UNIT PELAJARAN 10
KANAK-KANAK PINTAR CERDAS
HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharapkan dapat: 1. Menyatakan definisi pintar cerdas 2. Mengenalpasti kanak-kanak jenis pintar cerdas. 3. Menjelaskan strategi pengendalian kanak-kanak pintar cerdas PENGENALAN Menurut Munirah Bahari (2008), dewasa ini kita melihat arus perubahan sangat pesat melanda negara kita, baik dari segi teknologi, komunikasi, dan ledakan maklumat. Tidak terkecuali di dalam bidang pendidikan, sentiasa berlaku perubahan dan pembaikan supaya sistem yang ada akan bertambah baik dan mantap. Namun di sebalik kemajuan dan strategi yang dijalankan, masih terdapat kekurangan yang perlu dipantau dan diambil perhatian serius. Seperti baru-baru ini, banyak isu melibatkan kanak-kanak cerdik dan pintar dipaparkan di dada-dada akhbar tempatan. Isu yang sering ditimbulkan ialah kanak-kanak pintar cerdas, apakah mekanisme yang dapat membantu kanak-kanak pintar cerdas ini dan sejauh manakah pembelaan ke atas mereka. Falsafah Pendidikan Negara bermatlamat untuk memperkembangkan potensi individu pelajar secara menyeluruh dan bersepadu dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Oleh itu seluruh usaha dan langkah yang diambil dalam sistem pendidikan mestilah mengambil kira potensi dan keperluan setiap individu pelajar. Setiap individu pelajar yang normal semenjak dari usia bayi telah memiliki potensi dan bakat yang boleh diperkembang dan dipertingkatkan. Dewasa kini mereka telah terdedah lebih awal dengan pelbagai sumber maklumat. Fenomena ini sedikit sebanyak boleh memberi impak yang besar dalam perkembangan dan pertumbuhan fizikal, kognitif, psikomotor dan emosi mereka, terutama di kalangan mereka yang dikenali sebagai pelajar pintar cerdas. Pelajar yang mempunyai potensi dan bakat yang luar biasa serta melebihi kebolehan rakan seusianya lebih dikenali sebagai kanak-kanak pintar cerdas (gifted). Pelajar pintar cerdas dan berbakat merupakan individu yang memiliki potensi yang tinggi dalam pelbagai aspek perkembangan dan pertumbuhan. Bagi mengembangkan potensi dan bakat mereka dengan lebih sistematik dan berkesan, suatu program pendidikan khusus amat diperlukan. Golongan pelajar pintar cerdas di Malaysia mula diberi perhatian dalam sistem pendidikan dengan terlaksananya Sistem Kelas Ekspres pada tahun 1962. Dalam Sistem ini, kanak-kanak yang memiliki potensi dan memperolehi pencapaian yang mengatasi rakan-rakan sebaya telah diberi peluang untuk memendekkan tempoh sekolah rendah mereka daripada 6 tahun kepada 5 tahun sahaja. Perlaksanaan sistem ini telah diberhentikan pada awal tahun 1970an. Namun demikian pada awal tahun 1980an, satu Simposium Kebangsaan Mengenai Kanak-kanak Bergeliga telah diadakan. Ekoran daripada Simposium tersebut isu kanak-kanak pintar cerdas ini kembali diperkatakan. Persatuan MENSA Malaysia telah ditubuhkan pada
K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 115 tahun 1983, bertujuan untuk mengenal pasti individu pintar cerdas. Pada tahun 1985, pihak Universiti Malaya pula telah mengorak langkah memulakan Program BAKA khusus untuk pelajar pintar cerdas. Manakala Persatuan Kanak-kanak Bergeliga Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1987. Menyedari tentang kepentingan untuk memberi perhatian terhadap program pendidikan khusus untuk pelajar pintar cerdas di negara ini, Seminar Pendidikan Pelajar Pintar Cerdas telah diadakan pada tahun 1990, di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Hasil daripada seminar tersebut, didapati bahawa perancangan dan pelaksanaan program yang sistematik perlu diadakan bagi memenuhi keperluan pelajar yang pintar cerdas serta berbakat. Ekoran dengan itu, pada tahun 1996, satu bentuk penilaian bagi mengenal pasti pelajar pintar cerdas telah dilaksanakan, yang dikenali sebagai Ujian Penilaian Tahap Satu (PTS). Penilaian ini dilaksanakan ke atas pelajar-pelajar Tahun Tiga sekolah rendah. Pelajar yang berjaya memperolehi tahap maksimum dibenar meneruskan persekolahan ke Tahun 5, tanpa perlu mengikuti persekolahan Tahun 4. Walau bagaimanapun, penilaian ini hanya dilaksanakan dalam tempoh lima tahun sahaja.. Ng Sen Fa & Sandiyao Sebestian (2005), kanak-kanak pintar cerdas adalah golongan kebolehan mental mereka jauh lebih tinggi daripada rakan sebaya mereka. Oleh kerana itu mereka tidak dapat memanfaatkan sepenuhnya sistem pendidikan sedia ada. Keadaan ini berlaku kerana keperluan dan motivasi mereka berbeza disebabkan perkembangan kebolehan mental mereka jauh lebih maju. Perbezaan ini menimbulkan beberapa konflik dalam hidup mereka. Menurut Ng Sen Fa & Sandiyao Sebestian (2005), perbezaan setiap individu adalah anugerah Tuhan, lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak pintar cerdas. Kanak-kanak pintar cerdas sememangnya memperlihatkan kelebihan intelek yang luar biasa berbanding rakan sebaya mereka. Pada masa yang sama, kelebihan ini menimbulkan pula beberapa masalah lain dalam hidup mereka. Sebagai golongan minoriti, masalah mereka mungkin tidak difahami dan tidak dipedulikan oleh orang ramai. Masalah berkenaan sebenarnya berpunca daripada sifat unik yang ada pada diri mereka. Antaranya konsep kendiri, fobia, perkembangan nilai atau moral, keupayaan yang tidak seimbang, masalah kemahiran bersosial dan masalah mengembangkan potensi. Pada masa yang sama, faktor persekitaran seperti masalah komunikasi, diskriminasi terhadap golongan ini, masalah keluarga, masalah tidak dapat menyesuaikan diri dengan sistem persekitaran dan pandangan orang lain terhadap mereka menyebabkan masalah mereka yang sedia ada semakin bertambah. Bagaimanapun, sukar bagi kita untuk menentukan hubungan antara kejayaan pelajar pintar cerdas dengan kecerdasan emosi mereka.
K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 116 systematically developed abilities or skills and knowledge in at least one field of human activity to a degree that places the child in the top 15% of individuals.
Menurut Marland dalam Marilyn (2005) mendefinisikannya sebagai; Gifted and talented children are those identified by professionally qualified persons who by virtue of outstanding abilities are capable of high performance. These are children who require differentiated educational programs and services beyond those normally provided by the regular school program in order to realize their contribution to self and society. Cramond (2004) menyatakan:for gitftedness, no single clear definition be cited. Menurut Marilyn (2008) definition also clarified that giftedness includes these areas general intellectual ability, specific academic aptitude, creative or productive thinking, leadership ability and visual and performing arts. Susan winebrenner (2001). Mendefinisikan pelajar pintar cerdas dan berbakat sebagai: those who have ability in one or more learning areas that exceeds grade/age level expectations by two years or more . Perkins (2003), mendefinisikan kecerdasan sebagai keupayaan dalam menyelesaikan masalah yang kompleks, mengembangkan kepakaran dalam bidang yang berasingan dan untuk merancang, memantau, dan menilai sesuatu perkara itu dalam tindakan reflektif. Manakala berbakat pula merujuk kepada pelajar yang lebih menonjol daripada pelajar-pelajar sebaya dengannya. Berbakat juga dianggap sebagai bukti adanya pembangunan lanjutan di bidang intelektual, akademik tertentu atau bidang yang berkaitan dengan seni. Sekolah menilai perkembangan tersebut melalui ujian, inventori, senarai semak, dan prestasi murid. Marilyn (2008), Gifted and talented students education act : Children and youth with youth either outstanding talent who perform or show the potential for perming at remarkably high levels of accomplishment when compared with others of their age, experience, or environment. These children and youth exhibit high performance capability in intellectual, creative, and/ or artistic areas, process an unusual leadership capacity, or excel in specific academic fields. They require services or activities not ordinarily provided by the schools. Outstanding talents are present in children and youth from all cultural groups, across all economic strata, and in all areas of human endeavor. Bagi Mallick (2003) defines giftedness as an interaction among three basic clusters of human traits-these clusters being above average general abilities, high levels of task commitment and high level of creativity. Munirah (2008) mendefinisikan kanak-kanak pintar cerdas sebagai satu amanah dan rahmat daripada Allah yang perlu dikembangkan dan dimanfaatkan demi kebaikan umum. Mereka ini mempunyai darjah kecerdasan yang luar biasa, oleh sebab itu ramai di kalangan ahli pendidik menyarankan agar kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat ini didedahkan kepada program pendidikan yang khusus, yang sesuai dengan kebolehan mereka sendiri. Kanak-kanak yang mempunyai darjah kecerdasan (IQ) yang tinggi daripada 150 didapati tidak dapat menyesuaikan diri dengan program pendidikan biasa. Ini kerana apabila kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat ini berada dalam sistem pendidikan biasa, bukan sahaja gagal untuk mencapai keputusan yang memuaskan tetapi mereka juga sering kali gagal untuk mencapai tahap prestasi yang dicapai oleh kebanyakan rakan sebaya mereka. Sekiranya bakat dan kepintaran ini tidak dikembangkan melalui pendidikan khas, maka daya kepintaran yang dipunyai oleh seseorang kanak-kanak akan lenyap ditelan zaman. Malaysia sepatutnya
K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 117 mencontohi Singapura dan Indonesia yang telah memikirkan dengan lebih serius tentang isu ini. Tidak hairanlah apabila kedua negara ini telah mewujudkan mekanisme bagi membantu kanakkanak pintar dan cerdas dengan menubuhkan pusat pendidikan khas untuk melaksanakan program pendidikan pintar cerdas. Pendidikan khas untuk mereka ini wajar dilaksanakan di negara ini kerana mereka merupakan aset yang penting bagi negara dan mereka dapat memberi sumbangan dan faedah kepada pembangunan negara. Selain itu juga, kanak-kanak pintar cerdas ini mempunyai hak untuk belajar, hak untuk mengembangkan kebolehan diri, dan hak untuk menjadi manusia yang produktif. Menurut Renzulli (2003) dua jenis prestasi yang boleh diukur di rumah dan sekolah iaitu berdasarkan ujian pencapaian dan pengetahuan dan pemikiran kreatif yang melibatkan penghasilan idea dan produk baru yang memberi kesan kepada masa akan datang. Menurut Merilyn (2006) banyak konsep gifttedness lain telah dibangunkan oleh para profesional di bidang ini. Sebagai contoh, Renzulli dalam Marilyn (2006) mencadangkan bahawa bakat meliputi tiga dimensi yang berkaitan iaitu above average ability, task commitment and creativity. Melebihi kemampuan, commitment tugas atau motivasi, dan kreativiti yang merupakan kapasiti untuk inovasi, originality, ekspresi, dan imaginasi dan kemampuan untuk memanipulasi idea-idea menjadi fasih dan fleksibel. Renzulli (2003) telah mengemukakan rantaian tiga dimensi seperti rajah di bawah. Renzullis Three-Ring Model of Giftedness
Tomlinson dalam Marilyn (2006) memberikan sumbangan pemikiran bahawa bakat seseorang tidak static tetapi sangat dipengaruhi oleh persekitaran, iaitu sekolah harus mencipta peluang dan persekitaran untuk memaksimumkan potensi setiap pelajar. Namun konsep lain berdasarkan bakat Gardner di bidang kecerdasan berganda. Gardner (1993)berpendapat bahawa kecerdasan tidak menjadi satu dimensi yang dilaporkan oleh skor ujian semata-mata. Beliau mengemukaka bahawa sekurang-kurangnya lapan jenis kecerdasan boleh dikenalpasti bagi pelajar yang unggul dalam salah satu atau beberapa daripada verbal linguistik, visual spastial logik matematik, kinestetik, muzikal, intrapersonal, interpersonal dan naturalis. Perkembangan konsep kecerdasan bermula dari 1980an hingga kini digambarkan seperti dalam rajah di bawah.
Genius
Intellectually gifted
Gifted
Selain itu, Hassan Mohd Ali (2006) menjelaskan konsep pintar cerdas sebenarnya tidak tertakluk kepada kejayaan individu dalam bidang akademik semata-mata. Kebolehan berkreatif dan bereksperimen termasuk menghasilkan bahan ataupun teori, kebolehan seni yang hebat juga adalah manifestasi kepintaran dan kecerdasan individu.
b. Biologikal Menurut Glynis (2006) kepintaran dan bakat seseorang mempunyai komponen genetik. Kecerdasan dalam muzik dan matematik dan ciri-ciri lain dari generasi kepada generasi
K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 119 bermula daripada datuk dan nenek dan seterusnya kepada ibu dan bapa.Walau bagaimanapun tidak semua kanak-kanak memperolehi genetik ini. Sebalik ramai kanak-kanak dilahirkan berbakat dan cenderung diwarisi daripada faktor ibu bapa kanak-kanak berkenaan. Bagi Deborah (2007), pula seseorang yang dilahirkan dengan hanya satu bakat dan tidak diisikan dengan bakat bukan bermakna faktor keturunan ibu bapa tetapi perlu digabungkan dengan perkembangan persekitaran. Jika kita hanya berpegang kepada faktor dalaman seperti genetik, ia bermakna kanak-kanak pintar cerdas sudah menjadi pintar cerdas sejak dilahirkan (Teech Airil, 2009). Menurut Catherine & Ralph (2002) tingkahlaku berbakat mampu meningkatkan kualiti untuk memperlihatkan rasa ingin tahu yang tinggi, mempunyai pelbagai kepentingan atau hobi, mempunyai wawasan yang luar biasa dan pengetahuan tentang minat dan hobi, untuk menjadi seorang pembaca yang baik, belajar dengan mudah dan boleh mengatasi dengan idea-idea atau maklumat yang rumit, mempunyai kosa kata yang baik, boleh bekerja dalam waktu lama tentang tugas-tugas yang menarik, mmberikan idea-idea baru untuk memiliki hidup yang sebenar, secara sosial dan memiliki humor yang bagus. Howard Gardner (1998) menyatakan terdapat lapan jenis kecerdasan iaitu
K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 120
Menurut Ng Sen Fa (2005), individu pintar cerdas dan berbakat mempunyai ciri-ciri fizikal seperti berkarisma, popular dan ada gaya tersendiri yang unik (menjadi bintang dalam kelas). Secara keseluruhannya perkembangan fizikal mereka lebih baik daripada rakan sebaya. Berat badan dan ketingiian yang lebih semasa lahir. Kebolehan dan kecerdasan kognitif dalam kalangan pelajar pintar cerdas sering dikaitkan dengan personaliti ekstrovert iaitu suka bergaul, cepat mengeluarkan pendapat, mudah mesra, kreatif dan lebih bersikap terbuka (Mohd Zuri Ghani et.al 2008). Menurut Ng Sen Fa (2005) individu pintar cerdas dan berbakat mampu memahami konsep yang canggih, abstrak dan kompleks. Ahli falsafah, contohnya adalah golongan yang tinggi kecerdasan. Kecerdasan berkait rapat dengan pemahaman abstrak. Kanak-kanak pintar cerdas mempunyai pengetahuan atau skemata yang luas. Kanak-kanak ini juga memahami banyak konsep yang tidak difahami oleh kanak-kanak sebaya mereka. Kanakkanak pintar cerdas meminati permainan yang rumit dan mencabar seperti mainan ingatan, scrabble, silang kata, catur dan permainan komputer yang tertentu. Golongan ini mempunyai tumpuan yang tinggi, membaca secara senyap untuk masa yang panjang. Menurut Ng Sen Fa (2005), golongan pintar cerdas dan berbakat dapat memahami manakah isu yang penting, idea teras dan prinsip asas yang penting. Pelajar biasa hanya memberi perhatian kepada perincian yang kurang penting. Contohnya semasa melakukan hasil seni, mereka mementingkan dan menghasilkan kerja yang tercantik, walaupun tidak mengikut cara yang dicadangkan oleh guru (mungkin menggunakan cara yang tidak terfikir oleh orang lain). Menyedari nilai hasil seni terletak pada kecantikannya, bukan kaedahnya. Menggunakan dan memahami kosa kata yang lebih maju, menggambarkan mereka memahami lebih banyak konsep dan objek berbanding rakan sebaya. Golongan ini juga mempunyai kebolehan membuat rumusan, menganalisa dan menaakul. Contohnya, mengandaikan makanan yang dihadam akan menjadi hasil perkumuhan. Memahami kebolehan intelek sendiri (metakognisi), membantu mereka memahami gaya pembelajaran sendiri dan cara yang paling efektif untuk mencapai keputusan akademik yang baik. Dengan kata lain, mereka menggunakan kecerdasan yang ada pada mereka dengan cara yang lebih berkesan. Antara strategi pembelajaran adalah seperti kalau saya tidak mengaplikasi apa yang dipelajari, saya akan lupa. Metakognisi yang matang ini juga bermakna mereka melatih diri. Mereka mencari peluang dan persekitaran untuk perkembangan diri. Mereka mengoptimakan perkembangan intelek sendiri dengan intelek yang sedia ada. Golongan ini mempunyai ingatan yang kuat. Terdapat pelbagai faktor yang menjadikan ingatan mereka lebih tinggi daripada orang lain. Akibat pemahaman yang tinggi, mereka tidak perlu menghafal secara membabi buta. Pemahaman yang tinggi memberi dua kelebihan yang nyata iaitu membaca dengan cepat dan cepat mengingati apa yang telah difahami. Cara mengorganisasikan maklumat yang cekap, antaranya mengelaskan item mengikut kumpulan. Berkait rapat dengan kebolehan analitikal iaitu menggunakan cara yang menyeronokkan untuk mengingat (teknik untuk membantu kita mengingat dinamakan mnemonik). Ingatan semulajadi (ingatan cair) yang memang tinggi, dibuktikan dengan kadar mereka mengumpul maklumat seperti membina kosa kata yang banyak (walaupun di persekitaran yang sama dengan adikberadik yang lain). Akibat pengetahuan sedia ada yang banyak, mereka cepat membina dan menyerap konsep baru (dengan mengaitkan konsep baru di atas apa yang telah sedia difahami oleh mereka sebelum ini). Menurut Ng Sen Fa (2005), jangkaan hidup yang lebih panjang (akibat sikap mementingkan kesihatan, keadaan status sosio-emosi yang lebih bagus dan mungkin faktor genetik). Kadar penyakit kemerosotan mental seperti Alzheimer yang lebih rendah. Kadar membunuh diri yang lebih rendah (mungkin lebih tinggi bagi mereka yang terlampau pintar cerdas dan berbeza dengan orang lain). Mereka yang berbakat mempunyai
K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 121 banyak tenaga, seolah-olah tidak perlu tidur apabila melakukan kerja yang diminati. Menurut Marilyn (2008) mereka yang berbakat sering memaparkan ciri sosial dan emosional yang agak berbeza daripada yang dibahas dengan pelajar lain. Kebanyakan pelajar yang berbakat memaparkan rasa keadilan yang kuat dalam hubungan kemanusiaan. Mereka biasanya tertarik mempromosikan kesamarataan sosial dan melakukan kegiatan-kegiatan yang mencerminkan keprihatinan mereka terhadap dunia. Contohnya dalam kajian oleh Marilyn (2008) mendapati pada usia enam tahun, Renee ingin untuk memprotes pembuangan sisa nuklear. Renee menunjukkan tanda-tanda, mengorganisasikan, dan memimpin rakan-rakan sebayanya untuk memprotes pembuangan sisa nuklear. Pelajar yang berbakat juga sering memaparkan sikap suka membantu orang lain. Mereka berminat menjadi sukarelawan di hospital atau pusat jagaan dalam komuniti. Mereka sangat prihatin terhadap orang tua atau orang dewasa yang lebih tua di persekitaran mereka. Mereka tidak bersikap ego dalam memberi perhatian untuk kesejahteraan orang lain dan idealisme dalam membuat tindakan. Mereka sering melibatkan mahasiswa dalam perkhidmatan pertubuhan atau kegiatan di waktu lapang. Satu kelemahan telah dikenalpasti dengan karektor ini, pelajar-pelajar ini sering diminta untuk membantu teman-teman sekelas, mereka juga perlu untuk mengembangkan potensi mereka sendiri. Mereka seharusnya tidak menghabiskan begitu banyak masa untuk membantu kawan-kawan sekelas sehingga menyebabkan pelajaran mereka sendiri terjejas (Marilyn, 2008). Pelajar yang berbakat sering mempunyai kebolehan untuk membuatkan orang disekelilingnya ketawa dan merasa gembira Humor juga boleh digunakan untuk membela diri dan menghilangkan rasa keterasingan (Marilyn, 2008). Pelajar yang berbakat lebih sering mengalami reaksi emosional pada tahap yang lebih mendalam daripada rakan-rakan mereka. Pelajar-pelajar ini menunjukkan kecenderungan untuk mendedahkan emosi, atau kemampuan untuk menumpukan emosi untuk jangka panjang pada sesuatu subjek atau gagasan. Sebagai contoh, kematian haiwan kesayangan boleh menyebabkan mereka bersedih dalam jangka masa yang panjang. Pendedahan emosional ini kemudian ditunjukkan dalam aktiviti sokongan terhadap hak-hak haiwan dan menjadi sukarelawan di tempat penjagaan haiwan. Pendedahan emosi ini juga boleh mengarah kepada kerjaya pada masa hadapan. Tingkahlaku ini, meskipun, kadang-kadang boleh membuat pelajar yang berbakat sering menjadi sasaran buli. Tidak suka diganggu, menjadi geram apabila diganggu semasa melakukan sesuatu yang diminatinya ( Ng Sen Fa, 2005). Menurut Glynis. (2006), kanak-kanak pintar cerdas mudah berasa murung, bimbang,harga diri dan resah apabila gagal bergaul dengan rakan yang sebaya dengan mereka. Ada ketikanya mereka ini terlalu streotaip mengikut etnik dan bangsa.
c. Ketika kita membaca tentang sifat-sifat ini, fikirkan bagaimana kita boleh mempengaruhi interaksi kanak-kanak pintar cerdas dengan rakan sekelas, guru, dan lain-lain. d. Apakah ciri-ciri utama kanak-kanak pintar cerdas dalam kecerdasan logic matematik dan verbal linguistic.
K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 122
K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 123 Guru biasanya berasa ragu-ragu kepada kemahiran matematik yang luar biasa pada tahap ini. Mereka mungkin menganggap kebolehan memanipulasikan nombor ini tidak berpadanan dengan pemahaman yang secukupnya. Mereka juga berasa gelisah tidak menyediakan latihan secukupnya kepada pelajar tersebut dan takut dipersoalkan oleh ibu bapa. Ini menjadikan guru tetap memberi latihan yang sama kepada semua pelajar. Walaupun ini bermakna pelajar pintas cerdas hanya mengulangi sesuatu yang telah sedia ada dikuasai (Gallagher & Gallagher,1998 ) Menurut Encyclopedia of Special Education (2002), di antara ciri khusus kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat yang mempunyai keistimewaan yang memerlukan program pendidikan yang berbeza dengan pelajar lain adalah seperti berikut: a. Mereka cepat belajar bahan baru dengan mudah b. Mereka cepat dewasa sebelum waktunya. Bakat muncul dengan lebih awal dan pencapaian lebih tinggi daripada penempatan kelas c. Mereka mempunyai kosa kata yang luas, membaca lebih awal secara lisan dan fasih serta menulis dengan baik d. Mereka membuat keputusan dengan baik, faham dengan mudah dan mempunyai kedalaman intelek dan logik e. Mereka telah memperluaskan kesedaran dunia merespon lebih elemen daripada sebuah situasi dan menyedari secara sosial Selain Encyclopedia of Special Education (2002), mencadangkan ciri-ciri yang diperlukan untuk program pendidikan bagi pelajar pintar cerdas dan berbakat ialah: a. Mencabar kognitif pada tahap pemikiran yang kompleks b. Mencabar peluang untuk pengeluaran produk c. Mencabar pekerjaan melalui penghasilan produk d. Mencabar melalui perbincangan dengan rakan sebaya. e. Mencabar pengelaman yang menggalakan kesefahaman system nilai kemanusiaan. f. Mencabar dalam kerja-kerja yang khusus dan kompleks. g. Mencabar kaedah baru dalam sistem pembelajaran h. Mencabar menggunakan kebolehan sebenar i. Mencabar pemikiran kreatif,penyelidikan dan penyelesaian masalah serta membuat keputusan dalam kepimpinan. Menurut Rashid Mohd Saa (Mingguan Malaysia, 3 Februari 2008) sepatutnya sudah sampai masanya kita mewujudkan satu pusat bagi mengurus kemunculan kanak-kanak pintar yang bertaraf genius ini. Salah satunya ciri sistem pendidikan misalnya tidak boleh terlalu rigid. Sistem yang agak rigid perlu menjadi lebih anjal dalam menangani kes-kes seperti ini. Kita perlu membantu mengembangkan minda dan potensi yang ada pada kanak-kanak pintar cerdas supaya tidak mempersiakan kelebihan dan anugerah yang terdapat dalam dirinya. Program PERMATA Pintar yang di anggotai oleh beberapa individu dari pelbagai latar belakang termasuk agensi kerajaan, institusi pendidikan tinggi dan NGO telah dilancarkan pada 2 Mac 2009 oleh Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. Universiti Kebangsaan Malaysia telah di amanahkan untuk melaksanakan program tersebut. Program PERMATA Pintar ini bertujuan untuk membantu kanak-kanak pintar cerdas mengalami proses pembelajaran yang dapat merangsang minda mereka (Rosmah Mansor, 2009). Untuk tujuan mengenal pasti pelajarpelajar pintar cerdas, UKM telah membina tiga ujian saringan: Ujian PERMATA Pintar UKM 1, UKM 2 dan UKM 3. Ujian-ujian ini dibina setara dengan ujian-ujian IQ yang diguna pakai di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia. Buat masa ini, ujian saringan PERMATA Pintar UKM 1 telah dimasukkan dalam talian dan boleh diakses oleh
K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 124 pelajar-pelajar dari umur 9 hingga 15 tahun melalui laman sawang yang telah dibina. Pelajar yang berjaya dalam ujian PERMATA Pintar UKM 1, akan diminta untuk menduduki ujian PERMATA Pintar UKM 2 yang akan dijalankan di sekolah-sekolah mengikut zon dan seterusnya PERMATA Pintar UKM 3.
PENILAIAN (ASSESMENT)
Kecerdasan didefinisikan sebagai kebolehan untuk belajar, memahami atau deal dengan situasi baru serta mempunyai kemahiran dalam menggunakan alasan dan sebab dalam setiap situasi yang dihadapi. Kecerdasan juga merupakan kebolehan untuk menggunakan pengetahuan dalam mengendalikan suatu persekitaran atau berfikir secara abstrak sebagai pengukuran dengan kriteria-kriteria objektif . Kecerdasan merujuk kepada kebolehan kognitif seseorang individu yang dipelajari dari pengalaman untuk membolehkannya membuat penyesuaian diri dalam kehidupan sehari-hari. Intelligence Quotient atau IQ didefinisikan secara teknikal sebagai kadar atau nisbah pengujian antara umur mental ( Mental Age) dengan umur kronologi (Chronological Age) yang kebiasaannya dinyatakan sebagai nisbah (Qoutient) didarabkan dengan 100. Secara konvensionalnya ia digambarkan sebagai skor ujian.
K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 125
MA / CA x 100 = IQ
Antara contoh soalan ujian dalam Binet-Simon Scale (1911 Revision) yang dibina berdasarkan tahap kesukaran kanak-kanak mengikut perbezaan umur (Gardner et al,1996) Four Years Name key, knife, penny Repeat three figures Compare (the length of) two lines Six Years Distinguish morning and evening Copy diamond Count thirteen pennies Eight Years - Compare two objects from memory Count from twenty to zero Repeat five digits Ten Years - Place five weights in order Copy a design from memory Place three words (e.g., Paris, fortune, and stream) in two sentences Twelve Years Give more than sixty words in three minutes Defines three abstract words Comprehend a disarranged sentences
K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 126 menjadi standard technique dalam ujian kecerdasan dan ia juga digunakan dalam ujian kecerdasan Stanford-Binet yang terbaru (Kendra Van Wagner, 2010). Wechsler Intelligence Scale subtest (S.R, Homack & C.R, Reynolds, 2007) :Subtest Vocabulary Huraian 42 item requiring the examinee to name picture items and provide oral definitions of words 26 item requiring the examinee to choose which pictured objects share a common words are conceptually alike 13 item requiring the examinee to use blocks to reconstruct visual patterns Pengukuran Fund of information, acquired knowledge, longterm memory, verbal expression Acquired knowledge, verbal concept formation, verbal reasoning, abstract thinking
Similarities
Block Design
Visual-perceptual organization, visual problem solving, motor coordination, fluid reasoning, processing speed Visual-perceptual organization, abstract reasoning, fluid reasoning
Matrix Reasoning
35 items containing incomplete matrix patterns that the examinee completes by choosing from five possible choices
K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 127 pengetahuan dan koding. Semua item dipersembahkan dalam tulisan atau dakwat hitam manakala background berwarna putih. Colored Progressive Matrices : direka untuk kanak-kanak, orang dewasa dan individu yang mempunyai masalah pembelajaran yang teruk dan sederhana. Ujian ini mengandungi set A dan B di mana 12 item digabungkan dan menjadi set AB. Kebanyakan item dipersembahkan dengan background yang berwarna untuk merangsang penglihatan calon. Walaubagaimanapun dalam item-item terakhir dalam set B dipersembahkan dalam hitam putih, dengan cara ini jika peserta dapat melewati jangkaan ujian, peralihan dari set C, D dan E menjadi lebih senang. Advanced Progressive Matrices : merupakan lanjutan borang matrik yang mengandungi 48 item yang dipersembahkan sebagai satu set yang mengandungi 12 (set I) dan set yang satu lagi mempunyai 36 (set II). Item-item dipersembahkan dalam dakwat hitam dan background putih dan menjadi semakin sukar dalam setiap set. item ini sesuai untuk golongan remaja dan dewasa yang di atas purata kecerdasan
Contoh ujian matrik dalam Ravens Progressive Matrices (Maithilee Kunda, Keith McGreggor, & Ashok Goel, 2009)
T T2
T1 T4 T3
K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 128
a. Apakah perbezaan ujian Ravens Progressive Matrices dengan ujian Wechsler Intelligence Scales b. Sebagai seorang guru, bagaimanakah anda melaksanakan pedagogi yang berkesan untuk kanak-kanak pintar cerdas.
K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 129
RUMUSAN
Kementerian Pelajaran telah menyediakan ruang untuk kanak-kanak keperluan khas menikmati pembelajaran seperti kanak-kanak biasa dengan mewujudkan Sekolah Pendidikan Khas. Oleh itu, kanak-kanak pintar ini juga tidak boleh dikecualikan dan mereka selayaknya mendapat pendidikan yang sesuai mengikut tahap minda mereka seperti kanak-kanak lain. Perlunya keperluan pendidikan untuk kanak-kanak pintar cerdas ini agar mereka dapat menikmati pembelajaran yang kondusif. Semua pihak perlu memainkan peranan untuk membentuk kanak-kanak pintar cerdas ini menjadi seorang ilmuan yang dapat menyumbang kepada negara. Mereka ini perlu dibimbing dengan kefahaman agama yang sempurna dari segi rohani dan jasmani agar kelak tidak tersasar daripada batasan agama. Seorang anak yang pintar cerdas tidak akan menjadi biasa kalau diabaikan, sebaliknya dia akan menghadapi masalah sosio-emosi yang serius jika keperluan inteleknya tidak dipenuhi. Menjadikan seorang anak yang pintar cerdas kepada normal tidak lain daripada menjadikan seorang anak yang biasa kepada pintar cerdas.
RUJUKAN
C. Catherine Clark & C. Ralph (2002). Educating the gifted and talented: Rasource issues and processes for teachers second edition. London: David Fulton Publishers. D.S. Deborah (2007). Introduction to Special Education: Making A Difference (sixth edition). Amerika: Pearson Education. G. Howard, L.K. Mindy & K.W. Warren (1996). Intelligence multiple perspectives. USA: Thomson Wadsworth. H. Glynis (2006). Identifiying children with special needs: checkless and action plans for teachers. California: CORWIN PRESS A SAGE Publications Company. Hassan Mohd. Ali Ph.D (2006). Anak Kita Memang Pintar Cerdas Panduan Membina Potensi Diri Anak-anak. PTS Millinea sdn. Bhd: Selangor. James R. Flynn (2007). What is intelligence. United Kingdom: University Press, Cambridge. Joyce VanTassel-Baska (2003). Curriculum Instructional Planning & Design: For Gifted Learners. Colorado: Love Publishing Company. L.H. William (2003). Exceptional children seventh edition: An Introduction to special education. Amerika: Merill Prentice Hall. Marilyn Friend (2005). Special Education: Contemporary perspective for school professionals. USA: Pearson. Marilyn Friend (2006). IDEA 2004 Update Edition Special Education:contemporary perspectives for school Professionals. USA: Pearson. Marilyn Friend (2008). Special Education: Contemporary perspective for school professionals (2 ed). USA: Pearson. M.K. Mallick (2003). Talented children: Identification and education. New Delhi: Discovery publishing house. Morawaska, A., Sanders, M.R. (2009). Parenting Gigted and Talented Children: Conceptual and Empirical Foundations. Gifted Child Quarterly, 53 (3),163-173
K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 130
Susan R. Homack & Cecil R. Reynolds (2007). Essentials of assessment with brief intelligence test. New Jersey: John Wiley & Sons. Susan Winebrenner (2001). Teaching Gifted Kids In The Regular Classroom: Strategies abd techniques Every Teacher Can Use to Meet The Academic Needs of the Gifted and Talented. United States of America: Free Spirit Publishing. Kendra Van Wagner (2010). History of intelligence testing: the history and development of modern IQ testing. http://psychology.about.com/od/psychologicaltesting/a/int-history.htm 17.11.2011: 9.50pm