Anda di halaman 1dari 2

1.

0 Pengenalan
Dewasa ini, bagi memartabatkan hadith nabawi sebagai sumber ilmu dan tamadun
secara menyeluruh adalah menjadi cabaran kepada ahli sarjana hadith masa kini. Seperti yang
diketahui umum, pengajian ilmu hadith adalah satu bidang pengajian penting dalam tradisi
keilmuan Islam. Ia bertujuan umtuk memelihara ketulenan dan keabsahan hadith-hadith yang
menjadi sumber rujukan kedua setelah al Quran.
Menurut Dr Azmil (2013), pembahagian kajian teks hadith secara umumnya boleh
dikategorikan kepada dua bentuk kajian yang utama iaitu kajian secara maudhui (tematik) dan
kajian secara tahlili ( siasatan terperinci). Lantaran itu, kajian teks hadith secara pengajian
hadith maudhui adalah salah satu pendekatan yang diguna pakai dalam mempersembahkan
himpunan teks-teks hadith dalam satu tema yang tertentu untuk menjawab persoalan dalam
konteks yang sama. Namun begitu, ini bukan bermakna meminggirkan pendekatan tradisioanal
dalam menghuraikan hadith secara kajian hadith tahlili yang menjadi asas dan sumber asal
sebelum berlakunya pengolahan secara maudhui.
2.0 Kajian Hadith maudhui
Hadith Maudhui adalah istilah kajian kontemporari yang telah meluas di kalangan pengarang
dan pengkaji hadith mutakhir ini dan telah dianggap sebagai satu cabang ilmu hadith baru.
Definisi hadith maudhui adalah definisi yang diolah dan diadaptasi dari rujukan berkenaan teori
tafsir maudhui.
Terdapat beberapa takrifan hadith Maudhui antaranya;
I.

Ilmu yang membahaskan sesuatu permasalahan menurut

semangat dan ruh

nabawi dengan melihatnya dari perspektif satu atau lebih hadith yang maqbul(
sahih/hasan)
II.

Ilmu yang menghimpun riwayat-riwayat hadith yang pelbagai dari sumber utama
hadith yang berkenaan dengan sesuatu tajuk perbincangan sama ada dari segi
lafaz atau pada maknanya dan mengupas tajuk itu mengikut metodologi
pengajian hadith.

III.

Ilmu yang menghuraikan sesuatu tajuk dengan pencerahan sunnah nabawiah


berdasarkan satu atau ebih sumber hadith.

IV.

Ilmu yang memperjelaskan isu berkaitan pemikiran, pendidikan, sosial, ekonomi,


alam semulajadi atau segala lapangan ilmu pengetahuan

dan kehidupan

berdasarkan hadith-hadith nabi muhammad s.a.w yang berkaitan dengannya

bertujuan memperolehi konsep kefahaman dan jalan penyelesaian menurut


manhaj nabawi.

Anda mungkin juga menyukai