Anda di halaman 1dari 8

TAJUK: “Isu Buang Bayi “ Punca dan Penyelesaian : Satu Tinjauan Remaja

Bermasalah di Kuala Lumpur

Bahagian A: Punca-Punca Berlaku Pembuangan Bayi

Berdasarkan skala 1 – 5 di bawah ini, sila bulatkan tahap persetujuan anda


terhadap komponen-komponen yang menyumbang kepada punca-punca
berlakunya pembuangan bayi dalam kalangan remaja masa kini.

1 2 3 4 5
Sangat Tidak Tidak Setuju Sederhana Setuju Sangat
Setuju Setuju Setuju

A : Ibu Bapa

1 Kesibukan Ibu bapa dalam pekerjaan membuatkan anak- 1 2 3 4 5


. anak kurang mendapat perhatian dan pengawasan.
2 Ibu bapa memberikan kepercayaan yang tinggi kepada 1 2 3 4 5
. anak-anak dalam melakukan aktiviti luar rumah.
3 Tahap komunikasi yang rendah antara ibu bapa dengan 1 2 3 4 5
. anak-anak mereka dalam perkongsian masalah
4 Ibu bapa menghalau anak mereka yang hamil luar nikah 1 2 3 4 5
. kerana malu menyebabkan individu tersebut membuang
bayi.
5 Ibu bapa tidak mengambil berat soal pergaulan anak-anak 1 2 3 4 5
. mereka terutama sekali pergaulan antara perempuan dan
lelaki.
6 Ibu bapa tidak peka terhadap isu semasa yang berlaku 1 2 3 4 5
. dalam masyarakat seperti masalah buang bayi
7 Ibu bapa kurang menerapkan didikan agama dalam 1 2 3 4 5
. kehidupan seharian remaja.
8 Krisis rumahtangga yang berlaku dalam institusi 1 2 3 4 5
. kekeluargaan menyebabkan anak-anak remaja mengambil
keputusan keluar dari rumah dan melakukan gejala sosial.

B: Rakan-rakan

1 Rakan-rakan menjadi orang yang penting dalam hidup 1 2 3 4 5


. remaja bagi mengadu segala masalah.
2 Ajakan rakan-rakan dalam melakukan sesuatu perkara 1 2 3 4 5
. yang negatif bagi mengisi masa lapang selepas waktu
sekolah.
3 Rakan-rakan yang telah dibuang sekolah selalu mengajak 1 2 3 4 5
. remaja lain yang masih bersekolah untuk melakukan
aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak dan keluar
berfoya-foya.
4 Remaja mudah terikut-ikut budaya berpasangan atau 1 2 3 4 5
. bercinta antara rakan-rakan mereka yang lain untuk tidak
kelihatan seperti kolot mahupun ketinggalan zaman.
5 Rakan-rakan memberiksan dorongan yang negatif dalam 1 2 3 4 5
. mengatasi masalah apabila remaja tersebut didapati
hamil, iaitu dengan membuang bayi tersebut.
6 Remaja dikelilingi oleh rakan-rakan yang mempunyai 1 2 3 4 5
. sejarah pernah membuang bayi tetapi terlepas daripada
hukuman undang-undang.
7 Remaja mempunyai rakan-rakan yang tidak mempunyai 1 2 3 4 5
. sahsiah yang baik dan berasal daripada latar belakang
keluarga yang bermasalah terutamanya masalah moral
dan akhlak.
8 Rakan-rakan yang mendampingi remaja mempunyai rekod 1 2 3 4 5
. jenayah dan masalah juvana sejak di sekolah lagi.

C: Media Massa

1 Penyebaran klip-klip video lucah melalui telefon bimbit 1 2 3 4 5


. yang sangat berleluasa memberikan dorongan kepada
remaja untuk melakukan aksi tersebut bersama pasangan
masing-masing.
2 Kurangnya kawalan kemasukan filem-filem dan hiburan 1 2 3 4 5
. dari negara luar yang penuh dengan aksi-aksi
menghairahkan.
3 Kemasukan hiburan yang mempunyai unsur dan gejala 1 2 3 4 5
. negatif seiring dengan kemajuan penciptaan teknologi
media massa.
4 Penjualan majalah-majalah roman picisan yang 1 2 3 4 5
. mengandungi banyak unsur-unsur negatif seperti
menggalakkan percintaan yang terlarang antara remaja.
5 Jaringan sesawang internet yang semakin sukar dikawal 1 2 3 4 5
. menyebabkan segala unsur-unsur negatif yang tidak
sepatutnya ditonton dan dibaca oleh golongan remaja
yang mudah terpengaruh lalu mencuba melakukannya.
6 Perkenalan yang terjalin dalam dunia siber(alam maya) 1 2 3 4 5
. melalui budaya “chatting” menjerumuskan remaja
perempuan mudah tertipu dengan pasangannya sehingga
mengandung lalu membuang bayi tersebut.
7 Kepesatan dalam penciptaan media-media elektronik yang 1 2 3 4 5
. menyebabkan remaja mudah memperolehi klip-klip video
lucah di mana-mana dan bila-bila masa.
8 Laman-laman web yang memancing remaja hingga 1 2 3 4 5
. terjebak dalam pertubuhan atau perkumpulan yang
mengamalkan seks rambang seperti perkumpulan Black
Metal.

D: Kerajaan
1 Tindakan undang-undang yang kurang efektif terhadap 1 2 3 4 5
. pesalah yang membuang bayi.
2 Kurang kempen kesedaran yang dianjurkan oleh kerajaan 1 2 3 4 5
. dalam menangani isu ini.
3 Dasar kerajaan yang kurang tegas dalam menangani 1 2 3 4 5
. gejala buang bayi.
4 Sistem kerajaan pentadbiran kerajaan yang lebih terbuka 1 2 3 4 5
. dan ke arah kebaratan membuatkan pemantauan dari segi
rohaniah kurang dipraktikkan.
5 Kerajaan kurang mempromosikan gambar-gambar 1 2 3 4 5
. hukuman yang dijalankan oleh pihak kerajaan dalam
menghukum penjenayah buang bayi ini.
6 Pemantauan dari segi hukum-hukum Islam terhadap 1 2 3 4 5
. hubungan yang tidak sepatutnya berlaku dalam kalangan
remana kurang diberi perhatian secara khusus oleh pihak
kerajaan.
7 Kurangnya kawalan dalam bidang penyiaran terutamanya 1 2 3 4 5
. kawalan penyiaran televisyen yang semakin banyak
menyiarkan rancangan-rancangan yang mengandungi
unsur-unsur lucah dan negatif .
8 Tiada tapisan atau akta yang membolehkan laman-laman 1 2 3 4 5
. internet yang mengandungi unsur-unsur lucah di blok atau
disenaraihitamkan serta-merta apabila laman itu dibuka.

E: Diri sendiri

1 Remaja mempunyai perasaan ingin mencuba sesuatu 1 2 3 4 5


. yang baru dalam hidup mereka tanpa memikirkan
kesannya.
2 Ajakan rakan-rakan dalam melakukan sesuatu perkara 1 2 3 4 5
. yang negatif bagi mengisi masa lapang.
3 Pegangan agama yang rapuh membuatkan remaja 1 2 3 4 5
. mengambil jalan yang mudah dalam menyelesaikan
masalah apabila disahkan hamil.
4 Didikan moral yang lemah dalam kalangan remaja 1 2 3 4 5
. membuatkan remaja mudah terjebak dalam masalah
sosial.
5 Keadaan mental dan fizikal remaja belum bersedia untuk 1 2 3 4 5
. menerima kelahiran tersebut menyebabkab mereka
membuang bayi mereka.
6 Remaja berasa malu dengan keadaan mereka yang 1 2 3 4 5
. terpaksa melahirkan anak luar nikah, lalu mereka
mengambil keputusan untuk membuang bayi mereka
7 Remaja terikut-ikut budaya kuning dari Barat yang 1 2 3 4 5
. membenarkan seks rambang seperti kumpulan Black
Metal.
8 Rasa rendah diri kerana kurang bijak dari segi pendidikan 1 2 3 4 5
. lalu merasakan hidup bebas bersama-sama rakan yang
liar menjadikan hidup lebih bermakna.
Bahagian B: Penyelesaian Masalah Pembuangan Bayi

Berdasarkan skala 1 – 5 di bawah ini, sila bulatkan tahap persetujuan anda


terhadap tindakan-tindakan yang boleh menjadi penyelesaian masalah
pembuangan bayi dalam kalangan remaja masa kini.

A: Institusi Kekeluargaan

1 Memberi didikan agama dan tunjuk ajar yang mendalam 1 2 3 4 5


. kepada anak-anak terutama yang sedang meningkat ke
alam remaja.
2 Ibu bapa harus menjadi contoh teladan yang baik dari segi 1 2 3 4 5
. kelakuan dalam setiap aspek kehidupan bagi mengatasi
gejala sosial.
3 Golongan ibu bapa harus peka terhadap perubahan diri 1 2 3 4 5
. anak-anak dengan memantau pergerakan anak-anak.
4 Ibu bapa perlu sentiasa melayan anak-anak mereka yang 1 2 3 4 5
. dewasa seperti seorang kawan supaya jurang di antara
mereka dapat dirapatkan.
5 Ibu bapa harus mendapatkan khidmat nasihat dan 1 2 3 4 5
. bimbingan dari pakar kekeluargaan dan agama dalam
melaksanakan tugas mereka supaya lebih berkesan lagi.

B: Institusi Pendidikan

1 Memberikan pendedahan terhadap isu buang bayi ini 1 2 3 4 5


. dalam kalangan pelajar supaya mereka mengetahu
implikasi perbuatan tersebut terhadap mereka.
2 Mempergiatkan lagi fasa-fasa program yang mampu 1 2 3 4 5
. membina sahsiah, moral, dan akhlak diri dalam kalangan
remaja.
3 Memperkasakan lagi silibus pembelajaran dalam sistem 1 2 3 4 5
. pendidikan dengan ilmu berlandaskan disiplin moral dan
keagamaan yang murni.
4 Menggandakan keberkesanan institusi pendidikan, 1 2 3 4 5
. menambahkan produktivitinya, meningkatkan
kewibawaannya dalam kalangan setiap anggotanya baik
mereka itu pelajar atau petugas.
5 Tenaga pengajar harus menjadi contoh teladan kepada 1 2 3 4 5
pelajar dan mereka perlu sentiasa peka dengan setiap
perubahan pelajar itu.

C: Institusi Kerajaan

1 Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan yang 1 2 3 4 5


. sedia ada dengan memberatkan lagi hukuman untuk
pesalah yang melakukan kesalahan buang bayi ini supaya
lebih berkesan dan efektif.
2 Mempertingkatkan lagi hubungan kerjasama dengan 1 2 3 4 5
. institusi-institusi bukan kerajaan(NGO) dalam menjalankan
kempen-kempen kesedaran untuk remaja.
3 Mewujudkan sebuah pertubuhan yang boleh 1 2 3 4 5
. mengenalpasti golongan remaja yang cenderung dalam
perlakuan buang bayi ini supaya mereka segera diberi
muhasabah diri dan keinsafan dalam sesi kaunseling.
4 Jentera-jentera pentadbiran haruslah mengikut landasan 1 2 3 4 5
. prinsip agama islam dengan menerapkan nilai-nilai murni
dalam setiap urusan.
5 Memberi peluang kepada golongan muda terlibat dalam 1 2 3 4 5
. pelbagai aktiviti sosial yang sihat di samping memberi
bimbingan dan tunjuk ajar kepada mereka.
D: Remaja sendiri

1 Sentiasa berusaha mempelajari dan mengamalkan 1 2 3 4 5


. kehidupan mengikut peratuan yang telah ditetapkan
dalam agama.
2 Mempunyai kesedaran sivik dan sentiasa menjaga 1 2 3 4 5
. kehormatan diri.
3 Mentaati kedua ibubapa dan sentiasa menjaga nama baik 1 2 3 4 5
. keluarga.
4 Sentiasa bergaul dengan orang-orang yang baik budi 1 2 3 4 5
. pekerti dan melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang
berfaedah.
5 Tidak meletakkan seseorang yang mempunyai moral yang 1 2 3 4 5
. rendah sebagai idola seperti artis-artis barat dan
sebagainya.
Bahagian C: Latar Belakang Respoden

Sila tandakan √ pada ruangan yang berkenaan bagi mengisi latar belakang anda
dalam soal selidik ini.

Jantina : Perempuan Lelaki

Umur : 13 tahun 14 tahun 15 tahun 16 tahun


17 tahun

18 tahun 19 tahun 20 tahun 21 tahun


lain-lain nyatakan :_____

Bangsa: Melayu Cina India lain-lain nyatakan:


_______________

Warganegara: Warganegara Bukan Warganegara

Status Perkhawinan: Sudah Berkhawin Belum Berkhawin

Institut Pendidikan terkini: Sekolah Menengah Biasa Sekolah


Berasrama

Anak ke berapa: _____ Bilangan adik-beradik:____

Pekerjaan Bapa: Kerajaan Swasta Bekerja Sendiri


Tidak Bekerja

Pekerjaan Ibu: Kerajaan Swasta Bekerja Sendiri


Tidak Bekerja

Jenis Kediaman terkini: Flat Kondominium Apartment


Banglo Teres

Pernah Mempunyai Kekasih: Ya Tidak

Pergaulan harian bersama rakan: Bebas Terhad


Sederhana

Pernah terlibat dengan masalah moral : Ya Tidak

Pernah melakukan hubungan seks : Ya Tidak


Adakah anda merupakan seorang pelajar yang cemerlang dalam akademik:
Ya Tidak

Adakah anda merupakan seorang pelajar yang aktif dalam aktiviti ko-kurikulum:
Ya Tidak

Adakah anda setuju dengan perbuatan buang bayi ini: Ya Tidak

Adakah anda tahu hukuman undang-undang terhadap kesalahan membuang bayi:


Ya Tidak

Bagaimanakah anda tahu tentang isu buang bayi ini: Surat


Khabar Televisyen Radio

Internet Perbualan
Majalah

Adakah terdapat kenalan, saudara, jiran terdekat anda yang pernah ditangkap atas
buang bayi di kawasan perumahan anda? : Ya Tidak

Apakah pandangan anda mengenai gejala buang bayi ini yang semakin berleluasa
dalam kalangan remaja di Malaysia ?

_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
________________________