Illias Zaidi
Sinopsis
Cerpen Hipertensi (Illias Zaidi) memaparkan watak utama, Aiman Aqil yang
sering berhalusinasi. Aiman sering menimbulkan kemarahan gurunya kerana tidak
menumpukan perhatian terhadap pembelajaran di dalam kelas. Dia sering berangan-
angan menjadi tokoh-tokoh hebat dalam bidang Sains. Aiman Aqil mudah bosan
dengan cara pembelajaran di sekolah menyebabkan dia sering ponteng sekolah. Hal ini
menimbulkan kemarahan ayahnya sehingga dia kerap dirotan. Aiman sentiasa
mengambil kesempatan untuk mewujudkan halusinasi futuristik penuh cabaran. Dia
pernah membayangkan dirinya telah lulus pengajian tinggi dalam bidang aeroangkasa.
Walaupun Aiman Aqil sering berhalusinasi, namun dia mempunyai prinsipnya yang
tersendiri. Dia tidak mahu berangan-angan seperti Mat Jenin dan Si Luncai. Angan-
angan Aiman terus mekar apabila dia terus berhalusinasi menjalani latihan intensif di
bawah program aeroangkasa di bawah Rusia. Kemudian, dia terus berangan-angan
hendak memantapkan diri sebagai persediaan untuk berlepas ke angkasa. Halusinasi
Aiman tidak terhenti setakat itu sahaja, malah dia turut membayangkan jutaan khalayak
menyaksikan siaran langsung perlepasan kapal angkasa yang dinaikinya. Aiman
akhirnya berjaya mendarat di bulan dalam halusinasinya itu.
Setelah asyik melayan halusinasinya, akhirnya Aiman teringat akan bisikan halus
yang didengarinya ketika di planet bulan melalui pentas halusinasinya. Suara ghaib itu
mengajaknya lebih mendekatkan diri kepada Ilahi. Akhirnya, Aiman sedar daripada
khayalannya bahawa dia perlu berusaha untuk mendapatkan sesuatu bukan sekadar
berangan-angan. Jauh di sudut hati Aiman, dia memanjatkan doa dan harapan ke
hadrat Ilahi.
Tema
Persoalan