Anda di halaman 1dari 7

FAKTOR-FAKTOR YANG

MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN
FIZIKAL KANAK-KANAK BAGI SETIAP
PERINGKAT
Nama Ahli kumpulan
K.PEACHAKUMARI
R.VIMEELA DEVI
P.UMAMAGESWARY

PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK


Perkembangan fizikal kanak-kanak bermula sejak lahir hingga ke
peringkat umur enam tahun yang merupakan satu tahap yang amat
penting kerana tumbesaran pada peringkat ini akan mempengaruhi
perkembangan seseorang kanak-kanak pada masa akan datang.
Perkembangan fizikal ini dapat dilihat dari perubahan berat,
tinggi,perubahan saiz badan,kepala,rangka tulang dan gigi.
Makanan yang bernutrisi tinggi dan seimbang perlu diberikan kepada
kanak-kanak ini agar perkembangan fizikal mereka berlaku dengan
sihat seiring dengan peningkatan umur mereka.

Peringkat-peringkat Perkembangan
Kanak-kanak.
Peringkat perkembangan kanak-kanak adalah hasil daripada
pengaruh proses-proses biologi, kognitif dan sosio-emosi
(Santrock, 2008).
Peringkat bayi (0-2 tahun)
Pada peringkat ini kadar pertumbuhan bayi agak cepat. Sifatsifat asas manusia seperti bahasa, kebolehan fizikal, kebolehan
menjalin perhubungan emosi mula kelihatan.
Peringkat awal kanak-kanak (2-6 tahun)
Kanak-kanak dapat bermain menggunakan imaginasi,
perkembangan bahasa yang cepat, penggunaan otot-otot halus
dan kebolehan bersosial.

Peringkat kanak-kanak (7-12 tahun)


Kanak-kanak mula belajar tugas dan aktiviti yang
akan digunakan dalam alam dewasa. Mula menjalin
hubungan dengan rakan sebaya dan memahami
peraturan.
Peringkat awal remaja (12-15 tahun)
Sensetif terhadap paras rupa dan perubahan fizikal
yang dialami. Boleh berfikir secara abstrak, logikal
dan sistematik.
Peringkat remaja
Perhubungan yang rapat dengan rakan sebaya dan
keinginan berdikari.

Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Fizikal


Dalam keadaan normal, kanak-kanak menjalani proses perkembangan
fizikal yang berterusan, tetapi kadar perkembangan agak berbeza di
antara kanak-kanak. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi
kadar perkembangan kanak-kanak, iaitu:
a) Baka
Kanak-kanak mewarisi sifat fizikal dan struktur badan kedua-dua ibu
bapanya. Sifat-sifat fizikal yang diwarisi adalah seperti warna rambut,
kulit dan mata. Struktur badan pula ialah tinggi atau rendah, kecil atau
besar.
- Jenis Saiz Badan
Saiz badan boleh dibahagikan kepada tiga jenis. Setiap jenis
mengalami kadar perkembangan yang berbeza
(i) Ectomorph
Saiz tubuh kecil, kurus dan tinggi. Perkembangan fizikalnya agak
lambat dan kadar penambahan tinggi memakan masa yang lebih
panjang.
(ii) Mesomorph
Keadaan tubuh keras, berat dan berisi. Perkembangan fizikal

-Kesihatan dan Pemakanan


Kanak-kanak yang sihat dan mendapat makanan berzat lebih besar
daripada kanak-kanak yang selalu sakit. Mereka juga lebih tinggi dan
lebih cepat baligh.
- Jantina
Kanak-kanak perempuan lebih cepat membesar daripada kanakkanak lelaki hingga ke peringkat baligh.
- Keadaan Emosi
Gangguan emosi menghalang pengeluaran hormon pertumbuhan
dari kilang pituitari. Keadaan ini memberi kesan terhadap ketinggian
yang boleh dicapai kanak-kanak.
- Anak Kembar
Perkembangan fizikal anak kembar lebih lambat jika dibandingkan
dengan kanak-kanak yang dilahirkan normal (seorang).

H
I
S
A
K
A
M
I
R
E
T
N
A
I
SEK

Anda mungkin juga menyukai