Anda di halaman 1dari 31

Ayat Majmuk

Ayat Majmuk
o Ayat yang dibina dengan mencantumkan dua
ayat tunggal atau lebih menjadi satu ayat.
o Percantuman ini menyebabkan ayat majmuk
itu mempunyai lebih daripada dua predikat.
o Terdiri daripada sederetan ayat tunggal yang
dicantumkan menjadi satu ayat mengikut cara
tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu.

Ayat Majmuk
o Contoh:
1. Ahmad sedang membuat kerja sekolah dan Ali
sedang membuat ulangkaji.
a. Ahmad sedang membuat kerja sekolah.
b. Ali sedang membuat ulangkaji.
2. Tina memasak sambil menyanyi.
a. Tina memasak.
b. Tina menyanyi.

Ayat Majmuk
o Contoh:
1. Pencuri telah memasuki rumah Ah Chong ketika
penghuni rumah itu tengah tidur.
a. Pencuri telah memasuki rumah Ah Chong.
b. Penghuni rumah itu tengah tidur.
2. Dompet Masnah tertinggal di dalam bas yang dinaikinya
pagi tadi.
a. Dompet Masnah tertinggal di dalam bas.
b. Bas dinaikinya pagi tadi.

Ayat Majmuk
o Ayat majmuk terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:
i. Ayat majmuk gabungan
ii. Ayat majmuk pancangan
iii. Ayat majmuk campuran

Ayat Majmuk Gabungan


o Ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih
yang dijadikan satu dengan cara
menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat
tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau,
tetapi, atau lalu, sambil, dan sebagainya.

Ayat Majmuk Gabungan


o Contoh:
1. Mary suka bersenam manakala Lyn suka berkebun.
a. Mary suka bersenam.
b. Lyn suka berkebun.
2. Sara mendapat hadiah daripadanya ayahnya tetapi
Sara tidak menyukai hadiah itu.
a. Sara mendapat hadiah daripada ayahnya.
b. Sara tidak menyukai hadiah itu.

Ayat Majmuk Gabungan


o Contoh ayat di atas terdiri daripada dua ayat
tunggal yang setara sifatnya dan boleh berdiri
sendiri sebagai satu ayat.
Ayat majmuk gabungan =
Ayat 1 + kata hubung + Ayat 2

Ayat Majmuk Gabungan


o Ayat majmuk jenis ini boleh terdiri daripada
tiga, empat atau lima ayat yang digabungkan
menjadi satu ayat yang terdiri daripada ayat
penyata, ayat perintah atau ayat tanya tetapi
tidak boleh dicampuradukkan.

Ayat Majmuk Gabungan


o Contoh:
1. Ali suka berbasikal dan berenang.
a. Ali suka berbasikal.
b. Ali suka berenang.
2. Jangan lupa membasuh tangan dan berdoa sebelum menjamah
makanan.
a. Jangan lupa membasuh tangan.
b. Berdoa sebelum makan.
= 3. Ali suka berbasikal dan berdoa sebelum makan.

o Ayat 3 merupakan hasil gabungan Ayat 1, iaitu ayat


gabungan jenis penyata dan Ayat 2, iaitu ayat
gabungan jenis perintah.
o Ayat yang terhasil tidak gramatis kerana tidak
mempunyai hubungan makna yang bersesuaian.
o Ayat-ayat yang digabungkan perlulah mempunyai
ciri-ciri dan tidak boleh dicampuradukkan antara
jenis-jenis ayat dan perlulah mempunyai hubungan
makna.
o Sekiranya ayat-ayat yang digabungkan mempunyai
unsur yang sama dan berulang, unsur yang sama
boleh digugurkan.

Ayat Majmuk Gabungan


o Contoh:
a. Cermin itu terjatuh.
b. Cermin itu pecah.
= Cermin itu terjatuh lalu pecah.
c. Alin suka warna kuning.
d. Lina suka warna merah.
= Alin suka warna kuning tetapi Lina warna merah.

Ayat Majmuk Gabungan


o Ayat majmuk gabungan terbahagi kepada dua
jenis berdasarkan penggunaan kata hubung
yang berbeza, iaitu;
i. Gabungan yang susunan faktanya berurutan
satu demi satu.
Kata hubung yang digunakan seperti dan, lalu,
lagi, serta, sambil, sebagainya.

Ayat Majmuk Gabungan


o Contoh:
1. Kereta pacuan empat roda itu terbabas lalu
merempuh penghadang jalan.
a. Kereta pacuan empat roda itu terbabas.
b. Kereta itu merempuh penghadang jalan.
2. Ayah membaca akhbar sambil minum teh.
c. Ayah membaca akhbar.
d. Ayah minum teh.

Ayat Majmuk Gabungan


ii. Gabungan yang susunannya memberikan
maksud pertentangan fakta dalam ayat-ayat
yang digabungkan itu.
Kata hubung yang digunakan seperti tetapi,
sebaliknya, melainkan, padahal dan sebagainya.

Ayat Majmuk Gabungan


o Contoh:
1. Lisa belum sampai ke rumah, padahal waktu persekolahan
telah habis.
a. Lisa belum sampai ke rumah.
b. Waktu persekolahan telah habis.
2. Rosnah telah mencuba bermacam-macam produk tetapi
masalah jerawat di mukanya masih belum dapat diselesaikan.
a. Rosnah telah mencuba bermacam-macam produk.
b. Masalah jerawat di mukanya masih belum dapat
diselasaikan.

Ayat Majmuk Gabungan


o Ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih.
o Kedudukannya tidak setara dan tidak boleh
berdiri sendiri.
o Terdiri daripada satu ayat utama dan satu atau
beberapa ayat kecil yang disebut ayat pancangan.
o Dihubungkan menggunakan kata hubung seperti
yang dan bahawa dan kata hubung yang
membawa unsur keterangan.

Ayat Majmuk Pancangan


Dibahagikan kepada tiga jenis:
i. Ayat majmuk pancangan relatif (ayat relatif)
ii. Ayat majmuk pancangan komplemen (ayat
komplemen)
iii. Ayat majmuk pancangan keterangan (ayat
keterangan)

Ayat Majmuk Pancangan Relatif


o Ayat yang dipancangkan kepada ayat utama
melalui penggunaan perkataan yang.
o Contoh:
i. Diana telah membeli sut yang mahal itu.
a. Diana telah membeli sut.
b. Sut itu mahal.
= Diana telah membeli sut + sut itu mahal.

Ayat Majmuk Pancangan Relatif


o Contoh:
i. Kereta yang mewah itu milik ayah Jack.
a. Kereta itu mewah.
b. Kereta mewah itu milik ayah Jack.
= Kereta itu mewah + kereta mewah itu milik
ayah Jack.

Ayat Majmuk Pancangan Relatif


o Contoh:
i. Rumah yang terbakar semalam ialah rumah
Mak Senah.
a. Rumah itu terbakar semalam.
b. Rumah terbakar semalam itu rumah Mak
Senah.
= Rumah itu terbakar semalam + rumah
terbakar semalam itu rumah Mak Senah.

Ayat Majmuk Pancangan Komplemen


o Ayat yang dipancangkan kepada ayat utama.
o Dihubungkan dengan ayat induk
menggunakan kata hubung komplemen
bahawa dan untuk.

Ayat Majmuk Pancangan Komplemen


o Contoh:
i. Syarikat korporat terbesar itu
mengisytiharkan bahawa mereka akan
bankrap.
a. Syarikat korporat terbesar itu
mengisytiharkan.
b. Mereka akan bankrap.

Ayat Majmuk Pancangan Komplemen


o Contoh:
i. Adik memanjat kerusi untuk mencapai bola
di atas almari itu.
a. Adik memanjat kerusi.
b. Mencapai bola di atas almari itu.

Ayat Majmuk Pancangan Keterangan


o Ayat keterangan.
o Ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat
induk dan satu ayat kecil atau lebih.
o Berfungsi sebagai keterangan kepada predikat.

Ayat Majmuk Pancangan Keterangan


o Contoh:
i. Saya akan menghadiri kenduri di rumah
kamu jika tiada aral melintang.
a. Saya akan menghadiri kenduri di rumah
kamu. (ayat induk)
b. Tiada aral melintang. (ayat keterangan)

Ayat Majmuk Pancangan Keterangan


o Contoh:
i. Halim tetap menghadiri kuliah meskipun dia
kurang sihat pada pagi itu.
a. Halim tetap menghadiri kuliah. (ayat induk)
b. Dia kurang sihat pada pagi itu. (ayat
keterangan)

Ayat Majmuk Pancangan Keterangan


o Contoh:
i. Farhan sentiasa berdoa kepada Tuhan agar
dijauhi daripada segala malapetaka.
a. Farhan sentiasa berdoa kepada Tuhan. (ayat
induk)
b. Dijauhi daripada segala malapetaka. (ayat
keterangan)

Ayat Majmuk Campuran


o Ayat yang mengandungi lebih daripada satu
jenis ayat, yang terdiri daripada campuran ayat
tunggal dengan ayat majmuk atau dengan
beberapa jenis ayat majmuk.

Ayat Majmuk Campuran


o Contoh:
i. Farid menaiki bas apabila hendak ke pejabat
kerana kereta barunya telah rosak.
. Terdiri daripada satu ayat tunggal, Farid
menaiki bas, dan satu kata majmuk pancangan,
kerana, iaitu kerana kereta barunya telah rosak,
dan ayat induknya ialah hendak ke pejabat.
. Ayat tunggal dihubungkan dengan ayat majmuk
menggunakan kata hubung apabila.

Ayat Majmuk Campuran


o Contoh:
i. Kiran masih menyiapkan tugasannya meskipun teman
sebiliknya telah lama tidur setelah menyiapkan tugasan
yang diberikan.
. Terdiri daripada satu ayat tunggal, Kiran masih
menyiapkan tugasannya , satu kata majmuk pancangan
relatif, yang, iaitu, yang diberikan, dan ayat induknya ialah
teman sebiliknya telah lama tidur setelah menyiapkan
tugasan.
. Ayat tunggal dihubungkan dengan ayat majmuk
menggunakan kata hubung meskipun.

Anda mungkin juga menyukai