Anda di halaman 1dari 10

Jenis,Sebab dan akibat penyalahgunaan dadah

Ng Tajuk Pembentangan Mingguan : Jenis,Sebab dan akibat penyalahgunaan dadah

Speaker : Thoo Mam Ting

Tarikh : 16/9/08 (Selasa)

Soalan : Pada pendapat anda,apakah yang boleh dilakukan oleh masyarakat untuk membantu menangani masalah penagihan dadah?

** Pendapat anda mestilah sekurang-kurangnya 150 patah perkataan ** Sila postkan pendapat anda sebelum tarikh : 18/9/2008 ** Bagi ahli yg ingin minta pertolongan dari wakil ICT untuk postkan pendapat anda,sila bagi kepada wakil ICT secepat mungkin sebelum hari penutup

Sekian,Terima kasih. over a year ago Kek Pada pendapat saya,masyarakat terutamanya media massa haruslah banyak mendedahkan iklan2 ttg penyalahgunaan dadah supaya remaja dpt mengetahui lebih mendalam ttg kesan2 dan jenis2 dadah dan dpt mengelakkan menjadi penagih dadah.media semasa tidak sepatutnya mengiklankan iklan yg berkait dgn produk2 terbaru,makanan segera,movie keganasan dll yg mempengaruhi pemikiran remaja.

Pihak sekolah pula perlu memberi penyelidikan ttg pembahayaan dadah dr sekolah rendah supaya mereka dpt menimba pengetahuan ttg dadah.kebanyakkan sekarang Cuma mandedahkan pengetahuan dadah di sekolah menengah dan telah mengabaikan sekolah rendah.saya rasa kanak2 jika diberi didikan awal ttg dadah kpd mereka,dlm pemikiran mereka akan tahu dadah itu bahaya dan tidak boleh disentuh.pihak sekolah harus menjemput badan/organisasi berkenaan utk memberi ceramah atau mendedahkan ilmu dadah kpd kanak2 sekolah rendah.pihak sekolah harus bertanggungjawab.

Rakan sebaya juga memainkan peranan penting dlm masyarakat.sebagai rakan sebaya adalah memberi atau membantu kawan2 dan bukan sebaliknya menganiayai mereka dgn mengajar mereka merokok,menghisap dadah,melakukan gejala jenayah dll.

Yg paling sekali adalah penagih dadah itu sendiri.penagih dadah itu haruslah sedar bahawa dadah adalah benda yg tidak sepatutnya disentuh(bukan ubat yg dikenali sebagai dadah yg diberi oleh doktor).jika seseorg itu masih terikat dgn dadah,macam mana masa depan dan kehidupan seterusnya!sebelum menagih dadah haruslah berfikir ttg keluarga kita terutamanya ibu bapa.ibu melahirkan kita sebenarnya memberi harapan kpd kami supaya tidak berlaku apa2 kejadian.JADI JANGANLAH MENJATUHKAN MARUAH DIRI DAN SEHARUSNYA MENJAGA HARGA DIRI. over a year ago Chew pada pendapat saya,masyarakat tidak wajar memulaukan individu yang ingin berhenti dari penagihan dadah kerana ini akan menyebabkan mereka berasa terasing di muka bumi ini..ini juga akan menyebabkan mereka kembali ke dunia asal mereka.kerana bagi mereka dunia sebelum ni lebih menyeronokkan..selain itu,masyarakat juga harus memberikan nasihat,bimbingan dan dorongan kepada mereka agar mereka tidak tersisih.. Masyarakat seperti para penaga juga tidak harus beranggapan bahawa mereka ini tidak berguna..segelintir daripada mereka juga merupakan pelajar kelulusan universiti..hanya kerana keimanan yang tidak kuat menyebabkan mereka terdorong ke arah itu..Pihak sekolah juga boleh mengadakn pelbagai program kepada para pelajar.contoh,pendidikan atau ceramah..bagi mengelakkan mereka berasa boring,wajar sek menyediakan kuiz2 bagi menarik minat mereka..sedikit sebanyak dapat memberikan maklumat kepada mereka..Pihak sekolah merupakan institusi pelajaran bagi setiap kanak2 kerana sudah tentu akan memasuki alam persekolahan..Sebagai seorang rakan sebaya wajarlah memberikan nasihat kepada mereka..Namun jangan cepat terpengaruh dengan kata-kata manis mereka..Kerana sepatutnya ingin menolong,tetapi sendiri yang terjerumusNamun yang boleh mengubah nasib sendiri ialah bergantung kepada diri sendiri..Walau apapun orang nasihat,ia tetap dengan pendiirian sendiri..Jadi kebahagiaan pada terletak pada tangan kita..Jdi coraklah kehidupan kita dengan berfaedah.. over a year ago Lim Pada pendapat saya , masyarakat telah memainkan peranan yg penting dlm membantu menangani masalah penagihan dadah,umumnya pihak sekolah harus menitikberatkan isu ini di sekolah melalui Kempen Anti-Dadah , Rakan Muda , Kelab-kelab pencegahan penagihan dadah(SLAD) , pameran

tentang kebahayaan dadah , lawatan melawat ke pusat serenti , pertandingan melukis poster dan sebagainya. Anjuran aktiviti-aktiviti ini adalah dengan tujuan utk membolehkan pelajar-pelajar mengetahui jenis , kesan dan akibat penagihan dadah serta kesengsaraan dan penderitaan seseorang yg dlm kawalan dadah.Maka,ini akan membantu para remaja menghindari dan menjauhi najis dadah.

Selain itu, kita sebagai ahli masyarakat patut berkerjasama dengan polis jika mendapati sebarang kes berlaku yg berkaitan dgn penagihan dadah atau serbuan dadah supaya pihak yg terbabit boleh diambil tindakan undangundang.Jika org ramai rela berkerjasama utk membanteras najis dadah,saya beryakin bahawa kadar masalah ini dapat dikurangkan kian hari.Sya yakin wujudnya penagih dadah di sekeliling kita yang mungkin merupakan ahli keluarga,saudara- mara,kawan,rakan sekerja ataupun org yg langsung tidak berkaitan dengan kita.Adakah kita rasa hindar atau benci dengan golongan itu?Kita tidak harus menghindari atau memulaukan golongan penagih dadah tersebut dengan ada rasanya perbezaan status tetapi kita harus mengalakkan mereka utk membebaskan diri drpd penagihan dadah.Cthnya,mengalakkan mereka masuk ke pusat pemulihan ,memberikan sokongan agama ,banyak mengasihi dan mengambil berat keadaan mereka .

Dengan ini ,saya harap masyarakat akan berusaha membantu golongan penagihan balik ke pangkal jalan dan dapat berubah dan bebas dari pengaruh dadah itu.

over a year ago Chui

Pada pendapat saya, saya rasa anggota masyarakat boleh menganjurkan banyak aktiviti- aktiviti yang menarik kemasyarakatan terutama penagih dadah seperti ceramah, penerangan yang mengenai apa yang boleh mereka patut buat, bagaimana keluarga penagih dadah membantu mereka membina semula keyakinan, dan sebagainya. Masyarakat juga boleh bekerjasama dengan pihak media massa. Pihak media massa boleh menyalurkan maklumat yang berbentuk pengetahuan tentang dadah kepada masyarakat dan mereka boleh mengadakan kuiz kerana ia adalah satu cara yang cepat dan efektif. Selain itu, pihak media massa juga boleh memapar kisah-kisah benar yang berkaitan dengan kesengsaraan akibat dadah yang berlaku di sekeliling kita agar kita boleh mengetahui cerita itu dan boleh mewujudkan kesedaran dalam diri mereka yang tidak mengambil dadah. Anggota masyarakat haruslah meluangkan masa untuk berbual-bual dengan mereka agar mereka tidak berasa diketepikan dan tidak berasa dipandang rendah. Dengan ini, barulah penagih dadah boleh membina keyakinan diri dan berasa gembira. Anggota masyarakat yang melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti tanpa mengira meraka yang menyumbangkan masa, tanaga untuk membentuk generasi tanpa dadah terutama pemimpin masyarakat. Ini kerana hanya pemimpin yang benar-benar komited dengan masalah ini akan berjaya membentuk generasi tanpa dadah. over a year ago Ng Sblm memulakan pendapat saya,saya ingin memperkenalkan seorang pakar doktor untuk memulihkan penagih dadah/alcohol yg terkenal iaitu Dr Alex Wodak dari Australia.Cara2 Dr Alex ini utk memulihkan & mengurangkan kadar pesakit AIDS adalah agak unik & nampaknya tidak begitu logic tetapi ia berkesan!Cara2 / aktiviti yg diperkenalkan oleh Dr Alex ini dikenali sbg Harm Reduction Program.Maksudnya adalah mengurangkan kadar keburukkan.Bagaimana unik?Secara logiknya,kami akan hantar penagih dadah yg serius ke pusat serenti utk menerima rawatan dari segi fizikal & mental spt pada peringkat pertama,mereka akan berkurung penagih tersbut di sebuah bilik selama beberapa hari utk menekan ketagihannya,kemudian memulakan pengambilan ubat-ubat yg dikhaskan utk membuang ketegihan dadah & seterusnya menjlnkan aktiviti utk membahagikan focus penagih tersbut drpd ketagihan spt kaunselortetapi cara yg digunakan oleh Dr Alex ini adlh dengan memberi sejenis dadah yg bersifat tidak serius dlm ketagihan iaitu Methadone kpd penagih2 mengambil makan utk menekan ketagihannya yg serius utk keinginan mengambil dadah yg bersifat bahaya spt Heroin.Dadah Methadone ini diambil secara makan & tidak perlu melalui apa2 alatanTujuannya adalah utk membantu penagih yg serius membuang ketagihan secara ansuransuran dengan mengambil dadah yg tidak sebahaya dgn dadah yg bahaya spt Heroin..dan lama kemudian,penagih tersebut akan mula mengurang pengambilan dadah yg berbahaya & seterusnya mula menerima rawatan drpd pusat serenti utk menbuang ketagihan.tindakan Dr Alex ini memang tidak disetujui oleh orang ramai pd mulanya,tapi setelah cara ini telah digunakan dlm sekian masa,memang blh nampak kesannya telah mengurangkan kematian penagih yg mati akibat ketagihan & ia memang berkesan utk pemulihan penagih.Selain itu,Dr Alex juga tlh menjalankan 1 aktiviti iaitu memberi perkhidmatan pertukaran jarum suntikan baru secara percuma kepada penagih & mengambil jarum suntikan yg tlh digunakan oleh penagih2 itu & membuangkan.Tindakan ini adalah utk mengurangkan kadar perkongsian jarum suntikan oleh penagih & menimbulkan penyakit AIDS dan penyakit lain2.Dr Alex memulakan aktiviti ini kali pertama pada tahun 1986 di Australia,dan kenyataan juga membuktikan bahawa beliau memang telah berjaya mengurangkan kadar penyakit AIDS di kalangan penagih di negara tersebut.

Pada pendapat saya,cara2 & tindakan Dr Alex ini adalah 1 contoh yg baik utk memberi bantuan daripada masyarakat kpd penagih2.Kemungkinan anda semua tdk blh menerima cara2 Dr Alex ini,tetapi fakir secara dlmnya,adakah ini adalah cara yg terbaik utk mengurangkan pertambahan penagih yg mendpt penyakit AIDS & mati akibat ketagihan?Pada pendapat saya,sukarnya utk dunia ini mencapai kebebasan drpd dadah,kebebasan drpd rokok,kebebasan drpd alcoholselagi wujudnya manusia & nafsudi dunia ini.Tetapi bukan maknanya kita blh buat tidak tahu & tidak mengambil tahu apa2 tentang gejala yg serius ini.Saya rasa apa yg blh kita buat adlh mengurangkan kadar Ia memasuki kehidupan remaja2 di Msia dgn sedaya upaya.2 tahun yg lalu,Msia AIDS Council telah mengguna cara yg diperkenalkan oleh Dr Alex iaitu Harm Reduction Programiaitu memberi pertukaran jarum suntikan dgn penagih,mengedar kondom,rawatan pemulihan ketagihan dgn mengambil Methadone..walaupun tindakan program ini tlh menimbulkan byk suara yg tidak setuju cara2 ini,tetapi statistik selepas 2 thn menunjukan program ini memang berkesan utk mengurang kadar penyakit AIDS & berjaya membuang ketagihan penagih yg menerima rawatan. over a year ago Tang 1.)masyarakat boleh mengadakan kempan derma duit untuk menbina pusat pemulihan dan pencegahan bagi menolong penagih yang betul betul ingin berhenti mengambil dadah...selain itu duit derma ini boleh digunakan untuk mengupah orang yang peramah dan berminat untuk menbantu penagih serta mepapakan iklan kepada orang ramai bagi mencari orang yang sukarela untuk menbatu penagih tersebut... 2.)menyediakan peluang pekerja atau jawatan kosong untuk penagih.hal ini boleh mengisi masa mereka dengan pernuh supaya mereka dapat mengetepikan tagihan mereka di samping tidak menghabiskan masa penagih dengan aktiviti yang tidak berfaedah termasuklah terlibat dengan gerjala atau kes jenayah...dan dapat mengurangkan masa atau peluangan penagih mencari, bergaul serta berjumpa dengan rakan-rakan yang menberi ajaran sesat ,yang mengajak untuk menagih dadah mahupun penagih-penagih lain.. 3.)mengadakan kempen atau ceramah yang boleh memberi nasihatmahupun yang boleh memberi ikhtibar kepada penagih.mengeluarkan idea-idea dan juga ajaran-ajaran yang boleh mengukuhkan "willpower" mereka serta menambahkan keyakini mereka bahawa mereka memang boleh menghentikan menagih dadah.mereka juga harus didedarkan dengan contoh-contoh bahawa dadh boleh membawa maut.dan bagaimana seseorang penagih itu mati..lebih baik jika ada contoh yang ngeri.. 4.)sentiasa ingatkan mereka bahawa mereka disayang oleh ahli keluarganya.ahli keluarganya sedih apabila menampakdan melihat terutamanya ibu mereka.dan tayangkan kisah benar dengan kasih sayang ibu,bagaimana ibu meraka mengandung merekadan juga proses mereka dilahirkan..kesakitan ibu mereka.jikalau boleh tayangkan juga kisah benar kesaikatan seorang ibu apabila kehilang seorang anak bekas penagih bagi memberi kesedaran kepada penagih.ahli keluarga juga harus sentiasa memberi sokongan atau dorongan kepada ahli keluarga yang merupakan penagih serperti apa yang dipaparkan dalam salah satu isu semasa yang diberikan oleh Man Ting hari selasa.

over a year ago Leong Pada pendapat saya,saya rasa bahawa masyarakat boleh membantu dengan menyertai pelbagai pertubuhan yang ditubuhkan oleh kerajaan dan bukan kerajaan(NGO).Contohnya seperti pelajar,mereka boleh menyertai persatuan SLAD.Selain itu,persatuan lain juga boleh mengadakan lawatan sambil belajar ke pelbagai jabatan ataupun kementerian untuk mewawancara pakar-pakar dadah.Dengan maklumat yang dikumpul,ahli-ahli persatuan boleh mengadakan pameran,ataupun ceramah bagi berkongsi pendapat serta berkongsi ilmu tentang dadah dengan para pelajar lain. Masyarakat diluar daripada sekolah seperti mereka yang telah bekerja boleh membantu dengan bersama menjayakan program serta aktiviti yang diadakan oleh kerajaan.Kerajaan selalunya akan mengadakan ceramah-ceramah dan memberi kertas-kertas kepada rakyat di tempat awam tentang dadah.Jika masyarakat sanggup meluangkan sedikit masa untuk aktiviti-aktiviti seperti ini,maka program2 kerajaan akan berjaya dan secara tidak langsung dapat menarik lebih ramai orang untuk menyertainya.Kesannya,masyarakat akan mendapat tahu tentang bahayanya dadah lalu menjauhinya. over a year ago habibah Pada pendapat saya, banyak perkara yang boleh dilakukan oleh semua lapisan masyarakat untuk membendung masalah penagihan dadah. Lapisan masyarakat pertama yang perlu membantu membendung masalah ini adalah pendidik iaitu guru-guru di sekolah. Mereka perlu sentiasa mengingatkan pelajar yan g mempunyai tanda-tanda ke arah penagihan dadah tentang kesan-kesan yang akan dihadapi jika terjerumus ke kancah penagihan dadah. Tetapi janganlah hanya mengingatkan pelajar-pelajar yang berpotensi menagih dadah sahaja, mereka juga perlu member peringatan kepada semua pelajar tidak kira jantina, umur dan bangsa. Lapisan masyarakat yang kedua adalah pekerja-pekerja yang bekerja di agensi-agensi yang terlibat tidak kira agensi kerajaan atau bukan kerajaan. Mereka perlu membuat kempen tentang kesan-kesan buruk penyalahgunaan dadah dan sebab sebenar dadah digunakan. Mereka perlu membuat kempen secara besar-besaran sama ada di sekolah atau di luar sekolah. Mereka juga perlu menjemput orang-orang tertentu untuk memberi ceramah di sekolah-sekolah, institute pengajian tinggi tentang sebab, dan kesan penyalahgunaan dadah. Hal ini demikian kerana hampir 20 peratus penagih dadah adalah di kalangan pelajar-pelajar sekolah. Lapisan seterusnya adalah media massa. Media massa perlu menyiarkan movie-movie atau cerita-cerita tentang bahayanya dadah. over a year ago Pavi Pada pendapat saya, banyak perkara yang boleh dilakukan oleh masyarakat untuk membantu menangani masalah penagihan dadah. Antaranya adalah, dengan mambuat banyak kempen tentang dadah di sekolah-sekolah atau institusi-institusi pengajian tinggi. Hal ini disebabkan 20% penagih dadah adalah terdiri daripada pelajar.selain itu, masyarakat juga tidak patut memandang serong kepada penagih dadah, mereka perlulah memberi sokongan moral dari segi sosial dan rohani. Seperti

yang kita tahu, sudah menjadi lumrah manusia untuk membuat kesilapan. Kita perlulah memaafkan mereka yang membuat salah dan bersyukur kepada tuhan kerana menyedarkan mereka dan membawa mereka ke jalan yang benar. Masyarakat juga berperanan sebagai penjaga, pendidik dan berbagai-bagai lagi. Sebagai seorang yang berja masyarakat perlulah sentiasa memantau pergerakan anak-anak mereka dengan mengetahui dengan siapa mereka berkawan dan mengaturkan jadual harian mereka dengan aktiviti yang erfaedah. Hal ini perlu dilakukan supaya reamaja-remaja tidak mengisi masa lapang tersebut dengan aktiviti yang tidak berfaedah. Masyarakat yang memikul tugas sebagai pendidik pula perlu mendidik anak murid mereka tentang kesan-kesan buruk penagihan dadah supaya mereka tidak terjerumus ke kancah penagihan ini. Pendidik juga perlulah sentiasa memantau pergerakan anak murid mereka dan mendekatkan diri mereka kepada anak murid mereka. over a year ago Mt

Saya berpendapat bahawa semua masyarakat haruslah bersepakat untuk bersama-sama untuk menangani masalah ini dan cuba mengelakkan menganjurkan program atau aktiviti secara individu tetapi lebih baik buat dalam sebuah kumpulan. Contohnya, semua anggota masyarakat perlu berganding bahu untuk memberi tumpu perhatian yang sepenuhnya terhadap penagih dadah dan mereka tidak harusnya melihat penagih dadah sebagai orang yang pelik dan jahat tetapi mereka haruslah melihat mereka dengan fikiran yang positif seperti kalau ada saudara-mara atau kawankawan yang mengambil dadah, seharusnya memberi dorongan dan sokongan yang tidak berputus asa terhadap mereka. Selain itu, kita juga sebagai anggota masyarakat juga boleh memberi nasihat kepada ahli keluarga penagih dadah supaya keluarga penagih dadah ini tidak akan memandang rendah terhadap mereka yang mengambil dadah malah ahli keluarga akan menjadi sebagai motivasi untuk penagih dadah tersebut dan mereka juga tidak berasa tersisih daripada ahli keluarga dan masyarakat. Masyarakat mungkin juga boleh bersepadu untuk menubuhkan sebuah pertubuhan sukarela kepada sesiapa yang ingin menjadi ahli dan bersama-sama untuk membasmi dadah dan menangani masalah penagihan dadah di kalangan remaja. Selain itu, masyarakat yang melibatkan diri dalam pertubuhan sukarela ini mungkin perlu mengorbankan masa, tenaga, dan wang untuk membentuk sebuah generasi yang bebas daripada dadah walaupun hasrat ini sukar untuk mencapai tetapi saya rasa ini merupakan suatu cabaran yang harus ditangani melalui bekerjasama pelbagai pihak. Contohnya, pertubuhan sukarela ini mungkin boleh menghulurkan bantuan dari segi kewangan atau bantuan fizikalnya kepada agensi kerajaan atau NGO supaya masalah yang besar dapat menangani dengan campurtangan anggota masayarakat. Oleh itu, sebagai masyarakat yang bertanggungjawab perlu bersedia untuk menyahut cabara ini dan membasmi masalah penagihan dadah bersama-sama. over a year ago Sajadatul

penagihan dadah kebnykan nya berlaku dlm kalangan mereka yg mempunyai mslh...ttp ada juga di antara mereka yg menagih bukan kerana menghadapi mslh ttp lbh kpd keseronokan dan ingin mencuba...msykt seharusnya membantu penagih2 yg menghadapi mslh ini...memberi bantuan spt kaunseling,dan mewujudkan hubungan yg rapat dgn penagih2 ini dpt menyedarkan penagih2 ini bhw msh ada yg mengambil berat ttg diri mereka... walaupun msykt kini ramai yg memandang serong dgn penagih2 dadah ini,namun msh ada ahli msykt yg berhati mulia yg sudi mengambil berat ttg diri mereka...mslh penyalahgunaan dadah kini bukan shj berlaku pd golongan sederhana bahkan pd golongan profesional...media massa, kerajaan,bdn bukan kerajaan dan agensi2 swasta seharusnya bersama2 membantu menangani mslh ini kerana mereka juga berperanan sbg masyarakat...pengukuhan mengenai bhya dadah harus disebarkan di kalangan masykt tdk kira peringkat umur...ini dapat membantu penyalahgunaan berleluasa dgn lebih teruk lg...sejujurnya bukan mudah untuk mengatasi mslh dadah ini kerana hal ini bukan setahun yg lalu berlaku bahkan telah bertahun2...jadi untuk mengatasinya sy rasa agak sukar ttp untuk mengurangkan kadar penyalahgunaan dadah ini mempunyai peratus yg tinggi dimana jika wujudnya kempen2 dan kawalan yg ketat dan hukuman yg berat sy rasa mereka yg tdk terlibat akan takut untuk menyentuh dadag ini... over a year ago Reveni Pada pendapat saya, masyarakat memainkan peranan yang sangat penting dalam menangani masalah penagihan dadah.Masyarakat harus melaporkan tempat penagih dadah atau ternampak penagih dadah dikawasan yang mencurigakan ,mereka harus melaporkan kepada pihak berkuasa.Masyarakat terutamanya,pemimpin atau ketua taman dan kampung harus mengadakan kempen mengenai dadah dan bahaya dadah.Mereka juga harus mengadakan aktiviti yang berfaedah seperti aktiviti gotong-royong atau majlis keramaian untuk menyedarkan penagih dadah. Pihak sekolah pula harus mnganjurkan ceramah berkaitan dadah dan menyedarkan mereka dengan memberikan bimbingan kaunseling kepada pelajar yang terlibat.Mereka juga harus mengadakan aktiviti yang menarik di sekolah supaya pelajar dapat mengelakkan diri daripada penyalagunaan dadah. Anggota keluarga juga memainkan peranan yang penting dalam mngatasi masalah ini.Mereka harus memberikan sokongan supaya mereka dapat meneruskan hidup dengan gembira.Mereka juga harus memberikan dorongan untuk memajukan diri dan kerjaya.Mereka tidak harus mengasingkan dan menghina mereka kerana ini akan menyebabkan mereka terlibat dalam penagihan dadah semula. over a year ago Akemi saya ada satu cerita..... hheheh....... banyak betul cerita saya ini kan?? Begini cerita nya bermula.... Mak saya nie boleh dikatakan VIP dekat kampung saya nie lah... So.. Kadang- kadang orang akan bercerita... Mak saya nie suka dengaar cerita tapi tak suka bawak cerita... Nasib bbaik lah mak saya bukan jenis 'internet bergerak'........ So, one day... Saya tanya mak saya pasal dadaah... Then maak saya cerita lah yang pengalaman semasa dia bekerja kat penjara dan saya

dengar jjer lah... Lepas tue... Mak saya cerita pasal salah seorang cikgu kat kampung saya ini... Anak cikgu nie merupakaan seorang penagih... Seluruh kampung tahu paasal anak dier nie... Tapi anak dier nie bukan laah jenis penagih yang selekeh n stuff... Tak bekerja n sangat di sayangi oleh parent dier lah... Cuma masalaahnya... Sebab parent dier nie terlalu sayang kat dier telah membuatkan mak dier sangup membelikan daadah untuk anak dier.... Selang dua hari jer mak dier akan beli... Hharga semua rm 50 ke atas... Bila mak saya tanya.... Dier jawab ubat untuk anaak dier... Mak saya dah mula syak laah coz ubaat ape yang sikit sanagt tapi ahrgaa mahal betul.... Melalui cerita ini saya pernah terfikir... Kenapa orang ramaai hanya tahu mengata orang sedang kan diorang tak buat tindakkan apa- apa.... Sebenaar nay cerita tue berlaku tahun ini gak... Mana polis dalam hal ini?? Mana kerajaan yaang di bangga- bangga kan?? Mana masyarakat??? Kalau saya sentuh pasal kerajaan kang tak pasal- pasal saya masuk ISA... Takut jugak kan??!! Tapi saya wonder... Mana diorang nie??? Kerajaan??? Saya rasa saya boleh jer agaknya bawak dadah maacam dlam bentuk serbuk tue kemana- mana... Agak nay saya bagi dekat kawan sayaa depan sekolah pon paasti atk ada orang yaang akn perasan.... Masarakat zaman sekarang ii hanya tahu ambil tahu pasal keburukan oraang... Mengumpat orang... Sibuk pasal oarng lain... 'Drop' oarng lain... tapi tak ada tindakkan.... Saya tak kata mereka jer... Saya pon apa kurang nya... Semua manusia samaa... Tapi kenapa kalau diorang nak tahu sangat pasal busisness orang lain... Npa diorang tak buat apa pa pasaal kes dadah??? Saya berani jamin haanya 15% manusia dalam malaysia nie ambil tahu pasal masaalah dadaah... Kadang- kadang saya rasa tak guna buat kempen aanti dadah nie... Diorang maacaam taak ambil peduli lansung... Kalau saya punya kuasa... Saya teringin interview semua pelajar dalam sekolah itu and saya naak buat penilaian saya sendiri... Betul tak apayaang sayaa katakan bahawa tak ramai yang ambil peduli pasal dadah... Agak nya kalau daah kene batang hidung sendiri... Baru diorang sedar... Kalau nak tahu pendapat saya... Apa yang saya cerita inilah pendapat saya... Sorry if i hurt anybody feeling.... over a year ago Post Deleted over a year ago Joanna Pendapat saya ialah masyarakat harus memberikan perhatian dalam menangani penyalahgunaan dadah.Masyarakat boleh menangani penyalahgunaan dadah melalui media massa,NGO,kempenkempen dan sebagainya.Dalam media massa mesti memberikan sebarang maklumat yang berfaedah seperti iklan tentang menangani dadah atau kesan mengambil dadah dan lain-lain untuk menggelakkan masyarakat mengambil dadah.Jiran juga memainkan peranan yang penting apabila nampak ada anak sedang mengambil dadah mesti segala menghubungi ibubapa mereka supaya mereka boleh mengambil tindakan.Selain itu,NGO mesti memberikan kerjasama iaitu boleh mendapat bantu dengan apa-apa masa kerana apabila ada orang ingin mengambil dadah boleh menerima bantuan seperti kauseling.Saya juga rasa pihak sekolah harus memberikan ilmu tentanng dadah dan menubuh kelab-kelab yang menangani dadah seperti SLAD kerana apabila pelajar-pelajar sudah keluar sekolah,mereka masih ingat tidak boleh mengambil dadah.Di samping itu,pihak sekolah boleh mejalankan lawatan di agansa-agensi antidadah dan sebagainya.

over a year ago Devi Penagihan dadah merupakan gejala sosial yang kian meruncing di Malaysia. Kegiatan penyalahgunaaan dadah yang berleluasa akan membawa mudarat kepada masyarakat dan negara, khususnya dari segi keselamatan negara dan kesihatan manusia. Pada pendapat saya, masyarakat berperanan penting dalam mengurangkan masalah penagihan dadah di Malaysia. Masyarakat perlu ada rasa tanggungjawab terhadap individu di sekeliling mereka. Mereka tidak harus berdiam diri jika melihat ada antara pemuda yang menagih dadah. Tindakan untuk melaporkan kepada pihak berkuasa amatlah wajar tanpa rasa takut atau kasihan kepada penagih dadah. Tindakan berani masyarakat sedikit sebanyak dapat membantu pihak berkuasa dalam mengurangkan penyalahgunaan dadah. Selain itu, masyarakat juga harus memberikan sokongan moral kepada bekas-bekas penagih dadh, bukan mencemuh mereka bagi memastikan mereka tidak kembali kepada kegiatan yang tidak bermoral itu lagi. Masyarakat juga harus menerima kedatangan merka dengan gembira dan membimbing mereka ke arah hala hidup yang betul. Masyarakat harus memberi peluang kepada mereka menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di taman atau kampung supaya mereka tidak terasing. over a year ago

Anda mungkin juga menyukai