Anda di halaman 1dari 51

AYAT MAJMUK

GABUNGAN & AYAT


MAJMUK
PANCANGAN
TATABAHASA
MAKSUD AYAT MAJMUK
AYAT MAJMUK IALAH AYAT YANG DIBINA DENGAN
MENCANTUMKAN DUA AYAT TUNGGAL ATAU LEBIH DAN
PENCANTUMAN AYAT-AYAT ITU DISUSUN MENGIKUT CARA
TERTENTU SEHINGGA MENJADIKANNYA AYAT BAHARU.
CONTOHNYA:

1. ALI SEDANG MEMBACA BUKU DAN FATIMAH SEDANG


MEMBUAT LATIHAN MATEMATIK.
• ALI SEDANG MEMBACA BUKU.
• FATIMAH SEDANG MEMBUAT LATIHAN MATEMATIK.
AYAT MAJMUK
GABUNGAN
Ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan
satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat
tersebut dengan kata hubung seperti dan, tetapi, atau, lalu,
serta, sambil dan sebagainya.

Formula AMG:

AYAT 1 + KATA HUBUNG + AYAT 2


CONTOH AYAT MAJMUK
GABUNGAN

Ayat 1: Encik Amirul berjalan sendirian di bandar.


Ayat 2: Encik Amirul menjinjing sebuah beg jinjit.
Kata hubung: sambil

Encik Amirul berjalan sendirian di bandar sambil menjinjing


sebuah beg jinjit.
CONTOH AYAT MAJMUK
GABUNGAN

Ayat 1: Nadzrah ke sekolah setiap hari dengan bas sekolah.


Ayat 2: Afifah ke sekolah setiap hari dengan bas sekolah.
Kata hubung: dan

Nadzrah dan Afifah ke sekolah setiap hari dengan bas sekolah.


CONTOH AYAT MAJMUK
GABUNGAN

Ayat 1: Emak hendak ke sekolah?


Ayat 2: Emak hendak ke pejabat?
Kata hubung: atau

Emak hendak ke sekolah atau hendak ke pejabat?


CONTOH AYAT MAJMUK
GABUNGAN

Ayat 1: Ahmad kurus.


Ayat 2: Adiknya gemuk
Kata hubung: tetapi

Ahmah kurus tetapi adiknya gemuk.


PERHATIAN!!!!

● Ayat-ayat yang digabungkan boleh berdiri sendiri kerana ayat-ayat itu ayat setara.
Ayat-ayat yang digabungkan boleh juga disambungkan tanpa kata hubung. Dalam
tulisan, ayat-ayat itu dipisahkan oleh tanda koma (,)
● Contohnya:
1. Abang rajin, adiknya malas.
2. Polis itu berdiri tegak, memerhatikan gerak-geri pemuda itu.
3. Ayah banyak pengalaman, besar pula pengaruhnya.
AYAT MAJMUK
PANCANGAN

Ayat yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu


atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan
menjadi sebahagian daripada ayat induk tersebut.
CONTOH AYAT MAJMUK
PANCANGAN

1. Beliau menulis novel yang mendapat sambutan hebat itu.


2. Ayah dari hospital kerana menjalani rawatan penyakit kanser.
3. Saya akan mengikuti program itu jika mendapat kelulusan
daripada majikan.
4. Dialah yang menyatakan bahawa mesyuarat tersebut telah
dibatalkan.
5. Untuk pasukan kita memenangi pertandingan itu adalah amat
cerah kerana pemain kita memiliki kelebihan.
JENIS AYAT MAJMUK
PANCANGAN

AYAT MAJMUK
PANCANGAN

AYAT MAJMUK AYAT MAJMUK AYAT MAJMUK


PANCANGAN PANCANGAN PANCANGAN
RELATIF KOMPLEMEN KETERANGAN
Ayat Majmuk Pancangan
Relatif
Ayat majmuk yang
menggunakan kata hubung
relatif yang.
CONTOH AYAT MAJMUK
PANCANGAN RELATIF

1. Bas yang dinaiki adik saya itu bas ekspres.


2. Emak menggosok baju yang dijahit oleh Lina.
3. Ribut taufan yang melanda Negara itu amat dahsyat sekali.
4. Pendebat yang sedang membuat bidasan itu sungguh hebat.
5. Doktor muda yang merawat pesakit kanser tadi ke Sarawak.
PERHATIAN!!!
1. Ayat majmuk pancangan relatif terbentuk apabila satu ayat kecil dipancangkan ke
dalam ayat induk. Yang di bawah ini, ayat induk ialah “Kereta itu kereta Encik Abu”,
manakala ayat kecil ialah “Kereta iti berwarna merah.” Apabila ayat kecil tersebut
dipancangkan ke dalam ayat induk, bahagian subjek iaitu “kereta itu” akan digantikan
dengan “yang”.

Kereta itu kereta Encik Abu Kereta itu berwarna merah

Kereta yang berwarna merah itu kereta Encik Abu.


PERHATIAN!!!
2. Dalam bahasa Melayu, perkataan yang bukan sahaja digunakan sebagai kata hubung
relatif tetapi juga sebagai pengganti nama setelah mengalami penguguran frasa nama
seperti yang berikut.

Bangunan yang paling tinggi di Kuala Lumpur ialah Menara Kembar Petronas.

Yang paling tinggi di Kuala Lumpur ialah Menara Kembar Petronas.

Orang yang tinggal di luar Bandar kebanyakkannya orang Melayu.

Yang tinggal di luar Bandar kebanyakkannya orang Melayu.


AYAT MAJMUK
PANCANGAN
KOMPLEMEN
Ayat majmuk yang mempunyai bahagian komplemen yang
menggunakan kata hubung bahawa dan untuk. Bahagian
komplemen berfungsi sebagai unsur yang melengkapkan ayat
tersebut.
CONTOH AYAT MAJMUK
PANCANGAN KOMPLEMEN
1. Sungguh amat rumit untuk beliau menjelaskan masalah
itu.
2. Mereka mempercayai bahawa batu itu mempunyai kuasa
ajaib.
3. Untuk keluarga kami menceritakan pengalaman itu adalah
pahit.
4. Wanita tua itu menceritakan bahawa makanan tersebut
amat digemari pada masa lalu.
PERHATIAN!!!
1. Ayat majmuk pancangan komplemen terbentuk apabila bahagian klausa yang berfungsi sebagai
objek, subjek, pelengkap atau keterangan dipancangkan dalam ayat induk.
a) Klausa komplemen sebagai objek

beliau menyatakan (sesuatu) pasukan bola sepak Negara kita semakin mantap

Beliau menyatakan bahawa pasuk bola sepak Negara kita semakin mantap.

b) Klausa komplemen sebagai subjek

bahawa pasukan bola sepak Negara kita semakin mantap (sesuatu) dinyatakan oleh beliau

Bahawa pasukan bola sepak Negara kita semakin mantap dinyatakan oleh beliau.
PERHATIAN!!!
1. Ayat majmuk pancangan komplemen terbentuk apabila bahagian klausa yang berfungsi sebagai
objek, subjek, pelengkap atau keterangan dipancangkan dalam ayat induk.
c) Klausa komplemen sebagai pelengkap

beliau berusaha (sesuatu) beliau menangani masalah itu

Beliau berusaha untuk menangani masalah itu.

beliau memberikan penjelasan kepada Masalah itu perlu ditangani dengan baiknya
d) Komplemen sebagai keterangan
Perdana Menteri
Beliau memberi penjelasan kepada Perdana Menteri bahawa masalah itu perlu ditangani
dengan baiknya.
PERHATIAN!!!
1. Ayat majmuk pancangan komplemen terbentuk apabila bahagian klausa yang berfungsi sebagai
objek, subjek, pelengkap atau keterangan dipancangkan dalam ayat induk.
e) Kata hubung relative yang tidak boleh menggantikan kata hubung komplemen bahawa

Salah Betul

Pegawai itu menjelaskan yang beliau akan Pegawai itu menjelaskan bahawa beliau akan
menyelesaikan masalah itu. menyelesaikan masalah itu.
JENIS AYAT KOMPLEMEN

AYAT
KOMPLEMEN

AYAT AYAT AYAT


KOMPLEMEN KOMPLEMEN KOMPLEMEN
FRASA NAMA FRASA KERJA FRASA ADJEKTIF
AYAT KOMPLEMEN FRASA
NAMA

Ayat komplemen yang hanya dapat


menduduki dua tempat, iaitu frasa nama
yang menduduki bahagian subjek dan ayat
komplemen frasa nama sebagai objek tepat.
CONTOH AYAT KOMPLEMEN FRASA NAMA

1.AYAT KOMPLEMEN FRASA NAMA SUBJEK


○ Untuk abang anda memperoleh keputusan cemerlang tidak sukar.
○ Bahawa kami adalah lebih baik daripada calon tahun lalu pendapat beliau.
○ Amat mustahak untuk kerajaan mengadakan perjanjian jual beli (ayat
songsang)
○ Agak sukar untuk Dato Azmi memenangi pilihan raya kecil itu. (ayat songsang)
CONTOH AYAT KOMPLEMEN FRASA NAMA

2. AYAT KOMPLEMEN FRASA NAMA OBJEK TEPAT


○ Yang memaklumkan bahawa masalah itu telah selesai Pengetua sekolah kami.
○ Orang itu menafikan bahawa barang-baranganya telah hilang.
○ Mereka menyedari bahawa keadaan mereka belum memuaskan.
○ Polis melaporkan bahawa jalan itu sudah boleh dilalui kenderaan berat.
AYAT
KOMPLEMEN
FRASA KERJA
Ayat yang mempunyai frasa kerja yang
terdiri daripada kata kerja tak transitif,
diikuti oleh pelengkap
CONTOH AYAT KOMPLEMEN FRASA KERJA

1. Pak Abu berpendirian bahawa tanah itu tidak patut dijual.


2. Penceramah itu berfahaman bahawa ekonomi Negara akan terus meningkat.
3. Penduduk-penduduk kampong itu berpandangan bahawa projek itu akan membawa
manfaat yang banyak.
4. Orang itu berpendapat bahawa anaknya juga patut dibenarkan melanjutkan
pelajaran ke seberang laut.
5. Dia berasa bahawa nasihat gurunya itu benar.
AYAT
KOMPLEMEN
FRASA
ADJEKTIF
Ayat yang menjadi komplemen kepada
frasa adjektif yang menjadi unsur predikat
sesuatu ayat.
CONTOH AYAT KOMPLEMEN FRASA
ADJEKTIF

1. Saya sangat yakin bahawa dia akan Berjaya.


2. Dia amat percaya bahawa adiknya telah lulus dalam peperiksaan itu.
3. Mereka sangat insaf bahawa mereka daif.
4. Pelajar itu sedar bahawa mereka harus belajar bersungguh-sungguh.
AYAT MAJMUK
PANCANGAN
KETERANGAN
Ayat majmuk yang mempunyai ayat keterangan atau
klausa keterangan di dalamnya. Ayat seperti ini
disambungkan dengan menggunakan kata hubung dengan,
bagai, untuk, umpama dan sebagainya.
CONTOH AYAT MAJMUK PANCANGAN
KETERANGAN
1. Yang berjalan dengan menggunakan tongkat tadi nenek saya.
2. Beliau ialah guru disiplin berpengalaman kerana telah berkhidmat
hampir 30 tahun.
3. Nasihat bapanya sia-sia bagai mencurahkan air ke daun keladi.
4. Kami di Kawasan Rehat dan Rawat Tapah untuk makan tengah hari.
5. Kita hendaklah mendidik anak sejak kecil kerana umpama melentur
buluh, biarlah daripada rebungnya.
PERHATIAN!!!
1. Ayat majmuk keterangan terbentuk apabila ayat keterangan atau klusa keterangan
dipancangkan dalam ayat induk dengan menggunakan kata hubung keterangan.
Contohnya:

dia tidak hadir dia sakit

Dia tidak hadir kerana sakit.


JENIS AYAT KETERANGAN
● KETERANGAN MUSABAH
● KETERANGAN AKIBAT
● KETERANGAN SYARAT
● KETERANGAN WAKTU
● KETERANGAN PERTENTANGAN
● KETERANGAN HARAPAN
● KETERANGAN CARA
● KETERANGAN TUJUAN
● KETERANGAN PERBANDINGAN

FORMULA:

AYAT INDUK + KATA HUBUNG + AYAT KETERANGAN


Unsur yang menerangkan sebab berlakunya sesuatu
kejadian atau perbuatan. Kata hubung keterangan musabah
adalah seperti kerana, lantaran, sebab dan oleh sebab.

KETERANGAN
MUSABAH
CONTOH AYAT
KETERANGAN
MUSABAH
1. Saya tidak dapat hadir kerana saya kurang sihat.
2. Lantaran usahanya yang gigih, Kamal mencapai kejayaan
cemerlang.
3. Oleh sebab tertarik akan keindahannya, pelancong asing selalu ke
pulau itu.
4. Pemain pasukan itu sangat cergas sebab selalu berlatih.

34
KETERANGAN AKIBAT

Unsur yang menerangkan kesan atau hasil


sesuatu. Kata hubung keterangan akibat
ialah hingga dan sehingga.
CONTOH AYAT KETERANGAN
AKIBAT

1. Ia bersorak terlalu kuat hingga serak suaranya.


2. Pelajar itu berusaha bersungguh-sungguh sehingga ia berjaya.
3. Bunyi enjin motosikal kuasa tinggi dari bengkel di sebelah itu dan
begitu kuat sehingga memekakkan telinga.
4. Pemain yang bermain sambalewa hingga menimbulkan kemarahan
penonton ialah pemain import.
KETERANGAN
SYARAT

Unsur yang menerangkan tuntutan yang


mesti dipenuhi. Kata hubung
keterangan syarat ialah sekiranya,
andai kata, jikalau, jika dan kalau.
CONTOH AYAT KETERANGAN SYARAT

1. Rakyat Malaysia pasti kecewa andai kata pasukan Malaysia tewas kepada pasukan
lawan.
2. Sekiranya saya lulus peperiksaan ini, saya akan puasa sepuluh hari.
3. Khusus yang akan saya pilih ialah Khusus Sejarah jika saya Berjaya melanjutkan
pelajaran ke univerisiti.
4. Jikalau tidak dapat datang, telefonlah saya dengan segeranya supaya saya mencari
penggantinya.
KETERANGAN
WAKTU
Unsur yang menerangkan masa sesuatu perbuatan atau
kejadian. Kata hubung keterangan waktu adalah
seperti sejak, semenjak, setelah, sewaktu, sementara,
tatkala dan ketika.
CONTOH AYAT
KETERANGAN WAKTU

1. Beliau ialah pengetua sekolah itu sewaktu saya bertugas di sana.


2. Saya masih di Unit Kurikulum sejak berpindah kira-kira lima
tahun lalu.
3. Ketika masih kecil dahulu, mereka selalu berkelah di pantai.
4. Sementara menanti padi masak, petani itu menanam jagung.
KETERANGAN
PERTENTANGA
N
Unsur yang menerangkan perbuatan atau
kejadian yang bertentang. Kata hubung
keterangan pertentangan ialah
sungguhpun, walaupun, meskipun,
biarpun, kendatipun, walau
bagaimanapun, namun, sekalipun dan
sedangkan
CONTOH AYAT KETERANGAN
PERTENTANGAN

1. Pemain kami tidak bimbang kendatipun pasukan itu sangat hebat.


2. Walaupun beliau sibuk dengan tugas-tugasnya, beliau ke rumah kami untuk bermain
catur.
3. Meskipun pasukannya selalu tewas, dia masih penyokong setia.
4. Mereka masih merokok sedangkan harga rokok semakin meningkat.
KETERANGAN
HARAPAN
Unsur yang menerangkan tuntutan yangmesti dipenuhi.
Kata hubung keterangan harapan ialah agar, moga-
moga, semoga, kalau-kalau dan supaya.
CONTOH AYAT
KETERANGAN HARAPAN

1. Kita mesti bertolak ansur agar semua pihak berpuas hati.


2. Supaya suasana menjadi aman damai, mereka semua bersetuju
dengan cadangan pemimpin muda itu.
3. Cuba bertanya pada orang tua itu kalau-kalau dia mengetahui.
4. Berdoalah selalu kepada-Nya moga-moga permintaan kamu
dikabulkan.
KETERANGAN CARA

Unsur yang menerangkan gaya atau


kaedah sesuatu perbuatan atau kejadian
berlaku. Kata hubung keterangan cara
ialah dengan.
CONTOH AYAT
KETERANGAN CARA

1. Murid itu ke sekolah setiap hari dengan menaiki motor.


2. Yang melukis dengan menggunakan kaki itu pemuda cacat.
3. Mereka menangkap ikan di sungai tersebut dengan
menggunakan jaring.
4. Dengan memberanikan hati, kelasi itu terjun dari kapal ke
dalam laut.
KETERANGAN
TUJUAN
Unsur yang menerangkan maksud bagi sesuatu perbuatan
atau kejadian berlaku. Kata hubung keterangan tujuan
ialah untuk dan bagi.
CONTOH AYAT KETERANGAN TUJUAN

1. Warkah itu daripada ibu pejabat untuk menyampaikan berita gembira.


2. Yang merancang bagi mengadakan aktiviti itu ialah pengerusi kelab kami.
3. Semua penduduk mestilah bekerjasama untuk memajukan kampung kita ini.
4. Bagi meningkatkan perpaduan dalam kalangan rakyat, semangat tolong-menolong
sangat penting.
KETERANGAN
PERBANDINGAN

Unsur yang menerangkan sesuatu


kejadian yang menjadi persamaan. Kata
hubung keterangan perbandingan ialah
macam, seolah-olah, ibarat, bagaikan
dan bak.
CONTOH AYAT KETERANGAN
PERBANDINGAN

1. Ratu kebaya itu cantik ibarat bulan dipagar bintang.


2. Dia ke hulu dan ke hilir macam rusa masuk ke kampung.
3. Beliaulah pegawai syarikat yang seolah-olah lembu dicucuk
hidung itu.
4. Penjahat itu melahirkan diri dengan begitu pantas bagai
kumbang putus tali.
SEKIAN,
TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai