Anda di halaman 1dari 16

MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA

AYAT PASIF

Ayat aktif ialah ayat yang mempunyai kata


kerja transitif yang berawalan meN-,
mempeR-, apitan meN-…kan, meN-…I,
mempeR-…kan, dan mempeR-…i, seperti
yang terdapat dalam contoh yang berikut.
 Pemuda itu menderma darah
 Pak Husin memperbesar rumah itu
 Dia mengumpulkan setem sejak
umurnya 10 tahun lagi
 Saroja ingin menemui pengetua untuk
meminta kebenaran membawa
anaknya pulang.
 Hang Tuah ingin memperhambakan
dirinya kepada Sultan Melaka sehingga
akhir hayatnya.
 Pengetua mempersetujui cadangan
yang diberikan oleh cikgu Hamid
Ayat aktif memberikan
penekanan kepada pelaku
yang terdapat dalam subjek
dan mempunyai objek yang
terdapat dalam predikat.
Subjek Predikat

Kata kerja transitif Objek


1. Pemuda itu menderma darah
2. Pak Husin memperbesar rumah itu
3. Dia mengumpulkan setem sejak umurnya 10 tahun
lagi
4. Saroja menemui pengetua untuk meminta
kebenaran membawa anaknya
pulang
5. Hang Tuah memperhambakan dirinya kepada sultan Melaka
sehingga akhir hayatnya.
6. Pengetua mempersetujui cadangan cikgu Hamid
Rajah 1
1. Pemuda itu menderma darah

Dalam ayat 1 di atas, frasa nama [Pemuda itu]


bertugas sebagai subjek. Frasa nama
[darah] bertugas sebagai objek kepada
kata kerja transitif [menderma]. Dari segi
maknanya, subjek [pemuda itu] menjadi
pelaku, dan objek [darah] menjadi
pencerita, iaitu dikenai kesan kata kerja
transitif [menderma] .
Oleh itu, apabila subjek dalam
sesuatu ayat menjadi pelaku,
dan objeknya menjadi
pencerita, maka ayat tersebut
disebut ayat aktif transitif.
Semua ayat aktif dengan kata
kerja transitif dapat ditukar
kepada ayat pasif. Oleh itu, ayat-
ayat yang terdapat dalam
jadual dapat ditukar kepada
ayat pasif.
Subjek Predikat

1. Darah [ pencerita ] diderma oleh pemuda itu

2. Rumah itu [pencerita] Diperbesar oleh Pak Husin

3. Setem [pencerita] dikumpulkannya sejak umurnya 10


tahun lagi

4. Pengetua [pencerita] ditemui oleh Saroja untuk meminta


kebenaran membawa anaknya
pulang
5. Dirinya [pencerita] diperhambakan oleh Hang Tuah
kepada Sultan Melaka sehingga
akhir hayatnya.
6. Cadangan cikgu Hamid dipersetujui oleh pengetua.
[pencerita]
Rajah 2
 Dalam ayat pasif, frasa nama dalam
subjeknya menjadi pencerita kerana dikenai
kesan kata kerja pasif. Semua ayat aktif
transitif dapat ditukar kepada ayat pasif.
 Berikut ialah imbuhan yang digunakan untuk
membentuk kata kerja pasif.
 Awalan di-, Awalan rangkap dipeR-, Apitan
di-...-kan, Apitan di-...- i, Apitan dipeR-...-
kan, Apitan dipeR-...- i
AYAT PASIF DIRI KETIGA

Kesemua imbuhan tersebut


merupakan penanda kepada
ayat aktif berawalan di- atau
dikenal juga sebagai ayat
pasif diri ketiga.
Cuba perhatikan rajah 2 , imbuhan
yang digunakan diikuti oleh frasa
sendi yang terbentuk daripada kata
sendi [ oleh ] serta frasa nama
sebagai objek, maka ayat itu dikenal
sebagai ayat pasif diri ketiga.
Lazimnya, ayat pasif diri ketiga
menggunakan kata ganti nama orang
ketiga seperti dia, beliau, baginda dan
mereka. Kadang-kadang terdapat kata
ganti nama diri atau gelaran seseorang
seperti Zanalhisham, Johar, nenek
mereka, ibuku, abangku, dsb digunakan
dalam ayat pasif diri ketiga.
AYAT PASIF DIRI PERTAMA dan
AYAT PASIF DIRI KEDUA
 Merujuk kepada ayat yang mepunyai kata kerja
TANPA AWALAN meN- serta DIDAHULUI OLEH KATA
GANTI DIRI PERTAMA. Seperti saya, beta, patik,
kami, kita.

Ayat contoh:
 Makalah itu telah saya baca

 Hutangnya telah saya jelaskan

 Budak itu telah saya nasihati minggu sudah.


 Ayat pasif diri kedua ialah ayat yang
mempunyai kata kerja tanpa awalan meN- serta
didahului oleh kata ganti diri kedua seperti
kamu, kalian, tuan, puan, saudara, saudari dsb.
Ayat contoh:
 Duit syiling itu telah anda ambil semalam

 Nenek telah anda ziarahi

 Tempat itu telah kamu kunjungi.


TUGASAN 1
Tukarkan ayat-ayat aktif di bawah ini kepada ayat-ayat
pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
 Bekas Menteri Besar berharap negeri itu akan
terus maju dan penggantinya akan mentadbirkan
negeri itu dengan sebaik-baiknya.
 Sultan telah memperkenankan pengganti Menteri
Besar yang dicalonkan itu.
 Perdana Menteri akan menyerahkan watikah
pelantikan rasmi kepada baginda pada besok pagi.
TUGASAN 2
KENAL PASTI AYAT PASIF PADA PETIKAN DI BAWAH.
“Cikgu menjemput Mariah ke bilik ini bertujuan murni.
Anggaplah pertemuan ini sebagai seorang kakak
dengan adiknya.”
Kata-kata itu dirasakan oleh Mariah sebagai
kemasukan beberapa teguk air zamzam ke dalam
kerongkong yang kehausan.
“Maksud Cikgu?
Cikgu Tini mengambil sekeping kad berwarna merah
jambu. Dia meletakkan kad itu di hadapannya. Dia
merenung beberapa saat ke atas tulisan di atas kad itu.
“Cikgu lihat keputusan ujian Mariah bulan lalu cukup
mengecewakan.”

Anda mungkin juga menyukai