Anda di halaman 1dari 30

Tanda - tanda Penagihan Dadah

Simptom atau tanda yang perlu diberi perhatian. Setengah dari simptom ini boleh
berdiri berasingan dan setengahnya pula berkombinasi dengan simptom
simptom yang lain.
Adanya perubahan/merosot kehadiran atau prestasi mutu kerja, hasil kerja dan disiplin di sekolah/tempat kerja.
Marah marah atau meradang tak tentu sebab.
Turun berat badan, selalu menguap dan tidak bermaya.
Hilang selera makan atau selera bertambah.
Permukaan mata berkaca, cengkung, mata berair dan kuyu.
Apabila bercakap tidak bertentang mata.
Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri, tidak ceria, muka menjadi pucat.
Parut atau bekas suntikan di lengan.
Diri menjadi tidak terurus seperti malas mandi, gosok gigi.
Hujung jari dan kuku berwarna kekuningan atau kemerahan.
Selalu menggaru terutamanya dibahagian hidung dan kelakuan aneh.
Suka memencilkan diri di dalam bilik air, setor, rumah kosong, masuk di dalam semak dan tempat dimana tiada orang.
Tidak mahu makan bersama sama keluarga dan suka makan di tengah malam berseorangan.
Hilang minat terhadap sukan, muzik dan sebagainya.
Suka menyembunyikan barang-barang persendirian, tidak suka akan pertanyaan dari orang lain, bertanyakan apa yang
dilakukan, menjadi seorang pendiam dan kuat berahsia.
Menjadi rajin, agresif, tersengih-sengih atau terlalu gembira secara tiba-tiba.
Suka berkawan dengan orang lain tanpa kebenaran, kerap meminta atau meminjam wang tanpa membayar balik.
Melakukan kegiatan mencuri di sekolah, rumah, tempat kerja, rumah jiran, kawan dan saudara mara.
Suka berbohong, menipu dan berpura-pura berlagak baik atau main wayang.
Menjadi orang yang tidak bertanggungjawab dan selalu menyalahkan orang lain. Hilang tumpuan terhadap kerja atau
tugasan dan tidak dapat menyudahkan kerja yang diberi (kerja separuh jalan atau kerja tidak pernah siap).
Keluar rumah pada masa tertentu, mungkin untuk berjumpa pengedar.
Meminta wang berlebihan daripada Ibu Bapa.
Mengasingkan diri daripada rakan-rakan dan kegiatan masa lapang.
Berdampingan dengan mereka yang diketahui penagih.

Sekiranya anda melihat perubahan-perubahan yang tiba-tiba ini kepada perangai ahli keluarga atau teman anda yang
dikasihi. Perubahan perubahan ini selalunya mempunyai hubungan dengan penggunaan dadah. Hubungi doktor anda
atau pegawai pemulihan dadah untuk mendapatkan kepastian. Jangan sesekali membuat diagnosa anda sendiri!

Jenis-jenis Dadah :: Opiat


Opiat | Kanabis | Depresen | Psikotrapik | Stimulan | Halusinogen | Inhalant | Prekursor | Bahan
Lain
Opiat
Pengenalan

Bahan perubatan untuk menidur/ melegakan kesakitan.

Mempunyai potensi yang tinggi ketagihan.

OPIAT

BAHAN ASAS

TEMPAT PENGELUARAN

- Candu

Getah bunga popi

Amerika Selatan

- Heroin

Acetic, Anhydride, Acetone

Guatamala

Acetic Acid (glacial)

Mexico

Calcium Oxide

Asia Tenggara

Potassium Carbonate

Burma

Sadium Carbonate

Laos

Sadium Hydroxide

Thailand

Sadium Hypoclorite

Asia Barat

Columbia

Afganistan
- Morfin

Opium Alkaloid

- Kodein

Opium Alkaloid

Pakistan

KESAN PENGAMBILAN
NAMA/BENTUK

CARA PENGAMBILAN

TANDA PENGAMBILAN

Khayal- halusinasi, Euforia kesugulan, pemikiran/


pertimbangan berkurangan

JANGKA
PENDEK

JANGKA
PANJANG

Asli
- CANDU
- Candu
mentah
- Candu
masak
- Tahi candu

Dihisap dengan paip,telan,


makan

MORFIN
- White powder
- White stuff
- Morfin
mentah
- Base morfin
- Pil morfin

Dicairkan, Disuntik kedalam


Pergerakan tidak seimbang,
pembuluh darah dengan jarum tindakbalas lambat, mata hitam
suntikan.
mengecil, hidung berair,
mual/muntah, hilang selera
makan

Rasa resah, cirit


birit, sakit perut,
rasa sejuk,
berpeluh

HIV/AIDS,
gangguan jiwa,
lebih dose, mati

HEROIN NO.3
HEROIN NO.4
BROWN HEROIN
HEROIN BLACK TAR

Masuk dalam rokok,


dihisap,chasing the dragon,
disuntik, dicair

Hepatitis, Kancing
gigi, Keracunan
darah, HIV / AIDS.
Mati

KODEIN

Diminum dlm ubat batuk

Tanggapan
Menjadi kurang
terang, tidak
dapat
menumpukan
perhatian penuh
dan pengguna
akan menjadi
tidak sedar,
bingung/ berkelakuan seperti
orang mabuk,
Ambil berlebihan
kekejangan, tiada
wujud muforia,
menjadi ketagih,
berlebihan
kepada dadah
pengurusan diri
lebih mudah

Muka jadi merah, mata hitam


menjadi kecil, tiada
pertimbangan, hilang selera
makan, bersifat hyperaktif,
bertambah risau dan terlalu
sensitif, tekanan darah, suhu
badan, diameter anak mata
mengalami perubahan,
keseluruhan penagih
mengalami emosi yang negatif.

Mengantuk,
Ketagihan,
badan menjadi
kelemahan fizikal
lemah, mengalami dan mental
gangguan jiwa

Akta & Undang-undang Dadah

Bil. UNDANG-UNDANG DADAH TUJUAN AKTA


1.

AKTA DADAH BERBAHAYA Suatu akta bagi membuat peruntukan selanjutnya yang
1952
lebih baik untuk mengawal pengimportan,
pengeksportan, pengilangan, penjualan dan penggunaan
candu dan beberapa bahan dan dadah merbahaya
tertentu. Membuat peruntukkan khas berhubung dengan
bidang kuasa Mahkamah terhadap kesalahan-kesalahan
yang tertakhluk dibawahnya dan perbicaraan
Mahkamah.

2.

AKTA PENAGIH DADAH.


(RAWATAN DAN
PEMULIHAN)
1983 - (PINDAAN) 1998

3.

AKTA DADAH BERBAHAYA Suatu akta bagi membuat peruntukan mengenai tahanan
(LANGKAH-LANGKAH
pencegahan orang-orang yang ada kaitan dengan apaPENCEGAHAN KHAS) 1985 apa aktiviti yang berhubung dengan atau yang membuat
pengedaran dadah berbahaya.

4.

AKTA DADAH BERBAHAYA Suatu akta bagi membuat peruntukan-peruntukan


(PERLUCUTHAKAN
mengenai kesalahan-kesalahan berhubung dengan harta
HARTA) 1988
dan mengenai penyitaan dan perlucuthakan harta yang
berkaitan dengan aktivit yang ada hubungan dengan
kesalahan-kesalahan dibawah Akta Dadah Berbahaya
1952.

5.

AKTA RACUN 1952

Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983


(Pindaan) 1998 digubal bertujuan untuk memberi
rawatan dan pemulihan kepada penagih-penagih dadah.
Selain merupakan proses rawatan lanjutan yang menitik
beratkan mengawasan keatas penagih-penagih bertujuan
memastikan mereka tidak mengulangi pengagihan
mereka.

Suatu akta untuk mengawal pengimportan, pemilikan,


pengeluaran, penjualan dan penggunaan racun. "Racun"
bermaksud bahan-bahan yang dinamakan dan
disenaraikan di dalam Senarai Racun dan termasuk apaapa campuran, penyediaan, solusi atau yang asli yang
mengandungi bahan-bahan tersebut apa-apa penyediaan
atau bahan-bahan yang terkandung di dalam Jadual
Kedua Akta ini.

Faktor-faktor Penyalagunaan Dadah Dalam Kalangan Remaja

Pemuda

harapan

bangsa,pemudi

laungkan.Malangnya,remaja
dadah.Pada

pendapat

yang

tiang

Negara

dianggap

anda,apakah

faktor

merupakan

tunggak
yang

kata-kata

Negara

yang

ini,dilanda

menyebabkan

sering

masalah

berlakunya

gejala

dilaung-

penyalahgunaan

ini?Jelaskan

langkah-

langkah untuk mengatasinya.


Pemuda

harapan

bangsa,pemudi

laungkan.Malangnya
dadah.Walaupun
langsung

remaja

telah

yang

banyak

memberikan

tiang
dianggap

usaha-usaha

kesedaran

negaramerupakan

terhadap

tunggak

telah
para

negara

dilakukan

remaja

kata-kata
ini

oleh

tentang

yang

dilanda

pelbagai

bahayanya

sering

masalah

dilaung-

penyalahgunaan

pihak,namun

usaha

penyalahgunaan

ini

tidak

dadah.Siapakah

yang harus dipersalahkan akan salah laku ini dan adakah ini adalah salah remaja itu sendiri ataupun pihakpihak yang tertentu?
Salah satu faktor yang menyebabkan remaja terjebak dalam penyalahgunaandad ah ialah ibu bapa yang
lalai

dalam

melaksanakan

memberikan

kasih

mementingkan
aktiviti

mereka.Ini

sesuatu

rebungnya,ibu

sepenuhnya

materialistiksemata-mata

semasa

melakukan

tanggungjawab

sayang

yang

bapa

mereka.Ibu

terhadap
sehingga

tiada

akan

menyebabkan

tidak

diduga.Pepatah

seharusnya

membimbing

bapa

yang

anak-anak

bekerja

meningkat

langsung

masa

untuk

rasa

dipinggirkan

melayu

atau

sibuk
kini

mereka

yang

ada

membentuk

diluangkan

atau

menyebut
anak

sehingga

tidak

melentur

mereka

lupa

remaja.Mereka

dari

ntuk
hanya

mengetahui

disayangi

buluh
sejak

lalu

biar

kecil

dari

dengan

memberikan didikan yang sempurna.


Selain itu juga,kurangnya didikan agama oleh ibu bapa menjadi salah satu faktor remaja ini terjebak dengan
dadah.Kurangnya kekuatan iman menyebabkan mereka ini mudah terpengaruh atau tergoda dengan godaan
syaitan.Ibu bapa seharusnya memberikan mereka didikan agama yang sempurna dan cukup untuk mereka
membawa

diri

masing-masing.Sepertimana

yang

kita

lihat

di

televisyen

dan

dengar

dari

corong-corong

radio bahawa banyaknya remaja kita terlibat dalam penyalahgunaan dadah adalah akibat pegangan agama
yang rapuh.Tambahan pula,remaja sekarang sudah berani mencuba sesuatu yang belum pernah dirasainya
lagi.
Justeru,kurangnya pemerhatian ibu bapa terhadap anak-anak dan membiarkan mereka ini bebas di dunia
luar sana menyebabkan mereka rasa tidak lagi disayangi.Oleh itu,mereka lebih banyak meluangkan masa
bersama

kawan-kawan

jangkaan.Lebih-lebih

dan mereka inilah yang akan mempengaruhi

lagi

mereka

yang

tinggal

di

ibu

kota

lebih

remaja itu melakukan sesuatu diluar


mudah

terjebak

dengan

aktiviti

sosial

secara tidak langsung mereka juga akan lebih mudah terpengaruh dengan dadah.
Tambahan

pula,bagi

anak-anak

yang

meningkat

remaja

atau

sudah

pun

bergelar

remaja,mereka

ini

mempunyai satu sikap iaitu sikap yang ingin cuba sesuatu perkara ini.Ini juga,akan menyebabkan mereka
juga

terjebak

dalam

bertanggungjawab

seharusnya

kempen

bahayanya

kes

dengan

ini

kempen-kempen

salah

laku

ini.Jadi,seterusnya

menganggap

penyalahgunaan

secepat

mungkin

ataupun

ceramah

ini

dadah

satu

kepada

sebelum

ia

disini,pihak-pihak

kes

yang

amat

remaja-remaja

merebak

dan

motivasi,mungkin

pelbagai

pihak,kes

seperti

kerajaan

serius.Mereka

ini.Pihak
api

polis

dalam

penyalahgunaan

mahupun
sepatutnya
seharusnya

belukar.Dengan

dadah

ini

dapat

pihak

yang

mengadakan
membanteras
mengadakan
dikurangkan

secara tidak langsung.


Konklusinya,dengan
berkurangan..Jadi

kerjasama
disini,ibu

bapa,pihak

kerajaan,pihak

polis

penyalahgunaan
dan

mana-mana

dadah
pihak

ini
yang

mungkin

akan

bertanggungjawab

untuk menangani masalah ini,supaya suatu hari nanti negara kita akan bersih daripada najis dadah yang

membawa

padah

ini.Dengan

itu

slogan

Pemuda

dan diterapkan kepada semua remaja di negara ini.

harapan

bangsa,pemudi

tiang

negara

dapat

diteruskan

Musuh utama negara


Oleh Prof. Dzulkifli Abdul Razak
Pusat Racun Negara, USM
Dadah adalah satu-satunya masalah kesihatan dan sosial paling rumit yang sedang dihadapi oleh
negara. Masalah ini mula diperkatakan sejak tahun 70-an, tetapi sehingga kini masih tidak menampakkan
perubahan positif hinggakan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad terpaksa membuat
teguran.
Mengikut penilaian United Nations International Drug Control Programme, dalam tahun 1993 sebanyak
24,023 orang penagih dadah telah dikenal pasti di Malaysia. Daripada bilangan ini, 59.3 peratus adalah
penagih yang menagih semula, manakala sebanyak 10,216 orang telah ditangkap kerana kesalahan
bersabit dengan dadah. Pada tahun lalu, tahap masalah dilaporkan melampaui tahap pada tahun 1998.
Masalah dadah sebenarnya adalah masalah sejagat. Laporan menunjukkan aktiviti penghasilan pelbagai
jenis bahan dadah sentiasa meningkat. Ini disokong pula oleh permintaan yang tinggi. Berakhirnya
perang dingin antara kuasa-kuasa besar dunia telah membawa kesan negatif dalam usaha membanteras
dadah. Ini kerana dunia kini dianggap tidak mempunyai sempadan lagi dan semua orang bebas keluar
masuk ke sesebuah negara tanpa banyak sekatan.
Tambahan pula, sistem komunikasi dan pengangkutan masa kini yang semakin canggih membantu
melicinkan pergerakan penyeludupan dadah. Bagi mereka yang terlibat dengan kegiatan dadah,
perkembangan seumpama ini sememangnya dinantikan kerana operasi mereka menjadi lebih lincah dan
meluas.
Sebagai sebuah rantau yang dikatakan banyak menerima perubahan serta pembangunan, Asia Pasifik
termasuk Malaysia turut mengalami pelbagai gejala sosial. Penggunaan dadah terutamanya di kalangan
remaja amat membimbangkan dan masih belum dapat diselesaikan. Apa yang lebih membimbangkan
ialah penggunaan dadah berkait rapat dengan bermacam penyakit sosial seperti pelacuran, lepak dan
perjudian selain daripada berbagai-bagai ancaman kesihatan.
Menggugat
Perkara inilah yang banyak menggugat dan memudaratkan keadaan sesebuah negara sama ada dalam
bidang ekonomi, sosiobudaya, politik maupun keselamtan. Dengan perkataan lain, kemajuan serta
pembangunan yang kita capai dan kecapi selama ini tidak akan berkekalan sekiranya masalah dadah
tidak dapat diatasi segera.
Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada
kesihatan seseorang daripada segi jasmani (fizikal), rohani (mental dan emosi) serta tingkah-laku apabila
digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang memggunakan dadah akan bergantung hidup
kepada dadah tersebut dan menyebabkan ketagihan. Seseorang penagih sanggup menggadai maruah
serta memperhambakan diri kepada sesiapa atau apa sahaja walau dalam apa jua keadaan asalkan
bekalan dadahnya terjamin. Akibatnya ramai yang sanggup mengemis, melakukan jenayah dan
melacurkan diri. Dengan perkataan lain, dadah membawa risiko yang amat tinggi sehingga boleh
mengakibatkan maut.
Walaupun dadah yang dikenali umum terdiri daripada heroin, morfin, dan ganja, pada hakikatnya ia
merangkumi juga semua bahan yang boleh memberi kesan seperti yang dinyatakan di atas. Ini termasuk
tembakau dan arak. Malah sesetengah ubat- ubatan jika tidak digunakan mengikut peraturan dan
sukatan yang betul, boleh memberi kesan negatif yang sama seperti dadah. Contohnya, morfin dan

sebatian terbitan daripadanya yang banyak digunakan sebagai ubat menahan kesakitan semasa
merawat kecederaan yang serius.
Ubat dan dadah mempunyai perbezaan yang agak ketara:
Pertama - ubat memberi manfaat seperti menyembuh dan merawat penyakit, manakala dadah tidak
bersifat sedemikian.
Kedua - ubat memberikan kesan yang tidak diingini atau kesan sampingan yang minimum seperti pening
kepala, panas badan, dan mengantuk. Kesan ini akan reda atau hilang apabila pengambilan ubat
tersebut dihentikan. Sebaliknya, dadah akan memberikan kesan berbahaya yang berkekalan sebagai
satu tabiat ketagihan walaupun telah berhenti menggunakannya.
Ketiga - ubat, tidak semuanya berupaya mempengaruhi otak dan minda si pengguna, tetapi semua jenis
dadah memberi kesan mendalam terhadap otak dan minda manusia. Oleh itu dadah dikenali sebagai
bahan psikoaktif dan penggunaanya tertakluk kepada Akta Dadah Berbahaya 1952, pindaan 1982.
Keempat - ubat, umumnya tidak meninggalkan kesan ketagihan seperti dadah. Penggunaannya tanpa
banyak sekatan undang-undang (melainkan dalam hal tertentu sahaja) sedangkan dadah diharamkan
penggunaannya (walaupun tidak bagi arak dan tembakau) sehingga membawa hukuman mati.
Mental
Semua jenis dadah yang telah disebutkan pada dasarnya menunjukkan kesan ketagihan dalam bentuk
pergantungan fizikal, mental dan emosi yang sama.
Kesan fizikal dapat dilihat daripada beberapa aspek. Ini termasuklah pengaruhnya terhadap sistem
penting pada tubuh manusia seperti sistem pernafasan, saraf, jantung, metabolisme, dan otot-otot.
Dengan perkataan lain, keadaan diri mereka tidak terurus, proses kehidupan akan terjejas dan menjadi
tidak normal. Kesan ini menjadi lebih ketara apabila dadah digunakan dengan berlebihan. Kadar
pernafasannya menjadi lebih pendek dan perlahan, kadar degupan jantung berkurangan, tubuh menggigil
akibat penurunan kadar metabolisme badan. Mata menjadi merah dan kuyu serta berat badan terjejas.
Penagih juga mungkin mengalami sawan dan gangguan fungsi otak. Ini sukar dipulihkan jika berlaku
secara berterusan dan berulang-ulang.
Kesan fizikal pengambilan dadah terhadap manusia terbahagi kepada dua iaitu kesan secara suntikan
dan melalui mulut.
Kesan pengambilan dadah secara suntikan:

Meningitis - penyakit jangkitan otak


Tetanus atau penyakit kancing gigi

Endokarditis - penyakit jangkitan jantung

AIDS, Hepatitis B, C dan D

Bisul, kudis, kurap dan pelbagai penyakit kulit lain, khususnya di tapak suntikan

Kesan pengambilan dadah melalui mulut

Kerosakan paru-paru dan hati


Kerosakan sistem penghadaman (zat makanan tidak mencukupi)

Kerosakan buah pinggang

Otot-otot badan mengecut (badan lesu dan tidak bermaya)

Berat badan menurun dan berkemungkinan lumpuh

Kesan mental dan emosi lazimnya dipanggil kesan psikologi, iaitu kesan akibat pengaruh dadah pada
otak dan minda. Ini termasuklah rasa seronok dan khayal (eforia). Mereka seakan-akan tidak berpijak di
alam nyata. Pada masa yang sama, seseorang itu hilang kawalan diri dan pemikiran. Perwatakannya
mungkin bertukar. Mereka tidak segansilu melakukan perkara yang aib serta tidak mempunyai rasa
tanggungjawap.
Perasaan ini akan berterusan selagi dadah masih terdapat dalam tubuh pesakit, malah semakin lama
seseorang itu menggunakan dadah lebih banyak pula jumlah dadah diperlukan untuk mendapatkan
euforia. Fenomena ini disebut toleran ataupun keadaan lali di mana kesan euforia daripada dadah
berkurangan apabila ia digunakan berulangkali. Inilah yang membuatkan seseorang itu tidak putus-putus
mencari dan meningkatkan penggunaan dadah.
Sekiranya bekalan dadah tidak diperoleh, mereka akan berasa keluh-kesah, tak dapat memberi tumpuan,
dan amat menderita. Matanya akan berair, hidung berhingus, perut berasa sakit dan perit kadangkala
muntah dan cirit-birit. Mereka boleh bertindak ganas dan hilang kawalan emosi. Semua ini
menggambarkan apa yang dipanggil `gian'. Bahkan ia boleh melakukan sesuatu yang tidak masuk akal,
yang berlawan dengan tatasusila dan peradaban masyarakat. Tubuh tidak lagi berfungsi dengan
sempurna dan amat sukar untuk dipulihkan seperti sediakala. Kerana takutkan rasa `gian' penagih
meneruskan tabiatnya.
Selain daripada itu, penagih juga akan mengalami masalah tidur dan susah hendak nyenyak. Mereka
sering mengigau, fikiran menjadi kacau dan tidak berupaya memberi tumpuan. Emosinya turut menjadi
tidak stabil - mudah marah atau menangis. Ia juga cenderung untuk membunuh diri atau mencederakan
dirinya sendiri.
Kemarahan
Antara kesan sosial ialah kebanyakan penagih akan hilang minat dan tidak memperdulikan
tanggungjawap terhadap pekerjaan, keluarga serta masyarakat sekeliling. Prestasi dan disiplin kerja
merosot, tingkahlaku dan sikap berubah daripada apa yang biasa diamalkan atau diperhatikan
sebelumnya. Mereka juga tidak menghiraukan kesihatan dan kebajikan dirinya. Perpecahan, penderaan
serta keganasan terhadap ahli keluarga boleh berlaku. Ini selalunya menimbulkan kemarahan dan
perasaan jijik orang ramai terhadap mereka.
Banyak daripada penagih tidak tinggal bersama keluaga. Mereka hidup di tempat- tempat lengang yang
tersorok atau terpencil untuk memudahkan mereka menggunakan dadah. Dunia mereka hanya akan
dapat dipuaskan dengan dadah saja. Kesudahannya mereka akan tersisih sama sekali dan semakin jauh
daripada apa juga bentuk bantuan yang membolehkan mereka kembali semula ke pangkuan masyarakat.
Mereka akan terus menderita selagi ajal belum tiba. Keadaan mereka diibaratkan "hidup segan mati tak
mahu". Ada yang menggelarkan mereka sebagai " bangkai bernyawa". Hakikatnya sesiapa yang
terjerumus dalam perangkap dadah, amat sukar untuk melepaskan diri.
Oleh yang demikian, wajarlah kita semua menjauhkan diri daripada apa juga jenis najis dadah. Adalah
menjadi tanggungjawab kita bersama untuk berusaha membantu mereka yang terperangkap di samping
memahami keadaan yang sedang mereka hadapi.

JENIS, KESAN DAN BAHAYA DADAH

Dadah Dan Ciri-cirinya


"Dadah" ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:1.
2.

1.
2.

mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang);
digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang;

3.

3.

diperlehi secara haram;

4.

4.
membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya
tahan terhadap dadah;

5.

5.

mendatangkan kesan-kesan buruk/bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial.

Jeni-jenis Dadah
Dadah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut:a) Opiat - heroin, morfin, candu dan kodein;
b)Kanabis - ganja, hashish;
c)Depresen - sedatif-hipnotik jenis barbiturat dan bukan barbiturat serta tranquilizer;
d)Stimulan - jenis amfetamin dan kokain; dan
e)Halusinogen - lysegic acid diethylamide (LSD), meskalin, psilosibin.
Takrif dadah tidak meliputi bahan-bahan pelarut (gam dan petrol), alkohol dan tembakau
walaupun bahan-bahan ini mempunyai banyak persamaan dengan dadah dari sgi kesannya.
Dadah Perangsang
-Kita mengalami perasaan seronok atau sugul keranan dirangsang oleh otak. Ia membawa
keriangan atau kepetahan dan gelak tawa yakni rasa seronok
-Hal yang sama terjadi akibat daripada rangsangan ubat ubatan.
-Sesiapa yang menggunakan dadah jenis ini akan menunjukkan gelagat keriangan yang agak
palsu.
-Tingkah laku akan menjadi luar biasa dari pelbagai segi yakni dari segi kelincahan dan petuturan.

-keseronokan daripada dadah adalah hampir tiada batasan jika dibandingkan dengan keseronokan
semulajadi.
-oleh itu , pengguna akan sering merasa resah gelisah dan mudah merasa dalam kebimbangan dan
mudah rengsa.
-Petuturan akan menjadi begitu pantas dan sukar untuk difahami
-Tubuh akan menggeletar dan tidak ada selera untuk makan atau minum
-pengguna juga akan asyik dengan keriangan tanpa menghiraukan persekitaran samada makan
atau minum
-jika keadaan ini berterusan, pengguna akan berasa keletihan sehingga mencetus satu keadaan
kecemasan atau keresahan yang tidak dapat dikawal
-kesudahannya, nyawa terancam kerana fungsi jantung, pernafasan dan ginjal tidak terkawal. dan
maut akan menyusul.
Dadah Penekan
- ia merangsang fungsi otak dengan kesan yang berlawanan dengan dadahperangsang
-pengguna tidak langsung aktif tetapi tertekan dan sugul
-rasa lesu dan malas untuk membuat sesuatu pekerjaan
-mengantuk, pertuturan menjadi lambat dan meleret leret
-tumpuan pengguna menjadi rendah dan tidak peduli akan keadaan sekelliling
-contoh:
- ubat ubatan tidur, menyebabkan seseorang mengantuk
- tidak sedarkan diri , jika berlebihan akan membawa maut
- fungsi badan, jantung , pernafasan dan buah pinggang terjejas
- contoh lain: candu/morfin/heroin
narkotik/kodein(ubat batuk)<--sederhana
Dadah halusinogen
contoh dadah
:LSD,PCP, dadah rekaan
akibat:

-persepsi si pengguna akan berubah


-tidak akan berpijak ke alam nyata
-contohnya: merasakan diri seolah olah boleh terbang atau dapatberjumpa dengan tuhan
-juga berlaku tingkahlaku luar jangkaan
-emosi terganggu dan kerap dihantui pengalaman buruk
-dadah ini bertindak secara terus untuk menghasilkan halusinasi.
-cth: arak : mabuk , cenderung untuk tidur, pergerakan terhoyong hayang
-cth rokok tembakau: boleh menekan fungsi otak kerana kesan awalan adalahuntuk merangsang
otak ,oleh itu tidak dirasakan dengan serius oleh pengguna.
Ancaman `ECSTASY' dan Dadah Rekaan
Dr Rahmat Awang
Baru-baru ini timbul lagi satu ancaman dadah di kalangan remaja kita. Berbeza dengan dadahdadah lain, kumpulan terbaru ini sengaja direka khas untuk menghasilkan kesan-kesan tertentu.
Umumnya kumpulan ini dipanggil designer drug. Pada masa ini, dua kelas utama dadah designer
telah dicipta dan digunakan secara meluas. Ia terdiri daripada kumpulan feniletilamina dan
kumpulan opiod sintetik.
Perkembangan ini merupakan satu gejala baru yang perlu dipandang serius dan dibendung oleh
kita. Sebenarnya banyak perkara yang belum diketahui tentang kesemua kesan dadah-dadah ini.
Malah ketulenan dan keseragaman kekuatan dadah yang dihasilkan biasanya tidak menentu.
Penghasilan secara haram oleh ahli kimia yang tidak bertauliah, makmal yang tidak lengkap serta
kawalan mutu yang rendah
sering menjadikan drug tersebut lebih merbahaya. Ruangan ini menekankan tentang kumpulan
feniletilamin.
Kesan Penggunaan Feniletilamina
Dadah kumpulan feniletilamina dapat memberikan kesan euforia, peningkatan mood, empati, dan
perubahan visual. Keadaan sebenar yang akan dialami oleh seseorang penagih bergantung kepada
dos yang
digunakan. Pada dos yang rendah, otak akan kurang dirangsang dan penagih akan mengalami
peningkatan keamatan warna dan tekstur serta merasakan diri seolah-olah berada dalam alam
fantasi. Pada dos yang besar, menghampiri paras toksik, penagih akan mengalami halusinasi (rasa
khayal). Apabila digunakan buat pertama kali atau jika dicemari dengan hasil sampingan toksik,
pengguna biasanya akan mengalami keadaan depresi (sugul), rasa bersalah dan pemikiran yang
tidak menentu. Kesan fisiologi yang dapat dikesan ialah peningkatan sel darah putih, peningkatan
paras gula dalam darah, kemusnahan otot-otot dan peningkatan suhu badan. Kesan jangka panjang
feniletilamina pula biasanya diperhatikan pada penagih yang mempunyai kecenderungan
mendapat penyakit psikosis (keadaan tidak siuman) dan mungkin memerlukan rawatan jangka
panjang. Pesakit akan kelihatan mengalami gangguan pemikiran, halusinasi visual, dan auditori

serta ilusi yang menakutkan. Kajian pada haiwan menunjukkan kerosakan sel saraf akibat
penggunaan jangka panjang.
Terbitan feniletilamina dikenali dengan berbagai nama gelaran seperti yang berikut:
ICE
ICE atau nama sebenarnya metamfetamina adalah di antara dadah designer terbitan feniletilamina
yang pertama dicipta. Terdapat beberapa nama lain yang digunakan untuk metamfetamina oleh
penagih dadah. Di antaranya termasuklah nama-nama terkenal seperti SPEED, CRACK, dan
METH. Metamfetamina
hanya perlu dihisap untuk mendapatkan kesannya. Kaedah ini amat digemari oleh penagih dadah
terutama setelah menyedari bahawa penggunaan jarum meningkatkan risiko jangkitan AIDS. Ia
mempunyai kesan tindakan yang cepat dan kurang rangsangan jantung berbanding amfetamina.
Apabila dihisap, kesannya terus dirasakan dalam masa yang agak panjang iaitu di antara lapan
sehingga dua puluh empat jam. Penagih dadah ICE biasanya mengalami paranoia (rasa ketakutan),
rasa terdesak, dan sanggup mengambil risiko besar melakukan sesuatu yang membahayakan.
Seringkali hasil pembikinannya tercemar dengan kehadiran plumbum dan pembentukan hasil
sampingan yang toksik.
LOVE DRUG
LOVE DRUG iaitu MDA (3,4-metilindioksiamfetamina) mula diperkenalkan pada tahun 1967 dan
boleh membuat seseorang mengalami euforia serta empati tanpa memberikan kesan halusinasi
yang tidak diingini. Penggunaannya yang meluas telah menyebabkan beberapa kematian yang
berkaitan dengan hasil sampingan toksik iaitu HMDA (3,4-metilindioksifenil-3-aminobutane)
yang terbentuk dalam proses pembikinan tersebut.
ECSTACY
Dadah ini adalah dari kumpulanfeniletilamina yang paling kontroversi sekali. Ia terdiri daripada
gabungan MDMA dan MDEA. MDMA (3,4-metilindioksimefamfetamina) sebenarnya bukanlah
dadah designer dan
pernah digunakan untuk merawat gangguan psikiatrik pesakit untuk mengenali diri sendiri dengan
lebih baik serta meningkatkan keupayaan berkomunikasi. Di kalangan penagih dadah, ia dikenali
dengan nama ECSTASY, XTC, dan ADAM. Ia bertindak pada saraf-saraf tertentu di dalam otak
untuk memberikan kesan yang menyerupai LSD tanpa ciri-ciri halusinogen. MDEA (3,4metilindiosietamfetamina) pula adalah terbitan baru feniletilamina yang mempunyai kesan yang
berbeza berbanding dadah jenis halusinogen dan perangsang. Pada dos yang rendah, MDMA dan
MDEA berupaya memberikan kesan euforia. Keinginan untuk memulakan hubungan seks
menurun dan pengguna akan mengalami sedikit halusinasi visual. Selain daripada kesan ini,
pengguna juga kehilangan selera makan, tekanan darah yang tinggi, denyutan jantung yang cepat,
berpeluh seluruh anggota, dan pergerakan yang tidak menentu. Kesan sampingan MDMA yang
dialami oleh penagih terdiri daripada tekanan darah tinggi, denyutan jantung pada kadar yang
cepat dan tidak menentu, serangan panik, resah, tidur yang terganggu, gian, rasa ketakutan, dan
serangan depresi. Dua masalah yang ketara berikutan penggunaan Ecstacy adalah suhu badan
menjadi terlalu tinggi. (hipertermia) dan badan kekurangan air serta bahan galian (dehidrasi) oleh
badan, terlalu banyak berpeluh sehingga menjadi kering. Apabila ini berlaku suhu badan akan
meningkat - dicirikan dengan pening kepala, keletihan, pengsan, gelugut dan muntah-muntah.
Sekiranya suhu badan meningkat kepada 40(C darah mula membeku di saluran darah dan boleh
menyebabkan pendarahan yang tidak terkawal di bahagian lain. Kesudahan ia boleh menyebabkan
maut. Akibat daripada ini ramai yang cuba meminum air dengan banyaknya, ada hingga 20 liter

dalam beberapa jam saja. Tetapi ini boleh turut membahayakan kerana bahan-bahan galian yang
telah hilang tidak turut digantikan malah boleh menyebabkan darah menjadi cair dan sel-sel
(termasuk sel-sel di otak) menjadi 'kembang' dan kemudiannya rosak. Maut akan menyusul.
Secara jangka panjangnya Ecstasy boleh menjahanamkan fungsi otak dengan membunuh sel-sel
didalamnya serta juga mengganggu perjalanan bahan kimia semulajadi otak. Selepas
menggunakan Ecstasy seseorang itu akan merasa sugul serta merasai semula pengalaman pahit
yang silam. Di samping itu ia memberi beberapa kesan lain seperti tidak siuman dan seakan-akan
gila.
1.

1.

Faktor-faktor mempengaruhi kesan-kesan dadah.

Kesan dadah ke atas seseorang berbeza mengikuti individu dan bergantung kepada
beberapa faktor seperti berikut:1.

jenis dadah
perbezaan dari segi kesan ke atas fungsi sistem saraf pusat iaitu samaada ia merosotkan
(contohnya,heroin) atau merangsangkan (contohnya amfetamin dan kokain) atau merosot
dan merangsangkan (contohnya, ganja).

2.

jumlah digunakan

3.

cara penggunaan

4.

kesan dadah bergantung kepada cara (sama ada ditelan, suntik, hidu, hisap, atau diguna
bersama dadah lain), jangkamasa dan kekerapan mengguna.

keadaan individu

5.

kesan dari dos kecil adalah berbeza dari kesan dos besar, contohnya, dos kecil heroin
mungkin menyebabkan rasa mengantuk atau euforia berbanding dengan dos besar yang
mana akan menyulitkan pernafasan dan membawa maut.

kesan adalah bergantung kepada umur, jantina, berat badan, kesihatan, daya tahan,
pengalaman penggunaan dadah, mod dan aktiviti penagih.

situasi ketika mengguna

keadaaan/tempat mengguna dadah dan samada ada, atau tiada orang lain hadir bersama.

Jenis-jenis Dadah Yang Popular Pada Masa Kini

1. 1.

Morfin

Dikenali juga sebagai "M", "White Stuff", "White Powder", "Monkey", "Dreamer",
"Morpho", "Tab", "Morb", "Cubes", "Emsel" dan "Melter". Morfin ialah sejenis alkaloid
yang diperolehi dari candu mentah. Dalam pasaran gelap, ia selalunya diperolehi sebagai
morfin mentah, bes morfin (morphine base) atau morfin sulfat atau morfin hidroklorid. Ia
terdapat dalam bentuk blok, serbuk atau pil. Cara menggunakan morfin adalah dengan
menyuntik larutan morfin atau menelan pil-pil morfin.
2. Ganja
Ianya dikenali sebagai "Kanabis Herba", "Marijuana/Grass", "Pot/Weed", "Bhang", "Kif",
"Takrouri" dan "Dagga". Kanabis herba atau ganja merujuk kepada bahagian daun dan
pucuk berbunga pokok kanabis yang dikeringkan dan kadang-kadang dijadikan dalam

bentuk blok atau sate. Ia menyerupai tembakau walaupun lebih kehijau-hijauan.


Kandungan THC adalah antara 0.25%-8%.
1.

Kokain
Kokain berasal dari daun koka atau Erythroxylon coca_dan lain-lain jenis pokok
Erythroxylon yang terdapat di Peru, Bolivia, dan Colombia di pergunungan Andes,
Amerika Selatan. Bahan ini kebanyakannya disalah gunakan di Amerika Syarikat.

Kesan dadah dapat dilihat dari 4 sudut iaitu:akibat keatas penagih


akibat keatas keluarga penagih
akibat keatas masyarakat dan
akibat keatas negara

Akibat Ke Atas Penagih


Akibat yang jelas ialah dari segi tingkahlaku diri penagih itu sendiri.Si penagih akan
menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan
penagih-penagih dadah , penjenayah serta penipu .Ia tidak bertanggungjawab kepada
kerja atau persekolahannya.Dari segi fizikal, penagih menjadi kurus , lemah tenaga
,malas dan kelihatan berada dalam khayalan, penagih boleh kehilangan tenaga seks,
pitam, pengsan, berperasaan ganas, rasa ketagihan yang berlebihan, sakit perut dan
berkemungkinan mati kerana mengambil dadah yang berlebihan .Daya tahan badan
penagih akan menjadi lemah dan ia mudah dijangkiti pelbagai penyakit seperti kancing
gigi, mandul dan sebagainya.
Akibat Ke Atas Keluarga Penagih

Maruah dan nama baik keluarga penagih akan tercemar di kalangan masyarakat . Diri
penagih boleh menjadi beban kepada keluarga kerana terpaksa menghabiskan masa,
tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya. Harapan ibu bapa ke atas anak yang
telah terlibat dengan dadah telah musnah. Rumah tangga akan menjadi porak
peranda. Perpisahandanpeceraian antara ahli keluarga mungkin berlaku.

Akibat Ke Atas Masyarakat


Suasana hidup dalam masyarakat tidak lagi tenteram kerana terdapatnya kejadian
mencuri, merompakdan lain-lain yang dilakuakn oleh penagih penagih yang
memerlukan wang untuk membeli dadah. Didapati 40% daripada banduan penjara
adalah penagih dadah. Keadaan seperti ini sudah tentu menggangu keamanan ,
ketenteraman, ketertiban peraturan dan undang-undang negara
.Perpaduan,pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan
anak muda dengan dadah.Persengketaan dan perselisihan faham antara sebuah
keluarga dengan keluarga yang lain boleh terjadi akibat penglibatan anak-anak dengan
dadah.

Akibat Ke Atas Negara

Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah
dadah yang melanda negara ini. Kos yang tinggi ditanggung oleh negara atau
masyarakat, dari segi kos nyata(tangible)dan kos tidak nyata(intangible).Kos nyata
termasuklah: Kehilangan/kerugian pengurangan daya pengeluaran ekonomi
Kos bagi menyediakan kemudahan-kemudahan rawatan dan pemulihan penagih
dadah

Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan

Kos kerana kerugian akibat daripada aktiviti-aktiviti jenayah yang berkaitan dan

Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasan seperti menambahkan bilangan


anggota polis, kakitangan jabatan penjara , makamah, hospital dan sebagainya .

Kos tidak nyata yang menyebabkan kerugian lebih besar yang mana sukar
ditentukan jumlahnya dengan tepat, termasuklah ketakutan dan kekecewaan
yang dialami oleh masyarakat dan mangsa aktiviti-aktiviti jenayah yang
dilakukan oleh penagih dan pengedar dadah. Golongan masyarakat yang
terbesar terlibat dengan masalah dadah ialah kaum belia yang menjadi tulang
belakang pembangunan negara dan bakal pemimpin. Perangkaan yang lalu
membuktikan bahawa dari jumlah penagih yang dikesan , kira-kira 65% adalah
terdiri daripada kaum belia yang berumur diantara 20-29 tahun . Ini jelas
menunjukkan bahawa golongan yang menghadapi risiko yang tinggi ialah kaum
belia yang menjadi harapan nusa dan bangsa .

Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa


perubahan tertentu seperti rupa, tabiat, dan tingkahlaku. Beberapa tanda umum yang
boleh dilihat berkaitan dengan kegiatan penagihan dadah ialah:

kemerosotan kehadiran ke sekolah atau tempat kerja, mutu kerja, disiplin,


dan hasil kerja
meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya
mengelakkan diri daripada tanggungjawab
tabiat suka menyembunyikan apap-apa yang dilakukan atau dimiliki
hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair
atau mata yang redup dan kuyu
parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar warna akibat
menghisap ganja
berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah
meminta wang yang berlebihan daripada keluarga
suka meminjam wang daripada kawan-kawan atau mencuri barang-barang
yang mudah dijual di rumah, sekolah, tempat kerja, saudara mara atau
kaum keluarga
selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil tanpa sebab seperti stor, bilik
kecil, tingkat bawah bangunan dengan tujuan mengih dadah

Bagaimanapun, kita tidak harus membuat kesimpulan sendiri


yang seseorang itu penagih dadah berdasarkan tanda-tanda ini
sahaja. Ada baiknya kita menyiasat dahulu, bertanya terus
terang kepada diri yang berkaitan ataupun merujuknya kepada
pakar-pakar perubatan.

Apakah itu Dadah?


Dadah atau "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Banyak hal yang berkaitan
dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita.
Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti
ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan
oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.
Dadah dan Anda!
Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan "Drug" bermaksud ubat-ubatan. Walaupun
demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada "drug", perkataan "use", "misuse" atau "abuse"

perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan "drug". Contohnya "drug abuse" atau "misuse of drug
yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.
Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis
bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi
serta tingkahlaku pengguna apabila digunakan.
Akibat
daripada
kesan
ini,
seseorang
yang
menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya.
Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda.
Ubat-ubatan seperti "paracetamol" dan "antibiotic" membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak
sihat. Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai "caffeine".
Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada
individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di
sisi undang-undang.
Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah
ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu
Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk
mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan
dadah seumpana ini. Jenis dadah seperti seperti kokainb, ganja, heroin, syabu
dan "ecstasy" diambil untuk mengubah perasaan fikiran anda. Dadahdadah ini juga dikenali sebagai"dadah yang disalahguna" .
Dadah dan Ciri-cirinya
Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia
psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti
berikut :

Mempunyai kesan paling ketara ke atas


sistem saraf pusat (Otak dan saraf tunjang);

Digunakan bukan untuk tujuan perubatan


dan penggunaannya adalah dilarang;

Diperoleh secara haram;

Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah;
dan

mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan


dan fungsi sosial seseorang.
Jenis-jenis Dadah
Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberape jenis seperti
berikut :

Opiat dan Opiat sintetik

Stimulan

Ganja

Halusinogen

Depresen

Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalahguna


Apa itu Opiat?
Dadah jenis opiat diperolehi daripada tumbuhan pokok popi. Getah dikeluarkan daripada buah popi, lalu
ia dikeringkan dan diproses menjadi dadah kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan heroin.

Jenis-jenis opiat
1. Candu
Candu adalah sejenis narkitik yang mempunyai fungsi menekan dan memperlahankan aktiviti sistem
saraf tunjang. Candu dihasilkan daripada getah buah popi yang bertukar daripada warna putih kepada
coklat dan kehitaman. ia mempunyai bau yang kuat, mengajal (elastik) apabila masih segar dan menjadi
keras jika terdedah kepada udara.
2. Morfin
Morfin adalah sejenis alkaloid yang diperolehi setelah diproses daripada candu mentah. Dalam
pasaran gelap ia selalunya dikenali sebagai morfin mentah, bes morfin, morfin sulfat atau morfin
hidroklorik.
Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik
Nama Jalanan : "M", "White Powder", "Monkey", "Morpho"
Morfin Mentah

Bentuk blok/serbuk

Bertanda "999"

Megandungi 70% - 90% morfin


Juga dipanggil Heroin No.1
Bes Morfin

Seperti serbuk kopi halus

Megandungi 60% - 70% morfin


Pil-pil Morfin

Megandungi morfin sulfat/morfin hidroklorid

Pil kecil berwarna putih/coklat pucat


3. Heroin
Heroin adalah dadah jalanan yang paling kerap disalahguna oleh
penagih dadah di Malaysia. Heroin dalam bentuk tulen adalah serbuk
putih pahit yang merupakan produk yang terhasil daripada pemprosesan morfin. Heroin mempunyai
kekuatan berkali-kali ganda morfin.
Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap
Nama Jalanan : "Fit", "Fun", tepung, cik putih, barang, "Penang
pink"
4. Kodein
Kodein adalah bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi di dalam candu. Walau
bagaimanapun, kebanyakan kodein di pasaran adalah yang dihasilkan daripada morfin. Dalam bidang
perubatan, kodein digunakan untuk melegakan kesakitan sederhana dan sebagai ubat batuk.
Cara Menggunakan : Menelan, menyuntik
Nama Jalanan : Ubat batuk
5. Opiat Sentetik
Opiat Sintetik meliputi bahan-bahan seperti "methadone" , "pethidine", "dipipanone" dan
"dextropropoxyphene". Bahan-bahan ini mempunyai sifat yang serupa dengan opiat dan digunakan dalam

bidang perubatan untuk melegakan kesakitan. Kini "methadone" digunakan dalam rawatan penagihan
opiat di negara kita.
Cara Mengunakan : Menelan, Menyuntik
Nama Jalanan : "Fizzies", "Dollies"
Stimulan
Stimulan merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsang aktiviti sistem saraf pusat. Terdapat dua
jenis stimulan iaitu jenis amfetamin atau "Amphetamine-type-stimulants (ATS)" dan kokain.
Jenis-jenis Stimulan
1. Amfetamin
Amfetamin adalah stimulan sintetik buatan manusia. Pada masa ini
tidak ada ubat yang menganduni amfetamin yang didaftarkan dengan

Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Dadah perangsang jenis amfetamin


seperti
methamphetamine
(ice/syabu)
dan
"Methylenedioxy
methamphetamine" adalah dadah yang sanat berbahaya.
Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik, menghisap, menyedur

("chasing the dragon")


2. Methamphetamine
"Methaphetamine hydrochloride" merupakan satu jenis dadah yang berada dalam kumpulan
stimulan. Ianya berbentuk kaca pecah dan kadangkala berbentuk seperti tawas. Contoh
"methaphetamine hydrochloride" yang biasanya terdapat di Malaysia ialah syabu dan yaba. syabu
lazimnya diproses secara haram dan tidak mempunyai kegunaan dari aspek perubatan.
Cara Mengunakan : Menghisap, menyedut ("chasing the dragon")
Nama Jalanan : "Ice"
3. Kokain
Kokain adalah serbuk putih yang berasal daripada daun koka yang terdapat di Peru, Bolivia dan
Colombia di Pergunungan Andes, Amerika Selatan. Ia banyak digunakan di negara-negara Amerika
Utara, Selatan dan Tengah di samping negara-negara Eropah.
Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap
Nama Jalanan : "Coke", "Crack", "Snow", "Flake"
Kokain "Freebase" adalah bes kokain yang bebas daripada segala campuran dan dihisap dalam
bentuk tulen dengan menggunakan paip khas.
Kokain "Crack" adalah campuran kokain dengan serbuk penaik dan berbentuk "granusles". "Crack"
mempunyai ketulenan sehingga 90% dan sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan ketagihan
teruk dalam masa yang singkat.
4. MDMA
"Methylenedioxy-methamphetamine" (MDMA) merupakan analo meskalin dan amfetamin. ia
dipanggil "feel good drug" dan boleh meningkatkan daya tahan pengguna. Pil MDMA seringkali dibentuk
dengan ikon atau logo bagi memenuhi cita rase pengguna muda.
Cara Menggunakan : Menelan
Nama Jalanan : "Ecstasy", "XTC"
Ganja/Kanabis
Kanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk semua jenis dadah yang diperoleh daripada pokok
"cannabis sativa". Pokok ini berasal dari kawasan beriklim panas seperti Asia, Mexico, Afrika dan Timur
Tengah. Ia merupakan bahan yang sangat kompleks dan mengandungi sekurang-kurangnya 421
jenis bahan kimia yang mana "tetrahydrocannabinol" (THC) merupakan bahan psikoaktif
yang utama.
Jenis-jenis Ganja/Kanabis
1. Kanabis Herba
Kanabis herba merujuk kepada daun dan pucuk berbunga pokok "genus kanabis" yang dikeringkan
dalam bentuk ketulan atau sate. ia menyerupai tembakau tetapi berwarna lebih kehijauan.

Kandunan THC : 0.25% - 8%


Cara Mengunakan : Menghisap, menelan (bersama
makanan/minuman)
Nama Jalanan : "Ganja"
2. Hashish
Resin getah kanabis (hashish) ialah getah pucuk bunga kanabis yang dikumpulkan dan dihasilkan
menjadi ketulan, serbuk atau dicampurkan dengan lilin. Warnanya berbeza-beza daripada coklat muda ke
hijau, coklat tua atau hitam.
Kandungan THC : 4% - 12%
Cara Menggunakan : Menghisap
3. Minyak Hashish
Minyak hashish dihasilkan daripada pengasingan bahan kanabinoid dengan menggunakan bahan
pelarut. Ia menyerupai minyak tar, tidak larut dalam air dan menjadi pekat apabila terdedah kepada udara.
Kandungan THC : Sehingga 60%
Cara Menggunakan : Menghisap
Ha
Halusinogen adalah jenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria. Ia mengubah
pandangan visual dan menyebabkan ilusi sehingga susah membezakan yang benar dan tidak benar.
Halusinogen adalah ubat-ubatan terjadual di bawah kawalan Kementerian Kesihatan. LSD, DMT,
PCP, meskalin dan psilosibin semuanya termasuk dadah jenis halusinogen. Kesan penyalahgunaan ubatubatan ini sukar dibuktikan.
Ubat-ubatan ini amat popular disalahgunakan oleh gologan "hippies" pada tahun 1960-70. Kini ia
diguna oleh kebanyakan penagih di negara- negara barat.
Depresen
1. Ubat "Depresen"
Ubat "depresen" termasuk juga ubat-ubat "sedative" dan "tranquilizer". Ubat-ubat ini bertindak dalam
sistem saraf tunjang manusia untuk memperlahankan atau menghentikan fungsi-fungsi tubuh.
Contoh ubat "sedative" ialah "barbiturates" manakala contoh
"tranquilizer" ialah "erimin-5", "rohypnol" dan "valium".
"Erimin-5" sejenis "sedative" yang kerap disalahgunakan oleh mereka yan menyalahguna "club
drugs" untuk membantu mereka kembali ke kehidupan rutin. Penagih heroin juga menganggap "erimin- 5"
sebagai pengganti heroin apabila harga pasaran haram heroin tinggi.

"Rohypnol" sejenis "sedative" yang sangat kuat kesannya sehingga ia kerap disalahguna di kelab
malam bukan sahaja sebagai "club drugs", bahkan juga sebagai "rape drugs" oleh perogol. "Rohypnol"
boleh mengakibatkan kematian apabila disalahgunakan bersama alkohol.
2. Alkohol
Alkohol adalah minuman keras yang lazimnya disalahguna terutamanya oleh pengunjung kelabkelab malam. alkohol juge bertindak ke atas sistem saraf manusia dengan cara memperlahankan fungsi
dan reaksinya. Penyalahgunaan alkohol bersama dadah boleh menyebabkan perlbagai kesan sampingan
seperti hilang keseimbangan badan dan tidak sedarkan diri. Tindak balas kimia alkohol bersama dadah
yang diambil secara berlebihan akhirnya boleh membawa maut.
Cara Menggunakan : Minum
Nama Jalanan : Pelbagai jenis "Bir", "wine" dan minuman keras lain.
3. GHB
"Gamma-hydroxybutyrate" (GHB) boleh diperoleh dalam bentuk cecair jernih, serbuk putih, pil dan
kapsul. GHB atau "gamma- hydroxybutyric acid" tidak pernah diiktiraf sebagai ubat dan dikeluarkan
dalam makmal haram tanpa sebarang kepiawaian. GHB juga kerap disalahgunakan sebagai "rape drugs"
kerana boleh mempitamkan mangsa dalam tempoh beberapa minit sahaja.
Cara Menggunakan : Menelan
Nama Jalanan : "G", "Grieviuos bodily Harm", "Liquid Ecstasy"
4. Ketamin
Ketamin pula sejenis ubat bius haiwan yang kerap disalahgunakan. Ketamin yang digunakan dalam
bentuk cecair tidak mengkhayalkan. Ia boleh menyebabkan pengguna tertidur dengan cepat. Ketamin
dalam bentuk tepung putih pula disalahgunakan dengan cara "smoked" atau "snorted" untuk
mendatangkan khayalan seperti bius.
Ubat-ubatan dan Bahan Yang disalahguna
1. Steriod
Steriod sejens ubat yang merupakan hormon testeron sintetik. Steriod digunakan oleh doktor untuk
merawat pesakit lelah dan lain- lain. Steriod kerap disalahguna oleh atlit di seluruh dunia walaupun
terdapat kajian baru yang menunjukkan steriod tidak menyebabkan pertumbuhan otot atau peningkatkan
kekuatan fizikal. Penyalahgunaan steriod mendatangkan banyak kesan sampingan yang buruk seperti
boleh menyebabkan kanser hati.
2. Gam, Petrol dan Inhalan Lain
Gam, petrol dan inhalan lain walaupun tidak perlu dibeli di pasaran haram, juga boleh menghasilkan
kesan seperti dadah apabila disalahgunakan. Kekerapan menghidu gam atau petrol boleh
mengkhayalkan pengguna dan menyebabkan seseorang itu ketagihan.
Kini Kerajaan Malaysia sedan dalam proses menggubal akta Bahan Mengkhayalkan agar gejala
penyalahgunaan bahan seperti ini dapat ditangani.
3. Daun Ketum

Selain daripada itu, daun ketum atau "species mytragynine" yang telah disenaraikan sebagai racun
dan bahan psikotropik dalam Akta Racun 1952 juga kerap disalahgunakan oleh segolongan rakyat di
Utara dan Timur Semenanjung Malaysia.
4. Ubat-ubatan
Selain daripada ubat bius dan "depresen", lazimnya ubat-ubatan yang kerap disalahguna adalah
berkaitan dengan ubat penenang, ubat tidur, ubat untuk menahan sakit ("pain killer") dan sebagainya.
Penggunaan yang kerap, banyak dan secara berpanjangan akan menyebabkan kebergantungan kepada
ubat-ubatan berkenaan.
Dadah Dari Sudut Agama

Anda mungkin juga menyukai