Anda di halaman 1dari 1

Bismillahhirramanirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam


Keluarga Malaysia. Yang dihormati guru-guru serta rakan-rakan
seperjuangan sekalian. Berdirinya saya di sini pada pagi yang
bermakna ini, adalah untuk membuka minda dan ruang hadirin
sekalian bagi memikirkan tajuk hujahan saya pada pagi ini iaitu ‘Dadah
Musuh Negara’.

Seperti yang kita sedia maklum, dadah merupakan satu


ketagihan yang dapat merosakkan anak-anak bangsa kita pada masa
kini. Terdapat pelbagai bentuk dadah yang dapat diambil iaitu dalam
bentuk campuran cecair, gam, suntikan dan pil.

Rakan-rakan yang dihormati,


Dadah merupakan satu ketagihan yang amat susah untuk
dibanteras namun ianya dapat diatasi jika mendapatkan bantuan dari
pihak yang betul. Antara sebab-sebab utama berlakunya gejala ini
adalah kerana kekurangan kasih sayang dari keluarga dan juga
pengaruh rakan sebaya. Jika kita bergaul dengan rakan sebaya yang
salah, mereka akan mempengaruhi kita untuk mengambil dadah.

Saudara dan saudari yang dikasihi sekalian,


Tahukah anda bahawa dadah merupakan salah satu punca
utama yang menyebabkan peningkatan kes-kes jenayah seperti
pembunuhan dan kecurian dalam negara kita. Ini adalah kerana
kebanyakan penagih tidak mempunyai duit untuk membeli dadah.
Apabila mereka terdesak untuk membeli dadah, mereka sanggup buat
apa sahaja untuk mendapatkan duit termasuk membunuh.

Akhir kata, marilah kita sama-sama memerangi musuh negara kita ini
dengan membantu anak-anak Malaysia hidup secara sihat.

Sekian, Wabilahitaufik Walhidayah,

Wasalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai