Anda di halaman 1dari 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SK MUARA TEBAS
d/a Pejabat Pendidikan Daerah Kuching
Jalan Diplomatik Off Jalan Bako
Petra Jaya
93050 Kuching, Sarawak
Tel : 082 - 438437
Faks : 082 - 438203
E-mel: skmt1317@gmail.com

Ruj. kami : JPS(W)/SKMT(MUR)/153/02/03/05Jld.2


Tarikh : 19 September 2018

Pengarah
Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Sarawak
Kementerian Dalam Negeri
214,Jalan Haji Taha
93400 Kuching, Sarawak.

Tuan,

JEMPUTAN UNTUK MENGADAKAN CERAMAH/PAMERAN/LDK YANG BERKAITAN DENGAN ANTI


DADAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Hari Anti Dadah sempena Program
PASCA UPSR mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 3 Oktober 2018 (Rabu)


Masa : 0800 pagi hingga 1230 tengah hari
Tempat : Makmal Komputer,SK Muara Tebas.
Sasaran : 53 orang murid tahun 6.

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah menjemput tuan untuk mengadakan ceramah/pameran/aktiviti
LDK tentang anti dadah pada hari tersebut. Selain itu, pihak sekolah juga memohon bantuan sumbangan
poster anti dadah untuk dilekatkan disudut anti dadah sekolah. Sebarang pertanyaan, pihak tuan boleh
berhubung terus dengan Cikgu Assparini bt Ibrahim (Guru Bimbingan & Kaunseling) di talian 019 8260319
(H/P) @ 082 438437 (Pej.)

4. Kerjasama dan sokongan pihak tuan sangat diharapkan untuk menjayakan program tersebut.

Sekian,terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

( ISMAIL BIN HUSIN)


Guru Besar
SK Muara Tebas
Kuching

‟MENJULANG PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK”


‟FLY KENYALANG FLY,FLY HIGH”

Anda mungkin juga menyukai