Anda di halaman 1dari 3

Tajuk: Perangi Dadah, Dadah Musuh Utama Negara

Bismillahirrahwanirrahim, bersyukur kehadrat ilahi dengan penuh kesyukuran dan syukur atas nikmat
hidup yang telah diberikan. Sehingga hari ini, telah kita saksikan bermacam-macam isu dan masalah
mahupun masalah itu datangnya dari diri kita sendiri atau pengaruh dari sekeliling kita. Dunia juga
menjadi saksi kerosakan yang manusia binasakan dan hal ini adalah kerana kurangnya kesedaran diri
dalam diri masyarakat dan ketamakan daripada sebelah pihak. Masyarakat pada sekarang ini sering lupa
tentang tujuan hidup di dunia ini. Mereka hanya ingin berfoya-foya dan mencari kepuasan terhadap diri
sendiri hingga menjejaskan imej dan maruah diri, agama dan negara. Jenayah adalah salah satu punca
kepada kerosakan diri dan penceraian umat dalam sesebuah negara. Antara jenayah yang mebinasakan
termasuklah jenayah dadah. Alhamdulillah pada hari ini, saya dapat menghasilkan luahan dan persepsi
saya tentang najis dadah.

Kebanyakan dari kita yang bertanggapan bahawa dadah merupakan satu ubatan yang membawa
kerosakan terhadap diri dan hal ini adalah kerana stereotaip yang ada pada diri mereka yang
menganggap dadah adalah punca jenayah yang besar dalam negara. Senario ini membuktikan dari
statistik, sebanyak 25, 267 kes penyalahgunaan dadah dalam Malaysia pada tahun 2018. Umum kita
ketahui, dadah merupakan sejenis bahan atau ubatan yang memudaratkan diri sendiri dari segi emosi,
mental, fizikal serta tingkah laku. Tahukah kita, tanpa kita sedari bahawa kita sendiri telah menggunakan
beberapa jenis dadah dari beribu-ribu jenis dadah dalam kehidupan seharian sebagai ubatan untuk
meredakan kesakitan dan penyakit yang dihidapi. Malang tidak berbau, terdapat sesetengah golongan
yang telah menyalahgunakan dadah dan mereka terus ketagih dan bergantung hidup terhadap najis
dadah. Golongan ini selalunya memunyai masalah dan cenderung untuk menyelesaikan masalah dengan
mengambil dadah dan akhirnya menyebabkan mereka ketagih

Dari perspektif Islam, sesuatu perkara yang mendatangkan mudarat dan bahaya kepada diri sendiri
dan orang lain adalah suatu yang tercela dan diharamkan di sisi Islam. Hal ini dibuktikan melalui firman
Allah SWT di dalam Surah al - Baqarah, ayat 195 yang bermaksud “Dan janganlah kamu sengaja
mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”. Rentetan daripada itu, umat Islam diharamkan
dalam menjerumuskan diri ke dalam perkara yang boleh merosakkan diri sendiri seperti rokok, arak dan
termasuklah dadah. Akibat dari ketagihan terhadap najis dadah, pengguna sanggup bergadai harta
semata-mata dadah itu. Mereka ini akan sanggup melakukan apa sahaja sehinggalah sanggup mencuri,
merompak dan membunuh. Hal ini telah meningkatkan kadar jenayah dalam sebuah negeri dan negara.
Bukan itu sahaja, sekiranya umat islam yang terjerumus dalam jenayah tersebut, hal ini akan
menjejaskan imej Islam sebagai agama yang aman dan harmoni. Malahan, perkara seperti ini hanya
mendatangkan murka Allah SWT kerana melakukan apa yang dilarangnya.

Pada pandangan saya, pengguna dadah adalah insan yang tidak bermasalah pada asalnya dan hal ini
adalah kerana mereka juga manusia biasa yang menghadapi masalah yang tidak terduga dek kekangan
yang tertentu yang berlaku dalam kehidupan mereka. Oleh itu, kita sebagai orang sekeliling atau orang
awam tidak boleh melulu menghukum penagih dadah itu dan seterusnya mencop mereka sebagai
perosak negara atau agama. Kita perlu melihat lebih mendalam serta mengkaji latar belakang mereka
terlebih dahulu sebagai contoh kita boleh mendekatkan diri dengan golongan ini dengan berbuat baik
serta menasihati mereka dan memberi galakan kepada mereka untuk teruskan hidup sebagai seorang
yang normal dan biasa. Bukan itu sahaja, kita lihat pada hari ini ramai yang tidak mahu mendekati
mereka kerana takut terpengaruh tetapi tahukah kita bahawa mereka lebih cenderung untuk mendekati
najis dadah adalah kerana mereka sering berasa dipinggirkan. Suka saya ingatkan bahawa mereka
memerlukan orang sekeliling untuk memberi sokongan moral dan dorongan supaya mereka dapat keluar
dari dunia ketagihan terhadap najis dadah.

Pengalaman saya sendiri apabila berjumpa dengan seorang penagih dadah adalah pada mulanya saya
berasa takut dan cuba menjauhkan diri daripada golongan tersebut kerana tanggapan saya bahawa
mereka akan menghasut dan cuba mempengaruhi saya untuk mencuba najis dadah. Tetapi dalam masa
yang sama, saya berasa kasihan dan simpati dengan keadaan mereka dan saya akan memikirkan nasib
mereka serta keluarga mereka dan sejenak juga saya berfikir disebabkan kita tidak berada dalam situasi
mereka, kita boleh menghukum dan terus menghina golongan tersebut. Suka saya ingatkan bahawa
"Bagi beberapa orang, berfikiran negatif merupakan satu kebiasaan. Seiring dengan waktu yang berlalu
ia akan berubah menjadi satu tabiat. Seperti penyakit ketagihan arak dan dadah. Ramai orang yang
menderita akibat penyakit ini kerana tabiat negatif terhadap jiwa, tubuh, dan perasaan. Begitulah kalau
sesuatu itu sudah menjadi satu kebiasaan" (Peter McWilliams). Oleh itu, bak kata pepatah arab yang
bermaksud badan yang cergas otak yang cerdas. Pepatah ini menghuraikan seseorang badan yang sihat
mempengaruhi pemikiran dan jiwa seseorang supaya berfikiran posititif dalam semua perkara.

Di samping itu, faktor berleluasanya kes jenayah dadah ini adalah kerana pihak atasan yang berat
tangan untuk membendung masalah ini. Hal ini kerana tanggapan mereka bahawa penagih dadah adalah
susah untuk didekati dan membiarkan mereka tenggelam dalam dunia mereka. Hal ini tidak boleh
dibiarkan begitu sahaja, pihak atasan perlu memain peranan yang besar dalam membantu golongan
yang terdedah dengan najis dadah. Contoh usaha yang boleh dilakukan oleh pihak yang berkuasa adalah
dengan memperluas dan memperbanyak institusi pemulihan akhlak serta pusat serenti. Sebagai umat
Islam juga perlulah bertanggungjawab sebagai saudara sesama Islam dengan membantu golongan
tersebut dengan memberi kesedaran kepada mereka tentang banyaknya keburukan dadah berbanding
kebaikan. Sebagai contoh lagi, umat Islam perlu mecontohi Ustaz Ebit Liew yang merupakan seorang
berbangsa cina yang telah memeluk Islam sejak umur 12 tahun. Beliau seorang penceramah bebas yang
amat disegani dan selalu menyantuni masyarakat dengan penuh hikmah. Beliau juga selalu mendekati
dan menolong golongan seperti penagih dadah.

Intihannya, gejala dadah adalah datangnya dari masalah diri sendiri, keluarga, orang sekeliling dan
masyarakat itu sendiri. Mereka ini juga bertanggungjawab dalam berusaha untuk menjauhi dan
memerangi dadah serta membantu golongan yang sudah terjerumus supaya dapat keluar dari kancah
maksiat dan kebinasaan umat. Sebagai kalam akhir, memetik pantun daripada Mohamad Rozaimie
(2013):
Malaysia terkenal lagi disegani,

Islam hadhari sumber inspirasi,

Hidup sihat diri dihormati,

Jauhi rokok dadah dihindari.

Perwira berani pergi membela,

Menjaga negara korbankan jiwa,

Wahai insani bukalah mata,

Dadah berbahaya pembunuh manusia.

Senjata tajam sungguh bahaya,

Buaya berenang dihempap galah,

Biarlah mati dikenang bangsa,

Janganlah mati kerana dadah

Rujukan:

Mohd Rozaimie. (2007). Pantun Dadah.. Diakses pada 17 Februari 2020 dari
https://pantuncyber.wordpress.com/2007/07/06/pantun-dadah/

National Antidrug Agency. (2018). Drugs Statistics. Diakses pada 17 Februari 2020 dari
https://www.adk.gov.my/en/public/drugs-statistics/

Anda mungkin juga menyukai