Anda di halaman 1dari 6

FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN (FSK)

JABATAN PENGAJIAN ISLAM

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PEMBENTUKAN DISIPLIN PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN


KERILLA, TANAH MERAH KELANTAN.

Kajian dan soal selidik yang dijalankan adalah bertujuan memenuhi keperluan data bagi
kajian untuk dianalisis. Bagi memastikan ketelusan, para responden diminta untuk menjawab
dengan jujur pada soalan-soalan yang diajukan. Sebarang ketidaktelusan dalam menjawab
soalan akan mengakibatkan data yang diperoleh tidak tepat. Identiti, data dan maklumat
yang telah anda berikan adalah sulit dan rahsia. Penyelidik juga tidak akan memanipulasi
data dan maklumat yang diberikan melainkan untuk tujuan kajian ini semata-mata. Kerjasama
dan perhatian anda amat dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

SILA ISI TEMPAT KOSONG DAN TANDAKAN DENGAN SATU PILIHAN


JAWAPAN SAHAJA BAGI SETIAP SOALAN YANG DIKEMUKAKAN.

TERIMA KASIH ☺

BAHAGIAN A : LATAR BELAKANG RESPONDEN


Arahan : Tandakan (/) Bagi Jawapan Yang Sesuai.

1. Jantina :
1) Lelaki
2) Perempuan

2. Tingkatan :
1) Tingkatan 1
2) Tingkatan 2
3) Tingkatan 3
4) Tingkatan 4
5) Tingkatan 5

3. Pendapatan penjaga :
1) RM 500 ke bawah
2) RM 501 - RM 1000
3) RM 1001 - RM 1500
4) RM 1501- RM2000

BAHAGIAN B : JENIS-JENIS DISIPLIN PELAJAR


Arahan : Sila Tandakan (/) Pada Tempat Yang Sesuai Dengan Diri Anda.

Bil Item Ya Tidak


1. Relevankah hukuman gantung sekolah dikenakan ke atas pelajar yang
terlibat dalam pertubuhan haram?
2. Kaunseling dilihat sebagai salah satu cara untuk membendung
berlakunya permasalahan berkelakuan kasar dalam kalangan dalam
kalangan pelajar di sekolah. Adakah ini relevan?
3. Adakah wajar hukuman gantung sekolah dijalankan ke atas pelajar
yang terlibat dalam kes kecurian. Relevankah hukuman ini?
4. Sepanjang mengikuti pembelajaran di sekolah ini, saya mendapati
terdapat pelajar terlibat dengan aktiviti perjudian seperti membeli
nombor ekor.
5. Nasihat daripada guru kaunseling perlu diberi oleh pelajar yang
ponteng sekolah.
6. Pelajar yang tidak menghormati peraturan sekolah boleh dikenakan
hukuman rotan. Setuju atau tidak?
7. Relevankah hukuman gantung sekolah dikenakan ke atas pelajar yang
terlibat dalam pertubuhan haram?
8. Hukuman merotan setimpal dengan kesalahan memukul guru. Adakah
ini wajar?
9. Gejala buli dan memeras ugut dapat dibendung dengan pelaksanaan
hukuman merotan. Wajarkah hukuman ini dilaksanakan?
10. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah sewajarnya dikenakan
hukuman membayar ganti rugi berbanding daripada hukuman merotan.
11. Hukuman kaunseling dilihat setimpal dengan kesalahan tidak
menghormati guru atau pengawas.
12. Kesalahan ponteng kelas dapat dibendung dengan pelaksanaan
hukuman gantung sekolah. Wajar atau tidak?
13. Pelajar yang mengancam guru wajar dikenakan amaran bertulis.
14. Hukuman gantung sekolah wajar dijalankan ke atas pelajar yang
terlibat dalam kes kecurian. Relevankah hukuman ini?
15. Kawan rapat anda mencalar kereta guru kelas di depan anda. Adakah
anda akan membiarkan perbuatannya itu?

BAHAGIAN C: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI DISIPLIN PELAJAR

Sila tandakan (/) pada tempat yang sesuai daripada aras berdasarkan skala di bawah.
1 = Sangat tidak setuju
2 = Tidak setuju
3 = Sederhana setuju
4 = Setuju
5 = Sangat setuju

1 2 3 4 5
Bil Item STS TS SS S ST
1. Kesibukan ibu bapa dalam pekerjaan menyebabkan
anak-anak kurang mendapat perhatian dan pengawasan.
2. Tahap komunikasi yang rendah antara ibu bapa dengan
anak-anak mereka dalam perkongsian masalah.
3. Ibu bapa kurang menerapkan nilai didikan agama dalam
kehidupan seharian remaja.
4. Krisis rumah tangga berlaku dalam institusi kekeluargaan
menyebabkan anak-anak mengambil keputusan keluar dari
rumah.
5. Rakan-rakan menjadi orang penting dalam hidup remaja
bagi mengadu masalah.
6. Rakan-rakan selalu mengajak untuk melakukan sesuatu
yang tidak bermanfaat.
7. Guru mengenakan tindakan disiplin yang berat terhadap
pelajar yang melakukan kesalahan.
8. Sesi kaunseling yang kurang memberi kesan kepada
perubahan sikap pelajar.
9. Tidak suka membuat kerja sekolah yang diberikan oleh
guru.
10. Suka membuang masa dengan melakukan perkara-perkara
yang tidak berfaedah.
11. Pengawas tidak mengambil tindakan disiplin ke atas
pelajar yang datang lewat ke sekolah.
Bil Item STS TS S SS ST
12. Ibu bapa tidak dipanggil oleh pihak sekolah untuk datang
ke sekolah apabila melakukan kesalahan disiplin.
13. Pihak sekolah tidak memberi peluang kepada pelajar untuk
membela diri apabila melakukan kesalahan disiplin.
14. Cerita-cerita yang ditayangkan di televisyen memberi
kesan dalam diri pelajar.
15. Suka menonton aksi-aksi ganas dan ingin meniru apa yang
dilakukannya.

BAHAGIAN D: PEMBENTUKAN DISIPLIN PELAJAR MELALUI AKHLAK


MULIA.
Sila tandakan (/) pada tempat yang sesuai daripada aras berdasarkan skala di bawah.

1 = Sangat tidak setuju


2 = Tidak setuju
3 = Sederhana setuju
4 = Setuju
5 = Sangat setuju

1 2 3 4 5
Bil Item STS TS SS S ST
1. Dapat membina keyakinan diri melalui sesi kaunseling
yang dijalankan oleh guru kaunseling.
2. Guru seharusnya menunjukkan contoh teladan yang baik
kepada pelajar untuk membentuk disiplin pelajar melalui
akhlak mulia.
3. Ceramah agama mestilah di jalankan dengan kerap supaya
pelajar mendapat ilmu-ilmu yang berfaedah.
4. Program ‘Mentor Mentee’ yang diadakan oleh pihak
sekolah dapat menjadikan pelajar lebih berdisiplin.
Bil Item STS TS S SS ST
5. Program kem motivasi boleh Meningkatkan minat untuk
pelajar terus belajar dan menunjukkan akhlak mulia.
6. Kem ibadah solat dapat meningkatkan keyakinan dalam
diri pelajar untuk menjadikan solat dengan lebih sempurna
7. Pihak sekolah mengadakan pertandingan yang berunsur
keagamaan seperti pertandingan ‘pencarian Imam Muda’
untuk menjadikan pelajar lebih berakhlak mulia.
8. Solat berjemaah dapat membentuk akhlak yang mulia dan
dapat menyingkirkan akhlak yang buruk.
9. Guru pendidikan Islam mestilah mewajibkan untuk pelajar
menunaikan solat Dhuha sebelum bermulanya proses
pengajaran.
10. Program menulis esei atau cerpen yang berunsur
keagamaan dapat membentuk pelajar menjadi seorang
yang berakhlak mulia.
11. Bimbingan daripada ustaz adalah penting dalam
membentuk akhlak mulia pelajar.
12. Dalam proses pengajaran seseorang guru mestilah sentiasa
menekankan tentang akhlak pelajar ke arah yang lebih
baik.
13. Tazkirah agama mestilah dilakukan setiap kali
perhimpunan sekolah.
14. Pada pendapat anda, wajarkah hukuman rotan dijadikan
satu cara penyelesaian ke arah membentuk disiplin dan
menjadikan pelajar berakhlak mulia.
15. Adakah anda setuju jika kawalan disiplin di sekolah
diketatkan untuk mengelakkan masalah disiplin dari terus
berleluasa.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA YANG DIBERIKAN. ☺

Anda mungkin juga menyukai