Anda di halaman 1dari 8

AYAT AKTIF DAN PASIF

Ayat Aktif

Ayat aktif ialah yang menekankan atau mengutamakan si pelaku/pembuat sebagai


subjek dan ayatnya mengandungi kata kerja yang berawalan MeN- (me-, mem-,
men-, menge-, dan meny-).

Ayat Pasif

Ayat pasif ialah ayat yang menekankan/mengutamakan objek dan perbuatannya.


Ayat ini mengandungi kata kerja tanpa awalan atau kata kerja yang berawalan di-
beserta dengan kata sendi oleh.

Perhatikan ayat-ayat contoh di bawah ini.

Ayat Aktif

Ayat Pasif

1.Saya sudah menyiapkan semua kerja sekolah.

1. Semua kerja sekolah telah saya siapkan.

2. Ayah membelah kayu api itu.

2. Kayu api itu dibelah oleh ayah.

3.Mereka sedang menganyam tikar mengkuang itu.

3. Tikar mengkuang itu sedang dianyam oleh mereka.

MENUKAR AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF YANG MELIBATKAN KATA GANTI NAMA DIRI
(KGND) PERTAMA DAN KEDUA.
v Sering kali, pelajar melakukan kesilapan apabila menukar ayat aktif transitif
kepada ayat pasif apabila melibatkan ganti nama diri pertama dan kedua.

v Antara ganti nama diri pertama ialah saya, hamba, aku, kami dan kita manakala
ganti nama diri kedua ialah awak, engkau, kamu, anda, dan tuan.

v Dalam ayat pasif melibatkan ganti nama diri pertama dan kedua, perlu diingat
bahawa:

1. TIDAK BOLEH menggunakan kata oleh,

2. Kata bantu seperti akan, sedang dsb. mesti hadir sebelum ganti nama diri.

3. Ganti nama diri : contohnya, saya, anda mesti diikuti oleh kata kerja : contohnya,
tulis, baca , sepak.

4. Kata kerja mestilah menjadi kata dasar seperti tulis bukannya menulis, baca
bukannya membaca.

Contoh 1

Ayat Aktif Transitif : Saya akan menulis rencana tentang isu ponteng.

Ayat Pasif : Rencana tentang isu ponteng akan saya tulis.

Contoh 2

Ayat Aktif Transitif : Anda telah menutup botol itu.

Ayat Pasif : Botol itu telah anda tutup.

Cuba anda tukarkan ayat aktif transitif di bawah dan seterusnya betulkan contoh-
contoh ayat pasif yang diberikan.

Sebaik sahaja loceng sekolah dibunyikan, saya telah memanggil Azman ke dalam
kelas.

SALAH

Azman telah dipanggil oleh saya ke dalam kelas sebaik sahaja loceng sekolah
dibunyikan.
(Ayat pasif ini salah kerana oleh diikuti oleh ganti nama diri pertama atau kedua).

SALAH

Azman, saya telah panggil ke dalam kelas sebaik sahaja loceng sekolah dibunyikan.

(Ayat pasif ini salah kerana ganti nama diri pertama/kedua mestilah diikuti oleh kata
kerja).

BETUL :

Azman telah saya panggil ke dalam kelas sebaik sahaja loceng sekolah dibunyikan.

MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF

Latihan 1

1. Guru disiplin menahan pelajar itu selepas pehimpunan kerana melanggar


peraturan sekolah.

_Pelajar itu ditahan oleh guru disiplin selepas pehimpunan kerana melanggar
peraturan sekolah.

2.Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni kepada anak sejak kecil lagi.

_ Nilai-nilai murni perlu diterapkan oleh ibu bapa kepada anak sejak kecil lagi.

3. Guru Bahasa Melayu menghadiahi pelajar itu sebatang pen setelah berjaya
memperoleh A dalam peperiksaan percubaan SPM.

Pelajar itu dihadiahi oleh guru bahasa Melayu sebatang pen setelah berjaya
memperoleh A dalam peperiksaan percubaan SPM.

4.Polis telah menangkap penculik kanak-kanak itu pada pagi tadi.

Penculik kanak-kanak itu telah ditangkap oleh polis pada pagi tadi.

5.Kamu mestilah mematuhi undang-undang negara agar hidup kita aman.

Undang-undang negara mestilah kamu patuhi agar hidup kita aman. (KGND II)
6.Mereka ke sekolah dengan menaiki bas.

Bas dinaiki oleh mereka ke sekolah.

7.Pihak berkuasa telah berjaya membanteras aktiviti pembalakan haram itu.

Aktiviti pembalakan haram itu telah berjaya dibanteras oleh pihak berkuasa.

8.Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk membantu pengusaha industri


kecil itu.

Beberapa langkah telah diambil oleh pihak kerajaan untuk membantu pengusaha
industri kecil itu /

Beberapa langkah untuk membantu pengusaha industri kecil itu telah diambil oleh
pihak kerajaan.

9.Ketua kampung menegur sikap Azman dan Derus yang suka menghabiskan masa
di warung.

Sikap Azman dan Derus yang suka menghabiskan masa di warung ditegur oleh
ketua kampung.

10.Penduduk setempat mempertikaikan keputusan untuk membina tapak pelupusan


sampah.

Keputusan untuk membina tapak pelupusan sampah dipertikaikan oleh penduduk


setempat.

11. Ahmad menendang bola itu ke pintu gol.

Bola itu ditendang oleh Ahmad ke pintu gol.

12. Hanisah membaca buku cerita kanak-kanak itu di kantin.

Buku cerita kanak-kanak itu dibaca oleh Hanisah di kantin.


13. Saya melukis gambar itu kelmarin setelah diminta oleh Farah.

Gambar itu saya lukis kelmarin setelah diminta oleh Farah. (KGND I)

AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK

Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat sahaja.

1 subjek

1 predikat

Saya

sakit

Rumah Ali

cantik

Ahmad

tidak pergi ke sekolah hari ini.

Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu subjek atau predikat
yang digabungkan dengan kata hubung.

Ayat majmuk

Kata hubung

Ayat tunggal

Suhaili suka makan nasi lemak dan mi sup.

dan

(a) Suhaili suka makan nasi lemak.

(b) Suhaili suka makan mi sup.


Rumah yang besar itu rumah Fazli.

Yang

(a) Rumah itu besar.

(b) Rumah itu rumah Fazli.

Dia memberitahu bahawa kakaknya akan melanjutkan pelajaran ke luar Negara.

bahawa

(a) Dia memberitahu.

(b) Kakaknya akan melanjutkan pelajaran ke luar Negara.

Dia akan balik ke kampong apabila ada masa lapang.

Apabila

(a) Dia akan balik ke kampung.

(b) Dia ada masa lapang.

Latihan :

(A) Nyatakan sama ada ayat-ayat di bawah ayat tunggal atau ayat majmuk.

1.Peserta yang pengsan itu bernama Sulaiman. ___________

2.Adik saya suka menonton rancangan kartun.____________

3.Wanita yang berambut panjang itu ialah Cikgu Soon _____________

4.Sakinah akan berasa kecewa jika dia gagal dalam pertandingan itu. _____________

5. Encim Rahman sedang menyapu daun-daun kering. ______________

6.Kucing itu mengiau kerana lapar. ______________

7.Cikgu Anita memakai baju batik hari. ______________

8.Mereka bertiga pergi ke kantin. ______________

9.Gopal masih mempunyai datuk dan nenek.______________

10. Hartawan itu sangat kedekut._______________


(B) Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah dengan kata hubung yang diberi
supaya menjadi ayat majmuk.

1. Ayah membaca surat khabar.

Ayah menonton televisyen. sambil

________________________________________

2. Hanita tinggal di Taman Aman.

Suresh tinggal di Taman Aman dan

_________________________________________

3. Amran melayari internet.

Amran mencari maklumat terbaru. untuk

_________________________________________

4. Kasut itu berwarna biru.

Kasut itu sangat mahal. yang

_________________________________________

5. Kami terkejut.

Kami terdengar bunyi letupan. apabila

_________________________________________

6. Halim kaya.

Halim kedekut. tetapi

_________________________________________

7. Murid itu mengetuk pintu.

Murid itu masuk ke dalam bilik darjah. sebelum

__________________________________________

8. Ibu memarahi adik.

Adik bermain di tepi longkang. kerana

__________________________________________

9. Asward tetap pergi ke kelas tuisyen.


Asward tidak sihat. walaupun

Anda mungkin juga menyukai