Anda di halaman 1dari 3

Teks: Rakan Sebaya - Kawan atau Lawan

Yang Berusaha, En.Ismail bin Husin, Guru Besar SK Muara Tebas


Yang Dihormati Puan Salbiah bt Alias, Penolong Kanan 1,
Yang Dihormati Datin Hajah Fauziah Mardiana Bt Haji Sepawi, Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid,
Yang Dihormati Ustaz Husaini bin Haji Angon , Penolong Kanan Kokurikulum,
Guru –guru dan rakan-rakan sekalian.

Saya ___________________________________ Pembimbing Rakan


Sebaya dari kelas __________ ingin berkongsi tips memilih rakan sebaya
kepada semua. Tajuk motivasi saya pada hari ini ialah Rakan Sebaya – Kawan
Atau Lawan.

1. Apa yang anda faham dan tahu mengenai Rakan Sebaya?


 Definisi Rakan Sebaya menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4 ialah
sahabat yang sama umurnya.

 Rakan Sebaya juga ialah sahabat daripada lingkungan latar


belakang yang sama dan suka bersama dalam pelbagai aktiviti
dan dalam kata lain mempunyai minat yang sama.

1
2. Ciri-ciri rakan yang baik:-
 Sentiasa membantu ketika dalam kesusahan.

 Menunjukkan teladan yang baik.

 Mengajak ke arah kebaikan.

 Bersedia mendengar masalah.

 Membantu dalam pelajaran.

 Taat pada perintah Allah.

 Bersedia menghulurkan bantuan.

 Sentiasa berakhlak mulia

 Amanah dalam menjaga rahsia

 Memiliki sifat ikhlas dan jujur

 Cintakan ilmu pengetahuan

3. Ciri-ciri rakan yang jahat:-

 Kawan yang suka melakukan perbuatan yang jahat seperti

 Mencuri, nakal, suka ponteng sekolah, tidak mendengar kata ibu bapa

& guru, suka berbohong atau menipu rakan yang lain

 Rakan yang suka membuli rakan lain

 Tidak suka membantu kawan atau guru-guru

 Kawan yang malas. Malas belajar, malas bersukan atau tidak suka

terlibat dengan aktiviti kokurikulum.

 Tidak jujur

 Tidak amanah

 Pentingkan Diri Sendiri

 Mungkir janji atau tidak tepati janji

 Bersikap sombong dan tidak mahu bergaul dengan kawan yang lain.

2
4. Kepentingan Rakan Sebaya:-

1. Rakan mempengaruhi perwatakan seseorang – rakan yang baik

membawa kebaikan, rakan yang jahat membawa keburukan

2. Rakan tempat kita mencurah segala masalah – terutama masalah

remaja, mereka lebih mempercayai rakan berbanding ibu bapa.

3. Rakan sejati akan saling membantu – jika kita dalam kesusahan, segala

masalah dapat diselesaikan.

4. Rakan dapat membantu dalam meningkatkan prestasi pelajaran – rakan

yang pandai membantu yang lemah, belajar berkumpulan –

meningkatkan prestasi

NASIHAT SAYA, dekati rakan-rakan yang berfikiran positif, rajin dan


bersemangat tinggi untuk berjaya. Dalam masa yang sama, kurangkan masa
yang kita luangkan dengan rakan-rakan yang malas, bermasalah disiplin dan
suka merungut. Gabungan tindakan kita ini akan menaikkan semangat kita
untuk belajar dengan lebih baik.

Tuntasnya, Rakan Sebaya memainkan peranan yang penting di dalam


menentukan arah kehidupan kita. Oleh itu, kita hendaklah berhati-hati ketika
memilih Rakan Sebaya. Bukan semua Rakan Sebaya patut dijadikan kawan
kerana akan ada yang mempengaruhi ke arah kebaikan dan akan ada yang
mempengaruhi ke arah kejahatan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya, maka hendaklah seseorang
kamu memperhatikan siapa yang harus dipilih menjadi rakan.” Samada
berperanan sebagai seorang kawan atau pun berperanan sebagai seorang
lawan, pilihlah rakan dengan bijak. Kesilapan memilih Rakan Sebaya pasti akan
mengakibatkan keruntuhan akhlak, gejala sosial yang berleluasa dan
kemerosotan disiplin. INGATLAH, rakan ketawa mudah dicari, rakan
menangis sukar dicari. Sekian Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai