Anda di halaman 1dari 26

PEMBENTUKAN DAN

PELAKSANAAN KURIKULUM
KBSR

PEMBENTUKAN KURIKULUM BERSEPADU


SEKOLAH RENDAH(KBSR)
1982 KBSR dilaksanakan secara percubaan di
305 buah sekolah seluruh Malaysia.
Tahun berikut pelaksanaan penuh dikuatkuasa
di semua sekolah rendah.
Jawatankuasa kabinet telah memberi perhatian
yang serius kepada pembangunan kemanusiaan.
Tindakan untuk menterjemahkan perkara
tersebut telah menjelma dalam Kurikulum Baru
Sekolah Rendah seperti yang ternyata dalam
huraian matlamat pendidikan sekolah rendah di
bawah:

matlamat pendidikan rendah adalah untuk memastikan


perkembangan murid secara menyeluruh. Perkembangan ini
meliputi aspek-aspek intelek, rohani,
jasmani,emosi,bakat,akhlak,nilai-nilai estetika sosial
(Kurikulum Baru Sekolah Rendah,1991;5)

Selaras dengan matlamat tersebut, maka objektifobjektif pendidikan di peringkat rendah juga
merangkumi aspek-aspek seperti yang dinyatakan.
Supaya murid-murid dapat:
Menguasai bahasa Melayu selaras dengan
kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan
bahasa rasmi negara kita;
Menguasai kemahiran asas berbahasa, iaitu
bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa
pengantarsekolah berkenaan;

Menguasai kemahiran asas mengira dan


menggunakannya dalam kehidupan harian;
Menguasai kemahiran berfikir dan kemahiran
belajar;
Menguasai kemahiran saintifik dan teknikal;
Bertutur, membaca, menulis dan memahami Bahasa
Inggeris sesuai dengan kedudukannya sebagai
bahasa kedua;
Menimba ilmu pengetahuan dan berikhtiar untuk
meluaskannya;
Menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan
memahami pengertian ayat-ayat dalam al-Quran
bagi murid-murid Islam;
Mengukuhkan asas keimanan, mengerjakan amal
ibadat dan mengamalkan akhlak mulia;

Mengamalkan sikap dan perlakuan yang


berpandukan nilai murni serta menjadinkannya
asas bagi amalan hidup;
Menjaga kesihatan dan kecergasan diri;
Membentuk daya kepimpinan dan keyakinan diri;
Memahami dan peka terhadap manusia dan
persekitaran;
Mengembangkan bakat dan kretiviti;
Memupuk semangat patrotisme;
Menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal,
kesenian dan rekreasi dalam lingkungan
kebudayaan nasional.

PERUBAHAN DALAM KBSR


1988 KBSR telah disemak semula bagi
mengenalpasti kelemahan dan kekuatannya.
KBSR yang dikenali pada asasnya sebagai
Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah ditukar
menjadi
Kurikulum Bersepadu sekolah Rendah.

PERUBAHAN DALAM KBSR


KURIKULUM

Kemahiran
Hidup

Kajian
Tempatan

Sains

BUDAYA SEKOLAH

Penggunaan
sempoa

Pembaharuan
kepada
Bahasa,
Pend.Islam,
Pend.Moral,
Pend.Jasmani

Suasana
sekolah

Unsur
kesepaduan

Unsur
patriotisme
Penggunaan Bahasa
Inggeris bagi Matematik,
Sains dan semua mata
Pelajaran teknikal bagi
Tahun 1(mulai 2003)

Secara ringkas, boleh dikatakan bahawa


perubahan-perubahan dalam KBSR boleh dilihat
dari dua persperktif seperti yang berikut:
Secara am
Penerapan nilai dalam proses pengajaran dan
pembelajaran;
Penguasaan dan penggunaan kemahiran asas
dalam aktiviti harian;
Penyusunan semula kemahiran belajar(daripada
yang paling asas kepada yang paling
kompleks)mengikut tajuk;
penyemakan semula sukatan pelajaran bagi
setiap mata pelajaran.

Secara khusus
Pengintegrasian unsur penyelesaian masalah dan
arithmatic perniagaan dalam topik, Wang,Ukuran
Panjang dan Berat;
Pembahagian mata pelajaran Alam dan Manusia
kepada dua mata pelajaran baru, iaitu Sains dan
Kajian Tempatan;
Penggunaan Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran
Matematik, Sains dan semua mata pelajaran
teknikal bagi tahun 1 sekolah rendah mulai
Januari 2003.

PROSES PELAKSANAAN KBSR

Fokus kepada prinsip, struktur, bidang


pelajaran, penekanan, strategi pengajaran
dan pembelajaran, dan penilaian.

Prinsip KBSR
Pembentukan dan pengubalan KBSR adalah
berlandaskan prinsip-prinsip yang sejajar dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Perkembangan individu
Secara menyeluruh

Pendekatan bersepadu
PRINSIP-PRINSIP
KBSR
Pendidikan yang sama
Untuk semua murid

Pendidikan seumur hidup

Prinsip 1: Pendekatan Bersepadu


Ia merupakan satu pendekatan di mana unsurunsur pengetahuan, kemahiran dan nilai
digabungkan secara wujud kesepaduan dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek.Ia berlaku
melalui 4 cara, iaitu:
Penggabungjalinan
kemahiran
Dalam satu
m/pel
Antara m/pel

penyerapan
Pelbagai
bidang
Ilmu dalam
m/pel &
merentasi
pelajaran
Nilai dalam
m/pel

Unsur merentasi
kurikulum
Kesepaduan antara
dua unsur
Kurikulum
dan korikulum
Pengetahuan
dan amalan

Bahasa
Alam sekitar

Prinsip 2: perkembangan individu secara


menyuluruh
Prinsip ini dilaksanakan melalui semua mata
pelajaran yang memainkan peranan penting bagi
memenuhi keperluan PRINSIP
jasmani,
2: emosi, rohani dan
intelek murid.
PERKEMBANGAN INDIVIDU SECARA
MENYELURUH

Semua mata pelajaran


Keperluan murid

jasmani
emosi

rohani

intelek

PERKEMBANGAN POTENSI INDIVIDU

Menurut ahli psikologi, potensi individu tidak boleh


dikembangkan secara berasingan.
Ini bermakna, setiap potensi memang mempunyai
hubungkait dengan potensi yang lain.
Contoh: seorang murid yang berpotensi menjadi
pemain bole sepak yang handal bukan sahaja
perlu mengembangkan ilmu (cth:cara-cara
bermain yang berkesan) dan kemahira (cth:cekap
dan tangkas) mengenai permainan tersebut,
malahan murid ini juga perlu memupuk sifat
kerjasama, mematuhi peraturan, berdisiplin,
berbakti untuk sekolah dan negara, dan
sebagainya.

Prinsip 3: pendidikan seumur hidup

PRINSIP 3:
PENDIDIKAN SEUMUR HIDUP

Peranan Sekolah
(Institusi formal)
GURU
Menyampaikan
Ilmu & kemahiran

Memupuk budaya
mereka

Secara am, sekolah mempunyai dua peranan:


a) Sekolah merupakan institusi formal pertama di
mana murid-murid memperoleh ilmu dan
kemahiran asas. Sehubungan itu, maka KBSR
membina asas bagi setiap murid dari segi
pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk
membolehkan mereka menghadapi situasi dalam
kehidupan seharian.apabila tamat persekolahan
nanti, proses pendidikan tidak berhenti begitu
sahaja. Di sebaliknya, setiap individu digalakkan
untuk meneruskan proses pembelajaran masingmasing.
b) Sekolah juga boleh memupuk minat setiap murid
untuk terus mencari ilmu dan selanjutnya memberi
sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada.

Prinsip 4: pendidikan yang sama untuk semua


murid
Semua murid pada tahap persekolahan yang
sama mengikuti kurikulum yang sama tanpa
mengambilkira jenis aliran persekolahan; yang
berbeza adalah bahasa pengantar sahaja.
PRINSIP 4 :
PENDIDIKAN YANG SAMA
UNTUK SEMUA MURID

Tahap persekolahan yang sama

Kurikulum sama

Struktur KBSR
Bidang
Komunikasi

komponen

Tahap 1
Kemahiran asas Bahasa Malaysia
Bahasa Inggeris
Bahasa Cina
Bahasa Tamil

Manusia dan Alam Kerohanian


Nilai dan sikap
Keliling

Perkembangan
Diri Individu

Mata Pelajaran

Kemahiran hidup
Kesenian dan
Kesihatan
Kokurikulum

Pendidikan Islam
Pendidikan Moral
Pendidikan Muzik
Pendidikan Seni
Pendidikan Jasmani
Dan Kesihatan

Tahap 2
Bahasa Malaysia
Bahasa Inggeris
Bahasa Cina
Bahasa Tamil
Pendidikan Islam
Pendidikan Moral
Sains
Kajian Tempatan
Kemahiran Hidup
Kemahiran hidup
Pendidikan muzik
Pendidikan seni
Pendidikan jasmani
dan kesihatan

Bidang pelajaran
BIDANG KOMUNIKASI
Memberi tumpuan kepada tiga kemahiran asas iaitu 3M ( membaca, menulis
dan mengira)
Antara mata pelajaran dalam bidang ini ialah : Bahasa Malaysia, Bahasa
Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil Dan Matematik.
Bahasa Melayu
Berfungsi sebagai bahasa ilmu pengetahuan dan alat komunikasi perpaduan
rakyat.
Ia bertujuan melahirkan murid yang berkebolehan berbahasa dan menghargai
serta menghayati bahasa tersebut sebagai bahasa rasmi negara, bahasa
perpaduan, dan bahasa ilmu selaras dengan semangat rukunnegara dan hasrat
falsafah pendidikan kebangsaan.
Bahasa inggeris
Diajar sebagai bahasa kedua
Bertujuan untuk melengkapkan murid denagn ilmu dan kemahiran asas dalam
bahasa tersebut agar mereka berupaya berkomunikasi secara lisan atau bertulis di
dalam atau di luar bilik darjah

Bahasa cina
Berfungsi sebagai bahasa komunikasi bagi masa-masa tertentu.
Bertujuan memberi murid-murid peluang untuk menguasai
kemahiran asas berbahasa dalam bahasa cina sama ada secara
lisan atau bertulis.
Bahasa tamil
Berfungsi sebagai bahasa komunikasi.
Bertujuan untuk menghasilkan murid yang berupaya
berkomunikasi dalama bahasa tamil sama ada secara lisan atau
bertulis.
Matematik
Mengandungi 3 komponen pembelajaran iaitu konsep, bahasa dan
kemahiran prosedur yang merentasi 3 bidang kemahiran iaitu
nombor dan operasi, ukuran dan sukatan serta masalah bercerita.
Bertujuan untuk membentuk dan meningkatakan kebolehan murid
dari segi konsep nombor dan kemahiran mengira.
Kebolehan tersebut dapat membantu murid dalam penyelesaian
masalah harian secara berkesan dan berdisiplin.

BIDANG MANUSIA DAN ALAM KELILING


Komponen kerohanian, dan nilai dan sikap.
Mata pelajaran dalam bidang ini ialah : pendidikan islam,
pendidikan moral, sains dan kajian tempatan.

Pendidikan islam

Mengandungi 3 bahagian iaitu :


1)
Asuhan tilawah al quran berfokus kepada aspek mengenal,
menyebut, membaca, menulis huruf dan perkataan. Juga
menitik beratkan aspek membaca dan menghafaz serta
mengetahui pengertian ayat-ayat tertentu dalam al-quran.
2)
Asas ulum syariah merangkumi 3 aspek :
-akidah : menegaskan aspek keimanan dan keislaman melalui
rukun iman dan rukun islam.
-ibadat : menekankan aspek ibadat dan amalan secara
berterusan.
-sirah rasulullah S.A.W.- menekankan sirah dan contoh yang
dijadikan iktibar dan contoh dalam kehidupan seharian.
3)
Asas akhlak islamiah berfokuskan kepada pembentukkan
peribadi murid agar berupaya menghayati akhlak dan tingkah
laku muslim dan mukmin.

Bertujuan untuk membentuk dan meningkatakan bakat dan


potensi murid agar menjadi individu yang berilmu, beriman,
beramal soleh, berakhlak mulia dan bertanggungjawab.

Pendidikan moral
Mengandungi 16 nilai yang berasaskan agama, tradisi dan adat
resam pelbagai kaum etnik di negara ini selaras dengan nilai
murni sawarjagat dan prinsip-prinsip rukun negara.
Isi kandungan dan penekanan berbeza sejajar dengan tahap
perkembangan dan kematangan murid.
Bertujuan untuk membentuk individu yang berbudi pekerti
mulia dan bertanggungjawab melalui pemupukan. Penghayatan
dan amalan nilai murni.
Sains
Terdiri daripada dua perspektif iaitu :
- Bidang Keilmuan : membekalakan rangka konsep agar murid
dapat memahami alam sekeliling, berupaya menggabungkan
fakta dan konsep dalam kehidupan seharian dan mencari
perkaitan antara ilmu baru dengan yang sedia ada.
- Kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah : mengembangkan
kemahiran menyiasat alam sekeliling, menggalakkan sifat ingin
ingin tahu, kreativiti, berfikiran terbuka, ketahanan diri (fizikal
dan mental)
Bertujuan untuk melahirkan individu yang berilmu,
berkemahiran dan berakhlak mulia ke arah pembentukan
masyarakat berbudaya sains dan teknologi, dinamik dan
progresif

Kajian tempatan
Tunggak utama bagi menyemai semangat
patriotisme dalam kalangan murid
Dapat memupuk kemahiran sosial,
kemahiran belajar dan kemahiran berfikir
dalam kalangan murid.
Bertujuan untuk melahirkan murid yang
taat setia kepada negara, cintakan tanah
air, bangga menjadi rakyat dan sanggup
berkorban demi mempertahankan bangsa
dan negara.

BIDANG PERKEMBANGAN DIRI INDIVIDU


Komponen kemahiran hidup, kesenian dan kesihatan.
Bertujuan untuk meningkatkan lagi kemahiran hidup dan
penghayataan kesenian dan kesihatan.
Meliputi mata pelajaran : kemahiran hidup, pendidikan muzik,
pendidikan jasmani dan kesihatan.
Kemahiran hidup
Berfokuskan kepada pembelajaran eksperimental, iaitu muridmurid belajar cara menggunakan alatan, perkakas dan mesin
tertentu semasa mengikuti latiahan amali yang dikendalikan.
Bertujuan untuk memberi murid peluang memperoleh ilmu
berasaskan teknologi, kemahiran praktis asas, keusahawanan, dan
pengurusan diri termasuk keselamatan diri, pengurusan wang,
masa dan kerja dengan berkesan.
Dalam maat pelajaran ini dititikberatkan tajuk utama iaitu :
-merekacipta
-Mengurus diri dan kerja
-Mengusahaniaga barang
-Menyenggara dan membaiki kerosakkan kecil

IMPLIKASI KBSR TERHADAP SISTEM


PENDIDIKAN NEGARA
Pelaksanaan KBSR yang sempurna sememangnya
dapat memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan ke arah penghasilan individu yang
berkembang secara menyeluruh dan seimbang
dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Proses pelaksanaan yang bermula dari Tahun 1
(Tahap 1) sehingga Tahun 6(Tahap 2) amat
komprehensif dan mengambilkira segala aspek
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam dan
di luar bilik darjah termasuk penyampaian ilmu
dan kemahiran serta pemupukan nilai merentasi
kurikulum.

Sekiranya semua pihak yang terlibat termasuk


para pendidik, murid-murid dan ibu bapa
berganding bahu dan komited dalam usaha
pelaksanaan KBSR, sudah pasti matlamat FPK
akan tercapai dan sistem pendidikan negara kita
akan setanding dengan sistem pendidikan
negara-negara membangun yang lain di dunia ini.

Anda mungkin juga menyukai