Anda di halaman 1dari 11

Tatabahasa tahun 1 Kata Nama Am

Kata nama am ialah kata nama yang merujuk kepada nama am manusia,haiwan,tempat dan benda.

Kata nama am ditulis menggunakan huruf kecil kecuali pada permulaan ayat atau selepas noktah. Contoh: -ayah -abang -ibu -adik -kucing -tikus -ikan -meja makan -akuarium -televisyen -ruang tamu -dapur

Kata Nama Am
1)Kata nama am digunakan untuk menyebut sesuatu seperti manusia , haiwan, benda, tumbuhtumbuhan dan tempat. 2) Contoh kata nama am adalah seperti berikut:Manusia nelayan,guru, mak, ayah, kakak, adik,polis, doktor . Tumbuh- tumbuhan kubis, cili,pokok mangga, pokok kelapa, pokok pisang, manggis . Benda

meja,kerusi, pemadam, beg, baju, kasut, bola, pensel, cawan, gelas, buku. Haiwan gajah, ikan, ayam, ular, tikus, kura- kura, katak, harimau , burung. Tempat hospital, kedai,rumah,balai bomba, pejabat, pasar raya, tasik, sekolah,taman, sawah.

Kata Nama Khas

Kata nama khas ialah kata yang merujuk kepada nama khas manusia,haiwan,tempat dan benda. Kata nama khas ditulis menggunakan huruf besar. Contoh: -Salina -Encik Azman -Puan Aminah -Amri -Zainal -Si Putih -Pak Belang -Proton Saga -Adidas -Menara Berkembar Petronas

1. Kata Nama Khas digunakan untuk menyebut sesuatu seperti manusia, haiwan, benda , tumbuh-tumbuhan dan tempat secara khusus. 2. Kata Nama Khas ditulis dengan huruf besar. 3. Contoh kata Nama khas adalah seperti yang berikut :-

A) Manusia Doktor Ali, Puan Zainab, Cikgu Puspa, Awie, Encik Lim.

B) Haiwan Sang Buaya, Comot, Tomok, Sang Siput, Si Putih, Sang Gagak , Pak Belalang.

C) Benda Adidas, Bata, Rolex, Hitachi, Wira, Persona, Sharp, National, Inspira, Naza Ria .

D) Tempat Lenggong, Lumut, Seri Manjung, Tanjong Malim , Sitiawan ,Kuala Kangsar, Ipoh, Muzium Taiping, Zoo Taiping,Menara Berkembar Petronas, Perak, Johor.

Kata Ganti Nama Diri

-Kata ganti nama diri digunakan untuk menggantikan - Kata ganti nama diri pada peringkat Tahun 1 hanya tetumpu kepada: (a)Kata Ganti Nama Diri Pertama: -saya -aku -hamba -beta -patik -kami -kita (b)Kata Ganti Nama Diri Kedua: -awak -anda -kamu -kalian -engkau -tuanku

nama seseorang

Kata Kerja

Kata kerja merujuk kepada perbuatan atau perlakuan terhadap sesuatu. Kata kerja terbahagi kepada dua iaitu: (a)Kata Kerja transitif (b)Kata Kerja tak transitif Contoh kata kerja: 1.Abang dan kakak mencuci kereta. 2.Ibu minum air teh. 3.Ayah membaca surat khabar. 4.Aiman melontar bola kepada adik. 5.Zaini melambai Aiman.

1) Kata kerja digunakan untuk menunjukkan perbuatan atau kelakuan yang dilakukan oleh manusia atau haiwan. 2) Contoh kata kerja adalah seperti berikut :-

1. Ana sedang makan.

2. Adik sedang bermain bola .

3. Burung itu terbang.

4. Aminah dan Ahmad berjalan ke sekolah.

5.

Zaidi memancing

ikan .

6.Saiful sedang membaca buku.

Kata kerja dalam ayat di atas ialah :- makan, bermain, terbang, berjalan, memancing dan membaca.

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Kata Adjektif

Kata adjektif merujuk kepasa sifat sesuatu kata nama atau frasa nama.

Kata adjektif yang ditekankan pada peringkat Tahun 1 ialah kata adjektif warna. Contoh kata adjektif warna: -merah -kuning -hijau -biru -indigo -merah jambu

Kata Hubung

Kata hubung digunakan untuk menghubungkan kata dengan kata,frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat. Kata hubung terdiri daripada kata hubung gabungan,kata hubung pancangan dan kata hubung berpasangan.

Kata hubung pada peringkat Tahun 1 hanya tertumpu kepada kata hubung gabungan. Contoh kata hubung: 1.Anita dan Nani pulang dari sekolah berjalan kaki 2.Ibu,ini basikal Azwan atau kakak? 3.Ayah pulang lewat semalam tetapi hari ini ayah pulang awal. 4.Abang menunggang basikal sambil memegang sebiji bola. 5.Amir dan Amri kembar tetapi tidak seiras.

Kata Tanya

Kata Tanya digunakan untuk bertanya atau menyoal seseorang bagi mendapatkan sesuatu maklumat.

Kata Tanya yang merujuk manusia dan benda ialah siapa apa.Ayat tanya biasanya ditandakan dengan tanda soal (?) pada akhir ayat. Contoh kata tanya: (a)merujuk kepada manusia: 1.Aileen melukis gambar siapa? 2.Gambar siapakah yang dilukis oleh Ain? 3.Gambar siapakah yang dilukis oleh Ali? (b)merujuk kepada benda: 1.Zainal melukis gambar apa? 2.Apakah yang dilukis oleh Hanida?

Imbuhan Awalan

Imbuhan awal merujuk kepada penambahan ilmu dihadapan suatu kata dasar Imbuhan awal pada peringkat Tahun 1 hanya tertumpu kepada kata dasar yang diletakkan imbuhan tanpa proses penguguran huruf awalan kata dasar.

Imbuhan yang ditekankan ialah imbuhan ber,mem danpen. Contoh imbuhan awal: 1.ber + lari = berlari Hazman berlari dengan pantas. 2.ber + sorak = bersorak Murid-murid bersorak untuk pasukan masing-masing

3.mem + beli = membeli Haziq membeli minuman di gerai 4.mem + bawa = membawa Qaleesya membawa piala yang dimenanginya. 5.pen + jual = penjual Pak Ali penjual ais krim

Imbuhan Akhiran

Imbuhan akhiran merujuk kepada penambahan imbuhan di belakang suatu kata dasar. Imbuhan akhiran pada peringkat Tahun 1 hanya tertumpu kepada huruf akhiran pada kata dasar iaitu imbuhan an,kan dan i

Contoh imbuhan akhiran: 1.pakai + an = pakaian Pakaian itu dijemur di ampaian. 2.minum + an = minuman Ibu menuang minuman ke dalam gelas. 3.baik + i = baiki Abang baiki basikalnya yang rosak. 4.diam + i = diami Datuk diami rumah itu sejak kecil lagi. 5.buang + kan = buang Tolong buangkan sampah ini.

Anda mungkin juga menyukai