Anda di halaman 1dari 4

Ayat Aktif

Ayat aktif ialah yang menekankan atau mengutamakan si pelaku/pembuat sebagai subjek dan
ayatnya mengandungi kata kerja yang berawalan MeN- (me-, mem-, men-, menge-, dan meny-).

Ayat Pasif
Ayat pasif ialah ayat yang menekankan/mengutamakan objek dan perbuatannya. Ayat ini
mengandungi kata kerja tanpa awalan atau kata kerja yang berawalan di- beserta dengan kata
sendi oleh.
Perhatikan ayat-ayat contoh di bawah ini.

Ayat Aktif Ayat Pasif


1.Saya sudah menyiapkan semua 1. Semua kerja sekolahtelah
kerja sekolah. saya siapkan.
2. Ayah membelah kayu api itu. 2. Kayu api itu dibelah oleh ayah.
3.Mereka sedang menganyam 3. Tikar mengkuang itu sedang
tikar mengkuang itu. dianyam oleh mereka.

MENUKAR AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF YANG MELIBATKAN KATA GANTI NAMA
DIRI (KGND) PERTAMA DAN KEDUA.

  Sering kali, pelajar melakukan kesilapan apabila menukar ayat aktif transitif kepada ayat pasif apabila
melibatkan ganti nama diri pertama dan kedua.
  Antara ganti nama diri pertama ialah saya, hamba, aku, kamidan kita manakala ganti nama diri kedua
ialah awak, engkau, kamu, anda, dan tuan.
  Dalam ayat pasif melibatkan ganti nama diri pertama dan kedua, perlu diingat bahawa:
1. TIDAK BOLEH menggunakan kata “oleh”,
2. Kata bantu seperti akan, sedang dsb. mesti hadir sebelum ganti nama diri.
3. Ganti nama diri : contohnya, saya, anda mesti diikuti oleh kata kerja : contohnya, tulis, baca , sepak.
4. Kata kerja mestilah menjadi kata dasar seperti tulis bukannya menulis, baca bukannya membaca.

Contoh 1
Ayat Aktif Transitif : Saya akan menulis rencana tentang isu ponteng.
Ayat Pasif : Rencana tentang isu ponteng akan saya tulis.

Contoh 2
Ayat Aktif Transitif : Anda telah menutup botol itu.
Ayat Pasif : Botol itu telah anda tutup.

Sebaik sahaja loceng sekolah dibunyikan, saya telah memanggil Azman ke dalam kelas.

SALAH
Azman telah dipanggil oleh saya ke dalam kelas sebaik sahaja loceng sekolah dibunyikan.
(Ayat pasif ini salah kerana oleh diikuti oleh ganti nama diri pertama atau kedua).

SALAH
Azman, saya telah panggil ke dalam kelas sebaik sahaja loceng sekolah dibunyikan.
(Ayat pasif ini salah kerana ganti nama diri pertama/kedua mestilah diikuti oleh kata kerja).
BETUL :
Azman telah saya panggil ke dalam kelas sebaik sahaja loceng sekolah dibunyikan.

TATABAHASA(MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF)

Latian 1(Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.)


1. Guru disiplin menahan pelajar itu selepas pehimpunan kerana melanggar
peraturan sekolah.
2. Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni kepada anak sejak kecil lagi.
3. Guru Bahasa Melayu menghadiahi pelajar itu sebatang pen setelah berjaya
memperoleh A dalam peperiksaan percubaan SPM.
4. Polis telah menangkap penculik kanak-kanak itu pada pagi tadi.
5. Kamu mestilah mematuhi undang-undang negara agar hidup kita aman.

Jawapan:
1.Pelajar itu ditahan oleh guru disiplin selepas perhimpunan kerana melanggar
peraturan sekolah.
2.Nilai-nilai murni perlu diterapkan oleh ibu bapa kepada anak sejak kecil lagi.
3.Pelajar itu dihadiahi oleh guru Bahasa Melayu sebatang pen setelah berjaya
memperoleh A dalam peperiksaan percubaan SPM.
4.Pendulik kanak-kanak itu telah ditangkap oleh polis pada pagi tadi.
5.Undang-undang negara mestilah kamu patuhi agar hidup kita aman.

Latihan 2:Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.


1. Mereka ke sekolah dengan menaiki bas.
2. Pihak berkuasa telah berjaya membanteras aktiviti pembalakan haram itu.
3. Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk membantu pengusaha
industri kecil itu.
4. Ketua kampung menegur sikap Karim dan Derus yang suka menghabiskan masa
di warung.
5. Penduduk setempat mempertikaikan keputusan untuk membina tapak
pelupusan sampah.

Jawapan
1.Bas dinaiki oleh mereka ke sekolah.
2.Aktiviti pembalakan haram itu telah berjaya dibanteras oleh pihak berkuasa.
3.Beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan untuk membantu pengusaha industri
kecil itu.
4.Sikap Karim dan Derus ditegur oleh ketua kampung yang suka menghabiskan masa di
warung. 
• Sikap Karim dan Derus yang suka menghabiskan masa di warung ditegur oleh ketua
kampung.
5.Keputusan untuk membina tapak pelupusan sampah dipertikaikan oleh penduduk
setempat

Latihan 3.Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.


1. Ahmad menendang bola itu ke pintu gol.
2. Hanis membaca buku cerita kanak-kanak itu di kantin.
3. Saya melukis gambar itu kelmarin setelah diminta oleh Farah.
4. Kamu perlu menyiapkan tugasan yang diberi pada hari ini juga.
5. Tuan hamba perlu menemui Panglima Garang segera.

Jawapan
1.Bola itu ditendang oleh Ahmad ke pintu gol.
2.Buku cerita kanak-kanak itu dibaca oleh Hanis di kantin.
3.Gambar itu saya lukis kelmarin setelah diminta oleh Farah.
4.Tugasan yang diberi perlu kamu siapkan pada hari ini juga.
5.Panglima Garang perlu tuan hamba temui segera.

Latihan 4:Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.


1. Rakyat Malaysia sangat mementingkan perpaduan.
2. Irna mahu menyimpan raket badminton Iswan sebagai kenang-kenangan.
3. Pihak kerajaan akan memberikan insentif kepada mana-mana ahli sukan yang
berjaya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.
4. Persauan Ibu bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu akan mengadakan mesyuarat
tergempar.
5. Jika saya berjaya dalam peperiksaan dengan cemerlang, saya akan memilih
jurusan perubatan.
Jawapan:
1.Perpaduan sangat dipentingkan oleh rakyat Malaysia.
2.Raket badminton Iswan mahu disimpan oleh Irna sebagai kenang-kenangan. 
3.Intensif akan diberikan oleh pihak kerajaan kepada mana-mana ahli sukan yang
berjaya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.
4.Mesyuarat tergempar akan diadakan di sekolah itu oleh Persatuan Ibu bapa dan Guru
(PIBG).
• Mesyuarat tergempar akan diadakan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
sekolah itu.
5.Jurusan perubatan akan saya pilih jika saya berjaya dalam peperiksaan dengan
cemerlang. 

Latihan 5 Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.


1. Kita seharusnya memperkemas diri kita dengan ilmu pengetahuan dan
kemahiran agar dapat bersaing dengan bangsa lain.
2. Pesuruhjaya sumpah itu memperakukan segala dokumen yang diserahkan
kepadanya sebelum dihantar ke mahkamah.
3. Ah Meng telah menangkap ikan patin di sungai itu.
4. Mei Ling menggondol tempat pertama dalam acara merentas desa.
5. Beberapa kilang yang bEroperasi di sepanjang sungai itu telah membuang sisa
toksik ke dalam sungai untuk menjimatkan kos operasi mereka.

Jawapan;
1.Ilmu pengetahuan dan kemahiran harus kita perkemaskan agar diri kita dapat
bersaing dengan bangsa lain.
2.Segala dokumen yang diperakukan oleh Pesuruhjaya sumpah itu sebelum dihantar ke
mahkamah.
3.Ikan patin telah ditangkap oleh Ah Meng di sungai itu.
4.Tempat pertama digondol oleh Mei Ling dalam acara merentas desa.
5.Sisa toksik telah dibuang ke dalam sungai oleh beberapa kilang yang beroperasi di
sepanjang sungai itu untuk menjimatkan kos operasi mereka.

Anda mungkin juga menyukai