Anda di halaman 1dari 2

NURFATIN AMANI BINTI TALIB,

Lot 65, Lorong 3,


Taman Nikmat,
89157 Kota Belud,
Sabah.

2 Januari 2017

__________________________________________________________________________
Pengetua,
SMK Taun Gusi 2,
Beg Berkunci No. 5,
89159 Kota Belud,
Sabah.

Tuan,
SURAT TUNJUK SEBAB KETIDAK HADIRAN MESYUARAT
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2.
Saya Nurfatin Amani Binti Talib (891001-03-6040) tidak dapat menghadirkan diri ke
Mesyuarat Awal Tahun Persekolahan Sesi 2017 yang diadakan pada hari Selasa 27
Disember 2016.
3.
Sebab utama ketidak hadiran saya pada mesyuarat tersebut adalah kerana terdapat
masalah keluarga yang perlu diselesaikan secepat mungkin.
4.
Dengan itu, saya memohon maaf di atas ketidak hadiran untuk bermesyuarat hari
tersebut. Dengan rasa rendah hati besarlah harapan saya agar tuan dapat memberikan
pertimbangan sewajarnya terhadap saya. Kerjasama dan perhatian awal tuan dalam perkara
ini amat saya hargai dan dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang Benar,

_______________________
(NURFATIN AMANI BINTI TALIB)
GURU PENOLONG
891001-03-6040

Anda mungkin juga menyukai