫ص‬َ ‫وسى أَ ْن أَلْ ِق َع‬ ِ
َ ‫َوأ َْو َحْي نَا إ ََل ُم‬
‫ك َوانْ َقلَبُوا‬ ِ ِ
َ ‫) فَغُلبُوا ُهنَال‬118( ‫اْلَ ُّق َوبَطَ َل َما َكانُوا يَ ْع َملُو َن‬
ْ ‫) فَ َوقَ َع‬117(
ِ ‫) قَالُوا آَمنَّا بِر‬120( ‫اج ِدين‬ ِ َّ ‫) َوأُلْ ِق َي‬119( ‫ين‬ ِ
‫ب‬ َ َ َ ‫الس َحَرةُ َس‬ َ ‫صاغ ِر‬
َ
)121( ‫ي‬ ِ
َ ‫الْ َعالَم‬

310
Dan Kami wahyukan kepada Musa: “Lemparkanlah
tongkat kamu!” Maka tiba-tiba tongkat itu menelan apa yang
mereka pura-pura adakan (sihir). Maka sabitlah yang benar dan
batallah (sihir) yang mereka lakukan. Maka mereka (ahli sihir)
kalah di tempat itu dan menjadilah mereka orang-orang yang
hina. Dan ahli sihir itu serta merta merebahkan diri, sujud.
Mereka berkata: “Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam.”
[al-A’raaf 7:117-121]

311
Ketujuh: Boleh Membaca Ruqyah Nabi

Selain meruqyah dengan al-Qur’an, boleh juga membaca


doa, ruqyah dan zikir yang diajar atau diamalkan oleh Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam. Salah satu doa yang dimaksudkan
ialah:

‫َّاِف ََّل ِش َفاءَ إََِّّل ِش َف ُاؤ َك‬


ِ ‫ت الش‬ ِ ‫ب النَّاس ا ْش‬ ِ
َ ْ‫ف أَن‬ ْ َّ ‫اس َر‬ ْ ‫أَ ْذه‬
ْ َ‫ب الْب‬
.‫ادر س َقما‬ِ ِ
ً َ ُ َ‫ش َفاءً ََّل يُغ‬
Hilangkanlah penyakit wahai Tuhan manusia.
Sembuhkanlah kerana Engkaulah Penyembuh, tidak ada
kesembuhan kecuali kesembuhan-Mu, kesembuhan yang tidak
meninggalkan apa-apa kesan lanjutan.”

Ayuh kita lihat kisah menarik tentang ruqyah ini. Zainab,


isteri kepada ‘Abdullah ibn Mas’ud radhiallahu 'anhuma
menceritakan:

Biasanya ada seorang wanita tua yang mengunjungi


kami. Dia melakukan jampi-jampian (bagi mengubati) daripada
penyakit al-Humrah (sejenis penyakit yang menyebabkan demam
dan kulit menjadi kemerahan). Kami mempunyai sebuah katil
yang berkaki panjang (dan wanita tua itu menjampiku sambil aku
duduk atau baring di atasnya). Apabila ‘Abdullah (ibn Mas’ud)

312
hendak masuk ke rumah, beliau akan berdeham dan bersuara
(memberi salam, bagi menandakan kepulangannya).

Pada satu hari beliau masuk. Tatkala wanita tua itu


mendengar suaranya, dia segera menghijab (menyembunyikan)
dirinya daripada beliau. Maka ‘Abdullah datang dan duduk di
sisiku serta menyentuhku. Dia menemui seutas benang (yang
terikat pada diriku) lalu bertanya: “Apakah ini?” Aku menjawab:
“Ia adalah tangkal yang telah dijampi bagi melindungiku
daripada penyakit al-Humrah.”

Maka beliau menariknya dengan paksa sehingga putus


lalu melontarnya. Beliau berkata: “Ketahuilah, keluarga
‘Abdullah tidak berhajatkan kepada apa-apa amalan syirik. Aku
mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

ٌ‫ِشر‬
.‫ك‬ ِ ِ ‫الرقَى والت‬ ِ
َ َ ُّ ‫إ َّن‬
ْ َ‫َّمائ َم َوالت َولَة‬
Sesungguhnya jampi-jampian, tangkal dan permainan
sihir adalah syirik.”

Aku berkata: “Pada satu hari aku keluar dan si-fulan


memandangku. Mataku mulai berair-air pada sebelah yang
menghampirinya (penyakit al-‘Ain). Apabila aku membaca
jampi-jampian padanya, ia berhenti berair. Apabila aku

313
meninggalkan jampi-jampian, ia berair semula. (Maka
sebagaimana jampi-jampian tersebut mengubati mataku yang
berair, aku berharap ia juga dapat mengubati penyakit al-
Humrah yang aku hadapi).

‘Abdullah ibn Mas’ud berkata: “Itu adalah (tipu daya)


syaitan. Apabila kamu mentaatinya (berubat dengan cara yang
salah), dia akan meninggalkanmu (tidak lagi mengganggu
dengan penyakit mata berair). Apabila kamu melawannya
(enggan berubat dengan cara yang salah), dia menjolok jarinya
ke dalam mata kamu (sehingga ia berair).

Akan tetapi seandainya kamu melakukan sepertimana


yang dilakukan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, ia
lebih baik bagi kamu dan lebih berkesan untuk kesembuhan.
Renjislah air ke matamu dan bacalah ruqyah:

Hilangkanlah penyakit wahai Tuhan manusia.


Sembuhkanlah kerana Engkaulah Penyembuh, tidak ada
kesembuhan kecuali kesembuhan-Mu, kesembuhan yang tidak
meninggalkan apa-apa kesan lanjutan.” [Shahih Sunan Ibn
Majah, no: 3521/3530]

Salah satu ruqyah ialah apa yang dibacakan oleh Malaikat


Jibrail ‘alahissalam kepada Rasulullah:

314
ٍ ‫يك ِم ْن َش ِر ُك ِل نَ ْف‬ ِ ٍ ِ َِّ ‫ِِبس ِم‬
ِ ْ ‫س أ َْو َع‬
‫ي‬ َ ‫يك ِم ْن ُك ِل َش ْيء يُ ْؤذ‬
َ ‫اَّلل أ َْرق‬ ْ
.‫يك‬ ِ َِّ ‫اَّلل ي ْش ِفيك ِِبس ِم‬ ٍِ
َ ‫اَّلل أ َْرق‬ ْ َ َ َُّ ‫َحاسد‬
Dengan nama Allah, aku meruqyah kamu dari setiap
sesuatu yang memudaratkan kamu, dari setiap kejahatan
makhluk hidup atau pandangan mata yang dengki. Semoga Allah
menyembuhkan kamu. Dengan nama Allah aku meruqyah kamu.
[Shahih Muslim, no: 4056/2186]

Salah satu zikir ialah:

‫اْلَ ْم ُد َوُه َو َعلَى‬


ْ ُ‫ك َولَه‬
ُ ‫يك لَهُ لَهُ الْ ُم ْل‬ َّ ‫ََّل إِلَهَ إََِّّل‬
َ ‫اَّللُ َو ْح َدهُ ََّل َش ِر‬
ِ ٍ
ٌ َ‫ُك ِل َش ْيء ق‬
.‫دير‬

Tidak ada tuhan selain Allah yang Maha Esa, tiada sekutu
bagi-Nya. Bagi-Nya seluruh kerajaan dan bagi-Nya segala
pujian. Dan Dia-lah yang berkuasa atas segala sesuatu.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menerangkan


bahawa sesiapa yang membaca zikir ini seratus kali pada siang hari,
maka:

ِ ٍ ِ ِ ٍ َ‫َكانَت لَه ع ْد َل ع ْش ِر ِرق‬


ُ‫ت َعْنه‬ْ َ‫ت لَهُ مائَةُ َح َسنَة َو َُمي‬
ْ َ‫اب َوُكتب‬ َ َ ُ ْ
ِ ْ‫ان ي ومه َذلِك ح ََّّت َيُْ ِسي وََل ي‬ ِ ِ ِ ٍ ِ
‫ت‬ َ َْ َ َ َ ُ َ ْ َ َ‫ت لَهُ ح ْرًزا م ْن الشَّْيط‬ ْ َ‫مائَةُ َسيِئَة َوَكان‬

315
ِ ‫َح ٌد َع ِم َل أَ ْكثَ َر ِم ْن‬ ِِ ِ ْ‫أَحد ِِبَف‬
.‫ك‬
َ ‫ذَل‬ َ ‫ض َل ِمَّا َجاءَ به إََِّّل أ‬
َ ٌَ
Dia akan mendapat ganjaran seperti membebaskan 10
budak hamba, ditulis baginya 100 kebaikan, dipadamkan
daripadanya 100 keburukan dan ia menjadi tangkal yang
mendindingnya daripada syaitan pada hari itu sehinggalah
malam.

Dan tidaklah seseorang itu dapat mendatangkan amalan


yang lebih utama berbanding ini melainkan orang yang berzikir
lebih banyak daripada itu (melebihi 100 kali). [Shahih al-Bukhari,
no: 3050/3293]

316
Kelapan: Tiga Syarat Ruqyah

Apabila perawat meruqyah dan pesakit diruqyah, ada tiga


syarat penting yang perlu diketahui dan diamalkan. Syarat-syarat
ini seperti yang diterangkan oleh Ibn Hajar al-‘Asqalani
rahimahullah:1

Dan sesungguhnya telah sepakat para ulama’ atas kebolehan

ruqyah, kesepakatan ini adalah berdasarkan 3 syarat:

1. Bahawasanya ia adalah dengan Kalam Allah Ta‘ala atau Nama-nama-

Nya dan sifat-sifat-Nya,

2. Dan (ia adalah) dengan bahasa Arab atau dengan apa yang dikenali

maknanya, jika ia dari selain (bahasa Arab),

3. Dan bahawasanya dia berkeyakinan bahawa jampi-jampian

tersebut, bukanlah ia yang berpengaruh, tetapi yang berpengaruh

adalah Allah Ta‘ala. [Fath al-Bari, jld. 11, ms. 353]

Tiga syarat ini dapat dihuraikan seperti berikut. Syarat


Pertama, hendaklah ia terdiri daripada bacaan-bacaan yang
mentauhidkan Allah, membesarkan-Nya, memuji-Nya, meminta
kesembuhan dan perlindungan daripada-Nya. Tentu saja tidak ada

1
Fath al-Bari,َّjld. 11, ms. 353.

317
bacaan yang menepati syarat pertama ini melainkan ayat-ayat al-
Qur’an serta doa, ruqyah dan zikir daripada Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam. Bacaan-bacaan ini telah diberikan contoh-
contohnya dalam langkah-langkah rawat sebelum ini.

Syarat Kedua, dan ini sangat penting – hendaklah pesakit


dan ahli keluarga atau rakan-rakan yang menemani dapat
memahami apa yang dibaca oleh peruqyah. Tidak cukup dengan
peruqyah memulakan rawatan dengan “al-Fatihah!” atau selawat
kerana boleh jadi itu hanya bagi memberi keyakinan palsu bahawa
dia sedang melakukan rawatan yang Islamik.

Bukanlah satu keanehan jika ada perawat yang ketika


meruqyah, dia sebenarnya menyeru kepada jin peliharaannya bagi
berkomunikasi dan menghalau jin yang mengganggu pesakit.
Demikian juga, ada perawat yang menggunakan ilmu sihir bagi
menyembuhkan pesakit yang disihir.

Oleh itu jika ada perawat yang berkumat-kumit dengan


bacaan ruqyah, hentikan dia dan minta dia membaca secara
perlahan-lahan, jelas lagi satu persatu. Pastikan ayat-ayat al-Qur’an
dan doa, ruqyah serta zikir yang dibacanya dapat dikenal pasti. Jika
dia enggan atau bacaannya tetap tidak dapat dikenali, maka
hentikan rawatan.

318
Semua ini memiliki dasar dalam syari’at Islam. Hukum asal
ruqyah ialah syirik – yakni haram - sebagaimana sabda Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam:

.‫َّمائِ َم َوالتِ َولَةَ ِش ْرٌك‬ ُّ ‫إِ َّن‬


َ ‫الرقَى َوالت‬
Sesungguhnya jampi-jampian, tangkal dan permainan
sihir adalah syirik. [Shahih Sunan Ibn Majah, no: 3521/3530]

Pada zaman Rasulullah, amalan ruqyah memang dikenali.


Baginda tidak mengizinkannya secara bebas, tetapi meminta
ditunjukkan atau diperdengarkan terlebih dahulu bagi memastikan
ia bebas daripada unsur syirik. Auf bin Malik al-Asyja‘iy
radhiallahu 'anh berkata: Kami pada zaman jahiliyyah biasa
mempraktikkan ruqyah. Maka kami bertanya: “Ya Rasulullah,
apakah pendapat anda tentang hal ini?” Rasulullah menjawab:

.‫س ِِب ُّلرقَى َما ََلْ يَ ُك ْن فِ ِيه ِش ْرٌك‬ ُ ‫ْاع ِر‬


َ ْ‫ضوا َعلَ َّي ُرقَا ُك ْم َّلَ َِب‬
“Tunjukkan kepada aku ruqyah kamu. Tidak mengapa
dengan ruqyah yang dalamnya tidak mengandungi unsur syirik.”
[Shahih Muslim, no: 4079/2200]

Syarat Ketiga, hendaklah pesakit, ahli keluarga atau


sesiapa yang hadir meletakkan harapan kesembuhan 100% kepada

319
Allah Subhanahu wa Ta'ala. Kerap kali apabila mengalami kes
gangguan jin atau sihir yang dahsyat, pesakit, ahli keluarga atau
orang yang hadir menaruh harapan yang tinggi kepada peruqyah.
Mereka merayu-rayu kepada peruqyah bagi menyembuhkan
pesakit. Ada juga yang menaruh harapan kepada Allah, namun ia
hanya 20% manakala baki 80% diharapkan kepada peruqyah.

Kesalahan seperti ini boleh menyebabkan berlakunya syirik


kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Apa yang menarik, kesalahan seperti ini boleh


menyebabkan kesembuhan kerana bagi jin yang mengganggu,
tujuan ganguannya sudah tercapai, lalu dia membebaskan pesakit.
Tujuan gangguannya ialah agar pesakit, ahli keluarga dan orang-
orang yang hadir terjebak kepada keyakinan dan amalan yang
syirik, sesat dan mengarah ke neraka.

320
Kesembilan: Awasi Fikiran Dan Gerak Hati

Jin boleh membaca fikiran dan gerak hati seseorang. Jin


mengetahui sama ada pesakit, ahli keluarga atau orang-orang yang
hadir takut kepada Allah atau takut kepadanya. Jin juga mengetahui
sama ada keyakinan dan harapan diletak pada Allah atau pada
peruqyah.

Ambil contoh Alisah yang diganggu jin, maka kakaknya


datang ke sisi bagi meruqyah dengan membaca surah al-Fatihah
berulang-ulang. Meskipun Alisah berterima kasih kepada bantuan
kakaknya, hatinya berbisik: “Surah al-Fatihah saja? Huh, tidak ada
ruqyah yang lagi power ke?” Bisikan ini diketahui oleh jin yang
mengganggu dan dia mengetahui bahawa sikap Alisah yang
meremehkan surah yang agung itu tentu saja akan menjauhkan
rahmat dan bantuan Allah. Maka dia lebih berani dan aktif
mengganggu Alisah.

Atas nota yang sama, perawat juga hendaklah yakin dengan


bacaan-bacaan ruqyahnya. Yakin kepada kesembuhan dan
pemeliharaan daripada Allah ke atas pesakit. Demikian juga
sebaliknya, perawat jangan over confident bahawa dirinya adalah
perawat yang hebat dan kesembuhan pesakit adalah pasti
disebabkan kehebatan dirinya. Semua ini diketahui oleh jin
pengganggu yang akan berasa takut kepada perawat yang takut
kepada Allah, berani kepada perawat yang ragu-ragu atau yang over
confident.

321
Kesepuluh: Siap Sedia Andai Jin Beraksi!

Jangan terperanjat jika dalam proses ruqyah, pesakit tiba-


tiba bersuara aneh dan/atau bercakap dalam bahasa asing. Bahkan
pesakit boleh tiba-tiba beraksi ganas!

Apa yang sebenarnya berlaku, jin yang merasuk pesakit


mula bersuara. Jika jin itu dari tempat lain, dia berkata-kata
mengikut bahasa di tempat asalnya. Oleh itu ada saja kes-kes
pesakit bangsa Melayu yang tiba-tiba bercakap bahasa Urdu, Tamil,
Mandarin, Arab, Inggeris atau lain-lain.

Apabila jin berbicara, usah ikut berbicara dengannya. Ini


kerana kita tidak tahu sama ada dia berkata-kata benar, dusta atau
bercampur-aduk antara kedua-duanya. Selain itu, jin tersebut akan
cuba memfitnah perawat, pesakit atau sesiapa yang hadir bagi
menimbulkan keraguan atau permusuhan. Contohnya, jin akan cuba
memfitnah perawat sebagai seorang yang kerap melayari laman
web lucah (pornografi). Melalui fitnah ini, pesakit, ahli keluarga
atau orang yang hadir mula ragu kepada perawat dan menyuruhnya
balik. Dengan cara ini, jin akan gembira kerana tiada lagi orang
yang akan cuba menghalang atau menghalaunya daripada terus
mengganggu pesakit.

Oleh itu usah berbicara dan jangan melayan perbicaraannya,

322
Sebaliknya, ingatkan jin tersebut akan kuasa dan azab Allah,
perintahkan dia keluar dari badan pesakit serta berhenti daripada
mengganggu pesakit. Jika jin berbicara dalam bahasa yang tidak
difahami dan/atau dia tidak memahami bahasa perawat, maka tidak
perlu membuang masa dan tenaga meneruskan perbicaraan.
Teruskan meruqyah. Ayat-ayat al-Qur’an, doa, ruqyah serta zikir
yang diajar oleh Rasulullah sudah cukup bagi membuatkan jin
tersebut berasa tidak selesa dan lambat-laun akan keluar
meninggalkan pesakit.

Apabila pesakit diruqyah secara berterusan, jin yang


merasuknya akan berasa amat tidak selesa sehingga mula beraksi
ganas. Memandangkan jin itu berada dalam badan pesakit, maka
pesakit itulah yang akan beraksi ganas. Maka hendaklah ahli
keluarga atau mahram memegangnya sementara perawat
meneruskan bacaan ruqyahnya. Kadangkala pesakit beraksi amat
ganas, seolah-olah memiliki kekuatan yang menyamai lima atau
enam orang dewasa. Maka hendaklah ahli keluarga atau mahram
bersiap-sedia atas kekuatan ini.

Di sini ada satu amaran penting: Haram hukumnya bagi


orang-orang yang bukan mahram memegang pesakit, baik berlapik
atau tidak, baik ketika dia dalam keadaan tenang atau beraksi ganas.

323
Jika perawat ialah seorang bukan mahram, maka tidak ada
keperluan dia memegang mahupun menyentuh pesakit. Memadai
perawat duduk di sisi pesakit dan membacakan ruqyah.

Kadangkala apa yang berlaku, pesakit ialah seorang wanita


sementara perawat dan orang-orang yang hadir bukanlah
mahramnya. Apabila pesakit beraksi ganas, mereka memegang
pesakit dan dalam rangka memegang ini, mereka seolah-olah
bergusti sehingga timbul suasana yang menaikkan berahi. Inilah
yang sebenarnya dikehendaki oleh jin yang mengganggu pesakit
wanita tersebut. Seolah-olah jin itu berkata: “Aku telah berjaya
menjebakkan perawat dan orang-orang yang hadir dalam dosa dan
kemungkaran semata-mata melalui wanita ini!”

324
Kesebelas: Siapa Patut Hadir Ketika Rawatan?

Berdasarkan kemungkinan jin pengganggu bertindak ganas,


maka tidak digalakkan bagi perawat hadir bersendirian dengan
pesakit. Apatah lagi jika hubungan antara perawat dan pesakit ialah
bukan mahram, maka diharamkan mereka berdua-duaan dalam satu
bilik meskipun untuk tujuan baik seperti merawat.

Justeru itu, apabila rawatan dilakukan atas pesakit, siapakah


yang patut hadir? Jawapannya, bukan semua orang atau sebarangan
orang yang hadir. Sebaliknya, yang hadir hendaklah terdiri
daripada:

1. Mereka yang murni tauhidnya lagi kukuh aqidahnya, supaya


harapan dan keyakinan diletakkan pada Allah Subhanahu wa
Ta'ala sahaja dan bukannya pada perawat.

2. Mereka yang mengenali al-Qur’an, sekurang-kurangnya surah


dan ayat yang lazim, supaya dapat mengenali apakah yang
dibaca oleh perawat. Akan tetapi mereka tidak ikut sama
membaca ayat-ayat al-Qur’an tersebut, hanya perawat seorang
yang membacanya.

3. Mereka yang baik agamanya, supaya mereka tidak menjadi


mangsa baru jin pengganggu. Ini kerana apabila jin yang

325
mengganggu pesakit berjaya dihalau, ia akan mencari mangsa
baru untuk diikuti dan diganggu. Tentu saja orang yang
minimum penghayatan agamanya akan menjadi pilihan.

4. Mereka yang memiliki jati diri yang kukuh, supaya tidak


terkejut atau takut jika jin bersuara atau beraksi ganas.

5. Mereka yang sedikit sebanyak mengetahui tipu helah jin, agar


dengan itu mereka tidak akan percaya kepada fitnah jin apabila
ia berbicara.

6. Mereka yang merupakan mahram pesakit atau orang yang sama


jantina, supaya jika pesakit beraksi ganas, adalah halal untuk
mereka memegang pesakit itu. Perhatikan bahawa sepupu dan
ipar duai bukanlah mahram pesakit.

Diakui bahawa bukanlah mudah bagi mencari orang-orang


yang menepati ciri-ciri ini hadir sama apabila merawat pesakit.
Maka di sini, perawat hendaklah terlebih dahulu memberi taklimat
kepada sesiapa yang bakal hadir, agar mereka mengetahui
bagaimana mereka patut bersikap dan apa yang perlu diwaspadai
ketika rawatan.

326
Keduabelas: Bersabar

Merawat gangguan jin dan sihir bukanlah umpama merawat


sakit kepala. Tempoh rawatan agak lama, antara seminggu kepada
beberapa bulan lamanya, bergantung kepada kehendak Allah. Ini
kerana setiap penyakit, termasuklah penyakit gangguan jin dan
sihir, merupakan ujian daripada Allah dalam rangka menguji
kesabaran, mengukur keimanan, menghapuskan dosa atau
menaikkan martabat hamba-Nya.

Apabila Allah Subhanahu wa Ta'ala mengizinkan jin


mengganggu seseorang, hendaklah diketahui bahawa jin itu ada
pelbagai jenis dan jin yang berbeza mengganggu dengan cara yang
berbeza dan “berdegil” mengganggu mangsa selama tempoh yang
berbeza. Jin yang bersepakat dengan ahli sihir misalnya, akan lebih
berdegil meninggalkan mangsanya kerana dia “berpegang teguh”
dengan kesepakatannya dengan ahli sihir.

Oleh itu janganlah menjangkakan kesembuhan serta merta


atau dalam masa yang singkat. Hendaklah bersabar sambil tetap
mengharapkan kesembuhan daripada Allah. Ketika dalam tempoh
rawatan, pesakit hendaklah diruqyah beberapa kali, lazimnya dua
kali sehari pada waktu pagi dan petang.

Di sini, memang sukar bagi seorang perawat untuk datang

327
dua kali sehari dalam tempoh yang berpanjangan. Maka perawat
yang amanah akan menerangkan kepada ahli keluarga atau sahabat
pesakit cara-cara meneruskan rawatan. Dia akan memberi taklimat
serta menerangkan bacaan-bacaan ruqyah kepada ahli keluarga atau
sahabat pesakit. Perawat mungkin akan datang kembali selang
beberapa hari bagi memantau kemajuan pesakit.

328
Bab 2: Ciri-Ciri Seorang Perawat Atau Peruqyah

Jika tidak yakin merawat sendiri atau orang yang disyaki


mengalami gangguan tidak menunjukkan perubahan positif, maka
boleh memanggil orang yang lebih arif merawat. Persoalannya,
apakah ciri-ciri seorang perawat yang boleh dipercayai?

Dalam bab sebelum ini, penulis telah menerangkan bahawa


hendaklah dicari dan dipanggil ustaz, ustazah atau pakar perubatan
Islam yang tulen aqidahnya, sahih amalannya lagi amanah sikapnya
(AAA). Diakui bahawa bukanlah mudah bagi menentukan aqidah,
amalan dan kejujuran seseorang sejak awal kerana ia adalah sesuatu
yang tersembunyi. Namun ketika dipanggil atau sedang merawat,
ada beberapa ciri yang dapat dijadikan kayu ukur. Marilah kita
mengkaji ciri-ciri tersebut.

Pertama: Tidak Serta Merta Menuduh Jin

Perawat AAA tidak akan serta merta atau secara mudah


mendiagnosis penyakit atau masalah yang dihadapi sebagai
gangguan jin atau sihir. Perawat akan mendengar penjelasan dari
awal hingga akhir tentang penyakit atau masalah yang dihadapi,

329
bertanya beberapa soalan secara mendalam dan bertanya serta
mendengar penjelasan daripada orang yang hampir dengan pesakit.

Hanya setelah semua ini, barulah perawat mendiagnosis


sama ada pesakit mengalami gangguan jin, sihir atau selainnya.
Lebih kerap dari jarang, hasil diagnosis menunjukkan pesakit tidak
diganggu oleh jin atau sihir dan penyelesaian boleh didapati
daripada doktor perubatan, pakar psikologi, motivasi atau
kaunselor. Justeru perawat akan menasihati pesakit berjumpa
dengan orang yang pakar dalam masalah yang dia hadapi.

Ini tidaklah bererti perawat bersikap “lepas tangan”.


Lazimnya perawat tetap membantu dengan memberikan nasihat-
nasihat berbentuk motivasi dan kaunseling. Perawat juga boleh
mengajar atau membacakan ruqyah kerana ruqyah-ruqyah bukanlah
untuk penyakit gangguan jin dan sihir sahaja, tetapi merangkumi
semua jenis penyakit.

Buktinya, apabila Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

ِ ِ ُ ‫ونُنَ ِزُل ِمن الْ ُقرآَ ِن ما هو ِش َفاء ور ْْحةٌ لِلْم ْؤِمنِي وََّل ي ِز‬
َ ‫يد الظَّالم‬
‫ي‬ َ َ َ ُ َ ََ ٌ َ ُ َ ْ َ َ
ِ
ً َ َ ‫إََّّل‬
.‫خسارا‬

Dan Kami turunkan dari al-Qur’an apa yang menjadi


penyembuh dan rahmat bagi orang-orang yang beriman

330
sementara bagi orang yang zalim, ia tidak menambah kecuali
kerugian. [al-Isra’ 17:82], penyembuh yang dimaksudkan adalah
umum, bererti kesembuhan daripada pelbagai jenis penyakit tanpa
terhad kepada penyakit yang melibatkan gangguan jin dan sihir
sahaja.

Demikian juga apabila Rasulullah shallallahu 'alaihi


wasallam mengajar doa berikut:

‫َّاِف ََّل ِش َفاءَ إََِّّل ِش َف ُاؤ َك‬


ِ ‫ت الش‬ ِ ‫ب النَّاس ا ْش‬ ِ
َ ْ‫ف أَن‬ ْ َّ ‫اس َر‬ ْ ‫أَ ْذه‬
ْ َ‫ب الْب‬
.‫ادر س َقما‬ِ ِ
ً َ ُ َ‫ش َفاءً ََّل يُغ‬
Hilangkanlah penyakit wahai Tuhan manusia.
Sembuhkanlah kerana Engkaulah Penyembuh, tidak ada
kesembuhan kecuali kesembuhan-Mu, kesembuhan yang tidak
meninggalkan apa-apa kesan lanjutan [Shahih Sunan Ibn Majah,
no: 3521/3530], ia merujuk kepada pelbagai jenis penyakit tanpa
terhad kepada penyakit yang melibatkan gangguan jin dan sihir
sahaja.

331
Kedua: Meruqyah

Apabila selesai langkah pertama di atas dan didapati ada


tanda-tanda gangguan jin atau sihir, atau kemungkinan menunjuk
ke arah wujudnya gangguan, perawat AAA akan melakukan
ruqyah. Ruqyah di sini terbahagi kepada dua langkah:

 Ruqyah Mengenal Pasti Gangguan Jin atau Sihir. Perawat


akan duduk di sisi pesakit dan membacakan beberapa ayat atau
surah lazim al-Qur’an seperti surah al-Fatihah, Ayat al-Kursi,
Surah al-Falaq dan Surah al-Nas. Sambil membaca beberapa
kali, perawat akan melihat keadaan pesakit yang ketika itu
sedang baring atas katil, sofa atau tilam. Jika pesakit tetap
tenang seperti biasa, bererti tidak ada gangguan jin atau sihir.
Namun jika pesakit mula berasa panas, nafas menjadi laju,
bergerak-gerak seperti tidak senang, mata merah kemarahan
atau suara kasar, bererti wujud gangguan jin atau sihir.

 Ruqyah Menghalau Jin atau Sihir. Apabila terbukti


wujudnya gangguan jin atau sihir melalui bacaan ruqyah
langkah pertama tadi, maka ruqyah diteruskan bagi menghalau
jin. Perawat mungkin meneruskan bacaan surah al-Fatihah,
Ayat al-Kursi, Surah al-Falaq dan Surah al-Nas berulang-ulang
kali. Perawat mungkin juga membaca ayat serta surah yang lain,
atau doa, ruqyah dan zikir yang daripada Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam. Semua ini dibolehkan.

332
Ketiga: Taklimat Sebelum Ruqyah

Merujuk kepada langkah kedua di atas, perawat AAA tidak


akan terus meruqyah tetapi sebaliknya akan memberi taklimat
ringkas kepada pesakit, ahli keluarganya atau sesiapa yang hadir
saat itu. Antara kandungan taklimat ialah:

1. Mengingatkan bahawa harapan kesembuhan serta perlindungan


hendaklah dituju kepada Allah sahaja.

2. Menerangkan ayat-ayat serta surah-surah yang bakal dibaca


sebagai ruqyah. Ini dilakukan kerana perawat tahu bahawa tidak
boleh meruqyah dengan sesuatu yang tidak jelas atau tidak
diketahui. Perawat juga tahu bahawa pesakit, ahli keluarga dan
sesiapa yang hadir akan lebih tenang dan yakin apabila
mengetahui apa yang dibacanya, serta dapat mendengar bacaan
tersebut secara tartil (jelas, satu persatu). Akan tetapi diingatkan
bahawa yang membaca ayat-ayat serta surah-surah tersebut
hanyalah perawat, bukan secara beramai-ramai oleh orang yang
hadir.

3. Mengingatkan bahawa ayat-ayat dan surah-surah yang dibaca


berasal daripada al-Qur’an yang mulia. Justeru jangan
menganggap remeh atau tidak yakin kerana jin pengganggu
boleh mengetahui gerak hati dan lintasan fikiran pesakit dan

333
para hadirin.

4. Mengingatkan hadirin bahawa jin boleh bercakap melalui


pesakit. Jin akan cuba membuat fitnah ke atas pesakit, perawat
dan hadirin bagi menimbulkan buruk sangka dan permusuhan.

5. Mengingatkan hadirin bahawa jin boleh bergerak melalui


pesakit. Jin yang berbeza memiliki kekuatan yang berbeza.
Justeru ada pesakit yang hanya bergerak-gerak biasa dan ada
pesakit yang bergerak ganas sehingga memerlukan lima atau
enam orang memegangnya.

6. Meminta hanya mahram yang hadir supaya jika pesakit


bergerak ganas, adalah halal untuk mereka memegangnya.

7. Bertanya jika pesakit, ahli keluarga, hadirin dan di tempat


tinggal, apakah ada tangkal? Tangkal ini tidak semestinya
berbentuk rantai yang dipakai, tetapi boleh juga dalam bentuk
tongkat di dalam rumah, objek berbentuk aneh dan sesuatu yang
di tanam berhampiran rumah. Selain itu ditanya juga jika ada
sesiapa yang menggunakan saka, atau jika orang tua yang sudah
meninggal dunia yang dipercayai menggunakan saka. Tangkal
dan saka ini menjemput kehadiran jin dan jin inilah yang
mengganggu.

334
Keempat: Menyeru dan Berbicara Ringkas Dengan Jin

Ketika meruqyah, perawat AAA mungkin akan menyeru jin


dengan tujuan menghalaunya keluar (dalam kes rasukan) atau
menghalangnya daripada kembali mengganggu. Perbuatan ini
memiliki sandarannya daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam sebagaimana dalam kes Utsman bin Abi al-‘Ash
radhiallahu 'anh:

‫ص ْد ِري‬ َ َ‫ ق‬.‫ص ُدوِر قَ َد َم َّي‬ ِ ‫فَ َدنَو‬


َ ‫ب‬
َ ‫ضَر‬
َ َ‫ ف‬:‫ال‬ ُ ‫ت َعلَى‬
ُ ‫ت مْنهُ فَ َجلَ ْس‬
ُ ْ
ٍ ‫ث مَّر‬ ِ َِّ ‫ اخرج ع ُد َّو‬:‫ال‬ ِ ِِ
.‫ات‬ َ َ ‫ك ثََل‬
َ ‫اَّلل! فَ َف َع َل َذل‬ َ ْ ُ ْ َ َ‫بِيَده َوتَ َف َل ِِف فَمي َوق‬
Maka aku mendekati dan aku duduk di atas tapak kakiku
(duduk bertinggung). Maka (Rasulullah) memukul dadaku
dengan tangannya dan meniup ke dalam mulutku dan berkata:
“Keluarlah wahai musuh Allah!” Baginda melakukan
sedemikian tiga kali. [Shahih Sunan Ibn Majah, no: 3538/3548.
Hadis penuh telah dikemukakan sebelum ini.]
Apabila diseru, jin pengganggu mungkin akan berbicara
melalui lisan pesakit. Namun perawat tidak akan banyak berbicara
kerana mengetahui kelaziman jin yang suka berdusta dan
memfitnah apabila berbicara.
Para hadirin jangan terperanjat apabila berlaku seruan dan
perbicaraan ini. Lebih penting, jangan ikut berbicara dan jangan
mempercayai bicara jin kerana dia akan berdusta dan membuat
fitnah bagi menimbulkan buruk sangka dan permusuhan dalam sesi
rawatan itu.

335
Kelima: Memukul Jin Dengan Cara Memukul Pesakit

Sebahagian perawat AAA ada yang ketika meruqyah,


memukul jin dengan cara memukul pesakit. Tujuan memukul ialah
menghalau keluar jin yang merasuk dalam pesakit. Mereka
memukul secara kuat dengan hujah yang berasa sakit ialah jin yang
merasuk, bukannya pesakit yang dirasuk.

Dalam hal ini terdapat perbezaan pendapat dengan


sebahagian perawat tidak memukul pesakit dan sebahagian perawat
memukul pesakit. Perawat yang tidak memukul berhujah bahawa
bacaan al-Qur’an dan doa, ruqyah serta zikir daripada Rasulullah
sudah cukup bagi menyebabkan jin pengganggu berasa tidak
senang dan meninggalkan pesakit.

Perawat yang memukul dengan kuat berhujah dengan


riwayat berikut:

‫ انْطَلَ َق‬، ‫ع‬ َ ‫الزا ِر‬


َّ ‫َّها‬ َّ ‫ أ‬، ‫ َع ْن أَبِ َيها‬، ‫بنت َوا ِزٍع‬
َ ‫َن َجد‬ ُ ‫َحدَّثَْت ِِن أ ُُّم أ ََِب َن‬
‫ون أَ ِو ابْ ِن‬ ٍ ُ‫ فَانْطَلَق معه ِِبب ٍن لَه ََمْن‬، ‫اَّلل علَي ِه وسلَّم‬ َّ َ ِ‫اَّلل‬ ِ ‫إِ ََل رس‬
ُ ْ ََُ َ َ َ َ ْ َ َُّ ‫صلى‬ َّ ‫ول‬ َُ
‫اَّللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم‬
َّ ‫صلَّى‬ َِّ ‫ول‬ِ ‫ فَلَ َّما قَ ِدمنَا َعلَى رس‬:‫ال ج ِدي‬ ٍ ‫أ‬
َ ‫اَّلل‬ َُ ْ َ َ َ‫ ق‬.ُ‫ُخت لَه‬ ْ
‫ت ِِل ََْمنُو ٌن‬ ٍ ‫ إِ َّن معِي اب نًا ِِل أَ ِو ابن أُخ‬،ِ‫اَّلل‬ َّ ‫ول‬ َ ‫ ََي َر ُس‬:‫ت‬ ِ
ْ َْ ْ َ ُ ‫ قُ ْل‬،َ‫الْ َمدينَة‬
َّ ‫ك بِِه تَ ْد ُعو‬
.ُ‫اَّللَ َعَّز َو َج َّل لَه‬ َ ُ‫أَتَيْ ت‬

336
Umm Aban binti Wazi’ menceritakan daripada ayahnya,
bahawa datuknya al-Zari’ pergi berjumpa Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam bersama anaknya atau sepupunya yang gila.
Datuknya berkata: Tatkala kami tiba kepada Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam di Madinah, aku berkata: “Wahai
Rasulullah. Sesungguhnya bersamaku ialah anakku atau anak
sepupuku yang gila. Aku membawanya kepada kamu agar kamu
dapat berdoa kepada Allah Azza wa Jalla untuk
(kesembuhan)nya.”

ُ‫ت َعْنه‬ ُ ‫ فَأَطْلَ ْق‬.‫اب‬ ِ ‫ت بِِه إِلَْي ِه َوُهو ِِف‬


ِ ‫الرَك‬ ِ ِ َ ‫فَ َق‬
ُ ‫ فَانْطَلَ ْق‬.‫ ائْت ِِن بِه‬:‫ال‬
َ
‫ت بِيَ ِدهِ َح ََّّت‬ ُ ‫َخ ْذ‬
َ ‫ي َوأ‬ ِ ْ َ‫ي َحسن‬
َ
ِ َْ‫الس َف ِر وأَلْبَستْهُ ثَوب‬
ْ َ َ َّ ‫اب‬
ِ
َ َ‫ت َعنْهُ ثي‬ ُ ‫َوأَلْ َقْي‬
ِ َ ‫ فَ َق‬.‫اَّللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم‬
َّ ‫صلَّى‬ َِّ ‫ول‬ ِ ‫انْتَهيت بِِه إِ ََل رس‬
‫اج َع ْل‬ْ ‫ ْادنُهُ م ِِن‬:‫ال‬ َ ‫اَّلل‬ َُ ُ َْ
.‫ظَ ْهَرهُ ِِمَّا يَلِ ِيِن‬
Rasulullah bersabda: “Bawakan dia kepadaku.” Maka
aku pergi mendapatkannya, ketika itu dia dalam rombongan
kabilah. Aku mendapatkannya, menukarkan pakaian
perjalanannya kepada dua pakaian yang baik (cantik, kemas).
Aku memimpin tangannya sehinggalah bertemu Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam. Baginda bersabda: “Dekatkan dia
denganku dan jadikan belakangnya menghadapku.”

337
ُ ‫ض ِر‬
ُ‫ب ظَ ْهَره‬ ْ َ‫ فَ َج َع َل ي‬،‫َس َفلِ ِه‬ ِ ِ ِ ِ ‫ فَأ‬:‫ال‬
ْ ‫َخ َذ ِبَ َجام ِع ثَ ْوبِه م ْن أ َْعلهُ َوأ‬
َ َ َ‫ق‬
!ِ‫اَّلل‬
َّ ‫اخ ُر ْج َع ُد َّو‬ َِّ ‫ اخرج ع ُد َّو‬:‫ول‬
ْ !‫اَّلل‬
ِ
َ ْ ُ ْ ُ ‫اض إِبْطَْيه َوُه َو يَ ُق‬ َ َ‫ت بَي‬
ُ ْ‫َح ََّّت َرأَي‬
.‫س بنظَ ِرهِ اْل ََّوِل‬ ِ ‫الص ِح‬
َ ‫يح لَْي‬ َّ ‫فَأَقْ بَ َل يَْنظُُر نَظََر‬
Maka Rasulullah menggenggam bahagian atas dan
bawah bajunya dan mula memukul belakangnya, (baginda
mengangkat tinggi tangannya bagi memukul) sehingga aku
nampak keputihan ketiaknya, sambil itu baginda bersabda:
“Keluarlah wahai musuh Allah! Keluarlah wahai musuh Allah!”
Setelah itu budak tersebut mula memandang dengan pandangan
mata yang sihat, bukan seperti pandangan sebelum itu.

‫ فَ َد َعا لَهُ ِِبَ ٍاء‬،‫ي يَ َديْ ِه‬ ِ َّ ‫اَّللِ صلَّى‬


َ َْ‫اَّللُ َعلَْيه َو َسلَّ َم ب‬ َ َّ ‫ول‬ ُ ‫ُُثَّ أَقْ َع َدهُ َر ُس‬
‫صلَّى‬ َِّ ‫ول‬ ِ ‫ فَلَم ي ُكن ِِف الْوفْ ِد أَح ٌد ب ع َد َد ْعوةِ رس‬.‫فَمسح وجهه وَد َعا لَه‬
َ ‫اَّلل‬ ُ َ َ َْ َ َ ْ َ ْ ُ َ ُ َ ْ َ َ َ َ
.‫ض ُل َعلَْي ِه‬ ِ َّ
ُ ‫اَّللُ َعلَْيه َو َسلَّ َم يَ ْف‬
Kemudian Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam duduk
di hadapan budak itu, meminta air untuknya, mengusap
wajahnya dan berdoa untuknya. Selepas Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam berdoa untuknya, tidak ada seorang jua dalam
rombongan kami yang lebih utama daripadanya. [Riwayat al-
Thabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, no: 5176]

338
Penulis cenderung kepada rawatan tanpa memukul dengan
kuat atas sebab-sebab berikut:
1. Riwayat Umm Aban binti Wazi’ di atas adalah dha’if (lemah).
Kelemahannya telah diterangkan oleh Ali Hasyisy dalam
Silsilah al-Hadits al-Wahiyah wa Sahhih Hadithaka, (Maktabah
Syamilah) jld 1, ms 198.
2. Dalam riwayat yang lebih kuat, Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam hanya menepuk atau memukul ringan. Ini merujuk
kepada kes Utsman ibn Abi al-‘Ash: Maka aku mendekati dan
aku duduk di atas tapak kakiku (duduk bertinggung). Maka
(Rasulullah) memukul dadaku dengan tangannya…[Shahih
Sunan Ibn Majah, no: 3538/3548. Hadis penuh telah
dikemukakan sebelum ini] Dalam keadaan duduk bertinggung,
nescaya beliau akan terjatuh ke belakang seandainya Rasulullah
memukul dadanya dengan kuat.
3. Dalam banyak kes, perawat terburu-buru memukul pesakit
tanpa mendiagnosis dengan tepat sama ada terdapat jin yang
merasuk ke dalam tubuh pesakit. Akhirnya pesakit lebam-lebam
tubuh badannya sementara gangguan yang dihadapinya masih
berterusan. Bahkan ada yang gangguannya bertambah kronik
akibat kesan psikologi pukulan perawat.
4. Seandainya benar terdapat jin yang merasuk ke dalam tubuh
pesakit, perawat tidak tahu lokasi sebenar jin tersebut. Jin
mungkin duduk di kawasan dada sementara perawat memukul
di bahagian kaki.

339
Keenam: Tidak Menyentuh Pesakit Yang Bukan Mahram

Tidak ada sebab bagi seorang perawat AAA menyentuh


pesakitnya, meskipun secara berlapik. Memadai bagi perawat
duduk di sisi pesakit dan membacakan ruqyah. Dia hanya perlu
meniup bacaannya ke muka dan/atau badan pesakit tanpa
menyentuh.

Antara permainan kotor jin yang mengganggu ialah ingin


menjerumuskan perawat dan orang-orang yang hadir ke arah
sesuatu yang haram hukumnya. Lebih-lebih lagi jika pesakit ialah
seorang wanita muda cantik sementara perawat ialah seorang lelaki.
Contohnya, dia (jin) akan diam berdegil dalam badan pesakit
perempuan jika perawat lelaki meruqyah tanpa menyentuh. Apabila
perawat melihat tidak ada perubahan pada pesakit, dia mula
menyentuh pesakit.

Mulai saat itu, jin mula bergerak-gerak melalui tubuh badan


pesakit atau bersuara bagi memberikan gambaran palsu bahawa
rawatan dengan sentuhan adalah lebih berkesan. Lebih disentuh,
lebih ia bergerak atau bersuara, kononnya dia dalam keadaan
sengsara akibat rawatan secara sentuhan. Sentuhan demi sentuhan,
akhirnya jin itu keluar meninggalkan pesakit. Dia keluar bukan
kerana keberkesanan rawatan, tetapi kerana berjaya
menjerumuskan perawat dalam sesuatu yang haram hukumnya.

340
Ketujuh: Tiupan, Ludah, Air Jampi, Asap Kemenyan

Setiap perawat AAA akan memiliki cara yang berbeza-beza


dalam merawat. Mereka mungkin meruqyah dengan bacaan yang
sama – misalnya Ayat al-Kursi – tetapi selepas itu ada yang meniup,
meludah (tanpa air liur), meniup ke air kemudian merenjis ke
pesakit atau membaca ke asap kemenyan. Setiap perawat memiliki
pengalaman tersendiri tentang cara rawatan yang terbaik.

Dalam hal ini terdapat kelapangan, maka ia bukanlah satu


kesalahan. Penulis secara peribadi cenderung kepada cara meniup
ke arah pesakit atau bahagian yang sakit kerana itulah yang
dilakukan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.

Apa yang penting ialah pesakit, ahli keluarga atau sesiapa


yang hadir dapat mengenali apa yang dibaca oleh perawat dan
keyakinan sembuh ditujukan kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala
sahaja.

Tidak boleh berserah sepenuhnya kepada perawat.


Hendaklah tetap mengawasi perawat kerana bimbang berlaku apa
yang menyalahi syari’at Islam. Misalnya Ustaz Yusuf meruqyah ke
asap kemenyan dengan tujuan asap tersebut dapat tersebar luas
dalam rumah pesakit dan ini menyebabkan jin yang hadir berasa
tidak selesa sehingga meninggalkan rumah. Namun Ustaz Abdul

341
Aziz pula meruqyah dengan bacaan-bacaan rahsia ke asap
kemenyan dengan tujuan memanggil jin peliharaannya ke rumah
pesakit bagi menghalau jin yang mengganggu.

Demikian juga, perawat mungkin memberikan tangkal


kepada pesakit yang terkena sihir, sambil menjelaskan kononnya
tangkal itu telah dibacakan ayat-ayat al-Qur’an sebagai pelindung
daripada ancaman sihir. Namun apa yang benar tangkal itu
mengandungi beberapa ramuan yang mengeluar bau khusus sebagai
penanda kepada jin peliharaan perawat bagi mengawal pesakit
daripada jin ahli sihir.

Oleh itu pesakit (sekadar mampu), ahli keluarga atau sesiapa


yang hadir hendaklah memainkan peranan yang aktif dalam
mengawasi perawat. Di sini penulis bukan meminta agar berburuk
sangka kepada perawat, tetapi dipertengahan antara berburuk
sangka kepada perawat dan menyerahkan sepenuhnya kepada
perawat. Jika ada sesuatu bacaan, kaedah atau alat rawatan yang
memusykilkan, maka bertanyalah kepada perawat. Perawat AAA
tidak akan keberatan menjelaskannya.

342
Kelapan: Mengajar Cara Ruqyah Dan Memberi Nasihat

Perawat AAA tentu saja menginginkan kesembuhan pada


pesakitnya sementara kesembuhan itu sukar dicapai dengan satu
sesi rawatan sahaja. Rawatan hendaklah diulangi beberapa kali,
lazimnya dua kali sehari pada waktu pagi dan petang selama
beberapa hari. Namun sebagai manusia biasa, perawat tentu saja
tidak dapat berulang-alik merawat pesakit dua kali sehari selama
beberapa hari.

Justeru perawat akan mengajar kepada pesakit, ahli keluarga


pesakit atau sahabat pesakit cara-cara merawat. Dia akan
menerangkan bacaan-bacaan ruqyah, bila patut dibaca, berapa kali
dibaca dan beberapa perkara lain yang patut diketahui sebagaimana
yang penulis telah jelaskan dalam buku ini.

Selain itu, perawat akan menerangkan bahawa bacaan


ruqyah sahaja tidak cukup. Pesakit, ahli keluarga dan sahabat yang
tinggal bersama hendaklah mengubah cara hidup. Jika sebelum ini
banyak mendengar muzik, maka hendaklah diminimumkan. Jika
sebelum ini ada menonton video atau laman web lucah, merokok,
tidak pernah solat berjamaah di surau dan tidak pernah menanya
khabar ibu bapa di kampung, maka hendaklah berubah.

343
Kesembilan: Mengambil Upah Atau Bayaran

Dibolehkan bagi perawat AAA mengambil atau meminta


upah ke atas rawatannya. Namun lazimnya perawat akan berasa
segan meminta, maka hendaklah ahli keluarga atau sahabat pesakit
memberikan bayaran yang sepatutnya. Mengambil upah memiliki
hujah daripada sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.
Perhatikan hadis berikut. ‘Abdullah ibn ‘Abbas radhiallahu 'anh
menerangkan:

‫اَّللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم َمُّروا ِِبَ ٍاء فِي ِه ْم‬


َّ ‫صلَّى‬ ِ ِ‫اب الن‬
َ ‫َِّب‬
ِ ‫َصح‬ ِ
َ ْ ‫َن نَ َفًرا م ْن أ‬ َّ ‫أ‬
‫ َه ْل فِي ُك ْم ِم ْن َر ٍاق‬:َ‫ض ََلُْم َر ُج ٌل ِم ْن أ َْه ِل الْ َم ِاء فَ َقال‬ ِ ِ
َ ‫لَدي ٌغ أ َْو َسل ٌيم فَ َعَر‬
ِ ِ ِ ِ
ً ‫إ َّن ِِف الْ َماء َر ُج ًل لَديغًا أ َْو َسل‬
.‫يما‬
Bahawa beberapa sahabat Nabi shallallahu 'alaihi
wasallam melalui sebuah mata air. Di sana terdapat seorang
yang terkena sengatan binatang berbisa (kala jengking atau
ular), lalu salah seorang yang tinggal di mata air tersebut datang
dan berkata: “Apakah di kalangan kalian ada seseorang yang
pandai meruqyah? Di mata air (ini) ada seorang yang terkena
sengatan binatang berbisa.”

ِ ِ ِِ ِ
ِ ‫اب علَى ش ٍاء فَْبأَ فَجاء ِِبلش‬ ِ
‫َّاء‬ َ َ ََ َ َ َ‫فَانْطَلَ َق َر ُج ٌل منْ ُه ْم فَ َقَرأَ ب َفاَتَة الْكت‬

344
‫َجًرا َح ََّّت قَ ِد ُموا‬ َِّ ‫اب‬
ْ ‫اَّلل أ‬ ِ َ‫ت َعلَى كِت‬
َ ‫َخ ْذ‬
ِ
َ ‫َص َحابِِه فَ َك ِرُهوا ذَل‬
َ ‫ أ‬:‫ َوقَالُوا‬.‫ك‬ ْ ‫إِ ََل أ‬
.َ‫الْ َم ِدينَة‬
Lalu salah seorang sahabat Nabi pergi ke tempat tersebut
dan membacakan surah al-Fatihah (kepada orang yang terkena
sengatan) dengan syarat upah seekor kambing. Ternyata orang
yang terkena sengatan tadi sembuh. Maka sahabat tersebut
membawa kambing itu kepada sahabat-sahabatnya, namun
mereka tidak suka dengan upah itu. Mereka berkata: “Kamu
mengambil upah atas al-Qur’an? (Tunggu dulu) sehinggalah kita
pulang ke Madinah.”

ِ‫اَّلل‬
َّ ‫ول‬ُ ‫ال َر ُس‬
َ ‫ فَ َق‬.‫َجًرا‬ َِّ ‫اب‬ِ َ‫َخ َذ َعلَى كِت‬ َِّ ‫ول‬
ْ ‫اَّلل أ‬ َ ‫اَّلل أ‬ َ ‫ ََي َر ُس‬:‫فَ َقالُوا‬
.ِ‫اَّلل‬
َّ ‫اب‬ ِ ‫ إِ َّن أَح َّق ما أَخ ْذ ُُت علَي ِه أ‬:َ‫اَّلل علَي ِه وسلَّم‬
ُ َ‫َجًرا كت‬
ْ َْ ْ َ َ َ َ َ ْ َ َُّ ‫صلَّى‬َ
(Setelah mereka tiba di Madinah), mereka bertanya:
“Wahai Rasulullah, dia ini mengambil upah atas al-Qur’an.”
(Setelah mendengar kisah sebenar) Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya upah yang paling berhak kalian ambil adalah
upah kerana (menjampi dengan) al-Qur’an.” [Shahih al-Bukhari,
no: 5296/5737]

Dalam hadis ini terdapat tiga pengajaran penting. Pertama,

345
boleh meruqyah dengan surah al-Fatihah. Ini menjadi pendorong
kepada orang yang tidak yakin untuk meruqyah atas alasan tidak
tahu ayat atau surah apa yang patut dibaca. Kedua, ruqyah bukan
saja untuk gangguan jin dan sihir, tetapi juga untuk penyakit fizikal.
Ketiga, boleh mensyaratkan upah atau mengambil upah
sebagaimana sabda Rasulullah di akhir hadis: “Sesungguhnya
upah yang paling berhak kalian ambil adalah upah kerana
(meruqyah dengan) al-Qur’an.”

346
Buku-Buku Lain oleh Hafiz Firdaus Abdullah

Boleh dipesan terus dari Jahabersa di nombor 07-2351602 atau


pesanan online di www.jahabersa.com.my
Boleh juga dirujuk dalam bentuk e-book atau muat turun di
www.hafizfirdaus.com

1. Zikir-Zikir Selepas Solat Fardhu.

2. Menangani Persoalan Doa Qunut: Dibaca atau Tidak?

3. Marilah Berselawat Ke Atas Rasulullah.

4. Marilah Mendirikan Sembahyang.

5. Pedoman-Pedoman Bermazhab Dalam Islam.

6. Panduan Ibadah Dalam Musafir Penerbangan.

7. Solat Tarawikh: Satu Perbahasan Ke Atas Fatwa Yang


Menetapkannya kepada 20 Rakaat.

8. 20 Hujah Golongan Anti Hadis dan Jawapannya.

9. Kaedah Memahami Hadis-Hadis Yang Saling


Bercanggah.

10. Kaedah Memahami Hadis-Hadis Musykil.

11. Pembongkaran Jenayah Ilmiah Buku Salafiyah


Wahabiyah: 73 Penilaian Semula Ke Atas Penilaian
Zamihan Mat Zin al-Ghari.

347
12. Apakah Jihad Di Jalan Allah? Buku 1: Definisi,
Kepentingan dan Kemuliaan Jihad.

13. Apakah Jihad Di Jalan Allah? Buku 2: Hukum dan


Syarat-Syaratnya.

14. Jawapan Ahl al-Sunnah kepada Syi‘ah al-Rafidhah


dalam Persoalan Khalifah. Siri Pertama: Definisi
Syi‘ah al-Rafidhah, Sejarah Kelahiran Syi‘ah al-
Rafidhah dan 5 Strategi Asas Syi‘ah al-Rafidhah
Dalam Berhujah.

15. Jawapan Ahl al-Sunnah kepada Syi‘ah al-Rafidhah


dalam Persoalan Khalifah. Siri Kedua: Jawapan Ahl
al-Sunnah Kepada Ayat-Ayat Al-Qur’an Yang
Dijadikan Hujah Oleh Syi‘ah Dalam Persoalan
Khalifah.

16. Jawapan Ahl al-Sunnah kepada Syi‘ah al-Rafidhah


dalam Persoalan Khalifah. Siri Ketiga: Jawapan Ahl
al-Sunnah Kepada Hadis-Hadis Rasulullah Yang
Dijadikan Hujah Oleh Syi‘ah Dalam Persoalan
Khalifah.

17. Jawapan Ahl al-Sunnah kepada Syi‘ah al-Rafidhah


dalam Persoalan Khalifah. Siri Keempat: Jawapan Ahl
al-Sunnah Berkenaan Sejarah dan Keutamaan Para
Sahabat.

18. Amalan-Amalan Di Bulan Ramadhan.

19. Marilah Berkenalan Dengan al-Qur’an.

348
20. Let’s Get Acquinted With Al-Qur’an. (Edisi
terjemahan Inggeris Marilah Berkenalan Dengan al-
Qur’an)

21. Wahai Ibu! Wahai Ayah!

22. Dear Mom & Dad. (Edisi Terjemahan Inggeris Wahai


Ibu! Wahai Ayah!)

23. 13 Perkara Yang Mencemari Kemurnian Tauhid.

24. Mencari Rahmat Allah Di Sebalik Perbezaan Pendapat

25. Looking For Allah’s Blessing Behind Differences of


Opinion. (Edisi Terjemahan Inggeris Mencari Rahmat
Allah Di Sebalik Perbezaan Pendapat)

26. Marilah Berkenalan Dengan Ahl al-Sunnah wa al-


Jamaah.

27. 7 Tipu Daya Syaitan Ke Atas Umat Islam.

28. Membongkar Aliran Islam Liberal.

29. Menjawab 17 Fitnah Terhadap Syaikh al-Islam Ibn


Taimiyyah. (Ulasan kepada karya asal Syaikh Murad
Syukri yang diterjemah oleh Ustaz Badrul Hisham bin
Sulaiman).

30. Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan


Ummah. Buku 1.

349
31. Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan
Ummah. Buku 2.

32. Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan


Ummah. Buku 3.

33. Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan


Ummah. Buku 4.

34. Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan


Ummah. Buku 5.

35. Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan


Ummah. Buku 6.

36. Berdakwah Melalui Penulisan Efektif.

37. Fiqh Harta: Satu Pengenalan.

38. Cahaya Rohani (Buku 1)

39. Cahaya Rohani (Buku 2)

40. Hukum dan Adab Berjamaah Dalam Islam.

41. Islam, Seks dan Jantina.

42. 36 Kritikan Ke Atas Buku Amalan Sunnah Selepas


Solat Dan Kelebihannya.

350
43. Catatan-Catatan Ilmiah Ke Atas Buku Makna Sebenar
Bid’ah: Beberapa Semakan Teliti Ke Atas Satu
Penjelasan (Yang Didakwa) Rapi.

44. Catatan Dari 40,000 Kaki (Buku 1).

45. 47 Persoalan Qadar dan Qadha.

46. 202 Pelajaran Berkenaan Poligami.

47. Pesan-Pesan Pernikahan.

48. Sebarkan Kebenaran-Mu: Catatan-Catatan Ke Atas


Novel Sebarkan Cinta-Mu.

49. Panduan Aqidah Dan Ibadah Ketika Sakit.

50. Anda Bertanya, Kapten Menjawab: Soal Jawab Agama


Tentang Keibubapaan dan Anak-Anak

351
Penulis anda, Hafiz Firdaus bin Abdullah lahir di Kuala
Lumpur pada tahun 1971 dan mendapat pendidikan rendah dan
menengah di St. John’s Institution, Bukit Nanas, Kuala Lumpur.
Pada tahun 1989 beliau menyertai Penerbangan Malaysia (Malaysia
Airlines) sebagai seorang juruterbang sehinggalah ke hari ini.

Hafiz Firdaus mula menulis sejak tahun 1999. Manhaj


beliau ialah mengkaji sesuatu topik daripada sumber khazanah ilmu
tokoh-tokoh terdahulu lalu menyusun dan menyampaikannya
dalam bentuk yang mudah lagi relevan dengan isu-isu terkini.

Ringkasnya, sesiapa jua yang memiliki manhaj mengkaji


dan menganalisa dalam berinteraksi dengan ilmu-ilmu agama akan
mendapati buku-buku Hafiz Firdaus sebagai sumber kajian dan
analisa yang sesuai untuk mereka.

Hafiz Firdaus tinggal di Lembah Klang bersama tiga


keluarganya.

352

Anda mungkin juga menyukai