Anda di halaman 1dari 23

Keperluan Khas Dalam Matematik

Murid berkeperluan khas adalah golongan kanak-kanak yang dianggap


berhadapan dengan batasan keupayaan dengan sendirinya bagi memperoleh
keperluan biasa untuk hidup bermasyarakat kerana had fizikal atau mental. Kirk et al
(1993) menjelaskan difinisi kanak-kanak berkeperluan khas sebagai kanak-kanak yang
berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa dalam ciri- ciri mental keupayaankeupayaan deria dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal dalam tingkahlaku sosial atau
emosi dalam keupayaan komunikasai atau dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia
memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai atau perkhidmatan pendidikan
khas, supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum. Garciulo
turut memberi pandangannya dalam mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas
dengan menyatakan
"Individuals who differ from societal or community standards of normalcy. These
differences may be due to significant physical, sensory, kognitif, or behavioral
characteristics. Many of these children may require educational programs
customized to their unique needs."
(Garciulo 2003)
Individuals with Disabilities Education Act (IDEA),1990 mengklasifikasikan kanak-kanak
berkeperluan khas kepada 13 kategori, manakala Abdullah Yusof, 2006 telah mengklasifikasikan
kepada 8 kategori sahaja dengan merangkumkan beberapa kategori. Antaranya ialah kecacatan
fizikal (Cerebral Palsy, Muscular Dystrophy, Spina Bifida dan Epilepsy) dan Masalah
Pembelajaran seperti Disleksia, Diskalkulia, Autistik, Hiperaktif (ADHD dan ADD), Pintar
Cerdas, Dispraksia serta Disfasia. Namun untuk penulisan saya ini, saya hanya
memberi penekanan terhadap beberapa masalah pembelajaran yang wujud dalam
kalangan murid-murid disamping menerangkan secara umum mengenai Autistik,
Hiperaktif serta Pintar Cerdas.

Autisme
Autisme dapat didefinisikan sebagai kanak-kanak yang berada dalam dunianya
sendiri. Menurut kajian Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM), autisme
adalah satu kekurangan seumur hidup dan menampakkan kesannya dalam masa 30
bulan yang pertama seseorang bayi. Biasanya komunikasi antara mereka adalah
terbantut dan mereka tidak dapat berhubung dengan secara langsung. Mereka juga
mempunyai masalah tingkah laku. Namun demikian, Individu autisme mempunyai
kelebihan intelek yang luas terutamanya mereka kerap kali menunjukkan kelebihan
dalam bidang matematik atau kemahiran makenikal ataupun dalam seni muzik.
Dr. Widowo (Pencegahan Autis Pada Anak) menyatakan penghidap autisme
biasanya mengalami masalah gangguan dalam komunikasi. Mereka lambat untuk
bercakap dan ada sesetengahnya gagal secara total untuk bercakap. Sekiranya mereka
dapat bercakap, mereka hanya bercakap untuk masa yang singkat, tidak dalam waktu
yang lama. Menariknya, mereka hanya mampu untuk menggunakan bahasa tubuh
untuk berkomunikasi dengan orang lain. Mereka mampu untuk meniru apa yang orang
lain katakan, tetapi mereka gagal untuk memahami maksud kata-kata tersebut. Beliau
turut menyatakan bahawa penghidap autisme biasanya mengelakkan diri untuk
bertentang muka dengan orang lain. Mereka tidak menyahut apabila mereka dipanggil
tetapi hanya menolehkan muka kepada orang yang memanggil mereka. Kebiasaannya
penghidap autisme akan merasa tidak selesa jika mereka ini dipeluk, tetapi mereka
tidak menolak pelukan tersebut. Sekiranya mereka menginginkan sesuatu mereka akan
memegang tangan orang yang berhampiran dengan mereka dan mengharapkan orang
tersebut melakukan sesuatu untuk memenuhi keinginannya. Mereka tidak akan berasa
selesa sekiranya waktu mereka bermain ada orang lain cuba untuk mendekati mereka
dan mereka akan mengambil tindakan untuk menjauhkan diri daripada orang tersebut.
kebanyakan penghidap autisme, mengalami masalah emosi yang tidak

seimbang.

Kadangkala mereka akan ketawa, menangis atau marah seorang diri tanpa sebab yang
munasabah. Mereka ini mempunyai sikap panas baran yang sukar dikawal terutama
apabila mereka gagal untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan. Ini boleh
menyebabkan mereka menjadi manusia yang agresif.

Guru memainkan peranan penting dalam menguruskan kanak-kanak autisme di


sekolah. Ini kerana kanak-kanak autisme ini sukar dikenal pasti secara melalui fizikal
semata-mata. Mereka mengalami masalah komunikasi yang kronik sehingga mereka
tidak mampu untuk mengenal pasti riak air muka, bahasa tubuh, isyarat atau
perlambangan, dan nada suara yang berbeza bagi menafsirkan perasaan. Menurut
Vacca (2007) dalam jurnalnya yang bertajuk Autistic Children Can Be Taught To Read
menyatakan bahawa pemikiran imaginasi kanak-kanak autistik sentiasa berkurangan,
maka penulisan dan pembacaan yang kreatif terlalu sukar untuk difahami oleh mereka.
Maka, guru perlu mengajar dalam bentuk yang lebih fakta dan konkrit. guru perlu
mengikut minatnya terlebih dahulu. Sebagai contohnya, guru meminta kanak-kanak
autistic melukis kartun lawak dan kemudian menulis penerangan mengenai kartun
tersebut dibawah gambar tersebut. Apabila mereka selesai dalam melakukan sesuatu
tugasan, berikanlah kata-kata pujian walaupun adakalanya mereka tidak memahami
pujian tersebut. Ganjaran juga boleh diberikan seperti melebihkan masa bermain
mereka kerana mereka telah berjaya melakukan sesuatu tugasan. Keprihatinan guru
dalam mengenal pasti perasaan mereka adalah perlu agar emosi dan perasaan mereka
tidak mempengaruhi tingkah laku mereka cenderung ke arah negatif seperti
mencederakan diri atau orang lain.
Hiperaktif (ADHD dan ADD)
Menurut Jamilah (2005), masalah hiperaktif ini adalah istilah yang digunakan
untuk kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang terlampau aktif dan
mengganggu tetapi masih mempunyai tumpuan yang singkat. Terdapat dua jenis
masalah kanak-kanak kurang tumpuan iaitu Attention Deficit Disorder (ADD) atau
masalah

kurang

tumpuan

tanpa

hiperaktif

danAttention Deficit

Hiperactivity

Disorder (ADHD) atau masalah kurang daya tumpuan dengan hiperaktif. Antara ciri
tingkah laku masalah kurang tumpuan tanpa hiperaktif (ADD) adalah seperti mudah
terganggu oleh rangsangan luaran. Kanak-kanak ini sukar mengekalkan tumpuan dan
melaksanakan tugasan disamping mempunyai tabiat membuat kerja sekolah yang tidak
lengkap.dan tidak terurus.

Sementara itu, ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku masalah


kurang tumpuan dengan hiperaktif (ADHD) menurut Sandra (2008) ialah mempunyai
tahap aktiviti tinggi, lebih cenderung mengikut gerak hati dan kurang kawalan diri,
kesukaran melalui aktiviti peralihan atau perubahan, mempunyai tingkah laku yang
agresif dan terlampau yang mudah terangsang, kanak kanak ini tidak matang dari
segi sosial serta mempunyai sifat rendah keyakinan diri dan mudah kecewa. Kanakkanak bermasalah ADD atau ADHD akan menunjukkan pelbagai tingkah laku yang
bermasalah yang tidak sesuai dengan perkembangannya berbanding kanak-kanak lain
pada usia yang sama.
Menurut Persatuan Psikologi Amerika pula (APA), ADHD dapat dikategorikan
kepada 3 iaitu yang pertama ialah ADHD kurang tumpuan. Kategori ini lebih kepada
mereka yang kerap mengelamun di dalam kelas, kerap pelupa dan kerja tidak teratur
untuk tugasan yang telah diberikan. Gejala ini membuktikan kanak kanak ini adalah
dikategorikan dalam kumpulan ADHD kurang tumpuan. Kategori kedua ialah ADHD
hiperaktif-impulsif. Bagi hiperaktif menunjukkan jumlah pergerakan yang sangat tinggi
manakala bagi impulsif iaitu melakukan sesuatu tanpa berfikir atau bertindak secara
melulu.

Kategori terakhir

ialah merupakan ADHD gabungan. Bagi ciri ini akan

menunjukkan kedua-dua ciri di atas iaitu kurang tumpuan, hiperaktif dan impulsif.
Antara tindakan yang boleh diambil oleh guru terhadap kanak-kanak ini adalah
dengan memberikan pertimbangan khas semasa memilih tempat duduk. Mereka
seharusnya ditempatkan di suatu sudut yang tidak ada banyak perkara yang boleh
menarik perhatiannya. Hal ini dapat mengelakkan kanak-kanak ini daripada tertarik
kepada sesuatu perkara. Guru juga dapat menyediakan peluang untuk kanak-kanak ini
dengan melibatkan mereka dalam aktiviti yang aktif di dalam kelas seperti menjalankan
permainan matematik. Secara umumnya, kanak-kanak lebih suka belajar dalam
bermain. Mereka dapat mengingat konsep dengan lebih baik melalui aktiviti permainan.
Tindakan lain adalah guru memberikan kanak-kanak ini arahan, tugasan atau masalah
ringkas yang berkaitan dengan contoh kehidupan sebenar dan memberitahu kanakkanak ini akibat sekiranya melengkapkan tugasan ini.

Pintar Cerdas
Menurut Jabatan Pendidikan United States (1993), kanak-kanak pintar cerdas
adalah individu yang menunjukkan potensinya pada tahap yang tinggi jika dibandingkan
dengan rakan sebaya yang mempunyai pengalaman dan persekitaran yang sama
(Woofolk, 2004). Kanak-kanak ini menunjukkan keupayaan intelek, daya kepimpinan
serta prestasi akademik yang cemerlang. Hasil kerja yang ditunjukkan menampakkan
keaslian dan mejangkaui peringkat umur mereka. Menurut Davis & Rimm (1998), murid
pintar cerdas gemar bekerja sendirian, tekun melaksanakan tugasan yang mencabar
dan berasa bosan dengan kerja-kerja harian.
Terdapat 4 kaedah yang disyorkan oleh Nurul Asyikin dan Masziatie Aziz (2011)
iaitu

kaedah

pecutan,

kaedah

pengayaan,

kaedah

koperatif

dan

kaedah

pengelompokan. Kaedah pecutan berfungsi sebagai kaedah yang memendekkan


masa atau tempoh belajar.Kaedah pecutan ini akan lebih berkesan sekiranya pihak
sekolah turut sama terlibat dan mempunyai kurikulum yang telah ditetapkan. Terdapat
dua kaedah pecutan iaitu kurikulum penyesuaian dan pecutan subjek. Kanak-kanak
akan diniliai berdasarkan tahap penguasaan masing-masing dan bukan dinilai mengikut
kurikulum sekolah yang seragam mengikut peringkat kanak-kanak yang sebaya.
Manakala pecutan subjek pula adalah memberi tawaran kepada kanak-kanak pintar
cerdas untuk menguasai sesuatu subjek tetapi akan ditempatkan di kelas yang sama
dengan rakan-rakan sebaya untuk subjek lain.
Seterusnya adalah kaedah pengayaan yang didefinisikan sebagai program
pengayaan sebagai aktiviti asas pembelajaran yang mengandungi unsur untuk
meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang
dipelajari (Kementerian Pendidikan Malaysia yang dipetik dalam Nurul Asyikin &
Masziatie Aziz,2011). Kaedah ini berfungsi sebagai memenuhi keperluan dan
kemampuan kanak-kanak pintar cerdas dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Terdapat dua bentuk kaedah pengayaan iaitu pengayaan yang mendalam dan
pengayaan yang meluas. Pengayaan yang mendalam adalah kaedah yang mengajar
kanak-kanak pintar cerdas berdasarkan kurikulum yang terdapat di sekolah manakala
pengayaan yang meluas pula, kanak-kanak ini akan mempelajari perkara di luar bidang.

Melalui kaedah ini, isu berkenaan kanak-kanak pintar cerdas mudah bosan dapat
dikawal dan diatasi.
Kaedah yang ketiga adalah kaedah pengelompokan iaitu satu kaedah yang
menempatkan sekumpulan kanak-kanak yang mempunyai potensi atau intelektual yang
sama di dalam sebuah kelas. Apabila kanak-kanak yang mempunyai tahap intelektual
yang sama berada dalam satu kelompok, sesuatu masalah dapat diselesaikan dengan
lebih cepat dan mudah di samping mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain.
Kaedah ini juga secara tidak langsung dapat memberi kesan yang positif terhadap
motivasi dan persepsi kanak-kanak pintar cerdas dalam proses pembelajaran. Selain itu
juga, kaedah pengelompokan ini dapat memberi cabaran kepada kanak-kanak pintar
cerdas selain meningkatkan kebolehan membuat penaakulan masing-masing.
Akhir sekali adalah kaedah koperatif. Menurut Nurul Asyikin dan Masziatie Aziz
(2011), kaedah ini merupakan strategi pengajaran yang dilaksanakan dalam kumpulan
kecil dan pelajar akan berinteraksi untuk menyelesaikan sesuatu masalah bagi
mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini boleh disertai oleh
pelbagai individu tanpa mengira umur dan disesuaikan dengan sebarang subjek supaya
interaksi dua hala dan perkongsian maklumat boleh berlaku di samping meningkatkan
kualiti pembelajaran kanak-kanak pintar cerdas. Oleh itu, guru perlu bijak mencorakkan
gaya pengajarannya agar dapat menarik perhatian dan minat pelajar untuk terlibat
bersama-sama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jelas sekali guru-guru
yang terlibat dalam pengajaran kanak-kanak pintar cerdas ini perlu mempunyai
komitmen dan kesabaran yang tinggi agar kebajikan dan pendidikan kanak-kanak
dalam kategori ini tidak terabai.

Disleksia
Perkataan disleksia (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan Greek
iaitu Dys yang bermaksud kesukaran dan Lexis bermaksud perkataan atau dengan
kata lain, kesukaran menggunakan perkataan. Disleksia adalah satu masalah
pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan
bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna.
Menurut Mercer (1991), Disleksia ialahketidakupayaan yang teruk dalam membaca,melibatkan
kesukaran dalam kefahaman serta perhubungan antara bunyi-bunyi dan huruf-huruf. Menurut

Choong Lean Keow (2009: 158).dalam bukunya Pengurusan Bilik Darjah danTingkah
Laku mendefinisikan disleksia sebagai kesukaran menggunakan perkataanyang dihadapi oleh
murid yang mengalami kecelaruan bahasa . Selain itu terdapat juga beberapa
perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia, diantaranya ialah Dyscalculia
(Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan ataupun
matematik , Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam
bahasa dan Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam
ko-ordinasi moto-mata-tangan.
Disleksia ini dapat dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu Disleksia Visual,
Disleksia Auditori dan Disleksia Visual-Auditori. Disleksia Visual adalah disleksia yang
menyebabkan Kesukaran untuk mengingat dan mengenal abjad serta konfugirasi
perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan.
Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah
secara terbalik. Jika dirujuk pada konteks Matematik, kanak-kanak disleksia turut
mengalami kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental
dimana mereka sering menterbalikkan nombor yang sama. Sebagai contoh nombor 9
ditulis sebagai nombor 6. Disleksia Auditori akan menyebabkan kanak-kanak
mengalami kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku
kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan
perkataan. Bunyi percakapan yang dituturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan.
Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh disleksia
auditori. Kategori yang terakhir ialah Disleksia Visual-Auditori dimana

kanak-kanak

akan berdepan dengan kesukaran mambaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh
kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio.
Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan
Grosser,1996, antara faktor disleksia ialah Keturunan atau genetic dimana
kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah
yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah
keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia disebabkan
oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun.
Adakalanya faktor biologi turut menymbang dalam masalah disleksia ini. Hal ini kerana

sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan,
kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Hal ini menjadi
punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada
kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan
kerosakan ini minimum. Faktor seterusnya ialah kematangan. Terdapat kanak-kanak
yang lambat perkembangannya pada bahagian tertentu dalam sistem saraf. Pada
kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak perempuan.
Kelewatan kematangan pada kanak-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca
disleksia .
Seperti kanak-kanak normal, kanak-kanak yang berkeperluan khas juga
mempunyai hak untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna. Bukan mudah untuk
mengajar mereka, namun pasti menyeronokkan bagi sesetengah pihak yang
mempunyai minat yang mendalam terhadap kanak-kanak khas. Menurut Barber dan
Holdbart (1998), strategi penilaian yang berbeza diperlukan dalam mengajar kanakkanak berkeperluan khas dalam menentukan keberkesanan pengajaran. Sebagai
seorang guru, kita perlu meneliti kemahiran dan pendekatan pengajaran yang sesuai
sebelum mengajar kanak-kanak berkeperluan khas. Keberkesanan seorang guru dapat
dilihat apabila objektif pembelajaran yang dijalankan tercapai dan corak pengajaran
yang mampu menarik dan mengekalkan minat kanak-kanak terhadap pembelajaran.
Guru perlu sentiasa efektif dalam menyediakan perancangan pengajaran agar
memberi faedah kepada murid-murid khas dengan berkesan.
Beberapa strategi dan teknik telah dikenalpasti bagi membantu murid-murid yang
menghadapi masalah ini. Salah satunya ialah penggunaan model untuk mengatasi
masalah disleksia. Model yang pertama ialah Model Inklusif dimana Model ini
dilaksanakan bagi murid yang mengalami masalah disleksia yang ringan. Bagi kanakkanak berkeperluan khas seperti ini, mata pelajaran Bahasa Melayu akan dilaksanakan
di kelas khas manakala mata pelajaran lain diinklusifkan di kelas normal. Di sini, guru
khas disleksia akan membantu guru kelas dari segi melaksanakan kerja bertulis.
Kurikulum Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Agama Islam atau
Pendidikan Moral yang sedia ada akan digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran.

Huraian sukatan pelajaran semua mata pelajaran tersebut jika perlu, akan diubahsuai
pendekatannya bagi keperluan murid-murid disleksia.
Selain itu, terdapat juga Model kelas khas dilaksanakan bagi kanak-kanak
bermasalah disleksia yang teruk. Huraian sukatan pelajaran bagi model kelas khas ini
diubahsuai pendekatannnya. Guru-guru perlu menggunakan strategi yang khusus dan
menggunakan

pelbagai

alat

bantu

mengajar

dalam

proses

pengajaran

dan

pembelajaran. Sebagai guru, seseorang perlu mengenalpasti kekuatan dan kelemahan


kanak-kanak itu melalui beberapa ujian yang dijalankan. Melalui pengujian tersebut,
secara automatiknya kita dapat mengenalpasti bakat, kebolehan atau kemahiran
khusus yang dimiliki oleh mereka. Kita juga boleh mengenalpasti pola kesilapan atau
masalah secara spesifik dalam bacaan, tulisan atau cara membuat jawapan bagi subjek
matematik. Oleh itu, kita dapat mencari strategi penyelesaian bagi membantu mereka
mengatasi kekurangan pada diri mereka. Hubungan antara guru dengan murid amat
dititikberatkan memandang guru dapat membantu mengenalpasti sekiranya terdapat
sebab-sebab yang menjejaskan kemajuan kanak-kanak tersebut.
Selain menggunakan model, guru perlu memastikan mesej serta aktiviti-aktiviti
bilik darjah harus ditulis dipapan putih dan tidak sesekali menyampaikan mesej atau
maklumat secara verbal. Kanak-kanak disleksia tidak dapat mengingati maklumat yang
disampaikan dan menyebabkan mereka keliru apa yang patut mereka lakukan.
Sebaiknya guru hendaklah menulis dipapan putih supaya semua murid dapat melihat
dan membacanya dengan lancar tanpa sebarang halangan. Seterusnya, guru boleh
menempatkan mereka dibahagian hadapan kelas. Hal ini bertujuan agar guru yang
mengajar dapat memantau perkembangan murid semasa p&p dengan lebih mudah.
Pandangan mereka turut tidak terhalang apabila mereka berada di bahagian hadapan.
Melalui aspek pengajaran kreatif pula, guru menggunakan kepelbagaian warna
untuk membezakan nombor-nombor yang biasa kanak-kanak ini keliru. Sebagai contoh
nombor 6 dan nombor 9. Guru boleh menggunakan warna yang terang seperti warna
merah untuk nombor 6 sementara warna kuning untuk nombor 9. Secara tidak
langsung, kanak-kanak ini dapat membezakan setiap angka yang dinyatakan. Selain
itu, penggunaan buku yang mempunyai tulisan yang besar serta jarak yang sesuai

adalah digalakkan supaya murid tidak keliru dengan huruf dan nombor yang sering
diterbalikkan oleh mereka. Saiz dan jarak yang sesuai dapat membantu murid untuk
membaca dan mengenalpasti huruf sebenar. Guru juga dapat mengajar kanak-kanak ini
untuk menggunakan kalkulator dalam menyemak jawapan samada betul atau salah.
Akan tetapi penggunaan kalkulator ini hendaklah dihadkan penggunaannya supaya
kanak-kanak ini tidak terlalu bergantung kepadanya sehingga tidak lagi mahu membuat
pengiraan secara mental.
Untuk aktiviti pemulihan terutamanya bagi matapelajaran matematik, guru dapat
menggunakan bahan bantu mengajar seperti Papan Geometri dimana dapat menarik
minat kanak-kanak ini untuk belajar. Penggunaan bahan konkrit ini secara tidak
langsung dapat melatih motor halus mereka semasa membentuk pelbagai nombor.
Melalui aktiviti ini, memori kanak-kanak akan lebih mudah mengingat bentuk dan imej
yang mereka hasilkan dalam dapan geometry tersebut. Selain itu, guru juga dapat
menggunakan bilangan murid yang ramai dalam sesuatu kelas untuk menjalankan
aktiviti yang menarik seperti membuat bentuk nombor menggunakan pergerakkan
anggota badan. Guru boleh membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan
kecil dan setiap kumpulan diberi tugasan untuk membuat bentuk nombor menggunakan
anggota badan. Murid disleksia sedikit sebanyak dapat mengenalpasti nombor apa
yang mereka sedang hasilkan.
Umumnya, aktiviti pengayaan untuk murid-murid disleksia adalah lebih terarah
kepada latihan latih tubi. Hal ini kerana melalui latihan yang banyak, murid-murid akan
lebih mudah mengingati kandungi yang dipelajari. Antara latih tubi yang biasa
dilaksanakan ialah menyambung garisan putus-putus untuk membentuk nombor. Aktiviti
sebegini dapat membantu murid untuk menkordinasikan pergerakkan tangan serta
matanya supaya nombor yang disambungkan adalah tepat. Guru juga dapat
menggunakan kaedah pecah dan cantum dimana sekeping kad nombor telah
dirawakkan kedudukannya dan murid-murid perlu menyusun semula kedudukan
kepingan kad-kad tersebut sehingga membentuk satu nombor.

Kesimpulannya, aktiviti pemulihan dan pengayaan adalah penting bagi


mengukuh dan memantapkan lagi kandungan yang telah dipelajari. Aktiviti-aktiviti yang
dinyatakan ini hanyalah sebahagian kecil sahaja kerana masih banyak lagi aktiviti yang
dapat dilaksanakan untuk murid-murid disleksia.
Diskalkulia
Masalah pembelajaran yang seterusnya ialah Diskalkulia. Banyak takrifan yang telah
dibuat oleh pakar mengenai masalah Diskalkulia ini. Merujuk kepada istilah sastera,
"Dys" dalam bahasa Greek bermaksud kesukaran sementara "Calculia" dalam bahasa
Latin bermaksud pengiraan. Maka Diskalkulia dapat didefinisikan sebagai masalah
pembelajaran spesifik yang mempengaruhi pemerolehan/pembelajaran kemahiran
aritmetik

atau

mengira.

Menurut Departmant

for

Education

Skills 2001(DfES),

Diskalkulia merujuk kepada suatu keadaan yang mempengaruhi keupayaan menguasai


atau memperolehi kemahiran aritmetik. Kanak-kanak diskalkulia menghadapi masalah
dalam memahami konsep nombor yang mudah, kekurangan kefahaman intuisi terhadap
nombor dan bermasalah dalam mempelajari fakta nombor dan prosedur-prosedur.
Sebagai contoh, mereka tahu 3+4=7, tetapi tidak dapat mentafsirkan bahawa 4+3=7.
Walaupun

mereka

dapat

menghasilkan

jawapan

yang

betul,

tetapi

mereka

melakukannya dengan tanpa keyakinan diri. (Messenger et al).

Pada awalnya, masalah diskalkulia ini hanya dikaitkan dengan mereka yang menghadapi
kerosakan sebahagian otak akibat kemalangan atau serangan strok. namun penyelidikan terbaru
mendapati

bahawa

diskalkulia juga boleh terjadi semasa peringkat perkembangan

seseorang kanak-kanak yang sihat.. Ianya dikaitkan dengan faktor genetik yang menyebabkan
seseorang itu menghadapi kesukaran untuk memahami, mengingati dan menggunakan nombornombor dalam kehidupan seharian. Diskalkulia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira
tahap IQ mereka dan penghidap biasanya menghadapi masalah dalam menentukan masa, mengira
jumlah harga barang, mengira wang baki, mengukur jarak, suhu dan juga kelajuan. Dianggarkan 5%
daripada populasi manusia menghadapi masalah ini iaitu mereka yang lemah dalam Matematik tetapi
cemerlang dalam bidang-bidang yang lain.Hasil penyelidikan di Kolej Cambridge mendapati terdapat

beberapa faktor

penyebab

kepada masalah ini antaranya ialah factor kognitif. Faktor ini

merangkumi keupayaan mental mereka untuk membuat pengiraan secara mental walaupun soalan
yang diberi adalah mudah. Berkemungkinan hal ini berkait rapat dengan tahap IQ mereka walaupun
hasil penyelidikan menunjukkan masalah pembelajaran ini boleh berlaku tanpa mengira tahap IQ
seseorang.
Faktor seterusnya ialah kekurangan kemahiran asas untuk belajar matematik terutamanya
operasi asas seperti tambah, tolak,darab dan bahagi. Penguasaan operasi asas adalah sangat
penting memandangkan setiap operasi ini membawa konsep yang berbeza. Sebagai contoh operasi
tambah dan tolak. Operasi tambah akan meningkatkan jumlah di akhir pengiraan sementara operasi
tolak pula akan mengurangkan jumlah di akhir pengiraan. Sekiranya murid-murid gagal menguasai
operasi ini, mereka akan mengalami kekeliruan dan melakukan kesilapan dalam mengira.
Kekurangan kemahiran asas ini juga berkemungkinan disebabkan oleh tindakan guru perlu
menghabiskan sukatan pelajaran seperti yang ditetapkan sehingga mengabaikan tahap
kefahaman murid-muridnya.
Faktor yang terakhir ialah pendedahan awal matematik yang mendesak.
pendedahan sebelum kanak-kanak bersedia untuk menerima konsep matematik
menyebabkan kanak-kanak berasa bimbang apabila berhadapan dengan soalan
matematik dan menjadi fobia. Biasanya pendedahan mendesak ini menyebabkan
kanak-kanak tertekan untuk mempelajari matematik sehingga menghilangkan minat
mereka untuk belajar matematik.
Apabila minat semakin luntur, persiapan untuk belajar juga diabaikan. Secara tidak
langsung menjurus kepada masalah pembelajaran diskalkulia ini.
Antara symptom murid-murid yang mengalami masalah pembelajaran diskalkulia
adalah :
Kesukaran memahami dan mengingati Carta Sifir.
. Kesukaran untuk mencongak jawapan pengiraan matematik.
Kesukaran menggunakan kalkulator untuk mengira.

Sering menulis nombor-nombor secara terbalik seperti 63 menjadi 36 dan785


menjadi 875
Lemah dalam pengiraan spontan
Menghadapi kesukaran menggunakan peraturan dan prosedur, oleh itu
mereka tidak dapat mengingati langkah-langkah untuk menyelesaikan
pengiraan matematik
Lantaran itu, beberapa strategi dan teknik telah dikenalpasti bagi membantu
murid-murid yang bermasalah ini. Antara strategi yang dapat digunakan ialah guru
memberi pengulangan dan latih tubi yang kerap. Latih tubi yang kerap dapat
membantu murid mengenalpasti nombor-nombor yang ada dalam latihan yang
diberikan. Kekerapan latihan dapat meningkatkan pemahaman murid mengenai konsep
yang diajar seperti operasi asas. Secara tidak langsung, dapat mengelakkan mereka
daripada mengalami kekeliruan operasi asas lagi.
Selain itu juga, kemahiran guru dalam menarik minat murid amat penting dengan
menggunakan contoh yang berkait dengan kehidupan seharian disamping
menggunakan bahan bantu mengajar yang bersifat konkrit. Biasanya, kanak-kanak
berumur dalam lingkungan 7 tahun sehingga 11 tahun lebih selesa belajar menerusi
bahan yang dapat mereka rasa dan sentuh. Ini dapat menguatkan memori mereka
untuk mengingati kandungan yang dipelajari. Contoh-contoh guru gunakan juga
perlulah sentiasa mempunyai kaitan dengan budaya kanak-kanak di kawasan itu.
Sebagai contoh dalam mengajar konsep penambahan wang tahun 3, guru boleh
mengaitkan dengan situasi membantu ibu pergi ke pasar pada hujung minggu untuk
membeli ikan dan sayuran dengan kadar tertentu bagi harga ikan dan juga sayur. Guru
melibatkan penggunaan ringgit dan sen dalam situasi ini. Contoh ini adalah aplikasi
daripada situasi sebenar dalam kehidupan harian kanak-kanak.
Strategi seterusnya ialah guru sentiasa memberi penghargaan dan pujian
kepada mereka untuk setiap tugasan yang mereka lakukan dengan betul. Guru perlu
mengelakkan daripada melakukan perbuatan yang boleh menjatuhkan motivasi mereka
untuk belajar seperti melabelkan mereka dengan gelaran bodoh atau memarahi

mereka di hadapan murid-murid lain. Penghargaan dan pujian adalah salah satu bentuk
peneguhan positif yang dapat membantu untuk mengekalkan tingkah laku yang diingini.
Apabila tindakan mereka ini dipuji, mereka akan bersemangat untuk menunjukkan hasil
kerja yang baik. Secara tidak langsung, prestasi mereka dapat ditingkatkan walaupun
dalam kadar yang kecil. Berbeza pula apabila guru bertindak untuk memarahi mereka,
mereka akan merasa diri mereka sangat lemah dalam subjek ini. Tindakan guru ini
secara tidak langsung telah menghilangkan motivasinya untuk berusaha walaupun
pada mulanya kanak-kanak ini mempunyai keinginan untuk memperbaiki menjadi lebih
baik namun pendekatan atau cara guru gunakan itu menghilangkan terus minatnya
untuk belajar.
Penggunaan ICT seperti komputer serta alat-alat elektronik yang lain amat
digalakkan

memandangkan

murid-murid

sekolah

rendah

lebih

menggemari

pembelajaran yang pelbagai serta menarik minat. Banyak kajian telah menunjukkan
minda murid lebih terangsang apabila melihat kandungan pembelajaran yang pelbagai
warna dan animasi. Sebagai contoh, perisian yang paling mudah dan meninggalkan
impak yang besar terhadap pembelajaran kanak-kanak disleksia dan diskalkulia adalah
perisian Microsoft Office Power Point kerana perisian ini memberikan peluang kepada
guru atau tenaga pengajar membuat animasi ringkas tetapi menarik. Dalam era serba
canggih ini, penggunaan ICT lebih mudah dan mampu menyediakan peluang kepada
murid yang mempunyai masalah pembelajaran untuk meneroka pembelajaran bersama
rakan-rakan lain dengan lebih mendalam berbanding menggunakan kaedah tradisional
dalam p&p iaitu kaedah chalk and talk. Disini ditegaskan bahawa kaedah chalk and
talk bukanlah tidak bagus namun guru perlu menjadi lebih kreatif dengan menggunakan
teknologi yang ada masa kini.
Guru juga boleh menggunakan Ten Frame dalam mengajar kanak-kanak
diskalkulia ini. Penggunaan Ten-Frame dalam pengajaran murid dyscalculia dapat
membantu mereka untuk mempelajari matematik. Ten-frame adalah susunan dua baris
yang setiap satunya mengandungi lima kotak kecil. Ia adalah lanjutan dari penggunaan
benda maujud dan chip dalam aktiviti membilang. Susunan bintik-bintik di dalam tenframe dapat membantu murid untuk melihat secara visual & mengingati secara mental
pola bintik untuk nombor 1 hingga 10. Murid yang diajar dengan menggunakan Ten-

frame ini juga dapat mengingat nama serta nilai nombor tersebut secara langsung.
Selain daripada itu penggunaan ten- frame juga dapat membantu murid mengenalpasti
dan menentukan nilai tempat sesuatu digit. Titik yang terdapat pada ten-frame itu juga
dapat digunakan sebagai penanda aras bagi mengambarkan imej bagi setiap nombor
dengan menggunakan 5 dan 10. Contohnya, murid boleh menentukan nilai bagi
sesuatu nombor. Sama ada nilainya banyak atau sedikit. Ataupun murid boleh juga
menentukan nombor yang mana lebih atau kurang nilainya.
Salah satu pengajaran kreatif yang boleh dipraktikkan oleh guru adalah
menggabungjalinkan unsur lain dalam matematik. Menurut ahli piskologi kognitif dan ahli
teori konsturktivisme, kanak-kanak tidak memperoleh sesuatu ilmu pengetahuan melalui cara yang
pasif. Mereka membina pengetahuan secara aktif. Pembelajaran secara aktif dan juga melibatkan
interaksi sosial amatlah digalakkan. Pembelajaran melalui muzik ini adalah merupakan satu
pembelajaran yang aktif dan bersesuaian dalam membina pengetahuan pelajar. Sebagai contoh,
guru dapat menggabungjalinkan unsur muzik dengan subjek matematik supaya
kandungan yang hendak disampaikan menjadi lebih menarik dan berkesan. Peranan
muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah dengan cara mempengaruhi minat murid
terhadap tajuk yang diajar. Melalui pendekatan seperti ini, murid lebih berminat untuk mengetahui
apa yang dipelajari dengan lebih mendalam. Penggunaan muzik terutamanya lagu-lagu yang
menjadi nyanyian kanak-kanak masa kini dapat membantu murid Diskalkulia untuk
menerima dan mengingati sesuatu maklumat dengan lebih mudah. Perkara ini dapat
dilaksanakan apabila murid sudah menghafal lirik dan irama lagu yang sedia ada dan
guru hanya perlu menukar lirik lagu untuk disesuaikan dengan kandungan
pembelajaran.

Secara

tidak

langsung

dapat

membuatkan

murid

menikmati

pembelajaran hari itu.


Di samping itu, antara aktiviti pengayaan dan pemulihan yang boleh
dilaksanakan untuk murid-murid diskalkulia adalah menggunakan kepelbagaian
warna untuk membezakan nombor-nombor atau perkataan. Kepelbagaian warna
dapat menarik perhatian murid untuk belajar kerana kanak-kanak ini umumnya sukakan
bahan atau objek yang bewarna warni. Aktiviti ini lebih sesuai untuk dilaksanakan
kepada murid-murid diskalkulia dalam kategori pemulihan. Seterusnya, aktiviti seperti

menanda dan suai bentuk yang sama saiz , memadankan angka dengan bilangan
benda, pengelasan berdasarkan ciri-ciri objek, adalah sangat sesuai sebagai aktiviti
pemulihan. Hal ini dapat melatih atau menyediakan murid satu asas pemahaman yang
kukuh berkaitan dengan nombor. Selain itu, aktiviti pengayaan seperti melukis gambar
rajah berdasarkan soalan penyelesaian masalah juga baik untuk dilaksanakan. Aktiviti
sebegini dapat menjana minda murid-murid ini untuk berfikir dengan lebih kreatif dalam
menukarkan bentuk soalan daripada penyelesaian masalah kepada lukisan gambar
rajah.
Contoh : Alif ada 10 biji limau sementara Adiknya, Maisarah pula ada 3 biji limau.
Berapakah jumlah buah limau yang mereka ada?

ALIF

MAISARAH

Alif &
Maisarah

Disfasia
Menurut kajian barat dalam The New York Times (Health Guide) Monday, July
15, 2013, Disfasia merujuk kepada kesukaran untuk memahami mesej yang
disampaikan oleh seseorang (receptive language disorder) serta kesulitan untuk
menyampaikan mesej kepada individu yang lain (expressive language disorder).
Masalah pembelajarn Disfasia juga merujuk kepada satu masalah bahasa di mana
seseorang itu menghadapi kesukaran untuk memahami bahasa yang dipertuturkan

(spoken language) serta sangat lemah dalam pemahaman bacaan (poor reading
comprehension).
Seseorang yang mengalami masalah pembelajaran Disfasia ini dapat dilihat
menerusi beberapa symptom seperti mempunyai kesukaran dalam memahami
maksud daripada bahasa percakapan. Hal ini disebabkan oleh kegagalan otak
mereka untuk memproses maklumat yang diterima daripada penyampai utama. Mereka
ini hanya dapat mendengar namun gagal untuk menterjemahkan ke dalam bentuk
pemahaman. Mereka juga menunjukkan masalah hasil penulisan yang lemah.
Pemahaman mereka yang kurang terhadap sesuatu perkara menjejaskan kemampuan
mereka untuk menunjukkan hasil yang baik berikutan kekurangan perbendaharaan
kata. Simpton yang seterusnya ialah kesukaran melabel dan mengecam objek.
Biasanya mereka gagal untuk mengenalpasti objek-objek yang ditunjukkan secara tidak
langsung gagal melabelkan dengan betul nama-nam objek tersebut. Selain itu juga,
murid-murid ini boleh melukis dan menerangkan sesuatu objek, akan tetapi sukar
untuk memikirkan perkataan untuk objek tersebut. Sebagai contoh, mereka dapat
menerangkan cirri-ciri sebuah kubus dengan baik namun gagal untuk menyatakan
apakah objek tersebut. Simptom yang terakhir ialah sukar untuk menerima sebarang
jenaka. Mereka lebih suka menyendiri dan tidak menghiraukan usikan atau lawak
jenaka oleh kawan-kawan mereka. Berkemungkinan mereka boleh menjadi agresif
secara tiba-tiba sekiranya jenaka yang dibuat oleh kawan-kawan seperti mengganggu
mereka.
Antara strategi yang dapat guru gunakan dalam mengajar kanak-kanak Disfasia
ialah guru perlu menggunakan laras bahasa yang sesuai ketika bercakap ketika
menyampaikan sesuatu mesej kepada murid berkenaan. Hal ini bertujuan untuk
memastikan murid-murid bermasalah ini dapat memproses maklumat yang telah
disampaikan dengan baik sebelum dapat memahaminya. Perkara ini amat penting
kerana sekiranya mereka tidak memahami mesej yang disampaikan, minat mereka
terhadap subjek yang diajar akan semakin pudar dan lama kelamaan akan
menghilangkan terus minat mereka untuk belajar.

Guru juga perlulah memberi masa yang mencukupi kepada murid Disfasia
untuk bercakap dan menyampaikan mesej mereka. Mereka perlu diberi ruang untuk
menyampaikan mesej yang mereka ingin sampaikan walaupun sedikit lambat, guru
perlulah bersabar dan tidak memberi tekanan kepada mereka ini dengan meminta
mereka segera menyampaikan mesej atau mereka boleh kembali ke tempat duduk
masing-masing. Secara tidak langsung dapat melunturkan semangat mereka untuk
terus bercakap di dalam kelas. Sebaiknya, guru boleh memberi galakan kepada
mereka supaya mereka rasa lebih berkeyakinan untuk bercakap. Berikan pujian
dengan ikhlas kepada murid-murid ini atas usaha yang telah mereka lakukan untuk
bercakap walaupun adakalanya perkara yang disampaikan tidak berkait dengan
kandungan pembelajaran.
Dari aspek pengajaran kreatif, penggunaan bahasa isyarat seperti gerakan
tubuh dalam menyampaikan mesej dilihat sangat sesuai untuk kanak-kanak ini. Hal ini
kerana jika dikaji dari segi konsep lagi, kanak-kanak Disfasia mempunyai masalah
dalam bahasa, jadi penggunaan isyarat-isyarat seperti gerakan tangan, jari, bahasa
badan dan sebagainya dapat membantu murid yang kurang bernasib baik dalam
memahami bahasa yang disampaikan. Sebagai contoh dalam mengajar nombor bulat 0
hingga 9, guru boleh menggunakan isyarat gearakan tangan sambil menyebut angka
tersebut supaya murid-murid ini mendapat gambaran mengenai bunyi dan bentuk
nombor yang dinyatakan. Lama-kelamaan mereka akan dapat mengikuti apa yang
disampaikan oleh guru tersebut.
Untuk aktiviti pemulihan, guru boleh menggunakan kaedah pengajaran yang
melibatkan penggunaan visual sebagai bantuan kepada murid yang lemah bahasa.
Adakalanya penggunaan visual dalam buku kerja, lembaran kerja serta nota memberi
bantuan tambahan kepada murid-murid ini dalam memahami kandungan teks yang ada
didalamnya. Mereka berkemungkinan tidak memahami kandungan teks tersebut pada
mulanya namun apabila adanya gambar-gambar, secara tidak langsung membantu
mereka memahami kandungan teks tersebut. Sementara untuk aktiviti pengayaan pula,
aktiviti yang tampak menarik dan sesuai adalah aktiviti nyanyian dimana guru
menukarkan lirik sedia ada untuk disesuaikan dengan topic pembelajaran pada hari itu.

Sebagai contoh dalam mengajar tajuk pecahan, guru boleh menggunakan lagu bapaku
pulang dari kota tetapi menukarkan liriknya dengan unsure-unsur pecahan diikuti
dengan beberapa model pecahan yang dinyatakan. Kanak-kanak akan lebih mudah
mengingatinya sambil membuat pergerakanmengikut situasi yang terkandung di dalam
lirik berkenaan. Namun harus diingat, guru perlu menyediakan

lirik terlebih dahulu

untuk setiap murid supaya mereka dapat membacanya sambil menyanyi beramairamai.

Sebagai contoh :

Dispraksia
Apa itu Dispraksia? Perkataan Dispraksia adalah berasal daripada Dys dan
Praxis . Kata Dys bermaksud tidak mudah atau sukar manakala kata Praxis
bermaksud bertindak atau melakukan. Masalah ini juga dikenali dengan beberapa
nama lain seperti Development Co-ordination Disorder (DCD), Perceptuo-Motor
Dysfunction, dan Motor Learning Disability. Dispraksia adalah gangguan atau ketidak
matangan kanak-kanak dalam membuat perancangan akibat kurang kemampuan otak
memproses maklumat sehingga maklumat tidak diproses sepenuhnya. Dispraksia
mempengaruhi perancangan yang akan dilakukan dan bagaimana melakukannya. Hal

ini menyebabkan timbulnya kesukaran dalam berfikir, merancang dan melakukan tugastugas motor atau sensori.
Antara tanda yang dialami oleh kanak-kanak dispraksia mengikut LDA of
California and UC Davis M.I.N.D. Institute "Q.U.I.L.T.S." Calendar 2001-2002 ialah
kanak-kanak ini menunjukkan keseimbangan yang lemah, sering jatuh dan cuai. Hal
ini disebabkan oleh ketidakupayaan otak mereka memproses maklumat sehingga
menggugat pergerakan serta keseimbangan tubuh badan mereka. Selain itu, mereka
juga mempunyai koordinasi mata-tangan yang lemah atau tidak seiringan. Sebagai
contoh, adakalanya apabila guru meminta kanak-kanak ini melambung bola dan
kemudian menangkapnya kembali, mereka mampu untuk melambungkannya namun
gagal untuk menangkapnya semula disebabkan oleh tindak balas yang lemah daripada
koordinasi

mata dan

tangan. Mereka

juga menunjukkan

kelemahan dalam

menguruskan diri serta barang kepunyaan dengan baik. Tanpa bantuan orang lain,
mereka kelihatan seperti

tidak terurus dari segi penampilannya dan cara mereka

menguruskan diri. Barang-barang kepunyaan mereka juga sering hilang akibat daripada
sikap kecuaian mereka dalam menguruskan diri sera barang mereka.

Tanda yang

terakhir yang dapat dilihat pada kanak-kanak ini ialah mereka mengalami kesukaran
dalam motor halus seperti menggunting, melekat dan mewarna. Segelintir daripada
mereka dapat membuat aktiviti menggunting, melekat dan mewarna namun akan
mengambil masa yang lama untuk melakukannya.
Dalam mengajar murid-murid dispraksia ini, beberapa strategi wajar diberi
penekanan antaranya ialah guru tidak sesekali membandingbezakan keupayaan
mereka dengan murid-murid normal yang lain. Sikap guru yang suka membanding
bezakan kemampuan mereka mampu untuk menjatuhkan semangat mereka untuk
belajar. Sebaiknya, guru perlulah member galakan atau peneguhan yang sesuai seperti
pujian atau ganjaran kepada mereka ini supaya dapat dijadikan pemangkin untuk
mereka terus bergerak maju dalam pelajaran. Sebagaimana yang diketahui, kanakkanak ini mempunyai masalah dalam koordinasi mata dan tangan, berkemungkinan
mereka akan melakukan kerja dengan lebih perlahan berbanding murid-murid lain.
Jadi, guru perlu memberikan masa yang lebih kepada mereka ini agar mereka

dapat menyalin segala input atau menjalankan aktiviti yang telah guru arahkan.
Kedudukan atau susunan kerusi dan meja serta segala perabot yang ada di dalam
kelas hendaklah disusun dengan baik dan teratur supaya tidak menghalang pergerakan
murid ini yang mempunyai kesukaran dari segi koordinasi.

Cara pengajaran yang kreatif yang dapat guru praktikka

dalam p&p ialah

pengajaran menggunakan bahan manipulatif (Kit Manipulative) seperti papan


geometri, blok asas sepuluh serta dough. Sebagai contoh, bagi murid yang masih
kurang mahir dalam menulis angka dari 1 hingga 9 bagi matematik, guru boleh
membuat dough yang terdiri daripada pelbagai warna yang berbeza bagi memudahkan
murid untuk mengenalpasti nombor-nombor yang dibentuk. Untuk menguji kemampuan
murid, guru boleh membahagikan murid-murid ini kepada beberapa kumpulan dan
diberi dough untuk mereka hasilkan nombor seperti 1 sehingga 9. Guru juga boleh
menggunakan himpunan rod asas 10 untuk mengajar kanak-kanak ini operasi asas
seperti operasi penambahan dan penolakan. Melalui kaedah ini, murid dapat
menggunakan bilangan rod yang ada untuk membuat penambahan atau penolakan.

Dalam menguruskan murid berkeperluan khas, watak yang paling penting adalah
seorang insan yang bergelar guru. Mengikut Kamus Dewan (Edisi ke-4), guru adalah
orang yang mengajar, mendidik dan mengasuh. Oleh itu peranan dan tanggungjawab
seorang guru sangat memberi impak yang besar dan mendalam

dalam diri setiap

murid.Menurut tokoh guru peringkat negeri kedah, Abdul Rahim Mohd Said (Utusan
Online 2008), beliau menyatakan setiap guru perlu memberi keutamaan kepada murid

dan ibu bapa supaya mereka dapat mengetahuai keperluan sebenar murid tersebut
dalam usaha menjadi guru yang baik sejajar dengan Falsafah Pendidikan Guru yang
ingin melahirkan guru berpekerti mulia,berpandangan progresif dan saintifik, bersedia
menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin
pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,
demokratik, progresif dan berdisiplin.
Peranan guru sangat besar apabila mereka dianggap sebagai pengajar kerana
tugas utama guru di dalam bilik darjah adalah menyampaikan ilmu pengetahuan
berdasarkan sukatan pelajaran serta mendidik murid-murid supaya menjadi insan yang
bermoral tinggi. Untuk mencapai objektif ini, guru sebagai pengajar hendaklah
merancangkan

aktiviti

pengajaran

yang

sesuai,

alat

bantu

mengajar

untuk

meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, melaksanakan rancangan


mengajar yang telah disediakan dan membuat penilaian atas segala aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang telah dijalankan. Melalui maklum balas yang diperoleh daripada
penilaian, guru dapat menambahbaikkan proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah
pembelajaran

yang

baharu

mengikut

masalah

perlu

diwujudkan

apabila

penambahbaikkan diperlukan. Oleh sebab itu, guru haruslah menggunakan pendekatan


yang kreatif dan kritis untuk menarik minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran.
Cikgu Donny Chin (Utusan Online, 2011), menyatakan bahawa mendidik pelajar kelas
pendidikan khas bukan sahaja memerlukan kesabaran tetapi perlu pendekatan kreatif
dan kritis dalam pembelajaran kerana setiap pelajar pendidikan khas di dalam
sesebuah kelas memerlukan kaedah pengajaran tersendiri.

Guru juga dianggap sebagai pengurus apabila mereka diperlukan untuk


mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid supaya menjalankan tugas seperti
menjaga kebersihan kelas, menjaga disiplin pelajar dan sebagainya. Kecekapan guru
menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan suasana sosioemosi yang
sihat, disiplin kelas yang mantap dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai
untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru

pendidikan khas juga bertanggungjawab untuk menyimpan rekod-rekod peribadi murid


mereka. Rekod peribadi mereka sangatlah penting kepada individu lain untuk
mendapatkan maklumat dan sebaginya. Guru juga perlulah sentiasa mengemaskini
rekod peribadi murid-murid ini supaya perkembangan terbaru mereka dapat
diperbaharui.
Guru Pendidikan Khas juga dianggap kaunselor apabila murid-murid mengalami
masalah sosioemosi seperti rasa takut, kecewa, bosan dan sebagainya serta masalah
pembelajaran hendaklah dibimbing supaya murid dapat membina keyakinan diri.
Sebagai contoh Cikgu Alizah Abdul Malek, Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas di
Pulau Langkawi telah mengatakan bahawa beliau bukan sahaja mengajar di sekolah
malah pernah diminta oleh ibu bapa pelajar supaya menelefon dan mengejutkan anak
mereka yang enggan ke sekolah. Ini membuktikan bahawa peranan guru pendidikan
khas sebagai kaunselor yang sentiasa menyelesaikan masalah murid walaupun
masalah berlaku di luar sekolah. Jalinan komunikasi yang terbina antara guru dan murid
memudahkan guru untuk mengesan potensi sesetengah murid berkeperluan khas untuk
diasuh dengan lebih baik lagi bagi mencapai objektif seperti mampu menguruskan diri
sendiri tanpa bantuan orang lain.

Anda mungkin juga menyukai