Anda di halaman 1dari 2

Bahan2 Roti Jala

3 cawan tepung gandum


3 cawan air
1 biji telur
sedikit pewarna kuning
1 sudu besar marjerin ~ dicairkan
1 sudu kecil rata garam
sedikit minyak (untuk lengser pada kuali)
Cara2nya
1. Campurkan semua bahan2 di atas menggunakan whisker hingga sebati. Tapiskan.
2. Panaskan kuali. Lengserkan dgn sedikit minyak pada kuali.
3. Menggunakan acuan roti jala... ceduk adunan tadi & kirai ke dalam kuali menjadi seperti
jala .
4. Biarkan hingga roti jala masak. Tak perlu dibalikkan. Terus saja angkat & masukkan ke
atas pinggan lalu dilipat / digulung mengikut sesukaan anda.
5. Buat hingga habis. (tak perlu lengser minyak setiap kali nak kirai roti jala.. lengserkan
sekali sekala saja kerana dah ada marjerin dlm adunan... jika guna non stick pan lagi
senang )
6. Pastikan setiap kali sebelum menceduk adunan.. mesti sentiasa dikacau2 adunan terlebih
dahulu supaya adunan sebati semula daripada proses mendapan.
7. Hidangkan samada bersama kuah kari, rendang, serawa durian atau apa2 saja kuah
kegemaran anda.
Bahan2 Kari Ayam
1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil
3 biji kentang ~ didadu kasar
1 ulas bawang putih*
4 ulas bawang merah*
1 cm halia*
(tumbuk halus bahan2 bertanda*)
4 sudu besar rempah kari ayam#
2 sudu kecil serbuk cili#
sikit saja air asam jawa#
(campurkan bahan2 bertanda# jika pekat tambah sikit air)
1 kotak santan segera/secukupnya santan
air secukupnya utk kuah (nak pekat jgn byk sgt)
sikit minyak
garam & perasa secukupnya
Cara2
1. Panaskan minyak, tumis bahan2 tumbuk & bahan campuran rempah. Kacau2 & biar
hingga wangi.
2. Masukkan isi ayam dan sedikit air. Biar mendidih & ayam hampir masak. Masukkan
bahan2 lain spt ubi kentang, santan, garam & perasa dan masak hingga kentang empuk.
Renihkan kuah dengan api yang kecil sehingga terbit minyak.
3. Biarkan secukup rasa. Sedia dihidangkan bersama roti jala atau apa2 saja kegemaran
anda.

Anda mungkin juga menyukai