Anda di halaman 1dari 8

AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK

Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat sahaja.
1 subjek 1 predikat
Saya sakit
Rumah Ali cantik
Ahmad tidak pergi ke sekolah hari ini.

Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu subjek atau predikat yang
digabungkan dengan kata hubung.

Ayat majmuk Kata hubung Ayat tunggal


Suhaili suka makan nasi dan (a) Suhaili suka makan nasi lemak.
lemak dan mi sup. (b) Suhaili suka makan mi sup.
Rumah yang besar itu rumah yang (a) Rumah itu besar.
Fazli. (b) Rumah itu rumah Fazli.
Dia memberitahu bahawa bahawa (a) Dia memberitahu.
kakaknya akan melanjutkan (b) Kakaknya akan melanjutkan pelajaran ke
pelajaran ke luar negara. luar Negara.
Dia akan balik ke kampung apabila (a) Dia akan balik ke kampung.
apabila ada masa lapang. (b) Dia ada masa lapang.
Ibu bapa Alia telah bercerai sejak (a) Ibu bapa Alia telah bercerai.
sejak tiga tahun yang lalu. (b) Ibu bapa Alia bercerai tiga tahun yang lalu.

Latihan: (Ayat Tunggal atau Ayat Majmuk)


1. Budak yang sedang menyanyi itu adik saya.
( )
2. Pencuri memasuki rumah itu ketika penghuninya sedang nyenyak tidur.
( )
3. Pasukan bola kebangsaan kita bermain bersungguh-sungguh.
( )
4. Beliau memandang saya sambil tersenyum.
( )
5. Abangnya rajin berniaga tetapi adiknya tidak berminat sama sekali.

( )
6. Bangunan Menara Kembar Petronas amat indah.

( )

7. Jentik-jentik itu akan menjadi nyamuk.

( )

8. Pengetua menjelaskan bahawa peperiksaan itu akan berlangsung pada bulan hadapan.

( )

9. Binatang itu kanggaru.

( )

10. Kawan saya akan ikut serta rombongan itu kalau cikgu membenarkannya.

( )

Latihan
1. Manakah antara berikut merupakan ayat tunggal? (pilih 2 jawapan)
A. Ayah sedang membasuh kereta.
B. Awak hendak ke pasar atau klinik?
C. Kakak saya amat meminati tarian Zapin.
D. Zack gemar makan buah-buahan dan sayur-sayuran.

2. Pilih ayat majmuk dalam senarai ayat di bawah. (pilih 2 jawapan)


A. Lily ingin membeli ayam dan daging di kedai itu.
B. Perompak itu berjaya melepaskan diri.
C. Dato' Lee Chong Wei adalah seorang atlet badmintn negara dan bekas pemain nombor satu
dunia.
D. Dia pergi ke Shah Alam menaiki kereta.

3. Gabungkan dua ayat tunggal di bawah menjadi satu ayat majmuk.


a) Jalan itu dinaiki air. b) Jalan itu ditutup sementara waktu.
A. Jalan disana itu dinaiki air dan ditutup sementara waktu.
B. Jalan yang dinaiki air itu ditutup sementara waktu.
C. Jalan itu dinaiki air dan ditutup sementara waktu.
4. Tukarkan dua ayat tunggal di bawah menjadi satu ayat majmuk.
a) Upin tidak pergi ke sekolah untuk aktiviti kokurikulum.
b) Hujan turun dengan lebatnya.
A. Upin tidak pergi ke sekolah kerana hujan turun dengan lebatnya.
B. Upin tidak pergi ke sekolah untuk aktiviti kokurikulum kerana hujan turun dengan lebatnya.
C. Upin tidak pergi ke sekolah untuk aktiviti kokorikulum kerana hujan turun.

5. Pilih kata hubung yang sesuai bagi menggabungkan dua ayat tunggal di bawah.
Pasukan Manchester United akan berhenti menjalani latihan bola sepak ________hujan
bertambah lebat.
A. jika B. apabila C. setelah

6. Gula ini sungguh sedap dijadikan bahan masakan kuih-muih.


A. Ayat tunggal B. Ayat majmuk

7. Setelah direbus, kulitnya dikopek untuk mendapatkan isi yang putih jernih dan lembut.
A. Ayat majmuk B. Ayat tunggal

8. Bahagian hujung tandan yang dicantas itu perlu dihiris pada waktu pagi dan petang untuk
mendapatkan nira yang banyak.
A. Ayat majmuk B. Ayat tunggal

9. Ibu saya sedang memasak di dapur.


Yang mana dikatakan subjek dalam ayat di atas?
A. Ibu saya B. memasak di dapur C. sedang

10. Mereka gemar bermain badminton atau bola sepak pada masa lapang.
A. Ayat tunggal B. Ayat majmuk
11. Pilih ayat yang merupakan ayat majmuk.
A. Encik Marzuki bekerja sebagai seorang guru.
B. Siti Nurhaliza merupakan penyanyi yang tersohor di Malaysia.
C. Adik Ahmad sedang makan di dapur.

12. Sila pilih ayat majmuk dengan penggunaan kata hubung yang betul.
A. Ayah membaca surat khabar lalu menonton televisyen.
B. Ayah membaca surat khabar dan menonton televisyen.
C. Ayah membaca surat khabar sambil menonton televisyen.

13. Sila pilih ayat tunggal daripada ayat-ayat yang diberikan.


A. Ramu dan Ravi sedang membaca buku cerita.
B. Ramu membaca buku cerita.
C. Ramu membaca buku cerita sambil mendengar radio.

14. Zi Xin memelihara seekor kucing di rumah.


Yang manakah predikat bagi ayat di atas?
A. seekor kucing B. memelihara seekor kucing di rumah
C. di rumah D. Zi Xin

15. Ibu sedang menyiram bunga.


A. Ayat tunggal B. Ayat majmuk

16. Cikgu Amar membeli Samsung S9.


A. Ayat tunggal B. Ayat majmuk

17. Wong Xin akan pergi ke Melaka esok atau lusa?


A. Ayat majmuk B. Ayat tunggal
18. a) Ali sedang membaca buku? b) Ali sedang melukis gambar?
A. Ali sedang membaca buku atau melukis gambar?
B. Ali sedang membaca buku dan melukis gambar?

19. a) Siti pandai. b) Siti sombong.


A. Siti pandai dan sombong. B. Siti pandai atau sombong.
C. Siti pandai tetapi Siti sombong. D. Siti pandai tetapi sombong.

20. Mereka berjalan kaki ke sekolah.


A. Ayat majmuk B. Ayat tunggal

21. Manakah BUKAN ayat majmuk dalam senarai ayat ini? (Pilih 2 jawapan)
A. Anak harimau itu sedang tidur di dalam kandang.
B. Kami pergi melancong ke negara Korea dan Jepun.
C. Kamu boleh memilih untuk belajar dalam bidang Sastera atau Sains selepas tamat PMR.
D. Lee Kwang Soo telah menyerahkan trofi itu.

22. Pilih ayat majmuk berdasarkan senarai ayat di bawah. (Pilih 2 jawapan)
A. Lily memakai baju kebaya berwarna hijau hari ini.
B. Mei Mei tidak suka memegang kucing dan arnab.
C. Kakak membasuh pinggan manakala adik memotong sayur.
D. Sharveen aktif dalam bidang sukan olahraga.

23. Tukarkan ayat majmuk di bawah menjadi dua ayat tunggal.


Pelakon itu sedang berucap di hadapan peminatnya sambil tersenyum gembira.
A. Pelakon itu sedang berucap gembira.
Pelakon itu tersenyum gembira di hadapan peminatnya.
B. Pelakon itu sedang berucap di hadapan.
Pelakon itu dan peminatnya tersenyum gembira.
C. Pelakon itu sedang berucap di hadapan peminatnya.
Pelakon itu tersenyum gembira.

24. Tukarkan ayat majmuk di bawah menjadi dua ayat tunggal.


Soloz gemar membuat kerja sekolah sambil mendengar muzik di laman web Youtube.
A. Soloz gemar membuat kerja sekolah.
Soloz mendengar muzik di laman web Youtube.
B. Soloz gemar membuat kerja.
Soloz mendengar muzik Youtube.
C. Soloz gemar membuat kerja di sekolah.
Soloz mendengar muzik di laman web.

25. Tukarkan ayat majmuk di bawah menjadi dua ayat tunggal.


Semua murid Tingkatan Satu Akrab hadir ke sekolah kecuali Niana.
A. Semua murid Tingkatan Satu Akrab hadir ke sekolah.
Niana tidak hadir ke sekolah.
B. Semua murid Tingkatan Satu Akrab.
Murid Tingkatan Satu Akrab ialah Niana.
C. Semua murid Tingkatan Satu Akrab ke sekolah.
Niana juga hadir ke sekolah.

26. Tukarkan ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal.


John boleh memilih Persatuan Bahasa Sepanyol atau Persatuan Bahasa Jepun sebagai aktiviti
kokurikulumnya.
A. John boleh memilih Persatuan Bahasa Sepanyol sebagai aktiviti kokurikulumnya.
John boleh memilih Persatuan Bahasa Jepun sebagai aktiviti kokurikulumnya.
B. John memilih Persatuan Bahasa Sepanyol sebagai aktiviti kokurikulumnya.
John memilih Persatuan Bahasa Jepun sebagai aktiviti kokurikulumnya.
C. John boleh memilih Persatuan Bahasa sebagai aktiviti kokurikulumnya.
John memilih Persatuan Bahasa Jepun sebagai aktiviti kourikulumnya.

27. Tukarkan ayat majmuk di bawah menjadi dua ayat tunggal.


Penyanyi wanita kegemaran saya di Malaysia ialah Siti Nurhaliza dan Wany Hasrita.
A. Penyanyi wanita kegemaran saya ialah Siti Nurhaliza.
Penyanyi wanita kegemaran saya ialah Wany Hasrita.
B. Penyanyi wanita di Malaysia ialah Siti Nurhaliza.
Penyanyi wanita kegemaran saya di Malaysia ialah Wany Hasrita.
C. Penyanyi wanita kegemaran saya di Malaysia ialah Siti Nurhaliza.
Penyanyi wanita kegemaran saya di Malaysia ialah Wany Hasrita.

28. Tukarkan dua ayat tunggal di bawah menjadi satu ayat majmuk.
a) Kami mendapat berita. b) Caprice telah memenangi pertandingan video pendek itu.
A. Kami mendapat berita bahawa Caprice telah memenangi pertandingan video pendek itu.
B. Kami mendapat berita gembira bahawa Caprice telah memenangi pertandingan video itu.
C. Kami mendapat berita bahawa Caprice telah memenangi pertandingan video pendek.

29. Tukarkan dua ayat tunggal di bawah menjadi satu ayat majmuk.
a) Ejen Ali terkejut. b) Ejen Ali terdengar bunyi letupan di kawasan pelabuhan itu.
A. Ejen Ali terkejut kerana terdengar bunyi letupan di kawasan pelabuhan itu.
B. Ejen Ali terkejut tatkala terdengar bunyi letupan di kawasan pelabuhan itu.
C. Ejen Ali terperanjat semasa terdengar bunyi letupan bom di kawasan pelabuhan itu.
Tukarkan dua ayat tunggal di bawah menjadi satu ayat majmuk.

30. a) Jarjit telah terpilih untuk mara ke peringkat akhir dalam pertandingan robotik itu.
b) Ehsan telah terpilih untuk mara ke peringkat akhir dalam pertandingan robotik itu.
A. Jarjit bersama Ehsan telah terpilih untuk mara ke peringkat akhir dalam pertandingan
robotik itu.
B. Jarjit dan Ehsan telah terpilih untuk mara ke peringkat akhir dalam pertandingan robotik itu.
C. Jarjit atau Ehsan telah terpilih untuk mara ke peringkat akhir dalam pertandingan robotik
itu.

31. Pilih kata hubung yang sesuai bagi menggabungkan dua ayat tunggal di bawah.
Lisa tidak berputus asa ___________ dia gagal dalam temuduga tersebut.
A. kerana B. walaupun C. semasa

32. Pilih kata hubung yang sesuai bagi menggabungkan dua ayat tunggal di bawah.
Dia membuka pintu almari biru itu ________ mengambil baju lengan panjang miliknya.
A. lalu B. sekiranya C. dengan

33. Pilih kata hubung yang sesuai bagi menggabungkan dua ayat tunggal di bawah.
Petani itu rajin membajak sawah dari pagi ___________ ke petang.
A. adakala B. supaya C. hingga

34. Pilih kata hubung yang sesuai bagi menggabungkan dua ayat tunggal di bawah.
Ketua pengawal keselamatan itu berbual-bual kosong _________ menunggu ketibaan para VIP.
A. apabila B. sementara C. tatkala

35. Pilih kata hubung yang sesuai bagi menggabungkan dua ayat tunggal di bawah.
Jutawan kosmetik itu bukan sahaja sombong _______ kedekut orangnya.
A. tetapi B. malahan C. dan

Anda mungkin juga menyukai