Anda di halaman 1dari 322

KANDUNGAN

Prakata 1
Penjelasan Tentang Agama Islam 6
Pengertian (Definisi) Islam 8
Islam Adalah Agama Tauhid (Akidah) & Ibadah 13
Rukun Islam 15
Apa Itu Iman 16
Mukmin Sejati 25
Iman Bertambah Dan Berkurang 29
Kesempurnaan Iman Adalah Kesempurnaan Agama 35
Syarat-Syarat Kalimah Laa Ilaaha Illallah 37
Syarat Pertama: ILMU 39
Syarat Kedua: YAKIN 45
Syarat Ketiga: PERCAYA 48
Syarat keempat: IKHLAS 50
Syarat Kelima: MENERIMA 54
Syarat Keenam: BERSERAH 58
Syarat Ketujuh: CINTA 60
Dalil-Dalil Tentang Tauhid 65
Panduan Mengenal Kalimah Tauhid 69
Maksud Ilah Dalam Al-Quran 71
Mentalqin Maut (Orang Nazak) 76
Peri Pentingnya Pengetahuan Akidah 84
Rukun Iman Enam Perkara 86
Pertama: Beriman Kepada Allah 87
Kedua: Beriman Kepada Malaikat 88
Ketiga: Beriman Kepada Kitab 89
Keempat: Beriman Kepada Para Nabi & Rasul 90
Kelima: Beriman Kepada Hari Kiamat 91
Keenam: Beriman Kepada Takdir 92
Hujjah-Hujjah Syara Tentang Akidah & Rukunnya 95
Perincian Rukun Iman Yang Enam 97
Rukun Iman Pertama: Beriman Kepada Allah 98
Antara Punca-Punca Kehancuran Ummah 101
Definisi Akidah 103
Percaya Kepada Wujudnya Allah 105
Dalil Pertama: Secara Fitrah 106
Dalil Kedua: Akal (Logika) 110
Dalil Ketiga: Dari Syara 113
Dalil Keempat: Dari Daya Indera 114
Pengertian Tauhid 116
Tauhid Adalah Inti Dan Benteng Keimanan 124
Pertama: Tauhid Rububiyah 128
Kedua: Tauhid Uluhiyah 143
(1) Seruan Atau Doa 153
(2) Istigasah 158
(3) Penyembelihan & Korban 163
(4) Bernazar 167
(5) Minta Pertolongan 169
(6) Tawakkal 174
(7) Cinta 175
(8) Takut 177
(9) Bergantung Harapan 183
(10) Bersumpah 184
(11) Ruku’ Dan Sujud 185
(13) Mengkhusyuk Hati Atau Merendah Hati 186
Sifat Uluhiyah 189
Sebab Terbatalnya Tauhid Uluhiyah 194
Tugas Sebenar Para Rasul, Para Nabi & Da’I 196
Kelebihan Kalimah Tauhid Atau Kalimah Ikhlas 203
Ketiga: Tauhid Asma, Sifat & Zat 211
Dalil Tentang Sifat (Mutasyabihah & Muhkamah) 217
Nas-Nas Asma Ul-Husna Dan Sifat-Sifat Allah 221
Syirik Terhadap Zat, Sifat-Sifat & Asma Ul-Husna 226
Makna Dan Definisi Ibadah 228
Syarat-Syarat Ibadah 231
Hanya Allah Yang Wajib Diibadahi 234
Perkara-Perkara Yang Merosakkan Akidah 240
Hakikat Fahaman Akidah Imam Al-Asy’ari 251
Perselisihan Berkenaan Kitab “Al-Ibanah” 254
Bertaubatnya Imam Al-Asy’ari 257
Punca Imam Al-Asy’ari Meragui Akidah Muktazilah 262
Mengingkari Zat, Nama & Sifat Allah Adalah Sesat 265
Penyerupaan Yang Menyesatkan 267
Ayat Pertama: 270
Penjelasan Ayat 271
Ayat Kedua: 274
Ayat Ketiga: 282
Benarkah Allah Tidak Bertempat 288
Allah Bersemayam Di Atas ‘Arasy 292
Allah Di Langit 305
Rukun Iman Kedua 315
Kejadian Para Malaikat 321
Para Malaikat Maksum Dan Tidak Berjantina 323
Perbizaan Malaikat Dengan Sekalian Makhluk 328
Tugas-Tugas Malaikat 330
Rukun Iman Ketiga: Beriman Kepada Al-Kitab 336
Al-Kitab 340
As-Suhuf 342
Taurat 343
Zabur 345
Injil 346
Al-Quran Adalah Penutup Kitab 347
1. Az-Zikr 349

2
2. Al-Furqan 350
Al-Quran Kalamullah Bukan Makhluk 352
Berfirman Adalah Sifat Allah 355
Qaul Ulama (Tentang Kalamullah) 360
Hujjah-Hujjah Ulama Salaf As-Soleh 367
Hukum Meyakini Al-Quran Itu Makhluk 371
Wajib Mengimani Setiap Kitab Samawi 373
Kalimah Dan Definisi Al-Quran 376
Sifat-Sifat Al-Quran 378
Al-Quran Sebuah Kitab Mukjizat 391
Al-Quran Mencabar Para Jin Dan Manusia 395
Menafsir Dengan Akal & Hawa Nafsu 401
Ilhad (Peyimpangan) Memahami Al-Quran & Sunnah 406
Rukun Iman Keempat: Beriman Kepada Rasul 408
Nabi Dan Rasul Manusia Biasa 415
Antara Perkara Penyempurnaan Iman 416
Wajib Mencintai & Mentaati Para Rasul Dan Nabi 418
Nabi Terakhir Diutus Kepada Semua Kaum 424
Kepercayaan Nur Muhammad 429
Kepercayaan Nur Muhammad Di Majlis Maulid 446
Penyerupaan Maulid Nabi Muhammad Dengan
Maulid Nabi Isa 425
Sembahyang Di Belakang Pengikut Nur Muhammad 458
Rukun Iman Keenam: Beriman Kepada Hari Akhirat 462
Bilakah Kiamat Terjadi 465
Pertama: Mengimani Kebangkitan 470
Kedua: Mengimani Hisab (Hari Perhitungan) 474
Ketiga: Mengimani Wujudnya Syurga Dan Neraka 476
Nikmat Dan Siksa Kubur 478
Antara Sifat Dan Ciri-Ciri Orang Yang Beriman 485
Rukun Iman Keenam: Beriman Kepada Qada’
Dan Qadar 489
Kebenaran Berlakunya Qada’ & Qadar Allah 501
Pendapat Ulama Salaf As-Soleh 504
Kemampuan Atau Ikhtiari (Berusaha) 508
Keyakinan Dan Pegangan Setiap Mukmin Tentang
Qada’ & Qadar 512
Golongan Jabariyah 515
Ihsan 517

‫الر ِح ْي ِم‬
َّ ‫الر ْح َم ِن‬ ِ ‫بِس ِـم‬
َّ ‫اهلل‬ ْ

3
‫اهلل َم ْن ُش ُر ْو ِراَْن ُف ِسنَا َوِم ْن‬ِ ِ‫ و َنعوذُ ب‬، ُ‫ نَ ْحم ُدهُ ونَستَ ِع ْينُهُ ونَسَت ْغ ِفره‬، ‫اِ َّن الْحم َد لِلَّ ِه‬
ُْ َ ُ ْ َ ْ َ َ َْ
‫ َواَ ْش َـه ُد اَ ْن‬، ُ‫ي لَه‬ ِ ِ ْ ‫ ومن ي‬، ‫ض َّل لَه‬ ِ ‫ من ي ْه ِد ِه اهلل فَالَم‬، ‫ات اَ ْعمالِنَا‬ ِ َ‫سيِّئ‬
َ ‫ضل ْل فَالَ َهاد‬ ُ ْ ََ ُ ُ ُ َ َْ َ َ
.ُ‫ َواَ ْش َه ُد اَ َّن ُم َح َّم ًدا َع ْب ُدهُ َو َر ُس ْولُه‬، ُ‫ك لَه‬ ِ ِ
َ ْ‫الَالَهَ االَّ اهللُ َو ْح َدهُ الَ َش ِري‬
}‫{يَااَُّي َها الَّ ِذيْ َن َء َامُن ْوا َّات ُق ْوا اهللَ َح َّـق ُت َقاتِِه َوالَ تَ ُم ْوتُ َّن اِالَّ َواَْنتُ ْم ُم ْسلِ ُم ْو َن‬
‫ث‬َّ َ‫اح َد ٍة َو َخلَ َق ِم ْن َها َز ْو َج َها َوب‬ ِ ‫س َّو‬ ٍ ‫َّاس َّات ُق ْوا َربَّ ُك ُم الَّ ِذى َخلَ َق ُكم ِم ْن َن ْف‬ ُ ‫{يَااَُّي َها الن‬
‫ اِ َّن اهللَ َك ا َن‬، ‫ـام‬ ِ
َ ‫ـآءلُْو َن بِ ه َواْالَ ْر َح‬ َ ‫س‬
ِ َّ
َ َ‫ـآء َو َّات ُق ْوا اهللَ الذ ْي ت‬ ً ‫س‬
ِ ِ
َ ‫م ْن ُه َما ِر َجـاالً َكثْي ًرا َون‬
ِ
. }‫َعلَْي ُك ْم َرقِ ْيبًا‬
‫صلِ ْح لَ ُك ْم اَ ْع َمالَ ُك ْم َو َي ْغ ِف ْرلَ ُك ْم‬ ِ
ْ ُ‫ ي‬، ‫آمُن ْوا َّات ُق ْوا اهللَ َو ُق ْولُْوا َق ْوالً َسديْ ًدا‬
ِ
َ ‫{يَآاَُّي َهاالَّذيْ َن‬
.}‫ َو َم ْن يُ ِط ِع اهللَ َو َر ُس ْولَهُ َف َق ْد فَ َاز َف ْو ًزا ِع ِظ ْي ًما‬، ‫ذُ ُن ْوبَ ُك ْم‬
‫ي ُم َح َّم ٍد‬ ِ ِ ِ ِ ‫ فَِا َّن اَصـ َد َق ال‬:‫اََّما بع ُد‬
ُ ‫س َـن ال َْه ْد ِي َه ْد‬ َ ‫اب اهلل َع َّز َو َج َّل َواَ ْح‬ ُ َ‫ْحديْث كت‬ َ ْ َْ
‫ َو ُك َّل بِ ْد َع ٍة‬، ٌ‫ َو ُك َّل ُم ْح َدثٍَة بِ ْد َعة‬، ‫ َو َش َّـر اْالُُم ْو ِر ُم ْح َدثَا ُت َها‬، ‫صـلَّى اهللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم‬ َ
‫إنشاء من قِبل‬.‫ضالَلَ ٍة فِى النَّا ِر‬ َ ‫ َو ُك َّل‬، ٌ‫ضـالَلَة‬ َ
Segala puji-pujian, sanjungan dan kesyukuran hanya untuk Allah ‘Azza wa-
Jalla, Tuhan seru sekalian alam. Selawat dan salam sentiasa terlimpah ke atas
junjungan kita Nabi Muhammad salallahu ‘alai wa-sallam serta segenap keluarga,
para sahabat dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik sehingga ke Hari
Kiamat.
Kesahihan akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah yang berlandaskan pemahaman
para Salaf as-Soleh merupakan jalan (dinamakan manhaj) yang paling jelas, kukuh
dan selamat untuk diikuti. Manhaj akidah ini wajib diketahui oleh setiap individu
muslim yang ingin memperolehi akidah dan ibadah yang sempurna.
Manhaj ini merupakan manhaj para sahabat yang diterima dan dipelajari oleh
mereka melalui contoh dan tarbiyah secara langsung dari Rasulullah. Manhaj akidah
ini diwariskan oleh baginda kepada generasi awal (para sahabat) kemudian diteruskan
dan diperjuangkan oleh para tabi'in, tabi'iut at-tabi'in serta mereka yang berittiba’
kepada manhaj sahabat. Inilah sebabnya manhaj ini dinamakan manhaj sahabat atau
lebih tepat disebut: “Manhaj Salaf as-Soleh.”
Keaslian, kesempurnaan dan kemurnian manhaj ini dikekalkan melalui tulisan
(kitab-kitab) oleh para ulama Salaf sejak zaman sahabat yang kemudiannya diteruskan
oleh generasi sesudah mereka. Ia tetap terpelihara dalam kitab-kitab mereka yang kini
dianggap sebagai kitab-kitab turas (warisan).

4
Kitab di tangan pembaca ini adalah sebahagian dari penjelasan dan pendedahan
secara ilmiah tentang akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh.
Isi kandungannya dipenuhi dengan nukilan serta fatwa-fatwa dari para ulama
muktabar (sejak zaman sahabat) yang diruju’ dari ratusan kitab-kitab hasil tulisan
mereka.

Al-Hamdulillah, kitab ini (Akidah Ahli as-Sunnah wal-Jamaah Mengikut


Manhaj Salaf as-Soleh) dapat diterbitkan. Edisi ini merupakan edisi kedua setelah
1 2

yang pertama mendapat sambutan yang menggalakkan, dan kehabisan di pasaran.


3

Oleh kerana buku ini masih ada permintaan dari para pembaca dan diperlukan oleh
kalangan masyarakat yang ingin mendalami dan mengkaji ilmu akidah, maka dengan
penuh kesyukuran, kegigihan dan keikhlasan, setelah terasa terpanggil untuk
memenuhi permintaan pembaca, al-Hamdulillah dengan penuh kesabaran penulis
dapat menyiapkan buku ini dengan sempurna.

Semuga edisi kedua ini dan insya-Allah edisi-edisi seterusnya jika masih
diperlukan dapat diterima oleh masyarakat yang mencintai ilmu, akidah dan
kebenaran sebagaimana penerimaan mereka terhadap edisi pertama. Diharapkan
mereka memperolehi ilmu yang bermanfaat dari tulisan yang lebih padat ini. Kerana
kandungan edisi yang kedua ini dimantapkan lagi dengan hujjah-hujjah (dalil-dalil
syara), dikuatkan dengan fatwa-fatwa para ulama Salaf as-Soleh yang muktabar dan
diperinci dengan beberapa tambahan serta penjelasan yang lebih mendalam, ilmiah
dan merujuk kepada kitab-kitab muktabar.

Antara matlamat utama penulisan ini ialah sebagaimana juga yang diharapkan
pada edisi pertama, iaitu semata-mata bertujuan untuk membantu generasi masa kini
dan yang akan datang, yang ingin memahami manhaj akidah Islamiyah yang murni,
iaitu dengan cara mengembalikan segala persoalan akidah dan ibadah hanya kepada
al-Quran, as-Sunnah, al-athar dan penjelasan para ulama muktabar. Manhaj inilah
yang dikenali sebagai manhaj Salaf as-Soleh kerana berlandaskan jalan yang
dicontohkan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam, yang difahami dan yang
ditempuh oleh para sahabat, tabi'in, tabi'iut at-tabi'in dan mereka yang mengikuti jejak
Salaf dengan baik. Hanya melalui manhaj Salaf as-Soleh inilah sahaja akidah
seseorang mukmin terus terpimpin dan tidak akan menyeleweng dari prinsip akidah
Islamiyah yang diterima oleh Allah Subhanahu wa-Ta'ala.

1. Manhaj (metode) bermaksud: "Jalan yang terang dan mudah". Lihat:


(1). Tafsir Ibn Kathir, 2/66. (2). Fathul Qaddir, 2/48, As-Syaukani
2 . Salaf yang dimaksudkan ialah Salaf as-Soleh yang terdiri dari para sahabat,
tabiin, tabiut at-tabiin dan sesiapa yang mengikut manhaj mereka dengan
baik sehinggalah ke Hari Kiamat.
3. Edisi pertama di bawah tajuk (Prinsip Akidah Islam). Atas permintaan
para pembaca dan beberapa orang sahabat, maka tajuk asal ditukar kepada
tajuk (Manhaj Akidah Ahli as-Sunnah wal-Jamaah Mengikut Manhaj
Salaf as-Soleh).

5
Pada hakikatnya, hanya al-Quran dan as-Sunnah yang benar-benar penyelamat
bagi mereka yang ingin kembali kepada akidah tauhid Ahli Sunnah wa-Jamaah
menurut manhaj Salaf as-Soleh yang tulin dan selamat. Inilah kenyataan yang telah
dikhabarkan oleh Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam melalui sabdanya:

ِ ‫ كِتَاب‬، ‫ضلُّوا ب ْع َد ُهما‬


‫اهلل َو ُسنَّتِ ْي َولَ ْن َيَت َف َّرقَا َحتَّى يَ ِر َد َعلَ َّي‬ ِ ِ ُ ‫َتر ْك‬
َ َ َ ْ َ‫ت فْي ُك ْم َش ْيَئ ْي ِن لَ ْن ت‬ َ
.‫ض‬ُ ‫ْح ْو‬
َ ‫ال‬
"Aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara, selagi kamu berpegang
teguh dengan keduanya, maka kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya,
iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnahku. Tidak akan bercerai-berai
sehingga keduanya menghantarku ke telaga di syurga". 4

Kali ini penulis cuba menampilkan tulisan ini dengan uslub dan gaya bahasa yang
lebih lembut dan mudah supaya tidak menyulitkan dan menjemukan para pembaca.
Diharapkan ianya senang difahami dan dapat diterima oleh semua golongan dan
peringkat pembaca. Mudah-mudahan tulisan ini dapat dimanfaatkan oleh semua
lapisan, seperti golongan profesional, para pengkaji, pendakwah, pendidik, ibu bapa,
para pelajar, orang-orang awam dan khususnya mereka yang masih terus beristiqamah
mengikuti kulliah dan berminat membaca semua hasil tulisan penulis, sama ada di
Singapura, di Malaysia, di Thailand, di Indonesia atau di mana sahaja mereka berada.
Amin ! Ya Rabbal'alamin.

‫اخوكم فى اهلل‬
Rasul Bin Dahri.

PENJELASAN TENTANG
AGAMA ISLAM

Islam adalah agama Allah yang telah diturunkan dari langit kepada sekalian
nabi-nabi dan para rasulNya. Islam adalah agama tauhid yang mewajibkan setiap

4. Hadith ini disahihkan oleh Syeikh Nasruddin Al-Albani dalam kitab Al


Jami'.

6
penganutnya menyembah dan beribadah hanya kepada Allah. Semua agama selain
Islam adalah agama yang bid'ah dan syirik. Tidak akan diterima oleh Allah
Subhanahu wa-Ta'ala apapun agama dan pengibadatan sejak dahulu, sekarang dan
sehinggalah ke Hari Kiamat kecuali pengibadatan mereka yang beragama Islam
sebagaimana firman Allah:

ِ ‫اِ َّن الدِّيْن ِعْن َد‬


.‫اهلل اْ ِال ْسالَ ُم‬ َ
"Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam".
.Ali Imran, 3:19

Oleh kerana semua agama selain Islam tidak diterima, maka dengan demikian,
semua penganut agama selain agama Islam akan merugi di akhirat kelak kerana
mereka akan ditempatkan di dalam neraka. Allah berfirman:

ِ ‫اآلخر ِة ِمن الْ َخ‬


ِ ِ ِ ِ ِ
.‫اس ِريْ َن‬ َ َ ‫َو َم ْن َيْبتَ ِغ غَْي َر اْال ْسالَِم د ْينًا َفلَ ْن ُي ْقبَ َل م ْنهُ َو ُه َو فى‬
"Sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah
akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-
orang yang rugi".
.Ali Imran, 3:85
Begitu juga, terdapat banyak ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith sahih yang
telah memerintahkan kepada sekalian manusia agar menjadi orang yang beragama
Islam yang tunduk dan patuh kepada Allah Subhanahu wa-Ta'ala. Antara ayat
tersebut ialah firman Allah:

ُ ‫َواُِم ْر‬
ِّ ‫ت اَ ْن اَ ْسلَ َم لَِر‬
.‫ب ال َْعالَ ِم ْي َن‬

"Dan Aku diperintahkan supaya (menjadi seorang Islam) tunduk patuh


kepada Tuhan semesta alam".
.Al-Mukmin, 40:66
Sebenarnya hanya Islam dan iman sahaja nikmat yang paling besar yang
dianugerahkan oleh Allah kepada hambaNya jika mereka mengetahui dan percaya.
FirmanNya:

.‫ص ِدقِ ْي َن‬ ِِ ِ


َ ‫بَ ِل اهللُ يَ ُم ُّن َعلَْي ُك ْم اَ ْن َه َدا ُك ْم ل ِاليْ َمان ا ْن ُك ْنتُ ْم‬

7
"Sebenarnya Allah Dialah yang melimpahkan nikmat kepadamu dengan
menunjuki kamu kepada keimanan jika kamu adalah orang-orang yang benar".
.Al-Hujurat, 49:17

8
PENGERTIAN
(DEFINISI) ISLAM

Pengertian agama Islam menurut istilah bahasa yang merangkumi juga


pengertian syara sebagaimana yang disepakati oleh ahli ilmu ialah:

ِّ ‫ص ِم ْن‬
‫الش ْر ِك‬ ِ َ َّ‫اد لَهُ بِالط‬
ُ ‫ والْ ُخلُ ْو‬، ‫اعة‬
ِ ‫ و‬، ‫ِهلل بِالتَّو ِح ْي ِد‬
ُ َ‫االنِْقي‬ َ ْ
ِ ‫ اَ ِال ْسـتِسـالَم‬: ‫اَ ِال ْسالَم ُهو‬
ُ ْ َ ُ
.‫َوالْبِ َد ِع َواَ ْهلِ ِه َما‬

"Islam itu ialah: Penyerahan diri kepada Allah dengan bertauhid,


menyelamatkan diri dengan (menyerahkan) ketaatan kepadaNya,
membersihkan diri dari kesyirikan, (menjauhkan diri dari) perkara yang bid'ah
dan ahli dari keduanya (ahli syirik dan ahli bid'ah). 5

Menurut istilah yang lain pula ia difahami:

"Bahawa Islam adalah agama Allah Subhanahu wa-Ta'ala. Ia telah


disyariatkan (kepada hambaNya) sejak Nabi Adam 'alaihi as-salam hinggalah
ke Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam yang diutus untuk menjadi
rahmat kepada sekalian alam".
Pengertian Islam di segi bahasa dan syara akan mudah difahami melalui
penelitian dibeberapa ayat-ayat al-Quran. Antaranya firman Allah:

ِ ِ ِ ِ ِ
.‫ص ُر ْو َن‬ ُ ‫َواَن ْيُب ْوا الَى َربِّ ُك ْم َواَ ْسل ُم ْوا لَهُ م ْن َقْب ِل اَ ْن يَاْتيَ ُك ُم ال َْع َذ‬
َ ‫اب ثُ َّم الَ ُتْن‬
"Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepadaNya
sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi)".
.Az-Zumar, 39:54
Pengertian Islam jelas terdapat pada ayat di atas ini, iaitu dalam ungkapan
yang berbentuk seruan Allah: "Kembalilah kepada Tuhanmu" dan "Berserah dirilah
kepadaNya".

Di ayat seterusnya Allah berfirman:

.‫فَالَ تَ ُم ْوتُ َّن اِالَّ َوا ْنتُ ْم ُم ْسلِ ُم ْو َن‬


"Maka janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan memeluk agama
Islam".

5. Lihat: ‫ القول المفيد فى ادلة التوحيد‬hlm. 24. Muhammad bin Abdul Wahab bin
'Ali al-Yamani al-Wasabi al-Abdali. Maktabah ad-Diyak.
.Al-Baqarah, 2:132
.‫ت اَ ْن اَ ُك ْو َن ِم َن ال ُْم ْسلِ ِم ْي َن‬
ُ ‫َواُِم ْر‬
"Dan aku disuruh supaya aku termasuk golongan orang-orang yang
berserah diri (kepadaNya)".
.Yunus, 10:72
Dalam ayat ini Allah Subhanahu wa-Ta'ala menyeru kepada hamba-
hambaNya agar janganlah mereka mati, kecuali dalam keadaan "Berserah diri
kepadaNya" atau dengan maksud lain "Matilah dalam keadaan beragama Islam"
supaya apabila menempuh kematian ia menempuhnya dalam keadaan "Yang
Selamat".

Ayat-ayat seterusnya yang telah menjelaskan tentang pengertian Islam ialah:

‫ض طَ ْو ًعا َو َك ْر ًها َواِلَْي ِه‬ ِ ‫السمو‬


ِ ‫ات َواْالَ ْر‬ ِ ِ ِ
َ َ َّ ‫اَ َفغَْي َر ديْ ِن اهلل َي ْبغُ ْو َن َولَهُ اَ ْسلَ َم َم ْن فى‬
.‫ُي ْر َجعُ ْو َن‬
"Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah,
padahal kepadaNyalah berserah diri segala apa yang di langit dan di bumi,
baik dengan suka maupun terpaksa dan hanya kepada Allahlah mereka
dikembalikan".
.Ali Imran, 3:83

ِ ‫ومن يبتَ ِغ غَير اْ ِالسالَِم ِدينًا َفلَن ي ْقبل ِم ْنهُ وهو ِفى اْالَ ِخر ِة ِمن الْ َخ‬
.‫اس ِريْ َن‬ َ َ َُ َ َ َ ُ ْ ْ ْ َ ْ َْ ْ َ َ
"Sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali
tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk
orang-orang yang rugi".
.Ali Imran, 3:85

.‫ت لَ ُك ُم اْ ِال ْسالَ َم ِد ْينًا‬


ُ ‫ض ْي‬ ََ ْ َ ْ ُ ‫ْت لَ ُك ْم ِد ْينَ ُك ْم َواَتْ َم ْم‬
ِ ‫ت َعلَْي ُكم نِ ْعمتِي ور‬ ُ ‫اَلَْي ْو َم اَ ْك َمل‬
"Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku
cukupkan kepadamu nikmatKu dan telah Ku redhai Islam itu jadi agama
bagimu".
.Al-Maidah, 5:3

10
ِّ ‫يَآ اَُّي َها الَّ ِذيْ َن َء َامُن ْوا ا ْد ُخلُ ْوا ِفى‬
.ً‫السل ِْم َكآفَة‬
"Hai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara
keseluruhannya".
.Al-Baqarah, 2:208
Namun, orang-orang yang benar-benar dinamakan beragama Islam (Muslim)
ialah mereka yang berpegang kepada rukun Islam yang lima dan beriman kepada
rukun iman yang enam yang termasuk di dalamnya beriman kepada kitab Allah (al-
Quran) kemudian berserah diri kepadaNya. FirmanNya:

.‫اَلَّ ِذيْ َن َء َامُن ْوا بَاَيَاتِنَا َو َكا ُن ْوا ُم ْسلِ ُم ْو َن‬


"(Iaitu) orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami dan adalah
mereka dahulu orang-orang yang berserah diri".
.Az-Zukhruf, 43:69
Semua dalil-dalil di atas menerangkan tentang pengertian Islam dan mereka yang
dinamakan muslim, maka dengan bersandarkan kepada dalil-dalil tersebut para ulama
Salaf as-Soleh berpendapat bahawa erti Islam itu ialah:

(1) Penyerahan diri kepada Allah melalui petunjuk syara.

(2) Islam dibina di atas asas tauhid yang dimantapkan dengan mengenal ilmu-ilmu
yang berkaitan dengannya, dikukuhkan dengan memahami rukunnya yang dua
dan syarat-syaratnya yang lima.

(3) Dikukuhkan dengan cara mempelajari, memahami dan mengenal rukun iman
yang enam perkara.

(4) Difahami melalui syarah dari kedua-dua rukun (rukun Islam dan iman) yang telah
dijelaskan oleh ulama Salaf as-Soleh.

(5) Dan diselamatkan Islam tersebut dengan pengucapan kalimah ikhlas/tauhid (dua
kalimah syahadah serta pengakuan bahawa Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-
sallam adalah hamba Allah dan utusanNya). Kemudian sentiasa difahami dan
selanjutnya dipenuhi tuntutan dan syarat-syarat yang terdapat pada kalimah syahadah ini

11
ISLAM ADALAH AGAMA TAUHID (AKIDAH) & IBADAH

Islam merupakan agama tauhid dan amal (ibadah) sehingga diulang berkali-kali
kalimah yang menyeru agar "Beriman dan beramal soleh" atau kalimah yang
seumpamanya. Islam menuntut kepada setiap penganutnya agar sentiasa mentaati
Allah di samping menjauhkan diri mereka dari segala bentuk maksiat, bid'ah dan
kesyirikan. Firman Allah:

ِ ‫سَي َرى اهللُ َع َملَ ُك ْم َو َر ُس ْولُهُ َوال ُْم ْؤ ِمُن ْو َن َو َسُت َرد ُّْو َن اِلَى َعالِ ِم الْغَْي‬
‫ب‬ َ َ‫َوقُ ِل ا ْع َملُ ْوا ف‬
.‫اد ِة َفُينَبِّئُ ُك ْم بِ َما ُك ْنتُ ْم َت ْع َملُ ْو َن‬ َّ ‫َو‬
َ ‫الش َه‬
"Dan katakanlah! Beramallah kamu, maka Allah dan RasulNya serta
orang-orang mukmin akan melihat amalan kamu itu, dan kamu akan
dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang
nyata, lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan".
.At-Taubah, 9:105
Perlu sentiasa disedari bahawa seorang muslim setelah meninggalkan maksiat,
ia wajib memahami akidah tauhid berserta ilmu-ilmu tentangnya. Seterusnya, akidah
tersebut perlu dijaga, dipelihara, diperkukuh dan disempurnakan dengan beramal
soleh, iaitu dengan melaksanakan semua amal ibadah yang wajib dan yang tatawwu'
(sunnah) dengan ikhlas, penuh ketaatan dan istiqamah yang dengannya akan
menjadikan seseorang itu bertakwa kepada Allah Subhanahu wa-Ta'ala.
Sebagaimana yang telah diketahui bahawa Islam adalah agama yang paling sempurna
sehingga tidak akan diterima apapun agama selainnya. Islam menjadi nikmat bagi
setiap penganutnya kerana sesiapa yang mati dalam keadaan Islam dan bersih
akidahnya (tidak syirik), maka ganjarannya adalah syurga. Ini bererti, amat malang
dan paling rugi sesiapa yang mengambil agama selainnya, kerana jika ia mati dalam
keadaan menganut agama selain agama Islam, maka kematiannya dalam kekafiran dan
akibatnya ia akan di humban ke dalam neraka dengan penyiksaan yang amat pedih.
(Na'uzubillahi min zalik).

Walaupun dalam penjelasan di atas dan dalam penjelasan yang selanjutnya


(insya Allah) akan terus disentuh serba ringkas beberapa perkara yang berkaitan
dengan Islam, namun dalam tulisan ini, penulis akan lebih menumpukan kepada
pembahasan dan penelitian yang terperinci tentang "Iman" serta rukun dan syaratnya.
Tulisan yang membahas serta mengupas tentang iman ini, akan dipenuhi, dipadatkan
dan diperkuat dengan dalil-dalil al-Quran, hadith-hadith sahih, athar para sahabat,
qaul-qaul para tabi'in, tabi'ut at-tabi'in dan fatwa-fatwa para ulama Ahli Sunnah wal-
Jamaah yang muktabar yang berpegang kepada manhaj Salaf as-Soleh. Oleh itu
ikutilah pembahasan dan penjelasan yang selanjutnya kerana penulisan ini akan
diakhiri dengan membincangkan persoalan "Apa Itu Ihsan?"
RUKUN ISLAM

Penetapan bahawa rukun Islam itu lima perkara ialah berdasarkan kepada
hadith sahih yang diriwayatkan dari Abdullah bin 'Umar radiallahu 'anhuma, yang
mana beliau telah berkata: "Telah bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam":

ِ ‫ان مح َّم ًدا رسـو ُل‬ ِ ِ ِ َ ‫ َشـه‬، ‫س‬ ٍ ‫اِ َّن اْ ِال ْسالَ َم بُنِ َي َعلَى َخ ْم‬
، ‫اهلل‬ ْ ُ َ َ ُ َّ ‫ َو‬، ُ‫ادة اَ ْن الَ الَهَ االَّ اهلل‬ َ
.‫ت‬ِ ‫ وح ِّج الْبْي‬، ‫ضا َن‬
َ ََ َ ‫صيَ ِام َر َم‬ َ َّ ‫ َواِ ْيتَ ِاء‬، ‫الصالَ ِة‬
ِ ‫ و‬، ‫الز َك ِاة‬ َّ ‫َواِقَ ِام‬
"Dibina Islam di atas lima perkara, mengaku bahawa tidak ada tuhan yang
diibadahi kecuali Allah dan Muhammad Rasulullah, mendirikan sembahyang,
mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan berpuasa di bulan Ramadan". 6

Penulisan ini akan lebih ditumpukan dalam membincangkan perkara-perkara


yang berkaitan dengan persoalan tauhid atau iman.

6. H/R Bukhari dalam "Al-Iman" (1/8). Dan Muslim dalam "Al-Iman" (1/45).
Perhatian: Dalam hadith ini didahulukan haji dari puasa adalah hadith
yang "muttafak 'alaihi" dan juga terdapat dalam hadith riwayat Bukhari dan
Muslim. Adapun didahulukan haji pada salah satu riwayat Muslim.
APA ITU IMAN?

Iman bersinonim dengan kalimah akidah atau didefinisikan sebagai keimanan


yang tidak mengandungi kontra (tidak ada keraguan, dugaan, waham, ketidaktahuan,
kesalahan atau kelupaan seseorang hamba di hatinya selain iman), kerana iman bererti
pembenaran dan menurut syara pula didefinisikan:

ِ ‫ِح واْالَر َك‬


‫ َويَ ِزيْ ُد‬، ‫ان‬ ِ ‫ وا ْعتِ َقا ٌد بِال‬، ‫ان‬ ِ ‫ نُطْ ٌق بِالْلِّس‬: ‫اَ ِاليْما ُن‬
ْ َ ِ ‫ْج َوار‬
َ ‫ َو َع َم ٌل بَال‬، ‫ْجنَان‬
َ َ َ َ
.‫صيَ ِة‬
ِ ‫اع ِة وي ْن ُقص بِالْم ْع‬
َ ُ َ َ َ َّ‫باط‬
ِ

"Iman itu: Pengucapan dengan lisan, iktikad di hati, beramal dengan


seluruh anggota badan, ia bertambah dengan ketaatan (ibadah) dan
berkurangan dengan kemaksiatan". 7

Atau dimaksudkan juga:

"Iman ialah ilmu tentang hukum-hukum syara dalam bidang akidah yang
diambil dari dalil-dalil yakiniyah (mutlak) dan menolak syubahat serta dalil-
dalil khilafiyah yang cacat".
Antara lain pengertian akidah menurut pemahaman Ahli Sunnah wal-Jamaah
yang bermanhaj Salaf as-Soleh, sama ada menurut pengertian bahasa atau
pengistilahan syara ialah:

(1) Akidah ialah: Ikatan tauhid yang kukuh, teguh dan kuat sehingga memantapkan
keimanan seseorang terhadap Allah Subhanahu wa-Ta'ala, para MalaikatNya,
kitab-kitabNya, para rasulNya, hari akhirat dan keimanan terhadap penentuan
qada' dan qadarNya, sama ada yang baik atau yang buruk semuanya dari Allah
Subhanahu wa-Ta'ala".

(2) Kalimah "Akidah" boleh membari maksud "Iman" kerana akidah dimaksudkan
juga oleh para ulama tauhid sebagai: "Kepercayaan/Pembenaran(‫َّص ِديْ ُق‬ ْ ‫" )اَلت‬.
ِ
Namun, iman tidak boleh diseertikan dengan kalimah tasdik (‫َّصديْ ُق‬
ْ ‫" )اَلت‬Percaya",
kerana tasdik hanya setakat percaya dan seseorang yang percaya tidak semestinya
telah beriman, sebagaimana percayanya Abu Talib terhadap Nabi Muhammad
sallallahu 'alaihi wa-sallam, tetapi beliau tidak beriman dengan kerasulan
baginda.

Adapun batasan iman dan penafsirannya menurut para ulama tauhid ialah:

.‫ان بِ ِه‬
ِ ‫االيْم‬
ِِ ُ ‫ْجا ِز ُم َواْ ِال ْعتِ َر‬
ِ ِ ُ ‫اف الت‬
َ ‫َّام ب َجم ْي ِع َما اََم َر اهللُ َو َر ُس ْولُهُ ب‬
ِ ‫اَلت‬
َ ‫َّصديْ ُق ال‬
ْ
7. Lihat: ‫ القول المفيد فى ادلة التوحيد‬hlm. 26. Muhammad bin Abdul Wahab bin
'Ali al-Yamani al-Wasabi al-'Abdali. Maktabah ad-Diyak.
"Kepercayaan yang teguh/mantap (positif) dan pengiktirafan yang sempurna
pada segala apa yang telah diperintahkan oleh Allah dan RasulNya sehingga
ditaati dengan sepenuh keyakinan pada setiap apa yang telah disyariatkan". 8

Oleh yang demikian dapatlah difahami bahawa asas dan pokok segala akidah dan
keimanan ialah beriman kepada tauhid, sama ada tauhid uluhiyah, rububiyah atau
tauhid asma, sifat dan zat. Itulah sebabnya martabat dan keimanan seseorang itu
dianggap paling tinggi dan mulia apabila mengimani "Tauhid" kepada Allah dan
mengetahui (berilmu) akan makna, maksud dan syarat-syarat kalimah tauhid, iaitu
kalimah (‫)الَ اِلَهَ اِالَّ اهلل‬.

Adapun antara maksud dan tujuan memahami akidah tauhid ialah:

"Supaya dapat membenarkan (meyakini) dengan hati yang suci murni dan
dengan penuh kepastian tentang wujudnya Dzat Allah Yang Esa (Tunggal),
nama-namaNya dan sifat-sifatNya yang sempurna dan tiada sesuatu pun yang
semisal, setara atau sekufu denganNya. Dialah Ilah (Tuhan) yang berhak
diibadahi yang tiada ilah yang berhak disembah dan diibadahi selain Dia".
Akidah tauhid juga dapat diertikan:

"Mengaku dengan sebenar-benar pengakuan dan keyakinan bahawa Dialah


Tuhan Yang Al-Awalu wal-Akhiru (‫()اَالَ َّو ُل َواْالَ ِخ ُر‬Yang Awal dan Yang Akhir),
Dialah Zahir, Dialah di atas segala-galanya sehingga tidak ada sesuatu pun
yang berada di atasNya dan Dialah juga Batin sehingga tidak ada lagi yang di
bawahNya".

Seseorang yang berakidah tauhid meyakini bahawa hanya Allah menghidupkan


(Qayyum), Maha Esa dan Dialah tempat berlindung segala makhluk di langit dan di
bumi sebagaimana firmanNya:

.‫ َولَ ْم يَ ُك ْن لَهُ ُك ُف ًوا اَ َح ٌد‬. ‫ لَ ْم يَـلِ ْد َولَ ْم ُي ْولَ ْد‬. ‫الص َـم ُد‬
َّ ُ‫ اَهلل‬. ‫قُ ْل ُه َو اهللُ اَ َح ٌد‬
"Katakanlah! Dialah Allah Yang Maha Esa (Tunggal). Allah adalah Tuhan
yang bergantung kepadaNya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula
diperanakkan, dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia".
.Al-Ikhlas, 1-4
Menurut ulama Ahli Sunnah wa-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh,
bahawa natijah dari mentaati perintah Allah yang memerintahkan agar mempelajari
dan memahami kalimah (‫ )الاله اال اهلل‬melalui ilmu yang bersumber dari al-Quran dan
8. Lihat: ‫ المجموعة الكاملة لمؤلفات الشيخ عبدالرحمن بن ناصرالسعدي‬Hlm. 89.

15
sunnah, maka ia membawa seseorang itu mengenali nikmat tauhid, kerana dengan
pengetahuan tersebut ia dapat menyelamatkan akidahnya dari kesesatan bid'ah,
kesyirikan atau penyelewengan.

Antara seruan Allah Subhanahu wa-Ta'ala yang memerintahkan agar difahami


dan dipelajari kalimah tauhid ini terdapat di dalam firmanNya:

ِ ِ
َ ِ‫اسَت ْغ ِف ْر لِ َذنْب‬
.‫ك‬ ْ ‫فَا ْعلَ ْم اَنَّهُ الَ الَهَ االَّ اهللُ َو‬
"Maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan (Yang berhak
diibadahi) melainkan Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu".
.Muhammad, 47:19
Ayat di atas ini menyuruh agar seseorang itu meminta keampunan di atas
keterlanjuran dosa yang dilakukan, namun sebelum meminta ampun, diperintahkan
agar bertauhid terlebih dahulu kerana dosa kesyirikan akan menghalang dari
keampunan Allah sebelum dibersihkan dengan tauhid.

Oleh itu, beriman kemudian berilmu tentang akidah tauhid yang diimani adalah
asas bagi segala-galanya, dan dengan termeterinya keimanan yang didasari ilmu di
hati seseorang, ia akan memperolehi keimaman yang mantap dan akidah yang murni.
Malah keimanan yang berasaskan ilmu akan menjadikan seseorang itu beribadah
kepada Allah Subhanahu wa-Ta'ala dengan sempurna, penuh keikhlasan dan terhindar
dari pembabitan bid'ah, sama ada ibadahnya yang berupa pengucapan dengan lisan (
ِ ‫) َقو ٌل بِاللِّس‬, amalan luaran (‫ ) َعمل الْجوارِح واالركان‬atau amalan (kerja) hati (‫ْب‬
‫ان‬ ِ ‫) َع َم ُل الْ َقل‬
َ ْ ََ ُ َ
sebagaimana yang dijelaskan oleh Ibn Hibban:

"Sesungguhnya cabang-cabang iman itu setelah diperinci ia meliputi amal


ِ ‫) َقو ٌل بِاللِّس‬, amal badan/luaran (‫ِح‬
lisan (‫ان‬ ِ ‫ْج َوار‬ ِ ‫") َع َم ُل الْ َقل‬. Ini
َ ْ َ ‫ ) َع َم ُل ال‬dan amal hati (‫ْب‬
dapat diperjelaskan lagi bahawa:

1- ِ ‫) َقو ٌل بِاللِّس‬
Qaul ‫" َق ْو ٌل‬Ucapan/perkataan/pengakuan". Iaitu dengan cara ( ‫ان‬ َ ْ
"Ucapan (Perkataan, Pengakuan pengikraran) yang lahir dari lisan yang
terbit (untuk menggambarkan) apa yang terdapat di hati tentang apa yang
dipercayai sehingga diikrarkan dengan perkataan". 9

ِ ‫ ) َقو ٌل بِاللِس‬disebut juga oleh ahli ilmu: "Amal Lisan" (‫ان‬


Qaul bil-Lisan (‫ان‬ ِ ‫) َعمل الْلِس‬.
َ ْ ً َُ
Penjelasan ini berdasarkan firman Allah:

9. Lihat: ‫ اعتقاد األئمة األربعة ابى حنيفة ومالك والشافعى واحمد‬hlm. 54. Muhammad
bin Abdulrahman al-Khumyis.

16
ِ ِ‫ُقولُوا آمنَّا ب‬
.‫اهلل‬ َ ْ ْ
"Katakanlah/ucapkanlah (dengan lisan kamu bahawa) kami beriman
dengan Allah".
.Al-Baqarah, 2:136
Contoh amal lisan ialah: Mengucapkan dua kalimah syahadah (kalimah
tauhid), membaca al-Quran, belajar atau mengajarkan ilmu, beristighfar dan
sebagainya.

2- Amal (‫" ) َع َم ٌل‬Perbuatan". Iaitu dengan cara amal al-jawarih (‫ْج َو َار ِح‬
َ ‫) َع َم ُل ال‬
"Amalan anggota tubuh badan seperti mengerjakan segala perintah Allah dan
meninggalkan segala tegahanNya". 10

Sesiapa yang terkeluar atau menyeleweng dari dasar amal yang berkaitan dengan
keimanan (akidah) maka dia telah berdosa malah ia telah melakukan kesyirikan
kepada Allah. Dan sesiapa yang sengaja menambah amal yang berkaitan dengan
iman apa yang bukan dari urusan keimanan maka dia telah melakukan bid'ah
dalam akidah (sehingga menyebabkan juga berlakunya kesyirikan lantaran
11

amalannya yang bid'ah. pent.).

Contoh amal badan (‫ِح‬ُ ‫ْج َوار‬


َ ‫ )اَل‬ialah: Sembahyang, puasa, zakat, haji, beriktikaf,
bersuci, berjihad dan yang lain-lainnya.

3- Iktikad (‫ )اِ ْعتِ َقا ٌد‬di hati bererti: "Kepercayaan/keyakinan yang tersemat di dalam
hati". Iktikad di hati dikenali juga oleh ahli ilmu sebagai qaul al-qalb (‫ْب‬ ِ ‫) َق ْو ُل الْ َقل‬
"Ucapan/bisikan hati" iaitu:

"Berpunca dari iktikad di hati sehingga membuktikan atau mengwujudkan


(Bisikan/Pengikraran) amalan hati yang mana tanda pembenarannya ialah
dengan tunduk, menyerah (patuh) , ikhlas, taat, penuh rasa cinta (kepada Allah)
12

dan menggemari amal soleh". 13

Amal hati terdiri dari iktikad (keimanan/kepercayaan) dan niat. Contoh amalan
hati ialah beriman dengan tauhid rububiyah, tauhid uluhiyah serta tauhid asma
10. Lihat: ‫ مجمل اصول اهل السنة والجماعة فى العقيدة‬Hlm. 19. Dr. Nasruddin.
11 Ibid.
12. Lihat: ‫اعتقاد االئمة االربعة ابي حنيفة ومالك والشافعي واحمد‬. Mohd.
Abdulrahman al-Khumyis.
13. Lihat: ‫السنة والجماعة فى العقيدة‬ ‫ مجمل اصول اهل‬hlm. 19, Dr. Nasruddin bin
Abdul Karim al-'Akal.

17
(nama-nama), sifat-sifat dan zat Allah. Setrusnya mengimani para malaikat, kitab,
para rasul, para nabi, hari kiamat serta qada' dan qadar (penentuan) yang semuanya
dari Allah Subhanahu wa-Ta'ala.
Semua keterangan dan hujjah-hujjah di atas dapat difahami, diperjelas dan
dikuatkan lagi melalui qaul Imam Syafie rahimahullah yang dikeluarkan oleh Ibn
Abdulbar dari Ar-Rabii':

‫ اَالَ َت َرى َق ْو َل اهلل‬، ‫ْب‬ ِ ‫ اَ ِاليْ َما ُن َق ْو ٌل َو َع َم ٌل َوا ْعتِ َقا ٌد بِالْ َقل‬: ‫الشافِ ِع َّي َي ُق ْو ُل‬
َّ ‫ت‬ُ ‫َس ِم ْع‬
‫الصالَة‬
َّ ‫س َّمى‬ ِ ‫ت ال َْم ْق ِد‬ِ ‫صالَتَ ُكم اِلَى بْي‬ ِ ِ ِ ِ
َ َ‫ ف‬، ‫س‬ َ ْ َ ‫{وما َكا َن اهللُ ليُض ْي َع ايْ َمانَ ُك ْم} َي ْعني‬ َ ‫َت َعالَى‬
.‫اِيْ َمانًا َو ِه َى َق ْو ٌل َو َع َم ٌل َو َعق ٌد‬
"Aku mendengar Syafie berkata: Iman itu perkataan (ucapan/pengakuan),
amal dan iktikad di hati, tidakkah engkau ketahui firman Allah Ta'ala (Dan
Allah tidak akan menyia-nyiakan imanmu) iaitu sembahyang kamu semasa
menghadap Baitul Makadis. Maka dinamakan sembahyang sebagai iman
lantaran ia merupakan ucapan, amal dan iktikad". 14

Dengan berpandukan penjelasan Imam Syafie rahimahullah ini, maka perlulah


seseorang itu sentiasa memelihara setiap perkataan, amal dan iktikadnya terutama
yang berkaitan dengan tauhid dan sembahyang, supaya ia tidak menyeleweng dari
dasar keimanan yang sempurna, terhindar dari melakukan dosa-dosa besar serta
terselamat dari segala bentuk kekufuran, kesesatan atau kesyirikan. Kerana al-Quran
juga telah menggambarkan mereka yang meninggalkan salah satu dari tiga perkara
tersebut:
ِ ‫َكبر م ْقتًا ِعْن َد‬
.‫اهلل اَ ْن َت ُق ْولُْوا َماالَ َت ْف َعلُ ْو َن‬ َ َُ
"Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa
yang tidak kamu kerjakan".
.Ash-Shaff, 61:3

14. Lihat: ‫ االنتفاء فى فضائل الثالثة الفقهاء‬hlm. 81. Ibn Abdilbarr. Darul Kutub.
Bairut.

18
19
MUKMIN SEJATI

Perlu disedari bahawa belum memadai jika sekiranya seseorang itu setakat
mengaku dirinya sebagai seorang mukmin jika hanya sekadar mempercayai
(berdasarkan kepercayaan) semata. Seseorang itu juga tidaklah dinamakan beriman
jika tidak dibuktikan keimanannya atau akidah tauhidnya dengan amal-amal yang
soleh. Kerana Abu Talib juga percaya dengan kenabian dan kerasulan Nabi
Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam, tetapi dia tidak dianggap sebagai seorang
mukmin lantaran tidak pernah membuktikan keimanannya sama ada dengan
pengucapan kalimah tauhid atau mengamalkan amal ibadah yang telah diwajibkan
oleh syara kepada setiap mukmin yang mukallaf

Oleh itu, sesiapa sahaja yang hanya percaya dengan segala apa yang dibawa
oleh Nabi Muhammad sallahu 'alaihi wa-sallam, mengakui bahawa baginda adalah
semulia-mulia Nabi dan Rasul, meyakini bahawa agama yang dibawanya adalah
sebaik-baik agama, namun jika ia enggan beramal dengan apa yang telah diwajibkan
dan tidak meninggalkan apa yang telah diharamkan, maka ia tetap dianggap tidak
beriman kerana keingkarannya beramal secara lahir walaupun mempunyai
kepercayaan di batinnya. Serangkap kata-kata Arab telah menjelaskan keadaan
15

orang-orang seperti ini:

ِ ‫اهر ِع ْنوا ُن الْب‬


ِ
.‫اطن‬َ َ ُ َّ‫اَلظ‬
"Yang lahir itu adalah tanda/alamat (sebenar untuk) menunjukkan yang
di batin".

Dari keterangan ini dapat difahami bahawa jika sekiranya seseorang itu tidak
redha, belum mengikrarkan (membuktikan) hakikat keimanannya, enggan
mengamalkan apa pun suruhan dan tuntutan agama sebagaimana yang telah ditetapkan
oleh syara dan tidak mahu berilmu tentangnya, maka ia tidak dianggap sebagai insan
yang beriman.

Dianggap tidak beriman sesiapa yang tidak menyakini wajibnya menunaikan


setiap tuntutan yang telah diwajibkan oleh syara. Begitu juga tidak beriman sesiapa
yang mengingkari kewajipan yang telah diwajipkan oleh syara kepada setiap orang
yang beriman.

Antara penjelasan dari ulama Salaf as-Soleh tentang tuntutan pembuktian iman
sama ada dengan pengucapan atau amalan ialah:

"Pembuktian iman melalui amal perbuatan itu adalah wajib kerana ia


termasuk dalam bab kesempurnaan iman, maka sesiapa yang mengingkarinya
dia adalah Murjii. Manakala sesiapa yang memasukkan ke dalam bab iman

15. ‫ نبذة فى العقيدة‬hlm. 5, Muhammad Soleh al-'Uthaimin.


sesuatu amal yang bukan daripadanya maka dia adalah seorang yang mubtadi'
atau pencinta bid'ah".

Dalam menjelaskan tentang akidah, Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj


Salaf as-Soleh, memaksudkan antara pengertian akidah sebagai keimanan serta
keikhlasan yang tersemat dan terpelihara di hati. Iman, akidah dan keikhlasan
merupakan himpunan segala perkara dan sebagai sendinya dalam meyakini agama.
Iman tidak didahului oleh yang lainnya dalam manhaj agama dan tidak ada yang dapat
menempati kedudukannya dalam perilaku beragama. Iman penyempurna baiknya
hati, menjadi syarat utama untuk diterima segala amal kebaikan atau amal ibadah yang
dilakukan oleh seseorang insan dan iman menjadi asas utama untuk menjadi insan
yang bertakwa. Firman Allah:

َ ِ‫ص َد َق بِ ِه اُ ْولَئ‬
.‫ك ُه ُم ال ُْمَّت ُق ْو َن‬ َ ‫الص ْد ِق َو‬
ِّ ِ‫آء ب‬ ِ َّ
َ ‫َوالذ ْي َج‬
"Dan orang yang membawa kebenaran (Muhammad) dan yang
mempercayai(nya), mereka itulah orang-orang yang bertakwa".
.Az-Zumar, 39:33
Di dalam kitab sahih Bukhari, telah dikhususkan satu bab bertajuk:
"Sesungguhnya Iman itu ialah amal". Seterusnya dibawakannya sebuah hadith:
16

: ‫ال‬ ُّ َ‫صلَّى اهللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم ُسئِ َل ا‬


َ ْ‫ي ال َْع َم ِل اَف‬
َ ‫ض ُل ؟ َف َق‬ ِ
َ ‫َع ْن اَبِي ُه َر ْي َرةَ اَ َّن َر ُس ْو َل اهلل‬
ِ ِ‫اِيْما ٌن ب‬
.‫اهلل َو َر ُس ْولِ ِه‬ َ
"Dari Abi Hurairah sesungguhnya Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam
telah ditanya, apakah amal yang terbaik? Maka baginda menjawab: Beriman
kepada Allah dan RasulNya". 17

Sabda Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam sebagaimana di dalam hadith ini
bahawa amal yang terbaik ialah "Beriman kepada Allah". Ini merupakan jawapan yang
menjelaskan kepada amal yang paling afdal (terbaik) yang menunjukkan bahawa iktikad
(iman) dan pengucapannya termasuk dalam jumlah amal, seterusnya diiringkan dengan 18

amal-amal fizikal kerana ia adalah penyempurnaan iman yang tersemat di hati. 19

16. Lihat: ‫ بشرح صحيح البخارى‬، ‫ فتح الباري‬Jld. 1. Hlm. 60. Dar al-Ihya at-Turath
al-Arabi. Lebnon.
17. Ibid.
18. Ibid.
19. Ibid.

21
IMAN BERTAMBAH
DAN BERKURANG

Para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang berjalan di atas manhaj Salaf as-
Soleh, mereka sekalian tidak berselisih pendapat bahawa iman itu bertambah (kuat
iman) melalui ketaataan dan berkurang (lemah iman) akibat melakukan kemaksiatan. 20

Imam Al-Bukhari rahimahullah di dalam kitab sahihnya menjelaskan bahawa:

"Iman itu adalah merupakan ucapan dan perbuatan. Ia bertambah dan


berkurang".

Hal keadaan iman yang boleh bertambah (kuat iman) dan berkurangan (lemah
iman) telah dijelaskan di beberapa dalil dari firman Allah Subhanahu wa-Ta'ala dan
hadith-hadith sahih. Antara dalil-dalil tersebut ialah:

.‫اد ْوا اِيْ َمنًا َّم َع اِيْ َمانِ ِه ْم‬ ِ


ُ ‫ب ال ُْم ْؤمنِْي َن لَِي ْز َد‬
ِ ‫الس ِك ْينَةَ ِفى ُقلُ ْو‬
َّ ‫ُه َو الَّ ِذ ْي اَْن َز َل‬
"Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang
mukmin supaya keimanan mereka bertambah disamping keimanan mereka
(yang telah ada)".
.Al-Fath, 48:4
ِ ِ ِِ ْ َ‫َواِ َذا َمآ اُنْ ِزل‬
َ ‫ادتْهُ َهذه ايْ َمانًا فَاََّما الَّذيْ َن‬
‫آمُن ْوا‬ َ ‫ت ُس ْـو َرةٌ فَ ِم ْن ُه ْم َّم ْن َّي ُق ْو ُل اَيُّ ُك ْم َز‬
‫سـا اِلَى‬
ً ‫اد ْت ُه ْم ِر ْج‬
َ ‫ض َف َز‬
ِ
ٌ ‫ َواََّما الَّ ِذيْ َن فِى ُقلُ ْوبِ ِه ْم َّم َر‬. ‫اد ْت ُه ْم ايْ َمانًا َّو ُه ْم يَ ْسـتَْب ِش ُـر ْو َن‬
َ ‫َف َز‬
. ‫ِر ْج ِس ِه ْم َو َما ُت ْوا َو ُه ْم َكافِ ُر ْو َن‬
"Dan apabila diturunkan suatu surat maka di antara mereka (orang-orang
munafik) ada yang berkata: Siapakah di antara kamu yang bertambah
imannya dengan (turunnya) surat ini? Adapun orang-orang yang beriman
maka surat ini menambah imannya, sedang mereka merasa gembira. Adapun
orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit, maka dengan surat itu
bertambah kekafirannya (yang telah ada) dan mereka mati dalam keadan
kafir".
.At-Taubah, 9:124-125

ِ ِ
ُ َ‫ا َّن ُه ْم فْتيَةٌ َء َامُن ْوا بَِربِّ ِه ْم َو ِز ْدن‬
.‫اه ْم ُه ًدى‬

20. Lihat: ‫ المجموعة الكاملة لمؤلفات الشيخ عبدالرحمن بن ناصر السعدي‬Hlm. 89.

22
"Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada
Tuhan mereka dan Kami tambah kepada mereka petunjuk (Allah tambah
keimanan mereka)".
.Al-Kahfi, 18:13

.‫اه ْم‬
ُ ‫اه ْم َت ْق َو‬ َ ‫َوالَّ ِذيْ َن ْاهتَ َد ْوا َز‬
ُ َ‫اد ُه ْم ُه ًدى َو َءات‬
"Dan orang-orang yang mendapat petunjuk, Allah menambah petunjuk
(iman) mereka dan memberikan kepada mereka (balasan) ketakwaannya".
.Muhammad, 47:17

.‫اد ُه ْم اِيْ َمانًا‬


ُ ‫ش ْو ُه ْم َف َز‬
َ ‫فَا ْخ‬
"Oleh kerana itu takutlah kepada mereka maka perkataan itu menambah
keimanan mereka".
.Ali Imran, 3:173

.‫َويَ ِزيْ ُد اهللُ الَّ ِذيْ َن ْاهتَ َد ْوا ُه ًدى‬


"Dan akan menambah petunjuk (keimanan) kepada mereka yang telah
mendapat petunjuk".
.Maryam, 19:76

ِ
ُ‫ص َد َق اهللُ َو َر ُس ْولُه‬
َ ‫اب قَالُْوا َه َذا َما َو َعـ َدنَا اهللُ َو َر ُس ْولُهُ َو‬
َ ‫َولَ َّما َر َءا ال ُْم ْؤمُن ْو َن اْالَ ْح َـز‬
.‫اد ُه ْم اِالَّ اِيْ َمانًا َوتَ ْسلِ ْي ًما‬
َ ‫َو َما َز‬
"Dan ketika orang-orang mukmin melihat golongan-golongan yang
bersekutu itu, mereka berkata: Inilah yang dijanjikan Allah dan RasulNya
kepada kita. Dan benarlah Allah dan RasulNya. Dan yang demikian itu
tidaklah menambah kepada mereka kecuali iman dan kedudukan".
.Al-Ahzab, 33:22
Terdapat hadith-hadith sahih yang menerangkan tentang bolehnya bertambah atau
berkurangnya iman seseorang hamba kepada Allah Azza wa-Jalla:

23
‫ اَ ِاليْ َما ُن‬: ‫صلَّى اهللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم‬ ِ
َ ‫ال َر ُس ْو ُل اهلل‬ َ َ‫ ق‬: ‫ال‬ ِ ‫َعن اَبِي ُهر ْير َة ر‬
َ َ‫ض َي اهللُ َعْنهُ ق‬ َ َ َ ْ ْ
‫اها اِ َماطَةُ اْالَذَى َع ِن الطَّ ِريْ ِق‬ ِ ِ
َ َ‫ضلُ َها َق ْو ُل الَالَهَ االَّ اهللُ َواَ ْدن‬ ْ ِ‫ب‬
َ ْ‫ فَاف‬، ‫ض ٌع َو َس ْب ُع ْو َن ُش ْـعبَة‬
ِ ِ
ِ ‫االيْم‬
.‫ان‬ َ ‫ْحيَاءُ ُش ْعبَةٌ م َن‬ َ ‫َوال‬
"Dari Abi Hurairah radiallahu 'anhu berkata: Bersabda Rasulullah
sallallahu 'alaihi wa-sallam: Iman itu beberapa tingkatan dan sehingga tujuh
puluh tingkatan, yang paling mulia ucapan (‫)ال اله اال اهلل‬. "Tidak ada tuhan yang
diibadahi dengan hak kecuali Allah" dan yang serendah-rendahnya ialah
membuang sesuatu yang membahayakan dari jalanan, dan malu itu sebahagian
dari iman". 21

‫صلَّى اهللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم‬ ِ


َ ‫ت َر ُس ْو َل اهلل‬ُ ‫ َس ِـم ْع‬: ‫ال‬َ َ‫ض َي اهللُ َع ْنهُ ق‬ ِ‫ير‬ ِِ ِ
َ ِّ ‫َع ْن اَب ْي َسـعيد الْ ُخ ْد ِر‬
‫ فَِا ْن لَ ْم يَ ْستِ ِط ْع‬، ‫سانِِه‬ ِِ ِ ِ ِِ ِ ِ
َ ‫ فَا ْن لَ ْم يَ ْستَط ْع فَبل‬، ‫ َم ْن َراَى م ْن ُك ْم ُم ْن َك ًرا َفلُْيغَِّي ْرهُ بيَده‬: ‫َي ُق ْو ُل‬
ِ ‫ف اْ ِاليْم‬
.‫ان‬ َ ُ ‫ض َع‬ َ ِ‫فَبِ َق ْلبِ ِه َو َذل‬
ْ َ‫ك ا‬
"Dari Sa'ied al-Khudri radiallahu 'anhu berkata: Telah bersabda
Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam: Sesiapa yang melihat kemungkaran
maka ubahlah dengan tangannya, maka jika sekiranya tidak berdaya, maka
(ubahlah) dengan lidahnya dan jika tidak berdaya, maka ubahlah dengan
hatinya, yang demikian itu adalah selemah-lemah iman". 22

Menurut fatwa Imam Syafie rahimahullah yang dikeluarkan oleh Al-Baihaqi


dari Ar-Rabii' bin Sulaiman, beliau telah menegaskan bahawa iman itu perkataan dan
perbuatan, berkurang (lemah) dan bertambah (kuat iman). Sebagaimana penjelasan
beliau:

ِ ِ ِ َّ ‫ت‬
ُ ‫َس ِم ْع‬
ُ ‫ اَاليْ َما ُن َق ْو ٌل َو َع َم ٌل يَ ِزيْ ُد َو َي ْن ُق‬: ‫الشافعي َي ُق ْو ُل‬
.‫ص‬
"Aku telah mendengar Syafie berkata: Iman itu perkataan
(ucapan/pengakuan), beramal (amalan) dan iman itu bertambah dan
berkurang". 23

Abu Abdullah Sufyan bin Sa'ed Ath-Thauri radiallahu 'anhu menjelaskan


tentang iman:
21. H/R Bukhari dalam "Al-Iman". (1/8). Muslim. Al-Iman, bab 12. (1/63).
22. H/R Muslim dalam "Al-Iman". bab 20. (1/69). Dan lihat: hlm. 83.
23. Lihat: ‫ تحقيق احمد صقر‬، ‫مناقب الشافعى للبيهقى‬. hlm. 387. jld. 1.

24
، ٌ‫ اَ ِاليْ َما ُن َق ْو ٌل َو َع َم ٌل َونِيَّة‬: ُ‫ض َي اهللُ َعْنه‬ ِ‫ير‬ ِِ ِ ِ ِ ِ
َ ِّ ‫َع ْن اَب ْي َعْبد اهلل ُس ْفيَان بْ ِن َسع ْيد الث َّْو ِر‬
.‫صيَّ ِة‬
ِ ‫اع ِة وي ْن ُقص بالْم ْع‬
َ َ ُ َ َ َ َّ‫ يَ ِزيْ ُد بَالط‬، ‫ص‬ ُ ‫يَ ِزيْ ُد َو َي ْن ُق‬
"Dari Abi Abdullah Sufyan bin Sa'ed Ath-Thauri: Iman itu berupa
perkataan (ucapan), amalan dan niat, bertambah dan berkurangan. Ia
bertambah dengan ketaatan dan berkurangan disebabkan maksiat". 24

Dikeluarkan oleh Al-Baihaqi dari Abi Muhammad Az-Zabiri berkata:

"Berkata seorang lelaki kepada Syafie: Apakah amal yang afdal di sisi
Allah? Berkata Syafie: Apa saja amal yang tidak akan diterima kecuali
dengannya. Lelaki itu bertanya: Apakah itu? Beliau berkata: Iman kepada
Allah yang tidak ada Tuhan kecuali Dia. Dengannya segala amal diangkat
darjatnya, dimuliakan kedudukannya. Berkata lelaki itu lagi: Tidakkah
engkau mahu mengkhabarkan kepadaku tentang iman, apakah ia perkataan
dan amal atau perkataan tanpa amal? Syafie berkata: Iman ialah beramal
kerana Allah dan ucapan setelah melaksanakan amal tersebut. Berkata lelaki
itu: Sifatkan kepadaku itu semua sehingga aku faham. Berkata Syafie:
Sesungguhnya Iman itu berada dibeberapa darajat dan tingkatan, antaranya
ada yang benar-benar sempurna dan ada yang berkurangan sehingga jelas
kekurangannya. Berkata lelaki tersebut: Iman (ada kalanya Pent. ) tidak
sempurna, berkurangan dan bertambah? Berkata Imam syafie: Ya betul" . 25

24. Lihat: ‫ شرح اصول اعتقاد اهل السنة والجماعة‬Jld. 1. Hlm. 170. Al-Lalakaii
.
25. Lihat: ‫ اعتقاد األئمة األربعة ابي حنيفة ومالك والشافعى واحمد‬hlm. 52. Muhammad
Abdulrahman al-Khyumis.

25
KESEMPURNAAN IMAN
ADALAH KESEMPURNAAN AGAMA

Keimanan atau akidah tidak boleh dipisahkan dengan persoalan agama.


Akidah adalah asas agama, ia berhubung kait secara langsung dengan semua tuntutan
agama, malah akidah meliputi apa sahaja yang dinamakan agama secara
keseluruhannya. Tidak boleh dianggap beragama bagi sesiapa yang tidak beriman,
begitu juga tidak boleh dianggap beragama bagi sesiapa yang ingkar untuk
melaksanakan segala amal yang dituntut oleh keimanannya. Keterangan ini telah
dijelaskan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam melalui sabda baginda dari
riwayat Wafdi Abdul Qais:

ُ‫ اَهللُ َو َر ُسـ ْـولُه‬: ‫اهلل َو ْحـ َدهُ ؟ قَالُْوا‬ِ ِ‫ اَتَ ْدرو َن مااْ ِاليْما ُن ب‬: ‫ال‬
َ َ‫اهلل َو ْح َدهُ ق‬ِ ِ‫ان ب‬ ِ ‫آمر ُكم بِاْ ِاليْم‬
َ َ ُْ َ ْ ُُ
‫ادةُ اَ ْن‬
َ ‫ َش َـه‬: ‫ال‬ َ َ‫ ق‬. ‫اَ ْعلَ ُم‬
‫الز َك ِاة َواَ ْن ُت َؤد ُّْوا ِم َن ال َْم ْغنَ ِم‬
َّ ُ‫الصالَ ِة ِو ْايتَاء‬ ِ ِ ِ ِ
ُ َ‫الَالَهَ االَّ اهللُ َواَ َّن ُم َح َّم ًدا َر ُس ْـو ُل اهلل َواق‬
َّ ‫ام‬
.‫س‬ ِ ‫الْ ُخ ُم‬

"Aku perintahkan kamu hanya beriman kepada Allah sahaja. Rasulullah


seterusnya bersabda: Tahukah kamu apa makna beriman kepada Allah yang
satu? Mereka menjawab: Allah dan RasulNya yang lebih tahu. Baginda
bersabda lagi: Syahadatu an laa ilaaha illallah, wa anna Muhammadan
rasulullah, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan menunaikan
seperlima harta ghanimah".

Seseorang yang mengakui beriman kepada agama Allah (Islam) tidak boleh
mempunyai dua keimanan (akidah), kepercayaan atau ideologi yang lain di hatinya,
sesiapa yang berbuat demikian telah melakukan kesyirikan terhadap Allah. Allah
berfirman:

.‫َما َج َع َل اهللُ لَِر ُج ٍل ِّم ْن َقلَْبْي ِن ِفى َج ْوفِ ِه‬

"Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seorang (insan) dua buah hati
dalam rongganya (tubuhnya)".
.Al-Ahzab, 33:4
Dari semua hujah-hujah di atas jelas menunjukkan bahawa iman itu boleh
bertambah dan boleh berkurangan. Bertambahnya iman melalui ketaatan (amal soleh)
dan juga dengan bertambahnya ilmu. Berkurangnya pula akibat banyaknya
melakukan kemaksiatan dan kejahilan.
Iman juga terangkum dalam makna amal soleh terutamanya sembahyang,
kerana dalam mengamalkan sembahyang terkumpul amalan hati, pengucapan dan
pengikraran di lisan serta pembuktian melalui anggota badan (‫)عمل الجوارح‬.

27
SYARAT-SYARAT KALIMAH
LAA ILAAHA ILLALLAH
)ُ‫(الَاِلَهَ اِالَّ اهلل‬

Sudah diketahui secara ittifak (dipersetujui) oleh para ulama Ahli Sunnah wal-
Jamaah yang berpandukan manhaj Salaf as-Soleh, bahawa melafazkan dua kalimah
syahadah adalah wajib kecuali ke atas orang yang tidak boleh bertutur kata (bisu). 26

Sempurnanya keIslaman seorang muslim sehingga menjadi seorang mukmin yang


benar-benar beriman dan sempurna imannya, hanya setelah melafazkan dua kalimah
syahadah, kemudian mengetahui dan faham akan makna dan maksud pengucapan dan
pengakuannya. Benarnya kenyataan ini berdasarkan kepada sabda Nabi Muhammad
sallallahu 'alaihi wa-sallam:

ِ ‫ت اَ ْن اُقَاتِل النَّاس حتَّىي ُقولُوا الَاِلَهَ اِالَّاهلل واَنِّي رسو ُل‬


.‫اهلل‬ ُ ‫اُِم ْر‬
ُْ َ ْ َ ُ ْ ْ َ َ َ َ
"Aku telah diperintahkan supaya memerangi manusia sehinggalah mereka
mengucapkan: Tiada tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya aku adalah
Rasulullah". 27

ِ ‫ال الَ اِلَهَ اِالَّ اهلل و َكـ َفر بِما ي ْعب ُد ِمن ُدو ِن‬
.ُ‫اهلل َح ُـر َم َمالُهُ َو َد ُمه‬ َ َ‫َم ْن ق‬
ْ ْ َُ َ َ َُ
"Sesiapa yang mengucapkan: ُ‫" الَاِلَهَ اِالَّ اهلل‬Tiada tuhan yang
diibadahi/disembah melainkan Allah" dan mengkufuri sembahan selain Allah,
maka harta dan kehormatannya terpelihara". 28

Begitu juga, para ulama akidah yang berpegang kepada manhaj Salaf as-Soleh
bersepakat bahawa setakat mengucapkan dua kalimah syahadah (kalimah tauhid)
sahaja belum memadai, sebaliknya mestilah juga mengetahui segala rukun, syarat
serta tuntutannya yang wajib difahami dan dilaksanakan setelah mengikrarkan dan
mengetahuinya.

Seterusnya tuntutan ini perlu dilaksanakan agar kalimah tersebut memberikan


manfaat kepada seseorang yang benar-benar telah percaya, beriman, berilmu dan
mengikrarkannya, kerana tidak ada manfaat bagi si pengucapnya kecuali setelah
terkumpul baginya rukun dan syarat-syaratnya. Adapun rukun-rukun kalimah tauhid
29

yang wajib diketahui oleh seseorang yang mukallaf sebagaimana yang dituntut oleh
syara ialah:
Syarat Pertama:

26. Lihat: ‫منهج اهل السنة والجماعة ومنهج االشاعرة فى توحيد اهلل تعالى‬. Khalid bin
Abdullatif bin Muhammad Nor, jld. 1. Hlm. 78.
27. H/R Bukhari, Kitabul Iman - Bab 17. ‫ ا‬...‫واقاموا الصالة‬ ‫فان تابوا‬
28. H/R Muslim.
29. Lihat: ‫الواسطية‬ ‫ الكواشف الجلية عن معاني‬hlm. 21. Abdul Aziz al-Muhammad
as-Sulaiman. Cetakan keempat. Rabitah al-Alam Islami.
ILMU

Ilmu menurut Bahasa Arab ialah: "Pengetahuan secara pasti terhadap


sesuatu sesuai dengan hakikatnya". Keadaan ilmu (pengetahuan) seseorang manusia
ada beberapa peringkat:

Pertama: Seseorang yang berilmu pengetahuan secara pasti terhadap sesuatu


sesuai dengan hakikatnya.

Kedua: Seseorang yang dianggap jahil tetapi jahil yang basit (al-Jahlul Basit),
iaitu tidak diketahuinya sesuatu secara keseluruhan.

Ketiga: Seseorang yang dianggap jahil murakkab (Al-Jahlul Murakkab) iaitu


berpengetahuan terhadap sesuatu perkara yang berlawanan dengan hakikat
sebenarnya dari sesuatu itu.

Keempat: Seseorang yang waham (tidak pasti), iaitu pengetahuannya terhadap


sesuatu yang dimungkinkan berlawanan dengan hakikat.

Kelima: Seseorang yang merasa syak, iaitu pengetahuannya terhadap sesuatu


hanya didasari syak-syak yang berkemungkinan berlawanan dengan yang hak.

Keenam: Seseorang yang zan (berperasangka) terhadap sesuatu yang besar


kemungkinan ilmunya bertentangan dengan hakikat.

Ilmu atau mengetahui makna dua kalimah syahadah dengan dimensinya


menjadi syarat kepada kalimah tauhid. Penafian dan penetapan dijadikan rukun
kerana hanya dengan panduan ilmu dapat dilaksanakan segala tuntutan rukun serta
syarat-syarat kalimah tauhid ini dengan sempurna. Melalui ilmu seorang mukmin
dapat memahami semua syarat-yarat kalimah tauhid serta dua rukunnya yang berupa
penafian dan pengithbatan yang wajib diketahui oleh setiap mukmin. Adapun rukun
kalimah tauhid yang telah ditetapkan dan disepakati oleh sekalian ulama Ahli Sunnah
wal-Jamaah ialah:

(1). Rukun Pertama Penafian: Penafian(‫ ) َن ْف ٌي‬dalam kalimah tauhid (‫)ال اله اال اهلل‬
ialah terdapat pada huruf "Laa" (‫ )ال‬yang dikenali sebagai huruf "nafyun", ini
bermakna bahawa kalimah(‫ )الاله‬: memberi maksud: "Menafikan adanya tuhan
atau menafikan semua sembahan yang berhak diibadahi selain Allah".

(2). Rukun Kedua Ithbat: Mengithbatkan dengan huruf (َّ‫ )اِال‬yang dikenali
sebagai huruf "istisna". Ini bermakna bahawa kalimah(‫ )اال اهلل‬yang terdapat
huruf "istisna" di dalamnya telah mengecualikan untuk mengithbatkan bahawa

29
"Hanya Allah sebagai Tuhan yang berhak disembah atau menetapkan hak
uluhiyah hanya bagi Allah semata".

Dengan kaedah lain bahawa kalimah ini dapat dirumuskan, iaitu:


1- Pertama: Penafian(‫" )ال اله‬Menafikan adanya tuhan" yang mana kalimah ini
ditafsirkan oleh ulama tafsir dan ulama tauhid sebagai(‫" )المعبود بحق‬Tidak ada tuhan
yang berhak diibadahi/disembah". Dan rukun yang kedua sebagai penyempurna.

2- Kedua: Pengithbatan(‫" )اال اهلل‬Mengithbatkan hanya ketuhanan Allah". Iaitu


mengithbatkan (‫)اثبات‬, menentukan atau menetapkan bahawa: "Hanya Allah Yang
Esa sahaja Tuhan yang berhak disembah (diibadahi) dengan menafikan
selainNya".

Adapun dalil wajibnya berilmu tentang kalimah tauhid ini ialah firman Allah
Subhanahu wa-Ta'ala:

.ُ‫فَا ْعلَ ْم اَنَّهُ الَ اِلَهَ اِالَّ اهلل‬

"Maka ketahuilah bahawa sesungguhnya tidak ada tuhan (yang hak)


melainkan Allah".
.Muhammad, 47:19
Amat jelas bahawa lafaz suruhan atau perintah "ketahuilah" di ayat ini
menunjukkan suruhan yang wajib. Iaitu wajib mengetahui dan memahami kalimah
tauhid melalui ilmu. Dan antara maksud ayat di atas ialah:

"Ketahuilah wahai Rasul! Sesungguhnya tidak ada yang berhak disembah


(diibadahi) selain Dia (Allah), dan engkau serta sekalian makhluk tidak
disuruh menyembah melainkan hanya kepada Allah Ta'ala yang telah
menjadikan segala makhluk" 30

Syarat untuk masuk ke syurga ialah tauhid atau muwahhid(‫" )موحد‬Mengesakan


Allah". Ini akan menjadi kenyataan dengan berilmu atau berpengetahuan tentang
kalimah tauhid (ُ‫)الَاِلَهَ اِالَّ اهلل‬. Ilmu atau pengetahuan tentang kalimah ini akan
menyempurnakan, menguatkan dan meyakinkan pegangan tauhid seseorang, ini perlu
dikekalkan sehinggalah ia mati.

Semua perkara yang dinyatakan di atas telah dikhabarkan oleh Rasulullah


sallallahu 'alaihi wa-sallam melalui sabdanya:
30. Lihat: ‫ جامع البيان‬Jld. 13. 13. Hlm. 26 dan 53.

30
ِ ِ
َ ‫ات َو ُه َو َي ْعلَ ْم اَ ْن الَ الَهَ االَّ اهللُ َد َخ َل ال‬
.‫ْجنَّة‬ َ ‫َم ْن َم‬
"Sesiapa yang mati sedangkan dia tahu (mengenali) bahawa tiada ilah
(tuhan) yang berhak diibadahi melainkian Allah, maka dia masuk syurga". 31

Dengan ini amat jelas bahawa seseorang itu tidak akan sempurna keimanannya
jika tidak mengetahui dan memahami pengertian kalimah yang dikenali dengan
kalimah iman, kalimah syahadah, kalimah tauhid, kalimah ikhlas atau kalimah Allah
iaitu: (ُ‫ )الَ اِلَهَ اِالَّ اهلل‬yang memberi maksud: "Tidak ada sesuatu yang layak disembah
(diibadahi) dengan sebenarnya (dengan hak) kecuali Allah".

Penjelasan di atas yang berpandukan kepada hujjah dapat dikuatkan dan


dijelaskan sekali lagi dengan penetapan ulama usuluddin bahawa:

"Di dalam kalimah ini terkandung maksud peniadaan (penafian) akan


adanya tuhan yang wajib diibadahi selain Allah, kemudian menetapkan
(mengithbatkan) hanya Allah sahaja satu-satunya Ilah (Tuhan) Yang Hak
(Yang Benar) yang wajib disembah, diibadahi, dipatuhi dan diketahui
(dikenali)".

Oleh kerana setiap mukmin wajib mentaati, menyembah dan beribadah hanya
kepada Allah Azza wa-Jalla sahaja yang tidak boleh disekutukan dengan yang lain,
maka wajib bagi setiap mukmin mengenal (mengetahui) makna, maksud dan erti
sebenar kalimah Ilah yang terdapat di dalam kalimah tauhid.

Adapun sebab wajibnya memahami kalimah tauhid dan juga maksud kalimah
Ilah yang terdapat di dalam kalimah tauhid, ialah untuk memenuhi perintah Allah
yang berupa peringatan yang tegas sebagaimana yang terdapat di dalam firmanNya:

.ُ‫فَا ْعلَ ْم اَنَّهُ الَ اِلَهَ اِالَّ اهلل‬


"Maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya tidak ada tuhan melainkan
Allah".
Muhammad, 47:19

Berkata Ibn Sa'edi rahimahullah:

31. H/R Muslim. Kitabul Iman. Bab, dalil bahawa sessungguhnya sesiapa yang
mati atas tauhid akan masuk syurga secara pasti. No 26.

31
"Sewajarnya seseorang itu berilmu tentangnya (kalimah tauhid) sehingga
memantapkan hati, dan berpengetahuan dengan memenuhi tuntutan ilmu dan
kesempurnaannya agar dapat melaksanakan segala tuntutannya". 32

Maksud(‫ )فَا ْعلَ ْم‬: "Ketahuilah!" di ayat ini ialah mengetahui yang hak iaitu
tauhid sebagaimana firman Allah:
33

ِ
َ ‫االَّ َم ْن َش ِه َد بِال‬
.‫ْح ِّق َو ُه ْم َي ْعلَ ُم ْو َن‬
"Tetapi orang yang mengetahui yang hak (tauhid) dan mereka
meyakini(nya)".
.Az-Zukhruf, 43:86
Lawan dari ilmu adalah jahil atau ketidaktahuan tentang makna syahadah.

32. Lihat: ‫ َت ْي ِس ْي ُر االله بشرح ادلة شروط الاله اال اهلل‬Hlm. 3. 'Ubaid bin Abdullah bin
Sulaiman al-Jabiri.
33. Ibid.

32
Syarat Kedua:
YAKIN

Menurut ahli ilmu, yakin adalah sifat ilmu. Yakin terhadap syahadah bermakna
mengetahui dengan sempurna makna syahadah tanpa sedikit pun keraguan terhadap
makna tersebut sehingga tidak ada sesuatu yang bertentangan dengan keyakinannya
di dalam hatinya.

Yakin atau percaya juga memberi maksud:

"Yang mengucapkannya benar-benar mengetahui dan percaya tentang apa


yang diucapkan kerana berdasarkan dalil-dalil yang mantap, yang tidak ada
rasa syak padanya dan tidak diragukan".

Sebagaimana firman Allah:

‫اه ُد ْوا بِاَ ْم َوالِ ِه ْم َواَْن ُف ِس ِه ْم‬ ِِ ِ ِ‫اِنَّما الْم ْؤ ِمُنو َن الَّ ِذيْن ءامُنوا ب‬
َ ‫اهلل َو َر ُس ْوله ثُ َّم لَ ْم َي ْرتَ ُاب ْوا َو َج‬ ْ ََ َ ْ ُ َ
ِ ‫الص‬
.‫اد ُق ْو َن‬ ِ ‫ِفى سبِْي ِل‬
َ ِ‫اهلل اُ ْولَئ‬
َّ ‫ك ُه ُم‬ َ
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang
beriman kepada Allah serta beriman kepada RasulNya kemudian mereka tidak
ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan
Allah, mereka itulah orang-orang yang benar".
.Al-Hujurat, 49:15
Keraguan pula berlawanan dengan keyakinan dan ilmu, oleh itu syarat
keyakinan mestilah meninggalkan lawannya iaitu was-was dan keraguan dalam
mengimani kalimah syahadah lahir dan batin. Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi
wa-sallam telah menjelaskan hakikat ini dengan sabdanya:

ِّ َ‫ْحائِ ِط يَ ْش َه ُد اَ ْن الَ اِلَهَ اِالَّ اهللُ ُم ْسَتْي ِقنًا بِ َها َقلْبَهُ َفب‬
ُ‫ش ْره‬
ِ ِ ُ ‫من لَِقي‬
َ ‫ت م ْن َو َراء َه َذا ال‬ ْ َْ
َ ‫بِال‬
.‫ْجنَّة‬

"Sesiapa yang menemui aku di sebalik tembuk ini sedangkan dia bersaksi
bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dengan penuh keyakinan terhadapnya di
hatinya, maka berilah khabar berita gembira kepadanya dengan syurga". 34

34. H/R Muslim. Kitabul Iman. No. 31.


َّ‫اك فِْي َها اِال‬ َْ ْ َ َ َ
ِ ‫من ي ْش َـه ُد اَ ْن الَ اِلَهَ اِالَّ اهلل واَنِّي رسو ُل‬
ٍ ‫اهلل الَ ي ْل َقى اهلل بِ ِهما َعب ٌد غَير َش‬
ُْ َ ْ َ ُ َ َْ
.)‫(و ِفى ِر َوايٍَة‬ َ .َ‫ْجنَّة‬َ ‫َد َخ َل ال‬
"Sesiapa yang mengucapkan bahawa tidak ada tuhan (yang hak) kecuali
Allah dan sesungguhnya aku Rasulullah, tidaklah seorang hamba menemui
Allah dengan dua kalimah syahadah tanpa syak (ragu-ragu) dengannya maka
tidak lain kecuali dia akan dimasukkan ke syurga". Diriwayat yang lain:
Tidaklah seorang hamba menemui Allah dengan dua kalimah syahadah
tersebut tanpa ada syak tentangnya maka baginya adalah syurga". 35

Lawan keyakinan ialah keraguan. Agar keyakinan terhadap kalimah tauhid


tidak tergugat, maka ilmu yang berkaitan dengan kalimah ini adalah penyelamatnya,
kerana orang-orang yang berilmu sentiasa meyakini akidah yang dipegangnya,
keyakinan akan menghapuskan segala keraguannya sebagaimana yang telah
dijelaskan oleh Allah dengan firmanNya:

‫َش ِه َد اهللُ اَنَّهُ الَ اِلَهَ اِالَّ ُه َو َوال َْمالَئِ َكةُ َواُ ْولُْوا ال ِْعل ِْم قَآئِ ًما بِال ِْق ْس ِط الَ اِلَهَ اِالَّ ُه َو ال َْع ِز ْي ُز‬
.‫ْح ِك ْي ُم‬
َ ‫ال‬
"Allah menyatakan bahawasanya tidak ada tuhan (yang berhak disembah)
melainkan Dia. Para Malaikat dan orang-orang yang berilmu yang
menegakkan keadilan juga menyatakan yang demikian itu. Tidak ada tuhan
(yang berhak diibadahi) melainkan Dia. Yang Maha Perkasa lagi Yang Maha
Bijaksana".
.Ali Imran, 3:18

35. Ibid. No. 27.

34
Syarat Ketiga:
PERCAYA

Antara pengertian kalimah percaya (‫ )الصدق‬ialah:

"Apa yang terbisik (tersemat) di hati, ianya berketepatan (tidak berbeza)


dengan apa yang dinyatakan (dilahirkan)" 36

Menurut ahli ilmu, kalimah iman bersinonim dengan percaya atau bertimbal-
balik sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam Ibn Hajar Al-Asqalani apabila
mensyarahkan kalimah iman:

.‫َّص ِديْ ُق‬ ِ ‫اد بِاْ ِاليْم‬


ْ ‫ان ُهنَا الت‬ َ َ ‫اَ َّن ال ُْم َر‬
"Sesungguhnya yang dimaksudkan dengan iman di sini ialah percaya" 37

Apabila seseorang mengucapkan kalimah tauhid dengan berilmu dan dengan penuh
keyakinan, kemudian apa yang diucapkan dilaksanakan sebagaimana yang difahami
dan tersemat di hatinya, maka itulah yang dinamakan "Percaya" atau .(‫)التصديق‬

Setelah seseorang itu memahami kalimah tauhid melalu ilmu, maka ada dua
syarat untuk membuktikan bahawa ia benar-benar telah menerima atau "Percaya"
kepada kalimah ini, iaitu:

Pertama: Apabila seseorang yang telah percaya dan mengucapkan kalimah


tauhid (dua kalimah syahadah) ini melaksanakan tuntutannya. Setelah itu barulah
dapat diterima apa yang diucap atau dilaksanakan. Firman Allah:

ِ ‫ياَُّي َها الَّ ِذيْن ءامُنوا لِم َت ُقولُو َن ماالَ َت ْفعلُو َن َكبر م ْقتًا ِع ْن َد‬
.‫اهلل اَ ْن َت ُق ْولُْوا َماالَ َت ْف َعلُ ْو َن‬ َ َُ ْ َ َ ْ ْ َ ْ ََ َ َ
"Hai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan apa yang
tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu
mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan".
.Ash-Shaff, 61:2-3
Kedua: Melaksanakannya dengan penuh keikhlasan, setelah itu tidak melaksanakan
tuntutannya kecuali apa yang diketahui dan dipercayai benar dan yang hak. Tidak
juga menambah dengan menerima pentakwilan (pendapat) orang-orang yang
disesatkan oleh fikiran atau hawa nafsunya seperti menerima pentakwilan Ahli Kalam
atau Ahli Sufi.

36. Lihat: ‫مفردات الفاظ القرآن‬. Hlm. 478.


37. Lihat: ‫ فتح البارى بشرح صحيح البخارى‬Jld. 1. Hlm. 65.
Syarat Keempat:
IKHLAS

Kalimah ikhlas (‫ص‬ ِ


ُ َ‫ )اَال ْخال‬diambil dari kata-kata: "Susu yang murni, tidak
tercampur atau tercemar" (‫)اَلْلَبَ ُن الْ َخالِص‬.

Ikhlas yang dimaksudkan dalam syahadah ialah: membersihkan hati dari


segala sesuatu yang bertentangan dengan makna syahadah (persaksian). Menurut
pengertian Bahasa Melayu ikhlas bererti:

"(Dengan) hati suci, tidak menipu atau tidak berpura-pura, tulus dan 38

sangat jujur".

Menurut istilah atau etimologi Bahasa Arab, kalimah ikhlas diambil dari kata
dasar (‫صا‬ ِ
ً َ‫ ا ْخال‬- ‫ص‬
َ َ‫ )اَ ْخل‬yang mempunyai beberapa maksud, antaranya:

‫الريَ ِاء‬
ِّ ‫اع ِة َت ْر ُك‬ ِ ‫ اَ ْو‬. ‫الريَ ِاء‬
َ َّ‫فى الط‬ ِّ ‫ش َو‬
ِّ ُ‫ َت ْر ُك الْغ‬: ‫ص‬ ِ
ُ َ‫اَال ْخال‬
"Ikhlas ialah meninggalkan penipuan/kecurangan dan riyak. Atau di segi
ketaatan (kepada Allah) ialah meninggalkan riyak". 39

Ikhlas tempatnya di hati sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Nabi


Muhammad:

"Sesiapa yang mengucapkan tiada tuhan yang diibadahi melainkan Allah


dengan penuh keikhlasan akan dimasukkan ke syurga". 40

Menurut istilah yang diberikan oleh ulama usuluddin (ulama tauhid), ikhlas
bermaksud:

"Membersihkan atau memurnikan ibadah dan akidah hanya untuk Allah


dan tidak mempersekutukan Allah dengan makhlukNya (tidak syirik)". Firman
Allah:

.‫صا لَّهُ الدِّيْ َن‬ ِ ِ


ً ‫فَا ْعبُد اهللَ ُم ْخل‬
"Sembahlah Allah (Yang Satu) dengan penuh keikhlasan kepadaNya".

38. Lihat: Kamus Dewan, Edisi Ketiga.


39. Lihata: ‫ مختار الصحاح‬hlm. 77. Abdulqadir ar-Razi. Maktabah Lubnan.
40. Lihat: ‫ كلمة االخالص وتحقيق معناها‬hlm. 21. Al-Hafizh Ibn Rejab al-Hambali.

36
.Az-Zumar, 39:2

.‫ص‬ ِ ِ
ُ ‫اَالَ ِهلل الدِّيْ ُن الْ َخال‬
"Ingatlah! Hanya kepunyaan Allah agama yang bersih (dari kesyirikan)".
.Az-Zumar, 39:2

ِ ِ‫وما اُِمروا اِالَّ لِي ْعب ُدوا اهلل م ْخل‬


.‫ص ْي َن لَهُ الدِّيْ َن‬ ََ ْ َُ ُْ ََ
"Padahal mereka tidak disuruh melaksanakan ibadah (menyambah Allah)
melainkan dengan penuh keikhlasan (memurnikan ketaatan) kepadaNya dalam
melaksanakan agama".
.Al-Bayyinah, 98:5
Lawan keikhlasan ialah dengan hati suci, tidak menipu atau tidak berpura-pura
dan dalam syara ia bermaksud tidak syirik (tidak menyekutukan ibadahnya dengan
yang lain). Kerana antara erti sebenar kalimah ikhlas ialah mengesakan Allah
Subhanahu wa-Ta'ala yang disembah. Dan apabila sesuatu ibadah atau amal benar-
benar dikerjakan dengan ikhlas, ini bermakna niat amal tersebut tidak disekutukan
dengan sembahan-sembahan yang lain, kerana ikhlas bertujuan membersihkan
(memurnikan) setiap amal

Seseorang yang ikhlas beribadah, bermakna dia telah meniatkan ibadahnya


hanya sema-mata kerana Allah, mencari keredhaan Allah dan demi kerana Allah
Subhanahu wa-Ta'ala. Adapun orang yang tidak ikhlas, pasti ibadah atau sesuatu
amal yang dikerjakannya bukan kerana Allah, oleh itu ibadah atau amal tersebut
dianggap telah disekutukan dengan yang lain, bukan ikhlas untuk Allah, kerana
tujuan amalnya bukan lagi semata-mata kerana Allah, tetapi ada lagi tujuan yang lain
di sebalik ibadahnya.

Adalah wajib bagi setiap orang-orang yang beriman berlaku ikhlas terhadap
Allah dalam ibadahnya dan dalam mengucapkan kalimah tauhid, kerana keikhlasan
adalah perintah dari Allah dan syarat diterimanya segala amal ibadah sebagaimana
firmanNya:

ِ
.‫صا لَّهُ الدِّيْ َن‬ ِ ُ ‫قُ ْل انِّ ْي اُِم ْر‬
ً ‫ت اَ ْن اَ ْعبُ َد اهللَ ُم ْخل‬

37
"Katakanlah! Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah
dengan penuh keikhlasan (memurnikan ketaatan) kepadaNya dalam
(menjalankan) agama".
.Az-Zumar, 39:11

.‫اد ِة َربِِّه اَ َح ًدا‬


َ َ‫صالِ ًحا َّوالَ يُ ْش ِر ْك بَِعب‬ ِ ‫فَمن َكا َن يرجوا لَِق‬
َ ً‫آء َربِّه َفلَْي ْع َم ْل َع َمال‬
َ ْ ُ َْ َْ
"Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah
ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan
seorangpun dalam beribadah kepada Tuhannya".
.Al-Kahfi, 18:110

38
Syarat Kelima:
MENERIMA

Maksud menerima ialah tidak mempertikaikan, kerendahan, ketundukan serta


penerimaan terhadap segala sesuatu yang datangnya Dari Allah dan RasulNya. Ia
membuahkan ketaatan dan ibadah kepada Allah dengan jalan meyakini bahawa tiada
yang dapat memberi pertunjuk dan menyelamatkan kecuali ajaran yang datangnya
dari Allah. Firman Allah:

‫ْخَي َرةُ ِم ْن‬


ِ ‫ضى اهلل ورسولُهُ اَمرا اَ ْن ي ُكو َن لَهم ال‬ ٍِِ ِ ِ
ْ ُ ْ َ ً ْ ْ ُ َ َ ُ َ َ‫َو َما َكا َن ل ُم ْؤم ٍن َوالَ ُم ْؤمنَة اذَا ق‬
.‫اَ ْم ِر ِه ْم‬

"Dan tidak patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula patut) bagi
perempuan yang mukminah, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan
sesuatu ketetapan akan ada bagi mereka pilihan yang lain tentang urusan
mereka".
.Al-Ahzab, 33:36

Menerima juga memberi maksud: Benar-benar menyetujui, membenarkan dan


mengesahkan kalimah tauhid ini dengan penerimaan lahir dan batin tanpa diragui dan
dipersoalkan.

Ada pun perbezaan antara tunduk (merendah diri) dan menerima adalah,
bahawa tunduk merupakan perbuatan raga atau fizik, sedangkan menerima adalah
pekerjaan hati.

Lawan menerima ialah menolak, menentang (membangkang), berpaling atau


mendustakan ajaran-ajaran Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam dengan hatinya.
Tidak redha di hatinya untuk menerima apa yang disampaikan oleh Rasulullah
sallallahu 'alaihi wa-sallam.

Allah Subhanahu wa-Ta'ala telah mengkhabarkan kepada kita tentang


keburukan dan kezaliman sesiapa yang menolak, menentang serta membohongi
kalimah tauhid ini kerana mereka akan diazab, sebaliknya sesiapa yang menerima dan
mengamalkannya dengan penuh ketaatan dan keikhlasan maka dia akan dimasukkan
ke syurga. Firman Allah:

‫ب‬ِّ ‫ال َر‬ َ َ‫ ق‬. ‫ش ُرهُ َي ْو َم ال ِْقيَ َام ِة اَ ْع َمى‬


ُ ‫ض ْن ًكا َونَ ْح‬
َ ً‫شة‬ َ ‫ض َع ْن ِذ ْك ِرى فَِا َّن لَهُ َم ِع ْي‬َ ‫َو َم ْن اَ ْع َر‬
‫ك الَْي ْو َم‬َ ِ‫ك اَيَا ُتنَا َفنَ ِس ْيَت َها َو َك َذل‬ َ ِ‫ال َك َذل‬
َ ‫ك اََت ْت‬ َ َ‫ ق‬. ‫ص ْي ًرا‬ ِ ِ‫ت ب‬ َ ‫لِ َما َح‬
ُ ‫ش ْرتَنِىاَ ْع َمى َوقَ ْد َكْن‬
.‫سى‬
َ ‫ُت ْن‬
"Dan barangsiapa yang berpaling dari peringatan Ku, maka sesungguhnya
baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada
Hari Kiamat dalam keadaan buta. Berkatalah ia: Ya Tuhanku! Mengapa
Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulunya
adalah seorang yang melihat? Allah berfirman: Demikianlah telah datang
kepadamu ayat-ayat kami, maka kamu melupakannya, dan bagitu (pula) pada
hari kamu pun dilupakan".
.Taha, 20:124-126
Allah Subhanahu wa-Ta'ala telah mengkhabarkan di dalam al-Quran keadaan
mereka yang menerima (beriman) dan mereka yang menolak (kufur kepada) kalimah
tauhid. FirmanNya:

ِ ِ ِ
َ ‫ش ُر ْوا الَّذيْ َن ظَلَ ُم ْوا َواَ ْز َو‬
‫اج ُه ْم َو َما َكا ُن ْوا‬ ْ . ‫ص ِل الَّذ ْي ُكْنتُ ْم بِه تُ َك ِّذ ُب ْو َن‬
ُ ‫اح‬ ْ ‫َه َذا َي ْو ُم الْ َف‬
.‫ْج ِح ْي ِم‬ ِ ِ ِ ِ ِ ِ
َ ‫ م ْن ُد ْون اهلل فَ ْاه ُد ْو ُه ْم الَى ص َراط ال‬. ‫َي ْعبُ ُد ْو َن‬
"Inilah hari keputusan yang kamu selalu mendustakannya. (Kepada
malaikat diperintahkan): Kumpulkanlah orang-orang yang zalim berserta
teman sejawat mereka dan sembahan-sembahan yang selalu mereka sembah
selain Allah, maka tunjukkan kepada mereka jalan ke neraka".
.Ash Shaffat, 37:21-22

ِ‫ش‬
‫اع ٍر‬ َ ِ‫ َو َي ُق ْولُْو َن اَئِنَّا لَتَا ِر ُك ْوا َءالِ َهتِنَا ل‬. ‫اَِّن ُه ْم َكا ُن ْوا اِذَا ِقْي َل لَ ُه ْم الَاِلَهَ اِالَّاهللُ يَ ْستَ ْكبِ ُر ْو َن‬
‫ َو َما‬. ‫اب اْالَلِْي ِم‬ ِ ‫ اِنَّ ُك ْم لَ َذآئُِق ْوا ال َْع َذ‬. ‫ص َّد َق ال ُْم ْر َسلِ ْي َن‬ َ ‫ْح ِّق َو‬ َ ‫آء بِال‬
ٍ
َ ‫ بَ ْل َج‬. ‫َّم ْجُن ْون‬
.‫تُ ْج َز ْو َن اِالَّ َما ُك ْنتُ ْم َت ْع َملُ ْو َن‬

"Sesungguhnya mereka dahulu apabila dikatakan kepada mereka: (ُ‫)الَاِلَهَ اِالَّ اهلل‬
tiada tuhan yang berhak diibadahi selain Allah, mereka menyombong diri.
Dan mereka berkata: Apakah sesungguhnya kami harus meninggalkan
sembahan-sembahan kami kerana seorang penyair gila? Sebenarnya dia
(Muhammad) telah datang membawa kebenaran dan membenarkan rasul-rasul
(sebelumnya). Dan kamu tidak diberi pembalasan melainkan terhadap
kejahatan yang telah kamu kerjakan".
.Ash Shaffat, 37:35-39

40
Syarat Keenam:
BERSERAH

Berserah diri kepada kalimah tauhid sama juga seperti berserah diri kepada
Allah Subhanahu wa-Ta'ala, kerana ia bermaksud tunduk kepada Allah lahir batin,
merendah diri serta taat melakukan segala suruhanNya dengan ikhlas dan
meninggalkan segala laranganNya, yang mana ini semua dilakukan berdasarkan
firman Allah:

ِ ‫ك بالْعرو ِة الْو ْث َقى واِلَى‬


ُ‫اهلل َعاقِبَة‬ ِ ِ ِ ‫ومن يُّسلِم و ْج َههُ اِلَى‬
َ ُ َ ُْ َ َ ‫س‬ َ ‫استَ ْم‬
ْ ‫اهلل َو ُه َو ُم ْحس ٌن َف َقد‬ َ ْ ْ ْ ََ
.‫اْالُُم ْو ِر‬

"Dan barangsiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia


orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada
buhul tali yang kukuh. Dan hanya kepada Allahlah kesudahan segala urusan".
.Luqman, 31:22
Apa yang dimaksudkan dengan kalimah (‫" )بِال ُْع ْر َو ِة ال ُْو ْث َقى‬Buhul Tali Allah" di
dalam ayat ini ialah "Kalimah tauhid" iaitu:(ُ‫" )الَاِلَهَ اِالَّ اهلل‬Tiada Tuhan (yang berhak
disembah) selain Allah".

ِ ِ ِ ِ ِ
.‫ص ُر ْو َن‬ ُ ‫َواَن ْيُب ْوا الَى َربِّ ُك ْم َواَ ْسل ُم ْوا لَهُ م ْن َقْب ِل اَ ْن يَاْتيَ ُك ُم ال َْع َذ‬
َ ‫اب ثُ َّم الَ ُتْن‬
"Dan kembalilah kamu kepada Tuhammu dan berserah dirilah kepadaNya
sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi)".
.Az-Zumar, 39:54
Lawan dari berserah adalah penolakan. Iaitu meninggalkan apa yang dibawa
dan disampaikan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam. Allah berfirman:

.‫اب اَلِْي ٌم‬ ِ ‫ص ْيب ُهم ِفْتنَةٌ اَو ي‬


ٌ ‫ص ْيَب ُه ْم َع َذ‬ ُ ْ
ِ ِ ِ ِ
ْ َ ُ‫َفلْيَ ْح َذ ِر الَّذيْ َن يُ َخال ُف ْو َن َع ْن اَ ْم ِره اَ ْن ت‬
"Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul takut akan
ditimpa cobaan atau ditimpa azab yang pedih".
.An-Nur, 24:63
Syarat Ketujuh:
CINTA

Pengertian cinta yang dapat diambil dan difahami dalam kalimah tauhid ialah
cinta yang telah ditetapkan dan diarahkan oleh kalimah tersebut, iaitu agar
menyerahkan pengibadatan, penyembahan serta jiwa dan raga dengan pengakuan:
"Tiada ilah yang berhak diibadahi/disembah melainkan Allah". Tambahan pula
antara pengertian Islam ialah "Menyerah" (‫)االستسالم‬, maka menyerah, menyembah dan
mengibadahi hanya satu ilah iaitu Allah Subhanahu wa-Ta'ala dengan menyerahkan
diri dan menyerah sepenuh cintanya kepadaNya adalah pokok segala ibadah. Kerana
pembuktian cinta ialah dengan menyerah dan mendahulukan cintanya kepada yang
paling berhak dicintai. Pastinya yang paling layak dan berhak dicintai hanyalah Allah
Azza wa-Jalla, kemudian mencintai para nabi, para rasul dan seterusnya mencintai
para ahli tauhid.

Termasuk juga tanda cinta ialah dengan mentaati, memenuhi segala tuntutan
dan syarat-syarat kalimah ini serta membenci orang yang meninggalkan dan yang
membenci akan kalimah tauhid ini. Para ahli ilmu pula telah menjelaskan bahawa
cinta yang sebenar tidak dapat diketahui kecuali dengan adanya pembuktian tanda-
tandanya dan melaksanakan syarat-syaratnya. Antara tanda-tanda dan syarat-syarat
cinta ialah:

1- Mendahulukan cintanya kepada Allah Subhanahu wa-Ta'la walaupun disangka


ia bertentangan dengan akal fikiran dan keinginan hawa nafsunya. Nabi bersabda:

‫ب اِلَْي ِه ِم َّما‬
َّ ‫ اَ ْن يَ ُك ْو َن اهللُ َو َر ُس ْولُهُ اَ َح‬: ‫ث َم ْن ُك َّن ِفْي ِه َو َج َدبِ ِه َّن َحـالَ َو َة اْ ِاليْ َمان‬ٌ َ‫ثَال‬
ِ َّ‫ب الْمرء الَ ي ِحبُّهُ اِال‬
‫ِهلل َواَ ْن يَ ْك َر َه اَ ْن َيعُ ْو َد فِى الْ ُك ْف ِر َب ْع َد اَ ْن‬ ِ ِ
ُ َ ْ َ َّ ‫اه َما َواَ ْن يُح‬ ُ ‫س َو‬
.‫ف ِفى النَّا ِر‬ َ ‫اَْن َق َذهُ اهللُ َم ْنهُ َك َما يَ ْك َرهُ اَ ْن ُي ْق َذ‬
"Tiga perkara yang mana sesiapa yang memperolehi ketiga-tiganya akan
memperolehi kemanisan iman: Menjadikan Allah dan RasulNya lebih
dicintainya (tiada lain yang lebih dicintai selain dari Allah dan RasulNya).
Mencintai seseorang (yang seagama) dan tidak mencintainya kecuali kerana
Allah. Membenci kembali kepada kekufuran setelah diselamatkan oleh Allah
darinya sebagaimana bencinya dari dicampakkan ke dalam neraka". 41

2- Membenci segala apa dan siapa sahaja yang dibenci oleh Allah Subhanahu
wa-Ta'ala sekalipun ianya sangat dicintai dan menggoda kehendak hawa
nafsunya. Sebagaimana firman Allah:

41. H/R Bukhari (15) Al-Iman. Muslim (60). Al-Iman. Turmizi (2548). Al-
Iman. Ahmad (12321). Dan Baihaqi. Musnad al-Mukatahirin.
‫اهلل َوالَّ ِذيْ َن َء َامُن ْوا اَ َش ُّد ُحبًّا‬
ِ ‫ب‬ ِّ ‫ادا يُ ِحُّب ْو َن ُه ْم َك ُح‬ ِ ‫َّخ ُذ ِمن ُدو ِن‬
ِ ‫َّاس من يت‬ ِ
ً ‫اهلل اَنْ َد‬ ْ ْ َ ْ َ ِ ‫َوم َن الن‬
ِ
.‫ِهلل‬

"Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-


tandingan selain Allah, mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai
Allah".
.Al-Baqarah, 2:165

.ً‫ت تَ ُك ْو ُن َعلَْي ِه َوكِْيال‬ ِ


َ ْ‫ت َم ِن اتَّ َخ َذ الَ َههُ َه َواهُ اَفَاَن‬
َ ْ‫اَ َراَي‬
"Terangkanlah kepadaku tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya
sebagai tuhannya. Maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya?".
.Al-Furqan, 25:43
3- Ittiba', iaitu berittiba' kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam dengan
cara menerima wahyu yang disampaikannya, mempelajarinya, memahami segala
isinya sebagaimana yang difahami oleh para Salaf as-Soleh, mentaatinya,
mengimani semua hidayahnya dan mencontohi segala athar darinya. Syarat ini
telah ditetapkan oleh Allah di dalam firmanNya:

.‫قُ ْل اِ ْن ُك ْنتُ ْم تُ ِحُّب ْو َن اهللَ فَاتَّبِعُ ْونِ ْي يُ ْحبِْب ُك ُم اهللُ َو َيغْ ِف ْر لَ ُك ْم ذُ ُن ْوبَ ُك ْم َواهللُ غَ ُف ْو ٌر َّر ِح ْي ٌم‬

"Katakanlah! Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku,


nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang".
.Ali Imran, 3:31
4- Mentaati pemimpin Islam dan orang-orang yang menyeru supaya mentaati
Allah. Memusuhi sesiapa sahaja yang memusuhi Allah Subhanahu wa-Ta'ala,
memusuhi RasulNya dan orang-orang yang beriman. Firman Allah:

ِ ِ ِ ِ‫الَ تَ ِج ُد َقوما ي ْؤ ِمُنو َن ب‬


‫ـآد اهللَ َو َر ُس ْولَهُ َولَ ْو َكا ُن ْوا‬ ُ ‫اهلل َوالَْي ْوم اْالَخ ِر ُي َو‬
َّ ‫آد ْو َن َم ْن َح‬ ْ ُ ًْ
.‫آء ُه ْم اَ ْو اِ ْخ َوا َن ُه ْم اَ ْو َع ِش ْي َرَت ُه ْم‬
َ َ‫آء ُه ْم اَ ْو اَْبن‬
َ َ‫َءاب‬
"Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan
Hari Akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang

43
Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang itu bapa-bapa, atau anak-anak,
atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka".
.Al-Mujadalah, 58:22

‫اء ُت ْل ُق ْو َن اِلَْي ِه ْم بِال َْم َود َِّة َوقَ ْد‬ ِ ِ ِ َّ


َ َ‫يَااُّّي َها الذيْ َن َء َامُن ْوا الَ َتتَّخ ُذ ْوا َع ُد ِّوى َو َع ُد َّو ُك ْم اَ ْولي‬
‫اهلل َربِّ ُك ْم اِ ْن ُك ْنتُ ْم‬ِ ِ‫الرسو َل واِيَّا ُكم اَ ْن ُت ْؤ ِمُنوا ب‬
ْ ْ َ ْ ُ َّ ‫ْح ِّق يُ ْخ ِر ُج ْو َن‬
ِ
َ ‫آء ُك ْم م َن ال‬ ِ
َ ‫َك َف ُر ْوا ب َما َج‬
‫ضاتِى تُ ِس ُّر ْو َن اِلَْي ِه ْم بِال َْم َود َِّة َواَنَا اَ ْعلَ ُم بِ َما اَ ْخ َف ْيتُ ْم‬ َ ‫آء َم ْر‬ ِ ِ ِ ِ ً ‫َخرجتم ِجه‬
َ َ‫ادا فى َسب ْيلى َوابْتغ‬ َ ْ ُْ َ
.‫السبِْي ِل‬
َّ ‫آء‬ َ ‫ض َّل َس َو‬ َ ‫َو َمآاَ ْعلَْنتُ ْم َو َم ْن َي ْف َعلْهُ ِم ْن ُك ْم َف َق ْد‬
"Hai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu
dan musuhmu menjadi teman-teman setia yang kamu sampaikan kepada
mereka (berita-berita Muhammad), kerana rasa kasih sayang, padahal
sesungguhnya mereka telah ingkar kepada kebenaran yang datang kepadamu,
mereka mengusir Rasul dan (mengusir) kamu kerana kamu beriman kepada
Allah, Tuhanmu. Jika kamu benar-benar keluar untuk berjihad pada jalanKu
dan mencari keredhaanKu (janganlah kamu berbuat demikian). Kamu
memberitahukan secara rahsia (berita-berita Muhammad) kepada mereka,
kerana rasa kasih sayang. Aku lebih mengetahui apa yang kamu sembunyikan
dan apa yang kamu nyatakan. Dan barangsiapa di antara kamu yang
melakukannya, maka sesungguhnya dia telah tersesat dari jalan yang lurus".
.Al-Mumtahanah,60:1

44
DALIL-DALIL TENTANG TAUHID

Jumhur ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang berpegang dengan manhaj Salaf
as-Soleh sentiasa membawakan dalil-dalil syara apabila memperkatakan persoalan
yang menyentuh akidah atau yang berkaitan dengan tauhid, sama ada dalil dari al-
Quran atau dari hadith-hadith yang sahih. Antara dalil-dalil tauhid ialah firman Allah
Azza wa-Jalla:

.‫ان َو ْح َدهُ َولَّ ْوا َعلَى اَ ْدبَا ِر ِه ْم ُن ُف ْو ًرا‬


ِ ‫ك ِفى الْ ُقرء‬ ِ
َْ َ َّ‫ت َرب‬
َ ‫َواذَا ذَ َك ْر‬
"Dan apabila kamu menyebut saja Tuhanmu (Yang Esa) dalam al-Quran,
nescaya mereka berpaling ke belakang kerana bencinya".
.Al-Isra', 17:46

‫ب الَّ ِذيْ َن الَ ُي ْؤ ِمُن ْو َن بِاالَ ِخ َر ِة َواِذَا ذُكِ َر الَّ ِذيْ َن‬
ُ ‫ت ُقلُ ْو‬
ْ ‫َواِذَا ذُكِ َر اهللُ َو ْح َدهُ ا ْش َماَ َّز‬
.‫ِم ْن ُد ْونِِه اِذَا ُه ْم يَ ْستَْب ِش ُر ْو َن‬

"Dan apabila hanya nama Allah saja (Yang Esa) yang disebut, kesallah
hati orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat, dan apabila
nama sembahan-sembahan selain Allah yang disebut, tiba-tiba mereka beriang
hati".
.Az-Zumar, 39:45

ِ ‫ذَلِ ُكم بِاَنَّهُ اِذَا ُد ِعي اهلل و ْح َدهُ َك َفرتُم واِ ْن ي ْش ِر ْك بِ ِه ُت ْؤ ِمُنوا فَالْح ْكم‬
.‫ِهلل ال َْعلِ ِّي الْ َكبِْي ِر‬ ُ ُ ْ ُ َْ ْ َُ َ ْ
"Yang demikian itu adalah kerana kamu kafir apabila Allah saja disembah.
Dan kamu percaya apabila Allah dipersekutukan. Maka putusan (sekarang
ini) adalah pada Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar".
.Al-Mukmin, 40:12
Terdapat pada ayat di atas penunjuk tentang tauhid iaitu ungkapan ayat: "Allah
Yang Maha Esa", "Apabila Allah sahaja disembah" dan "Allah Maha Tinggi lagi
Maha Besar". Antara dalil-dalil yang terdapat pada sabda Rasulullah sallallahu
'alaihi wa-sallam pula ialah:
‫ث ُم َعا ًذا اِلَى‬ َ ‫صـلَّى اهللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم لَ َّما َب َع‬ ِ ِ ٍ َّ‫َع ِن ابْ ِن َعب‬
َ ‫اس َرض َي اهللُ َعْنهُ اَ َّن َر ُس ْـو َل اهلل‬
‫اب َفلْيَ ُك ْن اَ َّو َل َما تَ ْدعُ ْو ُه ْم اِلَىاَ ْن‬
ِ َ‫ْكت‬ِ ‫ك ُت َقدم َعلَى َقوٍم ِمن اَ ْه ِل ال‬ ِ َ َ‫الْيم ِن ق‬
ْ ْ ُ َ َّ‫ ان‬: ‫ال‬ ََ
.َ‫ُي َو ِّح ُد ْوا اهلل‬

"Dari Ibn Abbas radiallahu 'anhu, bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi


wa-sallam ketika mengirim Mu'az ke Yaman baginda bersabda: Engkau akan
menghadapi satu kaum dari Ahli Kitab, maka jadikanlah pokok pertama
dakwah engkau mengajak mereka sekalian supaya mentauhidkan Allah". 42

‫صلَّى اهللُ َعلَْي ِه َو َسـلَّ َم‬ ِ ُ ‫ َس ِم ْع‬: ‫ال‬


َ ‫ت َر ُس ْو َل اهلل‬
ِ ‫َعن طَا ِر ِق بْ ِن اَ ِش ْي ٍم ر‬
َ َ‫ض َي اهللُ َعْنهُ ق‬ َ ْ
ِ َ‫ايعب ُد ِمن ُدونِِه ح َّرم مالَهُ و َدمهُ و ِحسابهُ َعل‬
.‫ىاهلل َع َّز َو َج َّل‬ َ َ َ َ َ َ َ ْ ْ َ ْ ‫ َم ْن َو َح َّد اهلل َو َك َف َربِ َم‬: ‫َي ُق ْو ُل‬
"Dari Tariq bin Asyim berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu
'alaihi wa-sallam bersabda: Sesiapa yang mentauhidkan Allah dan mengkufuri
apa yang diibadahi selainNya, diharamkan harta dan darahnya. Dan
perhitungannya atas Allah 'Azaa wa-Jalla". 43

َ َ‫صلَّى اهللُ َعلَْي ِه َوآلِ ِه َو َسلَّ َم ق‬


‫ بُنِ َي‬: ‫ال‬ ِ
َ ‫َع ِن ابْ ِن ُع َم َر َرض َي اهللُ َعْن ُه َما َع ِن النَّبِ ِّي‬
‫ص ْـوِم‬ َّ ‫ َواِ ْيتَ ِاء‬، ‫الصـالَة‬
َ ‫ َو‬، ‫الز َكاة‬ َّ ‫ َواِقَ ِام‬، ‫ َعلَى اَ ْن ُي َو ِّح َد اهلل‬: ‫س‬ ٍ ‫اْ ِال ْسالَم َعلَى َخ ْم‬
.‫ْح َّج‬
َ ‫ َوال‬، ‫ضان‬ َ ‫َر َم‬
"Dari Ibn 'Umar radiallahu 'anhuma, dari Nabi sallallahu 'alaihi wa-
sallam beginda bersabda: Dibina Islam atas lima perkara: (Diwajibkan)
mentauhidkan Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, puasa di
bulan Ramadan dan menunaikan haji". 44

Dalam semua hadith Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam di atas


terdapat dalil-dalil tentang tauhid, iaitu ungkapan: "Jadikanlah pokok pertama
dakwah engkau mengajak mereka sekalian supaya mentauhidkan Allah", "Sesiapa
yang mentauhidkan Allah..........." dan "Diwajibkan mentauhidkan Allah". Semua
dalil-dalil ini menolak di atas kejahilan orang-orang yang mengingkari "Tauhid". 45

42. H/R Bukhari dalam "Tauhid", (8/164). Dan Muslim dalam "Al-Iman",
1/50-51).
43. H/R Muslim dalam "al-Iman", (1/53). Dan Ahmad (3/472).
44. H/R Muslim dalam "al-Iman". bab 5. (1/45).
45. Dalil-dalil al-Quran dan Al-Hadith dari halaman 53 sehingga 55 dinukil

dari kitab: ‫القول المفيد فى ادلة التوحيد‬atau tajuk ‫ ادلة التوحيد‬hlm. 30-31.

46
Muhammad bin Abdul Wahab bin Ali al-Yamanial-Wasabi al-'Abdali.
PANDUAN MENGENAL KALIMAH TAUHID

Para ulama Salaf as-Soleh juga telah menggariskan beberapa panduan atau
jalan untuk mengetahui dan mengenali kalimah ikhlas (ُ‫ )الَ اِلَهَ اِالَّ اهلل‬antaranya ialah:
46

1. Dengan memberi perhatian tentang nama-nama, sifat-sifat dan af'al (perbuatan)


Allah Subhanahu wa-Ta'ala yang dikhabarkan di dalam al-Quran dan dijelaskan
oleh hadith-hadith sahih yang menunjukkan tentang kesempurnaan Allah,
keBesaranNya dan keAgunganNya. Seterusnya kalimah tersebut perlu dipelajari
dan difahami sebagaimana yang difahami oleh para ulama Salaf as-Soleh dengan
kecekalan, kesungguhan dan kesabaran. Semua yang diusahakan akan memberi
kebaikan dan membawa kepada penyembahan serta pangabdian (penghambaan)
diri yang sempurnaa kepada Tuhan Yang Maha Esa yang bagiNya segala puji,
kemuliaan, kebesaran dan keindahan.
2. Berilmu (iaitu ilmu yang dipelajari dan difahami dari al-Quran dan al-Hadith
yang sahih yang dengannya dapat menyedarkan) bahawa hanya Dia (Allah)
sahaja Pencipta dan Pengurus sekalian alam dengan segala isi-isinya serta segala
kejadian yang berlaku.
3. Mengambil ilmu tentang kalimah ini dari sumber al-Quran dan al-Hadith.
Kerana hanya kedua kitab ini sahaja dapat mengenalkan seseorang bahawa Allah
adalah pemberi nikmat zahir dan batin, termasuklah nikmat keduniaan. Namun,
nikmat yang paling besar ialah nikmat beragama Islam. Dengan mengenali
Allah sebagai pemberi segala nikmat, pasti akan menyebabkan hati sentiasa
bergantung denganNya, mencintaiNya dan hanya menyembah Dia yang tidak
ada sekutu bagiNya.

46. Lihat: ‫ تيسير االله بشرح شروط الاله اال اهلل‬Hlm. 3.


MAKSUD ILAH DALAM AL-QURAN

Secara bahasa kalimah ilah (ٌ‫ )اِلَه‬yang terdapat pada ayat-ayat al-Quran, ia
membawa maksud "al-Ma'bud" iaitu "Yang diibadahi dan disembah dengan sepenuh
hati". Firman Allah:
47

.‫الر ِح ْي ُم‬ َّ ‫اح ٌد الَ اِلَهَ اِالَّ ُه َو‬


َّ ‫الر ْح َم ُن‬ ِ ‫واِلَه ُكم اِلَهٌ و‬
َ ْ ُ َ
"Dan Rabbmu adalah Rabb Yang Maha Esa, tidak ada ilah yang berhak
diibadahi (dan disembah) melainkan Dia, Yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang".
.Al-Baqarah, 2:163
Kesempurnaan akidah seseorang muslim setelah beriman bahawa hanya ada
satu Tuhan Yang Esa mencipta dan menguasai langit, bumi, dunia dan akhirat, kerana
akal yang waras tidak mungkin menerima adanya dua Tuhan pencipta segala-galanya.
Firman Allah:

ِ ِ ِ
َ ‫لَ ْو َكا َن فْي ِه َما َءال َهةٌ االَّ اهللُ لََف‬
.‫س َدتَا‬
"Andaikan ada pada keduanya (langit dan bumi) Tuhan selain Allah,
nascaya rusaklah keduanya".
.Sl-Anbia, 21:22
Terdapat beberapa hadith sahih yang menegaskan bahawa Allah menjamin
kemasukan syurga bagi mereka yang mengetahui, memahami dan kemudian
memenuhi tuntutan kalimah tauhid ini dengan penuh keyakinan dan keikhlasan.
Namun sebaliknya, neraka adalah tempat kembali bagi mereka yang sengaja
melakukan kesyirikan lantaran jahil dan mengabaikan kalimah ini. Antara hadith
yang dimaksudkan ialah:

ِ ِ
َ ‫ات َو ُه َو َي ْعلَ ُم اَنَّهُ الَ الَهَ االَّ اهللُ َد َخ َل ال‬
.‫ْجنَّة‬ َ ‫َم ْن َم‬
"Sesiapa yang mati sedangkan dia mengetahui bahawasanya tidak ada
tuhan yang berhak diibadahi selain Allah, dia akan masuk syurga". 48

Menurut kenyataan dari sirah, orang-orang Arab jahiliyah (musyirikin) terasa


amat keberatan atau enggan untuk mengucapkan kalimah tauhid ini (ُ‫)الَ اِلَهَ اِالَّ اهلل‬. Punca

47. Perhatian! Perbincangan tentang maksud, makna dan pengertian ilah (‫)اله‬
akan sentuh dibeberapa bahagian dalam tulisan ini.
48. H/R Muslim, Kitab al-Iman.
keengganan mereka ialah kerana mereka faham makna, maksud, syarat dan tuntutan
kalimah ini disamping adanya rasa kesombongan (tidak ikhlas) di hati mereka.
Masyarakat Arab jahiliah menyedari bahawa sesiapa yang mengikrarkan
kalimah tauhid bererti dia telah berlepas tangan dan tidak memiliki lagi tuhan-tuhan
berhala yang menjadi sembahan selama ini, sebaliknya wajib bagi mereka menafikan
semua ketuhanan berhala tersebut dan mengithbatkan (menetapkan) hanya Allah
sahaja sebagai Tuhan yang wajib disembah dan ditaati. Allah telah mengkhabarkan
kenyataan ini dengan firmanNya:

ِ‫ش‬
‫اع ٍر‬ َ ِ‫اَِّن ُه ْم َكا ُن ْوا اِذَا ِقْي َل لَ ُه ْم الَ اِلَهَ اِالَّ اهللُ يَ ْستَ ْكبِ ُر ْو َن َو َي ُق ْولُ ْو َن اَئِنَّا لَتَا ِر ُك ْوا َءالِ َهتِنَال‬
.‫ص َد َق ال ُْم ْر َسلِ ْي َن‬ َ ‫آءبِال‬
َ ‫ْح ِّق َو‬
ٍ
َ ‫َّم ْجُن ْون بَ ْل َج‬
"Sesungguhnya mereka dahulu apabila dikatakan kepada mereka:(ُ‫)الَاِلَهَ اِالَّ اهلل‬
"Tiada tuhan (yang diibadahi) selain Allah", mereka menyombongkan diri.
Dan mereka berkata: Apakah sesungguhnya kami harus meninggalkan
sembahan-sembahan (berhala-berhala) kami kerana seorang penyair gila?
Sebenarnya Muhammad telah datang membawa kebenaran dan membenarkan
rasul-rasul sebelumnya".
.As-Shaffat, 37:35-37

Menurut pemahaman para ulama Salaf as-Soleh yang difahami dari Al-Quran
dan al-Hadith yang sahih, sesiapa yang mengetahui pengertian kalimah tauhid ini dan
mengimani dengan sepenuh keimanan (keikhlasan) di dalam hatinya, kemudaian
mengkufuri segala ketuhanan selain Allah Subhanahu wa-Ta'ala, maka ganjarannya
ialah syurga sebagaimana yang ditegaskan oleh Nabi Muhammad sallahu 'alaihi wa-
sallam:

‫ال الَ اِلَهَ اِالَّ اهللُ َو َك َف َر بِ َما ُي ْعبَ ُد ِم ْن ُد ْو ِن‬َ َ‫ َم ْن ق‬: ‫صلَّى اهللُ َعلَْي ِه َو َسـلَّ َم‬ ِ
َ ‫ال َر ُس ْو ُل اهلل‬
َ َ‫ق‬
ِ ‫اهلل حــرم مالُهُ و َدمهُ و ِحسابهُ َعلَى‬
.‫اهلل َع َّز َو َج َّل‬ ِ
ُ َ َ ُ َ َ َُ َ
"Barangsiapa mengucapkan (ُ‫" )الَ اِلَهَ اِالَّ اهلل‬Tiada tuhan (yang diibadahi) selain
Allah, bererti dia telah kufur terhadap sembahan selain Allah. Harta dan
kehormatannya terpelihara dan perhitungan dia berada pada Allah 'Azza wa-
Jalla". 49

Hadith ini menjelaskan bahawa hanya pengucapan kalimah tauhid sahaja yang
dapat menyelamatkan harta dan kehormatan seseorang di dunia. Hadith di bawah ini
pula menerangkan bahawa hanya apabila kalimah tauhid ini diucapakan dengan

49. H/R Muslim.

50
penuh keikhlasan sahaja yang akan menyelamatkan seseorang di akhirat kelak dari
terjerumus ke dalam neraka. Ini menunjukkan bahawa kalimah ini benar-benar dapat
meyelamatkan manusia di dunia dan di akhirat jika diucapkan dengan penuh
pengetahuan, kesedaran, keyakinan dan keikhlasan sebagaimana yang telah dijelaskan
oleh hadith yang seterusnya:

ِ ِ ِ َ َ‫من ق‬
.َ‫ْجنَّة‬ ً ‫ال الَ الَهَ االَّ اهللُ ُم ْخل‬
َ ‫صا َد َخ َل ال‬ َْ
"Barangsiapa mengucapkan (ُ‫" )الَ اَلَهَ اِالَّ اللَّه‬Tidak ada Tuhan (yang wajib
diibadahi/disembah) melainkan Allah" dengan penuh keikhlasan, maka dia
(berhak) masuk syurga". 50

Kesemua hadith-hadith sahih di atas memberi maksud dan menegaskan


bahawa: "Mengucapkan kalimah syahadah hendaklah didasari oleh ilmu supaya
benar-benar dapat difahami pengertian kalimah tersebut. Kerana hanya setelah
memahaminya akan mewujudkan rasa kesedaran, keyakinan dan keikhlasan di hati
sehingga mengkufuri dan mengingkari segala ketuhanan selain ketuhanan Allah
Subhanahu wa-Ta'ala".

Ilmu dan kefahaman yang sempurna tentang kalimah tauhid akan meyakinkan
bahawa hanya Allah satu-satunya Tuhan yang wajib dan berhak disembah. Maka
ganjaran bagi orang-orang yang berkeyakinan seperti ini ialah syurga. Oleh itu perlu
disedari oleh setiap mereka yang beriman, bahawa kalimah (ُ‫ )الَ اِلَهَ اِالَّ اللَّه‬ini merupakan
asas tauhid (iman) dan Islam. Hanya setelah mengucapkan, memahami maknanya dan
memenuhi tuntutan kalimah ini zahir dan batin sahaja seseorang itu dapat
menyelamatkan dirinya dari melakukan kesyirikan dan terhindar dari azab api neraka
di akhirat kelak.

Namun, jika hanya setakat pengucapan sahaja tetapi kosong dari keyakinan,
tidak mengamalkan tuntutannya seperti tidak menghindarkan kesyirikan, tidak ikhlas
dalam pengucapan dan amalan, sama ada ucapan hati, lisan atau amalan tubuh badan,
maka pengucapannya tidak memberi manfaat kepadanya sebagaimana yang telah
disepakati oleh ijmak para ulama.

50. H/R Bazzar. Menurut Al-Albani hadith sahih (Lihat: Sahihul Jami').

51
MENTALQIN MAUT (ORANG NAZAK)

Seseorang yang berjaya mengakhiri perkataannya sebelum menghembuskan


nafasnya yang terakhir dengan mengucapkan kalimah (‫)الَ اِلَهَ اِالَّ اهلل‬, maka telah dijanjikan
oleh Allah Subhanahu wa-Ta'ala baginya syurga sebagai ganjaran. Nabi Muhammad
sallallahu 'alaihi wa-sallam telah memerintahkan orang-orang yang beriman agar
mengajarkan (mentalqinkan) kalimah tauhid kepada seseorang yang hampir mati
(nazak) sebagaimana sabda baginda:

ِ ِ ِِ ِ ِ ِ ِ
َ ‫لَ ِّـقُن ْوا َم ْوتَا ُك ْم الَ الَهَ االَّ اهللُ فَانَّهُ َم ْن َكا َن آخ ُـر َكالَمه الَ الَهَ االَّ اهللُ َد َخ َل ال‬
‫ْجنَّةَ َي ْو ًما‬
ِ َّ ‫ِمن‬
.ُ‫صابَه‬
َ َ‫ك َما ا‬ َ ِ‫صـابَهُ َقْب َل َذل‬َ َ‫الد ْه ِر َوا ْن ا‬ َ
"Ajarkanlah (talqinkanlah) seseorang di antara kamu yang menghadapi
kematian membaca (ُ‫)الَ اِلَهَ اِالَّ اللَّه‬. . Kerana sesiapa yang mengakhiri ucapannya
dengan ucapan ُ‫ الَ اِلَهَ اِالَّ اللَّه‬ia mendapat jaminan masuk syurga sekali pun
sebelum itu pada hari-hari disepanjang kehidupannya dipenuhi dengan
banyak melakukan berbagai dosa". 51

Talqin yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah "Mengajarkan" orang yang
berkeadaan maut (yang sudah menghampiri kematian/nazak) dengan kalimah
syahadah iaitu kalimah tauhd ُ‫الَ اِلَهَ اِالَّ اهلل‬. Pesanan ini telah diperintahkan malah telah
dilakukan sendiri oleh Nabi Muhammad sallahu 'alaihi wa-sallam kepada seorang
sahabat dari kalangan Ansar:

ِ ِ
َ‫ال قُ ْل الَ الَه‬ ُ ‫ يَا َخ‬: ‫ال‬ َ ‫صـا ِر َف َق‬
َ ْ‫اد َر ُجالً م َن اْالَن‬َ ‫صـلَّىاهللُ َعلَْي ِه َو َسـلَّ َم َع‬ ِ
َ ‫اَ َّن َر ُس ْو َل اللَّه‬
َّ‫ فَ َخْيٌر لِ ْي اَ ْن اَقُ ْـو َل الَ اِلَهَ اِال‬: ‫ال‬َ ‫ال َف َق‬ٌ ‫ بَ ْل َخ‬: ‫ـال‬ ٌ ‫ اَ َخ‬: ‫ال‬
َ ‫ال اَ ْم َع ٌّم ؟ فَـ َق‬ َ ‫اِالَّ اهللُ فَـ َق‬
. ‫ َن َع ْم‬: ‫صلَّى اهللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم‬
َ ‫ال النَّبِ ُّي‬
َ ‫اهللُ ؟ َف َق‬
“Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam pada suatu ketika menjenguk
(melawat) seorang sahabat dari kalangan Ansar yang sedang sakit. Maka
baginda bersabda: Wahai bibi! Ucapkanlah ُ‫الَ اِلَهَ اِالَّ اهلل‬. Dia berkata: Adakah
bibi atau paman? Maka baginda bersabda: Tetapi bibi. Maka sahabat Ansar
tersebut berkata: Adakah suatu kebaikan bagiku menakala mengucapkan ( َ‫الَ اِلَه‬
ِ
ُ‫ ?)االَّ اهلل‬Rasulullah menjawab: Ya! Ada".
52

51. H/R Ibnu Hibban dalam sahihnya. Menurut Al-Albani "hadith sahih".
Lihat: Kitab Sahih al-Jami'.
52. H/R Muslim dan Imam Ahmad dengan sanad yang sahih. Dan Lihat:

‫ احكام الجنائز‬hlm. 11, Nasruddin al-Albani.


TUJUAN PARA NABI DAN PARA RASUL DIUTUS

Tidaklah seorang pun dari para Nabi dan Rasul diutus oleh Allah Subhanahu
wa-Ta'ala kepada ummahnya kecuali keimanan (akidah tauhid) menjadi bekal, asas
dan tiang dakwahnya. Mereka sentiasa menjadikan kalimah tauhid pokok perkara
(inti dalam dakwahnya) sehingga kalimah ini dijadikannya dasar dan manhaj dalam
setiap seruan atau dakwah mereka.

Kalimah Tauhid (ُ‫ )الَ اِلَهَ اِالَّ اهلل‬pasti akan mendatangkan manfaat dan syafaat yang
besar. Inilah janji Allah kepada sesiapa yang mengucapkannya dengan penuh
keikhlasan selagi dia tidak merosakkan kalimah tersebut dengan perbuatan syirik,
kerana kesyirikan merosakkan syahadah seseorang sebagaimana hadas merosakkan
wuduk. 53

Kalimah syahadah (‫ وان محمدا رسول اهلل‬، ‫)ال اله اال اهلل‬, perlulah benar-benar diketahui
dan diyakini oleh setiap orang-orang Islam yang beriman, sentiasa dipelihara semua
syara-syarat dan rukunnya dan dipenuhi segala tuntutannya. Kalimah tauhid ini juga
memberi makna:

"Bahawa tidak ada tuhan yang boleh disembah dan diibadahi dengan hak
kecuali Allah, selain Allah semuanya batil. Dan meyakini bahawa Nabi
Muhammad itu utusan Allah dan RasulNya".

Adapun maksud yang sedemikan telah diterangkan juga oleh Muhammad al-Abdali:

ِ ‫اهلل اِ ْن عبد َفب‬


.‫اط ٌل‬ ِ ‫ وغَير‬، ‫ اَي الَ م ْعبود بِح ٍّـق اِالَّ اهلل‬: ‫م ْعنَى الَ اِلَـهَ اِالَّ اهلل‬
َ ُ َ َ ُْ َ ْ ُ َ
"Makna ُ‫( الَ اِلَهَ اِالَّ اهلل‬Tiada tuhan selain Allah), iaitu: Tiada yang diibadahi
dengan hak kecuali Allah dan selain Allah jika disembah maka sesungguhnya
ia adalah kebatilan". 54

Sebagaimana firman Allah:

.‫ان اهللَ ُه َو ال َْعلِ ُّي الْ َكبِْي ُر‬ ِ ‫ك بِاَ َّن اهلل هو الْح ُّق واَ َّن ما ي ْد َعو َن ِمن ُدونِِه هو الْب‬
َّ ‫اط ُل َو‬ َ ِ‫ذَل‬
َ َُ ْ ْ ْ َ َ َ َ َُ َ
"(Kuasa Allah) yang demikian itu, adalah kerana sesungguhnya Allah,
Dialah (Tuhan) Yang Hak dan sesungguhnya apa saja yang mereka seru selain
Allah, itulah yang batil, dan sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha Tinggi
lagi Maha Besar".

53. Lihat: ‫ اركان االسالم وااليمان‬Muhammad bin Jamil Zinu.


54. Lihat: ‫القول المفيد فى ادلة التوحيد‬. Hlm. 12. Muhammad Abdul Wahab bin
Ali Al-Yamani Al-Wasabi Al-'Abdali.
.Al-Haj, 22:62
‫صلَّىاهللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم َوغَ ُير‬ ِ ِ ِ
َ ‫ الَ َم ْتُب ْوع بِ َح ٍّق االَّ َر ُس ْـو ُل اهلل‬: ‫َم ْعنَى ُم َح َّم ٌد َّر ُس ْـو ُل اهلل اَ ْي‬
ِ ‫اهلل صلَّى اهلل َعلَي ِه وسلَّم اِن اَتبع ِفيما الَ َدلِيل َعلَي ِه َف َق ِد َّاتبع بِب‬
.‫اط ٍل‬ ِ ‫رسو ِل‬
َ ََ ْ َْ َْ َ َ َ ََ ْ ُ َ ُْ َ
"Makna ‫( محمد رسول اهلل‬Muhammad utusan Allah) iaitu: Tiada yang boleh
diikuti (ditaati/diittiba') dengan hak kecuali Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-
sallam, selain Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam jika diikuti sedangkan
tidak ada dalilnya padanya, maka telah mengikuti kebatilan". 55

Dalil-dalil dari al-Quran pula ialah:

.‫اء قَلِ ْيالً َّما تَ َذ َّك ُر ْو َن‬ ِ ِِ ِ ِ ِ ِ ِ


َ َ‫اتَّبعُ ْوا َمآ اُنْ ِز َل الَْي ُك ْم م ْن َربِّ ُك ْم َوالَ َتتَّبعُ ْوا م ْن ُد ْونه اَ ْولي‬
"Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan janganlah kamu
mengikuti pemimpin-pemimpin selainNya. Amat sedikitlah kamu mengambil
pelajaran (daripadanya)".
.Al-'Araf, 7:3

‫ـج َر َبْيَن ُه ْم ثُ َّم الَ يَ ِج ُد ْوا ِفى اَْن ُف ِس ِه ْم‬ ِ ِ


َ ‫ك الَ ُي ْؤمُن ْو َن َحتَّى يُ َح ِّك ُم ْو َك فْي َما َش‬َ ِّ‫فَالَ َو َرب‬
.‫سلِّ ُم ْوا تَ ْسلِ ْي ًما‬
َ ُ‫ت َوي‬ َ َ‫َح َر ًجا ِم َّما ق‬
َ ‫ض ْي‬
"Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga
mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan,
kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap
putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya".
.An-Nisa', 4:65

‫ْخَي َرةُ ِم ْن‬


ِ ‫ضى اهلل ورسولُهُ اَمرا اَ ْن ي ُكو َن لَهم ال‬ ٍِِ ِ ِ
ْ ُ ْ َ ً ْ ْ ُ َ َ ُ َ َ‫َو َما َكا َن ل ُم ْؤم ٍن َوالَ ُم ْؤمنَة ا َذا ق‬
.‫ضالَالً ُّمبِْينًا‬ ِ
َ ‫ض َّل‬
َ ‫ص اهللَ َو َر ُس ْولَهُ َف َق ْد‬ ْ ‫اَ ْم ِره ْم َو‬
ِ ‫من َي ْع‬

"Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin dan tidak (pula) bagi
perempuan yang mukminah, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan
suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan

55. Lihat: ‫القول المفيد فى ادلة التوحيد‬. Hlm. 12. Muhammad Al-Yamani al-Wasabi
al-'Abdali. Maktabah ad-Diak

54
mereka. Dan sesiapa menderhakai Allah dan RasulNya maka sesungguhnya
dia telah sesat yang nyata".
.Al-Ahzab, 33:36
Dalil-dalil di atas menunjukkan bahawa seseorang mukmin tidak boleh
mengibadahi sesuatu dengan hak kecuali Allah Azza wa-Jalla dan tidak ada orang
yang boleh diikuti dengan hak kecuali Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam.

Begitu juga, wajib sentiasa diyakini oleh setiap orang-orang yang beriman
bahawa tidak dicipta jin dan manusia kecuali dengan tujuan supaya beribadah hanya
semata-mata kepada Allah 'Azza wa-Jalla Yang Esa. Sesiapa yang menyembah atau
mengibadahi selainNya maka dia telah melakukan dosa yang paling besar iaitu syirik
kepada Allah. Adapun firman Allah yang menjelaskan tentang tujuan manusia dan jin
dicipta:

, keyakinan akan wujudnya Allah tidak boleh dinafikan oleh fitrah (naluri) setiap
hamba yang berakal. Fakta ini ialah bersandarkan kepada nas-nas syara (dari al-
Quran, al-Hadith dan athar yang sahih). Para ulama usuluddin yang berpegang teguh
dengan manhaj Salaf as-Soleh meyakini bahawa pada rukun yang pertama ini
(Beriman kepada Allah) iaitu tentang wajibnya meyakini akan wujudnya Allah, maka
keyakinan ini memang tidak boleh dimungkiri oleh hati setiap insan kerana ia adalah
keyakinan yang semulajadi.

Menurut para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah, berkeyakinan tentang wujudnya


Allah terbahagi kepada empat bahagian (unsur) iaitu: Pertama: Keimanan secara
fitrah. Kedua: Keimanan melalui akal. Ketiga: Keimanan melalui syara. Dan
keempat: Keimanan melalui perasaan. 56

56. ‫ نبذة فى العقيدة‬Hlm. 15. Mohammad bin Soleh al-Uthaimin.

55
Dalil Pertama: Secara Fitrah

Di dalam hati setiap Bani Adam telah wujud perasaan secara fitrah yang
meyakinkan akan wujudnya Allah Subhanahu wa-Ta'ala. Ia merupakan kepercayaan
secara semulajadi yang dengan sendirinya memberi kesedaran kepada diri seseorang
insan tentang kebesaran Allah. Fitrah ini tersemat di hati setiap manusia, yang mana
secara tabiinya mereka mengakui akan wujudnya Allah Subhanahu wa-Ta'ala dan
keAgungannNya sebagai Pencipta sekalian alam yang nyata dan alam yang ghaib.
Fitrah ini tidak ada siapa yang boleh mengubahnya:

ِ ‫اهلل الَّتِى فَطَر النَّاس َعلَْي َها الَ َت ْب ِديْل لِ َخل ِْق‬
.‫اهلل‬ ِ ‫ت‬ َ ‫ِفط َْر‬
َ َ َ
"(Tetaplah atas) fitrah Allah yang telah mencipta menusia menurut fitrah
itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah".
.Ar-Rum, 30:30
Menurut penjelasan dari al-Quran, hadith-hadith yang sahih dan qaul-qaul
ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah bahawa keimanan dalam hal ketuhanan secara fitrah
atau tabii ini akan tetap berlaku di dalam jiwa setiap diri (individu, insan atau
makhluk yang berakal) tanpa pengecualian bangsa, agama, kedudukan, tempat,
persekitaran, situasi dan iklim. Firman Allah:

ُ ‫اد َم ِم ْن ظُ ُه ْو ِر ِه ْم ذُ ِّر َّيَت ُه ْم َواَ ْش َه َد ُه ْم َعلَى اَْن ُف ِس ِه ْم اَلَ ْس‬ ِ َ ُّ‫واِ ْذ اَ َخ َذ رب‬
‫ت‬ َ ‫ك م ْن بَنِى َء‬ َ َ
‫بَِربِّ ُك ْم قَالُْو‬

"Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam


dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya
berfirman:) Bukankah Aku ini Tuhanmu? Mereka menjawab, benar (Engkau
Tuhan kami), kami menjadi saksi, (Kami lakukan yang demikian itu) agar di Hari
Kiamat kamu tidak mengatakan sesungguhnya Kami (bani Adam) adalahn orang-
orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)".
.Al-'Araf, 7:172
Namun keimanan ini boleh berubah kemudiannya iaitu bertukar setelah ia
dewasa lantaran beberapa punca terutamanya ialah pengaruh luaran dan menuruti
perasaan. Ini berlaku dikeranakan oleh beberapa sebab atau faktor, antaranya ialah:

1- Pertama: Berubah menjadi kafir atau syirik disebabkan tidak mendapat hidayah
dari Allah Subhanahu wa-Ta'ala melalui rasulNya, berubah yang berpunca dari
pengaruh orang-orang di persekitarannya atau berpunca dari sikap dan hawa
nafsunya yang suka menentang kebenaran.
2- Kedua: Disebabkan menerima akidah (kepercayaan agama) selain dari yang telah
disyariatkan oleh Allah.

3. Ketiga: Menolak atau menentang syariat Islamiyah yang


disampaikan kepadanya.
4- Keempat: Meninggalkan atau mengabaikan wahyu dari Allah yang berupa
al-Quran dan as-Sunnah.

Hakikat ini adalah suatu realiti yang tidak dapat dinafikan kebenarannya kerana
ia telah dinyatakan oleh Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam dalam sebuah
hadithnya yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari:

.‫سانِ ِـه‬ ِ ِ ِّ َ‫ فَأبـواهُ يـه ِّو َدانِ ِـه أو يـن‬، ‫ما ِمن مولُو ٍد إالَّ يـولَ ُد َعلَى ال ِْفطْر ِة‬
َ ‫ـص َرانـه ْأو يُ َـم ِّج‬ ُ ْ َُ ََ َ ُْ ْ َْ ْ َ
"Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah. Maka kedua
ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau memajusikannya". 57

Hadith sahih ini menegaskan bahawa setiap anak yang dilahirkan adalah dalam
keadaan fitrah (dijadikan dalam keadaan bersih akidahnya). Jika ia mati sebelum
sampai ke peringkat umur akil yang baligh (berakal) maka kematiannya adalah
58 59

dalam keadaan bersih (bersih dari segala dosa, kekafiran atau kesyirikan) kerana ia
mati dalam keadaan fitrah. Di hari penghisaban ia tidak dihisab dan tidak dimasukkan
ke neraka walaupun ia dilahirkan oleh seorang Yahudi, Nasrani atau Majusi. Tetapi
jika sekiranya ia mati setelah ia menjadi seorang dewasa yang baligh dan berakal,
kemudian dikafirkan akidahnya oleh kedua orang tuanya atau ia dengan sendirinya
memilih agama selain dari agama Islam, atau juga bersebab dari beberapa sebab yang
dinyatakan di atas, maka kematiannya itu adalah dalam kekafiran.

57. H/R Bukhari.


58. Akil: Orang yang berakal, boleh berfikir, mempertimbangkan dan
memikirkan mana yang baik dan mana yang buruk.
59. Baligh: Orang yang telah berakal dan telah sampai umur dewasa.

57
Dalil Kedua: Akal (Logika)

Naluri semua insan yang terdahulu, yang kemudian dan sehinggalah ke Hari
Kiamat meyakini adanya Tuhan Yang Maha Pencipta. Mereka tidak dapat menafikan
hakikat (kenyataan) ini, jika tidak demikian, bagaimana mereka boleh wujud dan juga
segala-galanya boleh ada.

Akal fikiran manusia pasti mengakui wujudnya ilah kerana semuanya ini tidak
mungkin tercipta dengan cara kebetulan. Tidak ada suatu benda menjadikan dirinya
sendiri kerana sebelum dia wujud dia tidak pernah ada dan kemudian bagaimana
boleh tercipta.

Akal yang dimaksudkan di sini ialah akal yang dihati, sebagaimana hadith dari
Ali bin Abi Talib radiallahu 'anhu berkata:
ِ ‫اَل َْع ْق ُل فِى الْ َقل‬
‫ْب‬
"Akal itu di dalam hati" 60

Al-Quran telah menjeleskan hakikat akal di dalam hati yang digunakan untuk
memikarkan dan memehami segala sesuatu:

‫ب الَّ َي ْف َق ُه ْو َن بِ َها‬
ٌ ‫لَ ُه ْم ُقلُ ْو‬
"Mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami
(ayat-ayat Allah)".
.Al-'Araf, 7:179
Allah Azza wa-Jalla telah menerangkan tentang fungsi akal fikiran di dalam
hati untuk memahami ayat-ayat Allah. Dengan mengunakan akal tersebut seseorang
hamba mempercayai adanya Tuhan Yang Maha Pencipta. Mustahil manusia boleh
menyangkal atau menafikan kenyataan yang Allah Subhanahu wa-Ta'ala telah
nyatakan dalilnya di dalam kitabNya. Hanya mereka yang kufur sahaja tidak dapat
menerima dalil yang Allah sampaikan sebagaimana yang terdapat di dalam al-Quran:

.‫اَ ْم ُخلِ ُق ْوا ِم ْن غَْي ِر َش ْي ٍء اَ ْم ُه ُم الْ َخالِ ُق ْو َن‬

"Apakah mereka telah diciptakan tanpa sesuatupun, atau mereka yang


menciptakan (diri mereka sendiri)?".
.Ath-Thur, 52:35

60. H/R Bukhari.


Ayat di atas menjelaskan bahawa siapapun dari kalangan Bani Adam tidak
akan terjadi (wujud) tanpa pencipta yang menciptakan mereka, kerana mereka tidak
mampu untuk mencipta diri mereka sendiri dan mustahil wujud dengan sendirinya.
Oleh kerana itulah Jubair bin Mut'im terus beriman setelah mendengar ayat di atas
dibacakan kepadanya, kerana itu adalah fitrah. Dan seterusnya beliau
menyempurnakan keimanannya dan berkata:

َ ِ‫اد َق ْلبِ ْي اَ ْن يَ ِط ْي َر َو َذل‬


.‫ك اَ َّو ُل َما َو َق َر اْ ِاليْ َما ُن فِى َق ْلبِ ْي‬ َ ‫َك‬
"(Diketika mendengar ayat tersebut) hatiku hampir terbang, itulah awal
pertama terbentuknya keimanan di hatiku". 61

Hati manusia adalah sebuah fitrah jika tidak dikotori dengan najis kekufuran
dan penyakit hati yang tidak boleh diobati kecuali dengan petunjuk al-Quran. Kerana
Allah yang mencetak kebaikan (keimanan), maka sibgha (ٌ‫" ) ِص ْبغَة‬celupan" atau
"cetakan" Allah iaitu iman kepadaNya adalah fitrah yang paling sempurna
sebagaimana firmanNya:

.‫ص ْبغَةً َونَ ْح ُن لَهُ َعابِ ُد ْو َن‬ ِ ‫اهلل ومن اَ ْحسن ِمن‬
ِ ‫اهلل‬ ِ ِ
َ ُ َ ْ َ َ َ‫ص ْبغَة‬
"Sibgah Allah. Dan Siapakah yang lebih baik sebgahnya dari pada Allah?
Dan hanya kepadaNyalah kami menyembah".
.Al-Baqarah, 2:172

61. H/R Bukhari.

59
Dalil Ketiga: Dari Syara

Semua kitab-kitab samawi yang telah diturunkan kepada para rasul pasti
memperkatakan tentang wujudnya Allah Yang Esa sebagai pencipta sekalian alam.
Tidak akan didatangkan walau sebuah kitab kecuali dipenuhi dengan penjelasan
tauhid dan diiringi pula dengan mengajarkan tentang peraturan hukum ahkam.
Semua kitab-kitab yang diturunkan kepada para rasul telah menjelaskan bahawa ia
datangnya dari Rabb Yang Maha Mengetahui segala keperluan hamba-hambaNya.
Ianya juga sebagai pengkhabaran dari Maha Pencipta yang menunjukkan bahawa Dia
adalah sebenar-benar Tuhan yang berkuasa dan membuktikan segala apa yang
dikhabarkan adalah benar. Allah berfirman:

.‫ك ِم ْن َّر ُس ْو ٍل اِالَّ ُن ْو ِحى اِلَْي ِه اَنَّهُ الَ اِلَهَ اِالَّ اَنَا فَا ْعبُ ُد ْو ِن‬
َ ِ‫َو َما اَ ْر َسـلْنَا ِم ْن َقْبل‬
"Dan Kami tidak mengutus seorang rasulpun sebelum kamu, melainkan
Kami wahyukan kepadanya bahawa tidak ada Tuhan (yang hak) melainkan
Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku".
.Al-Anbiya, 21:25
Dalil Keempat: Dari Daya Indera

Menurut ahli ilmu, dalil dan tanda tentang adanya keyakinan di hati manusia
tentang wujudnya Allah melalui daya perasaan atau daya indera, ia dapat dilihat dan
dibuktikan melalui dua sudut (cara):

1- Pertama: Melalui sesuatu yang dapat dirasakan, dilihat dan didengar oleh daya
perasaan atau indera yang telah dibekalkan oleh Allah kepada semua manusia.
Contohnya, kita pernah mendengar atau melihat bagaimana seseorang yang di
dalam kesulitan atau bahaya, ia akan memohon terus kepada Allah tanpa melalui
perantaraan, tujuannya dan harapannya supaya segera dikabulkan oleh Allah
segala doanya (permohonan/seruannya). Kejadian ini menjadi dalil yang jelas
tentang adanya daya perasaan pada diri insan tersebut yang meyakini akan
wujudnya Allah sebagai Rabb yang dapat menyelamatkan dirinya dari bahaya
dan kesulitan.

Kita juga telah mengetahui dan membaca cerita dari al-Quran bagaimana Allah
Subhanahu wa-Ta'ala yang sifatnya Pengasih dan Penyayang mengabulkan doa
seseorang yang dalam keadaan kesukaran dan terdesak. Kejadian seperti ini
telah digambarkan oleh Allah di beberapa ayat di dalam firmanNya. Antaranya:

ِ ‫اسـتَ َج ْـبـنَا لَهُ َفنَ َّج ْـينَاهُ َواَ ْهلَهُ ِم َن الْ َك ْر‬
.‫ب ال َْع ِظ ْي ِم‬ ِ َ‫و ُنوحـا اِ ْذ ن‬
ْ َ‫ـل ف‬
ُ ‫ـادى م ْن َقْب‬
َ ًْ َ
"Dan ingatlah kisah Nuh, sebelum itu ketika dia berdoa dan Kami
memperkenankan doanya, lalu Kami selamatkan dia termasuk orang-orang
yang soleh".

.‫اب لَ ُك ْم‬ ِ ِ
َ ‫استَ َج‬
ْ َ‫ا ْذ تَ ْستَغ ْي ُث ْو َن َربَّ ُك ْم ف‬
"(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu
diperkenankanNya bagimu".
.Al-Anfal, 8:9
2- Kedua: Melalui (menggunakan) akal, daya perasaan, indera atau deria untuk
memahami berita dan tanda-tanda tentang wujudnya Allah yang dikhabarkan
oleh para Nabi dan Rasul, terutama khabar dari kitab terakhir iaitu al-Quran yang
berupa mukjizat. Ini pun jika seseorang itu mahu mendengar, membaca,
mempelajari dan mengimani segala apa yang terkandung di dalam kitab tersebut.
Pengertian Tauhid

Menurut definisi Bahasa Arab, kalimah tauhid ialah berasal dari kata kerja
wahada (‫ ) َو َح َد‬Atau masdar dari kalimah ‫ َت ْو ِحْي ًدا‬- ‫ ُي ّو ِّح ُد‬- ‫ َو َّح َد‬yang membawa maksud:
"Mengesakan" atau "Menunggalkan/Menjadikannya satu". Antara pengertian tauhid
ialah: "Menafikan yang berbilang-bilang". Misalnya: (‫" ) َو ِاح ُد َز َمانِ ِه‬Orang yang tiada
duanya di zamannya, baik di bidang ilmu pengetahuan, kebijaksanaan atau
kedermawanan dan lainnya". Tauhid menurut pengertian bahasa ialah (‫" )اَ ِالف َْراد‬Yang
Tunggal". 62

Tauhid menurut ta'rif syara pula ialah:

"Mengesakan Allah Ta'ala pada Rububiyah, Ilahiyah (sembahan) dan pada


kesempurnaan nama-nama dan sifat-sifatNya". Atau: 63

"Ilmu yang dengannya kita boleh memantapkan akidah-akidah agama


dengan dalil-dalilnya yang bersifat mutlak".

Ditakrifkan juga dengan:

"Menafikan adanya sekufu (setara), setaraf dan semisal pada zat Allah,
sifatNya dan perbuatanNya. Menafikan adanya sekutu pada penciptaanNya
begitu juga dalam mengibadahiNya". 64

Namun, perlu diketahui bahawa ada perbezaan antara akidah dengan tauhid.
Akidah lebih luas dari tauhid. Tauhid menetapkan kebenaran dengan dalilnya sahaja,
sedangkan akidah disamping menetapkan kebenaran juga menolak syubahat,
menjelaskan perkara-perkara yang merosak kesahihan suatu dalil yang berbentuk
khilafiyah dan membahas agama secara terperinci. Begitu juga beriman kepada kitab,
para rasul, para malaikat, Hari Kiamat dan takdir termasuk dalam persoalan akidah.

Tauhid juga lawannya syirik dan sesungguhnya tauhid yang sempurna ialah
setelah berilmu dan memahami persoalannya sehingga menyedari dan mengiktiraf
keEsaan Rabb (Tuhan), mengakui kesempurnaan sifatnya dan berikrar bahawa Allah
itu Tunggal, memiliki sifat-sifat Yang Agung dan Maha Besar sehingga hanya Dia
sahaja yang disembah (diibadahi). 65

Faedah mengenal dan memahami tauhid ialah ianya dapat menyelamatkan


akidah dan amal ibadah seseorang hamba dari dicemari oleh apapun jenis kesyirikan.
62. Lihat: ‫ الجديد شرح الكتاب التوحيد‬hlm. 17. Syekh Muhammad bin Abdul Aziz as-Sulaiman al-Qar'awii.
Tahqiq Muhammad bin Ahmad Said Ahmad. Maktabah as-Siwadi. Saudi Arabia.
63. Ibid.
64. Lihat: ‫ عقيدة المؤمن‬Hlm. 85. Abu Bakar Jabir al-Jazairi.

65. Lihat: )‫العقيدة االسالمية (المجموعة الكاملة لمؤلفات عبدالرحمن بن ناصرالسعدي‬. Hlm. 10.
Syirik termasuk dosa yang paling besar yang tidak terampun jika pelakunya tidak
bertaubat sebelum ia mati. Di akhirat kelak tergolong dalam kalangan orang-orang
yang paling rugi kerana akan dikekalkan di dalam neraka.

Tauhid merupakan hidayah (petunjuk) untuk seseorang semasa di dunia dan


natijahnya dapat menghapuskan dosa-dosa yang menjadi penyebab seseorang itu ke 66

neraka sebagaimana firman Allah:

ِ ِ‫اَلَّ ِذين ءامنوا ولَم ي ْلب‬


َ ِ‫س ْوا ايْ َما َن ُه ْم بِظُل ٍْم اُ ْولَئ‬
.‫ك لَ ُه ُم اْالَ ْم ُن َو ُه ْم ُم ْهتَ ُد ْو َن‬ ُ َ ْ َ ْ َُ َ َ ْ
"Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka
dengan kezaliman (syirik) mereka itulah orang-orang yang mendapat
keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk".
.Al-An'am, 6:82

ِ ِ ِ ِ ِ
َ ‫ َح ُّـق الْعبَاد َعلَى اهلل اَ ْن الَ ُي َع ِّذ‬: ‫صـلَّى اهللُ َعلَ ْـيـه َو َسـلَّ َم‬
َ‫ب َم ْن ال‬ َ ‫ال َر ُس ْـو ُل اهلل‬َ َ‫َوق‬
.‫يُ ْش َر َك بِ ِه َش ْيئًا‬
"Hak seorang hamba dari Allah ialah tidak akan diazab sesiapa yang tidak
melakukan kesyirikan terhadapNya dengan sesuatu". 67

Telah diketahui oleh setiap orang-orang yang beriman dan berilmu, bahawa isi
kandungan al-Quran keseluruhannya adalah hidayah yang mengarah kepada tauhid
dan pemahamannya dalam ibadah atau penyembahan, iaitu hanya menyembah dan
beribadah dengan penuh ketaatan dan keikhlasan kepada Allah Subhanahu wa-Ta'ala
semata tanpa disekutukan dengan makhlukNya. Sebagaimana Allah berfirman:

. ‫ َما اُ ِريْ ُد ِم ْن ُه ْم ِم ْن ِر ْز ٍق َو َما اُ ِريْ ُد اَ ْن يُط ِْع ُم ْو َن‬. ‫س اِالَّ لَِي ْعبُ ُد ْو ِن‬ ِ ِ ُ ‫وما َخلَ ْق‬
َ ْ‫ت الْج َّن َواْالن‬ ََ
.‫الرزَّا ُق ذُ ْو الْ ُق َّو ِة ال َْمتِْين‬ ِ
َ ‫ا َّن اهللَ ُه َو‬
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka
menyembahKu. Aku tidak menghendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan Aku
tidak menghendaki supaya mereka memberi Aku makan. Sesungguhnya Allah
Dialah Maha Pemberi rezeki Yang Mempunyai Kekuatan Sangat Kukuh".

66. Lihat: ‫مختصر العقيدة االسالمية من الكتاب والسنة الصحيحة‬. Hlm. 10. Muhammad
bin Jamil Zinu.
67. Hadith Mutafaq 'alaihi.

63
.Az-Zariyat, 51:56
Erti dari kalimah (‫" ) َي ْعبُ ُد ْو ِن‬Mereka menyembah" pada ayat di atas ia memberi
maksud (‫ ) ُي َو ِّح ُد ْو ِن‬iaitu:

"Mereka (hendaklah) mengesakan (tidak menyekutukan) penyembahan dan


apa sahaja jenis ibadah maka ia hanya untuk Allah".

Adapun antara pengertian ibadah ialah:

"Nama bagi keseluruhan apa sahaja yang dicintai dan diredhai oleh Allah,
sama ada berbentuk perkataan (percakapan) atau amal yang zahir atau
batin". 68

Ayat di atas ini menjelaskan bahawa hikmah atau tujuan diciptakan jin dan
manusia adalah semata-semata supaya menyembah Allah Yang Esa dan mengkufuri
semua ketuhanan selain Dia. Wajib bagi mereka meyakini bahawa Allah pemberi
rezeki yang sebenarnya yang tidak pernah meminta balasan di atas segala
pemberianNya, apa yang diserukan olehNya melalui RasulNya ialah agar taat,
menyembah, mentauhidkanNya dan sekali-kali tidak melakukan kesyirikan
terhadapNya sama ada syirik besar atau kecil.

Dilarang juga dari mensetarakan, mensekufukan, memisalkan dan


menyamakan Dia dengan makhlukNya sama ada zat atau sifat-sifatNya. Antara dalil
dari al-Quran yang menjelaskan bahawa tiada sesuatu yang setanding, setara atau
sekufu dengan Allah ialah firmanNya:

. ‫ َولَ ْم يَ ُك ْن لَهُ ُك ُف ًوا اَ َح ٌد‬. ‫ لَ ْم يَلِ ْد َولَ ْم ُي ْولَ ْد‬. ‫الص َم ُد‬
َّ ُ‫ اَهلل‬. ‫قُ ْل ُه َو اهللُ اَ َح ٌد‬
"Katakanlah! Dialah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang
bergantung kepadaNya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula
diperanakkan. Dan tidak ada seseorang yang setara (sekufu/setanding)
dengan Dia".
.Al-Ikhlas, 112:1-4
Sekalian manusia diseru agar tidak menyekutukan Allah dengan makhlukNya.
Ada banyak dalil yang menafikan bolehnya menyekutukan Allah dalam menyeru dan
mengibadahiNya, antaranya ialah firman Allah:

68. Lihat: ‫الجديد شرح كتاب التوحيد‬. Syeikh Muhammad bin Abdulaziz as-
Sulaiman Al-Qar'awii.

64
ِّ ‫اي َو َم َماتِ ْي لِلَّ ِه َر‬
.‫ب ال َْعالَ ِم ْي َن‬ ِ ُ‫قُل اِ َّن صالَتِي ون‬
َ َ‫سك ْي َو َم ْحي‬ ُ َ ْ َ ْ
ُ ‫ك اُِم ْر‬
.‫ت َواَنَا اَ َّو ُل ال ُْم ْسلِ ِم ْي َن‬ َ ِ‫ك لَهُ َوبِ َذل‬
َ ْ‫الَ َش ِري‬
"Katakanlah! Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku
hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta Alam. Tiada sekutu bagiNya dan
demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang
pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)".
.Al-An'am, 6:162-163
Segala jenis ibadah jika dikerjakan dengan penuh keikhlasan hanya semata-
mata kerana Allah, maka itulah yang dinamakan tauhid, sebaliknya jika untuk
selainNya maka itulah pula yang dinamakan syirik besar yang boleh menyebabkan
pembuatnya dikekalkan di dalam neraka.

Begitulah juga jika sesuatu ibadah disekutukan kepada makhluk, iaitu dengan
mengalihkan niatnya kepada yang selain Allah 'Azza wa-Jalla, tidak kira sama ada
yang menjadi sekutunya itu malaikat, nabi, wali, kuburan orang soleh, keramat, jin,
pohon, batu atau selainnya maka berpunca dari penyekutuan niat tersebut ia telah
melakukan perbuatan syirik yang besar. Firman Allah: 69

‫ب لَهُ اِلَى َي ْوِم ال ِْقيَ َام ِة َو ُه ْم َع ْن‬ ِ ِ ِ ِ ِ َ َ‫ومن ا‬


ُ ‫ض ُّل م َّم ْن يَ ْدعُ ْوا م ْن ُد ْون اهلل َم ْن الَّ يَ ْستَج ْي‬ ْ ََ
.‫ُد َعآئِ ِه ْم غَافِلُ ْو َن‬
"Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang menyembah
sembahan-sembahan selain Allah yang tiada dapat memperkenankan (doa)nya
sampai Hari Kiamat dan mereka lalai dari memperhatikan doa mereka".
.Al-Ahqaaf, 46:5
Maksud sembah yang terdapat di dalam ayat ini ialah hanya dengan cara
memohon/menyeru/berdoa (ُ‫ )يَ ْدع‬selain Allah. Si penyeru pula lalai kerana
kejahilannya sehingga tidak menyedari bahawa makhluk yang diseru itu tidak mampu
memperkenankan seruan atau permintaannya, akhirnya ia lebih sesat dari penyembah
berhala kerana selain menyeru Allah dia telah mempersekutukan seruannya dengan
makhlukNya. Di ayat yang lain Allah berfirman:

69. ‫الدعوة السلفية فى مفهومها الصحيح عقيدة وعبادة‬. Sa'duddin bin Muhammad al- Kasbi.

65
‫سـابُهُ ِعْن َد َربِِّه اِنَّهُ الَ ُي ْف ِل ُح‬ ِ ِ ِِ ِِ
َ ‫َو َم ْن يَ ْدعُ َم َع اهلل الَ ًها َءا َخ َر الَ ُب ْر َها َن لَهُ به فَانَّ َما ح‬
.‫الْ َكافِ ُر ْو َن‬

"Dan barangsiapa menyembah tuhan yang lain di samping Allah, padahal


tidak ada suatu dalilpun baginya tentang itu, maka sesungguhnya
perhitungannya di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir itu
tiada beruntung".
Al-Mukminun, 23:117

Antara pengertian kalimah (ُ‫ )يَ ْدع‬dalam ayat ini ialah "Mereka yang sedang
menyembah". Ini bermakna "doa/seruan" yang secara istilah bererti "ibadah", maka
jika ianya dilakukan kepada selain Allah jelaslah perbuatan tersebut diharamkan,
kerana ia membawa kepada kesesatan, kekufuran dan kesyirikan yang nyata kerana
menyembah selain Allah Subhanahu wa-Ta'ala. Allah berfirman:

.‫اخ َر الَ اِلَهَ اِالَّ ُه َو‬ ِ ِ ‫والَ تَ ْدع مع‬


َ ‫اهلل الَ ًها َء‬ ََ ُ َ
"Janganlah kamu seru (sembah) disamping (menyembah) Allah, tuhan
apapun yang lain. Tidak ada Tuhan (yang berhak diibadahi) melainkan Dia".
.Al-Qashash, 28:88

66
Tauhid Adalah Inti Dan Benteng Keimanan

Memberi perhatian kepada al-Quran, mempelajari dan mengamati segala ayat-


ayatnya merupakan saluran utama memperolehi ilmu yang mengenalkan manusia
tentang hakikat tauhid, iaitu mempelajarinya secara terperinci atau menyeluruh yang
tidak boleh didapati pada selain dari al-Quran. Kemudian, sesiapa yang mati 70

sedangkan dia benar-benar tahu (berilmu) dan yakin tentang tauhid maka dia masuk
syurga. Keyakinan adalah kesempurnaan ilmu, dengannyalah dapat dihilangkan segala
syak dan keraguan. 71

Oleh kerana hanya kalimah tauhid ini sahaja yang dapat menyelamatkan
seseorang dari terjerumus ke neraka atau dikekalkan di dalamnya, maka Allah
Subhanahu wa-Ta'ala telah mewajibkan kepada sekalian hambaNya agar terlebih
dahulu mengenali dan mengetahui makna, pengertian, rukun dan syarat-syarat tauhid
dan kalimahnya. Memahami dan mengetahui segala rukun dan syarat kalimah tauhid
adalah dituntut oleh syara, kemudian amat digalakkan agar sentiasa meminta
keampunan kepada Allah dengan keyakinan dan bertawassul melalui tauhid supaya di
akhirat kelak dimasukkan ke syurga.

Adapun perintah supaya mempelajari, memahami atau mengetahui ilmu tauhid,


ianya telah dijelaskan di dalam firman Allah Azza wa-Jalla dan di hadith-hadith yang
sahih. Firman Allah:

ِ ِ
َ ِ‫اسَتغْ ِف ْر لِ َذنْب‬
.‫ك‬ ْ ‫فَا ْعلَ ْم اَنَّهُ الَ الَهَ االَّ اهللُ َو‬
"Maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan (Yang Hak
diibadahi) melainkan Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu".
.Muhammad, 47:19
Hakikat ini juga telah dijelaskan oleh Rasulullah sallahu 'alaihi wa-sallam
melalui sabda baginda:

ِ ِ
َ ‫ات َو ُه َو َي ْعلَ ُم اَنَّهُ الَ الَهَ االَّ اهللُ َد َخ َل ال‬
.َ‫ْجنَّة‬ َ ‫َم ْن َم‬
"Sesiapa yang mati sedangkan dia tahu akan pengertian (ُ‫( )الَ اِلَهَ اِالَّ اهلل‬Tiada
tuhan yang berhak diibadahi melainkan Allah) maka dia masuk syurga". 72

70. ‫ تفسير ابن سعدي‬Jld. 5. Hlm. 30.


Lihat:
71. Lihat: ‫ تيسير اإلله بشرح ادلة شروط ال اِله اال اهلل‬hlm. 10. Ubaid bin Abdullah bin

Sulaiman Al-Jabiri.
72. H/R Muslim, Kitab al-Iman.
.ُ‫الذ ْك ِر اَنَّهُ الَ اِلَهَ اِالَّ اهلل‬
ِّ ‫ضل‬
ُ َ ْ‫اَف‬
"Zikir yang paling utama ialah (berzikir dengan lafaz) bahawa tiada Tuhan
selain Allah".

Diriwayatkan oleh Abdullah bin Buraydah, daripada bapanya beliau berkata:


"Bahawasanya Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam pernah mendengar seorang
lelaki menyebutkan":

‫الص َم ُد الَّ ِذ ْي لَ ْم يَلِ ْد‬ ِ ِ ِ


َّ ‫ت اْالَ َح ُد‬ َ ْ‫ت اهللُ الَ الَهَ االَّ اَن‬ َ ْ‫ك اَن‬َ َّ‫ك بِاَنِّ ْي اَ ْش َه ُد اَن‬
َ ُ‫اَللَّ ُه َّم انِّ ْي اَ ْساَل‬
.‫ْت اهللَ َع َّز َو َج َّل بِِا ْس ِم ِه اْأل ْعظَم‬ َ ‫ َساَل‬: ‫ال‬ َ ‫ َف َق‬. ‫ َولَ ْم يَ ُك ْن لَهُ ُك ُف ًوا اَ َح ٌد‬، ‫َولَ ْم ُي ْولَ ْد‬
"Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada Engkau dengan
bersaksikan bahawa Engkau adalah Allah, tiada Tuhan (yang berhak
diibadahi) selain Engkau, Engkaulah Tuhan yang Maha Esa, tempat memohon
pertolongan, Engkau Tuhan yang tidak beranak, tidak pula diperanakkan dan
tiada sesiapa pun yang sebanding dengan Engkau. Maka Rasulullah
bersabda: Sesungguhnya engkau telah meminta kepada Allah 'Azza wa-Jalla
dengan namaNya yang Agung".

Sebagaimana yang telah dijelaskan bahawa tauhid merupakan bahagian paling


penting menurut keseluruhan pandangan Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj
Salaf as-Soleh. Bahagian ini wajib difahamai secara utuh agar nampak terbukti
dalam kehidupan seseorang yang beriman. Oleh itu, tauhid perlu difahami melalui
dalil atau nas-nas al-Quran, as-Sunnah, athar sahabat dan akal yang rasional.

Menurut keterangan para ulama usuluddin dari kalangan Ahli Sunnah wal-
Jamaah yang bemanhaj Salaf as-Soleh, bahawa inti keimanan kepada Allah
Subhanahu wa-Ta’ala ialah tauhid (mengesakan Allah), iaitu mengimani tentang
kewujudan dan keesaanNya. Tauhid ini pula (menurut kesepakatan mereka)
diklasifikasikan kepada tiga, iaitu:

Pertama: Tauhid rububiyah

Kedua: Tauhid uluhiyah.

Ketiga: Tauhid asma, wa as-sifat wa-az-zat.

Di bawah ini dibawakan penjelasan tentang ketiga-tiga tauhid tersebut secara


terperinci:
Pertama: Tauhid Rububiyah

68
Rububiyah merupakan kata yang dinisbatkan kepada salah satu nama Allah
Subhanahu wa-Ta'ala iaitu "Rabb" (‫ب‬ ٌّ ‫) َر‬. Rububiyah (ُ‫ )اَ ُّلر ُب ْوبِيَّة‬juga diambil dari kata
dasar ar-rabb (‫ب‬ ُ ‫ )اَ َّلر‬yang mempunyai beberapa makna antaranya: (‫لسيِّ ُد‬ ُ ِ‫)اَ ْلماَل‬
َّ َ‫" )ا‬Tuan", (‫ك‬
"Raja", (‫" )اَل ُْم َربِّى‬Pemelihara" (‫َّص ُر‬ ِ ‫" )اَلْم‬Pembaharu
ْ ‫" )ألن‬Penolong" (‫" )الولي‬Wali" dan (‫صل ُح‬ ْ ُ
atau yang memperbaiki". 73

Tauhid Rububiyah bermakna beriman terhadap kerububiyahan Allah


Subhanahu wa-Ta'ala. Maksud sebenar tauhid rububiyah ialah berikrar dengan
sepenuh keyakinan berserta keimanan yang teguh, kukuh, mantap, beristiqamah tanpa
berbelah bagi, tidak merasa waswas dan tidak ragu bahawa hanya Allah sahaja satu-
satuNya Rabb (Tuhan) Yang Maha Tunggal, Pencipta segala yang wujud, Pemberi
rezeki yang rezekiNya meliputi semua hambaNya, yang Menghidup dan Mematikan,
Memberi mudarat dan manfa'at serta Memberi dan Mencabut pemberianNya. Hanya
Dia Yang berwenang memperlakukan alam semesta ini sesuai dengan kehendakNya
berdasarkan kesempurnaan ilmu serta kuasaNya yang mutlak dan segala-galanya
adalah di tanganNya.

Sesiapa yang percaya ada tuhan selain Allah mencipta sekalian apa yang ada,
maka dia adalah seorang yang kufur dan murtad kerana secara ringkas dalam
terminologi syariat Islam, istilah Tauhid Rububiyah bererti juga:

"Meyakini bahawa hanya Allah sahaja satu-satunya Pencipta, Pemilik,


Pengendali alam raya yang dengan takdirNya Ia menghidupkan dan
mematikan serta mengendalikan alam dengan sunnah-sunnahNya"

Ungkapan di atas yang menyentuh tentang rububiyah telah diperjelas oleh


Muhammad bin Abdul Wahab bin Ali al-Yamani:

"Tauhid rububiyah ialah mentauhidkan Allah dalam segala perbuatannya,


yang bermakna bahawa hanya Allah sahaja yang mencipta, mengurus dan
mewujudkan segala kejadian ini dari tiada kepada ada tanpa ada sekutu dan
penolong dalam segala penciptaanNya". 74

Tauhid Rububiyah mencakupi dimensi-dimensi keimanan dalam mengimani:

73. Sebahagian dari pengertian ini boleh di dapati di dalam buku ‫ عقيدة المؤمن‬Hlm. 87. Abu Bakar Jabir al-
Jazairi.
74. Lihat: ‫ القول المفيد فى ادلة التوحيد‬hlm.33. Muhammad bin Abdul Wahab bin
Ali al-Yamani al-Wahabi al-'Abdali, Maktabah ad-Diyak.

69
Pertama: Beriman kepada segala perbuatan Allah yang bersifat umum. Misalnya
Mencipta, Memberi rezeki, Menghidupkan, Mematikan, Menguasai dan
sebagainya.

Kedua: Beriman kepada qada' dan qadar Allah.

Ketiga: Beriman kepada Zat Allah Subhanahu wa-Ta'ala.

Dalil-dalil yang menjadi landasan dan menunjukkan bahawa hanya Allah


Subhanhu wa-Ta'ala sahaja satu-satunya Rabb sekalian alam dan (Tuhan) sebenar
pencipta segala yang ada ialah melalui firmanNya:

.‫ب ال َْعالَ ِم ْي َن‬ ِ ‫اَلْحم ُد‬


ِّ ‫ِهلل َر‬ َْ
"Segala puji bagi Allah, Rabb (Tuhan/Pencipta) semesta alam".
.Al-Fatihah, 1:1
Ayat seperti ini diulang-ulang dan terdapat ditujuh surah di dalam al-Quran,
iaitu dalam surah: Al-Fatihah, 1. Al-An'am, 45. Yunus, 10. As-Safat, 182. Az-
Zumar, 75 dan Ghafir (Al-Mukmin), 65.

Dan seterusnya firman Allah:

ِ ‫السماو‬
ِ ‫ات َواْالَ ْر‬
.ُ‫ض قُ ِل اهلل‬ َ َ َّ ‫ب‬
ُّ ‫قُ ْل َم ْن َّر‬
"Katakanlah!: Siapakah Rabb (Tuhan pencipta) langit dan bumi?
Katakanlah!: Allah".
.Ar-Ra'd, 13:16

‫ْح َّي‬ ُ ِ‫ض اََّم ْن يَ ْمل‬ ِ ‫السم‬


ِ ‫آء َواْالَ ْر‬
َ ‫ِج ال‬ ُ ‫ص َار َو َم ْن يُ ْخر‬ َ ْ‫الس ْم َع َواْالَب‬
َّ ‫ك‬ َ َّ ‫قُ ْل َم ْن َي ْر ُزقُ ُك ْم ِّم َن‬
.‫سَي ُق ْولُْو َن اهللُ َف ُق ْل اَفَالَ َتَّت ُق ْو َن‬ ِ َ ِّ‫ت وي ْخرِج الْمي‬ ِ ِ
َ َ‫الح ِّي َو َم ْن يُ َد ِّب ُر اْالَ ْم َر ف‬
َ ‫ت م َن‬ َ ُ ُ َ ِّ‫م َن ال َْمي‬
"Katakanlah! Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan
bumi atau siapakah yang kuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan,
dan siapakah yang mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah
yang mengatur segala urusan? Maka mereka akan katakan Allah! Mengapa
kamu tidak bertakwa kepadaNya".
Yunus, 10:31
‫ْق َواْالَ ْم ُر‬
ُ ‫اَالَ لَهُ الْ َخل‬
"Ingatlah! Mencipta dan memerintah hanyalah hak Allah semata".

70
.Al-A'raf, 7:54

َّ ‫اِ َّن اهللَ ُه َو‬


‫الرزَّا ُق ذُ ْو الْ ُق َّو ِة ال َْمتِْي ُن‬

"Sesungguhnya Allah Dialah Maha Pemberi rezeki Yang Mempunyai


kekuatan lagi Sangat Kukuh".
.Az-Zariyat, 51:58

‫ت َف ُه َو يَ ْش ِف ْي ِن‬ ْ ‫َواِ َذا َم ِر‬


ُ ‫ض‬
"Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan (penyakit) aku".
.Asy-Syura, 26:80
Al-Quran menjelaskan juga bahawa hanya Dialah Tuhan Pencipta tujuh petala
langit dan bumi. Penguasa dunia dan akhirat. Dialah Yang mentadbir dan mengatur
segala-galanya tanpa ada sekutu denganNya sama ada di dunia atau di akhirat. Allah
adalah sebenar-benar Rabb yang tiada sekutu dan tiada penolong bagiNya dalam
kudrah dan iradahNya. Hanya Dia sahaja yang benar-benar Rabb yang Maha
berkuasa dan Penguasa atas segala apa sahaja ciptaanNya, memiliki dan memerintah
mengikut kehendakNya. FirmanNya:

ِ ‫اسَت َوى َعلَى ال َْع ْر‬


‫ش‬ ِ ِ ِ ‫ات واْالَر‬
ْ ‫ض فى سـتَّة اَيَّ ٍام ثَ َّم‬ َّ ‫اِ َّن َربَّ ُك ُم اهللُ الَّ ِذ ْي َخلَ َق‬
َ ْ َ ِ ‫الس َـم َو‬
ُ ‫ات بِاَ ْم ِر ِه اَالَ لَهُ الْ َخل‬
‫ْق‬ ٍ ‫الشمس والْ َقمر والنُّجوم مسخِّر‬ ِ
َ َ ُ َ ْ ُ َ َ َ َ َ ْ َّ ‫َّه َار يَطْلُبُهُ َحث ْيثًا َو‬
ِ
َ ‫ُي ْغشى الَّْي َل الن‬
.‫ب ال َْعالَ ِم ْي َن‬
ُّ ‫َواْالَ ْم ُر َتبَ َار َك اهللُ َر‬
"Sesungguhnya Rabb kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan
bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas 'ArasyNya. Dia
menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan
(diciptakanNya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing)
tunduk kepada pemerintahNya. Ingatlah! Menciptakan dan memerintah
hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam".
.Al-A'raf, 7:54

71
ِ ‫ك ِفى الْمل‬ ِ ‫ض ولَم يت‬
ٌ ْ‫َّخ ْذ َولَ ًدا َولَ ْم يَ ُكن لَّهُ َش ِري‬ ِ َّ ‫ْك‬ ُ ‫اَلَّ ِذ ْي لَهُ ُمل‬
‫ْك‬ ُ َ ْ َ ِ ‫الس َـم َوات َواْالَ ْر‬
.‫َو َخلَ َق ُك َّل َش ْي ٍء َف َق َّد َرهُ َت ْق ِد ْي ًرا‬

"Yang kepunyaanNyalah kerajaan langit dan bumi, dan Dia tidak


mempunyai anak dan tidak ada sekutu bagiNya dalam kekuasaan(Nya), dan
Dia menetapkan segala sesuatu, dan Dia menetapkan ukuran-ukurannya
dengan serapi-rapinya".
.Al-Furqan, 25:2
Tiada kuasa atau perintah yang mutlak di langit, di bumi, di antara keduanya
dan di setiap alam sama ada alam dunia atau akhirat selain kuasa dan perintah yang
ada pada Allah. Hanya Dia Yang Maha Pencipta di atas segala-galanya dan setiap
bani Adam yang mengimani tauhid akan menafikan adanya sekutu dan pencipta yang
sebenarnya kecuali Allah Subhanahu wa-Ta'ala. Oleh sebab itu hanya Allah sahaja
satu-satunya Tuhan yang paling berhak mendapat segala pujian kerana hanya Dialah
yang benar-benar Pencipta, Pemberi rezeki, Pengatur dan Penguasa segala
ciptaanNya. FirmanNya:

.‫ب ال َْم ْش ِر ِق‬ ِ ‫السـماو‬


ِ ‫ات َواْالَ ْر‬
ُّ ‫ض َو َما َب ْيَن ُه َما َو َر‬ ِ ‫اِ َّن اِلَه ُكم لَو‬
َ َ َّ ‫ب‬
ُّ ‫احـ ٌد َر‬ َ ْ َ
"Sesungguhnya, Tuhanmu benar-benar Esa. Rabb (Yang Mencipta) langit
dan apa yang berada di antara keduanya dan Tuhan masyrik (tempat terbit
matahari)".
As-Safat, 37:4-5

.‫ب ال َْعالِ ِم ْي َن‬


ُّ ‫ْق َواْالَ ْم ُر َتبَ َار َك اهللُ َر‬
ُ ‫اَالَ لَهُ الْ َخل‬
"Ingatlah! Menciptakan dan memerintah (pemerintahan yang mutlak)
hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan (Rabb) semesta alam".
.Al-'Araf, 7:54

‫س َوالْ َق َم َر ُكلٌّ يَ ْج ِرى ِالَ َج ٍل‬ َّ ‫َّر‬ َّ ِ َ ‫َّها ِر و ُي ْولِج الن‬ ِ َّ ِ


َ ‫الش ْم‬ َ ‫َّه َار فى ال ْي ِل َو َسخ‬ ُ َ َ ‫ُي ْول ُج ال ْي َل فى الن‬
.‫ْك َوالَّ ِذيْ َن تَ ْدعُ ْو َن َم ْن ُد ْونِِه َما يَ ْملِ ُك ْو َن ِم ْن ِقط ِْم ْي ٍر‬
ُ ‫س َّـمى َذلِ ُك ُم اهللُ َربُّ ُك ْم لَهُ ال ُْمل‬
َ ‫ُّم‬
"Dia memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam
malam, masing-masing berjalan menurut waktu yang ditentukan. Yang
(berbuat) demikian itu hanyalah Allah Tuhanmu (Rabbmu), kepunyaanNyalah

72
kerajaan. Dan orang-orang yang kamu seru (sembah) selain Allah tiada
mempunyai apa-apa walaupun setipis kulit ari".
.Faathir, 35:13
Semua dalil-dalil di atas membuktikan hanya Allah Subhanahu wa-Ta'ala sahaja
sebenar-benar Rabb (Pencipta dan Khaliq yang sebenar). Allah adalah Pencipta dan
Pembuat segala-galanya sehinggalah perbuatan segala makhluk. Akidah seseorang
dianggap batal jika pada dirinya masih ada suatu keyakinan bahawa selain Allah ada
makhluk yang bebas melakukan perbuatannya, sama ada mengatur, mengadakan atau
meniadakan alam, menghidupkan atau mematikan, mendatangkan kebaikan atau
menolak kejahatan dan setiap perkara yang berhubung dengan rububiyah.

Dengan ini jelaslah bahawa tidak seorangpun yang (‫" ) َعاقِ ٌل‬Berakal" dapat
mengingkari kerububiyahan Allah Subhanahu wa-Ta'ala kecuali "Penyakit hati yang
berupa kekafiran, kefasikan, kesombongan, kezaliman dan terutamanya kejahilan
yang terdapat di hati seseorang itu".

Walaupun fitrah (naluri) manusia meyakini adanya Allah sebagai Pencipta atau
Rabb yang sebenar, namun jika terdapat sifat-sifat buruk dan keji seperti kejahilan
yang masih tersemat di hatinya, maka ini akan tetap mendorongnya terus menentang
dan melakukan kesyirikan terhadap Allah walaupun ia mempercayai akan
kesempurnaan dan kerububiyahan Allah Subhanahu wa-Ta'ala, sebagaimana yang
berlaku ke atas orang-orang kafir jahiliah dari dahulu hingga sekarang. Contohnya,
Fir'aun yang terkenal mempunyai kesemua sifat-sifat keji ini, maka dengan
ketakburan dan kesombongannya telah mengingkari tauhid rububiyah atau
kerububiyahan Allah dengan cara terang-terangan menentang Allah dan rasulNya
sehingga berani menegaskan:

.‫ال اَنَا َربُّ ُك ُم اْالَ ْعلَى‬


َ ‫َف َق‬
"Maka berkata (Fir'aun): Akulah tuhanmu yang paling tinggi".
.An-Nazi'at 79:24

.‫ت لَ ُك ْم ِّم ْن اِلَ ٍه غَْي ِر ْي‬


ُ ‫ال ِف ْر َع ْو ُن يَا اَُّي َها ال َْمالُ َما َعلِ ْم‬
َ َ‫َوق‬
"Dan berkata Fir'aun: Hai pembesar kaumku! Aku tidak mengetahui
tuhan bagimu selain aku".
.Al-Qasas, 28:38

73
.‫ف َكا َن َعاقِبَةُ ال ُْم ْف ِس ِديْ َن‬
َ ‫س ُه ْم ظُل ًْما َوعُلُ ًّوا فَانْظُْر َك ْي‬ ْ ‫َو َج َح ُد ْوا بِ َها َو‬
ُ ‫اسَتْي َقنَْت َهآ اَْن ُف‬
"Dan mereka mengingkari kerana kezaliman dan kesombongan (mereka)
padahal hati mereka meyakini kebenarannya. Maka perhatikanlah betapa
kesudahan orang- orang yang berbuat kebinasaan".
.An-Naml, 27:14
Ayat di atas menjelaskan bahawa oleh kerana "Kezaliman dan kesombongan"
yang tersemat di hati mereka "Padahal hati mereka meyakinkan kebenaran", maka
lantaran sifat-sifat keji ini, mereka sanggup mengingkari kerububiyahan dan
ketuhanan Allah Subhanahu wa-Ta'ala.

Dengan ini amat jelas bahawa setiap insan yang mengimani Kitab Allah, tetap
meyakini bahawa hakikat fitrah (naluri) setiap manusia tidak dapat menafikan
kerububiyahan Allah dan sentiasa mengakui serta percaya akan adanya Pencipta yang
mencipta sekalian alam serta segala penghuninya. Maka pencipta tersebut dinamakan
dalam Bahasa Arab sebagai Rabb (Tuhan Pencipta) dan kalimah rububiyah pula
dinasabkan kepada kalimah (‫)الرب‬.

Sekalipun akidah ketuhanan dan cara penyembahan kebanyakan manusia masih


mempersekutukan Allah, iaitu syirik di segi uluhiyah, namun yang masih kekal di hati
mereka naluri yang mengiktiraf adanya pencipta alam semesta yang disebut oleh al-
Quran dengan sebutan Rabb. Walaupun demikian, setakat meyakini wujudnya Rabb
tetapi menolak uluhiyahnya Allah Subhanahu wa-Ta'ala (tauhid uluhiyah), maka tetap
dianggap sebagai seorang yang kufur dan masih dalam kesyirikan.

Kenyataan ini telah dikhabarkan oleh Allah kepada orang-orang yang beriman
sebagaimana firmanNya:

ِ ‫ سـيـ ُقولُو َن‬. ‫ض ومن ِفْي َها اِ ْن ُكْنتُم َت ْعلَمو َن‬


‫ قُ ْل َم ْن‬. ‫ِهلل قُ ْل اَفَالَ تَ َذ َّك ُر ْر َن‬ ِ
ْ ْ ََ ُْ ْ ْ َ َ ُ ‫قُ ْل ل َم ِن اْالَ ْر‬
ِ ‫ سي ُقولُو َن‬. ‫ش الْع ِظ ْي ِم‬ ِ ‫السـماو‬
‫قُ ْل َم ْن‬. ‫هلل قُ ْل اَفَالَ َتَّت ُق ْو َن‬ ْ ْ ََ َ ِ ‫ب ال َْع ْر‬ ُّ ‫الس ْب ِع َو َر‬
َّ ‫ات‬ َ َ َّ ‫ب‬ ُّ ‫َّر‬
ِ ‫ سي ُقولُو َن‬. ‫ت ُك ِّل َشي ٍء و ُهو ي ِج ْير والَ يجار َعلَْي ِه اِ ْن ُك ْنتُم َت ْعلَمو َن‬
‫هلل قُ ْل‬ ُ ‫بِيَ ِد ِه َملَ ُك ْو‬
ْ ْ ََ ُْ ْ ُ َُ َ ُ ُ َ َ ْ
. ‫فَاَنَّى تُ ْس َح ُر ْو َن‬

"Katakanlah! Kepunyaan siapakah bumi ini dan semua yang ada padanya
jika kamu mengetahui? <84> Mereka akan menjawab: Kepunyaan Allah.
Katakanlah! Maka apakah kamu tidak ingat? <85> Katakanlah! Siapakah
Yang Memiliki langit yang tujuh dan Yang Memiliki 'Arasy yang besar? <86>

74
Mereka akan menjawab: Kepunyaan Allah. Katakanlah! Maka apakah kamu
tidak bertakwa? <87> Katakanlah! Siapakah yang di tanganNya berada
kekuasaan atas segala sesuatu sedang Dia melindungi, tetapi tidak ada yang
dapat dilindungi dari (azab) Nya jika kamu mengetahui? <88> Mereka akan
menjawab: Kepunyaan Allah. Katakanlah! (Kalau demikian) maka dari jalan
manakah kamu ditipu? <89>).
.Al-Mukminun, 23:84-89

.‫ض لََي ُق ْولُ َّن َخلَ َق ُه َّن ال ِْع ِز ْي ُز ال َْعلِ ْي ُم‬ ِ ‫السمو‬
َ ‫ات َواْالَ ْر‬ ِ
َ َ َّ ‫َولَئ ْن َساَلَْت ُه ْم َّم ْن َخلَ َق‬
"Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: Siapakah yang
menciptakan langit dan bumi? Nescaya mereka akan menjawab:
Sesungguhnya diciptakan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui".
.Az-Zukhruf, 43:9

.‫َولَئِ ْن َساَلَْت ُه ْم َّم ْن َخلَ َق ُه ْم لََي ُق ْولُ َّن اهللُ فَاَنَّى ُي ْؤ َف ُق ْو َن‬
"Dan sesungguhnya jika kamu bertanya kepada mereka: Siapakah yang
mencipta mereka? Nescaya mereka menjawab: Allah, bagaimanakah mereka
dapat dipalingkan (dari menyembah Allah)?".
.Az-Zukhruf, 43:87
Pencipta dan penguasa mutlak, pemerintahan hakiki serta keagungan sebenar
yang meliputi segala bidang dan setiap yang wujud, sama ada pada alam semesta (
ٌ‫ ) َك ْونِيَّة‬atau pada agama yang berupa syariat (ٌ‫ ) َش ْر ِعيَّة‬adalah dikuasai dan dimiliki hanya
oleh Allah Subhanahu wa-Ta'ala. Dialah Rabb (Tuhan Maha Pencipta) di atas segala
apa yang ada serta Maha Berkuasa di atas segala ciptaanNya. Oleh sebab itu tidak
akan sempurna akidah seseorang jika tidak dibuktikan dengan pengEsaannya terhadap
Allah Subhanahu wa-Ta'ala dalam segala bentuk tauhid (akidah) atau ibadah
(ketaatan). Sebagaimana firmanNya:

.‫اد ِة‬ ِ
َ َ‫اهلل بِال ِْعب‬
ِ ‫اد‬ ُ ‫ا ْف َر‬
MengEsakan Allah dalam ibadah (ketaatan)".
Maka sesiapa yang mempersekutukan (melakukan kesyirikan terhadap) Allah
dengan sesuatu (makhluk) dalam akidah tauhidnya, sedangkan dia mengetahui bahawa
selain dari Allah semuanya adalah makhlukNya, semuanya di bawah kekuasaanNya
dan tidak mempunyai kuasa mutlak, maka ia telah melakukan kezaliman yang amat
besar yang disebut syirik kerana ia telah mengingkari kerububiyahan Allah sebagai
Rabb (Pencipta) di atas segala yang wujud. Pelaku syirik telah menzalimi dirinya

75
sendiri, tidak terampun dosanya dan akan dikekalkan di neraka jika ia tidak bertaubat
sebelum ia mati. Sebagaimana firman Allah:

.‫ْم َع ِظ ْي ٌم‬ ِّ ‫اِ َّن‬


ٌ ‫الش ْر َك لَظُل‬
"Sesungguhnya mempersekutukan Allah (syirik terhadap Allah) adalah
benar-benar kezaliman yang besar".
.Luqman, 31:13

‫اهلل َف َق ِد‬
ِ ِ‫شآء ومن ي ْش ِر ْك ب‬ ِ َ ِ‫اِ َّن اهلل الَ ي ْغ ِفر اَ ْن ي ْشـر َك بِ ِه وي ْغ ِفر ما ُدو َن َذل‬
ُ ْ َ َ ُ َ َ‫ك ل َم ْن ي‬ ْ َ ُ ََ َ ُ ُ َ َ
.‫ا ْفَت َرى اِثْ ًما َع ِظ ْي ًما‬
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa sesiapa yang
melakukan kesyirikan terhadapNya, dan akan mengampunkan selain dari dosa
kesyirikan bagi sesiapa yang dikehendakiNya. Dan sesiapa yang melakukan
kesyirikan terhadap Allah, maka dia telah melakukan dosa yang amat besar".
.An-Nisa', 4:84
Seseorang yang cuba mengingkari tauhid rububiyah atau kerububiyahan Allah
Subhanahu wa-Ta'ala sebenarnya telah menentang fitrah atau nalurinya sendiri.
Inilah antara yang dimaksudkan dengan ungkapan: "Mereka itu menzalimi diri
mereka sendiri" kerana pada hakikatnya fitrah mereka tetap meyakini bahawa Allah
adalah Rabb atau Pencipta segala-galanya, tetapi mereka cuba menafikan
kerububiyahan Allah lantaran menuruti keinginan hawa nafsunya.

Seseorang yang mengingkari iktikad tauhid rububiyah samalah seperti dia


membatalkan akidah dan keimanannya terhadap semua cabang tauhid, sama ada
tauhid uluhiyah, tauhid asma (nama-nama Allah), as-sifat (sifat-sifat Allah) dan az-zat
(zat Allah). Inilah antara perbuatan syirik yang berlaku di dalam masyarakat manusia
sejak dahulu sehinggalah sekarang.

Tiga jenis tauhid ini: Tauhid rububiyah (‫ )توحيد الربوبية‬, tauhid uluhiyah(‫)نوحيد االلوهية‬
dan tauhid asma wa-as-sifat serta az-zat(‫ )توحيد االسماء والصفات والذات‬adalah tauhid yang
telah disepakati oleh semua para ulama Salaf as-Soleh. Pembahagian ini bukanlah
pembahagian yang bid'ah sebagaimana yang didakwa oleh orang-orang yang mubtadi'
dan yang cuba mengingkari pembahagian tauhid seperti ini. Pembahagian ini tidak
dapat diingkari kerana terdapat ayat-ayat yang terkumpul padanya pembahagian
tauhid ini, iaitu kepada tiga bahagian (tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan Asma' wa-
Sifat). Antaranya ialah firman Allah: 75

75. Lihat: ‫القول السديد فى الرد من انكر تقسيم التوحيد‬. Soleh bin Fauzan al-Fauzan.

76
َ َ‫اصطَبِ ْر لِ ِعب‬
.‫ادتِِه َه ْل َت ْعلَ ُم لَهُ َس ِميًّا‬ ِ ‫السماو‬
ِ ‫ات َواْالَ ْر‬
ْ ‫ض َو َما َبْيَن ُه َما فَا ْعبُ ْدهُ َو‬ َ َ َّ ‫ب‬
ُّ ‫َر‬
"Tuhan (Rabb yang mencipta dan menguasai) langit dan bumi dan apa-apa
yang ada di antara keduanya, maka sembahlah Dia dan teguh hatilah dalam
beribadat kepadaNya. Apakah kamu mengetahui ada seorang yang sama (sifat
dan zatnya) dengan Dia (yang patut disembah)".
.Maryam, 19:65
Di ayat yang mulia ini dijelaskan bahawa Allah: "(Rabb) Pencipta dan
menguasai segala-galanya sama ada yang terdapat di langit atau di bumi dan di
antara keduanya", maka inilah yang diistilahkan sebagai tauhid rububiyah.
Kemudian diperintahkan kepada sekalian manusia agar: "Sembahlah Dia dan teguh
hatilah dalam beribadah kepadaNya", maka ungkapan inilah yang dimaksudkan
dalam istilah tauhid uluhiyah yang sebenar. Dan seterusnya Allah bertanya di ayat
ini: "Apakah kamu mengetahui ada seorang yang sama dengan dia?" iaitu yang
serupa sifat dan zatNya, maka ini adalah penjelasan tentang tauhid asma wa-sifat.

Ketiga-tiga jenis tauhid ini dengan jelas terdapat dalam kandungan ayat di atas,
yang mana ia menjelaskan bahawa hanya Allah Tuhan yang mencipta segala yang
ada, Tuhan yang wajib disembah. Dan Tuhan yang sifat, nama dan zatNya yang
sempurna yang tidak ada makhluk yang sekufu, setara dan semisal denganNya. Dan
firmanNya lagi:

ِ ‫السمو‬
ِ ‫ات َواْالَ ْر‬
‫ض‬ ُ ‫ لَهُ ُمل‬. ‫ْح ِك ْي ُم‬
َ َ َّ ‫ْك‬ َ ‫ض َو ُه َو ال َْع ِز ْي ُز ال‬ ِ ‫ات َواْالَ ْر‬ ِ ‫السمو‬ ِ ِ
َ َ َّ ‫َسبَّ َح ِهلل َما فى‬
.‫ت َو ُه َو َعلَى ُك ِّل َش ْي ٍء قَ ِد ْي ٌر‬ُ ‫يُ ْح ِي َويُ ِم ْي‬
"Semua yang berada di langit dan yang di bumi bertasbih kepada Allah
(menyembah dan menyatakan kebesaranNya). Dan Dialah Yang Maha Kuasa
atas segala sesuatu. KepunyaanNya kerajaan langit dan bumi, Dia
menghidupkan dan mematikan dan dia Maha Kuasa atas segala-galanya".
.Al-Hadid, 57:1-2
Ayat-ayat yang menjelaskan secara sempurna tentang pembahagian tauhid
kepada tauhid rububiyah, uluhiyah dan asma wa-sifat wa az-zat terdapat di permulaan
surah Taha, Ali Imran, Al-Hasyr, As-Sajadah, Al-Ikhlas dan selainnya. Dengan ini 76

Tulisan: Abdul Razzak bin Abdulmuhsin al-'Abbad al-Badr. Dar Ibn


Affan. Cetakan pertama, 1417H/1997M.
76. Lihat: ‫القول السديد فى الرد من انكر تقسيم التوحيد‬. Soleh bin Fauzan al-Fauzan, Tulisan Abdul Razzak bin

Abdulmuhsan al-Abbad al-Badr. Dar Ibn Affan. Cetakan pertama, 1417H/1997M.

77
adalah jelas bahawa kita wajib mengimani tauhid rububiyah, uluhiyah dan asma wa-
sifat.

78
Kedua: Tauhid Uluhiyah

Kalimah al-uluhiyah(‫ )االلوهية‬ialah masdar dari kalimah (‫ الوهية‬- ‫ يأله‬- ‫)الوهية‬.


Uluhiyah adalah sifat bagi Allah Subhanahu wa-Ta'ala. Ilah(‫ )اله‬bermakna (‫ )مألوه‬iaitu 77

"Yang Disembah". Sifat Uluhiyah memberi makna bahawa:


78

"Hanya Allah yang paling layak (berhak) disembah (diibadahi dan ditaati)
kerana namanya, sifat-sifat dan zatNya yang Maha Terpuji dan Maha Agung".

Tauhid uluhiyah merupakan dasar penciptaan Adam dan anak cucunya.


Kerana mereka dicipta agar menjadi muwahhid (orang yang mengEsakan Allah dalam
beribadah) bukan musyrik (orang yang menyekutukan Allah). Sesungguhnya tauhid
uluhiyah dibina di atas penggantungan diri kepada Allah dengan keikhlasan ( ‫اخالص‬
‫)التأله‬, penyebab yang menjadikan seseorang terlalu cintanya hanya kepada Allah (tanpa
disyirikkan), dengannya memantapkan keikhlasan dalam beribadah(‫ )اخالص العبادة‬dan
mentauhidkan ibadahnya hanya kerana Allah. Oleh yang demikianlah Ibn Abbas 79

radiallahu 'anhuma telah berkata:

.‫اَهللُ ذُو اْالُلُ ْو ِهيَّة َوال َْم ْعُب ْو ِديَّة َعلَى َخل ِْق ِه اَ ْج ِم ِع ْي َن‬

"Allah adalah pemilik sifat Uluhiyah (tempat bergantung) dan


Penghambaan (tempat beribadah dan menghambakan diri) atas makhlukNya
sekalian". 80

Tauhid uluhiyah (ٌ‫ )أل ُْو ِهيَّة‬atau tauhid al-ilah (ُ‫ )اَ ِاللَة‬bererti:

"Dialah Ilah(ٌ‫ )إلَه‬yang sebenarnya dan hanya Dialah sahaja satu-satunya


Tuhan yang wajib disembah (Maha Esa dan Tunggal), tidak ada sekutu
bagiNya".

Tauhid uluhiyah juga memberi maksud:

"MengEsakan Allah Subhanahu wa-Ta'ala dalam segala bentuk ibadah


(penyembahan/pengibadatan): (‫اهلل فِى ال ِْعبَ َاد ِة‬
ِ ‫اد‬ ِ
ُ ‫)اف َْر‬.

77. Lihat: ‫منهج اهل السنة والجماعة ومنهج االشاعرة فى توحيد اهلل تعالى‬. Jld. 1. Hlm.55.
Khalid bin Abdullatif bin Muhammad Nur.
78. Lihat: ‫ شرح عقيدة الوسطية‬hlm. 5. Ibn Taimiyah. Cetakan ke 3. al-Maktabah
as-Salafiyah, Madinah. Saudi Arabia.
79. Lihat: ‫ تيسير العزيز الحميد فى شرح كتاب التوحيد‬Hlm. 38. Syeikh Sulaiman binAbdullah bin Muhammad bin
Abdul Wahab. Al-Maktab Al-Islami. cetakan ke 8. Beirut.
80. Dikeluarkan oleh Ibn Jarir dalam ‫ جامع البيان‬Jld. 1. Hlm. 54.
Atau dimaksudkan juga:

ِ ‫ال ال ِْعب‬ ِ ِ ِ ِ
.‫اد‬َ ِ ‫ ُه َو َت ْوح ْي ُد اهلل فى اَ ْف َع‬: ‫َت ْوح ْي ُد اْالُلُْوهيَّة‬
"Tauhid uluhiyah: Iaitu mentauhidkan Allah dalam segala pekerjaan
seseorang hamba". 81

Maka seseorang yang mengetahui dan berpegang teguh dengan iktikad tauhid
uluhiyah, bukan sahaja akan menjadi seorang mukmin yang soleh, tetapi akan
merubah dirinya menjadi seorang mukmin yang jujur dan ikhlas, dapat mengukuhkan
hubungannya dengan Allah dan akan mengeratkan ikatan cintanya denganNya dan
akhirnya akan menjadi hamba Allah yang soleh dan bertakwa. Seseorang yang
mempelajari tauhid uluhiyah sehingga mengenali intinya dan memahami hakikatnya,
pasti dia akan menjadikan dirinya sentiasa mengharapkan rahmah Allah, sentiasa
menghadapkan keikhlasan hatinya hanya kepada Allah, sentiasa berkehendak dan
tunduk hanya kepadaNya sahaja. Allah berfirman:

‫ص‬ ِ ِ
ُ ‫اَالَ هلل الدِّيْ ُن الْ َخال‬
"Awaslah! Yang diterima Allah hanyalah ad-Dien (agama) yang murni
(bersih dari kesyirikan, khurafat, tahayyul dan bid'ah)".
.Az-Zumar, 39:3
Sememangnya setiap manusia sentiasa berkehendak kepada Ilah (Tuhan), tetapi
kejahilannya tentang tauhid (tidak mengenal Allah) menyebabkan ia tidak tahu ke
mana semestinya dibawa pengharapannya, oleh sebab itu ia perlu mengenali siapa
Tuhannya yang sebenar melalui ilmu tauhid. Kenyataan ini telah dijelaskan oleh
Imam Ibn Taimiyah:

"Sesungguhnya setiap jiwa tidak pernah sunyi dari perasaan berkehendak


kepada Allah". 82

Seterusnya beliau berkata lagi:

"Jika bagi seorang insan jiwanya berkehendak kepada Ilah (Tuhan) untuk
menggantungkan hatinya maka semestinya setiap manusia mempunyai satu

81. Lihat: ‫ القول المفيد فى ادلة التوحيد‬hlm.34. Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab bin Ali al-Yamani al-
Wasabi al-'Abdali.
82. Lihat: ‫العقل والنقل‬ ‫ درء تعارض‬Jld. 8. Hlm. 464.

80
Ilah, lebih-lebih lagi telah dimaklumi bahawa setiap hamba nalurinya sentiasa
mencintai Tuhannya". 83

Maka tidak mungkin seseorang hamba dapat memenuhi kekosongan hati atau
jiwanya dan memperolehi rasa ketenteraman di dunia ini jika tidak mengenali siapa
Tuhannya yang sebenar dan tidak memenuhi tujuan serta kehendak fitrahnya. Hanya
dengan ilmu dan memahami hakikat tauhid dapat membetulkan hubungan hati
seseorang hamba dengan Allah sebagai Tuhan (Ilah) sehingga tidak disekutukan
dalam akidah atau ibadahnya. Tauhid ini adalah hakikat agama Islam yang tidak
diterima oleh Allah agama seseorang selain agama ini. 84

Seseorang yang mengenali tauhid uluhiyah dan beristiqamah dalam tauhidnya,


ia akan mencintai dan mengEsakan Allah Jalla wa-'Ala dalam semua bentuk ketaatan
dan pengibadatannya, kerana hanya tauhid uluhiyah sahaja yang boleh menjadi tali
penghubung cintanya yang kukuh antara seorang hamba dengan Allah Subhanahu wa-
Ta'ala sehingga membentuk pengibadatan atau ketaatan yang murni yang tidak
bercampur-baur dengan bid'ah, syirik, khurafat dan tahayyul.

Ibn Qaiyim telah menjelaskan tentang hakikat hubungan seorang hamba


dengan Tuhannya:

"Sesungguhnya tiada sesuatu yang benar-benar dapat menghubungkan


antara Allah dengan seorang hamba kecuali penghambaan yang murni, iaitu
penghambaan dari seorang hamba kepada Tuhannya dan dari Tuhannya pula
ialah menciptakan dirinya. Tiada suatu yang berharga pada seorang hamba
akan penciptaannya dan tidak ada apa pun nilai pada Rabb selain
penghambaan (ibadah). Maka seorang hamba tetap hamba dari segala aspek
dan Rabb (Allah Ta'ala) adalah Ilah yang sebenar dalam segala aspek. Nisbah
ikatan penghambaan ialah mencintai (Rabbnya). Pengibadatan terikat dengan
kecintaan, apabila terlepas kecintaan kepada Allah maka hilanglah
pengibadatan". 85

Ibn Qaiyim juga pernah berkata:

"Jika lenyap masalah kecintaan batallah segala maqam keimanan dan


ihsan, maka terhapuslah jalan menuju Allah. Cinta adalah roh setiap maqam,
kedudukan dan amal. Maka apabila kosong dari perasaan cinta maka ia
adalah tubuh yang mati yang tidak ada roh padanya. Nisbah pada amal
seperti nisbah keikhlasan malah cinta ialah hakikat ikhlas, ia adalah
83. Ibid. 465.
84. Lihat: ‫التوحيد‬ ‫ تيسير العزيز الحميد فى شرح كتاب‬Hlm. 39. Syeikh Sulaiman bin
Abdullah bin Muhammad Abdul Wahab. Al-Maktab al-Islami.
85. Lihat: ‫ مدارج السالكين‬Jld. 3. Hlm. 35-36. Ibn Qaiyim.

81
kebenaran Islam seseorang kerana ia menyerahkan dengan merendah diri,
cinta dan ketaatan hanya kerana Allah. Sesiapa yang tidak ada perasaan
cinta kepada Allah maka sama sekali tidak ada Islam padanya. Kecintaan
adalah hakikat pengakuan bahawa tidak ada Tuhan selain Allah. Ilah ialah
tempat penggantungan seorang hamba akan kecintaannya, kepatuhannya,
ketakutannya, pengharapannya, pembesarannya dan ketaatannya sehingga
memenuhi pengertian penggantungan hati, sehingga benar-benar
mencintaiNya dan tunduk kepadaNya. Asal pengertian penggantungan ialah
penghambaan dan penghambaan adalah martabat yang terakhir bagi
kecintaan". 86

Pendapat Ibn Qaiyim di atas tidak jauh berbeza dengan pendapat gurunya Ibn
Taimiyah rahimahulllah, yang mana Ibn Taimiyah pernah menegaskan:

‫ َو َم ْن‬، ٌ‫الر َج ِاء َو ْح َدهُ َف ُه َو ُم ْر ِجىء‬


ِّ َ‫ َو َم ْن َعبَ َدهُ ب‬، ‫ب َو ْح َدهُ َف ُه َو ِزنْ ِديْ ٌق‬ ِّ ‫الح‬
ُ َ‫َم ْن َعبَ َد اهللَ ب‬
‫والر َج ِاء َف ُه َو ُم َو ِّح ٌد‬
ِّ ‫ف‬ ِ ‫ب والْ َخو‬
ْ َ ِّ ‫ْح‬ ُ ‫ َو َم ْن َعبَ َدهُ بِال‬، ‫ي‬
ِ ‫َعب َدهُ بِالْ َخو‬
ٌّ ‫ف َو ْح َدهُ َف ُه َو ُح ُر ْو ِر‬ ْ َ
.‫ُم ْؤ ِم ٌن‬

"Sesiapa beribadah (menghambakan diri) kepada Allah hanya semata-mata


kecintaan, maka dia seorang yang zindik, sesiapa yang beribadah kepada Allah
hanya semata-mata kerana pengharapan maka dia adalah Murjii, sesiapa yang
menyembah Allah hanya semata-mata kerana takut maka dia Hururii dan
sesiapa yang menyembah Allah kerana cinta, takut dan pengharapan maka dia
seorang yang muwahhid yang beriman". 87

Adapun pengertian ibadah terutamanya dalam tauhid uluhiyah, ia bukanlah


semata-mata tertumpu kepada sembahyang, puasa, zakat, haji dan yang
seumpamanya, tetapi ibadah yang dimaksudkan amat luas bidangnya kerana ia
meliputi apa sahaja amal kebaikan dan ketaatan yang tidak bertentangan dengan syara.
Malah setiap perkataan dan amalan terutamanya yang ada contohnya dari syara atau
sunnah kemudian tidak disyirikkan dengan diniatkan demi kerana Allah Subhanahu
wa-Ta'ala maka itu juga dinamakan ibadah. Allah berfirman:

.‫اد ِة َربِِّه اَ َح ًدا‬


َ َ‫صالِ ًحا َّوالَ يُ ْش ِر ْك بِ ِعب‬ ِ ‫فَمن َكا َن يرجوا لَِق‬
َ ً‫اء َربِّه َفلَْي ْع َم ْل َع َمال‬
َ ْ ُ َْ َْ
"Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah
ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan
seorangpun dalam beribadah kepada Tuhannya".
86. Ibid. Jld. 3 Hlm. 26.
87. Lihat: ‫ العبودية‬Hlm. 37. Ibn Taimiyah.

82
.Al-Kahfi, 18:110

Perkara ini telah dijelaskan juga oleh Al-Hasan rahimahullah:

ِ ‫ص ُّح َقو ٌل و َعمل اِالَّ بِنِيَّ ٍة والَ ي‬


‫ص ُّح‬ ِ ‫ص ُّح الْ َقو ُل اِالَّ بِعم ٍل والَ ي‬
ِ ‫ الَ ي‬: ‫ي ُقو ُل الْحسن‬
َ َ ٌَ َ ْ َ َ ََ ْ َ َُ َ َْ
ُّ َ‫َق ْو ٌل َو َع َم ٌل َونِيَّةٌ اِالَّ ب‬
.‫السن َِّة‬

"Berkata al-Hasan: Tidak sah (tidak diterima) sesuatu perkataan kecuali


disertakan dengan amal, tidak sah perkataan dan amalan kecuali disertakan
dengan niat, dan tidak sah perkataan, amalan dan niat kecuali mengikut
(berittiba' kepada) sunnah". 88

Ada pun ibadah mengikut pengertian syara, sebagaimana yang disepakati oleh
jumhur ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang berpegang dengan manhaj Salaf as-
Soleh, ia dapat difahami melalui penjelasan Ibn Timiyah rahimahullah, iaitu:

‫اه َر ِة‬ ِ ‫ضاهُ ِمن اْالَقْو ِال واْالَ ْف َع‬


ِ َّ‫ال الظ‬ ِ ِ ِ ِ ِ ‫اَل ِْعب‬
َ َ َ ‫ادةُ ه َي ا ْس ٌم َجام ٌع ل ُك ِّل َما يُحبُّهُ اهللُ َو َي ْر‬ ََ
ِ ‫والْب‬
.‫اطنَ ِة‬َ َ
"Ibadah ialah: Nama umum untuk setiap yang dicintai dan diredhai oleh
Allah, sama ada (yang berupa) perkataan atau perbuatan, yang lahir atau
yang batin".

Ibadah menurut Muhammad bin Abdul Wahab bin Ali al-Yamani dibahagikan
kepada empat bahagian:

1- Ibadah Iktikadiyah (‫)عبادة اعتقادية‬: Iaitu hendaklah seorang muslim yang beriman
mempercayai (beriktikad) bahawa Allah Azza wa-Jalla pencipta, pemberi rezeki,
menghidupkan, mematikan dan menguruskan semua hal keperluan dan hal ehwal
para hamba dan segala makhlukNya.

Dalam Ibadah Iktikadiyah seseorang itu meyakini hanya Allah yang berhak
diibadahi yang tiada sekutu bagiNya, seperti memohon doa, menyembelih,
bernazar dan sebagainya. Sesungguhnya Dia bersifat dengan sifat-sifat al-Jalal,
Sempurna, Kebesaran, Keagungan dan selainnya yang berupa jenis-jenis sifat
sempurna yang wajib diiktikadi.

88. Lihat: ‫ اعتقاد اهل السنة والجماعة‬Jld. 1. Hlm. 63. Al-Lalikaii.

83
2- Ibadah Lafziyah (‫)عبادة لفظية‬: Iaitu seperti melafazkan syahadah ( ‫الاله اال اهلل محمد رسول‬
‫" )اهلل‬Pengakuan bahawa tiada Tuhan yang berhak diibadahi kecuali Allah, dan
Muhammad itu utusan Allah", membaca al-Quran, berdoa, berzikir dengan zikir-
zikir Nabi dan selainnya yang berbentuk ibadah lafziyah.

3- Ibadah Badaniyah (‫)عبادة بدنية‬: Iaitu seperti berdiri, ruku' dan sujud semasa
mengerjakan sembahyang, berpuasa, mengerjakan kerja-kerja haji, jihad dan
sebagainya dari jenis ibadah badan (jasmani atau fizikal).

4- Ibadah Maliyah(‫" )عبادة مالية‬Beribadah dengan cara mengeluarkan


harta/kebendaan": Iaitu seperti mengeluarkan zakat, sedakah (infak), hibah dan
sebagainya.

5- Ibadah Tarkiyah(‫" )عبادة تركية‬Ibadah dengan cara meninggalkan yang


mungkar/maksiat/batil": Iaitu seorang muslim hendaklah meninggalkan segala
yang diharamkan, perbuatan yang membawa kesyirikan dan bid'ah kerana
berpegang dengan syariat Allah, maka inilah di antara jenis ibadah tarkiyah.
Ibadah tarkiyah ialah ibadah yang diberi pahala seseorang muslim yang
meninggalkannya kerana telah meninggalkan yang diharamkan semata-mata
kerana Allah, dan berdosa apabila ia melakukannya kerana tidak mentaati Allah
dalam perkara yang telah diharamkan.

Menurut syara, setiap amal kebaikan dianggap sebagai ibadah dan


mentauhidkan Allah jika ia dikerjakan dengan ittiba' kepada al-Quran, sunnah,
kepatuhan dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Antaranya termasuklah beberapa
perbuatan atau amalan yang akan dijelaskan di bawah ini:

84
(1) Seruan Atau Doa

Berdoa dan berseru dianggap sebagai tauhidul ibadah (‫ )توحيد العبادة‬kerana amat
jelas bahawa sembahyang itu sendiri secara bahasa diistilahkan sebagai doa (berdoa),
ini berdasarkan kepada pengistilahan bahasa dan syara tentang pengertian
sembahyang:

ُّ َ‫ ا‬: ً‫لصالَةُ لُغَة‬


.ُ‫لد َعاء‬ َّ َ‫ا‬
"Sembahyang itu menurut bahasa ialah doa (berdoa)".

Terdapat hadith diriwayatkan oleh Turmizi dari jalan Anas bin Malik dengan
lafaz:

.‫اد ِة‬
َ َ‫لد َعاءُ ُم ُّخ ال ِْعب‬
ُّ َ‫ا‬
"Doa itu adalah otak (inti) segala ibadah". 89

Ada dalil-dalil dari al-Quran dan hadith-hadith sahih menunjukkan bahawa


doa dan seruan seseorang itu ialah ibadah iaitu ibadah yang berupa mentauhidkan
dirinya kepada Allah. Firman Allah 'Azza wa-Jalla:

.‫ْح ْسنَى‬ َّ ‫قُ ِل ا ْدعُ ْوا اهللَ اَ ِو ا ْدعُ ْوا‬


ُ ‫الر ْح َم َن اَيًّا َّما تَ ْدعُ ْوا َفلَهُ اْالَ ْس َمآءُ ال‬
"Katakanlah! Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang
mana sahaja kamu seru, Dia mempunyai al-asmaaul husna (nama-nama yang
terbaik).
.Al-Isra, 17:110

.‫ك اِذًا ِّم َن الظَّالِ ِم ْي َن‬


َ َّ‫ْت فَِان‬
َ ‫ض ُّر َك فَِا ْن َف َعل‬
ُ َ‫ك َوالَ ي‬ ِ ‫والَ تَ ْدعُ ِمن ُدو ِن‬
َ ُ‫اهلل َماالَ َي ْن َفع‬ ْ ْ َ
"Dan janganlah kamu menyeru/menyembah apa yang tidak memberi
manfaat dan tidak pula memberi mudarat kepadamu selain Allah, sebab jika
kamu berbuat (yang demikian) itu maka sesungguhnya kamu kalau begitu
termasuk orang-orang yang zalim".
.Yunus, 10:106

89. Imam Turmizi berkata: Hadith ini garib dari jalan atau sanad ini, kami
tidak mengetahuinya kecuali dari hadith ibnu Lahi'ah. (makna hadith ini
adalah sahih).
: ‫صلَّى اهللُ َعلَْي ِه َو َسـلَّ َم‬ ِ
َ ‫ال َر ُسـ ْـو ُل اهلل‬
َ َ‫ ق‬: ‫ال‬ ِ ‫ان بْ ِن ب ِش ْـي ٍر ر‬
َ َ‫ض َـي اهللُ َع ْنهُ ق‬ َ َ
ِ ‫ُّعم‬
َ ْ ‫َع ِن الن‬
‫ب لَ ُك ْم اِ َّن الَّ ِذيْ َن يَ ْسـتَ ْكبِ ُر ْو َن‬ ِ ِ
ْ ‫ال َربُّ ُك ْم ا ْدعُ ْوني اَ ْسـتَج‬ َ َ‫لد َعاءُ ُه َو ال ِْعب‬
َ َ‫ َوق‬: َ‫ادةُ ثُ َّم َق َرا‬ ُّ َ‫ا‬
ِ ‫عن ِعبادتِي سي ْد ُخلُو َن جهنَّم د‬
.‫اخ ِريْ َن‬ َ َ َ َ ْ ََ ْ َ َ ْ َ
"Dari Nukman bin Basyir radiallahu 'anhu berkata: Bersabda Rasulullah
sallahu 'alaihi wa-sallam: Doa (atau seruan) itu ialah ibadah, kemudian
baginda membacakan: Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepadaKu,
nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang
menyombong diri dari menyembahKu, akan masuk neraka Jahanam dalam
keadaan hina dina". 90

Oleh kerana berseru dan berdoa itu dianggap ibadah berdasarkan hadith sahih
di atas, maka setiap mukmin tidak dibolehkan beribadah dengan cara menyeru dan
berdoa kepada makhluk (selain Allah), kerana ia tetap merupakan ibadah, oleh itu
haram jika ia ditujukan kepada selain Allah Subhanahu wa-Ta'la. Lantaran yang
demikian, maka seseorang yang berdoa atau menyeru orang yang sudah mati, roh
makhluk-makhluk ghaib, kuburan, jin atau penunggu misalnya, maka nyata perbuatan
sebegini adalah beribadah kepada makhluk yang bertentangan dengan tauhid uluhiyah
dan merupakan perbuatan khurafat, tahayyul, dan bid'ah yang membawa kepada
perbuatan syirik besar.

Adapun berperantaraan semasa memohon doa melalui doa seorang Islam yang
masih hidup adalah dibolehkan (tidak haram dan tidak dianggap syirik), tetapi
perlulah diketahui dan diingat, sama sekali tidak dihalalkan berperantaraan dengan
kebesaran atau jasad orang tersebut, kerana berperantaraan (bertawassul) dengan
kebesaran atau jasad seseorang sama ada yang masih hidup atau yang telah mati
adalah haram dan membawa kepada kesyirikan.

Sememangnya telah dijelaskan oleh al-Quran bahawa tidak pernah serupa hal
keadaan orang yang masih hidup dengan orang yang sudah mati. Firman Allah:

ُ ‫َو َما يَ ْستَ ِوى اْالَ ْحيَاءُ َوالَ اْالَ ْم َو‬


.‫ات‬

"Tidaklah sama orang yang masih hidup dengan orang yang telah mati".
.Fathir, 35:22
90. H/R Ahmad (4/267). Abu Daud (1479). Turmizi (3372). Ibn Majah
(3828). Isnad hadith ini sahih. Dalam hadith riwayat Turmizi terdapat di
dalam tiga tajuk: (1)- Tafsir surah al-Baqarah (5/211). (2)- Tafsir surah
Ghafir (5/357-374) dan (3)- Dalam Ad-Dawaat (2/1250), menurut Turmizi
isnadnya sahih.

86
Adapun antara sebab-sebab dilarang berdoa dengan berperantaraan kepada
orang yang telah mati dan meminta pertolongan kepadanya kerana perbuatan tersebut
adalah beribadah kepadanya dan dihukum syirik, tambahan pula orang yang sudah
mati tidak dapat mendengar doa dan tidak mampu memperkenankan permohonan
orang-orang yang meminta kepadanya. Andaikata sekalipun ia mendengar namun si
mati tersebut tidak akan dapat memenuhi atau menunaikan apa pun permintaan orang
yang masih hidup yang meminta kepadanya, kerana orang mati tidak dapat
melakukan apa pun perkara untuk penghuni di dunia. Hal keadaan ini telah
dijelaskan oleh Allah Subhanahu wa-Ta'ala di dalam firmanNya:

‫ااستَ َج ُاب ْوالَ ُك ْم َو َي ْو َم ال ِْقيَ َام ِة يَ ْك ُف ُر ْو َن‬ ِ


ْ ‫آء ُك ْم َولَ ْو َس ِمعُ ْوا َم‬
َ ‫ا ْن تَ ْدعُ ْو ُه ْم الَ يَ ْس َمعُ ْوا ُد َع‬
.‫بِ ِش ْركِ ُك ْم‬

"Apabila kamu berdoa (menyeru) kepada mereka, mereka tidak dapat


mendengar doa kamu dan seandainya mereka dapat mendengar, mereka tidak
dapat memenuhi permintaanmu. Dan pada Hari Kiamat mereka akan
mengingkari kemusyrikanmu".
.Fatir, 35:14

.‫اسَتغَاثَهُ الَّ ِذ ْي ِم ْن ِش ْي َعتِ ِه َعلَى الَّ ِذى ِم ْن َع ُد ِّو ِه‬


ْ َ‫ف‬
"Nabi Musa diminta tolong oleh seorang dari golongannya untuk
mengalahkan musuh orang itu".
.Al-Qasas, 28:15
Ayat di atas ini menceritakan tentang seseorang yang meminta pertolongan
kepada Nabi Musa 'alaihi as-salam agar melindunginya dari musuhnya, mereka
meminta pertolongan dari Nabi Musa 'alaihi as-sallam diketika itu Nabi Musa masih
hidup dan mampu memenuhi permintaan mereka sebagaimana firman Allah:

.‫ضى َعلَْي ِه‬


َ ‫َف َو َك َزهُ ُم ْو َسى َف َق‬
"Dan Musa pun meninjaunya sehingga matilah musuh itu".
.Al-Qasas, 28:15
Ada sebahagian pengikut fahaman yang sesat beralasan dengan ayat di atas
untuk membolehkan menyeru orang mati yang dianggap manusia suci seperti para

87
nabi, rasul, wali-wali Allah dan syeikh-syeikh sufi, kepercayaan seperti ini adalah
batil dan membawa kepada kesyirikan.

88
(2) Istigasah (ٌ‫ستِغَاثَة‬
ْ ‫)اَ ِال‬
Istigasah termasuk dalam jenis doa atau permohonan yang dianggap sebagai
ibadah. Antara pengertian (ُ‫ )اَ ِال ْستِغَاثَة‬dalam ayat al-Quran atau hadith yang sahih ialah:
(‫ب الْغَ ْو ِث‬
ُ َ‫" )طَل‬Meminta pertolongan" yang mana tujuannya untuk (‫الش َدة‬ِّ ُ‫)اِ َزلَة‬
"Menghilangkan sesuatu (kesusahan) yang bersangatan" seperti mengharapkan
kemenangan dengan meminta pertolongan untuk mengalahkan musuh. Begitu juga 91

meminta pertolongan agar disembuhkan penyakit, dijauhkan bala dan sebagainya.

Tiada khilaf (tiada perselisihan dikalangan para ulama) tentang bolehnya


meminta pertolongan dari makhluk yang masih hidup dalam perkara yang bukan
ghaibiyah, yang mana makhluk tersebut berdaya untuk melakukannya, tetapi kalau
sebaliknya adalah diharamkan sebagaimana firman Allah:

ٍ ِ ‫واِ ِن اسـتنصرو ُكم فِى الدِّي ِن َفعلَي ُكم الن‬


ُ‫َّص ُر االَّ َعلَى َق ْوم َبْينَ ُك ْم َو َب ْيَن ُه ْم ِّم ْيثَا ٌق َواهلل‬
ْ ُ َْ ْ ْ ْ َُ َْ ْ َ
ِ ‫بِما َت ْعملُو َن ب‬
.‫ص ْي ٌر‬ َ َْ َ
"(Akan tetapi) jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam (urusan
pembelaan) agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan kecuali
terhadap kaum yang telah ada perjanjian antara kamu dengan mereka. Dan
Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan".
.Al-Anfal, 8:72
Ayat di atas ini menjelaskan bahawa meminta pertolongan kepada makhluk
dalam hal kedunian atau yang berdaya dilakukan oleh makhluk tersebut, maka itu
dibolehkan, tetapi meminta pertolongan dalam hal ghaibiyah yang berupa urusan
Allah, maka itu tidak dibolehkan kerana hanya Allah yang tahu dan berkuasa dalam
segala urusan yang ghaib.

Berdoa atau menyeru kepada orang yang telah mati dan yang berada di alam
ghaib sama ada yang diseru itu malaikat, jin, para rasul, nabi, wali atau orang soleh
dengan mengatakan: "Ya Jibril! Ya Rasulullah! Hai wali Allah! Hai orang yang
Ghaib! Berilah aku pertolongan (keselamatan atau anugerah!)" maka telah
disepakati perbuatan serupa ini adalah dihukum syirik oleh para ulama Ahli Sunnah
wal-Jamaah dari kalangan Salaf as-Soleh.

Maka sesiapa yang melakukan seruan seperti ini bererti dia telah
berdoa/beribadah kepada makhluk (selain Allah). Perbuatan ini dihukum syirik
walaupun si penyeru berkeyakinan bahawa yang memberi pertolongan itu pada

91. Lihat: ‫ منهج اهل السنة والجماعة ومنهج االساعرة‬Jld. 1. Hlm. 60.
hakikatnya adalah Allah. Allah telah menjelaskan pengharaman ini kerana ia adalah
perbuatan yang sesat sebagaimana firmanNya:

‫ب لَهُ اِلَى َي ْوِم ال ِْقيَ َام ِة َو ُه ْم َع ْن ُد َعائِ ِه ْم‬ ِ ِ ِ ِ ِ َ َ‫ومن ا‬


ُ ‫ض ُّل م َّم ْن يَ ْدعُ ْوا م ْن ُد ْون اهلل َم ْن الَّيَ ْستَج ْي‬ ْ ََ
.‫ادتِ ِه ْم َكافِ ِريْ َن‬َ َ‫آء َو َكا ُن ْوا بِ ِعب‬ ِ ِ ِ
ً ‫َّاس َكا ُن ْوا لَ ُه ْم اَ ْع َد‬
ُ ‫ َوا َذا ُحش َر الن‬.‫غَافلُ ْو َن‬
"Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang-orang yang berdoa kepada
selain Allah, iaitu kepada orang yang tidak dapat memberi pertolongan sampai
Hari Kiamat, sedangkan mereka sendiri lalai akan doa mereka. Dan apabila
mereka dikumpulkan pada Hari Kiamat, nescaya sembahan mereka itu akan
menjadi musuh mereka dan mengingkari pemujaan mereka".
.Al-Ahkaf, 46:5-6
Dalam ayat di atas disebut: "Siapakah yang lebih sesat daripada orang-orang
yang berdoa kepada selain Allah", maka kalimah "berdoa" dikaitkan dengan kalimah
seterusnya iaitu "Sembahan mereka", ini bermakna berdoa di ayat ini bermakna
ibadah atau dengan tujuan ibadah, sedangkan orang yang diseru itu mengingkari
perbuatan tersebut. Seterusnya Allah berfirman:

‫ك‬َ ِ‫ف الض ُِّّر َعْن ُك ْم َوالَ تَ ْح ِويْالً اُ ْولَئ‬ َ ‫قُ ِل ا ْدعُ ْوا الَّ ِذيْ َن َز َع ْمتُ ْم ِّم ْن ُد ْونِِه فَالَيَ ْملِ ُك ْو َن َك ْش‬
ِ ِ ِ
ُ ‫الَّذيْ َن يَ ْدعُ ْو َن َيْبَتغُ ْو َن الَى َربِّ ِه ُم ال َْواس ْيلَةَ اَُّي ُه ْم اَق َْر‬
ُ‫ب َو َي ْر ُج ْو َن َر ْح َمتَهُ َويَ َخا ُف ْو َن َع َذابَه‬
ِ
.‫ك َكا َن َم ْح ُذ ْو ًرا‬ َ ِّ‫اب َرب‬َ ‫ا َّن َع َذ‬
"Katakanlah! Serulah/panggillah mereka yang kamu anggap tuhan selain
Allah. Mereka tidak mempunyai kekuasaan untuk menolak bahaya
daripadamu dan tidak pula memindahkannya. Orang-orang yang mereka seru
itu sendiri jesteru mencari jalan kepada Tuhan mereka, siapa di antara mereka
yang lebih dekat dengan Allah dan juga mengharpakan rahmatNya serta takut
akan azabNya. Sesungguhnya azab Tuhanmu itu sesuatu yang patut ditakuti".
.Al-Isra, 17:56-57
Menurut Imam Ibn Kathir, ayat di atas ini turun mengenai sekelompok manusia
yang menyembah jin dan berdoa/menyeru kepadanya. Jin yang diseru kemudian
masuk Islam (beriman) tetapi para penyeru tersebut tidak mengetahuinya. Ada juga
yang mengatakan bahawa ayat ini turun mengenai orang-orang yang berdoa kepada
Isa Al-Masih dan malaikat (yang berada di alam ghaib).

Melalui keterangan di atas telah jelas bahawa ayat ini membantah dan
mengingkari perbuatan orang-orang yang berdoa (menyeru atau meminta pertolongan)

90
kepada selain Allah, seperti meminta pertolongan kepada mereka yang berada di alam
ghaib, iaitu orang yang telah mati, jin, malaikat dan makhluk-makhluk ghaib yang
lain.

Seseorang mukmin tidak boleh berdoa dan meminta pertolongan (istigasah)


kepada selain Allah walaupun beralasan: "Kami berusaha, tetapi yang memberi
pertolongan sebenarnya Allah". Kemudian meyakini dan mengatakan: "Saya
disembuhkan oleh ubat doktor atau oleh semangat roh si pulan atau si pulan".
Beristigasah (meminta pertolongan) kepada benda-benda, roh-roh suci atau roh-roh
ghaib seperti ini adalah dihukum salah dan haram berdasarkan firman Allah:

.‫ت َف ُه َو يَ ْش ِف ْي ِن‬ ْ ‫اَلَّ ِذ ْي َخلَ َقنِ ْي َف ُه َو َي ْه ِديْ ِن َوالَّ ِذ ْي ُه َو يُط ِْع ُمنِى َويَ ْس ِق ِن َواِ َذا َم ِر‬
ُ ‫ض‬
"Allahlah yang menciptakan aku maka Dialah yang memberikan petunjuk
kepadaku. Dialah yang memberi makan dan minumku dan apabila aku sakit
Dialah yang menyembuhkan aku".
.Asy-Syura, 42:78-79-80
Ayat di atas ini menerangkan bahawa yang memberi petunjuk, rezeki dan
kesembuhan pada hakikatnya adalah Allah sahaja bukan yang lain, sedangkan ubat
hanyalah sebagai sebab sahaja dan tidak boleh menyembuhkan jika tidak dengan
keizinan Allah Subhanahu wa-Ta'ala..

91
(3) Penyembelihan & Korban

Syara tidak membolehkan seseorang melakukan penyembelihan atau korban


kecuali untuk Allah, kerana penyembelihan dan berkorban dianggap sebagai ibadah
berdasarkan dalil-dalil al-Quran dan hadith yang sahih:

َ ِ‫ك لَهُ َوبِ َذل‬


‫ك‬ ِّ ‫اي َو َم َماتِ ْي لِلَّ ِه َر‬
َ ْ‫ الَ َش ِري‬. ‫ب ال َْعالَ ِم ْي َن‬ ِ ُ‫قُل اِ َّن صـالَتِي ون‬
َ َ‫سـك ْي َو َم ْحـي‬ ُ َ ْ َ ْ
ُ ‫اُِم ْر‬
.‫ت َواَنَا اَ َّو ُل ال ُْم ْسلِ ِم ْي َن‬

"Katakanlah! Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku


hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagiNya dan
demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang
pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)".
Al-An'am, 6:162

َ ِّ‫ص ِّل لَِرب‬


.‫ك َوانْ َح ْر‬ َ َ‫ف‬
"Maka dirikanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan berkorbanlah".
.Al-Kautsar, 108:2

‫آوى ُم ْح ِدثًا َولَ َع َن اهللُ َم ْن لَ َع َن َوالِ َديْ ِه َولَ َع َن‬ ِ ِ


َ ‫لَ َع َن اهللُ َم ْن َذبَ َح لغَْي ِر اهلل َولَ َع َن اهللُ َم ْن‬
.‫اهللُ َم ْن غََّي َر ال َْمنَ َار‬

"Allah melaknat orang yang menyembelih untuk selain Allah, Allah


melaknat orang yang melindungi orang lain yang membuat bid'ah, Allah
melaknat orang yang melaknat kedua-dua orang tuanya dan Allah melaknat
orang yang merubah batu sempadan tanah". 92

Imam Nawawi rahimahullah apabila mensyarahkan hadith di atas menjelaskan


bahawa:

"Semua sembelihan tersebut (yang dilakukan bukan kerana Allah dihukum)


haram, sembelihan itu tidak ada yang halal, sama ada yang menyembelih
sembelihan tersebut seorang Muslim, Nasrani atau Yahudi".

Imam Nawawi amat tegas dalam persoalan ini dan beliau telah menjelaskan:

92. H/R Muslim 1878. Ahmad dan Nasaii dari jalan Ali.
"Jika sebelum menyembelih ia adalah seorang Muslim, maka setelah
menyembelihnya dia seorang yang telah murtad". 93

Imam Ahmad rahimahullah menegaskan bahawa:

"Seluruh yang disembelih untuk selain Allah tidak boleh dimakan


(diharamkan dagingnya)". 94

Termasuklah dianggap syirik perbuatan mereka yang menyerupai perbuatan


orang-orang jahiliyah Mekah sebelum kedatangan Islam, yang mana mereka
menyembelih atau berkorban untuk patung berhala yang mereka sembah, perbuatan
tersebut juga dilakukan oleh sebahagian masyarakat Melayu di Nusantara, iaitu
menyembelih seekor atau beberapa ekor sembelihan kerana tujuan kedukunan seperti
untuk ilmu-ilmu pertahanan diri, perubatan, pemulihan atau semahan semasa
berpindah ke rumah baru, mahu mendirikan rumah baru, membuka tanah baru untuk
dijadikan ladang atau seumpamanya, kerana kononnya bertujuan berlindung dari
gangguan jin, penunggu, hantu, syaitan atau seumpamanya. Kekarutan perbuatan
jahiliah yang membawa kepada kesyirikan ini telah dijelaskan oleh Allah sebagaimana
firmanNya:

ِ ‫ال ِمن ال‬


ٍ ِ ِ ْ‫ال ِم َن اْ ِالن‬
ٌ ‫َواَنَّهُ َكا َن ِر َج‬
.‫اد ْو ُه ْم َر َه ًقا‬
ُ ‫ْج ِّن َف َز‬ َ ‫س َيعُ ْوذُ ْو َن ب ِر َج‬
"Sesungguhnya ada beberapa orang lelaki di antara manusia meminta
perlindungan kepada beberapa lelaki dari kalangan jin, maka jin-jin itu
menambah bagi mereka dosa dan kesalahan".
.Jin, 72:6
Sebagaimana juga yang telah diceritakan oleh Az-Zamakhsyari rahimahullah:

ِ
ِ ‫ص ْيب ُهم ال‬ ِ ِ
‫ْج ُّن‬ ْ ‫َكا ُن ْوا اذَا ْشَت ُر ْوا َد ًار اَ ْو ُبُي ْوتًا اَ ِو‬
ُ َ ُ‫استَ ْخ َر ُج ْوا َعْينًا ذَبَ ُح ْوا َذب ْي َحةً َخ ْوفًا اَ ْن ت‬
.‫ك‬َ ِ‫الذبَائِ ِح لِ َذل‬َّ ‫ت اِلَْي ِه ُم‬ ِ ُ‫فَا‬
ْ ‫ض ْي َف‬
"Adalah mereka apabila membeli rumah atau apabila ingin mengeluarkan
'ain (syaitan), mereka menyembelih sembelihan kerana takut kalau-kalau ada
jin (yang dianggap hantu atau penunggu pent.) mengganggunya. Maka
disajikan sembelihan-sembelihan tersebut untuk mereka kerana (takut kepada
jin) tersebut".

93. Lihat: ‫ شرح المسلم‬Jld. 13. Hlm. 122.


94. Lihat; ‫ اقتضاء صراط المستقيم‬Hlm. 556. Ibn Taimiyah.

93
Para ulama Salaf as-Soleh berpendirian sama seperti pandapat Imam An-
Nawawi, iaitu menganggap kufur yang membawa kepada kesyirikan sesiapa yang
menyembelih suatu sembelihan yang tujuan bukan kerana Allah Subhanahu wa-
Ta'ala, sebaliknya dilakukan kerana makhlukNya.

94
(4) Bernazar (‫)اَلنَّ ْذ ُر‬

Bernazar adalah termasuk dalam ibadah, maka ibadah tidak boleh dilakukan
kecuali kerana Allah. Sebaik-baik bernazar janganlah bersyarat. Nabi Muhammad
95

sallallahu 'alaihi wa-sallam tidak menyukai nazar yang bersyarat, sebagaimana


seseorang yang mengatakan (bersyarat): "Aku bernazar, kalau aku sembuh, aku akan
tunaikan nazarku dengan bersedekah kepada si pulan". Inilah antara contoh nazar
yang dibenci kerana bersyaratkan "sembuh" terlebih dahulu sebelum menunaikan
nazarnya. Nabi Muhammad sallahu 'alaihi wa-sallam bersabda:

ِ ‫اَلنَّ َذر الَ يَاْتِي بِ َخ ْي ٍر واِنَّما يَستَ ْخرِج ِم ْن َم‬


.‫ال الْبَ ِخْي ِل‬ ُ ْ َ َ ْ ُ
"Nazar itu tidak lain hanya suatu kebaikan, sesungguhnya ia tidak
dikeluarkan kecuali dari harta si bahil". 96

Dari hadith di atas menunjukkan bahawa nazar adalah antara amalan orang-
orang yang bakhil, namun ia tetap suatu perbuatan yang baik.

Seseorang yang telah bernazar wajib ditunaikan jika sekiranya nazarnya tidak
terlibat dengan sesuatu yang ditegah atau diharamkan oleh syara. Terdapat banyak
ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith sahih yang memperkatakan tentang nazar,
antaranya ialah:

.‫َولُْي ْو ُف ْوا نُ ُذ ْو َر ُه ْم‬


"Dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazar mereka".
Al-Haj, 22:29

ِ ِ ِ ِ ٍ
َ ْ‫َو َما اَْن َف ْقتُم ِّم ْن َّن َف َقة اَ ْو نَ َذ ْرتُم ِّمن نَّ ْذ ٍر فَا َّن اهللَ َي ْعلَ ُمهُ َو َماللظَّال ِم ْي َن م ْن اَن‬
.‫صا ٍر‬

"Apa saja yang kamu nafkahkan atau apa saja yang kamu nazarkan, maka
sesungguhnya Allah mengetahuinya. Orang-orang yang berbuat zalim tidak
ada seorang penolongpun baginya".
.Al-Baqarah, 2:270

95. Lihat: ‫ القول المفيد فى ادلة النوحيد‬Hlm. 57. Muhammad bin Abdul Wahab bin Ali al-Yamani al-Yasabi
al-'Abdali. Maktabah ad-Diyak.
96. H/R Bukhari. (4/254 dan 274). Muslim (5/77). Abu Daud (3287). Nasaii (2/142). Dan Ibn Majah
(2122).
(5) Meminta Pertolongan (ُ‫ستِ َعانَة‬
ْ ‫)اَ ِال‬
Al-isti'anah ialah meminta/memohon perlindungan atau pertolongan. Iaitu
dengan menyerahkan diri kepada Allah Ta'ala agar diselamatkan dari kesusahan dan
juga dilindunginya. Antara tujuan beristi'anah ialah agar diselamatkan dari bala
97

bencana seperti penyakit atau apa sahaja jenis keburukan atau kecelakaan. Jika
dipohon kepada selain dari Allah, maka cara tersebut adalah perbuatan yang syirik.
Syara juga telah menganggap syirik perbuatan seseorang yang menyeru selain Allah
untuk meminta sesuatu permohonan, pertolongan atau perlindungan jika apa yang
dipohonkan atau dipinta itu pada hakikatnya hanya Allah sahaja yang layak dan
berhak menunaikannya.

Meminta pertolongan atau perlindungan dengan cara berdoa (menyeru dan


mendekatkan diri) kepada makhluk dianggap telah beribadah kepada makhluk
tersebut. Perbuatan seperti ini adalah syirik walaupun si pembuat, si pelakunya atau
si penyerunya menafikan dengan beralasan bahawa dia tidak menyembah makhluk
yang dipohon pertolongan atau perlindungan, tetapi mengambilnya sebagai
perantaraan. Alasan orang-orang seperti ini telah diceritakan oleh Allah di dalam
firmanNya:

ِ ‫ِهلل الدِّيْن الْ َخالِص والَّ ِذيْن اتَّ َخ ُذوا ِمن ُدونِِه اَولِياء ما َن ْعب ُد ُهم اِالَّ لِي َق ِّربونَآ اِلَى‬
‫اهلل‬ ِ َ‫اَال‬
ُْ ُ ْ ُ َ َ َ ْ ْ ْ ْ َ َ ُ ُ
ِ ِ ِ ِ ِ ِ ‫زلْ َفى اِ َّن اهلل يح ُكم بينهم فِى م‬
ٌ ‫اه ْم فْيه يَ ْختَل ُف ْو َن ا َّن اهللَ الَ َي ْهدى َم ْن ُه َو َكاذ‬
‫ب‬ ُ َ ْ ُ َ َْ ُ ْ َ َ ُ
ٌ ‫َك َّف‬
.‫ار‬

“Ingatlah! Hanya kepunyaan Allahlah agama yang bersih (dari


kesyirikan). Dan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah
berkata: Kami tidak menyembah mereka kecuali hanya agar mereka dapat
mendekatkan diri kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya. Sesungguhnya
Allah akan memutuskan di antara mereka tentang apa yang mereka
perselisihkan. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-
orang yang dusta dan sangat ingkar”.
.Az-Zumar, 39:3
Perbuatan yang telah digambarkan di atas, dianggap syirik apabila
berlandaskan kepada hujjah yang telah dijelaskan oleh dalil-dalil al-Quran dan hadith-
hadith yang sahih yang melarang mereka yang beriman dari melakukan perbuatan
seperti itu. Firman Allah:

97. Lihat: ‫ منهج اهل السنة والجماعة ومنهج االشاعرة فى توحيد اهلل‬jld. 1, hlm. 60. Khalid Abdullatif bin Muhammad
Nor. Cetakan Pertama. 1416H/1995M. Maktabah al-Guraba' al-atahariyah. Madinah al-Munawarah.
.‫ك اِ ًذا ِّم َن الظَّالِ ِم ْي َن‬
َ َّ‫ْت فَِان‬
َ ‫ض ُّر َك فَِا ْن َف َعل‬
ُ َ‫ك َوالَ ي‬ ِ ‫والَ تَ ْدعُ ِمن ُدو ِن‬
َ ُ‫اهلل َماالَ َيْن َفع‬ ْ ْ َ
“Dan janganlah kamu menyeru (menyembah) apa-apa yang tidak memberi
manfaat kepadamu selain Allah, sebab jika kamu berbuat (yang demikian) itu,
maka sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk orang-orang yang zalim”.
.Yunus, 10:106
Allah melarang seseorang menyeru atau berdoa kepada selainNya, kerana
selain Allah ‘Azza wa-Jalla semuanya tidak akan dapat memberi manfaat. Adapun
maksud zalim di ayat ini ialah “Syirik”. Sebagaimana juga firman Allah:

‫ْم َع ِظ ْي ٌم‬ ِّ ‫اِ َّن‬


ٌ ‫الش ْر َك لَظُل‬
“Sesungguhnya syirik (menyekutukan Allah) itu adalah kezaliman yang
besar”.Loqman, 31:13

Termasuk dalam hukum doa ialah memohon pertolongan (perlindungan) atau


istigasah kepada makhluk, padahal telah diketahui bahawa makhluk tersebut tidak
mampu atau berdaya untuk memberikan pertolongan, kerana yang sebenar-benar
memberi pertolongan hanyalah Allah Subhanahu wa-Ta’ala:.

.‫اب لَ ُك ْم‬ ِ ِ
َ ‫استَ َج‬
ْ َ‫ا ْذ تَغ ْي ُث ْو َن َربَّ ُك ْم ف‬
“(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu
diperkenankanNya bagimu”.
.Al-Anfal, 8:9

ِ ‫ض اَِءلَهٌ َّمع‬
‫اهلل‬ َ ِ ‫اء اْالَ ْر‬
َ ‫الس ْو َء َويَ ْج َعلَ ُك ْم ُخلَ َف‬
ُّ ‫ف‬ُ ‫ضطََّر اِذَا َد َعاهُ َويَ ْك ِش‬ْ ‫ب ال ُْم‬ ِ
ُ ‫اََّم ْن يَج ْي‬
.‫قَلِ ْيالً َّما تَ َذ َّك ُر ْو َن‬

“Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan


apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang
menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi. Apakah di samping
Allah ada tuhan (yang lain)? Amat sedikitlah kamu mengingatiNya”.
.An-Naml, 27:62
Pada ayat di atas Allah bertanya: “Siapakah yang memperkenankan (doa)
orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepadaNya?”. Pastinya hanya Allah

97
sahaja yang memperkenankan doa. Sebenarnya ayat ini memberi peringatan bahawa
hanya Allah yang benar-benar menghilangkan kesusuhan atau kesulitan. Maka
meminta pertolongan atau permohonan (beristi’anah) dalam hal-hal ghaibiyah jika
dilakukan kepada selain Allah dihukum syirik, kerana perbuatan tersebut dianggap
sebagai “ibadah” yang mengibadahi selain Allah ‘Azza wa-Jalla sebagaimana
penjelasan dari al-Quran dan hadith yang sahih:

َ َّ‫اك َن ْعبُ ُد َواِي‬


.‫اك نَ ْستَ ِع ْي ُن‬ َ َّ‫اِي‬
“Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah
kami memohon pertolongan”.
.Al-Fatihah, 1:5
ِ
َ‫اساَ ِل اهلل‬ َ ‫ اذَا َساَل‬: ‫صـلَّى اهللُ َعلَ ْـي ِه َو َسـلَّ َم‬
ْ َ‫ْت ف‬ ِ
َ ‫ال َر ُس ْـو ُل اهلل‬
َ َ‫ ق‬: ‫ال‬ ٍ َّ‫َع ِن ابْ ِن َعب‬
َ َ‫اس ق‬
ِ ِ‫استَ ِعن ب‬
.‫اهلل‬ ِ
ْ ْ َ‫ت ف‬ َ ‫اسَت َع ْن‬
ْ ‫َواذَا‬
"Dari Ibn Abbas berkata: Bersabda Rasulullah sallahu 'alaihi wa-sallam:
Apabila kamu meminta maka mintalah kepada Allah dan apabila kamu
memohon pertolongan maka mohonlah pertolongan dari Allah". 98

Dengan penjelasan di atas, kita perlu sentiasa mengambil perhatian dalam


perkara ini, kerana ia merupakan persoalan akidah yang boleh melibatkan bid'ah dan
kesyirikan.

98. H/R Ahmad (1/293, 303 dan 308). Turmizi (24516). Sanadnya hasan.

98
(6) Tawakkal

Amalan bertawakkal dianggap sebagai ibadah oleh para ulama Ahli Sunnah
wal-Jamaah yang mengikut manhaj Salaf as-Soleh. Antara dalil-dalil yang menyuruh
agar orang-orang yang beriman bertawakkal dan memperkatakan tentang tawakkal
ialah firman Allah:

.‫اهلل َفَت َو َّكلُ ْوا اِ ْن ُكْنتُ ْم ُّم ْؤ ِمنِْي َن‬


ِ ‫و َعلَى‬
َ
"Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakkal jika benar-benar
kamu orang yang beriman".
.Al-Maidah, 5:23

َ ‫سَت ْعلَ ُم ْو َن َم ْن ُه َو ِفى‬


.‫ضالَ ٍل ُّمبِْي َن‬ ِ ِِ
َ َ‫الر ْح َم ُن َء َامنَّا به َو َعلَْيه َت َو َّكلْنَا ف‬
َّ ‫قُ ْل ُه َو‬
"Katakanlah: Dialah Allah Yang Maha Penyayang, kami beriman
kepadaNya dan kepadaNyalah kami bertawakkal. Kelak kamu akan
mengetahui siapakah dia yang berada dalam kesesatan yang nyata".
.Al-Mulk, 67:29
(7) Cinta (‫ب‬
ُّ ‫ْح‬
ُ ‫)اَل‬
Orang-orang yang beriman diwajibkan agar mencintai Allah lebih dari
mencintai segala-galanya, kerana mencintai Allah Subhanahu wa-Ta'ala dengan
sebenar-benar cinta adalah ibadah. Oleh itu, sesiapa yang menyerupakan cintanya
kepada Allah sebagaimana cintanya kepada makhlukNya, maka dia telah melakukan
kesyirikan. Allah Azza wa-Jalla berfirman:

‫اهلل َوالَّ ِذيْ َن َء َامُن ْوا اَ َش ُّد ُحبًّا‬


ِ ‫ب‬ ِّ ‫ادا يُ ِحُّب ْو َن ُه ْم َك ُح‬ ِ ‫َّخ ُذ ِمن ُدو ِن‬
ِ ‫َّاس من يت‬ ِ
ً ‫اهلل اَنْ َد‬ ْ ْ َ ْ َ ِ ‫َوم َن الن‬
.‫لِلَّ ِه‬

"Dan di antara manusia itu ada orang yang menyembah tandingan-


tandingan selain Allah, mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai
Allah. Adapun orang yang beriman itu sangat cinta kepada Allah".
.Al-Baqarah, 2:165
Cinta yang membawa kepada kesyirikan sebagaimana yang dijelaskan di ayat
ini ialah: "Kecintaan seorang insan kepada selain Allah, yang mana cintanya
menyamai sebagaimana ia mencintai Allah". 99

Terdapat di dalam kitab sunan Turmizi dan lain-lainnya beberapa sabda


Rasulullah sallahu 'alaihi wa-sallam yang memperkatakan tentang cinta dan benci:

ِ ‫ض فِى‬
.‫اهلل‬ ِ ‫ب فِى‬
ُ ْ‫اهلل َوالُْبغ‬ ُّ ‫ْح‬ ِ
ُ ‫اَ ْوثَ ُق ُع َرى اْاليْ َما ُن ال‬
"Penyimpul ikatan iman yang paling kukuh ialah cinta kerana Allah dan
benci kerana Allah". 100

ِ ‫اهلل واَ ْعـطَى فِى‬


‫اهلل َو َمنَ َع‬ ِ ِ َ َ‫اهلل واَْبغ‬ ِ ِ َّ ‫من اَح‬
َ ‫ض فى‬ َ ‫ـب فى‬ َ َْ
ِ ‫اهلل َف َق ْد اِستَ ْكمل اْ ِاليْم‬
.‫ان‬ ِ ‫ِفى‬
َ ََ ْ
"Barangsiapa yang mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah,
memberi kerana Allah dan tidak memberi kerana Allah, maka telah sempurna
imannya". 101

99. Lihat: ‫ القول المفيد فى ادلة التوحيد‬hlm. 48. Muhammad bin Abdul Wahab bin
Ali al-Yamani al-Wasabi.
100. H/R Turmizi.
101. H/R Abu Daud dan Turmizi. Hadith hasan sahih.
(8) Takut (‫ف‬
ُ ‫)اَلْ َخ ْو‬
Takut yang dituntut oleh syara ialah takut kepada Allah tanpa disyirikkan
(disekutukan) ketakutannya yang sebenar-benar takut kepada yang lain. Takut adalah
dari jenis ibadah hati. Firman Allah:
102

ِ َ‫اف م َقام ربِِّه جنَّت‬


.‫ان‬ ِ
َ َ َ َ َ ‫َول َم ْن َخ‬
"Dan bagi sesiapa yang takut akan saat menghadapi Tuhannya ada dua
syurga".
.Ar-Rahman, 55:46

.‫ْجنَّةَ ِه َي ال َْماْ َوى‬ ِ َّ ‫ام َربِِّه َو َن َهى‬


َ ‫س َع ِن ال َْه َوى فَا َّن ال‬
َ ‫الن ْف‬ َ ‫اف َم َق‬
َ ‫َواََّما َم ْن َخ‬
"Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan
menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah
tempat tinggal(nya).
.An-Nazi'at, 79:40-41
.‫يَ َخا ُف ْو َن َر َّب ُه ْم ِّم ْن َف ْو ِق ِه ْم َو َي ْف َعلُ ْو َن َما ُي ْؤ َم ُر ْو َن‬

"Mereka takut kepada Tuhan mereka yang di atas mereka dan


melaksanakan apa yang diperintahkan (kepada mereka).
.An-Nahl, 16:50
Menurut pemahaman yang berlandaskan syara, takut dibahagikan kepada
empat jenis:

Pertama: Takut yang tabii, seperti perasaan takut seorang insan kepada
musuh, takut kepada benda-benda yang boleh membahayakan dirinya seperti binatang
buas, benda-benda merbahaya seperti api dan sebagainya. Takut seperti ini tidak
mendatangkan dosa kerana pasti ada dan berlaku kepada setiap manusia. Antara
takut tabii yang terdapat contohnya di dalam al-Quran ialah kisah Nabi Musa
'alaihissalam sebagaimana yang diceritakan pada ayat:

ِ ِ ِ ِ
ُ َّ‫صبَ َح فى ال َْمد ْينَة َخآئ ًفا َيَت َرق‬
‫ب‬ ْ َ‫فَا‬

102. Lihat: ‫ القول المفيد فى ادلة التوحيد‬hlm. 49. Muhammad bin Abdul Wahab bin
Ali al-Yamani al-Wasabi al-'Abdali.
"Kerana itu, jadilah Musa di kota itu merasa takut menunggu-menunggu
dengan khawatir".
.Al-Qasas, 28:18

ِ ِ
ُ َّ‫فَ َخ َر َج م ْن َها َخآئ ًفا َيَت َرق‬
‫ب‬
"Maka keluarlah Musa dari kota itu dengan rasa takut menunggu-nunggu".
.Al-Qasas, 28:21
.‫اف اَ ْن َي ْقُتلُ ْو ِن‬
ُ ‫سا فَاَ َخ‬ ِ ُ ‫ب اِنِّي قَاَتل‬
ً ‫ْت م ْن ُه ْم َن ْف‬ ْ ِّ ‫ال َر‬
َ َ‫ق‬
"Musa berkata: Ya Tuhanku! Sesungguhnya aku telah membunuh seorang
manusia dari golongan mereka, maka aku takut mereka akan membunuhku".
.Al-Qasas, 28:33
Kedua: Takut yang syarii, iaitu takut kerana Allah yang dianggap sebagai
ibadah, seperti perasaan takut kepada perkara-perkara yang bersangkut-paut dengan
hal-hal yang ghaib yang akibatnya hanya Allah yang mengetahui. Maka dalam
perkara-perkara yang ghaib yang benar-benar wajib ditakuti hanyalah Allah
Subhanahu wa-Ta'ala. Allah berfirman:

.ً‫ش ْو ِن َوالَ تَ ْشَت ُر ْوا بِئَايَاتِ ْي ثَ َمنًا قَِلْيال‬


َ ‫َّاس َوا ْخ‬
َ ‫ش ْوا الن‬
َ ‫فَالَ تَ ْخ‬
"Janganlah kamu takut kepada manusia, tetapi takutlah kepadaKu. Dan
janganlah kamu menukar ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit".
.Al-Maidah, 5:44
Ketiga: Iaitu rasa ketakutan yang bersangatan dari seorang hamba kepada
makhluk, sebagaimana ketakutannya kepada Allah atau melebihi dari ketakutannya
kepada Allah, seperti takutkan jin, mayat, hantu, musuh, tempat yang gelap, sunyi-
sepi atau selainnya sebagaimana dia takutkan Allah atau lebih dari itu. Firman Allah:

‫ب‬ ِ َّ ‫اَلَ ْم َت َر اِلَى الَّ ِذيْ َن قِ ْي َل لَ ُه ْم ُك ُّفوا اَيْ ِديَ ُك ْم َواَقِ ْي ُم ْوا‬
َّ ‫الصالَةَ َو َءا ُت ْوا‬
َ ‫الز َكاةَ َفلَ َّما ُكت‬
ِ ‫شو َن النَّاس َك َخ ْشي ِة‬ ِ ِ ُ ‫علَي ِهم ال ِْقت‬
.ً‫اهلل اَ ْو اَ َش ُّد َخ ْشيَة‬ َ َ ْ َ ‫ال اذَا فَ ِريْ ٌق م ْن ُه ْم يَ ْخ‬ َ ُ َْ
"Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang dikatakan kepada mereka:
Tahanlah tanganmu (dari berperang), dirikanlah sembahyang dan tunaikanlah
zakat. Setelah diwajibkan kepada mereka berperang, tiba-tiba sebahagian dari
mereka (golongan munafik) takut kepada manusia (musuh) seperti takutnya
kepada Allah, bahkan lebih sangat dari itu takutnya".

102
.An-Nisa', 4:77
Keempat: Takut yang membawa kepada maksiat dan dosa terutama dosa
besar, iaitu seperti perasaan ketakutan seseorang hamba kepada seorang hamba yang
lain, atau terlalu takutkan manusia yang ramai sehingga meninggalkan kewajipan
(agama), terlibat dengan perkara-perkara yang haram dan lebih takut kepada manusia
walaupun ketakutan tersebut belum sampai ke tahap terpaksa melakukan yang
diharamkan, maka ketakutan jenis ini adalah suatu perbuatan maksiat. Kerana 103

perasaan takut seperti itu adalah bisikan syaitan yang kerjanya suka menakut-
nakutkan terutamanya orang-orang yang fasik atau yang lemah imannya. Firman
Allah Subhanahu wa-Ta'ala:

.‫آءهُ فَالَ تَ َخا ُف ْو ُه ْم َو َخا ُف ْو ِن اِ ْن ُك ْنتُ ْم َم ْؤ ِمنِْي َن‬ ِ ُ ‫الشيطَا ُن ي َخ ِّو‬


َ َ‫ف اَ ْولي‬
ِ ِ
ُ ْ َّ ‫انَّ َما َذل ُك ُم‬
"Sesungguhnya mereka itu tidak lain hanyalah syaitan yang menakut-nakuti
(kamu) dengan kawan-kawannya kerana itu janganlah kamu takut kepada
mereka, tetapi takutlah kepadaKu, jika kamu benar-benar orang yang
beriman".
.Ali Imran, 3:175

.‫ش ْونِ ْي‬


َ ‫ش ْو ُه ْم َوا ْخ‬
َ ‫فَالَ تَ ْخ‬
"Janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kamu sekalian
kepadaKu".
.Al-Baqarah, 2:150

.‫ش ْو ِن‬
َ ‫َّاس َوا ْخ‬
َ ‫ش ْوا الن‬
َ ‫فَالَ تَ ْخ‬
"Kerana itu janganlah kamu takut kepada manusia, (tetapi) takutlah
kepadaKu".
.Al-Maidah, 5:44

َ ‫َّاس َواهللُ اَ َح ُّق اَ ْن تَ ْخ‬


ُ‫شاه‬ َ ‫شى الن‬
َ ‫َوتَ ْخ‬

103. Lihat: ‫ القول المفيد فى ادلة التوحيد‬hlm. 50. Muhammad bin Abdul Wahab
bin Ali al-Yamani al-Wasabi al-'Abdali.

103
"Dan kamu takut kepada manusia, sedangkan Allahlah yang lebih berhak
untuk kamu takuti".
.Al-Ahzab, 33:37

.‫ش ْوهُ اِ ْن ُك ْنتُ ْم ُم ْؤ ِمنِْي َن‬


َ ‫ش ْو َن ُه ْم فَاهللُ اَ َح ُّق اَ ْن تَ ْخ‬
َ ‫اَتَ ْخ‬
"Mengapakah kamu takut kepada mereka padahal Allahlah yang berhak
untuk kamu takuti, jika kamu benar-benar orang yang beriman".
.At-Taubah, 9:13
Dengan penjelasan di atas, hendaklah orang-orang yang beriman menempatkan
perasaan takutnya di tempat yang diizinkan oleh syara agar terhindar dari melakukan
maksiat dan dosa.

104
(9) Bergantung Harapan

Apabila seseorang menggantungkan sepenuh harapan dan keyakinannya


kepada Allah 'Azza wa-Jalla, maka ia dianggap telah beribadah kepada Allah, oleh
sebab itu seseorang yang beriman tidak dihalalkan bergantung sepenuh harapan
kepada sesiapa pun dari makhluk kecuali kepada Allah Subhanahu wa-Ta'ala. Allah
berfirman:

.‫اد ِة َربِِّه اَ َح ًدا‬


َ َ‫صالِ ًحا َوالَ يُ ْش ِر ْك بِ ِعب‬ ِ ‫فَمن َكا َن يرجوا لَِق‬
َ ً‫اء َربِّه َفلَْي ْع َم ْل َع َمال‬
َ ْ ُ َْ َْ
"Maka sesiapa yang mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya,
hendaklah dia mengerjakan amalan yang soleh dan janganlah dia
mempersekutukan seseorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya".
.Al-Kahfi, 18:110

ِ ‫اهلل فَِا َّن اَجل‬


ٍ ‫اهلل‬
.‫آلت‬ ِ ‫من َكا َن يرجوا لَِقآء‬
ََ َ ْ ُ َْ َْ
"Barangsiapa yang mengharap pertemuan dengan Allah, maka
sesungguhnya waktu (yang dijanjikan) Allah pasti datang".
Al-‘Angkabut, 29:5
(10) Bersumpah

Seseorang yang beriman tidak dihalalkan oleh syara bersumpah dengan nama, zat
atau sifat-sifat makhluk. Jika seseorang yang beriman ingin bersumpah, maka
hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah kerana bersumpah juga dianggap sebagai
ibadah apabila menggunakan nama Allah. Oleh yang demikian, bersumpah dengan
nama makhluk dianggap maksiat yang boleh membawa kepada kesyirikan
berdasarkan nas-nas dari syara:

.‫اهلل َف َق ْد اَ ْش َر َك‬ َ َ‫ َم ْن َحـل‬: ‫صلَّى اهللُ َعلَْي ِه َو َسـلَّ َم‬


ِ ‫ف بِـغَْي ِر‬ ِ
َ ‫ال َر ُس ْـو ُل اهلل‬
َ َ‫ق‬
"Telah bersabda Rasulullah sallalahu 'alaihi wa-sallam: Sesiapa yang
bersumpah dengan selain Allah, maka dia telah melakukan kesyirikan". 104

ْ ِ‫َوالَ تُ ْحلِ ُف ْوا بِآبَائِ ُك ْم َو َم ْن َكا َن َحالًِفا َفلْيَ ْحل‬


ِ ِ‫ف ب‬
.‫اهلل‬

"Janganlah kamu bersumpah dengan (nama) bapa-bapa kamu, sesiapa


yang ingin bersumpah maka bersumpahlah dengan nama Allah". 105

104. H/R Ahmad (2/34 dan 86). Abu Daud (3251). Turmizi (1535). Sanad
hadith ini sahih.
105. H/R Bukhari. Lihat: ‫ شرح فتح الباري‬Jld. 13. Hlm. 390-391.
(11) Ruku' Dan Sujud

Ruku' dan sujud adalah unsur dari beberapa unsur pengibadatan. Di dalam al-
Quran terdapat ayat yang memerintahkan orang-orang beriman agar ruku' dan sujud
kepada Allah Azza wa-Jalla. Oleh kerana itu seseorang yang beriman tidak dihalalkan
sujud atau ruku' kepada makhluk Allah kerana ruku' dan sujud adalah hak Allah dan
hanya untuk Allah. Syara tidak pernah menghalalkan seseorang itu ruku' atau sujud
kecuali hanya kepada Allah kerana perbuatan tersebut dianggap sebagai ibadah dan
dikhususkan hanya kepada Allah. Firman Allah:

.‫اس ُج ُد ْوا َوا ْعبُ ُد ْوا َربَّ ُك ْم َوا ْف َعلُ ْوا الْ َخ ْي َر لَ َعلَّ ُك ْم ُت ْف ِل ُح ْو َن‬ ِ
ْ ‫يَاَُّي َها الَّذيْ َن َء َامُن ْوا ْار َكعُ ْوا َو‬
"Wahai orang-orang yang beriman! Ruku'lah kamu, sujudlah kamu,
sembahlah Tuhanmu dan lakukanlah amalan yang baik, supaya kamu
mendapat kemenangan".
.Al-Haj, 22:77
(12) Mengkhusyuk Hati Atau Merendah Hati

Mengkhusyukkan hati atau merendah hati hanya dihalalkan apabila ia


dilakukan kepada Allah Subhanahu wa-Ta'ala. Ia adalah satu dari beberapa cara atau
syarat beribadah yang diperintahkan dan disukai oleh Allah Azza wa-Jalla. Sesiapa
yang melakukannya kepada makhluk, maka dia telah melakukan suatu kesyirikan.
Firman Allah:

ِ ‫اهلل ومآاُنْ ِز َل اِلَي ُكم ومآاُنْ ِز َل اِلَي ِهم َخ‬


‫اش ِع ْي َن لِلَّ ِه‬ ِ ِ ِ ‫واِ َّن ِمن اَ ْه ِل ال‬
ِ َ‫ْكت‬
ْ ْ ََ ْ ْ َ َ َ‫اب لَ َمن يُ ْـؤم ُن ب‬ ْ َ
.ً‫اهلل ثَ َمنًا قَلِ ْيال‬
ِ ‫ات‬ ِ ‫الَي ْشَترو َن بِئَاي‬
َ ُْ َ
"Dan sesungguhnya di antara Ahli al-Kitab ada orang-orang yang beriman
kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kamu dan yang
diturunkan kepada mereka, sedang mereka berendah hati kepada Allah dan
mereka tidak menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit".
.Ali Imran, 3:199
Berpandukan kepada beberapa dalil al-Quran dan hadith-hadith sahih, maka
menyeru, berdoa, bernazar, menyembelih (berkorban), meminta perlindungan
(pertolongan), bertawakkal, cinta, takut, bersumpah, tunduk dan merendah hati
(khusyuk), maka semuanya itu termasuk ibadah yang tidak boleh dilakukan terhadap
makhluk walaupun siapa makhluk tersebut. Dengan demikian, maka sesungguhnya
Allah tidak akan menerima apapun amal ibadah yang dikerjakan oleh seseorang
kecuali dipenuhi dua perkara yang menjadi syarat diterimanya amal tersebu, iaitu:

Pertama: Hendaklah amal ibadah tersebut dikerjakan dengan penuh


keikhlasan semata-mata kerana Allah Subhanahu wa-Ta'ala. Iaitu tidak ada yang
diharapkan oleh si pembuatnya kecuali semata-mata mengharapkan keredhaan Allah.
Sebagaimana firmanNya:

ِ ِِ ِ ِ ِ َ ‫اِنَّا اَْنزلْنَا اِلَي‬


ُ ‫صا لَّهُ الدِّيْ َن اَالَ للَّه الدِّيْ ُن الْ َخال‬
.‫ص‬ َ ‫اب بِال‬
ً ‫ْح ِّق فَا ْعبُد اهللَ ُم ْخـل‬ َ َ‫ك الْكت‬ ْ َ
"Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu Kitab (al-Quran) dengan
(membawa) kebenaran, maka sembahlah Allah dengan memurnikan
(keikhlasan) ketaatan kepadanya".
.Az-Zumar, 39:2-3
ِ
.‫صا لُهُ الدِّيْ َن‬ ِ ُ ‫قُ ْل انِّ ْي اُِم ْر‬
ً ‫ت اَ ْن اَ ْعبُ َد اهللَ ُم ْخل‬
"Katakanlah! Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah
dengan memurnikan ketaatan (ikhlas) kepadaNya dalam (menjalankan)
agama".
.Az-Zumar, 39:11

.‫صا لَّهُ ِديْنِ ْي‬ ِ


ً ‫قُ ِل اهللَ اَ ْعبُ ُد ُم ْخل‬
"Katakanlah! Hanya Allah saja yang aku sembah dengan memurnikan
(keikhlasan) ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agamaku".
.Az-Zumar, 39:14
(Inilah antara beberapa ayat al-Quran yang menunjukkan perihal keikhlasan)
iaitu yang dimaksdukan oleh kalimah (ikhlas): (‫)اشهد ان ال اله اال اهلل‬.

Kedua: Menjadi syarat kedua, hendaklah amal ibadah tersebut berittiba'


(mencontohi Rasulullah) atau bersesuaian dengan petunjuk Rasulullah sallallahu
'alaihi wa-sallam. Kerana amal yang tidak ittiba' (mengikut cara) dan contoh yang
telah ditunjukkan oleh Rasulullah, maka semuanya itu tertolak, sebagaimana yang
dapat difahami melalui hadith dari 'Aisyah radiallahu 'anha:

.ٌّ‫س ِم ْنهُ َف ُه َو َرد‬ ِ َ ‫من اَح َد‬


َ ‫ث فى اَ ْم ِرنَا َه َذا َما لَْي‬ ْ َْ
"Sesiapa yang mencipta (mengada-adakan) yang baru (tidak mengikut
contoh, Pent.) dalam urusan (agama) Kami ini, maka itu tertolak". 106

Inilah sebenarnya makna (‫" )اشهد ان محمدا رسول اهلل‬Aku mengaku bahawa
Muhammad itu utusan Allah". 107

106. H/R Ahmad (24840). Bukhari (2499) as-Soloh. Muslim (3242). Abu Daud (3990) as-Saum. Ibn Majah
(14) Muqaddimah.
107. Lihat; ‫ القول المفيد فى ادلة التوحيد‬hlm. 40. Muhammad bin Abdul Wahab bin Ali al-Yamani al-Wasabi

al-Abdali.

109
Sifat Uluhiyah

Sebagaimana yang telah dijelaskan bahawa ilah(ٌ‫ )إلَه‬dalam Bahasa Arab disebut
juga "al-ma'luh". Pengertian sebenar (ُ‫ )اَل َْمأل ُْوه‬terdapat di dalam firman Allah:

.‫الر ِح ْي ُم‬ َّ ‫اح ٌد الَ اِلَهَ اِالَّ ُه َو‬


َّ ‫الر ْح َم ُن‬ ِ ‫ِواِلَه ُكم اِلَهٌ و‬
َ ْ ُ
"Dan Tuhanmu adalah Tuhan Yang Maha Esa, tidak ada Tuhan melainkan
Dia, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang".
.Al-Baqarah, 2:163
Beberapa dalil yang membuktikan (kesaksian) yang menunjukkan bahawa
tiada ilah (tuhan) yang benar-benar berhak diibadahi, disembah dan yang mempunyai
sifat uluhiyah kecuali Allah Subhanahu wa-Ta'ala, antaranya ialah firman Allah:

‫َش ِه َد اهللُ اَنَّهُ الَ اِلَهَ اِالَّ ُه َو َوال َْمالَئِ َكةُ َواُْولُْو ال ِْعل ِْم قَآئِ ًما بِال ِْق ْس ِط الَ اِلَهَ اِالَّ ُه َو ال َْع ِز ْي ُز‬
.‫ْح ِك ْي ُم‬
َ ‫ال‬
"Allah menyatakan bahawa tidak ada tuhan (yang berhak disembah) selain
Dia yang menegakkan keadilan. Para malaikat dan orang-orang yang berilmu
(juga menyatakan demikian). Tidak ada tuhan (yang berhak disembah) selain
Dia yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana".
.Ali Imran, 3:18

.‫ك ِم ْن َر ُس ْـو ٍل اِالَّ ُن ْو ِحى اِلَْي ِه اَنَّهُ الَ اِلَهَ اِالَّ اَنَا فَا ْعبُ ُد ْو ِن‬
َ ِ‫َو َما اَ ْر َسـلْنَا ِم ْن َقْبل‬
"Dan Kami tidak mengutus walau seorang rasulpun sebelum engkau,
melainkan Kami wahyukan kepadanya: Bahawasanya tidak ada tuhan (yang
hak) melainkan Aku, maka sembahlah oleh kamu sekalian akan Aku".
.Al-Anbiya, 21:25
Oleh kerana Allah adalah Ilah yang Hak (Tuhan yang sebenarnya) maka
selainNya adalah ilah yang batil. Allah berfirman:

ِ ‫ك بِاَ َّن اهلل هو الْح ُّق واَ َّن ما ي ْدعُو َن ِمن ُدونِِه هو الْب‬
.‫اط ُل َواَ َّن اهللَ ُه َو ال َْعلِ ُّي الْ َكبِْي ُر‬ َ ِ‫ذَل‬
َ َُ ْ ْ ْ َ َ َ َ َُ َ
"(Kuasa Allah) yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya Allah
Dialah (Tuhan/Ilah) Yang Hak dan sesungguhnya apa saja yang mereka seru
selain Allah itulah yang batil dan sesungguhnya Allah, Dialah Maha Tinggi
lagi Maha Besar".
.Al-Haj, 22:62
Di dalam kitab-kitab yang menceritakan tentang sirah para nabi dan rasul,
maka akan ditemui kisah-kisah yang menjelaskan tentang punca timbulnya berhala
yang bernama Lata, Uzza, Manata dan berbagai-bagai lagi yang dianggap tuhan (ilah)
oleh kaum musyrikin jahiliah sehingga disembah oleh mereka, namun pada
hakikatnya semua berhala-berhala tersebut yang dianggap ilah tidak pernah diberikan
hak uluhiyah yang mutlak oleh para penyembahnya.

Secara fitrah, mereka (penyembah berhala) menyedari bahawa kesemua tuhan-


tuhan yang berbentuk berhala yang yang mereka buat dan ukir dengan tangan mereka,
yang mati dan kaku adalah berasal dari rekaan nenek moyang mereka, yang mana
mereka tetap meyakini bahawa tuhan-tuhan berhala yang mereka ukir itu tidak dapat
mencipta sesuatu, tidak dapat menghidupkan atau mematikan dan tidak dapat menolak
bahaya. Hakikat ini telah diceritakan oleh Allah 'Azza wa-Jalla di dalam firmanNya:

ِ ‫استَ ِمعوا لَهُ اِ َّن الَّ ِذيْن تَ ْدعُو َن ِمن ُدو ِن‬
‫اهلل لَ ْن يَ ْخلُ ُق ْوا ذُبَابًا‬ ْ ْ ْ َ ْ ُ ْ َ‫ب َمثَ ٌل ف‬ َ ‫ض ِر‬ُ ‫َّاس‬
ُ ‫يَااَُّي َها الن‬
.‫ب‬
ُ ‫ب َوال َْمطْلُ ْو‬
ِ َ ‫ضع‬
ُ ‫ف الطَّال‬
ِ ِ
ُ َ ُ‫اب َش ْيئًا الَّ يَ ْسَت ْنق ُذ ْوهُ م ْنه‬ ُّ ‫اجتَ َمعُ ْوا لَهُ َواِ ْن يَ ْسلُْب ُه ُم‬
ُ َ‫الذب‬ ْ ‫َولَ ِو‬
"Hai manusia! Telah dibuat perumpamaan maka dengarkanlah olehmu
perumpamaan tersebut. Sesungguhnya segala yang kamu seru (sembah) selain
Allah sekali-kali tidak dapat mencipta seekor lalatpun, walaupun mereka
bersatu untuk menciptanya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka,
tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang
menyembah dan amat lemah (pula) yang disembah".
.Al-Haj, 22:73
Kaum kuffar yang menyembah berhala termasuk berhala yang disebutkan
nama-namanya di atas, sebenarnya mereka menyembahnya hanyalah semata-mata
mewarisi kejahilan nenek moyang mereka sejak turun menurun. Mereka hanya
menuruti taklid membuta-tuli atau membabi buta kepada apa yang telah dilakukan
oleh nenek moyang mereka tanpa menggunakan akal fikiran mereka yang dikurniakan
oleh Allah. Perkara ini telah diterangkan di dalam al Quran:

َّ‫ان اِ ْن َيتَّبِعُ ْو َن اِال‬


ٍ َ‫اِ ْن ِهي اِالَّ اَسمآء س َّم ْيتُمو َها اَْنتُم وءابآ ُؤ ُكم َّمآاَْنز َل اهلل بِ َها ِمن س ْلط‬
ُ ْ ُ َ ْ َََ ْ ُْ َ ٌ َ ْ َ
.‫آء ُه ْم ِم ْن َربِّ ِه ُم ال ُْه َدى‬
َ ‫س َولََق ْد َج‬
َّ
ُ ‫الظ َّن َو َما َت ْه َوى اْالَْن ُف‬

111
"Itu (tuhan-tuhan yang kamu sembah) tidak lain hanyalah nama-nama yang
kamu dan bapak-bapak kamu mengada-adakannya, Allah tidak menurunkan
suatu keteranganpun (tentangnya) untuk (kamu sembah). Mereka tidak lain
hanyalah mengikuti sangkaan-sangkaan, dan apa yang diingini oleh hawa
nafsu mereka, dan sesungguhnya telah datang petunjuk kepada mereka dari
Tuhan mereka".
.An-Najm, 53:23

ِ ِ ِ ِ ِ
َ َ‫َوا َذا قْي َل لَ ُه ْم اتَّبعُ ْوا َمآاَْن َز َل اهللُ قَالُ ْوا بَ ْل َنتَّب ُع َمآاَلْ َف ْينَا َعلَْيه َءاب‬
‫آءنَآ اَ َولَ ْو َكا َن َءابَآ ُؤ ُه ْم‬
.‫الََي ْع ِقلُ ْو َن َش ْيئًا َوالَ َي ْهتَ ُد ْو َن‬

"Apabila dikatakan kepada mereka: Ikutlah apa-apa yang diturunkan


Allah, maka jawab mereka: Tapi kami hanya akan mengikuti apa-apa yang
kami perolehi dari bapa-bapa kami. Meskipun bapa-bapa mereka itu tidak
berakal (untuk memikirkan) suatu apapun dan tiada pula mendapat
petunjuk?".
.Al-Baqarah, 2:170

.‫آءنَا لَ َها َعابِ ُد ْو َن‬


َ َ‫قَالُْوا َو َج ْدنَآ َءاب‬
"Mereka berkata: Kami dapati bapa-bapa (moyang-moyang) kami
menyembahnya (berhala-berhala tersebut)".
.Al-Ambia, 53:1

َ ِ‫آءنَا َك َذل‬
.‫ك َي ْف َعلُ ْو َن‬ َ َ‫قَالُ ْوا بَ ْل َو َج ْدنَآ َءاب‬
"Sahut mereka: (Tidak!) Tetapi telah kami dapati bapa-bapa kami
melakukan demikian (menyembah berhala) lalu kami mengikutinya".
.Asy-Syura, 26:74

112
Sebab-Sebab Terbatalnya Tauhid Uluhiyah

Akidah tauhid uluhiyah seseorang akan terbatal apabila ia melakukan


perbuatan-perbuatan yang membawa kepada kesyirikan, sama ada syirik besar atau
syirik kecil, lahir atau batin. Kesempurnaan tauhid uluhiyah tercapai hanya apabila
benar-benar mengEsakan (mentauhidkan) Allah dalam akidah dan ibadah, kemudian
memenuhi tuntutan kalimah tauhid tersebut berserta syarat-syaratnya agar segala
pengibadatan terhadap Allah 'Azza wa-Jalla dapat diterima sebagaimana yang telah
dijelaskan oleh nas-nas dari al-Quran dan hadith-hadith yang sahih.

Dan seterusnya firman Allah:

ِ ِ
ُ‫الَ الَهَ االَّ اهلل‬
"Tidak ada tuhan (ilah) yang berhak diibadahi (disembah) selain Allah".

.‫اد ِة َربِ ِه اَ َح ًدا‬


َ َ‫صالِ ًحا َوالَ يُ ْش ِر ْك بِ ِعب‬ ِ ‫فَمن َكا َن يرجوا لَِق‬
َ ً‫اء َربِّه َفلَْي ْع َم ْل َع َمال‬
َ ْ ُ َْ َْ
"Sesiapa yang mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya (di akhirat) maka
hendaklah ia beramal soleh dan janganlah mempersekutukan ibadahnya kepada
Tuhannya (Allah) dengan sesuatupun".
.Al-Kahfi, 110

َ َّ‫اك َن ْعبُ ُد َواِي‬


.‫اك نَ ْستَ ِع ْي ُن‬ َ َّ‫اِي‬
"Hanya kepadaMu jua kami beribadah dan hanya kepadaMu jua kami
memohon pertolongan".
.Al-Fatihah, 4-5
Melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kenyataan ayat-ayat di atas
adalah syirik hukumnya. Oleh itu setiap orang yang beriman wajib sentiasa
memelihara akidahnya melalui panduan al-Kitab dan as-Sunnah agar tidak terbatal
akidahnya dan tidak dibatalkan segala amal ibadahnya.
Tugas Sebenar Para Rasul, Para Nabi & Da'i

Tujuan utama sekalian nabi-nabi dan rasul-rasul diutus oleh Allah Subhanahu
wa-Ta'ala kepada ummah mereka ialah untuk merawat penyakit yang menular di
kalangan ummahnya, yang mana majoritinya berpenyakit jahiliah yang kritikal. Oleh
kerana itu, para nabi dan rasul terlebih dahulu dibekalkan dengan al-Kitab sebelum
mereka menyeru kaumnya kepada tauhid yang menjadi penawar dan penyembuh
segala penyakit rohani yang juga menjadi penyebab penyakit jasmani yang mereka
hadapi.

Dengan berpandukan kepada al-Kitab yang menjadi syifa' (penyembuh) dan


petunjuk, para nabi dan rasul terus berdakwah dan merawat ummah mereka terutama
di segi akidah supaya beribadah hanya kepada Allah Subhanahu wa-Ta'ala, dan agar
meninggalkan semua jenis khurafat, tahayyul, bid'ah dan syirik. Firman Allah Azza
wa-Jalla:

ُّ ‫آء ُك ْم َّم ْو َعظَةٌ ِم ْن َّربِّ ُك ْم َو ِش َفاءٌ لِّ َما فِى‬


ٌ‫الص ُد ْو ِر َو ُه ًدى َو َر ْح َمة‬ َ ‫َّاس قَ ْد َج‬
ُ ‫يَآاَُّي َها الن‬
.‫ْم ْؤ ِمنِْي َن‬
ُ ‫لِّل‬
"Hai manusia! Sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari
Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada
dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman".
.Yunus, 10:57
Para nabi dan rasul ditugaskan untuk membawa sekalian ummahnya kepada
hidayah, yang akhirnya telah membawa ummah dan masyarakat manusia ke jalan
tauhid uluhiyah (ٌ‫ )اُل ُْو ِهيَّة‬yang hakiki, iaitu tauhid yang mengajar seseorang hamba
bahawa tidak perlu berperantaraan makhluk dalam melaksanakan ibadah kepada Allah
Subhanahu wa-Ta'ala.

Para nabi dan rasul diarahkan agar memerangi setiap jenis kesyirikan dan
menunjuki manusia ke manhaj tauhid yang murni supaya mengenali Allah sebagai
Tuhan seluruh alam, Tuhan yang wajib disembah dan ditaati tanpa disekutukan
dengan makhlukNya. Amanah ini telah disampaikan melalui konsep tauhid uluhiyah
(mengEsakan Allah) di samping tauhid rububiah dan tauhid asma wa sifat. Semua
tugas-tugas ini telah ditunaikan oleh para nabi dan rasul dengan bimbingan al-Kitab
yang diturunkan oleh Allah Subhanahu wa-Ta'ala kepada mereka.

Penyampaian dan penerangan mengenai akidah tauhid ditekankan dengan


serious sebelum mengajar ummah bagaimana mengerjakan cara-cara beribadah dan
bermuamalah. Dakwah di segi akidah yang berdasarkan basirah (‫" )بَ ِص ْي َرة‬dengan
hujjah yang nyata" diberikan penumpuan, perhatian dan keutamaan. Kerana hanya
penyeruan akidah yang berhujjah yang nyata dan jelas sahaja yang akan memantapkan
(istiqamah) atau meyakinkan seseorang untuk menerima dakwah tersebut.
Begitu juga berdakwah dengan hujjah yang nyata amat diperlukan untuk
melaksanakan setiap jenis ibadah atau muamalah agar ianya dilakukan dengan ikhlas,
kerana berapa ramaikah orang yang berdakwah tetapi berdakwah kepada diri dan
kepentingannya. Oleh itu dakwah perlu dikerjakan dengan ikhlas agar ianya terus
diimani dan diamalkan dalam mentaati dan beribadah kepada Allah Subhanahu wa-
Ta'ala. Firman Allah:

‫اهلل َو َمآ اَنَا ِم َن‬


ِ ‫ص ْير ٍة اَنَا وم ِن َّاتبعنِي وس ْبحا َن‬
ِ ِ ِ ِ ِ ِِ
َ ُ َ ْ ََ ََ َ َ‫قُ ْل َهذه َسب ْيلى اَ ْدعُ ْوا الَى اهلل َعلَى ب‬
.‫ال ُْم ْش ِركِْي َن‬

"Katakanlah! Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang


mengikutku mengajak (menyeru kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata.
Maha Suci Allah dan aku tidak termasuk orang-orang yang musyrik".
.Yusuf, 12:108

. ‫فَاَ ْر َسلْنَا فِ ْي ِه ْم َر ُس ْوالً ِّم ْن ُه ْم اَ ِن ا ْعبُ ُد ْوا اهللَ َمالَ ُك ْم ِّم ْن اِلَ ٍه غَْي ُرهُ اَفَالََتَّت ُق ْو َن‬

"Lalu Kami utus kepada mereka seorang rasul dari kalangan mereka
sendiri (yang menyeru): Sembahlah Allah oleh kamu sekalian, sekali-kali tidak
ada Tuhan selain daripadaNya. Maka mengapa kamu tidak bertakwa
(kepadaNya)".
.Al-Mu'minun, 23:32

.‫ك ِم ْن َّر ُس ْـو ٍل اِالَّ ُن ْو ِحى اِلَْي ِه اَنَّهُ آل اِلَهَ اِالَّ اَنَا َف ْعبُ ُد ْو ِن‬
َ ِ‫َو َمآ اَ ْر َسـلْنَا ِم ْن َقْبل‬
"Tiada Kami utus seorangpun Rasul sebelum engkau, melainkan Kami
wahyukan kepadanya bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan, kecuali Aku,
maka oleh sebab itu sembahlah Aku".
.Al-Anbia', 21:25

ُ ‫ال يَا َق ْوِم ا ْعبُ ُد ْوا اهللَ َما لَ ُك ْم ِم ْن اِلَ ٍه غَْي ُرهُ اِنِّى اَ َخ‬
‫اف‬ َ ‫لََق ْد اَ ْر َسلْنَا ُن ْو ًحا اِلَى َق ْوِم ِه َف َق‬
. ‫اب َي ْوٍم َع ِظ ْي ٍم‬
َ ‫َعلَْي ُك ْم َع َذ‬
"Sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya lalu berkata:
Wahai kaumku! Sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada tuhan bagimu selain

115
Dia. Aku takut akan ditimpakan ke atas kamu azab di hari yang bersangatan
(azabnya)".
.Al-A'raff, 7:59

.‫ال يَا َق ْوِم ا ْعبُ ُد ْو اهللَ َمالَ ُك ْم ِّم ْن اِلَ ٍه غَْي ُرهُ اَفَالَ َتَّت ُق ْو َن‬
َ َ‫اه ْم ُه ْو ًدا ق‬ ٍ ‫واِلَى َع‬
ُ ‫اد اَ َخ‬ َ
"Dan (Kami telah mengutus) kepada kaum 'Aad saudara mereka, Hud. Ia
berkata: Hai kaumku! Sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada ilah (tuhan)
bagimu selainNya. Maka mengapa kamu tidak bertakwa kepadaNya?".
.Al-A'raf, 7:65

.ُ‫ال يَا َق ْوِم ا ْعبُ ُد ْوااهللَ َمالَ ُك ْم ِّم ْن اِلَ ٍه غَْي ُره‬
َ َ‫صالِ ًحاق‬
َ ‫اه ْم‬
ِ
ُ ‫َوالَىثَ ُم ْو َد اَ َخ‬
"Dan (Kami telah mengutus) kepada kaum Tsamud saudara mereka,
Soleh. Ia berkata: Hai kaumku! Sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada ilah
(tuhan) bagimu selainNya".
Al-A'raf, 7:73

.ُ‫ال يَا َق ْوِم ا ْعبُ ُد ْوااهللَ َمالَ ُك ْم ِّم ْن اِلَ ٍه غَْي ُره‬
َ َ‫اه ْم ُش َع ْيبًاق‬
ُ ‫ىم ْديَ َن اَ َخ‬
ِ
َ َ‫َوال‬
"Dan (Kami telah mengutus) kepada penduduk Madyan saudara mereka,
Syu'aib. Ia berkata : Hai kaumku! Sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada tuhan
bagimu selainNya".
.Al-A'raf, 7:85
ِ ِ ‫ات واالَر‬ ِ ِ ‫قُل يآاَُّيها النَّاس اِنِّي رسو ُل‬
َ‫ض آل الَه‬ ِ َّ ‫ْك‬
ْ َ ‫الس َم َو‬ ُ ‫اهلل الَْي ُك ْم َج ِم ْي ًعا الَّ ِذ ْي لَهُ ُمل‬ ُْ َ ْ ُ َ َْ
ِ ِ‫اهلل ورسولِ ِه النَّبِ ِّي اْالُِّم ِّي الَّ ِذى ي ْؤ ِمن ب‬ ِ ُ ‫اِالَّ هو يح ِي وي ِمي‬
ُ‫اهلل َو َك ِل َماتِِه َواتَّبِعُ ْوه‬ ُ ُ
ِ
ْ ُ َ َ ِ‫ت فَآمُن ْوا ب‬ ْ ُ َ ْ ُ َُ
.‫لَ َعلَّ ُك ْم َت ْهتَ ُد ْو َن‬

"Katakanlah (ya Muhammad!): Hai manusia! Sesungguhnya aku adalah


utusan Allah kepadamu semua, iaitu Allah Yang mempunyai kerajaan langit dan
bumi: Tidak ada ilah (tuhan yang berhak disembah) selain Dia, Yang
menghidupkan dan mematikan, maka berimanlah kamu kepada Allah dan
RasulNya yang ummi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-kalimatNya
(kitab-kitabNya) dan ikutilah dia, supaya kamu mendapat petunjuk".
.Al-A'raf, 7:158

116
ِ ‫اِلَه ُكم اِلَهٌ و‬
. ‫اح ٌد فَالَّ ِذيْ َن الَ ُي ْؤ ِمُن ْو َن بِاالَ ِخ َر ِة ُقلُ ْو ُب ُهم ُّم ْن ِك َرةٌ َو ُهم ُّم ْستَ ْكبِ ُر ْو َن‬ َ ْ ُ
"Ilah (Tuhan) kamu adalah Ilah Yang Maha Esa. Maka orang-orang yang
tidak beriman kepada akhirat, hati mereka mengingkari (keEsaan Allah),
sedangkan mereka sendiri adalah orang-orang yang sombong".
.An-Nahl, 16:22

‫ث ُم َعا ًذا‬ َ ‫صلَّى اهللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم لَ َّما َب َع‬ ِ ِ ٍ َّ‫َع ِن ابْ ِن َعب‬
َ ‫اس َرض َي اهللُ َعْن ُه َما اَ َّن َر ُس ْو َل اهلل‬
‫اب َفلْيَ ُك ْن اَ َّو َل َما تَ ْدعُ ْو ُه ْم اِلَْي ِه‬ ِ ‫ك تَاْتِي َقوما ِمن اَ ْه ِل ال‬
ِ َ‫ْكت‬ ْ ً ْ ْ َ َّ‫ ان‬: ُ‫ال لَه‬
ِ َ َ‫اِلَى الْيَ َم ِن ق‬
.َ‫ اَ ْن ُي َو ِّح َد اهلل‬: ‫ َوفِى ِر َوايٍَة‬. ُ‫ادةُ اَ ْن الَ اِلَهَ اِالَّ اهلل‬َ ‫َش َه‬
"Dari Abdullah bin 'Umar radhiallahu 'anhuma berkata: Sesungguhnya
Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam semasa mengutus Mu'az ke Yaman
baginda bersabda: Sesungguhnya engkau mendatangi satu kaum dari Ahli Kitab,
maka jadikanlah pertama yang engkau dakwahkan kepada mereka ialah
menyaksikan (mengucapkan/pengakuan) kalimah (ُ‫)الَ اِلَهَ اِالَّ اهلل‬. Dalam satu riwayat
yang lain: "Ajaklah supaya mentauhidkan Allah".

Kesemua ayat-ayat atau hujah-hujjah di atas menunjukkan bahawa para nabi


dan rasul telah ditugaskan oleh Allah Subhanahu wa-Ta'ala agar memulakan dakwah
mereka dengan hujjah. Iaitu dimulakan dengan menyampaikan dan menerangkan
pengertian kalimah ikhlas (ُ‫ )الَاِلَهَ اِالَّ اهلل‬kerana di dalam kalimah ini terkandung
pengertian akidah tauhid yang dapat menjadikan seseorang itu muwahhid sehingga
benar-benar dapat menghapuskan segala bentuk Khurafat, tahayyul dan kesyirikan.
Dan mereka diseru agar sentiasa berdakwah dengan basirah(ٌ‫" )بَ ِص ْي َرة‬Hujjah yang
nyata" dari al-Kitab yang diturunkan kepada mereka.

117
Kelebihan Kalimah Tauhid Atau Kalimah Ikhlas

Hakikat tauhid ialah apabila seseorang memahami dengan betul dan sempurna
makna syahadah (ُ‫" )الَاِلَهَ اِالَّ اهلل‬Tiada ilah (tuhan) yang berhak diibadahi kecuali Allah",
iaitu benar-benar meyakini bahawa tiada yang berhak memiliki sifat uluhiyah (ُ‫)اُالُل ُْو ِهيَّة‬
"Ketuhanan" kecuali Allah Subhanahu wa-Ta'ala.

Perlu diambil perhatian, bahawa lafaz "Ilah" dalam kalimah tauhid (kalimah
ikhlas) bukanlah merupakan sifat Allah sebagaimana sifat-sifatNya yang lain
sepertimana sifat Al-Khalik, Ar-Rabb dan sebagainya, tetapi ilah (‫ )اله‬ialah kalimah
yang memberi penjelasan bahawa hanya Allah yang berhak memiliki keuluhiyhan
yang sebenarnya. Dan membawa maksud bahawa pada hakikatnya hanya Allah
sahaja Tuhan (Ilah) yang berhak disembah dan diibadahi sama ada oleh segala
makhluk yang di langit atau di bumi. Firman Allah:

.‫ْح ِك ْي ُم ال َْعلِ ْي ُم‬ ِ ِ ‫آء اِلَه وفِى اْالَر‬


ِ َّ ‫وهو الَّ ِذى فِى‬
َ ‫ض الَهٌ َو ُه َو ال‬ ْ َ ٌ ‫الس َم‬ َُ َ
"Dan Dialah Tuhan (Yang berhak disembah atau diibadahi) di langit dan
Dialah juga Tuhan (yang disembah/diibadahi) di bumi, dan Dialah Yang Maha
Bijaksana lagi Maha Mengetahui".
.Az-Zukhruf, 43:84
Maksud "Ilah" di ayat ini ialah ‫" المألوه‬Al-Makluh" iaitu Tuhan yang
disembah/diibadahi oleh makhluk yang di langit dan di bumi sebagaimana yang
ditafsirkan oleh Qatadah. 108

Ia memberi erti juga bahawa tidak ada Tuhan yang layak disembah zatnya
kecuali Allah kerana kesempurnaan zat dan sifatNya. Sesiapa yang beramal yang
bukan keranaNya maka batallah amalannya dan sesiapa yang beribadah serta
mencintai selainNya maka fasadlah perbuatannya. Begitu juga (‫)االله‬bermakna:

‫اد ِة‬
ِ ‫ ُهو الْماْلُوهُ الْم ْعبو ُد الْمستَ ِح ُّق ِال ْفر ِاد ِه بِال ِْعب‬: ُ‫اَ ِاللَه‬
َ َ ْ ُ ُْ َ ْ َ َ
"Al-Ilah, ialah al-Makluh, iaitu Yang berhak diibadahi, (dan) Yang berhak
disembah kerana keEsaanNya". 109

Keistimewaan orang-orang yang mengetahui (berilmu) tentang hakikat dan


makusd kalimah tauhid (ُ‫)الَاِلَهَ اِالَّ اهلل‬, kemudian mengakui akan kebenarannya, redha dan

108. Lihat: ‫ فتح القدير‬Jld. 4. As-Syaukani.


109. Lihat: ‫ الكواشف الجلية عن معاني الواسطية‬hlm. 12. Abdul Aziz al-Muhammad
as-Sulaiman. Cetakan keempat. Rabitah al-Alam Islami.
ikhlas terhadapnya, mematuhi segala rukun dan syarat-syaratnya serta mengamalkan
segala tuntutannya, maka bagi orang-orang yang memenuhi kehendak kalimah ini
baginya ganjaran yang besar yang telah disediakan oleh Allah Subhanahu wa-Ta'ala
di akhirat. Inilah janji Allah dan RasulNya kepada mereka yang beriman dan berilmu
tentangnya, Allah tidak akan mungkir janji dan orang-orang yang beriman wajib
mempercayainya. Kenyataan ini telah dijelaskan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi
wa-sallam melalui sabda baginda:

.‫صا ِم ْن َق ْلبِ ِه‬ ِ ِ ِ َ َ‫شـ َفاعتِي من ق‬


ً ‫ال الَ الَهَ االَّ اهللُ َخال‬ ْ َ ْ َ َ ِ‫َّاس ب‬
ِ ‫اَ ْس َع ُد الن‬

"Manusia yang paling bahagia dengan syafaatku (pertolonganku) ialah


orang yang mengucapkan: "Tiada ilah (tuhan yang disembah/diibadahi)
dengan (hak) kecuali Allah" yang diucapkan dengan penuh keikhlasan di
hatinya". 110

ِ َ‫ك و ْجه‬ ِِ ِ ِ ِ َ َ‫اِ َّن اهلل َتعالَى ح َّرم علَى النَّا ِر من ق‬


.‫اهلل‬ َ َ ‫ال الَ الَهَ االَّ اهللُ َيْبغ ْي ب َذل‬ َْ َ َ َ َ َ
"Sesungguhnya Allah Ta'ala mengharamkan neraka bagi orang yang
mengucapkan tiada tuhan yang diibadahi dengan sesungguhnya kecuali Allah
yang semata-mata mencari keredhaan Allah". 111

ِ ِ ِ ‫اهلل‬ ِ ‫ما ِمن اَح ٍد ي ْش َه ُد اَ ْن الَ اِلَهَ اِالَّ اهلل واَ َّن مح َّم ًدا َّرسو ُل‬
ُ‫ص ْدقًا م ْن َق ْلبِ ِه االَّ َح َّر َمه‬ ُْ َُ َُ َ َ ْ َ
.‫اهللُ َعلَى النَّا ِر‬

"Tidak ada (balasan yang lain) bagi seseorang yang bersaksi bahawa tidak
ada tuhan kecuali Allah dan bahawa Muhammad adalah utusan Allah benar-
benar (keluar) dari hatinya melainkan Allah mengharamkan baginya siksa
neraka". 112

Menurut keterangan dari al-Quran, Allah tidak mencipta sesuatupun makhluk


disekalian alam melainkan semata-mata untuk bertasbih, bersyukur, beribadah atau
mentauhidkanNya sekalipun manusia tidak mengetahuinya:

‫سبِّ ُح بِ َح ْم ِد ِه َولَ ِك ْن‬ ٍِ ِ ِ


َ ُ‫ض َو َم ْن ف ْي ِه َّن َوان ِّم ْن َش ْيء االَّ ي‬ ُ ‫الس ْب ُع َواْالَ ْر‬
َّ ‫ات‬ ُ ‫الس َم َو‬ َّ ُ‫سبِّ ُح لَه‬ َ ُ‫ت‬
.‫الََّت ْف َق ُه ْو َن تَ ْسبِْي َح ُه ْم اِنَّهُ َكا َن َحلِ ْي ًما غَ ُف ْو ًرا‬

110. H/R Bukhari (1/193). No. 99. Kitab al-Ilm.


111. H/R Muslim (1/546). No. 236.
112. H/R Muslim dari Anas bin Malik.

119
"Bertasbih kepada Allah (segala) yang di langit yang tujuh, di bumi dan
yang ada di dalamnya. Dan tidak ada satupun benda melainkan bertasbih
dengan memujiNya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka.
Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun".
.Al-Isra, 17:44
Kalimah tauhid (ُ‫ )الَاِلَهَ اِالَّ اهلل‬adalah kalimah yang membezakan antara seorang
muslim dengan seorang yang kafir dan antara seorang yang muwahhid dan musyrik, ia
adalah kalimah takwa dan menjadi tali pengikat yang teramat kukuh dan teguh ( ُ‫اَل ُْع ْر َوة‬
‫ )ال ُْو ْث َقى‬antara seorang hamba dengan Tuhannya. Seseroang yang mengikrarkan kalimah
ini dengan pemahaman yang sempurna, pasti akan menolak semua sifat-sifat uluhiyah
selain dari sifat keuluhiyahan Allah 'Azza wa-Jalla.
Kalimah tauhid ini juga di sebut oleh Nabi Ibrahim 'alaihi as-salam sebagai
kalimah "Baqiyah" (‫)باقية‬:

‫َو َج َعلَ َها َك ِل َمةً بَاقِيَةً ِفى َع ِقبِ ِه لَ َعلَّ ُه ْم َي ْر ِجعُ ْو َن‬

"Dan (Ibrahim) menjadikan kalimah tauhid itu kalimatan baqiyatan


(kalimah yang kekal) pada keturunannya supaya mereka kembali kepada
kalimah tauhid itu".
.Az-Zuhruf,43:28
Kalimah tauhid mengandungi penolakan (penafian) dan penetapan
(pengithbatan). Nafi (‫ ) َن ْف ٌي‬bererti:

"Menolak segala bentuk ilah (tuhan/ketuhanan) dari kalangan makhluk


kecuali ketuhanan Allah Yang Esa".

ٌ َ‫ )اِ ْثب‬bererti:
Dan ithbat (‫ات‬

"Menolak segala pengibadatan/penyembahan kepada selain Allah 'Azza


wa-Jalla".

Seorang hamba belum dikatakan masuk Islam kecuali melalui pengucapan dua
kalimah syahadah (kalimah tauhid) iaitu (‫)الاله اال اهلل‬, kemudian ia wajib berilmu
(mengetahui) tentangnya supaya memahami serta benar-benar meyakini kalimah ini,
kerana ia menjadi syarat untuk seseorang mendapat syafa'at Nabi Muhammad

120
sallallahu 'alaihi wa-sallam dan kemasukannya ke syurga. Sebagaimana firman Allah
Subhanahu wa-Ta'ala serta sabda RasulNya:

ِ ِ‫اِنَّما الْم ْؤ ِمُنو َن الَّ ِذيْن ءامُنوا ب‬


.‫اهلل َو َر ُس ْولِ ِه‬ ْ ََ َ ْ ُ َ
Sesungguhnya orang-orang yang telah beriman hanyalah orang-orang
yang beriman kepada Allah dan RasulNya".
.Al-Hujurat, 49:15

.ُ‫فَا ْعلَ ْم اَنَّهُ الَ اِلَهَ اِالَّ اهلل‬

"Maka ketahuilah! Bahawa sesungguhnya tidak ada tuhan (yang hak


diibadahi) melainkan Allah".
.Muhammad, 47:19
Kewajipan berjihad juga bermula dari kalimah ini (kalimah tauhid). Sesebuah
negara akan terselamat dari diperangi oleh pemerintahan Islam antaranya ialah apabila
pemimpin negara tersebut mengucapkan kalimah tauhid dan masih bersembahyang.
Pengucapan kalimah tauhid dari seorang pemimpin adalah sebagai petanda ia seorang
muslim dan dianggap negaranya sebagai negara yang diperintah oleh pemerintah
Islam, maka lebih-lebih lagi jika diiringi dengan mengerjakan sembahyang.
Keterangan ini berlandaskan kepada sabda Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-
sallam:

ِ
َ‫َّاس َحتَّى يَ ْش َه ُد ْوا اَ ْن الَ الَه‬ ِ ُ ‫ اُِم ْر‬: ‫صلَّى اهللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم‬
َ ‫ت اَ ْن اُقَات َل الن‬
ِ
َ ‫ال َر ُس ْـو ُل اهلل‬ َ َ‫ق‬
.ُ‫اِالَّ اهللُ َواَ َّن ُم َح َّم ًدا َعْب ُدهُ َو َر ُس ْولُه‬

"Bersabda Rasulullah salallahu 'alaihi wa-sallam: Aku diperintahkan


untuk memerangi manusia sehingga mereka itu bersaksi bahawa tiada ilah
kecuali Allah dan bahawa Muhammad adalah hamba dan RasulNya". 113

ِ ِ
َ ‫ات َو ُه َو َي ْعلَم اَ ْن الَ الَهَ االَّ اهللُ َد َخ َل ال‬
.َ‫ْجنَّة‬ َ ‫َم ْن َم‬
"Barangsiapa mati sedang dia itu mengetahui bahawa tidak ada ilah
kecuali Allah, dia masuk syurga". 114

113. H/R Muslim.


114. H/R Muslim.

121
َّ‫اك فِ ْي ِه َما اِال‬ ُْ ْ َ َ َ
ِ ‫اَ ْش َه ُد اَ ْن الَ اِلَهَ اِالَّ اهلل واَنِّي رسـو ُل‬
ٍ ‫اهلل الَ ي ْل َقى اهلل بِ ِهما َعب ٌد غَير َش‬
ُْ َ ْ َ ُ
.َ‫ْجنَّة‬
َ ‫َد َخ َل ال‬
"Aku bersaksi bahawa tidak ada ilah kecuali Allah dan aku ini utusan
Allah. Tidaklah seorang hamba menemui Allah dengan kedua kalimah tersebut
tanpa keraguan sedikitpun melainkan masuk syurga". 115

‫ىء َو َم ْن َك ِر َه َف َق ْد َسلِ َم‬ ِ ِ ِ


َ ‫َسيَ ُك ْو ُن َب ْعد ْي اَُم َراءُ َفَت ْع ِر ُف ْو َن َو ُت ْنك ُر ْو َن فَ َم ْن اَنْ َك َر َف َق ْد ب ِر‬
‫ َما اَقَ ُام ْوافِ ْي ُك ْم‬، َ‫ ال‬: ‫ال‬
َ َ‫ف ؟ ق‬ ِ ‫الس ْي‬
َّ ِ‫ اَفَالَُننَابِ ُذ ُه ْم ب‬: ‫ قَالُْوا‬. ‫ض َي َوتَابَ َع‬ ِ ‫ولَ ِكن من ر‬
َ َْ ْ َ
.‫الصالَ َة‬
َّ
"Akan berlaku sepeninggalanku nanti pemimpin (yang) kamu mengenalinya
dan mengingkari (keburukannya), maka sesiapa yang mengingkarinya (bererti)
dia telah berlepas diri, dan sesiapa yang membencinya (bererti) dia telah
selamat, akan tetapi sesiapa yang meredhainya (akan) mengikutinya. Mereka
(para sahabat) bertanya: Apakah tidak kita perangi (sahaja) dengan pedang?
Baginda menjawab: Jangan, selagi mereka masih menegakkan sembahyang
bersama-sama kamu". 116

115. H/R Msulim.


116. H/R Muslim 6/23. Hadith dari Ummu Salamah.

122
Ketiga: Tauhid Asma, Sifat & Zat

Adalah wajib beriman kepada asma (nama-nama) dan sifat-sifat Allah. Iaitu
dengan menetapkan asma dan sifat-sifat tersebut sebagaimana yang telah ditetapkan
Allah untuk zatNya yang terdapat di dalam al-Quran dan as-Sunnah yang layak
bagiNya. Firman Allah:

‫ْح ُد ْو َن فِى اَ ْس َمآئِِه َسيُ ْج َز ْو َن َما‬


ِ ‫هلل اْالَسمآء الْحسنَى فَا ْدعُوهُ بِها و َذروا الَّ ِذين يل‬
ُ َ ْ ُْ َ َ ْ ْ ُ ُ َْ
ِ ‫ِو‬
َ
.‫َكا ُن ْوا َي ْع َملُ ْو َن‬

"Hanya milik Allah asma ul-husna, maka bermohonlah kepadaNya dengan


menyebut asma ul- husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang
menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-namaNya. Nanti
mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan".
.Al-A'raf, 7:180
Maksud tauhid al-asma' (‫" )االسماء‬Nama-nama" dan as-sifat (‫" )الصفات‬Sifat-sifat"
ialah beriman dengan keimanan dan pengakuan yang tegas, sempurna dan teguh
kepada semua nama-nama Allah dan sifat-sifatNya yang terdapat di dalam al-Kitab
dan as-Sunnah. Seseorang itu sama sekali tidak boleh menamakan Tuhan kita
117

(Allah) kecuali dengan nama yang Dia sendiri telah menamakan atau yang telah
dinamakan oleh RasulNya sallallahu 'alaihi wa-sallam. Tauhid as-sifat (sifat-sifat)
ialah tidak mensifatkan Allah kecuali dengan sifat yang telah disifatkanNya sendiri
atau telah disifatkan oleh RasulNya sallallahu 'alaihi wa-sallam. 118

Begitu juga adalah wajib bagi setiap mukmin mengimani wujudnya zat Allah
sebagaimana mengimani nama-nama dan sifat-sifatNya Yang Maha Agung dan
sempurna. Sememangnya semua sifat-sifat Allah itu terbaik dan amat sempurna. 119

Mengimani nama, sifat dan zat Allah pula hanyalah mengikut sebagaimana
yang telah ditetapkan sendiri oleh Allah di dalam kitabNya. Nama-nama dan sifat-
sifat tersebut tidak boleh ditakyif (‫" )تَ ْكيِْيف‬Dipersoalkan atau menanyakan
bagaimana", tidak boleh ditamsil (‫" )تَ ْمثِْي ٌل‬Dimisalkan, diserupakan atau dicontohkan",
ٌ ْ‫" )تَ ْح ِري‬Diubah atau ditukar maknanya", dan tidak boleh dita'til (
tidak boleh ditahrif (‫ف‬

117. Lihat: ‫القول السديد فى الرد على من انكر تقسيم التوحيد‬. Hlm. 17. Taqdim Soleh bin Fauzan al-Fauzan.
Tulisan Abdulrazzak bin Abdul Mohsin al-Abbad al-Badr. Cetakan pertama. 1417H/1997M. Dar Ibn
Affan.
118. Lihat: ‫ القول المفيد فى ادلة التوحيد‬hlm. 35. Muhammad bin Abdul Wahab bin Ali al-Yamani al-Wasabi

al-'Abdali.
119. Lihat: ‫ القواعد المثلى فى صفات اهلل واسمائه الحسنى‬hlm. 7. Muhammad bin Soleh bin 'Uthaimin.
‫" )َت ْع ِط ْي ٌل‬Dibatalkan atau ditiadakan makna atau maksudnya yang sebenar".
Atau 120

dengan kata lain, wajib mengakui dan menetapkan semua nama, sifat dan zat Allah
Subhanahu wa-Ta'ala yang termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah tanpa sedikit
pun penafian, penyimpangan, penyerupaan dan penentuan bentuk atau hakikatnya.

Semua penjelasan ini berdasarkan kepada dalil yang mengharamkan takyif,


tamsil, tahrif atau ta'til iaitu firman Allah Subhanahu wa-Ta'ala:

ِ ‫الس ِم ْيع الْب‬


.‫ص ْي ُر‬ ِِ ِ
َ ُ َّ ‫س َكمثْله َش ْيءٌ َو ُه َو‬
َ ‫لَْي‬
"Tidak ada sesuatupun (makhluk) yang serupa (setara/setanding/sekufu)
dengan Dia, dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat".
.As-Syura, 42:11
Ayat ini mengandungi dua penegasan iaitu:

Pertama: Membatalkan akidah kelompok yang menyerupakan sesuatu (makhluk)


dengan Allah Subhanahu wa-Ta'ala.

Kedua: Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat, ini merupakan pembatalan atas
kelompok yang menafikan nama-nama dan sifat-sifat Allah serta yang
menyelewengkannya.

Sesungguhnya kita wajib menthabitkan (menetapkan) bagi Allah setiap nama


dan sifat yang telah tertera di dalam al-Kitab (al-Quran) dan telah diperjelas di dalam
as-Sunnah sebagaimana yang layak dengan kebesaran Tuhan kita. Seterusnya 121

menafikan secara global semua nama dan sifat yang dinafikan oleh Allah Subhanahu
wa-Ta'ala bagi diriNya sendiri dan yang dinafikan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi
wa-sallam.

Sesungguhnya beriman dengan nama-nama Allah dan sifat-sifatNya adalah


satu dari beberapa rukun iman terhadap Allah, iaitu beriman dengan kewujudan Allah
Ta'ala, sama ada rububiyahNya, uluhiyahNya dan seterusnya dengan zat, nama-nama
dan sifat-sifatNya. 122

Kita wajib beriman bahawa Allah Maha Mendengar, Maha Melihat, Dia
berkata-kata pada bila-bila masa yang Dia kehendaki, dengan siapa dan apa yang Dia

120. Lihat: ‫ القول المفيد فى ادلة التوحيد‬hlm. 35. Muhammad bin Abdul Wahab bin Ali al-Yamani.
121. Lihat: ‫ القول المفيد فى ادلة التوحيد‬hlm. 35. Muhammad bin Abdul Wahab
bin Ali al-Yamani al-Wasabi al-'Abdali.
122. Ibid.

124
kehendaki. Dia bersemayam di atas 'ArasyNya dengan persemayaman yang layak
bagiNya sebagaimana firmanNya: 123

‫اسَت َوى‬
ْ ‫ش‬ِ ‫اَ َّلر ْح َم ُن َعلَى ال َْع ْر‬

"(Iaitu) Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang bersemayam di atas 'Arasy".


.Taha, 20:5
Syeikhul Islam Ibn Taimiyah rahimahullah pula memberi takrif Asma ul-
Husna ialah:

"Asma ul-Husna mafhumnya ialah Asma (nama-nama) yang dengannya


(menggunakan nama tersebut) Allah diseru. Iaitu nama-nama yang telah
disebut di dalam al-Kitab dan as-Sunnah dan nama-nama tersebut
menunjukkan pujian (‫")الحسنى‬. 124

Menurut penjelasan para ulama akidah dari kalangan Ahli Sunnah wal-Jamaah
yang bermanhaj salaf, bahawa tiap-tiap nama Allah (Asma' ul-Husna) semuanya
menunjukkan (mengandungi) sifat-sifat Allah yang sempurna yang hanya dimiliki
oleh Allah Subhanahu wa-Ta'ala. Tauhid (asma dan as-sifat) dalam penilaian agama
adalah yang tertinggi dan terpenting. Tidak mungkin seseorang dapat menyeru dan
beribadah kepada Allah dengan sempurna sehinggalah dia mengetahui (mengenali dan
berilmu tentang) nama-nama Allah dan sifat-sifatNya supaya mengibadahiNya (atau
memohon dan menyeruNya, pent.) dengan basirah (ٌ‫" )بَ ِص َيرة‬dengan berpandukan
kepada hujjah". Allah berfirman:
125

.‫ْح ْسنَى فَا ْدعُ ْوهُ بِ َها‬ ِِ


ُ ‫َوللَّه اْالَ ْس َمآءُ ال‬
"Hanya milik Allah Asma-ul Husna maka bermohonlah kepadaNya dengan
menyebut Asma-ul Husna".
.Al-A'raf, 7:180
Di ayat ini dijelaskan dua bentuk permohonan atau seruan, iaitu:

123. Ibid.
124. Lihat: ‫ شرح العقيدة اصفهانية‬Hlm. 5. Ibn Taimiyah.
125. Lihat: ‫ القواعد المثلي فى صفات اهلل واسمائه الحسنى‬hlm. 7 Muhammad bin Soleh
bin 'Uthaimin.

125
(1) Permohonan atau seruan untuk mengatasi apapun masalah (‫ )دعاء المسالة‬yang
dipohonkan melalui nama-nama Allah yang husna yang sesuai dengan apa yang
menjadi masalah, seperti bermohon: "Ya Gahafur (Pengampun) ampunkanlah
dosa-dosaku, Wahai Yang Penyayang! Sayangilah aku, Wahai yang
Memelihara! Maka peliharalah aku dan sebagainya".

(2) Permohonan atau seruan (berdoa) yang berbentuk ibadah (‫ )دعاء العبادة‬iaitu
mengibadahi Allah dengan penyempurnaan nama-namanya, seperti memulakan
bertaubat kepadaNya kerana meyakini hanya Dialah Penerima taubat, berzikir
dengan lisan kerana dia Maha mendengar, beribadah dengan seluruh tubuh badan
(‫ )بالجوارح‬kerana Dia melihat (ibadah seseorang) dan takut kepadaNya dengan
berterang-terangan dan bersembunyi kerana Dia Latif al-Khabir.126

Kita tidak boleh menyembah zat yang tidak kita kenal dan ketahui (majhul),
tetapi kita telah diwajibkan agar menyembah hanya kepada Allah yang kita kenal dan
ketahui melalui asma (nama-namanya) yang baik dan sifat-sifatNya yang sempurna
yang telah dijelaskan di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Tauhid jenis ini telah
dikhabarkan dan dijelaskan oleh Allah 'Azza wa-Jalla melalui wahyu yang diturunkan
kepada Nabi Muhammad salallahu alaihi wa-sallam. Tauhid inilah yang diistilahkan
sebagai tauhid az-zat, asma' dan as-sifat oleh ulama tauhid.

126. Ibid.

126
Dalil-Dalil Tentang Sifat (Mutasyabihah & Muhkamah)

Adapun ayat-ayat al-Quran yang memperkatakan tentang kaifiyahnya


(bagaimananya) sifat-sifat Allah Subahanahu wa-Ta'ala, maka ia termasuk ayat-ayat
yang mutasyabihat. Adalah mustahil seseorang itu boleh mengetahui kaifiyah
(bagaimananya) sifat-sifat Allah kerana perbincangan tentang sifat-sifat Allah
termasuk dalam urusan ghaibiyah dan cabang dari memperkatakan tentang zat Allah,
tidak seorang pun yang mengetahui hakikat sifat-sifat Allah kecuali Dia. Adapun
ayat-ayat yang bersangkutan dengan makna atau maksudnya ia termasuk dalam ayat
yang muhkamah.

Oleh sebab itu ayat-ayat yang memperkatakan tentang sifat-sifat Allah


diperlakukan sebagaimana halnya. Dalam masalah ini terkandung makna yang jelas
(zahir) iaitu makna yang sememangnya telah dikenal dan dimafhumi maksudnya
dalam ungkapan Bahasa Arab, ia tidak boleh dita'til (‫" )تعطيل‬Ditolak atau dibatalkan"
kerana ta'til samalah seperti menolak sifat-sifat tersebut. Antara contoh ayat yang
dianggap mutasyabihat ialah firman Allah:

.‫ئ بِ ِه ْم‬
ُ ‫اَهللُ يَ ْسَت ْه ِز‬
"Allah mengejek mereka".
.Al-Baqarah, 2:15
.‫َس ِخ َر اهللُ ِم ْن ُه ْم‬
"Allah mengejek mereka".
.At-Taubah, 9:79
Para ulama Salaf as-Soleh tidak menta'wil, menta'til atau memperbincangkan
panjang lebar ayat-ayat seperti ayat di atas yang memperkatakan tentang sifat Allah.
Mereka tidak bertanyakan bagaimana "Allah mengejek" dan mereka tidak pula
menyerupakanNya dengan cara makhlukNya mengejek.

Begitu juga, mereka tidaklah pula menggunakan hawa nafsu, perasaan atau
pemahaman akal fikirannya sendiri tentang ayat-ayat serupa itu, hanya mereka
menerima sebagaimana yang dimaksudkan oleh al-Quran dan mereka juga sepakat
mengatakan:

ْ َ‫اَِم ُر ْو َها َك َما َجائ‬


.‫ت‬

"Mereka (para ulama Salaf as-Soleh) menerimanya (menjalankannya)


sebagaimana yang didatangkan".
Kalangan ulama Salaf as-Soleh menerima ayat-ayat mutasyabihah
sebagaimana yang dimaksudkan oleh ayat tersebut. Mereka menggunakan atau
mengambil pemahaman yang benar dan selamat tanpa ditasybih (ٌ‫" )تَ ْشبِْيه‬Penyerupaan
ٌ ‫" )تَ ْكيِْي‬Bertanya bagaimana atau Kenapa",
atau Diserupakan", tidak ditakyif (‫ف‬
melarikan dari mereka dari menta'wil (‫" )تَاْ ِويْ ٌل‬Menokok-nambah, Mengolah atau
Membincangkannya" dan ayat-ayat seumpama itu tidak dita'til (‫" )َت ْع ِطْي ٌل‬Dibatalkan
atau Ditolak". Mereka berpegang teguh dengan firman Allah Subhanahu wa-Ta'ala:

ِ ‫الس ِم ْيع الْب‬


.‫ص ْي ُر‬ ِِ ِ
َ ُ َّ ‫س َكمثْله َش ْيءٌ َو ُه َو‬
َ ‫لَْي‬
"Tidak ada sesuatu yang serupa dengan Dia dan Dialah Yang Maha
Mendengar lagi Maha melihat".
.As-Syura, 42:15
Ayat di atas ini di samping menyatakan tidak serupanya sifat dan zat Allah
dengan sifat dan zat makhlukNya, ia juga merupakan tanzih (pensucian dan
pengukuhan mengenai diriNya yang sesuai dengan keAgunganNya), kerana di ayat
mulia ini dinyatakan juga tentang sifat Allah yang "Maha Mendengar" dan "Maha
Melihat". Amat jelas di ayat ini tidak ditanyakan bagaimana sifat Allah yang "Maha
Mendengar" dan "Maha Melihat" di samping tidak disetarakan, disekufukan,
disetandingkan atau disamakan sifat Allah tersebut dengan sifat makhlukNya.

Para ulama Salaf as-Soleh menolak penta'wilan golongan Muktazilah yang


menta'wilkan sifat Allah "Maha Mendengar" dan 'Maha Melihat" kepada makna
"Ilmu", kerana ta'wil seperti ini telah menolak dan membatalkan makna dan maksud
yang hak (makna dan maksud yang sebenar), perbuatan seperti ini adalah fasad.

Golongan Muktazilah sering menta'wil ayat-ayat syara dengan menggunakan


akal fikiran atau hawa nafsu mereka. Sedangkan dalam pandangan Islam akal tetap
dimuliakan tetapi diletakkan pada tempatnya yang sesuai dan layak, tidak
meninggikan dan mensucikannya sehingga menjadi sesuatu yang dipertuhankan
(disembah), tidak juga direndahkan, dihina dan diremehkan sehingga penyandangnya
tak ubah seperti binatang. Yang jelas akal manusia tidak maksum, ia serba
127

kekurangan dan terbatas kemampuannya, oleh kerana itu akal tidak boleh mencabuli
nas, malah pada hakikatnya akal sentiasa memerlukan bantuan nas yang didatangkan
oleh penciptanya.

127. Lihat: Majalah al-Bayan No. 6. hlm. 38. Tajuk:


(‫ )مجال العقل البشرى وحاج الشر الى الرسالة‬Dr. Sulaiman al'Ayad.

128
Sememangnya al-Quran adalah nas dan wahyu yang datangnya dari Allah
Subhanahu wa-Ta'ala, dan akal juga dari Allah, akan tetapi akal wajib tunduk kepada
al-Quran sebagai nas, kerana akal itu makhluk yang terhad daya kemampuannya,
sedangkan al-Quran pula adalah mukjizat atau Kalam Allah yang sama sekali tidak
boleh disamakan dengan kekerdilan akal manusia.

129
Nas-Nas Asma ul-Husna Dan Sifat-Sifat Allah

Mengingkari Asma ul-Husna dan sifat-sifat Allah yang telah ditetapkan di


dalam al-Quran dan hadith-hadith Rasulullah sallahu 'alaihi wa-sallam yang sahih,
merupakan bahagian dari perkara yang membatalkan iman. Misalnya, meniadakan
sifat Allah yang sempurna seperti hidup, mendengar, melihat dan lain-lainnya. Atau
menafikan kuasaNya seperti kuasa memberi rahmat, mematikan, menghidupkan dan
sifat-sifat keAgunganNya yang tidak serupa dengan sifat makhlukNya.

Antara ayat-ayat al-Quran yang menyebut Asma ul-Husna (nama-nama yang


baik) dan sifat-sifat Allah (‫ )االسماء والصفات‬ialah firman Allah:

.‫َواهللُ غَنِ ٌّي َحلِ ْي ٌم‬


"Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun".
.Al-Baqarah, 2:263
ٍ ‫اِ َّن ربِّي علَى ُك ِّل َشي‬
.ٌ‫ىء َح ِف ْيظ‬ ْ َ ْ َ
"Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pemelihara segala sesuatu".
.Hud, 11:57
.‫اِنَّهُ َح ِم ْي ٌد َم ِج ْي ٌد‬
"Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Terpuji lagi Maha Pemurah".
.Hud, 11:73

ٌ ‫اِنَّهُ بِ ِه ْم َر ُؤ ْو‬
.‫ف َّر ِح ْي ٌم‬
"Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Pengasih lagi Maha penyayang kepada
mereka".
.At-Taubah, 9:117

.‫انَّهُ َكا َن َعلِ ْي ًما قَ ِد ْي ًرا‬


"Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa".
.Fathir, 35:44

.‫اِ َّن اهللَ َكا َن لَ ِط ْي ًفا َخبِْي ًرا‬


"Sesungguhnya Allah adalah Maha Lembut lagi Maha Mengetahui".
.Al-Ahzab, 33:34
‫اِ َّن اهللَ َكا َن َعلَْي ُك ْم َر ِقْيبًا‬.
"Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu".
.An-Nisa’, 4:1
.ً‫اهلل َوكِْيال‬
ِ ِ‫و َك َفى ب‬
َ
"Dan cukuplah Allah menjadi Pelindung".
.An-Nisa’, 4:81

.‫اِ َّن اهللَ َكا َن غَ ُف ْو ًرا َّر ِح ْي ًما‬


"Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".
.An-Nisa’, 4:23

.‫اِ َّن اهللَ َكا َن َعلِيًّا َكبِْي ًرا‬


"Sesungguhnya Allah Maha Tinggi dan Maha Besar".
.An-Nisa', 4:34

ِ ِ‫و َك َفى ب‬
.‫اهلل َش ِه ْي ًدا‬ َ
"Cukuplah Allah yang Mengakuinya".
.An-Nisa’, 4:166

.‫اهلل َح ِس ْيبًا‬
ِ ِ‫و َك َفى ب‬
َ
"Dan cukuplah Allah sebagai Pembuat perhitungan".
.Al-Ahzab, 33:39

.‫ب‬ ِ ْ‫اِ َّن ربِّي قَ ِري‬


ٌ ‫ب ُّمج ْي‬
ٌ ْ َ
"Sesungguhnya Tuhanku amat dekat (rahmatNya) lagi memperkenankan
(doa hambaNya)".
.Hud, 11:61

.‫اَهللُ َعلَى ُك ِّل َش ْي ٍء ُّم ِق ْيتًا‬


"Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu".

131
.An-Nisa', 4:85

.‫ْح ُّي الْ َقُّي ْو ُم الَ تَاْ ُخ ُذهُ ِسنَةٌ َوالَ َن ْو ٌم‬ ِ ِ
َ ‫اَهللُ آلالَهَ االَّ ُه َو ال‬
"Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah/diibadahi) melainkan Dia
Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhlukNya)".
.Al-Baqarah, 2:255

.‫اط ُن َو ُه َو بِ ُك ِّل َش ْي ٍء َعلِ ْي ٌم‬


ِ ‫اهر والْب‬
ِ ِ
َ َ ُ َّ‫ُه َو اْالَ َّو ُل َواْالَخ ُر َوالظ‬
"Dialah Yang Awal dan Yang Akhir, Yang Zahir dan Yang Batin, dan Dia
Maha Mengetahui segala sesuatu".
.Al-Hadid, 57:5

‫ ُه َو اهللُ الَّ ِذ ْي‬. ‫الر ِح ْي ُم‬َّ ‫الر ْح َم ُن‬ َّ ‫اد ِة ُه َو‬


َ ‫الش َه‬َّ ‫ب َو‬ ِ ‫ُه َو اهللُ الَّ ِذ ْي آلاِلَهَ اِالَّ ُه َو َعالِ ُم الْغَْي‬
ِ ِ ِ
‫ار ال ُْمتَ َكِّب ُر ُس ْب َحا َن‬
ُ َّ‫ْجب‬
ِ
َ ‫السالَ ُم ال ُْم ْؤم ُن ال ُْم َه ْيم ُن ال َْع ِز ْي ُز ال‬
َّ ‫س‬ ُ ِ‫آلالَهَ االَّ ُه َو ال َْمل‬
ُ ‫ك الْ ُق ُّد ْو‬
ِ ِ
.‫ْح ْسنَى‬ ُ ‫ص ِّو ُرلَهُ اْالَ ْس َمآءُ ال‬ َ ‫ئ ال ُْم‬ ُ ‫ ُه َو اهللُ الْ َخال ُق الْبَا ِر‬. ‫اهلل َع َّما يُ ْش ِر ُك ْو َن‬
"Dialah Allah Yang tidak ada tuhan (yang berhak disembah/diibadahi)
selain Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Dialah Yang Maha
Pemurah lagi Maha Penyayang. Dialah Allah yang tiada Tuhan (yang berhak
disembah/diibadahi) selain Dia. Raja Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera,
Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala KeAgungan.
Dialah Allah Yang Mencipta, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang
Mempunyai Nama-Nama Yang Paling Baik".
.Al-Hasyr, 59:22-24
Dengan keterangan dari dalil-dalil di atas, amat jelas bahawa sesiapa yang
mengingkari sifat-sifat Allah dan Asma ul-Husna, maka dia adalah seorang yang
kufur terhadap al-Quran dan dianggap orang yang terkeluar dari millah Islamiyah.

132
Syirik Terhadap Zat, Sifat-Sifat & Asma ul-Husna

Sesiapa yang berbuat syirik terhadap zat dan sifat-sifat Allah, ianya akan
mengakibatkan berlakunya kesyirikan dalam akidah dan ibadah. Misalnya,
sebagaimana perbuatan mereka yang meminta pertolongan (menyeru/berdoa) kepada
selain dari Allah Subhanahu wa-Ta'ala, selain nama-namaNya atau sifat-sifatNya,
sebagai contoh: Meminta, menyeru atau berdoa kepada orang yang telah mati, maka
perbuatan ini nyata suatu kesyirikan terhadap Allah, kerana menurut sabda Nabi
Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam: "Doa itu adalah ibadah". 128

Sebagaimana yang telah diketahui bahawa ibadah itu hanya untuk Allah
subhanahu wa-Ta'ala sahaja. Syara telah mengharamkan beribadah kepada
selainNya, kerana sekalian makhluk terutama jin dan manusia dijadikan semata-mata
untuk beribadah hanya kepada Allah Subhanahu wa-Ta'ala dan tidak boleh
menyembah yang lain. Firman Allah:

.‫س اِالَّ لَِي ْعبُ ُد ْو ِن‬ ِ ِ ُ ‫وما َخلَ ْق‬


َ ْ‫ت الْج َّن َواْالن‬ ََ
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka
menyembahKu".
.Adz-Dzariyat, 51:56
.‫ك ِم ْن َر ُس ْـو ٍل اِالَّ ُن ْو ِحى اِلَْي ِه اَنَّهُ الَ اِلَهَ اِالَّ انَا فَا ْعبُ ُد ْو ِن‬
َ ‫َو َما اَ ْر َسـلْنَا ِم ْن َقْب ِل‬
"Tiada Kami utus seorang pun Rasul sebelum engkau (Ya Muhammad!)
melainkan Kami wahyukan kepadanya bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan,
kecuali Aku, maka oleh sebab itu sembahlah Aku".
.Al-Ambiya', 21:25
Orang-orang yang berdoa, memohon atau menyeru malaikat, jin, roh-roh ghaib
atau roh orang-orang yang dianggap suci yang telah mati seperti roh para nabi, rasul,
wali atau orang-orang yang dianggap soleh, maka perbuatan seperti itu telah
membawanya kepada kesyirikan. Walaupun pada lahirnya tidak kelihatan sesuatu
yang batil tetapi hakikatnya pada iktikad (kepercayaan) si penyeru ada keyakinan
yang tidak disedarinya, iaitu mensetarakan zat atau sifat Allah dengan sifat makhluk
yang dipohoni doa atau yang diseru.

128. Lihat: ‫ عالقة االثبات والتفويض بصفات رب العالمين‬hlm. 7. Ridza bin Nu'san.
MAKNA DAN DEFINISI IBADAH

Ibadah dalam pengertian Bahasa Arab bermakna "Hina, Kehinaan" atau


"Tunduk". Dimisalkan: (‫" )بَ ِع ْي ٌر ُم َعبَّ ٌد‬Keldai yang tunduk yang sedia untuk ditunggang".
Dalam istilah syara, ia dimaksudkan:

"Sesuatu yang diperintahkan oleh Allah sebagai syariat, bukan kerana


kebiasaan tradisi (kebiasaan adat-resam sebelum datangnya syariat) atau
kerana keperluan (tuntutan) akal fikiran". Atau diistilahkan juga:

"Ibadah ialah nama yang merangkumi setiap sesuatu yang dicintai dan
diredhai oleh Allah, sama ada yang berupa perkataan, perbuatan yang lahir
atau yang tersembunyi. Di samping itu, membebaskan diri (meninggalkan)
dari setiap sesuatu yang bertentangan dan menyalahi ibadah tersebut".

Ibadah mempunyai dua rukun:

Pertama: Cinta sejati dan sempurna yang merupakan matlamat utama. Pada
hakikatnya cinta hanya hak Allah kerana hanya Allah yang wajib dicintai dengan
sepenuhnya semata-mata kerana ZatNya Yang Agung. Adapun mencintai
selainNya adalah semata-mata kerana (bersebab) mencintaiNya. Allah berfirman:

ِ ‫والَّ ِذيْن ءامُنوا اَ َش ُّد حبًّا‬


‫ِهلل‬ ُ ْ ََ َ َ
"Adapun orang-orang yang beriman itu bersangatan cintanya kepada
Allah".
.Al-Baqarah, 2:165

، ‫اه َما‬ ِ ِ ِ َّ ‫ اَ ْن ي ُكو َن اهلل ورسولُهُ اَح‬، ‫ان‬


ِ ‫ث م ْن ُك َّن ِفْي ِه وج َد حالَوةَ اْ ِاليْم‬
ُ ‫ب الَْيه َم َّما س َو‬ َ ُْ َ َ ُ ْ َ َ َ َ ََ َ ٌ َ‫ثَال‬
.‫ب ال َْع ْب ُد الَ يُ ِحبُّهُ اِالَّ اهلل‬
َّ ‫َواَ ْن يُ ِح‬
"Tiga perkara yang menjadikan kamu memperolehi kemanisan
(kesempurnaan) iman iaitu mencintai Allah dan RasulNya lebih dari selain
keduanya. Dan seseorang hamba mencintai sesuatu tidaklah ia mencintainya
kecuali semata-mata kerana Allah". 129

Kedua: Menyerah dan tunduk sepenuh hati kepada Allah dan mendahulukan
mentaati syariatNya atas yang lainnya. Sentiasa mendahulukan kehendak Allah
dan RasulNya walaupun bertentangan dengan kehendak atau keinginan hawa
nafsunya. Firman Allah:

129.H/R Bukhari (15), al-Iman. Muslim (60), al-Iman. Turmizi (2548), al-Iman, An-Nasaii (4903), al-Iman
wa-Syari'uhu. Ibn Majah (4023), al-Fitan. Ahmad (11679), Musnad al-Mukathirin.
‫ـج َر َب ْيَن ُه ْم ثُ َّم الَ يَ ِج ُد ْوا فِى اَْن ُف ِس ِه ْم‬ ِ ِ
َ ‫ك الَُي ْؤمُن ْو َن َحتَّى يُ َح ِّـك ُم ْو َك ف ْي َما َش‬
َ ِّ‫فَالَ َو َرب‬
.‫سلِّ ُم ْوا تَ ْسلِ ًما‬َ ُ‫ت َوي‬ َ ‫ض ْي‬
َ َ‫َح َر ًجا ِّم َّما ق‬
"Maka demi Tuhanmu! Mereka (pada hakikatnya) tidak beriman sehingga
mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan,
kemudian mereka merasa tidak keberatan dalam hati mereka terhadap yang
kamu berikan, dan mereka menerima dengan sempurna".
.An-Nisa, 4:65

.‫اب اَلِْي ٌم‬ ِ ‫ص ْيب ُهم فِْتنَةٌ اَو ي‬


ٌ ‫ص ْيَب ُه ْم َع َذ‬ ُ ْ
ِ ِ ِ ِ
ْ َ ُ‫َفلْيَ ْح َذ ِر الَّذيْ َن يُ َخال ُف ْو َن َع ْن اَ ْم ِره اَ ْن ت‬
"Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul takut akan
ditimpa cobaan atau ditimpa azab yang pedih".
.An-Nur, 24:63

135
Syarat-Syarat Ibadah

Ibadah mempunyai tiga syarat:

Pertama: Kemahuan yang sungguh-sungguh atau kebulatan hati (tekad). Iaitu


dengan meninggalkan sifat malas dan melambat-lambatkan amal perintah Allah.
Dan menjaga agar perkataannya sesuai dengan perbuatannya. Syarat ini hanyalah
syarat keberadaan ibadah, bukan syarat diterima ibadah tersebut. Firman Allah:

ِ ‫يااَُّي َها الَّ ِذيْن ءامُنوا لِم َت ُقولُو َن ماالَ َت ْفعلُو َن َكبر م ْقتَا ِعْن َد‬
.‫اهلل اَ ْن َت ُق ْولُْوا َماالَ َت ْف َعلُ ْو َن‬ َ َُ ْ َ َ ْ ْ َ ْ ََ َ َ
"Hai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan apa yang
tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu
mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan".
.As-Saff, 61:2-3
Kedua: Niat yang ikhlas semata-mata hanya kerana Allah yang bersih dari
kesyirikan, sehingga benar-benar tunduk kepada Allah. Syarat yang kedua dan
yang ketiga adalah merupakan syarat diterimanya ibadah, maka setiap ibadah yang
tidak dipenuhi dengan syarat kedua dan kitiga ini adalah ibadah yang batal atau
bid'ah. Firman Allah:

.‫ب ال َْعالَ ِم ْي َن‬ ِ ‫اِ َّن صالَتِي ونُس ِكي وم ْحياي ومماتِي‬
ِّ ‫ِهلل َر‬ ْ َََ َ َ ََ ْ ُ َ ْ َ
"Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk
Allah semata, Tuhan semesta alam".
.Al-An'am, 6:162

ِِ ِ ِ ِ
َ ‫َو َما اُم ُر ْوا االَّ لَي ْعبُ ُدوا اهللَ ُم ْخلص ْي َن لَهُ الدِّيْ ُن ُحَن َف‬
‫آء‬

"Padahal mereka tidak disuruh melainkan hanya agar mereka menyembah


Allah dengan memurnikan ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama
dengan lurus".
.Al-Bayyinah, 98:5
Ketiga: Setelah dipenuhi syarat kedua maka diwajibkan agar dipenuhi tuntutan
syarat ketiga, iaitu bersesuaian (ittiba') dengan syara. Semua amal sama ada
berupa perkataan atau akidah hendaklah bersesuaian dengan apa yang
diperintahkan oleh Allah dan mencontohi RasulNya. Firman Allah:
.‫اد ِة َربَِّه اَ َح ًدا‬
َ َ‫صالِ ًحا َوالَ يُ ْش ِر ْك بِ ِعب‬ ِ ‫فَمن َكا َن يرجوا لَِق‬
َ ً‫آء َربِّه َفلَْي ْع َم ْل َع َمال‬
َ ْ ُ َْ َْ
"Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah
ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan
seorangpun dalam beribadah kepada Tuhannya".
.Al-Kahfi, 18:110
ِ ‫ومن يبتَ ِغ غَير اْ ِالسالَِم ِدينًا َفلَن ي ْقبل ِم ْنهُ وهو فِى اْالَ ِخر ِة ِمن الْ َخ‬
.‫اس ِريْ َن‬ َ َ َُ َ َ َ ُ ْ ْ ْ َ ْ َْ ْ َ َ
"Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali
tidaklah akan diterima (agama itu)

.ُ‫اَ ْم لَ ُه ْم ُش َر َكآئُوا َش َرعُ ْوا لَ ُه ْم ِّم َن الدِّيْ ِن َمالَ ْم يَاْذَ ْن بِ ِه اهلل‬

"Apakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang


mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah".
.Asy-Syura, 42:21

137
Hanya Allah Yang Wajib Diibadahi

Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang berhak diibadahi dan disembah dengan
penuh tawadduk, khusyu' dan keikhlasan. Wajib mentauhidkan diri kepada Allah dan
haram menyekutukanNya dengan makhlukNya, terutama apabila dilihat dan
disandarkan kepada dua alasan yang kukuh ini:

1. Pertama: Hanya Allah yang paling sempurna pada zat, nama, sifat dan af'alNya
(perbuatannya). Tabiat manusia pula cinta kepada yang paling sempurna, maka
yang amat sempurna dalam segala-galanya hanyalah Allah Subhanahu wa-
Ta'ala.

2. Kedua: Allah telah memberi segala nikmat kepada sekalian makhlukNya yang
tidak mengira muslim atau kafir, serta dengan kerububiyhanNya Dia telah
menciptakan sesuatu ciptaan untuk keperluan, kenikmatan dan kesempurnaan
hidup sekalian makhlukNya.

Telah berkata Ibn Qaiyim Al-Jauzi rahimahullah tentang dua alasan di atas:

"Apabila pengibadatan seorang hamba Allah Ta'ala dikaitkan dengan


kecintaan kerana kebesaran dan kesempurnaanNya, maka nikmat yang timbul
adalah merupakan kurnia dan ihsanNya, ia wajib disyukuri".

Sesungguhnya perlu diketahui bahawa sesiapa yang berdoa (meminta/menyeru)


kepada orang yang sudah mati untuk mendapatkan pertolongan darinya, maka ia telah
memberikan satu sifat dari sifat-sifat Allah Ta'ala iaitu (‫لس ِمْي ُع‬
َّ َ‫" )ا‬Mendengar" kepada si
mati yang diseru, sedangkan manusia kehilangan sifat mendengar setelah
kematiannya . 130

Orang yang menyeru orang mati pasti mempunyai kepercayaan pada dirinya
bahawa yang diseru itu mempunyai kelainan (kelebihan) yang berbeza dengan
manusia biasa, oleh sebab itu dikhususkan penyeruan kepadanya, inilah di antara
jenis-jenis kesyirikan yang membatalkan tauhid uluhiyah dan tauhid asma wa-sifat
131

seseorang hamba yang melakukan kebatilan seperti itu.

Apakah maksud dan pengertian asma (nama-nama) dan sifat Allah menurut
kehendak syara, di bawah ini diperincikan secara ringkas:

Asma (ٌ‫أس َماء‬


ْ ) kalimah yang menunjukkan jamak (banyak atau berbilang-bilang),
ia bererti: "Nama-nama". Mufrad dari kalimah ini ialah ismun (‫)اِ ْس ٌم‬. Dan telah
disepakati oleh para ulama bahawa nama-nama Allah berdiri sendiri, tidak ada
penamaan kecuali dengan segala hal yang telah Allah ithbatkan (tetapkan) di dalam

130. Ibid. hlm. 7.


131. Ibid. Hlm. 7-8.
kitabNya, atau melalui keterangan dari Rasulullah salallahu 'alaihi wa-sallam, iaitu
nama-nama Allah yang juga merupakan sifatNya yang sempurna.

Nama-nama Allah bukan makhluk, oleh kerana itu sesiapa yang bersumpah
dengan nama Allah kemudian dimungkari maka ia telah kufur. 132

Berkata Imam Syafie rahimahullah:

‫الش ْيء فَا ْش َه ْد َعلَْي ِه‬


َّ ‫يء غَْي َر‬ َّ ‫س َّمى اَ ْو‬ ِ ْ‫الرجل ي ُقو ُل ا‬ ِ ‫اِذَا س‬
َ ‫الش‬ َ ‫ْم‬
ُ ‫ل‬‫ا‬ ‫ر‬
َ ‫ي‬
ْ ‫غ‬
َ ‫ـم‬
َ ‫س‬
ْ ‫ال‬ ْ َ َ ُ َّ ‫ت‬
َ ‫ع‬
ْ ‫ـم‬ َ
.‫بِال ِزنْ ِدقَ ِة‬

"Jika sekiranya engkau mendengar seorang lelaki berkata bahawa nama


(Allah) adalah yang tidak bernama dan sesuatu yang bukan sesuatu maka
saksikanlah atasnya bahawa dia seorang zindik". 133

Imam Syafie juga pernah ditanya tentang sifat Allah Azza wa-Jalla
sebagaimana yang semestinya kita beriman dengannya, maka beliau berkata:

‫صلَّى اهللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم‬ ِ ِ ‫لِلَّ ِه َتبار َك وَتعالى اَسـماء و‬


َ ُ‫اء بِ َها كتَابُهُ َو َخَب َر بِ َها نَبِيُّه‬
َ ‫ات َج‬
ٌ ‫ص َف‬ ٌَ َْ َ َ َ ََ
.ُ‫اَُّمته‬

"Bagi Allah Tabaraka wa-Ta'ala nama-nama dan sifat-sifat (yang


beritanya) didatangkan oleh kitabNya dan dikhabarkan tentangnya oleh
NabiNya kepada umatnya". 134

Dari kenyataan Imam Syafie di atas, jelaslah bahawa seseorang yang beriman
wajib beriman dengan nama-nama, sifat dan zat Allah 'Azza wa-Jalla sebagaimana
yang terdapat di dalam al-Quran dan sebagaimana yang dikhabarkan oleh Rasulullah
sallallahu 'alaihi wa-sallam di dalam hadith-hadithnya yang sahih. Ianya tidak boleh
dita'wil, ditasybih (tamsil), ditahrif atau ditakyif.

Akidah seseorang itu dianggap murni dan sah hanya apabila mengimani segala
sesuatu tentang nama-nama, sifat dan zat Allah sebagaimana yang Dia sendiri
mengkhabarkan di dalam kitabNya atau melalui Sunnah RasulNya. Sunnah
Rasulullah menguatkan dan seiring dengan al-Quran dalam menetapkan nama, sifat-

132. Lihat: ‫ اعتقاد االئمة االربعة ابى حنيفه ومالك والشافعى واحمد‬hlm. 38. Muhammad bin Abdulrahman al-Khumis.
133. Lihat: ‫ مجموع الفتاوى‬jld. 6. hlm. 187.
134. Lihat: ‫طبقات الفقهاء ألبي اسحاق الشيرازي الشافعي‬

139
sifat dan zat Allah. Contohnya dalam menetapkan wajah (muka) Allah terdapat di
dalam firmanNya:

.‫ْجالَ ِل َواْ ِال ْك َر ِام‬ َ ِ‫َو َي ْب َقى َو ْجهُ َرب‬


َ ‫ك ذُ ْو ال‬
"Dan tetap kekal Wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan
kemuliaan".
.Ar-Rahman, 55:27
Jika dikembalikan kepada as-Sunnah (hadith-hadith sahih) akan ditemui
bahawa hanya Rasulullah sahaja yang layak menjadi penafsir ayat di atas ini dan ayat-
ayat yang serupa dengannya, namun baginda tetap tidak menjelaskan makna wajah
kepada makna yang lain sebagaimana yang jelas dapat difahami di dalam sabda
baginda:

‫ب آنِيَتِ ِه َما َو َما ِفْي ِه َما َو َما َبْي َن الْ َق ْوِم‬


ٍ ‫ان ِم ْن َذ َه‬ ٍ ِ ِِ
ِ َ‫َّـة آنِيتِ ِهما وما ِفْي ِهما وجنَّت‬
َ َ َ َ َ َ َ ‫َجنَّتَان م ْن فض‬
‫ْك ْب ِريَ ِاء َعلَى َو ْج ِه ِه فِى َجن َِّة‬ ِ ‫وبين اَ ْن ي ْنظُروا اِلَى وج ِه ربِّ ِهم ِفى جن َِّة َع ْد ٍن اِالَّ ِر َد ِاء ال‬
َ ْ َ َْ ْ ُ َ َ َْ َ
.‫َع ْد ٍن‬

"Dua syurga dari perak termasuk pinggan mangkuknya dan apa yang
terdapat di dalamnya. Dua syurga dari emas termasuk pinggan mangkuknya
dan apa yang terdapat di dalamnya. Tiada yang dapat menghalang sesuatu
kaum dari melihat Wajah Tuhan mereka di dalam syurga Adnan kecuali
pakaian takbur (sombong atau membesarkan diri)". 135

Maka beriman kepada setiap nama-nama, sifat dan zat Allah menurut
sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah Subhanahu wa-Ta’ala untuk diriNya di
dalam al-Quran dan di dalam al-Hadith yang sahih adalah wajib hukumnya. Imam
Syafie rahimahullah berkata:

‫السنَّة َو َن َفى التَّ ْشبِْيه َعْنهُ َك َما‬ ِ ْ ‫ات الَّتِى َجاء بِ َها ال ُق ْرآن وور َد‬
ُ ‫ت ب َها‬ َََ َ ِّ ‫ت َه ِذ ِه‬
َ ‫الص َف‬ ُ ِّ‫ُنثَب‬
.ٌ‫س َك ِمثِْل ِه َش ْيء‬ َ ‫َن َفى َع ْن َن ْف ِس ِه َف َق‬
َ ‫ لَْي‬: ‫ال‬
"Kami hanya mengithbatkan sifat-sifat Allah sebagaimana yang
didatangkan oleh al-Quran dan sebagaimana yang dinyatakan oleh as-Sunnah
dan menafikan segala persamaan (penyerupaan) tentangnya sebagaimana

135. H/R Bukhari (13/326). Muslim (180) dan Ahmad (4/411).

140
yang dinafikan oleh Allah sendiri tentang dirinya (firmanNya): Tidak ada
sesuatu yang serupa denganNya". 136

136: Lihat: ‫ السير‬Jld. 20 hlm. 341.

141
PERKARA-PERKARA YANG MEROSAKKAN AKIDAH

Akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah yang berlandaskan manhaj Salaf as-Soleh


hanya menetapkan tanpa dipersoal atau diperbincangkan segala apa yang telah Allah
tetapkan di dalam kitabNya (al-Quran) dan segala apa yang telah dijelaskkan oleh
NabiNya di dalam hadith-hadithnya yang sahih. Keimanan yang murni dan sempurna
yang dimaksudkan oleh syara ialah apabila seseorang itu mengimani setiap nama-
nama, sifat atau zat Allah tanpa melakukan apapun perkara yang boleh merosakkan
akidahnya. Adapun perkara-perkara yang boleh merosakkan akidah seseorang muslim
ialah:

1. Takyif (‫ف‬ ٌ ‫ )تَ ْكيِْي‬berwazan taf'il (‫)َت ْف ِع ْي ٌل‬. Ia dari kata kerja (‫ تَ ْكيِ ْي ًفا‬- ‫ف‬
ُ ِّ‫ يُ َكي‬- ‫ف‬
َ َّ‫ ) َكي‬yang
bererti: "Yang menggambarkan kaifiyah (bagaimana) bentuk atau hakikat".
Atau "Menggambarkan hakikat bentuk dari makna-makna tertentu yang hanya
diketahui oleh Allah. Seperti menggambarkan hakikat zat Allah, hakikat sifat-
sifatNya atau hakikat kewujudannya". Atau juga "Mereka-reka, menceritakan,
membincangkan, mempersoalkan atau menanyakan bagaimana nama-nama,
sifat atau zat Allah tersebut".

2. Tasybeh/tamsil (‫ )تَ ْمثِْي ٌل‬adalah berwazan taf'il (‫)َت ْف ِعْيل‬. Ia diambil dari kata dasar (‫َمثَ ٌل‬
‫ )اَ ْو ِمثْ ٌل‬yang bererti: "Tandingan" atau "Seteru". Dalam syara tamsil bermaksud:
"Mengithbatkan, bandingan, menyerupakan atau memisalkan nama-nama, sifat
atau zat Allah dengan sifat atau zat makhlukNya".
3.
Terdapat dua bentuk tamsil:

Pertama: Qiyas Tamsil. Iaitu mengangkat salah satu dari beberapa makhluk
yang dijadikan tuhan kemudian dianggap sebagai Khalik, atau makhluk diangkat
sebagai tuhan secara dasar dan yang lain sebagai cabang, kemudian
menganalogikan (menserupakan) atau mengqiyaskan yang satu dengan yang lain.
Bentuk ini terbagi dua:

a- Qiyas Kulli. Iaitu mengqiyaskan zat dengan zat. Misalnya mengatakan


bahawa zat Allah serupa dengan zat makhluk atau sebaliknya.

b- Qiyas Juz'i. Mengqiyaskan sebahagian sifat Allah dengan sifat makhluk atau
sebaliknya.

Kedua: Qiyas Tamsil Yang Syumul. Iaitu memasukkan Khalik dan makhluk
dalam satu kaedah umum di mana semua bahagian menduduki keadaan yang
sama di dalamnya. Misalnya: Mengatakan bahawa semua yang mawujud adalah
satu bentuk atau semua yang mempunyai sifat adalah makhluk.
3. Ta'til (‫ )َت ْع ِطْي ٌل‬diambil dari kata al-'atal (‫ )اَل َْعطَ ُل‬yang bermaksud: "Membiarkan,
mengosongkan atau meninggalkan". Kalimah ini boleh ditemui di dalam al-
Quran:

‫َوبِْئ ٍر ُّم َعطَّلَ ٍة‬


"Perigi yang ditinggalkan".
.Al-Haj, 22:45
Ta'til juga diertikan:

"Membatalkan, mengingkari atau menolak sifat, nama-nama dan zat Allah


yang sudah ada nasnya di dalam al-Quran dan as-Sunnah". Atau juga 137

"Meniadakan ketetapan atau makna nas-nas al-Quran dan as-Sunnah dari


maksudnya yang hakiki".

Ta'til terbahagi tiga:

Pertama: Menolak, menafikan atau meniadakan hakikat kesempurnaan Allah


Subhanahu wa-Ta'ala dengan menafikan atau meniadakan nama-nama dan sifat-
sifatNya.

Kedua: Menolak, menafikan atau meniadakan apapun perkara yang berkaitan


dengan Allah sehingga meninggalkan ibadah dan ketaatan kepadaNya. Atau
mengibadahi selain Allah Subhanahu wa-Ta'ala.

Ketiga: Menolak, menafikan atau meniadakan kekuasaan dan keberadaan Allah


subhanahu wa-Ta'ala. Mengingkari bahawa segala makhluk adalah ciptaanNya.
Mengithbatkan sebahagian atau seluruh makhlukNya kepada selain Allah.
Menganggap bahawa makhluk itu lebih dahulu ada. Atau menganggap segala
ciptaan Allah bukan makhluk Allah Subhanahu wa-Ta'ala.

4. Tahrif. Kalimah (‫ف‬ ٌ ْ‫ )تَ ْح ِري‬berwazan taf'il (‫)َت ْف ِع ْي ٌل‬. Ia diambil dari kata dasar "Harf" (
‫ف‬
ٌ ‫ ) َح ْر‬yang bermaksud: "Tepi, Sisi, Sebahagian" atau "Tidak mempunyai
keyakinan yang penuh" sebagaimana firman Allah:

ٍ ‫َّاس من يعب ُد اهلل َعلَى حر‬ ِ


‫ف‬ َْ َ ُ ْ َ ْ َ ِ ‫َوم َن الن‬
"Dan di antara manusia ada orang yang menyembah Allah dengan berada
di tepi".

137.Rujuk penjelasan lebih rinci "Setiap Bid'ah Menyesatkan" Hlm. 83-86. Rasul Dahri. Cetakan pertama.
1977. Jahabersa. Johor Bahru. Malaysia.

143
:Al-Haj, 22
Tahrif dimaksudkan juga:

"Merubah, mengganti atau menyelewengkan dari segi nas, lafaz, maksud


atau makna tentang segala yang berkaitan dengan nama-nama, sifat dan zat
Allah yang terdapat di dalam al-Quran dan al-Hadith yang sahih sehingga
merubah maksud dan maknanya yang sebenar". 138

Jenis tahrif terbahagi tiga:

Pertama: Tahrif Lafaz Atau Lafzy. Iaitu menggantikan satu lafaz di dalam
syara dengan lafaz yang lain. Sebagai contoh: Perbuatan Bani Israil
menggantikan kata "Hittah" (ٌ‫ ) ِحطَّة‬bermaksud: "Pengampunan" kepada lafaz
"Hintah" (ٌ‫ ) ِحْنطَة‬yang bererti "Gandum".

Kedua: Tahrif Makna Atau Maknawi. Iaitu menukar makna sebenar kepada
makna yang lain. Sebagai contoh: Lafaz istiwa (‫" )اِ ْسَت َواء‬Bersemayam" ditukar
kepada lafaz (‫ )اِ ْسَت ْولَى‬yang bererti "Menguasi" atau "Memerintah".

Ketiga: Tahrif Ayat Kauniyah. Sebagai contoh: Mentahrif makna ayat ( ‫َواَ ْر َس َل‬
‫" ) َعلَْي ِه ْم طَْي ًرا اَبَابِْي َل‬Dan Dia mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-
bondong" kemudian ditahrif ayat ini kepada maksud: "Kuman, bakteria, virus
kusta atau penyakit yang seumpamanya". Atau juga mentahrif kalimah
"Malaikat" yang terdapat di dalam al-Quran dan as-Sunnah kepada makna dan
maksud: "Suatu kekuatan rohani/spiritual" dan kalimah "Syaitan" pula ditahrif
kepada maksud: "Kejahatan dalam diri manusia" atau sebagainya.

Sesiapa yang tidak menerima dan mengimani nama-nama, sifat dan zat Allah
sebagaimana yang telah tercatit pada kedua-dua kitab yang wajib diimani iaitu al-
Quran dan al-Hadith yang sahih, maka para ulama usuluddin sepakat menghukum
bahawa ia telah kufur dan terkeluar dari akidah Islamiyah yang murni dan sahih,
malah ia telah melakukan kesyirikan jika mengingkari apa yang telah ditetapkan
sendiri oleh Allah Subhanahu wa-Ta'ala di dalam kitabNya, kemudian ia menyeru
selain sifat-sifat, nama-nama dan zat Allah Azza wa-Jalla sebagai penggantinya, maka
Allah berfirman:

‫ْح ُد ْو َن ِفى اَ ْس َمآئِِه َسيُ ْج َز ْو َن َما َكا ُن ْوا‬


ِ ‫هلل اْالَسـمآء الْحسـنَى فَا ْدعُوا بِها و َذروا الَّ ِذين يل‬
ُ َ ْ ُْ َ َ ْ ْ ُ ُ َْ
ِ ‫ِو‬
َ
.‫َي ْع َملَ ْو َن‬
138. Ibid. Hlm. 75-78.

144
"Hanya milik Allah Asma ul-Husna, maka bermohonlah (berserulah)
kepadaNya dengan menyebut asma ul-husna itu dan tinggalkanlah orang-
orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-namaNya.
Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang mereka lakukan".
.Al-A'raaf, 7:180
ِ ِ ِ ِِ ِ
.‫ْجنَّة‬
َ ‫اها َد َخ َل ال‬
َ‫ص‬ َ ‫ا َّن ِهلل ت ْس َعةٌ َوت ْسع ْي َن ا ْس ًما َم ْن اَ ْح‬
"Sesungguhnya bagi Allah itu (mempunyai) 99 nama, sesiapa yang
mengetahuinya (menghafalnya) maka dia masuk syurga". 139

ِ
ُ‫ك اَ ْو َعلَّ ْمتَه‬ َ ِ‫ك اَ ْو اَْن َزلْتَهُ فِى كِتَاب‬ َ‫س‬ ِ ِ َ ‫ك س َّـمي‬
َ ‫ت به َن ْف‬ ْ َ َ َ‫ك اللَّ ُه َّم بِ ُك ِّل ا ْس ٍـم ُه َو ل‬َ ُ‫اَ ْساَل‬
‫ب ِعْن َد َك اَ ْن تَ ْج َع َل الْ ُق ْرآ َن ال َْع ِظ ْي ِم َربِْي َع‬ ِ ‫ت بِ ِه فِى ِعل ِْم الْغَْي‬ ِ
َ ‫اَ َح ًدا ِم ْن َخل ِْق‬
َ ‫ك اَ ْوا ْستَاَْث ْر‬
.‫َق ْلبِ ْي‬
"Aku memohon kepadaMu dengan semua nama yang Engkau namakan bagi
diriMu atau Engkau turunkan dalam kitabMu atau Engkau ajarkan kepada
seseorang hambaMu atau Engkau simpan dalam ilmu ghaib yang ada padaMu.
Semoga Kau jadikan al-Quran sebagai penghibur hatiku, penerang dadaku dan
penghapus duka-laraku". 140

Nama-nama dan sifat Allah yang sudah dinyatakan di dalam al-Quran dan al-
Hadith yang sahih hanya layak untuk Allah, ia tidak boleh disekufukan atau
disamakan dengan sifat makhlukNya walau siapapun makhluk tersebut. Begitu juga
semua nama-nama, sifat dan zat Allah sama sekali tidak boleh ditakyif,
ditamsil/tasybeh, dita'til atau ditahrif sebagaimana yang telah diterangkan di dalam
penjelasan yang lalu. Allah berfirman:

ِ ‫الس ِم ْيع الْب‬


.‫ص ْي ُر‬ ِِ ِ
َ ُ َّ ‫س َكمثْله َش ْيىءٌ َو ُه َو‬
َ ‫لَْي‬
"Tiada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dialah Yang Maha
Mendengar lagi Maha Melihat".
.Asy-Syura, 42:11

. ‫ َولَ ْم يَ ُك ْن لَهُ ُك ُف ًوا اَ َح ٌد‬. ‫ لَ ْم يَلِـ ْد َولَ ْم ُيلَـ ْد‬. ‫الص َـم ُد‬
َّ ُ‫ اهلل‬. ‫قُ ْل ُه َو اهللُ اَ َحـ ٌد‬
139. H/R Turmizi.
140. H/R diriwayatkan oleh Ibn Masoud.

145
"Katakanlah!: Dialah Allah Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang
bergantung kepadaNya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula
diperanakkan. Dan tidak ada seorangpun yang setara/sekufu denganNya".
.Al-Ikhlas, 4:112

ِ ‫ف ب ْع َد ُثبو‬
‫ت‬ ِ ِ ‫ِهلل اَسماء و‬
ِ ِ ِ َّ ‫ال اْ ِالمام‬
ْ ُ َ َ َ‫ْخال‬ َ ‫وم َن‬
َ . ‫َّها‬ َ ‫ات الَ يَس ُـع اَ َح ًدا َرد‬ ٌ ‫ص َف‬ َ ٌ َ ْ : ‫الشافع ُّي‬ ُ َ َ َ‫ق‬
ِّ ‫ت َه ِذ ِه‬
ُ ِ‫ْج ْه ِل َفنُثب‬ ِ ِ ِ ‫ه ِذ ِه الْح َّجةُ َعلَي ِه ُك ْفر واََّما َقبل ِقيام ال‬
‫الص َفات‬ َ ‫ْح َّجة فَانَّهُ يُعذ ُر بِال‬
ُ َ َْ َ ٌ ْ ُ َ
.ٌ‫س َك ِمثِْل ِه َش ْيء‬ ِِ ِ ِ
َ ‫ لَْي‬: ‫َونَنف ْى َعْنهُ التَّ ْشب ْيه َك َما نَفى َع ْن َن ْفسه‬
Berkata Imam Syafie: Bagi Allah nama-nama dan sifat-sifat yang tidak
sepatutnya bagi seseorang menolaknya, sesiapa yang menyelisihinya
(menolaknya) setelah jelas hujjah maka ia telah kufur. Adapun sebelum
ditegakkan hujjah maka diberi keuzuran baginya kerana kejahilannya. Maka
kami telah menetapkan sifat-sifat ini dan kami menafikan keserupaannya
dengan sekalian makhluk sebagaimana yang telah dinafikan sendiri (oleh
Allah) di dalam firmanNya: Tiada sesuatu yang serupa denganNya". 141

Imam Syafie seterusnya menjelaskan:

"Allah Azza wa-Jalla telah mengkhabarkan tentang diriNya bahawa Ia


Maha Mendengar dan bagiNya dua tangan. Sebagaimana firmanNya Azza wa-
Jalla: 142

ُ‫شآء‬ َ ‫ان ُي ْن ِف ُق َك ْي‬


َ َ‫ف ي‬ ِ َ‫بل ي َداهُ م ْبسوطَت‬
ُْ َ َ ْ َ
"(Tidak demikian), tetapi kedua-dua tangan Allah terbuka, Dia
menafkahkan sebagaimana yang Dia kehendaki".
.Al-Maidah, 5:64
Imam Syafie adalah seorang ulama Salaf as-Soleh yang berjaya menyelamat
akidah ummah dari kesyirikan. Contohnya, dalam memperkatakan sifat-sifat Allah
beliau telah menjelaskan bahawa Allah mempunyai tangan kanan, muka, kaki dan jari
dengan membawakan firmanNya:

‫ات بِيَ ِم ْينِ ِه‬ ِ ‫السمو‬


ُ َّ‫ات َمطْ ِوي‬ َ َ َّ ‫َو‬
141. Lihat: ‫ عالقة االثبات والتفويض بصفات رب الْعالمين‬Hlm. 39. Ridza bin Ni'san.
142. Lihat: ‫ اعتقاد األئمة األربعة ابي حنيفة ومالك والشافعي واحمد‬Hlm. 46. Muhammad bin Abdurrahman al-
Khumais. Cetakan pertama 1412H/1992M. Darul ''Aasimah. Riyad. Saudi Arabia.

146
"Dan langit digulung dengan tangan kananNya".
.Az-Zumar, 39:67
ِ ٌ ِ‫ُك ُّل َشي ٍء هال‬
ُ‫ك االَّ َو ْج ُهه‬ َ ْ
"Tiap-tiap sesuatu pasti binasa, kecuali wajahNya".
.Al-Qasas, 28:88

ُ‫الرب َع َّز َو َج َّل ِفْي َها قَ َدمه‬


َّ ‫ض ُع‬
َ َ‫َحتَّى ي‬
"Sehingga Rabb Azza wa-Jalla meletakkan kakiNya di syurga". 143

‫س بِاَ ْع َو ٍر‬ َّ ِ ِ
َ ‫انَّهُ اَ ْع َو ٌر َوان َربَّ ُك ْم لَْي‬
"Sesungguhnya dia (Dajjal) matanya juling dan sesungguhnya Tuhan kamu
mataNya tidak juling". 144

َّ ‫صابِ ِع‬ ِ ِ ٍ ‫ما ِمن َقل‬


‫الر ْح َم ِن‬ ْ ‫ْب االَّ ُه َو َب ْي َن‬
َ َ‫اص َبع ْي ِن م ْن ا‬ ْ َ
"Tiadalah hati itu kecuali berada di antara jari dari jari-jari Ar-Rahman". 145

Apabila memahami semua fatwa-fatwa Imam Syafie yang berkaitan dengan


persoalan iman atau akidah, maka penjelasan beliau sebagaimana yang sebahagiannya
telah dipaparkan di atas adalah jelas amat bertentangan dengan akidah muktazilah,
sebahagian golongan tarikat sufiyah dan Jahmiyah, yang mana golongan-golongan ini
menafikan bahawa Allah mempunyai sifat.

Perlu diketahui bahawa syirik terhadap sifat-sifat Allah adalah penyampai


kepada kesyirikan pada akidah atau ibadah, sebagaimana perbuatan mereka yang
bermohon (menyeru) kepada selain Allah Subhanahu wa-Ta'ala. Contohnya,
perbuatan orang-orang yang menyeru (bermohon/meminta-minta) kepada makhluk
yang sudah mati sebagaimana yang telah dicontohkan sebelum ini, maka secara tidak
langsung ia telah memberi sifat ketuhanan kepada si mati iaitu sifat mendengar (‫لس ِمْي ُع‬
َّ َ‫)ا‬
143. H/R Bukhari. Kitab at-Tafsir. (8/594). Dan H/R Muslim. Kitab al-Jannah wa-Sifatu Na'iimuhu wa-
Ahlaha. (4/2187).
144. H/R Bukhari. Al-Fitan. Bab Zikrul ad-Dajjal (13/39 dan (1317). Dan H/R Muslim. Kitab al-Fitan wa-
Asyratu as-Sa'ah. Bab zikru ad-Dajjal wa-Sifatuhu. (4/2248).
145. H/R Ibn Majah. Dalam Al-Muqaddimah (1/72). Al-Hakim dalam Al-Mustadrak (1/525). Al-Ajiri dalam
As-Syariyah hlm. 317. Berkata al-Hakim: Hadith sahih mengikut pensyaratan Muslim.

147
sedangkan orang mati (mayat) tidak berdaya untuk memperkenankan doa
(seruan/permohonan) orang yang meminta kepadanya. Inilah antara contoh syirik
besar yang perlu diberi perhatian.

Namun masih terdapat di kalangan mereka yang menggelar dirinya sebagai


Ahli Sunnah wal-Jamaah yang masih berpegang dengan akidah yang bid’ah.
Sedangkan pada hakikatnya fahaman tersebut amat bertentangan dengan pegangan
Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh. Fahaman yang
dimaksudkan ialah akidah yang diambil dari pemahaman Imam Abu Hasan al-Asy’ari
rahimahullah semasa beliau belum bertaubat dari akidah Muktazilah dan
Kullabiyah/Al-Maturidiyah. Di bawah ini diterangkan dengan lebih jelas tentang
fahaman Abu Hasan al-Asy’ari disemua marhalah kehidupan yang beliau lalui:

148
HAKIKAT FAHAMAN AKIDAH IMAM AL-ASY'ARI

Nama penuh Imam al-Asy'ari ialah Ali bin Ismail bin Ishak bin Salim bin
Ismail bin Abdullah bin Musa bin Abi Burdah bin Abi Musa al-Asy'ari yang lebih
dikenali dengan gelaran Imam al-Asy'ari rahimahullah. Beliau bersilsilah dengan
Abu Musa al-Asy'ari seorang sahabi radiallahu 'anhu. Dilahirkan pada 260H di Kota
Basrah dan meninggal dunia pada 324H.

Diperingkat awal hidupnya sehingga berumur 40 tahun beliau berfahaman


Muktazilah kerana menerima pengajian dan ilmu dari seorang ulama Muktazilah yang
juga bapa tirinya iaitu Muhammad bin Abdul Wahab Abi Ali al-Jubaa'i (‫)الجبائى‬. 146

Sejarah hidup Imam al-Asy'ari melalui tiga marhalah (peringkat):

Marhalah Pertama: Beliau menganut aliran Muktazilah, ini lantaran beliau


hidup selama 40 tahun bersama Abu Ali Al-Jubaa'i yang merupakan ulama
Muktazilah yang juga bapa tiri beliau.

Berpunca dari perbincangannya dengan al-Jubaa'i yang meragukan beliau dan


mimpi yang dialaminya telah membuka hatinya kepada hidayah. Akhirnya
beliau meninggalkan fahaman Muktazilah dan bermufaraqah dengan al-Jubaa'i. 147

Marhalah Kedua: Iaitu peringkat peralihan dari Muktazilah kepada sunni


walaupun belum sepenuhnya kerana masih mengikut fahaman Ibn Kullab.
Fahaman Kullabiyah tidak dianggap sunni kerana mengithbatkan (menetapkan)
tujuh sifat berdasarkan akal (‫ )الصفات العقلية السبعة‬iaitu: Al-Hayat (Maha Hidup), Al-
Ilm (Maha Mengetahui), Al-Qudrah (Maha Kuasa), Al-Iradah (Maha
Menghendaki), As-Sama' (Maha Mendengar), Al-Basar (Maha Melihat) dan Al-
Kalam ( Maha Bercakap).

Menurut fahaman aliran Kullabiyah semua sifat-sifat Allah ditakwil


(ditafsir/ditakwil) melalui akal. Contohnya muka ditakwil kepada diri, tangan
kepada kekuasaan, tapak kaki, betis dan sebagainya kepada makna yang sesuai
dengan akal fikiran.

Kesesatan fahaman ini ditegaskan oleh beliau di dalam kitabnya ( ‫اللمع فى الرد على اهل‬
‫ )الزيغ والبدع‬iaitu setelah beliau keluar dan bertaubat dari fahaman Muktazilah dan

146. Lihat: 1/30 ‫منهج اهل السنة والجماعة ومنهج االشاعرة فشى التوحيد اهلل تعالى‬. Khalid bin Abdul Latif.
147. Lihat: (1). ‫ مقاالت االسالميين‬juz 1. hlm. 236.
(2). ‫والنهاية‬ ‫ البداية‬jld. 11 hlm. 134.
(3). ‫ تبيين كذب المفتري‬hlm. 40-41
(4). ‫ طبقات الشافعية الكبرى‬Jld. 2. hlm. 246.
Kullabiyah (kemudiannya dikembangkan dan dipelupori oleh aliran Al-
Maturidiyah).

Marhalah Ketiga: Menjadi seorang sunni salafi sepenuhnya. Yang mana beliau
mengithbatkan (menetapkan) segala sifat-sifat Allah Subhanahu wa-Ta’ala tanpa
takyif (membagaimana), tasybih (menyerupakan), ta'til (membatalkan), tahrif
(menyimpangkan atau merubah) dan tajsim (menjasmanikan) sesuai dengan
fahaman Imam Ahmad bin Hambal sebagaimana dijelaskan dalam mukadimah
kitabnya "al-Ibanah" dan "Makalat Islamiyin". Pembahagian kepada tiga
marhalah seperti di atas ini dapat disemak di dalam kitab (‫ )طبقات الفقهاء الشافعيين‬oleh
Imam Ibn Kathir . 148

148. Lihat: ‫ طبقات الفقهاء الشافعيين‬jld. 1 hlm. 210. Ibn Kathir.

150
PERSELISIHAN BERKENAAN KITAB "AL-IBANAH"

Memang ada kalangan mereka yang berselisih pendapat tentang kitab "al-
Ibanah". Sebahagian mereka mengingkari bahawa ia ditulis oleh Imam al-Asy'ari dan
sebahagiannya pula menthabitkan sebagai kitab akidah terakhir yang benar-benar 149

tulisan Imam al-Asy'ari yang dihasilkan sebelum kitab (al-Luma' / ‫ )اللمع‬. Adapun 150

orang yang berpendapat (menyangka) bahawa kitab "al-Ibanah" dimansuhkah oleh


kitab al-Luma' adalah pendapat yang salah. 151

Pembuktian bahawa kitab "al-Ibanah" adalah tulisah Imam al-Asy'ary ialah


pegesahan dari dua orang Imam:

Pertama: Melalui pengakuan Imam Abu Abdullah bin Khafif rahimahullah


(371H). Telah dijelaskan oleh al-Hafiz bin 'Asakir ad-Damsiyki pada peringkat
pertama dari peringkat-peringkat fahaman al-Asy'ariyah, yang mana dijelaskan oleh
Imam ini di dalam kitabnya: (‫)اعتقاد التوحيد باثبات االسماء والصفات‬, bahawa akidah yang
disepakati oleh Imam al-Asy'ari dalam kitabnya "al-Ibanah" bertentangan dengan apa
yang menjadi akidah Asy'ariyah aliran Kullabiyah/Al-Maturidiyah dan akidah tauhid
sifat 20. Ini dapat dibuktikan melalui tulisan-tulisan Imam al-Asy'ari dan melalui
beberapa tulisan yang berupa penjelasan, antaranya:

1. Semua hujah-hujah melalui pengkhabaran (wahyu) tentang nama-nama dan sifat


(Allah) di dalam kitab-kitab tulisan Imam al-Asy'ari disalin dengan penyalinan
yang adil (al-Quran dan al-Hadis), tepat dan secara marfu'. Ini amat bersesuaian
dengan cara yang terdapat di dalam kitabnya "al-Ibanah" yang tidak diterima
oleh orang-orang dikebelakangan ini.

2. Imam Abu Hasan al-Asy'ari mengithbatkan (menetapkan) sifat-sifat Allah


sebagaimana yang ditetapkan oleh Allah Subhanahu wa-Ta’ala di dalam al-
Quran. Ini bersamaan sebagaimana yang telah diithbatkan oleh Imam al-Asy'ari
di dalam kitabnya "al-Ibanah" dan menafikan fahaman al-Asy'ariyah al-
Kullabiyah tentang pentakwilan tangan, muka, kaki, Istiwa atas Arsy. nuzul,
cinta, marah dan redha.

Kedua: Dinukil dari Imam Abu Bakar al-Ismaily rahimahullah (371H).


Sebagaimana yang dinyatakan juga oleh al-Hafiz bin 'Asakir rahimahullah, bahawa
fahaman Asy'ariyah sebagaimana yang telah dijelaskan oleh beliau di dalam
risalahnya (‫ )اعتقاد ائمة الحديث‬iaitu kesepakatan dengan akidah al-Asy'ari seperti yang

149. Lihat: ‫ منهج اهل السنة والجماعة ومنهج االشاعرة فى التوحيد اهلل تعالى‬Juz 1. hlm. 33.
Khalid bin Abdul Latif.
150. Lihat: ‫االشاعرة فى توحيد اهلل تعالى‬ ‫ منهج اهل السنة والجماعة ومنهج‬Jld. 1. hlm. 31.
Khalid bin Abdul Latif.
151. Ibid. 32.
terdapat dalam kitabnya "al-Ibanah" yang kesepakatan ini nyata dalam perkataan
berikut:

1. Berhujjah dengan al-Kitab dan as-Sunnah serta meninggalkan bid'ah.

2. Imam ini mengithbatkan di dalam tulisanya sifat tangan, Istiwa di atas Arsy,
muka dan Al-Quran Kalamullah yang diturunkan bukan makhluk. Ini semua
tidak diithbatkan oleh fahaman al-Asy'ariyah al-Kullabiyah, yang mana hanya
diithbatkan oleh Imam al-Asy'ari setelah bertaubat di dalam kitab-kitabnya dan
bersamaan dengan pengithbatannya di dalam kitab "al-Ibanah".

152
BERTAUBATNYA IMAM AL-ASY'ARI

Imam al-Asy'ari disahkan oleh beberapa orang ulama muktabar telah,


bertaubat, kembali kepada akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-
Soleh dan meninggalkan fahaman Muktazilah yang sesat. Antara ulama yang
mengesahkan ialah:

(1). Abul Abas Syamsuddin Ahmad bin Muhammad bin Abu Bakr bin
Khalkan asy-Syafie (681H). Beliau berkata:

‫كان االمام االشعري معتزليا ثم تاب‬

"Pada mulanya Imam al-Asy'ari seorang Muktazilah kemudian beliau


bertaubat". 152

(2). Imaduddin Abu al-Fada Ismail bin Umar bin Kathir al-Quraisy ad-
Damsyiki asy-Syafie rahimahullah (774H). Beliau menyatakan:

‫ان االشعري كان معتزليا فتاب منه بالبصرة فوق المنبر ثم اظهر فضائح المعتزلة‬
.‫وقبائحهم‬

"Sesungguhnya al-Asy'ari adalah seorang Muktazilah, kemudian beliau


bertaubat semasa di Basrah di atas mimbar. Setelah itu beliau menyatakan
kesalahan dan keburukan ajaran Muktazilah". 153

(3). As-Said Muhammad bin Muhammad al-Husaini az-Zubaidi (Murtada al-


Hanafi) meninggal pada 1145H, beliau mengatakan:

Imam al-Asy'ari mempelajari ilmu kalam daripada Syeikh Abi Ali al-
Jubaa'i seorang ulama Muktazilah. Kemudian beliau memisahkan diri
darinya dan setelah itu meninggalkan pegangan Muktazilah kemudian
melahirkan penentangannya secara terang-terangan". 154

Adapun akidah anutan golongan yang bermazhab Asy'ariyah yang ada


sekarang ialah bermazhab dengan akidah pegangan Imam al-Asy'ari semasa di
marhalah pertama (akidah Muktazilah) dan bercampur dengan fahaman di marhalah
yang kedua, iaitu fahaman Ibn Kullab (yang juga terangkum di dalam kedua-dua
marhalah ini akidah tauhid sifat 20 tambahan dari al-Maturidiyah).

152. Lihat: ‫ وفيات االعيان‬jld. 2 hlm. 446.


153. Lihat: ‫ البداية والنهاية‬jld. 11. hlm. 187.
154. Lihat: ‫ السادة المتقين‬jld. 2/2.
Fahaman Muktazilah di dua marhalah ini tidak boleh dianggap sebagai
pegangan akidah mazhab Ahli Sunnah wal-Jamaah kerana masih bertentangan dengan
Sunnah. Contohnya, kalimah Istiwa (bersemayam) yang terdapat di dalam Al-Quran
ditafsirkan oleh golongan Asy'ariyah sebagai istaula (berkuasa). Imam al-Asy'ari
mengingkari tafsirannya ini kerana ia (menurut Imam Al-Asy'ari) adalah fahaman
Muktazilah, Jahmiyah dan Hururiyah. 155

Imam Abu Hasan Az-Zahabi menulis tentang fahaman Imam al-Asy'ari


berkenaan Istiwa, beliau berkata: Imam al-Asy'ari dalam kitabnya "al-Ibanah"
menetapkan suatu bab mengenai "Istiwa" (bersemayam Allah) yang mana menurut
Imam al-Asy'ari:

"Seandainya seorang bertanya: Apakah pendapat kamu mengenai Istiwa?


Hendaklah dijawab: Kami mengatakan sesungguhnya Allah itu bersemayam
di atas Arsy". Sebagaimana firman Allah:
156

‫اسَت َوى‬
ْ ‫ش‬ِ ‫اَ َّلر ْح َم ُن َعلَى ال َْع ْر‬

"Ar-Rahman (Allah) bersemayam di atas ArsyNya".


.Taha, 20:5
Kemudian Imam az-Zahabi berkata: Kitab "al-Ibanah" adalah antara kitab
tulisan Imam al-Asy'ari yang paling terkenal. Al-Hafiz Ibn 'Asakir juga turut
memperkenalkan kitab ini. 157

Dinukil dari perkataan Abu Ali ad-Daqaq beliau mendengar dari Zahir bin
Ahmad al-Faqih berkata: Dikala Imam al-Asy'ari hampir meninggal dunia, kepalanya
di kamarku, aku dapati beliau berkata: Allah mengutuk penganut Muktazilah kerana
berada dilembah kelemahan dan kebodohan. Demikianlah yang dikhabarkan oleh az-
Zahabi. 158

Ibn Firhaum (‫ )ابن فرحون‬rahimahullah telah mengaitkan kitab "al-Ibanah"


dengan Imam al-Asy'ari yang mana beliau berkata:

155. Lihat: 319-2/317 . ‫القضاء والقدر فى االسالم‬. Faroq Ahmad Dasuki. Dan Lihat: ‫منهج اهل السنة والجماعة‬
35-1/34 ‫ومنهج االشاعرة فى توحيد اهلل‬. Khalid bin Abdul Latif.
156. Lihat: ‫ العلو للعلي الغفار‬Hlm. 278.
157. Ibid.
158. Ibid.

154
"Antara kitab-kitab tulisan Abu Hasan al-Asy'ari ialah kitab al-Luma al-
Kabir, al-Luma as-Saghir dan kitab al-Ibanah". 159

Begitu juga Abu al-Falah Abdul Hayy bin Imad Al-Hambali (1098) beliau
menyebut: Kitab "al-Ibanah" merupakan kitab terakhir tulisan Imam Abu Hasan al-
Asy'ari. 160

Fahaman Muktazilah dan Kullabiyah (terutamanya sifat 20) yang menjadi


pegangan Imam al-Asy'ari sebelum beliau bertaubat tidak termasuk dalam fahaman
akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh, malah fahaman ini
termasuk dalam kalangan firqah 72 yang sesat sebagaimana yang dijelaskan oleh
Syeikh Abdul Qadir al-Bagdadi di dalam kitabnya "Al-Faraq bayn al-Firaq"( ‫الفرق بين‬
‫ )الفرق‬161.

Turut menjelaskan hakikat kesesatan firqah ini dan dianggap sebagai firqah
yang sesat (bukan Ahli Sunnah wal-Jamaah) ialah Imam Muhammad bin Abdul
Karim asy-Syahrastani. 162

Dengan penjelasan di atas, ini bermakna golongan yang menuduh bahawa


sesiapa yang tidak bermazhab Asy'ari (sifat 20) itu sesat dan bukan Ahli Sunnah wal-
Jamaah adalah keliru malah keterlaluan, kerana pada hakikatnya mereka yang
berpegangan dengan fahaman tauhid sifat 20 inilah yang sebenarnya dianggap oleh
Imam al-Bagdadi dan Imam asy-Syahrastani sebagai mereka yang terkeluar dari
golongan Ahli Sunnah wal-Jamaah. Menurut kedua Imam ini bahawa golongan
Asy'ariah yang berakidah tauhid sifat 20 dianggap sebagai golongan yang sesat,
terkeluar dari al-Jamaah dan dan termasuk dalam firqah 72 yang bersesuaian dengan
maksud hadis iftiraq, iaitu sebagaimana yang di khabarkan oleh Nabi Muhammad
Sallallahu 'Alaihi wa-Sallam:

ِ ِ
‫اعة‬ َ ‫ُكلُّ َها فى النَّار االَّ ال‬
َ ‫ْج َم‬
"(Semuanya yang berpedah) keneraka kecuali al-Jamaah".

159. Lihat: ‫ الدبياج‬hlm. 193-194. Ibn Firhaun.


160. Lihat: ‫ شذرات الذهب‬hlm. 303.
161. Lihat: ‫الفرق‬ ‫ الفرق بين‬Hlm. 20, 166. Al-Bagdadi. Mansyurat Dar al-Akhlak al-Jadidah, Beirut.
162. Lihat, sila baca dan semak isi kandungan kitab ‫ الملل والنحل‬oleh Abi al-Fath Muhammad bin Abdul
Karim asy-Syahrastani. Maktabah al-Khanji, Mesir.

155
PUNCA IMAM AL-ASY'ARI MERAGUI AKIDAH MUKTAZILAH

Imam Al-Asy'ari rahimahullah mula meragui fahaman, akidah dan ajaran


Muktazilah yang pernah diperjuangkan setelah berlakunya perbincangan antara beliau
dengan gurunya (Al-Jubaa'i) sebagaimana boleh difahami dari cerita beliau di bawah
ini:

Imam al-Asy'ari bertanya (kepada al-Jubaa'i): Ada tiga orang bersaudara,


saudara pertamanya seorang mukmin, soleh lagi bertakwa. Yang kedua seorang kafir,
fasik lagi durhaka. Manakala saudara yang ketiga masih kecil. Apabila semua mereka
mati dalam keadaan demikian maka bagimanakah keadaan mereka?

Gurunya (Al-Jubaa'i) menjawab: Seorang zahid (bertakwa) dia berada pada


beberapa darjat (di syurga). Orang kafir berada pada beberapa lapisan (di neraka) dan
yang masih kecil maka dia terselamat.

Imam al-Asy'ari bertanya: Seandainya saudaranya yang kecil ingin


memperolehi syurga (darjat) orang yang zahid, adakah dia dibenarkan?

Al-Jubaa'i menjawab: Tidak! Kerana akan dikatakan kepadanya: "Orang yang


mencapai darjat (di syurga) ialah dengan sebab ketaatan yang banyak sedangkan
engkau tidaklah memiliki (tidak sempat melakukan) ketaatan itu".
Imam al-Asy'ari berkata: Seandainya sikecil ini berkata: Kekurangan itu
bukanlah daripada saya kerana sesungguhnya Allah tidak melanjutkan umur saya dan
tidak pula memberi kesanggupan (tenaga/masa/kesempatan) untuk saya berlaku taat".

Al-Jubaa'i berkata: Tuhan al-Baari akan menjawab: Adalah Aku mengetahui


sendainya engkau dilanjutkan umur, maka engkau akan melakukan maksiat dan
wajarlah engkau dikenakan siksaan yang pedih, justeru itu Dia memelihara
kepentingan engkau.

Imam al-Asy'ari berkata: Seandainya saudara sulungnya pula berkata: Wahai


Tuhan Semesta, sebagaimana Engkau mengetahui hal saudaraku itu, Engkau telah
mengetahui halku, maka mengapakah Engkau tidak memelihara kepentinganku?
Maka gurunya terdiam.

Peristiwa di atas membuat Imam al-Asy'ari rahimahullah tidak kelihatan di


khayalak ramai selama 15 hari, kemudian beliau bertaubat dan dikuatkan lagi dengan
tindakannya di atas mimbar masjid Basrah selepas solat Jumaat sambil berkata:

‫معاشر الناس اني انما تغيبت عنكم فىهذه المدة النى نظرت فتكافأت عندى االدلة‬
‫ولم يترجح عندى حق على باطل وال باطل على الحق فاستهديت اهلل تبارك وتعالى‬
‫فهداني الى ما اودعته فىكتبى هذه وانخلعت من جميع ما كنت اعتقده كما‬
.‫انخلعت من ثوبى هذا‬

"Wahai manusia! Sesungguhnya saya tidak kelihatan di kalangan kamu dalam


suatu tempoh disebabkan saya mengkaji, maka saya memperolehi hujjah-
hujjah dan saya tidak berdaya untuk menentukan yang hak atas yang batil dan
batil atas hak. Oleh itu aku memohon petunjuk dari Allah Tabaraka wa
Ta'ala, lalu Dia menunjukkan saya kepada perkara yang telah saya dedahkan
dalam kita-kitab saya ini, dan saya cabutkan semua pegangan yang saya
iktikadi sebagaimana saya cabutkan baju daripada pakaianku ini".

157
Mengingkari Zat, Nama & Sifat Allah Adalah Sesat

Terdapat segolongan firqah (golongan) yang digelar "Mu'attilah" (ٌ‫" ) ُم َعطِّلَة‬Yang


menolak serta membatalkan sifat dan nama-nama Allah" yang mana penolakan dan
penafian mereka sama ada keseluruhan sifat dan nama Allah atau sebahagian darinya.
Maka golongan ini dan mereka yang termasuk dalam golongan yang sesat ini telah
terkeluar dari millah Islamiyah, kerana mengingkari atau menafikan adanya sifat serta
nama-nama Allah yang husna.

Firqah Mu'attilah dan mereka yang sefahaman dengan firqah ini berpendapat,
iaitu sesiapa yang percaya bahawa Allah Subhanahu wa-Ta'ala bersifat (mempunyai
sifat) dan mempunyai nama, maka kepercayaan tersebut akan membawa kepada
persamaan (menyamakan dan menserupakan) Allah Subhanahu wa-Ta'ala dengan
makhlukNya. Allah Azza wa-Jalla membantah pendapat, atau keyakinan mereka
yang batil ini, kerana Allah telah berfirman:
ِ ‫ب ال ِْع َّز ِة َع َّما ي‬
‫ص ُف ْو َن‬ ِّ ‫ك َر‬
َ ِّ‫ُس ْب َحا َن َرب‬
َ
"Maha Suci Tuhanmu Yang mempunyai kePerkasaan dari apa yang mereka
katakan".
.As-Safat, 37:180
Sesiapa yang menolak atau menafikan adanya nama-nama serta sifat Allah, maka
sekali lagi ditegaskan bahawa penafian dalam hal ini adalah batil dan membawa
kepada kekufuran. Allah Subhanahu wa-Ta'ala telah menetapkan sendiri nama-
nama dan sifatNya di dalam al-Quran. Tiada siapa yang boleh menafikannya. Para
ulama Salaf as-Soleh membantah dan menolak sekeras-kerasnya pendapat yang
mungkar ini. Antara mereka ialah Imam Abu Hanifah yang telah menjelaskan tentang
nama-nama dan sifat-sifat Allah Azza wa-Jalla:

ِ ‫آن فَما ذَ َكرهُ اهلل َتعالَى ِفى الْ َقر‬


‫آن‬ ِ ِ
ْ َ ُ َ َ ‫س َك َما ذَ َك َرهُ اهللُ َت َعالَى فى الْ ُق ْر‬ ٌ ‫َولَهُ يَ ٌد َو َو ْجهٌ َو َن ْف‬
‫ال اِ َّن يَ َدهُ قُ ْد َرتَهُ اَ ْو‬
ُ ‫ات بِالَ َك ْيف َوالَ ُي َق‬ ِ ُ‫س َف ُهو لَه‬
ٌ ‫ص َف‬ َ ِ ‫الن ْف‬ َّ ‫ِم ْن ِذ ْك ِر ال َْو ْج ِه َوالْيَ ِد َو‬
.‫الص َفة‬
ِّ ‫ال‬ ُ َ‫نِ ْع َمتَهُ ِالَ َّن فِ ْي ِه اِبْط‬
"BagiNya tangan, muka dan nafs sebagimana yang diterangkan di dalam
al-Quran, maka apa yang diterangkan oleh Allah Ta'ala di dalam al-Quran
seperti menyebut muka, tangan dan nafs, maka bagiNya sifat tanpa ditanya
bagimana? Dan tidak boleh dikatakan bahawa tanganNya ialah kudrat
(kuasa)Nya atau nikmatnya kerana perbuatan tersebut membatalkan sifat
(Allah)". 163

163. Lihat: ‫ َم ْن َهج اهل السنة والجماعة فى توحيد اهلل تعالى‬Jld. 1. Hlm. 42. Khalid bin
Abdul Latif bin Muhammad Nor.
Persamaan pada nama Allah dengan nama makhlukNya tidaklah semestinya
menunjukkan ada persamaan di antara Allah dengan makhlukNya, sama ada pada zat
atau pada sifat. Contohnya walaupun tangan manusia dan haiwan adalah sama pada
istilah nama, namun ia tetap berlainan pada rupa, bentuk dan kebolehan tangan
tersebut. Begitulah juga dengan tangan Allah dan semua sifat-sifatNya yang
sempurna, ia tidak akan sama atau menyerupai tangan dan sifat sekalian
makhlukNya, "Kerana tiada suatupun yang serupa denganNya".
As Syura, 42:11.

159
PENYERUPAAN YANG MENYESATKAN

Terdapat juga di dalam kalangan masyarakat Islam beberapa golongan yang


sesat lantaran menyerupakan zat atau sifat Allah dengan zat dan sifat makhlukNya.
Antara golongan ini ialah mereka yang dikenali sebagai firqah "Musyabbihah" .(ٌ‫) ُم َشِّب َهة‬
Maksud dari kalimah musyabbihah ialah:

"Yang menyerupakan (sifat dan zat) Allah dengan (sifat dan zat)
makhlukNya".

Antara firqah (kumpulan/golongan) terbesar yang termasuk dan terjebak ke


dalam golongan ini ialah para syeikh (pemimpin) tarikat kesufian/tasawuf dan para
pengikutnya. Mereka dianggap sesat kerana perbuatan mereka yang mudah
menta'wil mentamsil, mentakyif dan menta'til nama-nama, sifat dan zat Allah.
164 165

Lantaran yang demikian, akhirnya mereka sama ada menafikan zat dan sifat-sifat
Allah, atau menyamakan sifat Allah dengan sifat-sifat dan zat makhlukNya.

Segolongan pula hanya menserupakan, mensetarakan atau mensekufukan


hakikat zat, nama-nama dan sifat Allah dengan makhlukNya dan tidak menafikannya.
Antara perbuatan mungkar mereka yang paling jelas untuk dijadikan contoh ialah,
yang mana mereka menyamakan keadaan dan keberadaan (tempat) Allah dengan
makhlukNya sehingga mengatakan bahawa Allah berada di mana-mana yang meliputi
semua benda yang ada. Inilah jawapan dan pengakuan golongan yang sesat ini 166

apabila ditanyakan kepada mereka: "Di mana Allah?".

Sesungguhnya untuk mengetahui di mana Allah, wajib diambil jawapannya


dari al-Quran, as-Sunnah, athar sahabat yang sahih dan penjelasan para ulama Salaf
as-Soleh yang memahaminya melalui pemahaman para sahabat, tabiin dan tabi'ut at-
tabi'in, kerana penjelasan mereka adalah yang paling tepat dan benar, yang tidak ada
keraguan dan syubahat dalam memahami tentang zat, nama dan sifat-sifat Allah,
mereka adalah orang-orang yang paling berilmu, mereka dilahirkan di kurun yang
terbaik, mereka hidup di zaman wahyu, mengetahui bila, di mana dan mengapa wahyu
itu turun, mereka telah dididik oleh Nabi dengan al-Quran dan mengambil agama
sebagai petunjuk secara terus menerus dari baginda. Yang jelas, mereka adalah

164. Namun, tidak semua ta'wil dianggap batil (fasid), kerana menurut Ibn Qaiyim al-Jauzi: Ta'wil yang
diterima ialah ta'wil makna yang sebenar dari segi zahir ayat. Termasuklah ta'wil umum yang dianggap ayat
yang muhkamah dan ayat mutasyabihat, perintah dan tegahan. Maka ta'wil yang diterima ialah yang sesuai
dengan apa yang digambarkan oleh nas dan dikuatkan oleh as-Sunnah yang menyokongnya. Lihat: ( ‫الصواعق‬
‫ )المرسلة‬Juz 1. Hlm. 171.
165. Qias menurut bahasa "Tamsil" iaitu memisalkan/menyerupakan. Mengqias atau mentamsil sifat atau zat
Allah dengan sifat atau zat makhluk haram hukumnya, Allah berfirman: ‫ال‬ ِ ‫ضربوا‬
َ َ‫ِهلل اْالَ ْمث‬ ْ ُ َ ْ َ‫" فَالَ ت‬Maka janganlah
kamu mengadakan misal-misal/penyerupaan bagi Allah". An-Nahl, 16:74.
166. Lihat: ‫ الرسالة السلفية فى احياء سنة البرية‬Hlm. 129. Muhammad bin Ali As-

Syaukani.
manusia-manusia yang paling mulia sebagaimana sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi
wa-sallam:

.‫َّاس َق ْرنِ ْي ثُ َّم الَّ ِذيْ َن َيلُ ْو َن ُه ْم ثُ َّم الَّ ِذيْ َن َيلُ ْو َن ُه ْم‬
ِ ‫َخ ْي ُر الن‬

"Sebaik-baik (semulia-mulia) manusia ialah yang di dalam kurunku, kemudian


yang sesudahnya (Tabi'in) dan kemudian yang sesudah mereka (tabi'ut at-
tabi'in)". 167

Adapun golongan yang sesat dan kesasaran, sering memutar-belitkan hujjah


dan kenyataan tentang "Di mana Allah?" melalui ayat-ayat al-Quran yang disalah
tafsirkan oleh mereka, atau ditafsirkan melalui rakyi (fikiran), hawa nafsu atau akal
mereka semata. Akibatnya penafsiran mereka banyak yang menyalahi dan
bertentangan dengan kaedah penafsiran Ahli Sunnah wal-Jamaah yang berlandaskan
manhaj Salaf as-Soleh.

Adapun antara ayat yang dijadikan hujjah dan disalah-gunakan (disalah tafsir)
oleh mereka yang sesat tentang memahami dan menjelaskan "Di mana Allah?" dapat
dibuktikan melalui contoh dari beberapa ayat-ayat al-Quran dan penghuraiannya.
Antara ayat-ayat tersebut ialah:

Ayat Pertama:

َّ‫ض َمايَ ُك ْو ُن ِم ْن نَّ ْج َوى ثَالَثٍَة اِال‬ ِ ‫ات َو َمافِى اْالَ ْر‬ ِ ‫ىالسـماو‬ ِ
َ َ َّ ‫اَلَ ْم َت َرى اَ َّن اهللَ َي ْعلَ ُم َما ف‬
‫ك َوالَ اَ ْك َث َر اِالَّ ُه َو َم َع ُه ْم اَيْ َن‬ َ ِ‫اد ُس ُه ْم َوالَ اَ ْدنَى ِم ْن ذَل‬ ِ ‫ُهورابِعهم والَ َخمس ٍة اِالَّ ُهو س‬
َ َ َ ْ َ ْ ُُ َ َ
.‫َما َكا ُن ْوا ثُ َّم ُينَبِّئُ ُك ْم بِ َما َع ِملُ ْوا َي ْو َم ال ِْقيَ َام ِة اِ َّن اهللَ بِ ُك ِّل َش ْي ٍء َعلِ ْي ٌم‬

Tidakkah kamu perhatikan bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang


di langit dan apa yang ada di bumi. Tiada perkataan rahsia antara tiga orang,
melainkan Dialah yang keempat. Dan tiada (perkataan antara) lima orang
melainkan Dialah yang keenam. Dan tiada (pula) perkataan antara (jumlah)
yang kurang dari itu atau yang lebih banyak melainkan Dia ada bersama
mereka di manapun mereka berada. Kemudian Dia akan memberitakan
kepada mereka pada Hari Kiamat apa yang telah mereka kerjakan.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu".
.Al-Mujadalah, 58:7

167. H/R Bukhari.

161
Penjelasan Ayat

Jika dikaji, diperhatikan dan difahami penafsiran dari keseluruhan ayat di atas
ini, iaitu dari awalnya sehinggalah ke akhir ayat, adalah jelas bahawa ia dimulakan
dengan memperkatakan tentang "Pengetahuan Allah atau ilmuNya" iaitu firman
Allah: "Tidakkah kamu perhatikan sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di
langit dan apa yang ada di bumi". Ayat ini dimulakan dengan pengkhabaran bahawa
Allah Subhanahu wa-Ta'ala mengetahui (ilmu Allah Maha Mengetahui) apa yang di
langit dan apa yang di bumi.

Allah mengetahui bisikan dua orang yang berbisik-bisik atau yang lebih dari
dua orang. Kemudian dengan jelas ayat ini diakhiri dengan perkataan (kalimah) ilmu,
iaitu firman Allah: "Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu". Ini
membuktikan Allah sentiasa bersama kita ilmuNya, bukan zatNya. 168

Imam Ahmad rahimahullah telah menerangkan tentang maksud ayat ini:

ِ ِ‫اِ ْفتَتَح اْالَية ب‬


.‫العل ِْم َوا ْختَتَ َم َها بِال ِْعل ِْم‬ َ َ
"Dimulakan ayat ini dengan memperkatakan ilmu dan diakhiri juga dengan
memperkatakan ilmu". 169

Menurut penjelasan Imam Ahmad bahawa yang dimaksudkan Allah bersama


hambaNya ialah yang bersama hambaNya "ilmuNya bukan zatNya", ini bukanlah
suatu yang bid'ah atau sesuatu yang diada-adakan, sebaliknya inilah penafsiran para
ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang berpegang dengan pemahaman para ulama
Salaf as-Soleh. Sebagaimana yang ditafsirkan oleh Ibn Jarir dari Ad-Dahak dalam
tafsirnya tentang ayat ini bahawa beliau menjelaskan:
"Dia (Allah) di atas 'ArasyNya dan yang bersama mereka ialah ilmuNya.
Dan seterusnya beliau menjelaskan: Bahawasanya Dia (Allah) menyaksikan
mereka dengan ilmuNya dan Dia (Allah) di atas 'ArasyNya". 170

Imam Ibn Kathir pula menjelaskan tentang ayat ini di dalam tafsirnya:

.‫اد بِ َه ِذ ِه اْالَيَِة َم ِعيَّةُ ِعلْمهُ َت َعالَى‬ ِ ‫ولِه َذا ح َكى غَير و‬


ِ ‫اح ِد اْ ِال ْج َم‬
َ ‫اع َعلَى اَ َّن ال ُْم َر‬ َ ُْ َ ََ

168. Lihat: ‫ عالقة االثبات والتفويض بصفات رب العالمين‬Hlm. 80. Ridza bin Nu'san Mu'ti.
169. Ibid.
170. Lihat: ‫ الشريعة‬Hlm. 298. Al-Ajari. Ditahkik oleh Hamid.

162
"Oleh kerana yang demikian, telah menceritakan bukan seorang malah
secara ijmak atas kesepakatan mereka bahawa yang dimaksudkan oleh ayat ini
ialah Allah bersama seseorang ilmuNya". 171

Seterusnya Ibn Kathir rahimahullah menjelaskan:

‫ال َت َعالَى {ثُ َّم ُينَبُِّئ ُه ْم بِ َما َع ِملُ ْوا َي ْو َم ال ِْقيَ َام ِة اِ َّن‬
َ َ‫ب َعْنهُ ِم ْن اُُم ْو ِر ِه ْم َش ْـيء ثُ َّم ق‬ ِ
ُ ‫الَ يَغ ْي‬
.}‫اهللَ َعلَى ُك ِّل َش ْي ٍء َعلِ ْي ٍم‬
"Tidak tersembunyi dari pengetahuanNya segala apapun perkara (urusan)
mereka, oleh kerana itu Allah berfirman: Kemudian Dia akan
memberitahukan kepada mereka pada Hari Kiamat apa yang mereka kerjakan.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu". 172

Ayat Kedua:

.‫َو ُه َو َم َع ُك ْم اَْينَ َما ُك ْنتُ ْم‬


"Dan Dia bersama kamu di mana kamu berada".
.Al-Hadid, 57:4
Yang dimaksudkan: "Dia bersama kamu" pada ayat di atas bukanlah bersama
hingga bersatu dengan mereka pada keadaan atau tempatnya. Tetapi dalam istilah
lain, Allah bersatu dengan mereka kudratNya, pendengaranNya pentadbiranNya,
kerajaanNya atau dengan makna kerububiyahanNya, sedangkan Dia di atas ArasyNya
dan di atas segala makhluk-makhlukNya. 173

Sufiyan At-Thauri rahimahullah telah menafsirkan ayat di atas dengan hadith


riwayat Imam Bukhari:

َ ِ‫ي َذل‬
.‫ك َع ْنهُ الْبُ َخا ِري‬ ِ َ ِ‫بِاَ َّن َذل‬
َ ‫ك عل ُْمهُ َك َما ُر ِو‬
"Sesungguhnya (apa yang dimaksudkan oleh) ayat tersebut ialah (yang
bersama kita) IlmuNya sebagaimana yang telah diriwayatkan (tentang ayat
tersebut) dari Bukhari". 174

171. Lihat: Tafsir Ibn Kathir, jld. 4. hlm. 322.


172. Ibid.
173. Lihat: ‫ القواعد الْمثلَى فى صفات اهلل واسمائه الحسنى‬Hlm. 58. Uthaimin.
ُْ
174. H/R Bukhari ‫فى خلق افعال العباد‬. Lihat: ‫ الشرعة‬hlm 298. Al-Ajiri. ‫االبانة الكبرى‬ Jld. 1. Hlm. 194.

163
‫ْت ُس ْفيَا َن الث َّْو ِرى َع ْن َق ْولِ ِه‬
ُ ‫ َساَل‬: ‫ال‬
َ َ‫ان ق‬ ٍ ‫مع َد‬ ٍِ
ْ ‫ي غَْي ُر َواحد َع ْن‬ ِ َّ ‫ال‬
َ ‫ ُر ِو‬: ‫الذ َهبى‬ َ َ‫َوق‬
.‫ بِ ِعل ِْم ِه‬: ‫ال‬
َ َ‫(و ُه َو َم َع ُك ْم اَْينَ َما ُك ْنتُ ْم) ق‬
َ : ‫َت َعالَى‬
"Berkata Az-Zahabi: Telah diriwayatkan bukan sahaja hanya dari seorang,
dari Ma'dan berkata: Aku telah bertanya kepada Sufiyan At-Thauri tentang
firman Allah (Dan Dia bersama kamu di mana sahaja kamu berada) beliau
berkata: (Yang bersama ialah) IlmuNya". 175

Berkata Ibn Jarir rahimahullah dalam menafsirkan ayat ini di dalam kitab
tafsirnya:

"Dia (Allah) melihat kamu wahai manusia! Di mana sahaja kamu berada,
Dia mengetahui (apa sahaja) tentang kamu dan mengetahui segala amal
kamu......, Dan Dia di atas 'ArasyNya dan 'ArasyNya di atas langit yang ke
tujuh". 176

Berkata Abu Al-Qasim Al-Asfahani rahimahullah:

"Maka jika sekiranya mereka mempersoalkan kamu tentang penta'wilan


ayat (dan Dia bersama kamu di mana kamu berada) dan kamu menafsirkan
(maksud ayat tersebut yang bersama ialah) IlmuNya? Kami katakan: Kami
tidak menta'wilkan kerana sesungguhnya ayat tersebut menunjukkan bahawa
yang dimaksudkan yang bersama ialah ilmuNya kerana Dia berfirman di akhir
ayat tersebut (Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui di atas segala
sesuatu)". 177

Telah berkata Imam Ibn Kathir dalam tafsirnya tentang ayat ini:

"Dia (Allah) mengawasi kamu, memerhatikan segala perbuatan kamu di


mana sahaja kamu berada sama ada di daratan atau di lautan, di malam hari
atau di siangnya, di dalam rumah-rumah kamu atau di luar rumah. Maka
segala-galanya itu dalam pengetahuanNya (ilmuNya) tanpa terkecuali.
Segala-galanya di bawah pengelihatanNya, pendengaranNya, maka Dia
mendengar percakapan kamu, melihat kedudukan kamu, mengetahui semua
rahsia-rahsia kamu dan bisikan kamu kerana Dia telah berfirman:

175. Lihat: ‫ عالقة االثبات والتفويض بصفات رب العالمين‬hlm.81. Ridza bin Nu'san
Mu'ti.
176. Lihat: ‫الطبري‬ ‫ تفسير‬jld. 27. hlm. 125.
177. Ibid. Jld. 2. hlm. 186.

164
ُ ‫ص ُد ْو َر ُه ْم لِيَ ْستَ ْخ ُف ْوا ِم ْنهُ اَالَ ِح ْي َن يَ ْسَت ْغ‬
‫ش ْو َن ثِيَ َاب ُه ْم َي ْعلَ ُم َما يُ ِس ُّر ْو َن‬ ِ
ُ ‫اَالَ ا َّن ُه ْم َي ْثُن ْو َن‬
.‫الص ُد ْو ِر‬
ُّ ‫ات‬ ِ ‫وما ي ْع ِلُنو َن اِنَّهُ َعلِ ْيم بِ َذ‬
ٌ ْ ُ ََ
"Ingatlah! Sesungguhnya (orang munafik itu) memalingkan dada mereka
untuk menyembunyikan diri daripadanya (Muhammad). Ingatlah! Di waktu
mereka menyelimuti dirinya dengan kain, Allah mengetahui apa yang mereka
sembunyikan dan apa yang mereka lahirkan, sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui segala isi hati". 178

Dan Allah berfirman:

َ ‫ب بِالن‬
.‫َّها ِر‬ ِ ‫سـواء ِّم ْن ُكم َّمن اَس َّـر الْ َقو َل ومن ج َهر بِ ِه ومن ُهو مسـتَ ْخ‬
ُ ‫ف بِالَّْي ِل َو َسا ِر‬ ْ ُ َ ْ ََ َ َ ْ ََ ْ َ ْ ْ ٌ ََ
“Sama sahaja (bagi Tuhan) siapa di antaramu yang merahsiakan
ucapannya dan siapa yang berterus-terang dengan ucapannya itu, dan siapa
yang bersembunyi dimalam hari dan yang berjalan (menampakkan diri) di
siang hari". 179

Seterusnya Imam Ibn Kathir menjelaskan:

"Tiada Ilah (yang wajib diibadahi) selain Dia, tiada Tuhan (Pencipta)
selain Dia dan telah thabit (jelas) di dalam hadith yang sahih bahawa
Rasulullah salallahu 'alaihi wa-sallam bersabda kepada Jibril semasa ditanya
tentang ihsan, baginda bersabda: Hendaklah kamu menyembahNya (Allah)
seolah-olah kamu melihatNya dan jika kamu tidak melihatNya sesungguhnya
Dia melihat kamu". (Bersama dan melihat tidaklah serupa kerana tidak
180

semestinya melihat itu bersama pada zatNya).

Berkata Abu Hayyan Al-Andelusi, At-Thauri dan juga Al-Qurtubi:

‫َو ُه َو َم َع ُك ْم اَ ْي بِال ِْعل ِْم َوال َق ْد ِر‬

"Dia (Allah) bersama kamu, iaitu yang bersama (kamu ialah) ilmuNya dan
kudrahNya". 181

178. Surah Hud, 11:5.


179. Surah Ar Ra'd, 13:10.
180. Lihat: ‫ تفسير ابن كثير‬Jld. 4. Hlm. 304.

181. Lihat: ‫ البحر المحيط‬Jld. 9. Hlm. 217. Dan ‫ تفسير القرطبى‬Jld. 18. Hlm. 137.

165
Semua keterangan di atas menjelaskan bahawa "Allah Maha Mengetahui" apa
sahaja yang dilakukan oleh makhlukNya dan apa yang tersemat di hatinya, begitu
juga kudrat (kuasa) Allah amat luas yang menguasai segala ciptaanNya.

‫صـ ِو ْي ٌر لِ َع َدِم ُخ ُر ْو ِج ِه ْم َعْنهُ اَْينَ َما‬ ِ ‫ واْالَيةُ تَمثِْيل ِإلحاطَ ِة ِعلْم‬: ‫ال االَلُو ِسـى‬
ْ َ‫اهلل بِ ِه ْم َوت‬ ُ َ ٌ ْ َ َ ْ ْ َ َ‫َوق‬
.‫َكا ُن ْوا‬

"Berkata Al-Alusi: Semua ayat (yang memperkatakan persoalan di mana


Allah pent.) sebagai pembuktian bahawa ilmu Allah meliputi mereka dan
menggambarkan bahawa tidak terlepasnya mereka dari ilmu Allah walaupun
di mana mereka berada". 182

: ‫ْج ْه ِميَّ ِة‬ َّ ‫ام اَ ْح َم ُد الْ َكالَ َم َعلَى ال َْم ِعيَّ ِة ِفى‬
َ ‫الر ِّد َعلَى ال‬ ُ ‫ط اْ ِإل َم‬
َ‫س‬ ِ ِ َ َ‫ق‬
َ َ‫ َوقَ ْد ب‬: ‫ال الْ َقاسمي‬
- ‫ادلَ ِة‬
َ ‫ْح َديْ ِد َوال ُْم َج‬َ ‫ اَل‬- ‫آليَت ْي ِن‬
ِ
َ ْ‫اء َع ًاما َك َما فى َهاَت ْي ِن ا‬
ِ ِ َ‫ظ الْم ِعيَّ ِة فِى كِت‬
َ ‫اب اهلل َج‬ َ ُ ‫َولَ ْف‬
: ‫ (اِ َّن اهللَ َم َع الَّ ِذيْ َن َّات ُق ْوا َوالَّ ِذيْ َن ُه ْم ُم ْح ِـس ُـن ْو َن) َو َق ْولُِه‬: ‫اصافِى َق ْولِ ِه َت َعالَى‬ ً ‫اء َخ‬ َ ‫َو َج‬
‫اد بِ َذاتِِه َم َع‬ ِ ِ ِ
ُ ‫ (الَتَ ْح َز ْن ا َّن اهللَ َم َعنَا) َفلَ ْو َكا َن ال ُْم َر‬: ‫(انَّنِ ْي َم َع ُك َما اَ ْس َـم ُع َواَ َرى) َو َق ْول ِه‬
ِ ِ ِ ِ ِ ٍ
َ‫ (الَ تَ ْح َـز ْن ا َّن اهلل‬: ُ‫ض التَّ ْخـص ْـيص فَانَّهُ قَ ْد َعل َم اَ َّن َق ْوله‬ ُ ‫َّع ِم ْي ِم ُينَاق‬
ْ ‫ُك ِّل َش ْيء لَ َكا َن الت‬
.‫ص ْيصهُ َواَبَا بَ ْك ٍر ُد ْو َن َع ُد ِّو ِه ْم ِم َن الْ ُك َفا ِر‬ ِ ‫اد بِ ِه تَ ْخ‬
َ ‫َم َعنَا) اَ َر‬
"Telah Berkata Al-Qasimi: Imam Ahmad telah membentangkan
bantahannya terhadap Jahmiyah tentang kepercayaan (‫( ) ُم ِعيَّة‬Allah berada di
mana-mana/bersama/berserta makhluk). Dan (Berkata Imam Ahmad): Lafaz
ma'iyah (ٌ‫ ) َم ِعيَّة‬di dalam kitab Allah didatangkan secara am sebagaimana di dua
potong ayat ini -Al-Hadid dan Al-Mujadalah - dan ada kalanya didatangkan
secara khas sebagaimana firman Allah: (Sesungguhnya Allah bersama orang-
orang yang bertakwa dan mereka-mereka yang berbuat kebaikan). FirmanNya
lagi: (Sesungguhnya Aku bersama kamu berdua, mendengar dan melihat).
FirmanNya lagi: (Janganlah engkau berdukacita sesungguhnya Allah bersama
kita). Jika sekiranya yang dimaksudkan di ayat ini bahawa zatnya
berserta/bersama setiap sesuatu, tentulah jika dimaksudkan secara umum
(bersama makhlukNya) ia bertentangan dengan yang khusus, sesungguhnya
telah diketahui bahawa firman Allah (Janganlah engkau berdukacita
sesungguhnya Allah bersama kita) jika dikehendaki (oleh Jahmiyah) secara
umum (Allah berserta makhlukNya) ini termasuklah musuh Rasulullah
182. Lihat: ‫ عالقة االثبات والتفويض بصفات رب العالمين‬hlm. 82. Ridza bin Nu'san
Mu'ti.

166
sedangkan Abu Bakar tidak terhitung musuh dari kalangan kuffar (musuh).
Begitu juga firman Allah (Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang
bertakwa dan mereka yang berbuat baik) ayat ini khusus tidak termasuk orang-
orang yang zalim dan pelaku maksiat". 183

ِ ‫ب والَ َشيء ِمن الْ ُقر‬ ِ ِ ْ ‫ظ الْم ِعيَّ ِة لَيس‬


‫اد‬
َ ‫آن اَ ْن ُي َر‬ ْ َ ْ َ ِ ‫ـت فى لُغَة ال َْع َر‬ َ ْ َ ُ ‫ َفلَ ْف‬: ‫ام اَ ْحـ َـمـ ُد‬ ُ ‫ال اْ ِإل َم‬َ َ‫ق‬
ِ ‫ (مح َّـم ٌد رسـو ُل‬: ‫الذاَت ْي ِن بِاْالُ ْخــرى َكما ِفى قَـولِ ِه َتعالَى‬
‫اهلل‬ ُْ َ َ ُ َ ْ َ َ َّ ‫بِ َها اِ ْخ ِطالَط اِ ْح َدى‬
‫ك َم َع ال ُْم ْؤ ِمنِْي َن) َو َق ْولِ ِه (اَِّت ُق ْوا اهللَ َو ُك ْو ُن ْوا َم َع‬َ ِ‫ (فَاُْولَئ‬: ‫َوالَّ ِذيْ َن َم َعهُ) َو ِفى َق ْولِ ِه‬
: ُ‫اه ُد ْوا َم َع ُك ْم) َوِمثْ ُل َه َذا َكثِْيٌر فَ ْامَتنَ َع اَ ْن يَ ُك ْو َن َق ْولُه‬ ِ ‫ (وج‬: ‫ـادقِين) وفِى َقولِ ِه‬ ِ َّ
ََ ْ َ َ ْ ‫الص‬
.‫ات الْ َخل ِْق‬ ِ ‫(و ُهو مع ُكم) ي ُد ُّل َعلَى اَ َّن َذاتَهُ م ْختَِلطَةٌ بِ َذو‬
َ ُ َ ْ ََ َ َ
"Maka lafaz (ٌ‫( ) َم ِعيَّة‬Yang bermaksud bersama) yang terdapat dalam Bahasa
Arab dan juga di dalam al-Quran tidak pernah diertikan lafaz tersebut kepada
pengertian: "Bercampur/bersatunya dua zat (yang berlainan) antara satu
dengan yang lain. Contohnya firman Allah: }Muhammad itu utusan Allah dan
orang-orang yang bersamanya{. FirmanNya: }Maka mereka itu bersama
orang-orang yang beriman{. Dan firmanNya: }Bertakwalah kamu sekalian
kepada Allah dan bersamalah dengan orang-orang yang siddiqin{. Ayat
seperti yang dicontohkan ini amat banyak. Ayat ini dapat menghalang dari
memaksudkan firman Allah (Dia bersama kamu) yang menunjukkan bahawa
ZatNya meliputi sekalian zat-zat makhlukNya". 184

Berkata Al-Qasimi rahimahullah:

"Telah menjadi kebiasaan ucapan termasuk dalam tajuk yang lain yang
jelas bahawa lafaz (ٌ‫" ) َم ِعيَّة‬bersama/berserta" dalam bahasa (Arab) sekalipun
menunjukkan berkumpul, berserta dan bersama, maka ia jika dilibatkan
dengan para hamba (maka ia tetap) tidak dinafikan bahawa ia menunjukkan
ketinggian 'ArasyNya. Maka kesimpulan lafaz ma'iyah (bersama/berserta)
dalam segala tempat mengikut perkiraanNya, berserta semua makhluk
IlmuNya, KudratNya serta KekuasaanNya dan dikhususkan sebahagian mereka
dengan pertolongan, kemenangan dan bantuanNya". 185

183. Ibid. Hlm. 82-83.


184. Ibid.
185. Lihat: ‫محاسن التأويل‬. Hlm. 5674. Al-Qasimi.

167
Semua nas-nas di atas jelas menunjukkan bahawa Allah Subhanahu wa-Ta'ala
bersama dengan sesiapa sahaja, tetapi yang bersama adalah ilmuNya bukan zatNya.
Inilah keyakinan Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh.
Ayat Ketiga:

.‫ض َي ْعلَ ُم ِس َّر ُك ْم َو َج ْه َر ُك ْم َو َي ْعلَ ُم َماتَ ْك ِس ُب ْو َن‬


ِ ‫ات َوفِى اْالَ ْر‬
ِ ‫السمو‬ ِ
َ َ َّ ‫َو ُه َو اهللُ فى‬
"Dan Dialah Allah (Yang disembah), baik di langit atau di bumi, Dia
mengetahui apa yang kamu lahirkan dan mengetahui apa yang kamu
usahakan".
.Al-An'am, 6:3
Berkata al-Ajiri rahimahullah tentang ayat di atas dalam membantah fahaman
Jahmiyah, para pengikutnya dan golongan yang sefahaman dengan mereka:

‫ َو َه َذا‬: ‫ال‬ َ َ‫السابَِقةُ) ق‬ َّ ُ‫(وذَ َك َر اْالَيَة‬ ِ ِِ ِ ِ


َ ‫س ْو َن به َعلَى َم ْن الَ علْم َم َعهُ َق ْولُهُ َت َعالَى‬ ُ ‫َوم َّما َي ْلب‬
ِ ‫السمو‬ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ
‫ات‬ َ َ َّ ‫(و ُه َواهللُ فى‬ َ ‫ْح ِّق‬ َ ‫ُكلُّهُ انَّ َما يَطْلُُب ْو َن بِه الْف ْتنَةُ َو ُه َوع ْن َداَ ْه ِل الْعل ِْم م ْن اَ ْه ِل ال‬
: ‫ْح ِّق‬
َ ‫ال اَ ْه ُل ال‬ َ َ‫ض َي ْعلَ ُم ِس َّر ُك ْم َو َج ْه َر ُك ْم َو َي ْعلَ ُم َما تَ ْك ِس ُب ْو َن) ُه َو َك َما ق‬ ِ ‫َوفِى اْالَ ْر‬
‫ط بِ َج ِم ْي ِع‬ٌ ‫ْمهُ ُم ِح ْي‬ ِ ِِ ُّ ‫ت بِ ِه‬ ِ ِ
ُ ‫السنَ ُن اَ َّن اهللَ َع َّز َو َج َّل َعلَى َع ْرشـه َوعل‬ ْ ‫اء‬
َ ‫َي ْعلَ ُم س َّر ُك ْم م َّما َج‬
.‫ْج ْه َر ِم ْن الْ َق ْو ِل َو َي ْعلَ ُم َماتَ ْكتُ ُم ْو َن‬ ِ ِ ِِ
َ ‫َخلْقه َي ْعلَ ُم َما تُس ُّر ْو َن َو َما ُت ْعلُن ْو َن َي ْعلَ ُم ال‬
"Dan apa yang meyelubungi bagi mereka yang tidak berilmu tentang
firman Allah (yang menjelaskan ayat yang lalu) lalu berkata: Dan ini pada
keseluruhannya sesungguhnya memerlukan penjelasan dari ahli ilmu dan ahli
hak, yang mana pada hakikatnya (Dialah Allah Yang disembah), baik oleh
mereka yang berada di langit ataupun di bumi, Dia Mengetahui apa yang
kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan dan Mengetahui (pula) apa yang
kamu usahakan iaitu sebagaimana yang dikatakan oleh ahli kebenaran:
Dialah (Allah) Yang Mengetahui rahsia kamu sebagaimana yang didatangkan
beritanya oleh sunnah-sunnah (hadith-hadith) bahawasanya Allah 'Azza wa-
Jalla di atas 'ArasyNya dan IlmuNya meliputi seluruh makhlukNya, Dia
Mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka lahirkan,
Mengetahui perkataan yang terang dan Mengetahui apa yang tersembunyi". 186

Terdapat beberapa ayat yang menyerupai (maksud) ayat di atas. Antaranya


ialah firman Allah Subhanahu wa-Ta'ala:

186. Lihat: ‫ َعالَقة االثبات والتفويض بصفات رب العالمين‬. Hlm. 83-84.

168
.ٌ‫ض اِلَه‬
ِ ‫آء اِلَهٌ َوفِى اْالَ ْر‬
ِ ‫السم‬ ِ ِ َّ
َ َّ ‫َو ُه َو الذ ْي فى‬
"Dan Dialah Tuhan (Yang disembah) di langit dan Tuhan (Yang disembah)
di bumi".
.Az-Zukhruf, 43:84
Sebagaimana yang telah dimaklumi bahawa pengertian Ilah ialah: "Tuhan yang
berhak disembah/diibadahi" iaitu Tuhan Yang Esa yang di langit yang disembah oleh
makhluk yang di langit sebagaimana Dia juga Tuhan Yang Maha Esa yang disembah
oleh makhluk yang di bumi". 187

Nas-nas al-Quran atau hadith-hadith sahih yang menjelaskan bahawa Allah di


langit dan "Allah bersemayam di atas 'ArasyNya" telah diulang berkali-kali di dalam
al-Quran sehinga disebut di tujuh tempat. Antara ayat-ayat tersebut ialah:

.‫اسَت َوى‬
ْ ‫ش‬ِ ‫اَ َّلر ْح َم ُن َعلَى ال َْع ْر‬

"Ar-Rahman (Allah) bersemayam di atas 'ArasyNya".


.Taha, 20:5

.‫ش‬ ِ ِ ِ ِ ‫ات واْالَر‬


ْ ‫ض فى ستَّة اَيَّ ٍام ثَ َّم‬
ِ ‫اسَت َوى َعلَى ال َْع ْر‬ ِ َّ ‫اِ َّن َربَّ ُك ُم اهللُ الَّ ِذ ْي َخلَ َق‬
ْ َ ‫الس َـم َاو‬
"Sesungguhnya Tuhanmu ialah Allah Yang telah menciptakan langit dan
bumi dalam enam masa. Lalu Dia bersemayam di atas 'Arasy".
.Al-A'raaf, 7:54

ِ ِ ِ ‫ات واْالَر‬
ْ ‫ض فى سـتَّة اَيَّ ٍام ثَ َّم‬
ِ ‫اسَت َوى َعلَى ال َْع ْر‬
.‫ش‬ َّ ‫اِ َّن َربَّ ُك ُم اهللُ الَّ ِذ ْي َخلَ َق‬
َ ْ َ ِ ‫الس َـم َو‬
"Sesungguhnya Tuhanmu itu adalah Allah yang menciptakan langit dan
bumi dalam enam hari (masa) kemudian Ia bersemayan di atas 'Arasy".
.Yunus, 10:3
ِ ‫اسَت َوى َعلَى ال َْع ْر‬
.‫ش‬ ْ ‫ثُ َّم‬
"Kemudian Dia (Allah) bersemayam di atas 'Arasy".

187. Lihat: ‫الشرعية‬. Hlm. 298.

169
.Al-Furqan, 25:59

ٍ ِ َّ ‫اَهلل الَّ ِذي رفَع‬


.‫ش‬ ْ ‫الس َم َوات بِغَْي ِر َع َمد َت َر ْو َن َها ثُ َّم‬
ِ ‫اسَت َوى َعلَى ال َْع ْر‬ َ َ ْ ُ
"Allah adalah Zat yang mengangkat langit tanpa tiang yang kamu lihatnya,
kemudian Ia bersemayam di atas 'Arasy".
.Ar-Ra'd, 13:2

ِ ِ ِ ِ ‫السماو‬ ِ َّ
‫ش َما‬ ْ ‫ض َو َما َب ْيَن ُه َما فى ستَّة اَيَّ ٍام ثُ َّم‬
ِ ‫اسَت َوى َعلَى ال َْع ْر‬ َ ‫ات َواْالَ ْر‬ َ َ َّ ‫اَهللُ الذ ْي َخلَ َق‬
.‫لَ ُك ْم ِم ْن ُد ْونِِه ِم ْن َولِ ٍّي َوالَ َش ِف ْي ٍع اَفَالَ َتتَ َذ َّك ُر ْو َن‬
"Allah-lah yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara
keduanya dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arasy. Tidak
ada bagi kamu selain daripadaNya seorang penolongpun dan tidak (pula)
seorang pemberi syafa'at. Maka apakah kamu tidak berfikir?".
.As-Sajadah, 32:4

ِ ِ ِ ‫ات واالَر‬ َّ ‫ُه َو الَّ ِذ ْي َخلَ َق‬


ِ ‫اسَت َوى َعلَى ال َْع ْر‬
.‫ش‬ َ ْ َ ِ ‫الس َم َو‬
ْ ‫ض فى ستَّة اَيَّ ٍام ثُ َّم‬
"Dialah yang telah menjadikan langit dan bumi dalam enam hari (masa)
kemudian Dia bersemayan di atas Arasy".
.Al-Hadid, 57:4
Ayat-ayat yang menjelaskan bahawa Allah di langit, dan sebagai hujjah untuk
membatalkan pendapat golongan yang mendakwa bahawa Allah di mana-mana (tidak
bertempat) antaranya ialah firman Allah:

ِ ‫السم‬
َ ‫آء اَ ْن يَ ْخ ِس‬ ِ ِ
َ ‫ف بِ ُك ْم اْالَ ْر‬
.‫ض‬ َ َّ ‫َءاَم ْنتُ ْم َم ْن فى‬
"Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang di langit bahawa Dia
akan menyungkir-balikkan bumi bersama kamu".
.Al-Mulk, 67:16

.ُ‫الصالِ ُح َي ْر َفعُه‬ ِ ِ ِ
ُ ِّ‫ص َع ُد الْ َكل ُم الطَّي‬
َ ‫ب َوال َْع َم ُل‬ ْ َ‫الَْيه ي‬
"KepadaNya (Allah yang di langit) naik perkataan-perkataan yang baik dan
amal soleh dinaikkanNya".
.Fathir, 35:10

170
.‫بَ ْل َر َف َعهُ اِلَْي ِه َو َكا َن اهللُ َع ِز ْي ًزا َح ِك ْي ًما‬
"Tetapi (yang sebenarnya), Allah telah mengangkat Isa kepadaNya. Dan
adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana".
.An-Nisa', 4:158

.‫ك اِلَ َّي‬


َ ُ‫ك َو َرافِع‬
ِ ‫اعي‬
َ ‫سى انِّ ْي ُمَت َو ِّفْي‬ ِ
َ ْ َ‫ي‬
"Hai Isa! Sesungguhnya Aku akan mematikan engkau dan mengangkatmu
kepadaKu".
.Ali Imran, 3:55

.‫يَ َخا ُف ْو َن َر َّب ُه ْم ِم ْن َف ْو ِق ِه ْم َو َي ْف َعلُ ْو َن َما ُي ْؤ َم ُر ْو َن‬


"Mereka takut kepada Tuhan mereka yang di atas mereka (di langit) dan
melaksanakan apa yang diperintahkan (kepada mereka)".
.An-Nahl, 16:50
Sesungguhnya Ibn Abbas, Ad-Dahhak, Malik, Sufiyan as-Thauri dan ramai
lagi dari kalangan ulama salaf muktabar berkata:

"Dia (Allah) bersama kamu: Iaitu yang bersama kamu ialah ilmuNya"

Sebagaimana yang telah dijelaskan di dalam kitab Allah dan berita yang telah
mutawatir di sunnah RasulNya sallahu 'alaihi wa-sallam serta ijmak para Salaf as-
Soleh bahawa Allah Ta'ala di langit dan Dia bersemayam di atas 'ArasyNya. 188

188. Lihat: ‫عالقات االثبات والتفويض بصفات رب العالمين‬

171
BENARKAH ALLAH TIDAK BERTEMPAT

Manusia telah dicipta oleh Allah dengan sebaik-baik ciptaan. Oleh itu, mereka
wajib untuk mengenal dan mengetahui di mana Allah. Pengetahuan ini akan membuat
seseorang itu menghadapkan dirinya, hatinya, doanya, sembahyangnya dan seluruh
ibadahnya kepada Allah Subhanahu wa-Ta'ala dengan sebenar-benarnya.

Orang-orang yang tidak tahu di mana Tuhan mereka berada akan tersesat atau
kesasaran kerana mereka tidak tahu ke mana sewajarnya mereka menghadapkan
segala permohonan, penyerahan atau penumpuan ibadahnya.

Terdapat banyak keterangan yang berpandukan kepada khabar dari langit yang
dipersetujui oleh para ulama Salaf as-Soleh tanpa khilaf bahawa wahyu itu turun dari
langit, ini menunjukkan bahawa yang pemberi wahyu itu (Allah) "bertempat", iaitu
Dia berada di langit dan bersemayam di atas 'ArasyNya.

Selain dari ayat-ayat al-Quran di atas yang telah menjelaskan hakikat


sebenarnya di mana Allah, maka dalam hadith-hadith sahih terdapat banyak
keterangan yang menunjukkan bahawa Allah itu di langit. Sebahagian besar ahli
bid'ah, oleh kerana tidak mempunyai ilmu dan kononnya tidak mahu menserupakan
Allah dengan makhlukNya lantaran kejahilan mereka, lantas memutuskan dengan akal
fikiran dan hawa nafsunya bahawa Allah tidak bertempat, kerana menurut mereka
kalaulah Allah bertempat pasti Ia menyerupai makhlukNya. Semua pendapat atau
kepercayaan yang sebegini adalah mungkar, batil dan menyeleweng, ia jelas amat
bertentangan dengan nas-nas al-Quran dan hadith-hadith yang sahih yang menjelaskan
bahawa Allah itu di langit. Antara hadith-hadith yang dimaksudkan ialah:

‫الس َم ِاء‬
َّ ‫ك اَ ْم ُر َك فِى‬ َ ‫اس ُم‬ ْ ‫س‬
ِ َّ ‫ ر ُّبنا الَّ ِذي ِفى‬: ‫َقولُه صلَّى اهلل علَي ِه وسلَّم‬
َ ‫الس َمآء َت َق َّد‬ ْ ََ َ ََ َْ ُ َ ُ ْ
‫ض اِ ْغ ِف ْرلَنَا ُح ْو َبنَا َو َخطَايَانَا‬
ِ ‫ك ِفى اْالَ ْر‬ ِ َّ ‫ض َكما رحمتك ِفى‬
َ َ‫الس َم ِاء ا ْج َع ْل َر ْح َمت‬ َ ُ َ ْ َ َ ِ ‫َواالَ ْر‬
.‫اء ِم ْن ِش َف ِاء َك َعلَى ال َْو َج ِع‬ ِ َ ِ‫ب الطَّيِّبِين اَنْ ِز ْل رحمةً ِمن رحمت‬
ً ‫ك َوش َف‬ َْ َ ْ َْ َ َْ ُّ ‫ت َر‬
َ ْ‫اَن‬
"Ya Tuhan kami! Tuhan yang di langit, Engkau mensucikan namaMu
(juga) urusanMu yang di langit dan di bumi. Sebagaimana halnya rahmatMu
di langit itu, maka jadikanlah pula rahmatMu itu di bumi. Ampunilah dosa-
dosa dan kesalahan kami. Turunkanlah suatu rahmat dari antara rahmatMu
dan suatu kesembuhan dari kesembuhan yang datang dariMu atas penyakit ini,
hingga benar-benar sembuh". 189

189. H/R Abu Daud. No. 2892. Ahmad 6/21. (Hadith hasan).
ِ ِ ِ ‫َع ِن بْ ِن مسعو ٍد ر‬
ُ ‫ اَل َْع ْـر‬: ‫صـلَّىاهللُ َعلَْيه َو َسلَّ َم‬
‫ش‬ َ ‫ال َر ُس ْو ُل اهلل‬َ َ‫ ق‬: ‫ال‬َ َ‫ض َـي اهللُ َع ْنهُ ق‬ َ ُْ ْ َ
ِّ ‫ َوفِى‬.‫ش الَ يَ ْخ َفى َعلَْي ِه َش ْيءٌ ِم ْن اَ ْع َمالِ ُك ْم‬
‫ َو ُه َو‬: ‫الر َوايَِة‬ ِ ‫فَ ْـو َق ال َْم ِاء َواهللُ َف ْو َق ال َْع ْر‬
.‫َي ْعلَ ُم َما اَْنتُ ْم َعلَْي ِه‬

"Dari Ibn Mas'oud radiallahu 'anhu berkata: Bersabda Rasulullah


sallallahu 'alaihi wa-sallam: 'Arasy itu berada di atas air dan Allah berada di
atas 'Arasy. Tidak satupun dari amal kamu yang tersembunyi dari
pengetahuanNya. Dan pada riwayat yang lain: Dia mengetahui apa yang
kamu kerjakan". 190

ِ ‫السم‬
.‫آء‬ ِ ِ ِ ِ
َ َّ ‫اَالَ تَام ُن ْون ْي َواَنَا اَم ْي ٌن َم ْن فى‬
"Tidakkah kamu mahu percaya kepada aku sedangkan aku dipercayai oleh
Yang di langit (Allah)". 191

Pengertian ayat (‫الس َم ِآء‬ ِ ‫السم‬


َّ ‫" )فِى‬Di langit" pada ayat ini ialah (‫آء‬ َ َّ ‫" ) َعلَى‬Di atas
langit" sebagaimana yang dapat difahami dari hadith Nabi Muhammad salallahu
'alaihi wa-sallam:

ِ ‫ب كِتَابًا َف ُه َو ِعْن َدهُ َف ْو َق ال َْع ْر‬ ِ


.‫ش‬ َ َ‫ا َّن اهللَ َكت‬
"Sesungguhnya Allah menulis segala ketentuan yang berada di sisiNya di atas
'Arasy". 192

Hadith di atas semaksud malah diperkuat oleh firman Allah Subhanahu wa-
Ta'ala:

.‫اسَت َوى‬
ْ ِ ‫اَ َّلر ْح َم ُن َعلَى ال َْع ْر‬
‫ش‬
"Iaitu Tuhan Yang Maha Pemurah, yang bersemayam di atas 'Arasy".
.Taha, 20:5

Di ayat yang lain Allah berfirman:

ِ ‫السم‬
.‫آء‬ ِ
َ َّ ‫اسَت َوى الَى‬
ْ ‫ثُ َّم‬
"Dan Dia berkehendak menuju langit".
.Al-Baqarah, 2:29
190. H/R Abu Daud, Abdullah bin Ahmad, Tabrani dan Baihaqi (Hadith hasan,
sanadnya sahih)
191. H/R Bukhari No. 4351.
192. H/R Bukhari dan Muslim.

173
Ayat ini jelas menerangkan bahawa Allah di atas langit yang menunjukkan
ketinggianNya. Menurut Al-Baghawi dalam tafsirnya yang dinukil dari qaul Ibn
Abbas dan ramai lagi para mufassir salaf, bahawa apabila memperkatakan tentang
perkara tersebut (di mana Allah) mereka hanya berpegang pada lahir lafaz "Istawa" (
‫ )استوى‬iaitu menyerahkan kepada ilmu Allah bagaimananya ketinggian Allah 'Azza wa-
Jalla. 193

193. Lihat: ‫ القواعد ال ُْم ْثلَى فى صفات اهلل واسكائه الحسنى‬Hlm. 58. Uthaimin.

174
ALLAH BERSEMAYAM DI ATAS ‘ARASYNYA

Penta'wilan (penafsiran) mengikut akal atau hawa nafsu terhadap sifat-sifat


Allah yang telah ditetapkan dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi
wa-sallam, merupakan sebahagian dari punca kekeliruan dan kesilapan yang boleh
membawa kepada kesesatan. Misalnya, menta'wil kalimah istiwa kepada istaulah
(menguasai) akan membawa kepada mengingkari satu sifat dari sifat-sifat Allah yang
tinggi dan luhur.

Para ulama Salaf as-Soleh tiada berkhilaf (berselisih) tentang kufurnya sesiapa
yang mengingkari bahawa Allah beristiwa (bersemayam) di atas 'ArasyNya.
Seseorang yang mengingkari istiwa bermakna dia telah mengingkari isi ayat (al-
Quran) di atas dan beberapa hadith yang sahih. Dengan berpandukan dalil-dalil dari
al-Quran dan hadith-hadith sahih, para ulama salaf telah berijmak (sepakat)
memutuskan telah "sesat/kufur" bagi sesiapa yang menafikan bahawa Allah
bersemayam di atas 'ArasyNya, atau yang menukar makna bersemayam kepada
makna yang lain.

Pada sebuah athar sahih yang warid dari sahabat dan tabi'in iaitu ucapan Ummi
Salamah radiahlahu 'anha dalam menjelaskan firman Allah:

‫اسَت َوى‬
ْ ‫ش‬ِ ‫اَ َّلر ْح َم ُن َعلَى ال َْع ْر‬.
"Allah bersemayam di atas 'ArasyNya",
Beliau (Ummi Salamah radiallahu 'anha) berkata:

"Al-Istiwa (bersemayam) itu tidak majhul (maklum/diketahui) caranya pula


tidak diketahui (majhul) namun berikrar (berpegang) dengannya adalah
keimanan dan menentangnya (tidak percaya) adalah kufur". 194

Semasa Imam Malikrahimahullah ditanya tentang maksud ayat: ‫اَ َّلر ْح َم ٌن َعلَى ال َْع ْر ِش‬
‫اسَت َوى‬
ْ beliau menjawab:

.ٌ‫ال َع ْنهُ بِ ْد َعة‬ ِ ِ ُ ‫اَ ِال ْستِ َواءُ َم ْعلُ ْو ٌم َوالْ َك ْي‬
ُ ‫الس َؤ‬ ٌ ‫ف َم ْج ُه ْو ٌل َوااليْ َما ُن بِه َواج‬
ُّ ‫ب َو‬
"Al-Istiwa adalah sesuatu yang telah dimaklumi, (mempertanyakan)
bagaimana (bentuk, rupa dan keadaannya) adalah mempertanyakan sesuatu
yang majhul (tidak diketahui), mengimani perkara tersebut adalah wajib dan
mempersoalkannya adalah merupakan suatu yang bid'ah". 195

194. Lihat: ‫ عالقة االثبات والتفويض بصفات رب العالمين‬hlm. 32. Redza bin Nu'san
Mukti. Dikeluarkan juga oleh Al-Lalakaii dalam ‫شرح اصول السنة‬
195. Al-Akidah al-Wasitiyah. Ibn Taimiyah. Syarah Saleh Fauzan al-Fauzan.
Hlm. 14.
Istiwanya Allah di atas 'ArasyNya menunjukkan ketinggianNya atas segala
makhluk dan Dia sentiasa berada dalam ketinggian. Terdapat banyak dalil-dalil dari
Al-Quran dan hadith-hadith sahih yang menunjukkan tentang ketinggian Allah
Subhanahu wa-Ta'ala antaranya:

‫ض َوالَ َي ُؤ ْو ُدهُ ِح ْفظُ ُه َما َو ُه َو ال َْعلِ ُّي ال َْع ِظ ْي ِم‬ ِ ‫السماو‬


َ ‫ات َواْالَ ْر‬
ِ ِ
َ َ َّ ُ‫َوس َع ُك ْرسيُّه‬
"Dan Kursi Allah meliputi langit dan bumi dan Allah tidak merasa berat
memelihara keduanya dan Dia (Allah) Maha Tinggi lagi Maha Agung"
.Al-Baqarah, 2:255

.‫ك اْالَ ْعلَى‬


َ ِّ‫اس َم َرب‬
ْ ‫َسبِّ ِح‬
"Sucikanlah nama Rabbmu (Tuhanmu) Yang Paling Tinggi".
.Al-A'la, 87:1
.‫اِ َّن اهللَ َكا َن َعلِيًّا َكبِْي ًرا‬
"Sesungguhnya Allah itu Maha Tinggi lagi Maha Besar".
.An-Nisa’, 4:34

ِ ‫ك بِاَ َّن اهلل هو الْح ُّق واَ َّن ما ي ْدعُو َن ِمن ُدونِِه هو الْب‬
.‫اط ُل َواَ َّن اهللَ ُه َو ال َْعلِ ُّي الْ َكبِْي ُر‬ َ ِ‫َذل‬
َ َُ ْ ْ ْ َ َ َ َ َُ َ
"(Kuasa Allah) yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya Allah, Dialah
(Rabb) yang Hak dan sesungguhnya apa saja yang mereka seru selain Allah,
itulah yang batil. Dan sesungguhnya Allah, Dialah yang Maha Tinggi lagi Maha
Agung".
.Al-Haj, 22:62
ِ ‫اد ِة الْ َكبِْير الْمَت َع‬
.‫ال‬ ِ ‫َعالِ ُم الْغَْي‬
َّ ‫ب َو‬
َ ‫الش َه‬
ُ ُ
"Yang Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang nyata (nampak/lahir),
Yang Maha Agung lagi Maha Tinggi".
.Ar-Ra'd, 13:9

.‫ْح َّق َو ُه َو ال َْعلِ ُّي الْ َكبِْي ُر‬ َ َ‫ع َع ْن ُقلُ ْوبِ ِه ْم قَالُ ْوا َما َذا ق‬ ِ
َ ‫ال َربُّ ُك ْم قَالُْوا ال‬ َ ‫َحتَّى ا َذا ُف ِّز‬
"Sehingga apabila telah dihilangkan ketakutan dari hati mereka, mereka
berkata: Apakah yang telah difirmankan oleh Rabbmu, mereka menjawab:
(Perkataan) yang hak (benar). Dan Dialah Yang Maha Tinggi lagi Maha
Agung".
.Saba', 34:23

176
.‫اِنَّهُ َعلِ ٌّي َح ِك ْي ٌم‬

"Sesungguhnya Dia (Allah Subhahu wa-Ta'ala) Maha Tinggi lagi Maha


Bijaksana".
.Asy-Syura, 42:51

Terdapat banyak hadith-hadith sahih yang menjelaskan tentang ketinggian


Allah Subhanahu wa-Ta'ala. Antaranya ialah:

ِ ‫السم‬
‫آء‬ ِ ِ َ َ‫عن اَبِي هرير َة اَ َّن النَّبِي صلَّى اهلل علَي ِه وسلَّم ق‬
َ َّ ‫ضى اهللُ اْالَ ْم َر فى‬ َ َ‫ اذَا ق‬: ‫ال‬ َ ََ َْ ُ َ َ َْ َُ ْ ْ َ
َ َ‫ان ُيْن ِق ُذ ُه ْم َذل‬
ٍ ‫ْسلَةٌ َعلَى ص ْفو‬ ِ ‫ضعانًا لَِقولِ ِه َكاَنَّهُ ِسل‬ ِِ ِ ِ َ
‫ك َحتَّى‬ ََ ْ َ ْ ‫ض َربَت ال َْمالَئ َكةُ بِاَ ْجن َهت َها َخ‬
.‫ْح ُّق َو ُه َو ال َْعلِ ُّي الْ َكبِْي ُر‬ َ َ‫ َماذَا ق‬: ‫ع َع ْن ُقلُ ْوبِ ِه ْم قَالُْوا‬ ِ
َ ‫ال َربُّ ُك ْم ؟ قَالُ ْوا ال‬ َ ‫اذَا ُف ِّز‬
"Dari Abu Hurairah radiallahu 'anhu bahawasanya Nabi sallallahu 'alaihi
wa-sallam bersabda: Apabila Allah menetapkan perintah di atas langit para
malaikat memukul sayap-sayapnya kerana patuh akan firmanNya seakan-akan
terdengar seperti gemerincing rantai (yang ditarik) di atas batu rata, hal itu
menakutkan mereka (sehingga mereka jatuh pingsan kerana takut). Ketika
dihilangkan rasa takut dari hati mereka, mereka berkata: Apakah yang
difirmankan oleh Tuhanmu). Mereka menjawab: Firman Al-Hak yang benar
dan Dialah yang Maha Tinggi dan Maha Besar". 196

: ‫صلَّى اهللُ َعلَْي ِه َو َس ـلَّ َم‬ ِ


َ ‫ال َر ُس ْـو ُل اهلل‬َ َ‫ ق‬: ‫ـال‬
َ َ‫ض َى اهللُ َعْن ُه َما ق‬ َ ََ
ِ ‫َعن َعْب ِد‬
ِ ‫اهلل بْ ِن ُعمر ر‬
ْ
ِ ‫السم‬ ِ ٍ ِ ِ ِ ِ ْ َ‫اَِّت ُقوا َد ْعوةَ الْمظْلُوِم فَِا َّن َها ت‬
.‫آء‬ َ َّ ‫ص َع ُد الَى اهلل َكاََّن َها ش َر َارةٌ َوفى لَ ْفظ الَى‬ ْ َ َ ْ
"Dari Abdullah bin Umar radiallahu 'anhuma berkata: Bersabda
Rasulullah salallahu 'alaihi wa-sallam: Hati-hatilah kamu dari doa orang
yang teranaiya (dizalimi atau diperlakukan secara tidak adil) kerana
sesungguhnya doa mereka naik kepada Allah seperti bunga api. Pada lafaz
yang lain, naik ke langit". 197

196. H/R Bukhari dan Ibnu Majah. Hadith ini disahihkan oleh Al-Albani.
197. H/R Al-Hakim, Ad-Darimi dan Az-Zahabi (disahihkan oleh Al-Albani).

177
‫ال فِى‬ َ َ‫صلَّىاهللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم ق‬ ِ ِ ِ ِ
َ ‫َع ْن َجـابِ ِر بْ ِن َعْبد اهلل َرض َي اهللُ َعْنهُ اَ َّن َر ُس ْو َل اهلل‬
َّ ‫ فَ َج َع َل َي ْرفَ ُع اِلَى‬. ‫ َن َع ْم‬: ‫ت ؟ َف َقالُْوا‬
‫الس َـم ِاء َو َي ْن ُكُت َها‬ ُ ‫ اَالَ َه ْل َبلَّ ْغ‬: َ‫ُخطْبَتِ ِه َي ْو َم َع َرفَة‬
.‫ اَللَّ ُه َّم ا ْش َه ْد‬: ‫اِلَْي ِه ْم َو َي ُق ْو ُل‬

"Dari Jabir bin Abdullah radiallahu 'anhu bahawa Rasulullah sallahu


'alaihi wa-sallam bersabda semasa berkhutbah di hari 'Arafah: Apakah aku
sudah sampaikan (risalahku)? Para sahabat menjawab: Ya! Kemudian
Rasulullah salallahu 'alaihi wa-sallam mengisyaratkan jari telunjuknya ke
langit lalu bersabda: Ya Allah saksikanlah". 198

Di hadith yang lain, Nabi Muhammad salahllahu 'alaihi wa-sallam telah


mengisyaratkan bahawa Allah Azza wa-Jalla di langit:

‫ اَالَ تَاْ َم ُن ْونَنِ ْي َواَنَا اَِم ْي ٌن‬: ‫ال‬


َ َ‫صلَّى َعلَْي ِه َو َسـلَّ َم ق‬ ِ ِّ ‫َع ِن بْ ِن َس ِـع ْي ِد الْ ُخـ ْد ِر‬
َ ‫ي اَ َّن َر ُس ْـو َل اهلل‬
.ٌ‫ساء‬ ِ َّ ‫آء ياْتِنِي َخبر ِمن‬ ِ َّ ‫من ِفى‬
َ ‫اح َو َم‬ٌ َ‫صب‬َ ‫الس َمآء‬ َ ٌ َ ْ َ ‫الس َم‬ َْ
"Dari Sa'ed al-Khudri sesungguhnya Rasulullah salallahu 'alaihi wa-sallam
telah bersabda: Tidakkah kamu mempercayai aku sedangkan aku yang
dipercayai oleh ( Zat) Yang berada di atas langit Yang menurunkan khabar
(wahyu) pada waktu pagi dan petang?". 199

‫الر ْح َم ُن اِ ْر َح ُم ْو َام ْن فِى‬ ِ ‫ اَ َّلر‬: ‫اهلل صلَّىاهلل علَي ِه وسلَّم‬


َّ ‫اح ُم ْو َن َي ْر َح ُم ُه ُم‬ َ ََ َْ ُ َ
ِ ‫ال رسو ُل‬
ْ ُ َ َ َ‫ق‬
.‫آء‬ِ ‫السم‬ ِ ِ ‫اْالَ ْر‬
َ َّ ‫ض َي ْر َح ُم ُك ْم َم ْن فى‬
"Telah bersabda Rasulullah salallahu 'alaihi wa-sallam: Orang-orang yang
menyayangi akan disayangi oleh Ar-Rahman (Allah). Sayangilah orang yang
di bumi, akan disayangi oleh Yang di langit (Allah)". 200

ِ ِ ِ
ُ‫ َوالَّ ِـذ ْي َن ْف ِس ْـى بِيَ ِده َما م ْن َر ُج ٍـل يَ ْدعُ ْـو ا ْم َراَتَه‬: ‫صـلَّى اهللُ َعلَْي ِه َو َسـلَّ َم‬ ِ
َ ‫ال َر ُس ْـو ُل اهلل‬
َ َ‫ق‬
.‫ضى َع ْن َها‬ ِ ‫آء س‬ ِ َّ ‫اش ِـه فَاَبى علَي ِه اِالَّ َكا َن الَّ ِذي فِى‬ ِ ‫اِلَى فِر‬
َ ‫اخطًا َعلَْي َها َحتَّى َي ْر‬ َ ‫الس َم‬ ْ َْ َ َ
198. H/R Bukhari, Muslim, Abu Daud, ad-Darimi dan Ibn Majah (Disahihkan
oleh Al-Albani).
199. H/R Ahmad. 3/4. Bukhari. No. 4351. Muslim, bab az-Zakah. 144.
Ahmad, Abu Daud, An-Nasii dan Baihaqi.
200. H/R Abu Daud. 4941, hadith hasan sahih. H/R Al-Baihaqi dalam "Asma
wa as-Sifat" hlm. 300.

178
"Bersabda Rasulullah salallahu 'alaihi wa-sallam: Demi nyawaku yang di
tanganNya, tidaklah seseorang lelaki (suami) yang mengajak isterinya ke
tempat tidurnya maka ia (isterinya) enggan mematuhinya kecuali Yang di
langit (Allah) akan mengutuknya (memurkainya) sehinggalah ia diredhai oleh
suaminya". 201

.‫صالِ ٌح‬ ِ ِ ِ ‫السـم‬


ُّ ‫آء فَاُ ِح‬ ِ ِ
َ ‫ص َع َد ل ْي فْي َها َع َم ٌل‬
ْ َ‫ب اَ ْن ي‬ َ َّ ‫اب‬ َ ‫انَّهُ َس‬
َ ‫ـاعةٌ ُت ْفتَ ُح فْي َها اَْب َو‬
"Sesungguhnya pada waktu itu dibuka pintu-pintu langit, maka aku suka
amal-amal solehku diangkat naik pada saat tersebut". 202

Nabi Muhammad salallahu wa-sallam pernah bertanya kepada Amran bin


Hussin yang diketika itu beliau belum memeluk Islam:

‫ فَِا َذا‬: ‫ال‬ ِ ‫السـم‬


َ ‫ َف َق‬. ‫آء‬ ِ ِ ِ ‫ ِسـتَّةٌ ِفى اْالَر‬. ٌ‫ سـبعة‬: ‫َكم اِلَها تَـعب ُد الْيوم ؟ قَال‬
َ َّ ‫ض َو َواح ٌد فى‬ ْ ََْ َ ْ َ ُْ ً ْ
.‫الس َم ِاء‬
َّ ‫ اَلَّ ِذ ْي ِفى‬: ‫ال‬
َ َ‫ك الض ََّر َر فَ َم ْن تَ ْدعُ ْوا ؟ ق‬
َ َ‫صـاب‬
َ َ‫ا‬
"Bertanya Rasulullah (kepada Amran bin Hussin sebelum beliau memeluk
Islam): Berapa tuhan yang engkau sembah pada hari ini? Beliau menjawab:
Tujuh, enam di bumi dan satu di langit. Baginda bertanya: Diketika engkau
ditimpa bahaya maka tuhan yang mana yang engkau seru? Beliau menjawab:
Tuhan yang di langit". 203

Isteri Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam yang bernama Zainab


berbangga kerana dia dinikahkan oleh Allah yang di atas langit yang ketujuh
sebagaimana pengakuannya:

ِ ‫َز َّوج ُك َّن اَ َهالِي ُك َّن و َز َّوجنِي اهلل ِمن َفو َق س ْبع سماو‬
.‫ات‬ َ ََ َ َ ْ ْ ُ َ َ َ َ
"Kamu dikahwinkan oleh ahli-ahli kamu dan aku dikahwinkan oleh Allah
dari atas langit yang ke tujuh". 204

Semasa kewafatan 'Aisyah radiallahu 'anha, Ibn Abbas radiallahu anhu


berkata kepadanya:

201. H/R Muslim, bab an-Nikah. 121.


202. H/R Ahmad dan Turmizi. (Hadith sahih).
203. H/R Al-Baihaqi dalam "Al-Asma wa-sifat" hlm. 300.
204. H/R Bukhari No. 7420. Baihaqi "Al-Asma wa-Sifat". Hlm. 296.

179
‫صلَّى اهللُ َعلَْي ِه‬ ِ ِ ِ ِ ِ ُّ ‫ت اُ ِح‬
َ ‫صلَّى اهللُ َعلَْيه َو َسلَّ َم الَى َر ُس ْو ِل اهلل‬ َ ‫ـاء َر ُس ْو َل اهلل‬
َ ‫س‬ َ‫بن‬ ُ ‫ُك ْن‬
‫تك ِم ْن‬ ِ ‫ب اِالَّطَيِّبا واَْن َز َل اهلل براء‬
ُّ ‫صلَّىاهللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم يُ ِح‬ ِ
َ ََ ُ َ ً َ ‫َو َسلَّ َم َولَ ْم يَ ُك ْن َر ُس ْو ُل اهلل‬
.‫ات‬ ِ ‫َفو َق س ْبع سماو‬
َ ََ َ َ ْ
"Aku sentiasa mencintai para isteri Rasulullah salallahu 'alaihi wa-sallam
sebagaimana mencintai Rasulullah salallahu 'alaihi wa-sallam dan tidak
pernah Rasulullah salallahu 'alaihi wa-sallam mencintai sesuatu kecuali
kerana kebaikannya dan Allah telah membersihkan engkau dari atas langit
yang ketujuh". 205

ٍ ‫ َه ِذ ِه اِ ْمراَةٌ س ِمع اهلل َش ْكو َاها ِمن َفو َق س ْبع سماو‬: ‫اب‬
‫ات َه ِذ ِه‬ ِ َّ‫ال عُ َمر بْ ُن الْ َخط‬
َ ََ َ َ ْ ْ َ ُ َ َ َ ُ َ َ‫ق‬
ُ ‫َخ ْولَةُ بِْن‬
.ُ‫ت َث ْعلَبَة‬

"Berkata 'Umar bin al-Khattab: Inilah wanita yang didengar oleh Allah
pengaduannya dari atas langit yang ketujuh, inilah Khaulah binti Thalabah". 206

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari rahimahullah,


Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam bersabda:

ِ ‫السم‬
.‫آء‬ ِ ِ َ َ‫ت ر ْحمتِي غ‬ ِ ‫ْق َكتب كِتابا‬
َ َّ ‫ضب ْي َف ُه ْو عْن َدهُ َف ْو َق‬ ْ َ َ ْ ‫ق‬
َ ‫ـب‬
َ ‫س‬
َ ‫ه‬
ُ ‫د‬
َ ‫ن‬
ْ ‫ع‬ ً َ َ َ َ ‫ضى اهللُ الْ َخل‬
َ َ‫لَ َّما ق‬
"Setelah Allah mencipta makhluk, ditulis satu kitab di sisiNya (yang mana
ditulis) rahmatKu mendahului kemurkaanKu, maka ia di sisiNya di atas
'Arasy". 207

Semua dalil-dalil yang telah diutarakan di atas, dengan jelas telah


menerangkan dan membuktikan kepada mereka yang mahu beriman bahawa Allah
Subhanahu wa-Ta'ala bersemayam di atas 'ArasyNya. 'ArasyNya pula berada di atas
langit yang ketujuh. Sesiapa yang mengingkarinya adalah kufur sebagaimana yang
telah disepakati oleh juhur ulama Salaf as-Soleh.
Imam Abu Hasan Al-Asy'ari juga telah menjelaskan bahawa al-Quran bukan
makhluk dan diturunkan oleh Allah yang berada di langit:

205. H/R Bukhari No. 742.


206. Dikeluarkan oleh Al-Baihiqi di dalam sanadnya.
Lihat: ‫ اجتماع الجيوش االسالمية‬hlm. 39. Ibn Qaiyim.
207. H/R Bukhari, 7554. Muslim, bab at-Taubah, 14.

180
"Allah mempunyai sifat, mempunyai tangan, bersemayam di atas
'ArasyNya, mempunyai muka dan al-Quran itu Kalamullah bukan makhluk dan
ia diturunkan (dari langit)". 208

Mengingkari keterangan dan penetapan tentang nama-nama, sifat, zat dan


perbuatan Allah sebagaimana yang terdapat pada dalil-dalil dari al-Quran, hadith-
hadith dan athar yang sahih ini adalah kufur hukumnya. Dalam hal ini, al-Auza'ii
dianggap Imam ahli Syam di zamannya, beliau telah menegaskan:

‫السنَةَ ِم ْن‬ ْ ‫ اَ َّن اهللَ َعلَ َىع ْر ِش ِه َو ُن ْؤ ِمُن ْوا بِ َم َاو َر َد‬: ‫َّاوالتَّابِعُ ْو َن ُمَت َوافِ ُر ْو َن ُن ُق ْو ُل‬
ُّ ‫ت بِ ِه‬ َ ‫ُكن‬
ِ ‫ات‬
.‫اهلل َت َعالَى‬ ِ ‫ص َف‬
ِ

"Kami dan para Tabi'in sepakat menetapkan dengan qaul kami bahawa:
Sesungguhnya Allah di atas 'ArasyNya dan kami beriman dengan apa yang
telah dinyatakan oleh sunnah berkenaan sifat-sifat Allah Ta'ala". 209

‫الر ْح َمن‬ َّ ‫ يَا اَبَا َعْب َد‬: ‫ال‬َ ‫ك فَ َد َخ َل َر ُج ٌل َف َق‬ ٍ ِ‫ت ِعْن َد مال‬ ُ ‫ ُكْن‬: ‫ال‬َ َ‫ب ق‬ ِ ‫َعن َع ْب ِد‬
ٍ ‫اهلل بْ ِن َو َه‬
َ ْ
‫اء ثُ َّم َرفَ َع‬
َ‫ض‬َ ‫الر ْح‬
َّ ُ‫ك فَاَ َخ َذتْه‬ ُ ِ‫استَ َـوى ؟ فَاَط َْر َق َمال‬ ْ ‫ف‬ َ ‫اسَت َوى" َك ْي‬
ْ ‫ش‬ ِ ‫"اَ َّلر ْح َم ُن َعلَى ال َْع ْر‬
ِ ِ َ ‫ش اسَتوى َكماوص‬
‫ف‬ َ ‫ف َو َك ْي‬َ ‫ال َكْي‬ ُ ‫سهُ َوالَ ُي َق‬َ ‫ف به َن ْف‬ َ َ َ َ ْ ِ ‫ اَ َّلر ْح َم ُن َعلَى ال َْع ْر‬: ‫ال‬ َ ‫َراْ َسهُ َف َق‬
.ُ‫ب بِ ْد َعة فَاَ ْخ ِر ُج ْوه‬ ِ َّ‫اك اِال‬
ُ ‫صاح‬ َ َ ‫َع ْنهُ َم ْر ُف ْوعٌ َو َما اَ َر‬
"Dari Abdullah bin Wahab berkata: Aku pernah bersama Malik maka
masuk seorang lelaki lalu bertanya: Wahai Aba Abdul Rahman! "Ar-Rahman
(Allah) bersemayam di atas 'Arasy", bagaimana Dia bersemayam? Beliau
terus mengingkari dan dengan keadaannya yang marah sambil mengangkat
kepalanya berkata: Ar-Rahman (Allah) bersemayam di atas 'ArasyNya
sebagaimana yang telah disifatkan oleh Allah pada dirinya sendiri dan
janganlah ditanya bagaimana dan kenapa kerana telah marfu' tentangnya, dan
tidaklah aku ketahui tentang dirimu kecuali seorang pelaku bid'ah, maka
keluarkanlah dia". 210

Bertanyakan "Bagaimana Allah bersemayam di atas 'Arasy" dianggap oleh


Imam Malik dan Rabi'ah sebagai pertanyaan yang bid'ah, kerana bertanya tentang apa

208. Lihat: ‫ اعتقاد ائمة الحديث‬Hlm. 50-51. Ismaili.


209. Lihat: ‫فتح البارى‬. Jld. 13. Hlm. 406. Ibn Hajar al-Asqalani.
210. Ibid. Hlm. 407.

181
yang tidak diketahui oleh manusia, dan sesuatu yang tidak diketahui maka tidak
mungkin mereka akan memperolehi jawapannya. 211

Sesungguhnya memperkatakan sifat-sifat Allah adalah sebahagian dari


memperkatakan tentang ZatNya, sebagaimana akal tidak berdaya mengetahui tentang
zatNya maka begitu jugalah ia tidak mampu mengetahui tentang bagaimananya sifat
Allah. Beginilah manhaj yang diikuti oleh para Salaf al-Soleh rahimahumullah
212

(tentang memahami sifat dan zat Allah 'Azza wa-Jalla), mereka meletakkan
kesempurnaan akal mengikut tempat dan kadar kemampuannya. 213

‫اح ٍد‬ َ َ‫ف بِ ِه َن ْفسهُ فِى كِتَابِ ِه َك َذا ق‬


َ ‫ال غَْي ُر َو‬ َ ‫ص‬ ِ ‫ َو ُه َو َعلَى ال َْع ْر‬: ‫ي‬
َ ‫ش َك َما َو‬ ُّ ‫ال الت ُّْر ِم ِز‬
َ َ‫ق‬
.‫ِم ْن اَ ْه ِل ال ِْعل ِْم‬

"Berkata Turmizi: Ia bersemayam di atas 'Arasy sebagaimana yang


disifatkanNya sendiri di dalam kitabNya. Beginilah perkataan ahli ilmu yang
bukan seorang sahaja yang mengatakannya seperti itu". 214

211. ‫ الدعوة السلفية فى مفهومها الصحيح عقيدة وعبادة‬Hlm. 92. Sa'udin Mohammad
Al-Kasbi.
212. Ibid.
213. Ibid.
214. Lihat: ‫المعبود‬ ‫عون‬. Jld. 13. Hlm. 42.

182
ALLAH DI LANGIT

Dengan penjelasan terperinci ini nyatalah bahawa akidah seluruh golongan


Ahli Sunnah wal-Jamaah yang mengikut manhaj atau pemahaman para Salaf as-
Soleh, mereka telah sepakat meyakini sebagai akidah bahawa Allah berada di langit
yang ketujuh dan bersemayam di atas 'ArasyNya. Begitulah juga yang diterangkan
oleh Abdullah bin al-Mubarak rahimahullah semasa beliau ditanya tentang di mana
Allah:

‫السابِ َع ِة َعلَى‬ ِ ‫السم‬ ِ َ َ‫ف ر َّبنَا ؟ ق‬ ِ ‫وقِ ْيل لِع ْب ِد‬


َ ‫ َكْي‬:‫اهلل بْ ِن ال ُْمبَ َار ِك‬
َّ ‫آء‬ َ َّ ‫ باَنَّهُ َف ْو َق‬:‫ال‬ َ ُ ‫ف َن ْع ِر‬ َ َ َ
.‫ش‬ ِ ‫ال َْع ْر‬

"Dan ketika ditanyakan kepada Abdullah bin al-Mubarak: Bagaimana kita


mengetahui Tuhan kita? Dengan mengetahuiNya bahawa sesungguhnya Dia di
langit yang ke tujuh di atas 'ArasyNya". 215

Golongan Jahmiyah pula tidak dianggap sebagai golongan Ahli Sunnah wal-
Jamaah dan tergelincir dari manhaj Salaf as-Soleh kerana mereka tidak mempercayai
bahawa Allah di langit:

َّ ‫ َم ْن َز َع َم اَ َّن‬: ‫ال‬ َ ‫ْج ْـه ِميَّةُ ؟ فَـ َق‬ ِ ِ ِ


ِ ‫الر ْح َم َن َعلَى ال َْع ْر‬
‫ش‬ ُ ‫َوق ْي َل ليَ ِزيْد بْ ِن َه‬
َ ‫ َم ِن ال‬: ‫ـار ْون‬
.‫ب ال َْع َام ِة َف ُه ْو َج ْه ِم ْي‬ ِ َ‫استوى َعلَى ِخال‬
ِ ‫ف َما يَِق ُّر ِفى ُقلُ ْو‬ ََْ
"Pernah ditanyakan kepada Yazid bin Harun: Siapa itu Jahmiyah? Maka
beliau berkata: Sesiapa yang mempercayai bahawa Ar-Rahman (Allah)
bersemayam di 'ArasyNya (tetapi kepercayaannya) tidak sebagaimana yang
dipercayai oleh orang-orang Islam, maka itulah Jahmiyah". 216

Golongan Jahmiyah mempercayai bahawa Allah Subhanahu wa-Ta'ala


bersemayam di Arasy tetapi mereka tidak percaya bahawa Allah di langit, maka
sesiapa yang mempunyai keyakinan seperti ini dia adalah Jahmiyah. Berkata Hamad
bin Zaid:

"Jahmiyah ialah mereka yang menyatakan bahawa di langit tidak ada


sesuatu (Allah bukan di langit)". 217

215. Lihat: ‫ السنة‬hlm. 5. Abdullah bin Al-Imam Ahmad.


216. Lihat: )195/1 ‫ االبانة الكبرى (ق‬Ibn Battah.
217. Lihat: ‫ ابانة الكبرى‬Ibn Battah (917/1 ‫)ق‬.
Lihat: ‫ الرد على الجهمية‬Ibn Abi Hatim.
Lihat: ‫ السنة‬hlm. 12. Abdullah bin Ahmad.
Adapun antara ayat yang sering dipertikaikan dan disalah tafsir oleh golongan
ahli bid'ah dan Jahmiyah ialah ayat yang menjelaskan:

.‫ اِنَّنِ ْي َم َع ُك َمآ اَ ْس َم ُع َواَ َرى‬، ‫ال الَ تَ َخافَا‬


َ َ‫ق‬
"Allah berfirman: Janganlah kamu berdua merasa takut, sesungguhnya
Aku berserta kamu berdua, Aku Mendengar dan Melihat".
.Taha, 20:46
Maksud dari ayat (‫" )اِنَّنِ ْي َم َع ُك َما‬Sesungguhnya Aku berserta kamu berdua" ialah
ilmuNya (sebagaimana yang telah dijelaskan). Iaitu ilmu Allah berserta dan meliputi
segala-galanya. Allah Maha Mengetahui kerana ilmu pengetahuan Allah berada di
mana-mana. Allah berserta kita dengan ilmuNya kerana Dia mendengar dan melihat
kita. Namun, Allah bersemayam di atas ArasyNya di langit. Dan ayat di atas dapat
218

dijelaskan dengan nas-nas di bawah ini:

.)‫اِنَّ ُك ْم تَ ْدعُ ْو َن َس ِم ْي ًعا قَ ِر ْيبًا َو ُه َو َم َع ُك ْم (اَ ْي َم َع ُك ْم بِ ِعل ِْم ِه‬

"Sesungguhnya kamu menyeru Yang Maha Mendengar Yang Hampir yang


sentiasa berserta kamu (iaitu IlmuNya)". 219

‫ط ِم ْن َو َرقَ ٍة‬ُ ‫ب الَ َي ْعلَ ُم َهااِالَّ ُه َو َو َي ْعلَ ُم َما فِى الَْب ِّر َوالْبَ ْح ِر َو َما تَ ْسـ ُق‬
ِ ‫َو ِع ْن َدهُ َم َفاتِْي ُح الْغَْي‬
ٍ َ‫س اِالَّ فِى كِت‬
.‫اب ُّمبِْي َن‬ ٍ ِ‫ْب َوالَ يَاب‬ ٍ ‫ض َوالَ َرط‬ ِ ‫ات اْالَ ْر‬ ِ ‫اِالَّ ي ْعلَم َها والَ حـبَّ ٍة فِى ظُلُم‬
َ َ َ ُ َ
"Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib, tidak ada yang
mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan
dan di lautan, dan tiada sehelai daunpun yang gugur melainkan Dia
mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir bijipun dalam kegelapan bumi
dan tidak sesuatu yang basah dan yang kering, melainkan tertulis dalam kitab
yang nyata (Loh Mahfuz)".
.Al-An'am, 6:59
Antara hadith yang menjadi dalil yang kuat yang menunjukkan bahawa Allah
di atas 'ArasyNya, 'ArasyNya di langit dan ilmuNya di mana-mana ialah sabad Nabi
Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam:

218. Lihat: ‫ العقيدة االسالمية من الكتاب والسنة الصحيحة‬hlm. 18.


219. H/R Muslim.

184
‫ْج َوانِيَ ِة‬ ٍ ِ ِ ْ َ‫ و َكان‬:‫السـلَ ِمى‬
ُ ‫ت ل ْي َجا ِريَةٌ َت ْر َعى غَنَ ًما ل ْي اُ ُحد َوال‬ َ ُّ ‫ال ُم َعا ِويَةُ بْ ُن َح َك ُم‬ َ َ‫ق‬
. ‫آد َم‬ ِ
َ ‫ش ٍاة م ْن غَنَ ِم َها َواَنَا َر ُج ٌل م ْن بَنِ ْي‬
ِ َ ‫ب قَ ْد ذَهب ب‬
َ َ َ ِ ْ‫الذئ‬ِّ ِ‫ فَِاذَا ب‬. ‫ات َي ْوٍم‬
َ َ‫ت ذ‬ ُ ‫فَاطَّلَ ْع‬
‫صلَّى اهللُ َعلَْي ِه َو َسـلَّ َم‬ ِ
َ ‫ت َر ُس ْـو َل اهلل‬ ُ ‫ص َّكةً فَاََت ْي‬َ ‫ص َك ْكُت َها‬ َ ‫ِّي‬
ِ
ْ ‫ لَكن‬. ‫ف َك َما يَاْسـ ُف ْو َن‬ َ ‫اَ َس‬
‫ اَيْ َن اهللُ ؟‬:‫ال لَ َها‬ َ ‫ َف َق‬.‫ اِئْتِنِ ْي بِ َها‬:‫ال‬
َ َ‫اهلل اَفَالَاَ ْعتِ ُق َها؟ ق‬
ِ ‫ْت يارسو َل‬
ْ ُ َ َ ُ ‫ ُقل‬. ‫ك َعلَ َّي‬ َ ِ‫َف َعظَّ َم َذل‬
.ٌ‫ اَ ْعتِ ْق َها فَِا َّن َها ُم ْؤ ِمنَة‬: ‫ال‬ ِ ‫ت رسـو ُل‬
َ َ‫ ق‬.‫اهلل‬ ِ ‫السـم‬ ِ ْ َ‫قَال‬
ْ ُ َ َ ْ‫ت اَن‬ ْ َ‫ َم ْن اَنَا؟ قَال‬:‫ال‬ َ َ‫ ق‬. ‫آء‬ َ َّ ‫ت فى‬
Berkata Muawiyah bin Hakam As-Sulami: Aku memiliki seorang hamba
wanita yang mengembalakan kambing di sekitar pergunungan Uhud dan
Juwaiyah. Pada suatu hari aku melihat seekor serigala menerkam dan
membawa lari seekor kambing gembalaannya. Sedang aku termasuk seorang
anak Adam kebanyakan. Maka aku mengeluh sebagaimana mereka.
Kerananya wanita itu aku pukul dan aku marahi. Kemudian aku menghadap
Rasulullah, maka baginda mempersalahkan aku. Aku berkata: Wahai
Rasulullah! Adakah aku harus memerdekakannya? Jawab Rasulullah:
Bawalah wanita itu ke sini. Maka Rasulullah bertanya kepada wanita itu. Di
mana Allah? Dijawabnya: Di langit. Rasulullah bertanya lagi: Siapakah
aku? Dijawabnya: Engkau Rasulullah. Maka baginda bersabda:
Merdekakanlah wanita ini, kerana dia adalah seorang mukminah". 220

Menurut syara dan telah disepakati oleh ulama Salaf as-Soleh, bahawa
perbuatan, fahaman (akidah) atau keyakinan mereka yang menyerupakan,
mensekufukan, memisalkan, mensetarakan atau mengumpamakan Allah Ta'ala
dengan makhlukNya adalah batil (kufur) dan boleh membawa kepada perbuatan
syirik. Ia nyata bertentangan dengan ayat-ayat al-Quran, terutamanya ayat yang
terdapat di surah Asy-Syura "Tidak ada sesuatupun yang serupa denganNya", 42:11
dan ayat di surah Al-Ikhlas "Dan tidak ada seorangpun yang setara/sekufu dengan
Dia (Allah)", 112:4

Cara para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang mengikut manhaj Salaf as-
Soleh menetapkan zat, nama-nama dan sifat-sifat Allah terbina di atas dua perkara:

1- Mereka mensucikan Allah Subhanahu wa-Ta'ala dari diserupakan dengan segala


makhlukNya yang berdasarkan firmanNya:

ِ ‫الس ِم ْيع الْب‬


.‫ص ْي ُر‬ ِِ ِ
َ ُ َّ ‫س َكمثْله َش ْيءٌ َو ُه َو‬
َ ‫لَْي‬
"Tiada suatu yang semisal denganNya dan Dialah Yang Maha Mendengar
lagi Maha Melihat".

220. H/R. Muslim dan Abi Daud.

185
.Asy-Syura, 42:11
2- Menjauhkan penyerupaan dengan cara ingin tahu, bertanya atau mempersoalkan
"Bagaimana" zat dan sifat-sifat Allah. Kerana hanya Allah sahaja yang benar-
benar mengetahui akan sifat dan zatNya. Maka larangan ini berdasarkan kepada
firmanNya:

.‫َوالَ يُ ِح ْيطُْو َن بِ ِه ِعل ًْما‬


"Sedangkan ilmu mereka tidak dapat meliputi ilmuNya".
.Taha, 20:110
Manusia tidak akan mengetahui yang ghaib jika tidak diberi tahu atau
dikhabarkan oleh Allah melalui wahyuNya, atau diceritakan oleh Rasulnya melalui
sabdanya. Maka bagaimanakah mereka mampu mengetahui akan hakikat sifat-sifat
dan zat Allah yang semuanya itu adalah persoalan yang ghaib. Sebenarnya hanya
Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya yang berkaitan dengan segala keghaiban
sebagaimana firmanNya:

.‫ضى ِم ْن َر ُس ْو ٍل‬ ِ ِ ‫َعالِ ُم الْغَْي‬


َ َ‫ب فَالَ يُظْ ِه ُر َعلَى غَْيبِ ِه اَ َح ًدا االَّ َم ِن ْارت‬
"Dia adalah Tuhan Yang Maha Mengetahui yang ghaib. Maka Dia tidak
memperlihatkan kepada seseorang pun tentang yang ghaib itu. Kecuali kepada
rasul yang diredhaiNya".
.Al-Jin, 72:26-27
Ayat di atas menjelaskan bahawa Rasulullah juga tidak mengetahui apa yang
berada dan terjadi di alam ghaib, termasuklah yang terdapat di Loh al-Mahfuz serta
apa yang ditulis dengan qalam, kecuali setelah dikhabarkan oleh Allah kepada
baginda sebagaimana diungkapkan dalam syair Al-Bushairi:

‫ض َّر ُت َها‬ ُّ ‫فَِا َّن ِم ْن ُج ْو ِد َك‬


َ ‫الد ْنيَا َو‬
‫ْم اللُّ ْو ِح َوالْ َقلَ ِم‬ ِ َ ‫وِمن علُو ِم‬
ُ ‫ك عل‬ ُْ ْ َ
"Sesungguhnya kedermawanMu terhadap dunia dan kemudaratannya # Dan
bahagian (termasuk) dari ilmuMu adalah ilmu Loh al-Mahfuz dan ilmu al-
Qalam. 221

221. Lihat: ‫ اركان االسالم وااليمان‬Muhammad bin Jamil Zinu.

186
Ketidak-tahuan atau kejahilan seseorang tentang keadaan alam ghaib telah
dikhabarkan oleh Allah dalam beberapa ayat al-Quran:

.‫ب الَ َي ْعلَ ُم َها اِالَّ ُه َو‬


ِ ‫َو ِع ْن َدهُ َم َفاتِْي ُح الْغَْي‬
"Dan pada sisi Allah sahaja kunci-kunci semua yang ghaib. Tidak ada
yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri".
.Al-An'am, 6:59

.ُ‫ب اِالَّ اهلل‬ ِ ‫السمو‬


ِ ‫ات َواْالَ ْر‬
َ ‫ض الْغَْي‬
ِ
َ َ َّ ‫قُ ْل الَ َي ْعلَ ُم َم ْن فى‬
"Katakanlah! Tidak ada seseorang pun di langit dan di bumi yang
mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah".
.An-Naml, 27:65
Semua penjelasan di atas yang diiringi dengan dalil-dalil dari al-Quran dan
hadith-hadith yang sahih adalah kata pemutus. Ianya adalah wahyu yang
mengkhabarkan bahawa Allah bersemayan di 'ArasyNya yang berada di langit, maka
semua dalil-dalil tersebut adalah hujjah untuk menolak alasan mereka yang
mengharamkan seseorang dari bertanya "Di mana Allah berada?" atau (‫" )اَيْنِيَّة اهلل‬Di
mananya Allah".

Bertanya kepada seseorang "Di mana Allah" untuk memastikan akidahnya


adalah sunnah, kerana Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam sendiri pernah
bertanya kepada seorang hamba perempuan dengan pertanyaan: "Di mana Allah?".
Berdasarkan hadith ini, maka siapakah yang lebih berhak diikuti dan wajib dijadikan
contoh jika bukan Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam, baginda tidak
pernah mengikut hawa nafsunya apabila memperkatakan atau menjelaskan sesuatu
tentang agama Allah. Oleh itu, seseorang yang bertanya "Di mana Allah?" tidak
boleh dihukum sesat atau menyalahi sunnah.

Pendapat, pandangan dan kepercayaan ahli bid'ah terutama yang digelar Ahli
al-Ahwa (ahli hawa nafsu) wajib ditolak dan ditinggalkan jika ia enggan menjadikan
Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam sebagai ikutan, contoh dan Rasul yang
wajib ditaati dalam semua perkara yang berhubung dangan agama, terutama tentang
penentuan di mana Allah sebagaimana yang telah diterangkan oleh Rasulullah
sallallahu 'alaihi wa-sallam di mana sebenarnya Allah berada.

Dalam hal ini, Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam telah memberi
peringatan yang tegas kepada mereka-mereka yang mengaku beriman tetapi masih
enggan mengikuti contoh dan mentaati baginda dalam segala persoalan dan urusan

187
agama, sama ada yang berkaitan dengan persoalan akidah, ibadah atau mu'amalah.
Baginda bersabda:

‫اعنِى‬
َ َ‫ َم ْن اَط‬: ‫ال‬ ِ ‫ُك ُّل اَُّمتِي ي ْد ُخلُو َن الْجنَّةَ اِالَّ من اَبى قَالُوا ومن ياْب يا رسـو َل‬
َ َ‫اهلل ؟ ق‬ ُْ َ َ َ َ ْ ََ ْ َ ْ َ َ ْ َْ
.‫صانِ ْي َق َق ْد اَبَى‬ ِ ‫َد َخل ال‬
َ ‫ْجنَّة َو َم ْن َع‬
َ َ
"Setiap ummatku semuanya akan masuk syurga kecuali sesiapa yang
menolak. Mereka bertanya, siapakah yang menolak wahai Rasulullah?
Baginda bersabda: Sesiapa yang mentaati aku dia masuk syurga dan sesiapa
bermaksiat (menentangku) maka dia telah menolak". 222

Firman Allah:

‫الر ُس ْـو َل ِم ْن بَ ْـع ِد َما َتَبيَّ َن لَهُ ال ُْه َدى َو َيتَّبِ ْع غَْي َر َسبِْي ِل ال ُْم ْؤ ِمنِْي َن ُن َولِّ ِه َما‬
َّ ‫شـاقِ ِق‬
َ ُ‫َو َم ْن ي‬
ِ ‫تم‬
.‫ص ْي ًرا‬ ِ ِ ُ‫َتولَّى ون‬
َ ْ ‫آء‬ َ ‫َّم َو َس‬
َ ‫صله َج َهن‬ ْ َ َ
"Dan sesiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan
mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin. Kami biarkan ia
leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia
ke dalam Jahanam dan Jahanam itu seburuk-buruk tempat kembali".
.An-Nisa', 4:115
Kesimpulannya: Bahawa segala apa yang telah dijelaskan (di atas), adalah
berlandaskan al-Quran, as-Sunnah yang sahih dan mengikut panduan para Salaf as-
Soleh radiallahu 'anhum, mereka sekalian beriman dengan segala apa yang telah
dikhabarkan oleh Allah tentang diriNya di dalam kitabNya, dan beriman dengan
segala apa yang telah dijelaskan oleh RasulNya tentangNya. Mereka beriman dengan
keimanan yang selamat, iaitu tidak dilakukan pada sifat, zat dan nama-namaNya
tahrif, ta'til, takyyif dan tamsil. 223

Dan Imam Ahmad rahimahumullah pula berkata:

"Tidak diharuskan mensifatkan Allah kecuali dengan apa yang telah


disifatkanNya sendiri oleh diriNya atau dengan apa yang telah disifatkan oleh
RasulNya dan tidak pula melampaui batasan al-Quran dan al-Hadith". 224

222. H/R Bukhari no. 782.


223. Lihat: ‫ شرح العقيدة الوسطية‬hlm. 21. Ibn Taimiyah.
224. Ibid.

188
Rukun Iman Kedua:
BERIMAN KEPADA MALAIKAT

Setelah mengimani rukun iman yang pertama dan segala penjelasannya, iaitu
beriman kepada Allah yang berasaskan kepada tauhid uluhiyah, tauhid rububiyah dan
tauhid asma was-sifat, maka prinsip atau rukun iman yang kedua ialah percaya atau
beriman secara umum akan wujudnya para malaikat, beriktikad dengan keyakinan
yang kuat bahawa Allah memiliki para malaikat yang merupakan hamba-hambaNya
yang taat setia (patuh) dan dimuliakan. Segala apapun yang diperintahkan kepada
mereka, mereka laksanakan dengan sempurna. Mereka sentiasa bertasbih siang dan
malam tanpa henti. Firman Allah:

َ ‫سبِّ ُح ْو َن الَّْي َل َوالن‬


.‫َّه َار الَ َي ْفَت ُر ْو َن‬ َ ُ‫ي‬
Mereka (para malaikat) sentiasa bertasbih malam dan siang tiada henti-
hentinya".
.Al-Anbia', 21:220
Jamak bagi kalimah malaikat ialah malak: "‫ك‬ ٌ َ‫ اَل َْمالَئِ َكةُ " جمع َمل‬Ia berasal dari
kalimah: ُ‫ اَْالَل ُْو َكة‬yang bermakna "risalah". Boleh juga dijamakkan kalimah tersebut
kepada malaaik atau malaikatٌ‫ك َو َمالَئِ َكة‬
ٌ ِ‫ َمالَئ‬:.

Seseorang yang tidak mempercayai akan wujudnya para malaikat, bererti ia


tidak beriman kepada Allah, kitab-kitabNya, para nabiNya, para rasulNya dan hari
akhirat, yakni samalah juga seperti ia tidak percaya kepada agama Islam secara
keseluruhannya yang syumul. Ia dihukum kufur. Ini adalah kerana ilmu pengetahuan
yang berkaitan dengan ketuhanan, kenabian, akhirat dan hukum ahkam telah
disampaikan oleh Allah kepada para rasulNya melalui perantaraan malaikat Jibril
'alaihissalam. Yang mana semuanya itu pada masa ini telah terkumpul di dalam
sebuah kitab suci yang dinamakan al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad
salallahu 'alai wa-sallam.

Maka jika sekiranya seseorang itu menafikan akan adanya malaikat, bermakna
ia juga tidak percaya akan kesempurnaan ad-din, mustahil pula boleh mempercayai
akan adanya malaikat Jibril dan para malaikat lain yang mana semua mereka telah
dicipta oleh Allah Subhanahu wa-Ta'ala sebelum manusia dijadikan.

Di bawah ini dibawakan beberapa nas dari al-Quran dan hadith-hadith sahih
yang memperkatakan tentang wujudnya malaikat, tugas-tugas dan kejadian mereka.
Allah berfirman:

.ً‫ض َخلِ ْي َفة‬ ِ ‫ك لِلْمالَئِ َك ِة اِنِّى ج‬


ِ ‫اع ٌل فِى اْالَ ْر‬ َ َ‫َواِ ْذ ق‬
َ ْ َ َ ُّ‫ال َرب‬
"Ingatlah! Ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat:
Sesungguhnya Aku akan menjadikan khalifah di permukaan bumi".
.Al-Baqarah , 2:30
Adalah wajib mengimani akan wujudnya para malaikat sebagaimana
berimannya para rasul, nabi dan sekalian orang-orang mukmin. Perkara ini telah
ditegaskan oleh Allah Subhanahu wa-Ta'ala di dalam al-Quran dan juga telah
disabdakan oleh Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam:

ِ ِ‫الرسو ُل بِمآ اُنْ ِز َل اِلَْي ِه ِمن ربِِّه والْم ْؤ ِمُنو َن ُكلٌّ ءامن ب‬
‫اهلل َو َمالَئِ َكتِ ِه َو ُكتُبِ ِه َو ُر ُسلِ ِه‬ َََ ْ ُ َ َ ْ َ ْ ُ َّ ‫َء َام َن‬
ِ
.‫ص ْي ُر‬ ِ ‫ك الْم‬
َ َ ‫ك َر َّبنَا َوالَْي‬ َ َ‫الَ ُن َف ِّر ُق َبْي َن اَ َح ٍد ِّم ْن ُّر ُسلِ ِه َوقَالُ ْوا َس ِم ْعنَا َواَطَ ْعنَا غُ ْف َران‬
"Rasul telah beriman kepada al-Quran yang telah diturunkan kepadanya
dari Tuhannya, demikian juga orang-orang yang beriman. Semua mereka
beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya dan rasul-
rasulNya. (Mereka mengatakan): Kami tidak membeza-bezakan antara
seseorangpun (dengan yang lain) dari rasul-rasulnya. Mereka mengatakan:
Kami dengar dan kami taati. (mereka berdoa): Ampunilah kami ya Tuhan
kami dan kepada Engkaulah tempat kembali!".
.Al-Baqarah, 2:285

‫َّاس فَاَتَاهُ ِج ْب ِريْ ُل‬ِ ‫صلَّىاهللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم بَا ِر ًزا َي ْو ًما لِلن‬
َ ‫ َكا َن النَّبِ ُّى‬: ‫ال‬َ َ‫َع ْن اَبِى ُه َر ْي َرةَ ق‬
‫اهلل َو َمالَئِ َكتِ ِه َوبِلِ َقائِِه َو ُر ُسلِ ِه َو ُت ْؤ ِم َن‬
ِ ِ‫ اَ ِاليْما ُن اَ ْن ُت ْؤ ِمن ب‬: ‫ال‬
َ َ
ِ ‫ م‬: ‫ال‬
َ َ‫اااليْ َما ُن ؟ ق‬ َ َ ‫َف َق‬
ِ ‫بِالْب ْع‬
.‫ث‬ َ
"Dari Abu Hurairah berkata: Pernah di suatu hari Nabi sallallahu 'alaihi
wa-sallam menemui orang-orang awam, maka baginda didatangi oleh Jibril,
kemudian baginda ditanya: Apakah iman itu? (Nabi) menjawab: Iman itu
ialah beriman kepada Allah, kepada para malaikatNya, hari pertemuanNya,
para rasul-rasulNya dan beriman dengan hari kebangkitan". 225

Sesiapa yang tidak beriman dengan wujudnya malaikat, yang mana keimanan
terhadap malaikat ini merupakan keimanan yang langsung ada hubung-kaitnya dengan
segala yang ghaib (keimanan terhadap alam ghaib), ia dihukum kafir (tidak beriman)

225. H/R Bukhari.

190
dan telah sesat dari kebenaran agama Islam sehingga menuju ke arah kesesatan yang
jauh. Firman Allah Subhanahu wa-Ta'ala:

ِ ‫اب الَّ ِذي َن َّز َل َعلَى رسولِ ِه وال‬


ِ َ‫ْكت‬
‫اب‬ ِ َ‫ْكت‬ ِ ‫اهلل ورسولِ ِه وال‬ ِ ِ ِ ِ َّ
َ ُْ َ ْ َ ْ ُ َ َ ‫يَآاَُّي َهاالذيْ َن َء َامُن ْوا َءامُن ْوا ب‬
ِ
َ ‫اهلل َو َمالَئِ َكتِ ِه َو ُكتُبِ ِه َو ُر ُسلِ ِه َوالَْي ْوم اْالَ ِخ ِر َف َق ْد‬
‫ض َّل‬ ِ ِ‫الَّ ِذى اَْنز َل ِمن َقْبل ومن ي ْك ُفر ب‬
ْ َ ْ ََ ُ ْ َ
.‫ضالَالً بَِع ْي ًدا‬
َ
"Wahai orang-orang yang beriman! Tetaplah beriman kepada Allah dan
RasulNya dan kepada kitab yang Allah turunkan kepada rasulNya. Sesiapa
yang kafir (tidak beriman) kepada Allah, para malaikatNya, para RasulNya
dan hari kemudianNya, maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-
jauhnya".
.An-Nisa', 4:136

‫اهلل َوالَْي ْوِم‬


ِ ِ‫ب ولَ ِك َّن الْبِ َّر من ءامن ب‬
َََ َْ
ِ ِ ُّ ِ ‫لَْي‬
َ ِ ‫س الْب َّر اَ ْن ُت َول ْوا ُو ُج ْو َه ُك ْم قبَ َل ال َْم ْش ِرق َوال َْم ْغ ِر‬
َ
.‫اب َوالنَّبِِّيْي َن‬ ِ ‫اْالَ ِخ ِر والْمالَئِ َك ِة وال‬
ِ َ‫ْكت‬ َ َ َ
"Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur atau barat itu
merupakan suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah
beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab dan nabi-
nabi".
.Al-Baqarah, 2 :177
Menurut beberapa riwayat yang mutawatir dari nas-nas al-Quran dan as-
Sunnah, bilangan malaikat itu ramai, hanya Allah sahaja yang tahu jumlah mereka
yang sebenar. Mereka bertasbih siang dan malam tanpa berhenti. Mereka
melaksanakan tugas masing-masing sesuai dengan yang diperintahkan oleh Allah,
maka setiap mukmin wajib mengimani secara (‫" )تفصيل‬terperinci" para malaikat yang
namanya disebutkan oleh Allah, adapun yang tidak disebut namanya, wajib
mengimaninya secara (‫" )اجمال‬global".

Dalil yang menunjukkan ramainya bilangan malaikat terdapat di dalam al-


Quran, di mana Allah pernah mengirim ribuan malaikat untuk menolong para
mujahidin dalam peperangan Badar. Allah berfirman:

.‫ف ِّم َن ال َْمالَئِ َك ِة ُم ْن َزلِْي َن‬


ٍ َ‫اِ ْذ َت ُقو ُل لِلْم ْؤ ِمنِين اَلَن ي ْك ِفي ُكم اَ ْن ي ِم َّد ُكم ربُّ ُكم بِثَالَثَِة ءاال‬
َ ْ َ ْ ُ ْ ْ َ ْ َْ ُ ْ

191
"(Ingatlah) ketika kamu mengatakan kepada orang-orang yang beriman:
Apa tidak cukup bagi kamu Allah membantu kamu dengan tiga ribu malaikat
yang diturunkan (dari langit)?".
.Ali Imran 3:124
Menurut Ibn Kathir:

"(Maksud) ribuan malaikat di ayat ini tidak semestinya tepat-tepat tiga


ribu, malah ia boleh mencapai lebih dari angka tersebut".

192
Kejadian Para Malaikat

Allah mencipta para malaikat dari nur (cahaya). Ia boleh merubah


(menukarkan) dirinya dari bentuknya yang asli kepada berbagai-bagai keadaan dan
rupa bentuk yang baik dan sempurna. Sabda Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-
sallam:

.‫خلق ال َْمالَئِ َكةَ ِم ْن ُن ْو ٍر‬


َ
"Dijadikan malaikat dari cahaya". 226

ُ َ‫َّل لِي ال َْمل‬


.‫ك اَ ْحيَانًا َر ُجالً َفيُ َكلِّ ُمنِ ْي‬ ُ ‫َيتَ َمث‬
"Kadang kala malaikat menjelma sebagai seorang lelaki dan berkata-kata
kepadaku". 227

Para malaikat adalah makhluk yang mulia. Antara mereka ada yang paling
dimuliakan dan mempunyai kedudukan yang tinggi. Ada pula dari kalangan malaikat
yang hampir (terdekat) kepada Allah Subhanahu wa-Ta'ala seperti Jibril, Mikail,
Israfil, 'Izrail dan ada pula yang memikul 'Arasy Allah sebagaimana firmanNya:

.‫ف ال َْم ِس ْي ُح اَ ْن يَ ُك ْو َن َع ْب ًدا لِلَّ ِه َوالَ ال َْمالَئِ َكةُ ال ُْم َق َّر ُب ْو َن‬
َ ‫لَ ْن يَ ْسَت ْن ِك‬
"Al-Masih sekali-kali tidak enggan menjadi hamba bagi Allah dan tidak
(pula enggan) malaikat-malaikat yang terdekat (kepada Allah)".
.An-Nisa', 4:172
.ٌ‫ك َف ْو َق ُه ْم َي ْو َمئِ ٍذ ثَ َمانِيَّة‬ ِ
َ ‫ك َعلَى اَ ْر َجآئ َها َويَ ْح ِم ُل َع ْر‬
َ ِّ‫ش َرب‬ ُ َ‫َوال َْمل‬
"Dan malaikat-malaikat berada di penjuru langit. Dan pada hari itu
delapan orang malaikat menjunjung 'Arasy Tuhanmu di atas (kepala) mereka".
.Al-Haaqqah, 69:17

226. H/R Muslim.


227. H/R Bukhari.
Para Malaikat Maksum Dan Tidak Berjantina

Para malaikat adalah makhluk yang maksum, mereka terpelihara dari segala
dosa sehingga tidak pernah salah, silap dan tidak akan melakukan apapun bentuk
maksiat terhadap Allah Subhanahu wa-Ta'ala.

Para malaikat dicipta semata-mata hanya untuk beribadah dan mentaati Allah
Subhanahu wa-Ta'ala. Para malaikat sentiasa mematuhi perintah Allah,
menyempurnakan segala amanah yang diberikan kepada mereka dan melaksanakan
dengan penuh ketaatan segala tugas-tugas yang telah dikhususkan kepada mereka.
Firman Allah:

.‫َوال َْمالَئِ َكةُ َو ُه ْم الَ يَ ْستَ ْكبِ ُر ْو َن‬


"Dan para malaikat itu tidak menyombongkan diri".
.An-Nahl, 16:49
.‫سبِّ ُح ْو َن بِ َح ْم ِد َربِّ ِه ْم‬ ِ ‫آفْي َن ِم ْن َح ْو ِل ال َْع ْر‬
َ ُ‫ش ي‬ ِّ ‫َوَت َرى ال َْمالَئِ َكةَ َح‬

"Dan kamu (Muhammad) akan melihat para malaikat berlingkar di


sekeliling 'Arasy, mereka bertasbih sambil memuji Tuhan mereka".
Az-Zumar, 39:5
ِ ‫يااَُّيها الَّ ِذين ءامُنوا ُقوا اَْن ُفس ُكم واَ ْهلِي ُكم نَارا و ُقو ُدها النَّاس وال‬
ٌ‫ْح َج َارةُ َعلَْي َها َمالَئِ َكة‬ َ ُ َ ْ َ ً ْ ْ َْ َ ْ ْ َ َ َْ َ َ
ِ ٌ َ‫ِغال‬
ُ ‫ظ ش َدا ٌد الََّي ْع‬
.‫ص ْو َن اهللَ َمآاََم َر ُه ْم َو َي ْف َعلُ ْو َن َم ُاي ْؤ َم ُر ْو َن‬
"Hai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari
api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya
malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah
terhadap apa yang diperintahkan kepada mereka dan tetap mengerjakan apa
yang diperintahkan".
.At-Tahrim, 6:66
Di dalam al-Quran, Allah Subhanahu wa-Ta'ala telah menyangkal dakwaan
orang-orang kafir bahawa para malaikat itu berjantina kerana pada hakikatnya para
malaikat itu bukanlah dari jenis perempuan sebagaimana yang mereka sangkakan.

Para malaikat bukan juga dari jenis lelaki. Manusia tidak dapat melihat
malaikat kecuali jika ia memperlihatkan dirinya. Malaikat pernah dilihat oleh para
sahabat diketika turun menemui Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam yang
menyerupakan dirinya sebagai seorang lelaki. Dan tidak pula para malaikat itu dari
jenis khunsa atau bersifat khunsa (bapuk atau pondan). Kenyataan ini terdapat
penjelasannya melalui al-Quran atau hadith-hadith yang sahih. Firman Allah:
ِ ِ
‫اد ُت ُه ْم‬ ُ َ‫الر ْح َم ِن انَاثًا اَ َش ِه ُد ْوا َخ ْل َق ُه ْم َستُ ْكت‬
َ ‫ب َش َه‬ ُ َ‫َو َج َعلُوا ال َْمالَئِ َكةَ الَّ ِذيْ َن ُه ْم عب‬
َّ ‫اد‬
.‫َويُ ْسَئلُ ْو َن‬

"Dan mereka (orang-orang kafir) menjadikan (mendakwa) para malaikat


yang (sentiasa) menghambakan diri mereka kepada (Allah) Yang Maha
Pemurah sebagai orang-orang perempuan. Adakah mereka melihat
penciptaan para malaikat tersebut? Kelak akan dituliskan persaksian mereka
dan mereka dimintai pertanggung-jawabkan".
Az-Zukhruf, 43:19

Walaupun malaikat mempunyai kehebatan, kekuatan dan kebolehan yang


tersendiri, namun para malaikat tidak memiliki keistimewaan, kuasa atau kebebasan
untuk melakukan sesuatu mengikut sesuka mereka, kerana para malaikat telah
dipikulkan amanah yang tertentu dan diberi tugas masing-masing oleh Allah
Subhanahu wa-Ta'ala. Mereka adalah makhluk yang taat, amanah dan tidak pernah
melanggar atau mengingkari perintah Allah. Firman Allah:

ِ ‫اع ثَ َّم اَِمي ٍن وما ص‬


‫احبُ ُك ْم‬ َ ََ ْ ِ ‫ ِذى ُق َّو ٍة ِعْن َد ِذى ال َْع ْر‬. ‫اِنَّهُ لََق ْو ُل َر ُس ْـو ٍل َك ِريْ ٍم‬
ٍ َ‫ش َم ِك ْي َن ُمط‬
.‫بِ َم ْجُن ْو ٍن‬

"Sesungguhnya al-Quran itu benar-benar firman (Allah yang dibawa oleh)


utusan yang mulia (malaikat Jibril). Yang mempunyai kekuatan, yang
mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah yang memiliki 'Arasy. Yang
ditaati (di alam malaikat) lagi dipercaya dan temanmu (Muhammad) itu
bukanlah sekali-kali orang yang gila".
.At-Takwir, 81:19-21
Kenyataan ini juga menolak kepercayaan beberapa golongan tertentu yang
masih berpegang kepada fahaman jahiliah, terutamanya golongan tarikat
kesufian/tasawuf yang mendakwa bahawa mereka atau syeikh-syeikh mereka boleh
memanggil beberapa jin dan malaikat ke majlis-majlis zikir mereka, boleh meminta
pertolongan dan syafaat. Kononnya mereka juga boleh menyuruh para malaikat
melakukan sesuatu untuk mereka melalui, iaitu melalui seruan atau bertawassulkan
(berperantaraan) dengan zikir-zikir tertentu yang telah mereka amalkan.

Sehingga (kononnya) mereka boleh menjadikan para malaikat sebagai khadam


(orang suruhan) yang tunduk kepada kehendak mereka. Mereka mendakwa bahawa
para malaikat sanggup melakukan kerja-kerja untuk mereka dengan penuh ketaatan,

195
misalnya sebagai penjaga diri (keselamatan), menjaga anak-anak dan isteri (keluarga)
serta memelihara harta benda mereka dari kecurian dan kecelakaan.

Segala khurafat, khayalan dan pembohongan yang direka-cipta dan diada-


adakan oleh golongan tarikat sufi/tasawuf ini amat keterlaluan dan semua penipuan
mereka itu dapat kita bantah, tolak dan batalkan dengan nas al-Quran sebagaimana
firman Allah yang menyangkal kepercayaan mereka:

‫اعُت ُه ْم َش ْـيئًا اِالَّ ِم ْن َب ْع ِد اَ ْن يَاْذَ َن اهللُ لِ َم ْن‬ ِ ‫السماو‬


َ ‫ات الَ ُت ْغنِ ْي َشـ َف‬ ِ ٍ
َ َ َّ ‫َو َك ْم ِّم ْن َّملَك فى‬
.‫ضى‬َ ‫شآءُ َو َي ْر‬ َ َ‫ي‬
"Dan berapa ramaikah para malaikat di langit yang tidak mampu memberi
apa-apapun syafaat kepada mereka, kecuali setelah diberi keizinan oleh Allah
dan diberi keredhaan".
.An-Najm, 53:26

196
Perbezaan Malaikat Dengan Sekalian Makhluk

Kelainan dan perbezaan para malaikat dengan makhluk-makhluk yang lain


ialah malaikat tidak dihinggapi penyakit atau merasai sakit, lapar, haus, mengantuk
dan sifat-sifat lemah yang lain.

Sebagaimana yang dinyatakan tadi, malaikat diciptakan hanya semata-mata


untuk mentaati dan beribadah kepada Allah Subhanahu wa-Ta'ala. Allah telah
menceritakan keadaan malaikat di dalam al-Quran:

. ‫ادتِِه َوالَ يَ ْستَ ْح ِس ُر ْو َن‬ ِ ِ ِ ‫السمو‬ ِ


َ َ‫ض َو َم ْن ع ْن َدهُ الَ يَ ْسـتَ ْكبِ ُر ْو َن َع ْن عب‬ ِ ‫ات َواْالَ ْر‬ َ َ َّ ‫َولَهُ َم ْن فى‬
َ ‫سبِّ ُح ْو َن الَّْي َل َوالن‬
.‫َّه َار الََي ْفُت ُر ْو َن‬ َ ُ‫ي‬
"Mereka tidak mempunyai rasa angkuh untuk menyembahNya dan tiada
(pula) merasa letih. Mereka sentiasa bertasbih malam dan siang tiada henti-
hentinya".
.Al-Ambia, 21:19-20

. ‫ض ِم ْن َدآبٍَة َوال َْمالَئِ َكةُ َو ُه ْم الَيَ ْستَ ْكبِ ُر ْو َن‬ ِ ‫ات َو َما فِى اْالَ ْر‬ ِ ‫السمو‬ ِ
َ َ َّ ‫َِوهلل يَ ْس ُج ُد َما فى‬
ِ
.‫يَ َخا ُف ْو َن َر َّب ُه ْم ِّم ْن َف ْو ِق ِه ْم َو َي ْف َعلُ ْو َن َم ُاي ْؤ َم ُر ْو َن‬
"Dan kepada Allah sahajalah bersujud segala apa yang berada di langit
dan semua makhluk yang melata di bumi dan (juga) para malaikat itu tidak
menyombongkan diri. Mereka takut kepada Tuhan mereka yang di atas mereka
dan melaksanakan apa yang diperintahkan (kepada mereka)".
.An-Nahl, 16:49-50

َ َ‫اع ِل ال َْمالَئِ َك ِة ُر ُسالً اُ ْولِى اَ ْجنِ َح ٍة َّم ْثنَى َوثُال‬


‫ث‬ ِ ‫ضج‬ ِ َّ ‫اط ِر‬
َ ِ ‫الس َم َوات َواْالَ ْر‬
ِ َ‫ِهلل ف‬
ِ ‫اَلْحم ُد‬
َْ
. ‫شآءُ اِ َّن اهللَ َعلَى ُك ِّل َش ْي ٍء قَ ِد ْي ٌر‬
َ َ‫اع يَ ِزيْ ُد فِى الْ َخل ِْق َما ي‬
َ َ‫َو ُرب‬
"Segala puji bagi Allah Pencipta langit dan bumi, Yang menjadikan
malaikat sebagai utusan-utasan (untuk mengurus berbagai-bagai urusan) yang
mempunyai sayap, masing-masing (ada yang) dua, tiga dan empat. Allah
menambahkan pada ciptaanNya apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya
Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu".
.Fathir, 35:1
Tugas-Tugas Malaikat

Para malaikat telah diberi tugas atau kerja-kerja yang berbagai-bagai bentuknya
yang merupakan ibadah dan ketaatan bagi mereka kepada Allah Subhanahu wa-
Ta'ala. Perkara ini telah dijelaskan oleh Allah di dalam al-Quran dan dikhabarkan
oleh Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam melalui sabda baginda. Antara
para malaikat yang disebut nama dan diceritakan tugas-tugas mereka ialah:

1- Jibril 'alaihis salam. Malaikat yang paling sibuk dan banyak kerjanya semasa
hidupnya para nabi dan rasul. Dinamakan juga Ruh al-Qudus, tugasnya
menyampaikan wahyu dari langit kepada para rasul Allah. Allah telah
menerangkan sifat-sifat Jibril di dalam al-Quran dan hadith-hadith yang sahih
sebagai malaikat yang kuat dan amanah:

ِ ‫ ِذ ْي َق َّو ٍة ِع ْن َد ِذي ال َْع ْر‬. ‫اِنَّهُ لََق ْو ُل َر ُس ْو ٍل َك ِريْ ٍم‬


.‫ش َم ِك ْي َن‬
“Sesungguhnya al-Quran itu benar-benar firman (Allah) yang dibawa oleh
utusan yang mulia (Jibril). Yang mempunyai kekuatan dan yang mempunyai
kedudukan yang tinggi di sisi Allah yang mempunyai 'Arasy".
.At-Takwir, 81:19-20

‫ح اْالَِم ْي ُن‬ ِّ ‫َواِنَّهُ لََت ْن ِزيْ ُل َر‬


ُّ ‫ب ال َْعالَ ِم ْي َن َن َز َل بِ ِه‬
ُ ‫الر ْو‬
"Dan sesungguhnya al-Quran ini benar-benarditurunkan oleh Tuhan
semesta alam, dia dibawa turun oleh Ar-Ruh Al-Amin (Jibril)".

.Asy Syu'ara', 26:192-193


2- Mikail, tugasnya ialah menurunkan hujan dan menumbuhkan tumbuh-
tumbuhan . 228

3- Israfil, ditugaskan meniup sangkakala apabila tiba Hari Kiamat. Jibril, Mikail 229

dan Israfil termasuk malaikat yang disebut namanya oleh Rasulullah sallallahu
'alaihi wa-sallam semasa baginda berdoa di tengah malam:

ِ ‫ َعالِ ُم الْغَْي‬، ‫ض‬ ِ ‫السمو‬ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ّ ‫اَللَّ ُه َّم ر‬


‫ب‬ ِ ‫ات َواْالَ ْر‬ َ َ َّ ‫ فَاط ِر‬، ‫ب ج ْب ِريْ َل َوم َكائ ْي َل َوا ْس َراف ْيل‬ َ
َ َ‫ اِ ْه ِدنِ ْي لِ َما ا ْخَتل‬، ‫اد َك ِفْي َما َكا ُن ْوا فِ ْي ِه يَ ْختَلِ ُف ْو َن‬
‫ف ِفْي ِه‬ ِ ‫ت تَح ُكم بين ِعب‬
َ َ ْ َ ُ ْ َ ْ‫ اَن‬، ‫ادة‬
ِ َ ‫الشه‬
َ َّ ‫َو‬
.‫اط ُم ْسَت َق ْي ٍم‬ٍ ‫صر‬ ِ ِ َ َ‫ك َت ْه ِدي من ت‬ ِ ِ‫ِمن الْح ِّق بِِا ْذن‬
َ َّ‫ ان‬، ‫ك‬
َ ‫شآء الَى‬ َْ ْ َ َ َ

228. Lihat: ‫تفسير ابن كثير‬. Jld. 1. Hlm. 186.


229. Ibid.
"Wahai Tuhan Jibril, Mikail dan Israfil! (Tuhan) Pencipta langit
dan bumi, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Engkaulah yang
menghukum antara hamba Engkau apabila berlaku apa yang mereka
perselisihkan. Tunjukilah aku apa yang diperselisihkan dengan kebenaran
dengan izin Engkau. Sesungguhnya Engkau memberi petunjuk sesiapa yang
Engkau kehendaki ke jalan yang lurus". 230

4- 'Izrail, ditugaskan mencabut nyawa yang dibantu juga dengan beberapa para
malaikat sebagaimana firman Allah:

.‫ت َت َو َّفْتهُ ُر ُسلُنَا َو ُه ْم الَُي َف ِّرطُْو َن‬


ُ ‫آءاَ َح َد ُك ُم ال َْم ْو‬ ِ
َ ‫َحتَّىا َذا َج‬
"Sehingga apabila datang kematian kepada salah seorang di antara kamu,
ia diwafatkan oleh malaikat-malaikat Kami dan malaikat-malaikat Kami itu
tidak melalaikan kewajipannya".
.Al-An'am, 6:61
5- Redhwan, ditugaskan menjaga syurga.

6- Para malaikat pembawa 'Arasy, sebagaimana yang telah dikhabarkan di dalam


firman Allah:

‫سبِّ ُح ْو َن بِ َح ْم ِد َربِّ ِه ْم َو ُي ْؤ ِمُن ْو َن بِ ِه َويَ ْسَتغْ ِف ُر ْو َن‬ ِ


َ ‫اَلَّذيْ َن يَ ْح ِملُ ْو َن ال َْع ْر‬
َ ُ‫ش َو َم ْن َح ْولَهُ ي‬
.‫لِلَّ ِذيْ َن َء َامُن ْوا‬
"(Malaikat-malaikat) yang memikul 'Arasy dan malaikat yang berada di
sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepadaNya
serta meminta ampun bagi orang-orang beriman".
.Al-Mukmin, 40:7
.ٌ‫ش َربِّ ِه ْم َي ْو َمئِ ٍذ ثَ َمانِيَة‬
َ ‫َويَ ْح ِم ُل َع ْر‬
"Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arasy Tuhanmu di
atas (kepala) mereka".
.Al-Haqqah, 69:17
7- Malaikat yang menjadi khadam syurga. Tidak diketahui bilangan mereka
yang sebenar kecuali oleh Allah Subhanu wa-Ta'ala. FirmanNya:

230. Ibid.

199
َّ ‫صَب ْرتُ ْم فَنِ ْع َم عُ ْقبَى‬
.‫الدا ِر‬ ٍ َ‫َوال َْمالَئِ َكةُ يَ ْد ُخلُ ْو َن َعلَْي ِه ْم ِم ْن ُك ِّل ب‬
َ ‫اب َسالَ ٌم َعلَْي ُك ْم بِ َما‬
"Sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua
pintu, (sambil mengucapkan): Salamun 'alaikum bima sabartum (keselamatan
atasmu berkat kesabaranmu). Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu".
.Ar-Ra'd, 13:23-24
8- Malik, mengetuai para malaikat yang menjaga neraka. Firman Allah:

ِ َ َ‫ض علَينا ربُّك ق‬


‫ْح ِّق َولَ ِك َّن اَ ْك َث َر ُك ْم‬ ِ ِ
َ ‫ال انَّ ُك ْم َّماك ُث ْو َن لََق ْد ج ْئنَا ُك ْم بَال‬ َ َ َ ْ َ ِ ‫ك لَِي ْق‬ُ ِ‫اد ْوا يَ َامال‬
ُ َ‫َون‬
.‫ْح ِّق َكا ِر ُه ْو َن‬ ِ
َ ‫لل‬
"Mereka berseru: Hai Malik! Biarlah Tuhanmu membunuh kami saja. Dia
menjawab: Kamu akan tetap tinggal (di neraka ini). Sesungguhnya Kami benar-
benar telah membawa kebenaran kepada kamu tetapi kebanyakan di antara kamu
benci pada kebenaran itu".
.Az-Zukhruf, 43:77-78
9- Al-Kiram al-Katibun yang tugasnya mencatit segala amalan manusia. Di
sebelah kanan mencatit amal kebaikan dan di sebelah kiri mencatit amal yang
berupa amal kejahatan. Firman Allah:

.‫َواِ َّن َعلَْي ُك ْم لَ َحافِ ِظ ْي َن كِ َر ًاما َكاتِبِْي َن َي ْعلَ ُم ْو َن َما َت ْف َعلُ ْو َن‬
"Padahal sesungguhnya bagi kamu ada (malaikat-malaikat) yang
mengawasi (pekerjaanmu) yang mulia (di sisi Allah) dan yang mencatit
(menulis pekerjaan-pekerjaanmu itu), mereka mengetahui apa yang kamu
kerjakan".
.Al-Infithar, 82:10-12
10- Malaikat yang ditugaskan untuk menjaga (memelihara/melindungi) manusia dari
gangguan jin, syaitan, bahaya dan sesuatu yang menakutkan. Firman Allah:

ِ ‫ات ِمن ب ْي ِن ي َديْ ِه وِمن َخل ِْف ِه ي ْح َفظُونَهُ ِمن اَ ْم ِر‬


.‫اهلل‬ ْ ْ َ ْ َ َ َ ْ ٌ َ‫لَهُ ُم َع ِّقب‬
"Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran,
di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah".
.Ar-Ra'd, 13:11
Berkata Mujahid:

200
"Manusia dijaga oleh malaikat semasa ia sedang tidur dan berjaga dari
kejahatan jin, manusia dan kecemasan". 231

11- Malaikat Munkar dan Nakir. Tugasnya ialah menyoal hamba-hamba yang
telah mati di dalam kubur. Ditanya tentang Tuhannya, agamanya dan Nabinya.
Sebagaimana yang diterangkan di dalam sabda Nabi Muhammad: "Siapa
Tuhanmu? Apa Agamamu? Dan siapa nabimu?"

12- Malaikat penjaga bukit-bukau dan gunung-gunung. Sebagaimana yang


kenyataannya terdapat di hadith riwayat Bukhari dan Muslim:

‫أطبق َعلَْي ِه ُم‬


َ ‫ت اَ ْن‬ َ ِ‫ال يَا ُم َح َّم ُد ذَل‬
َ ‫ك ِفْي َم ِش ْئ‬ َ ‫سلَّ َم َعلَ َّي َف َق‬
َ َ‫ْجبَ ِل ف‬ ُ َ‫ادانِي َمل‬
َ ‫ك ال‬ َ َ‫َفن‬
......‫شبِْي َن‬
َ ‫اْالَخ‬
"Maka malaikat gunung memanggilku lalu memberi salam dan berkata:
Wahai Muhammad! Akan dipatuhi kehendakmu, jika engkau menghendaki
membalikkan (gunung) ke atas mereka untuk dihancurkan". 232

231. Lihat: Tafsir Ibn Kathir, jld. 2. Hlm. 503.


232. Lihat: ‫ اللؤلؤ والمرجان‬Jld. 2. Hlm. 227.

201
Rukun Iman Ketiga:
BERIMAN KEPADA AL-KITAB

Kitab bererti "Yang tertulis". Maksud diwajibkan beriman dengan al-Kitab


ialah beriman kepada semua kita-kitab yang telah diturunkan oleh Allah kepada para
rasulNya terutamanya al-Quran. Iaitu mengimani sepenuhnya bahawa al-Quran
adalah kitab yang termulia yang datangnya dari Allah. Ia diturunkan sebagai rahmat
dan hidayah agar manusia hidup bahagia di dunia dan di akhirat setelah ia beriman
dan mengamalkan isi kandungannya. Segala isinya dipenuhi kebenaran sebagaimana
firman Allah:

.‫اب َو ُم َه ْي ِمنًا َعلَْي ِه‬


ِ َ‫ْكت‬ ِ َ ‫واَْنزلْنَا اِلَي‬
ِ ‫ْكتَاب بِالْح ِّق مص ِّدقًا لِما بين ي َدي ِه ِمن ال‬
َ ْ َ َ ْ َ َ َ ُ َ َ ‫ك ال‬ ْ َ َ
"Dan Kami telah turunkan kepadamu al-Quran dengan membawa
kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya iaitu kitab-kitab (yang
diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lainnya".
.Al-Maidah, 5:48
Seluruh kitab sebelum al-Quran telah mengalami perubahan dan
penyelewengan, oleh itu kita diwajibkan berittiba' (mengikuti) hanya dengan al-Quran
dan tidak dibolehkan berittiba' dengan kitab-kitab sebelumnya.
Adapun beriman kepada al-Kitab bermaksud:

"Meyakini dengan sebenar-benarnya bahawa Allah memiliki kitab-kitab


yang diturunkan kepada para RasulNya".

Kitab Allah merupakan KalamNya (firman atau ucapanNya) yang diturunkan


kepada para rasulNya dan bukan makhluk. Ia berasal dariNya dan akan kembali
kepadaNya.

Menurut Syeikh Muhammad bin Soleh Al-Uthaimin di dalam bukunya


"Syarah Usul Al-Iman", beriman kepada kitab-kitab meliputi enam perkara:

1. Mengimani bahawa setiap kitab (yang diturunkan) adalah dari sisi Allah 'Azza
wa-Jalla.
2. Mengimani semua nama-nama kitab tersebut sesuai dengan apa yang di ketahui
seperti al-Quran kitab yang diturunkan kepada Muhammad sallallahu 'alaihi wa-
sallam, Kitab Taurat diturunkan kepada Musa 'alaihisallam, Injil
diturunkan kepada Isa 'alaihisallam, Zabur kitab yang diturunkan kepada Daud
'alaihisallam dan beberapa kitab lain yang telah diturunkan kepada para nabi dan
rasul.

4. Membenarkan setiap yang dikhabarkan oleh Al-Quran tentang berita kitab-kitab


sebelum al-Quran yang telah menyimpang dan sebagainya.
5. Sentiasa mengamalkan, menerima dan redha terhadap hukum-ahkamnya baik
yang difahami hikmahnya atau yang belum difahami.

Tidak ada seorang pun yang mengetahui jumlah sebenar kitab-kitab yang telah
diturunkan selain Allah. Allah telah menamakan wahyuNya yang diturunkan kepada
Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam dan Rasul-RasulNya sebelum baginda
dengan nama al-Kitab. Setiap orang yang beriman dengannya diwajibkan
melaksanakan berbagai perintah dan kewajiban serta menjauhi berbagai-bagai
larangan yang terdapat di dalamnya.

Kalimah al-Kitab berulang kali disebut di dalam al-Quran. Antaranya ialah


firman Allah:

.‫ْمت َِّق ْي َن‬ ِ َ ِ‫ذَل‬. ‫الـم‬


ِ ِ ‫ْكتَاب الَري‬
ُ ‫ب ف ْيه ُه ًدى ِلل‬
َ ْ َ ُ ‫ك ال‬
"Alif Lam Mim, itulah al-Kitab (al-Quran) yang tiada syak di dalamnya
sebagai petunjuk bagi mereka yang inginkan ketakwaan".
.Al-Baqarah, 2:1-2

. ‫اب‬ ِ َ ‫هو الَّ ِذى اَْنز َل َعلَي‬


َ َ‫ك الْكت‬ ْ َ َُ
"Dialah (Allah) yang menurunkan kepada engkau (Ya Muhammad!) Al-
Kitab (al-Quran)".
.Ali Imran, 3:7

.ً‫اب تِْبيَانًا لِ ُك ِّل َش ْي ٍء َو ُه ًدى َو َر ْح َمة‬ ِ َ ‫و َن َّزلْنَا َعلَي‬


َ َ‫ك الْكت‬ ْ َ
"Kami turunkan kepadamu (ya Muhammad!) Al-Kitab (al-Quran) untuk
menjelaskan segala sesuatu sebagai petunjuk dan rahmah".
.An-Nahal, 16:89
Semua kitab-kitab yang telah diturunkan oleh Allah kepada para nabi dan
rasulNya dipenuhi dengan kebenaran (al-Hak) yang tidak boleh diragukan, kerana
tidak ada sedikitpun kebatilan di dalamnya. Firman Allah:

.‫ك فَالَ تَ ُك ْونَ َّن ِم َن ال ُْم ْمتَ ِريْ َن‬


َ ِّ‫ْح ُّق ِم ْن َّرب‬
َ ‫اَل‬
"Kebenaran (al-Quran) itu dari Tuhanmu, maka janganlah engkau menjadi
golongan orang yang ragu".
.Al-Baqarah, 2:147

203
.‫اط ُل ِم ْن َبْي ِن يَ َديْ ِه َوالَ ِم ْن َخل ِْف ِه َت ْن ِزيْ ٌل ِم ْن َح ِك ْي ٍم َح ِم ْي ٍد‬
ِ ‫الَياْتِي ِه الْب‬
َ َْ
"Yang tidak datang kepadanya kebatilan baik dari depan mahu pun dari
belakang, yang diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana lagi Maha
Terpuji".
.Fusilat, 41:42
Setiap mukmin wajib mengimani bahawa wahyu telah terputus (tidak akan
turun lagi) semenjak wafatnya Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam, kerana
baginda adalah Nabi dan Rasul penutup (terakhir), orang yang tidak berkeyakinan
demikian adalah kafir. Di antara nama-nama wahyu atau Kalam Allah yang telah
diturunkan kepada para rasulNya, sama ada yang telah dimansuhkan atau yang masih
terjaga (terpelihara seperti al-Quran) ialah:

204
AL KITAB

Ahli Sunnah wal-Jamaah beriktikad wajibnya bagi setiap muslim beriman


dengan keseluruhan kitab yang telah diturunkan oleh Allah. Al-Kitab (‫اب‬ ِ
ٌ َ‫)اَلْكت‬ 233

jamaknya ialah al-kutub (‫ب‬ ِ


ُ ُ‫ )اَلْ ُكت‬yang berasal dari kalimah "Kitaabun" (‫اب‬
ٌ َ‫ )كت‬yang
bererti: "Sesuatu yang tertulis, yang ditulis atau kumpulan kata-kata yang tertulis".
Firman Allah:

ِ َ‫ك ُمبَ َار ٌك لِيَ َّد َّبر ْوا َءايَاتِِه َولِيَتَ َذ َّكراُْولُْوا اْالَلْب‬
.‫اب‬ ِ ِ
َ ُ َ ‫اب اَْن َزلْنَاهُ الَْي‬
ٌ َ‫كت‬
"Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan
berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatNya dan supaya mendapat
pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran".
.Saad, 38:29
.‫اق بَِع ْي ٍد‬
ٍ ‫اب لَِفى ِش َق‬ ِ ‫ْكتَاب بِالْح ِّق واِ َّن الَّ ِذين ا ْخَتلَ ُفوا فِى ال‬
ِ َ‫ْكت‬ ِ ِ َ ِ‫ذَل‬
ْ َْ َ َ َ ‫ك باَ َّن اهللَ َن َّز َل ال‬
"Yang demikian itu adalah kerana Allah telah menurunkan al-Kitab dengan
membawa kebenaran dan sesungguhnya orang-orang yang berselisih tentang
kebenaran al-Kitab itu, benar-benar dalam penyimpangan yang jauh".
.Al-Baqarah, 2:176
Walaupun wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad salallahu 'alaihi
wa-sallam disebut "al-Kitab", "az-Zikir" dan beberapa lagi nama, tetapi nama yang
paling masyhur disebut dan dikenali ialah dengan sebutan "al-Quran". Al-Quran
adalah Kalamullah, bukan makhluk baik huruf atau pun maknanya. Al-Quran 234

menjadi mukjizat bagi Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam yang kekal
sehingga ke Hari Kiamat kerana ia dipelihara oleh Allah. Al-Quran al-Karim juga
adalah kitab yang paling mulia (afdal) antara kitab-kitab yang telah diturunkan oleh
Allah.

As-Suhuf

Antara kitab-kitab Allah Subhanahu wa-Ta'ala yang wajib diimani, ada yang
dikenali dan dinamakan juga sebagai as-Suhuf (‫ف‬
ُ ‫لص ُح‬
ُّ َ‫)ا‬, seperti suhuf Ibrahim dan
Musa 'alaihi as-salam. Sebagaimana diceritakan di dalam firman Allah:

233. Lihat: ‫ االرشاد الى صحيح االعتقاد‬hlm. 145. Soleh bin Fauzan al-Fauzan. Ar-
Riasah al-'Ammah lil-Idarah al-Buhuth al-Ilmiyah wa al-Ifta' wa-Dakwah
wal-Irsyad. Cetakan kedua. 1412H.
234. Lihat: ‫شرح اصول االعتقاد اهل السنة والجماعة من الكتاب والسنة واالجماع والتابعين‬

1/216 ‫من بعدهم‬. Tahqiq Dr. Ahmad Saad Hamdan. Dar Tayyibah.
Cetakan kedua. 1411H. Riyad.
.‫ف اِ ْب َر ِاه ْي َم َو ُم ْو َسى‬
ِ ‫صح‬ ِ ُّ ‫اِ َّن َه َذا لَِفى‬
ُ ُ ‫الص ُحف اْالُلَى‬
"Ini benar-benar terdapat di dalam Suhuf-Suhuf (Kitab-Kitab) yang dahulu.
(Iaitu) Suhuf-Suhuf Ibrahim dan Musa".
.Al-A'la, 87:18-19

ِ ‫صح‬ ِ
.‫ف ُم ْو َسى‬ ُ ُ ‫اَ ْم لَ ْم ُينَبَّاْ بِ َما فى‬
"Ataukah belum diberitakan kepadanya apa yang ada dalam suhuf Musa?".
.An-Najm, 53:36

. ‫َّر ٍة‬ ٍ ٍ ٍ ُ ‫فِى‬


َ ‫ َم ْر ُف ْو َعة ُمطَه‬. ‫ص ُحف ُّم َك َّر َمة‬
"Dalam kitab-kitab (suhuf) yang dimuliakan. Yang ditinggikan lagi
disucikan".
.Abasa, 80:13-14 '

Taurat

Antara kitab-kitab yang telah dimansuhkan yang pernah diturunkan kepada


para rasul yang juga wajib diimani ialah "Kitab Taurat" yang telah diturunkan kepada
Nabi Musa 'alaihi as-salam. Sebagaimana firman Allah:

ِ ‫ص ِّدقًا لِما ب ْين ي َديْ ِه واَْن َز َل التَّورا َة و‬


.‫االنْ ِج ْي َل‬ ِ َ ‫َن َّز َل َعلَي‬
َ َْ َ َ َ َ َ َ ‫ْح ِّق ُم‬ َ ‫اب بِال‬
َ َ‫ك الْكت‬ ْ
"Dia menurunkan al-Kitab (al-Quran) kepadamu dengan sebenarnya,
membenarkan kitab yang sudah diturunkan sebelumnya dan menurunkan
Taurat dan Injil".
.Ali 'Imran, 3:3

.‫االنْ ِج ْي َل‬ ِ
ِ ‫ْح ْكمةَ والتَّوراةَ و‬ ِ
َ َ ْ َ َ ‫اب َوال‬ َ َ‫َو ُي َعلِّ ُمهُ الْكت‬
"Dan Allah akan mengajarkan kepada mereka al-Kitab, Hikmah, Taurat
dan Injil".
Ali 'Imran, 3:48

206
َ‫االنْ ِج ْي ُل اِالَّ ِم ْن َب ْع ِد ِه اَفَال‬ ِ َ‫آجو َن فِى اِ ْبر ِاه ْيم وما اُنْ ِزل‬
ِ ‫ت التَّوراةُ و‬
َ َْ ََ َ َ
ِ ِ ‫ْكت‬
ْ ُّ ‫اب ل َم تُ َح‬َ ِ ‫يَااَ ْه َل ال‬
.‫َت ْع ِقلُ ْو َن‬
"Hai Ahli Kitab! Mengapa kamu bantah membantah tentang hal Ibrahim,
padahal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan sesudah Ibrahim. Apakah
kamu tidak berfikir?".
.Ali 'Imran, 3:65

.‫ار ْو َن َو ِز ْي ًرا‬ ِ
ُ ‫اب َو َج َعلْنَا َم َعهُ اَ َخاَهُ َه‬
َ َ‫َولََق ْد َءاَت ْينَا ُم ْو َسى الْكت‬
"Dan Sesungguhnya telah Kami berikan al-Kitab (Taurat) kepada Musa
dan Kami telah menjadikan Harun saudaranya, menyertainya sebagai wazir
(pembantunya)".
.Al-Furqan, 25:35

Zabur

Setiap mukmin wajib mengimani adanya Kitab Zabur walaupun isi


kandungannya telah dimansuhkan oleh al-Quran. "Kitab Zabur" tercatit di dalam al-
Quran sebagai kitab samawi. Berkata Ibn Abbas, As-Sya'bi, Al-Hasan dan Qatadah:
"Kitab Zabur adalah kitab yang telah diturunkan kepada Nabi Daud 'alaihi as-
salam". Firman Allah:
235

.‫الصالِ ِح ْي َن‬ ِ ِ ِّ ‫الز ُب ْو ِر ِم ْن َب ْع ِد‬


َّ ‫َولََق ْد َكتَْبنَا ِفى‬
َّ ‫ي‬ َ ‫الذ ْك ِر اَ َّن اْالَ ْر‬
َ ‫ض يَ ِر ُث َها عبَاد‬
"Dan sesungguhnya telah Kami tulis di dalam Zabur sesudah (Kami tulis
dalam Loh Mahfuz) bahawasanya bumi ini dipusakai bagi kaum yang
menyembah (Allah)".
.Al-Anbiya, 21:105

.‫َو َءاَت ْينَا َد ُاو َد َز ُب ْو ًرا‬

"Dan Kami berikan Zabur kepada Daud".


.Al-Isra', 17:55

235. Lihat: ‫ تفسير ابن كثير‬Jld. 3. Hlm. 270.

207
Injil

Injil adalah kitab yang diwahyukan (diturunkan) oleh Allah kepada Isa 'alaihi
as-salam. Allah Subhanahu wa-Ta'ala telah menjelaskan tentang Injil:
236

.‫سى ابْ ِن َم ْريَ َم َو َءاَت ْينَاهُ اْ ِالنْ ِج ْي َل‬ ِِ ِ ِ ِ


َ ‫ثُ َّم َق َّفْينَا َعلَى َءاثَا ِره ْم ب ُر ُسلنَا َو َق َّف ْينَا بع ْي‬
"Kemudian Kami iringkan di belakang mereka rasul-rasul Kami dan Kami
iringkan (pula) Isa putera Mariam, dan kami berikan kepadanya Injil".
.Al-Hadid, 57:27
Kitab Injil dan Taurat telah dimansukhkan oleh al-Quran kerana semasa
penurunan al-Quran, kitab ini tidak lagi dianggap sebagai kitab Injil yang asli.
Menurut Ibn Abbas radiallahu anhuma: Raja-raja (para pemimpin Nasrani) telah
merubah isi kandungan kitab Injil setelah ketiadaan Nabi Isa 'alaihi as-salam. 237

Al-Quran
Adalah Penutup Kitab

Kitab yang terakhir serta penutup kepada semua kitab-kitab yang telah
diturunkan kepada para nabi dan rasul sebelum Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi
wa-sallam ialah al-Quran. Al-Quran telah memansuhkan keseluruhan kitab-kitab
yang sebelumnya. Al-Quran, selain kitab terakhir ia juga diturunkan kepada Nabi dan
Rasul yang terakhir sebagai penutup kenabian dan kerasulan sehinggalah ke Hari
Kiamat. Sebagaimana firman Allah:

ِ ‫ما َكا َن مح َّـم ٌد اَبا اَح ٍد ِمن ِرجالِ ُكم ولَ ِكن َّرسـو َل‬
.‫اهلل َو َخـاتَ َم النَّبِِّيْي َن‬ ُْ ْ َ ْ َ ْ َ َ َ ُ َ
"Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapa dari seorang antara kamu,
tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup sekalian nabi-nabi".
.Al-Ahzab, 33:40
Kitab yang terakhir ini diturunkan kepada nabi yang berBangsa Arab dan
menggunakan Bahasa Arab yang asli dan murni:
‫اِنَّآ اَْن َزلْنَاهُ ُق ْرآنًا َع َربِيًّا‬
"Sesungguhnya Kami menurunkannya (Al-Quran) dengan Bahasa Arab".
.Yusuf, 12:2
236. Lihat: ‫ تفسير ابن كثير‬Jld. 4. Hlm. 404.
237. Ibid. Hlm. 405.

208
‫سا ٌن َع َربِ ٌي ُمبِْي ٌن‬ ِ
َ ‫َو َه َذا ل‬
"Sedangkan Al-Quran adalah dalam Bahasa Arab yang terang".
.An-Nahl, 16:103

ٍ ‫بِلِس‬
‫ان َع َربِ ٍّي ُّمبِْي ٌن‬ َ
"(Al-Quran itu) dengan Bahasa Arab yang jelas".
Asy-Syu'ara, 26:195.

‫ُق ْرآنًا َع َربِيًّا غَْي َر ِذ ْي ِع َو ٍج لَ َعلَّ ُه ْم َيَّت ُق ْو َن‬


"(Ialah) al-Quran dalam Bahasa Arab yang tidak ada kebengkokan (di
dalamnya) supaya mereka bertakwa".
.Az-Zumar, 39:28
Al-Quran mempunyai beberapa nama. Nama-nama ini telah diberikan sendiri
oleh al-Quran. Antara nama-nama tersebut ialah:
1. Az-Zikr

Al-Quran dikenali dan disebut juga dengan sebutan dan nama "Az-Zikr" (‫)اَ ِّلذ ْك ُر‬
bermaksud: "Yang terpelihara dari diubah atau ditukar ganti segala isi 238

kandungannya". Allah menjanjikan terpeliharanya az-Zikr sehinggalah ke Hari


Kiamat sebagaimana firmanNya:
.‫الذ ْك َر َواِنَّا لَهُ لَ َحافِظُْو َن‬
ِّ ‫اِنَّا نَ ْح ُن َن َّزلْنَا‬
"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan az-Zikr (al-Quran) dan kami
benar-benar memeliharanya".
.Al-Hijr, 15:9

.‫َو َه َذا ِذ ْك ٌر ُمبَ َار ٌك اَْن َزلْنَاهُ اَفَاَْنتُ ْم لَهُ ُم ْن ِك ُر ْو َن‬


"Dan Zikr (al-Quran) ini adalah suatu kitab yang mempunyai berkat yang
telah Kami turunkan. Maka mengapakah kamu masih mengingkarinya?".
.Al-Anbiyaa, 21:50

.‫َّاس َما ُن ِّز َل اِلَْي ِه ْم َولَ َعلَّ ُه ْم َيَت َف َّك ُر ْو َن‬


ِ ‫الذ ْك َر لِتَُبيِّ َن لِلن‬
ِّ ‫ك‬ ِ
َ ‫َواَْن َزلْنَا الَْي‬

238. Lihat: ‫ تفسيرابن كثير‬Jld. 2. Hlm. 722.

209
"Dan Kami turunkan kepadamu az-Zikr (al-Quran) agar kamu
menerangkan kepada manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan
supaya mereka memikirkan".
.An-Nahl, 16:44

210
2. Al-Furqan

Allah Subhanahu wa-Ta'ala menamakan juga kitab yang diturunkan kepada


RasulNya sebagai al-Furqan, yang berbentuk masdar ‫ َف َّر َق ُي َف ِّر ُق ُف ْرقًا َو ُف ْرقَانًا‬bermaksud:
"Pisah, beza atau asingkan" Furqan juga bermakna: "Memisahkan" atau bermaksud:

"Memisahkan, mengasingkan dan membahagikan di antara dua perkara".

Allah menamakan al-Quran sebagai al-Furqan kerana al-Quran selain pemberi


peringatan, ianya juga dapat mengasingkan, membezakan dan memisahkan antara
yang halal dengan yang haram, yang hak dengan yang batil, antara petunjuk dan
kesesatan, antara keimanan dan kekufuran, antara mukmin dan kafir serta antara Islam
dan jahiliah. Sebagaimana firman Allah:

.‫َتبَ َار َك الَّ ِذى َن َّز َل الْ ُف ْرقَا َن َعلَى َع ْب ِد ِه لِيَ ُك ْو َن لِل َْعالَ ِم ْي َن نَ ِذ ْي ًرا‬

"Maha Suci Allah yang telah menurunkan al-Furqan (al-Quran) kepada


hambaNya, agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam (jin dan
manusia)".
.Al-Furqan, 25:1

ِ َ‫ات ِمن ال ُْه َدى والْ ُفرق‬


ٍ َ‫َّاس وبِّين‬ ِ ِِ ِ َ ‫َش ْهر رم‬
.‫ان‬ ْ َ َ َ َ ِ ‫ضا َن الَّذى اُنْ ِز َل ف ْيه الْ ُق ْرآ ُن ُه ًدى للن‬ ََ ُ
"Di bulan Ramadan, bulan yang diturunkan di dalamnya al-Quran, sebagai
petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu dan membeza
(antara yang hak dan yang batil)".
.Al-Baqarah, 2:185
Al-Quran Kalamullah Bukan Makhluk

Wajib diyakini oleh setiap orang-orang yang beriman bahawa al-Quran sama
ada lafaz atau maknanya adalah Kalam Allah Subhanahu wa-Ta'ala. Al-Quran bukan
kalam makhluk, ia datang dari sisiNya dan akan kembali kepdaNya. Jika sekiranya
kalam makhluk pasti akan terdapat pertentangan di dalamnya sebagaimana firman
Allah:

ِ ‫ولَو َكا َن ِمن ِع ْن ِد غَْي ِر‬


.‫اهلل لََو َج ُد ْوا فِ ْي ِه ا ْختِالَفًا َكثِْي ًرا‬ ْ َْ
"Andainya (al-Quran) datang dari selain Allah, nescaya mereka akan
menemukan padanya perbezaan (pertentangan) yang banyak".
.An-Nisa, 4:82
Terdapat dalil-dalil dari al-Quran, hadith-hadith sahih dan athar yang membukti
dan menguatkan bahawa al-Quran adalah Kalam Allah (‫" )كالم اهلل‬Kalamullah",
termasuklah huruf-huruf dan maknanya. Al-Quran adalah mukjizat yang diturunkan
dari langit yang menunjukkan kebenaran nabi yang membawa, menyampai dan
menyerukannya kepada ummahnya. Al-Quran bukan makhluk. Adapun kaifiyah
(cara) Allah menurunkan firmanNya tidaklah kita ketahui dan tidaklah kita disuruh
untuk memperluaskan perbincangan tentangnya.

Al-Quran telah disepakati oleh sekalian ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang
bermanhaj Salaf as-Soleh bahawa ia adalah "Kalamullah" yang dari Allah ia
didatangkan dan kepadaNya ia akan kembali. Ia adalah mukjizat yang membuktikan
kebenaran apa yang dibawa oleh RasulNya dan terpelihara sehinggalah ke Hari
Kiamat. 239

Kalamullah bererti: "Firman Allah, ucapan atau perkataan Allah yang berupa
salah satu dari perbuatanNya yang kekal". Allah berkata-kata (berfirman) tentang
apa saja yang dikehendakiNya dan pada bila-bila masa yang dikehendaki. KalamNya
adalah hakikat, dengan huruf dan suara, hanya bagaimananya yang tidak kita ketahui
dan kita tidak diperintah untuk mendalami perbincangan tentangnya. 240

Sesiapa yang mengingkari sesuatu dari al-Quran atau mendakwa ada


kekurangan atau penambahan atau juga penyelewengan di dalamnya, maka dia adalah
kafir. Al-Quran wajib ditafsir mengikut landasan manhaj Salaf as-Soleh. Tidak boleh
ditafsir semata-mata mengikut pendapat, akal fikiran atau hawa nafsu seseorang
kerana cara tersebut adalah memperkatakan tentang Allah tanpa ilmu. Syaitan pula
suka membisikkan agar manusia memperkatakan terhadap Allah apa yang tidak dia

239. Lihat: ‫مجمل اصول اهل السنة والجماعة فى العقيدة‬ Hlm. 21. Dr. Nasruddin.
240. Ibid.
ketahui. Begitu juga sesiapa yang mentakwil (menafsir al-Quran) secara batiniyah
atau semisal dengannya adalah kufur. Firman Allah: 241

ِ َ ‫السو ِء والْ َفح‬


ِ ‫آء واَ ْن َت ُقولُوا َعلَى‬ ِ
.‫اهلل َماالَ َت ْعلَ ُم ْو َن‬ ْ ْ َ ‫ش‬ ْ َ ْ ُّ ِ‫انَّ َما يَاْ ُم ُر ُك ْم ب‬
"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji,
dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui".
.Al-Baqarah, 2:169
Imam Syafie rahimahullah menjelaskan bahawa al-Quran itu Kalamullah
bukan makhluk yang mana beliau pernah membantah perkataan seseorang yang
mengatakan:

"Bahawa al-Quran itu makhluk. Lantas Imam Syafie berkata kepadanya: (


‫اهلل ال َْع ِظ ْي ِم‬
ِ ِ‫ت ب‬
َ ‫ ) َك َف ْر‬Engkau telah kufur dengan Allah Yang Maha Agung". 242

241. Ibid.
242. Lihat: ‫سير اعالم النبالء‬. Jld. 10. Hlm. 30. Az-Zahabi.
Berfirman Adalah Sifat Allah

Berfirman itu adalah sifat Allah dan sifat Allah Subhanahu wa-Ta'ala bukan
makhluk. Huruf dan suara firman Allah itu difirmankan oleh Allah dengan cara yang
berbeza dengan makhlukNya, kerana apabila Allah berfirman "Tiada sesuatu yang
semisal denganNya" dan "Tiada yang sekufu (setara) denganNya". Makhluk hanya
mendengar suara firmanNya itu yang terdiri dari huruf-huruf dan kata-kata. Jika
diyakini huruf-huruf dan suara Allah itu sesuatu yang baru (makhluk yang ada
permulaannya) ini bermakna firman Allah itu baru dan yang baru itu tentunya adalah
makhluk. Ini amat mustahil bagi Allah.

Meyakini bahawa berfirman itu bukan sifat Allah adalah kufur, sama dengan
fahaman ahli bid’ah yang sesat yang menafikan sifat-sifat Allah atau menafikan
bahawa Allah itu bersifat. Fahaman seperti ini disepakati oleh kalangan ulama Ahli
Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh sebagai golongan yang termasuk
dalam firqah 72 yang dijelaskan oleh Nabi dalam hadith iftirak (hadith perpecahan).

Sesiapa yang menafikan sifat-sifat Allah, maka samalah seperti ia telah


membatalkan tauhid asma wa-sifat wa-zat.

Huruf dan suara yang ada pada makhluk adalah baru, yang ada pada Allah pula
adalah qadim (hakikat yang tidak ada permulaannya) sebagaimana sifat-sifatNya yang
lain dan juga zatNya. Apa yang dimaksudkan baru hanyalah dalam pengertian waktu
turunnya kerana semua al-Quran itu sebelumnya tidak ada di dunia ini, tetapi
kemudiannya barulah ia ada (diturunkan ke dunia), iaitu dengan pengertian ia baru
berada di dunia tetapi ia qadim sifatnya sejak di Loh Mahfuz.

Setiap muslim wajib mengimani bahawa Allah Subhanahu wa-Ta'ala


mempunyai sifat kalam (berkata-kata/berfirman) sejak mulanya tanpa berpermulaan,
iaitu bahawa Allah Subhanahu wa-Ta'ala tidaklah dahulunya kosong dari sifat kalam
kemudian baharulah bersifat kalam. Sesungguhnya sifat kalam bagi Allah abadi
padaNya, tidak akan berkesudahan (berakhir) sampai bila-bila kerana sifat kalam ini
sentiasa ada padaNya. Contohnya ialah firman Allah:
243

.‫ض بِاَ ْم ِر ِه‬ َّ ‫َوِم ْن َءايَاتِِه اَ ْن َت ُق ْو َم‬


ُ ‫الس َمآءُ َواْالَ ْر‬
"Di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah berdirinya langit dan bumi
dengan perintahNya".
.Ar-Rum, 30:25

243. Lihat: ‫الحجة فى البيان المحجة‬. Jld. 1. Hlm. 211. Al-Hafiz Abul Qasim Ismail bin Muhammad bin al-Fadl
at-Tamimi al-Asbahani.
Perintah yang dimaksudkan pada ayat di atas ialah perkataanNya. Iaitu ketika
Allah memerintahkan kepada langit dan bumi untuk berdiri lalu keduanya berdiri
mengikut perkataanNya /perintahNya (‫)كالم اهلل‬. FirmanNya lagi:

.‫ْق َواْالَ ْم ُر‬


ُ ‫اَالَ لَهُ الْ َخل‬
"Ingatlah hanya hak Allah mencipta dan memerintah".
.Al-'Araf, 54
Al-Amru yang bermakna "Perintah" pada ayat di atas ialah KalamNya (‫)كالم اهلل‬,
ia berbeza dengan al-khalku "Mencipta". Tidak terdapat pengkhususan dalam
mencipta dan memerintah, maka ayat ini mencakup seluruh makhluk ciptaanNya. Ini
menunjukkan bahawa al-amru (Kalam Allah) bukan makhluk. Ayat di atas dapat
dibuktikan juga dengan ayat di bawah ini:
.‫لِلَّ ِه اْالَ ْم ُر ِم ْن َقْب ُل َوِم ْن َب ْع ُد‬
"Bagi Allah urusan (al-amru) sebelum dan sesudahnya".
.Ar-Rum,30: 4
Contoh yang lain ialah berdoa. Disepakati oleh seluruh ulama Salaf as-Soleh
bahawa berdoa itu adalah ibadah sebagaimana sabda Nabi Muhammad sallallahu
'alaihi wa-sallam:

َ َ‫لد َعاءُ ُه َو ال ِْعب‬


:َ‫ادةُ ثُ َّم َق َرا‬ َ َ‫صلَّىاهللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم ق‬
ُّ َ‫ ا‬: ‫ال‬ ِ ِ ْ ‫َع ِن الن‬
َ ‫ُّع َمان بْ ِن بَش ْي ٍر َع ِن النَّبِ ِّي‬
"Dari Nu'man bin Basyir, dari Nabi sallallahu 'alaihi wa--sallam baginda
bersabda: Doa itu adalah ibadah. Kemudian baginda membaca: 244

.‫ب لَ ُك ْم‬ ِ
ْ ‫ال َربُّ ُك ْم اُ ْدعُ ْون ْي اَ ْستَ َج‬
َ َ‫َوق‬
"Berkata Tuhan kamu, berdoalah kepadaKu, Aku akan perkenankan bagi
kamu doa kamu".
.Gafir, 9:60
‫اد ِة‬ ُّ َ‫ا‬
َ َ‫لد َعاءُ ُم ُّخ ال َْعب‬
"Doa itu adalah otaknya ibadah". 245

Abu Na'em bin Hamad telah menjelaskan tentang hadith di atas ini:
244. Hadith sahih riwayat Abu Daud, Ahmad, Bukhari dalam ( ‫المفرد‬ ‫)االدب‬. Al-
Hakim, Ibn Habban dan Turmizi.
245. H/R Turmizi dari jalan Anas bin Malik.

215
"Hadith ini menunjukkan bahawa sesungguhnya al-Quran bukan makhluk,
jika sekiranya al-Quran itu makhluk manusia tidak boleh minta perlindungan
dengannya kerana amat nyata tidak boleh meminta perlindungan dengan
ِ ِ‫استَ ِع ْذ ب‬
makhluk, malah Allah berfirman: ‫اهلل‬ ْ َ‫" ف‬Maka berlindunglah dengan Allah".
Dan dikuatkan lagi dengan sebuah hadith:

ِ ِ‫استَ ِع ْذ ب‬
‫اهلل‬ ِ
ْ َ‫ت ف‬
َ ‫اسَت َع ْذ‬
ْ ‫َواذَا‬
"Apabila engkau meminta perlindungan maka mintalah kepada Allah". 246

Di dalam sebuah hadith yang lain Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-
sallam bersabda:

.‫ات ِم ْن َش ِّر َما َخلَ َق‬


ِ ‫اهلل التَّام‬
َ
ِ ‫ات‬ ِ ‫اَعُوذُ بِ َكلِم‬
َ ْ
"Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejadian
yang terjadi". 247

َ ‫اهلل اَ ْرقِ ْي‬


.‫ك‬ ِ ‫اس ِم‬
ْ ِ‫ب‬
"Dengan nama Allah aku menjampi engkau". 248

Hujjah yang menjelaskan bahawa al-Quran itu Kalamullah ialah permohonan


meminta pertolongan atau perlindungan dengan kalimah-kalimah Allah yang Husna.

Tentunya jika sekiranya al-Quran itu makhluk (bukan Kalamullah atau


kalimah Allah), maka sudah diketahui bahawa tidak dibolehkan meminta
perlindungan/pertolongan dengan makhluk. Namun berkenaan Kalamullah kita telah
disuruh berdoa atau meminta perlindungan/pertolongan dengan Kalam Allah, maka
dengan demikian al-Quran adalah benar-benar Kalamullah, ia bukan makhluk dan
tidak boleh dianggap sebagai makhluk sebagaimana pendapat sebahagian para
mubtadik, kerana kita digalakkan meminta pertolongan dengan Kalam Allah.

246. H/R Turmizi (2516). Ahmad di Musnadnya (1/293). Berkata Turmizi:


Hadith hasan sahih.
247. H/R Abu Daud (3898). Disahihkan oleh An-Nawawi dalam "Al-Azkar"
Hlm. 127.
248. H/R Muslim. (2186

216
Qaul Ulama
(Tentang Kalamullah)

Al-Imam Abu al-Hasan Al-Asy'ary rahimahullah telah menulis di dalam kitabnya:

"Abu Abdillah bin Abdul Azim al-Anbari berkata: Aku mengatakan sesuatu
yang aku yakini dan berpegang dengannya, aku tidak ragu bahawa al-Quran
itu bukan makhluk (ia adalah Kalam Allah)". 249

Dalam ucapannya yang lain beliau berkata:

ِ ‫اِ َّن الْ ُقرآ َن َكالَم‬


.‫اهلل غَْي ُر َم ْخلُ ْوق‬ ُ ْ
"Sesungguhnya Al-Quran itu Kalam Allah, bukan makhluk". 250

Iktikad Imam yang empat (Abi Hanifah, Malik, Syafie dan Ahmad
rahimahullahu 'anhum), mereka berpegang dan mengimani sebagaimana yang
terdapat dan ditegaskan oleh al-Kitab (al-Quran), as-Sunnah, iaitu iktikad yang
diakidahi oleh para sahabat dan oleh mereka yang mengikutnya dengan baik. Tidak
pernah terjadi antara mereka pertelingkahan dalam masalah usulluddin (seperti
persoalan Kalamullah Pent.), sebaliknya mereka sepakat mengimani sifat-sifat Allah
dan mempercayai bahawa al-Quran itu Kalamullah bukan makhluk. Kalamullah 251

adalah sifat Allah dan sifat Allah bukan makhluk.

Dikeluarkan oleh Al-Lalakaii dari Ar-Rabi' bin Sulaiman beliau berkata:


Telah berkata Imam Syafie rahimahullah:

.‫ال اَ َّن الْ ُق ْرآ َن َم ْخلُ ْو ٌق َف ُه َو َكافِ ٌر‬


َ َ‫َم ْن ق‬
"Sesiapa yang mengatakan bahawa al-Quran itu makhluk maka dia adalah
seorang yang kafir". 252

Al-Lalakaii juga telah mengumpulkan segala dalil-dalil daripada al-Quran, al-


Hadith, pendapat para sahabat, tabiin, tabiiut at-tabiin dan para ulama fekah dan
usuluddin bahawa mereka sependapat:

249. Lihat: ‫ االبانة عن اصول الديانة‬Hlm.. 85. Al-Imam Abul Hasan al-Asy'ary.
250. Lihat: ‫ اعتقاد ائمة الحديث‬Hlm. 51. Ismaili.
251. Lihat: ‫ اعتقاد االئمة االربعة ابى حنيفة ومالك والشافعي واحمد‬Hlm. 5. Muhammad
Abdulrahman al-Khumais.
252. Lihat: ‫اصول اعتقاد اهل السنة والجماعة‬ ‫ شرح‬jld. 1 hlm. 151. Dr. Ahmad
Sa'ad Hamdan. Riyad.
"Isi kandungan al-Quran, sama ada hurufnya atau maknanya adalah
Kalamullah (Kalam Allah) yang telah diturunkan oleh Allah (kepada
RasulNya). Ia bukan makhluk. Ia datangnya daripada Allah dan akan kembali
kepadaNya. Ia adalah mukjizat yang menunjukkan kepada kebenaran
Rasulullah yang membawa petunjukNya. Ia adalah kitab yang terpelihara
sehingga ke Hari Kiamat". 253

Berkata Syeikhul Islam Ibn Taimiyah rahimahullah:


"Sesungguhnya para al-aemah (‫ )االئمة‬yang masyhur, kesemua mereka
menetapkan sifat Allah dan mengatakan: Sesungguhnya al-Quran itu
Kalamullah bukan makhluk. Mereka menegaskan sesungguhnya Allah dilihat
di akhirat. Maka inilah mazhab para sahabat dan mereka yang mengikuti
(manhaj) sahabat dengan baik dari kalangan Ahli al-Bait. (Begitu juga
manhaj) selain mereka antaranya kalangan Imam mazhab yang mengikuti
sahabat seperti Malik bin Anas, Ath-Thauri, Al-Laithi bin Saad, Auza'ii, Abi
Hanifah, Syafie dan Ahmad". 254

‫ اَ ْد َر ْكنَا‬: َ‫السـن َِّة َف َقاال‬


ُ ‫ب اَ ْه ِل‬ ِ ‫ْت اَبِي َواَبَا َز ْر َعةَ َع ْن َم َذ ِاه‬ َ َ‫اش ٍـم ق‬ ِ ‫َعن اَبِي ه‬
ْ ُ ‫ َسـاَل‬: ‫ال‬ َ ْ ْ
ِ ِ ِ ‫الْعلَم‬
‫به ْم اَ َّن‬ ْ ‫صا ِر ح َج ًازا َوع َراقًا َو‬
ُ ‫مص ًرا َو َش ًاما َويَ َمنًا فَ َكا َن َم ْذ َه‬ َ ‫اء ف ْى َج ِم ْي ِع االَ ْم‬
ََُ
ِ ‫اْ ِاليْما َن َقو ٌل و َعمل وي ِزيْد وي ْن ُقص والْ ُقرآ ُن َكالَم‬
.‫اهلل ُمَن َّز ٌل غَْي ُر َم ْخلُ ْوق‬ ُ ْ َ ُ ََ ََ ٌ َ َ ْ َ
"Dari Abi Hasyim berkata: Aku bertanya kepada bapaku dan Aba Zar'ah
tentang mazhab-mazhab ahli sunnah, maka mereka berkata: Setahu kami
semua ulama di setiap zaman sama ada di Hijaz, Iraq, Mesir, Syam dan Yaman
yang mana menurut mazhab mereka bahawa iman itu ucapan dan amalan,
bertambah dan berkurang serta al-Quran itu Kalam Allah yang diturunkan
(kepada RasulNya) dan al-Quran bukan makhluk". 255

ِ ‫ اَلْ ُقرآ ُن َكالَم‬: ‫ال‬ ِ ‫الثو ِرى ر‬ ِِ ِ ِ ِ ِ


‫اهلل غَْي ُر‬ ُ ْ َ َ‫ض َى اهللُ َعْنهُ ق‬ َ ْ َ ‫َع ْن اَب ْي َعْبد اهلل ُسـ ْفيَان بْ ِن َسـع ْيد‬
َ َ‫ ِم ْنهُ بَ َداَ َواِلَْي ِه َيعُ ْو ُد َم ْن ق‬، ‫َم ْخلُ ْو ٍق‬
.‫ال غَْي ُر َه َذا َف ُه َو َكافِ ٌر‬
"Dari Abi Abdullah Sufiyan bin Sa'ed ath-Thauri radiallahu 'anhu: Al-
Quran itu Kalamullah bukan makhluk, dariNya bermula dan kepadaNya ia
253. Lihat: ‫شرح اصول االعتقاد اهل السنة والجماعة من الكتاب والسنة واالجماع الصحابة‬
‫ والتابعين من بعدهم‬Jld. 1. Hlm. 216. Tahqiq. Dr. Ahmad Saad Hamdan. Cetakan kedua. 1411H. Dar
Tayyibah. Riyad.
254. Lihat: ‫منهاج السنة‬. Jld. 2. Hlm. 106.

255. Lihat: ‫ مجموع الفتاوى‬Jld. 2. Hlm. 222.

218
kembali, sesiapa yang berkata selain ini (mengatakan bahawa al-Quran bukan
Kalamullah Pent.) maka dia seorang yang kafir". 256

ِ ِ
ِ ‫ اَلْ ُقرآ ُن َكالَم‬: ُ‫ضي اهلل َعْنه‬ ِ
.‫اهلل‬ ُ ْ ُ َ ‫َع ْن ُس ْفيَان بْ ِن ُعَيْينَة َر‬
"Dari Sufyin bin 'Uyainah radiallahu 'anhu: Al-Quran itu Kalamullah". 257

.‫س بِ َم ْخلُ ْو ٍق‬ ِ ِ ‫ال‬


َ ‫ اَلْ ُق ْرآ ُن َكالَ ُم اهلل َولَْي‬: ‫ام اَ ْح َم ُد‬
ُ ‫اال َم‬ َ َ‫ق‬
"Berkata Imam Ahmad: Al-Quran itu Kalamullah, bukan makhluk". 258

ْ َْ َ َ‫ َم ْن ق‬:‫ام اَ ْح َم ُد َر ِح َمهُ اهلل‬


ِ ‫ال لَ ْف ِظي بالْ ُقر‬
.‫آن َم ْخلُ ْو ٌق َف ُه َو َج ْه ِم ٌي‬ ُ ‫ال اْ ِال َم‬
َ َ‫َوق‬
"Berkata Imam Ahmad rahimahullah: Sesiapa mengatakan bahawa lafaz
al-Quran itu makhluk maka dia Jahmi ". 259 260

ِ ‫ َكالَم‬: ‫ال‬
.‫اهلل ُم ْخلُ ْو ٌق َف َق ْد َك َف َر‬ َ َ‫ َم ْن ق‬: ‫ال اَبِ ْي َث ْو ُر‬
َ َ‫ق‬
ُ
"Berkata Abi Thaur : Sesiapa berkata: Kalamullah makhluk maka dia
261

sudah kafir". 262

Abi Thaur rahimahullah juga pernah ditanya tentang bersembahyang di


belakang orang yang mengatakan bahawa al-Quran itu makhluk, apa dibolehkan atau
tidak, beliau menjawab:

َ ِ‫ َوذَل‬، ُ‫صـلِّ ْي َخـ ْل َفه‬


ِ ‫ك اَ َّن الْ ُقرآ َن َكالَم‬
َ‫اهلل َج َّل َثنَا ُؤهُ َوال‬ ِِ ِ
ُ ْ َ ُ‫ الَ ي‬، ‫َف َه َذا َكاف ٌر َب َق ْوله‬
.‫ف ِفْي ِه َب ْي َن اَ ْه ِل ال ِْعل ِْم‬َ َ‫اِ ْختِال‬

256. ‫ شرح اصول اعتقاد اهل السنة والجماعة‬Hlm. 170. Ibn Al-Hasan bin Mansur at-
Tabari al-Lalakaii.
257. Ibid. Hlm. 175.
258. Ibid. Hlm. 177.
259. Jahmi atau Jahmiyah ialah fahaman yang dinasabkan kepada Al-Jahm bin
Safwan As-Samarqandi (128H).
260. Lihat: ‫ عقيدة الصابوني‬Hlm. 11. No. 13.

261. Abi Thaur nama penuhnya ialah: Ibrahim bin Khalid al-Kalbi. Beliau
seorang yang fakeh. Lihat: ‫ شرح اصول اعتقاد اهل السنة والجماعة‬Jld. 1.
Hlm. 193.
262. Ibid. Jld. 1. Hlm. 193.

219
"Maka dia seorang yang kafir dengan sebab kata-katanya, tidak boleh
sembahyang di belakangnya, jelasnya al-Quran itu Kalamullah, tidak khilaf
tentangnya di kalangan ahli ilmu". 263

Menurut Abi Zar'ah Abdullah bin Abdul Karim dan Abi Hatim Muhammad bin
Idris bin al-Munzir:
.‫اهلل غَْي ِر َم ْخلُ ْو ٍق بِ ِج ِم ْي ِع ِج َهاتِِه‬
ِ ‫اَلْ ُقرآ ُن َكالَم‬
ُ ْ
"Al-Quran itu Kalamullah bukan makhluk dalam semua bahagiannya". 264

‫س بِ َم ْخلُ ْو ٍق بِ َج َه ٍة ِم َن‬
َ ‫ص َفاتُهُ َواَ ْم ُرهُ َو َن ْهيُهُ َولَْي‬
ِ ِ
َ ‫اَلْ ُق ْرآ ُن َكالَ ُم اهلل َوعل ُْمهُ َواَ ْس َما ُؤهُ َو‬
ِ ‫ْج َه‬
.‫ات‬ ِ ‫ال‬

"Al-Quran itu Kalamullah, sama ada ilmunya, nama-namanya, sifat-


sifatnya, suruhannya, tegahannya dan bukan makhluk pada apapun sudut pada
sudut-sudutnya". 265

Berkata Abi Ja'far Muhammad bin Jarir At-Tabari:

ِ ‫ك ِع ْن َدنَا اَنَّهُ َكالَم‬


.‫اهلل َع َّز َو َج َّل غَْي ُر َم ْخلُ ْوق‬ َ ِ‫اب ِم َن الْ َق ْو ِل ِف ْى َذل‬
ُ ُ ‫الص َو‬
َّ َ‫ف‬
"Kenyataan yang betul tentang yang demikian (Al-Quran) di sisi kita
(ulama salaf) bahawa al-Quran ialah Kalamullah 'Azza wa-Jalla bukan
makhluk". 266

263. Ibid.
264. Ibid. Jld. 1. Hlm. 197.
265. Ibid. Jld. 1. Hlm. 202-203.
266. Ibid. Jld. 1. Hlm. 206.

220
Hujjah-Hujjah Ulama Salaf as-Soleh

Terdapat banyak hujjah-hujjah dari syara yang mengkafirkan orang yang tidak
mempercayai bahawa al-Quran itu Kalamullah bukan makhluk. Antara hujjah yang
paling tepat yang dipegang oleh para ulama Ahlus Sunnah wal-Jamaah yang
bermanhaj Salaf as-Soleh tentang kafirnya orang-orang yang mengatakan atau
berkeyakinan bahawa al-Quran itu makhluk, ialah firman Allah yang telah
mengkafirkan Walid bin Mughirah yang mana ia telah mengatakan bahawa al-Quran
yang dibaca oleh Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam kepada mereka adalah
ucapan (rekaan) manausia (makhluk) bukan Kalamullah. Allah menurunkan
wahyuNya:

‫ ثُ َّم‬، ‫س َر‬ َّ ِ‫ ثُ َّم قُت‬، ‫ف قَ َّدر‬ ِ‫ َف ُقت‬، ‫اِنَّهُ فَ َّـكروقَ َّدر‬


َ َ‫س َوب‬
َ ‫ب‬
َ ‫ع‬
َ ‫م‬َّ ‫ث‬
ُ ، ‫ر‬َ َ‫ظ‬ ‫ن‬
َ ‫م‬
َّ ‫ث‬
ُ ، ‫ر‬َ ‫د‬ ‫ق‬
َ ‫ف‬
َ ‫ي‬
ْ ‫ك‬َ ‫ل‬
َ َ َ ‫ي‬
ْ ‫ك‬َ ‫ل‬
َ َ ََ
.‫ش ِر‬َ َ‫ اِ ْن َه َذا اِالَّ َق ْو ُل الْب‬، ‫ال اِ ْن َه َذا اِالَّ ِس ْح ٌر ُي ْؤ َث ُر‬
َ ‫ َف َق‬، ‫اسـتَ ْكَب َر‬
ْ ‫اَ ْد َب َر َو‬
"Sesungguhnya dia (Walid bin Mughirah) telah memikirkan dan
menetapkan (apa yang ditetapkan) maka celakalah dia. Bagaimana dia
menetapkan kemudian celakalah dia. Bagaimana dia menetapkan, kemudian
dia memikirkan sesudah itu dia bermasam muka dan berkerut dahi, kemudian
dia berpaling (dari al-Quran) dan menyombong diri. Lalu dia berkata
(bahawa al-Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang dipelajari (dari orang-
orang dahulu kala) ini tidak lain adalah perkataan manusia".
.Muddathir, 74:18-25
Ayat di atas ini menjelaskan kepada kita bahawa Allah telah mengkafirkan
kepada mereka yang mengatakan bahawa al-Quran adalah karya manusia (makhluk)
yang diada-adakan (bukan Kalamullah). Jika ada orang-orang Islam yang mengatakan
sebagaimana yang telah dikatakan atau diucapkan oleh Walid bin Mughirah tentang
al-Quran (al-Quran itu makhluk) maka hukum kekafirannya samalah sebagaimana
yang ditimpakan kepada Walid bin Mughirah.

Walaupun orang-orang musyrikin di zaman Rasulullah salallahu 'alaihi wa-


sallam menggunakan berbagai gaya bahasa dan ungkapan, namun tujuan dan
kesimpulannya tetap satu, iaitu bermaksud untuk menyatakan bahawa al-Quran itu
adalah makhluk bukan Kalamullah. Kenyataan ini telah dikhabarkan oleh Allah di
dalam al-Quran:

ِ ‫ي ُقو ُل الَّ ِذين َك َفروا اِ ْن ه َذا اِالَّ اَس‬


.‫اط ْي ُر اْالَ َّولِْي َن‬ َ َ ُْ َْ َْ
"Berkata orang-orang yang kafir: Sesungguhnya al-Quran ini tidak lain
hanyalan ucapan (cerita-cerita dongeng) orang-orang dahulu kala".
.Al-An'am, 6:25
ٌ ْ‫ال الَّ ِذيْ َن َك َف ُر ْوا اِ ْن َه َذا اِالَّ اِف‬
‫ك ا ْفَت َراهُ َواَ َعانَهُ َعلَْي ِه َق ْو ٌم آ َخ ُر ْو َن َف َق ْد َجاءُ ْوا ظُل ًْما‬ َ َ‫َوق‬
.‫َّو ُز ْو ًرا‬
"Dan berkata orang-orang kafir: Al-Quran ini tidak lain hanyalah
kebohongan yang diada-adakan (oleh Muhammad) dan dia dibantu oleh kaum
yang lain. Maka sesungguhnya mereka (orang-orang kafir) telah berbuat
suatu kezaliman dan dusta besar (terhadap dakwaan tersebut)".
.Al-Furqan, 25:4
Begitu juga semua kitab-kitab yang dibaca dan yang diturunkan kepada semua
para rasul sebelum Nabi Muhammad salallahu 'alai wa-sallam adalah Kalamullah
bukan makhluk. Antara dalil yang menunjukkan yang demikian:

ِ ‫استَجار َك فَاَ ِجرهُ حتَّى يسمع َكالَم‬ ِ ِ


‫اهلل‬ َ َََْ َ ْ َ َ ْ ‫َوا َّن اَ َح ٌد ِّم َن ال ُْم ْش ِرك ْي َن‬
"Dan bila salah seorang dari kaum musyrikin itu meminta perlindungan
kepadamu maka lindungilah dia supaya ia dapat mendengar Kalamullah".
.At-Taubah, 9:6

‫اهلل ثُ َّم يُ َح ِّر ُف ْو َن ِم ْن‬


ِ ‫اَ َفتَطْمعو َن اَ ْن ي ْؤ ِمُنوا لَ ُكم وقَ ْد َكا َن فَ ِريْ ٌق ِّم ْن ُهم يسمعو َن َكالَم‬
َ ُْ َ ْ َ ْ َْ ْ ُ ُْ َ
.‫َب ْع ِد َما َع َقلُ ْوهُ َو ُه ْم َي ْعلَ ُم ْو َن‬
"Apakah kamu masih sangat mengharapkan mereka akan beriman
kepadamu (hai Muhammad!). Padahal segolongan dari mereka mendengar
Kalamullah (taurat) kemudian mereka mengubahnya setelah mereka
memahaminya sedangkan mereka mengetahui".
.Al-Baqarah, 2:75
Sesiapa yang berprasangka bahawa al-Quran itu makhluk maka dia telah kafir
dengan Allah Yang Maha Agung, iaitu kekafiran yang tergelincir dari millah, sesiapa
yang meragui kekafiran orang ini setelah difahamkan bahawa dia kafir, maka dialah
sebenarnya (yang meragui) yang kafir. Sesiapa yang meragui tentang Kalamullah
Azza wa-Jalla dan dikuatkan keraguannya sehingga mengatakan: "Aku tidak tahu
sama ada dia makhluk atau bukan" maka dia adalah Jahmiyah. 267

267. Ibid. Jld. 1. Hlm. 200.

222
Hukum Meyakini Al-Quran Itu Makhluk

Setelah ditampilkan hujjah-hujjah dari al-Quran, al-Hadith, athar dan fatawa


dari para ulama Salaf as-Soleh, sekarang sudah jelas bahawa sesiapa yang
menganggap al-Quran itu makhluk, maka dia telah beranggapan sebagaimana
anggapan orang-orang kafir terhadap al-Quran, maka samalah juga dengan kafirnya
Walid bin Mughirah dan orang-orang yang seumpamanya.

Al-Quran dikenali sebagai Kalamullah sejak ia berada di Loh Mahfuz,


termasuklah semasa ia diturunkan oleh Allah Subhanahu wa-Ta'ala melalui malaikat
Jibril kepada Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam. Apa yang di baca dan
dihafal oleh Jibril, Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam dan umatnya serta
apa yang tertulis di lambaran-lambaran kertas adalah juga Kalammullah.

Pendapat yang meyakini bahawa yang dimaksudkan Kalamullah ialah makna


kerohanian (spiratual), al-Quran adalah cerita (kisah-kisah dan hikayah) atau
terjemahan dari Kalam Allah, majaz atau kiasan, maka orang-orang yang
mempercayai yang demikian telah menyimpang malah boleh menjadikannya
(menyebabkan dirinya menjadi) kufur.

Dan seterusnya antara ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan bahawa al-Quran


(wahyu) itu adalah Kalamullah yang tidak boleh diubah dan diselewengkan ialah:
‫اهلل ثُ َّم يُ َح ِّر ُف ْونَهُ ِم ْن َب ْع ِد َما َع َقلُ ْوهُ َو ُه ْم‬
ِ ‫وقَ ْد َكا َن فَ ِريْ ٌق ِم ْن ُهم يسمعو َن َكالَم‬
َ ُْ َ ْ َ ْ َ
.‫َي ْع َملُ ْو َن‬

"Sesungguhnya ada segolongan dari mereka (Ahli Kitab) itu yang


mendengarkan Kalamullah, kemudian mereka merubahnya sesudah mereka
faham, padahal mereka tahu".
.Al-Baqarah, 2:75

.‫ال اهللُ ِم ْن َقْب ُل‬


َ َ‫اهلل قُ ْل لَّ ْن َتتَّبِعُ ْونَا َك َذالِ ُك ْم ق‬
ِ ‫ي ِريْ ُدو َن اَ ْن يب ِّدلُوا َكالَم‬
َ ْ َُ ْ ُ
"Mereka bermaksud hendak menukar Kalamullah. Katakanlah! Kamu
tidak bakal mahu mengikuti kami, begitulah sebagaimana yang dikatakan Allah
dari dulu".
.Al-Fath, 48:15

ِ َ‫ك ِم ْن كِت‬ ِ
.‫ِّل لِ َكلِ َماتِِه‬
َ ‫ك الَ ُمبَد‬
َ ِّ‫اب َرب‬ َ ‫َواتْ ُل َمااُ ْو ِح َي الَْي‬
"Bacakanlah apa yang telah diwahyukan kepadamu dari kitab Tuhanmu,
bahawa tidak ada yang boleh menukar kalimat-kalimatNya".
.Al-Kahfi, 18:27

224
Wajib Mengimani Setiap Kitab Samawi

Setiap mukmin wajib beriman kepada seluruh kitab-kitab yang telah diturunkan
dari langit kepada para rasul Allah terutamanya kitab al-Quran. Al-Quran yang isi
kandungannya telah lengkap dan sempurna merupakan kitab terakhir (penutup segala
kitab) diturunkan kepada Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam. Keseluruhan
isi kandungan al-Quran dan penafsirannya telah disampaikan oleh baginda kepada
ummahnya.

Di dalam mengimani kitab suci al-Quran, sebagai penutup dan pemansuh


semua kitab-kitab sebelumnya, maka setiap umat Islam (yang juga beriman kepada
kitab-kitab yang diturunkan kepada para rasul sebelum Nabi Muhammad), wajib bagi
mereka mengimani bahawa al-Quran akan terus kekal terpelihara di setiap aspeknya,
terpelihara dari penambahan, pengurangan, pemalsuan dan pengubah-suaian. Al-
Quran terpelihara juga dari ditukar-ganti sama ada setiap surah dan isi kandungannya,
kalimah dan maknanya, serta huruf-huruf dan tanda barisnya. Al-Quran terjamin
kesuciannya, kemurniannya dan segala hukum-ahkamnya sehinggalah ke Hari
Kiamat, sebagaimana telah ditegaskan oleh Allah di dalam firmanNya:

.‫الذ ْك َر َواِنَّا لَهُ لَ َحافِظُْو َن‬


ِّ ‫اِنَّا نَ ْح ُن َن َّزلْنَا‬
"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah benar-
benar memeliharanya".
.Al-Hijr, 15:9
Beriman kepada setiap kitab samawi terutamanya al-Quran merupakan asas
akidah yang berhubung-kait dengan keimanan terhadap wahyu, keimanan terhadap
alam ghaib seperti malaikat, akhirat, syurga, neraka serta keimanan terhadap semua
rasul-rasul utusan Allah Subhanahu wa-Ta'ala. Adalah tidak mungkin untuk
mengimani semua perkara-perkara tersebut jika tidak terlebih dahulu mengimani al-
Kitab (al-Quran) yang memberi penerangan dan pengkhabaran mengenainya.

Sumber utama untuk mengetahui tentang setiap kitab samawi dengan sempurna
dan tepat, hanyalah melalui penjelasan dari al-Quran dan hadith-hadith yang sahih.
Hanya al-Quran dan hadith ini sahaja kitab samawi yang terjamin, sempurna, paling
lengkap, tiada kekurangan walaupun yang disangka perkara kecil oleh manusia dan
terpelihara dari segala bentuk penyelewengan dalam segala aspeknya sehinggalah ke
Hari Kiamat. Begitulah jaminan Allah Subhanahu wa-Ta'ala sebagaimana yang
dijelaskan di dalam firmanNya:

.‫الس ِم ْي ُع ال َْعلِ ْي ُم‬


َّ ‫ِّل لِ َكلِ َماتِِه َو ُه َو‬ ِ ‫ك‬
َ ‫ص ْدقًا َو َع ْدالً الَّ ُمبَد‬ ُ ‫ت َك ِل َم‬
َ ِّ‫ت َرب‬ ْ ‫َوتَ َّم‬
"Telah sempurnalah (lengkaplah) kalimah Tuhanmu (al-Quran) sebagai
kalimah yang benar dan adil. Tidak ada yang mampu merubah
(menyelewengkan) kalimah-kalimahNya dan Dialah yang Maha Mendengar
lagi Maha Mengetahui".
.Al-An'am, 6:115

.‫ت لَ ُك ُم اْ ِال ْسـالَ َم ِديْـنًـا‬


ُ ‫ض ْي‬ ََ ْ َ ْ ُ ‫ْت لَ ُك ْم ِديْـنَ ُك ْم َواَتْ َـم ْـم‬
ِ ‫ت َعلَْي ُكم نِ ْـعـمـتِى ور‬ ُ ‫اَلَْي ْو َم اَ ْك َمل‬
"Hari ini Aku telah sempurnakan untuk kamu agamamu dan aku telah
cukupkan bagimu nikmatKu dan Aku hanya meredhai Islam itu sahaja menjadi
agama bagimu".
.Al-Maaidah, 5:3
ٍ ‫اب ِمن َش‬ ِ ِ
‫يء‬ ْ ِ َ‫ َما َف َّرطْنَا فى الْكت‬.
"Tidaklah kami lupa satu apapun di dalam al-Kitab (al-Quran)".
.Al-An'am, 6:38
Semua nas-nas dan keterangan di atas menegaskan bahawa kitab suci al-Quran
telah sempurna, lengkap dan tidak ada yang tertinggal jika yang dikehendaki adalah
persoalan hukum ahkam agama atau syara. Sesiapa yang tidak meyakini kenyataan
ini maka dia adalah seorang yang kafir.

226
Kalimah Dan Definisi Al-Quran

Kalimah atau lafaz al-Quran, diambil dari kata dasar "Qaraa": (َ‫ ) َق َرا‬yang
masdarnya (‫ َو ُق ْرآنًا‬،ً‫ َوقِ َر َاءة‬،‫ ) ُق ْر ًءا‬bermaksud "bacaan". Dinamakan Quran (‫ ) ُق ْرآ ٌن‬kerana ia
adalah berupa "bacaan" atau "yang dibaca/yang boleh dibaca", sama ada dibaca
untuk dirinya sendiri atau untuk diperdengarkan kepada orang lain. Sebagaimana
firman Allah:

.‫الر ِج ْي ِم‬ َّ ‫اهلل ِم َن‬


ِ َ‫الش ْيط‬
َّ ‫ان‬ ِ ِ‫استَ ِع ْذ ب‬ َ ْ‫فَِاذَا َق َرا‬
ْ َ‫ت الْ ُق ْرآ َن ف‬
"Maka apabila kamu membaca al-Quran, hendaklah kamu meminta
perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk".
.An-Nahl, 16:98

.ً‫ث َو َن َّزلْنَاهُ َتْن ِزيْال‬ ُ ِ ‫َو ُق ْرآنًا َف َرقْنَاهُ لَِت ْق َراَهُ َعلَى الن‬
ٍ ‫َّاس َعلَى م ْك‬

"Dan al-Quran itu Kami turunkan dengan beransur-ansur agar kamu


membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dan Kami turunkannya
bahagian demi bahagian".
.Al-Isra, 17:106
Di dalam al-Quran Allah Ta’ala telah menyebut kalimah atau nama "Al-
Quran" dengan berulang kali sebagaimana firmanNya:

ِ ُّ ‫اب م ْكنو ٍن الَيم‬ ِ ِ ِ


ُ ‫سهُ االَّ ال ُْمطَه‬
.‫َّر ْو َن‬ َ َ ْ ُ َ ٍ َ‫انَّهُ لَ ُق ْرآ ٌن َك ِريْ ٌم فى كت‬
"Sesungguhnya al-Quran itu adalah bacaan yang sangat mulia. Pada kitab
yang terpelihara. Tiada menyentuh kecuali hamba-hamba yang disucikan
(malaikat)".
.Al-Waqi'ah, 56:77-79

.‫اك َس ْب ًعا ِم َن ال َْمثَانِى َوالْ ُق ْرآ َن ال َْع ِظ ْي ِم‬


َ َ‫َولََق ْد آَت ْين‬
"Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca
berulang-ulang, dan al-Quran yang agung".
.Al-Hijr, 15:87
.‫بَ ْل ُه َو ُق ْرأ ٌن َم ِجْي ٌد ِفى لَ ْو ٍح َم ْح ُف ْو ٍظ‬

"Bahkan yang didustakan oleh mereka itu al-Quran yang mulia. Yang
terpelihara di Loh Mahfuz".
Al-Buruj, 85:21-22

228
Sifat-Sifat Al-Quran

1. Bersifat kerohanian:
Al-Quran bersifat kerohanian sehingga dapat memberi kesan mendalam kepada
sanubari dan memberi sinar petunjuk kepada hati manusia. Sifat nur al-Quran
menyelamatkan manusia dari jalan kesesatan dan kegelapan jahiliah kepada cahaya
kebenaran. Hanya dari al-Quran sahaja seseorang itu boleh memperolehi cahaya
keimanan dan hidayah untuk menuju ke jalan yang paling lurus dan selamat di akhirat
kelak. Dan hanya al-Quran mampu membawa manusia kepada akidah tauhid yang
murni sehingga terselamat dari segala bentuk kesesatan atau kesysirikan.
Sebagaimana firman Allah:

ِ
‫اب َوالَ اْ ِاليْ َما ُن َولَ ِك ْن‬ ِ َ ‫ َما ُك ْن‬، ‫ك ُر ْو ًحا ِم ْن اَ ْم ِرنَا‬
ُ َ‫ت تَ ْد ِرى َما الْكت‬ َ ِ‫َو َك َذل‬
َ ‫ك اَ ْو َح ْينَا الَْي‬
ٍ ‫صر‬
.‫اط ُم ْستَ ِق ْي ٍم‬ ِ ِ ِ َ َّ‫ادنَا واِن‬ ِ ِ ِ َ َ‫جعلْنَاهُ ُنورا َن ْه ِدى بِ ِه من ن‬
َ ‫ك لََت ْهدى الَى‬ َ َ‫شآءُ م ْن عب‬ َْ ًْ ََ
"Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu (roh al-Quran)
dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah al-
Kitab (al-Quran) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami
menjadikan al-Quran itu cahaya, yang Kami tunjuk dengan dia siapa yang
Kami kehendaki antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar-
benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus".
.As-Syura, 42:52
Dimaksudkan dari kalimah (‫" ) ُر ْو ًحا‬Roh" di ayat ini ialah "Al-Quran".
Kemudian dijelaskan: "Kami jadikan al-Quran itu cahaya", seterusnya dijelaskan
lagi: "Dan dengan cahaya itu Kami tunjukkan siapa yang Kami kehendaki antara
hamba-hamba Kami". Maka "Roh" atau sifat "Kerohanian" al-Quran ialah memberi
268

petunjuk kepada manusia terutamanya yang mahu beriman dengannya.

2. Memberi Cahaya (Sinar):


Al-Quran dan as-Sunnah sering memperkatakan tentang cahaya (petunjuk
iman) dan lawannya, iaitu kegelapan atau kesesatan (kekufuran). Cahaya
menggambarkan hidayah dan kebenaran atau keimanan. Kegelapan pula
menggambarkan kesesatan, kekufuran, kesyirikan dan kejahilan. Maka antara sifat
dari sifat-sifat al-Quran ialah "Nur" sinar/cahaya yang memberi sinar petunjuk menuju
ke arah keimanan kepada Allah sebagaimana firmanNya:

.‫آء ُك ْم ُب ْر َها ٌن ِم ْن َربِّ ُك ْم َواَْن َزلْنَااِلَْي ُك ْم ُن ْو ًرا ُمبِْينًا‬


َ ‫َّاس قَ ْد َج‬
ُ ‫يَااَُّي َهاالن‬

268. Lihat: ‫ تفسير القرآن العظيم‬Jld. 4. Hlm. 155. Imam Ibn Kathir. Cetakan
pertama. 1414H/1994M. Maktabah Dar as-Salam. Riyad.
"Hai manusia! Sesungguhnya telah datang kepadamu bukti kebenaran dari
Tuhanmu, (Muhammad dengan mukjizatnya) dan telah Kami turunkan
kepadamu cahaya yang terang benderang (al-Quran)".
.An-Nisa', 4:174

‫السالَِم‬
َّ ‫ض َوانَهُ ُسبُ َل‬ ْ ‫اب ُمبِْي ٌن َي ْه ِدى بِ ِه اهللُ َم ِن َّاتبَ َع ِر‬ ِ ِ ‫قَ ْد جاء ُكم ِمن‬
ٌ َ‫اهلل ُن ْو ٌر َوكت‬ َ ْ ََ
ٍ ‫صر‬
.‫اط ُم ْستَ ِق ْي ٍم‬ ِ ِ ِ ِِ ِِ ِ ِ ُّ ِ
َ ‫َويُ ْخ ِر ُج ُه ْم م َن الظلُ َمات الَىالن ُّْو ِر با ْذنه َو َي ْهديْ ِه ْم الَى‬
"Sesungguhnya telah sampai kepadamu cahaya dari Allah, dan kitab yang
menerangkan (cahaya maksudnya Muhammad dan al-Quran). Dengan kitab
itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaanNya ke jalan
yang selamat, dan (dengan cahaya kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-
orang itu dari gelap gelita kepada cahaya yang terang benderang dengan
seizinNya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus".
.Al-Maidah, 5:15-16

ِ ‫صر‬ِ ِ ِ ِِ ِ ِ ُّ ِ ‫ كِتاب اَْنزلْناه اِلَيك لِت ْخرِج الن‬. ‫الر‬


‫اط‬ َ ‫َّاس م َن الظلُ َمات الَى الن ُّْو ِر با ْذن َربِّ ِه ْم الَى‬
َ َ ُ َْ ََُ ٌ َ
.‫ْح ِم ْي ِد‬
َ ‫ال َْع ِزيْ ِز ال‬
"Alif, Lam, Raa. (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya
kamu mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya yang terang
benderang dengan izin Tuhan mereka, (iaitu) menuju jalan Tuhan Yang Maha
Perkasa lagi Maha Terpuji".
.Ibrahim, 14:1
ِ
‫اب َوالَ اْ ِاليْ َما ُن َولَ ِك ْن‬ ِ
ُ َ‫ت تَ ْد ِرى َماالْكت‬
َ ‫ك ُر ْو ًحا ِّم ْن اَ ْم ِرنَا َما ُك ْن‬ َ ِ‫َو َك َذال‬
َ ‫ك اَ ْو َح ْينَا الَْي‬
ِ ‫شآء ِمن ِعب‬ ِ ِ
.‫ادنَا‬ َ ْ ُ َ َّ‫َج َـعلْنَاهُ ُن ْو ًرا َّن ْهد ْي بِه َم ْن ن‬
"Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu (Al-Quran) dengan
perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah al-Kitab (Al-
Quran) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan
al-Quran itu cahaya yang Kami tunjuki dengan dia siapa yang Kami kehendaki
di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi
petunjuk kepada jalan yang lurus".
.Asy-Syura, 42:52

230
ِ ‫َّاس َكمن َّم َثلُهُ ِفى الظُّلُم‬ ِِ ِ
‫ات‬ َ ْ َ ِ ‫اَ ْو َم ْن َكا َن َم ْيتًا فَاَ ْحَي ْينَاهُ َو َج َعلْنَالَهُ ُن ْو ًرا يَ ْمشى بِه فى الن‬
.‫ِج ِم ْن َها‬ ٍ ‫س بِ َخار‬َ ‫لَْي‬
"Apakah orang yang sudah mati kemudian Kami hidupkan dan Kami
berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat
berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang
keadaannya berada dalam gelap gelita yang sekali-kali tidak dapat keluar
daripadanya?".
.Al-An'am, 6:122

3. Bersifat Petunjuk Dan Rahmat:

Petunjuk (‫ )الهدى‬boleh dimaknakan: "Taufiq" (‫ )التوفيق‬atau "Ilham" (‫ )االلهام‬yang mana


ia berlaku khususnya kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki oleh Allah untuk
mendapat petunjukNya. Sebagaimana firman Allah:
269

.‫ص ْد َرهُ لِ ِال ْسالَِم‬ ِ ِ


َ ‫فَ َم ْن يُ ِرد اهللُ اَ ْن َي ْهديَهُ يَ ْش َر ْح‬
"Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya
petunjuk, nescaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk Agama) Islam".
.Al-An'am, 6:125
Dengan ayat ini, Allah menafikan petunjuk RasulNya (kerana hakikat pemberi
petunjuk adalah Allah Subhanahu wa-Ta'ala) sebagaimana firmanNya: 270

َ َ‫ت َولَ ِك َّن اهللَ َي ْه ِدى َم ْن ي‬ ِ


ُ‫شآء‬ َ ‫ك الَ َت ْه ِدى َم ْن اَ ْحبَْب‬
َ َّ‫ان‬
"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang
yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang
dikehendakiNya".
.Al-Qashash, 28:56
Petunjuk adalah isyarat yang mengarah sama ada ke arah kesesatan atau
kebenaran. Tetapi yang dimaksudkan dengan "Petunjuk" dalam tajuk ini ialah setiap

269. ‫ شرح العقيدة الواسطية‬hlm. 9. Ibn Taimiyah. Taalif . Mohd. Khalil. Raji'ah.
Abdulrazzak 'Afifi. Cetakan ke 4. University Islam Madinah.
270. Ibid.

231
apa yang didatangkan oleh Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam termasuklah berita-berita
yang benar, iman yang sahih, ilmu yang bermanfaat dan amal soleh. 271

Al-Quran adalah sebuah kitab suci dari Allah yang berupa kitab petunjuk yang
hanya mengarah manusia yang beriman dengannya ke jalan yang lurus, yang hak atau
kebenaran. Petunjuk al-Quran adalah petunjuk yang lurus, dengannya dapat
menyelamatkan manusia di dunia dan di akhirat.

Kandungan al-Quran yang dipenuhi dengan cahaya petunjuk Rabbani dapat


menghapuskan kegelapan hawa nafsu jahiliah yang menyelewengkan manusia ke arah
kepercayaan khurafat, tahayyul, kekufuran, kesyirikan atau bid'ah. Firman Allah:

.‫ْم ْؤ ِمنِْي َن‬ ِ ِ ٍ َ‫آن وكِت‬


ُ ‫اب ُمب ْي ٍن ُه ًدى َوبُ ْش َرى لل‬
ِ
َ ‫ات الْ ُق ْر‬ َ ‫ تِل‬. ‫طس‬
ُ َ‫ْك آي‬
"Thaa Siin. (Surah) ini adalah ayat-ayat al-Quran dan (ayat-ayat)
Kitab yang menjelaskan. Untuk menjadi petunjuk dan berita gembira untuk
orang-orang yang beriman".
.An-Naml, 27:1-2
.‫ْح ِك ْي ِم ُه ًدى َو َر ْح َمةً لِل ُْم ْح ِسنِيِ َن‬ ِ ‫ات ال‬
ِ َ‫ْكت‬
َ ‫اب ال‬ َ ‫ تِل‬. ‫الـم‬
ُ َ‫ْك آي‬
"Alif, Laam, Miim. Inilah ayat-ayat al-Quran yang mengandungi hikmah.
Menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang berbuat kebaikan".
.Loqman, 31:1-2

.‫اِ َّن َه َذا الْ ُق ْرآ َن َي ْه ِدى لِلَّتِى ِه َى اَق َْو ُام‬

"Sesungguhnya al-Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang


lebih lurus".
.Al-Isra', 17:9

‫شاءُ ِم ْن‬
َ َ‫اب َوالَ اْ ِاليْ َما ُن َولَ ِك ْن َج َعلْنَاهُ ُن ْو ًرا َن ْه ِدى بِ ِه َم ْن ن‬ ِ
ُ َ‫ت تَ ْد ِرى َماالْكت‬
َ ‫َما ُك ْن‬
ٍ ‫صر‬
.‫اط ُم ْستَ ِق ْي ٍم‬ ِ ِ ِ َ َّ‫ واِن‬. ‫ادنَا‬ ِ ‫ِعب‬
َ ‫ك لََت ْهدى الَى‬ َ َ
"Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah al-Kitab (al-Quran) dan
tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan al-Quran itu
cahaya yang Kami tunjuk dengan dia siapa yang Kami kehendaki di antara

271. Ibid.

232
hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk
kepada jalan yang lurus".
.Asy- Syura, 42:52
Sesiapa yang mengambil selain al-Quran dan hadith-hadith sahih (sebagai
penafsir al-Quran) untuk mencari petunjuk, maka dia akan menuju ke jalan kesesatan
yang jauh, kerana hanya al-Quran sahaja sebenar-benar kitab petunjuk yang tiada
keraguan baginya kepada mereka yang inginkan ketakwaan. Allah berfirman:
.‫ب ِفْي ِه ُه ًدى لِل ُْمت َِّق ْي َن‬
َ ْ‫اب الَ َري‬
ِ َ ِ‫ َذال‬. ‫الم‬
ُ َ‫ك الْكت‬
"Alif Laam Miim. Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya
sebagai petunjuk bagi mereka yang bertakwa".
.Al-Baqarah, 2:1-2

4. Bersifat Bayan :(‫)بيان‬


Kalimah bayan bermaksud: "Penerangan", "Tafsiran/Penafsiran" atau
"Penjelasan". Iaitu penjelasan bagai seluruh manusia bagaimana untuk berakidah,
beribadah, bertakwa dan kembali kepada Tuhannya. Al-Quran adalah Kitab Allah
yang bersifat bayan. Ia diturunkan kepada RasulNya sebagai bayan untuk mengurus
masalah keimanan manusia agar tidak syirik dan sesat dari jalan kebenaran. Al-Quran
menjadi bayan yang dapat membimbing manusia memenuhi apa sahaja yang
diperlukan dalam kehidupan mereka. Bayan dari al-Quran telah terbukti dapat
menyelesaikan perselisihan masyarakat manusia. Dan hanya bayan dari al-Quran
sahaja yang boleh mendekatkan diri seseorang hamba kepada Allah Subhanahu wa-
Ta'ala sehingga menjadi hamba yang soleh dan bertakwa.

Manusia akan sesat jika memilih selain dari al-Quran untuk menerajui perjalanan
hidup dan akidahnya, itulah antara bayan dari Kitab Allah.. Firman Allah Azza wa-
Jalla:

.‫اب تِْبيَانًا لِ ُك ِّل َش ْي ٍء‬ ِ َ ‫و َن َّزلْنَا َعلَي‬


َ َ‫ك الْكت‬ ْ َ
"Dan Kami turunkan kepadamu al-Kitab (al-Quran) untuk menjelaskan
segala sesuatu".
.An-Nahl, 16: 89

.‫اب اِالَّ لِتَُبيِّ َن لَ ُه ُم الَّ ِذى ا ْخَتلَ ُفوا ِفْي ِه‬ ِ َ ‫وما اَْنزلْنَا َعلَي‬
َ َ‫ك الْكت‬ ْ َ ََ

233
"Dan Kami tidak menurunkan kepadamu al-Kitab ini melainkan agar kamu
dapat menjelaskan kepada mereka apa yang mereka perselisihkan".
.An-Nahl, 16:64

.‫َّاس َو ُه ًدى َو َم ْو ِعظَةٌ لِل ُْمت َِّق ْي َن‬


ِ ‫َه َذا َبيَا ٌن لِلن‬

"Al-Quran ini adalah penerangan bagi seluruh manusia dan petunjuk serta
pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa".
.Ali Imran, 3:138

‫ب َعلَْي ُك ْم َواهللُ َعلِ ْي ٌم‬ ِ ِ ِ ِ ِ


َ ‫يُ ِريْ ُد اهللُ ليَُبيِّ َن لَ ُك ْم َو َي ْهديَ ُك ْم ُسـنَ َن الَّذيْ َن م ْن َقْبل ُك ْم َو َيُت ْو‬
.‫َح ِك ْي ٌم‬

"Allah hendak menerangkan (hukum syariatNya) kepadamu, dan


menunjukkan kepada kamu jalan-jalan orang yang sebelum kamu (para nabi
dan solihin) dan (hendak) menerima taubatmu. Dan Allah Maha Mengetahui
lagi Maha Bijaksana".
.An-Nisa', 4:26

5. Bersifat Tabligh (‫)بالغ‬:


Al-Quran, di samping merupakan sebuah kitab pembimbing (petunjuk) akidah,
mengajar cara-cara melaksanakan ibadah, menjadi rujukan untuk menyelesaikan
berbagai-bagai persoalan, masalah dan perkara-perkara yang berbangkit tentangnya,
maka di samping itu semua ternyata al-Quran juga merupakan penyampai segala
berita dan perkara-perkara yang bersifat ghaibiyah.

Semua berita yang disampaikannya adalah berita yang paling benar dan tepat,
sama ada berita yang telah berlalu atau yang akan berlaku (yang akan datang).
Kerana semuanya itu adalah ilmu-ilmu Allah semata yang tidak mungkin dapat
dicapai, diketahui, dijangkau dan diterokai oleh otak manusia kecuali melalui berita
al-Quran, terutamanya mengenai hal-hal ketuhanan, alam gaib, alam akhirat serta
syurga dan neraka. Namun, hanya orang-orang yang berakal sahaja yang mahu
mengambil pelajaran darinya. Allah berfirman:

ِ ‫َّاس ولِيْن َذروا بِ ِه ولِيعلَموا اَنَّما هو اِلَهٌ و‬


ِ َ‫اح ٌد َولِيَ َّذ َكر اُ ْولُوا اْأللْب‬ ِ
.‫اب‬ َ َ َ ُ َ ْ ُ ْ َ َ ْ ُ ُ َ ِ ‫َه َذا بَالَغٌ للن‬
"(Al-Quran) ini adalah penyampai yang sempurna kepada manusia, dan
supaya mereka diberi peringatan dengannya, dan supaya mereka mengetahui

234
bahawasanya Dia adalah Tuhan Yang Maha Esa dan agar orang-orang yang
berakal mengambil pelajaran".
.Ibrahim, 14:52
ِ ِّ‫الرسو ُل بلِّ ْغ ما اُنْ ِز َل اِلَيك ِمن َّرب‬
َ ‫ك َوا ْن لَّ ْم َت ْف َع ْل فَ َما َبلَّ ْغ‬
ُ‫ت ِر َسالَتَهُ َواهلل‬ َ ْ َْ َ َ ْ ُ َّ ‫يَااَُّي َها‬
ِ ‫ك ِم َن الن‬
.‫َّاس‬ ِ ‫ي ْع‬
َ ‫ص ُم‬ َ
"Hai Rasul! Sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu.
Dan jika tidak engkau kerjakan (apa yang diperintahkan itu, bererti) engkau
tidak menyampaikan amanahNya. Allah memelihara engkau dari (gangguan)
manusia".
.Al-Maidah, 5:67

.‫صى ُك َّل َش ْي ٍء َع َد ًدا‬ ِ ِ


َ ‫لَي ْعلَ َم اَ ْن قَ ْد اَْبلَغُ ْوا ِر َسـاالَت َربِّ ِه ْم َواَ َحا َط بِ َما لَ َديْ ِه ْم َواَ ْح‬
"Supaya Dia mengetahui bahawa sesungguhnya rasul-rasul itu telah
menyampaikan risalah-risalah Tuhan mereka, sedang sebenarnya ilmuNya
meliputi apa yang ada pada mereka dan Dia menghitung segala sesuatu satu
persatu".
.Al-Jin, 72:28

235
Al-Quran Sebuah Kitab Mukjizat

Antara pengertian mukjizat ialah:

"Sesuatu perkara yang tidak terdaya untuk dilakukan atau dihasilkan oleh
manusia, jin atau sekalian makhluk. Ia merupakan sesuatu yang luar biasa,
luar batasan kemampuan makhluk yang tidak mungkin dapat ditandingi oleh
manusia mahupun jin".

Kemukjizatan al-Quran adalah suatu cabaran kepada setiap makhluk untuk


mencipta atau menulis sebuah kitab yang seumpamanya. Orang-orang yang beriman
tidak akan mengingkari adanya mukjizat bagi para nabi dan rasul. Mukjizat yang
terakhir dan kekal sehingga ke Hari Kiamat ialah mukjizat yang diberikan kepada
Nabi Muhammad sallahu 'alaihi wa-sallam iaitu al-Quran. Pencabaran al-Quran
sebagai tanda kemukjizatannya kekal sehingga ke Hari Kiamat sebagaimana kekal dan
terpeliharanya al-Quran itu sendiri.

Antara tanda-tanda kemukjizatan al-Quran yang paling nyata ialah: Apabila


terbukti setiap cabaran al-Quran tidak mampu disambut oleh sekalian makhluknya
terutama manusia dan jin, sedangkan al-Quran mencabar sesiapa sahaja yang berakal
sejak mula ia diturunkan kepada Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam
sehinggalah ke hari ini. Al-Quran akan terus menerus mencabar sekalian manusia dan
jin sehinggalah ke Hari Kiamat sebagaimana keterangan dari al-Quran:

‫اء ُك ْم ِم ْن‬ ِ ِ ِ ِ ٍ ِ‫ب ِم َّما َن َّزلْنَا َعلَى َعب ِدنَا فَاُْتوا ب‬


َ ‫س ْو َرة م ْن مثْله َوا ْدعُ ْوا ُش َه َد‬
ُ ْ ْ ٍ ْ‫َواِ ْن ُكْنتُ ْم ِفى َري‬
‫َّاس‬ َِّ ‫ادقِ ْين فَِا ْن لَم َت ْفعلُوا ولَن َت ْفعلُوا فَ َّات ُقوا الن‬ِ ‫اهلل اِ ْن ُكْنتُم‬ ِ ‫ُدو ِن‬
ُ ‫َّار التى َو ُق ْو ُد َها الن‬ َ ْ َْ ْ َ َْ ْ َ ‫ص‬ َ ْ ْ
.‫ت لِ ْل َكافِ ِريْ َن‬ْ ‫ْح َج َارةُ اُ ِع َّد‬
ِ ‫وال‬
َ
"Dan jika kamu (tetap) dalam keraguan tentang al-Quran yang Kami
wahyukan kepada hamba Kami Muhammad, buatlah satu surah sahaja yang
semisal al-Quran, dan ajaklah penolong-penolongmu sekalian selain Allah jika
kamu orang-orang yang benar. Maka jika kamu tidak dapat membuatnya dan
pasti kamu tidak akan dapat membuatnya, peliharalah dirimu dari neraka yang
bahan bakarnya manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang kafir".
.Al-Baqarah, 2:23-24

‫استَطَ ْعتُ ْم ِم ْن ُد ْو ِن‬ ٍ ِِ ِ


ْ ‫اَ ْم َي ُق ْولُْو َن ا ْفَت َراهُ قُ ْل فَاُْت ْوا بِ َع ْش ِر ُس َو ٍر مثْله ُم ْفتَ ِريَات َوا ْدعُ ْوا َم ِن‬
ِ ‫اهلل اِ ْن ُك ْنتُم ص‬
‫ادقِ ْي َن‬ ِ .
َ ْ
"Bahkan mereka mengatakan: "Muhammad telah mencipta al-Quran itu.
Katakanlah! (Kalau demikian) maka datangkanlah sepuluh surah yang dicipta
yang serupa dengannya, dan panggillah orang-orang yang kamu sanggup
(mengumpulkannya) selain Allah, jika kamu memang orang-orang yang
benar".
.Huud, 11:13
‫آن الَيَاُْت ْو َن بِ ِمثْلِ ِه َولَ ْو‬
ِ ‫ْج ُّن َعلَى اَ ْن ياُْتوا بِ ِمثْ ِل َه َذا الْ ُقر‬
ْ ْ َ
ِ ‫ت اْ ِالنْس وال‬
َ ُ
ِ ‫اجتَم َع‬ ِ
َ ْ ‫قُ ْل لَئ ِن‬
ٍ ‫ض ُه ْم لَِب ْع‬
.‫ض ظَ ِه ْي ًرا‬ ُ ‫َكا َن َب ْع‬
"Katakanlah!: Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul
(bekerjasama tolong menolong) untuk membuat yang serupa al-Quran ini,
nescaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengan dia, sekalipun
sebahagian mereka menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain".
.Isra', 17:88

ِ ‫اهلل ُهو اَ ْه َدى ِم ْنهما اَتَّبِ ْعهُ اِ ْن ُكْنتُم ص‬


‫ فَِا ْن لَّ ْم‬.‫ادقِ ْي َن‬ ِ ‫اب ِمن ِع ْن ِد‬ ِ
َ ْ َُ َ ْ ٍ َ‫قُ ْل فَاُْت ْوا بِكت‬
‫ض ُّل ِم َّم ِن َّاتبَ َع َه َواهُ بِغَْي ِر ُه ًدى ِم َن‬ ِ َ َ‫يَ ْستَ ِج ْيبُوا ل‬
َ ‫ك فَا ْعلَ ْم اَنَّ َما َيتَّبعُ ْو َن اَ ْه َو‬
َ َ‫اء ُه ْم َو َم ْن ا‬
.‫اهلل اِ َّن اهللَ الََي ْه ِدى الْ َق ْو َم الظَّالِ ِم ْي َن‬
ِ
"Katakanlah!: Datangkanlah olehmu sebuah kitab dari sisi Allah yang
kitab itu lebih (dapat) memberi petunjuk daripada keduanya (Taurat dan al-
Quran) nescaya aku mengikutinya, jika kamu sungguh orang-orang yang
benar. Maka jika kamu tidak menjawab (tentangan atau cabaranmu),
ketahuilah bahawa sesungguhnya mereka hanyalah mengikuti hawa nafsu
mereka sahaja. Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti
hawa nafsunya dengan tidak mendapat petunjuk dari Allah sedikitpun.
Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim".
.Al-Qasas, 28:49-50
‫اهلل اِ ْن ُكْنتُ ْم‬
ِ ‫استَطَ ْعتُم ِمن ُدو ِن‬ ِ ِ ٍ ِ‫اَم ي ُقولُو َن ا ْفَتراهُ قُل فَاُْتوا ب‬
ْ ْ ْ ْ ‫س ْـو َرة ِّمثْله َوا ْدعُ ْوا َم ِن‬
ُ ْ ْ َ ْ َْْ
.‫ادقِ ْي َن‬
ِ‫ص‬
َ
"Atau (patutkah) mereka mengatakan "Muhammad membuat-buatnya
(mereka-rekanya)". Katakanlah! : (Kalau benar yang kamu katakan itu), maka
cubalah datangkan sebuah surah seumpamanya dan panggillah siapa-siapa
yang (boleh) kamu panggil (untuk membuatnya) selain Allah, jika kamu orang-
orang yang benar".
.YunusS, 10:38

237
ِ ‫ث ِمثْلِ ِه اِ ْن َكا ُنوا ص‬
.‫ادقِ ْي َن‬ ٍ ْ‫َفلْياُْتوا بِ ِح ِدي‬
َ ْ ْ َ
"Maka hendaklah mereka mendatangkan kalimat yang semisal al-Quran itu
jika mereka orang-orang yang benar".
.Ath Thuur, 52:34

238
Al-Quran Mencabar Para Jin Dan Manusia

Al-Quran telah mencabar Raja Rom, Raja Parsi, Raja Qibti (Mesir), Raja
Habsyah dan semua raja-raja beserta keseluruhan bijak pandai serta rakyat jajahan
takluk mereka. Malah al-Quran juga sentiasa mencabar semua agama dan bangsa,
para pemimpin agama, pendita dan cendekiawannya, sama ada Bangsa Arab atau
'Ajam (bukan Arab), para ahli bahasa (sasterawan), para intelektual dan semua
manusia supaya mengadakan seumpama al-Quran walaupun hanya satu ayat.

Hingga kesaat ini tidak seorangpun dari jutaan manusia yang berbagai bangsa,
kepandaian dan kedudukan mampu menyahut cabaran al-Quran. Maka dengan
demikian terbuktilah bahawa al-Quran adalah suatu mukjizat kerana tidak ada satu
makhlukpun yang dapat menyahut cabarannya. Tidak seorangpun yang dapat
menandingi dan menghasilkan sebuah karya yang menakjubkan seperti al-Quran.
Inilah yang membuktikan bahawa al-Quran benar-benar merupakan Kalam Allah
(wahyu Ilahi), bukan kalam makhluk sekalipun perkataan (kalam) Nabi Muhammad
salallahu 'alaihi wa-sallam sebagaimana firman Allah:

.‫ اِ ْن ُه َو اِالَّ َو ْح ٌي ُي ْو َحى‬. ‫َو َما َي ْن ِط ُق َع ِن ال َْه َوى‬

"Dan tidaklah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemahuan hawa


nafsunya. Ucapan itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan
(kepadanya)".
.An-Najm, 53:3-4
Al-Quran merupakan sebuah kitab yang datangnya dari Yang Tunggal, Yang
Esa yang tiada sekutu bagiNya.

Keterangan ini juga menolak dakwaan sesiapa yang menuduh bahawa Umar
bin al-Khattab dan Uthman bin Affan radhiallahu an-huma telah menokok-nambah,
menukar dan mengurangkan kandungan al-Quran. Tuduhan sebegini menunjukkan
kejahilan mereka, kerana kalaulah ada penambahan dari Umar atau Uthman bermakna
ada campur tangan makhluk di dalam al-Quran. Ini adalah mustahil kerana telah
terbukti bahawa manusia tidak mampu menulis semisal al-Quran walaupun satu surah
yang paling pendek. Jika ada tulisan (campur tangan) manusia dan bukan dari sisi
Allah sepenuhnya, pasti terdapat pertentangan yang banyak di dalamnya, tentulah
telah timbul perselisihan terutamanya di kalangan para sahabat yang telah menghafal
al-Quran keseluruhannya yang bukan sedikit jumlah mereka. Sedangkan tidak pernah
terdapat ikhtilaf di dalam al-Quran sejak diturunkan sehinggalah ke hari ini. Allah
berfirman:

ِ ‫ولَو َكا َن ِمن ِع ْن ِد غَْي ِر‬


‫اهلل لََو َج ُد ْوا ا ْختِالَفًا َكثِْي ًرا‬ ْ َْ
"Kalau sekiranya al-Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka
mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya".
.An-Nisa', 4:82
Ternyata kesemua para sahabat yang telah menghafal al-Quran sepakat secara
ijmak bahawa keseluruhan kandungan al-Quran yang dibukukan oleh Uthman adalah
wahyu dari langit, Kalamullah dan terpelihara dari ditokok-tambah, diubah-suai atau
berlakunya pencemaran yang dilakukan oleh tangan jin atau manusia.

Al-Quran bukan sahaja mencabar seluruh jin dan manusia agar menulis yang
semisal dengannya, malah al-Quran juga mencabar sekalian manusia supaya
menunjukkan kelemahan, kecacatan atau kekurangan al-Quran, sama ada di segi
ketinggian mutu ilmiahnya, pendidikannya, ketepatan ramalannya, kebenaran kisah-
kisah sejarah yang ditampilkannya, ilmu sains yang dibuktikannya, kesusasteraannya,
susunan kata-kata dan ayatnya, tata- bahasanya, nahunya, balaghahnya dan apa sahaja
yang terdapat di dalam al-Quran.

Kesempurnaan dan kemukjizatan al-Quran nyata terbukti tidak dapat dicabar


dalam segala aspeknya. Di samping membuktikan bahawa ia adalah sebuah kitab
mukjizat, ia juga sebagai tanda bukti kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad
salallahu 'alaihi wa-sallam, di mana setiap nabi telah dibekalkan oleh Allah
Subhanahu wa-Ta'ala dengan beberapa mukjizat sebagai pembuktian kenabian
mereka. Maka al-Quran adalah satu-satunya hujjah dan mukjizat bagi Nabi
Muhammad salallahu 'alai wa-sallam yang paling agung dan akan kekal sehingga ke
Hari Kiamat.

Di antara pembuktian kebenaran dan kemukjizatan al-Quran ialah:

1. Al-Quran mengandungi berita-berita dan pemberitahuan tentang perkara-perkara


ghaib, yang tidak dapat dijangkau oleh kemampuan minda atau ramalan manusia,
kerana tidak ada ruang untuk manusia mengetahui atau menembusi alam ghaib
kalau tidak diberitahu atau disingkap semua rahsia-rahsia keghaiban tersebut oleh
al-Quran. Wahyu yang diturunkan dari langit sama ada yang berupa ayat-ayat al-
Quran atau yang berupa Sunnah Rasulullah adalah sumber pengkhabaran ghaib
yang sentiasa benar, ia tidak pernah salah kerana ia datangnya dari Allah
Rabbul'alamin. Di antara berita ghaib yang telah dikhabarkan oleh al-Quran
ialah sebagaimana yang terdapat dalam nas-nas berikut:

‫ْح ِّق لِيُظْ ِه َرهُ َعلَى الدِّيْ ِن ُكلِّ ِه َولَ ْو َك ِر َه‬ ِ ِ


َ ‫ُه َو الَّذى اَ ْر َس َل َر ُس ْولَهُ بِال ُْه َدى َوديْ ِن ال‬
.‫ال ُْم ْش ِر ُك ْو َن‬

240
"Dialah yang mengutus RasulNya dengan membawa petunjuk dan agama yang
benar agar Dia memenangkannya di atas segala agama-agama walaupun
orang-orang musyrik benci".
.Ash-Shaff, 61:9

ْ ِ‫ ِفى ب‬. ‫ض َو ُه ْم ِم ْن َب ْع ِد غَلَبِ ِه ْم َس َـي ْغ ِلُب ْو َن‬


‫ض ِع ِسنِْي َن‬ ِ ‫ فِى اَ ْدنَى اْالَ ْر‬. ‫الر ْو ُم‬ُّ ‫ت‬ ِ ‫ غُلِب‬. ‫الم‬
َ
.‫ح ال ُْم ْؤ ِمُن ْو َن‬ ٍِ ِ ِ ِ
ُ ‫ِهلل اْالَ ْم ُر م ْن َقْب ُل َوم ْن َب ْع ُد َو َي ْو َمئذ َي ْف َر‬
"Alif Laam Miim. Akan dikalahkan Bangsa Rom, di negeri yang terdekat,
dan mereka sesudah dikalahkan itu akan menang dalam beberapa tahun lagi.
Bagi Allahlah urusan sebelum dan sesudah (mereka menang). Dan di hari
(kemenangan Bangsa Rumawi) itu bergembiralah orang-orang yang beriman".
.Ar-Rum, 30:1-2-3-4
Apa yang diberitakan oleh al-Quran pasti terjadi sebagaimana ayat di atas telah
menjadi kenyataan. Semasa di penghujung pemerintahan Umar, agama dan
negara Islam telah menguasai jajahan Rom. Jordan, Palestine, Mesir dan Parsi
dikuasai oleh pemerintahan Islam, malah Islam telah sampai ke India dengan
mengalahkan agama-agama yang lain.

2. Kita mengetahui bahawa Nabi Muhammad sallahu 'alaihi wa-sallam, adalah


Nabi yang ummi (tidak tahu membaca dan menulis), tidak pernah mempelajari
dan mengetahui sedikitpun tentang kitab-kitab samawi, tidak pernah mendengar
kisah-kisah atau sirah para nabi-nabi sebelum baginda, tidak pernah mempelajari
apapun ilmu sejarah satu-satu kaum dan tidak pernah menduduki mana-mana
pengajian.

Namun demikian dengan panduan mukjizat al-Quran, terbukti baginda bukan


sahaja boleh menceritakan dengan tepat dan betul sejarah manusia sejak Nabi
Adam sehinggalah ke Nabi Isa 'alaihi as-salam, bahkan dapat menjelaskan sikap
manusia yang dahulu, sekarang dan yang akan datang serta kejadian baik atau
balasan buruk yang berupa bala atau malapetaka (bencana) yang menimpa
mereka sebagai balasan dari Allah Azza wa-Jalla.
Pastinya untuk mengimbas dan menceritakan kembali sejarah silam, baginda
memerlukan buku-buku kajian yang banyak dan masa yang lama, sedangkan
Nabi yang ummi tidak pernah belajar membaca dan cara menulis. Malah Nabi
Muhammad tidak pernah memiliki walaupun sebuah kitab untuk dijadikan kajian,
kecuali hafalan al-Quran yang ada di dalam dada baginda setelah turunnya
wahyu.

241
3. Al-Quran mempunyai gaya kesusasteraan yang tinggi tapi mudah difahami oleh
semua peringkat manusia, mempunyai balaghah yang luar biasa dan bahasa yang
fasih, tapi amat jelas dan indah. Tersemat mutu ilmiah yang masih banyak lagi
belum diterokai oleh manusia dan tidak pernah habis dikaji sehingga
menakjubkan para saintis. Maka jika ada tuduhan bahawa al-Quran itu
dihasilkan oleh Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam, tentulah Nabi perlu
terlebih dahulu memasuki mana-mana pusat pengajian tinggi dan perlu mengkaji
ratusan kitab-kitab dan buku-buku ilmiah yang banyak. Seperti yang dikatakan,
Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam dikenali sebagai seorang Nabi yang
tidak tahu membaca dan tidak pernah belajar menulis.

Daripada penjelasan di atas, dapat dipertimbangkan oleh akal yang rasional,


bahawa jika al-Quran itu ciptaan baginda yang merupakan manusia yang ummi dan
dibesarkan di padang pasir yang tandus, sudah pasti telah terlalu banyak ditemui
kesalahan, kelemahan, kesilapan dan percanggahan di dalamnya. Sedangkan kesemua
bijak pandai dari kalangan jin dan manusia seluruhnyapun tidak mampu menandingi
kehebatan al-Quran. Ini membuktikan bahawa al-Quran adalah benar-benar kitab
samawi yang menjadi mukjizat kepada Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam
yang diturunkan dari langit yang merupakan Kalamullah bukan kalam makhluk.

242
Menafsir Dengan Akal & Hawa Nafsu

Terdapat beberapa buah hadith sahih yang mengharamkan seseorang itu


menafsirkan al-Quran melalui pemahaman akal fikirannya sendiri (‫)الراي‬, pendapat,
pandangan seseorang, hawa nafsu atau menafsirkannya tanpa landasan ilmu
tentangnya. Sesungguhnya cara yang betul dan selamat untuk menafsirkan al-Quran
hendaklah ditafsirkan melalui penafsiran para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang
bermanhaj Salaf as-Soleh, iaitu:

"Al-Quran ditafsirkan dengan al-Quran, al-Quran ditafsirkan dengan


hadith-hadith yang sahih dan al-Quran ditafsirkan dengan athar-athar yang
sahih".

Maka penafsiran yang semata-mata berpandukan kepada akal fikiran adalah


haram hukumnya sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Muhammad bin Jarir: 272

َ‫ال ِفى الْ ُق ْرآ َن بَِراْيِ ِه اَ ْوبِ َما ال‬ َ َ‫صلَّى اهللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم ق‬
َ َ‫ َم ْن ق‬: ‫ال‬ َ ‫اس َع ِن النَّبِ ِّي‬ ٍ َّ‫َع ِن بْ ِن َعب‬
.‫َي ْعلَ ُم َفلْيَتََب َّواْ َم ْق َع َدهُ ِم َن النَّا ِر‬
"Dari Ibn Abbas Dari Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam bersabda: Sesiapa
yang menafsirkan al-Quran dengan pendapatnya sendiri atau dengan apa yang
dia tidak ketahui, maka besedialah satu bangku dari api neraka". 273

‫ال فِى الْ ُق ْرآ َن بَِراْيِ ِه َف َق ْد اَ ْخطَاَ َء‬


َ َ‫َم ْن ق‬
"Sesiapa yang berkata (menafsirkan) al-Quran dengan pendapatnya sendiri
maka dia telah melakukan kesalahan". 274

ِ ِ ِ َ‫ال فِى كِت‬


.َ‫اب َف َق ْد اَ ْخطَا‬
َ ‫ص‬َ َ‫اب اهلل بَِراْيِه فَا‬ َ َ‫َم ْن ق‬
"Sesiapa berkata (menafsirkan) kitab Allah (al-Quran) dengan pendapatnya
sendiri jika sekiranya (disangka betul) maka ia telah melakukan kesalahan". 275

Hadith di atas adalah antara hadith-hadith yang mengharamkan penafsiran


dengan ra'yii (‫" )الراي‬Pendapat", hawa nafsu atau akal fikiran semata. Tentunya, jika
tiada pengharaman seperti ini dikhuatiri akan memberi ruang kepada yang tidak
berilmu mencampuri urusan yang bukan bidangnya. Apabila hal serupa ini terjadi

272. Lihat: ‫تفسير ابن كثير‬. Jld. 1. hlm. 5.


273. H/R Abu Daud, Turmizi dan Nasaii (hadis hasan).
274. H/R Abu Daud dan Turmizi.
275. Lihat: ‫ تفسير ابن كثير‬Jld. 1. Hlm. 5.
pasti akan berlaku kesalahan yang banyak kerana dia akan menambah bab-bab hukum
yang tiada kaitannya dengan syara yang mana akhirnya kejahilan dan bid'ah akan
berleluasa dan perpecahan akan berlaku di kalangan ummah Islamiyah.

Antara juru tafsir dan penterjemah al-Quran yang dijadikan panduan


penafsirannya ialah Abdullah bin Abbas dan Abdullah bin Masoud. Kedua-dua
sahabat ini telah dipilih oleh Rasulullah sallallhu 'alaihi wa-sallam untuk mengajar al-
Quran kepada ummah. Rasulullah pernah mendoakan Ibn Abbas dan menjamin
penafsiran Ibn Masoud:

.‫اَللَّ ُه َّم َف ِّق ْههُ ِفى الدِّيْ ِن َو َعلِّ ْمهُ التَاْ ِويْ ِل‬

"Ya Allah! Fakehkanlah (alimkanlah) dia (Ibn Abbas) dalam agama dan
ajarkanlah dia ta'wil (tafsir al-Quran)". 276

:
ِ ‫ان لِ ْل ُقر‬
.‫آن ابْ ُن َعبَّاس‬ َ َ‫َع ِن بْ ِن َم ْسعُ ْو ٍد ق‬
ِ ‫ نِ ْعم التُّرجم‬: ‫ال‬
ْ ََ ْ َ
"Dari Ibn Masoud berkata: Sebaik-baik penterjemah (penafsir) al-Quran
ialah Ibn Abbas". 277

‫اهلل اِالَّ َواَنَا اَ ْعلَ ُم ِفْي َم ْن‬


ِ ‫اب‬ ْ َ‫ َوالَّ ِذ ْي الَ اِلَهَ غَْي ُرهُ َما َن َزل‬: ‫ال ابْ ُن َم ْسعُ ْو ٍد‬
ِ َ‫ت آيَةٌ ِم ْن كِت‬ َ َ‫َوق‬
‫ت‬ْ َ‫ َواَيْ َن َن َزل‬. ‫ت‬ْ َ‫َن َزل‬
"Berkata Ibn Masoud: Demi yang tidak ada Ilah selainNya, tidaklah satu
ayat dari Kitab Allah yang turun, kecuali aku mengetahui pada siapa ia turun
dan di mana ia turun". 278

Berkata Ibn Kathir:

"Jika sekiranya pada suatu ketika tidak kita temui tafsiran (al-Quran) di
dalam al-Quran dan juga tidak di dalam sunnah, maka kami kembalikan hal
tersebut kepada qaul-qaul para sahabat kerana mereka lebih mengetahui
tentang perkara tersebut. Mereka telah melihat beberapa perbandingan dan
hal-hal kejadian yang khusus berkaitan dengannya, yang mana mereka
memahaminya dengan sempurna, mempunyai ilmu yang sah dan beramal
soleh. Terutama ulama dan alim besar mereka seperti pemimpin yang empat,

276. Ibid. Hlm. 3.


277 Ibid.
278. Ibid.

244
iaitu dari kalangan Khulafa ar-Rasyidin yang merupakan pemimpin yang dapat
petunjuk, begitu juga dengan Abdullah bin Masoud radiallahu anhum". 279

Menurut Ibn Kathir lagi:

"Jika tidak ditemui penafsir al-Quran dengan al-Quran atau al-Quran


dengan sunnah, maka kebanyakan para ulama tafsir mengembalikannya
kepada tafsiran para tabiin seperti Mujahid".
280

Dari Ibn Abi Mulaikah berkata:

"Aku pernah melihat Mujahid bertanya kepada Ibn Abbas tentang tafsir al-
Quran dan bersamanya papan tulis, beliau berkata: Maka Ibn Abbas berkata
kepada Mujahid: Tulislah! (Maka ditulisnya) sehinggalah seluruh persoalan
tafsir yang ditanyakannya. Oleh kerana itu Sufyan at-Thauri berkata: Apabila
datang kepadamu tafsir dari Mujahid janganlah engkau ragui". 281

Antara golongan ulama tafsir salaf yang dikenali ialah Sa'ed bin Jabir, Ikrimah,
'Ataa bin Abi Rabah, Hasan al-Basri, Masruk bin al-Ajda', Sa'ed, Abi al-'Aliah, Ar-
Rabi' bin Anas, Qatadah, Ad-Dahhak dan selain mereka dari kalangan tabiin dan yang
mengikuti mereka. 282

279. Ibid.
280. Ibid.
281. Ibid.
282. Ibid.

245
Ilhad (Penyimpangan) Memahami Al-Quran & As-Sunnah

Al-Ilhad (‫اد‬
ُ ‫ْح‬ ِ ِ
َ ‫ )اَالل‬dalam Bahasa Arab bererti "al-Mael" (‫ )اَل َْمائ ُل‬yang bermaksud:
"Condong atau Mereng". Kalimah ini diambil dari kata "al-Lahad" bererti
"condong" kerana kecondongan jenazah ke sisi sebelah kanan di dalam kuburnya.

Menurut pengertian syara, kalimah "al-Ilhad" dimaknakan sebagai


kecondongan seseorang untuk menyimpangkan makna-makna atau maksud sebenar
pada nas-nas al-Quran dan as-Sunnah sehingga menyelewengkan makna, maksud dan
ertinya.

Ulama membahagikan ilhad kepada beberapa jenis:

Pertama: Ilhad (menyelewengkan/menyimpangkan) ayat-ayat syariyah (ُ‫) َش ْر ِعيَّة‬.


Contohnya:

(a). Menta'wil sifat-sifat Allah. Misalnya memberikan nama tertentu kepada


Allah (menamakan Allah) dengan nama yang tidak layak bagiNya. Sebagaimana
perbuatan kaum Nasrani menamakan Allah dengan Bapak, para filosof
menamakanNya dengan Zat Yang Wajib Ada dengan Sendirinya atau sebagainya.

(b). Menggunakan nama-nama Allah untuk menamai makhluk tertentu,


sebagaimana mengatakan patung berhala Laata berasal dari kata al-Ilah, patung
berhala Uzza berasal dari kata al-Aziz, patung berhala Manata berasal dari kata al-
Mannan dan sebagainya.

(c). Menggambarkan Allah dengan sifat-sifat tertentu yang tidak layak bagiNya,
seperti perbuatan orang-orang Yahudi mengatakan Allah itu fakir, bakhil atau
beristirehat pada hari Sabtu.

(d). Menafikan, meniadakan atau menukar nama-nama Allah dan sifat-sifatNya


dari maknanya yang sebenar serta mengingkari kebenarannya, misalnya
menganggap nama-nama Allah itu hanya sebagai simbol yang sama sekali tidak
menunjukkan kesempurnaanNya.

(e). Menserupakan Allah dengan salah satu makhlukNya baik di segi zat ataupun
bentuk.

Kedua: Ilhad (menyelewengkan/menyimpangkan) ayat-ayat "kauniyah" (‫) َك ْونِيَّة‬.


Sebagai contoh: Menasabkan berbagai-bagai fenomena alam kepada selain Allah
Azza wa-Jalla. Seperti menasabkan turunnya hujan kepada bintang atau sebab-
sebab yang lain, yang dinafikan kaitannya dengan kuasa Allah atau urusan
malaikat yang ditugaskan dan diamanahkan oleh Allah.
Rukun Iman Keempat:
BERIMAN KEPADA RASUL

Erti beriman kepada para rasul dan nabi ialah berkeyakinan yang kuat bahawa
Allah telah mengutus para rasul dan nabi untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan
syirik kepada cahaya iman (tauhid) kepada Allah. Para rasul dan nabi diutus untuk
memberi khabar gembira (syurga) kepada mereka yang beriman dan ancaman (neraka)
kepada mereka yang kufur dan melakukan kesyirikan.

Kalimah "ar-Rusul" (‫( )اَ ُّلر ُس ُل‬di dalam hadith yang menerangkan tentang iman)
berbentuk jamak dan mufradnya ar-Rasul (‫)اَ َّلر ُس ْو ُل‬. Di segi bahasa pula kalimah
"Rasul" bermaksud:

"Utusan atau orang yang diutus untuk menyampaikan pesanan, berita atau
amanah (agama Allah)".

Di dalam syara, kalimah rasul bermaksud:

"Seseorang yang menerima wahyu dari langit untuk disampaikan kepada


umatnya".

Setiap Umat telah diutus kepada mereka seorang Rasul dan beberapa orang
Nabi sebagaimana firman Allah:

ٍ ِ
ْ ‫َولََق ْد َب َع ْثنَا فى ُك ِّل اَُّمة َر ُس ْوالً اَ ِن ْعبُ ُدوا اهللَ َو‬
َ ‫اجتَنِبُوا الطَّاغُ ْو‬
.‫ت‬

"Dan telah Kami utus seorang Rasul pada setiap umat (untuk menyerukan)
sembahlah Allah (sahaja) dan jauhilah taghut".
.An-Nahl, 16:36

.‫َواِ ْن ِم ْن اَُّم ٍة اِالَّ َخالَ فِْي َها نَ ِذ ْي ٌر‬


"Dan tidak ada suatu umatpun melainkan telah ada padanya seorang
pemberi peringatan (rasul)".
Fatir, 35:24

Jumlah para nabi dan rasul telah dikhabarkan oleh Nabi Muhammad sallallahu
'alaihi wa-sallam:

‫ش َر‬ ْ ِ‫ ثَالَثُ ِمائَ ٍة َوب‬: ‫ال‬


َ ‫ض َعةَ َع‬ ِ ‫ْت يا رسو َل‬
َ َ‫ َك ِم ال ُْم ْر َسلُ ْو َن ؟ ق‬، ‫اهلل‬ ْ ُ َ َ ُ ‫ ُقل‬: ‫ال‬ َ َ‫َع ْن اَبِ ْي َذ ٍّر ق‬
ُ‫اهلل َك ْم َوفَاءٌ ِع َّدة‬
ِ ‫ يا رسو َل‬: ‫ْت‬
ْ ُ َ َ ُ ‫ ُقل‬: ‫ال اَُب ْو َذ ٍّر‬ َ َ‫ ق‬، ُ‫ َو ِفى ِر َوايَِة اَبِ ْي اَُم َامة‬. ‫َج ًّما غَ ِف ْي ًرا‬
َ‫سة‬ ٍ ِ َ ِ‫ اَ ُّلرسل ِمن َذل‬. ‫ْف واَربعةٌ و ِع ْشرو َن اَلْ ًفا‬
ٍ ِ َ َ‫اْالَنْبِي ِاء ؟ ق‬
َ ‫ك ثَالَثُمائَة َو َخ ْم‬ ْ ُُ ْ ُ َ َ َ ْ َ ‫ مائَةُ اَل‬: ‫ال‬ َ
.‫ش َر َج َّما غَ ِف ْي ًرا‬
َ ‫َع‬
"Dari Abu Zar berkata: Saya bertanya: Wahai Rasulullah! Berapa
ramaikah para rasul? Baginda menjawab: Tiga ratus dan beberapa belas
orang iaitu satu jumlah yang ramai. Dalam riwayat Abu Ummah, Abu Zar
bertanya: Wahai Rasulullah! Berapa ramaikah seluruhnya jumlah para nabi?
Baginda menjawab: Seratus dua puluh ribu, para rasul di antaranya seramai
tiga ratus lima belas orang, satu jumlah yang sangat ramai". 283

Ada sebahagian ulama berpendapat bahawa jumlah para nabi keseluruhannya


ialah 124,000 orang, manakala para rasul berjumlah 313 orang di mana 25 orang
daripadanya telah disebut nama-nama mereka di dalam al-Quran:

‫ك َك َما اَ ْو َح ْينَا اِلَى ُن ْو ٍح َوالنَّبِِّيْي َن ِم ْن َب ْع ِد ِه َواَ ْو َح ْينَآاِلَى اِ ْب َر ِاه ْي َم‬ ِ ِ


َ ‫انَّا اَ ْو َح ْينَا الَْي‬
‫ار ْو َن َو ُسلَْي َما َن‬ ِ ِ ِ ِ ِ
ُ ‫س َو َه‬ َ ُ‫ب َو ُي ْون‬ َ ‫سى َواَُّي ْو‬ َ ‫ألسبَاط َوع ْي‬ ْ ْ‫ب َوا‬ َ ‫َوا ْس َماع ْي َل َوا ْس َحا َق َو َي ْع ُق ْو‬
.‫َوآَت ْينَا َد ُاو َد َز ُب ْو ًرا‬

"Sesungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu (Ya Muhammad!)


Sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nuh dan nabi-nabi yang
kemudiannya, dan Kami telah memberikan wahyu (pula) kepada Ibrahim,
Ismail, Ishak, Yakub dan anak cucunya, Isa, Ayyub, Yunus, Harun dan
Sulaiman. Dan Kami berikan Zabur kepada Daud".
.An-Nisa' 4:163
Nabi Adam 'alaihi as-salam adalah manusia yang pertama diangkat oleh Allah
Subhanahu wa-Ta'ala sebagai nabi dan khalifah. Bermula dari baginda, berkembang
biak umat manusia di muka bumi. Adapun rasul yang pertama diutus kepada manusia
ialah Nuh 'alaihi as-salam, dan nabi yang juga rasul terakhir sebagai penutup kepada
284

semua nabi-nabi dan rasul-rasul ialah Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam.
Tidak mungkin ada lagi nabi atau rasul selepas kewafatan Nabi Muhammad salallahu
'alaihi wa-sallam. Sesiapa yang mendakwa dirinya sebagai nabi atau rasul maka
dakwaan tersebut adalah suatu pembohongan (nabi palsu) atau suatu penipuan yang
nyata. Ini telah dijelaskan di dalam al-Quran sebagaimana firman Allah:

283. H/R Ahmad dalam musnadnya (Misykat al-Mashabih) 3/122. Menurut Al-
Albani, isnadnya sahih.
284. Ada kalangan yang menganggap bahawa Nabi Adam 'alaihi as-salam adalah rasul yang pertama.

248
ِ ‫َّما َكا َن مح َّم ٌد اَبا اَح ٍد ِمن ِرجالِ ُكم ولَ ِكن َّرسو َل‬
.‫اهلل َو َخاتَ َم النَّبِِّيْي َن‬ ُْ ْ َ ْ َ ْ َ َ َ ُ
"Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapa dari seorang laki-laki di antara
kamu, tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi".
.Al-Ahzab, 33:40
Imam Ibn Kathir rahimahullah apabila menafsirkan ayat di atas menjelaskan:

"Maka antara rahmat Allah Ta'ala dan penghormatanNya kepada hamba-


hambanya, Allah mengutus Muhammad sallahu 'alaihi wa-sallam kepada
mereka sebagai penutup bagi sekalian nabi-nabi dan rasul-rasul, dengan nabi
tersebut disempurnakan agama yang lurus ini. Telah dikhabarkan oleh Allah
Tabaraka wa-Ta'ala di kitabNya dan melalui RasulNya sallahu 'alaihi wa-
sallam di dalam sunnah-sunnahnya yang mutawatir bahawasanya tidak ada
nabi selepasnya. Hendaklah diketahui bahawa sesiapa yang mendakwa ada
nabi selepasnya maka dia adalah pembohong, dajjal dan sesat lagi
menyesatkan". 285

Setiap rasul diutus untuk menjadi saksi dengan dibekalkan bekalan bukti-bukti
yang jelas berupa mukjizat dan dikukuhkan dengan kitab sebagai neraca dan panduan
dakwahnya. Mereka mengkhabarkan berita baik iaitu balasan syurga bagi sesiapa
yang mentaati atau mengimaninya dan mengkhabarkan berita buruk iaitu balasan
neraka bagi sesiapa yang membohongi, menentang dan mengkufurinya. Firman
Allah:

.‫ش ًرا َونَ ِذ ْي ًرا‬


ِّ َ‫اه ًدا َو ُمب‬ َ َ‫يَا اَُّي َها النَّبِ ُّى اِنَّا اَ ْر َسلْن‬
ِ ‫اك َش‬

"Hai Nabi! Sesungguhnya Kami mengutusmu untuk jadi saksi dan pembawa
khabar gembira dan pemberi peringatan".
.Al-Ahzab, 33:45

.‫اس بِال ِْق ْس ِط‬ ِ ِ ِ ِ


َ َ‫لََق ْد اَ ْر َسلْنَا ُر ُسلَنَا بِالَْبِّينَات َواَْن َزلْنَا َم َع ُه ُم الْكت‬
ُ َ‫اب َوالْم ْي َزا َن لَي ُق ْو َم الن‬
"Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan membawa
bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka al-Kitab dan
neraca (keadilan)".
.Al-Hadid, 57:25

285. Lihat: ‫تفسير ابن كثير‬. Jld. 3. Hlm. 652.

249
.‫َّاس الََي ْعلَ ُم ْو َن‬ ِ ‫اك اِالَّ َكآفَّةً لِلن‬
ِ ‫َّاس بَ ِش ْي ًرا َونَ ِذ ْي ًرا َولَ ِك َّن اَ ْك َث َر الن‬ َ َ‫َو َما اَ ْر َسلْن‬
"Dan Kami tidak mengutus kamu, melainkan kepada umat manusia
seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan,
tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui".
.Saba', 34:28

ِ ِ ِّ َ‫ث اهللُ النَّبِِّيْي َن ُمب‬ ِ ‫َكا َن النَّاس اَُّمةً و‬


َ َ‫ش ِريْ َن َو ُم ْنذ ِريْ َن َوا ْن َز َل َم َع ُه ُم الْكت‬
‫اب‬ َ ‫اح َدةً َفَب َع‬ َ ُ
ِ ‫ْح ِّق لِيَ ْح ُك َم َبْي َن الن‬
.‫َّاس فِ ْي َما ا ْخَتلَ ُف ْوا فِ ْي ِه‬ َ ‫بِال‬
"Manusia itu adalah umat yang satu. (Setelah timbul perselisihan), maka
Allah mengutus para nabi, sebagai pemberi khabar gembira dan peringatan,
dan Allah menurunkan bersama mereka Kitab dengan benar, untuk memberi
keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan".
.Al-Baqarah, 2:213

ُّ ‫اء ُك ْم َر ُس ْولُنَا ُيَبيِّ ُن لَ ُك ْم َعلَى َفْت َر ٍة ِم َن‬


َ ‫الر ُس ِل اَ ْن َت ُق ْولُْوا َما َج‬
‫آء‬ َ ‫اب قَ ْد َج‬
ِ ‫يا اَ ْهل ال‬
ِ َ‫ْكت‬
َ َ
ٍ ‫نَا ِمن ب ِشي ٍر والَ نَ ِذي ٍر َف َق ْد جآء ُكم ب ِشير ونَ ِذير واهلل على ُك ِّل َش‬
.‫ىء قَ ِد ْي ٌر‬ َ َ ُ ٌْ َ ٌ ْ َ ْ َ َ ْ َ ْ َْ
"Hai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami,
menjelaskan (syariat Kami) kepadamu ketika terputus (pengiriman) rasul-
rasul, agar kamu tidak mengatakan: Tidak datang kepada kami baik seorang
pembawa berita gembira maupun seorang pemberi peringatan. Sesungguhnya
telah datang kepadamu pembawa berita gembira dan pemberi peringatan.
Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu".
.Al-Maidah, 5:19
Setiap individu muslim wajib mengimani bahawa Allah telah mengutus
sebilangan manusia sebagai nabi dan rasul yang membawa bersamanya amanat Allah
untuk disampaikan kepada kaum-kaum mereka, bermula dari Nabi Adam 'alaihi as-
salam sehingga berakhir dengan pengutusan Nabi Muhammad salallahu 'alai wa-
sallam.

250
Nabi Dan Rasul Manusia Biasa

Setiap nabi Allah dan juga rasul adalah manusia biasa sebagaimana manusia-
manusia yang lain. Ia dari anak keturunan (cucu-cicit) Nabi Adam 'alaihi as-salam.
Mereka makan dan minum, sakit dan sihat, berkahwin dan berzuriat serta merasai
hidup dan mati.

ِ ‫شو َن ِفى اْالَ ْسو‬ ِ ِ ِ ِ َ ‫وما اَرسلْنا َقب ِل‬


.‫اق‬ َ َ ‫ك م َن ال ُْم ْر َسل ْي َن االَّ ا َّن ُه ْم لَيَاْ ُكلُ ْو َن الطَّ َع‬
ْ ُ ‫ام َويَ ْم‬ ْ َ َ ْ ََ
"Dan Kami tidak mengutus rasul-rasul sebelummu, melainkan mereka
sungguh memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar".
.Al-Furqan, 25:20

ِ ‫اِ َّن نَبِ َّى‬


.‫اهلل َد ُاو َد َكا َن يَاْ ُك ُل ِم ْن َع َم ِل يَ ِد ِه‬

"Sesungguhnya Nabi Allah Daud, makan dari hasil usaha tangannya


sendiri".286

286. H/R Bukhari dan Muslim.


Antara Perkara Penyempurna Iman

Tidak sempurna iman seseorang kecuali setelah mengimani sekalian nabi-nabi


dan rasul-rasul yang telah diceritakan oleh al-Quran dan hadith-hadith sahih. Ini telah
ditekankan di dalam al-Quran dan as-Sunnah:

َ ‫ْح ِّق ِم ْن َربِّ ُك ْم فَ ِآمُن ْو‬


.‫اخ ْي ًرالَّ ُك ْم‬ َ ‫الر ُس ْو ُل بِال‬
َّ ‫اء ُك ُم‬
َ ‫َّاس قَ ْد َج‬
ُ ‫يَا اَُّي َها الن‬
"Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang Rasul itu kepadamu dengan
membawa kebenaran dari Tuhanmu, maka berimanlah kamu, itulah yang lebih
baik bagimu".
.An-Nisa', 4:170
Adapun terhadap para nabi dan rasul yang tidak dikenali nama-nama mereka
dan tidak diceritakan secara terperinci di dalam al-Quran atau al-Hadith yang sahih,
maka tetap diwajibkan juga mengimani mereka secara ijmal (‫" )اجمال‬global"
sebagaimana firman Allah:

.‫ك‬
َ ‫ص َعلَْي‬ ِ َ ‫ك ِم ْنهم َّمن قَصصنا علَي‬ِ
ْ ‫ص‬
ُ ‫ك َوم ْن ُه ْم َّم ْن لَ ْم َن ْق‬ ْ َ َ ْ َ ْ ْ ُ َ ‫َولََق ْد اَ ْر َسلْنَا ُر ُسالً ِّم ْن َقْبل‬
"Dan sesungguhnya telah Kami utus beberapa orang rasul sebelum kamu,
di antara mereka ada yang Kami ceritakan kepadamu dan ada yang tidak
Kami ceritakan kepadamu".
Mukmin, 40:78
Wajib Mencintai & Mentaati Para Rasul Dan Nabi

Setelah mengetahui tentang wajibnya beriman kepada sekalian para nabi dan
rasul, maka kewajiban seterusnya ialah mencintai mereka lebih dari mencintai ibu-
bapa, anak-anak, keluarga dan keseluruhan manusia melalui cara yang telah
ditentukan oleh al-Quran, iaitu dengan benar-benar mentaatinya, menghayati,
mencontohi dan melaksanakan segala cara-cara beribadah yang telah dijelaskan oleh
Rasulullah sallahu 'alaihi wa-sallam dan meninggalkan segala yang ditegah. Nabi
Muhammad salallahu 'alai wa-sallam bersabda:

.‫ب اِلَْي ِه ِم ْن َوالِ ِد ِه َو َولَ ِد ِه‬


َّ ‫َف َوالَّ ِذى َن ْف ِس ْي بِيَ ِد ِه الَ ُي ْؤ ِم ُن اَ َح ُد ُك ْم َحتَّى اَ ُك ْو َن اَ َح‬
"Maka demi jiwaku yang di dalam genggamanNya, tidak sempurna iman
salah seorang kamu sehingga aku dijadikan lebih dicintai dari orang tuanya
dan anaknya". 287

ِ ‫ب اِلَْي ِه ِم ْن َوالِ ِد ِه َو َولَ ِد ِه َوالن‬


.‫َّاس اَ ْج َم ِع ْي َن‬ َّ ‫الَُي ْؤ ِم ُن اَ َح ُد ُك ْم َحتَّىاَ ُك ْو َن اَ َح‬
"Tidak sempurna iman salah seorang kamu sehinggalah aku dijadikan lebih
dicintai dari orang tuanya, anaknya dan manusia keseluruhannya". 288

.‫اه َما‬ ِ ِ ِ ِ َّ ‫ان اَ ْن ي ُكو َن اهلل ورسولُهُ اَح‬


ِ ‫ث م ْن ُك َّن فِ ْي ِه وج َد حالَو َة اْ ِاليْم‬
ُ ‫ب الَْيه م َّما س َو‬ َ ُْ َ َ ُ ْ َ َ َ َ ََ َ ٌ َ‫ثَال‬
"Tiga perkara yang menjadikan kamu memperolehi kemanisan
(kesempurnaan) iman iaitu mencintai Allah dan RasulNya lebih dari selain
keduanya". 289

Dan setiap orang Islam yang beriman wajib mentaati dan mencontohi rasul
utusan tersebut, sebagaimana firman Allah 'Azza wa-Jalla:

.‫الر ُس ْو َل َواُ ْولِى اْالَ ْم ِر ِم ْن ُك ْم‬


َّ ‫آمنُوا اَ ِط ْي ُع ْوا اهللَ َواَ ِط ْيعُ ْوا‬ ِ
َ ‫يَا اَُّي َها الَّذيْ َن‬
"Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah, taatilah Rasul(Nya)
dan ulilamri antara kamu".
.An-Nisa', 4-59

287. H/R Bukhari.


288. H/R Bukhari.
289. H/R Bukhari (15), al-Ilm. Muslim (60) al-Iman. Turmizi (2548) al-Iman
An-Nasaii (4903) al-Iman wa-Syari'uhu. Ibn Majah (4023) al-Fitan. Ahmad
(11679) Musnad al-Mukathirin.
ِ ‫اع بِِا ْذ ِن‬ ِ ِ
.‫اهلل‬ َ َ‫َو َما اَ ْر َسلْنَا م ْن َر ُس ْو ٍل االَّ لِيُط‬
"Dan Kami tidak mengutus rasul, melainkan untuk ditaati dengan seizin
Allah".
.An-Nisa', 4:64

ِّ ‫ك َم َع الَّ ِذيْ َن اَْن َع َم اهللُ َعلَْي ِه ْم ِم َن النَّبِِّيْي َن‬


‫والصدِّيِْق ْي َن‬ َّ ‫َو َم ْن يُ ِط ِع اهللَ َو‬
َ ِ‫الر ُس ْو َل فَاُولَئ‬
.‫ك َرفِ ْي ًقا‬ َ ِ‫س َن اُولَئ‬ ِ ِ َّ‫آء وال‬ ِ ُّ
ُ ‫صالح ْي َن َو َح‬ َ َ ‫والش َه َد‬
"Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan RasulNya, mereka itu akan
bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, iaitu
nabi-nabi, para siddiqin, para syuhada dan orang-orang soleh. Dan mereka
itulah teman yang sebaik-baiknya".
.An-Nisa', 4:69

.‫اك َعلَْي ِه ْم َح ِف ْيظًا‬


َ َ‫اع اهللَ َو َم ْن َت َولَّى فَ َمآ اَ ْر َسلْن‬ َّ ‫َم ْن يُّ ِط ِع‬
َ َ‫الر ُس ْو َل َف َق ْد اَط‬
"Barangsiapa yang mentaati Rasul, sesungguhnya ia telah mentaati Allah.
Dan barangsiapa yang berpaling (dari ketaatan), maka Kami tidak
mengutusmu untuk jadi pemelihara bagi mereka".
.An-Nisa', 4:80

ُ َ‫اح َذ ُر ْوا فَِا ْن َت َولَّْيتُ ْم فَا ْعلَ ُم ْوا انَّ َما َعلَى َر ُس ْولِنَا الْبَال‬
‫غ‬ َّ ‫َواَ ِط ْيعُ ْوا اهللَ َواَ ِط ْيعُ ْوا‬
ْ ‫الر ُس ْو َل َو‬
.‫ال ُْمبِْي َن‬

"Dan taatilah kamu kepada Allah dan taatilah kepada Rasul(Nya), dan
berhati-hatilah. Jika kamu berpaling, maka ketahuilah bahawasanya
kewajiban Rasul Kami hanya menyampaikan (amanat Allah) dengan terang".
.Al-Maidah, 5:92

.‫الر ُس ْو َل َوالَُت ْب ِطلُ ْوا اَ ْع َمالَ ُك ْم‬


َّ ‫آمُن ْوا اَ ِط ْي ُع ْوا اهللَ َواَ ِط ْيعُ ْوا‬ ِ
َ ‫يَا اَُّي َها الَّذيْ َن‬
"Hai orang-orang yang beriman! Taatilah kepada Allah dan taatilah
kepada rasul dan janganlah kamu merosakkan (membatalkan pahala) amalan
kamu".

254
Muhammad, 47:33

Mentaati Allah dan rasulNya dengan penuh keimanan hanya boleh dibuktikan
dengan mengembalikan segala persoalan yang bersangkut-paut dengan akidah, ibadah
atau hukum-ahkam agama hanya kepada Allah (al-Quran) dan RasulNya (al-Hadith
yang sahih) tanpa ada persoalan dan dilakukan penambahan (bid'ah). Prinsip
keimanan yang sempurna ialah berpegang teguh dan menggigit kedua kitab ini tanpa
berbelah-bagi atau ragu. Sesiapa yang meninggalkan pegangan al-Quran dan al-
Hadith, dia telah membawa dirinya kepada kesesatan dan kekafiran yang nyata:

ِ ْ‫اهلل والْيوِم ا‬
‫آلخ ِر‬ ِ ِ‫والرسو ِل اِ ْن ُكْنتُم ُت ْؤ ِمُنو َن ب‬ ِ ِ ٍ ِ ِ
َْ ْ ْ ْ ُ َّ ‫فَا ْن َتنَ َاز ْعتُ ْم فى َش ْىء َف ُرد ُّْوهُ الَى اهلل‬
.ً‫س ُن تَاْ ِويْال‬ َ ِ‫َذل‬
َ ‫ك َخ ْي ٌر َواَ ْح‬
"Jika kamu saling berbantah-bantahan dalam sesuatu perkara, maka
kembalikanlah ia kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (as-Sunnah) jika kamu
benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, yang demikian itu
lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya".
.An-Nisa', 4:59
Para nabi dan rasul adalah manusia pilihan Allah Tabaraka wa-Ta'ala yang
terbaik, paling sempurna dan termulia di antara sekalian manusia, namun wajib
diimani juga bahawa Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam adalah yang paling
mulia dan penutup para nabi dan rasul.

Tidak dihalalkan seseorang itu mendakwa bahawa ibu-bapanya, dirinya,


gurunya, para wali atau syeikh-syeikh tarikat mereka lebih baik dari salah seorang
para nabi atau rasul yang telah diutus. Kenyataan ini yang diperkuat dengan nas-nas
syara adalah menyangkal dakwaan sesetengah dari para syeikh tarikat atau penganut
tasawuf (sufi) yang kesasaran bahawa ada di antara syeikh mereka yang lebih baik dan
mulia dari para nabi dan rasul utusan Allah Azza wa-Jalla. Dakwaan mereka dapat
ditolak melalui sabda Nabi Muhammad salallahu 'alai wa-sallam:

.‫س بْ ِن َمتَّى‬ ‫ن‬


ُ ‫و‬ ‫ي‬ ‫ن‬ ِ ‫ما َكا َن لِعب ٍد اَ ْن ي ُقو َل اِنِّى َخير‬
‫م‬
َ ْ ُ ْ ٌْ َْ َْ َ
"Tidak selayaknya bagi seorang hamba mengatakan: Sesungguhnya aku
lebih baik dari Yunus bin Matta" 290

Sebenarnya, sebagai tanda seseorang itu mencintai Rasulullah sallallahu


'alaihi wa-sallam semestinya dibuktikan dengan mencintai Allah terlebih dahulu, dan
290. H/R Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Ahmad.

255
sebagai bukti seseorang itu benar-benar mencintai Allah dan RasulNya, maka ia perlu
memenuhi syarat yang telah dikhabarkan oleh Allah Subhanahu wa-Ta'ala
sebagaimana yang dijelaskan di dalam firmanNya:

.‫قُ ْل اِ ْن ُكْنتُ ْم تُ ِحُّب ْو َن اهللَ فَاتَّبِعُ ْونِ ْي يُ ْحبِْب ُك ُم اهللُ َو َي ْغ ِف ْرلَ ُك ْم ذُ ُن ْوبَ ُك ْم‬

"Katakanlah! Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutlah aku, nescaya


Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang".
Ali Imran, 3:31.

256
Nabi Terakhir Diutus Kepada Semua Kaum

Setiap nabi dan rasul telah diutuskan hanya kepada kaumnya masing-masing
sahaja. Namun Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam sebagai nabi dan rasul
terakhir telah diutus sebagai rahmat kepada sekalian manusia dan jin di segenap
pelusuk dunia dari zamanya sehinggalah ke Hari Kiamat kelak. Firman Allah:

ِ ‫ما َكا َن مح َّم ٌد اَبا اَح ٍد ِمن ِرجالِ ُكم ولَ ِكن َّرسو َل‬
.‫اهلل َو َخـاتَ َم النَّبِِّيْي َن‬ ُْ َ ْ َ ْ َ َ َُ َ
"Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapa dari seorang laki-laki di antara
kamu, tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi".
.Al-Ahzab, 33:40

‫س َب ْع َدهُ نَبِ ٌّي‬ ِ َّ َ‫واَنَا الْعاق‬


َ ‫ب الذ ْي لَْي‬ُ َ َ
"Aku adalah ikutan yang tidak ada Nabi sesudahku". 291

Syariat Islam yang telah dibawa oleh baginda Rasulullah sallahu 'alaihi wa-
sallam telah memansuhkan segala syariat sebelumnya. Begitu juga sebagaimana yang
dijelasakan oleh ayat di atas bahawa kitab al-Quran yang terpelihara telah diturunkan
kepada Rasulullah salallahu 'alahi wa-sallam menjadi penutup kepada semua nabi-
nabi, para rasul dan semua kitab-kitab sebelumnya. Sabda Nabi Muhammad
salallahu 'alaihi wa-sallam:

.‫آد َم لَ ُم ْن َج ِد ُل فِى ِط ْينَتِ ِه‬ ِ ِ ‫اِنِّي ِع ْن َد‬


َ ‫ب َخاتِ ُم النَّبِِّيْي َن َوا َّن‬
ٌ ‫اهلل َم ْكُت ْو‬ ْ
"Sesungguhnya aku di sisi Allah telah tercatit sebagai penutup para Nabi.
Dan sesungguhnya Adam adalah lebih dulu diturunkan ke bumi". 292

Dengan ini, Allah Subhanahu wa-Ta'ala telah menyampaikan segala


wahyuNya yang terpelihara kepada manusia. Allah telah menyempurnakan Islam
melalui Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam sebagai Nabi penutup. Hanya
agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad sahaja sebagai agama yang diterima dan
diredhaiNya sehinggalah ke Hari Kiamat. Sebagaimana firmanNya:

.‫ت لَ ُك ُم اْ ِال ْسالَ َم ِد ْينًا‬


ُ ‫ض ْي‬ ََ ْ َ ْ ُ ‫ْت لَ ُك ْم ِد ْينَ ُك ْم َواَتْ َم ْم‬
ِ ‫ت َعلَْي ُكم نِ ْعمتِي ور‬ ُ ‫اَلَْي ْو َم اَ ْك َمل‬
"Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku
redhai Islam itu jadi agama bagimu".

291. H/R Bukhari dan Muslim.


292. Hadith sahih riwayat Hakim.
.Al-Maidah, 5:3
Mengingkari kerasulan Nabi Muhammad salahu 'alaihi wa-sallam dan
kesempurnaan agama yang dirurunkan kepada baginda adalah kufur dan membatalkan
keimanan kepada rasul. Begitu juga sesiapa yang mengingkari dan membohongi
hadith-hadithnya yang sahih serta menafikan (meniadakan) setiap khabar yang datang
darinya. Syariat Islam dengan tegas telah mengharamkan (mengkufurkan) seseorang
yang mengaku sebagai nabi, rasul atau memberi sifat kenabian atau kerasulan kepada
seseorang sesudah Nabi Muihammad salallahu 'alaihi wa-sallam.

Begitu juga Syara mengharamkan seseorang yang memberi sifat kepada


Rasulullah yang bukan selayaknya diberikan kepada baginda. Sebagaimana perbuatan
kebanyakan orang-orang tarikat sufi/tasawuf yang ghulu kepada Rasulullah sehingga
membatalkan akidah mereka. Contohnya dapat diambil dari beberapa kata-kata dan
syair-syair orang-orang sufi/tasawuf yang nyata telah menyeleweng:

‫ك‬ ِ ِ ‫يَا َعالَّ َم الْغُُي ْو‬


َ ‫ب قَ ْد لَ َجاْنَا الَْي‬
.‫ك‬
َ ‫لصالَةُ َعلَْي‬ َّ َ‫ب ا‬ ِ ‫اء الْ ُقلُ ْو‬ ِ
َ ‫يَاش َف‬
"Hai orang yang mengetahui perkara yang ghaib! Sesungguhnya kami
berlindung kepadamu.
Hai pengubat hati! Semuga dicurahkan selawat kepadamu".

ُ‫ص َرتُه‬ ِ ‫ومن تَ ُكو ُن بِرسو ِل‬


ْ ُ‫اهلل ن‬ ُْ َ ْ ْ َ َ
‫اِ ْن َتلَ َّقهُ اْالُ ُس ُد ِفى اَ َج ِام َهاتِ ِه ْم‬
‫ت‬ ُ ‫استَ َج ْر‬ْ ‫ض ْي ًما َو‬ َّ ‫اس َامنِى‬
َ ‫الد ْه ُر‬ َ ‫َم‬
ِ
َ ُ‫ْت ِج َو ًارا ِم ْنهُ لَ ْم ي‬
‫ض ْم‬ ُ ‫االَّ َونِل‬
Barangsiapa mengambil Rasulullah sebagai penolongnya
diketika dia bertemu dengan serigala di tengah hutan belantara,
yang menunjukkan keganasannya.
Tidak pernah menimpaku kezaliman sepanjang waktu
kecuali aku meminta pertolongan kepada Rasulullah
yang tiada sia-sia pertolongannya.

Syair ini menunjukkan penganut tarikat sufi/tasawuf meminta pertolongan


bukan dari Allah, tetapi menyeru dan meminta kepada Nabi Muhammad salallahu
'alaihi wa-sallam. Perbuatan mereka adalah jelas membawa kepada kesyirikan atau
kesesatan kerana bertentangan dengan firman Allah:

258
.‫ْح ِك ْي ِم‬ ِ ِ ِ ِ ِ ْ ‫وما الن‬
َ ‫َّص ُر االَّ م ْن عْند اهلل ال َْع ِزيْ ِز ال‬ ََ
"Dan kemenangan itu hanyalah (apabila dipinta) dari sisi Allah Yang
Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana".
.Ali Imran, 3:126

ِ ِ‫استَ ِعن ب‬ ِ ِ
.‫اهلل‬ ْ ْ َ‫ت ف‬ ْ ‫اساَ ِل اهللَ َوا َذا‬
َ ‫اسَت َع ْن‬ ْ َ‫ْت ف‬
َ ‫ا َذا َساَل‬
"Dan apabila kamu meminta sesuatu, maka mintalah kepada Allah. Dan
apabila kamu meminta pertolongan, maka mintalah semata-mata kepada
Allah".293

Sesiapa yang memberikan sifat ketuhanan atau sifat yang hanya layak untuk
Allah kepada nabi, rasul, wali atau syeikh sufi/tasawuf seperti bernazar kepada
mereka sehingga disangkanya nabi, rasul dan wali tersebut mengetahui urusan yang
ghaib, dapat menunaikan seruan dan permohonan, maka ia telah melakukan
kesyirikan kepada Allah Subhanahu wa-Ta'ala. Begitu juga kepada mereka yang
menerima fahaman tarikat "Nur Muhammad", yang mentaqdiskan Nabi Muhammad
sehingga melampaui batas, mereka telah mengangkat baginda ke tahap ketuhanan dan
perbuatan mereka adalah suatu kesyirikan yang nyata. Apa itu tarikat "Nur
Muhammad?".

293. H/R Turmizi dalam sahihnya.

259
Kepercayaan Nur Muhammad
(Hakikat Muhammadiyah)

Antara beberapa iktikad batil dan sesat yang sudah tersibar luas di kalangan
masyarakat Islam Nusantara ialah tarikat Nur Muhammad. Tarikat ini selain dikenali
sebagai Nur Muhamad ia disebut dan dikenali juga sebagai "Hakikat
Muhammadiyah". Nama ini terdapat di dalam kitab Berzanji:

‫اد اهللُ َت َعالَى اِ ْب َر َاز َح ِق ْي َقتِ ِه ال ُْم َح َّم ِديَِّة‬


َ ‫َولَ َّما اَ َر‬
"Dan tatkala Allah hendak melahirkan (ke alam nyata) HakikatNya
Muhammadiyah". 294

Selain dikenali sebagai tarikat "Nur Muhammad" dan "Hakikat


Muhammadiyah", tarikat ini dikenali juga sebagai tarikat "Roh Muhammad". Nama
ini diambil dari kepercayaan adanya roh yang berpindah-pindah (inkarnasi) iaitu roh
Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam yang berpindah-pindah dari moyang
baginda sehinggalah kepada ayahndanya Abdullah bin Abdul Mutalib. Penerangan
tentang "Roh Muhammad" terdapat di dalam kitab Berzanji:

‫الت َق ُّدِم َواْالَ َّولِيَّ ِة ال ُْم ْنتَ ِق ِل الْغُُر ِر الْ َك ِريْ َم ِة‬ ِ ‫واُصلِّي واُسلِّم َعلَى النُّو ِر الْموصو‬
َّ ِ‫ف ب‬ ُْ ْ َ ْ ُ َ َ ْ َ َ
.‫ْحبَ ِاه‬
ِ ‫وال‬
َ
Yang bermaksud: "Dan lagi aku memohon kepadaNya moga-moga Allah
mencucuri rahmat dan selamat kepada an-Nur yang Dia telah jadikan
terdahulu daripada segala makhluk yang lainnya. Iaitu nur yang berpindah-
pindah daripada satu dahi kepada satu dahi yang mulia keadaannya, iaitu
moyang-moyang Nabi Salallahu 'alaihi wa-sallam yang mulia sehingga dahi
Abdullah ayahandanya". 295

Kepercayaan perpindahan roh (inkarnasi) yang disebut juga "Kitaran Hayat"


adalah konsep yang terdapat dalam kepercayaan agama Hindu. kepercayaan ini
bertentangan dengan nas al-Quran kerana setiap roh orang yang telah mati berada di
barzah iaitu tembuk yang membatasi antara dunia dan akhirat. Firman Allah:

.‫خ اِلَى َي ْوِم ُيْب َع ُث ْو َن‬


ٌ ‫َوِم ْن َو َرآئِ ِه ْم َب ْر َز‬
"Di hadapan mereka ada dinding (tembuk) sampai mereka dibangkitkan".

294. Lihat: Berzanji. Hlm. 7. Jaafar Berzanji. Terjemahan Amir Hj. Marzuki. Jabatan Agama Selangor,
Jabatan Dakwah.
295. Lihat: Terjemahan Maulid Berzanji & Daiba'i, Susunan Zulkifli Mat Isa.
Hlm. 1. Jahabersa.
.Al-Mu'minun, 23:100
Hakikat Muhammadiyah diistilahkan sebagai "Qutub" oleh sebahagian tarikat
sufi/tasawuf. Malah hakikat Muhammadiyah tidak ada perbezaan dengan konsep
Imam maksum dalam ajaran Syiah, Ismailiyah dan batiniyah. Pada hakikatnya 296

akidah yang telah disebar-luaskan oleh golongan tarikat batiniyah dari kalangan
penganut sufi/tasawuf ini dapat dibuktikan membawa kepada kesesatan, kerana
penganutnya meyakini bahawa dunia, sekalian alam dan segala isinya diciptakan
bersebab dari Nur Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam. Kononnya berpunca
dari Nur Muhammad segala sesuatu terjadi. Ini adalah iktikad batil yang sama sekali
tidak ada asas dan dalilnya dari syara.

Orang yang pertama menghidupkan teori Nur Muhammad ini ialah Al-Hallaj.
Sesudah beliau, diperluas dan diperkembangkan oleh Ibn Arabi. Malah yang paling
aktif menyebarkan ajaran ini adalah golongan Syiah kerana terdapat dalam
kepercayaan mereka keyakinan bahawa:

"Nur Muhammad itu qadim dan bersambung terus-menerus kepada nabi-


nabi, rasul-rasul, imam-imam (Syiah) dan para wali (dari kalangan Syiah)".

Antara orang yang terus menyebar dan menghidupkan semula teori khurafat
dan sesat ini secara tulisan ialah seorang lelaki Mesir bernama "Muhammad
Mutawalli Asy-Sya'rawi". Teori syirik ini dikembangkan oleh beliau melalui kitabnya
yang dipenuhi dengan kebatilan: (‫ب‬ ِ ِ
ُ ‫ت تَ ْساَ ُل َواْال ْسالَ ُم يَج‬
َ ْ‫)اَن‬.

Fahaman ini diambil dari fahaman kerohonian teosofi yang meyakini bahawa
segala-galanya bermula dari nur (cahaya), sama ada yang lahir (makrifat) dan yang
batin (hakikat). Ia pada dasarnya dipengaruhi oleh teori Neoplatonisme, melalui
konsep "Emanasi" iaitu segalanya adalah pancaran cahaya yang mengalir dari Tuhan
sebagai sebab utama yang dikenali sebagai teori "Al-Faidh" atau apa yang distilahkan
oleh golongan tarikat sufi/tasawuf fahaman Ibn Arabi sebagai "Tajalli".

Golongan tarikat kesufian/tasawuf yang mempunyai fahaman "Nur


Muhammad" mempercayai bahawa semua para malaikat seperti Jibril, Mikail, Israfil
serta semua para nabi dicipta dari pantulan Nur Muhammad:

.‫صلَّى اهللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم‬ ٍ ِ ِ ِ


َ ‫فَ َج ِم ْي ُع اْالَنْبِيَاء ُخل ُق ْوا م ْن ُن ْو ِر ُم َح َّمد‬

296. Lihat: ‫ فصوص الحكم‬Hlm. 39. Ibn Arabi. Ta'lik Dr. Abu Al-Afifi. Dar Kitab
Arabi.

261
"Maka sekalian para nabi telah dicipta dari Nur Muhammad sallallahu
'alaihi wa-sallam". 297

Kononnya berkat nur Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam terciptalah


segala makhluk seperti tujuh petala langit dan penghuninya, bintang-bintang dan bumi
serta segala yang terdapat di permukaan dan di dasar lautannya, termasuklah syurga
dan neraka semuanya bersumber dari satu unsur iaitu berkat nur Nabi Muhammad
sallallahu 'alaihi wa-sallam. Kepercayaan seperti ini perlu dibasmi atau dihapuskan
oleh golongan ulama, kerana ia membawa kepada khurafat dan tahayyul yang
menyebabkan rosaknya akidah orang yang mempercayainya sehingga berlaku
kesyirikan.

Terdapat banyak syair-syair dan hadith-hadith lemah dan palsu yang dijadikan
pegangan dan hujjah oleh penganut fahaman ini untuk menguatkan dakwaan mereka.
Antara syair dan hadith tersebut ialah:

ِ ‫اِ َّن اهلل َخلَ َق روح النَّبِي صلَّى اهلل َعلَي ِه وسلَّم ِمن َذاتِِه و َخلَ َق الْعالَم ب‬
‫اس َرهُ ِم ْن ُن ْو ِر‬ََ َ َ ْ َ ََ ْ ُ َ َ ُْ َ
.‫صلَى اهللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم‬ ٍ
َ ‫ُم َح َّمد‬
Sesungguhnya Allah mencipta roh Muhammad sallallahu 'alaihi wa-
sallam dari zatNya dan alam seluruhnya dijadikan dari nur Muhammad
sallallahu alaihi wa-sallam". 298

Bersempena dari hadith dan beberapa lagi hadith palsu yang lain, lahir
kepercayaan yang lebih menyimpang jauh sebagaimana yang terdapat di kitab
berzanji:

.‫ات ال ُْم َح َّم ِديَِّة‬ ِ ‫شر‬


ِ ‫ف ال َذ‬ ِ َ ‫َنَتو َّسل اِلَْي‬
ََ ‫ك ب‬ ُ َ
"Dan kami (bertawassul) bermohon kepadaMu berkat kemuliaan hakikat al-
Muhammadiyah". 299

Fahaman tajalli (penjelamaan/bersatu) Allah dengan makhluk, atau sekalian


alam sama ada alam dunia atau akhirat sehingga mensekufukan hakikat Muhammad
dengan hakikat Allah adalah perbuatan syirik. Fahaman ini berdasarkan pengaruh
297. Lihat: ‫ مجموعة الموالد وادعية شرف االنام برزنجي نثر وبرزنجي نظم‬hlm. 19. Percetakan
Al-Maarif Sdn. Bhd.
298. Lihat: ‫شعار السالكين‬. Jld. 4. Hlm. 102. Syeikh Abd. Samad al-Palembani.
BPPI. Selangor & Wilayah Persekutuan.
299. Lihat: Terjemahan Maulid Berzanji & Daiba'i, Hlm. 52. Susunan Zulkifli
Mat Isa. Jahabersa.

262
ajaran Syiah berkaitan konsep wahdatul wujud, hakikat Muhammadiyah dan Imam
Mahadi. Teori ini sefahaman dengan teori Qutub dalam fahaman Sufi/Tasawuf.
Fahaman batil ini dikembangkan oleh Ibn Arabi (1165-1240M).

Seterusnya antara hadith palsu yang menjadi pengangan mereka ialah:

ُّ ‫ت‬
.‫الد ْنيَا‬ ِ ‫لَوالَ َك ما ُخلِ َق‬
َ ْ
"Kalaulah tidak kerana engkau (ya Muhammad!) Dunia ini tidak akan
diciptakan".

Menurut Ibn Qaiyim bahawa hadith ini adalah palsu (‫)موضوع‬. Malah Al-
Bushairi juga telah membuat pembohongan ketika mengatakan perkara ini melalui
syairnya:

‫ض ُر ْو َرةُ َم ْن‬ ُّ ‫ف تَ ْدعُ ْوا اِلَى‬


َ ‫الد ْنيَا‬ َ ‫َو َك ْي‬
.‫الد ْنيَا ِم َن ال َْع َدِم‬
ُّ ‫لَ ْوالَهُ لَ ْم تُ ْخلَ ِق‬

Bagaimana keperluan seseorang dapat menarik kepada keduniaan, padahal


kalaulah bukan kerana Muhammad dunia tidak akan diciptakan yang
sebelumnya tidak ada. 300

Kepercayaan hakikat Nur Muhammad yang selama ini dipegang, menjadi


ikutan dan disebarkan oleh penganut tarikat sufi/tasawuf tentang konsep Nur
Muhammad, ianya amat nyata suatu pembohongan. Kekarutan ini juga terdapat di
dalam kitab Berzanji iaitu dalam ungkapan:

ِ ‫َو َب ْع ُد فَاَ ُق ْو ُل ُه َو َسيِّ ُدنَا ُم َح َّم ُد بْ ُن َع ْب ِداهلل بْ ِن َعْب ِد ال ُْمطَِّل‬


.‫ب‬

"Aku nyatakan bahawa Nur yang tersebut tadi itu akhirnya telah
menjadilah Penghulu kita Syaidina Muhammad (moga-moga Allah kurniakan
kesejahteraan kepadanya) Syaidina Muhammad itu ialah anak Abdullah, dan
Abdullah itu anak Abdul Muttalib". 301

Kepercayaan Nur Muhammad sebagaimana yang terdapat ungkapannya di


dalam kitab Berzanji, ianya jelas bertentangan dengan dalil-dalil syara. Menurut
keterangan dari al-Quran dan hadith-hadith sahih, yang terdahulu dijadikan oleh Allah
bukanlah Nur Muhammad. (Jika manusia) maka manusia pertama yang dicipta oleh
300. Lihat: ‫ اركان االسالم وااليمان‬Muhammad bin Jamil Zinu.
301. Lihat: Terjemahan Maulid berzanji & Daiba'i. Hlm. 3. Susunan Zulkifli
Mat Isa. Jahabersa.

263
Allah ialah Adam 'alaihi as-salam. Makhluk-makhluk lain yang dicipta selepas
'Arasy pula adalah qalam, sebagaimana sabda Rasulullah salallahu 'alaihi wa-sallam:

.‫اِ َّن اَ َّو َل َما َخلَ َق اهللُ الْ َقلَ َم‬


"Sesungguhnya permulaan makhluk yang diciptakan oleh Allah ialah
qalam". 302

Antara unsur-unsur syirik yang terdapat di dalam fahaman tarikat sufi/tasawuf Nur
Muhammad ini boleh kita lihat dalam lirik bait (syair) berikut:

.‫ت ُن ْو ٌر َف ْو َق ُن ْو ٍر‬
َ ْ‫ت بَ ْد ٌر * اَن‬
َ ْ‫س اَن‬
ٌ ‫ت َش ْم‬
َ ْ‫اَن‬
"Engkau matahari, engkau bulan purnama * Engkaulah cahaya di atas
cahaya". 303

‫ضالَ ِل‬ َ ‫ْت ِفىاُفُ ِق الْعُالَ * فَ َم َح ْو‬


َ ‫ت بِاْالَْن َوا ِر ُك َّل‬ َ ‫ت الَّ ِذ ْي اَ ْش َرق‬
َ ْ‫اَن‬
"Engkaulah yang menyinari di ufuk yang tinggi * Engkau hapuskan setiap
kegelapan dengan cahaya-cahayamu". 304

Ungkapan dalam bait di atas iaitu: "Engkaulah cahaya di atas cahaya"


menggambarkan bahawa nur Muhammad Sallallahu 'alaihi wa-sallam setara atau
sekufu (sama) dengan Nur Allah. Sedangkan ia bertentangan dengan firman Allah:

ِ ‫السماو‬
ِ ‫ات َواْالَ ْر‬
.‫ض‬ َ َ َّ ‫اَهللُ ُن ْو ُر‬
"Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi".
.An-Nur, 24:35
Ajaran ghulu (keterlaluan atau melampaui batas) dalam memuji-muja dan
pensucian (takdis) terhadap Nabi Muihammad menjadikan penganut tarikat ini
terkeluar dari cintakan nabi yang digariskan oleh syara. Sedangkan Allah
mengharamkan ghulu kepada semua penganut agama samawi. Firman Allah:

302. H/R Turmizi. Menurut Al-Albani hadith ini adalah sahih. Lihat:
‫ اركان االسالم وااليمان‬Muhammad bin Jamil Zinu.
303. Lihat: .‫نظم‬ ‫ مجموعة الموالد وادعية شرف االنام برزنجى نثر وبرزنجى‬Hlm. 36.
Percetakan al-Maarif Sdn Bhd.
304. Lihat: ‫عليه وسلم للبرزنجي * للديبعي‬ ‫ مولد النبى صلى اهلل‬Hlm. 94. Cetakan
pertama 1995. Jahabersa.

264
ِ ِ ِ ‫اهلل اِالَّ ال‬
ِ ‫اب الَ َت ْغلُوا فِى ِديْنِ ُكم والَ َت ُقولُوا َعلَى‬ ِ ‫يا اَ ْهل ال‬
ِ َ‫ْكت‬
َ ‫ْح َّق انَّ َما ال َْمس ْي ُح ع ْي‬
‫سى‬ َ ْ ْ َْ ْ َ َ
ِ ‫اهلل و َك ِلماتُه اَلْ َق‬
.ُ‫ح ِّم ْنه‬ ُ ُ َ َ ِ ‫ابْ ُن َم ْريَ َم َر ُس ْو ُل‬
ٌ ‫اها الَى َم ْريَ َم َو ُر ْو‬
"Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu,
dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar.
Sesungguhnya Al-Masih 'Isa bin Maryam itu adalah utusan Allah dan (yang
diciptakan dengan) kalimahNya, yang disampaikanNya kepada Maryam dan
dengan tiupan roh dariNya".
.An-Nisa', 4:171
Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam:

ِ َ‫الَ تَطْرونِي َكما ا‬


ِ ‫طرت النَّصارى ابْن مريم اَنَا َع ْب ٌد َف ُقولُو َعْب َد‬
.ُ‫اهلل َو َر ُس ْولَه‬ ْ ْ ََ َْ َ َ َ َ ْ ُْ
"Janganlah kamu menyanjungku sehingga melampaui batas sebagaimana
pemujaan Nasrani terhadap Ibnu Maryam, sesungguhnya aku ini seorang
hamba, maka katakanlah oleh kamu hamba Allah dan RasulNya". 305

Allah Subhanahu wa-Ta'ala mencipta dunia dan segala isinya terutama jin dan
manusia bukanlah lantaran Nur Muhammad salallahu 'alai wa-sallam, tetapi mereka
dicipta adalah semata-mata untuk mengajak (menyeru) sekalian manusia supaya
mentauhidkan Allah Subhanahu wa-Ta'ala dalam akidah dan juga dalam beribadah
kepadaNya sebagaimana firmanNya:

.‫س اِالَّ لَِي ْعبُ ُد ْو ِن‬ ِ ِ ُ ‫وما َخلَ ْق‬


َ ْ‫ت الْج َّن َواْالن‬ ََ
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka
menyembahKu".
.Adz-Dzariyat, 51:56
Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam dan sekalian makhluk (hamba
Allah), sama ada yang beriman atau yang tidak beriman semuanya asal mulanya dari
Nabi Adam 'alaihi as-sallam dan Nabi Adam dicipta dari tanah sebagaimana yang
dijelaskan oleh Allah di dalam firmanNya:

.‫سا َن ِم ْن ُسالَلَ ٍة ِم ْن ِط ْي ٍن‬ ِ


َ ْ‫َولََق ْد َخلَ ْقنَا اْالن‬
305. H/R Ahmad dan Bukhari.

265
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari saripati (yang
berasal) dari tanah".
.Al-Mukminun, 23:12

َ َ‫ك لِل َْمالَئِ َك ِة اِنِّ ْي َخالِ ٌق ب‬


‫ش ًرا ِم ْن ِط ْي ٍن‬ َ َ‫اِ ْذ ق‬
َ ُّ‫ال َرب‬
"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku
akan menciptakan manusia dari tanah".
.Saad, 38:17
.‫اب ثُ َّم ِم ْن نُطْ َف ٍة ثُ َّم ِم ْن َعلَ َق ٍة‬
ٍ ‫ُه َو الَّ ِذ ْي َخل َق ُك ْم ِم ْن ُتر‬
َ
"Dialah yang menciptakan kamu dari tanah kemudian dari setitis air mani
kemudian dari segumpal darah".
.Gafir, 40:67

‫ث ِم ْن ُه َما ِر َجاالً َكثِْي ًرا‬ َّ َ‫اح َد ٍة َو َخلَ َق ِم ْن َها َز ْو َج َها َوب‬


ِ‫سو‬ ِ ِ َّ
َ ٍ ‫ُه َو الذ ْي َخلَ َق ُك ْم م ْن َن ْف‬
.‫ام اِ َّن اهللَ َكا َن َعلَْي ُك ْم َرقِ ْيبًا‬ ِ
َ ‫ـآء لُْو َن بِه َواْالَ ْر َح‬
ِ َّ
َ َ‫آء َو َّات ُق ْوا اهللَ الذ ْي ت‬
َ ‫س‬ ً‫س‬
ِ
َ ‫َون‬
"Hai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah
menciptakan kamu dari diri yang satu dan daripadanya Allah menciptakan
isterinya dan daripada keduanya Allah memperkembang-biakkan lelaki dan
perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan
(mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama yang lain dan
(peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga
dan mengawasi kamu".
.An-Nisa', 4:1

ٍ ‫آد َم ُخلِ َق ِم ْن َتر‬


.‫اب‬ َ ‫ُكلُّ ُك ْم َبُن ْوا‬
َ ‫آد َم َو‬
َ
"Kamu semua adalah anak keturunan Adam. Dan Adam diciptakan dari
tanah". 306

Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam adalah seorang manusia seperti


seluruh manusia yang lain. Baginda dari keturunan Adam dan diciptakan dari tanah
sebagaimana dicipta Nabi Adam 'alaihi as-salam, nabi-nabi, para rasul atau para wali
sekalian:
306. H/R Al-Bazzar. Menurut Al-Albani hadith Sahih. Lihat: Al-Jami' 4444.

266
ِ ‫شر ِم ْثلُ ُكم يوحى اِلَ َّي اِنَّمآاِلَه ُكم اِلَهٌ َّو‬ ِ
.‫اح ٌد‬ ْ َ َ َ ُْ ْ ٌ َ َ‫قُ ْل انَّ َما اَنَا ب‬
Katakanlah! Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia seperti
kamu, yang diwahyukan kepadaku: Bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu
adalah Tuhan Yang Maha Esa".
.Al-Kahfi, 18:110

.‫ش ٌر ِم ْثلُ ُك ْم‬


َ َ‫ اَنَا ب‬: ‫صلَّى اهللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم‬ ِ
َ ‫ال َر ُس ْو ُل اهلل‬
َ َ‫َوق‬
"Bersabda Rasulullah salallahu 'alaihi wa-sallam: Sesungguhnya aku
adalah manusia biasa seperti kamu". 307

Hanya kelebihan Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam ialah baginda


seorang penghulu anak keturunan Adam sebagaimana sabda baginda:

َ ‫اَنَا َسيِّ ُد َولَ ِد‬


.‫آد َم‬
"Aku adalah penghulu anak keturunan Adam". 308

Pada hadith sahih ini dijelaskan bahawa Nabi Muhammad hanyalah sebagai
penghulu anak keturunan Adam 'alaihi as-sallam dan di hadith yang lain pula
dijelaskan sebagai (‫ب‬
ٌ ‫" ) َمك ُْت ْو‬Tertulis" dan bukan disebut dengan sebutan (‫) َم ْخلُ ْو ٌق‬
"Dicipta" sebagaimana yang ditegaskan oleh hadith sahih di bawah ini:

.‫ب َخاتِ ُم النَّبِِّيْي َن‬ ِ ‫اَنَا ِع ْن َد‬


ٌ ‫اهلل َم ْكُت ْو‬
"Sesungguhnya aku di sisi Allah telah tercatit sebagai penutup para Nabi".

Terdapat banyak hadith-hadith yang menjelaskan tentang kejadian Nabi Adam


'alaihis salam dan Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam. Adapun hadith-
hadith yang menyatakan bahawa Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam adalah
nabi, rasul dan manusia yang mula-mula dicipta adalah hadith-hadith yang lemah.
Antara hadith tersebut ialah:

ِ
ِ ‫وآخر ُهم ِفى الْب ْع‬ ِ
.‫ث‬ َ ْ ُ ‫ت اَ َّو ُل النَّبِِّيْي َن فى الْ َخل ِْق‬
ُ ‫ُكْن‬

307. Al-Albani menganggap hadith ini sahih. Lihat: Al-Jami'. No:2337.


308. H/R Bukhari dan Muslim.

267
"Aku adalah permulaan para nabi dalam penciptaannya dan juru kunci
mereka diutus".

Menurut Ibnu Kathir, Al-Munawi dan Nasruddin Al-Albani bahawa hadith ini
adalah hadith yang lemah. Hadith ini menyalahi al-Quran dan hadith-hadith lain yang
sahih. Malah menyalahi akal fikiran dan perasaan yang waras, oleh sebab itu tidak
ada seorang pun yang dicipta dan dilahirkian sebelum dicipta dan dilahirkan Nabi
Adam alaih as-salam. 309

Tidak ada seorang pun manusia yang diciptakan dari nur atau cahaya. Hanya
para malaikat sahaja yang diciptakan dari nur tetapi para malikat bukan dari golongan
manusia. Perkara ini telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad salallahu 'alai wa-
sallam di dalam sabdanya:

ِ ِ ٍ ‫ت الْمالَئِ َكةُ ِمن ُنو ٍر و ُخلِ َق الْجآ ُن ِمن مار‬


.‫ف لَ ُك ْم‬
َ ‫ص‬ َ ‫ِج م ْن نَا ٍر َو ُخلِ َق‬
َ ‫آد َم م َّما َو‬ َ ْ َ َ ْ ْ
ِ ِ
َ ‫ُخل َق‬
"Malaikat diciptakan dari nur. Jin diciptakan dari nyalaan api dan Adam
diciptakan dari apa yang telah disifatkan kepada kamu (dari tanah)". 310

Adapun hadith yang dijadikan hujjah oleh golongan tarikat sufi/tasawuf Nur
Muhammad untuk menyatakan bahawa Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam
adalah dicipta dari nur, kesemuanya adalah dari jenis hadith-hadith yang lemah dan
palsu. Antara hadith-hadith tersebut ialah:

.‫ك يَا َجابُِر‬


َ ِّ‫اَ َّو ُل َما َخلَ َق اهللُ ُن ْو َر نَبِي‬
"Wahai Jabir! Yang pertama kali diciptakan Allah ialah nur NabiMu".

Menurut Muhammad bin Jamil Zinu: Hadith ini adalah hadith (‫)حديث مكذوب‬
"Hadith bohong/palsu" atas nama Rasulullah salallahu 'alaihi wa-sallam. Ia bukan
hadith sahih sebagaimana yang didakwakan oleh As-Sya'rawi. Amat jelas isi
kandungannya bertentangan dengan al-Quran al-Karim dan hadith yang sahih yang
menjelaskan dengan tegas bahawa manusia yang pertama kali diciptakan adalah
Adam 'alaihi as-salam dan Adam dijadikan dari tanah. Seandainya ada dari makhluk
lain ia adalah qalam. Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam hanyalah anak
keturunan Adam, tidak dicipta dari nur.

Kepercayaan karut dan khurafat ini tertulis di kitab Maulid Berzanji Daiba'i:

309. Lihat: ‫ اركان االسالم وااليمان‬Muhammad bin Jamil Zinu.


310. H/R Bukhari dan Muslim.

268
‫صلَّى اهللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم ِم ْن ُن ْو ِر ِه‬ ٍ ِ ٍِ ِ ِ ِ
َ ‫س ْب َحانَهُ م ْن َّملك اَ ْو َج َد ُن ْو َر نَبِيِّه َم َح َّمد‬ُ َ‫الَ الَهَ االَّ اهللُ ف‬
‫آد َم ِم َن الطِّْي ِن الالَّ ِزب‬
َ ‫َقْب َل اَ ْن يَ ْخلُ َق‬
"Tiada Tuhan melainkan Allah, Maha Suci Dia Tuhan yang telah mencipta
nur NabiNya Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam dari nurNya sebelum
diciptanya Adam dari tanah yang liat". 311

Nabi Muhammad adalah manusia biasa seperti kita dan seperti manusia-
manusia yang lain. Hanya sahaja baginda secara khusus dipilih oleh Allah untuk
menerima wahyu, menjadi Nabi dan Rasul. Manusia tidak boleh menganggap Nabi
Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam sebagai nur, tetapi mereka wajib
menganggap baginda sebagai manusia. 312

Pada dasarnya semua manusia dicipta sejak Adam 'alaihi as-salam serta semua
anak cucu keturunannya sehinggalah ke Hari Kiamat adalah manusia yang dicipta
dari tanah. Tujuan dicipta supaya beribadah, menyembah dan mentauhidkan Allah
sehinggalah menemui ajalnya. Firman Allah:

.‫ك الْيَ ِق ْي ُن‬


َ َ‫ك َحتَّى يَاْتِي‬
َ َّ‫َوا ْعبُ ْد َرب‬
"Dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu yang diyakini
(ajal/kematian)".
.Al-Hijr, 15:99

.‫س اِالَّ لَِي ْعبُ ُد ْو َن‬ ِ ِ ُ ‫وما َخلَ ْق‬


َ ْ‫ت الْج َّن َواْالن‬ ََ
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka
menyembahKu".
.Az-Zariat, 51:56
Tidak terdapat walaupun seorang dari kalangan para nabi atau para rasul
menjadi penyebab sehingga kerananya dicipta dunia ini dan segala makhluk yang ada.
Namun, menurut seorang tokoh sufi bernama Ibn Arabi, alam nyata adalah kumpulan
sifat-sifat Allah al-Haqq. Tajjali Zat Allah hinggalah jadi hakikat segala yang ada di
bumi ini. Menurut Ibn Arabi lagi bahawa alam semesta seluruhnya adalah berasal
dari Nur Muhammad.
311. Lihat: Terjemahan Maulid Berzanji & Daiba'i. Hlm. 60. Zulkifli Mat Isa.
312. Lihat: ‫ اركان االسالم وااليمان‬Muhammad bin Jamil Zinu.

269
Mereka yang sefahaman dengan teori Ibn Arabi seolah-olah menafikan bahawa
tujuan utama para nabi atau rasul diutus kepada umat mereka semata-mata untuk
menyampaikan wahyu Allah. Mereka melupakan tentang tugas para nabi dan rasul
yang diutus untuk mengajak manusia beribadah kepada Allah dan menyeru kepada
Tauhid yang murni agar mereka mendapat petunjuk. Firman Allah:

ٍ ِ
ْ ‫َولََق ْد َب َع ْثنَا فى ُك ِّل اَُّمة َر ُس ْوالً اَ ِن ا ْعبُ ُد ْوا اهللَ َو‬
َ ‫اجتَنُِب ْوا الطَّاغُ ْو‬
.‫ت‬

"Dan Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat untuk
menyerukan: Sembahlah Allah sahaja dan jauhilah taghut".
.An-Nahl, 16:36

.‫ك ِم ْن َر ُس ْو ٍل اِالَّ ُن ْو ِحى اِلَْي ِه اَنَّهُ الَ اِلَهَ اِالَّ اَنَا فَا ْعبُ ُد ْو ِن‬
َ ‫َو َما اَ ْر َسلْنَا ِم ْن َقْب ِل‬
"Tidak Kami utus seorang pun Rasul sebelum engkau (Ya Muhammad!)
Melainkan Kami wahyukan kepadanya bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan
kecuali Aku, maka oleh sebab itu sembahlah Aku".
.Al-Ambiya, 21:25

270
Kepercayaan Nur Muhammad Di Majlis Maulid 313

Dalam majlis-majlis perayaan maulid Nabi banyak terjadi kemungkaran bid'ah


yang menyalahi ajaran al-Quran dan hadith. Majlis memperingati maulid ini tidak 314

pernah dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabat baginda. Tidak pernah diadakan
oleh mereka yang hidup di kurun terbaik (kurun mufaddalah) iaitu kurun para tabiin
atau para mujtahidin yang empat (Syafie, Maliki, Hambali dan Hanafi) kerana tidak
ada suruhan dari Nabi Muhammad. Begitu juga tidak pernah diamalkan oleh para
ulama besar pada abad kejayaan Islam. Malah tidak terdapat dalil qatii dari syara
yang membolehkannya.

Banyak kemungkaran yang mereka lakukan semasa mengadakan perayaan


maulid Nabi terutama yang melibatkan bid'ah dan kesyirikan. Lebih-lebih lagi ketika
mereka mengalunkan bait:

Wahai Rasulullah pemberi pertolongan


dan pemberi bantuan!
Wahai Rasulullah kepadamu tempat berpegang!
Wahai Rasulullah! Hilangkanlah penderitaan kami.
Tidaklah kami merasai penderitaan,
kecuali akan engkau selesaikan.

Meminta pertolongan dengan bertawassul kepada Nabi Muhammad perkara


biasa bagi pembuat bid'ah. Sebagaimana yang terdapat dalam kitab Berzanji:

.‫ات ال ُْم َح َّم ِديَِّة‬


ِ ‫الذ‬ ِ ‫شر‬
َّ ‫ف‬ ِ َ ‫و َنَتو َّسل اِلَْي‬
ََ ‫ك ب‬ ُ َ َ
"Dan kami bermohon dengan berperantaraan (bertawassul) kepadaMu
melalui keberkatan hakikat al-Muhammadiyah". 315

Di dalam kitab Berzanji ada sepotong doa yang dipohon yang mana doa
tersebut mengandungi unsur syirik:

"Kami bermohon kepadaMu dengan berkat kemuliaan Nabi Muhammad


sallallahu 'alaihi wa-sallam dan kelebihannya". 316

Seandainya Rasulullah sallallhu 'alaihi wa-sallam boleh mendengar seruan dan


kata-kata di atas ini, tentu akan menghukum penyerunya sebagai pelaku syirik besar,
kerana pertolongan dan tempat meminta yang dapat menghilangkan segala
313. Sebahagian teks dalam tajuk ini disalin (dinukil) dari buku ‫ الفرقة الناجية‬oleh
Muhammad bin Jamil Zainu.
314. Sebahagian masyarakat Melayu menyebut "maulud".
315. Lihat: Terjemahan Maulid Berzanji & Daiba'i. Hlm. 52. Susunan
Zulkifli Mat Isa. Jahabersa.
316. Ibid. Hlm. 75.
penderitaan dan masalah manusia hanya Allah semata. Allah Subhanahu wa-Ta'ala
telah menjelaskan perkara ini di dalam firmanNya:

ِ ‫ض أاِلَهٌ َّمع‬
‫اهلل‬ ِ ‫آء اْالَ ْر‬ ُ ‫ضطََّر اِ َذا َد َعاهُ َويَ ْك ِش‬ ِ
َ َ ‫الس ْو َء َويَ ْج َعلُ ُك ْم ُخلَ َف‬
ُّ ‫ف‬ ْ ‫ب ال ُْم‬ ُ ‫اََّم ْن يُّج ْي‬
.‫قَلِ ْيالً َّما تَ َذ َّك ُر ْو َن‬

"Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang dalam kesulitan


apabila dia berdoa kepadaNya dan menghilangkan kesusahan dan menjadikan
kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah di samping Allah ada
tuhan (yang lain?) Amat sedikitlah kamu mengingati(Nya)".".
.An-Naml, 27:62
Allah Subhanahu wa-Ta'ala di dalam al-Quran telah memerintahkan kepada
Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam agar mengkhabarkan kepada umat baginda
dengan membacakan firman Allah:

ِ
.‫ض ًّرا َّوالَ َر َش ًدا‬ ُ ِ‫قُ ْل انِّ ْي الَ اَ ْمل‬
َ ‫ك لَ ُك ْم‬
"Katakanlah (Ya Muhammad)! Sesungguhnya aku tidak mempunyai kuasa
mendatangkan sesuatu kemudaratan kepadamu dan tidak pula mempunyai
kemanfaatan".
.Al-Jin, 72:21
Dalam sebuah hadith, Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam pula bersabda:

ِ ِ‫استَ ِعن ب‬ ِ ِ
.‫اهلل‬ ْ ْ َ‫ت ف‬ ْ ‫اساَ ِل اهللَ َواذَا‬
َ ‫اسَت َع ْن‬ ْ َ‫ْت ف‬
َ ‫اذَا َساَل‬
"Apabila kamu meminta sesuatu maka mintalah kepada Allah. Dan apabila
kamu meminta pertolongan maka mintalah kepada Allah semata". 317

Dalil-dalil di atas membatalkan keyakinan penganut tarikat Nur Muhammad.


Namun, amat dikesalkan kerana pada kebiasaannya, bacaan bait-bait sya'ir semasa
mengadakan perayaan maulid Nabi adalah terlalu berlebih-lebihan dan menambah-
nambah dalam memuja-muji Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam. Sedangkan
baginda telah melarang dari berbuat sedemikian. Baginda bersabda:

317. H/R Turmuzi (hadith sahih).

272
.ُ‫َّص َارى ابْ ِن َم ْريَ َم فَِانَّ َما اَنَا َعْب ٌد ُق ْولُْوا َع ْب ُدهُ َو َر ُس ْولُه‬ ِ ِ
َ ‫الَ تَط ُْر ْون ْي َك َما اَط َْرت الن‬
"Janganlah kamu berlebih-lebihan dalam memujiku sebagaimana
perbuatan orang-orang Nasrani memuji Isa bin Maryam. Sesungguhnya aku
hanyalah seorang hamba Allah. Katakanlah! HambaNya dan utusanNya". 318

Sering juga perbuatan yang dilakukan di perayaan maulid dilakukan juga di


majlis-majlis perkahwinan atau di majlis-majlis keagamaan yang lainnya. Di dalam
majlis tersebut dilaungkan bait-bait yang berisi penjelasan bahawa Allah menciptakan
Muhammad dari nurNya. Dan dari Nur Muhammad itu pula segala sesuatu
diciptakan.

Al-Quran menganggap sebagai suatu pembohongan ajaran dan amalan Nur


Muhammad yang sesat ini. Ia jelas bertentangan dengan amalan orang-orang soleh
dan ia adalah perbuatan yang syirik. Allah mengharamkan perbuatan ini sebagaimana
firmanNya:

‫آء َربِِّه‬ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ َ ‫قُل اِنَّما اَنَا ب‬


َ ‫ش ٌر م ْثلُ ُك ْم ُي ْو َحى الَ َّي انَّ َمآالَ ُه ُك ْم الَهٌ َّواح ٌد فَ َم ْن َكا َن َي ْر ُج ْوا ل َق‬َ َ ْ
.‫اد ِة َربِِّه اَ َح ًدا‬
َ َ‫صالِ ًحا َّوالَ يُ ْش ِر ْك بِ ِعب‬
َ ً‫َفلَْي ْع َم ْل َع َمال‬
Katakanlah (Ya Muhammad)! Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang
manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku bahawa sesungguhnya
Tuhan kamu itu adalah Tuhan Yang Maha Esa. Barangsiapa mengharap
perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang
soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada
Tuhannya".
.Al-Kahfi, 18:110
Sebagaimana yang telah diyakini oleh orang-orang yang beriman dan berilmu,
bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam diciptakan melalui perantaraan
seorang ayah dan seorang ibu. Baginda adalah manusia biasa yang diturunkan wahyu
oleh Allah Subhanahu wa-Ta'ala kepada baginda. Keyakinan ini bertentangan
dengan kepercayaan penganut Nur Muhammad, kerana kebiasaannya dalam majlis-
majlis perayaan maulid yang mereka adakan, digambarkan melalui kitab-kitab maulid
mereka tentang keluarbiasaan Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam,
kononnya Allah mencipta alam dan manusia lantaran Nabi Muhammad. Kepercayaan
ini juga diingkari oleh al-Quran, kerana dicipta manusia bukan kerana Nabi
Muhammad, tetapi supaya mereka beribadah kepada Allah sebagaimana firmanNya:

318. H/R Bukhari.

273
ِ ‫االنْس اِالَّ لِي ْعب ُد‬
.‫ون‬ ِ ِ ُ ‫وما َخلَ ْق‬
َُ َ ‫ت الْج َّن َو‬ ََ
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah
kepadaKu".
Adz-Azariyat, 51:56

274
Peyerupaan Maulid Nabi Muhammad Dengan Maulid Nabi Isa

Penganut agama Nasrani menyambut perayaan Hari Natal (Hari Krismas) pada
25 Disember setiap tahun kerana memperingati lahirnya Nabi Isa Al-Masih
'alaihissalam. Penyerupaan berlaku kepada pencinta bid'ah yang mana mereka
menyambut perayaan Maulidur Rasul pada 12 Rabi'ulawal setiap tahun. Malah
ditambah lagi dengan menyambut hari kelahiran (hari jadi) keluarga mereka dengan
majlis yang meriah dan secara besar-besaran bagi mereka yang mampu. Amalan ini
adalah mencontohi perbuatan penganut agama Yahudi, Nasrani atau Majusi yang
sentiasa menyambut hari kelahiran nabi atau ketua agama mereka dengan mengadakan
perayaan.

Pelaku dan pencinta bid'ah sememangnya sering tidak memperdulikan larangan


Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam agar tidak meniru atau mencontohi amalan
agama Ahli Kitab atau Majusi, sedangkan Rasulullah sallallahu 'alaih wa-sallam
dengan tegas telah melarang setiap orang yang beriman dari mencontohi amalan kaum
kuffar sama ada dari golongan Yahudi, Nasrani atau Majusi sebagaimana sabdanya:

.‫شـبَّهَ َب َق ْوٍم َف ُه َو ِم ْن ُه ْم‬


َ َ‫َم ْن ت‬
"Barang sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dalam
kaum tersebut". 319

Di majlis perayaan maulid atau hari jadi sering berlaku percampuran atau
pergaulan bebas (tidak terkawal) antara wanita dengan lelaki yang bukan mahram.
Mereka perlu sentiasa ingat bahawa pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan
telah diharamkan dalam Islam.

Ada kalanya perbelanjaan yang dikeluarkan untuk menjayakan majlis


memperingati perayaan maulid mencapai jutaan banyaknya. Sama ada untuk makan
minum, hiasan dekorasi, transportasi, perhubungan, penceramah, nasyid dan
sebagainya. Sedangkan perbuatan tersebut tidak pernah mendatangkan faedah, kecuali
oleh orang-orang yang suka mengambil kesempatan untuk meraih keuntungan dengan
mengenakan keperluan (untuk majlis tersebut) dengan harga yang tinggi. Sedangkan
Rasulullah telah mengharamkan dari pembaziran harta.

Persiapan untuk mengadakan majlis perayaan maulid sering mengambil masa


yang panjang, sama ada untuk menyiapkan pentas, menghias diri dan sebagainya,
sehingga ada yang mengabai atau meninggalkan waktu sembahyang. Hal seperti ini
menjadi perkara biasa bagi Si pembuat bid'ah.

Amalan bangun dan berdiri tegak ketika sampai di bacaan-bacaan tertentu


semasa membaca maulid (berzanji) adalah suatu iktikad (kepercayaan) bahawa
Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam berserta para sahabat baginda ketika itu sedang

319. H/R Abu Daud. (Hadith sahih).


menghadirkan diri di majlis tersebut. Hal ini adalah suatu bid'ah, khurafat, tahayyul
dan kebohongan yang nyata. Allah telah berfirman tentang keadaan orang yang telah
wafat (meninggal dunia):

.‫خ اِلَى َي ْوٍم ُّيْب َع ُث ْو َن‬


ٌ ‫َوِم ْن َو َرآئِ ِه ْم بِ ْر َز‬
"Dan di hadapan mereka ada dinding (tembuk penghalang) sampailah ke
hari mereka dibangkitkan".
.Al-Mukmin, 23:100
Yang dimaksudkan (‫" ) َب ْر َز ٌخ‬Barzakh" ialah tembuk atau dinding. Iaitu suatu
yang memisahkan antara dunia dan akhirat yang tidak dapat ditembusi keluar oleh
roh.

Ada pun berdiri kerana memberi penghormatan kepada seseorang yang datang
ke majlis bukanlah ajaran dari sunnah Rasulullah kerana Anas bin Malik pernah
berkata:

‫صلَّى اهللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم َو َكا ُن ْوا اِ َذا َراَ ْوهُ لَ ْم‬ ِ ِ ِ َّ ‫ما َكا َن َش ْخص اَح‬
َ ‫ب الَْي ِه ْم م ْن َر ُس ْو ِل اهلل‬ َ ٌ َ
.‫ك‬َ ِ‫َي ُق ْو ُم ْوا لَهُ لِ َما َي ْعلَ ُم ْو َن ِم ْن َك َر ِاهيَّتِ ِه لِ َذل‬
"Tidak ada seseorang yang lebih dicintai oleh para sahabat daripada
Rasulullah. Apabila para sahabat melihat Rasulullah hadir, tidak seorang pun
yang berdiri memberi penghormatan. Sebab mereka mengetahui bahawa
Rasullullah sangat membenci penghormatan dengan cara berdiri". 320

Terdapat sebahagian dari pencinta amalan maulid ini beralasan: "Kami


mengadakan perayaan memperingati maulid ini untuk membacakan sirah (sejarah)
hidup Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam". Tetapi kenyataan sirah yang mereka
bacakan bertentangan dengan sabda-sabda dan sejarah Rasulullah yang sebenar.
Kalaulah begitu apa faedahnya? Apakah orang yang dikatakan mencintai Rasulullah
memadai hanya dengan membacakan sirah hidup baginda? Kalau begitu, ini
bermakna orang yang mencintai Rasulullah perlu membacanya setiap hari sedangkan
mereka hanya melakukannya setahun sekali?

Pembuat bid'ah perlu menyedari bahawa di bulan Rabi'ul Awal adalah bulan
kelahiran dan kewafatan Rasulullah, tidak sepatutnya diadakan perayaan (bersuka ria)
di bulan kewafatannya sedangkan menunjukkan keprihatinan adalah lebih utama.

320. H/R Ahmad dan Turmizi. (hadith sahih).

276
Kebiasaannya perayaan maulid diadakan sehingga kelarut malam, dipenuhi
dengan nyanyian (nasyid), akibatnya ramai antara mereka yang tertinggal sembahyang
Subuh kerana tertidur sehingga matahari terbit.

Sebenarnya tidak ada sesuatupun yang berupa tuntutan agama dari apa yang
sering dilakukan oleh pencinta maulid, terutama semasa mengadakan majlis
maulidurrasul. Pada kebiasaannya amalan mereka hanya mentaati kehendak orang
ramai, sedangkan jika mereka benar-benar ingin mentaati Allah dan mencintai
RasulNya caranya telah dijelaskan oleh syara. Pada dasarnya pencinta perayaan
maulid telah mentaati selain Allah yang membawa mereka kepada kesesatan:

ِ ِ ‫واِ ْن تُ ِطع اَ ْك َثر من فِى اْالَر‬


ِ ‫ضلُّو َك َعن سبِْي ِل‬
.‫اهلل‬ َ ْ ْ ُ‫ض ي‬ ْ َْ َ ْ َ
"Dan jika kamu menuruti (mentaati) kebanyakan orang-orang yang di muka
bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah".
.Al-An'am, 6:116
Huzaifah radiallahu 'anhu berkata:

"Setiap bid'ah adalah menyesatkan walaupun seluruh umat manusia


melihatnya dan menganggapnya sebagai sesuatu yang baik".

Hasan Basri rahimahullah pula menjelaskan:

"Sesungguhnya ahli sunnah sejak mulanya memang berjumlah sedikit.


Begitu jugalah pada akhir zaman jumlah mereka semakin sedikit. Mereka
adalah orang-orang yang tidak digemari oleh orang-orang yang cintakan
kehidupan dunia dan bermegah-megah dengan kemewahannya. Ahli sunnah
pula tidak terpikat dengan ahli bid'ah. Mereka (ahli sunnah) bersabar
berpegang teguh kepada sunnah Rasul sehingga bertemu dengan Tuhan
mereka. Demikianlah! Maka masuklah kamu ke dalam golongan mereka
(ahli sunnah yang sedikit)".

Pecinta perayaan maulid bukanlah dari golongan ahli sunnah yang sedikit
sebagaimana yang dimaksudkan oleh Hasan Basri, kerana orang yang mula-mula
mengadakan perayaan maulid Nabi ialah Raja Muzaffar di Syam pada abad ke tujuh
Hijrah. Orang yang pertama kali mengadakan perayaan maulid di Mesir ialah Bani
Fatimiyah. Mereka sebagaimana yang dijelaskan oleh Ibn Kathir adalah golongan
orang kafir dan fasik. Begitu juga perayaan maulid bacaan Barzanji paling digemari
dan diutamakan oleh mereka yang menganut tarikat Nur Muhammad. Adapun fatwa
para ulama tentang pengharaman majlis maulid adalah seperti di bawah:

277
Berkata Syeikh Muhammad bin Abul Latif semasa ditanya tentang
mengeluarkan harta di atas nama maulid Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-
sallam:

"Sesungguhnya amalan maulid adalah tergolong dari perbuatan bid'ah


yang mungkar dan termasuk kerja-kerja yang keji. Membelanjakan harta
kerana majlis maulid Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam adalah bid'ah yang
diharamkan. Pelakunya adalah berdosa bukan berpahala, maka wajib
mengingkari terhadap sesiapa yang melakukan yang demikian". 321

321. )‫ القول الفصل فى حكم االحتفال بمولد خير الرسل (ص‬Hlm. 55. Ismail bin
Muhammad al-Ansari. Wazarah as-Syuun al-Islamiyah wal-Aukaf wa-
Addakwah wal-Irsyad. Saudi Arabia.

278
Sembahyang Di Belakang Pengikut Nur Muhammad

Syeikh Muhammad Saleh al-Uthaimin ketika ditanya: Bolehkah seseorang itu


bersembahyang di belakang orang yang berkeyakinan bahawa Nabi Muhammad
sallallahu 'alaihi wa-sallam adalah cahaya dari cahaya Allah, baginda bukanlah
manusia, baginda mengetahui yang ghaib dan seseorang itu boleh meminta
pertolongan dari baginda kerana meyakini bahawa baginda memiliki manfaat dan
mudarat?

Syaikh Muhammad Saleh al-Uthaimin menjawab: Sesiapa yang berkeyakinan


bahawa Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam adalah cahaya dari cahaya
Allah dan baginda bukan manusia sehingga mengetahui yang ghaib, maka dia adalah
kafir kepada Allah dan RasulNya. Dia menjadi musuh Allah dan RasulNya kerana
dakwaannya adalah dusta. Maka sesiapa yang berdusta terhadap Allah dan RasulNya
dia adalah kafir. Adapun dalilnya ialah firman Allah:

َ َ‫قُ ْل اِنَّ َما اَنَا ب‬


.‫ش ٌر ِّم ْثلُ ُك ْم‬

"Katakanlah! Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia


sepertimu".
.Al-Kahfi, 18:110

‫ك اِ ْن اَتَّبِ ُع‬
ٌ َ‫ب َوآل اَ ُق ْو ُل لَ ُك ْم اِنِّ ْي َمل‬ ِ ِ ِ ِ
َ ‫قُ ْل آل اَ ُق ْو ُل لَ ُك ْم ع ْندى َخ َزآئ ُن اهلل َوآل اَ ْعلَ ُم الْغَْي‬
.‫َما ُي ْو َحى اِلَ َّي‬

"Katakanlah! Aku tidak mengatakan kepada kamu bahawasanya aku


memiliki perbendaharaan Allah, aku tidak mengetahui yang ghaib dan aku
tidak mengatakan bahawa aku adalah malaikat, aku hanya mengatakan apa
yang telah diwahyukan kepadaku".
.Al-'An'am, 6:50
ِ
‫ت‬
ُ ‫ب الَ ْستَ ْك َث ْر‬
َ ‫ت اَ ْعلَ ُم الْغَْي‬ُ ‫ـآء اهللُ َولَ ْو َكْن‬ َ ‫ض ًّـرا االَّ َما َش‬ َ َ‫ك لَِن ْف ِس ْي َن ْف ًعا َوال‬
ُ ِ‫قُ ْل آل اَ ْمل‬
.‫الس ْوءُ اِ ْن اَنَا اِالَّ نَ ِذ ْي ٌر َوبَ ِش ْي ٌر لَِق ْوِم َي ْؤ ِمُن ْو َن‬
ُّ ‫سنِ َي‬َّ ‫ِم َن الْ َخ ْي ِر َو َما َم‬
"Katakanlah! Aku tidak berkuasa menarik kemanfaatan bagi diriku dan
tidak (pula) menolak kemudaratan, kecuali yang dikehendaki Allah. Dan
sekiranya aku mengetahui yang ghaib, tentulah aku membuat kebajikan
sebanyak-banyaknya dan aku tidak akan ditimpa kemudaratan. Aku tidak lain
hanyalah pemberi peringatan dan pembawa berita gembira bagi orang-orang
yang beriman".
.Al-'Araf, 7:188
Rasulullah sallallahu 'alihi wa-sallam pula bersabda:

ِ ِ ِ
ُ ‫س ْو َن َواذَا نَ ِس ْي‬
.‫ت فَ َذ َّك ُر ْونِ ْي‬ َ ْ‫انَّ َما اَنَا م ْثلُ ُك ْم اَن‬
َ ‫سى َك َما َت ْن‬
"Sesungguhnya aku hanyalah manusia seperti kamu, aku lupa sebagaimana
kamu lupa, maka apabila aku lupa ingatkanlah aku". 322

Sesiapa yang meminta pertolongan kepada Rasulullah dengan keyakinan


bahawa baginda memiliki manfaat dan mudarat, maka dia telah kufur dan pendusta
terhadap Allah dan telah melakukan kesyirikan terhadap Allah. Allah berfirman:

‫َّم‬ ِ َ ‫ال ربُّ ُكم ا ْدعُونِي اَ ْستَ ِجب لَ ُكم اِ َّن الَّ ِذيْن يستَ ْكبِرو َن َعن َعب‬
َ ‫ادت ْي َسيَ ْد ُخلُ ْو َن َج َهن‬ َ ْ ُْ ْ َ َ ْ ْ ْ ْ ْ َ َ َ‫َوق‬
ِ‫د‬
.‫اخ ِريْ َن‬ َ
"Dan Rab (Tuhan) kamu berfirman: Berdoalah (mintalah) kepadaKu,
nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang
menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka Jahanam dalam
keadaan hina dina".
.Ghafir, 40:60

ِ ‫ض َّرا والَ ر َش ًدا قُل اِنَّي لَن ي ِج ْيرنِي ِمن‬


‫اهلل اَ َح ٌد َولَ ْن اَ ِج َد ِم ْن‬ ِ
ُ ِ‫قُ ْل انِّ ْي آل اَ ْمل‬
َ ْ َ ُْ ْ ْ َ َ َ ‫ك لَ ُك ْم‬
.‫ُد ْونِِه ُملْتَ َح ًدا‬

"Katakanlah! Sesungguhnya aku tidak kuasa mendatangkan sesuatu


kemudaratan kepadamu dan tidak (pula) sesuatu kemanfaatan. Katakanlah!
Sesungguhnya aku tiada seseorang pun yang dapat melindungiku selain Allah,
sekali-kali tidak akan memperolehi tempat berlindung selain dariNya"
.Al-Jin, 72:21-22
Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam bersabda:

322. H/R Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasaii dan Ibn Majah.

280
ِ ‫الَ اَ ْغنى َع ْن ُكم ِمن‬
.‫اهلل َش ْيئًا‬ َ ْ
"Aku tidak mempunyai kemampuan apapun untuk menolongmu di hadapan
Allah". 323

Oleh itu tidak diperbolehkan sembahyang di belakang orang yang


berkeyakinan sebagaimana yang dijelaskan di atas. Ataupun yang sejenisnya juga
tidak dihalalkan menjadi imam bagi kaum muslimin. 324

323. H/R Bukhari, Muslim dan An-Nasaii.


324. Keseluruhan tajuk dan teks ini dinukil (disalin) dari: ‫مجموع فتاوى ورسائل‬
Juz. 1. Hlm. 333-334. ‫شيخ محمد بن صالح العثيمن‬.

281
Rukun Iman Kelima:
BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT

Hari Akhirat/Kiamat bukanlah suatu hipotesis yang hanya berkait dengan


sesuatu teori yang perlu diuji dan dianalisis akan kebenarannya. Beriman kepada hari
kiamat atau akhirat serta kejadian-kejadian yang berlaku di dalamnya adalah wajib,
juga wajib beriman dengan tanda-tanda kiamat yang terjadi sebelumnya. Malah
kiamat (termasuklah kebangkitan setelah kematian) adalah persoalan ghaib yang perlu
dikhabarkan oleh Khalik dan RasulNya melalui kitabNya (al-Quran dan al-Hadith
yang sahih) supaya manusia yang memahami dan membincangkannya tidak sesat.

Oleh sebab yang demikian, hanya setiap mukmin yang beriman kepada Allah
(Khalik) RasulNya serta agama yang dibawa oleh RasulNya sahaja yang dapat
mempercayai atau mengimani bahawa masa kehidupan di dunia ini akan menghadapi
saat yang terakhir (Hari Kiamat).

Dunia ini ada permulaannya dan akan sampai kepada penghujungnya. Selepas
semuanya berakhir, akan bermula kehidupan kedua yang disebut penghidupan di
kampung akhirat yang kekal abadi. Perbincangan tentang kiamat, akhirat atau
kehidupan yang kedua merupakan persoalan yang bersangkut-paut dengan hal-hal
ghaibiyah yang sememangnya tidak dapat dipisahkan daripada isu ketuhanan. Kiamat
atau akhirat merupakan rukun iman yang paling pokok yang tidak boleh dibahaskan
kecuali melalui panduan al-Quran dan al-Hadith yang sahih.

Disebut hari terakhir (akhirat) kerana tidak akan ada dunia dan tidak akan ada
hari lagi selepasnya. Di saat itu akan dihimpun dan dihidupkan kembali setiap
makhluk untuk dihisab, yang soleh akan beruntung dengan memperolehi syurga dan
yang syirik dan kafir akan merugi kerana mereka akan menerima azab yang pedih di
neraka. Namun di hari tersebut Allah akan mengampunkan dosa hambaNya selain
dari dosa syirik jika Dia menghendakiNya sebagaimana firmanNya:

َ َ‫ك لِ َم ْن ي‬ ِ
.ُ‫شآء‬ َ ِ‫ا َّن اهللَ الََيغْ ِف ُر اَ ْن يُ ْش َر َك بِ ِه َو َيغْ ِف ُر َما ُد ْو َن َذل‬
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang
mempersekutukannya dengan sesuatu (syirik) dan Dia akan mengampunkan
dosa selain dari kesyirikan bagi sesiapa yang dikehendakiNya."
.An-Nisa', 4:116
Saat berlakunya kiamat kubra ialah setelah malaikat Israfil meniup sangkakala.
Menurut firman Allah:
‫آء اهللُ ثُ َّم نُِف َخ‬ ِ ِ ‫ات ومن ِفى اْالَر‬
ِ َّ ‫ص ِع َق َم ْن ِفى‬ ُّ ‫َونُِف َخ فِى‬
َ ‫ض االَّ َم ْن َش‬ ْ ْ َ َ ‫الس َم َاو‬ َ َ‫الص ْو ِر ف‬
.‫ام َي ْنظُُر ْو َن‬ ِ ِ ِِ
ٌ َ‫ف ْيه اُ ْخ َرى فَاذَا ُه ْم قي‬
"Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di langit dan yang
ada di bumi kecuali yang dikehendaki oleh Allah. Kemudian ditiup sangkakala
itu sekali lagi, maka tiba-tiba mereka berdiri bangkit menunggu keputusannya
masing-masing".
.Az-Zumar, 39:68
.‫َّم ِو ْر ًدا‬ ِ ِ َّ ‫ش ُر ال ُْمت َِّق ْي َن اِلَى‬
َ ‫س ْو ُق ال ُْم ْج ِرم ْي َن الَى َج َهن‬
ُ َ‫ َون‬. ‫الر ْح َم ِن َوفْ ًدا‬ ُ ‫َي ْو َم نَ ْح‬
"(Ingatlah) hari (ketika) Kami mengumpulkan orang-orang yang takwa
kepada Tuhan Yang Maha Pemurah sebagai perutusan yang terhormat, dan
Kami akan menghalau orang-orang yang durhaka ke neraka Jahanam dalam
keadaan dahaga".
.Maryam, 19:85-86

283
Bilakah Kiamat Terjadi?

Sebenarnya, tidak seorang pun yang tahu dengan tepat bilakah akan berlakunya
Hari Kiamat kecuali Allah Subhanahu wa-Ta'ala. Persoalan kiamat telah menjadi isu
dan polemik besar di kalangan semua kaum nabi-nabi dan rasul-rasul terdahulu,
dipertikaikan oleh kaum jahiliah pada zaman Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-
sallam, seterusnya diperbesarkan dan diingkari oleh orang-orang kuffar, fasik dan
munafik di masa ini.

Mereka terutama yang meragui berlakunya kiamat sering bertanya tentang


bilakah akan berlaku kiamat? Persoalan ini dan jawapannya telah digambarkan oleh
Allah Azza wa-Jalla di dalam firmanNya:

‫ْم َها ِعْن َد َربِّى الَ يُ َجلِّْي َها لَِوقْتِ َهآ اِالَّ ُه َو‬ ِ ِ
ُ ‫اها قُ ْل انَّ َما عل‬
ِ َ ‫الس‬
َ ‫اعة اَيَّا َن ُم ْر َس‬ َّ ‫ك َع ِن‬ َ َ‫يَ ْساَلُ ْون‬
‫ك َح ِف ٌّى َع ْن َها قُ ْل اِنَّ َما‬ ِ
َ َ‫ض الَتَاْتِْي ُك ْم االَّ َب ْغتَةً يَ ْساَلُْون‬
َ َّ‫ك َكاَن‬ ِ ‫ألر‬ ِ
ْ ْ‫الس َم َاوات َوا‬ َّ ‫ت ِفى‬ ْ َ‫َث ُقل‬
.‫َّاس الَ َي ْعلَ ُم ْو َن‬ ِ ‫ِعلْم َها ِعْن َد‬
ِ ‫اهلل َولَ ِك َّن اَ ْك َث َر الن‬ ُ
"Mereka bertanya kepadamu tentang kiamat: Bilakah terjadinya?
Katakanlah! Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi
Tuhanku, tidak seorang pun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya
selain Dia. Kiamat itu amat berat (hura-haranya bagi makhluk) yang di langit
dan yang di bumi. Kiamat itu tidak datang kepadamu melainkan dengan tiba-
tiba. Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar
mengetahuinya. Katakanlah! Sesungguhnya pengetahuan tentang Hari
Kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui".
.Al-A'raf, 7:187
Hari Kiamat pasti berlaku walaupun orang-orang kafir mengingkarinya.
Sesiapa yang tidak beriman dengan kejadian Hari Kiamat atau hari akhirat yang telah
digambarkan di dalam al-Quran, dia dihukum kafir oleh para ulama yang bermanhaj
al-Quran, hadith-hadith yang sahih sebagaimana yang disepakati oleh para sahabat.
Kepastian akan berlakunya kiamat telah ditegaskan berulang kali oleh Allah di dalam
al-Quran, antaranya ialah:

.‫َّاس الَُي ْؤ ِمُن ْو َن‬


ِ ‫ب ِفْي َها َولَ ِك َّن اَ ْك َث َرالن‬ ِ َ ‫الس‬
َ ْ‫اعةَ الَتيَةٌ الَّ َري‬ َّ ‫اِ َّن‬
"Sesungguhnya Hari Kiamat pasti akan datang, tidak ada keraguan
tentangnya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak beriman (terhadap hari
akhirat)".
.Al-Mu'min, 40:59
.‫ ثُ َّم اِنَّ ُك ْم َي ْو َم ال ِْقيَ َام ِة ُت ْب َع ُث ْو َن‬. ‫ك لَ َميُِّت ْو َن‬ ِ
َ ِ‫ثُ َّم انَّ ُك ْم َب ْع َد َذل‬
"Kemudian sesudah itu, sesungguhnya kamu sekalian benar-benar akan
dimatikan. Kemudian sesungguhnya kamu sekalian akan dibangkitkan (dari
kuburmu) di Hari Kiamat".
.Al-Mu'minun, 23:15-16
‫ َي ْو َم َت َر ْو َن َها تَ ْذ َه ُل ُك ُّل‬. ‫اع ِة َش ْىءٌ َع ِظ ْي ٌم‬ َّ َ‫َّاس َّات ُق ْوا َربَّ ُك ْم اِ َّن َزل َْزلَة‬
َ ‫الس‬ ُ ‫يَااَُّي َها الن‬
‫َّاس ُس َك َارى َو َما ُه ْم‬ ِ
َ ‫ض ُع ُك ُّل َذات َح ْم ٍل َح ْملَ َها َوَت َرى الن‬ َ َ‫ت َوت‬ َ ‫ض َع ٍة َع َّمآ اَ ْر‬
ْ ‫ض َع‬ ِ ‫مر‬
ُْ
.‫اهلل َش ِديِ ٌد‬
ِ ‫بِس َكارى ولَ ِك َّن َع َذاب‬
َ َ َ ُ
"Hai manusia! Bertakwalah kamu kepada Tuhanmu, sesungguhnya
kegoncangan Hari Kiamat itu adalah suatu kejadian yang sangat besar
(menakutkan). (Ingatlah) pada hari (ketika) kamu melihat kegoncangan itu,
(peniklah hingga) terlupa semua wanita yang menyusukan anaknya pada
anaknya yang sedang disusukan, dan gugurlah kandungan segala wanita
yang hamil, dan mereka kelihatan dalam keadaan mabuk sebenarnya mereka
tidak mabuk, akan tetapi (mereka merasakan) azab Allah itu sangat keras".
.Al-Haj, 22:1-2

‫ َي ْو َمئِ ٍذ‬. ‫سا ُن َمالَ َها‬ ‫ن‬


ْ ِ ْ‫ال ا‬
‫ال‬ َ ‫ق‬
َ ‫و‬ . ‫ا‬ ‫ه‬َ ‫ل‬
َ ‫ا‬‫ق‬َ ‫ث‬
ْ ‫ا‬
َ ‫ض‬
ُ ‫ر‬ ‫ال‬
َ ‫ا‬
ْ ‫ت‬ِ ‫ واَ ْخرج‬. ‫ض ِزل َْزالَ َها‬ ُ ‫ر‬ ‫ال‬
َ ‫ا‬
ْ ‫ت‬ِ َ‫اِذَا ُزلْ ِزل‬
َ َ ْ َ َ َ ْ
‫َّاس اَ ْشتَاتًا لُِي َر ْوا اَ ْع َمالَ ُه ْم فَ َم ْن‬
ُ ‫ص ُد ُر الن‬
ٍ
ْ َ‫ َي ْو َمئِذ ي‬. ‫ك اَ ْو َحى لَ َها‬ َ َّ‫ بِاَ َّن َرب‬. ‫ِّث اَ ْخبَ َار َها‬ ُ ‫تُ َحد‬
.ُ‫ال ذَ َّر ٍة َش ًّر َاي َره‬َ ‫ َو َم ْن َي ْع َم ْل ِم ْث َق‬. ُ‫ال ذَ َّر ٍة َخ ْي ًر َاي َره‬
َ ‫َي ْع َم ْل ِم ْث َق‬
"Apabila bumi digoncang dengan goncangannya (yang dahsyat). Dan bumi
telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikeluarkannya). Dan manusia
bertanya: Mengapa bumi (jadi begini?). Pada hari itu bumi menceritakan
beritanya. Kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang
demikian itu) kepadanya. Pada hari itu manusia keluar dari kubur-kuburnya
dalam keadaan yang bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka
(balasan) pekerjaannya. Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat
zarrahpun nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan sesiapa yang
mengerjakan kejahatan seberat zarrahpun, nescaya akan melihat
(balasan)nya".
.Az-Zilzalah, 99:1-8

285
Terdapat banyak dalil-dalil dari al-Quran dan as-Sunnah yang menjelaskan
tentang akan berakhirnya kehidupan. Segala-galanya yang terdapat di dunia dan isi-
isinya akan terhapus secara menyeluruh. Setelah semuanya berlaku, maka
dibangkitkan kehidupan yang kedua. Selain dalil dari ayat di surah az-Zumar 39:68,
terdapat juga beberapa dalil yang lain sebagaimana firman Allah:

ٍ َ‫ُك ُّل من َعلَْي َها ف‬


. ‫ان‬ َْ
."Semua yang ada di bumi itu akan binasa "
.Ar-Rahman, 55:27

َّ ‫ضتُهُ َي ْو َم ال ِْقيَ َام ِة َو‬


َ ‫ض َج ِم ْي ًعا َقْب‬ ِ
ٌ َّ‫ات َمطْ ِوي‬
‫ات‬ ُ ‫الس َم َاو‬ ُ ‫َو َماقَ َد ُر ْوا اهللَ َح َّق قَ ْد ِره َواْالَ ْر‬
.‫بِيَ ِم ْينِ ِه ُس ْب َحانَهُ َوَت َعالَى َع َّما يُ ْش ِر ُك ْو َن‬

"Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang


semestinya padahal bumi seluruhnya dalam genggamanNya pada Hari Kiamat
dan langit digulung dengan tangan kananNya. Maha Suci dan Maha Tinggi
Dia dari apa yang mereka persekutukan".
.Az-Zumar, 39:67
Mengimani hari akhirat meliputi juga keimanan kepada tiga kejadian besar
yang akan berlaku pada hari kebangkitan tersebut, iaitu:

286
Pertama:
Mengimani Kebangkitan

Setiap mukmin wajib mengetahui dan mengimani adanya hari kebangkitan ( ‫َي ْو ُم‬
ِ ‫)الْب ْع‬. Pengertian al-ba'ath (‫ )البعث‬ialah: "Kebangkitan". Menurut pengertian syara al-
‫ث‬ َ
ba'ath bermaksud:

"Dipulihkan kembali tubuh badan (jasad) dan dimasukkan semula nyawa ke


dalam jasad sehingga manusia keluar dari kuburnya seperti belalang-belalang
yang bertaburan dalam keadaan hidup dan bersegera mendatangi penyeru". 325

Ini bermakna bahawa al-ba'ath (‫ )البعث‬merupakan "kehidupan kedua", iaitu hari


apabila dihidupkan kembali segala makhluk setelah tiupan sangkakala yang kedua
kali. Pada hari tersebut manusia dibangkitkan dengan tidak berpakaian, tidak berkasut
dan dalam keadaan tidak berkhatan:

: ‫صلَّى اهللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم َي ُق ْو ُل‬ ِ ُ ‫ َس ِم ْع‬: ‫ت‬


َ ‫ت َر ُس ْو َل اهلل‬ ْ َ‫ض َي اهللُ َعْن َها قَال‬ ِ ‫شةَ ر‬ ِ
َ َ ‫َع ْن َعائ‬
‫ال‬
ُ ‫الر َج‬ِّ ‫ِّساءُ َو‬ ِ ُ ‫َّاس َي ْو َم ال ِْقيَ َام ِة ُح َفاةٌ ُع َراةٌ غُ ْرالً ُقل‬
َ ‫ يَا َر ُس ْو َل اهلل اَلن‬: ‫ْت‬ ُ ‫ش ُر الن‬ َ ‫يَ ْح‬
ْ ‫شةُ اَالَ ْم ُر اَ َش ُّد‬
‫من اَ ْن َيْنظَُر‬ َ ِ‫ يَا َعائ‬: ‫ال‬
َ َ‫ ق‬: )‫ت‬ ْ َ‫ض ؟ (قَال‬ ٍ ‫ض ُه ْم اِلَى َب ْع‬ ُ ‫َج ِم ْي ًعا َي ْنظُُر َب ْع‬
.‫ض‬ ٍ ‫ض ُه ْم اِلَى َب ْع‬ َ ‫َب ْع‬
"Dari 'Aisyah radiallahu 'anha berkata: Saya mendengar Rasulullah
sallallahu 'alaihi wa-sallam bersabda: Manusia akan dikumpulkan pada
Hari Kiamat dalam keadaan tanpa berkasut (berkaki ayam), telanjang bogel
dan tanpa berkhatan kemaluannya. Saya bertanya: Wahai Rasulullah!
Perempuan dan lelaki saling melihat sebahagiannya kepada sebahagiannya
yang lain? 'Aisyah berkata: Rasulullah menjawab: Hai 'Aisyah!
Perkaranya lebih dahsyat daripada untuk saling melihat sebahagiannya
kepada sebahagiannya yang lain". 326

Allah Subhanahu wa-Ta'ala telah menjelaskan keadaan di Hari Kiamat yang


sangat menakutkan sebagaimana firmanNya:

‫ب َك َما بَ َداْنَا اَ َّو َل َخل ٍْق نُِّع ْي ُدهُ َو ْع ًدا َعلَْينَا اِنَّا‬
ِ ُ‫الس ِج ِّل لِ ْل ُكت‬
ِّ ‫اء َكطَ ِّي‬ َّ ‫َي ْو َم نَطْ ِوى‬
َ ‫الس َم‬
ِ َ‫ُكنَّا ف‬
.‫اعلِ ْي َن‬
"Pada hari (kiamat) Kami gulung langit sebagai menggulung lambaran-
lambaran kertas. Sebagaimana Kami telah memulai penciptaan pertama

325. Lihat: ‫ الكواشف الجلية‬hlm. 66.


326. H/R Muslim. 8/156.
begitulah Kami akan mengulanginya. Itulah suatu janji yang pasti Kami tepati,
sesungguhnya Kamilah yang akan melaksanakannya".
.Al-Ambiya, 21:104

.‫ثُ َّم اِنَّ ُك ْم َي ْو َم ال ِْقيَ َام ِة ُت ْب َع ُث ْو َن‬

"Sesungguhnya kamu sekalian akan dibangkitkan (dari kubur) di Hari


Kiamat".
Al-Mu'minun, 23:16

.‫اَفَ َح ِس ْبتُ ْم اَنَّ َما َخلَ ْقنَا ُك ْم َعبَثًا َواَنَّ ُك ْم اِلَْينَا الَ ُت ْر َجعُ ْو َن‬

"Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami mencipta kamu


secara main-main (sahaja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan
(dibangkitkan) kepada Kami?".
.Al-Mu'minun, 23:115

.‫ث ِم ْن ُك ِّل اَُّم ٍة َش ِه ْي ًدا ثُ َّم الَُي ْؤ َذ ُن لِلَّ ِذيْ َن َك َف ُر ْوا َوالَ ُه ْم يُ ْسَت ْعتَُب ْو َن‬
ُ ‫َو َي ْو َم َنْب َع‬
"Dan ingatlah akan hari ketika Kami bangkitkan dari tiap-tiap umat
seorang saksi (rasul) kemudian tidak diizinkan kepada orang-orang yang kafir
(untuk membela diri) dan tidak pula mereka dibolehkan meminta maaf".
.An-Nahl, 16:84

.‫ص َد َق ال ُْم ْر َسلُو َن‬ َّ ‫قَالُْوا يَ َاو ْيلَنَا َم ْن َب َع َثنَا ِم ْن َم ْرقَ ِدنَا َه َذا َم َاو َع َد‬
َ ‫الر ْح َم ُن َو‬
"Mereka berkata: Aduh celaka kami! Siapakah yang membangkitkan kami
dari tempat tidur kami (kubur)? Inilah yang dijanjikan (Tuhan) Yang Maha
Pemurah dan benarlah Rasul-rasul(Nya)".
.Yasin, 36:52

ِ ‫اهلل اِلَى يوِم الْب ْع‬


‫ث َف َه َذا َي ْو ُم‬ ِ ‫اب‬ ِ َ‫ال الَّ ِذيْ َن اُ ْو ُت ْوا ال ِْعلْم َواْ ِاليْ َما َن لََق ْد لَبِثْتُ ْم ِفى كِت‬
َ َ‫َوق‬
َ َْ َ
.‫ث َولَ ِكنَّ ُك ْم ُكْنتُ ْم الََت ْعلَ ُم ْو َن‬ ِ ‫الْب ْع‬
َ
"Dan berkata orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan dan keimanan
(kepada orang-orang yang kafir): Sesungguhnya kamu telah berdiam (dalam

288
kubur) menurut ketetapan Allah, sampai hari berbangkit, maka inilah hari
berbangkit itu akan tetapi kamu selalu tidak meyakini(nya)".
.Ar-Ruum, 30:56

289
Kedua:
Mengimani Hisab
(Hari Perhitungan)

Setiap muslim wajib mengimani hari pertimbangan, perhitungan atau hari yang
dikenali juga sebagai hari pembalasan. Tiada sesiapa yang boleh terlepas dari
menghadapi hari tersebut di mana setiap amal perbuatan manusia akan diperlihatkan,
sama ada kecil atau besar, semuanya akan dihitung, diperinci dan diadili dengan
seadil-adilnya sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Allah Subhanahu wa-Ta'ala di
dalam al-Quran:

َ ‫س َش ْيئًا َواِ ْن َكا َن ِم ْث َق‬


‫ال َحبَّ ٍة ِم ْن‬ ِ ‫ط لِيوِم ال ِْقيام‬ ِ
‫ف‬
ْ
ٌ ُ ‫ن‬
َ ‫م‬‫ل‬
َ ‫ظ‬
ْ ‫ت‬
ُ ‫ال‬
َ ‫ف‬
َ ‫ة‬ َ َ ْ َ َ ‫ض ُع ال َْم َوا ِزيْ َن الْق ْس‬ َ َ‫َون‬
ِ ‫َخر َد ٍل اََتينَا بِها و َك َفى بِنَا ح‬
.‫اسبِْي َن‬ َ َ َ ْ ْ
"Kami akan memasang timbangan yang tepat pada Hari Kiamat, maka
tiadalah dirugikan seseorang barang sedikitpun. Dan jika (amalan itu) hanya
seberat biji sawi pun pasti Kami mendatangkan (pahalanya). Dan cukuplah
Kami sebagai Pembuat perhitungan".
.Al-Anbia, 21:47

ِ ِ ِ ِ ِ
َ ‫ ثُ َّم ا َّن َعلَْينَا ح‬. ‫ا َّن الَْينَا ايَ َاب ُه ْم‬
.‫س َاب ُه ْم‬
"Sesungguhnya kepada Kamilah kembali mereka. Kemudian
sesungguhnya kewajiban Kamilah menghisab mereka".
.Al-Ghasyiyah, 88:25-26

َ‫السيِّئَ ِة فَالَ يُ ْج َزى اِالَّ ِم ْثلَ َها َو ُه ْم ال‬ِ ‫ْحسنَ ِة َفلَهُ َع ْشر اَ ْمثَالِ َها و َم ْن َج‬
َ ‫آء ب‬
َ َ ُ
ِ ‫َم ْن َج‬
َ َ ‫آء بال‬
َ
.‫يُظْلَ ُم ْو َن‬

"Barangsiapa membawa amal yang baik maka baginya (pahala) sepuluh


kali ganda amalnya, dan barangsiapa yang membawa perbuatan yang jahat
maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatanya,
sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan)".
.Al-An'am, 6:160
Ketiga :
Mengimani Wujudnya
Syurga Dan Neraka

Adalah wajib beriman pada perkara-perkara yang ghaib yang telah dinyatakan
oleh nas dan dalil-dalil yang sahih, seperti menyakini bahawa Allah Subhanahu wa-
Ta'ala telah menyediakan syurga sebagai penempatan kekal yang dipenuhi dengan
segala kenikmatan bagi mereka yang beriman, bertakwa dan beramal soleh.
Sebaliknya, Allah telah menyediakan neraka sebagai penempatan yang penuh dengan
azab dan penyiksaan yang pedih. Neraka adalah untuk mereka yang ingkar, tidak
beriman dan mengkufuri terhadap apa yang telah ditetapan oleh Allah di dalam al-
Quran dan Sunnah NabiNya.

Mengingkari akan wujudnya syurga dan neraka adalah kekafiran yang nyata
kerana mengkufuri berita yang telah difirmankan oleh Allah Subhanahu wa-Ta'ala di
dalam al-Quran dan as-Sunnah:

َّ ‫ْجن َِّة َوفَ ِريْ ٌق فِى‬


.‫الس ِع ْي ِر‬ ِ ِ ِ ‫و ُت ْن ِذر يوم الْجم ِع الَري‬
َ ‫ب ف ْيه فَ ِريْ ٌق فى ال‬
َ َْ ْ َ َ َْ َ َ
"Dan supaya kamu memberi peringatan tentang hari berkumpul (kiamat)
yang tiada keraguan padanya. Segolongan masuk syurga dan segolongan
masuk neraka".
.As-Syura, 42:7
ْ ‫َّار الَّتِ ْى اُ ِع َّد‬
.‫ت لِ ْل َكافِ ِريْ َن‬ َ ‫َو َّات ُق ْوا الن‬
"(Bertakwalah kamu agar) terpelihara dirimu dari api neraka, yang
disediakan untuk orang-orang yang kafir".
.Ali Imran, 3:131

ُ ‫ك ُه ْم َخ ْي ُر الْبَ ِريَِّة َج َزا ُؤ ُه ْم ِعْن َد َربِّ ِه ْم َجن‬


‫َّات َع ْد ٍن‬ ِ ‫الصالِح‬
َ ِ‫ات اُ ْولَئ‬ ِ ِ ِ
َ َّ ‫آمنُوا َو َعم ُل‬ َ ‫ا َّن الَّذيْ َن‬
‫ك لِ َم ْن َخ ِش َى‬َ ِ‫ض ْوا َعْنهُ ذَل‬ ُ ‫ضىَاهللُ َع ْن ُه ْم َو َر‬ ِ ‫تَ ْج ِرى ِمن تَ ْحتِ َها اْالَْن َهار َخالِ ِدين ِفْي َهااَب ًدار‬
َ َ َْ ُ ْ
.ُ‫َربَّه‬

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh itu


adalah sebaik-baik makhluk. Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah syurga
'Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya
selama-lamanya. Allah redha terhadap mereka dan merekapun redha
kepadaNya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada
Tuhannya".
.Al-Anbiya, 98:7-8
292
Nikmat Dan Siksa Kubur

Seseorang itu dianggap sempurna imannya setelah ia benar-benar beriman


kepada semua kejadian yang akan berlaku di akhirat kelak sesudah menghadapi
kematian. Wajib diyakini juga akan pemberian nikmat kubur bagi orang-orang yang
beriman. Dan sebaliknya iaitu siksa di kubur (fitnah kubur) akan ditimpakan kepada
mereka yang zalim dan kufur terhadap Allah Subhanahu wa-Ta'ala dan mengingkari
agamaNya.

Nikmat kubur hanya dianugerahkan kepada orang-orang beriman dan beramal


soleh, terutamanya para syuhada seperti yang telah dijelaskan pada beberapa ayat di
dalam al-Quran:

‫اسَت َق ُام ْوا َتَتَن َّز ُل َعلَْي ِه ُم ال َْمالَئِ َكةُ اَالَّ تَ َخا ُف ْوا َوالَ تَ ْح َز ُن ْوا‬ ِ ِ
ْ ‫ا َّن الَّذيْ َن قَالُْوا َر ُّبنَا اهللُ ثُ َّم‬
.‫ْجن َِّة الَّتِى ُك ْنتُ ْم ُت ْو َع ُد ْو َن‬ ِ
َ ‫َواَبْش ُر ْوا بِال‬
"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: Tuhan kami adalah Allah
kemudian mereka istiqamah (meneguhkan pendirian) mereka, maka malaikat
akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): Janganlah kamu merasa
takut dan janganlah kamu merasa sedih, dan bergembiralah kamu dengan
(memperolehi) syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu".
.Fussilat, 41:30

ٍ ‫َسُن َع ِّذ ُب ُه ْم َم َّرَت ْي ِن ثُ َّم ُيرد ُّْو َن اِلَى َع َذ‬


.‫اب َع ِظ ْي ٍم‬ َ
"Nanti mereka akan Kami siksa dua kali kemudian mereka akan
dikembalikan kepada azab yang besar".
.At-Taubah, 9:101

َّ‫ب اِلَْي ِه ِم ْن ُك ْم َولَ ِك ْن ال‬ ٍِ ِ


ُ ‫ َونَ ْح ُن اَق َْر‬. ‫ َواَْنتُ ْم ح ْينَئذ َت ْنظُُر ْو َن‬. ‫ْح ْل ُق ْو َم‬
ِ ِ
ُ ‫َفلَ ْوالَ اذَا َبلَغَت ال‬
‫ فَاََّما اِ ْن َكا َن‬. ‫ادقِ ْي َن‬ ِ ‫ َتر ِجعو َنها اِ ْن ُكْنتُم ص‬. ‫ َفلَوالَ اِ ْن ُكْنتُم غَير م ِدينِين‬. ‫صرو َن‬
َ ْ َ ُْ ْ َ ْ ْ َ َ ْ ْ ْ
ِ
ْ ُ ‫ُت ْب‬
.‫َّت نَِع ْي ٍم‬ ِ
ُ ‫ح َو َريْ َحا ٌن َو َجن‬ ٌ ‫م َن ال ُْم َق َّربِْي َن َف َر ْو‬
"Maka mengapa ketika nyawa sampai di kerongkong. Padahal kamu ketika
itu melihat. Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu. Tetapi kamu
tidak melihat. Maka mengapa jika kamu tidak dikuasai (oleh Allah)?. Kamu
tidak mengembalikan nyawa itu (kepada tempatnya) jika kamu adalah orang-
orang yang benar? Adapun jika dia (orang yang mati) termasuk orang yang
didekatkan (kepada Allah). Maka dia memperolehi ketenteraman dan rezeki
serta (akan memperolehi) syurga kenikmatan".
.Al-Waqi'ah, 56:83-89
Siksa setelah menemui ajal atau lebih dikenali sebagai azab kubur ditimpakan
ke atas setiap orang-orang zalim, fasik, munafik atau kafir. Sesiapa yang tidak
percaya akan berlakunya kejadian yang telah dijelaskan oleh al-Quran dan hadith
sahih, maka ia telah keluar dari millah Islamiyah (dan menjadi sesat) sebagaimana
firman Allah:

ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ َّ ِ ِ
َ ‫َولَ ْو َت َرى اذالظال ُم ْو َن فى غَ َم َرات ال َْم ْوت َوال َْمالَئ َكةُ بَاسطُْوآ اَيْديْ ِه ْم اَ ْخ ِر ُج ْوا اَْن ُف‬
‫س ُك ُم‬
‫ْح ِّـق َو ُكْنتُم َع ْن آيَاتِِه‬ ِ ِ
َ ‫اب ال ُْه ْون بِ َما ُكْنتُ ْم َت ُق ْولُْو َن َعلَى اهلل غَْي َر ال‬
َ ‫الَْي ْو َم تُ ْج َز ْو َن َع َذ‬
.‫تَ ْستَ ْكبِ ُر ْو َن‬

Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang


zalim (berada) dalam tekanan-tekanan sakratul-maut, sedang para malaikat
memukul dengan tangannya (sambil berkata): Keluarkanlah nyawamu. Di
hari ini kamu dibalas dengan siksaan yang sangat menghinakan, kerana kamu
selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan (kerana)
kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayatNya".
.Al-An'am, 6:93

َ ‫اعةُ اَ ْد ِخلُ ْوا‬


‫آل ِف ْر َع ْو َن اَ َّش َّد‬ َّ ‫ض ْو َن َعلَْي َها غُ ُد ًّوا َو َع ِشيًّا َو َي ْو َم َت ُق ْو ُم‬
َ ‫الس‬ ُ ‫َّار ُي ْع َر‬
ُ ‫اَلن‬
.‫اب‬ ِ ‫ال َْع َذ‬
"Kepada mereka dinampakkan neraka pada pagi dan petang, dan pada
hari terjadinya kiamat. (Dikatakan kepada malaikat): Masukkanlah Fir'aun
dan kaumnya ke dalam azab yang sangat keras".
.Al-Mu'min, 40:46
Ayat di atas ini telah diperjelaskan oleh Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-
sallam dengan sabdanya yang diriwayatkan oleh al-Bukhari:
‫ض َعلَْي ِه َم ْق َع َدهُ بِالْغَ َداةِ َوال َْع ِش ِّى اِ ْن َكا َن ِم ْن اَ ْه ِل النَّا ِرفَ ِم ْن اَ ْه ِل‬
َ ‫ات اَ َح ُد ُك ْم ُع ِر‬
َ ‫اذَا َم‬
ِ
.‫ك اهللُ اِلَى َي ْوِم ال ِْقيَ َام ِة‬ ُ ‫النَّا ِر َفُي َق‬
َ َ‫ال لَهُ َه َذا َم ْق َع ُد َك َحتَّى َي ْب َعث‬

294
"Apabila mati seseorang kamu, akan dibentangkan kepadanya
penempatannya di waktu siang dan malam, jika sekiranya tergolong ahli
neraka maka (kesudahannya) jadilah dia penghuni neraka, maka dikatakan
kepadanya: Inilah tempatmu sehinggalah Allah membangkitkan engkau di
Hari Kiamat". 327

Terdapat banyak hadith-hadith Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam


yang sahih menerangkan beberapa sebab mengapa seseorang itu diazab di kuburnya
sebelum menerima azab yang lebih pedih di neraka. Antara hadith-hadith tersebut
ialah:

ِ َّ ِ َّ َ ‫شةَ َز ْو ِج النَّبِ ُّى‬َ ِ‫َع ْن َعائ‬


:‫ت‬ ْ َ‫ت تَ ْساَلُ َها َف َقال‬
ْ ‫اء‬َ ‫صلى اهللُ َعلَْيه َو َسل َم اَ َّن َي ُه ْوديَّةً َج‬
‫صلَّى اهللُ َعلَْي ِه‬ ِ ِ َ ِ‫ت َعائ‬ ِ ِ ِ
َ ‫شةُ َرض َي اهللُ َع ْن َها َر ُس ْو َل اهلل‬ َ َ‫ ف‬.‫اَ َعاذَك اهللُ م ْن َع َذاب الْ َق ْب ِر‬
ْ َ‫ساَل‬
ِ ِ‫اهلل صلَّى اهلل َعلَْي ِه وسلَّم َعائِ ًذا ب‬ ِ ‫ال رسو ُل‬ ِ ِ ‫وسلَّم اَيع َّذب الن‬
‫اهلل‬ َ ََ ُ َ ْ ُ َ َ َ‫َّاس ف ْى ُقُب ْو ِره ْم ؟ ق‬ ُ ُ َُ َ َ َ
.‫ك‬َ ِ‫ِم ْن ذَل‬
"Dari Aisyah isteri Nabi salallahu 'alaihi wa-sallam: Sesungguhnya seorang
perempuan Yahudi bertanya kepadanya dan berkata: Apakah engkau meminta
perlindungan dari Allah dari siksa kubur? Maka Aisyah bertanya kepada
Rasulullah salallahu 'alaihi wa-sallam: Adakah manusia diazab di kubur
mereka? Maka Rasululah salallahu 'alaihi wa-sallam bersabda:
Berlindunglah dengan Allah dari (siksa kubur) tersebut". 328

ِ ‫ اََّن ُهما لَيع ِّذب‬: ‫ال‬


‫ان َو َما‬ َ َُ َ َ ‫صلَّى اهللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم بِ ُق ْب َريْ ِن َف َق‬ َ ‫ َم َّر النَّبِ ُّى‬: ‫اس‬ ٍ َّ‫َع ِن ابْ ِن َعب‬
ِ ‫ان ِفى َكثِْي ٍر اََّما اَح ُد ُهما الَ يستَْبرا ِمن الْبو ِل واََّما اْالَ َخر فَ َكا َن يم ِشى بِالن‬
‫َّم ْي َم ِة ثُ َّم‬ ِ ‫يع ِذب‬
َْ ُ َ َْ َ َ ْ َ َ َ َ َُ
َ ‫اهلل لِ َم َف َعل‬
ِ ‫اح َد ٍة قَالُوا يا رسـو َل‬ ِ ‫ش َّقها نِص َفي ِن َفغَر َز فِى ُك ِّل َقب ٍرو‬
‫ْت‬ ُْ َ َ َ ْ َ ْ ْ َ َ َ‫اَ َخ َذ َج ِريْ َد ًة َرطْبَةً ف‬
.‫سا‬ ُ ‫ لَ َعلَّهُ يُ َخ َّف‬: ‫ال‬
َ َ‫ف َعْن ُه َما َمالَ ْم َيْيب‬ َ َ‫َه َذا ؟ ق‬
“Dari Ibn Abbas: Nabi salallahu ‘alaihi wa-sallam pernah melintasi dua
kubur lantas berkata: Kedua-dua (penghuni kubur ini) sedang diazab, dan
tidaklah keduanya diazab pada (melakukan dosa-dosa) yang banyak. Adapun
salah seorang darinya tidak beristibra dari kencingnya, dan yang kedua suka
membawa (menjaja dan membesar-besarkan) hal orang. Kemudian beliau
memetik ranting kayu, dipatah dua, dicucuknya pada setiap kubur tersebut.
Mereka bertanya: Wahai Rasulullah! Mengapa engkau lakukan ini? Beliau
327. H/R Bukhari.
328. H/R Bukhari.

295
bersabda: Moga-moga ia dapat meringankan keduanya selagi (kedua ranting
tersebut) masih basah". 329

‫ب بِبُ َك ِاء‬ ِ
ُ ‫ت لَُي َع ِّذ‬َ ‫صلَّى اهللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم ا َّن ال َْم ْي‬ ِ
َ ‫ال َر ُس ْو ُل اهلل‬ َ َ‫ ق‬: ‫ال‬ َ َ‫َع ْن ابْ ِن ُع َم ٍر ق‬
ِ ِ ْ َ‫شةَ َف َقال‬ َ ِ‫ك لِ َعائ‬
‫صلَّى اهللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم َعلَى َقْب ٍر‬ َ ‫ت َوه َل انَّ َما َم َّر النَّبِ ُّى‬ َ ِ‫اَ ْهلِ ِه فَ ُذكِ َر َذل‬
‫(والَتَ ِز ُر ْوا َوا ِز َرةٌ ِو ْز َر‬
َ ‫ت‬ ْ َ‫ب ِواِ َّن اَ ْهلَهُ َي ْب ُك ْو َن َعلَْي ِه ثُ َّم َق َرا‬
ُ ‫ب الْ َق ْب ِر لَُي َع َّذ‬
ِ ‫ال اَ َّن‬
َ ‫صاح‬ َ َ ‫َف َق‬
")‫اُ ْخ َرى‬
"Dari Ibn Omar berkata: Bersabda Rasulullah salallahu 'alaihi wa-
sallam: Sesungguhnya mayat akan diazab disebabkan raungan keluarganya.
Maka diceritakan hal itu kepada ‘Aisyah, kemudian beliau berkata: Sesuatu
yang memeranjatkan, sesungguhnya pernah berlaku ketika Nabi sallallahu
'alaihi wa-sallam melintasi kuburan lalu beliau bersabda: Sesungguhnya
penghuni kubur ini diazab lantaran keluarganya menangisinya. Kemudian
‘Aisyah membacakan ayat (Seseorang itu tidak akan menanggung dosa-dosa
orang lain)". 330

‫ات َه َذا ؟‬
َ ‫ال َمتَى َم‬ َ ‫ص ْوتًا ِم ْن َقْب ٍر َف َق‬ ِ
َ ‫صلَّى اهللُ َعلَْيه َو َسلَّ َم َس ِم َع‬ َ ‫س اَ َّن النَّبِ َى‬
ٍ َ‫َع ْن اَن‬
‫ت اهللَ اَ ْن‬
ُ ‫ال لَ ْوالَاَ ْن الَ َت َوا َف ُقوا لَ َد َع ْو‬
َ َ‫ك َوق‬َ ِ‫س َّر بِ َذل‬ ِ ِ ِ ‫ات ِفىال‬
ُ َ‫ْجاهليَّة ف‬ َ َ ‫ َم‬: ‫قَالُ ْوا‬
.‫اب الْ َق ْب ِر‬ ِ
َ ‫يُ ْسم َع ُك ْم َع َذ‬
"Dari Anas: Sesungguhnya Nabi salallahu 'alaihi wa-sallam telah
mendengar suara dari kubur, lalu bersabda: Bilakah matinya (penghuni
kubur) ini? Mereka menjawab: Dia mati dalam jahiliah. Dan beliau
bersabda: Kalaulah tidak kerana akan berlakunya sesuatu yang tidak
dikehendaki, nescaya aku pohonkan kepada Allah supaya didengarkan
kepada kamu azab kubur". 331

ِ ‫ك ِم ْن َع َذ‬ ِ ِ ُّ ‫و ِفى‬
.‫اب الْ َق ْب ِر‬ َ ِ‫ اَللَّ ُه َّم انِّى اَعُ ْوذُب‬: ‫صلَّى اهللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم‬
َ ‫الد َعاء النَّبِ ِّي‬ َ
"Dalam doa Nabi salallahu 'alaihi wa-sallam: Ya Allah aku bermohon
perlindungan dengan Engkau dari siksa kubur". 332

329. H/R Bukhari, Muslim, Turmizi, Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah.
330. H/R An-Nasii (hadith sahih).
331. H/R An-Nasii (hadith sahih).
332. H/R Bukhari.

296
Antara Sifat & Ciri-Ciri Orang Yang Beriman

Sebagaimana yang telah diterangkan di atas, Hari Kiamat atau akhirat tidak dapat
dipisahkan dari persoalan ghaibiyah yang wajib diimani. Al-Quran telah
menggambarkan sifat-sifat orang yang beriman dengan perkara tersebut. Antara sifat
mereka yang menonjol ialah taat melaksanakan setiap yang telah diwajibkan oleh
syara, seperti mendirikan sembahyang, menginfakkan hartanya, takut kepada
Tuhannya dan mengikuti (mematuhii) setiap ayat yang diturunkan dari langit tanpa
dipersoalkan lagi.

Gambaran ini terdapat di dalam firman Allah:

.‫اه ْم ُيْن ِف ُق ْو َن‬ ِ ِ ‫اَلَّ ِذيْ َن ُي ْؤ ِمُن ْو َن بِالْغَْي‬


َّ ‫ب َويُِق ْي ُم ْو َن‬
ُ َ‫الصالَةَ َوم َّما َر َزقْن‬
"Mereka yang beriman kepada yang ghaib, mereka mendirikan sembahyang
dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada
mereka".
.Al-Baqarah, 2:3

.‫اع ِة ُم ْش ِف ُق ْو َن‬
َ ‫الس‬ َ ‫اَلَّ ِذيْ َن يَ ْخ‬
ِ ‫ش ْو َن َر َّب ُه ْم بِالْغَْي‬
َّ ‫ب َو ُه ْم ِّم َن‬
"Orang-orang yang takut akan (azab) Tuhan mereka, sedang mereka tidak
melihatNya (kerana ghaib), mereka takut akan (ketibaan) Hari Kiamat".
.Al-Anbia', 21:49
َ‫الصالَة‬
َّ ‫ب َواَقَ ُام ْوا‬ َ ‫اِنَّ َما ُت ْن ِذ ُر الَّ ِذيْ َن يَ ْخ‬.
ِ ‫ش ْو َن َر َّب ُه ْم بِالْغَْي‬
"Sesungguhnya yang dapat kamu beri peringatan hanya orang-orang yang
takut akan Tuhannya (ialah yang takut akan azab Tuhannya) yang ghaib, dan
mereka mendirikan sembahyang".
.Fathir, 35:18

.‫ش ْرهُ بِ َم ْغ ِف َر ٍة َواَ ْج ٍر َك ِريْ ٍم‬ ِّ ‫اِنَّ َما ُتْن ِذ ُر َم ِن َّاتبَ َع‬
َّ ‫الذ ْك َرى َو َخ ِش َى‬
ِ ‫الر ْح َم َن بِالْغَْي‬
ِّ َ‫ب َفب‬

"Sesungguhnya yang dapat kamu beri peringatan hanya kepada orang-


orang yang mahu mengikuti peringatan dan yang takut kepada Tuhan Yang
Maha Pemurah walaupun ia tidak melihatNya (kerana ghaib). Maka berilah
mereka khabar gembira dengan pengampunan dan pahala yang besar".
.Yasin, 36:11
Ayat-ayat di atas menegaskan bahawa orang-orang yang beriman dengan yang
ghaib (terutamanya dengan hari akhirat) sentiasa taat melaksanakan semua tuntutan
agama seperti mendirikan sembahyang dan meninggalkan semua larangan Allah
kerana merasa gerun dengan ketibaan Hari Kiamat. Sesungguhnya hanya orang-orang
yang beriman dengan yang ghaib sahaja yang dapat menerima peringatan Allah
kerana mereka takut dengan setiap kejadian besar yang dahsyat dan menggerunkan
yang akan terjadi di Hari Kiamat atau hari kebangkitan semula.

Mereka akan bertambah takut dengan keadaan di neraka yang menyeksakan


yang telah disediakan di akhirat untuk mereka yang ingkar dan mengkufuri agama
Allah.

Orang-orang yang mengingkari perkara ghaib menolak hakikat semua


kenyataan di atas. Itulah sebabnya mereka dihukum kafir terutamanya apabila
terdapat pada diri mereka tanda-tanda kekafiran yang nyata seperti tidak mendirikan
sembahyang, tidak mengeluarkan zakat (dan infak) dan meninggalkan semua tuntutan
syariat yang termaktub di dalam al-Quran dan al-Hadith yang sahih. Berlakunya
perkara ini adalah kerana mereka hanya mempertahankan nilai-nilai kebendaan atau
keduniaan sahaja manakala kepentingan akidah (rohani) dilupakan atau diabaikan.

Orang-orang yang beriman dengan Hari Kiamat atau hari akhirat, kemudian
mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat (dan infak), beriman dengan segala apa
yang telah diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-
sallam, maka sempurnalah imannya serta mendapat petunjuk dari Allah Subhanahu
wa-Ta'ala. Mereka pasti selamat dan mendapat kejayaan di akhirat kelak kerana
Allah telah menjanjikan yang demikian, sebagaimana firmanNya:

‫ َوالَّ ِذيْ َن ُي ْؤ ِمُن ْو َن بَ َما‬. ‫اه ْم ُيْن ِف ُق ْو َن‬ ِ َّ ‫ب َويُِق ْي ُم ْو َن‬


ُ َ‫الصالَ َة َوم َّما َر َزقْن‬ ِ ‫اَلَّ ِذيْ َن ُي ْؤ ِمُن ْو َن بِاْلغَْي‬
‫ك َعلى ُه ًدى ِم ْن َّربِّ ِه ْم‬ ِ
َ ِ‫ اُولَئ‬. ‫ك َوبِاْالَ ِخ َر ِة ُه ْم ُي ْوقُِن ْو َن‬
َ ‫ك َو َما اُنْ ِز َل ِم ْن َقْب ِل‬ َ ‫اُنْ ِز َل الَْي‬
.‫ك ُه ُم ال ُْم ْفلِ ُح ْو َن‬ َ ِ‫َواُ ْولَئ‬
"(Iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan
sembahyang dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan
kepada mereka. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan
mereka, dan mereka orang-orang yang mendapat kejayaan".
.Al-Baqarah, 2:3-4-5

298
Rukun Iman keenam:
BERIMAN KEPADA QADA’ DAN QADAR

Telah disepakati oleh sekalian ulama akan wajibnya beriman pada qada' dan
qadar iaitu yang baik dan yang buruk dari Allah Tabaraka wa-Ta'ala. Iaitu dengan
mengimani bahawa Allah ta'ala mengetahui apa yang akan terjadi sebelum ia terjadi
kerana telah ditulis di Loh Mahfuz. Hanya yang dikehendakiNyalah yang terjadi dan
yang tidak dikehendaki tidak akan terjadi. Tidak ada seorangpun yang dapat menolak
ketetapanNya atau membatalkan keputusanNya. Allah Maha Berkuasa atas segala
sesuatu kerana Dia Pencipta segala sesuatu, Yang Maha Berbuat atas apa yang
dikehendakiNya.

Yang jelas, termasuk dalam rukun iman ialah beriman kepada qadar (takdir
Allah). Iaitu meyakini dan menerima penentuan qadar Allah Subhanahu wa-Ta'ala
sama ada yang baik atau yang buruk adalah dariNya. Beriman kepada takdir meliputi
keimanan kepada setiap nas yang berkaitan dengan qadar. Sesiapa yang menafikan
adanya qadar Allah maka dia kufur atau terkeluar dari millah Islamiyah.

Takdir dalam Bahasa Arab berasal dari (‫)قدر‬. Menurut Bahasa Arab, kalimah
qadar mempunyai beberapa pengertian, dan maksud, antaranya:

"Waktu (masa), hukum, ketentuan, ukuran, keputusan sesuatu perkara dan


lain-lain". 333

Mengikut pengertian syara qadar bermaksud:

"Ketentuan Allah terhadap sesuatu yang akan terjadi yang berdasarkan


ilmuNya yang qadim".

Di dalam sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam pula telah dijelaskan


tentang qadar Allah:

‫س‬ ٍ ٍِ
َ ‫ُك ُّل َش ْيء ب َق َدر َحتَّى ال َْع ْج َز َوالْ َك ْي‬
"Segala sesuatu dijadikan dengan takdir, sehinggalah pada sifat masa dan
sifat pintar". 334

Imam At-Tahawi rahimahullah apabila memperkatakan tentang takdir beliau


lantas menjelaskan:

"Asal takdir adalah rahsia Allah pada makhlukNya. Tidak diketahui


walaupun oleh malaikat yang terdekat (kepada Allah) dan oleh nabi yang
333. Lihat: ‫القضاء والقدر‬. Hlm. 27. Abdurahman Soleh.
334. H/R Muslim.
diutus. Berlebih-lebihan (ghalu) dalam perkara ini akan menyebabkan
kehinaan, melanggar larangan dan melampaui batas maka berhati-hatilah dari
berbagai-bagai pemikiran yang meragukan". 335

Dalam menjelaskan tentang qadar, terdapat banyak ayat-ayat al-Quran dan


hadith-hadith sahih dari Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam yang
menjelaskannya, antaranya sabda baginda:

.‫َواِ َذا ذُكِ َر الْ َق ْد ُر فَ ْامس ُك ْوا‬

"Dan apabila diberitakan qadar (hal takdir), maka peganglah (tahanlah


lidahmu jangan diperbincang-bincangkannya)". 336

Iman kepada takdir (qada' dan qadar) merupakan rahsia Allah dan persoalan
ghaibiyah. Ia termasuk rukun iman yang keenam yang wajib diimani. Seseorang
tidak dinamakan sebagai mukmin sehinggalah dia beriman kepada qada' dan qadar.
Beriman kepada takdir adalah meyakini secara sungguh-sungguh bahawa segala
kebaikan dan keburukan itu terjadi kerana takdir Allah. Allah Subhanahu wa-Ta'ala
Maha Mengetahui qadar dan waktu terjadinya segala sesuatu sejak zaman azali,
sebelum menciptakan dan mengadakannya dengan kekuasaan dan kehendakNya,
sesuai dengan apa yang telah diketahuiNya.

Allah telah menulisnya di dalam Loh Mahfuz penentuan sesuatu perkara


sebelum menciptakannya. Tiada sesiapa yang mampu menangkis dan menolak segala
ketetapan Allah Subhanahu wa-Ta'ala atau membatalkan segala keputusan atau
penentuanNya walaupun para malaikat yang muqarribin. Allah berfirman:
.‫اِنَّا ُك َّل َش ْي ٍء َخلَ ْقنَاهُ بَِق َد ٍر‬
"Sesungguhnya segala sesuatu telah Kami ciptakan dengan qadar".
.Al-Qamar, 54:49

Setiap mukmin wajib mengimani bahawa takdir (qada' dan qadar) Allah
Subhanahu wa-Ta'ala yang baik atau yang buruk adalah merupakan ketentuan
dariNya untuk seluruh makhluk. Ketetapan ini adalah amat sesuai dengan
pengetahuan, keadilan dan hikmahNya. Tidak akan berlaku atau terjadi setiap sesuatu
perkara atau kejadian kecuali dalam pengetahuan (kebijaksanaan), keizinan, kehendak
dan keadilan dari Allah Subhanahu wa-Ta'ala.

335. Lihat: ‫ شرح العقيدة الطحاوية‬hlm. 276.


Lihat: ‫القضاء والقدر‬. Abdulrahman Soleh Al-Mahmud.
336. H/R At-Tabrani.

300
Setiap muslim wajib berkeyakinan bahawa segala kebaikan dan keburukan
terjadi menurut takdir, kehendak, serta dengan ilmu Allah. Namun melaksanakan
amalan yang baik atau yang buruk itu timbul atas pilihan hambaNya sendiri, kerana
memahami perintah dan larangan Allah adalah wajib bagi seseorang hamba. Oleh
kerana itu ia tidak boleh berbuat maksiat dengan dalih bahawa yang demikian itu
sudah ditakdirkan oleh Allah. Allah telah mengutus rasul-rasulNya serta kitabNya
agar rasul-rasul itu menjelaskan jalan yang menuju kebahagian yang beroleh pahala
pelakunya dan jalan menuju kecelakaan yang beroleh dosa pelakunya, maka ianya
wajib ditaati.

Demikian pula Allah telah memuliakan manusia dengan menganugerahkan


mereka perasaan dan akal fikiran yang mampu membezakan yang mana baik dan
buruk dan boleh memahami jalan yang sesat dan yang benar untuk dijadikan pilihan.
Allah berfirman:

.‫َّج َديْ ِن‬


ْ ‫َو َه َد ْينَاهُ الن‬
"Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan".
.Al-Balad, 90:10
Yang dimaksdukan dengan "dua jalan" ialah jalan kebajikan dan jalan
kejahatan. Sebagaimana firman Allah:
337

.‫فَاَل َْه َم َها فَ ُج ْو َر َها َوَت ْق َو َاها‬

"Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan (kejahatan)


dan ketakwaan (kebajikan)".
.Asy-Syams. 91:8

.‫السبِْي َل اِ َّما َشاكِ ًرا َواِ َّما َك ُف ْو ًرا‬


َّ ُ‫اِنَّا َه َد ْينَاه‬
"Sesungguhnya Kami telah menunjukkan jalan yang lurus (kebaikan) ada
yang bersyukur dan ada pula yang kafir".
.Al-Insan, 76:3
Oleh kerana itu, sesiapa yang meninggalkan sembahyang atau minum arak ia
berhak dihukum kerana melanggar perintah atau larangan Allah. Walaupun demikian
337. Lihat: ‫ القرآن الكريم وترجمة معانيه الى اللغة االندونسية‬PT Intermasa, Jakarta.

301
Allah masih membuka baginya jalan kebenaran iaitu pintu taubat, oleh itu ia akan
beruntung jika memilih jalan tersebut.

Setiap muslim wajib mengimani bahawa Allah Subhanahu wa-Ta'ala berlaku


adil dalam qada' dan qadarNya. Apa sahaja yang dikehendakiNya akan berlaku dan
sebaliknya pula, apa yang tidak dikehendakiNya tidak mungkin akan berlaku. Tiada
kuasa di atas segala sesuatu kecuali di tangan Allah. Seseorang yang mengingkari
akan adanya qada' dan qadar dihukum sesat atau terkeluar dari millah Islamiyah.
Terdapat banyak nas-nas yang menjelaskan kenyataan tersebut sama ada dari al-
Quran, as-Sunnah, athar-athar sahih atau fatwa-fatwa dari ulama Salaf as-Soleh. Oleh
sebab itu setiap persoalan qada' dan qadar wajib diimani setelah terbukti ada nasnya.
Antara nas-nas tentang qada' dan qadar ialah:

ٍ ‫اِنَّا ُك َّل َش‬


.‫ىء َخلَ ْقنَاهُ بَِق َد ٍر‬

"Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu menurut qadar


(ukuran)".
.Al-Qamar, 54:49

ِ ‫ص ْيبنَا اِالَّ ما َكتَب اهلل لَنَا ُهو مولَنَا و َعلَى‬


.‫اهلل َفلْيََت َو َّك ِل ال ُْم ْؤ ِمُن ْو َن‬ ِ
َ َْ َ ُ َ َ َ ُ‫قُ ْل لَ ْن ي‬
"Katakanlah! Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang
telah ditetapkan (ditulis dalam qada' dan qadar) oleh Allah bagi kami. Dialah
Pelindung kami, dan hanyalah kepada Allah orang-orang yang beriman harus
bertawakkal".
At-Taubah, 9:51
.‫َو ُت ْؤ ِم ُن بِال َق ْد ِر َخ ْي ِر ِه َو َش ِّر ِه‬

"Engkau beriman kepada qadar yang baik dan yang buruk". 338

Imam An-Nawawi rahimahullah ketika mengomentar hadith di atas yang


berkenaan dengan "Qada' dan Qadar" beliau menegaskan:

"Seluruh hadith-hadith ini merupakan dalil yang sangat jelas bagi manhaj
ahli sunnah dalam menetapkan takdir, seluruh kejadian berdasarkan qada' dan
qadar Allah yang baik atau yang buruk dan yang bermanfaat atau mudarat". 339

.‫ىء اِالَّ ِعْن َدنَا َخ َزآئِنُهُ َو َما ُنَن ِّزلُهُ اِالَّ بَِق َد ٍر َّم ْعلُ ْوٍم‬
ٍ ‫واِ ْن ِمن َش‬
ْ َ
338. H/R Muslim.
339. Lihat: 16/196 .‫شرح مسلم للنووي‬.

302
"Dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi Kamilah khazanahnya, dan
Kami tidak menurunkan melainkan pada qadarnya (ukurannya ) yang
tertentu".
.Al-Hijr, 15:21

‫اب ِّم ْن َقْب ِل اَ ْن َّنْب َراَ َها اِ َّن‬


ٍ َ‫ض َوالَ ِفى اَْن ُف ِسـ ُك ْم اِالَّ فِى كِت‬ ِ ‫مااَصاب ِمن ُّم‬
ِ ‫ص ْيبَ ٍة فِىاْالَ ْر‬ ْ َ َ َ
.‫اهلل يَ ِس ْي ٌر‬ َ ِ‫ذَل‬
ِ ‫ك َعلَى‬

"Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tiada pula) pada
dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Loh Mahfudz) sebelum
Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi
Allah".
Al-Hadid, 57:22

َّ‫ط ِم ْن َو َرقَ ٍة اِال‬ ُ ‫ب الََي ْعلَ ُم َهآ اِالَّ ُه َو َو َي ْعلَ ُم َمافِى الَْب ِّر َوالْبَ ْح ِر َو َما تَ ْس ُق‬
ِ ‫َو ِع ْن َدهُ َم َفاتِْي ُح الْغَْي‬
‫اب ُمبِْي ٍن‬ٍ َ‫س اِالَّ ِفى كِت‬ ٍ ِ‫ْب َوالَ يَاب‬ ٍ ‫ض َوالَ َرط‬ ِ ‫ات اْالَ ْر‬ ِ ‫ي ْعلَم َها والَ حبَّ ٍة ِفى ظُلُم‬
َ َ َ ُ َ
"Dan pada sisi Allahlah kunci-kunci semua yang ghaib, tidak ada yang
mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan
dan di lautan, dan tiada sehelai daunpun yang gugur melainkan Dia
mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir bijipun dalam kegelapan bumi
dan tiada sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab
yang nyata (Loh Mahfudz)".
.Al-An'am, 6:59

.‫ب ال َْعالَ ِم ْي َن‬


ُّ ‫آء اهللُ َر‬
َ‫ش‬ َ َ‫شآءُ ْو َن اِالَّ اَ ْن ي‬
َ َ‫َو َما ت‬
"Dan kamu tidak dapat menghendaki (menempuh jalan itu) kecuali apabila
dikehendaki Allah, Tuhan semesta alam".
.At-Takwir, 81:29

.ُ‫ى لَ ْوالَ اَ ْن َه َدانَا اهلل‬ ِ ِ


َ ‫َو َما ُكنَّا لَن ْهتَد‬
"Dan kami sekali-kali tidak akan dapat petunjuk jika Alah tidak memberi
kami petunjuk".

303
.Al-'Araf, 7:43
Selain dari ayat-ayat al-Quran, di antara hadith-hadith Nabi Muhammad
salallahu 'alaihi wa-sallam yang menjelaskan tentang hakikat qada' dan qadar ialah:

‫ اِ َّن اَ َح َد ُك ْم يُ ْج َم ُع َخ ْل ُقهُ ِف ْى بَطْ ِن اُِّم ِه اَ ْربَِع ْي َن‬: ‫صلَّى اهللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم‬ ِ
َ ‫ال َر ُس ْو ُل اهلل‬ َ َ‫ق‬
ِ ‫ضغةً ِمثْل ذَلِك ثُ َّم يرس‬
ُ َ‫ـل الَْي ِه ال َْمل‬
‫ك‬ ُ َ ْ ُ َ َ َ ْ ‫ك ثُ َّم يَ ُك ْو ُن ُم‬ َ ِ‫َي ْو ًما نُطَْفةً ثُ َّم يَ ُك ْو ُن َعلَ َقةً ِمثْ َل ذَل‬
‫ب ِر ْزقِ ِه َواَ َجلِ ِه َو َع َم ِل ِه َو َش ِق ٍّى اَ ْو ّس ِع ْي ٍد‬ ِ ‫ بِ َك ْت‬: ‫ات‬ ٍ ‫َفيْن َف ُخ فِ ْي ِه ال ُّـروح وي ْـؤمر بِاَربع ِة َكلِم‬
َ ََْ َُ ُ َ َ ْ ُ
‫ْجن َِّة َحتَّى َما يَ ُك ْو َن َب ْينَهُ َو َب ْيَن َها‬ ِ ِ ِ
َ ‫َف َو الَّذى الَ الَهَ غَْي ُرهُ ا َّن اَ َحـ َد ُك ْم لََي ْع َم ُل بِ َع َم ِل اَ ْه ِل ال‬
‫اب َفَي ْع َم ُل بِ َع َم ِل اَ ْه ِل النَّا ِر َفيَ ْد ُخلُ َها َواِ َّن اَ َح َد ُك ْم لََي ْع َم ُل‬ ِ ِ
ُ َ‫االَّ ذ َراعٌ َفيَ ْسبِ ُق َعلَْيه الْكت‬
ِ ِ
ِ ِ ِ ِ
‫اب َفَي ْع َم ُل‬ ُ َ‫َب َع َم ِل اَ ْه ِل النَّا ِر َحتَّى َما يَ ُك ْو ُن َبْينَهُ َو َب ْيَن َها االَّ ذ َراعٌ َفيَ ْسبِ ُق َعلَْيه الْكت‬
.‫ْجن َِّة َفيَ ْد ُخلُ َها‬
َ ‫بِ َع َم ِل اَ ْه ِل ال‬
"Bersabda Rasulullah salallahu 'alaihi wa-sallam: Sesungguhnya
seseorang kamu dihimpunkan kejadiannya di perut ibunya, empat puluh hari
menjadi setitis darah, kemudian menjadi segumpal darah, kemudian menjadi
seketul daging dan kemudian setelah itu diutus seorang malaikat untuk
ditiupkan padanya roh. Dan ditetapkan empat perkara: (Pertama)
ditetapkan (ditulis) rezekinya. (Kedua) ditulis ajalnya. (Ketiga) ditulis
amalnya. (Keempat) ditulis berbahagia atau menderita. Maka demi tiada
tuhan selain Dia, sesungguhnya seseorang kamu akan beramal dengan amal
ahli syurga sehinggalah tidak terjadi antara kamu dengannya kecuali
sehasta. Maka telah didahului oleh kitab, maka beramal dengan amal ahli
neraka maka dimasukkan ke dalamnya. Dan sesungguhnya seseorang kamu
akan beramal dengan amal ahli neraka sehingga terjadi antaranya dengan
neraka sehasta, maka oleh kerana telah didahului oleh kitab (penetapan oleh
Allah di Loh Mahfudz) maka ia (akhirnya) akan beramal dengan amalan ahli
syurga, maka dia akan dimasukkan ke dalamnya (syurga)". 340

ٍ ‫ك َك ِلم‬ ِ ٍ َّ‫صلَّى اهللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم ِالبْ ِن َعب‬ ِ


‫ات‬ َ َ ‫ يَا غُالَ ُم انِّى اُ َعلِّ ُم‬: ‫اس‬ َ ‫ال َر ُس ْو ُل اهلل‬َ َ‫َوق‬
ِ ِ ‫اِح َف ِظ اهلل يح َفظْك اِح َف ِظ اهلل تَ ِج ْده تُجاه‬
‫ت‬ ْ ‫اساَ ِل اهللَ َوا َذا‬
َ ‫اسَت َع ْن‬ ْ َ‫ْت ف‬َ ‫ك وا َذا َساَل‬ َ ََ ُ َ ْ َ ََْ ْ
َ ِ‫يء لَ ْم َي ْع َفعُ ْو َك اِالَّ ب‬
‫ش ْي ٍء‬ ٍ ‫ش‬ َ ِ‫ت َعلَى اَ ْن َيْن َفعُ ْو َك ب‬ ِ ِ‫استَ ِعن ب‬
ْ ‫اهلل َوا ْعلَ ْم اَ َّن اْالَُّمةَ لَ ِو ْجتَ َم َع‬ ْ ْ َ‫ف‬

340. H/R Muslim.

304
ٍ َ ِ‫ض ُّرو َك اِالَّ ب‬ ٍ َ ِ‫ض ُّرو َك ب‬ ِ َ‫قَ ْد َكتبه اهلل ل‬
ُ‫شيء قَ ْد َكتَبَه‬ ْ ُ َ‫شيء لَ ْم ي‬ ْ ُ َ‫اجتَ َمعُ ْوا َعلَى اَ ْن ي‬
ْ ‫ك َوا ْن‬ َ ُ ُ ََ
.‫ف‬ُ ‫الص ُح‬
ُّ ‫ت‬ ِ ‫ك رفِ َع‬
ِ ‫ت اْالَقْالَ ُم وج َّف‬
َُ ُ َ ‫اهللُ َعلَْي‬
"Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam kepada Ibn Abbas:
Wahai gulam! Sesungguhnya aku mengajarkan kepada engkau beberapa
kalimah: Peliharalah (hudud dan hak-hak) Allah, Allah akan memelihara
engkau, engkau akan memperolehi apa yang engkau usahakan keranaNya.
Apabila engkau meminta (perlindungan), mintalah kepada Allah. Ketahuilah,
sesungguhnya jika manusia ini berpakat untuk mendatangkan manfaat kepada
engkau, nescaya mereka tidak dapat memanfaatkan kecuali dengan sesuatu
yang telah ditetapkan (ditulis) bagi engkau. Dan sesungguhnya jika (manusia
ini) berpakat untuk membahayakan engkau dengan sesuatu, tidak akan
membahayakan engkau dengan sesuatu itu, kecuali dengan adanya sesuatu
yang telah ditulis (ditetapkan) oleh Allah untuk engkau. Telah diangkat
semua kalam dan telah kering suhuf". 341

ِ ِ ُ ‫ َس ِم ْع‬: ‫ال‬ ِ ‫َعن َعْب ِد‬


َ َ‫ َكت‬: ‫صلَّى اهللُ َعلَْيه َو َسلَّ َم َي ُق ْو ُل‬
‫ب‬ َ ‫ت َر ُس ْو َل اهلل‬ َ َ‫اهلل بْ ِن ُع َم ٍر ق‬ ْ
.‫ْف َسنَ ٍة‬ َ ‫ض بِ َخ ْم ِس ْي َن اَل‬ ِ ‫السماو‬
َ ‫ات واْالَ ْر‬ ِ ِ
َ َ َّ ‫اهللُ َم َقاد ْي َر الْ َخالَئ ِق َقْب َل اَ ْن يَ ْخلُ َق‬
"Dari Abdullah bin Omar berkata: Aku telah mendengar Rasulullah
salallahu 'alaihi wa-sallam bersabda: Allah telah menulis (menentukan)
takdir seluruh makhluk sebelum menciptakan langit dan bumi lima puluh ribu
tahun sebelumnya". 342

Dengan hujjah-hujjah yang dikemukakan, jelaslah bahawa Allah telah menulis


segala ketentuan bagi setiap makhlukNya baik yang sedang, telah atau akan berlaku.
Allah memerintahkan al-Qalam untuk menuliskannya dalam kitab Loh Mahfuz. Di
Loh Mahfuz segala sesuatu tercatit dan disebutkan dengan terperinci, tiada yang
tertinggal sedikitpun. Semuanya itu adalah rahsia Allah dan semuanya itu telah ditulis
50 tahun sebelum penciptaan langit dan bumi. Firman Allah:

ِ ٍ ‫ض اِ َّن َذلِك فِى كِت‬ ِ ‫السم‬


‫اهلل‬ َ ِ‫اب ا َّن َذل‬
ِ ‫ك َعلَى‬ َ َ ِ ‫آء َواْالَ ْر‬ ِ
َ َّ ‫اَلَ ْم َت ْعلَ ْم اَ َّن اهللَ َي ْعلَ ُم َما فى‬
.‫يَ ِس ْي ٌر‬

"Apakah kamu tidak mengetahui bahawa sesungguhnhya Allah mengetahui


apa saja yang ada di langit dan di bumi? Bahawasanya yang demikian itu

341. H/R Ahmad dan Turmizi.


342. H/R Muslim.

305
terdapat dalam sebuah kitab (Luh Mahfuz) sesungguhnya yang demikian itu
amat mudah bagi Allah".
.Al-Hajj, 22:70

306
Kebenaran Berlakunya Qada' & Qadar Allah

Dengan penjelasan melalui nas-nas di atas, bolehlah kita membuat kesimpulan


bahawa qada' dan qadar Allah itu ialah:

1- Qada' dan qadar adalah termasuk dalam rukun iman. Iaitu ketentuan yang baik
dan yang buruk adalah dari Allah Ta'ala. Iman kepada qada' dan qadar meliputi
iman kepada setiap nas tentang qadar serta setiap nas tentangnya dan
tingkatannya (sama ada diketahui, dicatit, dikehendaki dan diciptakan oleh
Allah). Ianya telah ditetapkan oleh Allah yang tidak ada seorangpun yang dapat
menolak atau merubah keputusanNya.

2- Iradah (kehendak) dan amr (perintah) yang tercantum dalam al-Quran dan as-
Sunnah ada dua bentuk:

(a). Iradah kauniyah qadariyah (iradah kauniyah qadariyah ialah kehendak yang
berkenaan dengan takdir Allah terhadap alam semesta), yang pengertiannya sama
dengan masyiah atau amr kauniyah qadariyah. 343

(b). Iradah syar'iyah (kehendak yang berkenaan dengan syariat atau apa yang
dicintai Allah dalam agama) yang bererti disukai dan dicintai Allah dan amr
syar'iy.
344

Walau bagaimanapun makhluk mempunyai keinginan dan kehendak, tetapi


keinginan dan kehendak itu mengikut keinginan dan kehendak Al-Khaliq.

3- Petunjuk dan kesesatan makhluk ada di tangan Allah. Di antara makhluk ada
yang diberi Allah petunjuk kerana rahmat dan kurniaNya dan ada pula yang
tersesat kerana keadilanNya.

4- Makhluk dengan segala tingkah lakunya adalah ciptaan Allah Ta'ala. Hanya
Dialah Yang Maha Pencipta. Allahlah yang mencipta pola-laku dan perbuatan
makhluk.

5- Menetapkan bahawa segala yang diperbuat Allah ada hikmahNya dan segala
usaha akan membawa hasil atas kehendak Allah Ta'ala.

6- Ajal telah ditulis, rezeki telah ditentukan dan kebahagiaan serta kesengsaraan
telah ditetapkan oleh Allah 'Azza wa-Jalla untuk seluruh umat manusia sebelum
mereka diciptakan.

343. Amr kauniy qadariy iaitu perintah yang berkenaan dengan takdir Allah terhadap alam semesta.
Contohnya firman Allah "Sesungguhnya perintah Allah apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata
kepadanya: Jadilah! Maka terjadilah ia". Yasin, 36:82.
344. Amr syar'iy iaitu perintah yang berhubung dengan syariat, seperti perintah
tentang solat, zakat, puasa dan sebagainya.
7- Berdalih dengan takdir boleh dilakukan terhadap musibah dan cubaan, namun
dosa dan kesalahan tidak boleh berdalih dengan takdir tetapi wajib bertaubat dan
pelakunya berhak mendapat celaan.

8- Berserah semata-mata berdasarkan kepada usaha (mengenepikan/tidak meyakini


penentuan takdir) adalah kufur atau syirik dalam tauhid, sedangkan
meninggalkan usaha sama sekali bererti menolak ajaran agama. Menyatakan
bahawa usaha tidak ada pengaruh dan hasilnya bertentangan dengan ajaran
agama dan akal. Bertawakkal dalam setiap perkara tidaklah bererti meninggalkan
usaha. Sewajarnya berusaha kemudian bertawakkal kepada takdir Allah itulah
345

ajaran agama dan diterima oleh akal.

345. Lihat: ‫ مجمل اصول اهل السنة والجماعة فى العقيدة‬Dr. Nashir ibn Abdul Karim
al-'Aql. Cetakan tahun 1411H. Dar Al-Wathan Lin Nasyr. Riyad. Saudi
Arabia.

308
Pendapat Ulama Salaf as-Soleh

Menurut kesepakatan Ahli Sunnah wal-Jamaah dan seluruh ulama yang


bermanhaj salaf as-Soleh, bahawa beriman kepada qada' dan qadar Allah Subhanahu
wa-Ta'ala yang menjadi rahsiaNya mengandungi empat perkara (tingkatan):

1. Ilmu Allah, ia merupakan sifat zatiyah bagi Allah yang tidak berpermulaan dan
tidak berkesudahan. Allah Maha Mengetahui segala yang belum terjadi, yang
sedang dan yang akan terjadi. Allah tahu siapa yang akan menghuni syurga dan
siapa yang akan menghuni neraka. Ilmu Allah tidak dibatasi oleh sesuatu kerana
ilmu Allah adalah secara global sehingga tiada sesuatu perkara atau benda yang
tersembunyi dari pengetahuanNya. Dia mengetahui segala perbuatanNya dan
segala perbuatan makhlukNya. Ilmu atau pengetahuan Allah tentang segala
sesuatu tidak didahului oleh ketidaktahuan (tidak didahului dengan belajar).
Allah mustahil lupa, ilmuNya abadi dan azali yang tidak berawal dan tidak
berakhir.

ٍ ‫اطن وهو بِ ُك ِّل َش‬


.‫ىء َعلِ ْي ٌم‬ ِ ِ ِ
َ ُ َ ُ َ‫ُه َو اْالَ َّو ُل َواْالَخ ُر َوالظَّاه ُر َوالْب‬
"Dialah Yang Awal dan Yang Akhir, Yang Zahir dan Yang Batin dan Dia
Maha Mengetahui segala sesuatu".
.Al-Hadid, 57:3
.‫َواَ َّن اهللَ قَ ْد اَ َحا َط بِ َك ِّل َش ْي ٍء ِعل ًْما‬

"Dan sesungguhnya Allah, IlmuNya benar-benar meliputi segala sesuatu".


.At-Talaq, 65:12
2. Mengimani kitab (tulisan yang berupa penentuan Allah) di Loh Mahfuz, yang di
dalamnya tertulis semua (segala) sesuatu yang terjadi pada makhluk dan
disebutkan dengan terperinci, maka mengimani semuanya itu adalah wajib.
Malah setiap mukmin diwajibkan juga mempercayai dengan penuh keyakinan
bahawa Allah telah menulis segala sesuatu (ketentuan) baik yang telah, sedang
atau yang akan berlaku, semuanya itu telah tertulis di Loh Mahfudz yang kekal
sehingga ke Hari Kiamat. Dia memerintahkan al-Qalam untuk menuliskannya di
dalam kitab Al-Loh Al-Mahfuz. Keterangan ini berpandukan kepada firman
Allah dan hadith Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam:

ِ ٍ ‫ض اِ َّن َذلِك فِى كِت‬ ِ ‫السم‬


‫اهلل‬ َ ِ‫اب ا َّن ذَل‬
ِ ‫ك َعلَى‬ َ َ ِ ‫آء َواْالَ ْر‬ ِ
َ َّ ‫اَلَ ْم َت ْعلَ ْم اَ َّن اهللَ َي ْعلَ ُم َما فى‬
.‫يَ ِس ْي ٌر‬
"Apakah kamu tidak mengetahui bahawa sesungguhnya Allah mengetahui
apa saja yang ada di langit dan di bumi, bahawasanya yang demikian itu
terdapat dalam sebuah kitab (Loh Mahfudz). Sesungguhnya demikian itu amat
mudah bagi Allah".
.Al-Haj, 22:70

ِ ِ ُ ‫ َس ِم ْع‬: ‫ال‬ ِ ‫َعن َع ْب ِد‬


َ َ‫ َكت‬:‫صلَّى اهللُ َعلَْيه َو َسلَّ َم َي ُق ْو ُل‬
ُ‫ب اهلل‬ َ ‫ت َر ُس ْو َل اهلل‬ َ َ‫اهلل بْ ِن عُ َم ٍر ق‬ ْ
.‫ْف َسنَ ٍة‬ َ ‫ض بِ َخ ْم ِس ْي َن اَل‬ ِ ‫السماو‬
َ ‫ات َواْالَ ْر‬ ِ ِ
َ َ َّ ‫َم َقاد ْي َر الْ َخالَئ ُق َقْب َل اَ ْن يَ ْخلُ َق‬
"Allah telah menulis (menentukan) takdir seluruh makhluk sebelum
menciptakan segala langit dan bumi lima puluh ribu tahun (sebelumnya)". 346

3. Mengimani bahawa setiap kejadian yang berlaku dan segala yang mawujud (yang
ada) sama ada di langit atau di bumi, yang ghaib atau yang nyata adalah dengan
masyiah dan iradah (kehendak) Allah Subhanahu wa-Ta'ala. Sesuatu tidak akan
wujud kecuali dengan kehendakNya. Begitu juga segala sesuatu tidak akan
terjadi atau berlaku jika tidak dengan masyiah (kehendak) Allah. Malah kejadian
rupa dan bentuk makhluk itu juga adalah dengan kuasa, kehendak dan penentuan
Allah Subhanahu wa-Ta'ala:

.‫ْح ِك ْي ُم‬ ِ ِ َ ‫ص ِّو ُر ُك ْم فِى اْالَ ْر َح ِام َك ْي‬ ِ


َ ‫شاءُ الَ الَهَ االَّ ُه َو ال َْع ِز ْي ُز ال‬
َ َ‫ف ي‬ َ ُ‫ُه َو الَّذ ْى ي‬
"Dialah yang membentuk kamu dalam rahim sebagaimana dikehendakiNya. Tidak
ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Yang Perkasa lagi Maha
Bijaksana".
Ali Imran, 3:6

4. Mengimani bahawa seluruh yang mawujud (yang ada), lahir atau batin sama
ada zatnya, sifatnya (bentuknya) dan segala pergerakannya (perbuatannya) dicipta,
ditentukan, dipelihara dan hanya boleh dibinasakan oleh Allah Subhanahu wa-
Ta'ala dengan kudrah dan iradahNya:

ٍ ‫و َخلَق ُك َّل َش‬


.‫يء َف َق َّد َرهُ َت ْق ِد ْي ًرا‬ َ َ
"Dan Dia telah menciptakan segala sesuatu dan Dia menetapkan ukuran-
ukurannya dengan serapi-rapinya".
Al-Furqan, 25:2

ٍ ‫اَهلل َخالِق ُك ِّل َشي ٍء وهو علَى ُك ِّل َش‬


.‫يء َوكِْي ٌل‬ َ َُ َ ْ ُ ُ
346. H/R Muslim.

310
"Allah menciptakan segala sesuatu dan Dia memelihara segala sesuatu".
.Az-Zumar, 39:62

.‫َواهللُ َخلَ َق ُك ْم َو َما َت ْع َملُ ْو َن‬

"Dan Allah yang mencipta kamu dan apa yang kamu lakukan".
As-Safat, 37:96

311
Kemampuan Atau Ikhtiari (Berusaha)

Walaupun Allah Subhanahu wa-Ta'ala telah menentukan segala-galanya


sebagai qada' dan qadarNya, tetapi bagi setiap manusia telah diberikan sifat ikhtiari (
‫)اِ ْختِيَا ِرى‬. Ikhtiar pula bermaksud:

"Kemampuan melakukan berbagai-bagai perbuatan dan tindakan". Atau


"Pilihan yang bebas dengan kemahuan (kehendak) sendiri".

Kelengkapan sifat ikhtiari ditambah dengan pemberian perasaan dan akal untuk
berfikir serta kitab al-Quran untuk dijadikan panduan. Semua pemberian ini cukup
untuk membolehkan mereka menentukan pilihan sama ada mahu mengerjakan atau
meninggalkan sesuatu amalan atau pekerjaan yang baik atau yang buruk. Pemilihan
ini tidak dapat dinafikan kerana telah dijelaskan oleh Allah dengan firmanNya:

.‫اء اتَّ َخ َذ اِلَى َربِِّه َمئَابًا‬


َ ‫فَ َم ْن َش‬
"Maka barangsiapa yang menghendaki, nescaya ia memilih jalan kembali
kepada Tuhannya".
.An-Anbia', 78:39

.‫اس َمعُ ْوا َواَ ِط ْيعُ ْوا‬ ْ ‫فَ َّات ُق ْوا اهللَ َم‬
ْ ‫استَطَ ْعتُ ْم َو‬
"Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupan kamu,
dengar dan taatlah kamu".
.At-Tagabun, 64:16

.‫ب ال َْعالَ ِم ْي َن‬


ُّ ‫آء اهللُ َر‬
َ‫ش‬ َ َ‫شآءُ ْو َن اِالَّ اَ ْن ي‬
َ َ‫اء ِم ْن ُك ْم اَ ْن يَ ْستَ ِق ْي َم َو َم ات‬ ِ
َ ‫ل َم ْن َش‬
"(Iaitu) bagi siapa di antara kamu yang mahu menempuh jalan lurus. Dan
kamu tidak dapat menghendaki (menempuh jalan itu) kecuali apabila
dikehendaki Allah, Tuhan semesta alam".
.At-Takwir, 81:28-29
Orang-orang yang sengaja menyalahkan takdir apabila melakukan kejahatan,
kemungkaran dan maksiat atau apabila tidak mahu melakukan segala kewajipan dan
tuntutan agama adalah orang-orang yang sombong, pembohong, fasik dan jahil.
Kejahilan mereka membawa kepada kekafiran dan kesyirikan terhadap Allah seperti
mana yang telah diceritakan oleh Allah di dalam firmanNya tentang mereka yang
menyalahkan qada' dan qadar Allah:
َ ِ‫ىء َك َذل‬
‫ك‬ ٍ ‫سي ُقو ُل الَّ ِذين اَ ْشر ُكوا لَو َشاء اهلل ما اَ ْشر ْكنا والَ آبا ُؤنَا والَ ح َّرمنا ِمن َش‬
ْ َْ َ َ َ َ َ َ َ ُ َ ْ ْ َ َ ْ ْ ََ
‫ب الَّ ِذيْ َن ِم ْن َقْبلِ ِه ْم َحتَّى َذا ُق ْوا بَاْ َسنَا قُ ْل َه ْل ِعْن َد ُك ْم ِم ْن ِعل ٍْم َفتُ ْخ ِر ُج ْوهُ لَنَا اِ ْن‬
َ ‫َك َّذ‬
ِ ِ ِ
.‫ص ْو َن‬ُ ‫َتتَّبِعُ ْو َن االَّ الظَّ َّن َوا ْن اَْنتُ ْم االَّ تَ ْخ ُر‬
"Orang-orang yang mempersekutukan Tuhan (syirik) akan mengatakan:
Jika Allah menghendaki, nescaya kami dan bapak-bapak kami tidak akan
mempersekutukanNya, dan tidak pula mengharamkan barang sesuatu apapun.
Demikian pulalah orang-orang yang sebelum mereka telah mendustakan (para
rasul) sampai mereka merasakan siksaan Kami. Katakanlah! Adakah kamu
mempunyai sesuatu pengetahuan sehingga dapat kamu mengemukakannya
sampai kepada Kami? Kamu tidak mengikuti kecuali perasangka belaka, dan
kamu tidak lain hanyalah berdusta".
.Al-An'am, 6:148
Mereka yang beralasan dengan menyerahkan segala-galanya kepada suratan
takdir untuk melepaskan kewajipannya dari menunaikan semua tanggungjawab dan
tuntutan agama, mereka pula enggan untuk melaksanakan amal ibadah yang
ditetapkan oleh syara lantaran menyalahkan takdir, maka manusia seperti ini adalah
tergulung dalam golongan manusia yang paling malang kerana mereka memilih
kekufuran lantaran kesombongan dan kejahilan mereka sendiri. Alasan mereka yang
tidak berasaskan hujjah dari syara sehingga meninggalkan tanggungjawab dalam
melaksanakan kewajiban ibadah adalah kerana mereka beranggapan "Segala-galanya
sudah suratan takdir". Perkiraan seperti ini adalah suatu kemungkaran yang benar-
benar menyebabkan mereka terkeluar dari millah Islamiyah. Semua dakwaan mereka
yang menyalahi hukum sehingga membatalkan akidah mereka dapat kita sangkal
dengan hadith sahih di bawah ini:

‫ َما ِم ْن ُك ْم ِم ْن‬: ‫ال‬َ َ‫صلَّى اهللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم ق‬


َ ‫ب َرض َي اهللُ َعْنهُ اَ َّن النَّبِ َّي‬
ِ ٍ ِ‫َعن َعلِ ِي بْ ِن اَبِى طَال‬
ْ
ِ ‫ال رجل ِمن الْ َقوِم اَالَ َنت‬
‫َّك ُل يَا‬ ِ ‫اَح ٍد اِالَّ قَـ ْد ُكتِب م ْقعدهُ ِمن النَّا ِر اَو ِمن ال‬
ْ َ ٌ ُ َ َ ‫ْجنَّة َف َق‬ َ َ ْ َ َ َ َ َ
َّ َ‫ اِ ْع َملُ ْوا ُك ُّل ُمي‬، َ‫ ال‬: ‫ال‬
: َ‫س ٌر ثُ َّم َق َرا‬ ِ ‫رسو َل‬
َ ‫اهلل ؟ َف َق‬ ُْ َ
.}‫س ُرهُ لِلْيُ ْس َرى‬ ِّ َ‫سُني‬
َ َ‫ْح ْسنَى ف‬ ُ ‫ص َّد َق بِال‬َ ‫شتَّى فَاََّما َم ْن اَ ْعطَى َو َّات َقى َو‬َ َ‫{اِ َّن َس ْعيَ ُك ْم ل‬
"Dari Ali bin Abi Talib radiallahu 'anhu. Bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi
wa-sallam bersabda: Setiap diri dari kamu telah ditulis tempatnya di syurga
atau di neraka. Salah seorang dari sahabat bertanya? Mengapakah kita tidak
semata-mata bertawakkal sahaja wahai Rasulullah!? Beliau menjawab:
Tidak, berbuatlah kerana masing-masing akan dimudahkan. Lalu baginda

313
membacakan: "Sesungguhnya usaha kamu memang berbeza-beza. Adapun
orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertakwa, dan
membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga), maka Kami kelak akan
menyiapkan baginya jalan yang mudah (ke syurga)".
347

347. H/R Bukhari dan Muslim.

314
Keyakinan Dan Pegangan Setiap Mukmin Tentang Qada' & Qadar

Menurut Imam Al-Hafiz Az-Zahabi rahimahullah, telah sepakat seramai tujuh


puluh orang dari para tabi'in, pemimpin-pemimpin kaum Muslimin, para ulama Salaf
as-Soleh dan para fukaha terkemuka dari beberapa negara, bahawa menurut sunnah
dan ketetapan Rasulullah sallallahu wa-sallam untuk sekalian ummatnya, adalah
seperti berikut:

1- Redha (rela) dan tabah terhadap segala ketetapan Allah Subhanahu wa-Ta’ala
yang berupa takdir dariNya.

2- Berserah diri terhadap segala keputusan Allah.

3- Tabah menerima hukum (penentuan) Allah Ta'ala.

4- Melaksanakan setiap apa yang diperintahkan Allah.

5- Menjauhkan setiap yang telah dilarang oleh Allah.

6- Mengikhlaskan diri pada setiap amalan kepada Allah.

7- Sentiasa beriman terhadap takdir Allah sama ada yang baik atau buruk. 348

348. Lihat: ‫ الكبائر‬Al-Hafiz Muhammad bin Ahmad bin 'Uthman az-Zahabi.


Golongan Qadariyah

Terdapat segolongan firqah sesat yang tidak mempercayai adanya takdir (qada'
dan qadar). Mereka adalah firqah Qadariyah yang dikenali sebagai golongan yang
mengingkari adanya takdir atau penentuan dari Allah Subhanahu wa-Ta'ala.
Golongan Qadariyah meyakini bahawa apa sahaja yang terjadi hanya semata-mata
kerana perbuatan dan usaha manusia, tidak didahului oleh takdir Allah sebelumnya.

Para pengikut fahaman Qadariyah mengingkari rukun iman yang keenam iaitu
"iman kepada takdir (qada' dan qadar)", atau beriman bahawa setiap yang baik dan
buruk semuanya datang dari Allah Subhanahu wa-Ta'ala.

Qadariyah dinamakan sebagai "Majusi Umat Ini" oleh Nabi Muhammad


sallallahu 'alaihi wa-sallam. Penamaan ini diberikan kepada mereka kerana mereka
beranggapan bahawa:

"Setiap makhluklah menciptakan perbuatan dirinya sendiri, bukan kerana


didahului oleh takdir atau kehendak Allah dan Allah tidak terlibat dengan
segala perbuatan tersebut".

Ini bermakna kepercayaan golongan Qadariyah menetapkan adanya pencipta-


pencipta lain selain Allah atau dengan kata lain: "Mereka berkeyakinan adanya
beberapa pencipta selain Allah". Itulah sebabnya Nabi menamakan firqah (golongan)
Qadariyah sebagai "Majusi Umat Ini".

Para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang berjalan di atas manhaj Salaf as-
Soleh menolak fahaman Qadariyah dan mereka sepakat menganggap fahaman ini
sebagai fahaman sesat lagi menyesatkan yang terkeluar dari millah Islamiyah.

Menurut Syeikh Soleh bin Fauzan al-Fauzan:

"Firqah Qadariyah lebih jahat daripada Majusi, kerana Qadariyah


menentukan adanya beberapa pencipta yang banyak. Kenyataan ini
berdasarkan kenyataan mereka: (Sesungguhnya seseorang hamba dipaksa
atas perbuatannya sendiri). Itulah sebabnya mereka dinamakan (Majusi Umat
Ini)".
349

349. Lihat: ‫ لمحة عن الفرق الضالة‬Syeikh Soleh bin Fauzan al-Fauzan.


Golongan Jabariyah

Iktikad firqah Jabariyah pula bertentangan dengan firqah Qadariyah. Yang


mana firqah Jabariyah sangat berlebih-lebihan (ghulu) terhadap qada' dan qadar
sehingga berkeyakinan bahawa:

"Sesungguhnya seseorang hamba itu dipaksa atas perbuatannya, tidak


mempunyai ikhtiar (usaha), keadaannya seperti bulu yang digerakkan oleh
angin yang bergerak tanpa ada usaha".

Peyebaran fahaman Jabariyah dikaitkan dengan munculnya Jahm bin Safwan di


Kota Tirmiz pada permulaan abad kedua Hijriyah. Antara fahaman Jahm bin Safwan
yang paling terkenal ialah:

1- Al-Quran itu makhluk, bukan Kalamullah.

2- Mengingkari melihat Allah di akhirat (di Hari Kiamat).

3- Menolak semua sifat-sifat Allah.

4- Syurga dan neraka tidak kekal.

Imam Az-Zahabi rahimahullah telah mencela Jahm bin Safwan dan beliau
berkata:

"Dia (Jahm bin Safwan) adalah seorang yang sesat, ahli bid'ah, pantolan
Jahmiyah, terhapus di zaman tabi'in kecil. Aku tidak pernah mengetahui
bahawa dia pernah meriwayatkan satu hadithpun. Namun dia telah
memulakan kejahatan yang paling besar". 350

Seorang penyair telah bersyair tentang Jahm bin Safwan:

"Aku hairan, ada seorang syaitan mengajak ke neraka dengan terang-


terangan # Namanya berasal dari pecahan neraka Jahannam". 351

Golongan Jabariyah ini juga dianggap sebagai golongan yang sesat oleh ulama
Ahli Sunnah wal-Jamaah. Dengan penjelasan ini, marilah kita jadikan akidah tauhid
yang digariskan oleh ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh
sebagai pegangan sepanjang hayat, menolak dan memerangi semua bentuk khurafat,
tahayyul, kesyirikan dan bid'ah yang menyesatkan. Hanya akidah tauhid yang murni,

350. Lihat: ‫ ميزان االعتدال‬Jld. 1. Hlm. 426. Lihat: ‫ تاريخ الجهمية والمعتزلة‬Hlm. 10. Al-Qasimi. Cetakan
Pertama. 1399H. Muassasah ar-Risalah.
351. Lihat: ‫شرح العقيدة الطحاوية‬. Hlm. 24. Ibnu Abi al-'Izz al-Hanafi ad-Dimasyaqi. Tahqiq/takhrij Dr.

Abdullah bin Abduh Mukhsin at-Turky dan Syu'ib al-Arna'ut. Muassasah Ar-Risalah. Beirut.
sempurna dan mantap sebagai penyelamat mukmin dari kesesatan dan terjerumus ke
dalam api neraka.

318
IHSAN
‫االحسان‬

Ihsan adalah lawan dari kalimah isaah (berbuat jahat). Ihsan juga
dimaksudkan: "Berbuat baik kepada manusia dan menghindari dari melakukan
perbuatan yang buruk dan jahat". Berbuat ihsan sama ada dengan harta seperti
berzakat, berinfak dan bersedekah, dengan kedudukan membantu mempermudahkan
urusan atau kesulitan dan dengan ilmu dengan cara mengajarkan ilmu tersebut,
mengadakan kulliah atau pengajian.

Dalam sebuah hadith yang sahih, dijelaskan bahawa agama Islam ada tiga
martabat: "Islam, Iman dan Ihsan". Ihsan adalah martabat yang tertinggi. 352

Penghujung ihsan ialah ikhlas. Ihsan hanya mempunyai satu rukun iaitu sebagaimana
yang terdapat dalam jawapan Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam semasa ditanya
oleh Jibril tentang ihsan maka baginda bersabda:

َ ‫ك َت َراهُ فَِا ْن لَ ْم تَ ُك ْن َت َراهُ فَِانَّهُ َي َر‬


.‫اك‬ َ َّ‫سا ُن اَ ْن َت ْعبُ َد اهللَ َكاَن‬ ِ
َ ‫اَال ْح‬
"Ihsan itu ialah engkau menyembah Allah seakan-akan engkau melihat
Dia, maka sekalipun engkau tidak pernah melihat Dia tetapi Dia melihat
engkau". 353

Berkata Imam An-Nawawi rahimahullah bahawa:

"Al-Ihsan ialah kesimpulan dari segala apa yang telah didatangkan kepada
Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam, kerana jika ditakdirkan kepada salah
seorang kita melaksnakan ibadah dalam keadaan melihat Tuhannya
Subhanahu wa-Taala, pasti tidak akan ditinggalkan walaupun sesuatu yang
tidak berdaya untuk sentiasa dikerjakan dalam keadaan tunduk dan
khusyuk". 354

Dan seterusnya Imam an-Nawawi berkata tentang maksud "Ihsan" bahawa:

"Menggesa (mendorong) agar seseorang hamba itu sentiasa ikhlas dalam


beribadah, memelihara ibadahnya kepada Allah, memenuhi kesempurnaan
(ibadahnya) dengan khyusu' dan merendah diri (kepadaNya)". 355

352. Lihat: ‫ االصول الثالثة‬Hlm. 63. Tulisan Abdul Rahman bin Muhammad
Qasim al-Hambali an-Najdi. Cetakan ketiga. Riasah Idaratul Buhus al-
Ilmiyah wal-Ifta' Riyad. Saudi Arabia.
353. H/R Al-Bukhari dalam "Al-Iman" (1/18). Dalam tafsir "Surah Luqman"
(6/20-21). Muslim dalam "Al-Iman" (139-140).
354. Lihat: Sahih Muslim. Syarah An-Nawawi, jld. 1, hlm. 157-158.
355. Ibid.
Berkata As-Syaukani tentang "Ihsan":

"Martabat-martabat yang bertingkat-tingkat (dalam keimanan) adalah


dengan bersandar kepada maqam-maqam ihsan, sesungguhnya antara
tingkatan dan maqam terdapat perbezaannya seperti langit dan bumi, dan yang
paling mulia dari beberapa pencapaian tersebut ialah makam "Ihsan" kerana
ihsan ialah kekhusyukan, takwa dan takut kepada Allah Azza wa-Jalla". 356

Ihsan dalam ibadah adalah antara martabat yang paling mulia dan tertinggi,
oleh itu ibadah perlu dibangun di atas dua rukun agar memenuhi matlamat ihsan
dalam ibadah tersebut:

Pertama: Kecintaan yang mendalam sehingga merasa rendah dan tunduk di


hadapan Allah. Cinta yang mendalam akan menimbulkan sikap meminta dan
mengharapkan hanya kepada Allah.

Kedua: Perasaan takwa, takut dan hina di hadapan Allah. Takut yang mendalam
akan menimbulkan takut kepada azabNya sehingga sentiasa menggeruni
siksaanNya.

Seseorang yang memenuhi dua rukun ini di dalam ibadahnya, dia akan
menemukan kesempurnaan dalam dan keikhlasan dalam segala amal ibadahnya
sehingga bersih dari riyak (menunjuk-nunjuk), ingin dipuji atau terkenal. Namun,
memperlihatkan ibadah demi untuk dicontohi oleh orang lain atau memberi
peringatan kepada mereka adalah amalan yang terpuji dan digalakkan, seperti orang
yang menginfakkan hartanya supaya diikuti oleh orang lain dan sebagainya, sehingga
dapat memenuhi maslahah keperluan ummat, maka hendaknya diperlihatkan infak
tersebut secara terang-terangan.

Ihsan membawa seseorang itu ke maqam yang terpuji kerana ia akan sentiasa
merasa takut dan khusyuk kepada Allah. Allah telah menceritakan keadaan mereka
yang memperolehi maqam ini, iaitu mereka yang sentiasa takut dan bertakwa
kepadaNya. Firman Allah:

ِ َ‫اف م َقام ربِِّه جنَّت‬


.‫ان‬ ِ
َ َ َ َ َ ‫َول َم ْن َخ‬
"Dan bagi orang yang takut akan saat menghadap Tuhannya ada dua
syurga".
.Ar-Rahman, 55:46

356. Lihat: ‫ قطر الولى على حديث الولى‬hlm. 467. Imam As-Syaukani. Tahqiq: Dr.
Ibrahim Hilal. Dar al-Kutub Al-Hadithiyah. Al-Kahirah.

320
Antara dalil-dalil tentang ihsan yang terdapat di dalam al-Quran ialah firman
Allah Subhanahu wa-Ta’ala:

.‫اِ َّن اهللَ َم َع الَّ ِذيْ َن َّات ُق ْوا َوالَّ ِذيْ َن ُم ْح ِسُن ْو َن‬

"Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa dan orang-


orang yang berbuat kebaikan".
.An-Nahl, 16:128

‫اك ِح ْي َن َت ُق ْو ُم‬
َ ‫اَلَّ ِذ ْي َي َر‬
"(Dia iaitu Allah) Yang melihat kamu ketika kamu berdiri (untuk
sembahyang)".
.Asy-Syura', 26:218

‫آن َوالَ َت ْعلَ ُم ْو َن ِم ْن َع َم ٍل اِالَّ ُكنَّا َعلَْي ُك ْم‬


ٍ ‫وما تَ ُكو ُن فِى َشاْ ٍن وما َتْتلُوا ِم ْنهُ ِمن ُقر‬
ْ ْ ْ ََ ْ ََ
‫ض ْو َن ِفْي ِه‬ ِ
ُ ‫ُش ُه ْو ًدا ا ْذ تُِف ْي‬
"Kamu tidak berada dalam suatu keadaan dan tidak membaca suatu ayat dari
al-Quran dan kamu tidak mengerjakan suatu pekerjaan, melainkan Kami
menjadi saksi atasmu diwaktu kamu melakukannya".
.Yunus, 10:61
Dan dalil dari sunnah sebagaimana hadith yang masyhur dari 'Umar bin al-
Khattab radiallahu anhu:

ِ ‫ بينما نَحن جلُو‬: : ‫ال‬ ِ


ُ‫صلَّى اهلل‬ َ ‫س عْن َد النَّبِ ِّي‬ ٌ ْ ُ ُ ْ َ َ ْ َ َ َ‫َع ْن ُع َم َر بْ ِن الْ َخطَّاب َرض َي اهللُ َع ْنهُ ق‬
‫الش ْع ِر الََي َرى َعلَْي ِه‬ َّ ‫اب َش ِديْ ُد َس َو ِاد‬ ِ َ‫اض الثِّي‬ ِ َ‫َعلَْي ِه َو َسلَّ َم اِ ْذطَلَ َع َعلَْينَا َر ُج ٌل َش ِديْ ُد َبي‬
‫أسنَ َد ُر ْكبََتْي ِه‬ ِ ِ َ‫الس َف ِر والَ يع ِرفُه ِمنَّا اَح ٌد فَجل‬
ْ َ‫صـلَّى اهللُ َعلَْيه َو َسلَّ َم ف‬ َ ‫س الَى النَّبِ ِّي‬ َ َ َ ُ ْ َ َ َّ ‫اََث ُر‬
َ َ‫ض َع َك َّف ْي ِه َعلَى فَ ِخ َذيْ ِه َوق‬ ِ
: ‫ال‬ َ ‫ يَا ُم َح َّم ُد اَ ْخبِ ْرنِ ْي َع ِن اْ ِال ْسالَِم َف َق‬: ‫ال‬ َ ‫الَى ُر ْكبََت ْي ِه َو َو‬
ِ ‫اَ ْن تَ ْش َـه َد اَ ْن الَ اِلَهَ اِالَّ اهلل واَ َّن مح َّم ًدا صلَّى اهلل َعلَْي ِه وسلَّم رسو ُل‬
‫اهلل َوتُِق ْي ُم‬ ُْ َ َ َ َ ُ َ َُ َُ
: ‫ال‬ َ َ‫ت اِلَْي ِه َسبِْيالً ق‬ َ ‫استَطَ ْع‬ ِ ِ َ ‫ضا َن وتَح َّج الْبْي‬
ْ ‫ت ان‬ َ ُ َ َ ‫ص ْو َم َر َم‬ ُ َ‫الز َكاةَ َوت‬ َّ ‫الصالَةَ َو ُت ْؤتِي‬
َ َّ

321
ِ ِ‫ اَ ْن ُت ْؤ ِمن ب‬: ‫ال‬
‫اهلل‬ ِ ‫ اَ ْخبِرنِي َع ِن اْ ِاليْم‬: ‫ال‬
َ َ‫ان ق‬ َ َ‫ص ِّدقُهُ ق‬
َ َ ْ ْ َ ُ‫ َف َع َجْبنَا لَهُ يَ ْساَلُهُ َوي‬. ‫ْت‬
َ ‫ص َدق‬
َ
‫ اَ ْخـبِ ْرنِ ْي َع ِن‬: ‫ال‬ ِ ْ‫ومالَئِ َكتِ ِه و ُكتبِ ِه ورسـلِ ِه والْيوِم ا‬
َ َ‫آلخ ِر َوبِالْ َق ْد ِر َخ ْي ِر ِه َو َش ِّر ِه ق‬ َْ َ ُ ُ َ ُ َ ََ
.‫اك‬َ ‫ك َت َراهُ ِفِا ْن لَ ْم تَ ُك ْن َت َراهُ ِفِانَّهُ َي َر‬ َ َّ‫ اَ ْن َت ْعبُ َداهللَ َكاَن‬: ‫ـال‬
َ َ‫ان ق‬ِ ‫اْ ِال ْحس‬
َ
"Dari 'Umar ibn al-Khattab berkata: Pada suatu hari kami bersama-sama
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, tiba-tiba datang seorang yang sangat
putih bajunya dan sangat hitam rambutnya, tidak terlihat daripadanya bekas
berpergian (sebagai musafir) serta tidak seorang pun di antara kami yang
mengenalinya. Ia duduk di hadapan Nabi Sallallahu 'alihi wasallam sambil
menyandarkan kedua lututnya di kedua lutut baginda dan meletakkan kedua
telapak tangannya ke atas kedua paha baginda, lalu ia berkata: Wahai
Muhammad! Khabarkan kepadaku tentang Islam. Nabi sallallahu 'alaihi wa-
sallam menjawab: Islam adalah kamu bersaksi bahawa tidak ada sembahan
yang hak melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, menegakkan
sembahyang, membayar zakat, berpuasa di Bulan Ramadan dan menunaikan
haji ke Baitullah jika engkau mampu melakukannya. Orang itu berkata: Kamu
benar.

"Umar berkata: Saya hairan kepadanya, ia bertanya lalu


membenarkannya.

Ia berkata lagi: Khabarkan kepadaku tentang iman! Nabi sallallahu


'alaihi wa-sallam menjawab: Iman adalah hendaklah kamu percaya kepada
Allah, malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari akhir dan qadarNya,
yang baik mahupun yang buruk. Ia berkata: Engkau benar. Ia bertanya lagi:
Khabarkan kepadaku tentang Ihsan: Nabi salallahu 'alkaihi wa-sallam
menjawab: Hendaklah kamu beribadah kepada Allah seakan-akan kamu
melihatNya, jika kamu tidak melihatNya maka sesungguhnya Dia melihat
kamu". 357

Semoga dengan memahami dan berpegang teguh dengan akidah yang bersih
iaitu akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah melalui pemahaman manhaj Salaf as-Soleh,
Allah akan memberi kesempurnaan nikmat Islam, iman, ihsan, ilmu dan amal kepada
kita semua. Selawat dan salam kepada Nabi kita Muhammad salallahu 'alaihi wa-
sallam, keluarganya, para sahabatnya dan mereka yang mentaati serta mengikutinya
sehingga ke hari pembalasan. Amin!

357. H/R Muslim. Kitabul Imam. Bab "Iman dan Islam".

322

Anda mungkin juga menyukai