Anda di halaman 1dari 7

PEMARKAHAN

PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2012/2013


KRP 3013: KURIKULUM DAN PENGAJARAN
SEKOLAH RENDAH

LAPORAN ANALISIS 2

DISEDIAKAN OLEH
NAMA

NO. MATRIK

PUSAT PEMBELAJARAN: EL-A18(A122PJJ)

NAMA TUTOR E-LEARNING:


TARIKH HANTAR : 27 APRIL 2013

LAPORAN ANALISIS 2
(Perbandingan Kurikulum Mengikut Era)
Nama:
1.

2.

No. ID :

Disiplin/mata pelajaran yang dipilih.


a.

Nama disiplin/mata pelajaran : BAHASA MELAYU

b.

Tahun

: TAHUN 2

Perbandingan disiplin/mata pelajaran mengikut era KLSR, KBSR dan KSSR


DIMENSI HORIZONZAL
a.

Skop/liputan

KLSR : Era ini adalah untuk menguji murid untuk mengetahui kebolehan mereka
untuk mengujarkan sesuatu huruf. Fokus kurikulum utama bagi mata pelajaran
Bahasa Melayu Tahun 2 adalah untuk membaca dan menghafal sahaja. Bilik darjah
tradisi digunakan di Negara kita untuk mendidik murid di bawah Kurikulum Lama
Sekolah Rendah ( KLSR ).
KBSR : Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah merangkumi
kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca,
dan Kemahiran Menulis. Penumpuan pada kemahiran-kemahiran ini membolehkan
murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan
sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup. Pendidikan Bahasa Melayu
juga memberikan pertimbangan terhadap pelbagai gaya pembelajaran, minat, dan
kecerdasan yang berbeza antara satu sama lain di kalangan murid dengan
menekankan pembelajaran masteri dan penerapan kemahiran bernilai tambah. Era
KBSR adalah untuk meningkatkan tahap literasi murid-murid dan kemahiran kognitif
mereka. Terdapat tiga kategori dalam era KBSR iaitu Mata pelajaran teras ialah mata
pelajaran yang mesti dipelajari oleh semua murid dan menjadi asas utama pendidikan
murid di sekolah rendah - Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains Matematik,
Pendidikan Islam , Moral dan Kajian Tempatan. Mata pelajaran wajib pula kategori
mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh semua murid - Pendidikan Jasmani,
Kesihatan, Kemahiran Hidup, Pendidikan Seni dan Muzik. Manakala mata pelajaran
tambahan pula diajar bagi murid yang berminat-Bahasa Arab, Tamil dan China.

KSSR : Mata pelajaran dalam KSSR pula dibahagikan kepada Tahap 1 dan 2. Tahap
1 dikelompokkan kepada tiga iaitu; Modul Teras Asas meliputi Bahasa Malaysia,
Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Jasmani,
Kesihatan dan Matematik. Modul Teras Tema pula terdiri dari subjek Seni Visual dan
Muzik, Dunia Sains dan Teknologi dan Malaysia Negaraku. Modul Elektif adalah
terdiri dari mata pelajaran Bahasa Arab, Cina, Tamil, Iban dan Kadazan dusun. Bagi
Bahasa Melayu Tahun 2 pula, dalam KSSR berteraskan 6

tunjang iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, perkembangan


fizikal dan estetika, sains dan teknologi, dan keterampilan diri.
( 3 markah)
b.
Kesepaduan/integrasi
KLSR: Dalam aspek pengujian menurut Laporan Rahman Talib, semua murid
perlulah lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu peperiksaan awam, di mana
kertas peperiksaan tersebut ditulis dengan menggunakan Bahasa Melayu dan
sebagainya. Laporan Rahman Talib telah mencadangkan beberapa aspek pendidikan.
Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama disetiap sekolah termasuk
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Hal ini bertujuan untuk memupuk
semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Mata
pelajaran Bahasa Melayu memainkan peranan penting bagi berkomunikasi antara
pelbagai kaum di sekolah. Selain itu, sistem pendidikan pada tahap ini
berorientasikan kepada pembasmian buta huruf.
KBSR: Matlamat pendidikan KBSR di sekolah rendah untuk memastikan
perkembangan murid secara menyeluruh dari aspek intelek, rohani, jasmani, emosi,
bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial selaras dengan falsafah dan dasar
pendidikan negara iaitu untuk membangunkan negara dan menyemai perpaduan
kaum yang kukuh serta integrasi nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun
dan bersistematik. Contohnya, melalui pengajaran Bahasa Melayu bacaan luas
memberikan peluang kepada murid untuk menimba ilmu pengetahuan dan
membentuk sahsiah yangbaik bagi meningkatkan daya berfikir dan minat ingin
terusmembaca. Bacaan luas boleh dijalankan dalam pendidikan Bahasa Melayu
dengan menggunakan bahan-bahan ilmiah dan sastera dalam mata pelajaran
Pendidikan Moral.
KSSR: Strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dalam Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) menekankan konsep penggabungjalinan,
penyerapan, pengayaan, pemulihan dan penilaian. Hal ini selaras dengan usaha
memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Transformasi
tersebut merupakan pengukuhan dan penambahbaikan kepada Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan,
pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di
sekolah. Konsep dalam era KSSR adalah yang terperinci dan tersusun dimana warga
pendidik mempunyai tanggungjawab yang lebih besar bagi membentuk atau menukar
cara pembelajaran, kandungan mata pelajaran kepada yang lebih menarik dan
mudah. Contohnya, pengajaran Mata pelajaran Bahasa Melayu bukan sahaja kajian
di kelas tetapi guru perlu memupuk sikap penggabungjalinan dengan mata pelajaran
Pendidikan moral dari segi nilai kerjasama antara murid.

( 3 Markah)

c.

Imbangan

KLSR: Dalam KLSR kurikulum secara mudahnya diorganisasikan kepada akademik


dan kokurikulum sahaja. Daripada aspek bahan kurikulum pula KLSR banyak
memberi tumpuan kepada yang terdapat dalam buku teks. Fokus kurikulum dalam
KLSR adalah lebih kepada akademik. Kemahiran asas 3M adalah secara umum
sahaja dalam pengajaran Bahasa Melayu. Sehubungan itu kadar buta 3M dalam
KLSR adalah lebih tinggi. Kebanyakkan murid-murid tidak pandai untuk membaca
dalam bahasa melayu. Konsep penilaian bentuk sumatif banyak berlangsung dalam
KLSR. Murid-murid dinilai pada setiap hujung penggal yang mana terdapat tiga
penggal dalam setahun. KLSR lebih bercorak umum dan lebih berfokus kepada
hafalan dan pada masa yang sama teknik pengajaran guru juga lebih bertumpu
kepada kaedah kelas di mana guru menggunakan buku teks sebagai sumber
tambahan dan pengunaan sumber alternatif bagi pelajar tahun 1 hingga tahun 6.
Contohnya, semasa waktu pengajaran Mata Pelajaran Bahasa Melayu di dalam kelas
guru boleh memberikan aktiviti bersenam supaya minda murid lebih aktif dan cergas.

KBSR : Terdapat tiga komponen utama dalam KBSR iaitu Komunikasi,


perkembangan individu dan manusia dan persekitarannya. Komponen pertama
adalah supaya murid boleh membaca, menulis dan mengira (3M). Perkembangan
individu adalah dari segi memperolehi ilmu pengetahuan yang sesuai dengan
peringkat umur dan perkembangan diri mereka. Seterusnya manusia dan
persekitarannya membantu menguasai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
dan bahasa penghantar. Komponen yang ketiga iaitu persekitarannya sangat penting
bagi mengimbangi murid-murid dengan pelajaran. Contohnya dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu pelajar bukan saja mendapat ilmu membaca dan menulis tetapi
mereka juga perlu memperoleh nilai dan pembentukan sikap (spt sedar kepentingan
menjaga alam sekitar) dan kemahiran (tahu bagaimana menjaga alam sekitar).
KSSR : KSSR pula lebih memberi penekanan kepada penilaian atau pentaksiran
yang berterusan; iaitu pentaksiran ke atas murid-murid berlangsung dari semasa ke
semasa. Selain itu pentaksiran secara holistik melibatkan aspek-aspek berkaitan
seseorang murid akan dilakukan di dalam bilik darjah. Dalam KSSR selain konsep
kesepaduan ia juga fokus kepada 3M terus berlangsung. Kemahiran asas 3M dalam
Mata Pelajaran Bahasa Melayu ditegaskan semula dengan tambahan satu lagi
kemahiran iaitu kemahiran menaakul, menjadikannya 4M. Kemahiran bahasa
meliputi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca, dan
kemahiran menulis. Kemahiran bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku.
KSSR berfokus kepada kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul dalam
Bahasa Melayu. Standard lebih jelas dinyatakan bagi kandungan dan pembelajaran
dalam KSSR. KSSR dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu bertujuan membekalkan
generasi masa hadapan untuk menghadapi cabaran abad ke-21.
(3 markah)

DIMENSI VERTIKAL
a.

Urutan/sekuen

KLSR: Kajian yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Kabinet ini terhadap
Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang telah dilaksanakan sejak merdeka
tersebut mendapati bahawa terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi.
Antaranya termasuklah isi kandungan sukatan pelajaran yang berulang dan tidak
mempunyai kaitan antara satu sama lain. Keduanya ialah dari segi sukatan
pelajarannya yang terlalu banyak sehingga membosankan murid. Yang ketiga ialah
guru dan murid terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran apabila menjelang
peperiksaan. Aspek keempat ialah pengajaran dan pembelajaran adalah
menggunakan buku teks tanpa menggunakan sebarang bahan bantu lain. Aspek
kelima ialah aktiviti kokurikulum dijalankan secara berpisah dan tiada kaitan dengan
kurikulum formal bilik darjah. Aspek seperti ini mebantutkan lagi urutan antara
tahun 1 hingga tahun 6 dalam pengajaran Bahasa Melayu tahun 2. Contohnya
pengajaran teori asas dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu seperti menghafal sahaja
tidak membantu sama sekali urutan di peringkat tahun 3 dan seterusnya untuk
menyelesaikan, memahami atau menjawab soalan.
KBSR : KBSR adalah sistem baru yang menekankan komponen nilai nilai murni.
Sekuan dalam era ini, pelajar - pelajar bukan Islam wajib lulus Mata Pelajaran
Bahasa Melayu. Penyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu adalah
untuk melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak mulia. Selain itu,
penghayatan dan amalan nilai murni bertujuan untuk membentuk generasi muda
yang berhemah tinggi dan berperibadi mulia. KBSR akan memastikan taraf
pendidikan yang diberikan kepada pelajar adalah yang terbaik, berkualiti memuaskan
dan menepati ciri-ciri yang diinginkan. Pendidikan awal sememangnya penting,
kerana ia dapat membentuk asas sahsiah yang akan terus berkembang hingga ke
akhir hayat.
KSSR : KSSR digubal berasaskan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.
Standard Kandungan ialah pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut
ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek
pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran ialah satu penetapan
kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi
setiap standard kandungan. Contohnya Mata Pelajaran Bahasa Melayu tahun 2
menekankan Kemahiran mendengar, kemahiran bertutur dan kemahiran membaca
dimana murid-murid boleh menggunakkan kemahiran asas tersebut untuk
memperolehi ilmu baru. KSSR digubal berdasarkan standard adalah mengambil kira
beberapa faktor seperti;
a) Memastikan semua murid melepasi standard yang ditetapkan.
b) Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas.
c) Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning)
d) Mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran.
e) Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah
(3 markah)

b.

Kesinambungan/kontinuiti

KLSR: Silibus yang statik dan perlu diselesaikan untuk peperiksaan. Di awal
pengenalan KLSR, kerajaan Malaysia ketika itu amat menitik beratkan akademik
dalam membasmi buta huruf bagi melahirkan rakyat yang mampu bersama-sama
membangunkan negara berdasarkan acuan sendiri. Melalui KLSR juga, pihak
kerajaan komited untuk memastikan perpaduan di antara kaum dapat dipupuk dan
disemai melalui penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Rasa kecintaan ke
atas bumi Malaysia disemai di dalam diri anak-anak yang lahir di Malaysia dari
peringkat awal persekolahan hingga ke akhir hayat. Contohnya kandungan Bahasa
Melayu tahun dua bercorak pendidikan umum yang menitikberatkan hafalan seperti
sahaja seperti struktur ayat, tatabahasa dan sebagainya.
KBSR : KBSR mengabung jalin kemahiran serta penyerapan isi daripada mata
pelajaran lain. Pengajaran dalam bentuk kumpulan dan individu digunakan.
Pengajaran dengan penglibatan murid secara aktif (berpusatkan murid) juga amat
digalakkan di peringkat sekolah. Program pemulihan kepada murid yang lemah dan
pengayaan kepada yang cerdas berasaskan keputusan ujian diagnosis. Penilaian
formatif juga digunakan bagi menilai perkembangan dan kemajuan murid. Program
Bahasa Malaysia, murid seharusnya boleh menulis karangan dan surat kiriman yang
tepat dengan maksud dan tajuknya serta memahami dan boleh mengisi borangborang yang sesuai untuk keperluan seharian. Mereka yang lemah akan diberikan
pemulihan ataupun mengulangi pengajiannya. Contohnya Peperiksaan SPM
diwajibkan lulus Bahasa Melayu bagi mendapat sijil serta kemasukkan uiversiti dan
alam pekerjaan.

KSSR: KSSR mengekalkan konsep kesepaduan seperti yang terdapat dalam


Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. KSSR menyepadukan beberapa disiplin ilmu
untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan,
bermakna dan berkesan. Melalui era KSSR bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu
tahun 2, murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta menangani
perubahan supaya mereka mendapat manfaat yang maksimum hingga akhir tahun 6.
Cara pengajaran guru akan diubahsuai berasaskan hasil penilaian tersebut supaya
pembelajaran murid berkesinambungan dari tahun 1 hinga tahun 6. Pembelajaran
Bahasa Melayu dalam KSSR adalah bersifat interaktif, berkesan dan menarik ke arah
pembelajaran berterusan. KSSR juga menyarankan agar hands-on-learning berlaku
untuk menjadikan learning is fun. Belajar sambil bermain, melakukan inkuiri
penemuan, pembelajaran koperatif, pembelajaran luar bilik darjah, pembelajaran
berasaskan projek dan penyelesaian masalah boleh dilakukan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran KSSR.
(3 markah)

3. Pandangan/ulasan dan cadangan berkaitan disiplin/mata pelajaran yang dipilih.


a. Pandangan/Ulasan : Menurut pandangan saya, perubahan kurikulum sekolah rendah
daripada KLSR kepada KBSR dan seterusnya KSSR. Perubahan berlaku atas rasionalrasional atau alasan yang kukuh seperti yang dijelaskan terutamanya berkait dengan
kehendak perubahan waktu dan keselarasan dengan cabaran semasa. KLSR, KBSR
dan KSSR mempunyai ciri kekuatan masing-masing yang boleh dianalisis dan
dibanding bezakan antara satu dengan yang lain, namun apabila zaman dan cabaran
berubah kurikulum yang terdahulu seperti KLSR dan KBSR menjadi kurang relevan
lagi. Justeru KSSR telah diperkenalkan mulai 2011 dengan misi untuk membangunkan
modal insan dan pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat;
dan melahirkan insan berjaya. Kurikulum bersepadu adalah kurikulum yang
mengintegrasikan elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam isi pelajaran supaya
terdapat kesepaduan dan keharmonian antara unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani
dalam proses pembelajaran. Kurikulum standard - kurikulum yang berasaskan kepada
standard seperti standard kandungan, standard pembelajaran dan sebagainya.
(2 markah)
4.

b. Cadangan : Tajuk tugasan ini amat sesuai sebagai rujukan kepada semua guru
kerana melalui tajuk guru, ibu bapa dan murid akan memahami tujuan sebenar
berlakunya perbandingan disiplin/mata pelajaran mengikut era KLSR, KBSR dan
KSSR. Pendidikan formal sekolah rendah bermula dengan pelaksanaan Kurikulum
Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang diperkenalkan semenjak negara kita mencapai
kemerdekaan. Dengan itu, sistem pendidikan yang berkonsepkan pecah dan perintah
yang diamalkan oleh penjajah Inggeris dalam sistem pendidikan negara kita turut
berakhir. Perubahan arus globalisasi juga telah menyebabkan beberapa pindaan dan
perubahan terhadap Akta Pelajaran dan juga kurikulum pendidikan negara. Misalnya,
KLSR telah ditukarkan kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun
1982 dan kemudiannya implikasi keperluan kesepaduan dalam kontan mata pelajaran,
sekali lagi beberapa pindaan dalam Akta Pendidikan dibuat menyebabkan KBSR
diubah kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah rendah (KBSR). Satu kurikulum baru
telah diperkenalkan iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun
2011. Kurikulum ini adalah selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa
yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti yang sejajar dengan zaman yang
serba maju dan canggih. Perubahan seperti ini amat membantu untuk melahirkan
generasi yang serba boleh, berpengetahuan tinggi serta menjadi sebagai modal insan
kepada generasi masa depan. Perbandingan displin mengikut era KLSR, KBSR Dan
KSSR adalah menepati keadaan masa kini yang semakin mencabar dan melahirkan
anak bangsa yang berjaya. Senario sekarang ialah perubahan yang tidak terancang kian
cepat dan pantas serta dunia tanpa sempadan, institusi sekolah tidak dapat dielakkan
kerana ianya berfungsi dalam dunia yang sentiasa berubah, memerlukan sekolah turut
berubah untuk mengadaptasikan dengan persekitaran global. Oleh yang demikian,
untuk mengekalkan keberkesanan dan prestasi yang lebih optimum, sekolah perlu
berubah kerana struktur kurikulum sedia ada agak kurang relevan dan efisien, untuk
menghasilkan insan cemerlang yang berpengetahuan luas tetapi mengikut acuan
Negara kita Malaysia.
(3 markah)

Anda mungkin juga menyukai