Anda di halaman 1dari 8

E R G U N A

A N B
PANDU IBUBAPA
UNTUK

Lebih Baik Cegah


PENCEGAHAN DADAH
BERMULA DARI RUMAH
Anak-anak lelaki mahupun perempuan boleh mengelak dari terlibat
dengan penyalahgunaan dadah sekiranya memiliki ciri-ciri atau sifat-sifat
berikut

03 04
Bersikap positif Membesar
dan boleh dalam keluarga
menyesuaikan yang bebas dari
diri dengan dadah
keadaan
sekeliling
02 05
Sikap saling Sokongan
mempercayai keluarga
antara yang kuat
ibubapa antara satu
dengan sama lain
anak-anak

01 06
Jalinan Mempunyai
hubungan rakan-rakan
keluarga yang yang bebas
rapat dan dadah
amalan disiplin
yang konsisten
MEMAHAMI PERKEMBANGAN
ANAK REMAJA
Sebagai ibubapa dan orang dewasa kita sewajarnya menyedari
perkembangan yang dilalui anak remaja. Berapa aspek perlu difahami
seperti:

PERUBAHAN FIZIKAL PERUBAHAN SOSIAL


Permulaan proses baligh • Pengaruh rakan sebaya
• Mimpi basah (lelaki) • Kurang pergantungan terhadap
• Haid Pertama (perempuan) ibu bapa
Pertumbuhan remaja perempuan • Memilih rakan sebaya berlainan
• Ketinggian meningkat jantina
• Pertumbuhan jerawat • Permulaan perhubungan lelaki dan
perempuan
Pertumbuhan remaja lelaki
• Ketinggian meningkat
• Perkembangan otot
• Pertumbuhan jerawat PERUBAHAN EMOSI
• Suara berubah
• Mengalami perubahan emosi
• Perasaan tidak yakin pada diri
sendiri
PERUBAHAN KOGNITTIF
• Suka bersendirian
• Perkembangan pemikiran • Sukar menyatakan pendirian dan
kir di tahap perasaan kepada ibu bapa
lebih tinggi • Memerlukan bantuan orang
kir mengenai idea-idea baru dewasa untuk bimbingan
kir mengenai masa • Adakalanya kurang meluahkan
hadapan /menjangkakan masa perasaan kepada ibu bapa tetapi
hadapan selesa bersama rakan sebaya
• Mempersoalkan
kepercayaan lama dan
mendalami kepercayaan baru
• Mengkritik orang dewasa dalam
hidup mereka
TANDA-TANDA PENGLIBATAN DALAM
PENYALAHGUNAAN DADAH

PERUBAHAN FIZIKAL :

01 Mata merah/ Anak mata mengecil

02 Kesan terbakar di mulut atau jari

03 Badan atau anggota badan menggeletar

04 Hidung kerap berdarah

05 Kerap bersin dan hidung berair

06 Pernafasan berbau

Berat badan menurun atau


07 meningkat secara tiba-tiba

08 zikal merosot dan berbau

09 Percakapan tidak lancar

10 Koordinasi badan tidak stabil

11 Hilang konsenstrasi
TANDA-TANDA PENGLIBATAN DALAM
PENYALAHGUNAAN DADAH

PERUBAHAN
TINGKAHLAKU

Minta wang saku 01


berlebihan setiap hari
Agresif, panas baran
02 dan tidak dapat
Merahsiakan aktiviti mengawal emosi
contohnya selalu berkurung 03
di dalam bilik dalam jangka
masa yang panjang
04 Selalu berbohong

Ponteng sekolah 05
Berkawan dengan orang
06 ya n g l e b i h d e wa s a /
tidak bersekolah
Kerap pulang ke rumah 07
lewat malam
08
Prestasi akademik
merosot
Terlibat dengan
masalah disiplin di 09
sekolah
10 Hilang selera makan
Perubahan waktu tidur 11
yang ketara
Kerap berlaku kehilangan
12 barang-barang berharga
Suka menyendiri dan di dalam rumah
tidak terlibat dengan 13
aktiviti keluarga
PANDUAN BERGUNA
UNTUK IBUBAPA

Panduan Deskripsi

Mendengar dengan aktif dan memberikan respon yang munasabah.


Anak: “Semua kawan-kawan abang ada handphone. Ibu, kenapa ibu tak
Komunikasi belikan handphone untuk abang”?
secara efektif. Ibu: “Ibu tahu kawan-kawan abang ada handphone. Tapi, Ibu belum
ada duit nak belikan abang handphone sebab Ibu nak guna duit
simpanan untuk bayar yuran sekolah abang. Nanti kalau tak bayar
yuran, abang tak boleh pergi sekolah”.

Pengaruh rakan sebaya adalah sangat kuat terhadap seorang remaja.


Rakan yang positif akan memberi pengaruh yang postif dan begitulah
Kenali rakan-rakan sebaliknya. Oleh itu, kenali latarbelakang rakan-rakan anak kita
anak kita. dengan melibatkan rakan-rakan anak bersama dalam aktiviti keluarga
seperti jamuan atau riadah.

Ibu bapa sentiasa berbincang dan meminta pendapat anak mengenai


Hargai pandangan sesuatu isu. Pandangan yang dihargai akan menjadikan anak-anak kita
anak-anak. lebih yakin dan mempunyai harga diri yang tinggi.

Ibubapa hendaklah bertanya mengenai pengalaman harian yang


Sentiasa dilalui anak-anak dan peka terhadap perkongsian tersebut. Ibubapa
berkongsi boleh mengesan tingkahlaku anak yang negatif seperti ponteng
aktiviti harian. sekolah, merokok atau melanggar peraturan sekolah melalui
perkongsian aktiviti harian.

Ibubapa perlu membuat aktiviti bersama anak-anak seperti makan


Luangkan masa malam, solat berjemaah, menonton TV dan melakukan aktiviti riadah.
secara berkualiti Ketika bersama, tunjukkan keprihatian dan kasih sayang dengan anak
supaya anak merasa diperlukan dalam keluarga.

Sensitif terhadap
perubahan emosi anak-anak seperti yang telah diterangkan di dalam brosur ini.
anak-anak

Beri hukuman
terhadap Memberi hukuman yang sewajarnya sebagai pengajaran dan bukan
tingkahlaku
negatif
Beri penghargaan Memberi penghargaan sesuai dengan tingkahlaku yang dipamerkan
terhadap seperti ucapan terima kasih dan tahniah, pelukan, senyuman serta
tingkahlaku hadiah yang tidak membebankan ibubapa.
positif

Awasi anak-anak
daripada Sentiasa memantau kegiatan dan aktiviti anak-anak melalui
melakukan penetapan peraturan, Peraturan yang konsisten akan membantu
perkara yang ibubapa mengawal tingkahlaku anak-anak.
negatif

Ibubapa hendaklah sentiasa mengingatkan anak-anak mengenai


bahaya penyalahgunaan dadah atau bahan-bahan seperti rokok, arak
Bercakap tentang dan ubat-ubatan. Ibubapa boleh menggunakan berita yang
dadah ditayangkan di media massa atau peristiwa yang berlaku di sekeliling
sebagai contoh untuk mencetuskan topik perbincangan.

BERCAKAP TENTANG DADAH

APAKAH TINDAKAN YANG BOLEH KITA LAKUKAN?

TINGKATKAN PENGETAHUAN

• Cari maklumat tentang dadah atau bahan-bahan yang sering


disalahguna dan tanda-tanda penyalahgunaan dadah.
• Sering berkongsi maklumat dengan ibubapa lain, guru dan jiran-jiran.

PENDIDIKAN YANG KUKUH DAN


BERKESAN BERMULA DARI RUMAH

• Terapkan kepentingan ubat dan cara pengambilan yang betul.


• Beritahu anak-anak tentang bahaya penyalahgunaan ubat-ubatan.
• Awasi anak kita sekiranya ada tanda ketagihan atau perubahan yang
ketara.

JADILAH RAKAN YANG PALING BAIK


KEPADA ANAK

• Sentiasa berkomunikasi dengan anak.


• Mendengar masalah dan berkongsi pengalaman dengannya
• Kenali rakan-rakan anak.
• Ketahui di mana anak kita berada pada setiap masa.


HOTLINE
03 - 89112233
019 - 6262233

JAM

AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN


KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Per
ajang S
T
F
adk.gov.m

Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia aadkmalaysia MrAADK

Anda mungkin juga menyukai