Anda di halaman 1dari 20

NAMA SUBJEK

PENDIDIKAN MORAL

KOD SUBJEK
MPU2323

NAMA PENSYARAH
ENCIK ABDUL HALIM BIN ABDUL GHAFFAR

TAJUK
PENYALAHGUNAAN DADAH

TARIKH HANTAR
26 OKTOBER 2021

NAMA NO KAD NO MATRIK PROGRAM


PENGENALAN
SIVANESWARY A/P 020122-04-0018 DSM2020/120003 DSM
CHANDRA SEGAN
PRAVINA A/P 010920-10-0776 DSM2020/120014 DSM
PARAMESWARAN
LOGESWARY A/P 010908-01-1578 DSM2020/120037 DSM
KARNAN
YASHINI A/P S. 981120-01-6690 DSB2019/060716 DSB
BALASUBRAMANIAM
PENGHARGAAN

Akhirnya kami mampu menyiapkan tugasan projek Pendidikan Moral secara


berkumpulan bagi tahun 2021 kami merasakan projek ini tidak dapat disempurnakan
tanpa bantuan dan bimbingan dari Encik Abdul Halim Bin Abdul Ghaffir. Kami sangat
berterima kasih kepada tuan.

Beliau dapat memberi penerangan tentang cara melakukan kerja khusus ini. Walaupun
beliau sibuk akan tetapi beliau ada masa untuk bersama kumpulan kami dalam
penerangan tentang kerja khusus berkumpulan ini.

Akhir sekali kami berharap agar segala tugasan yang kami hasilkan dapat menambah
ilmu pengetahuan dan memberi manfaat kepada kami semua dan tiada berlaku sebarang
kesilapan dan kesalahan dalam projek ini.
ISI KANDUNGAN

NO. ISI KANDUGAN MUKA SURAT

1. Objektif 1
2. Pengenalan 2

3. Apa itu dadah 3

4. Siapa ketagihan dengan dadah 4-5


5. Punca-punca penyalahgunaan dadah 6-8
6. Penyakit yang akan dihadapi ketika mengambil dadah 9-10
7. Langkah-langkah mengatasi penyalahgunaan dadah 11-12
8. Kesimpulan 13
9. Keadah kajian 14
10. Lampiran 15-17
OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian kami semasa melakukan laporan tersebut:

Apakah it dadah?
Mengkaji siapa yang ketagih dengan dadah.
Punca atau sebab penggunaan dadah.
Penyakit yang akan dihadapi ketika mengambil dadah.
Langkah- langkah mengatasi penyalahgunaan dadah.

1
PENGENALAN

Penyalahgunaan dadah bukan perkara baru di dunia ini. Masalah ini telah berlaku
sejak ratusan tahun lalu. Sebenarnya, dadah yang menjadi ubat penahan sakit
sebenarnya tidak berbahaya jika tidak disalahgunakan. Masalah timbul apabila manusia
menyalahgunakannya untuk kepuasan dan keseronokan diri mereka. Antara dadah yang
terdapat di dunia ini ialah heroin, marijuana, morfin, ganja, dan syabu.

Dadah merupakan sesuatu benda yang bagus tetapi disalahgunakan oleh manusia.
Dadah menjadi satu isu yang sangat krisis sejak kebelakangan ini. Setiap hari ada sahaja
berita yang berkaitan dengan dadah yang dipaparkan di media masa dan radio. Kenapa
masalah seperti ini sering berlaku. Apakah kesannya terhadap transformasi negara kita?

Masalah penyalahgunaan dadah merupakan isu besar kepada negara. Masalah ini
boleh merencatkan transformasi pembangunan kerajaan. Kemajuan negara boleh
terjejas dengan peningkatan kes penyalahgunaan dadah. Kewujudan dadah sintetik telah
membawa kepada peningkatan kes berkaitan dengan dadah. Ketagihan dadah jenis ini
meninggalkan kesan yang lebih berat.

Banyak negara menjadikan dadah sebagai musuh utama negara. Hal ini disebabkan
penyalahgunaan dadah dapat mengakibatkan pelbagai masalah kepada masyarakat dan
negara. Mereka yang tidak dapat diselamatkan daripada ketagihan juga akan menjadi
sampah masyarakat. Malah juga yang ada menjadi tidak siuman.

2
APA ITU DADAH

Dadah ialah bahan kimia yang digunakan pada tubuh manusia atau haiwan untuk
mentiasat, merawat atau mencegah penyakit. Dadah akan mengakibatkan ketagihan,
kemerosotan kesihatan atau keruntuhan akhlak pengguna apabila dimakan atau diminum
atau dimasukkan ke dalam badan dengan tidak mengikut peraturan. Dadah juga
merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan
kemudaratan kepada fizikal, mental dan emosi serta tingahlaku pengguna apabila
digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan
menjadi ketagih yang akan bergantung hidup kepadanya.

Tanpa disedari, anda sendiri mungkin menggunakan beberapa jenis dadah dalam
hidup anda. Ubat-ubatan seperti ‘paracetamol’ dan ‘antibiotic’ membantu menyembuhkan
anda sekiranya anda tidak sihat. Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah
rangsangan yang dikenali sebagai ‘caffeine’. Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini
tidak mengakibatkan ketagih yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara.
Oleh itu, penggunaan bahan minuman sdan makanan ini tidak salah di isi undang-
undang.

Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya
kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dadah dan masalah-masalah kesihatan,
sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah
ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman,
pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilihan dan penyalahgunaan dadah
seumpama ini. Jenis dadah seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan ‘ectasy’ diambil
untuk mengubah perasaan dan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai
‘dadah yang disalahguna’

3
SIAPA YANG KETAGIHAN DENGAN DADAH

Ramai remaja yang bertagih dengan dadah pada generasi ini. Sebabnya berlaku
Ketagihan dadah kepada remaja terjebak ke dalam penagihan dadah adalah kerana
mereka kurang mendapat perhatian dan kasih sayang. Punca ini boleh dikaitkan dengan
keluarga yang datang daripada golongan yang kurang bernasib baik atau miskin. Akibat
kekurangan wang untuk menanggung keluarga, ibu bapa perlu bekerja sehingga tiada
masa untuk meluangkan masa dengan anak-anak mereka. Apatah lagi ibu bapa yang
memberikan anak-anak masa hiburan mereka sendiri setelah habis waktu persekolahan
dan sebagainya. Maka golongan remaja daripada keluarga tersebut banyak
menghabiskan masa lapang mereka melepak dan melakukan perkara yang tidak
berfaedah hanya untuk mendapatkan keseronokan yang tidak kekal lama. Setiap ibu
bapa serta ahli keluarganya perlu bertanggungjawab untuk memastikan anak-anak
diberikan perhatian yang secukupnya supaya mereka sedar akan kasih sayang daripada
keluarga mereka yang memberikan makna yang lebih besar berbanding keseronokan
yang tidak kekal bak kata perpatah ingat antara belum kena, hemat antara belum habis

Remaja pada peringkat generasi kini adalah penuh dengan rasa ingin tahu dan
mencuba. Apabila mereka mendapat dadah, mereka ingin mencubai apakah perasaanya
selepas menggunakannya. Tetapi, mereka tidak menyedari bahawa mereka telah
terjatuh ke dalam perangkap pengedar dadah yang hanya mementingkan kepentingan
diri sendiri sahaja. Dalam hal berkaitan dengan kesenangan dalam mendapat bekalan
dadah, pihak penguatkuasa undang-undang perlu mengambil tanggungajawab terhadap
perkara-perkara ini. Disebabkan penguatkuasaan undang-undang yang lemah, remaja
mudah mendapat dadah di pasaran dengan mudah secara haram.

Ketagih terhadap dadah bermula apabila seseorang individu tertentu berasa sendirian
atau kesepian. Mereka cenderung menggunakan dadah agar mereka berasa gembira
dan melepaskan perasaan kesepian yang mereka simpan. Orang yang menggunakan
dadah adalah orang yang berinteraksi secara positif setiap hari tanpa sokongan sosial
dan bertagih kepada dadah untuk menjadikan mereka bahagia. Orang yang bergelut

4
dengan sesetengah penyakit mungkin mempunyai idea untuk menggunakan dadah atau
alkohol untuk meringankan rasa sakit yang mereka alami. Penyakit kesihatan mental dan
kesakitan jangka panjang boleh menyebabkan mereka mencari penyelesaian tanpa
preskripsi doktor. Dadah, alkohol dan bahan lain boleh mengurangkan gejala kesakitan
dan juga boleh menjadi jawapan kepada kesakitan mereka yang sedang mengalami.

5
PUNCA- PUNCA PENYALAHGUNAAN DADAH

Satu daripada punca-punca penagihan dadah ialah sifat naluri seseorang yang ingin
mencuba. Sebagai remaja,mereka sememangnya terikat dengan naluri engine mencuba
sesuatu yang baru. Mereka ingin menunjukkan sifat kelelakian serta kematangan
mereka. Oleh itu, dengan hanya menghisap sebatang rokok yang menjadi punca utama
kepada penagihan dadah,mereka berasa sudah matang dan cukup dewasa. Mantan
Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein pernah berkata
bahawa perlakuan orang dewasa itu akan dicontohi oleh golongan remaja yang
mempunyai naluri ingin mencuba yang tinggi. Semua jenis dadah mengandungi bahan
kimia yang mengkhayalkan dan berbahaya. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh
Agensi Anti Dadah Kebangsaan, rakyat Malaysia yang terjerumus ke dalam kancah
penyalahgunaan dadah kerana perasaan ingin tahu adalah 28.49 peratus. Berfikir
sebelum buat adalah satu kebijaksanaan,berfikir selepas buat adalah satu kebodohan
dan berbuat tanpa fikir adalah seribu kejahilan. Penagih dadah sememangnya tidak
berfikir panjang untuk mengambil dadah. Mereka hanya mahukan kepuasan sehingga
sanggup mencuri, membunuh serta melakukan segala perkara yang boleh membantu
mereka mendapatkan dadah.

Kerajaan juga menjadi punca penagihan serta penyalahgunaan dadah. Kerajaan telah
menetapkan peraturan untuk tidak mewajibkan doktor dan hospital melarang pesakit
mereka menggunakan dadah yang dibenarkan. Sememangnya diakui sektor perubatan
banyak menggunakan dadah terutamanya dadah jenis kodein. Kerajaan seharusnya
memasukkan beberapa nutrisi suplemen sebagai ganti ubatan dadah untuk para
pesakitnya sepertimana yang telah dilakukan oleh Dr. Ray D. Strand di Amerika.
Walaupun kerajaan menyekat promosi oleh syarikat tembakau, Kementerian Kesihatan
masih ingin meminta pandangan syarikat tersebut. Tindakan Kementerian Kesihatan
yang meminta pandangan syarikat tersebut serta bekerjasama dengannya seolah-olah
memperolok-olokkan usaha kerajaan untuk menyekat penagihan dadah yang semakin
menular di Malaysia.

6
Punca penyalahgunaan dadah bermula daripada remaja itu sendiri. Perkara pertama
yang dipandang remeh oleh remaja ialah pemilihan rakan yang sesuai. Rakan yang baik
akan mendorong rakannya untuk melakukan kebaikan dan begitulah sebaliknya. Remaja
yang mempunyai jati diri dan serta pegangan agama yang kuat tidak akan mudah
terpengaruh dengan gejala –gejala sosial. Tetapi,jika dilihat kini,remaja semakin hilang
pedoman dan jati diri. Mereka tidak mempunyai benteng pertahanan yang dapat
melindungi mereka daripada segala perkara yang negatif terutamanya dadah. Amat
memalukan apabila statistik menunjukkan bilangan penagih dadah didominasi oleh kaum
Melayu. Apabila disebut sahaja kaum Melayu,sudah semestinya dikaitkan dengan agama
Islam. Imej agama Islam akan semakin tercalar dek perangai buruk mereka.
Ingatlah,kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Oleh itu,sudah terang lagikan bersuluh
bahawa sikap diri sendiri juga mempengaruhi gejala penagihan dadah,ditambah lagi
dengan fakta nombor yang menunjukkan seramai 22344 orang Melayu menjadi penagih
dadah.

Punca yang seterusnya, berlaku penyalahgunaan dadah adalah tekanan daripada


masalah yang dihadapi seperti masalah peribadi, keluarga dan kerja. Oleh hal yang
demikian, apabila tekanan emosi berlaku secara keterlaluan, seseorangn itu akan
mengalami kemurungan sehingga tidak mampu berdepan dengan tekanan tersebut.
Akhirnya, sebagai jalan penyelesaian mereka mengambil jalan mudah dengan
menjadikan dadah sebagai teman setia yang membolehkan mereka melupakan tekanan
yang dihadapi. Contohnya, kesibukkan ibu bapa dengan kerja telah menyebabkan anak-
anak terasa terasing dan jauh daripada ibu bapa. Oleh hal yang demikian, anak-anak
akan melibatkan diri dalam penyalahgunaan dadah untuk mendapat perhatian daripada
ibu bapa.

7
Selain itu, punca berlakunya penyalahgunaan dadah adalah dipengaruhi oleh rakan
sebaya. Hal ini demikian kerana, rakan merupakan orang terdekat kepada remaja
selepas keluarga. Mereka kerap menghabiskan masa bersama berbanding dengan ahli
keluarga. Oleh hal yang demikian, mereka akan mengikut dan melakukuan perkara yang
dilakukuan oleh rakan mereka tanpa menyedari kesan buruk pengambilan dadah.
Terdapat juga kes apabila seseorang itu tidak mengikut kata rakan sebaya mereka akan
disisihkan oleh rakan-rakan yang lain.

Akhir sekali, kurangnya didikan agama juga merupakan punca penyalahgunaan


dadah. Mereka yang kurang didikan agama akan mudah terjerumus ke dalam kancah
penyalahgunaan dadah. Hal ini demikian kerana dengan adanya pegangan agama yang
kuat seseorang itu akan sukar untuk melakukan sesuatu kesalahan. Punca kurangnya
didikan agama juga akan menyebabkan mereka mengabaikan pantang larang dalam
kehidupan dengan melakukan perbuatan salah seperti menghisap dadah.

8
PENYAKIT YANG AKAN DIHADAPI KETIKA MENGAMBIL DADAH

Pengguna mengambil dadah mungkin mengalami beberapa kesan fizikal, gejala


penarikan diri dan toleransi dadah. Penggunaan dadah boleh mengubah ekspresi genitik
dan litar otak. Oleh itu, ia memberi kesan negatif kepada tingkah laku manusia, seperti
mengidam dadah yang kompulsif. Penggunaan dadah juga boleh menyebabkan banyak
penyakit yang serius, termasuk penyakit kardiovaskular, kerosakan otak, strok, kanser,
HIV/AIDS, hepatitis dan penyakit paru-paru,kematian dan sawan.

Pelbagai komplikasi boleh berlaku pada sistem kardiovaskular yang boleh


menyebabkan pelbagai komplikasi, dari denyut jantung yang tidak normal hingga
serangan jantung. Selain itu, ubat suntikan juga boleh menyebabkan masalah
kardiovaskular, seperti keruntuhan vena dan jangkitan bakteria pada saluran darah dan
injap jantung. Kesan sistem pernafasan Penyalahgunaan dadah boleh menyebabkan
pelbagai masalah pernafasan. Ubat-ubatan tertentu juga boleh menyebabkan
pernafasan lambat, mencegah udara masuk ke paru-paru, atau memburukkan lagi gejala
asma. Selain itu, terdapat komplikasi lain, termasuk bronkitis, emfisema, dan barah paru-
paru. Penyalahgunaan dadah boleh menyebabkan banyak komplikasi pada saluran
gastrointestinal, seperti mual, muntah atau sakit perut.

Setersunya, dadah adalah bahan kimia yang mempengaruhi otak dengan memasuki
sistem komunikasi otak dan menyekat cara normal neuron menghantar, menerima, dan
memproses maklumat. Dadah boleh mempengaruhi otak sekurang-kurangnya dengan
dua cara, Salah satunya adalah dengan meniru utusan kimia semula jadi otak atau
dengan melebih-lebihkan "rangkaian ganjaran" otak. Ia juga akan menjadi kehilangan
ingatan. Penggunaan jangka panjang ubat-ubatan tertentu boleh menyebabkan
perubahan otak yang tidak berkesudahan, yang boleh menyebabkan paranoid,
kemurungan, keagrisifan dan halusinasi. Penyalahgunaan dadah juga akan
menyebabkan beberapa jenis barah, seperti barah mulut, barah leher, barah perut, dan
barah paru-paru.Rokok juga boleh menyebabkan penyakit asma bertamabah kronik dan
akan mengalami tekanan darah tinggi. Kelahiran awal, keguguran, berat lahir rendah,

9
dan pelbagai masalah tingkah laku dan kognitif dianggap sebagai kesan penyalahgunaan
dadah. Kematian akibat alkohol, tembakau dan penggunaan dadah haram adalah yang
paling berbahaya.

Penyalahgunaan dadah juga boleh menyebabkan AIDS / HIV. Penagih dadah yang
berkongsi jarum suntikan untuk memasuki dalam tubuh badannya juga akan
meninggalkan kesan buruk. penyakit ini menyerang dan merosakan sistem pertahanan
badan. Dengan ini seseorang itu akan mengalami beberapa jenis barah yang jarang
dijumpai dan dijangkiti oleh pelbagai jenis kuman.virus ini dan senang untuk musnah
serta tidak boleh tahan lama diluar bagi tubuh badan seorang manusia.

10
LANGKAH- LANGKAH MENGATASI PENYALAHGUNAAN DADAH

Kita telah mengetahui bahawa dadah telah menbawakan pelbagai keseksaan dan juga
pelbagai masalah tidak mengira kepada pengguna sahaja tetapi orang yang berada
sekelilingnya. Pada generasi ini, ramai yang telah tertagih dengan dadah ini terutamanya
dalam kalangan remaja lebih-lebih lagi pada masa pandemik Covid-19 ini. Perkara ini
kian menjadi pemerhatian kepada kerajaan dan juga masyarakat melalui media massa
seperti akhbar, majalah, radio dan juga lain-lain.

Langkah yang pertama yang paling medekati dengan orang yang mengambil dadah
adalah ibu bapa. Betul, peranan ibu bapa sangat memainkan peranan yang penting
dalam kehidupan anak-anak mereka. Contohnya ibu bapa perlulah sentiasa mendidik
anak-anak mereka sejak kecil lagi tentang penyalahgunaan dadah dan akibat
mengambilnya. Selain itu terdapat juga peribahasa yang tepat iaitu melentur buluh biarlah
dari rebungnya. Sudah tentu jika kita mendidik sejak kecil, apabila mereka menjadi
dewasa kelak, mereka dapat membezakan kebaikan dan juga keburukkan. Disini kita
dapat mengetahui bahawa peranan ibu bapa adalah langkah yang tepenting dalam
kehidupan setiap remaja yang sedang kian membesar.

Seterusnyaa, langkah yang kedua adalah dari segi pihak sekolah. Peranan pihak
sekolah juga sangat penting bagi mengatasi masalah penyalahgunaan dadah ini yang
sedang kian merebak meluas di kalangan murid-murid. Langkah atau aktiviti yang boleh
melakukan oleh pihak sekolah ialah mengadakan ceramah mengenai penyalahgunaan
dadah di kalangan murid-murid. Dengan mengadakan ceramah ini, meraka dapat
menyedarkan atau menyindirkan diri daripada pekara yang tidak berfaedah yang
mengingatkan kita tentang peribahasa seperti mencencang air yang boleh membawa
impak negatif dalam diri mereka. Disini kita dapat mengetahui bahawa peranan pihak
sekolah juga penting dalam memainkan peranan bagi mengatasi masalah ini yang boleh
merosakkan atau menjejaskan imej sesebuah sekolah.

11
Selain itu, biasanya kita sangat mengetahui tentang pihak media massa yang
menyebarkan atau menyampaikan sesuatu perkara kepada masyarakat. Pihak media
massa juga memainkan peranan yang penting dalam penyalahgunaan dadah.
Contohnya yang tindakan yang boleh dilakukan oleh pihak media massa adalah
menyebarkan berita atau cerita yang boleh membawa keinsafan kepada kalangan remaja
supaya tidak melibatkan diri dengan pengambilan dadah dan dijadikan iktibar dalam
kehidupan harian mereka. Dengan cara ini, mereka tidak terlambat lagi untuk mengubah
kehidupan mereka daripada tidak tertagih dengan dadah. Hal ini kerana, yang baik bileh
menjadikan teladan, yang buruk kita jadikan sempadan. Sudah terang lagi, peranan
media massa juga turut membantu dalam mengatasi masalah penyalahgunaan dadah di
kalangan remaja.

Di samping itu, langkah yang terakhir yang saya ingin memberitahu adalah pihak
kerajaan. Disini kita boleh mengatakan juga bahawa peranan pihak kerajaan juga
dimainkan dalam membendung masalah ini. Langkah yang boleh dianjurkan oleh
kerajaan ialah mengadakan kempen supaya masyarakat lebih peka terhadap perkara
yang berlaku sekeliling mereka. Kempen ini perlu diadakan di setiap penjuru tidak kira
dearah, negara dan lain-lain. Janganlah kita tidak mengambil tahu atau mengambil berat
tentang perkara yang berlaku disekeliling kita seperti katak dibawah tempurung. Melalui
kempen ini, masyarakat dapat megetahui dan menambahkan ilmu pengetahuan yang
luas tentang dadah. Selain itu, kebaikan yang kita dapat melalui kempen ini adalah, dapat
melahirkan masyarakat yang berfikiran aras tinggi atau dalam pendek kata adalah
masyarakat madani.

Kesimpulannya, kita dapat mempelajari bahawa peranan atau langkah kesemua pihak
adalah sangat penting dalam mengatasi pemasalahan penyalahgunaan dadah. Semua
pihak perlulah berganding bahu dalam mengatasi penyalahgunaan dadah di kalangan
remaja seperti, berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Dengan melaksanakan cara
tersebut, Malaysia dapat menduduk dalam satu garisan dunia selaras dengan negara
yang lain kian maju. Bukan itu saja, imej dan nama negara kita dapat dijaga.

12
KESIMPULAN

Kesimpulannya, masalah penyalahgunaan dadah merupakan bebanan kepada


negara. Oleh itu, peranan ibu bapa, masyarakat dan pelbagai pihak hendaklah
digembleng. Apa yang dibimbangi, wujud 'tangan' ghaib dalam permasalahan ini.
Kerugian dari segi masa, kos, tenaga, kepakaran, tumpuan pemikiran dan tindakan
melibatkan isu ini mesti dirungkai untuk Malaysia yang sejahtera. Dadah merupakan
penyakit masa kini yang semakin menular khususnya dalam kalangan generasi muda.

Generasi muda yang diharapkan mampu mewarisi kepimpinan negara semakin tidak
menyedari tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka hanya disebabkan
penyalahgunaan dadah. Telah banyak usaha yang dilakukan oleh kerajaan bagi
menangani masalah ini namun masih tidak berhasil. Oleh itu, kerajaan harus
mengembleng tenaga serta tindakan yang drastik harus dilakukan bagi membendung
masalah ini dari terus membelenggu masyarakat.

Akhir sekali, semua masyarakat perlu memainkan peranan dalam membasmi gejala
dadah, tanpa mengharapkan pihak berwajib sahaja. Golongan belia pula diharapkan
dapat berfikir sebelum melakukan sesuatu tindakan dan sentiasa berfikiran rasional agar
tidak terjebak dengan dadah. Perangi dadah habis-habisan.

13
KEADAH KAJIAN

Kami sekumpulan telah menggunakan keadah kajian atau sumber kajian:

• Internet
- http://ragbimssd.blogspot.com/2010/09/apa-itu-dadah.html,

- https://www.ipendidikan.my/punca-remaja-terjebak-dengan-dadah.html,

- https://iluminasi.com/bm/8-sebab-utama-mengapa-seseorang-mengambil-
dadah.html

- https://www.slideshare.net/ibrahim6444/apa-itudadah

- https://hellodoktor.com/kesihatan-mental/ketagihan/komplikasi-komplikasi-
yang-berkaitan-dengan-penyalahgunaan-dadah/

- https://www.ipendidikan.my/punca-remaja-terjebak-dengan-dadah.html

- http://krgnbm4sc1.blogspot.com/2011/03/punca-punca-penaihan-
dadah.html?m=1

14
LAMPIRAN
• Contoh dadah

15
• Penyakit akibat dadah

• Langkah- langkah mengatasi dadah

16
17

Anda mungkin juga menyukai