Anda di halaman 1dari 3

MESYUARAT PANITIA SAINS KALI KEEMPAT

TARIKH : 7 NOVEMBER 2012


MASA : 2.00 PETANG
TEMPAT : BILIK GURU

Kehadiran:

1. Cik Wan Norhayati


2. Pn. Hamidah Bt Salini
3. Cik Norlida Bt Jamil
4. En. Mohd Zamri Md Zin

1.0 Kata-kata Aluan

Mesyuarat dimulakan dengan kata aluan daripada Ketua Panitia Sains.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat

Minit mesyuarat telah disahkan oleh Cik Norlida dan disokong oleh Cik Wan Norhayati.

3.0 Perkara-perkara Berbangkit

3.1 Guru-guru diminta menyenaraikan bahan atau buku rujukan yang diperlukan untuk
Pengajaran tahun hadapan kerana baki wang panitia masih lagi banyak.

3.2 Ketua Panitia mengingatkan para guru sains supaya memastikan semua kerja khusus
PeKA bagi semua tingkatan telah siap dikemaskini dan diserahkan kepada Ketua Bidang.

Tindakan: Semua Guru

4.0 Bajet Panitia

4.1 Baki Bajet wang panitia sehingga ________ adalah berjumlah RM______baki Sains
Teras dan RM bagi Sains Tulen.

4.2 Setiap guru diminta menyenaraikan bahan atau buku rujukan yang diperlukan secepat
mungkin kerana nota minta perlu dihantar sebelum akaun ditutup pada akhir tahun.

4.3 Setiap guru diharap dapat menggunakan sebaiknya bajet yang diberikan kepada
panitia untuk kecemerlangan pelajar.

Tindakan: Makluman
5.0 Keputusan dan Analisis Peperiksaan P4

5.1Analisis peperiksaan P4 adalah seperti lampiran.

5.2 Antara kekuatan yang ada ialah:

Membuat latihan topikal bagi setiap bab.


Kelas bimbingan yang berterusan
Guru yang berpengalaman.
Latih tubi soalan-soalan secara berterusan.

5.3 Antara kelemahan yang perlu ditangani ialah:

Terdapat pelajar yang masih belum dapat menguasai 3M.


Sikap pelajar yang masih lagi cuai semasa menjawap soalan.
Pelajar sukar menjawab soalan berbentuk aplikasi dalam kehidupan harian.
Pelajar tidak membuat latihan soalan latih tubi yang diberi dan tidak menyalin
jawapan perbincangan.
Tindakan: Makluman

6.0 Perancangan Program Tahun 2013

Antara Perancangan Program Tahun 2013 adalah seperti

7.1 Program bagi meningkatkan kemampuan pelajar menjalankan amali bagi Sains Teras
dan Sains Tulen.

7.2 Program bagi meningkatkan kemahiran dan minat pelajar dalam sains dengan cara
menganjurkan Minggu Sains, Taman Sains dan juga motivasi.

7.3 Program bagi meningkatkan kecemerlangan P&P sains.

7.4 Program bagi meningkatkan prestasi PMR & SPM seperti bengkel menjawap soalan,
bengkel latih tubi, motivasi dan juga pra SPM dan PMR.

7.5 Memastikan setiap pelajar menyiapkan sekurang-kurangnya sebuah buku latihan


topikal bagi setiap tingkatan.

Tindakan: Semua Guru

8.0 Hal-hal Lain

8.1 Fail PeKA pelajar perlu diserahkan kepada Ketua Bidang sebelum cuti bermula.

8.2 Fail PeKA pelajar SPM tahun 2011 perlu disimpan dalam tempoh 6 bulan selepas
keputusan SPM dikeluarkan.

8.3 Guru di ingatkan supaya sentiasa menambah pengetahuan semasa cuti supaya
bersedia bagi sesi persekolahan 2013.
8.4Ketua Panitia menyeru supaya semua guru Sains dapat memainkan peranan yang
berkesan pada tahun hadapan supaya kecermelangan matapelajaran Sains akan terus
kekal.

8.5Ketua Panitia mengingatkan semua guru Sains supaya menjaga diri dan kesihatan
sepanjang musim cuti yang panjang bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Tindakan: Semua Guru

9.0 Penutup

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.50 petang.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

...................................... ...........................................

( Cik Norlida Bt Jamil ) ( En. Mohd Zamri Md Zin )

Setiausaha Panitia Sains Ketua Panitia Sains

Anda mungkin juga menyukai