Anda di halaman 1dari 18

TUGASAN 2 (INDIVIDU)

Secara individu jawab lima soalan.

SOALAN A
Seorang ibu berpendapat anak-anaknya terlalu banyak menonton sehingga beliau meletakkan tabung syiling di atas televisyen dan sesiapa yang ingin menonton mesti membayar mengikut jam. Apakah PMI ke atas idea ini?

PMI

P - PLUS (kebaikan)

M - MINUS (keburukan)

I - INTERESTING (menarik)

PMI dibahagikan kepada 3 jenis iaitu PLUS (kebaikan), MINUS (buruk), INTERESTING (Menarikh). PMI merupakan alat berfikir yang sangat penting dalam sesebuah perbincangan. Ia membantu dalam memilih tindakan yang patut diambil dari segi kebaikan, kelebihan dan sesuatu yang menarik. Ia juga boleh membantu menyelesaikan masalah secara kreatif. Berpandukan pada alat PMI, kita boleh mudah dengan mengambil kira ketiga-tiga faktor berikut:

PLUS(KEBAIKAN)
Jika ibu berbuat demikian anak-anak akan merasakan ianya perkara yang

melecehkan sehinggakan mereka kurang menonton televisyen. Impaknya, mereka tidak lalai menonton televisyen dan juga tidak lupa akan pelajaran mereka. Selain itu, mereka juga mampu berfikir masa yang terluang tidak boleh disia-siakan

dengan perkara yang tidak bermanfaat. Kini, kita juga dapat lihat pelbagai unsur penipuan dan gejala tidak sihat yang dipamerkan di dalam televisyen. Jadi langkah ini memberi ruang kepada anak-anak untuk terpengaruh dengan perkara negatif di dalam televisyen termasuk iklan-iklan yang tidak bermanfaat dan seterusnya tidak terikut-ikut dengan sikap negatif dalam sesuatu rancangan.

Selain itu, dapat mengawal wang anak-anak dari dibazirkan ke tempat lain. Tindakan ini akan menyebabkan anak memupuk sifat tabung menabung dalam diri mereka. Anak-anak mula menabung dan menyimpan untuk masa depan mereka. Masa depan mereka akan terjamin jika mereka mula menabung dari kecil. Sifat menabung juga akan membantu mereka apabila mereka memerlukan wang. Ibu bapa juga tidak perlu memberikan belanja kerana mereka sudah mempunyai simpanan sendiri.

Seterusnya ialah, ibu bapa dapat menjimatkan perbelanjaan bulanan dari segi bil elektrik.Ini akan memudahkan pengeluaran perbelanjaan bulanan dan wang yang dijimatkan boleh digunakan untuk kegunaan penting yang lain. Anak-anak tidak akan menonton rancangan atau program televisyen yang tidak berfaedah dan tidak bermoral.Ini kerana pada masa ini sesetengah program televisyen menyediakan cerita yang mengandungi unsur -unsur yang keterlaluan, lucah, keganasan dan yang terlalu mengkhayalkan.Minda anak-anak akan rosak kerana dipengaruhi oleh unsur unsur tersebut dan juga akan memudaratkan pemikiran mereka yang masih mentah

MINUS(KEBURUKAN)

Dari sudut negatif pula, minda anak-anak tidak berkembang kerana tidak didedahkan dengan informasi atau maklumat terkini sama ada di dalam atau di luar negara yang berguna untuk pengetahuan mereka. Anak-anak akan mula memberontak dan melawan cakap ibu bapa. Kalau diteliti, sebenarnya tidak semua rancangan televisyen membawa kepada unsur negatif, ada juga yang memberi manfaat kepada mereka seperti membantu mereka dalam pelajaran. Kalau dibiarkan hal ini berterusan, anak-anak tidak dapat mengikuti arus kemodenan dalam dunia yang serba canggih pada hari ini.

Anak-anak juga akan dididik dengan sifat tercela seperti mencuri duit syiling semata-mata untuk mencapai tujuan mereka menonton televisyen jika cara ini

dilaksanakan. Ada juga kemungkinan anak-anak yang sanggup berlapar ketika di sekolah semata-mata untuk menyimpan wang saku bagi mencapai hasrat mereka menonton televisyen ketika di rumah. Perkara ini juga, boleh mendorong anak-anak untuk meluangkan masa mereka di luar. Apabila mereka berasa bosan mereka akan melakukan aktiviti tidak berfaedah seperti bergaul dengan budak-budak nakal, bermain permainan video dan mereka juga akan cuba menghisap rokok dan menagih dadah.

Interesting (menarikh)

Selain itu mereka juga akan lebih banyak berada di luar rumah berbanding di dalam rumah. Ibu bapa pula akan menjadi sukar untuk memantau atau mengetahui keadaan mereka dengan lebih dekat lagi. Anak-anak ini akan merasa bebas dan melakukan apa yang mereka suka kehendaki sesuka hati sahaja. Ini akan menyebabkan keruntuhan moral di kalangan kanak-kanak dengan lebih teruk lagi. Apa yang menari di sini atau interesting ialah anak-anak akan mula berminat untuk menabung dan budaya ini amat digalakkan di kalangan masyarakat Malaysia dan dunia. Menabung merupakan salah satu sikap yang baik dan memberikan satu kesan yang positif di kalangan kanak-kanak. Selain itu tindakan ibu tersebut merupakan satu idea baru yang baik dan bijak kerana apabila anak-anak ingin menonton televisyen mereka akan mula menabung dan mereka akan kurang untuk menonton program atau rancangan televisyen yang tidak berfaedah .Ibu bapa juga dapat memberi perhatian kepada mereka dengan lebih baik lagi ini kerana anak-anak akan lebih banyak menghabiskan masa bersama keluarga berbanding menonton televisyen. Dengan itu hubungan sila atur keluarga dapat dieratkan lagi. Yang terakhir ialah ini merupakan satu kaedah untuk menjimatkan perbelanjaan bulanan keluarga kerana bil-bil dapat dijimatkan dengan lebih banyak dan wang yang dijimatkan dapat digunakan untuk perbelanjaan anakanak sekolah dan untuk kegunaan penting

SOALAN B
b). Aplikasikan CAF ke atas cadangan berkongsi kereta ke tempat kerja

CFA

Consider All Factors Mengambil kira Semua Faktor

CAF merangkumi semua faktor apabila kita terpaksa memilih atau membuat sesuatu, selalunya terdapat banyak faktor yang harus diambil kira. Apabila meneliti pemikiran orang lain kita boleh melihat faktor-faktor yang telah tertinggal. Dalam mengaplikasikan konsep CAF terhadap cadangan berkongsi kereta ke tempat kerja, sememangnya banyak faktor yang harus dipandang dari segenap sudut, Dalam hal ini, kita boleh melihat kelebihan atau kekurangan cadangan ini dengan cara membahagikannya dalam beberapa keadaan iaitu berdasarkan faktor-faktor yang perlu diambil kira.

Faktor sosial

Dari segi faktor sosial kita dapat merapatkan lagi hubungan silatur rahim antara satu sama lain melalui perkongsian kereta. Selain itu ,jika mudah semangat persaudaraan atau kependudukan tanpa mengira kaum dan agama dapat

ditingkatkan kerana masing-masing berusaha untuk ke tempat kerja bersama-sama. Hal ini sebenarnya memberi impak positif kepada kita sebagai penduduk di negara ini yang mana hidup berbilang bangsa dalam meningkatkan perpaduan dan kerjasama antara satu sama lain.

Namun jika dilihat dari sudut yang lain, sebenarnya perkongsian kereta juga sebenarnya menggambarkan perwatakan setiap orang yang mana memberi ruang kepada kita untuk mengenali mereka dengan lebih dekat. Melalui itu juga kita dapat melihat sifat negatif mereka seperti hipokrit dalam berkongsi kenderaan sama ada ikhlas atau tidak yang mana dapat digambarkan melalui gambaran pada wajah mereka. Seterusnya, perasaan curiga juga mungkin sekali berlaku antara satu sama lain ketika berkongsi kereta kerana masing-masing akan menuding jari kepada yang lain ketika musibah atau kesulitan menimpa mereka.

Sebenarnya yang jelas dapat dilihat

melalui cadangan ini ialah masing-

masing tidak mempunyai kebebasan atau privasi ketika berkenderaan kerana terpaksa saling bersetuju dalam memilih atau melakukan apa-apa tindakan.

Faktor alam sekitar

Dari segi alam sekitar pula, sememangnya cadangan yang diberikan ini mampu untuk mengurangkan kadar pencemaran negara terutama sekali

pencemaran bunyi dan udara bawaan kenderaan seperti lori, kereta dan motosikal. Kekurangan kenderaan kesan daripada perkongsian kereta sebenarnya

mengurangkan lagi masalah pencemaran ini ke tahap minima.

Selain itu, secara tidak langsung ianya dapat menangani masalah kesesakan jalan raya yang melampau terutama sekali waktu puncak. Kekurangan kenderaan yang bergerak di atas jalan raya membolehkan setiap orang dapat melakukan aktiviti rutin harian mereka dengan lancar dan cepat tanpa kekangan masa yang amat terhad dek kesesakan lalu-lintas.

Tambahan pula kadar kemalangan jalan raya di negara ini dapat dikurangkan dan kebarangkalian berlaku kemalangan akan berkurangan. Melalui kaedah ini sebenarnya dapat membantu negara mengurangkan statistik kematian penduduk. Kesannya, rakyat dapat merasai keselesaan ketika memandu di jalan raya.

Faktor kewangan/keselesaan

Faktor kewangan

membantu setiap pengguna berjimat duit dalam

penggunaan petrol. Selain itu, kos bagi penggunaan petrol menjadi rendah kerana masing-masing berkongsi bayaran dalam penggunaan petrol. Sememangnya langkah ini dapat membantu setiap orang berjimat dalam urusan kewangan mereka tanpa mengeluarkan peruntukan yang banyak semata-mata untuk bahan api ini.

Namun ,jika dilihat dari sudut yang lain sebenarnya memungkinkan penggunaan kenderaan awam dalam kalangan penduduk semakin berkurang dan tidak mendapat sambutan kerana masing-masing berkongsi kereta ke destinasi yang sama yang mana jika dibandingkan lebih baik daripada menggunakan pengangkutan awam. Dari segi keselesaan sememangnya amat mengganggu kerana pertambahan penumpang memadatkan lagi ruang yang ada dan membawa ketidakselesaan

kepada setiap daripada mereka kerana terpaksa berhimpit ketika di dalam kereta untuk ke tempat kerja.

Kesimpulannya, setelah dikaji, diteliti ,difahami dan diambil kira kesemua faktor yang ada, kita boleh membuat perbandingan yang manakah sebenarnya membawa kepada lebih keuntungan dan kesan yang positif berbanding negatif. Kita juga boleh membuat pertimbangan yang sewajarnya dalam menentukan pilihan terbaik .Setelah dilihat, sememangnya cadangan berkongsi kereta ke tempat kerja adalah satu pilihan yang tepat kerana membawa kepada banyak kebaikan kepada semua.

SOALAN C
c). Pada sesetengah negara, penggunaa jalan raya membayar tol. Apakah cara-cara lain untuk mengutip bayaran tol daripada pengguna jalan raya. Buat APC

APC
Alternatives, possibilities & choices - Alternatif, kemungkinan dan pilihan

APC, digunakan apabila membuat sebarang keputusan atau apabila cuba menyelesaikan sebarang masalah. Ia membantu memperluaskan serta menyelesaikan sesuatu masalah dengan kreatif. Kesimpulannya APC ialah

alternatif-alternatif yang kita ada serta kemungkinan-kemungkinan yang boleh dipilih sebelum membuat sebarang keputusan. Cara-cara lain untuk mengutip bayaran daripada pengguna jalan raya untuk membayar tol, yang pertama ialah pihak kerajaan atau pihak PLUS boleh menyediakan pakej pembayaran tol secara tahunan dengan berjumlah RM 300 hingga RM 600 setahun atau pun secara bulanan RM 30 hingga RM 50 sebulan.Ini akan memudahkan pengguna jalan raya membayar tol dengan cepat dan sistematik. Pada kadar bayaran ini pengguna jalan raya mampu untuk membayar dan ini tidak membebankan pengguna jalan raya berbanding pembayaran tol atau harga tol yang semakin meningkat pada masa kini .Kaedah ini dapat menjimatkan masa dan tenaga pengguna jalan raya. Kedua pihak kerajaan boleh juga menaikkan cukai pendapatan dan cukai pintu .Kadar cukai yang dikutip mestilah berlebihan sedikit sahaja iaitu pada kadar 20% daripada hasil cukai tersebut. Pada kadar tersebut pengguna mampu untuk membayarnya dan selepas itu pembayaran tol tidak perlu dilakukan. Yang ketiga pihak kerajaan boleh mengenakan pembayaran di tempat letak kenderaan disemua tempat letak kenderaan di kawasan bandar dan pekan. Kadar

pembayaran tempat letak kenderaan adalah diambil pada setiap jam dan dicaj dalam RM 2 atau RM 3 sejam. Pada setiap hari pembayaran akan dikutip dan akan disalurkan kepada pihak PLUS. Pihak PLUS tidak perlulah mengutip pembayaran tol. Kaedah yang keempat pula pihak kerajaan dan dengan kerjasama pihak berkuasa seperti JPJ atau polis mengutip cukai melalui saman yang dikenakan ke atas pesalah jalan raya. contoh saman yang dikenakan bertambah tinggi dan hasil yang lebihan digunakan untuk pembayaran tol. Cara yang terakhir ialah mengadakan kempen pembayaran cukai melalui kutipan tol di lebuhraya dengan pembayaran RM 10 pada setiap hari tidak kira kemana mana destinasi dalam Negara. Pengguna hanya perlu membayar RM 10 sahaja dan tidak kira masa menggunakan lebuhraya tersebut tetapi dalam masa sehari sahaja Tetapi semua cara diatas mendatangkan beberapa kemungkinan yang tidak diduga seperti cara yang memerlukan penaikkan cukai yang tinggi seperti cukai pintu, cukai pendapatan dan cukai jalan.Ini akan membebankan pengguna jalan raya. Pengguna jalan raya terpaksa mengumpul simpanan yang banyak untuk membayar cukai tersebut pada setiap tahun. Selain itu, kadar bayaran yang tinggi di kawasan tempat letak kereta membebankan pengguna jalan raya.

SOALAN E
e). Pada masa akan datang manusia mungkin bekerja tiga jam sehari sahaja disebabkan peningkatan dalam penggunaan robot. Buat satu C&S untuk jangka masa panjang mengenai isu ini.

C&S

(Consequence Sequal) - Kesan mengikut jangka masa

C&S ini digunakan apabila membuat sebarang keputusan atau apabila cuba menyelesaikan sebarang masalah. C&S digunakan untuk meramal masa hadapan. Terdapat beberapa kesan dari jangka masa tersebut antara yang pertama ialah kurang tenaga mahir kerana banyak robot yang digunakan dalam kegiatan perindustrian. Robot yang digunakan akan menjalankan kerja mengikut ketetapan yang ditetapkan melainkan manusia mempunyai daya pemikiran yang kreatif dan mahir dalam melakukan sesuatu perkara. Selain itu hasil kerja manusia yang mahir adalah lebih baik daripada hasil yang dibuat oleh robot. Keduanya pula ialah penggangguran dikalangan manusia akan meningkat kerana kilang sudah memerlukan tenaga buruh yang ramai atau tidak memerlukan langsung tenaga buruh kerana robot dapat bekerja 24 jam tanpa henti melainkan manusia. Manusia memerlukan waktu rehat berbanding robot yang hanya memerlukan tenaga elektrik atau tenaga lain untuk berfungsi sahaja. Selain itu robot

dapat mempercepatkan proses kerja dengan cepat berbanding manusia. Sebuah kilang pula hanya memerlukan beberapa orang sahaja untuk menggerakkan robot dan ini dapat menjimatkan kos tenaga buruh. Ketiga pula, robot akan mengeluarkan produk yang sama sahaja dan tidak akan berubah dan semuanya sama. Melainan manusia dapat mengeluarkan hasil kerja dengan berubah-ubah. Kesan di atas menyebabkan penganguran di sebuah Negara dan mendadak. Daripada kesan di atas ramai manusia terpaksa mencari kerja yang tidak memerlukan memerlukan robot untuk melakukanya. Jika sesebuah Negara mempunyai penduduk yang ramai tinggilah kadar pengangguran di negara itu. Selain itu , ini akan menyebabkan manusia kurang kemahiran dalam melakukan sesuatu kerja. Bakat-bakat yang ada dalam manusia pula tidak dapat dicungkil dan diasah kerana peningkatan penggunaan robot dalam industri .Robot juga tidak boleh menunjukkan perasan atau menilai sesuatu hasil kerja kerana robot tidak mempunyai perasaan. Tenaga kerja manusia amat diperlukan dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Kesimpulannya robot adalah tidak sesuai digunakan tetapi teknologi pada masa hadapan amat memerlukan robot kerana robot dapat membuat kerja dengan lebih cepat ,kemas ,sistematik dan teratur .Maka penggunaan robot ada kebaikan dan keburukan yang tidak dapat dielakkan.

SOALAN F
f) Jika ibu bapa boleh memilih sifat-sifat guru untuk anak-anak mereka ,apakah lima sifat yang penting yang perlu dipertimbangkan? Aplikasikan FIP untuk soalan ini.Beri huraian untuk jawapan anda.

FIP

(First Important Priorities)- Keutamaan mengikut kepentingan

FIP

First,Important,Priorities)

membawa

maksud

keutamaan

mengikut

kepentingan. Alat berfikir ini sebenarnya mengambil kira kesemua perkara penting sahaja dalam menentukan priority (keutamaan) serta mengelakkan perkara yang tidak patut atau kurang penting. Oleh itu, fokus harus diutamakan mengikut tahap kepentingan sesuatu perkara.

Seorang guru sememangnya memerlukan sifat-sifat yang mana sesuai dengan jiwa seorang pendidik. Sifat-sifat mulia seorang guru yang membawa kepada didikan dari segi sahsiah diri dan akhlak sememangnya amat sesuai untuk dipraktikkan dalam diri setiap insan. Dalam hal ini, pelbagai sifat guru yang boleh dipraktikkan oleh ibu bapa terhadap anak mereka dalam membentuk mereka menjadi anak yang taat dan berguna. Terdapat pelbagai sifat guru yang boleh dicontohi. Namun, jika dilihat pada kepentingannya, terdapat lima sifat yang harus diberi keutamaan.

Berdisiplin Satu lagi sifat yang harus dititikberatkan ialah berdisiplin. Berdisiplin dengan diri sendiri mahupun dengan orang lain semestinya mendidik diri kita menjadi lebih berketrampilan. Bagi seorang guru, disiplin diri amatlah penting untuk

menggambarkan jiwa seorang guru yang mana sentiasa patuh dengan masa dan keadaan. Seseorang guru itu merupakan role-model kepada setiap pelajar di sekolah, oleh itu disiplin diri amatlah penting bagi menonjolkan perwatakan yang baik dalam mendidik pelajar secara tidak langsung

Amanah Sudah menjadi amanah seseorang guru itu untuk menyampaikan ilmu kepada anak didiknya. Sifat ini sememangnya tidak boleh lari dari jiwa seorang guru kerana mereka semestinya sudah diamanahkan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu dan berpengetahuan. Sifat ini sebenarnya satu jaminan kepada seorang guru untuk melaksanakan sesuatu tugasan dengan penuh berdedikasi, tekun dan bersungguh-sungguh. Amanah ini juga sememangnya satu sifat yang mana melahirkan kepercayaan orang lain terhadap seseorang. Jika dilihat pada sudut yang lain, semua orang seharusnya menyemai sifat amanah ini dalam diri mereka kerana kepentingannya dalam mendidik diri menjadi manusia yang benar-benar komited dengan segala apa yang dikerjakan. Selain itu, untuk melahirkan jati diri dalam diri seseorang, besikap amanah adalah satu perkara yang harus diutamakan.

Penyayang Antara sifat lain yang perlu diutamakan ialah penyayang. Menjadi lumrah manusia untuk mempunyai nilai mulia ini. Mereka yang benar-benar penyayang adalah yang mengasihi semua orang tanpa mengaharapkan balasan. Dalam konteks seorang guru, mereka haruslah menyayangi dan mengganggap anak muridnya persis anak atau adik mereka sendiri untuk merapatkan lagi hubungan disamping

menterjemahkan rasa tanggungjawab dalam diri mereka. Seseorang harus bersifat penyayang untuk disayangi oleh orang lain.

Penyabar Bersikap penyabar amatlah penting dalam diri setiap insan untuk membentuk sahsiah terpuji dalam diri. Seorang guru disarankan untuk bersabar dengan kepelbagaian karenah anak didiknya ketika di sekolah manakala ibu bapa harus bersabar dengan tingkah laku anak-anak mereka ketika di rumah. Dalam hal ini,

sememangnya bersifat penyabar penting dan harus diutamakan untuk melatih diri menerima apa jua kesulitan atau keadaan dengan hati yang terbuka.

Bertanggungjawab

Setiap

pekerjaan

yang

dilaksanakan

seharusnya

dipenuhi

dengan

rasa

tanggungjawab yang tinggi dalam diri setiap insan. Seorang guru sememangnya dibebani dengan tanggungjawab yang berat untuk melahirkan pelajar yang celik ilmu pengetahuan. Setiap guru haruslah mempunyai sifat ini agar tiada keciciran pelajar dalam pelajaran ketika di sekolah. Sifat seperti ini sebenarnya mendorong seseorang itu lebih berusaha ke arah pembaikan dalam diri masing-masing.

Setelan membuat kajian ,penyelidikan ,dan meminta pandangan ibu bapa pihak lain, sememangnya pemilihan sifat-sifat tersebut harus diutamakan atas kepentingannya melebihi sifat yang lain. Selain itu, sifat ini dipilih atas dasar rasionalnya yang mana lebih diutamakan berbanding lain.

REFLEKSI

Saya VISHVENI A/P ELAGAMURAM meninjau berasaskan Ilmu bagi

KELAS DARI 2 PT telah

subjek Kemahiran Berfikir ini dapat saya

laksanakan dengan sempurna dan jayanya. Semestinya pelaksaan tugasan KKBI ini memberi saya serba sedikit manfaat yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian dan juga sedikit kesulitan yang mana secara tidak langsung mematangkan lagi daya pemikiran saya.

Manfaat yang telah saya perolehi melalui pelaksaan tugasan ini ialah dapat didedahkan dengan membantu saya ketujuh-tujuh alat-alat CORT yang mana dapat

mengaplikasikannya dalam kehidupan kelak Sememangnya

tugasan yang diberikan ini banyak membantu saya membuat pilihan dan berfikir dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan.

Selain itu, saya dapat didedahkan dengan prinsip-prinsip penyediaan peta minda berpandukan salah satu ahli. Ianya banyak membantu saya dalam

mempermudahkan kefahaman melalui ringkasan peta minda tersebut. Tambahan pula saya di ajar untuk berdisiplin, bertanggungjawab serta patuh dengan tempoh tugasan yang diberikan agar semua yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sempurnanya. Selain faedah ,saya juga berhadapan dengan sedikit kesulitan yang mana mencacatkan sedikit proses pelaksanaannya .Antaranya ,kekangan masa

yang dihadapi kerana terpaksa menghasilkan tugasan yang lain pada waktu yang sama. Namun begitu ianya tidak menghalang saya untuk menghasilkan tugasan ini dengan sempurna dan jayanya. Segala ujian yang terpaksa ditempuhi dalam usaha pelaksanaannya saya hadapi dengan tabah dan sabar.

Sekian , terima kasih.

TUGASAN KEMAHIRAN GENERIK (KEMAHIRAN BERFIKIR) 2012


Nama No ic Nama No.ic Nama No ic Kelas :vishveni a/p elagamuram :910515-08-6396 :malarvili a/p jaganathan :880813-02-5140 :jamuna a/p muniandy : :2pt : 01.10. 2012 : en.che yusoff che hasan

TARIKH HANTAR NAMA PENSYARAH

PENGENALAN N

:880813-02-5140

NAMA KELAS NO.MATRIX NO.KAD NAMA KELAS NO.MATRIX NO.KAD PENGENALAN : :JAMUNA A/P : 2 PT : PSM(SN)108 : 2 PT : PSM(SN)113

MALARVILI A/P JAGANATHAN

MUNIANDY

Anda mungkin juga menyukai