Anda di halaman 1dari 5

BORANG SOAL-SELIDIK TINGKAH LAKU EMOSI KANAK-KANAK

DAN EKSPRESI EMOSI IBU BAPA

NAMA MURID :
NAMA SEKOLAH : SK SRI KELANA
KELAS :
UMUR :
TARIKH :

BIL SENARAI TINGKAH-LAKU SELALU KADANG-KADANG TIADA


01 Gelisah, bergerak ke sana ke sini
02 Ponteng sekolah.
03 Tidak duduk diam di kerusi.
04 Selalu rosakkan harta benda sendiri /orang lain
05 Selalu berkelahi
06 Tidak disukai kanak-kanak lain.
07 Suka membuat kerja sendiri.
08 Suka memencilkan diri.
09 Cepat marah.
10 Sedih/ selalu menangis.
11 Kebiasaan menggerakkan mata/tangan/mulut.
12 Menghisap jari.
13 Gigit kuku/ jari.
14 Tidak hadir dan sering memberikan alasan.
15 Selalu tidak mendengar arahan guru.
16 Kurang menumpukan perhatian.
BORANG TEMU BUAL PERBEZAAN EKSPRESI IBU BAPA MENGIKUT STATUS/
SOSIOEKONOMI/ PENDIDIKAN/ UMUR

NAMA :

STATUS :

UMUR :

KELULUSAN TERTINGGI :

PENDAPATAN :

BIL ITEM YA TIDAK


01 Kurang memahami perkembangan anak-anak terutama dari segi
pemikiran dan kematangan.
02 Mahu anak-anak sentiasa patuh kepada peraturan-peraturan yang
ditetapkan.
03 Sukar menerima buah fikiran yang dikemukakan oleh anak-anak.
04 Harapan ibu bapa yang terlalu tinggi terhadap anak-anak
mengakibatkan emosi anak-anak tertekan.
05 Dua bentuk kasih sayang yang perlu diperlihatkan oleh ibu bapa
iaitu; berterusan dan tidak bersyarat.
06 Perlu peruntukan masa untuk melakukan aktiviti di rumah
bersama-sama.
07 Apabila wujudnya kasih-sayang kepada kanak-kanak, panduan
dan bimbingan perlu diberikan.
08 Didik anak-anak supaya menghormati disiplin di rumah.
09 Displin haruslah semerta, tekal tegas dan diterangkan dengan
jelas peraturan yang digunakan.
10 Ganjaran harus diberikan apabila kanak-kanak melakukan sesuatu
yang baik
11 Ibu bapa perlu bersifat autoritatif dan bertindak tegas.
12 Ibu bapa perlu bersifat lemah lembut; seperti mengucapkan terima
kasih atau perkataan –perkataan yang boleh menimbulkan
perasaan hormat sesame ahli keluarga.
13 Anak-anak mestilah diajar hal-hal yang berkaitan agama, nilai dan
moral dalam masyarakat.
14 Layanan yang mesra antara ahli keluarga menyebabkan anak-
anak merasakan diri mereka bersatu dan saling memerlukan.
15 Berikan peluang anak-anak untuk melahirkan perasaan hati
walaupun keputusan di tangan ibu bapa
16 Ibu bapa perlu bersifat realistik dan menggalakkan anak-anak
berdikari.
17 Ibu bapa juga perlu mempunyai sifat memaafkan anak-anak.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan tingkah-laku emosi kanak-kanak dengan ekspresi emosi ibu
bapa. Namun secara khususnya objektif kajian adalah untuk:

• 1. Melihat perbezaan tingkah-laku emosi kanak-kanak mengikut jenis dan umur.


• 2. Melihat perbezaan ekspresi ibu bapa mengikut status;
• 3. Melihat perbezaan ekspresi ibu bapa mengikut status sosioekonomi;
• 4. Melihat perbezaan ekspresi ibu bapa mengikut pendidikan.
• 5. Melihat perbezaan ekpresi ibu bapa mengikut umur;

Penyelidikan dan kajian yang melihat kepada perkembangan tingkah-laku emosi kanak-kanak sangat
penting kerana pembentukan situasi emosi yang betul merupakan langkah yang tepat bagi memastikan anak-anak
itu mendapat kebolehan belajar yang baik ( Anne Miles & Kathryn Williams, 2004). National Research Council and
Institutes of Medicine, 2000 (dalam Kristen.M.P & Barret P.M 2007) menyatakan anak-anak yang mempunyai
kestabilan secara sosial dan secara emosinya lebih baik di sekolah, mempunyai keyakinan diri yang tinggi,
menjalinkan hubungan yang baik dengan orang lain, beri memegang tanggung jawab yang mencabar dan
berkomunikasi dengan lebih baik.
Malah, didapati pengesanan awal emosi atau tingkah-laku bermasalah dalam kalangan kanak-kanak
pra sekolah boleh membentu mengurangkan kesan jangka masa panjang iaitu masalah mental dan kos-kos serta
beban yang terpaksa ditanggung (Aos Lieb, Mayfield , Miller & Pennuci, 2004; Campaign for Mental Health
Reform, 2005 dalam ChristineA.D & Randy W.K, 2007).
Lebih penting lagi, kajian ini juga melihat hubungan tingkah-laku emosi kanak-kanak dengan ekspresi
emosi ibu bapa. Hal ini kerana ibu bapa dikatakan memberi kesan dalam aspek sosioemosi kepada anak-
anak.Dengan itu sedikit sebanyak hasil kajian ini akan memberi maklumat dan menyedarkan ibu bapa bahawa
ekspresi serta tingkah-laku emosi mereka akan turut memberi kesan kepada perkembangan tingkah-laku emosi
anak-anak. Justeru mereka akan lebih prihatin dalam hal ini terutamanya di hadapan kanak-kanak. Persekitaran
keluarga yang positif dari segi emosi akan diwujudkan.

Anda mungkin juga menyukai